Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[067C]

 

 

 

 

Orang Hittite dalam Rumah Daud

(Edisi 1.0 20100115-20100115)

 

Ada banyak aspek mengejutkan dan kurang difahami tentang saiz dan luasnya Rumah Daud dan bagaimana ia telah berkembang untuk meliputi semua bangsa. Ia telah memperluaskan keluarga-keluarga Mesias dan menggabungkan keturunan yang pada dasarnya merupakan keturunan Hittite.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Orang Hittite dalam Rumah Daud

 

 


Pendahuluan

 

Orang Hittite merupakan satu persekutuan antarabangsa orang Hatti dan Kalti. Orang Hatti ialah Hittite Selatan Kanaan dan juga diperluaskan untuk mencakupi orang Nubia di daerah-daerah Mesir Selatan dan Etiopia. Hittite Utara ialah orang Kalti atau orang Celt dan Cimmeria di Turki yang berpengkalan di Troy dan utara sampai Scythia dan Parthia di tempat yang kini ialah Georgia dan Armenia dan daerah Laut Hitam.

 

*************************************

 

Dalam menyelidiki aspek-aspek sejarah semua bangsa ternyata betapa pentingnya struktur DNA bagi identiti bangsa-bangsa dan sebaran serta hubungan antara mereka.

 

Huraian asas ditulis untuk menjelaskan struktur dari seorang lelaki Adam dan seorang perempuan Hawa dan di mana anak cucu mereka membangun dan tersebar. Naskah itu ialah Asal Usul Genetik Bangsa-bangsa (No. 265).

 

Keturunan Nuh dihuraikan dalam cabang masing-masing Sem, Ham danYafet. Kisah Alkitab cocok dengan sempurna ke dalam struktur YDNA dan menjelaskan dengan sempurna sebaran manusia serta asal usul mereka. Malahan ini menjadikan Teori Evolusi sesuatu yang mustahil sepenuhnya sebaik saja rangka waktu yang betul bagi mutasi-mutasi diambil kira.

 

Mutasi-mutasi itulah yang sebenarnya menjadi jelas dan relevan kepada pengertian mutasi-mutasi YDNA dalam Rumah Daud. DNA itu termasuk apa yang sebenarnya YDNA Hittite yang bergabung dengan keturunan Daud pada abad Kesepuluh BCE.

 

Ketika penulis menyelidiki YDNA-nya beberapa hal ganjil terjadi dengan keputusannya. Terdapat satu siri mutasi dua, tiga dan empat langkah yang terjadi yang tersebar di Eropah dan Asia dan Timur Tengah. 12 seksyen pertama diuji dan membawa kepada persamaan spektrum luas dengan sebilangan kumpulan-kumpulan orang. Apa yang menarik ialah bilangan mutasi tiga langkah cocok dengan orang Lewi di kalangan orang Yahudi Rusia dan Lithuania tersebar daripada Haplogroup (Hg.) R1b malah sampai Haplogroup (Hg.) N di Lithuania.

 

Apa yang kemudiannya agak membingungkan ialah kecocokan tiga langkah dengan seorang Palestin dengan Hg. RxR1 asas. Persamaan ini ternyata relevan bagi penemuan-penemuan kemudian.

 

Ada juga kecocokan mutasi sejauh Siberia dan sampai Sepanyol dengan satu keluarga juga di Cuba, yang mungkin datang dari Sepanyol.

 

Semua penemuan ini agak bercanggahan dengan fakta bahawa YDNA saya ialah subkumpulan dikenali daripada barisan Norse Celt dan tersebar di seluruh Britain sampai Kepulauan Shetlands dan Orkneys di Scotland sampai Iceland di Denmark dan, yang anehnya, hingga kelompok campuran orang Eropah Eskimo Greenland.

 

Penjelasannya agak mudah dan ini sendiri menyelesaikan suatu teka-teki yang sudah lama ada tentang orang Norse. Kita tahu bahawa pada awal Waktu Panas Pertengahan (Mediaeval Warm Period) Greenland menjadi bebas ais pada musim panas dan boleh dicucuk tanam. Pandangan ini diuji apabila Eric the Red terbabit dalam perbincangan hangat dalam satu jamuan di Thule (kini Iceland) pada 996 dan membunuh seorang Thule lain dan lebih berkuasa. Dia memilih jalan bijaksana dan menyediakan seluruh keluarganya dan berdayung ke Greenland. Keluarga ini mendudukinya selama 450 tahun berikutnya dan terus menjajahi kawasan-kawasan utara Amerika Utara. Andaian dibuat bahawa orang Eskimo telah menghapuskan mereka tatkala keadaan menjadi lebih sejuk dalam Zaman Ais terbaru dari 1450-1760 CE. Daripada ujian DNA nampaknya keluarga itu tidakpun terhapus. Mereka hanya mengikut serta orang Eskimo dan menyesuaikan diri kepada keadaan lebih sejuk itu dan masih berada di situ sampai hari ini.

 

Penjelasan Evolusi biasa orang Celt Norse adalah bahawa mereka datang dari Timur Tengah berpuluh ribu tahun dahulu dan menduduki Eropah Barat Laut dengan satu kumpulan juga di sebelah Jerman Timur.

 

Masalahnya ialah itu tidak cocok dengan apa yang diketahui tentang sejarah British dan rekod purba.

 

Rekod sejarah menunjukkan bahawa penduduk awal Britain ialah sekumpulan orang Magog yang datang dari tempat yang sekarang ini ialah Laut Hitam dan yang dipanggil orang Scythia. Orang Irish asal juga dikatakan datang dari wilayah Greece/Thrace dan Scythia itu. Orang-orang in di Britain telah ditakluk oleh sekumpulan orang Hittite dari kerajaan Wilusa, menurut ahli-ahli sejarah British awal. Ibu kota mereka di Troy telah dimusnahkan oleh persekutuan Hellene dalam Perang Trojan. Troy jatuh pada tahun 1054 BCE, iaitu dua tahun terakhir pemerintahan Eli sebagai hakim di Israel, dan sejarah Irish menunjukkan fakta ini (lihat MacGeoghegan-Mitchell, The History of Ireland, Sadlier & Co., 1868, Bab 2dst.).

 

Ini merupakan permulaan kemusnahan Empayar Hittite yang berterusan sehingga orang Asyur menghapuskan mereka sebagai Empayar Hittite dan mengambil tempat mereka.

 

Di Britain orang-orang ini mulai berkuasa dari abad Kesepuluh BCE. Mereka mengundurkan satu serangan orang Hun pada abad Kesepuluh di bawah Humber raja Hun yang dikalahkan dan terbunuh di Sungai Humber yang dinamakan sempenanya. Orang Cymry Troy Hittite terus berkuasa selama seribu empat ratus tahun berikutnya dengan konflik antara mereka dan orang Pict di Utara sehingga orang Anglo-Saxon datang ke Britain menyusuli orang Jute selepas pengunduran orang Rom. Selama berabad-abad mereka berdagang dengan Timur Tengah dan orang Fenisia dan daripada pihak itu mereka m pendedahan kepada Yehuda serta para pedagangnya.

 

Daripada keturunan inilah kita perhatikan beberapa perkembangan amat menarik. Ini juga mungkin merupakan asal struktur YDNA serupa yang kita temui di kalangan sesetengah orang Timur Tengah di beberapa tempat yang menghairankan.

 

Satu contohnya ialah urutan pengujian untuk menentukan asal usul YDNA keluarga Cox dari Surrey yang kemudiannya membawa kepada satu perkembangan yang sangat menarik.

 

Pengujian mula-mula mengkelaskan keturunan itu sebagai orang Celt Norse pada R1b1c yang kemudiannya disusun kembali dalam struktur Haplogroup R1b sebagai R1b1b dan selepas itu dengan pengujian lanjutan kepada R1b1b2a1a4 daripada rangkaian 67 DYS bagi U106 grup positif di L48.

 

Hubungan dengan yang lain dalam grup ini menyaksikan tuntutan dibuat bahawa pertalian YDNA itu adalah daripada Rumah Daud di Yehuda dan ramai dalam kumpulan itu merupakan orang Yahudi dari Israel dan Sepanyol.

 

Ini sememangnya dianggap mustahil. Bagaimanapun, hubungan itu menuntut yang hal ini benar. Semua keturunan ini dikatakan boleh dibuktikan secara genealogi.

 

Pendapat ini serupa dengan pandangan yang diutarakan oleh satu lagi kecocokan dengan sebuah keluarga British lama yang mendakwa mereka ialah orang Yahudi Sephardi yang ditindas dalam penghambatan 1205 di Britain dan terdorong menyembunyikan diri.

 

Penyelidikan ini kemudian membawa kepada beberapa penemuan mengejutkan berhubungan dengan Rumah Daud dan struktur YDNA-nya.

 

Hg. R dalam Rumah Daud

 

Kebanyakan orang yang tahu tentang YDNA akan setuju bahawa Hg. R merupakan YDNA bukan Semit dan berasal dari segi alkitabiah daripada Keturunan Yafet. Nyata sekali ini tertumpu di Utara Eropah dan Asia dan berkaitan juga dengan Hg. Q orang Amerindian yang juga berasal daripada leluhur Hg. P yang datang daripada pertalian leluhur Hg. K, yang berhubungan dengan orang Fenisia dan terpisah daripada hubungan leluhur Ibrani Hg. I dan J. Apa sekalipun Daud tentunya seorang Ibrani 1J.

 

 

Bila dihadapkan dengan usul-usul menakjubkan daripada orang-orang Yahudi ini yang mendakwa berketurunan Daud namun merupakan kumpulan U106 yang berhubungan dengan substruktur R1b, kajian lanjut menghasilkan penemuan yang amat menakjubkan.

 

Ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua garis keturunan rumah Daud ialah Hg.R sebenarnya. Kebanyakannya R1b tetapi satu ialah R1a dan semuanya dinyatakan telah bermutasi dengan signifikan daripada satu sama lain.

 

Penemuan sebegitu betul-betul memperolok-olokkan teori Evolusi dan menghancurkan premis-premis rangka waktu mutasi YDNA.

 

Untuk orang-orang ini mempunyai pertalian daripada satu leluhur tunggal mereka harus berasal daripada satu leluhur RxR1 asas yang kahwin ke dalam keturunan Raja Daud dan diserap ke dalam struktur genealogi selepas saja Daud. Dengan kata lain mereka harusnya telah mengahwini salah seorang anak perempuan Daud atau keturunan perempuannya. Ini memang mungkin secara genealogi sebab silsilah-silsilah di Yehuda tidak menyebut kaum perempuan dan semua keturunan mengambil nama suami walaupun seorang keturunan diambil dalam garis keturunan perempuan. Hanya sekali-sekala saja perempuan disebut. Fakta ini dibuktikan oleh genealogi dalam Lukas bab 3 yang berakhir dengan Yusuf bin Eli namun diketahui dan diakui umum oleh Yehuda bahawa keturunan dalam Lukas 3 ialah keturunan Mariam ibu Kristus dan genealogi dalam Matius bab 1 ialah genealogi Yusuf melalui Yekhonya.

 

Apa yang terjadi ialah dua daripada garis keturunan utama dalam Rumah Raja Daud di Yehuda berketurunan daripada orang Celt yang hanya mungkin telah memasuki Yehuda dengan menonjolnya selepas kejatuhan kerajaan Hittite di utara dan ini seharusnya telah berlaku sebelum kejatuhan Troy pada 1054 BCE. Hanya seorang saja orang Hittite yang cukup terkenal dan berkuasa telah memasuki keluarga Daud dan sesungguhnya Daud memaksa situasi itu sendiri.

 

Orang itu ialah seorang daripada Tiga puluh pahlawan Israel dan Daud mengatur kematiannya untuk mengambil isterinya. Orang itu ialah Uria orang Hittite dan isterinya ialah Batsyeba ibu Salomo.

 

Alkitab senyap tentang hal Batsyeba mempunyai anak lelaki sebelumnya dan dia hanya disebut kehilangan anak pertama kepada Daud dan selepas itu mengandungkan Salomo. Bagaimanapun hukum Tuhan banyak bersuara tentang keperluan untuk Uria mempunyai peluang untuk menghasilkan anak cucu dengan isterinya sebelum dia pergi berperang. Hakikatnya yang dia ada berbuat demikian juga dibuktikan oleh fakta bahawa dia khuatir berbuat demikian apabila dia kembali ke Yerusalem. Dia tidak tinggal bersama Batsyeba sedangkan ini sebenarnya memang diingini dan direncana agar dia mempunyai peluang berbuat demikian.

 

Hakikat bahawa Batsyeba mempunyai peluang untuk mengahwinkan anak lelakinya ke dalam Rumah Daud tidak boleh dipertikaikan. Dia merupakan isteri kesayangan raja dan ibu calon raja, iaitu Salomo, dan seluruh Israel mengetahuinya. Cara terbaik untuknya menempatkan anak lelakinya dengan Uria ke dalam Kerabat Raja adalah dengan mengahwinkannya dengan salah seorang anak perempuan Daud dengan isteri lain dan tiada soal sumbang muhrim timbul.

 

Jadi memang logik bahawa perkahwinan begitu pasti telah menghasilkan YDNA Hg. R Hittite di dalam genealogi Daud.

 

Untuk kehadiran R1b dan juga sedikit jumlah YDNA R1a harus diandaikan bahawa YDNA asal sepatutnya ialah RxR1 Asas. Justeru selepas 900 BCE YDNA berpecah kepada R1B dan kemudiannya bermutasi lebih lanjut kepada satu cabang R1a. Fakta bahawa YDNA sebegitu ditemui dalam suku-suku Daud terkuat di Yehuda merupakan bukti senario ini.

 

Oleh sebab itu memang hakikatnya bahawa YDNA ini sendirinya merupakan satu penanda garis-garis keturunan Hittite dalam Kerabat Raja Daud melalui salah seorang anak perempuan Daud. Ini alasan paling kuat bahawa keturunan raja Daud diperluaskan kepada bangsa lain dan bahawa keselamatan dulu dan sekarang merupakan milik bangsa lain dan bahawa keturunan ini ialah keturunan Daud dan Uria orang Hittite melalui Batsyeba. Ini tidak mungkin perkahwinan dengan anak-anak perempuan Salomo, sebab ini dilarang oleh hukum alkitabiah.

 

Garis keturunan YDNA R1b itu kini ada di kalangan orang Briton. Fakta ini dibuktikan lebih lanjut lagi oleh pengertian genealogi bahawa satu elemen utama YDNA ini diperolehi daripada nama keluarga atau perkataan yang bermakna anak Ishak (iaitu Cox). Keluarga lain dipertalikan kepada YDNA ini di England dan juga di Sepanyol dan tempat lain.

 

YDNA sama ini meluas sampai Scotland dan kepulauan Shetlands, dan sampai Iceland dan Denmark. Ini tersebar luas.

 

Orang cenderung duduk saja atas penemuan ini daripada menyakiti hati para saintis dengan teori-teori kesayangan mereka yang berdasarkan teori evolusi dan kitar-kitar mutasi semua keluarga terbabit. Ini penemuan yang terlalu penting untuk membiarkan itu terjadi.

 

Kerabat Daud di kalangan orang British dan impaknya pada Jemaat Celtic

 

Satu lagi leluhur dipanggil Bran yang Diberkati. Dia dikatakan ahli-ahli sejarah/genealogi sebagai anak menantu Yusuf dari Arimatea, dan isterinya Anna dikatakan merupakan saudara Perawan Mariam dan salah seorang Desposyni. Justeru seluruh keluarganya dan anak cucu mereka ialah Desposyni atau Keluarga Yesus Kristus. Pernyataan Geoffrey dari Monmouth bahawa Marius, dikatakan anak Arviragus, mengahwini anak perempuan Bran yang Diberkati merupakan satu kekeliruan nama sebab Marius ialah bentuk Latin Arviragus dalam bentuk singkatnya Meurig. Geoffrey mengatakan dia tinggal di Rom untuk seketika. Anak lelaki mereka Coel berkahwin dengan anak perempuan Cyllin, anak Caradog, saudara keduanya. Itulah garis keturunan keluarga kami. Masalah ini dibincangkan dalam buku Mike Ashley, Mammoth Book of British Kings and Queens, Carroll and Graf, 1999, ms 78).

 

Caradog merupakan seorang Briton suku Cantii (40 CE), Catuvellauni dan Silures (43-51) yang memerangi orang Rom. Dia mula-mula dikalahkan di Kent. Saudaranya (atau mungkin anak saudaranya) Togodumnos terbunuh ketika mengepalai suatu angkatan kedua di Hampshire. Togodumnos diandai sebagai Ketua Dumnoniae dari Devon dan Cornwall (iaitu Tog y Dymnaint yang nama sebenarnya mungkin Guiderius, walaupun ini juga diusulkan sebagai Arviragus si penatua).

 

Maharaja Claudius, dengan angkatan tentera di bawah Aulus Plautius, menawan Caradog dan Arviragus selepas kekalahan besar di Wales, dan pengkhianatannya oleh Cartimandua dari Brigantes Magog yang kini ialah Lancashire. Claudius membawa seluruh keluarga itu dengan diikat rantai ke Rom. Caradog secara literal berbicara untuk melepaskan dirinya daripada dihukum bunuh (dicekik selepas upacara Roman Triumph) dan terselamat bersama-sama keluarganya. Dia dan seluruh keluarga itu dibaptiskan di bawah Rasul Paulus. Anak lelakinya Linus nampaknya sudah dibaptiskan oleh para Rasul dan, menurut Hippolytus, Linus dijadikan satu daripada Tujuh puluh orang. Dia menjadi biskop pertama Rom (lihat kertas Asal Jemaat Kristian di Britain (No. 266)). Justeru dia tentunya telah pergi ke Kanaan bersama bapa kepada Anna ibu saudaranya, iaitu Joseph (Yusuf), pada zaman Kristus. Yusuf diketahui merupakan pedagang logam dengan Britain.

 

Selepas Caradog (atau lat. Caratacus) mati, dikatakan diracuni pada waktu yang sama seperti Claudius pada 54 CE, Cyllin dan Coel, anak menantunya dan keluarga, kembali ke Britain untuk meneruskan pekerjaan yang dimulakan oleh Aristobulus, biskop Britain dan seorang daripada Tujuh puluh (kumpulan daripada Tujuh puluh ini diutus keluar dari Rom). Keluarga ini menjadi warganegara, atau pemimpin suku di Britain, bagi orang Rom dan berjaya menggabungkan Jemaat. Linus mati syahid di Rom berserta ramai orang daripada Jemaat mula-mula.

 

Jadi, kita boleh simpulkan bahawa walaupun Caradog dan orang Briton tidak mahu orang Rom di situ dan ramai mati untuk mencegahnya, peluang ini digunakan oleh Tuhan untuk mengukuhkan lagi Jemaat di Britain dan Gaul utara. Paulus dapat menggunakan keluarga Caradog, termasuk keluarga Arviragus, untuk memantapkan Jemaat di Rom dan di Britain. Rom digunakan untuk menggabung Britain dan menyediakannya untuk waktu masa depan bilamana Reformasi akan berlaku dan kemudiannya khabar Zaman Akhir akan diajarkan daripada orangnya yang tersebar luas di serata dunia. Orang Celt dapat bertahan terhadap paganisme Rom dan kekal Kristian bebas selama berabad-abad.

 

Jemaat mendirikan Kekristianan Sabbatarian di Britain dan menanamnya di France terhadap tentangan besar.

 

Sejarah ini diketahui ramai tetapi golongan Trinitarian dari Rom bersusah-payah menyamarkan dan mengubah cerita-ceritanya dan untuk mendiskreditkan kebenarannya selepas 664 CE bilamana doktrin-doktrin mereka dipaksa pada Britain dengan ancaman pedang. Nanti akan ada satu cubaan terakhir untuk menghapuskan umat Tuhan tetapi ini akan gagal (untuk cubaan-cubaan sebelumnya lihat juga naskah Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232)).

 

Luasnya Keturunan itu di Britain

 

Untuk memberi gambaran tentang luasnya Keluarga Kristus di Britain dan Komanwel keturunan berikut akan menunjukkan luasnya sebaran itu.

 

Keturunan ini ialah anak lelaki Ewart William, a.l. William Charles, a.l. Thomas (Thomas William Martyn Cox dari Surrey dan Sydney), a.l. Thomas Joseph Cox dari Surrey kahwin Emma Martyn Stocker anak perempuan (a.p.) William Martyn Stocker, a.l. Joseph Stocker dan Mary Martyn dari Broadclyst di Devon. Keluarga Stocker dari Broadclyst datang ke situ dari Winchester dan keturunan mereka boleh dijejaki sampai seorang Thane dalam istana Alfred yang Agung. Mereka juga ialah keluarga British kuno yang sama-sama berkongsi pusaka ini. Winchester merupakan ibu kota dahulu kala.

 

Mary Martyn isteri Joseph Stocker ialah anak perempuan William Martyn dari Broadclyst. Nama William Martyn menjadi penanda genealogi bagi keluarga itu dan sekarang kita akan kekal dengan keturunan ini untuk lapan abad seterusnya sehingga kita meninggalkan Penaklukan-penaklukan Norman dan beralih ke Wales dan garis-garis keturunan British kuno. Sesetengah cabang akan disebut kerana mereka menunjukkan keluasan jangkauan keturunan kerabat dan kepelbagaiannya.

 

William ialah anak Anthony Martyn dan Elizabeth Voysey dari Broadclyst. Keluarga Voysey ialah cabang kerabat baron Vesci. Voysey ialah penamaan Devon (Dumnon) bagi nama Vesci. Mereka merupakan para jurutulis kariah Broadclyst selama lebih dua ratus tahun, bermula dengan Clement Voysey, bila rekod kariah mula-mula dibuka. Keturunan mereka juga berkahwin ke dalam keluarga Veale dari Cornwall iaitu keturunan William Veale saudara kepada Christopher dari keluarga Veale Gloucester dan juga keluarga Tucker. Mereka ialah garis-garis keturunan kita (Satria-satria Gloucester). Keluarga Veale mempunyai garis keturunan Merovingian, dan begitu juga mana-mana keluarga yang berkahwin mereka. Mereka juga boleh dijejak ke belakang sampai Harding dari Denmark dan Eadnoth si Pendalih, pelayan kepada Edward si Pengaku.

 

Anthony Martyn ialah anak Edward bin John, bin Anthony, bin Anthony, bin John, bin Richard, bin William.

 

Keluarga Martyn memiliki tanah di Dorset dan Devon dan janda William tinggal di Rumah Clyst. Anak-anak yang menjadi pedagang berada di Exeter dan London atau di Athelhampton.

 

Garis keturunan Martyn daripada William Martyn dijejaki sampai William Martyn dari Kemys (atau Chemais) di Pembrokeshire dan cukup terkenal walaupun sering dikelirukan oleh genealogi Mormon. Keluarga Martyn dari Barat daya yang berpengkalan di Devon kini cukup ekstensif di serata dunia.

 

Divisi keluarga Martyn di Athelhampton di Dorset datang daripada garis keturunan Nicholas Martyn anak kepada William Martyn. Garis keturunan ini daripada orang Briton awal dan Desposyni juga ada pada keturunan keluarga Spencer dan dengan itu juga ditemui dalam Sir Winston Churchill, Earl Spencer dan Puteri Diana dan justeru itu ada pada Putera William dan Harry.

 

Pembatasan daripada keluarga Martyn kepada keturunan Welsh datang daripada datuk nenek (kakek) Nicholas Martyn. Bapanya ialah Nicolas Martyn, bin William Martyn, bin Robert Fitz Martyn, bin Baron Martyn dari Tours Lord bagi Kemys di Pembrokeshire. Martyn dari Tours kahwin dengan Geva de Burci, a.p. Serlo de Burci daripada penaklukan Norman. Geva berkahwin kembali dengan William dari Falaise namun kebanyakan tanah berpindah milik kepada anak lelakinya Robert Fitz Martyn. Daripadanya Fitz Martyn menjadi nama keluarga keturunan itu dan dipendekkan kepada Martyn.

 

Isteri Nicholas ialah Maud De Brien(ne) anak perempuan Eve (Eva) De Tracy dan Guy de Brien keturunan Jean de Brienne dari Yerusalem dan HRE kahwin kahwin dengan Berengeria Infanta a.p. Alphonse dan Berengaria dari Castile. Eve merupakan anak perempuan Henry de Tracy dari Barnstaple di Devon.

 

Garis-garis keturunan Martyn berpecah menjadi dua garis utama dan kemudian kepada subgaris-subgaris ekstensif yang banyak daripadanya tidak direkod dengan tepat sebelum rekod-rekod jemaat bermula di Devon.

 

William Martyn yang tua kahwin dengan Angharad verch (atau ferch) Rhys puteri Wales dan dari situ kita kembali kepada British Kuno.

 

Pertalian Welsh

 

Keturunan di Wales daripada Angharad (juga Angarad) verch (a.p.) Rhys Putera Wales Selatan dan Raja Deheubarth (lahir sekitar 1132 Ireland, mati 28 April 1197 pada umur 65 tahun) adalah seperti berikut. Daripada Rhys ap (bin) Gruffydd berasalnya seluruh dinasti Tudor dengan perluasan besar-besaran ke dalam England. Garis keturunan ini berasal daripada Llywarch dari Dyfed melalui Elen yang kahwin dengan Hywel Dda ap Cadell, ap Rhodri Mawr (kahwin Angarad) (lihat Ashley M., ibid., ms 331; semua nombor dan rujukan Ashley telah dikekalkan untuk membolehkan rujukan silang mudah kepada buku itu dan maklumat biografinya).

 

Garis keturunan ini melalui Hywel Dda ialah Rhys ap Griffith ap Rhys ap Tewder ap Cadell ap Einion, ap Owain, ap Hywel Dda (kahwin dengan Elen verch Llywarch dari Dyfed, lihat bawah) ap Cadell, ap Rhodri Mawr (kahwin dengan Angharad verch Meurig). Kedua-dua keturunan ini daripada perempuan adalah penting juga sebab Angharad melalui bapanya Meurig merupakan keturunan anak cucu Cunedda melalui Ceredig (Ashley carta 4, ms 140).

 

Rhodri ialah anak Merfyn ap Essyllt (kahwin dengan Gwirad (Ashley NA8), ap Cynan ap Rhodri. Cynan juga mempunyai pertalian keturunan yang disangka kepada keturunan Caradog (Ashley ibid., ED 14) daripada anak cucu Owain ap Einion dan saudara kepada Cadwallon ap Einion ap Cunedda.

 

Keturunan kepada Cadwallon berterusan sebagai Rhodri ap Idwal, ap Cadwaladr ap Cadwallon, ap Cadfan, ap Iago, ap Beli, ap Rhun, ap Maelgwyn, ap Cadwallon, ap Einion, ap Cunedda (sekitar 450an).

 

Cunedda mempunyai sembilan anak lelaki:

Tybion (keturunannya Mierionydd); Edern, Rhuton, Dunant (keturunannya Dunoding), Einion (keturunannya Gwynedd Rhos); Dogfael, Ceredig (keturunannya Ceredigion); Osfael dan Afloeg.

 

Anak cucu Cunedda yang memerintah di Gwent dan Glywysing dimasukkan dalam Ashley ibid., pada ms 122. Carta itu termasuk para pemerintah Ergyng dan Brittany.

 

Cunedda kahwin dengan Gwawl anak perempuan Coel Hen yang baka keturunannya pergi kepada orang Celt Utara serta Wales dan juga kepada keturunan Oswy dari Northumbria dalam perkahwinannya kepada Rhiainmelt a.p. Rhoeth ap Rhun ap Urien ap Cinmarc ap Merchiaun ap Gurgust ap Ceneu ap Coel Hen.

 

Coel Hen kahwin dengan Ystradwal anak perempuan Cadafa ap Cynan ap Eudaf, yang leluhurnya ialah Coel ap Cadfan. Cadfan inilah yang kahwin dengan Gwladys a.p. Lucius, ap Coel I. Coel kahwin dengan anak perempuan Cyllin bin Caratacus (Caradog) yang ditawan oleh orang Rom bersama saudaranya Arviragus serta keluarga mereka dan dibawa ke Rom. Anaknya Linus iaitu saudara Cyllin merupakan salah seorang daripada Tujuh puluh Orang dan biskop pertama Rom yang ditentukan oleh Rasul Paulus. Banyak usaha telah dibuat untuk merosakkan rekod ini oleh Jemaat Roma (lihat juga naskah Asal Usul Jemaat Kristian di Britain (No. 266)). Anak ketiga Guiderius diandaikan mungkin Togidumnus yang dibunuh oleh orang Rom di Barat daya Britain. Sesetengah orang menegaskan bahawa Coel Hen ialah orang suku Brigantes, tetapi jika demikian dia seorang Magog. Tuntutan satu lagi dan lebih mungkin ialah dia seorang Votadini. John Morris menyatakan dia ialah Dux Bellorum (Duke Perang) Britain tetapi menurut Ashley hal ini tidak terbukti (ibid., ms 97).

 

Caratacus ialah anak Cunobelin ap Tasciovanus.

 

Arviragus saudara Caratacus (iaitu nama Rumi-nya) mempunyai seorang anak bernama Meurig (dipanggil Marius oleh orang Rom) yang kahwin dengan anak perempuan Prasutagus raja orang Iceni dan suami Boudica (yang memimpin pemberontakan menentang orang Rom setelah mereka memperkosanya dan anak perempuannya. Boudica dan orang Iceni membakar Colchester, ibu kota waktu itu). Keturunannya dikatakan adalah daripada Antedios ap Addedormarusbut namun pasti daripada leluhur mereka Mandubracius ap Imanuentus.

 

Keturunan Arviragus dan Lucius ap Coel I juga berasal daripada Bran yang Diberkati dan meluas juga kepada satu lagi keturunan British melalui Ceretic ap Cynloyp ap Cinhil ap Cursalem ap Fer ap Confer ap Cunedd kepada Coel anak lelaki Cadfan da Glwadys anak perempuan Lucius ap Coel I.

 

Keturunan Coel Hen (mungkin Raja Cole tua (old King Cole) daripada sajak kanak-kanak), yang mengahwini Ystradwal daripada keturunan ini, berasal daripada Bran melalui anak lelakinya Beli dan anak lelakinya Amalech (Avallach) melalui Eudelen anak lelaki Amalech.

 

Gwawl anak perempuan Coel Hen kahwin dengan Cunedda yang juga berasal daripada Bran melalui Amalech seperti berikut:

Cunedda ap Edern ap Paternus ap Tacit ap Cein ap Guocein ap Doli ap Guordoli ap Dyfwn ap Gurdumn ap Amgualoyt ap Angeurit ap Oumun ap Dyfwn ap Brithguein ap Eugein ap Amalech ap Beli ap Bran yang Diberkati ap Llyr (raja Lear) (kahwin dengan Penardun verch Llud ap Beli Mawr (memerintah Britain sekitar 100 BCE)). Raja Lear (watak Shakespeare) merupakan anak Caswallon ap Beli Mawr dan dengan itu Lear dan Pernadun merupakan saudara.

 

Arviragus kepala orang Silurian memberi dua belas hide tanah kepada Jemaat atas permintaan Joseph dan anak saudaranya Linus ap Caradog untuk mendirikan gereja di Glastonbury. Demikianlah leluhur aku/kami mengasaskan jemaat di Britain dengan Aristobulus biskop Britain dan juga Linus salah seorang daripada Tujuh puluh Orang itu. Anak perempuan Cyllin dan anak Meurig (Marius) anak kepada Arviragus iaitu Coel I kembali ke Britain dari rom dan menubuhkan jemaat dengan anak mereka Lucius dan anaknya Cadfan (kahwin Gwladys).

 

Carta-carta genealogi dan peta-peta semua suku Celtic telah dilukiskan dan disenaraikan di laman web Warisan Abraham (Abraham’s Legacy).

 

Bran yang Diberkati dipanggil “Yang Diberkati” oleh sebab hubungannya dengan perkahwinannya. Dia berkahwin dengan Anna anak kepada Yusuf dari Aramataea. Yusuf merupakan bapa saudara Perawan Mariam dan kakek saudara Yesus Kristus. Dia ialah keturunan Kerabat Raja Daud dan seorang anggota Sanhedrin, dan keturunannya diketahui begitu dalam Lukas bab 3.

 

Justeru boleh disimpulkan (tidak kira betapa banyak ini diperdebatkan) bahawa semua keturunan Bran yang Diberkati di Britain ialah Desposyni dan merupakan Keluarga Kristus dan itulah sebabnya kenapa begitu banyak usaha dibuat selepas synod Whitby tahun 664 CE untuk menghapuskan rekod keturunan--keturunan itu dan mendiskreditkan pengertian ini oleh Gereja Rom di Britain dan di Eropah. Ini dilakukan oleh kedua-dua Gereja Rom dan orang Anglo-Saxon, dan orang Norman selepas mereka, atas sebab-sebab kuasa dan penguasaan agama. Bagaimanapun, semua aktiviti Yusuf diabadikan dalam kisah-kisah legenda dan nyanyian-nyanyian British purba.

 

Untung sekali, seperti yang dapat dilihat daripada garis-garis keturunan ini semuanya kini sudah meresapi hampir semua keluarga Britain. Seorang harus menghapuskan hampir setiap orang Anglo-Celt dalam Komanwel British dan AS untuk melupuskan keluarga Kristus.

 

Mereka kemudian akan terpaksa mulai dengan Perancis dan Jerman Utara untuk menghapuskan mereka. Bagaimanapun, kerabat-kerabat Raja Eropah telah ditembusi garis-garis keturunan Kerabat Raja Daud. Orang Merovingian membawa masuk baka keturunan ini dan menyebarkannya ke serata Eropah.

Begitu juga ini meluas dalam “raja-raja Fisher” orang Scandinavia dan masuk bersama orang Norse.

 

Garis keturunan Merovingian dengan keturunan Daudnya juga dibawa ke England dalam banyak bentuk dan kita dapat lihat bahawa ini juga ada dalam keluarga Veale dari Cornwall dan Gloucester serta dalam garis keturunan kerabat Plantagenet kepada Henry II dan selepas itu dari atas seperti juga raja-raja Fisher di atas. Keturunan-keturunan ini juga tersebar di seluruh Britain.

 

Orang Celt di Scotland

 

Kerajaan Strathclyde dibentuk daripada keturunan Coel kepada Cynloyp dan anak lelakinya Ceretic. Ada juga keturunan yang disangkakan kepada Tutagul (Ashley DA2).

 

Ceretic menghasilkan dua garis keturunan, yang garis utamanya adalah melalui Cinuit. Garis utama Cinuit ini datang melalui Dumnagual. Empat anak lelakinya ialah Clinoch (FB4) Cinbelin (DA22) Garwynwyn dan Inganach (kahwin dengan Brychan) dan anak lelaki mereka Iluan berkahwin Gabrhain dan mereka berkahwin ke dalam dan menghasilkan orang Scot Dal Riata di Ireland daripada Ulster dan di Scotland daripada hubungan Irish itu (lihat bawah).

 

Justeru garis-garis keturunan British pergi ke Ireland dari Strathclyde dan kembali dari Ireland kepada orang Celt British dan orang Scot di tempat yang kini ialah Wales dan England dan Scotland.

 

Perluasan Jemaat Celtic di Ireland

 

Garis keturunan Irish aku ialah suku Geohegan dari Meath dan Kings County daripada ibuku Sylvia a.p. William Padget bin James Padget yang berkahwin dengan Jane Geohegan a.p. William Geohegan dari Kiama, bin Laurence Geohegan dari Scarborough England cucu tingkat ketiga Charles Geoghegan dari Ireland iaitu keturunan langsung Eohegan atau “Kuda Kecil”, anak ke 3 Neill dari Nine Hostages. Garis silsilah ini ada di laman Warisan Abraham di www.abrahams-legacy.org/geoghegans.html

 

Garis keturunan Neill adalah penting kerana sekurang-kurangnya 5% daripada seluruh populasi Ireland berketurunan langsung daripadanya, tidak termasuk orang Scot dan banyak keluarga Inggeris yang juga berketurunan daripada leluhurnya juga. Justeru sebilangan besar orang Irish sama-sama berkongsi keturunan ini dan, seperti yang akan kita lihat, juga satu hubungan kepada Rumah Daud.

 

Neill merupakan seorang pahlawan di Ireland yang mempunyai ramai isteri dan gundik. Dia diumum Raja Besar di Ireland di Tara. Dia menyerang Britain dan menamai kembali Alba sebagai Scotland, sempena Scota moyang perempuan Milesia. Scota asal merupakan puteri dinasti Ahmosid ke 18 Mesir dan dia, berserta suaminya Niul dan anak lelakinya Gaodhal Glas (yang sempenanya orang Gadelia dinamakan), menyeberangi Laut Teberau bersama Musa dalam Kumpulan Banyak Bangsa. Niul telah diberikan tanah Campus Cyrunt dan puteri firaun sebagai isteri kerana usahanya dalam perang Nubia di Selatan. Kesetiaan mereka kepada Israel menyaksikan mereka ditindas oleh Mesir dan mereka terpaksa meninggalkan semua tanah yang diberikan kepada mereka oleh firaun sebelumnya.

 

Kembali kepada Neill dari Nine Hostages, keluarganya telah mengasaskan orang Scot Dal Riata seperti yang akan kita lihat di bawah.

 

Sesudah menyerang Britain, Neill kemudian menyerang Eropah dan hampir bertanggungjawab menghalau orang Rom dari Gaul. Dia membawa 200 tawanan yang dirantai ke Ireland. Dia sendiri kemudiannya dibunuh oleh anak raja Leinster. Salah seorang daripada 200 hamba/tawanan itu ialah seorang lelaki bernama Patrick dari Tours, anak saudara atau anak Martyn dari Tours (kisahnya berbeza-beza bergantung pada denominasi; keturunan Martyn di Devon di atas juga berketurunan daripada keluarga ini dalam Penaklukan Norman 1066 dengan Baron Martyn dari Tours). Patrick membayar balik Neill dengan memualafkan cucu tingkat keduanya kepada Agama Kristian. Cucu itu bernama (dalam bahasa Inggeris) Columba. Dia menjadi Santo Sabbatarian tersohor, Columba dari Iona dan selanjutnya menggabungkan Agama Kristian di kalangan orang Celt Irish dan orang Scot. Dia merupakan orang Jemaat Sabbatarian teragung orang Celt. Dia selanjutnya melatih orang-orang seperti Aiden dari Lindis farne dan Jemaat Sabbatarian dikembangkan lebih lanjut melalui mereka, walaupun sidang-sidang yang diadakan menyaksikan Jemaat Celtic gagap dan menjadi gerakan bawah tanah selepas 664 CE di Whitby.

 

Neill tidak sedarpun yang segala perbuatannya itu akan mengubah Ireland selamanya. Tuhan menggunakan mereka semua untuk satu tujuan. Columba memeluk Iman ini walaupun dia tentunya telah menjadi lebih berkuasa dan kaya dengan pedang dalam tangannya, namun kemasyhurannya tidak lebih kekal. Dia menubuatkan kematiannya sendiri pada hari Sabat.

 

Leluhur Milesia bagi orang Scot Dal Riata dan keluarga O’Neill dan Dyfed

 

Raja-raja Dal Riata berasal daripada Fedlimid (T118) seorang Milesia.

 

Dua keturunan utamanya adalah daripada anak-anak lelakinya Fiachu dan Conn. Carta keturunannya ada dalam Ashley ibid., ms 194 (carta 8).

 

Garis keturunan yang berkahwin dengan orang British dan menjadi keturunan Welsh adalah daripada Fiachu sampai kepada Elen yang berkahwin dengan Hywel Dda (EB15; EC23) (carta 17 Ashley). Keturunan keluarga Geoghegan dan O’Neill di Ireland adalah daripada Conn dan anak lelakinya Art.

 

Keturunan ini ke belakang dari Elen ialah Elen v. Llywarch (EC21) dari Dyfed (Saudara Rhodri (EC22) ap Hyfaidd (EC20) ap Tangwystyl (kahwin Bledri) ap Owain (EC18) (Saudara Rhain (EC17) bapa kepada Tryffin (EC19).

 

Bapa mereka ialah Maredudd (EC16) ap Tewdys (EC15) ap Rhain (EC14) ap Cadwgan (EC13) ap Cathen (EC12) ap Gwylyddien (EC11) ap Nowy (EC10) ap Arthwyr (EC9) ap Pedr (EC8) ap Cyngar (EC7) ap Vortepor (EC6) ap Aircol (EC5) ap Tryffin (EC4) ap Aed (EC3) ap Corath (EC2) ap Eochaid (EC1) ap Artchorp ap Angus ap Fiachu ap Fedlimid (T118).

 

Anak Fedlimid dari Ireland yang satu lagi iaitu Conn (T120) menghasilkan keturunan Art (T122) dan Saraid yang berkahwin Conair (T122) ap Moglama.

 

Keturunan Saraid dan Conair ialah Corbred (Q40) bapa kepada Eochaid (T126) b.k. Athirco (Q829), Findacher (Q831), Thrinkind (Q834?) Romaich (Q836), Angus (Q837) b.k. Eochaid, b.k. Erc yang merupakan bapa Loarn, Fergus (FC1) dan Angus.

 

Loarn ialah bapa Muirdach dan Fergus ialah bapa Domangart. Daripada mereka berdua inilah asalnya orang Scot Dal Riata (lihat Carta 8 & 9 Ashley, ms 194 dan 195).

 

Kepentingan garis keturunan daripada Fedlimid ini adalah bahawa nabi Yeremia telah mengambil puteri takhta dari Yehuda dan meletakkan keturunan itu di Ireland di kalangan Tuatha de Danaan. Bila orang Milesia menyerang dan kemudiannya memerintah di Ireland garis keturunan ini juga masuk ke dalam raja-raja Milesia dan dengan itu, dari leluhur kami Fedlimid, keturunan Daud tersebar bukan saja ke dalam orang Scot Dal Riata tetapi juga ke dalam kerabat-kerabat Dyfed. Dari situ ia pergi ke Wales dan demikianlah garis-garis keturunan di atas. Ia juga pergi ke dalam Northumria. Ia juga masuk ke dalam keluarga O’Neill dan Geoghegan (dan keluarga Higgin serta keluarga lain turun dari Niall). Semua garis keturunan ini adalah melalui garis Art (T122) ap Conn. Art ialah saudara Saraid, moyang perempuan Dal Riata (aspek ini akan dikaji dengan lebih terperinci dalam naskah di bahagian D, Yeremia dan Rumah Daud (No. 67D)).

 

Tuatha De Danaan juga, sebagai sekumpulan orang, berpindah dalam bilangan besar memasuki Britain dan dalam keturunan mereka juga dibawakan garis-garis keturunan awal Rumah Daud di kalangan orang Israel Haplogroup I yang berkahwin dengan orang Celt British dengan bilangan signifikan dan selepas itu ke dalam orang Anglo-Saxon. Penyatuan ini ialah dasar penyatuan Efraim dan Dan dalam nubuatan sebagai Yusuf baru (lihat naskah Asal Usul Genetik Semua Bangsa (No. 265)).

 

Silsilah dari Art ap Conn ap Fedlimid ialah Cormac Mac Art (T125) kepada anak-anaknya Cairbre (T127) kepada Fiacha (T128) kepada Muirdach (T130) kepada Eochaid (T132) kepada Niall (T134).

 

Tiga daripada anak lelaki Neill ialah Loegurie (T136) (bapa Crimthan) dan juga Eogan dan Conall. Eogan ialah bapa Murtagh dengan Erc anak perempuan Loarn daripada Dal Riata. Dia juga mempunyai seorang anak dengan Conall ap Niell dan anak mereka Fedlimid ialah bapa Colum Cille atau St Columba dari Ionan yang merupakan saudara kepada garis-garis Geoghegan dan O’Neill.

 

Singa Yehuda diutamakan pada perisai keluarga Geoghegan dan merupakan singa Merah dengan Geoghegan tetapi singa ini muncul sebagai Singa Biru dan juga Singa Hijau pada Suku-suku Milesia lain. Lambang perisai Geoghegan ialah perisai argent (perak) dengan singa rampant gules (merah) dan tiga tapak tangan merah (Ulster) satu di setiap sudut perisai itu.

 

Murtagh ap Muirdach ap Eogan ialah bapa kepada Domnal (T142) dan daripadanya turun raja-raja O’Neill Ireland. Dia juga memperanakkan Baetan (T145) yang, melalui cucu perempuannya Fina verch Colman (T151) menyalurkan garis-garis keturunan itu ke dalam Northumbria dengan perkahwinan kepada Oswy (L16) (lihat carta 15 Ashley).

 

Justeru hubungan itu pergi dari orang Celt British di Strathclyde ke Ireland dan kembali lagi sebagai hubungan dua kali ganda dari Ireland ke Scotland dan Wales serta Northumbria dan seterusnya ke dalam England secara umum.

 

Keturunan-keturunan Daud ada di seluruh Kepulauan British dan di serata Komanwel dan AS dalam banyak keluarga yang semuanya mengambil nama mereka daripada seorang atau lebih leluhur-leluhur ini. Garis-garis ini datang dari lima (malah enam) arah seperti yang dapat kita lihat dari atas.

 

Jalan tradisional yang lama dan tidak lengkap gambarannya adalah melalui Yeremia dan puteri takhta, anak perempuan Zedekia, ke Ireland dan dari situ ke Scotland, England dan Wales. Justeru timbal balik itu berlaku dalam tiga arah bukan hanya dalam urutan tiga seperti yang diterangkan oleh “orang Israel British” seperti yang akan kita lihat daripada Bahagian D.

 

Cara kedua adalah melalui Desposyni dan keluarga Kristus daripada perkahwinan Bran yang Diberkati kepada Anna anak perempuan Yusuf dari Arimatea. Cara ini telah tersebar amat luas dan banyak usaha dilakukan untuk mendiskreditkannya. Keturunan ini mengasaskan Kekristianan di Britain dan Gaul Utara.

 

Cara ketiga adalah melalui garis-garis keturunan Perancis daripada orang Merovingian yang juga dijejaki keturunannya sampai Antenor I raja orang Cimmeria sekitar 500 BCE. Semua ini merupakan sisa orang Hittite Wilusa dari Troy juga, justeru Cymry atau orang Cimmeria. Mereka telah sengaja memasukkan Keturunan Daud melalui kahwin campur yang diatur.

 

Kemasukan keempat adalah melalui orang Israel suku-suku Utara yang telah bercampur dengan orang Anglo-Saxon di Parthia dan masuk di bawah Odin dan bercampur dengan orang British asal yang merupakan orang Celt Rifat dan Magog serta orang Anglo-Saxon sendiri. Bezanya terletak dalam haplogroup-haplogroup YDNA tetapi kahwin campur telah merosakkan sebarang pemisahan orang sama sekali.

 

Cara ketiga adalah melalui kemasukan orang Yahudi Sefardi (Sephardic Jews) ke dalam UK dan kahwin campur mereka selepas penganiayaan tahun 1205.

 

Keluarga kami mempunyai kesemua lima (tambah) hubungan.

 

Rumah Daud meluas di seluruh Komanwel British dan AS dan banyak daripadanya adalah melalui keturunan perempuan. Ia meresapi semuanya dan mustahil dibeza-bezakan sekarang ini kecuali dengan mengasingkan YDNA tetapi itu juga tidak boleh melenyapkan fakta biak baka silang mtDNA. Garis-garis YDNA di Yehuda menunjukkan leluhur Celt Hittite tetapi itu tidak boleh mengubah hakikat kahwin campur antara keturunan Daud secara besar-besaran.

 

Pesannya ialah keselamatan kini merupakan milik semua bangsa dan akan berterusan secara besar-besaran.

 

q