Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[077]

 

 

 

 

Pengudusan Bangsa-bangsa

(Edisi 1.0 20060425-20060425)

 

Zaman akhir mempunyai urutan pengurangan Bangsa-bangsa kepada suatu keadaan dalam mana mereka dapat dibawa membentuk hubungan dengan Tuhan dan dunia bersedia untuk pemerintahan milenium Yesus Kristus. Beberapa tahun terakhir itu dibayangkan dalam masa Pengudusan Bait Suci serta pelaksanaan Hari-hari Raya Bulan Pertama dan Ketujuh.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pengudusan Bangsa-bangsa [077]



Dalam karya ini kita akan mempertimbangkan sisa Yobel sekarang ini serta struktur Yobel.

 

Yobel juga mencerminkan Perhitungan Omer ke arah Pentakosta dari Persembahan Unjukan Berkas. Ia struktur 50 tahun dengan tujuh Sabat lengkap yang kita perhatikan dalam Perhitungan Omer. Ia membayangkan Roh Kudus yang diperkembangkan dalam manusia selama hayatnya dari umur dua puluh tahun hingga tujuh puluh tahun yang diberikan kepada manusia.

 

Tahun ini (2006 atau 29/120) memulakan suatu kejadian atau proses yang sangat menggembirakan, berkaitan dengan Pengudusan Bait Suci sebagai Pengudusan Umat Pilihan, dan juga Pengudusan Bangsa-bangsa sebagai sebahagian daripada urutan akhir Rencana Tuhan.

 

Apabila kita melalui proses pengudusan kita bermula pada 1 Abib dengan pengudusan Bait Suci. Pada 7 Abib kita ada pengudusan orang-orang yang berdosa tidak sengaja dan tidak sedar. Kita berpuasa untuk waktu itu. Tempoh 7 hari seterusnya membawa kita kepada Perjamuan Tuhan (Perjamuan Suci), iaitu pengudusan individu serta Jemaat dalam dan melalui Kristus, diikuti dengan Hari Raya pertama dan hari ke 21 ialah Hari Raya terakhir Roti Tidak Beragi.

 

Urutannya dalam tujuh hari – 7, 7, 7 iaitu jumlahnya 21 hari. Apa yang kita lakukan setiap tahun, dan apa yang sudah lama kita lakukan setiap tahun, telahpun tertanam kuat dalam pemikiran Jemaat. Selama 100 tahun kebelakangan ini kita tidak pernah memahami proses ini sepenuhnya. Kita hanya mengerti proses pendekatan ke arah Paskah dan bukan Pengudusan. Pengertian ini telah hilang daripada Jemaat selama hampir dua ratus tahun, atau mungkinpun lima ratus tahun.

 

Kitaran Yobel dari Yobel terakhir pada 1977/8 memasukkan Tahun-tahun Sabat (yang memerlukan Pembacaan Hukum) 1984, 1991, 1998, 2005, 2012, 2019 dan 2026. 2027 ialah tahun Yobel. Yobel sekarang ini ialah Yobel ke 120 sejak penutupan Eden dan kutukan terhadap bumi.

 

1984 merupakan Sabat pertama kitaran Yobel ini dan dalam kitaran Sabat seterusnya kita memulakan satu kitaran lagi untuk zaman akhir dari 1987, iaitu tahun pertama tempoh yang disebutkan sebagai “Generasi/Angkatan ini”, iaitu suatu tempoh 40 tahun hingga 2027. 1997 adalah 30 tahun sebelum 2027 dan merupakan satu lagi kitaran. Tempoh 40 tahun ini ialah angkatan yang dikatakan Kristus tidak akan berlalu sebelum semuanya terjadi. Pada waktu inilah Bait diperintahkan untuk diukur (lihat Pengukuran Bait Suci (No. 137)). Pada 1987, Joseph W. Tkach daripada WCG menyatakan bahawa bait sedang diukur. Pernyataannya betul, di situlah kita berada pada waktu itu.

 

Tempoh dari 1987 ini memulakan pengukuran Bait. Proses ini melepasi tahun Sabat 1991 sehingga permulaan kitaran Zaman Akhir yang seterusnya pada 1997, iaitu waktu “tiga puluh hari tangis perkabungan” untuk Musa menurut prinsip setahun untuk sehari, atau dengan kata lain tempoh 1997 hingga 2027. Ini ialah akhir zaman Bangsa-bangsa lain. Justeru, pengukuran Bait dimulakan sama waktunya dengan akhir zaman itu serta pengurangan bangsa-bangsa.\

 

Pada tahun ketiga kitaran itu, 1994, CCG ditubuhkan. Segala permulaan baru berhubung operasi bermula pada tahun ketiga kitaran.

 

Dari 1994 kita sampai kepada akhir Adar 2006, suatu tempoh dua belas tahun. Tahun kedua belas ialah tahun pemerintahan, susunan dan struktur. Tahun ketiga belas lazimnya ialah tahun yang dikhususkan kepada pemerintahan Jemaat Tuhan. Oleh sebab Lewi secara berkesannya ialah jabatan pentadbiran sebagai suku Ketiga belas, begitu juga angka ini dikaitkan dengan pemberontakan dan rampasan kuasa.

 

Pada Paskah tahun ke 28, atau 2005, Jemaat Amerika Syarikat diberi amaran bahawa perpecahan akan berlaku di Amerika. Mereka diberitahu dengan jelas bahawa Jemaat akan diserang tahun itu di Amerika Utara, dan suatu cubaan untuk membinasakan Jemaat akan berlaku. Mereka diberitahu bahawa itulah sebabnya kenapa penting untuk para Koordinator Agung (Umum) terus tinggal dalam panitia (komiti) pemerintahan mereka. Semua anggota pengundi bersetuju sebulat suara dengan ini.

 

Pada Perayaan Pondok Daun, kebanyakan kita menyedari bahawa suatu semangat tidak betul telah memasuki Jemaat, dan terdapat semangat permusuhan dan persengketaan yang sepatutnya tidak ada dalam Jemaat. Semua yang hadir diingatkan apabila foto diambil bahawa beberapa orang dalam gambar itu tidak lagi akan berada di situ pada Perayaan berikut. Meskipun ada dua amaran yang sungguh jelas ini, orang masih tidak mendengar apa yang dikatakan. Ramai yang kemudaratan dan meninggalkan Jemaat dengan roh memberontak.

 

Urutan ini dirancangkan untuk Paskah namun Tuhan tidak mengizinkannya berlaku sewaktu Paskah. Dia mendesak deklarasinya pada 1 Abib dan menyingkirkan mereka secara keseluruhan setibanya 7 Abib. Jadi, setibanya 1 Abib 29/120, tahun 2006 mereka sudah mengumumkan pemberontakan mereka. Ini merupakan penderhakaan Korah.

 

Justeru, kita perhatikan bahawa permulaan tahun Ketiga belas ialah suatu fungsi pemerintahan dan pemberontakan sama seperti keadaan adanya tiga belas suku, dan Lewi ialah elemen ketiga belas yang membentuk keimamatan. Kita membentuk fungsi keimamatan itu dalam struktur pemerintahan yang sama. Itulah sebabnya, tahun ini, pemberontakan di dalam Jemaat di Amerika Utara bermula pada 1 Abib dan selesai pada 7 Abib. Tuhan tidak akan mengizinkan Paskah tercemar lebih lanjut kerana pemberontakan ini.

 

1 Abib bukan saja hari Pertama pengudusan tahun 2006 iaitu tahun ke 29 Yobel ke 120. Ia memulakan pengudusan Bait Tuhan untuk Zaman Akhir. Ia memulakan tempoh dua puluh satu hari itu berdasarkan prinsip setahun untuk sehari. Dua puluh satu hari ini sampai kepada 2012, 2019 dan 2026, iaitu tahun Sabat sebelum Yobel. Yobel ditiup pada hari Pendamaian tahun itu dan dari Pendamaian ke Pendamaian.

 

Kini kita berada dalam proses pengudusan Bait yang membawa kepada Paskah tahun ke 14 sistem ini, iaitu 2019. Yesus Kristus akan berada di sini dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2019. Sepanjang waktu itu Kristus akan mengambil alih Dunia dan Menguduskan Bangsa-bangsa sebagai sebahagian daripada sistem milenium itu dan seluruh sistem itu akan ditaubatkan dan dibaptiskan secara berurutan dan teratur.

 

Proses perkembangan ini memerlukan dua benda untuk terjadi, pemualafan Yehuda dan pemualafan Islam, melalui dua suku. Kemudian, suku-suku akan berjumlah dua belas dan dua belas, jumlahnya dua puluh empat, iaitu keimamatan kerajaan Tuhan. Urutan ini harus terjadi dan itulah sebabnya iblis setan telah menghabiskan begitu banyak masa dalam usaha untuk menghancurkan Jemaat yang mengenali dan menangani isu itu, dan dalam tahun akhir ini, agar perkara ini tidak berlaku. Ini adalah kerana kita satu-satunya jemaat yang telah memulihkan doktrin-doktrin dengan betul agar kita dapat berdialog dengan kedua-dua Yehuda dan Islam. Tiadalah jemaat yang boleh berbicara dengan mereka.

 

Doktrin-doktrin Jemaat-jemaat Tuhan dalam Abad Kedua puluh

 

Daripada Jemaat-jemaat Tuhan yang mampu berhasil dalam Abad Kedua puluh, Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) tidak efektif dalam teologi mereka dan kemudiannya merosakkan doktrin-doktrin mereka dalam Binitarianisme.

 

Dalam pemulihannya dalam era itu, atau sistem “Sardis”, doktrin-doktrin Herbert Armstrong begitu tidak mencukupi sekali. Teologinya bersifat diteis, dan kita tidak boleh mendekati Islam dengan berbicarakan dua tuhan. Dalam kajian-kajian kami tentang Quran pada Surah-surah 30, 31, 32 dan 33, kami melihat penekanan pada Allah yang Maha Esa serta kebangkitan orang mati. Sistem Jemaat Tuhan Abad Kedua puluh tidakpun mempunyai kemampuan untuk berbicara, secara seimbang, dengan seperempat daripada planet ini. Tuhan tidak dapat menggunakan mereka. Itulah sebabnya mereka tidak diizinkan melakukan tugas itu.

 

Mereka adalah diteis. Mereka menjadi diteis untuk cuba mendapatkan wang dalam Amerika Syarikat daripada sistem Trinitarian Protestan. Mereka memerlukan diteisme untuk itu, fikir mereka. Jadi mereka menjual doktrin-doktrin Jemaat untuk mendapatkan wang Amerika Protestan. Ironi keadaan ini adalah bahawa kerabat Diraja Saudi Arabia dilaporkan kini memiliki 1/7 daripada Amerika Syarikat. China juga memiliki jumlah sangat besar.

 

Apa yang berlaku adalah orang-orang ini akan dicapai oleh doktrin-doktrin alkitabiah yang betul. Kita akan mengeluarkan khabar lengkap itu dan menghubungkannya kepada Quran selama tujuh tahun berikutnya. Itulah sebabnya kenapa cubaan dibuat bukan saja untuk membinasa Jemaat tetapi para penulis dan pemimpinnya.

 

Pengudusan

 

Pengudusan Orang yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak Sedar pada hari Ketujuh atau 2012, tahun Ketujuh, berdasarkan setahun untuk sehari, dan tahun Sabat, ialah urutan yang sangat penting.

 

Kita menjangka akan melihat Dua Saksi itu (lihat karya Saksi-saksi (No. 135)) dalam tempoh ini. Dari Paskah 2012 hingga Hari Sangkakala 2015 akan menyaksikan tempoh 1263.5 hari. Menurut dasar setahun untuk sehari, 10 Abib diwakili oleh tahun 2015. Kristus melakukan kemasukan kemenangannya ke dalam Yerusalem pada 10 Abib, sebagai pengkhususan anak domba. Jadi kita menjangka akan menyaksikan kematian saksi-saksi itu dan kedatangan Kristus pada 2015 dengan tempoh konsolidasi sehingga 2019.

 

Tugas Jemaat adalah untuk bersedia pada 2012. Kita harus sudah menyebarkan injil itu kepada semua bangsa menjelang tahun Sabat 2012.

 

Dua saksi itu kemudiannya akan melakukan tugas mereka dan berurusan dengan planet ini. Kita tahu bahawa dalam waktu 1263 ½ hari daripada kali pertama mereka menjejaki gunung itu Kristus akan sampai di sini. Tiada orang yang mengetahui hari atau jamnya namun kita tahu, apabila saksi-saksi itu sudah datang, bahawa terdapat 1263 ½ hari sebelum Kristus. Kita berharap bahawa 2015 (sebagai tahun Kesepuluh urutan itu) mewakili kemasukan kemenangan Kristus ke dalam Yerusalem, apabila dia masuk di bawah dahan-dahan palma (daun palem) dengan menaiki keldai muda. Pada hari ini anak domba dikhususkan untuk Paskah. Tentang kedatangan Kristus yang mengikut urutan dan menurut nubuatan, kita harus mengandaikan bahawa Tuhan akan mengikut kalendarNya sendiri seperti mana yang sudah dilakukanNya dari dulu. Dia mengikut sistem keselamatanNya sendiri.

 

Kita taat mengikuti dan memelihara pengetahuan tentang segala hal ini yang mewakili Rencana Keselamatan. Kita telah memelihara Perayaan serta Hari Raya sebagai sebahagian daripada kalendar Tuhan, dan terus berbuat begitu selama 6,000 tahun sudah. Rencana Keselamatan terbentang mengikut kalendarNya. Kita tahu Dia tidak akan mengabaikan ini dalam tiga puluh tahun terakhir. Kita melihat semua ini terbentang sehingga Yobel 2027. Kita menjangka bahawa Kristus akan menguruskan seluruh dunia dari 2019 hingga 2027, dan kita semua akan memperolehi pusaka kita menjelang 2028.

 

Urutan perkembanagan Jemaat tahun ke 13 ini seterusnya membawa kita kepada tahun ke 15 sebagai tahun rahmat tiga kali ganda. Pada tahun itu, tahun ke 3 kitaran Sabat ini, kita menjangkakan hal-hal yang lebih besar. Ada perkara yang akan bertumbuh dan berkembang. Serangan-serangan ke atas Jemaat dan para pemimpinnya akan bertambah. Kita perlu membiasakan diri kita kepada serangan-serangan ke atas kita semua ini.

 

Kita harus pastikan kita sampai 2012 dengan semua doktrin kita terpelihara dan bersama semua orang yang sama pemikiran. Jika saksi-saksi itu ada di situ untuk membaca hukum pada 2012 seperti mana yang kita fikirkan dan harapkan, maka kita boleh menyerahkan semuanya kepada mereka dan melakukan apa yang diminta untuk menyokong.

 

Inilah persediaannya ke arah Perayaan Roti Tidak Beragi. Ingat ketika Yosua berbicara dengan Kristus, mereka memasuki Israel di Gilgal dan menyunatkan seluruh Israel sebelum Paskah. Ini waktu penyunatan. Saksi-saksi itu akan menguruskan urutan ini antara 2012 dan 2015 dan kemudian dari 2015 hingga 2019 adalah persiapan di bawah Mesias.

 

Perayaan Roti Tidak Beragi adalah pengurangan bangsa-bangsa. Lihat urutan tujuh hari di sekeliling Yerikho (lihat karya Kejatuhan Yerikho (No. 142)). Pada hari Ketujuh seluruh sistem itu runtuh pada akhir Perayaan Roti Tidak Beragi. Hari Raya Terakhir Roti Tidak Beragi itu ialah 2026, iaitu tahun Sabat pada akhir Yobel ke 120.

 

Saksi Kedua

 

“Saksi kedua” kepada urutan ini ditemui dalam bulan Ketujuh.

 

Sebanyak 21 hari juga terbabit dalam urutan ini. Ini dengan sendirinya mengulangi kedatangan Mesias sebagai Mesias Imam Kedatangan pertama dan Mesias Raja Kedatangan kedua. Aspek-aspek ini dibincangkan dalam karya Pendamaian (No. 138) dan Azazel dan Pendamaian (No. 214).

 

Hari Sangkakala memaklumkan permulaan waktu Kedatangan.

 

Kemudian terdapat sepuluh hari sebelum Hari Pendamaian, iaitu waktu Pendamaian planet ini kepada Tuhan. Empat hari berikutnya membawa kita kepada permulaan Perayaan Pondok Daun.

 

Urutan ini mengikut tempoh empat belas hari yang sama tetapi dengan erti berlainan.

 

Hakikat Kristus berdiam bersama kita menunjukkan bahawa terdapat suatu konflik yang berjalan pada waktu ini dan Jemaat telahpun dibawa kepada Kristus daripada Hari Pendamaian, dan dari situ seluruh dunia ditundukkan. Bagaimanapun, umat pilihan sudah menjadi elohim sebagai sebahagian daripada Kebangkitan Pertama. Justeru, dari hari Kesepuluh urutan ini, atau 2015, tidak mungkin lagi ada kemasukan ke dalam Kebangkitan Pertama. Oleh itu, untuk sisa rangkawaktu itu sehingga tahun 2027, dan seterusnya sehingga 3027, seluruh umat manusia terserah kepada Kebangkitan Kedua.

 

Apabila kedua-dua saksi itu dibunuh dan mayat mereka terbiar atas jalan, orang-orang akan bergembira dan tidak menguburkan mereka, kerana mereka akan tahu bahawa ujian keimamatan mereka adalah di dalam kebangkitan dan pemulihan mereka kepada Kristus.

 

Mereka akan mengajar menentang struktur agama Kristian umum, dan menentang Islam moden, serta melawan sistem Dunia Baru. Mereka akan memarahi planet ini dan menanganinya. Apabila mereka akhirnya diizinkan ditewaskan, sebagaimana semua orang akan mati, mereka akan terbiar selama tiga setengah hari dan kemudian mereka akan bangkit daripada mati di depan semua orang. Rangkawaktunya menunjukkan terdapat satu kebangkitan untuk semua, dan sebab itu kita mengandaikan mereka yang mati dalam Kristus akan bangkit pada waktu ini. Kemudian kita yang masih hidup yang tinggal akan menyertai mereka dan kita akan diubah menjadi Elohim. Inilah Kebangkitan Pertama. Kita akan pergi ke Yerusalem dan bersama Tuhan selamanya.

 

Apabila sampai waktu itu semuanya sudah terlalu lewat dan ramai orang akan menangis kerana tiada lagi yang dapat mereka lakukan untuk memperolehi semula kedudukan mereka atau membalikkan waktu. Mereka sudah menolak peluang mereka dan tidak akan mempunyai peluang lagi selama 1007 tahun. Kemudian mereka akan menghabiskan waktu dalam khemah latihan paling sukar sekali.

 

Tempoh dari 2015 hingga 2027 akan menyaksikan pemulihan Israel serta pengudusan dan pemualafan berurutan dunia ini selebihnya. Perayaan Pondok Daun menggambarkan kenyataan keselamatan Umat Pilihan yang akan terpelihara daripada hari kebinasaan seperti yang dijanjikan Tuhan melalui Wahyu. Perayaan Roti Tidak Beragi menggambarkan pembuangan dosa daripada dunia serta pengurangan bangsa-bangsa lain yang bermusuh dengan Tuhan, yang berkebetulan dengan Perayaan Umat Pilihan pada Pondok Daun, yang merupakan tempoh waktu yang sama pada Zaman Akhir.

 

Hari Keempat belas Abib mewakili waktu terakhir yang mungkin untuk pertaubatan Yehuda dan penyunatannya di Gilgal, dan keselamatan bangsa-bangsa lain seperti yang digambarkan oleh Rahab dan tali benang kirmizi di jendela di tembok Yerikho. Sama ada ini keselamatan fizikal atau rohaniah sukar dipastikan. Kelambatan Kebangkitan Pertama untuk mengizinkan orang lain bertaubat pada Zaman Akhir memang nampak kurang mungkin.

 

Waktu dan keadaannya tiada di situ. Nampaknya kita menyaksikan pertaubatan fizikal Yehuda agar mereka dapat diasaskan di Tanah Suci menjelang 2019. Daripada Pembacaan Hukum 2019 itu, bangsa-bangsa akan diruntuhkan dan dibinasakan dalam cawan-cawan kemurkaan Tuhan (lihat karya Tujuh Meterai (No. 140) dan Tujuh Sangkakala (No. 141)).

 

Hari Raya dan Perayaan bulan Tujuh mencerminkan 21 hari dalam bulan Pertama, namun semuanya juga membawa simbolismenya ke dalam sistem milenium dan dengan itu mempunyai penerapan berganda. Hari Pertama bulan Tujuh juga boleh menandakan kedatangan Mesias yang dimaklumkan oleh Sangkakala Kepala Malaikat. Pendamaian planet berlaku pada Hari Kesepuluh, iaitu sepuluh hari selepas ketibaannya pada 2015. Milenium ditiupkan pada Pendamaian 2026 dan terus ke Pendamaian 2027.

 

Sistem milenium kemudiannya menyusuli dari 2028 dan Hari Besar Terakhir menyusuli Milenium sebagai Kebangkitan Kedua Orang Mati dari 3028. Itulah gambaran tahunan lazim bagi urutan Kerajaan Tuhan dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Bagaimanapun, seperti yang kita lihat urutan ini juga mengesahkan Dua puluh satu hari dalam bulan Pertama, dan mempunyai penerapan berganda Dua puluh satu tahun terakhir dalam urutan Zaman Akhir.

 

Itulah pengertian kami tentang apa yang berada di hadapan kita selama 21 tahun berikutnya. Tugas kita adalah untuk memastikan kita tidak kehilangan sesiapapun kerana kelakuan bodoh kita sendiri. Proses menghubungkan semula Quran kepada Alkitab ialah tugas yang sangat penting dan sebahagian daripada kesaksian kepada Islam, yang seperempat daripada planet ini. Kami tidak dapat lagi menekankan betapa pentingnya tugas itu.

 

Tuhan tidak melakukan apa-apa melainkan Dia mengingatkan orang-orang itu melalui hamba-hambaNya para nabi, iaitu Jemaat Tuhan.

 

q