Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[076B]

 

 

Diteisme

(Edisi 1.0 20090909-20090909)

 

Kertas ini akan meninjau kembali semua penerbitan WCG dan menerangkan segala kesilapan Diteisme, iaitu sejenis politeisme pagan dan diajar oleh para pendeta dalam sistem cabang WCG sehingga hari inipun. Pendeta-pendeta ini tidak mampu mengatasi kesilapan menggerunkan ini dalam pengertian mereka akan Tuhan dan sifat Kristus, dan hubungan mereka antara satu sama lain. Pengertian dalam jemaah-jemaah para pendeta ini rosak akibat doktrin palsu ini. Sesetengah orang dalam cabang-cabangnya kini cuba menutup bidaah ini dengan menyatakan bahawa WCG adalah Binitarian, sebagaimana yang dituntut merupakan ciri jemaat mula-mula. Tuntutan ini merupakan pemalsuan kedua-duanya. Para penulis kertas ini mempunyai lebih 130 tahun pengalaman gabungan dengan WCG, cabang-cabangnya dan Jemaat-jemaat Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2009 Wade Cox, Arthur Hartman, Tom Schardt, Jeremy Hatchett,

Donovan Schricker)

 (tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Diteisme

 


Pengenalan

 

Sistem Jemaat Tuhan Seluruh Dunia (Worldwide Church of God (WCG)) telah dibangunkan pada abad ke 20 di bawah bantuan dan kawalan Herbert Armstrong. Dia dan staf kependetaan atasan membangunkan doktrin bahawa kudrat Tuhan ialah Diteis dan mendedahkan Jemaat Tuhan kepada ajaran yang menyesatkan ini. Mereka yang berada dalam cabang-cabang sistem WCG hari ini tidak benar-benar memahami apa itu Diteisme dan bagaimana ia boleh merosakkan pengertian mereka akan Tuhan, dan kebenaran Kitab Suci. Mereka menghasilkan ajaran yang amat palsu ini bahawa dua anggota atau personaliti berasingan yang abadi bersama daripada keluarga Tuhan mengadakan perbincangan prasejarah tentang siapakah yang akan menjadi anak kepada satu lagi untuk dikorbankan bagi dosa manusia, dan bahawa Tuhan tidak menjadi “Bapa” sehinggalah Kristus, anakNya, lahir daripada perempuan. Ajaran ini merupakan pemalsuan yang amat nyata, dan berkontradiksi secara langsung dengan Kitab Suci.

 

Teologi Kudrat Tuhan dalam Alkitab dan dalam Jemaat-jemaat Tuhan sudah berciri Unitarian selama dua Milenia.

 

Prakewujudan Kristus sudah menjadi kepercayaan dasar jemaat secara berterusan sehingga Unitarianisme Radikal mula dituntut sesetengah orang, seperti Anthony Buzzard daripada Jemaat-jemaat Tuhan (Konferens Umum) di AS (lihat kertas Prakewujudan Yesus Kristus (No. 243)).

 

Kristus difahamkan telah melepaskan tubuh rohaniahnya sebab taat kepada Tuhan dan mengambil rupa manusia sebagai zigot dalam rahim Mariam menurut nubuatan untuk membawa seluruh ciptaan kepada keselamatan. Inilah keadaannya yang dinyatakan dalam Filipi 2:6-11 yang mana walaupun dia dalam rupa Tuhan dia tidak menganggapnya sesuatu yang harus disambar untuk menjadikan dirinya setara dengan Tuhan tetapi merendahkan dirinya sampai mati malah mati di kayu salib.

 

Melalui perbuatan ini dia menjadi Monogenes Theos, atau satu-satunya Tuhan yang lahir, dan jalan keselamatan untuk seluruh Ciptaan.

 

Pihak Trinitarian telah sentiasa cuba menulis kembali teks ini untuk membuatnya kelihatan bahawa dia sebenarnya setara dengan Tuhan dan atas sebab itulah ia disalah terjemah dalam KJV sebagai dia tidak menganggapnya perampokan untuk menjadi setara dengan Tuhan. Kesilapan ini bermula dengan penetrasi sistem dewi Easter atau Ishtar ke dalam Kekristianan dan doktrin-doktrin dewa Attis serta kultus-kultus matahari ke dalam Kekristianan sejak 154 CE di Rom (lihat kertas Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian tentang Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).

 

Binitarianisme tidak pernah diambil atau diterima sebagai doktrin dalam Jemaat-jemaat Tuhan sehinggalah bidaah tersembunyi namun berbahaya ini diperkenalkan ke dalam Jemaat-jemaat Tuhan pada lewat abad kedua puluh. Ini berpunca daripada kejahilan menyeluruh gerakan Protestan AS dan daripada orang-orang yang tidak pernah bertaubat daripada bidaah ini apabila mereka memasuki Jemaat-jemaat Tuhan daripada Trinitarianisme.

 

Dalam abad kesembilan belas struktur Unitarian Tuhan difahami dengan betul dan universal di kalangan orang Baptist Hari Ketujuh dan Jemaat-jemaat Tuhan dan Gerakan Adventist. Orang Adventist dimaki sebagai Arian daripada pandangan salah tentang doktrin-doktrin Arian seperti yang digambarkan oleh pihak Trinitarian. Malah orang Adventist sampai mengenalpasti Kristus sebagai Penghulu Malaikat Mikhael, sebab Mikhael merupakan pemimpin besar yang mendampingi bangsa Israel (Dan. 10:13,21; 12:1). Suatu cabang kecil WCG di United Kingdom juga membuat identifikasi ini tetapi cuba menuntut aspek Diteis bagi Mikhael dan membezakan dia daripada anak-anak lain Tuhan dalam Angkatan Syurga.

 

Orang Adventist dimasuki orang Jesuit, dan selepas kematian Uriah Smith pada 1931 mereka mula mengambil alih gerakan Adventist dan menjelang 1978 mereka telah mengubah gerakan SDA ini kepada campuran keliru doktrin palsu dan nubuatan palsu, juga menggunakan pekerjaan nabi perempuan palsu Ellen G. White.

 

Semua nubuatan palsu Saksi-saksi Yehovah dan kumpulan SDA dan Herbert Armstrong dikaji dalam kertas Nubuatan Palsu (No. 269)).

 

Jemaat Tuhan Seluruh Dunia memiliki pengertian tidak sempurna tentang Kudrat Tuhan dan sebab itu mengajarnya dengan tidak sempurna dan jarang-jarang. Ajaran-ajarannya menjajar dari komen Unitarian jelas dalam beberapa pelajaran Korespondensi Alkitab hingga Diteisme politeis terang-terangan dalam yang lain.

 

Selepas perpecahan sistem WCG ia mula diajar oleh beberapa ahli teologi yang melantik diri sendiri bahawa sistem WCG bersifat Binitarian dan itulah doktrin asal yang dicerminkan dalam Alkitab. Tuntutan ini merupakan bohong terang-terangan dan dikemukakan sebagai satu agenda orang-orang yang nampaknya cuba mengembalikan para anggota Jemaat-jemaat Tuhan kepada doktrin Trinitarian dari mana mereka dipanggil keluar bilamana mereka masuk ke dalam WCG. Bidaah sama diperkenalkan kepada Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) di Konferens Denver pada 1995. Konference Caldwell sentiasa Unitarian dan sebab itu Tuhan mengizinkan mereka memelihara kalendar yang betul menurut konjungsi. Nampaknya sudah menjadi fakta sejarah bahawa tiada Jemaat Tuhan yang mempunyai doktrin tidak betul tentang kudrat Tuhan dapat memelihara kalendar Bait yang betul. Kelihatannya hanya kumpulan Unitarian Alkitabiah saja yang telah dibenarkan memelihara kalendar Bait itu. Konferens Umum sebenarnya merupakan Unitarian Radikal dan sebab itu menyangkal prakewujudan Kristus dan tidak memiliki dasar teologi kukuh.

 

Akibatnya, ada cabang-cabang Jemaat-jemaat Tuhan yang dikompromi sama sekali dan sesetengahnya mempunyai campuran doktrin yang mengelirukan sama sekali dari Unitarian Radikal hingga Diteisme dan juga dari Binitarianisme hingga Trinitarianisme. Terdapat sedikit Unitarian sejati yang mengakui prakewujudan Kristus tetapi mereka merupakan golongan kecil.

 

Tujuan kertas ini adalah untuk menunjukkan bahawa Armstrong silap dan bahawa sistem WCG itu sebenarnya Diteis dan bahawa cabang-cabangnya, seperti LCG, sebenarnya Diteis dan lain-lain seperti UCG keliru sama sekali tentang hal ini dan merupakan liabiliti dan keaiban serius kepada Jemaat Tuhan pada Zaman Akhir.

 

Atas sebab itulah Tuhan terpaksa menangani mereka dan memecah-mecahkan mereka.

 

Dia kini mengumpul kembali Jemaat-jemaat Tuhan dengan doktrin kukuh dalam CCG dan ini akan terus bertumbuh.

 

Sekarang mari kita kaji Diteisme WCG dan makna bidaah ini bila diperiksa berlawanan dengan Kitab Suci.

 

Ingat Tuhan telah memberikan anak mempunyai hidup dalam diriNya. Kristus tidak mempunyai hidup ini secara hakiki (Yohanes 5:25-29; lihat juga Kol. 1:15-16).

 

Diteisme

Kesilapan asas Herbert Armstrong

 

Daripada buku Herbert W. Armstrong, “The Incredible Human Potential” (TIHP, Kemampuan Manusia yang Luar Biasa), pada mukasurat 68 dia menyatakan di bawah tajuk, “Just How Did God Plan to Reproduce Himself?” (Bagaimana Agaknya Tuhan Merencana untuk Memperanakkan DiriNya?) “Dari keabadian Bapa dan Firman yang menjadi Yesus Kristus telah wujud bersama.” ........

 

Demikianlah kesilapan utama dasar tentang kewujudan bersama dan keabadian bersama diadakan.

 

Dalam perenggan seterusnya dia menyatakan: “Adakah, sebelum ini, lebih daripada mereka berdua – Tuhan dan Firman – dalam keluarga Tuhan? Tuhan tidak menyatakan. Adakah “Firman” itu Anak Tuhan, dan adakah Tuhan BapaNya pada waktu itu? Mereka tidak dinyatakan begitu di manapun.”

 

(Lihat juga Amsal 30:4-5 untuk perbezaan dinyatakan yang sebenar dan nama Tuhan yang diberikan).

 

Justeru kita lihat kesilapan teologi seterusnya oleh Armstrong, yang berjalin dengan teologi palsu ini. Kesilapan itu adalah bahawa tiada anak-anak Tuhan di kalangan Angkatan Syurga sehinggalah Kristus mengambil bentuk jasmaniah dalam rahim Mariam.

 

Pelajaran 13 Kursus Korespondensi Alkitab Kolej Ambassador, mukasurat 6, mengulas tentang Ayub 38:4-7, “Dalam ayat 7 istilah-istilah alkitabiah “bintang-bintang fajar” dan “anak-anak Allah” merujuk kepada malaikat.”

 

Teruskan, satu komen tentang Ayub 1:6, “Malaikat di sini disebut sebagai “anak-anak Allah” hanya dalam ertikata bahawa Tuhan ialah Pencipta mereka. Tiada hubungan bapa-anak seperti mana yang Yesus ada dengan Allah Bapa. Para malaikat tidak diperanakkan dan lahir daripada Tuhan, sebagaimana Yesus Kristus (Ibrani 1:5) – mereka dicipta.”

 

“Para malaikat ialah makhluk-makhluk yang dicipta secara individu. Mereka tidak dapat diperanakkan oleh Allah Bapa melalui Roh KudusNya atau dilahirkan ke dalam KeluargaNya sebagaimana manusia dapat........Tetapi para malaikat akan selamanya kekal sebagai “anak-anak Allah” dalam pengertian bahawa Tuhan mencipta setiap malaikat sebagai makhluk roh abadi yang tersendiri.”

 

Dalam bukunya, “Mystery of The Ages” (MOTA, Misteri Segala Zaman) pada mukasurat 43, Armstrong yang bercakap tentang keluarga Tuhan menyatakan, “Keluarga iu terdiri daripada, sekarang ini, Allah Bapa, dan Yesus Kristus AnakNya, dan ramai manusia yang diperanakkan, sekarang ini, sudah menjadi anak-anak yang diperanakkan Tuhan (Roma 8:14, 16; 1 Yohanes 3:2), dan membentuk Jemaat Tuhan.”

 

Maka malaikat, menurut ajaran Armstrong, berada dalam sejenis subkelas sebagai anak-anak roh abadi Tuhan yang dicipta, bukan diperanakkan, yang akan terus ada di luar struktur keluarga Tuhan, dan yang tidak memiliki hubungan bapa-anak dengan Allah Bapa. Hal sebaliknya ialah keadaan sebenarnya seperti yang dapat dilihat daripada struktur Kota Tuhan (lihat kertas Kota Tuhan (No. 180)).

 

Semua ajaran ini memperlihatkan kejahilan menyeluruh terhadap Kitab Suci. Dalam Ayub 1:6, 2:1 dan 38:4-7 kita diberitahu adanya pelbagai anak-anak Tuhan sebelum penciptaan dan Iblis adalah antara mereka. Ayub mengenalpasti juruselamat sebagai satu daripada seribu (para penguasa) daripada Angkatan Syurga itu (Ayub 33:23). Karya ini menunjukkan adanya pelbagai anak-anak Tuhan dan pelbagai Bintang-bintang Fajar sejak sebelum dunia dijadikan. Mazmur menunjukkan dengan meyakinkan bahawa anak-anak Tuhan ialah Angkatan Syurga itu dan Angkatan ini disebut sebagai elohim dan bahawa Kristus mengakui orang-orang kudus di hadapan sidang elohim (lihat Mazmur 82:1). Mazmur mengatakan bahawa ada antara mereka telah mati dan akan mati seperti manusia (Mazmur 82:6,7). Teks ini merujuk kepada seluruh Angkatan iaitu rohaniah dan jasmaniah. Amsal 30:4 bertanya soalan-soalan spesifik mengenai aktiviti Tuhan dan 30:5 memberikan jawapan nama Allah Maha Esa dan nama anakNya. Perkataannya diberikan dalam baris pertama yang berkata semua firman ELOAH adalah murni. Daripada Ezra bab 4 sampai 7 kita tahu bahawa Eloah ialah Tuhan Bait dan itulah hukumNya dan BaitNya dan kita tahu bahawa Dia mempunyai seorang anak. Eloah adalah tunggal dan tiada kemajmukan apa sekalipun. Ini ialah dasar Elahh Kasdim dan Aramaik Barat yang sepadan dengan Eloah Ibrani dan juga digunakan dalam Perjanjian Lama dalam Daniel. Perkataan ini menjadi dasar Aramaik Timur yang kemudiannya menjadi Allah’ bahasa Arab. Elahhin dan elohim adalah seerti dan diketahui dahulukala merujuk kepada anak-anak Tuhan. Daniel mencerminkan pengertian itu dalam teksnya.

 

Ini bukan seolah-olah sistem Armstrong tidak tahu tentang nama-nama ini. Dalam pelajaran 8 Kursus Korespondensi Alkitab Panjang nama Eloah disebut sebagai sumber tunggal nama Tuhan yang menjadi elohim. Bagaimanapun, dalam bab berikutnya saja mereka kembali kepada kesalahan atau penipuan Diteis.

 

Satu lagi contoh pengertian ini yang tidak pernah dikembangkan ialah artikel oleh Herman Hoeh dalam Plain Truth.

 

-   Sebahagian Perjanjian Lama Tidak Ditulis dalam bahasa Ibrani!  Sesetengah orang menyangkal untuk kita menterjemahkan nama-nama Ilahi dalam bahasa Ibrani. Tetapi lihatlah bukti Alkitabnya! Dalam Perjanjian Lama perkataan Inggeris “God” sering digunakan bagi perkataan Ibrani El, Eloah, dan Elohim. Ingat bahawa semua perkataan ini sama-sama nama Tuhan sebagaimana YHWH (Mazmur 69:30; Yesaya 9:6lihat juga ruang kotak yang mengiringinya. “Tuhan Mempunyai Banyak Nama”)........dipetik daripada “The Unknown God” (Tuhan yang Tidak Dikenali) Nov/Dec 1972 PT oleh H.Hoeh.

 

Artikel ini juga mengerti bahawa Elahh dan Allah’ diperolehi daripada struktur ini. Implikasi besar pengertian ini bagi dialog Kristian-Islam tidak disedari dan disia-siakan. Teologi dua-tuhan mereka tiada gunanya dalam membuat hubungan dengan Islam, bagaimana sekalipun.

 

Armstrong dan jabatan pendetanya nampaknya tidak sedar sama sekali akan implikasi teks-teks Alkitab yang menunjukkan mereka salah dan tidak pernah ada apa-apa analisis menyeluruh teks-teks ini dalam tulisan-tulisan mereka. Mereka kelihatannya membuat doktrin ini sembarangan. Tiada catatan adanya doktrin ini dalam Jemaat-jemaat Tuhan yang lain sebelum Armstrong.

 

Meneruskan, Armstrong menyatakan: “Untuk menjadi Anak Tuhan pada waktu prasejarah itu, Tuhan seharusnya telah wujud sebelum kelahiran Anak. Anak, kalau begitulah keadaannya, pastinya menjadi ada pada waktu kelahiran sebegitu. Tetapi, “Logos” – Firman – telah, seperti Tuhan, wujud-sendiri abadi.”

 

Ini menunjukkan titik tepat pada mana dia membuat bidaah dan menipu ramai dalam Jemaat-jemaat Tuhan yang menerima kekarutan ini.

 

Menjadi Anak Tuhan sebelum penjelmaannya bererti bahawa dia tidak mungkin makhluk abadi bersama dan tentunya telah wujud selepas Tuhan ada. Alkitab menunjukkan inilah keadaannya di banyak bahagian dan teks. Armstrong ingin menarik kelompok Trinitarian AS dan dia nampaknya tidak pernah memahami apa yang dilakukan atau dikatakannya berkenaan hal ini.

 

Kesilapan teologi ini dikembangkan sampai ke tahap menghina Tuhan. Dalam edisi September/Oktober 1990 Good News suatu artikel oleh K. Neil Earle telah ditulis yang menyesatkan dalam premisnya tetapi khotbah-khotbah yang disampaikan daripadanya, oleh para pegawai Australia dan AS WCG, menyaksikannya dibawa ke tahap-tahap menghujat dan tidak masuk akal yang menunjukkan kelemahan dalam pemikiran Diteis WCG.

 

Earle berkata dalam artikel itu: From Here Through Eternity (ms. 7), Jadi sebelumpun penciptaan manusia, jurubicara eksekutif bagi keluarga Tuhan, bersetuju untuk dijadikan manusia (Yohanes 1:1-3, 14) dan mati untuk membayar penalti pilihan-pilihan salah kita. (Rom. 5:8-10).

 

Ini dikembangkan ke tahap-tahap yang tidak masuk akal oleh para pegawai di Australia dan AS yang menyatakan bahawa Tuhan dan Kristus telah berbincang tentang siapakah yang akan turun dan dikorbankan untuk dosa-dosa dunia. Gerald Waterhouse, penginjil WCG, datang ke Australia untuk Hari Raya Pondok Daun pada 1991 di Canberra ACT dan menyampaikan khotbah yang tepat menyatakan kekarutan menghujat ini. Perhatikan bahawa Tuhan telah berubah menjadi keluarga dua anggota dan Kristus merupakan jurubicara eksekutif seolah-olah Allah Maha Esa kurang relevan dalam rencana operasi. Ini bertentangan dengan pengertian Yohanes 1:18. Ini juga mengabaikan maksud jelas Kolose 1:15 dalam mana Kristus ialah gambar Tuhan yang Tidak Kelihatan, yang sulung daripada segala Makhluk. Sesiapapun patutnya menganggap ayat ini dan Wahyu 3:14 sebagai pernyataan pasti.

 

Ini bukan idea baru dalam WCG. Dalam artikel oleh Garner Ted Armstrong: Siapakah – Apakah – Yesus Sebelum Kelahirannya sebagai Manusia? (Good News November/Disember 1972 ms. 14-16), Tuhan Perjanjian Lama digambarkan sebagai Yesus Kristus dan dia menyatakan bahawa perkataan Yahovah dalam Perjanjian Lama bukanlah Allah Bapa tetapi sentiasanya Yesus Kristus. Semua pernyataan ini pernyataan tidak termaklum. Mereka nampaknya tidak sedar bahawa nama Yahovah dipakaikan kepada sebilangan makhluk dan bahawa terdapat dua aplikasi Yahovah. Apabila Yahovah Semesta Alam digunakan ini selalu merujuk kepada Bapa. Yahovah (SHD 3068) boleh merujuk kepada sesiapapun yang merupakan utusan Tuhan. Ia bentuk pihak ketiga bagi kata kerja Hayah dan bererti Dia Membuatkan (lihat nota New Oxford Annotated Bible RSV kepada Keluaran 3:14). Seperti dibincangkan, ada empat yang disebut dalam Kejadian 18-19 dalam kemusnahan Sodom dan Gomora. Nama satu lagi untuk Tuhan ialah Yahovih (SHD 3069). Ini sentiasa dibaca oleh orang Yahudi sebagai Elohim dan nama Yahovah dibaca sebagai Adonai untuk tidak membingungkan dua entiti itu. Yahovih merujuk kepada Bapa.

 

Atas sebab inilah nama Yahovah diubah oleh Sopherim di 134 tempat dalam Teks Masoretik Perjanjian Lama untuk menyamarkan dua entiti itu.

 

WCG nampaknya tidak tahu tentang struktur dan penggantian dalam Teks Masoretik itu dan dengan sembarangan membuat pernyataan-pernyataan yang terlalu mudah dan salah.

 

Armstrong menganjurkan bahawa Yohanes 1:1 mendahului Kejadian dalam urutan.

 

Yohanes bab 1 menyebut Monogenes Theos atau satu-satunya Tuhan yang lahir, dalam Yohanes 1:18, yang berada di Pangkuan Bapa, dialah yang berbicara. Terdapat pelbagai elohim atau anak-anak Tuhan yang mana Kristus merupakan satu-satunya yang dilahirkan dan prototokos atau yang sulung daripada orang mati.

 

Doktrin yang mengatakan adanya lebih daripada satu Tuhan yang abadi secara logiknya bersifat politeis. Ini bukan Kristian. Terdapat banyak contoh dalam sejarah seperti sistem Zoroaster dan Dualisme Manichea tetapi sistem-sistem ini sentiasa mendalilkan satu tuhan baik dan satu tuhan jahat yang berebut menjadi kuasa tertinggi. Label Dualisme Manichea disebut-sebut orang Roman Katolik dalam menangani sesetengah Jemaat-jemaat Tuhan kerana mereka menuntut bahawa kuasa penciptaan juga diberikan kepada Iblis pada waktu dunia sebelum Tohu dan Bohu Kejadian bab 1. Dengan perkembangan sains, pandangan ini kelihatannya betul dan menjelaskan Nefilim, yang disangkal Augustine dari Hippo sebagai hasil Angkatan Derhaka. Orang Katolik kemudian terlekat dengan kesalahan ini.

 

Armstrong tahu tentang ini, dan begitu juga jabatan pendetanya. Seorang daripada mereka merujuk kepada Diteisme kultus-kultus matahari yang ditemui di kalangan orang Maya purba Guatemala dan nampaknya menganggap mereka betul. Terdapat struktur-struktur serupa dalam banyak budaya Amerika Tengah dan Selatan.

 

George L. Johnson menulis tentang Kudrat Tuhan dan merujuk kepada ilah-ilah orang Maya ini pada 1973 selepas saja Garner Ted Armstrong menulis artikelnya.

 

http://cog-ff.com/PDF/is-god-a-trinity.pdf penulis George L. Johnson Ambassador College Press Pasadena, California 1973.

 

Pada mukasurat 21-22 dalam bahagian “Christ not created” (Kristus tidak dicipta) dia merujuk kepada perbezaan antara Kristus dan Malaikat lain, yang secara intisarinya merupakan Doktrin Binitarian/Trinitarian yang berasal daripada Sekolah Alexandria antara 170 dan 325 CE. Mukasurat 24-25 menghubungkan tuhan-tuhan Maya Tepeu, tuhan langit dan salah seorang ilah pencipta yang ikut serta dalam ketiga-tiga percubaan untuk mencipta manusia dan Gucamatz dewa ular berbulu kepada Allah Bapa dan Yesus Kristus. Johnson nampaknya menganggap bahawa orang Maya pagan yang memberi korban manusia itu menpunyai sesuatu bermakna.

 

Hakikatnya adalah Armstrong, dengan sokongan jabatan pendetanya, mencipta dua Tuhan dan selepas itu memanggil Tuhan suatu keluarga dua makhluk. Dia menuntut bahawa tidak ada anak Tuhan sehinggalah penjelmaan Kristus. Seperti kita tahu, ini suatu pemalsuan dan salah gambar total Kitab Suci.

 

Namun orang-orang yang mengikutinya terus memberi gambaran salah tentang Kitab Suci malah membubuhi semua pemalsuannya. Sesiapa yang percaya bidaah ini memang tidak membaca Alkitab sama sekali dan tidak melakukan pertimbangan waras mereka.

 

Armstrong menyatakan dalam Mystery of the Ages dalam Mystery of the Church.

Kenapa perlunya Yesus benar-benar Tuhan dalam tubuh manusia? (sic) Sebagai Tuhan dia ialah Pencipta seluruh umat manusia. Dalam Efesus 3:9 ada dinyatakan bahawa Tuhan mencipta segala sesuatu melalui Yesus Kristus.

 

Hujah ini didasarkan pada satu premis daripada falsafah Yunani yang digunakan dalam Katolikisme untuk memperkenalkan Trinitas. Hujahnya ialah hanya Tuhan saja boleh membuat pendamaian untuk manusia dan pengorbanan yang dibuat pihak lain tidak mencukupi. Hujah ini memukul terus pada kuasa Tuhan. Dosa ialah pelanggaran hukum (1 Yohanes 3:4) dan mengadakan hutang mengikut hukum. Hutang itulah yang dipakukan pada kayu salib itu dengan kematian Kristus, seperti mana kita diberitahu dalam Kolose 2:14. Kematian Kristus membatalkan chierographon atau surat hutang kita di bawah hukum. Dia membatalkannya kerana Tuhan mengatakan bahawa dengan berbuat demikian dia akan membatalkan hutang itu. Dia harus membuktikan sesuatu untuk layak memerintah. Tuhan boleh memilih apa saja untuk membatalkan hutang itu. Sehingga 30 CE Dia telah menerima persembahan korban dan memerintah Kristus untuk menetapkan satu sistem korban yang menunjuk ke arahnya dan pengorbanan itu. Kristus-lah yang menyampaikan Hukum Tuhan kepada Musa dan bersama dengan Israel di padang gurun (1 Korintus 10:4). Tiada seorangpun pernah melihat Tuhan atau mendengar suaraNya. Kristus sendiri berkata demikian.

 

Berapa awalkah idea ini dikemukakan dalam RCG/WCG? Idea yang mulai timbul ini telah dimajukan dalam artikel “Adakah Yesus Tuhan?” (Plain Truth, Feb. 1959, ms 3 dan seterusnya; lihat lampiran).

 

Mazmur menunjukkan bahawa Daud mengerti yang Tuhan Israel merupakan makhluk yang sendirinya mempunyai Tuhan (Mazmur 45:6-7). Tidak ragu lagi bahawa makhluk ini ialah Kristus, sebab Ibrani 1:8-9 menyatakan bahawa dia ialah Kristus. Dari segi peristilahan alkitabiah Tuhan ialah makhluk yang bertanggungjawab atas kewujudan seluruh ciptaan atau jika tidak ia Tuhan palsu. Justeru logik difikirkan bahawa jika Tuhan Israel ialah anak Tuhan dan mempunyai Tuhan sendiri, dan mempunyai Tuhan bilamana Daud mengucapkan Mazmur dalam Roh Kudus, maka Tuhan lebih rendah itu ialah hasil daripada Tuhannya sendiri dan dengan itu tidak pernah abadi bersama dengan Tuhannya itu sendiri. Alkitab cukup jelas bahawa terdapat pelbagai makhluk yang dipanggil elohim sebelum penciptaan dan pelbagai makhluk dipanggil Yahovah sebelum penjelmaan Kristus. Mazmur 45: 6-7 dan Ibrani 1:8-9 menyatakan dengan jelas bahawa Kristus mempunyai teman-teman atau rakan-rakan sekutu dan dia ditinggikan mengatasi mereka dengan kehidupan dan kematiannya sebagai manusia. Kejadian bab 18 dan 19 menunjukkan dengan cukup jelas dan tegas bahawa terdapat empat Yahovah di kemusnahan Sodom dan Gomora. Tiga berada di bumi. Seorang bersama dengan Abraham dan dua lagi bersama dengan Lot dan yang keempat berada di langit dan dia  menghujankan api ke atas mereka dari langit (lihat kertas Malaikat YHVH (No. 24)).

 

Kisah 7:35-38

Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim? --Musa ini juga telah diutus oleh Allah sebagai pemimpin dan penyelamat oleh malaikat, yang telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu. 36 Dialah yang membawa mereka keluar dengan mengadakan mujizat-mujizat dan tanda-tanda di tanah Mesir, di Laut Merah dan di padang gurun, empat puluh tahun lamanya. 37 Musa ini pulalah yang berkata kepada orang Israel: Seorang nabi seperti aku ini akan dibangkitkan Allah bagimu dari antara saudara-saudaramu. 38 Musa inilah yang menjadi pengantara dalam sidang jemaah di padang gurun di antara malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya kepada kamu.

Dan Batu Karang itu ialah Kristus (1 Korintus 10:4).

 

Ahli-ahli sejarah lebih kurang sebulat suara bahawa teologi mula-mula Jemaat ialah pandangan subordinationis Kristus. Orang Yahudi mengerti apa yang dikatakannya apabila Kristus mengumumkan dia ialah anak Tuhan (Yohanes 10:34-35).

 

Tuhan yang menjadi Yesus Kristus ialah Tuhan Perjanjian Lama dan Allah Bapa kurang menonjol dalam operasi Perjanjian Lama dan menyerahkan semuanya kepada Kristus.

 

Tuntutan ini sering dibuat dalam semua bahagian pelayanan. Anggapan-angapan asas nampaknya telah dibuat bahawa apabila Perjanjian Lama merujuk kepada Tuhan ia maksudkan Yesus Kristus, sebab Bapa tidak dinyatakan sehinggalah Kristus memulakan pelayanannya.

 

Tuntutan Armstrong bahawa Tuhan tidak dinyatakan dalam Perjanjian Lama adalah karut sama sekali. Mazmur 110 menunjukkannya begitu, serta Mazmur 45. Zakharia 2:8-10 menunjukkan bahawa Tuhan Semesta Alam mengutus Yahovah Israel untuk berdiam di tengah-tengah mereka. Dengan cara yang sama Tuhan menyatakan melalui Zakharia bahawa makhluk yang mengepalai Rumah Daud dan Jemaat ialah Malaikat Tuhan (Zakharia 12:8).

 

Sistem Bait cukup sedar bahawa makhluk di padang gurun di Sinai itu ialah Malaikat Tuhan. Mereka mengerti bahawa anak Tuhan yang diberikan Israel sebagai pusakanya ialah seorang daripada Angkatan Syurga dan itulah sebabnya kenapa mereka mengubah teks Ulangan 32:8 (dalam MT) supaya berbunyi: Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel. Kita tahu tanpa ragu-ragu lagi bahawa teks ini asalnya berbunyi “menurut bilangan anak-anak Tuhan”, dan Septuagint berbunyi malaikat-malaikat Tuhan.

 

RSV membetulkan teks ini dan hal itu diketahui pada waktu Armstrong menulis tetapi dia nampaknya tidak menyedarinya. DSS telah mengesahkan pembacaan begitu. Elohim semuanya ialah anak-anak Tuhan dan seerti dengan Malaikat-malaikat Tuhan. Premis Armstrong palsu sama sekali dalam semua aspek dan hujahnya.

 

Armstrong kelihatannya tidak pernah membaca bab-bab atau buku-buku ini secara terperinci. Sekurang-kurangnya dia tidak pernah mengertinya atau merujuk kepada semua itu dalam tulisan-tulisannya dan jabatan pendetanya hanya memuntahkan apa yang diberitahu kepada mereka tanpa analisis atau pemikiran kritis. Ada seorang yang menyatakan bahawa dia diberitahu oleh jabatan pendeta yang dia “terlalu pandai untuk kekal lama dalam WCG.” Begitu jelas tuduhan terhadap ketulusan mereka.

 

Serangan Armstrong ke atas Kemahakuasaan Tuhan

 

Dalam kedua-dua Mystery of the Ages (MOTA) dan The Incredible Human Potential (TIHP) Armstrong menuntut bahawa para Malaikat tidak boleh mati.

 

Dia berkata (TIHP, 1; ms 59):

 

Hukuman dosa oleh para Malaikat bukan maut – sebab Tuhan telah menjadikan mereka makhluk-makhluk roh abadi yang tidak boleh mati. Apa yang Tuhan berikan mereka ialah dunia ini sebagai tempat kediaman mereka dan peluang melayakkan diri untuk memiliki dan memperindahkan seluruh alam semesta.

 

Idea ini merupakan dusta iblis: “Sekali-kali kamu tidak akan mati.” Ini satu variasi doktrin jiwa abadi.

 

Dia membubuhi tuntutan itu dalam Mystery of the Ages (2, ms 114).

 

Makhluk-makhluk roh, sebaik siap diciptakan (sebagaimana sepertiga angkatan malaikat yang menjadi watak-watak jahat), tidak boleh diubah! Roh, sebaik saja penciptaannya selesai, adalah tetap dan abadi – tidak boleh berubah. Tetapi sifat jasmaniah sentiasa berubah.

 

Dia kemudiannya, dalam perenggan berikut, membuat satu pernyataan yang secara logiknya menjadikan apa yang baru dituliskannya itu tidak masuk akal.

 

Melalui rencana besar Tuhan untuk ciptaan rohaniahnya, yang akan dibincang kemudian, Tuhan dan Firman itu telah merencana supaya firman melepaskan kemuliaan tertingginya, dan bila tiba waktunya, mengambil rupa manusia, sebagai Yesus Kristus, dan menjadikan mungkin rasa rohaniah penciptaan manusia – Tuhan MEMPERANAKKAN DIRINYA! Begitu hebat RENCANA BESAR untuk mendapatkan pencapaian kreatif TERBAIK ekstrim! Betapa AGUNGNYA Tuhan kita, dalam pemikiran, perencanaan tujuan, perancangan serta PENCIPTAAN – dari kuman atau serangga terkecil hingga matahari terbesar, yang jauh lebih besar daripada matahari besar kita sendiri sampai tidak bererti!

Dan kemampuan manusia yang luar biasa adalah bahawa TUHAN MEGAH DAN AGUNG, dalam manusia, memperanakkan dirinya – manusia boleh dilahirkan ke dalam KELUARGA Tuhan (penekanan dikekalkan)

 

Ini merupakan bidaah sebab:

1.   Ini meragui Kemahakuasaan Tuhan dalam mana Dia tidak dapat menguasai apa yang diciptaNya Sendiri.

2.  Ini meragui KemahatahuanNya dalam mana Armstrong secara efektifnya menuntut bahawa Tuhan jelas tidak mengetahui bahawa Iblis dan sepertiga Angkatan Syurga akan memberontak meskipun perlunya untuk pengorbanan Kristus ditentukan sebelum dunia dijadikan. Untuk membela serangan ini Armstrong menuntut bahawa Tuhan memilih untuk tidak mengetahui hal-hal tertentu untuk mengekalkan kebebasan memilih justeru memperlihatkan salah faham sepenuhnya antara kebebasan dan determinisme dan menuntut bahawa Tuhan berubah-ubah.

3.  Sebab tidak mengetahui kesudahannya, ini menjadikan Tuhan raja lalim tidak bertanggungjawab dalam mana Dia mencipta Angkatan Syurga tanpa mengetahui nasib mereka dan tidak mampu campur tangan untuk menguasainya. Ini meragui kebaikan Tuhan atas pelbagai sebab.

4.  Ini menyerang kematian dan korban Kristus dalam tuntutan bahawa Roh tidak boleh mati, sebab, jika Kristus adalah roh maka dia tidak boleh mati, dan dengan itu kita tiada keselamatan.

5.  Ia jelas bertentangan dengan Kitab Suci atas beberapa sebab dan rujukan.

 

WCG menegaskan sadisme kepada Tuhan dalam beberapa doktrin.

 

Salah guna Wahyu 20:13 untuk menegaskan suatu Kebangkitan Ketiga Lautan Api untuk menghukum sesiapa yang berani mempersoalkan Armstrong atau meninggalkan jemaat menganjurkan tuhan yang amat kejam dan suka membalas dendam dan sesiapapun yang rasional pasti bertanggungjawab dari segi etika untuk menentangnya (lihat kertas Salah Anggap Kebangkitan Ketiga (No. 166)).

 

Seperti itu juga dia menyatakan hukuman kekal untuk Angkatan Derhaka. Teologinya sama dahsyat seperti orang Roman Katolik yang dikutuknya.

 

Daripada Good News Julai 1974 oleh Robert Kuhn

Ada banyak waktu yang ada! Jika kebosanan timbul – walaupun sedikit saja – kita akan kesusahan besar. Keabadian akan menjadi neraka harafiah! Malahan, tepat itulah takdir yang tersedian untuk Iblis dan para iblis setannya – neraka – kebosanan abadi: “Mereka bagaikan ombak laut yang ganas, yang membuihkan keaiban mereka sendiri; mereka bagaikan bintang-bintang yang baginya telah tersedia tempat di dunia kekelaman untuk selama-lamanya” (Yudas 13).

 

Pemikiran jenis apakah yang dapat membayangkan kekarutan bukan alkitabiah ini dan menyatakannya kepada Tuhan? Hasil salah guna doktrin ini ialah jabatan pendeta yang berkelakuan kasar dan keanggotaan yang suka menuduh dan benar diri. Hasil akhirnya menghancurkan iman anak-anak dan rakan-rakan anggota mereka dan mendorong mereka jauh daripada iman itu.

 

Dua Tuhan Sejati dan penjelmaan manusia

 

Mungkin boleh diperdebatkan bagi pihak Armstrong bahawa Kristus salah seorang daripada dua Tuhan Sejati, kedua-duanya abadi, dan dengan itu dia mempunyai kapasiti untuk mati apabila Angkatan Syurga tidak berbuat demikian. Justeru dia tidak mungkin abadi.

 

Masalahnya adalah Alkitab jelas bahawa hanya ada satu Allah Maha Esa dan bahawa Dia telah mengutus Yesus Kristus, dan mengetahui fakta itu serta mengenali makhluk-makhluk ini merupakan syarat untuk hidup kekal (Yohanes 17:3).

 

Tuntutan bahawa Tuhan menjelma menjadi manusia bersandar pada satu pemalsuan dalam Codex A dalam 1 Timotius 3:16 yang ditulis kembali dalam KJV. Ini bergantung pada perkataan untuk Tuhan sebagai singkatan dua huruf Yunani, yang merupakan tambahan-tambahan oleh penulis berlainan dengan dakwat berbeza.

 

Bullinger membuat nota mengenai fakta ini dan catatan itu ada pada ruang tepi R.V. jadi tiada alasan untuk Armstrong dan pasukannya tidak sedar tentang pemalsuan itu. Pemalsuan ini juga dikutip oleh kependetaan WCG apabila cuba memperkenalkan Trinitas, dan kependetaan yang sama menubuhkan cabang-cabangnya.

 

Paulus cukup jelas, seharusnya bagi pembaca, bila kemudiannya, dalam 6:16, dia berkata sambil merujuk kepada Tuhan:

Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.

 

Alkitab jelas, hanya Tuhan mempunyai keabadian hakiki. Seorangpun tidak pernah melihat Dia dan memangpun manusia tidak mampu melihat Dia. Dia menganugerahkan status itu pada Kristus dan akan menganugerahkannya pada seluruh Angkatan Jasmaniah dan Rohaniah. Mereka sekarang tidak memiliki keabadian sebegitu.

 

Kristus dilihat dengan jelas kedua-duanya pada zaman Perjanjian Lama dan sebagai seorang manusia. Kristus mati. Tuhan abadi. Dia menganugerahkan keabadian ini pada seluruh Angkatan. Mula-mula, Tuhan menganugerahkannya pada Kristus, dan ini dilakukanNya daripada kenaikannya. Selepas itu Dia akan menganugerahkannya pada seluruh Angkatan dalam gerak maju rencanaNya.

 

Seharusnya jelas bagi seseorang yang biasa kebijaksanaannya bahawa jika Kristus boleh mati maka Angkatan selebihnya boleh mati juga dengan menggunakan proses yang lebih kurang sama. Itulah yang Alkitab katakan akan betul-betul terjadi.

 

Kita sudah lihat teks Mazmur 82:6-7. Dalam ayat 7 tertulis: Namun seperti manusia kamu akan mati dan seperti salah seorang pembesar kamu akan tewas.

 

Kristus menggunakan teks ini untuk menjawab Imam Besar ketika dia menyatakan dirinya sebagai anak Tuhan.

 

Teks ini jelas merujuk kepada seluruh Angkatan Syurga, tetapi adakah saksi lain dalam Kitab Suci yang menyatakan bahawa Roh boleh mati?

 

Kristus ialah satu contoh. Urutannya ialah Kristus melepaskan tubuh rohaniahnya dan pergi kepada Tuhan yang kemudian menjadikannya suatu zigot di dalam rahim Mariam.

 

Jadi roh dijadikan bentuk manusia dan selepas itu kematian dan kebangkitan. Itulah yang apa yang kita lihat dengan tepat dalam Kitab Suci berkenaan dengan Iblis dan Angkatan Derhaka.

 

Roh Kudus menceritakan melalui Yesaya apa yang akan terjadi. Yesaya bab 14 merujuk kepada Iblis sebagai Lucifer.

 

Yesaya 14:9 menunjukkan bahawa Sheol (dunia orang mati) atau kubur gemetar dinaikkan baginya untuk menemuinya pada kedatangannya.

Dalam ayat 10-11: “Sekaliannya mereka mulai berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga telah menjadi lemah seperti kami, sudah menjadi sama seperti kami!' Ke dunia orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing sebagai selimutmu.”

 

Untuk menghilangkan segala kesangsian tentang siapakah yang kita maksudkan, ayat 12-14 mengenalpasti makhluk ini dan apa yang cuba dilakukannya.

 

12 Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! 13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. 14 Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi!

 

Perkara luar biasanya ialah para pendeta ini mengutip teks ini sepanjang waktu dan mengenalpastinya sebagai teks yang merujuk kepada Iblis namun tidak membaca teks penuh bab itu, yang jelas mengatakan bahawa Iblis bakal dibunuh dan dikirim ke kubur untuk menunggu Kebangkitan. Hanya Kebangkitan Kedua saja yang mungkin dimaksudkan sebab raja-raja Semua Bangsa terbabit dan jelas sekali mereka tidak berada dalam Kebangkitan Pertama.

 

Untuk menghilangkan segala keraguan, Yehezkiel 28:14-18 mengenalpasti Iblis sebagai kerub penjaga yang  diurapi yang telah berjalan di Gunung Tuhan dan sempurna sehinggalah dia berdosa dan Tuhan melemparkannya ke tanah. Tuhan menyatakan Dia akan menyalakan api dari dalamnya dan membakarnya menjadi abu. Demikianlah dia akan dibunuh dan dibangkitkan sebagai manusia dan teks-teks jelas mengenai aspek itu. Alkitab tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35).

 

Kependetaan yang sama merujuk kepada teks-teks ini dan menyatakan secara umum dalam khotbah demi khotbah bahawa ini merujuk kepada Iblis namun tidak pernah membaca atau menjelaskan atau nampaknya mengerti bahasa dan maksud jelas teks-teks itu.

 

Binitarianisme sebagai satu langkah kepada Trinitarianisme

 

Kemustahilan logik kedua-dua Binitarianisme dan Trinitarianisme diterangkan dalam kertas Binitarianisme dan Trinitarianisme (No.76). Boleh dikatakan dengan selamat bahawa istilah Binitarianisme tidak digunakan mahupun difahami oleh kependetaan atau para anggota WCG sehinggalah ia digunakan dan diterangkan oleh kertas-kertas CCG.

 

Politeisme logik pandangan Armstrong itu membuatkan ramai apologist (pembela) yang kurang jujur untuk mula menuntut bahawa jemaat mula-mula bersifat Binitarian dan dengan itu WCG dan cabang-cabangnya memegang doktrin-doktrin asal. Kesesatan ini telah disokong oleh para penulis Trinitarian dalam sistem Adventist yang cuba menemukan dasar permulaan untuk Trinitarianisme dalam jemaat mula-mula. Larry Hurtado ialah apologis sebegitu. Para Apologist quasi-Trinitarian dalam LCG dan UCG telah mengikut cara penjelasan ini meskipun tahu ini suatu pemalsuan.

 

Binitarianisme berasal dalam ibadat kultus-kultus matahari dan misteri dengan Attis di Barat dan Adonis di kalangan orang Yunani dan Osiris/Isis di kalangan orang Mesir.

 

Kekristianan hanya mempunyai satu saingan sebenar di Rom dan itu ialah Attis. Pada pertengahan abad kedua (154/5 BCE) biskop Rom, Anicetus, memperkenalkan Easter ke dalam jemaat di Rom. Hari Minggu telahpun diselitkan di samping Sabat dari 111 CE.

 

Teologi Attis terus bertahan, dan mualaf-mualafnya kepada agama Kristian membawa bersama bidaah Binitarianisme. Sebaik saja Easter diperkenalkan teologi itu harus dihuraikan supaya lebih menarik kepada para pemuja Attis. Proses ini tidak diajar dalam mana-mana institusi jemaat kecuali CCG jadi keadaan segera jelas dari mana pihak Trinitarian mendapat doktrin-doktrin mereka. Attis-lah yang dibunuh pada hari Easter. Dia dibunuh pada pohon pain (berangan). Sistem dialah yang menghiasi pohon untuk 24 Disember. Matahari yang tak terkalah itulah yang dipertunjukkan pada 25 Disember. Dialah yang dibangkitkan oleh ibu dewi pada hari Minggu. Dewi ini jugalah kekasihnya sebagai Easter, atau Rhea, atau Cybele dan banyak lagi. Sesiapa Kristian sejati tidak akan menyokong ini dan dengan itu mereka menyembunyikan kebenaran dalam kejahatan dan mengajar dusta kepada orang-orang mereka.

 

Ramai antara mereka dalam Jemaat-jemaat Tuhan merupakan oportunis atau memang pengintip (mata-mata) Trinitarian yang tujuan satu-satunya adalah untuk membinasakan Jemaat Tuhan.

 

Teologi Attis mula diperkenalkan secara diam-diam dari Rom dan Alexandria. Proses dan teologinya diterangkan dalam kertas Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian tentang Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).

 

Binitarianisme menyatakan bahawa Tuhan menjadikan daripada dirinya tuhan yang menjadi anakNya sendiri. Ini jangan dikelirukan dengan Sabellianisme. Doktrin Sabellianisme terpaksa dikutuk kerana ini melenyapkan struktur Binitarian yang perlu kepada struktur Attis. Pandangan itu menyatakan bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus hanyalah cara atau manifestasi berlainan oknum yang sama. Attis, bagaimanapun, difahami sebagai oknum berasingan daripada Bapa dan bergabung sebagai satu Tuhan.

 

Daripada doktrin inilah Trinitas mula dibangunkan dan ini berkembang dari 170 sehingga ia diterima di Nicaea pada 325. Ini bertahan selama dua tahun sebelum dikecam sebagai bidaah pada 327 dan kumpulan Unitarian Alkitabiah diterima kembali oleh Constantine. Mereka kekal berkuasa sehingga Theodosius dilantik sebagai maharaja bersama oleh Gratian dan Sidang diadakan di Constantinople pada 381 dan Trinitas ditegaskan. Kesalahan itu mengakibatkan kebangkitan Islam dan akhirnya menyaksikan penindasan Kekristianan Alkitabiah. Itu bakal menjadi penyebab terakhir perang-perang zaman akhir. Orang Unitarian Alkitabiah dipanggil orang Arian untuk menyamar keaslian mereka oleh para pembidaah Binitarian/Trinitarian (lihat kertas Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian tentang Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).

 

Binitarianisme bukan dokrin Kristian. Ia bidaah pagan yang tidak mempunyai tempat dalam Jemaat Tuhan dan mereka yang mendukungnya patut disingkirkan sebagai pemuja berhala.

 

Begitu juga Diteisme merupakan bidaah pagan yang tiada tempatnya dalam Jemaat Tuhan. Kependetaan yang mendukungnya harus bertaubat untuk mencapai Kebangkitan.

 

Itulah satu sebab utama Tuhan memecahkan sistem WCG kepada cabang-cabang tidak efektif yang terbatas dengan menonjolnya kepada Amerika Syarikat.

 

Dari Januari 1946, ketika Armstrong menyatakan dalam autobiografinya bahawa sistem WCG telah menjadi pekerjaan seluruh dunia, sehingga 1986 iaitu tepat 40 tahun sampai kematiannya, sistem Jemaat Tuhan era Sardis ini telah disingkirkan sebagai pekerjaan serata dunia dan merosot kepada cabang-cabang saling bertengkar yang bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan anggota-anggota yang membayar perpuluhan dan terbatas terutamanya kepada AS.

 

Nota:

Sini dilampirkan dua artikel yang dikutip daripada terbitan-terbitan Jemaat Tuhan Seluruh Dunia seperti berikut:

1)  Di manakah Allah Bapa dalam Perjanjian Lama? (Good News, Julai 1974)

2)  Adakah Yesus Tuhan? (The Plain Truth, Vol. XV, No. 1, Februari 1950)

 

 

q


 

 

 




Petikan artikel Where Is God The Father In The Old Testament? ms 32, Good News, Julai 1974:

 

Kebenarannya yang menghairankan ialah orang-orang zaman Perjanjian Lama mempunyai sedikit saja pengetahuan akan Allah Bapa. Namun Dia memang dikiaskan dan betul-betul disebut – beberapa kali.

Salah satu tujuan kedatangan Kristus ke bumi sebagai seorang manusia adalah untuk menyatakan Bapa (lihat Yohanes 1:18; 5:37; 8:19; 14:7; Lukas 10:22). Dia tentunya tidak perlu menyatakanNya sekiranya Tuhan Perjanjian Lama, yang memang pernah dikenali orang Israel, merupakan Bapa.

Namun satu petunjuk pertama akan kewujudan Oknum yang menjadi Bapa ditemui dalam bab pertama Alkitab. “Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita [bukan Aku] menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita…” (Kejadian 1:26). (Ini tidak menandakan “jamak keagungan raja” seperti yang dianjurkan sesetengah sarjana.)

Kemudian dalam bab 2 kita diperkenalkan kepada istilah “TUHAN [YHVH] Allah” sebagai gelaran anggota “Kita” itu yang berfirman dan bertindak. Makhluk ini – Yang Abadi (iaitu erti YHVH) – ialah setiap kalinya dia yang berurusan dengan manusia tatkala pesan alkitabiah berkembang maju. Dalam Kejadian 14:18, kita menemui Oknum ini sebagai “raja kebenaran” (Melkisedek, dalam Ibrani), “raja Salem” (damai). Bukti? Cukuplah dengan mengatakan di sini bahawa tentang Melkisedek ini “diberi kesaksian, bahwa Ia hidup” – bahawa dialah Yang Abadi (Ibrani 7:8). Untuk bukti lanjut tentang identiti Melkisedek, pembaca dipelawa untuk meminta artikel cetak kembali percuma kami “The Mystery of Melchizedek Solved.” (Misteri Melkisedek Diselesaikan)

Bagaimanapun, idea yang harus diperhatikan adalah bahawa Melkisedek ini, YHVH, dia yang kemudiannya menjadi Yesus Kristus, dan menjadi Tuhan Anak, pada waktu itu ialah imam (banding Ibrani 7:1 dan ayat-ayat yang menyusuli dengan Ibrani 8:1) “Allah YANG MAHATINGGI” (Kejadian 14:18-22). Sekarang siapakah Allah YANG MAHATINGGI, dia yang kepadanya Yang Abadi sendiri merupakan imam? Biar Yesus sendiri menjawab: “…Bapa LEBIH BESAR daripada aku” (Yohanes 14:28).

Sesungguhnya.

Tetapi mari kita pastikan. Yesus Kristus ialah anak kepada siapa? “kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau,” malaikat itu memberitahu Maria sebelum Yesus diperanakkan, “sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah…. Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi…” (Lukas 1:35, 32).

Lukas 8:28 dan Markus 5:7 mengesahkan bahawa Yesus ialah “Anak Allah Yang Mahatinggi.” Bapa disebut dua kali lagi dengan panggilan ini dalam Perjanjian Baru – Kisah 7:48 dan 16:17.

Kepada siapakah kita disuruh Yesus untuk berdoa? Bapa (Matius 6:9). Kepada siapakah Daud berdoa? “Aku berseru kepada Allah, Yang Mahatinggi…” (Mazmur 57:2). Sekali lagi, “Aku hendak bersyukur kepada TUHAN …dan … nama TUHAN, Yang Mahatinggi.” (Mazmur 7:17).

Ya, Daud memang mungkin telah mengenali Dia yang bakal menjadi Bapa. (Ingat, dia tidak mungkin dipanggil Bapa lagi, sebab Dia belum lagi memperanakkan Anak. Melkisedek, YHVH, belum lagi menjadi Anak itu.) “Demikianlah firman TUHAN [YHVH] kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu.” (Mazmur 110:1; Ibrani 1:13).

Daud bernyanyi, “TUHAN mengguntur dari langit, Yang Mahatinggi memperdengarkan suara-Nya.” (2 Samuel 22:14).

Adakah Musa juga tahu? “Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa…” (Ulangan 32:8).

Nebukadnezar yang pagan tentunya tidak sukar mempercayai dua anggota berasingan keluarga Tuhan. Orang Babel menyembah pelbagai tuhan palsu. Setelah Nebukadnezar memerintah supaya tiga orang diikat dan dicampak ke dalam perapian yang bernyala-nyala, dia melihat ke dalam dan nampak “empat orang berjalan-jalan dengan bebas di tengah-tengah api itu; … dan yang keempat itu rupanya seperti Anak [lebih tepat lagi, seorang anak] Tuhan! Lalu Nebukadnezar … berkatalah ia: "Sadrakh, Mesakh dan Abednego, hamba-hamba Allah yang maha tinggi, keluarlah …” (Dan. 3:25-26).

Nabi Daniel telah melihat lebih awal kembalinya Kristus yang sudah dibangkitkan dan telah naik kepada Bapa di syurga untuk menerima Kerajaan itu (lihat juga Lukas 19:11, 12, 15): “Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapan-Nya. Lalu diberikan kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja…” (Dan. 7:13-14). Di sini “Yang Lanjut Usianya” harus merujuk kepada Bapa, walaupun dalam ayat 9, Anak itu mungkin juga dipanggil “Yang Lanjut Usianya,” sama seperti kedua-duanya boleh dipanggil Yang Abadi (YHVH).

Malah Amsal sekalipun mungkin mengandungi petunjuk kecil bahawa Tuhan dikenali sebagai satu keluarga: “Siapakah yang naik ke sorga lalu turun? Siapakah yang telah mengumpulkan angin dalam genggamnya? Siapakah yang telah membungkus air dengan kain? Siapakah yang telah menetapkan segala ujung bumi? Siapa namanya dan siapa nama anaknya? Engkau tentu tahu!” (Amsal 30:4)

 

- Lawson Briggs


 

 

 

 



Petikan artikel Is Jesus God? ms 3, The Plain Truth, Februari 1950:

 

Seorang pendengar di Alabama bertanya:

   “Adakah Yesus Tuhan? Adakah Yesus Yehovah, Bapa Kekal? Adakah lebih daripada Satu Tuhan? Tolong Jelaskan.”

   Soalan-soalan ini, untuk jawapan lengkap dan menyeluruh, memerlukan artikel saiz penuh. Artikel sebegini akan muncul dalam bilangan masa depan tertentu THE PLAIN TRUTH. Jawapan dalam lajur ini, seperlunya, harus singkat dan serba kekurangan dari segi penjelasan penuh.

   Ya, Yesus ialah Tuhan, Kalau bukan Dia tidak boleh menjadi Juruselamat manusia.

1)Jika Yesus hanya manusia, kematiannya mampu membayar penalti untuk seorang manusia lain yang telah menerima penalti itu dengan pelanggaran Hukum rohaniah Tuhan. Sebab Allah Bapa mencipta segala sesuatu melalui Yesus Kristus (Efesus 3:9), dan sebab segala sesuatu, termasuk manusia, dijadikan oleh Yesus Kristus (Yohanes 1:1-3 dengan ayat 14; ayat 10; 1 Kor. 8:6; Kol. 1:12-19), Dialah Pencipta kita dan sebab itu ialah Tuhan, dan hidupNya yang diberikanNya lebih besar harganya daripada jumlah total semua manusia.

2) Hidup dengan sendirinya boleh memperanakkan hidup. Ini hukum mutlak Biokimia. Sebab hidup Kekal ialah KARUNIA Tuhan, hanya Tuhan yang memiliki keabadian saja boleh memberikannya. Jika Yesus hanya manusia, kita tidak boleh menerima hidup kekal melalui Dia dan Dia tidak mungkin merupakan Juruselamat. Manusia tidak memiliki hidup kekal secara hakiki dalam dirinya. Tetapi, sebagaimana Allah “Bapa mempunyai hidup dalam diriNya; demikian juga diberikanNya Anak mempunyai hidup dalam diriNya sendiri ... dan Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam AnakNya. Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup.” (Yohanes 5:26 dan 1 Yohanes 5:11-12).

Sebaliknya pula, Yesus juga manusia. Sebab hidup manusialah yang telah melanggar Hukum Tuhan, Hukum itu menuntut hidup manusia sebagai penaltinya. Penalti ini harus dibayar. Tuhan tidak akan kompromi. Ini harus dibayar oleh manusia. Justeru itu, Yesus, iaitu Tuhan, yang telah sentiasa wujud (Yohanes 1:1-2) benar-benar menjadi manusia (ayat 14). Dia, yang merupakan Tuhan, benar-benar menjadi manusia (1 Yohanes 4:2-3). Dia diperanakkan dalam, dan lahir daripada perawan manusia Maria (Matius 1:18; 16, 25 dan 2:2). Dia bukan saja dijadikan manusia, tetapi darah dan daging manusia (Ibrani 2:14).

   Yesus memanggil diriNya Anak MANUSIA berulang kali, dan juga Anak TUHAN. (Mat. 16:13-17). Dia SETARA dengan Tuhan (Kol. 2:6). Dia dipanggil Tuhan, (Yudas 24-25; Titus 2:10, 13). Dengan itu Dia ialah Tuhan. Alkitab banyak kandungannya tentang poin-poin ini sehingga semua yang di atas hanya sebahagian kecil bukti itu.

   Ya, Yesus juga “Yehovah,” walaupun perkataan ini terjemahan salah yang digunakan dalam versi Revised. Nama asalnya, dalam Ibrani, mengandungi konsonan “YHVH.” Dalam penulisan Ibrani, huruf vokal diabaikan, dan hanya dipenuhi dalam percakapan. Justeru nama tepatnya tidak diketahui dengan pasti, tetapi hari ini biasanya dianggap “Yahveh,” atau “Yahweh.” Erti itu, dalam bahasa Inggeris, ialah “YANG ABADI,” atau “YANG HIDUP KEKAL,” atau “WUJUD SENDIRI.” Lazimnya diandaikan bahawa “Yahveh,” ini atau seperti mana biasa dipanggil, “Yehovah,” atau, seperti dalam versi Authorized, “TUHAN” Perjanjian Lama ialah Allah Bapa kepada Yesus Kristus. Ini kesalahan terang-terangan! “Yahveh” ialah Tuhan Israel, satu-satunya Oknum Ketuhanan yang dikenali Israel. Mereka tidak mengenal Allah Bapa.

   Dalam Kejadian 1, nama Ibrani yang diterjemah sebagai “Tuhan,” ialah “Elohim.” Ini nama uniplural (unijamak), seperti “jemaat,” atau “keluarga.” Sebuah jemaat atau keluarga mempunyai lebih daripada satu orang, namun ia satu jemaat, atau satu keluarga. Dengan pengertian sama ini “Elohim” termasuk kedua-dua Allah Bapa, dan Yahveh yang merupakan “Logos” atau FIRMAN Tuhan, dan juga Roh mereka, yang keluar daripada mereka, Roh Kudus, HIDUP, KARAKTER, dan KUASA Tuhan. Yesus, dalam doa untuk kesejahteraan Jemaat, berdoa agar anggotanya yang ramai “menjadi SATU, sama seperti kita adalah SATU” (Yohanes 17:11,21). Jemaat ialah SATU tubuh, namun terdiri daripada ramai anggota (1 Kor. 12:12). Suami dan isteri ialah SATU DAGING namun dua orangnya. Kristus dan Allah Bapa ialah SATU Tuhan, bukan dua Tuhan – satu “ELOHIM.” Itulah sebabnya “Elohim” berkata, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita” (Kejadian 1:26).

   Yahveh ialah “FIRMAN” atau jurubicara Ketuhanan – anggotanya yang kedua. Sebaik saja Tuhan mula BERFIRMAN kepada manusia, ini selalunya “Yahveh” yang berbicara (diterjemahkan “TUHAN” dalam versi Authorized, dan “Yehovah” dalam versi Revised). Lihat Kejadian 2:16, 18, dsb, dan Keluaran 20:2, dsb – ini selalunya “Yahveh” dalam Ibrani asal – “FIRMAN” yang dijadikan manusia. Buktinya ialah kajian panjang yang membabitkan beratus-ratus petikan yang membuktikannya.

   Sebagai satu fragmen bukti itu, bandingkan Yesaya 6:1-3 dan 10 dengan Yohanes 12:39-41; Yesaya 8:13 dengan 1 Pet. 2:7-8; Yesaya 40:3 dengan Mat. 3:3 dan Markus 1:3. Yohanes menyediakan jalan untuk “Yahveh” (Yesaya 40:3) yang merupakan Kristus (Markus 1:14-15). Dalam Wahyu 1:17,8 dan 22:13, Yesus Kristus (lihat juga Wahyu 22:16 untuk bukti yang Yesus berbicara di sini) memanggil dirinya “Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir.” Dalam Yesaya 44:6, dan 48:11-12 (ayat 17-18 menunjukkan Yahveh yang berbicara) dan Yesaya 41:4, YAHVEH ialah Yang Terdahulu dan Yang Terkemudian.

   Dalam 1 Kor. 10:1-4, “BATU KARANG” Perjanjian Lama ialah Kristus. Dalam Ulangan 32:3-4, II Sam. 22:2-3, 32; dan Mazmur 18:1-2, “BATU KARANG” yang sama ini ialah Yahveh. Ketika Musa berbicara kepada YAHVEH, dan bertanyaNya namaNya, (Keluaran 3:4-5, 13), Dia menjawab bahawa namaNya ialah “AKULAH AKU” (ayat 6, 14) dan YAHVEH (ayat 15). Lihat juga Kel. 6:2-3. Dalam Yohanes 18:5-8, sebaik saja Yesus memperkenalkan diriNya kepada rombongan yang dipimpin oleh Yudas sebagai “AKULAH,” (“Dia” dalam huruf italik ditambah tanpa inspirasi ilahi, dan tiada dalam yang asal), mereka mundur dan jatuh ke tanah. Sekali lagi dalam Yohanes 8:56-58, Yesus memanggil diriNya, “AKU.” Wahyu 1:18 dan tempat lain juga.

   Oknum Ketuhanan yang merupakan PENEBUS kita ialah Yesus Kristus (Yohanes 4:42, Gal. 3:13; Filipi 3:20; Titus 2:10-14; Lukas 1:68-69 dsb dsb. Yesus itulah YAHVEH, lihat Yesaya 49:7; Yesaya 60:16 di mana Dia juga ialah “Yang Mahakuasa, Allah [dari] Yakub” – (DARI Yakub bererti anak, atau keturunan Yakub) – Yang Mahakuasa daripada semua keturunan Yakub. Dalam Yesaya 48:17 juga, YAHVEH ialah Penebus, dan Yang Mahakudus, Allah Israel – Yang daripada Israel yang Kudus! Hal sama disebutkan dalam Yesaya 43:14. Perhatikan juga ayat berikut (15), YAHVEH ialah Yang Mahakudus Israel, Pencipta Israel, RAJA Israel. Sekarang perhatikan dalam Kisah 3:14 bahawa Kristus yang ditolak orang Yahudi ialah “YANG KUDUS” sama ini – YAHVEH! Lihat juga Kisah 2:27 dan Markus 1:24.

   Siapakah gembala Daud? – Mazmur 23:1, YAHVEH. Dalam Yohanes 10:11, Yesus berkata Dialah Gembala. Ibrani 13:20, dan 1 Pet. 2:24-25, dan 5:2-4. YESUS KRISTUS-lah yang akan datang kembali Sendirinya sebagai RAJA segala raja untuk memerintah, dan untuk MEMULIHKAN. (Wahyu 19:13, 15; 17:14; 1:5; dan Kisah 3:20-21.) Gembala Agung yang akan datang untuk MEMERINTAH sebagai RAJA atas segala Raja ialah YAHVEH – Yehezkiel 34:11, 30-31; sekarang perhatikan Yesaya 2:1-4 dan Mikha 4:1-4 – pada kemudian hari Kerajaan (gunung) Rumah YAHVEH akan didrikan di atas Kerajaan-kerajaan – dan memerintah dunia. Dan Dia, YAHVEH (Kristus) akan menjadi hakim antara banyak bangsa, dan menjadi wasit bagi suku-suku bangsa yang besar, dan selepas itu mereka akan memiliki DAMAI.