Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[069]

 

 

 

 

Konferens Kisah 15

(Edisi 2.0 20040604-20070825-20100103)

 

Dalam karya ini kita akan bercakap tentang pandangan sesat yang didesak ke dalam Jemaat-jemaat Tuhan daripada Protestantisme lewat. Ia berasaskan pemalsuan dalam Kisah 15 dalam Receptus dan melanggar Hukum Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2004, 2007, 2010 Wade Cox)

 (Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Konferens Kisah 15


 


Kebanyakan kita tahu teks Kisah 15 mengisahkan perdebatan Penyunatan dalam Jemaat, dengan Petrus dan murid lain serta penatua, berkenaan dengan penyunatan, dan juga upacara penyucian yang diperkenalkan oleh orang Farisi. Jelas daripada konferens itu bahawa bangsa lain (Bangsa-bangsa) yang masuk ke dalam Jemaat mempunyai masalah berat berkenaan dengan penyunatan lelaki dewasa, dan kerana ramai antara mereka ialah hamba keadaan ini menjadi lebih buruk lagi. Seseorang tidak diizinkan campur tangan dengan (dengan itu menyunat) hamba orang lain tanpa dihukum. Teks Kisah 15 menghuraikan masalah-masalahnya serta penyelesaian hal itu.

 

Kedudukan doktrin yang betul sebagaimana ia dilaksanakan dalam Jemaat telah diterbitkan dalam karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251).

 

Masalah ini timbul kerana sesetengah orang di Yudea (mungkin beberapa imam yang disebutkan dalam Kisah 6:7) mengunjung jemaat-jemaat di Asia Minor dan membantah sambil menuntut umat itu disunat, atau mereka tidak akan diselamatkan. Paulus dan Barnabas berselisih dengan mereka, dan suatu kumpulan kemudian, Paulus dan Barnabas pergi ke Yerusalem untuk membantah perkara ini dengan para rasul dan penatua. Mereka datang melalui jalan pantai sejauh Kaisarea, melalui Fenisia dan Samaria, dan menyatakan perluasan keselamatan kepada bangsa lain, dan rakyat bersukacita.

 

Terdapat anggota mazhab Farisi yang menjadi mualaf, dan mereka bangkit di Yerusalem dan menuntut bahawa bangsa bukan Yahudi disunat dan memelihara Hukum Musa. Jemaat mempertimbangkan hal ini dan Petrus bangkit dan berkata:

 

“Hai saudara-saudara, kamu tahu, bahwa telah sejak semula Allah memilih aku dari antara kamu, supaya dengan perantaraan mulutku bangsa-bangsa lain mendengar berita Injil dan menjadi percaya. Dan Allah, yang mengenal hati manusia, telah menyatakan kehendak-Nya untuk menerima mereka, sebab Ia mengaruniakan Roh Kudus juga kepada mereka sama seperti kepada kita, dan Ia sama sekali tidak mengadakan perbedaan antara kita dengan mereka, sesudah Ia menyucikan hati mereka oleh iman. Kalau demikian, mengapa kamu mau mencobai Allah dengan meletakkan pada tengkuk murid-murid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul, baik oleh nenek moyang kita maupun oleh kita sendiri? Sebaliknya, kita percaya, bahwa oleh kasih karunia Tuhan Yesus Kristus kita akan beroleh keselamatan sama seperti mereka juga” (Kisah 15:7-11).

 

Saudara-saudara itu kemudiannya mendengar dengan senyap sementara Barnabas dan Paulus melaporkan segala keajaiban yang dilakukan Tuhan melalui mereka di kalangan bangsa lain.

 

Yakobus (saudara Kristus, lihat Kisah 12:17 dan nota kaki kepada Alkitab Companion; dan Galatia 1:19) kemudian tampil dan berkata: “Hai saudara-saudara, dengarkanlah aku.” Dia kemudiannya nama sebenar Petrus apabila dia berkata: “Simon telah menceriterakan, bahwa sejak semula Allah menunjukkan rahmat-Nya kepada bangsa-bangsa lain, yaitu dengan memilih suatu umat dari antara mereka bagi nama-Nya. Hal itu sesuai dengan ucapan-ucapan para nabi seperti yang tertulis:  Kemudian Aku akan kembali dan membangunkan kembali pondok Daud (iaitu Khemah Daud sebagai keadaan sederhana) yang telah roboh, dan reruntuhannya (benda-benda diruntuhkan, lihat Roma 11:3) akan Kubangun kembali dan akan Kuteguhkan, supaya semua orang lain (kataloipos, sisa yang setia) mencari Tuhan dan segala bangsa yang tidak mengenal Allah yang Kusebut milik-Ku” (mengambil tempat kedua; lihat Zakharia 8:23 dan juga Ulangan 28:10; Yeremia 14:9, Yakobus 2:7).

 

Yakobus melaksanakan beberapa perkara di sini. Dia menunjukkan bahawa dia rasul atasan, atau ketua konferens itu, dan bahawa Petrus bukan rasul atasan. Paulus juga menunjukkan di sini bahawa dia sebahagian daripada dan tunduk kepada pimpinan sidang rasul dan penatua Jemaat yang berada di bawah pimpinan Yakobus, dan hakikat ini juga diakuinya, sama seperti Petrus. Yakobus juga menunjukkan bahawa Bait akan dibinasakan, kerana konferens ini diadakan di Yerusalem ketika bait itu masih ada.

 

Justeru iman dan keselamatan dimaksudkan untuk diluaskan kepada bangsa lain, yang juga akan menjadi pondok Daud.  Bangunan ini mendahului bait Salomo dan jelas diluaskan melebihi struktur fizikal. Yakobus menunjukkan di sini bahawa nubuatan itu diluaskan kepada semua bangsa, dan bahawa umat kepada siapa keselamatan Tuhan ini diluaskan ialah sisa yang setia. Oleh itu, mesti ada sisa umat manusia yang setia melalui kesusahan ini. Namun persoalannya, setia kepada apa?

 

Yakobus kemudian meneruskan dengan apa yang telah dijadikan pengumuman yang paling membingungkan sekali. Dia berkata:

 

“[semuanya ini] yang telah diketahui dari sejak semula. Sebab itu aku berpendapat, bahwa kita tidak boleh menimbulkan kesulitan bagi mereka dari bangsa-bangsa lain yang berbalik kepada Allah, tetapi kita harus menulis surat kepada mereka, supaya mereka menjauhkan diri dari makanan yang telah dicemarkan berhala-berhala, dari percabulan, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari darah. Sebab sejak zaman dahulu hukum Musa diberitakan di tiap-tiap kota, dan sampai sekarang hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat” (Kisah 15:18-21).

 

Kemudian para rasul dan penatua dan seluruh Jemaat mengutus Yudas Barsabas dan Silas, orang terpandang Jemaat bersama Paulus dan Barnabas, dengan surat-surat yang ditulis mereka kepada jemaat-jemaat di Antiokhia dan Siria (Syria) dan Kilikia.

 

Mereka berkata: “Kami telah mendengar, bahwa ada beberapa orang di antara kami, yang tiada mendapat pesan dari kami, telah menggelisahkan dan menggoyangkan hatimu dengan ajaran mereka. Sebab itu dengan bulat hati kami telah memutuskan untuk memilih dan mengutus beberapa orang kepada kamu bersama-sama dengan Barnabas dan Paulus yang kami kasihi, yaitu dua orang yang telah mempertaruhkan nyawanya karena nama Tuhan kita Yesus Kristus. Maka kami telah mengutus Yudas dan Silas, yang dengan lisan akan menyampaikan pesan yang tertulis ini juga kepada kamu” (Kisah 15:22-27).

 

Teks ini mempunyai pemalsuan dalam KJV daripada Receptus dalam mana kata-kata: “Mengatakan kamu harus disunat dan memelihara hukum” telah ditambah antara kamu yang jelas dan yang tiada mendapat pesan dari kami. Teks ini tidak ada dalam teks purba dan ia telah dimasukkan ke dalam Receptus dalam Reformasi. Ianya dimasukkan didalam teks Aramaik dari Peshitta beberapakurun selepas teks Yunani dan Latin telah ditulis. Dari sana ianya dimasukkan kedalam Reseptus. Peshitta telah dikompilasikan pada kurun yang Kelima. Ianya tidak diketahui sekiranya pemasukan ini adalah yang asal atau ianya dimasukkan kemudian. Ianya tidak ditemui ditempat lain dalam teks-teks yang lain. Bagaimana pun, pemasukan ini menggambarkan fahaman Antinomianisme Gnostik yang terjadi kemudiannya dari pemasukan ini. Ia tiada asas dalam hakikat. Teks ini digunakan untuk membenarkan hujah rahmat-hukum dengan mengatakan bahawa Hukum telah dihapuskan dan bahawa batasan-batasan pada bangsa lain dan dengan itu juga Jemaat secara keseluruhannya, dengan kegagalan mengenal pasti bangsa-bangsa Israel, ialah apa yang disenaraikan dalam teks ini (lihat karya Hubungan Antara Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum (No. 82)).

 

Teks ini kemudiannya berterusan dalam Kisah 15:28-29:

 

“Sebab adalah keputusan Roh Kudus dan keputusan kami, supaya kepada kamu jangan ditanggungkan lebih banyak beban dari pada yang perlu ini: kamu harus menjauhkan diri dari makanan yang dipersembahkan kepada berhala, dari darah, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari percabulan. Jikalau kamu memelihara diri dari hal-hal ini, kamu berbuat baik. Sekianlah, selamat.”

 

Mereka kembali ke Antiokhia dan menyampaikan pesan itu di situ dahulu, dan Yudas dan Silas selaku nabi-nabi, menasihati saudara-saudara itu dan terus berada di situ untuk beberapa lama sambil menguatkan saudara-saudara itu.

 

Kalau inilah ikhtisar lengkap tuntutan iman, maka kita sesungguhnya tidak berhaluan. Buat apa kita ada Alkitab, dan semua surat Jemaat sesudah itu, untuk menguruskan hal-hal berbangkit dalam pemeliharaan hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya, jika semuanya diketepikan untuk Jemaat-jemaat Tuhan bangsa lain?

 

Senarai ini, jika dianggap bermaksud membataskan Hukum Pentateuch yang diberikan kepada Musa kepada beberapa kategori ini saja, menghapuskan Hukum Sepuluh. Sesungguhnya itulah maksud yang ditegaskan oleh umat Kristian palsu.

 

Maka seluruh risalat Yohanes tentang Kasih dan pelanggaran hukum menjadi tidak bermakna. Begitu juga surat Yakobus menjadi tidak bererti dan bertentangan dengan keputusannya ini sendiri. Seluruh siri risalat Paulus menjadi karut dan begitu juga risalat Petrus. Ibrani juga menjadi tidak bererti melainkan diakui bahawa Jemaat-jemaat orang Ibrani tertakluk kepada hukum dan turutan yang betul-betul berlainan daripada bangsa lain. Kitab-kitab injil dan sabda serta perbuatan Kristus menjadi bertentangan dengan apa yang dikatakan di sini. Ajaran-ajaran Kristus dibinasakan dengan pandangan ini. Tuhan diperlihatkan sebagai berubah-ubah dan dihujat.

 

Jika tafsiran bahawa hukum taurat telah dikurangkan kepada kategori-kategori ini adalah betul, maka kita dibolehkan mencaci Tuhan, memegang apa saja pandangan teologi yang kita ingin, menerima pakai apa saja kalendar yang kita fikirkan sesuai untuk kita, atau tidak memelihara apa-apa hari, mencaci ibu bapa kita, membunuh atau mematikan orang (euthanasia) atau pengguguran, berdusta, melanggar perjanjian tanpa takut dihukum, menipu, merompak, mengingini dan memakan apa saja benda kotor. Kita dibolehkan mengambil seberapa ramai gundik yang kita mahu dan seramai mana isteri yang kita ingin. Tiada hubungan yang dilarang dan sumbang muhrim (inses) diizinkan. Kita boleh melakukan apa saja sekalipun yang dianggap keji oleh bangsa lain. Masyarakat kita boleh melakukan apa yang mereka lakukan sekarang dan memperkenalkan kemoralan relatif.

 

Kecaman Paulus dalam 1Korintus 5:5 terhadap seorang lelaki yang tinggal bersama isteri ayahnya akan menjadi tidak bermakna. Ia menjadi perkahwinan yang sah selepas kejadiannya. Tafsiran Kisah 15 dalam hal-hal ini menjadikan Kekristianan bahan ejekan di kalangan bangsa-bangsa, dan pasti menyaksikan kehancurannya dalam masa beberapa bulan selepas tafsiran begitu. Tiada orang waras akan menghiraukan Kekristianan. Ia tentunya wujud sebagai kultus tanpa moral, dan setiap negeri akan mempunyai kewajipan untuk melarangnya.

 

Inilah pandangan yang kumpulan antinomian ingin kita terima, namun ini ajarang atau tafsiran palsu. Tiada jemaat Reformasi yang pernah menerima pakai tafsiran sebegitu. Semua pandangan jemaat-jemaat Protestan diliputi dalam karya Perbezaan di dalam Hukum (No. 96). Perbezaannya adalah antara hukum korban dengan Hukum-hukum Tuhan seperti yang dinyatakan daripada Perintah-perintah Tuhan.

 

Persoalan di sini adalah dalam cara berurusan dengan makanan, dan undang-undang yang diperkenalkan orang Farisi berhubungan dengan pengendalian dan pentahiran, yang tidak mungkin dapat dipatuhi bangsa lain disebabkan sekitaran mereka. Hamba-hamba diikat dalam perkahwinan dan mereka merupakan pasangan tidak seimbang dalam banyak kasus. Pengambilan gundik memang endemik. Itulah apa yang dimaksudkan di sini, dalam sebuah masyarakat yang jauh berbeza berbanding kita.

 

Yakobus berkata jadilah pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja, dan memanggilnya hukum yang sempurna dan memerdekakan orang (Yakobus 1:25). Dia berkata dalam Yakobus 2:8-14:

 

“Akan tetapi, jikalau kamu menjalankan hukum utama yang tertulis dalam Kitab Suci: "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri", kamu berbuat baik. Tetapi, jikalau kamu memandang muka, kamu berbuat dosa, dan oleh hukum itu menjadi nyata, bahwa kamu melakukan pelanggaran. Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya. Sebab Ia yang mengatakan: "Jangan berzinah", Ia mengatakan juga: "Jangan membunuh". Jadi jika kamu tidak berzinah tetapi membunuh, maka kamu menjadi pelanggar hukum juga. Berkatalah dan berlakulah seperti orang-orang yang akan dihakimi oleh hukum yang memerdekakan orang. Sebab penghakiman yang tak berbelas kasihan akan berlaku atas orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi belas kasihan akan menang atas penghakiman. Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia?”

 

Yakobus mengatakan Hukum Tuhan harus disertai dengan belas kasihan dalam penghakiman. Kenapa harus memerlukan belas kasihan jika hukum sudah dilenyapkan? Seseorang tidak boleh dihukum tanpa hukum.

 

Oleh sebab itu, Yakobus mengucapkan sesuatu yang jelas berbeza dalam Kisah 15 daripada apa yang digambarkan oleh kumpulan antinomian atau gnostik hari ini yang menggelar diri mereka Kristian tetapi berdusta. Sesungguhnya mereka pergi dari pintu ke pintu untuk cuba menyakinkan mereka yang lemah dan apabila didesak berkenaan dengan hari Sabat dan Hukum Sepuluh, memberitahu kamu keadaannya begitu. Sememangnya mazhab-mazhab utama yang menyatakan kesesatan ini kini bergabung untuk terus bertahan kerana ketidaklogikan dan kemunafikan mereka ternyata di dalam terang. Ujilah roh-roh sebagaimana kita diperintah.

 

Yakobus tidak menyingkirkan Hukum Tuhan dalam penghakiman ini pada konferens Yerusalem yang dicatatkan dalam Kisah 15. Tiada yang berkuasa untuk itu, dan dia sememangnya akan dibatalkan daripada iman itu jika dia berbuat begitu. Yakobus ini ialah anak Yusuf dan Mariam ibu bapa Kristus, dan merupakan saudaranya. Dia faham apa yang Kristus maksudkan dan itulah sebabnya kenapa teks ini disalahguna dan dipalsukan. Dusta kumpulan Trinitarian berkenaan dengan keutamaan Petrus juga didedahkan dalam teks ini.

 

Jika sesiapapun dalam Jemaat Tuhan memberitahu kamu bahawa Hukum Tuhan telah dilenyapkan maka kamu tahu mereka bukan saudara kita tetapi serigala yang dimasukkan di tengah-tengah kita untuk membinasakan kita. Begitulah strategi Bileam bin Beor untuk memimpin Israel kepada dosa (lihat karya Doktrin dan Nubuatan Bileam (No. 204)). Kalau mereka tidak berfirman menurut hukum dan kesaksian maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20).

 

Syarat-syarat kemudian untuk pemerdekaan hamba-hamba di bawah tuan-tuan Kristian telah dibuat menurut hukum Pentateuch (Musa), seperti yang telah berlaku, dan juga dibatalkan, seperti yang dicatatkan oleh Yeremia dalam Yeremia 34:8-17.

 

Petrus berkata Kristus memikul dosa-dosa kita di dalam tubuhnya di kayu itu (1 Petrus 2:24). Yohanes memberitahu kita dosa ialah pelanggaran hukum (1 Yohanes 3:4). Tiada seorangpun yang lahir daripada Tuhan melakukan dosa kerana kudrat Tuhan ada di dalamnya dan dia tidak dapat berbuat dosa sebab dia lahir daripada Tuhan. Dengan ini ternyata siapakah anak-anak Tuhan dan siapakah anak-anak iblis; sesiapa yang tidak berbuat kebenaran tidak berasal daripada Tuhan, demikian juga sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya (1 Yohanes 3:9-10). Oleh itu, bagaimanakah kita bersalah melanggar hukum Tuhan dan kemudian diberitahu bahawa kita merdeka daripada hukum itu, yang menuntut supaya kita dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus? Bagaimanapun, kita diberitahu kemudian ia tidak perlu dipelihara. Bukankah ini sesuatu yang berubah-ubah jika begitulah keadaannya? Tiada logik dalam pemikiran begini dan ini menjadikan Jemaat seperti lemah fikiran.

 

Jemaat-jemaat Tuhan mempunyai orang di kalangan mereka yang menyatakan sentimen keanak-anakan ini. Merekalah yang datang di tengah-tengah kita menanam benih lalang, dan ingin menumbangkan Jemaat-jemaat Tuhan dengan ajaran palsu ini. Dengan ini kamu kenali mereka yang tidak berbicara dalam Roh Kudus. Umat pilihan ialah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan dan kesaksian atau iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).

 

Baru-baru ini salah satu Jemaat Tuhan, selepas mengumumkan dirinya Binitarian tidak lama dahulu, menyatakan bahawa beribadah pada hari Minggu, atau mana-mana hari, dapat diterima. Mereka berkata pemeliharaan hari Sabat tidak datang terus daripada tuntutan hukum tetapi lebih daripada teladan Kristus dan para Rasul. Justeru itu, seseorang boleh berhenti bekerja pada hari Sabat dan pergi ke acara kebaktian pada hari Minggu. Begitu jugalah guru-guru palsu memusnahkan WCG. Bagaimanapun, kesesatan ini datang dengan serangan ke atas kesatuan Tuhan dahulu. Penjelasan berkenaan dengan hari Sabat di dalam hukum dinyatakan demikian:

 

Sebab Tuhan tidak memerintahkan pertemuan atau kebaktian untuk memelihara hari Sabat, bagaimanakah kita dapat membetulkan seseorang yang berhenti pada hari ketujuh (menurut Keluaran 20:8-11) dan juga berbakti pada waktu lain? Corak kebaktian hari Sabat kita datang lebih daripada teladan Kristus (lihat Lukas 4:16) daripada hukum (Bible Advocate, September 2004, mukasurat 17).

 

Jadi adakah ia datang daripada hukum atau tidak? Adakah Kristus menuruti hukum atau tidak? Dia memelihara hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya serta Perayaan yang diperintahkan oleh Tuhan. Jadi jika kita dibimbing teladanNya kita patut melakukan apa yang dia dan para rasul lakukan, dan memelihara Kalendar Tuhan dan bukan hanya hari Sabat.

 

Sudah tertulis: Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat. Bukan saja berhenti tetapi menguduskannya.

 

Perintah-perintah dalam Ulangan lebih jelas. Di situ kita diperintah:

 

Tetaplah ingat dan kuduskanlah hari Sabat, seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. Enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau lembumu, atau keledaimu, atau hewanmu yang manapun, atau orang asing yang di tempat kediamanmu, supaya hambamu laki-laki dan hambamu perempuan berhenti seperti engkau juga.

 

Loghat Ibrani zarha digunakan untuk menunjukkan bahawa perintah ini mempunyai dua maksud dengan pekerjaan yang dituntut selama enam hari dan hari Sabat yang harus dikuduskan. Ia bukan saja untuk berhenti tetapi dikuduskan. Bagaimanakah seseorang dapat memelihara hari Sabat dengan betul tanpa menguduskannya? Bagaimanakah kita dapat menguduskannya jika bukan dengan ibadat atau kebaktian Tuhan yang hidup?

 

Sudah tertulis: Kamu harus memelihara hari-hari sabat-Ku dan menghormati tempat kudus-Ku; Akulah TUHAN. (Imamat 19:30, Imamat 26:2). Jadi kita menghormati Tempat Kudus Tuhan.

 

Dengan itu kita harus pergi ke hadapan Tuhan setiap hari Sabat. Oleh sebab kita ialah bait Tuhan kita menyembah Tuhan dan menguduskan baitNya setiap Sabat, dan bait itu kita sendiri. Justeru, ibadah tidak terpisah daripada hari Sabat Tuhan, semuanya, dan termaktub secara langsung di dalam hukum. Untuk itu, kita diperintah untuk tidak menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah. Kitab Kisah menunjukkan bahawa Yakobus dan Rasul-rasul menuruti semua amalan ini di dalam jemaat, pada hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya serta sepanjang Perayaan-perayaan Tuhan.

 

Keluarkan guru-guru palsu daripada kita dan pulihkan Jemaat-jemaat Tuhan kepada iman. Jika terlalu lewat dan mereka sudah terlalu ramai maka tinggalkan mereka. Lebih baik menjadi suara yang berseru-seru di padang gurun. Janganlah kamu menurut kebanyakan orang untuk melakukan kejahatan, dan dalam memberikan kesaksian mengenai sesuatu perkara janganlah engkau turut-turut kebanyakan orang membelokkan hukum (Keluaran 23:2). Sebab kebanyakan orang yang menuntut mereka pengikut Kristus membelokkan Hukum dengan pernyataan-pernyataan palsu, itu tidak memaafkan kita kerana menerimanya dalam Jemaat-jemaat Tuhan.

 

Sudah tertulis: Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu (atau pengertian). Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi (Matius 22:37-40).

 

Hukum Taurat dan kitab para nabi ialah guru-guru untuk membawa kita kepada Tuhan melalui Kristus. Kita tidak dipisahkan daripada hukum tetapi sebaliknya diletakkan dalam suatu kedudukan untuk hidup di dalamnya sebagai hukum kemerdekaan yang sempurna, dan melebihinya dalam rahmat dan belas kasihan. Kita dibebaskan daripada korban melalui korban Kristus. Seluruh isi hukum korban telah digenapi dalam Kristus. Hukum Tuhan tidak dilenyapkan, dan satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan daripadanya sehinggalah segalanya digenapi dan langit dan bumi lenyap (Matius 5:18).