Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[ 067B ]

 

 

 

 

Mesias Palsu

(Edisi 1.0 20100109-20100109)

 

Kita seringkali terserempak beberapa propaganda daripada para Rabai berkenaan kenapa Yahoshua (Yesus/Iesou atau Yosua) Kristus tidak memenuhi kata kitab suci dan dengan itu tidak mungkin Mesias. Ini waktu yang baik untuk menangani cerita rekaan ini dan mendedahkan beberapa propaganda rabai ini sebagai kesilapan yang sepatutnya dan ke mana ini ditujukan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Mesias Palsu

 

 


Bersedia untuk Mesias Palsu

Tuhan sekejap lagi akan menguruskan bangsa Yehuda dan aspirasi mereka berkenaan Bait Suci dan pembinaan kembalinya serta penolakan mereka untuk meninggalkan tradisi mereka dan mengikut segala perintah Tuhan bebas daripada tradisi mereka. Tradisi mereka ini ialah apa yang mereka panggil Hukum Lisan seolah-olah Tuhan tidak menulis kesemuanya untuk kita mengerti dengan jelas. Justeru mereka jadikan hitam itu putih dan putih itu hitam melalui Talmud.

 

Artikel oleh Rabai Yahudi Shraga Simmons bertajuk Why Don’t Jews Believe in Jesus (Kenapa Orang Yahudi Tidak Mempercayai Yesus) merupakan contoh baik kekeliruan yang wujud dalam pemikiran Yehuda berkenaan apa yang sebenarnya diajar Perjanjian Baru dan apa sebenarnya Kekristianan.

 

Biarlah kami nyatakan dengan jelas tentang satu hal. Kekristianan Beribadat Hari Minggu Trinitarian bukanlah agama dia yang dipanggil Yesus Kristus dan Jemaat Tuhan Abad Pertama. Ajaran palsu dan tafsiran palsu Alkitab itu tidak akan sekali-kali meyakinkan mana-mana populasi berfikiran waras, bukan orang Yahudi, memangpun bukan orang Muslim, mahupun sesiapa yang beriman Kristian sejati. Kesannya hanyalah kehancuran sedikit demi sedikit.

 

Ada beberapa persamaan yang kita boleh setuju; Shraga Simmons menulis di http://www.simpletoremember.com/articles/a/jewsandjesus/

 

“Apa sebenarnya Mesias?”

Perkataan “Messiah” merupakan terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Ibrani “Mashiach”, yang bererti ‘Diminyaki.’ Ini biasanya merujuk kepada seseorang yang diinisiasi ke dalam pelayanan Tuhan dengan diurapi minyak. (Keluaran 29:7, I Raja 1:39, II Raja 9:3)

 

Sebab tiap Raja dan Imam Besar diurapi dengan minyak, tiap satunya boleh disebut sebagai ‘orang diurapi’ (seorang Mashiach atau Mesias). Contohnya: ‘Kiranya TUHAN menjauhkan dari padaku [Daud] untuk menjamah orang yang diurapi [Mesias] TUHAN [Saul]…’ (1 Samuel 26:11. Lihat juga II Samuel 23:1, Yesaya 45:1, Mazmur 20:6)

 

Dari manakah datangnya konsep Yahudi tentang Mesias itu? Salah satu tema utama nubuatan Alkitab ialah janji zaman kesempurnaan masa depan yang dicirikan dengan kedamaian sejagat dan pengenalan Tuhan. (Yesaya 2:1-4; Zefanya 3:9; Hosea 2:20-22; Amos 9:13-15; Yesaya 32:15-18, 60:15-18; Mikha 4:1-4; Zakharia 8:23, 14:9; Yeremia 31:33-34)

 

Banyak petikan bernubuatan ini berbicara tentang seorang keturunan Raja Daud yang akan merajai Israel ketika zaman kesempurnaan itu. (Yesaya 11:1-9; Yeremia 23:5-6, 30:7-10, 33:14-16; Yehezkiel 34:11-31, 37:21-28; Hosea 3:4-5)

 

Orang ini kemudiannya cuba mengasingkan hal atas sebagai satu-satunya gambaran Mesias. Dia juga mengabaikan Zakharia 12:8 yang sungguh jelas menyatakan bahawa Daud sendiri yang dibangkitkan akan memerintah di bawah Malaikat Yahovah sendiri yang memimpin Yerusalem dan keluarga Daud sebagai elohim.

 

Kegagalan mengasingkan ayat Daniel 9:25 untuk menunjukkan salah terjemah para sarjana Trinitarian supaya mereka dapat mengkhususkan ayat ini untuk Yesus Kristus memang jelas. Ini contoh yang amat baik dipetik untuk menunjukkan bahawa ayat suci ini telah dipulas untuk menterjemahkan ayatnya dengan tidak tepat bagi memakaikannya kepada Kristus.

 

Bagaimanapun, hal itu tidak boleh dilakukan oleh seorang Yahudi sebab ini akan mengenal pasti nubuatan sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci dan bahawa adanya dua orang diurapi dalam teks ini. Tambahan lagi, mereka akan terpaksa menyusun sejarah dalam konteks alkitabiahnya yang betul yang pastinya akan menunjukkan nubuatan itu dalam rangka waktunya yang betul dan kenapa Tuhan membinasakan mereka. Ini juga pasti menunjukkan bahawa salah seorang yang diurapi itu, atau mesias, ialah Nehemia yang memulihkan Yerusalem dan Bait bersama Ezra tepat pada tahun yang dinubuatkan dalam waktu pemerintahan Artahsasta II. Orang kedua itu haruslah seorang yang diurapi yang disingkirkan, tetapi bukan untuk dirinya, seperti dinubuatkan dalam teks itu. Bagaimanapun, itu tentunya akan menampakkan kepentingan nubuatan itu berhubungan dengan Yesus Kristus. Rangka waktu itu menjadikan tahun tersebut satu minggu tahun sebelum kemusnahan Yerusalem dan Bait Suci oleh orang Rom pada 70 CE; ini adalah pada 63/64 CE.

 

Orang yang diurapi ini seharusnya seseorang yang diurapi seperti digambarkan dalam definisi di atas. Pada tahun itu ada seorang saja yang mungkin layak daripada keturunan Daud dan orang itu datang daripada suku Yehuda dan keturunan Daud namun hamba Tuhan dan Kristus. Dia ialah saudara Yesus Kristus dan biskop Yerusalem, Yakobus anak kepada Yusuf dan Mariam.

 

Mendedahkan kesilapan terjemahan ini tentunya memerlukan para rabai berhadapan dengan isu berat ini yang pasti menarik perhatian kepada fakta bahawa teks dalam Daniel itu telah dipenuhi dan semua orang terbabit datang daripada keturunan Daud dan nasib Bait terletak dalam tangan Tuhan. PengadilanNya telah menimpa Yehuda dan Yerusalem oleh sebab dosa dan kesilapan mereka dan mereka tidak dapat menghadapi fakta bahawa mereka telah dikutuk kerana mereka berdosa dan telah diadili oleh Kristus. Dialah Yahoshua yang dipanggil Iesuo oleh orang Yunani dan Rom dan Joshua dalam bahasa Inggeris namanya. Mereka tidak menyebut nubuatan itu kerana mereka tidak dapat menerangkannya dalam lingkungan paradigma mereka (lihat kertas Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 013)).

 

Dalam pencarian mereka untuk Mesias dan Pembangunan Kembali Bait mereka juga bergantung sebahagiannya pada nubuatan Pembangunan Kembali Sinagog (Saumaah) Hurva di Yerusalem. Suatu nubuatan Yahudi moden mempertalikannya dengan permulaan Bait Ketiga.

 

Sinagog Hurva didirikan pada abad ke 18 di Yerusalem. Vilna Gaon, seorang wibawa rabai yang dihormati, menubuatkan bahawa Hurva akan dimusnahkan dan didirikan kembali dua kali, dan bahawa apabila Hurva siap untuk kali ketiganya, pendirian Bait Ketiga akan bermula.

 

Sinagog Hurva pertama kali musnah tidak lama selepas pembangunan mula-mulanya bilamana orang Muslim, yang menuntut pengembalian pinjaman, merobohkannya. Sinagog itu didirikan kembali seratus tahun kemudiannya. Ini menjadi rumah ibadat Yahudi yang paling penting di Tanah Suci. Bagaimanapun, sinagog ini hancur diletupkan oleh tentera Jordan ketika Perang Kemerdekaan Israel pada tahun 1948.

 

Pada 2001, Israel akhirnya memutuskan untuk mendirikan kembali tanda tempat itu, yang hari ini berdiri di tengah-tengah Kuarter Yahudi di Kota Lama Yerusalem. Bangunan ini dijadualkan siap dan Sinagog Hurva dibaktikan untuk kali ketiganya pada 15 Mac 2010. Konjungsi Bulan Baru Abib jatuh pada 23:01 waktu Yerusalem pada 15 Mac. Ini membuatkan pembaktian itu jatuh pada hari terakhir Adar pada Tahun ke 32 dalam Yobel ke 120. Dengan itu Bait dinubuatkan akan bermula pembangunannya dari Tanggal 16 Mac, iaitu Bulan Baru Abib tahun ke 33 Yobel ke 120. Soalnya ialah di manakah mereka harus mendirikannya? Jika di Tempat Kudus mereka akan terpaksa memusnahkan Masjid-masjid dan memulakan satu perang. Jika begitu maka itulah sesungguhnya Pembinasa keji berdiri di Tempat Kudus. Sinagog ini dengan segala tradisi Rabai dan Talmudnya akan bersandar pada tradisi Babel. Kalendar Babel serta hari-hari ibadatnya akan dibawa masuk ke Tempat Kudus. Jika itu terjadi maka Alkitab jelas mengatakan bahawa kamu harus keluar dari Yerusalem (Mat. 24:15; Markus 13:14). Bintang bermata enam mata milik dewa Remphan atau Chiun akan berada di situ sebagai simbol korban manusia dan ketandusannya.

 

Daripada kata-kata tercatat Kristus bahagian paling suram waktu ini adalah pada musim sejuk dan pada hari Sabat. Bulan Baru Bulan Sepuluh pada 2010 adalah pada Isnin 6 Disember dan Sabat-sabat jatuh pada 4, 11, 18 dan 25 Disember, atau hari perayaan pagan yang dipanggil Krismas. Jika ini sememangnya waktu yang diperkatakan oleh Kristus maka sesuai sekali untuk memusnahkan seluruh sistem itu, bermula dari Yerusalem, pada hari ibadat palsu sistem dewa Matahari, yang dipanggil Xmas.

 

Suku Yehuda kemudiannya akan mula diurusi secara terperinci. Bagaimanapun, kita ada masalah dengan nubuatan-nubuatan Yahudi ini. Apa kata rabai ini tentang Kristus? Dia berkata bahawa Yesus Kristus tidak memenuhi nubuatan-nubuatan Mesias.

 

Dia mengemukakan pertanyaan:

   Apakah yang Mesias patut selesaikan?”

 

Alkitab mengatakan bahawa dia akan:

 

A.    Mendirikan Bait Ketiga (Yehezkiel 37:26-28).

 

B.    Menghimpunkan semua orang Yahudi kembali ke Negeri Israel (Yesaya 43:5-6)

 

C.    Membawa masuk suatu era kedamaian dunia, dan mengakhiri segala kebencian, penindasan, penderitaan dan penyakit. Seperti yang dikatakan: “bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa, dan mereka tidak akan lagi belajar perang.” (Yesaya 2:4)

 

D.    Menyebarkan pengetahuan universal Tuhan Israel, yang akan menyatukan manusia. Seperti dikatakan: “Maka TUHAN akan menjadi Raja atas seluruh bumi; pada waktu itu TUHAN adalah satu-satunya dan nama-Nya satu-satunya. (Zakharia 14:9)

 

Mesias pada kepulangannya ke Yerusalem akan sesungguhnya, menurut Alkitab, mendirikan Bait itu. Justeru jelas bahawa orang Yahudi, untuk menuntut nubuatan dan mendirikan Bait itu, akan terpaksa menyatakan seorang Mesias yang baru dan palsu.

 

Orang Yahudi mendakwa bahawa Yesus tidak memenuhi sebarang nubuatan mesianik itu. Hakikatnya ialah dia hanya dapat, dan hanya bermaksud untuk, memulakan pengabulan poin D di atas. Dengan kata lain, Roh Kudus akan boleh diperolehi daripada korbannya kepada semua bangsa. Dengan itu pengetahuan Tuhan boleh diperolehi sejak waktu itu.

 

Mereka mengaku bahawa doktrin Kristian menegaskan bahawa Kristus akan memulihkan Yerusalem dan mendirikan kembali Bait pada kepulangannya. Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa sumber-sumber Yahudi menunjukkan bahawa Mesias akan menunaikan semua nubuatan itu sekaligus, dan tiada konsep kedatangan kedua wujud. Pernyataan yang sama sekali palsu ini mengabaikan semua teks Alkitab yang sesetengahnya menyatakan dan menunjukkan secara literal bahawa Mesias akan duduk di Sebelah Kanan Tuhan sehingga Dia menjadikan musuhnya tumpuan kakinya.

 

Yahovah Israel menyatakan dengan pasti bahawa Yahovah Semesta Alam akan mengutusnya untuk menyelamatkan Israel dan waktu itu mereka akan tahu bahawa Yahovah Semesta Alam telah mengutusnya (Zakharia 2:6-13). Ini menunjukkan bahawa adanya dua Yahovah terbabit dan bahawa Yahovah ini diutus oleh Yahovah Semesta Alam. Ini tidak diperiksa oleh umat Trinitarian dan orang Yahudi mendapatinya terlalu menyusahkan untuk dijelaskan. Makhluk ini ialah Malaikat Hadirat yang memberi Hukum itu kepada Musa dan dialah elohim bawahan dalam Mazmur 45:6-7. Dia dikenal pasti sebagai Mesias dalam Ibrani 1:8-9. Dia telah diutus untuk memulihkan Yerusalem dan dengan itu peristiwa akhir ini semestinya berlaku pada Zaman Akhir. Kita lihat dalam bab 3 susulannya bahawa ini merujuk kepada pemulihan Keimamatan Besar di bawah Tunas dan teks ini menyusuli rujukan dalam bab 2 tentang nubuatan pengutusan dan pemulihannya.

 

Firman Tuhan pada bab 12 menunjukkan bahawa waktu semua perkembangan dalam Zakharia bermula dari Kebangkitan Pertama Orang Mati dan pengaturan kembali Yerusalem, sebab Daud hidup dan ditempatkan sebagai pemimpin mereka dan mereka akan menjadi elohim seperti Malaikat Tuhan yang mengepalai umat pilihan. Teks inilah yang menunjukkan bahawa pada zaman itu para penduduk akan memandang dia yang pernah mereka tusuk. Teks ini merujuk kepada penyucian bangsa itu di bawah Mesias yang berkerabat Daud melalui Natan dan berkerabat Lewi melalui Simei. Penyucian ini ialah perkabungan Yehuda dalam pertaubatannya sebab mengerti bahawa ia telah membunuh Mesiasnya sendiri di Yerusalem. Pada hari perkabungan itu seluruh sistem akan diubah dan nabi-nabi tidak akan ada lagi di negeri Israel.

 

Yudaisme juga menuntut bahawa Yesus tidak mengandungi sifat-sifat peribadi Mesias. Para rabai menuntut:

“Yesus bukan seorang nabi. Nubuatan hanya boleh wujud dalam Israel bila negeri ini diduduki oleh satu majoriti Yahudi dunia. Ketika zaman Ezra (sekitar 300 BCE), bilamana majoriti orang Yahudi tidak mahu berpindah dari Babel ke Israel, nubuatan berakhir dengan kematian nabi-nabi terakhir-Haggai, Zakharia dan Maleakhi.

 

Yesus muncul kira-kira 350 tahun selepas nubuatan berakhir.”

 

Justeru Tuhan dibataskan dengan fakta bahawa dia kononnya memutuskan untuk tidak lagi berurusan dengan Yehuda melalui nabi. Hakikatnya ialah Dia telahpun selesai dengan orang-orang Yahudi ini dan menubuatkan bahawa mereka akan dihamburkan dan Bait mereka dimusnahkan pada 70 CE tepat seperti mana bait itu musnah. Berdasarkan ini nabi tidak akan ada lagi di Israel kerana majoriti Yudaisme berada di luar Israel jasmaniah sekarang ini. Tuhan tidak dibataskan oleh fikiran manusia, khususnya mereka yang menyesatkan Hukum-hukumNya.

 

Rekod kewujudan nubuatan terkandung dalam Perjanjian Baru dan semua nubuatan itu berdiri sebagai saksi terhadap Yehuda dan sistemnya yang korup. Malaikat Tuhan telah diutus kepada Imam Besar divisi Abia dan dia diberitahu yang dia akan memperanakkan seorang nabi dan saudara isterinya juga akan menjadi ibu kepada Mesias. Itu direkodkan sebagai fakta dalam kitab-kitab injil. Keturunannya juga direkodkan dalam kitab-kitab injil itu dan pihak wibawa rabai mengakui keturunan dalam Lukas 3 itu sebagai keturunan Mariam ibu Yesus Kristus (lihat kertas Genealogi Mesias (No. 119)).

 

Kristus diutus ke Yehuda sebagaimana Yunus diutus ke Niniwe dan dia memberitahu Yehuda fakta itulah. Terdapat banyak nubuatan yang mengutuk Yehuda dan mereka tidak akan mengakuinya kerana itu akan memerlukan mereka mengaku kebenarannya dan bertaubat.

 

Mula-mula sekali, penghapusan keturunan-keturunan Yehuda dilaksanakan oleh Herodes dan itu sejarah. Ini dilakukan bukan atas sebab lain tetapi untuk menghapuskan seorang saingan yang mungkin daripada kerabat raja Yehuda. Keturunan raja Yehuda berhenti bertakhta di Yehuda dan Yerusalem sebagai Pemimpin Buangan ketika Mesias hidup. Ini memang rekod genealogi dan sejarah (lihat kertas Dari Daud dan Para Pemimpin Buangan Hingga Kerabat Windsor (No. 67)). Kelahirannya dicatatkan sebagai yang dinubuatkan dalam Bait Suci oleh para nabi di sana. Itu patutnya sudah memberitahu mereka sesuatu. Bagaimanapun, mereka mengabaikannya. Malangnya, Herodes tidak mengabaikannya dan membunuh ramai orang sebagaimana dicatat sejarah.

 

Yehuda kemudian dikirim Yohanes Pembaptis untuk menubuatkan kedatangannya. Dia mula mengajar pada tahun Yobel dan dia membaptiskan saudaranya Yahoshua Kristus di dalam Yordan seperti yang direkodkan dengan baik. Dia dipenjarakan dan dibunuh oleh orang Hasmonea. Kristus memulakan pelayanannya, seperti dicatatkan, selepas hukuman penjara Pembaptis, yang berlaku selepas Paskah 28 CE. Dia memberitahu mereka bahawa mereka berdosa dengan tradisi-tradisi mereka dan dia memulakan Jemaat sebagai ganti keimamatan Lewi. Seluruh bangsa Yehuda memiliki teks-teks Alkitab serta semua nubuatan yang memberitahu mereka bahawa Bait itu akan dimusnahkan.

 

Mereka dikirim Kristus sebagai nabi teragung mereka pernah kenali. Dia mengajar mereka selama dua tahun sebagaimana Yunus telah mengajar Niniwe selama dua hari selepas berjalan sehari Perjalanan ke dalam Niniwe dan selepas itu mula mengajar. Yunus telah disediakan dan ikan besar telah disediakan untuknya dan dia diletakkan dalam perut ikan itu dan dibawa untuk melakukan tugasnya di Niniwe. Seperti itu juga Kristus telah melepaskan prakewujudannya sebagai Malaikat Besar Perjanjian yang memberikan Hukum itu kepada Musa di Sinai dan diletakkan dalam perut seorang perawan dan dibawa selama sembilan bulan dan lahir selepas itu di Betlehem, iaitu tempat dan pusaka keluarga Daud. Kristus lahir sebagai seorang raja Yehuda daripada keturunan Isai dan Daud. Pusaka janjiannya ialah seluruh bangsa Israel dan keseluruhan bangsa-bangsa asing akan dimasukkan ke dalamnya seperti dinubuatkan oleh Yakub dalam pemberkatan Efraim dan bukan Yehuda (Kejadian 48:13-22 khususnya ayat 19). Pusakanya sebagai salah seorang anak-anak Tuhan direkodkan dalam Ulangan 32:8 seperti tercatat dalam Septuagint (LXX) dan Naskah Laut Mati (DSS) dan itulah sebabnya kenapa para rabai terpaksa mengubah Teks Masoret (MT) untuk menyamarkan fakta bahawa Yahovah Israel telah diberikan Israel sebagai pusakanya oleh Tuhan. Mereka juga mengubah MT pada 132 tempat untuk menyamarkan hubungan Yahovah dan Yahovih (lihat kertas Malaikat YHVH (No. 24)). Dialah malaikat yang disebut oleh Yakub dalam berkat-berkat di Kejadian 48:16 yang telah melindunginya sepanjang hidupnya. Mereka sanggup melakukan apa saja daripada mengakui hubungan ini dalam teks-teks Perjanjian Lama.

 

Respon Jemaat Trinitarian kepada tuntutan-tuntutan Yahudi itu hanya merosakkan lagi pengertian mereka.

 

Tuntutan Yahudi itu hanyalah bahawa:

“Menurut sumber Yahudi, Mesias akan lahir dengan ibu bapanya manusia dan memiliki ciri-ciri jasmaniah biasa seperti orang lain. Dia bukan seorang setengah dewa, (1) juga tidak memiliki sifat-sifat ghaib.

 

Mesias harus berketurunan pada sebelah bapanya daripada Raja Daud (lihat Kejadian 49:10 dan Yesaya 11:1). Menurut tuntutan Kristian bahawa Yesus merupakan hasil kelahiran perawan, dia tidak mempunyai bapa—dan dengan itu tidak mungkin memenuhi syarat mesias untuk berketurunan pada sebelah bapanya daripada Raja Daud! (2)” (ibid.).

 

Ini berkaitan dengan keinginan untuk menolak aspek ghaib Mesias. Kristus tidak mungkin memegang jabatan raja sebagai seorang keturunan Yekhonya melainkan dia mempunyai pengecualian khusus Tuhan. Dia mencapai ini dalam hubungannya dengan Yusuf sebagai bapa angkatnya. Yusuf merupakan keturunan Konya dan dengan itu anaknya tidak mungkin menjadi raja tanpa dispensasi khusus daripada Tuhan. Mesias juga harus berketurunan Lewi melalui Simei (lihat # 119 ibid.).

 

Yesaya 11:1 mengatakan bahawa Mesias haruslah tunas dan tunggul Isai bapa Daud dan taruk yang tumbuh daripada pangkalnya. Memang benar hanya seorang lelaki saja boleh membawa YDNA bapanya. Kristus bergantung pada Tuhan untuk ciptaan YDNAnya untuk menyerupai YDNA keturunan Daud, sebagaimana Adam bergantung pada Tuhan untuk YDNAnya. Namun orang Yahudi mendakwa khususnya bahawa seseorang itu tidak mungkin menjadi seorang Yahudi melainkan dia dilahirkan ibu berbangsa Yahudi, sebab ia mewarisi keyahudiannya daripada ibunya. Namun Mesias juga harus datang daripada Lewi keturunan Simei. Kita tahu hakikatnya ialah Mariam mempunyai kedua-dua keturunan Yahudi daripada bapanya dan keturunan Lewi daripada ibunya, sebab ibu Mariam merupakan saudara Elisabet isteri Imam Besar divisi Abia dan ibu Yohanes Pembaptis. Semua keturunan imam ini hanya berkahwin orang Lewi. Hakikatnya ialah Mariam mencakupi kedua-dua syarat ini. Mesias juga haruslah Anak Tuhan dan itulah aspek terpentingnya. Anak Tuhan bermakna dialah Yahovah Israel, pusakanya. Dialah tuhan bawahan dan Anak Tuhan, dan dia menuntut begitu di perbicaraannya di hadapan Keimamatan Besar. Perjanjian Baru juga merekodkan bahawa Imam Besar menubuatkan pada tahun itu bahawa seorang lelaki harus mati untuk keselamatan bangsa itu. Ayub telah menyatakan beberapa abad sebelum itu satu daripada seribu harus menebusnya dan bahawa dia menubuatkan Kebangkitan dan bahawa dia akan melihat Mesias dengan matanya sendiri dan bukan mata orang lain dan dia akan berdoa kepada Eloah dan Dia akan berkenan menerimanya dan dia akan melihat wajah Eloah dengan sukacita. Ini bermakna bahawa dia harus menjadi roh untuk melihat Eloah dan terus hidup. Tiada seorangpun dapat melihat Eloah dan tiada yang pernah melihatNya dan tiada yang sekali-kali dapat melihat Dia (lihat Ayub 33:23-28). Eloah ialah pembuat atau pencipta (Ayub 35:10). Anak-anak Tuhan dan Bintang-bintang Fajar wujud sebelum penciptaan bumi ini (Ayub 38:4-7), dan diciptakan oleh Eloah.

 

Tusukan Mesias dinyatakan dalam Mazmur 22 dan dalam Zakharia 12. Kristus memenuhi nubuatan Mazmur 22 ini. Dia mengutipnya atas stauros atau pancang dan ini dipenuhi. Ini berkenaan dengan hukuman mati Mesias yang diperlukan dan satu-satunya cara untuk luka dan kematian begini diakibatkan dalam sejarah ialah dengan “pohon tak bahagia” atau stauros yang merupakan cara kematian kejam sekali yang dicipta oleh orang Fenisia. Orang Rom menambah palang silang kepada pancang ini lama selepas kematian Kristus. Kristus hanya mungkin datang pada waktu dia telah datang itu dan menderita sebagaimana dia menderita. Kelompok Masoret mengubah nama Yahovah (Jehovah) kepada Adonai dalam mazmur ini dua kali (dalam ayat 19 dan 30) untuk menyamarkan maksudnya dengan lebih lanjut. Teks itu merekodkan bahawa Tuhan tidak memalingkan wajahNya daripada dia tetapi memang telah menyelamatkannya dan pernyataan kebenarannya memangpun dinyatakan kepada satu umat yang belum lahir lagi waktu itu.

 

Tuntutan orang Yahudi bahawa Mazmur 22:16 (17) “mereka menusuk tangan dan kakiku” ialah terjemahan salah bergantung pada terjemahan rabai standard untuk teks itu sebagai: “Mereka seperti singa di tanganku dan kakiku”. Perkataannya ialah SHD 738 ‘ariy yang bererti singa muda, namun ertinya diambil daripada pinggiran teks-teks itu yang mempunyai konsep menusuk tangan dan kaki iaitu apa yang mereka lakukan kepada Kristus bila memakukannya kepada pancang itu. Perkataan ini diperolehi daripada SHD 717 yang bermakna mengumpulkan atau memetik. Penggunaan pihak rabai itu nampaknya dilakukan untuk menyembunyikan ertinya yang lain itu. Penggunaan analogi anjing-anjing dan singa merujuk kepada bangsa itu dan perbuatan mereka dalam kematian Mesias dan sangat konsisten dengan terjemahan tradisionalnya.

 

Mazmur 82:6 merupakan teks rujukan yang menjadi punca Kristus dihukum mati. Dia menyatakan dirinya elohim yang bakal mengadili bumi dan mewarisi segala bangsa (Mazmur 82:8). Elohim ini berada di dalam sidang elohim dan menghakimi di kalangan mereka. Angkatan derhaka dihakimi oleh dia dan dikirim ke liang kubur sama seperti mana-mana manusia. Tetapi elohim ini diangkat sebagai elohim oleh Sang Mahatinggi, Elyon, iaitu Eloah. Elohim ini ialah elohim Mazmur 45:6-7 yang merupakan Tuhan Daud tetapi keturunannya. Jika dia tiada prakewujudan dan mengadili di kalangan tuhan-tuhan, bagaimana mungkin dia hanya seorang manusia tanpa prakewujudan? (lihat kertas Prakewujudan Yesus Kristus (No. 243)). Jika dia keturunan Daud saja, bagaimana pula Daud, dalam Roh Kudus, memanggilnya Tuan? Viz. “Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku” (Mazmur 110:1). Sanhedrin tidak dapat menjawabnya waktu itu dan mereka tidak dapat menjawabnya sekarang. Jika dia tiada kehidupan dalam angkatan syurgawi jadi bagaimana dia dapat mengakui kita di hadapan Sidang Elohim? Jelas sekali dia semestinya pernah hidup dan mati pada waktunya dan seperti caranya dan mempunyai kehidupan dalam Angkatan Syurgawi dengan duduk di Sebelah Kanan Tuhan sementara umat pilihan dilahirkan untuk memenuhi nubuatan dan rencana Tuhan. Jika Mesias seorang manusia yang dilahirkan dalam zaman akhir ini maka Kitab Suci dibatalkan. Para penterjemah LXX mengerti bahawa Mesias mempunyai prakewujudan seperti dalam Yesaya 9:5-6 mereka menterjemahkannya sebagai Angel of Great Counsel (Malaikat Penasihat Ajaib) (lihat kertas Yesaya 9:6 (No. 224)).

 

Yesaya jelas dalam bab 53 bilamana dia berkata bahawa Mesias tiada ketampanan atau semarak dan tiada rupa. Dia dipandang hina dan dihindari orang. Orang Yahudi menganggap dia dihukum oleh Tuhan pada 30 CE dan mereka masih menganggap dia dihukum sebab perbuatannya sendiri dan bukan Mesias nubuatan ini. Namun Yesaya mengatakan secara khusus bahawa dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita. Ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. Semua kita telah berdosa dan pada Kristuslah diletakkan kejahatan kita semua (Yesaya 53:3-6).

 

Yesaya menunjukkan dengan cukup jelas dalam bab 53 bahawa Mesias harus mati untuk dosa-dosa kita. Dia harus dipenjarakan, dicambuk, disiksa diam-diam, dihakimi dan dijatuhkan hukuman, dan dihukum mati, dan ini kita tahu membabitkan tusukan tangan dan kaki, dan itu hanya mungkin terjadi dengan hukuman mati pada pancang. Dia dihukum bersama orang jahat kemudian dikuburkan dalam kubur baru digali seorang kaya di antara kubur-kubur orang kaya lain. Yesus Kristus mengalami semua ini dan memang cukup mustahil untuk mana-mana orang Yahudi hari ini memenuhi nubuatan-nubuatan ini. Jika Yesus bukan Kristus, seperti yang diakui para rabai, mereka tidak tahupun siapa yang mungkin Kristus. Kristus dijadikan korban untuk dosa dalam kematian dan Eloah membangkitkannya daripada kubur dan dia bakal melihat bibitnya, iaitu umat pilihan jemaat serta doktrin-doktrin dan nubuatan yang diajarnya. Dia akan hidup selamanya dan dengan itu melanjutkan hidupnya seperti dinubuatkan. Doktrin-doktrinnya membenarkan ramai. Dia dibagikan orang-orang besar sebagai rampasan, dan dia akan memperoleh orang-orang kuat sebagai jarahan, iaitu sebagai ganti kerana dia telah menyerahkan nyawanya ke dalam maut dan kerana dia terhitung di antara pemberontak-pemberontak, sekalipun ia menanggung dosa banyak orang dan berdoa untuk pemberontak-pemberontak (lihat Yesaya 53:7-12). Nubuatan ini tidak boleh meliputi kehidupan seorang manusia biasa dan membabitkan kebangkitan daripada mati.

 

Mengusulkan bahawa teks ini, sebagai susulan bab 52, merujuk kepada penawanan Babel dan tidak mungkin merujuk kepada Kristus dan kematiannya adalah aneh kerana struktur bab 52 berkembang menjadi pemulihan Yerusalem dan Sion dan selepas itu merujuk kepada Mesias menjadi begitu buruk rupanya hingga tidak seperti manusia lagi dan bahawa melalui dia bangsa-bangsa akan mengerti sebab segala yang tidak diceritakan kepada mereka akan mereka lihat dan memahami semua yang mereka tidak dengar (Yesaya 52:14-15). Melalui dia dan pengorbananny6a Roh Kudus akan memberi mereka pengertian. Itu menyediakan suasana untuk bab 53. Hal ini juga diliputi dengan lebih terperinci dalam kertas Kepentingan Istilah Anak Tuhan (No. 211)).

 

Orang Yahudi telah terus-menerus menjadikan Sabat satu beban dan meniadakan Hukum-hukum Tuhan dengan tradisi-tradisi mereka. Mereka berbuat demikian sampai hari ini tetapi lebih lagi dan mereka terus berdosa dalam tradisi-tradisi mereka serta penyelewengan hukum-hukum Tuhan. Mereka mengajukan tuduhan-tuduhan yang sama hari ini kepada Kristus sebagaimana mereka lakukan ketika dia bernubuat kepada mereka dan mengadili mereka, seperti mana dia diutus untuk lakukan oleh Tuhan.

 

Simmons kemudian meneruskan dengan usul:

“Daripada manakah timbul salah terjemah ini? St. Gregory, Biskop Nazianzus abad ke 4, menulis: ‘Sedikit istilah khusus sudah cukup untuk mendesak orang. Makin sedikit mereka faham, makin banyak mereka mengagumi.’ ”

 

Karut sekali. Racauan seorang oportunis Trinitarian asal pada hujung abad keempat bukanlah sesuatu yang menghairankan tetapi mengusulkan bahawa dia mempengaruhi empat abad Kekristianan terdahulu merupakan satu penghinaan kebijaksanaan orang. Kekarutan rabai sebegini sama-sama bersalah atas kebangkitan Islam seperti Trinitarianisme yang dibentuk dari 381-451 CE.

 

Rabai Shraga Simmons berkata-kata begini tentang pemeliharaan Torah (Taurat):

“Mesias akan memimpin orang Yahudi untuk memelihara Torah sepenuhnya. Torah menyatakan bahawa semua mitzvot (perintah) kekal mengikat selama-lamanya, dan sesiapa yang datang  untuk mengubah Torah serta-merta dikenal pasti sebagai nabi palsu. (Ulangan 13:1-4)

 

Seluruh Perjanjian Baru, Yesus menyangkal Torah dan menyatakan bahawa perintah-perintahnya tidak lagi boleh pakai. (lihat Yohanes 1:45 dan 9:16, Kisah 3:22 dan 7:37) Contohnya, Yohanes 9:14 merekodkan bahawa Yesus membuat pes (adukan tanah) yang melanggar hari Shabbat, dan menyebabkan orang Farisi berkata (ayat 16), ‘Dia tidak memelihara hari Sabat!’ ”

 

Orang ini sama ada tidak membaca semua pernyataan Kristus dan para rasul dalam Perjanjian Baru atau dia sengaja menyalah gambar teks-teks itu. Dia nampaknya menyokong tuntutan-tuntutan Gnostik berkenaan tulisan-tulisan Paulus dan Hukum dan menggunakannya kerana ini sesuai untuknya. Mesias membawa keselamatan kepada bangsa-bangsa lain dan orang Yahudi ingin menahannya untuk Yehuda.

 

Kristus jelas menyatakan dua kali: “Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. (lihat Mat. 5:17,18; Lk. 16:17). Dia mengkritik keras orang Farisi sebab memiliki hukum yang diberikan kepada Musa namun mereka tidak mentaati hukum itu (Yoh. 7:19,24). Mereka dikutuk oleh tradisi-tradisi mereka dan tiada terang dalam mereka (Yesaya 8:20) (lihat kertas-kertas Konferens Kisah 15 (No. 69) dan PAULUS: Bahagian I Paulus dan Hukum (No. 271)).

 

Orang Yahudi membantah bahawa teks-teks Ibrani harus dibaca dalam bahasa asalnya dan bahawa banyak teks telah disalah terjemah dalam merujuk kepada Kristus.

 

Yesaya 7:14 sering diberi sebagai satu contoh. Ini merujuk kepada seorang perawan melahirkan anak dan sangkalannya dibuat seperti berikut:

“Idea Kristian tentang kelahiran perawan diperolehi daripada ayat dalam Yesaya 7:14 yang menggambarkan seorang ‘alma’ melahirkan anak. Perkataan ‘alma’ telah sentiasa bermakna seorang perempuan muda, tetapi ahli-ahli teologi Kristian datang berabad-abad kemudian dan menterjemahkannya sebagai ‘perawan.’ Ini menyamakan kelahiran Kristus dengan idea pagan abad pertama tentang manusia yang dihamilkan oleh dewa-dewa.” (Simmons ibid.)

 

Masalahnya ialah terdapat dua perkataan yang digunakan berhubungan perawan dalam teks-teks Ibrani. Pertama ialah SHD 1330 bethuwlah yang bermakna memisahkan ertinya seorang perawan daripada kebebasan peribadinya, dan kadangkala seorang pengantin perempuan juga secara kiasan sebuah kota atau negara; sebab itu seorang gadis atau perawan.

 

Perkataan ini (SHD 1330) digunakan dalam semua kasus yang merujuk kepada seorang perawan dalam bahasa Ibrani dengan pengertian gadis atau pengantin perempuan atau perawan atau perawan-perawan dengan pengecualian empat kali yang mana perkataan (SHD 5959) “alma” (sic) digunakan. Salah satunya ialah Kejadian 24:43 bilamana ini merujuk kepada waktu pernyataan Ribka yang dinyatakan sebagai isteri Ishak kepada pelayan Abraham dan teks ini spesifik yang dia seorang perawan. Ini mempunyai makna rohaniah bagi umat pilihan Tuhan. Rujukan-rujukan seterusnya ialah Kidung Agung pada Kidung 1:3; dan 6:8 yang merujuk khususnya kepada perawan-perawan rohaniah yang mengasihi Mesias (lihat kertas Kidung Agung (No. 145)). Teks itu diakui ramai rabai sebagai teks mengenai Mesias. Dalam kedua-duanya ia berbentuk jamak (plural) dan dipakaikan kepada cinta perawan-perawan itu dalam teks-teksnya.

 

Teks berikutnya ada dalam Yesaya 7:14. Ini merujuk kepada ibu Mesias. Simbolisme dalam kasus pertama merujuk kepada keperawanan ibu anak-anak jasmaniah Ishak sebagai pusaka Mesias dan teks dalam Yesaya itu merujuk kepada Ibu Mesias sebagai tersenarai dalam nubuatan. Semua penggunaannya dalam Kidung Agung merujuk kepada umat pilihan berhubungan dengan Mesias. Perkataan ini juga diterjemahkan sebagai “gadis” dalam Keluaran 2:8 dalam mana istilah ini dipakaikan kepada Miryam, saudara perempuan Musa dan seorang perawan namun dia juga seorang nabiah Israel dalam Lewi. Dalam setiap kasus ini mempunyai erti pemisahan umat pilihan atau orang yang ditahbiskan Tuhan untuk tugas mereka dalam keselamatan manusia dengan iman. Terdapat beberapa perkataan lain yang digunakan untuk gadis dsb. tetapi perkataan SHD 5959 ini jarang. Ini digunakan 5 kali dalam konteks ini, dan hanya digunakan untuk mengembangkan konsep aspek rohaniah keperawanan serta aspek jasmaniahnya. Gambaran oleh orang Yahudi ini adalah palsu dan sebenarnya anti-Mesias untuk menyamarkan implikasinya.

 

Orang yang memeluk Yudaisme membuat tuntutan bahawa Yudaisme ialah satu-satunya agama yang berdasarkan wahyu langsung Tuhan kepada seluruh bangsa. Yudaisme tidak berdasar pada Hukum-hukum Tuhan dan wahyu langsung Tuhan kepada bangsa Israel. Ini sebenarnya penyelewengan langsung segala yang Tuhan perintahkan Israel lakukan.

 

Makhluk yang berbicara kepada para patriak dan memberi Israel hukum itu di Sinai telah diutus oleh Tuhan untuk mengambil rupa manusia. Dia kembali kepada Tuhan dan dimasukkan di dalam rahim seorang perempuan Yahudi terpilih daripada Kerabat Daud. Dia berbicara dengan Yehuda dan orang Lewi di situ serta orang Kanaan dan orang Edom dan orang Fenisia di kalangan mereka. Majoritinya bukan saja tidak mendengarnya, mereka membunuhnya, dan selepas diberikan 40 tahun tepat kepada bulannya untuk bertaubat mereka menolak berbuat demikian. Mereka membunuh saudara lelakinya tujuh tahun sebelum Bait Suci dimusnahkan, dan mereka akhirnya dijadikan tawanan, seperti sudah dinubuatkan Daniel dan mereka tidak mengerti apa yang mereka lakukan. Bagaimanapun, cukup ramai antara mereka termasuk orang Lewi, menubuhkan Jemaat Tuhan, yang akan melayani Dia selama-lamanya.

 

Yehuda dan sisa Lewi serta suku-suku lain di kalangan mereka telah diberikan dua saksi dalam Yohanes Pembaptis dan Kristus. Saudara lelaki Kristus yang juga mempunyai talian darah yang sama dan merupakan keturunan langsung Daud daripada Yehuda dan daripada Lewi kekal pada tempatnya sebagai saksi kepada Yehuda dan Yerusalem selama 33 tahun. Bersesuaian dengan Daniel 9:25, pada hujung minggu tahun ke 69, dia akan disingkirkan tetapi bukan atas salahnya. Kemudian jemaat, sesudah kematian Klopas, suami Maria, saudara perempuan kepada Mariam, lari ke Pella di bawah Simeon bin Klopas. Dia merupakan saudara Kristus.

 

Yehuda kemudian dibinasakan dan Bait itu dirobohkan sampai tanah. Dari situ para rabai muncul berkuasa dan mereka berkembang daripada golongan Farisi, yang merupakan pendahulu mereka. Yudaisme muncul dan menjadi dua kali anak iblis setan yang orang Farisi telah jadikannya sebelum itu.

 

Tuntutan bahawa Kekristianan bertentangan dengan teologi Yahudi adalah betul. Teologi Yahudi berkontradiksi dengan Hukum Tuhan. Bagaimanapun, untuk seorang Yahudi mendakwa bahawa Trinitarianisme atau Binitarianisme atau Diteisme ialah Kekristianan hanya lahir daripada kejahilan tentang Alkitab dan Jemaat Tuhan. Antinomianisme Trinitarian bukanlah Kekristianan sama seperti Yudaisme bukan agama yang diamalkan di bawah Musa dan para Nabi.

 

Yudaisme ialah bidaah kerana:

1.      Ia tidak mengakui kejamakan dan perbezaan antara Eloah dan anak-anak Tuhan yang merupakan elohim.

 

2.      Ia telah memperkenalkan Kalendar Babel dengan interkalasi berbidaahnya dan penangguhan mengikut tradisi ke dalam Kalendar dan menyesatkan semua orang yang ikhlas ingin mengikut Tuhan. Ia tidak pernah merayakan perayaan atau Hari Raya pada hari-hari yang betul dan kebanyakan masanya bukanpun dalam bulan yang betul. Ia telah membuang Bulan-bulan Baru untuk mencapai kalendar palsu ini.

 

3.      Ia membuatkan Hukum Tuhan tiada efek dengan tradisi-tradisinya.

 

Tuntutan Yahudi bahawa orang Kristian menganjurkan bahawa manusia ialah Tuhan merupakan satu salah faham teks-teks Alkitab.

 

Zakharia 12:8 jelas menyatakan bahawa manusia akan menjadi elohim. Tidak ragu lagi bahawa takdir kita semua ialah menjadi elohim (lihat kertas Umat Pilihan sebagai Elohim (No. 001)).

 

Ada kejamakan nyata pada elohim tetapi hanya ada satu Eloah Tuhan maha esa. Elohim ialah makhluk lanjutan yang mana Tuhan maha esa, Eloah memperluaskan dirinya untuk memasukkan seluruh Angkatan, rohaniah dan jasmaniah berdua, bila mereka menjadi roh-roh. Dia ialah Ha Elohim. Mereka semuanya elohim sebagai kejamakan yang Eloah telah jadi sebagai Ha Elohim dengan ramai anak Tuhan dari permulaan Ciptaan Rohaniah. Para rabai benar-benar tidak mengerti teks-teks Alkitab mereka sendiri.

 

Hakikatnya ialah Tuhan dan Kristus adalah satu (Yoh. 10:30) sebagaimana kita semua adalah satu, dan sebagai elohim, pada kebangkitan-kebangkitan itu. Mereka tidak mengerti hal ini dahulu dan mereka tidak mengertinya sekarang. Satu hari tidak lama lagi selaput akan dibuka daripada mata mereka dan mereka akan bertaubat dan diselamatkan.

 

Mereka tidak mengerti bahawa elohim yang berada di Sinai itulah dan yang muncul kepada Israel dan memberi mereka hukum itu, yang datang kepada mereka dalam rupa Yesus Kristus. Dialah makhluk yang muncul malah bergumul dengan para patriak.

 

Torah mengatakan: “Tuhan bukanlah manusia, sehingga Ia berdusta bukan anak manusia, sehingga Ia menyesal” (Bilangan 23:19a). Orang Yahudi menggunakan bahagian pertama teks separuh ini untuk cuba merosakkan hujah Trinitarian namun mengabaikan rujukan kepada Anak Manusia yang menunjukkan bahawa Anak Manusia seperti yang dikenal pasti dalam Kristus adalah berlainan daripada Allah Maha Esa. Pertaubatan atau penyesalannya adalah untuk dosa-dosa dunia dan dengan itu ini ialah nubuatan awal tentang peranan Mesias seperti yang digambarkan dalam Yesaya 53 dan tempat lain.

 

Yudaisme mengatakan bahawa Mesias akan lahir daripada ibu bapa manusia, dan memiliki sifat-sifat jasmaniah biasa seperti orang lain. Dia tidak akan menjadi setengah dewa, dan tidak akan memiliki sifat-sifat ghaib. Hakikatnya, seorang individu hidup dalam setiap generasi dengan kemampuan untuk mengambil peranan Mesias. (lihat Maimonides – Laws of Kings 11:3).

 

Yudaisme sengaja menyalahtafsirkan kesilapan Roman Katolik tentang doa kepada penengah, bertentangan dengan pengajaran khusus Kristus. Pernyataan Kristus bahawa tiada seorangpun datang kepada Bapa kecuali melalui dia, yang maknanya dalam baptisan dan pengantaraan untuk dosa melalui kematian dan kebangkitannya, diabaikan dari segi maksudnya serta pengajaran khususnya bahawa doa haruslah ditujukan kepada Bapa dalam nama Kristus.

 

Memang benar bahawa doa merupakan hal peribadi antara orangnya dan Tuhan. Tuhan berada dekat dengan mereka yang memanggil Dia (Mazmur 145:18). Tuntutan bahawa Perintah Pertama menyatakan bahawa, “Jangan ada tuhan lain di hadapanKu” bererti dilarang menetapkan seorang pengantara antara Tuhan dan manusia menyalahertikan idea apa dia erti seorang pengantara dalam Perjanjian Baru dan ditujukan pada bidaah Jemaat Roman Katolik yang menganjurkan doa kepada pelbagai bentuk perantara yang khususnya bercanggahan dengan pengajaran Kristus tentang doa.

 

Penyimpangan Roman Katolik iaitu Mariolatri (pemujaan Maria) dan pembujangan menentang nasihat langsung Alkitab dan memang tiada gunanya menangani semua hujah olok-olok mereka terhadap Katolikisme sebagai wakil Kekristianan, yang sebenarnya bukan.

 

Mesias Palsu dalam Zaman Akhir

Memang jelas bahawa dua pihak disebut dalam teks-teks Alkitab sebagai muncul di pentas dunia pada Zaman Akhir. Dua pihak ini ialah Nabi Palsu yang bekerja dengan Binatang supaya manusia menerima tandanya (Wahyu 19:20) dan daripada mulutnya, dan mulut Naga serta mulut Binatang itu tiga roh najis seperti katak keluar untuk menipu dan mengumpulkan raja-raja bumi ke perang besar Harmagedon (Wahyu 16:13-16). Makhluk yang dipanggil manusia derhaka (kadangkala dipanggil sesetengah pihak sebagai antikristus) dikembangkan dalam 2 Tesalonika bab 2. Kedatangan Kristus didahului oleh pendirian kuasa manusia derhaka, yang dipanggil manusia kebinasaan. Makhluk ini menentang dan meninggikan dirinya lebih daripada semua dewa dan benda yang dipuja. Dia duduk dalam Bait Tuhan, menyatakan dirinya sebagai Tuhan (ayat 4).

 

Terdapat dua alternatif kepada teks ini. Satu ialah Bait Jasmaniah akan dibina; satu lagi ialah manusia ini datang daripada Jemaat Tuhan. Kemungkinannya ialah kita akan jangkakan nabi palsu itu beroperasi dari Yerusalem dan juga kepala kuasa Binatang itu, yang mungkin atau tidak merupakan orang sama. Apa yang pasti ialah seorang jurubicara akan ada untuk kuasa Binatang itu. Struktur Nabi Palsu itu dengan agama sedunia akan cuba menggolongkan Jemaat Tuhan yang berkembang dalam Zaman Akhir sebelum Mesias sebagai Jemaat Antikristus. Itu berdasarkan fakta bahawa jemaat ini berpaut kepada Hukum-hukum Tuhan dan tidak menyangkal Kristus. Kristus akan datang untuk menyelamatkan orang-orang ini.

 

Kuasa Binatang itu akan mula-mula sekali menggunakan Jemaat Roman Katolik iaitu cuba menunggangnya untuk kali terakhir ini. Bagaimanapun, ia akan berkembang melampauinya dan membinasakannya seperti dinubuatkan dalam Wahyu Bab 18. Perang Zaman Akhir akan memusnahkan Rom dan akhirnya Paus Terakhir, yang mereka akan tuntut sebagai Peter orang Rom dan mungkin menamakanya Pius XIII. Dia akan meninggalkan Rom atas mayat-mayat para paderinya. Pemerintahannya akan meliputi kematian dan penghapusan sepenuhnya Jemaat Trinitarian gabungan (lihat juga kertas Paus Terakhir (No. 288)).

 

Semua ini akan terjadi dalam rangka waktu zaman akhir ini antara 2010 dan pemulihan akhir 2025, dan tuaian tiga kali lipat, untuk Yobel pada 2027 dan Milenium pada 2028. Dari waktu ini selanjutnya Bait akan dibangun kembali oleh Mesias sejati dan Hukum-hukum Tuhan akan dikuatkuasakan.

 

Nabi Palsu Manusia Derhaka akan ditentang oleh dua pihak alkitabiah yang dikenali sebagai Dua Saksi (Wahyu 11:2dst; lihat kertas Saksi-saksi (termasuk Dua Saksi) (No. 135)).

 

Memang jelas bahawa, untuk membuatkan dunia menerima Bait Baru, Mesias Palsu itu akan terpaksa menipu sebahagian besar Israel Rohaniah dan Jasmaniah. Individu ini kemudiannya duduk di dalam Bait dan menganggap dirinya Tuhan.

 

Mesias Palsu atau Nabi Palsu itu akan bekerja dengan Naga Merah dan iblis setan sistem Binatang untuk membawa semua orang ke Harmagedon. Aktiviti ini akan terjadi antara Paskah berikutnya dan kedatangan Mesias Sejati. Setelah Efrat kering dan kuasa di situ dihapuskan Raja-raja Timur akan datang ke Megido. Peristiwa itu, bagaimanapun, termasuk kuasa-kuasa Utara sesudah mereka menghapuskan raja Selatan dan selepas itu mereka yang dari Timur Laut. Sesudah kuasa-kuasa Utara dimusnahkan raja-raja Timur akan dibawa ke Megido. Kami akan menjelaskan pewaktuan fasa itu dalam sebuah karya kemudian.

 

Pemilihan Raja

Langkah kedua dalam urutan itu adalah untuk memilih Nasi atau raja Yehuda. Proses ini dimulakan selepas mereka mula membangun kembali Hurva pada 2001. Penulis kita dimaklumkan oleh mereka yang terbabit bahawa Nasi akan dipilih pada pertemuan dalam 2005. Salah satu pesaing utama sepatutnya Keluarga Dayan. Satu lagi keluarga ialah Salathiel. Satu masalah besar timbul apabila ujian DNA dilakukan dan mereka mendapati bahawa orang-orang yang diuji daripada keluarga-keluarga ini bukanlah orang Yahudi. Mereka ialah Celt Het Hg. R (lihat kertas Asal Usul Genetik Bangsa-bangsa (No. 265)). Terdapat satu masalah utama di sini iaitu DNA Het utara ada dalam suku-suku utama kerabat raja Yehuda. Ini akan diteliti dalam kertas yang akan dikeluarkan bertajuk Orang Het dalam Keluarga Daud. Proses pemilihan ini sedang berjalan dan akan diumumkan segera dan bila-bila masa selepas Tahun Baru berikutan penyelesaian Sinagog Hurva Mk. III.

 

Bagaimanakah hal ini dijadikan?

Jadi bagaimanakah orang Yahudi berharap untuk berhubungan dengan bangsa lain dan membuat mereka menerima Mesias palsu mereka dan “berubah” kepada apa yang dipanggil ajaran-ajaran dasar Alkitab?

 

Jawapannya mudah dan mereka telahpun membuat tuntutan ini kepada dunia dalam bentuk “Tujuh Hukum Nuh”. Apa yang dipanggil hukum-hukum Nuh ini merupakan percubaan jelas untuk melenyapkan Hukum-hukum Tuhan dalam semua bangsa. Ini ialah penopang kepada rahsia Kederhakaan.

 

Mereka berpendapat bahawa:

“Yudaisme tidak menuntut semua orang memeluk agama ini. Taurat Musa merupakan kebenaran untuk seluruh manusia, sama ada Yahudi atau tidak. Raja Salomo memohon Tuhan untuk mendengar doa-doa orang bukan Yahudi yang datang ke Bait Suci (I Raja-raja 8:41-43). Nabi Yesaya merujuk kepada Bait sebagai “Rumah untuk segala bangsa.”

 

Kebaktian Bait sewaktu Sukkot menonjolkan 70 korban lembu jantan, sesuai dengan 70 bangsa dunia. Talmud mengatakan bahawa kalaulah orang Rom sedar betapa banyaknya manfaat mereka dapat daripada Bait itu, mereka tentu tidak memusnahkannya.

 

Orang Yahudi tidak pernah secara aktif mencari mualaf kepada Yudaisme kerana Taurat menentukan suatu jalan benar untuk bangsa lain ikut, yang dikenali sebagai “Tujuh Hukum Nuh.” Maimonides menjelaskan bahawa sesiapa manusia yang setia memelihara hukum-hukum moral asas ini memperolehi tempat yang baik di syurga.” (Simmons ibid.).

 

Tujuh Hukum Nuh

Apa yang dipanggil Tujuh Hukum Nuh itu ialah:

1.      Pelanggaran seksual; (termasuk pelbagai bentuknya);

2.      Pembunuhan;

3.      Pencurian;

4.      Pemujaan berhala;

5.      Penghujatan (Mengutuk Nama Tuhan);

6.      Memakan anggota badan binatang hidup;

7.      Keperluan hukum-hukum adil dalam sebuah masyarakat.

 

Tujuh hukum ini ialah omong kosong palsu yang mana tiada sistem sebegitu pernah ditetapkan daripada Nuh, dan kaum Patriak jauh lebih maju dan taat hukum daripada apa yang tipu muslihat Yudaisme rabai ini cuba buat kita percaya. Nuh membawa ke dalam bahtera tujuh pasang tiap binatang halal dan satu pasang binatang haram. Hukum-hukum Makanan telahpun ada sejak Ciptaan (lihat kertas Hukum-hukum Makanan (No. 15) dan juga kertas Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183)). Begitu juga dengan pengertian tentang penciptaan dan kalendar secara keseluruhannya. Josephus mencatatkan bahawa dua tiang batu dan bata yang menjelaskan kalendar telah didirikan oleh Set dan tiang batu yang merekodkan pendirian kedua-dua tiang itu masih berada di Siriad (Syria/Aram) dalam zamannya (Josephus, A. of J. Bk. 1; 2.3).

 

Hukum Keberhalaan begitu kabur sekali dengan tujuan untuk mengaburkan perintah kedua, seperti kebiasaannya di kalangan orang Katolik, untuk memberi daya penarik kepada idea bahawa membuat patung berhala untuk berdoa kepadanya boleh diterima selagi itu berhala “Maria” atau dipanggil santo-santo perantara.

 

Mereka kemudian menegaskan bahawa sistem-sistem Pengadilan negara-negara bangsa lain adalah terpulang kepada mereka selagi mereka sejajar dengan Tujuh Hukum Nuh itu. Mereka kemudian dijamin mendapat “tempat di syurga” iaitu suatu konsep pagan yang bertentangan sepenuhnya dengan Kekristianan asal dan Alkitab.

 

Tuhan telah berfirman, melalui hamba-hambanya para nabi, bahawa seluruh kalendar yang meliputi hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya harus dipelihara oleh semua bangsa dalam Pemulihan Milenium Mesias dan bangsa-bangsa itu akan mati jika mereka tidak memeliharanya (Yesaya 66:23; Zakh. 14:16-19).

 

Penipuan Hukum-hukum Nuh ini kemudiannya diajukan sebagai fakta dan kongres AS sekalipun telah mengabsahkannya sebab pihak Trinitarian merasa sesuai berbuat demikian dengan anggapan bahawa mereka agak selamat. Malah parlimen Ireland telah meluluskan undang-undang berkenaan penghujatan yang tidak bererti dan tidak boleh dikuatkuasakan. Perlembagaan mereka merupakan sebuah dokumen Trinitarian yang memerlukan Trinitas, dan ini telah diatur oleh pihak Roman Katolik pada 1937.

 

Hukum Tuhan telah ada sejak Adam dan dipelihara oleh para Patriak dan diberikan kembali dengan lengkap kepada Musa di Sinai oleh Yesus Kristus yang ada bersama mereka di padang gurun (1 Kor. 10:4).

 

Lihat teks berikut.

Tujuh Hukum Nuh

 

Berikut ialah pandangan umum Yahudi tentang kedatangan Mesias:

 

Mereka memperhatikan bahawa Maimonides berpendapat bahawa Kekristianan dan Islam ialah sebahagian daripada rencana Tuhan untuk menyebarkan segala ideal Taurat ke seluruh dunia, menggerakkan masyarakat ke arah keadaan disempurnakan. Semua itu dianggap sebagai persediaan satu Zaman Mesias yang dipercayai mereka akan datang (seperti dinyatakan Alkitab), dan mereka menyangkal kedatangan kembali seorang Mesias yang mereka percayai tidak pernah datang.

 

Simmons berkata:

“Sesungguhnya, dunia sangat-sangat memerlukan penyelamatan Mesias. Perang dan pencemaran mengancam planet kita; ego dan kekeliruan mengikis kehidupan keluarga. Sejauh mana kita sedar akan semua masalah masyarakat, sejauh itulah kita akan merindukan keselamatan. Seperti kata Talmud, salah satu pertanyaan mula-mula yang ditanyakan seorang Yahudi pada Hari Pengadilan ialah: ‘Pernahkah engkau rindu ketibaan Mesias?’

 

Bagaimanakah kita dapat mempercepatkan kedatangan Mesias? Cara terbaik ialah mengasihi semua orang dengan murah hati, memelihara mitzvot Taurat (sebaik kita mampu), dan mendorong orang lain berbuat demikian juga.

 

Meskipun suram, dunia memang nampaknya menuju ke arah keselamatan. Satu tanda nyata ialah bangsa Yahudi telah kembali ke Negeri Israel dan membuatnya berkembang kembali. Tambahan lagi, satu gerakan besar sedang berjalan yang mana kaum muda Yahudi kembali kepada tradisi Taurat.

 

Mesias boleh datang pada bila-bila waktu, dan ini semuanya bergantung pada perbuatan kita. Tuhan sedia bila kita sedia. Sebab seperti kata Raja Daud: “Keselamatan akan datang hari ini—jika engkau mendengar suaraNya.”

(lihat R. Shraga Simmons, disadur kebanyakannya daripada Aish.com)

 

Perhatikan komen-komen itu adalah ke arah tradisi Taurat. Dari tanggal 1 Abib tahun ini pada 2010, selepas siapnya sinagog Hurva di Yerusalem, satu percubaan akan dibuat untuk mendirikan Bait itu di atas Gunung di Sion. Untuk itu seorang Mesias palsu akan diumumkan tidak lama lagi. Dia akan menjadi seorang pemimpin berkarisma dan nabi palsu yang akan bergaul dengan Susunan Dunia Baru.

 

Dari sebelum Disember 2010 suatu kebangkitan agama akan berlaku dan situasi akan menjadi semakin buruk. Dalam waktu singkat saja kita akan menyaksikan perang menyeluruh, dan penaklukan Gaza dari laut ke darat termasuk Yerusalem oleh angkatan Raja Utara di bawah seorang “Antikristus”.

 

Kerajaan Binatang akan ditubuhkan daripada perjanjian-perjanjian yang ditetapkan daripada perundingan Copenhagen pada 2 Disember 2009. Semua persetujuan akan ditandatangani selewat-lewatnya Julai 2010 yang membawa kepada keruntuhan kewangan yang direncana dan Susunan Dunia Baru akan memangku kuasa sedunia. Perang Dunia Ketiga kini akan semakin hebat dan hampir memusnahkan dunia.

 

Sistem palsu ini akan menipu jika mungkin umat pilihan juga.  

 

Sistem ini akan mempunyai mesias palsu di Yerusalem yang mengikut kalendar palsu dengan interkalasi Babel dan adat-adat lisan. Ini akan menyangkal Kristus yang menyelamatkan kita semua.

 

Jemaat-jemaat Tuhan yang ditipu di bawah Gembala Berhala dan dikorupkan oleh Diteisme dan Kalendar Hillel tidak akan mampu berdiri. Hanya orang Filadelfia sebagai satu kumpulan akan bertahan terhadapnya. Mereka tidak akan menyangkal namanya (Wahyu 3:8). Ramai daripada Sardis dan Laodikia akan dikalahkan kerana mereka sudahpun dikorupkan oleh doktrin-doktrin ini serta doktrin-doktrin Diteisme dan ramai akan jatuh.

 

Sekarang ini ramai jatuh di tepi jalan dan sesetengahnya betul-betul menjadi orang Yahudi dan menyangkal Kristus yang menyelamatkan mereka. Mereka menunggu, sedia untuk digoda oleh mesias palsu ini. Terdapat konsentrasinya dalam AS di mana kultus personaliti telahpun membinasa Jemaat-jemaat Tuhan.

 

Waktunya singkat. Banyak kerja harus dilakukan.

 

Keluarlah daripada lubang-lubangmu kamu yang luka dan penat. Ada satu pertempuran akhir yang besar untuk diperangi.

 

 

q