Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[083]

 

 

 

 

Quran Tentang Alkitab, Hukum Taurat dan

Perjanjian Tuhan

(Edisi 1.1 20040828-20041122)

 

Quran mempunyai pekhabaran sangat khusus tentang Alkitab atau Kitab Suci serta Hukum Taurat dan Perjanjian Tuhan. Quran mengesahkan pekhabaran Alkitab serta Hukum dan Kesaksian serta Perjanjian Tuhan. Tiada seorangpun yang mungkin memanggil dirinya Muslim tanpa mentaati Kitab Suci dan Hukum Tuhan dalam baptisan dan badan Jemaat Allah.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2004 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Quran Tentang Alkitab, Hukum Taurat dan

Perjanjian Tuhan



Kita telah lihat bahawa Kristus adalah watak utama Quran selaku Bintang Fajar. Torah (Taurat) serta Hukum Tuhan telah disampaikan kepada Kaum Bapa dan kepada Musa dan kepada Kristus, seperti yang kita lihat dari Surah, Mereka yang menentukan Pangkat. Dalam Surah 61:5-6, Musa dan Kristus khususnya ditunjukkan sebagai dua nabi besar Tuhan. Mula-mula sekali, Musa telah diamanahkan dengan Hukum Tuhan dan umat itu tidak mahu mendengar. Kristus telah diutus untuk mengesahkan semua yang telah dinyatakan sebelumnya dalam Taurat dan merujuk kepada orang terpuji, Ahmad, yang bermakna: "Orang Terpuji". Ini adalah penghibur yang disebutkan dalam Perjanjian Baru, iaitu Roh Kudus, namun Hadis mendakwa bahawa ia adalah nama nabi di Arabia. Seseorang akan melihat pandangan ini dinyatakan dalam banyak terjemahan Quran dan nama Ahmad lazimnya sekadar ditransliterasi. Bagaimanapun, Surah 5 mengenalpasti Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan dalam persoalan dalam 5:110, yang juga merupakan cara dengan mana dia mendapat pengajaran.

 

Kristus telah dikenalpasti sebagai sumber Wahyu dan pemahamannya. Di dalamnya telah dinyatakan Torah atau Taurat, serta Kitab-kitab Injil atau Injeel. Banyak dari teks-teks ini dibiarkan tanpa diterjemah, atau ditransliterasi, bukan untuk memudahkan pemahaman, tetapi untuk memastikan umat Muslim tidak memahaminya dan dengan itu benar-benar bertaubat. Tidak ada bezanya antara Kekristianan moden dan Para Imam. Matlamat mereka adalah untuk memastikan perpecahan dan kuasa politik. Melalui kekeliruan, mereka memastikan tiada seorangpun faham dan menjadi bebas. Mereka mengaburkan hukum Tuhan, dan iman dan pekhabaran Kristus dikaburkan, atau tidak dijelaskan. Surah 5 menunjukkan bahawa perbuatan mereka sia-sia saja sehinggalah mereka mengikut hukum Tuhan dan kitab-kitab injil, namun tulisan-tulisan inilah yang dinafikan oleh sarjana-sarjana Hadis yang keras kepala dan tidak mahu mentaatinya.

 

Quran mengisytihar Kristus sebagai Hakim dan dia menghakimi mengikut Hukum Tuhan.

 

[5.43] Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

 

Semua nabi dan hakim umat Tuhan adalah para penjaga firman Tuhan yang diwahyukan, dan mereka berbicara mengikut hukum dan kesaksian Tuhan (rujuk Yesaya 8:20).

 

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

 

Demikianlah juga Injil Kerajaan Tuhan yang dinyatakan oleh Kristus telah ditambah kepada Hukum Tuhan, yang dijelaskannya. Ini adalah asas intelektual Quran itu sendiri.

 

[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

 

[5.66] Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

 

Tiada seorangpun yang mungkin menganggotai iman itu, iaitu Jemaat Allah, iaitu Islam Tuhan yang sejati, sehinggalah mereka mengikut Hukum dan kesaksian itu.

 

[5.68] Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran) Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

 

Sifat dasar Hukum dan Kesaksian sebenarnya mendorong mereka yang tidak taat untuk membantah melawan teks-teks ini dan malah bertambah dalam keberlebihan dan ketidakpercayaan seperti yang kita saksikan dalam aliran umum Judaisme, Kekristianan dan Islam.

 

Tiada seorangpun yang boleh menganuti keimanan Islam tanpa Roh Kudus.

 

[5.110] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.

 

Roh Kudus hanya boleh didapati melalui pembaptisan, yang dikatakan Quran berasal terus dari Tuhan.

 

Quran dan Pembaptisan Allah

 

Lembu

 

[2.138] Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

 

Quran Suci, yang diterjemahkan oleh M.H. Shakir dan diterbitkan oleh Tahrike Tarsile Qur'an, Inc., pada tahun 1983.

 

Beberapa terjemahan lain disenaraikan di bawah:

 

Pickthal: (Kami memperolehi) warna kami dari Allah, dan siapa lagi yang lebih baik dari Allah dalam mewarnakan. Kami adalah penyembah-penyembahNya.

Darabadi: Milik kami adalah warna Allah! Dan siapa lebih baik dalam mewarnakan dari Allah! Dan kami adalah penyembah-penyembahNya.

Mohammed Asad: [Katakan: “Hidup kami mendapat] warnanya dari Tuhan! Dan siapa lagi yang dapat memberikan corak warna [kepada kehidupan] yang lebih baik dari Tuhan, jika kita benar-benar menyembahNya?”

Yusufali: (Agama kita adalah) Warna Allah; dan siapa lagi yang dapat mewarnakan lebih baik dari Allah? Dan Dialah yang kami sembah.

 

Komen: Sibghah ص ب غ: makna kata akarnya menggambarkan satu pewarna atau warna; nampaknya umat Kristian berbangsa Arab mencampurkan pewarna atau warna di dalam air baptisan, menandakan bahawa orang yang dibaptis mendapat warna baru dalam hidup. Yusuf Ali.

 

Perkataan "Sibghatun" bermakna pewarna, warna, corak warna (n). Maka, kata-kata yang boleh diterbitkan dari huruf-huruf akarnya bermakna: mewarna, membaptis, mencelup, membenam, mencorak, mengambil sifat, cara, dewasa, kod hukum, agama.

 

Dalam Ayat 138 dari Surah Al-Baqarah Quran, sifat-sifat Allah dan Kod HukumNya dipanggil Sibghah Allah.

 

Perkataan صِبْغَةَ telah dimasukkan dalam Ayat ini kononnya sebagai satu petunjuk kepada umat Kristian bahawa "baptisan" air tidak membawa sebarang perubahan kepada seseorang.

 

Ia adalah Tahkalluq bi Akhlaq Allaah, iaitu bahawa penerimaan sifat-sifat Allah, serta prinsip-prinsip luas keimanan, membawakan perubahan sebenar dalam pemikiran dan perwatakan. Melalui "baptisan" inilah, yang secara berkesannya adalah pengubahan Roh Kudus, kelahiran baru terjadi. Kadangkala mengikut penggunaannya dalam bahasa Arab apabila ingin sekali mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu, maka kata kerja ini diabaikan, contohnya dalam 2:138 dan hanya objek sahaja yang disebut. Oleh itu, dalam terjemahan Ayat tersebut, seorang mesti menambah kata kerja seperti Khudhu iaitu mengambil, atau menyesuaikan (Shahid Bin Waheed).

 

Dari komen-komen di atas kita dapat lihat bahawa ada orang yang memahami perubahan watak dari pertaubatan. Kesan baptisan adalah dari penerimaan Roh Tuhan selanjutnya.

 

Dari konteks di bawah, semua orang patut melihat bahawa baptisan adalah sebahagian dari iman sebenar yang pernah disampaikan dan yang masih lagi dipelihara oleh umat percaya.

 

[2.136] Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".

 

Demikianlah, adanya iman yang pernah diperturunkan dan iman itu telah diberikan kepada kaum bapa. Tiada seorangpun yang dapat menghindari dari melakukan apa yang diwajibkan oleh keimanan itu.

 

[2.137] Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

Quran menyuruh agar umat percaya bertaubat dan dibaptiskan. Sesiapa yang mengajar lain dari ini adalah seorang yang tidak percaya. Hadis moden mengajar bahawa pembaptisan tidak diperlukan, dan menggunakan teks itu untuk menggambarkan bahawa Allah yang membaptis dan bukannya sebarang baptisan fizikal yang diperlukan, iaitu betul-betul bertentangan dengan tujuan Quran dan Alkitab. Pembaptisan adalah keperluan kunci umat pilihan untuk mencapai kebangkitan pertama. Mereka yang mengajar selain daripadanya, sendirinya tidak mencapai Kerajaan Tuhan dan Taman Kebangkitan Pertama, dan menghalang semua yang mendengar mereka dari berbuat begitu.

 

[2.138] Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

 

[2.139] Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati,

 

[2.140] ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak

cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: "Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah

Allah, dan siapakah yang lebih lalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?"

Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. M.H. Shakir

 

Islam Berhadis telah menutup kesaksian ini berkenaan baptisan Allah, yang harus diterima oleh pemelihara perjanjian yang baru bertaubat yang dahulunya berdosa.

 

Tiada seorangpun yang boleh mentaubatkan dan membaptiskan lebih baik daripada Allah, jadi tunduklah kepada Dia.

 

Oleh sebab agama yang digelar "Islam" tidak mempelajari Hukum dan Kesaksian seperti yang diarahkan, pemahaman mengenai ciri-ciri penting pembaptisan serta keperluannya telah hilang. Malah mereka mendakwa bahawa Alkitab, yang boleh didapati sehingga dan pada tahun 632 TM oleh nabi dan keimanan itu, telah hilang. Mereka melakukan ini agar mereka dapat mengabaikan Alkitab dan dengan itu merosakkan keimanan itu. Nabi memanggil guru-guru palsu seperti ini, keldai atau baghal yang dibebani kitab-kitab emas. Mereka taat memikulnya namun tidak memahami satupun dari apa yang ditulis di dalamnya.

 

Alkitab yang dibaca oleh nabi pada tahun 632 masih boleh didapati hingga ke hari ini, dan satu iota atau satu titikpun tidak akan berlalu dari Hukum itu. Firman Eloah atau Allah tidak akan kembali dengan kosong, atau dengan sia-sia, seperti mana kita diberitahu.

 

Pembaptisan Eloah adalah satu sakramen yang menjadi teras keimanan dan penyerahan diri ini, dan yang diabaikan Islam.

 

Quran menunjukkan bahawa Hukum dan Kesaksian itu diperlukan dan harus diikuti.

 

Hukum dan injil

 

[2.63] Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertakwa".

 

Hukum juga melanjut kepada hukum-hukum makanan. Apa yang dinyatakan Alkitab sebagai halal, adalah halal untuk semua dalam Islam. Hukum Torah yang ditulis adalah satu-satunya hukum berhubung perkara ini. Hukum-hukum Kashrut Yahudi yang kemudian tidak patut diikuti.

 

[2.168] Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

 

[3.93] Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

 

Ajaran di sini menunjukkan bahawa beberapa dari ajaran-ajaran palsu itu sebenarnya berasal dari Mesir dan bukan hanya di Babilon seperti yang difikirkan sebelumnya. Ini mungkin mempunyai kebenarannya kerana satu tradisi yang bukan alkitabiah masih berterusan di kalangan suku Lemba di Afrika Selatan yang secara genetiknya berketurunan dari orang Yahudi yang terpisah dari Yudea pada masa penawanan Babilon itu.

 

[5.5] Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

 

[5.88] Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

 

Dalam Surah 5 kita lihat hukum-hukum makanan ditekankan beberapa kali.

 

Hukum-hukum makanan disamakan dalam Quran sebagai tugas kepada Tuhan.

 

[5.96] Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.

 

Quran dalam Surah 5:96 memberikan perintah yang ganjil, di mana ianya dibenarkan untuk menangkap ikan dan memakan ikan halal sewaktu membuat lawatan suci, mungkin kerana rangsuman di laut. Bagaimanapun, ianya tidak dibenarkan untuk memburu binatang buruan di darat sewaktu dalam lawatan suci. Tiada sebab yang diberikan untuk larangan ini dalam Quran, namun ia nampaknya berdasarkan hukum dalam Ulangan 14:22-27, yang meminta hasil ladang diberi persepuluhan dan dibawa bersama dalam lawatan suci. Oleh itu, pemburuan binatang buruan sewaktu dalam lawatan suci bererti bahawa ketetapan itu tidak dipelihara. Jika perjalanannya terlalu jauh maka hasil itu seharusnya ditukar kepada wang dan dibawa ke situ, dan makanan dan persembahan sepatutnya dibeli dengan wang yang didapati dari persepuluhan itu. Dengan itu, memburu sewaktu lawatan suci menyatakan bahwa persepuluhan persepuluhan tidak dikumpulkan dan dilaksanakan dengan betul. Maka binatang buruan yang dikumpul dengan cara ini bukan sebahagian dari persembahan-persembahan sebenar Israel atau Islam Tuhan.

 

Larangan-larangan teks Alkitab ini juga dikenakan pada barang-barang yang diperoleh dalam peperangan, namun apa yang haram dan tidak haram tetap sama.

 

Persepuluhan juga dipakaikan kepada barang rampasan perang seperti yang ditunjukkan Abraham ketika dia memberi persepuluhan kepada Melkisedek. Lewi, yang masih dalam dagingnya juga memberi persepuluhan kepada Melkisedek, dan dengan itu menandakan Melkisedek sebagai keimamatan yang lebih besar, juga pusaka Lewi. Begitu jugalah dengan Ismael dan Esau, serta anak-anak Ketura, yang memberi persepuluhan kepada Melkisedek, juga dalam daging Abraham, lantas menandakan mereka dan anak-anak mereka semuanya tunduk kepada Kristus, serta keimamatan Jemaat Allah yang lebih besar.

 

Istilah rasul-nabi (Rasulullah Nabi) yang digunakan dalam Surah 7:157 lazimnya diterjemah sebagai Utusan, nabi sebagai ungkapan yang diulangi. Quran lazim disalahtafsir dan disalahterjemah untuk menyembunyikan maksud saling berkait antara Quran dan Alkitab.

 

Ummi dalam Surah ini ditulis sebagai seorang yang tidak boleh membaca atau menulis (rujuk Pickthall). Bagaimanapun, teks ini adalah "yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil".

 

[7.157] Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

 

Konsep yang disampaikan, adalah tentang utusan Jemaat Allah, yang menjelaskan maksud sebenar Alkitab dan Hukum-hukum Tuhan, menjadikan jelas perbezaan-perbezaan yang dibuat di situ tentang yang halal dan tidak halal.

 

[8.69] Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, aerta bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Penjelasan iman dalam kebenaran adalah penurutan Alkitab, yang dalamnya adalah Kitab-kitab yang mengesahkan apa yang telah ditulis sebelumnya. Maka, Quran harus bersetuju dengan dan menggenapi apa yang ditulis dalam Injil dan Torah yang lebih dahulu, atau jika tidak, pemahamannya menjadi tidak betul. Tiada nabi yang boleh tidak menyetujui hukum itu atau apa yang telah dinyatakan sebelumnya dalam kesaksian. Tiada nabi yang melakukan itu. Pekhabaran sebarang nabi hanya sekadar penjelasan tentang apa yang terjadi sebelumnya, dan wahyu Tuhan tentang apa yang akan berlaku.

 

[5.48] Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

 

Paulus menjelaskan bahawa perpecahan atau bidaah-bidaah dibenarkan di kalangan kita untuk menunjukkan siapa yang mendapat persetujuan Tuhan. Teks ini adalah satu rujukan kepada komen-komen Paulus serta perpecahan-perpecahan yang timbul dari kesilapan dalam iman kerana kegagalan untuk menurut Hukum dan Kesaksian tersebut.

 

Teks dalam Surah 3:50 menerangkan bahawa kesaksian Kristus mengesahkan perkara sebelumnya yang terdapat di dalam Torah.

 

Elemen yang dilarang adalah perluasan keimamatan Melkisedek kepada Jemaat, di mana sebelumnya, dalam Israel, hanya Lewi saja yang boleh melayani. Ia tidak merujuk kepada hukum-hukum makanan.

 

[3.50] Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

Bagaimanapun, dia memang merujuk kepada hukum-hukum makanan dalam Surah 3:93, di mana ianya dipastikan bahawa hukum-hukum makanan Alkitab berlainan dari tradisi-tradisi orang Yahudi, yang ditentukan mereka sendiri, sebagai hasil penentuan-penentuan Israel, malah ada yang sebelum Torah (Taurat) dinyatakan. Maka, dari Quran, Israel difahamkan telah memutuskan semasa di Mesir untuk mengamalkan beberapa larangan yang tidak terkandung dalam Torah. Judaisme mempunyai beberapa larangan yang serupa kepada kumpulan-kumpulan misteri, dan tradisi-tradisi Judaisme terbit dari jenis Mistikisme itu, yang tidak terkandung dalam hukum Tuhan yang disampaikan di Sinai.

 

[3.93] Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

 

Dalam 5:43 kita perhatikan bahawa Hukum Tuhan adalah dasar segala penghakiman dan umat percaya adalah seseorang yang menurut hukum-hukum Tuhan dan kesaksian itu.

 

[5.43] Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

 

Quran berpendirian bahawa para nabi dihakimi oleh Hukum Tuhan.

 

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi;

dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

 

Maka, seorang yang tidak percaya yang tidak berkelakuan, dan tidak menghakimi mengikut apa yang telah dinyatakan dalam Hukum dan Kesaksian itu.

 

[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

 

Kristus telah diutus mengikut langkah-langkah para nabi dan membenarkan semua yang di hadapannya dari Torah. Demikianlah, Quran menghubungkan Kitab-kitab Injil dan Perjanjian Baru kepada Perjanjian Lama dan Hukum Tuhan. Quran jelas ditujukan pada umat Kristian Trinitarian yang menafikan hukum-hukum Tuhan.

 

[5.66] Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

 

Arahan di sini dalam Surah 5:66 adalah terhadap kegagalan iman itu untuk menegakkan Torah serta Injil. Mereka telah gagal mengambil dari atas mereka, iaitu dari arah Tuhan dan dari bawah kaki mereka, iaitu dari antara mereka yang mendakwa diri mereka Kristian; terdapat satu kumpulan sederhana iman ini yang setia kepada iman asal yang mula-mula disampaikan dan diikuti oleh Kristus dan Para Rasul. Kumpulan ini adalah Jemaat Allah yang sejati.

 

Quran selanjutnya mengucapkan kepada mereka yang mendakwa mereka mengikut iman itu:

 

[5.68] Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran) Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

 

Di sini Quran menegaskan bahawa sesiapa yang mengaku iman ini harus memelihara Hukum dan Kesaksian itu. Namun begitu, Hukum dan Kesaksian inilah yang telah ditolak oleh mereka yang mendakwa diri mereka dalam iman ini, atau ingin menyesuaikannya kepada amalan pagan, seperti yang dilakukan golongan Trinitarian. Ramai yang tumbuh dalam ketidakpercayaan kerana mereka menolak perintah-perintah Hukum dan Kesaksian itu. Pada asalnya ini ditujukan ke arah Kekristianan palsu, tetapi kini juga membabitkan Islam Berhadis, kerana mereka sama sekali tidak mengikut Hukum Taurat dan Kesaksian itu seperti yang diarahkan oleh Quran. Tambahan lagi, hukum taurat dan Kesaksian itu bukan sekadar Taurat (Torah) dan Injeel atau Injil, yang dilihat sebagai istilah-istilah umum. Tulisan dan Hikmat Pengetahuan disertakan dengan Torah dan Injil dalam teks Surah 5:110 yang berikut:

 

[5.110] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.

 

Ingat juga 7:157 di atas, yang menyuruh penurutan Hukum Taurat dan Kesaksian. Quran mengikat iman ini pada pengikut-pengikut Eloah, Allah Maha Esa. Allah yang Maha Esa Eloah, Kuasa atau Lah, telah membeli semua orang percaya untuk tujuan satu-satunya untuk mencapai hidup kekal dalam Kebangkitan itu, yang disebutkan sebagai Taman Firdaus. Kita tahu bahawa terdapat dua Taman Firdaus, dan ini adalah dua kebangkitan orang mati (lihat karya Kristus dan Quran (No. 163)).

 

[9.111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

 

Susunan katanya di sini adalah tentang Muhammad, namun apa yang mungkin diperkatakan di sini adalah Jemaat dan bukannya nabi itu. Surah Al Hujarat (Al-Hujuraat) mendapat namanya dari ayat 4, Bilik-bilik Persendirian dari mana orang yang tidak mengerti memanggil mereka yang beriman.

 

Surah ini jelas ditujukan pada Jemaat dan istilah “Muhammad” itu ditujukan pada satu badan dan bukannya seorang lelaki. Para penterjemah kemudiannya menambahkan nama Muhammad kepada berbagai tempat lain. Penggunaan nama Muhammad lazimnya nampak seperti satu istilah umum dan merujuk kepada satu badan, yang hanya mungkin adalah Jemaat Allah.

 

[48.29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanam yang (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

 

Tanda-tanda pada dahi lazimnya dilihat di antara mereka yang mengaku iman itu sebagai lencana kealiman mereka. Mereka mencapai ini dengan mengikis dahi-dahi mereka pada tanah ketika menyembah meniarap dan berdoa, yang mereka lakukan dengan berulang-kali seperti orang-orang kafir.

 

Pada Surah 61:6 kita lihat bahawa Kristus diisytiharkan sebagai rasul Tuhan. Khabar baik Ahmed adalah “Penghibur” yang telah diutus kepada Jemaat. Roh Kudus muncul menyampaikan kuasa Tuhan selaku utusan atau penghibur Jemaat pada Pentakosta 30 TM, namun kuasanya telah ditolak atau diejek oleh ramai orang. Teks ini merujuk kepada bahagian dalam Kisah Bab 2. Hadis telah sengaja menutup pemahaman ini.

 

[61.6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata!

 

Kepercayaan iman ini diterangkan sebagai dijadikan jelas kepada setiap seorang dari umat pilihan sebelum kematian mereka. Kristus sendiri dikatakan adalah saksi terhadap semua orang yang mengaku dari iman ini, namun tidak menurut firman Tuhan.

 

[4.159] Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

 

Demikianlah, mereka yang dipanggil dalam Jemaat Allah telah didedahkan kepada iman itu ketika dipanggil, dan dipimpin kepada pemahaman yang betul sebelum kematian mereka.

 

Quran dan Perjanjian Tuhan

 

Perjanjian Tuhan terikat kepada Quran dan keimanan. Oleh itu, tiada seorangpun yang mungkin berada dalam iman itu yang menolak Perjanjian itu, atau cuba bertindak bertentangan kepadanya.

 

[2.27] (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

 

Perjanjian Tuhan dikenalpasti sebagai telah dibuat oleh Bani Israel dengan Tuhan.

 

[2.40] Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

 

Perjanjian Tuhan telah dibuat melalui para nabi. Para nabi yang berbicara mengikut Hukum Taurat dan Kesaksian harus dibantu. Mereka membenarkan perjanjian mereka dan nabi itu kemudiannya menjadi saksi terhadap mereka.

 

[3.81] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.

 

Perjanjian Tuhan menyatukan badan yang memeluknya. Ini adalah Jemaat Allah, iaitu Al Islam atau Penyerahan kepada Tuhan.

 

[3.103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali [perjanjian] Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

 

Umat percaya telah ditebus dari kematian dan diberi peluang keselamatan. Perjanjian itu telah dibuat dengan Israel dan kemudiannya dengan Jemaat, tetapi ramai orang yang menolaknya. Jemaat telah menolak Perjanjian Tuhan demi keuntungan wang dan menjadi Jemaat palsu dalam sidang-sidang Abad Keempat, serta membawa masuk sistem-sistem keberhalaan demi kuasa sementara.

 

[3.187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

 

Demikianlah, pekhabaran Islam adalah kepada Kekristianan Trinitarian untuk kembali kepada iman yang mula-mula disampaikan.

 

[5.15] Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

 

Quran khususnya dinyatakan sebagai komentar dan pengesahan kepada Hukum Taurat dan Kesaksian  yang merupakan Kitab Suci sebelumnya. Quran tidak boleh berbeza atau bercanggahan dengan Kitab Suci, dan ia mengisytiharkan bahawa ia tidak berbuat begitu, dalam badan teks itu. Oleh sebab itu, kebanyakan tafsiran Islam yang moden oleh para sarjana Berhadis adalah tidak betul, dan mereka sendiri jatuh di luar sempadan-sempadan iman ini, kerana mereka tidak memelihara, atau berbicara sesuai dengan Hukum Taurat dan Kesaksian itu (Yesaya 8:20).

 

[5.48] Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

 

 

q