Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[085]

 

 

 

 

Dasar Kehidupan Kristian

(Edisi 3.0 19941231-20060920)

 

Karya ini menunjukkan pandangan alkitabiah bahawa hukum sepuluh adalah dasar kehidupan Kristian. Ini kemudiannya dibincangkan. Ia membawa kepada karya-karya lain dalam siri Rahmat-Hukum.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã1994, 2000, 2006 Wade Cox)

(Tr. 2005, 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Dasar Kehidupan Kristian

 

 


Dasar kehidupan Kristian membabitkan pemahaman kelakuan yang betul dan asas hukum taurat serta pengetahuan Allah yang Maha Esa. Ianya perlu untuk kita menghasilkan pemahaman ini agar kita dapat membangunkan semua dasar kita yang lain bagi kedudukan-kedudukan kedoktrinan selanjutnya, pada dasar yang kukuh. Melainkan kamu mempunyai dasar yang betul, kamu tidak akan faham bagaimana kamu harus hidup sebagai seorang Kristian. Sebabnya kenapa dunia ini berada dalam keadaan yang buruk adalah kerana keimanan Kristian dibangunkan pada dasar pasir. Ia tidak memahami apapun tentang Hukum Tuhan.

 

Asas kehidupan Kristian didefinisikan oleh Kristus, dalam struktur hukum taurat seperti yang diberikan di Sinai. Kristus telah memberikan kita dasar kehidupan Kristian apabila dia berbicara kepada Musa sebagai Malaikat Hadirat (atau Malaikat Perjanjian) dan memberinya hukum taurat itu di Sinai. Dia telah menyenaraikan asas untuk kehidupan yang kemudiannya dijalaninya sebagai Mesias, apabila dia menjadi seorang manusia. Pemeliharaan perintah-perintah itu merupakan syarat kepada hidup kekal (Matius 19:17).

 

Matius 19:17  Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah."

 

Jemaat bertanggungjawab terhadap pemeliharaan hukum sepuluh seperti yang didapati dalam Keluaran 20:1-17 dan Ulangan 5:6-21.

 

Asas ajaran jemaat seharusnya bukan hanya hukum sepuluh, tetapi sebaliknya hukum dan kesaksian. Jika guru atau pemimpin jemaat tidak berbicara sesuai dengan hukum dan kesaksian itu, tiada terang di dalam mereka.

 

Yesaya 8:20 "Carilah pengajaran dan kesaksian!" Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar.

 

Pusat hukum taurat dan kesaksian adalah hukum sepuluh. Sepuluh perintah ini membentuk dasar dan teras pusat ajaran-ajaran yang diperturunkan dalam taurat dan dalam kitab para nabi. Semua nabi membawa taurat, hukum sepuluh, kepada tahap pemahaman mereka seterusnya. Para nabi menerangkan hukum itu dari segi maksud rohaninya. Perintah-perintah itu seharusnya diajar oleh semua ibubapa kepada anak-anak mereka secara berterusan. Para nabi menjelaskan hukum agar para ibubapa dapat mengajar anak-anak mereka maksud serta pemahaman rohaninya. Kita diberikan Alkitab dan tulisan-tulisan itu agar kita dapat memelihara hukum Tuhan dengan lebih sempurna lagi dan mengajar anak-anak kita dengan lebih sempurna untuk berjalan dalam jalan Tuhan dan untuk memenangi dan melihat dosa-dosa serta kelemahan kita sendiri. Semua kita dipanggil keluar daripada dosa.

 

Hukum-hukum yang diajar ini menjadi tanda pada tangan, menandakan benda-benda yang kamu lakukan dan pada dahi, menandakan cara pemikiran serta pemahaman emosi kamu, dan diletakkan pada tiang-tiang pintu rumah untuk mengatur seisi rumah itu (Ulangan 7:7-9).

 

Kehidupan Kristian didasarkan pada Hukum. Kasih sesama sendiri ialah bahagian yang perlu dalam proses perubahan dan menyusuli aspek utama iaitu kasih Tuhan. Jika kita tidak mengasihi sesama sendiri yang kita lihat, bagaimanakah kita boleh mengasihi Tuhan yang tidak kita lihat? Jika kita tiada kasih, kita tidak mengenal Tuhan. Umat Kristian diperintah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama sendiri sebagaimana mereka mengasihi diri mereka.

 

Kasih Kristian

 

Sifat Tuhan boleh diringkaskan dengan perkataan kasih. KasihNya ialah keprihatinan yang berlimpahan untuk yang lain: ia jalan memberi, berkongsi, membantu dan melayani.

 

1Yohanes 4:16 Kita telah mengenal dan telah percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah adalah kasih, dan barangsiapa tetap berada di dalam kasih, ia tetap berada di dalam Allah dan Allah di dalam dia. (RSV)

 

Hukum Tuhan ialah jalan kasih Tuhan. Yesus Kristus meringkaskan Hukum Tuhan dalam Matius 22:34-40. Itulah seluruh struktur pekabaran Tuhan dan injil Kerajaan Tuhan dalam intisarinya. Tujuan keseluruhan misi Kristus adalah supaya dunia tidak dihukum, dan sebaliknya dapat diselamatkan.

 

Yohanes 3:14-17 Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan,  15 supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya beroleh hidup yang kekal.  16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.  17 Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.

 

Struktur kasih Tuhan adalah ayat yang sangat penting. Tentang hal pembinasaan umat manusia, dan berhubungan dengan tuduhan bahawa dia bertindak mengikut perintah Iblis, Kristus mempunyai satu pernyataan dalam Markus 3:27,

 

Markus 3:27-29 Tetapi tidak seorangpun dapat memasuki rumah seorang yang kuat untuk merampas harta bendanya apabila tidak diikatnya dahulu orang kuat itu. Sesudah itu barulah dapat ia merampok rumah itu. 28 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya semua dosa dan hujat anak-anak manusia akan diampuni, ya, semua hujat yang mereka ucapkan. 29 Tetapi apabila seorang menghujat Roh Kudus, ia tidak mendapat ampun selama-lamanya, melainkan bersalah karena berbuat dosa kekal. (KJV)

 

Penghujatan dalam hal ini adalah terhadap Roh Suci. Tuhan telah memilih untuk memanggil sekumpulan orang. Ramai orang lain yang dipanggil ke dalam Jemaat adalah tertakhluk kepada Jemaat, namun mereka bukan sebahagian daripada kependetaan Tuhan di dalam Jemaat. Kristus menyatakan bahawa secara asasnya dosa-dosa manusia – iaitu segala dosa – akan diampuni.

 

1 Korintus bab 13 digambarkan sebagai bab kasih.  Ia memberi pandangan kepada kewajipan kita sesama manusia. Tuhan mengutus Kristus kerana Dia mengasihi dunia ini, dalam mana sebagai Bapa Dia bertanggungjawab ke atas semua ciptaan. Ini bukan soal Tuhan memandang muka dari segi kasih, dan kemampuan kita untuk mengasihi sesama sendiri. Kita harus memahami bagaimana untuk menghubungkan diri antara satu sama lain; bagaimana kita patut dan tidak patut memandang sesama sendiri; dan bagaimana untuk membina serta membantu sesama sendiri, tanpa menyakitkan hati.

 

1Korintus 13:1-13  Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.  2 Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kemurahan hati, aku sama sekali tidak berguna.

 

Perkataan kemurahan hati di sini adalah gantian kepada perkataan kasih. Kita cenderung untuk berfikir mengenai kemurahan hati sebagai bersifat dingin, tetapi kita sebenarnya berbicara tentang kasih.

 

Pesan seluruh ayat ini; seluruh Alkitab; semua hukum dan semua kitab para nabi; adalah bahawa: “kamu harus mengasihi Tuhan Allahmu dengan semua akal budimu, dengan semua jiwamu, dengan semua kekuatanmu dan mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kamu sendiri” (Lukas 10:27). Sekiranya kamu tidak melakukan semua itu, maka kamu telah tersasar daripada intisari hukum itu. Sekiranya kamu bergembira atas kejatuhan orang lain, sekiranya kamu bergembira dalam perkauman (rasisme) atau nasib buruk yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik, maka kamu harus melihat dengan teliti apa yang kamu lakukan dan di mana kamu pendirianmu dengan Tuhan, sebab pemikiran sedemikian adalah salah. Kita tidak mungkin menyediakan diri kita untuk untuk Kerajaan Tuhan tanpa mengambil peduli tentang kemajuan dan kesejahteraan semua orang di sekeliling kita.

 

3   Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.

 

Ada orang yang memberi segalanya kepada golongan miskin dan menjaga ramai orang lagi. Ananias telah berkata bahawa dia akan memberikan segala hasil jualan rumahnya kepada Jemaat. Dia tidak diwajibkan berbuat begitu; dia boleh menjualnya dan memberikan separuh hasil jualan itu, namun dia ingin kelihatan mulia dalam pandangan Jemaat, dan kemudian dia berdusta kepada Roh Kudus. Dia dan isterinya tidak memberi separuh daripada hasil jualan itu. Akibatnya, Ananias kehilangan nyawanya dan isterinya menyusuli tidak lama kemudian, dan mereka diusung keluar.

 

Ananias yang disebutkan dalam Kisah bab 9 ditemui di Damsyik. Dia pernah menjadi penatua Jemaat, dan dialah yang dipilih Tuhan untuk menumpang tangannya di atas Paulus untuk penerimaan Roh Kudus. Urutan itu nampaknya menunjukkan bahawa Ananias di Yerusalem terbunuh sebelum baptisan Saulus, tetapi kita tidak mempunyai bukti nyata akan turutan peristiwa itu, atau pengenalpastian positif Ananias. Pokoknya dia telah menghujat Roh Kudus dan dia berdusta kepada Roh Kudus, justeru, sebagai contoh kepada umat pilihan Tuhan memilih untuk membunuh Ananias dan isterinya di depan jemaat.

 

Ramai antara kita tidak benar-benar faham bahawa ia sesuatu yang menakutkan untuk jatuh ke dalam tangan Tuhan yang Hidup. Oleh sebab ada antara umat kita yang tidak terbunuh di depan jemaat mereka anggap Tuhan itu buta, atau memandang muka. Pada abad kedua puluh Tuhan bersabar dengan keadaan penting diri sendiri di dalam Jemaat, juga sikap menganggap diri betul dan tuduh-menuduh hanya selama yang perlu; kemudian Dia mengizinkan sebahagian besar Jemaat itu dibinasakan. Ini merupakan peristiwa yang amat dahsyat dan serius bagi semua orang yang terbabit. Mereka membiarkan Jemaat jatuh ke dalam situasi sikap betul diri dan tuduh-menuduh yang tiada kasih. Kita menanggung bebanan itu sebab sikap memandang muka, dan kegagalan menghulurkan tanggungjawab kita dalam kasih kepada orang lain.

 

4   Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.

 

Kita sepatutnya bertujuan menghulurkan kesabaran dan kebaikan hati kepada sesama sendiri. Jangan ada iri hati dalam apa yang kita lakukan dan jangan meninggikan diri. Seluruh soal kasih ini membabitkan peninggian saudara-saudari kita, melihat hal-hal yang baik dalam diri mereka, dan mencari secara positif semua hal yang baik dalam diri mereka. Kita sepatutnya bertanya apa yang kita dapat lakukan untuk membantu mereka, dan apa yang kita dapat buat untuk meringankan suatu beban dan mendorong mereka.

 

Dorongan ialah perkara paling penting yang kita boleh berikan kepada sesama sendiri, lebih-lebih lagi kerana si Musuh dan dunia secara umumnya bertujuan menjatuhkan kita setiap waktu. Mereka menuduh kita sembarangan dan itulah cara biasa dunia. Kita patut: mengasihi musuh kita, memberkati mereka yang mengutuk kita, berbuat baik terhadap mereka yang membenci kita, dan berdoa bagi mereka yang ingin menganiaya kita (Matius 5:44).

 

Seluruh persoalan tentang kasih ini merupakan kunci dan elemen utama untuk kita semua dalam Jemaat. Sesetengah orang nampaknya sukar memahami bagaimana Tuhan berfikir. Tuhan berusaha membentuk kita untuk berfikir sepertiNya. Seluruh struktur Kebangkitan Pertama adalah untuk membawa kita ke suatu kedudukan di mana kita dapat menguruskan ciptaan. Ini soal mendapatkan kita dalam fikiran Tuhan. Dia berkata: rancanganmu bukan rancanganKu (Yesaya 55:8).

 

6   Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.

 

Kita juga harus memikirkan tentang apa yang dapat kita lakukan agar orang dijaga. Kelakuan dan kesabaran ini ialah suatu maksud dalam Jemaat. Tidak berfikir jahat dan tidak menganggap orang lain jahat adalah penting. Sebaik saja kita mula menganggap orang lain bermaksud jahat, kita akan mengalami perpecahan dalam Jemaat dan umat mula tidak mempercayai dan membenci sesama sendiri. Ia masalah yang amat serius dalam cubaan untuk berfikir baik tentang semua orang. Kristus tahu Yudas akan mengkhianatinya, namun Yudas dibenarkan mengkhianatinya. Yudas bertaubat, dan membunuh dirinya setelah mengerti apa yang dilakukannya. Pokoknya adalah kesabaran pada pihak Kristus, yang mengetahui apa yang kemudian. Lazimnya pengaburan Kebenaran telah menjadi satu sifat Jemaat, dalam mana hal-hal tidak diperiksa secara terbuka dan sebab itu umat mempercayai dongeng.

 

7   Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.

 

Tuhan menguji kita, namun Dia meninggalkan jalan keluar agar kita dapat mengharungi pengujian yang Dia berikan. Percaya segala sesuatu ini bukanlah ulasan bodoh. Ia tidak bererti kita percaya semua yang diberitahu kepada kita; sebaliknya, ini adalah percaya kepada Kebenaran Alkitab dan menganggapnya sebagai firman Tuhan yang diilhami. Mengharapkan segala sesuatu dan sabar menanggung segala sesuatu adalah dalam pengertian harapan yang ada di dalam diri kita. Ia merupakan seluruh struktur yang diberitahu kepada kita melalui para nabi, dan kesabaran kita ialah berlari dalam perlumbaan ini sehingga akhirnya.

 

8   Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap.

 

Adakah ini bermakna bahawa nubuat boleh gagal? Alkitab tidak boleh dibatalkan, jadi nubuat-nubuat in tidak mungkin gagal. Maknanya adalah semua nubuat ini akan berakhir, atau selesai, dan pada akhirnya nubuatan tidak akan ada – nubuatan palsu tidak akan ada. Semua nubuatan akan berakhir kerana kita akan mengetahui. Bahasa roh menunjukkan bahawa bahasa roh (bahasa) akan berhenti, kerana Tuhan akan memberikan kita satu sistem komunikasi yang sempurna.

 

Kenapakah pengetahuan akan lenyap? Ia sama seperti istilah gagal (berakhir). Ini bermakna ia akan berakhir dan proses pembelajaran akan berhenti kerana kita akan mengetahui. Hal-hal yang tidak diketahui akan tiada lagi, sebab kita akan mengetahui. Seluruh soal pendidikan dan pengetahuan ialah soal memperolehi hal-hal yang kita tidak tahu. Kita akan diberikan pengetahuan itu dan kita semua akan menjadi makhluk-makhluk roh, jadi tiada lagi anak-anak yang belajar. Kita akan tahu!

 

9   Sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna. 10 Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap.

 

Jadi sistem sempurna itu, pengetahuan lengkap, dan kasih sempurna, tidak memerlukan nubuatan atau proses memperolehi pengetahuan. Ia sudahpun disempurnakan dan itulah tujuan kita.

 

11 Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu.

 

Itulah proses pembelajaran kita, seperti kanak-kanak belajar. Melainkan kita masuk ke dalam Kerajaan seperti kanak-kanak kita sama sekali tidak dapat belajar atau memperolehi pengetahuan ini. Kita memerlukan kehausan untuk pengetahuan ini yang dipunyai kanak-kanak, keinginan terus-menerus untuk belajar dan memahami.

 

12 Karena sekarang kita melihat dalam cermin suatu gambaran yang samar-samar, tetapi nanti kita akan melihat muka dengan muka. Sekarang aku hanya mengenal dengan tidak sempurna, tetapi nanti aku akan mengenal dengan sempurna, seperti aku sendiri dikenal.

 

1 Yohanes 2:10-19 menjelaskan beberapa daripada konsep-konsep ini. Kita tidak boleh membenci saudara kita atau berdendam terhadap apa-apapun ciptaan dan tetap berada dalam terang.

 

1Yohanes 2:10-19 Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan.  11 Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya.  12 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, sebab dosamu telah diampuni oleh karena nama-Nya.  13 Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu telah mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu telah mengalahkan yang jahat.  14 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, karena kamu mengenal Bapa. Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu kuat dan firman Allah diam di dalam kamu dan kamu telah mengalahkan yang jahat.  15 Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.  16 Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.  17 Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.  18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.  19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita.

 

Ayat 19 merupakan ujian yang amat penting untuk Jemaat. Mereka yang keluar daripada Jemaat, iaitu tidak memelihara Perintah-perintah Tuhan dan bertemu bersama dalam struktur Jemaat, bukan golongan kita. Kita dipanggil anak-anak Tuhan dan kita mengenali Tuhan, namun dunia tidak mengenali Tuhan dan dunia tidak mengenali kita.

 

1Yohanes 3:1  Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal kita, sebab dunia tidak mengenal Dia.

 

Struktur kasih Tuhan ada di dalam diri kita sekiranya kita mengasihi saudara kita dan prihatin terhadap mereka. Ia suatu proses menyeluruh keprihatinan sesama sendiri (lihat 1 Yohanes 3:10-19; 4:7-15). Orang-orang di dalam Jemaat-jemaat cenderung mengaburi Perintah-perintah Tuhan dengan menumpukan perhatian pada kasih Tuhan. Perbezaan ini menjadi dasar dalam Jemaat-jemaat. Dengan menumpu pada kasih Tuhan mereka cuba melenyapkan perintah-perintah itu. Tulisan-tulisan teks Perjanjian Baru cukup jelas: kasih Tuhan ditunjukkan oleh kebolehan untuk melakukan kehendak Tuhan, dan untuk mentaati Perintah-perintah Tuhan dan Yesus Kristus, di dalam Kesaksian Yesus Kristus. Kita tidak boleh melenyapkan Perintah-perintah Tuhan dengan menumpu pada struktur kasih Tuhan, kerana Hukum Tuhan datang daripada sifat Tuhan, jadi begitu juga dengan soal kasih dan perintah-perintah itu. Maka pemeliharaan Perintah-perintah Tuhan dan kasih Tuhan ialah dua aspek struktur tunggal itu.

 

Perintah-perintah Tuhan adalah prasyarat kepada pengekalan Roh Kudus, yang membolehkan kita mengambil bahagian sifat ilahi Tuhan. Buah Roh memberikan kita kebolehan untuk hidup dan bertindak dengan saleh. Ini terbayang dalam kehidupan kita sendiri, dan dalam cara kita berurusan dengan satu sama lain. Sebagai umat Kristian kita patut mempamerkan buah ini.

 

Galatia 5:22-26 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan,  23 kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu.  24 Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya.  25 Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh,  26 dan janganlah kita gila hormat, janganlah kita saling menantang dan saling mendengki. (KJV)

 

Kita semua patut memerhatikan bagaimana kita berurusan dengan sesama sendiri, dan bagaimana untuk menyusun Jemaat Tuhan di sekeliling struktur keprihatinan dan kasih sesama sendiri. Kita khususnya perlu menunjukkan hormat yang seharusnya kepada mereka yang mengajar dan memimpin kita dalam Iman ini.

 

1Tesalonika 5:12-18 Kami minta kepadamu, saudara-saudara, supaya kamu menghormati mereka yang bekerja keras di antara kamu, yang memimpin kamu dalam Tuhan dan yang menegor kamu;  13 dan supaya kamu sungguh-sungguh menjunjung mereka dalam kasih karena pekerjaan mereka. Hiduplah selalu dalam damai seorang dengan yang lain.  14 Kami juga menasihati kamu, saudara-saudara, tegorlah mereka yang hidup dengan tidak tertib, hiburlah mereka yang tawar hati, belalah mereka yang lemah, sabarlah terhadap semua orang.  15 Perhatikanlah, supaya jangan ada orang yang membalas jahat dengan jahat, tetapi usahakanlah senantiasa yang baik, terhadap kamu masing-masing dan terhadap semua orang.  16 Bersukacitalah senantiasa.  17 Tetaplah berdoa.  18 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu. (KJV)

 

Ramai antara kita telah melalui percubaan-percubaan berat pada masa lalu. Kebanyakan Jemaat telah binasa kerana memandang muka dan ketiadaan kasih. Memandang muka merupakan dosa terbesar Jemaat pada abad kedua puluh, dan orang ramai tidak memahaminya (lihat karya Sikap Memandang Muka (No. 221)). Kita semua mempunyai peluang untuk menyusun semula Jemaat dan menjadikannya wadah terbaik yang sepatutnya untuk Roh Kudus. Kita tidak diizinkan gagal bertemu bersama-sama dan melakukan perkara sendirian.

 

Ibrani 10:24-25 Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. 25 Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat. (KJV)

 

Kita tidak diizinkan tidak mengambil bahagian dalam injil Kerajaan Tuhan, pemberitaan injil kepada semua bangsa. Kita mempunyai tugas untuk dilakukan. Kita semua diletakkan bersama-sama di dalam satu tubuh, dan tubuh itu mempunyai  kewajipan untuk bertindak bersama-sama. Kristus berkata, “Ibuku dan saudaraku adalah orang yang melakukan kehendak Bapa di sorga” (Matius 12:50). Semua kita sepatutnya memerhatikan mereka yang melakukan kehendak Bapa kita di syurga. Kita sepatutnya membantu sesama sendiri dan berusaha membentuk sebuah sistem yang mampu bertahan.

 

Filipi 2:2 karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan, (KJV)

 

Salah satu masalah terbesar yang kita hadapi dalam Jemaat ialah membentuk sebuah Jemaat dalam mana individu-individunya benar-benar mengasihi sesama sendiri, dan mengambil berat tentang apa yang dilakukan dan difikirkan orang lain dan siapa mereka. Melainkan dan sehingga kita dapat sampai ke tahap itu, kita telah gagal dalam Perintah Pertama dan Kedua.

 

Roma 13:8,10  Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapapun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat. 10 Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia, karena itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat.

 

Sewaktu Stefanus mati syahid dia berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat”. Orang-orang yang membunuhnya tidak dipertanggungkan dosa itu (lihat Kisah 6:54-60). Pokok sebenar di sini adalah orang-orang ini bukan sebahagian daripada umat pilihan; mereka tidak dipanggil keluar. Semua leluhur kita memandang ke arah hal yang lebih besar daripada apa yang mereka ada dalam bangsa Israel. Semua mereka taat kepada Hukum namun sedikit saja yang dipilih; hanya nabi dan Bapa Leluhur tertentu saja dibawa keluar dan ditempatkan di dalam Kerajaan Tuhan, namun mereka memiliki Hukum. Kebanyakannya akan mewarisi Kerajaan Tuhan pada kebangkitan, namun mereka tidak dipilih hingga waktu itu. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memanggil Tuhan sebagaimana kita, dan untuk menerima Roh Kudus dan untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Tuhan. Itu tidak didapati hingga Pentakosta 30 CE.

 

Seluruh ciptaan ini adalah untuk menunjukkan kita bahawa jalan yang bertentangan dengan Hukum kasih Tuhan akan berakhir dengan kemusnahan. Kita sekarang berada di akhir enam ribu tahun. Selama tiga puluh tahun seterusnya kita akan menyaksikan planet ini mengalami masalah-masalah Zaman Akhir. Pada akhir perang sangkakala keenam, lebih satu pertiga daripada planet ini sudah mati. Semua itu tiada kaitannya dengan Tuhan dari segi konsep itu; bagaimanapun, semuanya diizinkan berlaku. Tuhan akan membereskan planet ini dengan kasih dan pendidikan betul.

 

Pengertian Alkitab lazim digunakan untuk meninggikan diri, dan tiada kelemahan tunggal yang lebih menjijikkan daripada sikap menganggap diri betul. Perangkap terbesar dalam Jemaat Tuhan adalah, sebab Tuhan telah memberikan kita pengertian dan fikiran kita telah dibuka, kita cenderung bersikap diri betul, walaupun ini bukan melalui kebaikan kita sendiri.

 

Roma 15:1-7 Kita, yang kuat, wajib menanggung kelemahan orang yang tidak kuat dan jangan kita mencari kesenangan kita sendiri.  2 Setiap orang di antara kita harus mencari kesenangan sesama kita demi kebaikannya untuk membangunnya.  3 Karena Kristus juga tidak mencari kesenangan-Nya sendiri, tetapi seperti ada tertulis: "Kata-kata cercaan mereka, yang mencerca Engkau, telah mengenai aku."  4 Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.  5 Semoga Allah, yang adalah sumber ketekunan dan penghiburan, mengaruniakan kerukunan kepada kamu, sesuai dengan kehendak Kristus Yesus,  6 sehingga dengan satu hati dan satu suara kamu memuliakan Allah dan Bapa Tuhan kita, Yesus Kristus.  7 Sebab itu terimalah satu akan yang lain, sama seperti Kristus juga telah menerima kita, untuk kemuliaan Allah. (KJV)

 

Kita dipilih untuk dipanggil, dibaptiskan, diberikan Roh Kudus, dan fikiran kita telah dibuka agar kita boleh diberikan pengertian. Sementara kita belajar kita diberikan lebih banyak pengertian; justeru ketekunan dan ketaatan itu memberikan kita peningkatan pengetahuan. Tuhan menghendaki ketaatan dan bukan korban. Pengetahuan tentang segala nubuatan dan segala rahsia ini bukannya apa-apa.

 

Kolose 3:12-14 Karena itu, sebagai orang-orang pilihan Allah yang dikuduskan dan dikasihi-Nya, kenakanlah belas kasihan, kemurahan, kerendahan hati, kelemahlembutan dan kesabaran.  13 Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu perbuat jugalah demikian.  14 Dan di atas semuanya itu: kenakanlah kasih, sebagai pengikat yang mempersatukan dan menyempurnakan. (KJV)

 

Sekiranya kita tidak mengasihi satu sama lain kita kehilangan kedudukan kita. Ini soal tentang sentiasa berfikir untuk kemajuan satu sama lain – bagaimana kita boleh membantu, dan bagaimana kita boleh menjaga saudara-saudara kita dan menghindari kejahatan.

 

1Petrus 3:8-9  Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-saudara, penyayang dan rendah hati,  9 dan janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, tetapi sebaliknya, hendaklah kamu memberkati, karena untuk itulah kamu dipanggil, yaitu untuk memperoleh berkat. (RSV)

 

Pokok sebenarnya adalah kita patut tidak perlu berfikir tentang bagaimana untuk mengasihi sesama sendiri, kerana apabila kita saling mengasihi proses pemikiran ini menjadi automatik.

 

Roma 12:9-10 Hendaklah kasih itu jangan pura-pura! Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik.  10 Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat. (KJV)

 

Seluruh Hukum Taurat dan Kitab Nabi-nabi tergantung daripada dua Perintah Terutama. Semua nubuatan mempunyai kaitan dengan beberapa aspeknya; tiada ajaran yang tidak berkaitan dengannya.

 

Yohanes 13:34-35 Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi.  35 Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi." (KJV)

 

Tidak cukup untuk mengasihi dalam diam-diam; kita harus dilihat melakukan dan bertindak dalam kasih. Di mana mungkin kita patut secara jasmaniah membantu mereka yang memerlukan dan sentiasa mendorong, berbelas kasihan, baik hati dan lemah-lembut. Memang mudah untuk berkongsi ketika waktu gembira, namun kita juga patut ada di situ untuk orang lain pada waktu-waktu sakit, sedih dan dukacita atau nasib buruk. Bagi sesiapa antara kita yang telah diberkati dengan kekayaan, kita diharapkan berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kita patut dapat nampak hal-hal ini tanpa ditanya.

 

Waktu kita juga ialah komoditi yang amat berharga, dan berkemampuan memberikan waktu kita kepada orang lain adalah ramuan yang perlu dalam amalan kasih Kristian. Ini janganlah ditujukan hanya kepada mereka yang kita selesa dan kenal rapat. Memang tidak sentiasa senang untuk mengasihi mereka yang mengganggu dan menjengkelkan kita, namun sebaliknya kita diperingatkan untuk mengasihi musuh-musuh kita sekalipun. Ini sememangnya ujian kasih seperti Tuhan: Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? (Matius 5:46).

 

1Yohanes 4:8  Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih. (KJV)

 

Kasih saudara seiman untuk satu sama lain menganggap orang lain lebih baik dan ini ditunjukkan dalam kasih. Kasih Tuhan berdasar pada Kebenaran. Sekiranya kita tidak mengasihi Kebenaran kita didatangkan kesesatan hingga menyebabkan kita mempercayai dusta (2 Tesalonika 2:11).

 

2Tesalonika 2:9-12 Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, 10 dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa karena mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. 11 Dan itulah sebabnya Allah mendatangkan kesesatan atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta, 12 supaya dihukum semua orang yang tidak percaya akan kebenaran dan yang suka kejahatan.  (RSV)

 

Orang-orang ini kemudiannya pergi terus kepada satu keadaan di luar pengetahuan Tuhan agar hidup mereka dapat diselamatkan dalam kebangkitan kedua (1Korintus 5:5)

 

1Korintus 5:5  orang itu harus kita serahkan dalam nama Tuhan Yesus kepada Iblis, sehingga binasa tubuhnya, agar rohnya diselamatkan pada hari Tuhan. (RSV)

 

Kita telah diselamatkan melalui pengorbanan Yesus Kristus. Tuhan telah memilih untuk menggunakan semua kita dalam rencanaNya. Penggunaan orang berdosa ini dilakukan untuk memalukan orang yang kuat (1 Korintus 1:27).

 

1Korintus 1:26-31 Ingat saja, saudara-saudara, bagaimana keadaan kamu, ketika kamu dipanggil: menurut ukuran manusia tidak banyak orang yang bijak, tidak banyak orang yang berpengaruh, tidak banyak orang yang terpandang. 27 Tetapi apa yang bodoh bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan orang-orang yang berhikmat, dan apa yang lemah bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan apa yang kuat, 28 dan apa yang tidak terpandang dan yang hina bagi dunia, dipilih Allah, bahkan apa yang tidak berarti, dipilih Allah untuk meniadakan apa yang berarti, 29 supaya jangan ada seorang manusiapun yang memegahkan diri di hadapan Allah. 30 Tetapi oleh Dia kamu berada dalam Kristus Yesus, yang oleh Allah telah menjadi hikmat bagi kita. Ia membenarkan dan menguduskan dan menebus kita. 31 Karena itu seperti ada tertulis: "Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan." (RSV)

 

Kebijaksanaan kita dan perubahan diri kita berasal daripada Tuhan. Apabila kita dibaptiskan, dosa-dosa kita dijauhkan sejauh timur dari barat (Mazmur 103:12). Fungsi pembuangan dosa adalah berdasar pada kecukupan pengorbanan Kristus. Kutukan umat pilihan berdasarkan siapa diri mereka sebelum baptisan secara asasnya adalah satu proses pemikiran yang belum berubah. Kasih Tuhan menuntut supaya umat pilihan menjalani kehidupan Kristian berdasarkan kebenaran dan Perintah-perintah Tuhan dalam Kristus Yesus. Ianya penting bahawa umat pilihan menjalani kehidupan yang saleh sebagai teladan kepada dunia. Teladan mereka terhasil dari kehidupan mereka dalam dunia seperti domba di antara serigala (Matius 10:16; Lukas 10:3). Memangpun ada serigala yang masuk ke dalam kumpulan umat pilihan (Kisah 20:29-32).

 

Kawanan domba mempunyai tanggungjawab untuk memisahkan diri mereka daripada serigala-serigala di kalangan mereka namun terus tinggal dalam dunia sebagai domba di antara serigala. Kerana itu, melalui perintah-perintah Tuhan mereka menjadi teladan, menunjukkan kasih mereka untuk sesama sendiri, kasih Tuhan yang mereka layani. Kita tidak boleh melayani tuan duniawi lebih daripada Allah yang Maha Esa. Daniel telah menunjukkan kepada kita apa yang dijangkakan daripada kita.

 

Daniel 6:3-28 Maka Daniel ini melebihi para pejabat tinggi dan para wakil raja itu, karena ia mempunyai roh yang luar biasa; dan raja bermaksud untuk menempatkannya atas seluruh kerajaannya. 4 Kemudian para pejabat tinggi dan wakil raja itu mencari alasan dakwaan terhadap Daniel dalam hal pemerintahan,

 

Itulah apa yang ingin dilakukan oleh Iblis si penuduh saudara itu; iaitu mencari sebab untuk menuduh kita.

 

tetapi mereka tidak mendapat alasan apapun atau sesuatu kesalahan, sebab ia setia dan tidak ada didapati sesuatu kelalaian atau sesuatu kesalahan padanya. 5 Maka berkatalah orang-orang itu: "Kita tidak akan mendapat suatu alasan dakwaan terhadap Daniel ini, kecuali dalam hal ibadahnya kepada Allahnya!"

 

Di situlah tempatnya di mana segala kesalahan didirikan dalam jemaat, untuk merosakkan hukum Tuhan. Hukum Sepuluh adalah tumpuan serangan sistem agama palsu yang berpusatkan Empayar Rom.

 

6 Kemudian bergegas-gegaslah para pejabat tinggi dan wakil raja itu menghadap raja serta berkata kepadanya: "Ya raja Darius, kekallah hidup tuanku! 7 Semua pejabat tinggi kerajaan ini, semua penguasa dan wakil raja, para menteri dan bupati telah mufakat, supaya dikeluarkan kiranya suatu penetapan raja dan ditetapkan suatu larangan, agar barangsiapa yang dalam tiga puluh hari menyampaikan permohonan kepada salah satu dewa atau manusia kecuali kepada tuanku, ya raja, maka ia akan dilemparkan ke dalam gua singa.

 

Ini adalah konsep sistem binatang itu di mana tiada seorangpun yang dibenarkan untuk menyembah Tuhan. Mereka akan menjadikannya mustahil untuk melakukan itu.

 

8 Oleh sebab itu, ya raja, keluarkanlah larangan itu dan buatlah suatu surat perintah yang tidak dapat diubah, menurut undang-undang orang Media dan Persia, yang tidak dapat dicabut kembali." 9 Sebab itu raja Darius membuat surat perintah dengan larangan itu. 10 Demi didengar Daniel, bahwa surat perintah itu telah dibuat, pergilah ia ke rumahnya. Dalam kamar atasnya ada tingkap-tingkap yang terbuka ke arah Yerusalem; tiga kali sehari ia berlutut, berdoa serta memuji Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya.

 

Ini memberitahu kita bahawa umat pilihan seharusnya berdoa tiga kali sehari dan mereka seharusnya tidak membiarkan peraturan-peraturan duniawi mengganggu dalam hal ini.

 

11 Lalu orang-orang itu bergegas-gegas masuk dan mendapati Daniel sedang berdoa dan bermohon kepada Allahnya. 12 Kemudian mereka menghadap raja dan menanyakan kepadanya tentang larangan raja: "Bukankah tuanku mengeluarkan suatu larangan, supaya setiap orang yang dalam tiga puluh hari menyampaikan permohonan kepada salah satu dewa atau manusia kecuali kepada tuanku, ya raja, akan dilemparkan ke dalam gua singa?" Jawab raja: "Perkara ini telah pasti menurut undang-undang orang Media dan Persia, yang tidak dapat dicabut kembali." 13 Lalu kata mereka kepada raja: "Daniel, salah seorang buangan dari Yehuda, tidak mengindahkan tuanku, ya raja, dan tidak mengindahkan larangan yang tuanku keluarkan, tetapi tiga kali sehari ia mengucapkan doanya." 14 Setelah raja mendengar hal itu, maka sangat sedihlah ia, dan ia mencari jalan untuk melepaskan Daniel, bahkan sampai matahari masuk, ia masih berusaha untuk menolongnya. 15 Lalu bergegas-gegaslah orang-orang itu menghadap raja serta berkata kepadanya: "Ketahuilah, ya raja, bahwa menurut undang-undang orang Media dan Persia tidak ada larangan atau penetapan yang dikeluarkan raja yang dapat diubah!" 16 Sesudah itu raja memberi perintah, lalu diambillah Daniel dan dilemparkan ke dalam gua singa. Berbicaralah raja kepada Daniel: "Allahmu yang kausembah dengan tekun, Dialah kiranya yang melepaskan engkau!" 17 Maka dibawalah sebuah batu dan diletakkan pada mulut gua itu, lalu raja mencap itu dengan cincin meterainya dan dengan cincin meterai para pembesarnya, supaya dalam hal Daniel tidak dibuat perubahan apa-apa. 18 Lalu pergilah raja ke istananya dan berpuasalah ia semalam-malaman itu; ia tidak menyuruh datang penghibur-penghibur, dan ia tidak dapat tidur. 19 Pagi-pagi sekali ketika fajar menyingsing, bangunlah raja dan pergi dengan buru-buru ke gua singa; 20 dan ketika ia sampai dekat gua itu, berserulah ia kepada Daniel dengan suara yang sayu. Berkatalah ia kepada Daniel: "Daniel, hamba Allah yang hidup, Allahmu yang kausembah dengan tekun, telah sanggupkah Ia melepaskan engkau dari singa-singa itu?" 21 Lalu kata Daniel kepada raja: "Ya raja, kekallah hidupmu! 22 Allahku telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa itu, sehingga mereka tidak mengapa-apakan aku, karena ternyata aku tak bersalah di hadapan-Nya; tetapi juga terhadap tuanku, ya raja, aku tidak melakukan kejahatan." 23 Lalu sangat sukacitalah raja dan ia memberi perintah, supaya Daniel ditarik dari dalam gua itu. Maka ditariklah Daniel dari dalam gua itu, dan tidak terdapat luka apa-apa padanya, karena ia percaya kepada Allahnya. 24 Raja memberi perintah, lalu diambillah orang-orang yang telah menuduh Daniel dan mereka dilemparkan ke dalam gua singa, baik mereka maupun anak-anak dan isteri-isteri mereka. Belum lagi mereka sampai ke dasar gua itu, singa-singa itu telah menerkam mereka, bahkan meremukkan tulang-tulang mereka.

 

Konsepnya adalah, apa yang mereka lakukan kepada umat pilihan akan dibalas setimpal kepada mereka.

 

25 Kemudian raja Darius mengirim surat kepada orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa, yang mendiami seluruh bumi, bunyinya: "Bertambah-tambahlah kiranya kesejahteraanmu! 26 Bersama ini kuberikan perintah, bahwa di seluruh kerajaan yang kukuasai orang harus takut dan gentar kepada Allahnya Daniel, sebab Dialah Allah yang hidup, yang kekal untuk selama-lamanya; pemerintahan-Nya tidak akan binasa dan kekuasaan-Nya tidak akan berakhir. 27 Dia melepaskan dan menolong, dan mengadakan tanda dan mujizat di langit dan di bumi, Dia yang telah melepaskan Daniel dari cengkaman singa-singa." 28 Dan Daniel ini mempunyai kedudukan tinggi pada zaman pemerintahan Darius dan pada zaman pemerintahan Koresh, orang Persia itu. (RSV)

 

Cerita Daniel menggambarkan karunia Roh Kudus kepada umat pilihan di kalangan orang yang belum bertaubat daripada kerajaan-kerajaan dunia. Pemikiran yang belum bertaubat akan mencari alasan untuk menentang kita dan ingin menghapuskan kita. Dasar serangan tersebut berpusat pada perintah pertama. Perintah ini adalah ujian umat pilihan malah hingga kepada mati.

 

Daniel tidak tahu sama ada Tuhan akan menyelamatkannya daripada maut atau membiarkannya mati syahid demi tujuan pemeliharaan hukum (Sebagaimana dalam Daniel 3:12-30). Dalam waktu ini, penyelamatan Daniel merupakan teladan kepada bangsa lain bahawa Tuhan bertakhta di syurga. Jika umat pilihan kekal setia maka mereka dan bangsa di mana mereka tinggal akan makmur. Kegagalan jemaat-jemaat Sardis dan Laodikia menyumbang kepada bencana-bencana zaman akhir. Israel jatuh sebahagian besarnya sebagai akibat dari kemurtadan umat pilihan dalam zaman akhir. Pekerjaan akhir dilakukan oleh sedikit orang saja sedangkan ramai yang tersedia tetapi telah disenyapkan oleh kemurtadan dan keinginan untuk mendengar hal-hal yang menyenangkan.

 

Kehidupan Kristian adalah hidup sebagaimana Kristus telah hidup. Kristus tidak terus berdiam di bawah Empayar Rom. Dia tidak mengikut saja orang Farisi pada zamannya. Dia mengutuk ahli-ahli Taurat dan orang Farisi dan dia berdiri menentang mereka dan memanggil mereka hipokrit. Ini membabitkan pendahuluan kasih Tuhan sebelum semua yang lain. Dari kasih Tuhan datangnya kasih manusia dan kemampuan untuk mengasihi musuh kita. Berapa ramaikah yang berpuasa untuk musuh-musuhnya seperti yang dilakukan oleh Daud? Daud adalah seorang yang diperkenan Tuhan kerana, walaupun dosa-dosanya besar, dia mengasihi bangsanya dan Tuhannya dan mementingkan keadilan dan belas kasihan lebih daripada kepentingan diri.

 

Materialisme ialah ciri Zaman Akhir. Hampir mustahil untuk membentuk sikap rohani dengan bebanan hal-hal duniawi seperti yang kita alami pada masa ini. Bagaimanapun, kita harus maju bersama bebas dari kemurtadan dan kepalsuan. Kita harus hidup untuk Kristus dan Kebenaran yang telah dinyatakan Tuhan melaluinya sepanjang seluruh struktur Alkitab. Peganglah kepada kebenaran dan tunjukkan dengan kasih yang kita ada untuk satu sama lain bahawa kita ialah umat Tuhan.


 

 

 

Kasih Kristian

 

 


Sifat Allah boleh disimpulkan dalam perkataan Kasih. KasihNya sentiasa mengalir keluar kepada orang-orang lain. Ia adalah jalan kepada memberi, mengongsi, menolong dan melayani.

 

1Yohanes 4:16  16 Kita telah mengenal dan telah percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah adalah kasih, dan barangsiapa tetap berada di dalam kasih, ia tetap berada di dalam Allah dan Allah di dalam dia.

 

Hukum-hukum Allah adalah laluan kepada Kasih Allah. Yesus Kristus menyimpulkan Hukum Allah seperti berikut:

 

Matius 22:34:40 34 Ketika orang-orang Farisi mendengar, bahwa Yesus telah membuat orang-orang Saduki itu bungkam, berkumpullah mereka  35 dan seorang dari mereka, seorang ahli Taurat, bertanya untuk mencobai Dia:  36 "Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?"  37 Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.  38 Itulah hukum yang terutama dan yang pertama.  39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.  40 Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi."

 

Ini adalah satu daripada pernyataan yang banyak sekali pembabitannya di dalam Alkitab. Dua perintah hukum ini, yakni mengasihi Allah dan mengasihi sesama manusia adalah dasar kepada sepuluh hukum Taurat, yang mana telah dibahagikan kepada empat dan enam babahgian.  Maka semua hukum dan para nabi (yakni setiap aspek di dalam Alkitab Perjanjian Lama dan Baru serta setiap aspek di dalam nubuatan) adalah digantung dari empat dan enam bahagian hukum ini. Dua hukum yang utama dan terutama ini adalah pusat dalam satu konsep dan konsep itu adalah kasih. Ini adalah struktur keseluruhan mesej Allah serta injil kerajaan Allah dan intinya.


 


Tujuan keseluruhan misi Kristus, adalah supaya dunia ini tidak dibinasakan, tetapi diselematkan.

 

Yohanes 3:14-17  14 Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan,  15 supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya beroleh hidup yang kekal.  16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.  17 Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.

 

Struktur kasih Allah adalah ayat yang sangat penting. Dalam persoalan mengenai pembinasaan umat manusia, Kristus mempunyai satu pernyataan dalam Markus 3:27, dalam pertalian mengenai persoalan bahawa dia bertindak mengikut permintaan Setan.

 

Markus 3:27 27 Tetapi tidak seorangpun dapat memasuki rumah seorang yang kuat untuk merampas harta bendanya apabila tidak diikatnya dahulu orang kuat itu. Sesudah itu barulah dapat ia merampok rumah itu.

 

Penghujatan dalam hal ini adalah terhadap Roh Suci. Allah telah memilih untuk memanggil beberapa orang, tetapi ramai yang lain dipanggil ke dalam jemaat. Mereka telah ditakluki dalam jemaat, tetapi mereka tidak termasuk di dalam pelayanan Allah dalam jemaat. Kristus berbicara bahawa secara dasar dosa manusia, atau semua dosa, akan diampuni dari manusia.

 

1Korintus bab 13 adalah dikenali sebagai bab kasih.  Ia memberi pandangan kepada kewajipan kita sesama manusia. Allah mengutus Kristus kerana Dia mengasihi dunia ini, di mana di dalamnya dia sebagai Bapa, penciptaan adalah tanggungjawabNya dan Dia mempunyai tanggungjawab ke atas semua ciptaan. Ianya bukan kerana Allah itu bersikap pilih kasih terhadap seseorang berdasarkan kasih dan keupayaan kita untuk mengasihi sesama manusia. Kita harus mempunyai pemahaman bagaimana kita mempertalikan diri kita kepada orang lain, bagaimana kita harus dan tidak harus memandang sesama sendiri dan bagaimana untuk memperbaiki serta membantu sesama sendiri, dan tidak menyakiti.

 

1Korintus 13:1-13  1 Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.  2 Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kemurahan hati, aku sama sekali tidak berguna.

 

Perkataan kemurahan hati di sini adalah gantian kepada perkataan kasih. Kita cenderung untuk berfikir mengenai kemurahan hati sebagai bersifat dingin, tetapi sebenarnya kita berbicara mengenai kasih.

 

Mesej bagi seluruh ayat ini; seluruh Alkitab; semua hukum dan semua para nabi; adalah bahawa kamu harus mengasihi Tuhan Allahmu dengan semua akal budimu, dengan semua jiwamu, dengan semua kekuatanmu dan mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kamu sendiri. Sekiranya kamu tidak melakukan perkara-perkara ini, maka kamu telah kehilangan dasar inti hukum tersebut. Sekiranya kamu bergembira atas kemerosotan orang lain, sekiranya kamu bergembira dalam rasisme; sekiranya kamu bergembira kerana nasib yang tidak baik yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik, maka kamu seharusnya melihat dengan teliti apa yang sedang kamu lakukan dan di mana kamu berdiri di samping Allah, kerana pemikiran sedemikian adalah salah. Kamu tidak boleh menyediakan diri kamu sendiri untuk kerajaan Allah tanpa mengambil peduli mengenai perbaikan dan kesejahteraan orang-orang yang berada di sekeliling kamu.

 

3   Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.

 

Ada orang yang memberi segalanya kepada orang miskin dan mencari lagi yang lain. Ananias telah berkata bahawa dia akan memberikan segala hasil jualan rumahnya kepada jemaat. Dia tidak diminta untuk berbuat demikian. Dia boleh jual rumahnya dan beri setengah dari hasil jualan, tetapi dia mahu tampil sebagai yang terbesar di mata jemaat dan kemudian dia berbohong kepada Roh Suci. Dia dan isterinya menyimpan separuh daripada hasil jualannya. Ananias dan isterinya mati sejurus selepas itu dan tubuh mereka diangkut keluar. Perkara ini terjadi walaupun dia pernah menjadi penatua jemaat tersebut dan dia adalah salah seorang daripada orang yang dipilih Allah untuk meletakkan tangan ke atas Paulus, bagi penerimaan Roh Suci. Pokoknya di sini ialah bahawa dia menghujat Roh Suci dan berbohong kepada Roh Suci dan sebagai satu contoh kepada umat pilihan, Allah memilih untuk membunuh Ananias dan isterinya di depan jemaah.

 

Ramai di antara kita yang tidak memahami, bahawa ianya sesuatu yang menakutkan untuk jatuh ke tangan Allah yang hidup. Kerana beberapa daripada orang-orang kita tidak di bunuh di depan mata jemaah, mereka fikir Allah itu buta, atau pilih kasih. Allah telah membiarkan keadaan jemaat pada abad ke-20, dari sikap mementingkan diri sendiri, berfikir bahawa dia adalah benar dan sikap tuduh-menuduh, pada jangka masa yang diperlukan dan kemudian Dia membinasakan sebahagian besar daripada jemaat tersebut. Ini adalah peristiwa yang dahsyat dan serius bagi orang-orang yang terlibat. Mereka membiarkan jemaat jatuh ke dalam situasi yang berfikir bahawa ianya adalah benar dan sikap tuduh-menuduh dan tidak ada kasih. Kita telah memikul beban berat tersebut kerana sikap pilih kasih dan kegagalan untuk memperluaskan tanggungjawab kita di dalam kasih kepada teman-teman kita yang lain.

 

4   Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.

 

Kita seharusnya mengendahkan penderitaan yang berlarutan serta kebaikan hati kepada sesama manusia. Tidak ada perasaan cemburu dalam apa yang kita lakukan dan tidak ada meninggikan diri. Seluruh persoalan tentang kasih ini, adalah satu daripada peninggian pada saudara dan saudari kita, melihat perkara yang baik di dalam mereka dan mencari perkara yang baik di dalam mereka. Kita seharusnya bertanya: apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk memikul beban? Apakah yang boleh saya lakukan untuk mendorong mereka?

 

Dorongan adalah perkara yang paling penting yang boleh kita beri kepada orang lain, terutama sekali kerana seteru dan dunia secara umumnya mencari dan mencuba untuk menjatuhkan kita sepanjang masa. Mereka menuduh kita bersikap tidak adil dan ini adalah sifat lazim dunia ini. Kita harus: mengasihi musuh kita, memberkati mereka yang mengutuk kita, berbuat baik kepada mereka yang membenci kita, dan berdoa kepada mereka yang dengki dengan kita (Mat 5:44).

 

Seluruh persoalan mengenai kasih adalah kunci serta pusat elemen bagi semua kita di dalam jemaat.  Beberapa orang mengalami kesukaran untuk melihat bagaimana Allah berfikir. Allah cuba membuat kita berfikir seperti Dia.  Seluruh struktur kebangkitan ini, membawa kita kepada kedudukan di mana kita boleh menangani penciptaan. Ia adalah persoalan yang membuat kita berada dalam fikiran Allah. Dia berkata ‘fikiran Aku bukan fikiran kamu.’

 

6   Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.

 

Kita juga harus berfikir mengenai apa yang boleh kita buat untuk memastikan orang ini diberi perhatian. Sifat ini dan penderitaan yang berlarutan adalah pendirian di dalam jemaat. Tidak berfikiran jahat dan tidak menganggap orang lain sebagai jahat adalah sangat penting. Sekali kamu mula menganggap orang lain sebagai jahat, kamu mempunyai divisi di dalam jemaat dan orang mula tidak saling mempercayai satu sama lain dan mula membenci sesama sendiri. Ia adalah masalah yang sangat serius untuk cuba memikirkan perkara baik mengenai semua orang. Kristus tahu bahawa Yudas akan mengkhianati dia, tetapi Yudas dibenarkan untuk mengkhianatinya. Yudas telah bertobat.  Dia membunuh diri apabila dia faham apa yang dia telah lakukan. Pokoknya ialah bahawa penderitaan itu dialami di pihak Kristus dengan mengetahui apa yang akan terjadi. Seringkali kebenaran yang samar-samar adalah sifat jemaat, di mana perkara-perkara tidak dijelaskan dengan terbuka dan orang-orang memiliki  perkara dongeng.

 

7   Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.

 

Allah menguji kita, tetapi Dia meyediakan jalan keluar supaya kita boleh bertahan dengan ujian yang Dia berikan kepada kita.  Hal mempercayai segala perkara ini bukanlah satu ulasan yang remeh. Ianya tidak mengatakan kamu percaya segala yang diberitahu kepadamu. Ianya hal mempercayai kebenaran di dalam Alkitab dan menganggap ini sebagai perkataan Allah yang diinspirasikan. Berharap dalam segalanya dan bertahan dalam segalanya, adalah dipertalikan dengan harapan yang terbentang di dalam diri kita. Ianya adalah struktur keseluruhan dalam apa yang diberitahu kepada kita melalui para nabi dan ketabahan kita membuat kita terus maju sehingga akhir.

 

8   Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap.

 

Adakah ini bererti bahawa nubuatan boleh berakhir? Kitab tidak boleh dibatalkan, jadi nubuatan-nubuatan ini juga tidak boleh berakhir. Maksudnya di sini ialah bahawa nubuatan akan berhenti, atau akan digenapi dan pada akhirnya tidak ada lagi nubuatan. Tidak ada nubuatan yang palsu. Semua nubuatan akan diakhiri kerana kita akan tahu. Bahasa roh akan lenyap, kerana kita akan diberi satu bahasa yang sempurna. Bahasa-bahasa akan lenyap. Allah akan memberikan kepada kita satu sistem komunikasi yang sempurna. Pengetahuan juga akan lenyap.

 

Mengapa pengetahuan harus lenyap?  Maksudnya sama juga dengan istilah berakhir di atas.  Maksudnya ialah bahawa ianya akan tiba penghujungnya dan proses pembelajaran akan berhenti kerana kita akan tahu. Perkara yang tidak diketahui akan lenyap, dengan ini kita akan tahu. Seluruhan persoalan tentang pelajaran dan pengetahuan adalah soalan yang mendapatkan perkara-perkara yang kita tidak tahu. Kita akan diberi pengetahuan itu dan semua kita menjadi makhluk roh, jadi tidak ada lagi pembelajaran seperti anak-anak. Kita akan mengetahui segala perkara.

 

9   Sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna.

 

10 Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap.

 

Jadi sistem yang sempurna, pengetahuan yang sempurna, dan kasih yang sempurna, tidak memerlukan nubuatan, atau proses mendapatkan pengetahuan. Ianya sudah sempurna dan itu lah tujuan kita.

 

11 Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu.

 

Inilah proses pembelajaran kita, seperti kanak-kanak yang belajar. Kecuali kita akan pergi ke dalam kerajaan sebagai kanak-kanak, kita tidak boleh belajar atau mendapatkan pengetahuan ini. Kita memerlukan rasa kehausan ini untuk pengetahuan yang ada pada kanak-kanak; keinginan yang tetap ini untuk belajar dan memahami.

 

12 Karena sekarang kita melihat dalam cermin suatu gambaran yang samar-samar, tetapi nanti kita akan melihat muka dengan muka. Sekarang aku hanya mengenal dengan tidak sempurna, tetapi nanti aku akan mengenal dengan sempurna, seperti aku sendiri dikenal.

 

1Yohanes 2:10-19 menjelaskan beberapa konsep ini. Kamu tidak boleh membenci saudaramu. Kamu tidak boleh mendatangkan kerosakan terhadap mana-mana ciptaan dan berada dalam terang.

 

1Yohanes 2:10-19 10 Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan.  11 Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya.  12 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, sebab dosamu telah diampuni oleh karena nama-Nya.  13 Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu telah mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu telah mengalahkan yang jahat.  14 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, karena kamu mengenal Bapa. Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu kuat dan firman Allah diam di dalam kamu dan kamu telah mengalahkan yang jahat.  15 Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.  16 Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.  17 Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.  18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir.  19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita.

 

Ayat 19 adalah satu ujian yang penting bagi jemaat, kerana mereka yang keluar dari jemaat, kerana tidak memelihara perintah hukum Allah dan dan berkumpul bersama-sama di dalam struktur jemaat, bukan dari golongan kita.

 

Kita dipanggil anak-anak Allah dan kita kenal Allah tetapi dunia tidak mengenali Allah dan ia tidak mengenali kita.

 

1Yohanes 3:1  1 Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal kita, sebab dunia tidak mengenal Dia.

 

Struktur kasih Allah berada di dalam diri kita sekiranya kita mengasihi saudara-saudara kita dan prihatin terhadap mereka.  Ianya adalah proses keseluruhan bagi keprihatinan sesama sendiri.

 

1Yohanes 3:10-19  10 Inilah tandanya anak-anak Allah dan anak-anak Iblis: setiap orang yang tidak berbuat kebenaran, tidak berasal dari Allah, demikian juga barangsiapa yang tidak mengasihi saudaranya.  11 Sebab inilah berita yang telah kamu dengar dari mulanya, yaitu bahwa kita harus saling mengasihi;  12 bukan seperti Kain, yang berasal dari si jahat dan yang membunuh adiknya. Dan apakah sebabnya ia membunuhnya? Sebab segala perbuatannya jahat dan perbuatan adiknya benar.  13 Janganlah kamu heran, saudara-saudara, apabila dunia membenci kamu.  14 Kita tahu, bahwa kita sudah berpindah dari dalam maut ke dalam hidup, yaitu karena kita mengasihi saudara kita. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tetap di dalam maut.  15 Setiap orang yang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia. Dan kamu tahu, bahwa tidak ada seorang pembunuh yang tetap memiliki hidup yang kekal di dalam dirinya.  16 Demikianlah kita ketahui kasih Kristus, yaitu bahwa Ia telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita; jadi kitapun wajib menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita.  17 Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya?  18 Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran.  19 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita berasal dari kebenaran. Demikian pula kita boleh menenangkan hati kita di hadapan Allah,

 

1Yohanes 4:7-15  7 Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah.  8 Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih.  9 Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya.  10 Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita.  11 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau Allah sedemikian mengasihi kita, maka haruslah kita juga saling mengasihi.  12 Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita.  13 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita tetap berada di dalam Allah dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bagian dalam Roh-Nya.  14 Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia.  15 Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah.

 

Seluruh konsep kasih di dalam Yohanes telah diambil dari orang-orang di dalam jemaat-jemaat yang cenderung untuk mengaburkan perintah hukum Allah dengan menumpukan perhatian kepada kasih Allah. Perbezaannya ialah fundamental di dalam jemaat-jemaat. Dengan memberi penumpuan terhadap kasih Allah, mereka cuba untuk meniadakan perintah hukum. Tulisan Perjanjian Baru agak jelas. Kasih Allah ditunjukkan melalui keupayaan untuk melakukan kehendak Allah dan menuruti perintah hukum Allah dan Yesus Kristus, di dalam kesaksian Yesus Kristus. Kamu tidak boleh meniadakan perintah hukum Allah dengan cara memberi penumpuan kepada struktur kasih Allah, kerana hukum Allah berasal dari sifat Allah, demikian juga dengan persoalan mengenai kasih dan perintah hukum.

 

Seluruh seksyen menunjukkan bahawa perintah hukum Allah adalah prasyarat untuk mengekalkan Roh Suci. Pemeliharaan kepada perintah hukum Allah dan kasih Allah adalah justru dua aspek di dalam satu struktur.

 

Roh Suci membolehkan kita mengambil bahagian di dalam sifat Ilahi Allah. Buah roh tertanam di dalam diri kita keupayaan untuk hidup dan bertindak dengan sifat yang alim. Ini digambarkan di dalam diri kita sendiri dan dalam cara kita menangani sesama sendiri. Sebagai orang Kristian, kita harus pamerkan buah ini.

 

Galatia 5:22-26  22 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan,  23 kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu.  24 Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya.  25 Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh,  26 dan janganlah kita gila hormat, janganlah kita saling menantang dan saling mendengki.

 

Kita semua harus melihat bagaimana kita berhubungan sesama sendiri dan kita semua harus juga cuba untuk memperkenalkan jemaat Allah di sekitar struktur keprihatinan dan kasih diantara satu dengan yang lain. Kita terutamanya  perlu untuk menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya kepada mereka yang mengajar dan memimpin kita kepada iman.

 

1Tesalonika 5:12-18  12 Kami minta kepadamu, saudara-saudara, supaya kamu menghormati mereka yang bekerja keras di antara kamu, yang memimpin kamu dalam Tuhan dan yang menegor kamu;  13 dan supaya kamu sungguh-sungguh menjunjung mereka dalam kasih karena pekerjaan mereka. Hiduplah selalu dalam damai seorang dengan yang lain.  14 Kami juga menasihati kamu, saudara-saudara, tegorlah mereka yang hidup dengan tidak tertib, hiburlah mereka yang tawar hati, belalah mereka yang lemah, sabarlah terhadap semua orang.  15 Perhatikanlah, supaya jangan ada orang yang membalas jahat dengan jahat, tetapi usahakanlah senantiasa yang baik, terhadap kamu masing-masing dan terhadap semua orang.  16 Bersukacitalah senantiasa.  17 Tetaplah berdoa.  18 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

 

Ramai di antara kita yang pernah mengalami ujian yang teruk pada masa-masa lalu. Kebanyakan jemaat telah musnah kerana sifat memilih buluh dan kurangnya kasih. Memilih buluh adalah satu dosa yang terbesar dalam jemaat pada abad yang ke dua puluh.  Manusia tidak memahaminya. Kita semua mempunyai peluang untuk membentuk semula jemaat ini dan membuat ia satu wadah yang baik bagi Roh Suci yang sepatutnya demikian. Ianya tidak dibenarkan gagal untuk bertemu bersama dan melakukan perkara sendiri.

 

Ibrani 10:24-25  24 Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik.  25 Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

 

Ianya tidak dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian di dalam injil kerajaan Allah, memperluaskan penginjilan kepada semua bangsa. Kita mempunyai tugasan yang perlu dilakukan. Kita semua diletakkan di dalam satu tubuh. Tubuh ini mempunyai tanggungjawab untuk bertindak bersama-sama untuk menjalankan. Kristus mengatakan Ibuku dan saudaraku adalah orang yang melakukan kehendak Bapa di sorga. Semua kita harus melihat mereka yang melakukan kehendak Bapa di sorga. Semua kita harus menetapkan satu sistem yang berupaya untuk bertahan. Kita harus saling menolong di antara satu dengan yang lain.

 

Filipi 2:2  2 karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan,

 

Satu daripada masalah terbesar yang kita hadapi di dalam jemaat, adalah untuk menyatukan jemaat di mana anggotanya saling mengasihi sesama sendiri, dan saling memberi keprihatinan terhadap orang lain dan apa orang lain lakukan dan fikirkan. Kecuali dan sehingga kita sampai ke tahap itu, kita gagal di dalam perintah hukum yang pertama dan kedua.

 

Roma 13:8,10  8 Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapapun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat.

 

10 Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia, karena itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat.

 

Sementara Stefanus di aniaya dia berkata: Bapa ampuni lah mereka kerana mereka tidak tahu apa mereka perbuat. Bagi mereka yang menganiaya dia, ianya tidak termasuk dalam akaun mereka – janganlah diletakkan dosa ini dalam akaun mereka. Pokok sebenarnya ialah bahawa orang-orang ini bukan sebahagian daripada umat pilihan. Mereka tidak dipanggil. Semua bapa kita melihat perkara yang lebih besar dan kemudian mereka mendapatkannya di dalam bangsa Israel.  Semua mereka adalah penurut kepada hukum dan hanya sebilangan kecil sahaja yang dipilih, hanya nabi dan penatua yang tertentu yang diambil untuk diletakkan di dalam kerajaan Allah, tetapi mereka mempunyai hukum. Mereka tidak mewarisi kerajaan Allah. Mereka akan mewarisi kerajaan Allah pada mawa kebangkitan, tetapi mereka tidak dipilih dan malahan ianya tidak ditentukan untuk mereka. Mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memanggil Allah seperti keupayaan kita dan menerima Roh Suci dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Allah. Ini belum boleh didapati sehingga Pentakosta pada 30 CE.

 

Seluruh ciptaan ini menunjukkan kepada kita, bahawa cara yang dijalankan bertentangan dengan hukum kasih Allah adalah malapetaka. Kita sudah berada di penghujung 6,000 tahun sekarang. Dalam masa tiga puluh tahun dari sekarang, kita akan melihat planet ini mempamerkan masalah zaman akhir. Pada penghujung peperangan sangkakala ke-6, sejumlah lebih dari satu pertiga dari planet ini akan mati. Semua ini tidak kena mengena dengan Allah dalam hubungan konsep itu. Allah akan menangani planet ini dan Dia akan lakukan itu dengan kasih dan pembelajaran yang betul.

 

Pemahaman kepada Alkitab sering kali digunakan untuk meninggikan diri dan tidak ada kelemahan yang lebih jijik dari bersifat membenarkan diri sendiri. Perangkap yang terbesar dalam Jemaat Allah ialah bahawa kerana kita memahami lebih daripada orang lain dan fikiran kita telah dibuka dan kerana Allah memberi pemahaman kepada kita, kita cenderung untuk mempunyai sifat membenarkan diri sendiri, walaupun ini tidak memberi kebaikan kepada kita sendiri.

 

Roma 15:1-7 1 Kita, yang kuat, wajib menanggung kelemahan orang yang tidak kuat dan jangan kita mencari kesenangan kita sendiri.  2 Setiap orang di antara kita harus mencari kesenangan sesama kita demi kebaikannya untuk membangunnya.  3 Karena Kristus juga tidak mencari kesenangan-Nya sendiri, tetapi seperti ada tertulis: "Kata-kata cercaan mereka, yang mencerca Engkau, telah mengenai aku."  4 Sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.  5 Semoga Allah, yang adalah sumber ketekunan dan penghiburan, mengaruniakan kerukunan kepada kamu, sesuai dengan kehendak Kristus Yesus,  6 sehingga dengan satu hati dan satu suara kamu memuliakan Allah dan Bapa Tuhan kita, Yesus Kristus.  7 Sebab itu terimalah satu akan yang lain, sama seperti Kristus juga telah menerima kita, untuk kemuliaan Allah.

 

Kita dipilih untuk dipanggil, dibaptism, diberi Roh Suci dan fikiran kita dibuka dan kita diberi pemahaman. Sementara kita belajar kita diberi pemahaman yang lebih banyak. Jadi kerajinan dan penurutan memberi kita pengetahuan yang tinggi. Allah menuntut penurutan lebih dari pengorbanan. Pengetahuan ini mengenai semua nubuatan dan semua rahsia-rahsia tidaklah begitu diutamakan.

 

Kolose 3:12-14 12 Karena itu, sebagai orang-orang pilihan Allah yang dikuduskan dan dikasihi-Nya, kenakanlah belas kasihan, kemurahan, kerendahan hati, kelemahlembutan dan kesabaran.  13 Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu perbuat jugalah demikian.  14 Dan di atas semuanya itu: kenakanlah kasih, sebagai pengikat yang mempersatukan dan menyempurnakan.

 

Kita harus mengasihi sesama sendiri. Sekiranya kita tidak mengasihi sesama sendiri, kita akan kehilangan kedudukan kita. Ianya adalah satu persoalan yang selalu memikirkan untuk melakukan kebaikan sesama sendiri. Bagaimana saya boleh menolong? Bagaimana saya mengelakkan pelanggaran? Bagaimana saya mahu menjaga saudara lelaki dan perempuan saya?

 

1Petrus 3:8-9  8 Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-saudara, penyayang dan rendah hati,  9 dan janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, tetapi sebaliknya, hendaklah kamu memberkati, karena untuk itulah kamu dipanggil, yaitu untuk memperoleh berkat.

 

Pokok sebenarnya di sini ialah kita tidak harus fikir bagaimana untuk mengasihi orang lain. Apabila kita mengasihi sesama sendiri, proses pemikiran ini terjadi secara otomatik.

 

Roma 12:9-10 9 Hendaklah kasih itu jangan pura-pura! Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik.  10 Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat.

 

Semua hukum dan para nabi digantung dari dua perintah hukum yang utama dan terutama ini. Semua nubuatan bersangkutan dengannya. Tidak ada pengajaran yang tidak bersangkutan dengannya.

 

Yohanes 13;34-35  34 Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi.  35 Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi."

 

Ianya tidak mencukupi untuk mengasihi secara diam-diam. Kita harus kelihatan untuk melaksanakan perasaan kasih.  Di mana kemungkinan kita harus memberi pertolongan fizikal kepada mereka yang memerlukan dan selalu mendorong, ada perasaan kasihan, baik hati dan lembut. Ianya selalu senang untuk berkongsi sewaktu masa gembira, tetapi kita juga seharusnya bersama dengan mereka pada waktu mereka sakit, kesusahan dan kemurungan dan kemerosotan.  Kepada kita yang diberkati dengan kekayaan, kita seharusnya untuk mengongsikannya dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kita seharusnya boleh melihat perkara ini tanpa ditanya.

 

Dalam tahun persepuluhan ketiga, kita harus gunakan dengan tekun untuk hal-ehwal orang lain. Pendapatan dari tahun persepuluhan ketiga adalah untuk melayani keperluan orang lain bagi tujuh tahun seterusnya dalam kitaran. Dalam tahun itu kita semua dibenarkan untuk memelihara Perayaan-perayaan dengan hasil pendapatan kita dan mengambil dari penambahan yang diberikan oleh Allah kepada kita, dalam apa pun skala yang digunakan. Tetapi persepuluhan kita yang kedua semuanya diberikan kepada jemaat sebagai persepuluhan ketiga, untuk kegunaan hal-ehwal jemaat. Semua ini adalah sebahagian daripada struktur kasih.

 

Masa kita adalah barang yang sangat berharga dan berupaya untuk memberikan masa kepada orang lain adalah satu ramuan yang diperlukan dalam mempraktikkan kasih Kristian. Ini tidak seharusnya ditujukan kepada mereka yang kita fikir sesuai dan yang kita kenal sahaja. Ianya tidak selalu senang untuk mengasihi mereka yang mengganggu dan menjengkelkan kita, tetapi di sebaliknya kita diperingatkan supaya mengasihi musuh kita. Ini sesungguhnya satu ujian kasih Ilahi. Sebab sekiranya kamu mengasihi mereka yang mengasihi kamu apakah upah yang kamu dapat?

 

1Yohanes 4:8   8 Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih.

 

Persoalan mengenai kasih ialah, sekiranya kamu tidak mengasihi, kamu tidak mengenali Allah. Jadi ujian bagi umat-umat pilihan adalah bahawa mereka mengasihi sesama sendiri dan tidak ada perintah hukum yang lebih penting daripada mengasihi Allah dan mengasihi sesama kita manusia.

 

q