Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[086]
Iman dan Perbuatan [086]
(Edisi 2.0 19950701-20000327)
Tulisan ini menunjukkan perhubungan diantara Iman dan Perbuatan. Ia menunjukkan tuntutan untuk bertobat dari perbuatan-perbuatan yang mati atau sia-sia. Demonstrasi iman yang dipegang oleh para rasul adalah dari perbuatan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Iman dan Perbuatan [086]
Ianya adalah prinsip dalam
Kekristianan, bahawa orang yang benar
akan hidup oleh iman (Hab 2:4; Rom 1:17; Ibr 10:38). Perkiraan moden yang biasa
didengar, mengatakan bahawa iman telah menggantikan perbuatan dan hukum itu
telah dibatalkan. Lebih khusus lagi, ianya telah menganggap bahawa memelihara
hukum adalah sebahagian daripada perbuatan dan perbuatan itu tidak mempunyai
peranan dalam keselamatan. Rumusan ini berasal dari kesalahfahaman tentang
perhubungan diantara keselamatan dan rahmat dan hukum. Perhubungan ini dikenalpasti dalam tulisan Perhubungan diantara
Keselamatan dan Hukum [082].
Tulisan ini akan membawah perhubungan ini maju ke depan, kepada perhubungan diantara Iman dan Perbuatan.
Dalam hal yang sebenarnya Kristus telah menyatakan bahawa hukum itu digubah dengan peranan, dan yang terpenting dalam hukum ialah Keadilan dan Belas Kasihan dan Iman. Kristus mengatakan bahawa perkara-perkara ini harus dilakukan tanpa mengabaikan hukum yang lain (Mat 23:23).
Jadi isunya ialah, ada hukum-hukum yang terpenting Ada bahagian-bahagian hukum yang lebih kecil yang harus dilakukan. Kristus tidak mengatakan bahawa ini semua dibatalkan. Dia mengatakan: yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan. Jadi, kedua-duanya harus dilakukan, namun hukum-hukum yang terpenting akan mendahului unsur-unsur hukum yang lebih kecil. Memberi persepuluhan keatas tumbuhan herba di taman anda, tidak akan mengecualikan anda untuk keluar dan berbuat perkara yang baik kepada jiran anda. Sudah menjadi lumrah bahawa ramai orang yang berfikir mereka adalah benar selayaknya kerana mereka melakukan perkara-perkara kecil dalam pekerjaan Allah. Namun bahagian yang utama dalam pekerjaan Allah mereka tinggalkan tanpa melakukannya, ataupun lari daripadanya. Kristus mengatakan bahawa mereka ini, iaitu guru-guru Taurat dan Farisi, mengetahui tentang hukum namun memindahkan kepentingannya, dimana mereka lebih menekankan hal-hal yang tidak ternasuk dalam bahagian-bahagian penting dalam hukum yang seharusnya mereka lakukan. Anda tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang penting dalam hukum tanpa melakukannya.
Kristus memanggil kita untuk suatu pekerjaan. Dia tidak memanggil kita hanya untuk duduk dan berdoa di dalam bilik kita. Anda tidak akan dapat memasuki Kerajaan Allah dengan hanya berdoa di dalam bilik, sedangkan anda mempunyai keupayaan untuk melakukan perkara-perkara lain. Ramai orang yang tidak dapat keluar dari bilik mereka dan berdoa di dalam almari dinding dan mereka melakukan pekerjaan Allah, sebab doa-doa orang yang benar lebih banyak manfaatnya. Ada segala macam alasan mengapa manusia harus melakukannya, bahwa mereka diberi keupayaan dan perlengkapan untuk bekerja. Ramai orang merasa sukar untuk berhadapan dengan perkara ini, dengan konsep bahawa adanya undang-undang dan peraturan yang harus mereka turuti.
Dari ulasan Kristus dalam Matius 23:23, ianya boleh dilihat bahawa iman adalah tiang bagi hukum dan bukannya sebagai pengganti hukum. Jadi, keadilan dan belas kasihan serta iman adalah tiga bahagian utama dalam hukum, yang mana Kristus katakan harus dituruti. Sesungguhnya iman merupakan kaedah yang membolehkan hukum itu dituruti ketika dalam keadaan perseteruan. Hari Paskah dipelihara melalui iman; bukannya sebagai pendahulu kepada iman. Konsepnya ialah, sebelum hukum itu diberikan kepada Musa, Hari Paskah ini sudah dipelihara oleh Musa didalam keimanan. Jadi iman mendahului hukum dan juga sebahagian dari hukum (Ibr 11:28).
Ini adalah penting, sebab penganut Protestant serta golongan yang dipanggil Kristian Moden mempunyai konsep bahawa hukum itu telah dibatalkan dan iman adalah konsep dalam Perjanjian Baru yang mana ia telah menghapuskan perbuatan. Selanjutnya, mereka juga percaya bahawa hanya iman kepada Yesus Kristus sahaja yang diperlukan dan melalui iman kepada Yesus Kristus mereka akan diselamatkan. Ini hanya benar sebahagiannya.
Ayat penting yang selalu disalahgunakan adalah dari Ibrani 6:1 sebab ianya merujuk kepada pertobatan dari perbuatan yang sia-sia. Ayat ini harus dibaca mengikut susunan setiap ayat.
Ibrani 6:1-12 Sebab itu marilah kita tinggalkan asas-asas pertama dari ajaran tentang Kristus dan beralih kepada perkembangannya yang penuh. Janganlah kita meletakkan lagi dasar pertobatan dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, dan dasar kepercayaan kepada Allah, 2 yaitu ajaran tentang pelbagai pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan orang-orang mati dan hukuman kekal. 3 Dan itulah yang akan kita perbuat, jika Allah mengizinkannya. 4 Sebab mereka yang pernah diterangi hatinya, yang pernah mengecap karunia sorgawi, dan yang pernah mendapat bagian dalam Roh Kudus, 5 dan yang mengecap firman yang baik dari Allah dan karunia-karunia dunia yang akan datang, 6 namun yang murtad lagi, tidak mungkin dibaharui sekali lagi sedemikian, hingga mereka bertobat, sebab mereka menyalibkan lagi Anak Allah bagi diri mereka dan menghina-Nya di muka umum.
Ini merujuk kepada orang yang pernah menjadi umat pilihan, telah menerima Roh Suci dan kemudiannya jatuh dari kebenaran. Adalah mustahil untuk memulihakan mereka kepada kebenaran. Mereka akan mengalami kebangkitan yang kedua.
Ayat 7
Sebab tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, dan
yang menghasilkan tumbuh-tumbuhan yang berguna bagi mereka yang mengerjakannya,
menerima berkat dari Allah;
Sekiranya
kita mengerjakan (bersedia) dan diberi Roh Suci, itu adalah berkat dari Allah.
Atat 8 tetapi
jikalau tanah itu menghasilkan semak duri dan rumput duri, tidaklah ia berguna
dan sudah dekat pada kutuk, yang berakhir dengan pembakaran. 9 Tetapi,
hai saudara-saudaraku yang kekasih, sekalipun kami berkata demikian tentang
kamu, kami yakin, bahwa kamu memiliki sesuatu yang lebih baik, yang mengandung
keselamatan. 10 Sebab
Allah bukan tidak adil, sehingga Ia lupa akan pekerjaanmu dan kasihmu yang kamu
tunjukkan terhadap nama-Nya oleh pelayanan kamu kepada orang-orang kudus, yang
masih kamu lakukan sampai sekarang. 11 Tetapi
kami ingin, supaya kamu masing-masing menunjukkan kesungguhan yang sama untuk
menjadikan pengharapanmu suatu milik yang pasti, sampai pada akhirnya, 12 agar
kamu jangan menjadi lamban, tetapi menjadi penurut-penurut mereka yang oleh
iman dan kesabaran mendapat bagian dalam apa yang dijanjikan Allah.
Ini sudah jelas. Anda tidak lagi menyimpan pengajaran-pengajaran dasar. Asas doktrin-doktrin Kristus adalah pertobatan dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, iman terhadap Allah dan ajaran tentang kesederhanaan hukum, kebangkitan orang-orang mati dan penghakiman yang kekal. Ini semua perkara yang muda. Kita akan meninjau perkara-perkara yang lebih besar. Ini tidak bererti bahawa perbuatan-perbuatan adalah sia-sia dan ianya akan dibatalkan.
Ulasan ini merujuk kepada pertobatan dari perbuatan yang sia-sia. Walaubagaimanpun, ayat ini melampaui daya pengertian orang-orang Kristian mengenai dua segi doktrin asas ini. Justru itu, tahap kematangan mereka melampaui pengertian yang mula-mula mengenai pertobatan dari perbuatan yang sia-sia. Perhatikan bahawa pertobatan adalah dari perbuatan yang sia-sia, bukannya dari perbuatan (dipetik dari Gal 5:19-22). Pengertian yang menyeleweng ini berakar dari dasar fikiran yang salah, dimana mengatakan bahawa semua perbuatan adalah sia-sia. Ini tidak benar.
Ada isu-isu sampingan di dalam perkara ini. Sekali anda mengecapi Roh Suci dan meletakkan bahu anda diatas setir serta anda telah memperoleh tempat didalam tentera Allah, anda tidak boleh melarikan diri dengan keadaan yang tidak murni. Ini bukan soal mengatakan “Saya akan pikul salib saya kembali; Saya akan meletakkannya dan kuburkan Ayah saya, atau saya akan mencuba pula lembu saya; atau saya akan lakukan sesuatu yang lain dan kemudian saya akan pikul kembali apabila ianya sesuai dengan saya. Sistem ini tidak berfungsi seperti ini. Apabila anda memperoleh tempat di ladang, anda akan bekerja sehingga matahari terbenam dan anda boleh dipanggil pada bila-bila masa. Perumpamaan tentang pekerja-pekerja di ladang menunjukkan bahawa semua mereka menerima upah yang sama, yakni keselamatan. Tetapi semua mereka bekerja sehingga matahari terbenam, sehingga hari berakhir. Beberapa pekerja dipanggil lewat namun mereka semua bekerja bersama-sama dari masa mereka dipanggil. Sekiranya anda meninggalkan ladang, anda tidak akan mendapat upah.
Kesudahan akhir bagi perkara ini ialah didalam 1Korintus 5:5 – anda akan diserahkan kepada musuh supaya hidup anda akan diselamatkan pada zaman akhir. Inilah hukumannya. Anda akan mengalami kebangkitan yang kedua. Seseorang itu perlu bertobat dari tingkahlaku yang membawa penghinaan terhadap Kristus dan sistem ini. Kita mempunyai kerja yang harus dilakukan dan semua kita mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi tugas ini dengan sebaik mungkin. Ada diantara kita yang mempunyai keupayaan yang lebih dari orang lain. Ada diantara kita yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Ada diantara kita yang tekun di dalam doa dan puasa. Ada diantara kita yang mempunyai talenta dalam hal-hal yang lain. Tetapi kita semua dipanggil untuk bekerja sebagai anggota didalam satu tubuh, dan kepala kita adalah Yesus Kristus. Adalah penting untuk mengingati bahawa kepala bagi gereja ini adalah Yesus Kristus, dan sekiranya ada yang mengubahnya, itu akan memburukkan nama dan memfitnah.
Bab mengenai iman di dalam Ibrani 11 adalah penting untuk menunjukkan bagaimana iman itu dipelihara dan bagaimana orang-orang memperkembangkan iman itu. Ini bukanlah konsep Perjanjian Baru sama sekali. Perjanjian Baru sangat jelas dalam menyematkan iman pada ketika asal mula dunia.
Ibrani 11:1-39
Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala
sesuatu yang tidak kita lihat. 2 Sebab
oleh imanlah telah diberikan kesaksian kepada nenek moyang kita. 3 Karena
iman kita mengerti, bahwa alam semesta telah dijadikan oleh firman Allah,
sehingga apa yang kita lihat telah terjadi dari apa yang tidak dapat kita
lihat. 4 Karena iman Habel telah
mempersembahkan kepada Allah korban yang lebih baik dari pada korban Kain.
Dengan jalan itu ia memperoleh kesaksian kepadanya, bahwa ia benar, karena
Allah berkenan akan persembahannya itu dan karena iman ia masih berbicara,
sesudah ia mati. 5 Karena
iman Henokh terangkat, supaya ia tidak mengalami kematian, dan ia tidak
ditemukan, karena Allah telah mengangkatnya. Sebab sebelum ia terangkat, ia
memperoleh kesaksian, bahwa ia berkenan kepada Allah. 6 Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan
kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa
Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh
mencari Dia. 7 Karena
iman, maka Nuh--dengan petunjuk Allah tentang sesuatu yang belum
kelihatan--dengan taat mempersiapkan bahtera untuk menyelamatkan keluarganya;
dan karena iman itu ia menghukum dunia, dan ia ditentukan untuk menerima
kebenaran, sesuai dengan imannya.
Nuh telah diberi amaran mengenai kesudahan abad, dan dia mula membina bahtera. Dia mengambil masa beratus tahun dan menghadapi cemuhan dari semua orang di sekelilingnya. Kita telah diberikan buku Wahyu selepas Kristus, yang mana memberi amaran kepada kita mengenai kesudahan akhir abad ini. Kesudahan tentang akhir abad ini telah diberi penunjuk dan melalui iman kita akan menantikan kedatangan Mesiah. Sama seperti nabi-nabi yang mendahului Wahyu, telah memberikan amaran mengenai kedatangan Mesiah dan kesudahan akhir abad ini. Sekarang kita juga menghadapi cemuhan kerana kepercayaan ini. Semakin bertambah orang yang mengaku dirinya sebagai seorang Kristian mengatakan bahawa Allah telah menundakan kedatangannya. Semakin bertambah orang yang menangguhkan kedatangan Mesiah kepada suatu masa yang lebih jauh. Semakin bertambah ketakutan di luar sana, semakin bertambah kemampuan mereka untuk menangguhkan kedatangan Mesiah. Semakin bertambah peperangan, semakin tinggi kemungkinan mereka untuk menangguhkannya. Hanya apabila mereka akhirnya berhadapan dengan kehancuran yang kejam, mereka akan mula berdoa untuk kedatangan Mesiah. Sedikit orang yang berdoa Datanglah KerajaanMu pada masa sekarang.
Ayat 8 Karena iman Abraham taat, ketika ia
dipanggil untuk berangkat ke negeri yang akan diterimanya menjadi milik
pusakanya, lalu ia berangkat dengan tidak mengetahui tempat yang ia tujui. 9 Karena iman ia diam di tanah yang
dijanjikan itu seolah-olah di suatu tanah asing dan di situ ia tinggal di kemah
dengan Ishak dan Yakub, yang turut menjadi ahli waris janji yang satu itu. 10 Sebab ia menanti-nantikan kota yang
mempunyai dasar, yang direncanakan dan dibangun oleh Allah. 11 Karena
iman ia juga dan Sara beroleh kekuatan untuk menurunkan anak cucu, walaupun
usianya sudah lewat, karena ia menganggap Dia, yang memberikan janji itu setia.
Tuhan memberikan satu janji kepada Sarah. Walaupun dia sudah melewati kemampuan untuk melahirkan anak, namun dia percaya bahawa Tuhan akan menunaikan janji itu.
Ayat 12 Itulah sebabnya, maka dari satu
orang, malahan orang yang telah mati pucuk, terpancar keturunan besar, seperti
bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut, yang tidak terhitung
banyaknya.
Jadi
keturunan Abraham adalah seperti bintang-bintang di langit. Mereka berkembang di luar Yahuda.
Ayat 13 Dalam iman mereka semua ini telah
mati sebagai orang-orang yang tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, tetapi
yang hanya dari jauh melihatnya dan melambai-lambai kepadanya dan yang
mengakui, bahwa mereka adalah orang asing dan pendatang di bumi ini. 14 Sebab mereka yang berkata demikian
menyatakan, bahwa mereka dengan rindu mencari suatu tanah air. 15 Dan kalau sekiranya dalam hal itu
mereka ingat akan tanah asal, yang telah mereka tinggalkan, maka mereka cukup
mempunyai kesempatan untuk pulang ke situ.
16 Tetapi sekarang mereka merindukan tanah air
yang lebih baik yaitu satu tanah air sorgawi. Sebab itu Allah tidak malu
disebut Allah mereka, karena Ia telah mempersiapkan sebuah kota bagi mereka.
Pencarian
ini sebenarnya adalah penziarahan sewaktu di bumi; menantikan Allah untuk
membawah Yerusalem baru itu turun, dan mendamaikan planet ini kepada warga
sorgawi. Sekarang, Konsep ini sendiri
dibawah kritikan hebat oleh masyarakat-masyarakat di dunia.
Ayat 17 Karena iman maka Abraham, tatkala
ia dicobai, mempersembahkan Ishak. Ia, yang telah menerima janji itu, rela
mempersembahkan anaknya yang tunggal, 18
walaupun kepadanya telah dikatakan: "Keturunan yang berasal dari Ishaklah
yang akan disebut keturunanmu."
Allah telah
membuat pernyataan ini, namun rupa-rupanya Abraham kemudiannya telah diberi
perintah oleh Pesuruh Allah (Malaikat Allah) untuk melanggar pernyataan
tersebut.
Ayat 19 Karena ia berpikir, bahwa Allah
berkuasa membangkitkan orang-orang sekalipun dari antara orang mati. Dan dari
sana ia seakan-akan telah menerimanya kembali.
Jadi
Abraham mempunyai iman yang walaupun Allah menyuruh dia membunuh anaknya, Allah
akan bangkitkan anaknya dan menyebut bahawa keturunan di dunia adalah berasal
dari Ishak. Dia mempunyai kepercayaan
dan iman yang mutlak bahawa sekiranya Allah menyuruh dia menyingkirkan anaknya
sehingga dibunuh, Allah pasti akan
bangkitkan anaknya. Ini adalah satu
perbuatan iman yang menakjubkan. Ramai orang yang tidak mempunyai iman walaupun
hanya untuk menyingkirkan pekerjaan mereka demi satu pencarian kepada
satu-satunya Allah yang benar. Apatah lagi bila menyingkirkan anak-anak mereka.
Ayat 20 Karena
iman maka Ishak, sambil memandang jauh ke depan, memberikan berkatnya kepada
Yakub dan Esau. 21 Karena
iman maka Yakub, ketika hampir waktunya akan mati, memberkati kedua anak Yusuf,
lalu menyembah sambil bersandar pada kepala tongkatnya.
Ini adalah ketika dia memberkati Efraim dan Manaseh. Berkat-berkat ini telah diberikan kepada orang-orang kita didalam iman, dengan mengetahui bahawa berkat itu akan digenapi dan ianya telah digenapi. Berkat-berkat yang telah diberikan kepada anak-anak Yusuf telah digenapi tiga ribu tahun (atau lebih) selepas kematian nabi itu. Ini agak bermakna bahawa ianya lebih tiga ribu tahun dari kematian Yakub, sebelum ini berkat sepenuhnya telah diberikan kepada Efraim dan Manaseh. Sehingga sekarang ianya masih tidak dinyatakan dengan sepenuhnya, sebab Mesiah masih belum membawah berkat perdamaian kepada hak-hak kelahiran yang sepenuhnya.
Ayat 22 Karena
iman maka Yusuf menjelang matinya memberitakan tentang keluarnya orang-orang
Israel dan memberi pesan tentang tulang-belulangnya.
Yusuf
meminta dirinya dibawah kembali ke Israel untuk dikuburkan. Dia tahu bahawa orang-orangnya sedang berada
dalam tawanan sebagai hamba abdi di Mesir sebagai satu bangsa. Namun dia
memberi perintah kepada anaknya supaya kembali ke Israel dan menguburkan dia di
sana sewaktu masa keluaran. Semua ini
adalah pengertian kepada nubuatan dan pengertian kepada iman, yang mana Roh
Suci berhubungan dengan orang-orang ini, memberitahu mereka apa yang akan
terjadi dan memberi mereka pimpinan kepada apa yang berlaku di masa hadapan.
Semua perkara ini berada jauh dalam jangkauan.
Bab iman ini mempunyai kepentingan makna yang sangat mendalam.
Ayat 23 Karena iman maka Musa, setelah ia
lahir, disembunyikan selama tiga bulan oleh orang tuanya, karena mereka
melihat, bahwa anak itu elok rupanya dan mereka tidak takut akan perintah
raja. 24 Karena iman maka Musa, setelah
dewasa, menolak disebut anak puteri Firaun, 25 karena ia lebih suka menderita
sengsara dengan umat Allah dari pada untuk sementara menikmati kesenangan dari
dosa. 26 Ia menganggap penghinaan karena Kristus
sebagai kekayaan yang lebih besar dari pada semua harta Mesir, sebab
pandangannya ia arahkan kepada upah.
Ini adalah
penderitaan Musa kerana Mesiah.
Bagaimana anda boleh menceraikan Musa dan tindakannya dari Mesiah,
sedangkan Perjanjian Baru agak jelas mengatakan bahawa penderitaan yang dialami
oleh Musa di Mesir adalah kerana Mesiah.
Dia melakukan ini untuk Yesus Kristus.
Ini merupakan satu konsep yang kuat.
Ayat 27 Karena iman maka ia telah
meninggalkan Mesir dengan tidak takut akan murka raja. Ia bertahan sama seperti
ia melihat apa yang tidak kelihatan. 28 Karena
iman maka ia mengadakan Paskah dan pemercikan darah, supaya pembinasa anak-anak
sulung jangan menyentuh mereka. 29 Karena
iman maka mereka telah melintasi Laut Merah sama seperti melintasi tanah
kering, sedangkan orang-orang Mesir tenggelam, ketika mereka mencobanya
juga. 30 Karena iman maka runtuhlah
tembok-tembok Yerikho, setelah kota itu dikelilingi tujuh hari lamanya. 31 Karena iman maka Rahab, perempuan
sundal itu, tidak turut binasa bersama-sama dengan orang-orang durhaka, karena
ia telah menyambut pengintai-pengintai itu dengan baik. 32 Dan apakah lagi yang harus aku
sebut? Sebab aku akan kekurangan waktu, apabila aku hendak menceriterakan
tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud dan Samuel dan para nabi, 33 yang
karena iman telah menaklukkan kerajaan-kerajaan, mengamalkan kebenaran,
memperoleh apa yang dijanjikan, menutup mulut singa-singa, 34 memadamkan api yang dahsyat. Mereka
telah luput dari mata pedang, telah beroleh kekuatan dalam kelemahan, telah
menjadi kuat dalam peperangan dan telah memukul mundur pasukan-pasukan tentara
asing. 35 Ibu-ibu telah menerima kembali
orang-orangnya yang telah mati, sebab dibangkitkan. Tetapi orang-orang lain
membiarkan dirinya disiksa dan tidak mau menerima pembebasan, supaya mereka
beroleh kebangkitan yang lebih baik. 36 Ada
pula yang diejek dan didera, bahkan yang dibelenggu dan dipenjarakan. 37 Mereka dilempari, digergaji,
dibunuh dengan pedang; mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba dan
kulit kambing sambil menderita kekurangan, kesesakan dan siksaan. 38 Dunia ini tidak layak bagi mereka.
Mereka mengembara di padang gurun dan di pegunungan, dalam gua-gua dan
celah-celah gunung. 39 Dan
mereka semua tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, sekalipun iman mereka
telah memberikan kepada mereka suatu kesaksian yang baik.
Dua aspek penting dalam ayat-ayat ini adalah:
1. Iman adalah unsur yang mustahak kepada penurutan hukum Allah; dan
2. Walaupun dengan iman, mereka tidak memperoleh janji itu. Justru itu, iman sendiri saja tidak menjamin keselamatan.
Itulah maksud utama perihal perbuatan ini. Ada urutan tindakan yang mempunyai syarat yang diperlukan oleh semua umat-umat pilihan. Iman hanya merupakan satu daripada prasyarat kepada keselamatan. Yang lainnya ialah pertobatan dan baptisan melalui tubuh dan darah Yesus Kristus, pemeliharaan perintah-perintah Allah bagi mengekalkan Roh Suci selepas kaedah meletakkan tangan dan pertumbuhan melalui iman didalam roh. Semua ini mempunyai hubungan diantara satu dengan yang lain dan semuanya bersyarat. Iman sendiri saja tanpa perbuatan adalah sia-sia. Anda bukan seorang Kristian sekiranya anda berfikir bahawa dengan iman sendiri saja anda akan mewarisi Kerajaan Allah. Kamu tidak akan mewarisi Kerajaan itu.
Yakub mengatakan bahawa doa yang lahir dari iman menyembuhkan orang yang sakit, dan Allah akan membangkitkan dia; dan sekiranya dia melakukan dosa, dia akan diampuni (Yak 5:15). Gabungan dasar ayat-ayat ini telah membawa kepada satu injil yang kaya dengan kesihatan dan doktrin yang mengatakan bahawa penyakit itu sama dengan dosa, yang juga dipegang oleh fahaman shamanisma. Penyembuhan seseorang individu melalui iman melibatkan secara fizikal dan juga spiritual, dan inilah pengertiannya terhadap apa yang dipraktikkan. Tidak ragu lagi bahawa penyakit adalah akibat dari beberapa dosa, tetapi tidak semua penyakit diakibatkan secara langsung oleh dosa-dosa individu itu.
Itu adalah jelas. Kini dunia ini mengalami keperian yang memanjang selepas enam ribu tahun dalam pemerintahan yang salah. Ianya tidak benar mengatakan bahwa sekiranya anda sakit, anda telah berbuat dosa. Ianya bukan petanda kekurangan iman hanya kerana seseorang itu mengidap penyakit barah.
Iman adalah unsur yang mustahak untuk penyembuhan tetapi dosa adalah pelanggaran terhadap hukum (1Yoh 3:4). Oleh itu, iman bergandingan langsung dengan hukum bagi kesejahteraan seseorang individu (yakni kesejahteraan dalam spiritual). Ada beberapa dosa yang membawah kepada hukuman fizikal. Sekiranya anda memilih untuk menjadi pemabuk, maka anda akan menghadapi hukuman fizikal. Keadaan ini boleh diakibatkan oleh pemakanan anda yang tidak teratur dan sistem tubuh badan anda tidak berfungsi.
Semua kejahatan adalah dosa (1Yoh 5:17). Keadilan dan kebenaran mempunyai konsep yang sama serta berasal dari perkataan ibrani yang sama (Zedek atau Zadok). Oleh itu, keadilan dan kebenaran dan iman semuanya mempunyai pertalian terhadap hukum seperti dikatakan bahawa orang benar akan hidup oleh iman (Hab 2:4 dipetik dari Rom 1:17; Ibr 10:38). Justru itu, iman adalah cara yang membolehkan umat-umat pilihan taat kepada Allah didalam hukum-hukum Allah. Ini adalah pengertian yang mana seseorang yang terus bertekun didalam iman, kuat dan teguh, tidak tergeser dari pengharapan injil (Kol 1:23).
Yakub menjelaskan persoalan tentang iman didalam buku Yakubus bab 2. Dasar pada masalah ini dilihat dari sikap memandang darjat. Masalah sikap memandang darjat ini menjadi serius dan berterusan didalam Jemaat-jemaat Allah Al Masehi pada sekian abad. Allah tidak melihat darjat pada seseorang (2 Sam 14:14). Dalam hal yang sama, Kristus juga tidak memandang darjat (Mat 22:16; Mar 12:14). Yakub melihat masalah ini di dalam buku Yakubus 2:1 (amalan dari prosoopolempsiais yang membawa erti memandang darjat lihat Marshall’s Interlinear) (dipetik dari tulisan Memandang darjat [221])
Yakubus 2:1-26
1 Saudara-saudaraku, sebagai orang yang beriman kepada Yesus Kristus,
Tuhan kita yang mulia, janganlah iman itu kamu amalkan dengan memandang muka.
Oleh itu,
iman mempunyai banyak syarat, atau cara-cara diamana kita harus berpegang teguh
kepada iman.
Ayat 2 Sebab, jika ada seorang masuk ke
dalam kumpulanmu dengan memakai cincin emas dan pakaian indah dan datang juga
seorang miskin ke situ dengan memakai pakaian buruk, 3 dan kamu menghormati orang yang berpakaian
indah itu dan berkata kepadanya: "Silakan tuan duduk di tempat yang baik
ini!", sedang kepada orang yang miskin itu kamu berkata: "Berdirilah
di sana!" atau: "Duduklah di lantai ini dekat tumpuan
kakiku!", 4 bukankah
kamu telah membuat pembedaan di dalam hatimu dan bertindak sebagai hakim dengan
pikiran yang jahat? 5
Dengarkanlah, hai saudara-saudara yang kukasihi! Bukankah Allah memilih
orang-orang yang dianggap miskin oleh dunia ini untuk menjadi kaya dalam iman
dan menjadi ahli waris Kerajaan yang telah dijanjikan-Nya kepada barangsiapa
yang mengasihi Dia? 6 Tetapi
kamu telah menghinakan orang-orang miskin. Bukankah justru orang-orang kaya
yang menindas kamu dan yang menyeret kamu ke pengadilan? 7 Bukankah
mereka yang menghujat Nama yang mulia, yang oleh-Nya kamu menjadi milik
Allah? 8 Akan tetapi, jikalau kamu
menjalankan hukum utama yang tertulis dalam Kitab Suci: "Kasihilah
sesamamu manusia seperti dirimu sendiri", kamu berbuat baik. 9Tetapi, jikalau kamu memandang muka,
kamu berbuat dosa, dan oleh hukum itu menjadi nyata, bahwa kamu melakukan
pelanggaran. 10 Sebab
barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari
padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya.
11 Sebab
Ia yang mengatakan: "Jangan berzinah", Ia mengatakan juga:
"Jangan membunuh". Jadi jika kamu tidak berzinah tetapi membunuh,
maka kamu menjadi pelanggar hukum juga.
12 Berkatalah dan berlakulah seperti orang-orang
yang akan dihakimi oleh hukum yang memerdekakan orang. 13 Sebab penghakiman yang tak berbelas
kasihan akan berlaku atas orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi belas
kasihan akan menang atas penghakiman.
Dalam perkataan lain, sementara anda menghakimi, anda juga dihakimi. Sekiranya anda menghakimi tanpa belas kasihan dan sekiranya anda berkasar kepada orang lain dan sekiranya anda muda melakukan kesalahan dan sekiranya anda muda menentang orang lain, demikian juga orang lain akan perbuat kepada anda. Orang lain juga akan melakukan kesalahan dan memberi reaksi dan berurusan dengan anda seperti mana anda telah perlakukan terhadap orang lain. Allah akan menggunakan sistem ini untuk membawahnya kembali kepada anda, sekiranya Dia bekerja dengan anda.
Orang yang menghalang pekerjaan Allah, atau cuba untuk mengubah haluan tindakan Allah yang sudah ditentukan, akan berurusan dengan Allah. Dia berupaya untuk menyingkirkan orang dan Dia juga berupaya untuk membunuh mereka. Ini adalah konsep yang sangat penting. Ianya suatu perkara yang menakutkan apabila jatuh kedalam tangan Allah yang hidup. Semua perkara akan terlaksana sama ada dibawah kuasa berkat Allah ataupun tidak. Sekiranya ini terlaksana dibawah kuasa berkat Allah dan sekiranya anda melakukan pekerjaanNya, jangan cuba untuk merintangi pekerjaan Allah, kerana ini adalah melawan Allah dan Dia pasti akan berurusan dengan anda.
Perhubungan diantara iman dan pertalian pada hukum boleh dilihat di dalam ayat-ayat ini (Yakubus 2:1-13). Lebih penting lagi, kejahatan dari sikap memandang darjat ini juga dilihat sebagai sikap yang suka menentang keadilan dan kebenaran. Tidak boleh ada sikap memandang darjat di dalam gereja-gereja Allah.
Yakub terus meneliti perhubungan diantara iman dan perbuatan yang terkandung dalam ayat-ayat ini. Pernyataannya tidak boleh dipisahkan daripada konteks didalam bahagian yang mendahuluinya.
Ayat 14 Apakah gunanya, saudara-saudaraku,
jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai
perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia? 15 Jika seorang saudara atau saudari tidak
mempunyai pakaian dan kekurangan makanan sehari-hari, 16 dan
seorang dari antara kamu berkata: "Selamat jalan, kenakanlah kain panas
dan makanlah sampai kenyang!", tetapi ia tidak memberikan kepadanya apa
yang perlu bagi tubuhnya, apakah gunanya itu?
17 Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman
itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati. 18 Tetapi mungkin ada orang berkata:
"Padamu ada iman dan padaku ada perbuatan", aku akan menjawab dia:
"Tunjukkanlah kepadaku imanmu itu tanpa perbuatan, dan aku akan
menunjukkan kepadamu imanku dari perbuatan-perbuatanku." 19 Engkau percaya, bahwa hanya ada
satu Allah saja? Itu baik! Tetapi setan-setanpun juga percaya akan hal itu dan
mereka gemetar. 20 Hai
manusia yang bebal, maukah engkau mengakui sekarang, bahwa iman tanpa perbuatan
adalah iman yang kosong? 21
Bukankah Abraham, bapa kita, dibenarkan karena perbuatan-perbuatannya, ketika
ia mempersembahkan Ishak, anaknya, di atas mezbah? 22 Kamu lihat, bahwa iman bekerjasama dengan
perbuatan-perbuatan dan oleh perbuatan-perbuatan itu iman menjadi
sempurna. 23 Dengan jalan demikian genaplah nas
yang mengatakan: "Lalu percayalah Abraham kepada Allah, maka Allah
memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran." Karena itu Abraham
disebut: "Sahabat Allah." 24 Jadi
kamu lihat, bahwa manusia dibenarkan karena perbuatan-perbuatannya dan bukan
hanya karena iman. 25 Dan bukankah
demikian juga Rahab, pelacur itu, dibenarkan karena perbuatan-perbuatannya,
ketika ia menyembunyikan orang-orang yang disuruh itu di dalam rumahnya, lalu
menolong mereka lolos melalui jalan yang lain?
26 Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian
jugalah iman tanpa perbuatan-perbuatan adalah mati.
Buku
Yakubus bab 2 sejajar dengan buku Ibrani bab 11. Iman dan perbuatan adalah
sejajar. Tindakan yang sama juga telah dibincangkan. Yang satu ialah melalui
iman dan yang satu lagi melalui perbuatan. Perbuatan itu sendiri berpangkal
dari iman.
Justru itu,
iman telah diiringi oleh perbuatan sebelum Musa dan bersama dengan Abraham dan
Abraham telah dibenarkan oleh perbuatan. Iman aktif dengan perbuatan dan iman
telah disempurnakan oleh perbuatan. Iman tanpa perbuatan adalah mati atau
sia-sia. Hakikat dalam hukum adalah bahawa perintah yang pertama dan yang
terutama dipelihara oleh iman dan melalui perbuatan ianya bukan satu prasangka.
Melalui penjagaan yang penuh kewaspadaan terhadap empat perintah hukum yang
pertama, maka hukum yang pertama dan
yang terutama, yakni mengasihi Tuhan boleh dipelihara.
Unsur
keempat untuk beribadah kepada Allah adalah dengan memelihara hari Sabat dan
itu adalah unsur yang positif. Ianya satu ujian yang positif untuk beribadah
kepada satu-satunya Allah yang benar. Perintah hukum Sabat merupakan satu
perintah ujian untuk perintah hukum yang pertama dan yang terutama. Kita semua harus mengingatinya. Itulah
sebabnya mengapa orang mempunyai tentangan yang kuat terhadap perkara ini;
mengapa penganut Trinitarian merasa sukar untuk memahaminya.
Sebaliknya,
perintah hukum yang pertama dan yang terutama boleh dipelihara melalui iman
didalam tiga perintah hukum yang pertama, perbuatan diperlukan bagi memelihara
perintah hukum yang keempat. Lagi pun perintah hukum yang kedua utama, yakni
mengasihi orang lain, hanya boleh
diperlihatkan melalui perbuatan dan justru itu, iman tanpa perbuatan adalah
mati atau sia-sia. Seseorang itu akan
dibenarkan oleh perbuatan dan bukan hanya dengan iman sahaja. Tubuh yang akan
terpisah dari roh adalah mati, demikian juga iman yang terpisah dari perbuatan
adalah mati atau sia-sia.
Perkataan Jangan adalah aspek negative dalam
perintah hukum sepuluh, namun ianya mempunyai aspek-aspek positif juga. Perintah
hukum yang kelima dan yang kesepuluh adalah perintah hukum yang mengandungi
janji dan ini adalah aspek-aspek positifnya. Perintah hukum yang pertama juga
mengandungi janji. Perintah hukum yang
kesepuluh Jangan mengingini
menunjukkan sikap pada fikiran. Anda
harus mempunyai sikap pemikiran yang positif untuk memelihara perintah hukum
yang kesepuluh, yang mana lebih membantu anda daripada aspek-aspek lain, yakni
mengasihi jiranmu. Allah tidak membezakan orang (Acts 10:34; Rom 2:11) dan
tidak membezakan orang di dalam penghakiman (Ams 24:23) kerana ianya tidak baik
(Ams 28:21) dan oleh kerana iman tanpa perbuatan akan menghalang seseorang
individu dari memasuki Kerajaan itu. Kunci untuk memasuki Kerajaan Allah adalah
penurutan melalui iman didalam Yesus Kristus, dan bukan melalui iman didalam
Yesus Kristus tanpa mengindahkan penurutan.
Sekiranya
anda mempunyai iman didalam Yesus Kristus, turutilah perintah-perintah
hukum. Sekiranya anda mahu mengekalkan
Roh Suci, turutilah perintah-perintah hukum. Penurutan umat-umat pilihan
berpangkal dari perinta-perintah hukum Allah. Takutlah akan Allah dan turutilah
perintah-perintahnya (Peng 12:13). Perintah hukum yang terkecil sekalipun tidak
boleh di langgar (Mat 5:19). Sekiranya
kita mahu memasuki kedalam hidup, kita harus memelihara perintah-perintah hukum
(Mat 19:17). Matius 19:16-22
menunjukkan maksud perintah-perintah hukum.
Matius
19:16-22 Ada seorang datang kepada
Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat
untuk memperoleh hidup yang kekal?"
17 Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau
bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau
engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah." 18 Kata orang itu kepada-Nya:
"Perintah yang mana?" Kata Yesus: "Jangan membunuh, jangan
berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, 19
hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu
sendiri." 20 Kata
orang muda itu kepada-Nya: "Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang
masih kurang?" 21 Kata
Yesus kepadanya: "Jikalau engkau hendak sempurna, pergilah, juallah segala
milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh
harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku." 22 Ketika orang muda itu mendengar
perkataan itu, pergilah ia dengan sedih, sebab banyak hartanya.
Maksudnya
ialah kita harus berkorban untuk satu dengan yang lain dan untuk tugasan itu.
Sekiranya kita mengatakan bahawa kita mengasihi Allah, namun tidak melakukan
apa-apa, ini bererti kita tidak memelihara iman dan kita tidak akan mewarisi
Kerajaan Allah. Kita harus berkorban
demi kerajaan itu dan mengikuti Kristus. Perkataan-perkataan tanpa tindakan
perbuatan tidak bererti.
Efesus menggandingkan tema penurutan kepada Allah dan kesabaran pada penderitaan duniawi, dan dengan apa yang dianggap oleh masyarakat moden sebagai peraturan yang tidak adil.
Efesus 6:1-20 Hai
anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan, karena haruslah demikian. 2 Hormatilah
ayahmu dan ibumu--ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata
dari janji ini: 3 supaya kamu berbahagia dan panjang
umurmu di bumi. 4 Dan
kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi
didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan. 5 Hai hamba-hamba, taatilah tuanmu yang di dunia
dengan takut dan gentar, dan dengan tulus hati, sama seperti kamu taat kepada
Kristus, 6 jangan hanya di hadapan mereka saja
untuk menyenangkan hati orang, tetapi sebagai hamba-hamba Kristus yang dengan
segenap hati melakukan kehendak Allah, 7 dan yang
dengan rela menjalankan pelayanannya seperti orang-orang yang melayani Tuhan
dan bukan manusia. 8 Kamu
tahu, bahwa setiap orang, baik hamba, maupun orang merdeka, kalau ia telah
berbuat sesuatu yang baik, ia akan menerima balasannya dari Tuhan. 9 Dan kamu tuan-tuan, perbuatlah
demikian juga terhadap mereka dan jauhkanlah ancaman. Ingatlah, bahwa Tuhan
mereka dan Tuhan kamu ada di sorga dan Ia tidak memandang muka. 10 Akhirnya, hendaklah kamu kuat di
dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-Nya.
11 Kenakanlah
seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu
muslihat Iblis; 12 karena perjuangan kita bukanlah
melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan
penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan
roh-roh jahat di udara. 13 Sebab
itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan
perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu
menyelesaikan segala sesuatu. 14 Jadi
berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan,
Rangkaian Perlengkapan senjata ini mempunyai
maksud penting. Ianya merupakan
keseluruhan persediaan dengan mengenakan
perlengkapan senjata Allah berdasarkan kebenaran. Pakaian dalam dalam
perlengkapan ini ialah kebenaran. Tidak boleh ada pembohongan dalam apa yang
anda lakukan; tidak ada penyesatan dan tidak ada penipuan diri sendiri.
Ayat 15 kakimu
berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; 16 dalam
segala keadaan pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan
dapat memadamkan semua panah api dari si jahat,
Panah api
yang dilemparkan kepada anda adalah kekecewaan dan serangan terhadap iman; iman
bahawa kita adalah sebahagian daripada tubuh Yesus Kristus; bahawa kita sedang
melakukan pekerjaan Allah; bahawa kita dipimpin oleh Roh Suci dan bahawa kita
terus menerus membicarakan tentang kebenaran.
Semua ini boleh membentuk kekecewaan. Satu-satunya jalan yang digunakan
oleh musuh untuk menjatuhkan anda ialah melalui orang yang dekat dengan anda
dimana dia akan menggunakan orang ini untuk melontarkan tuduhan-tuduhan kepada
anda. Dia akan lakukan ini melalui orang yang menganggap bahawa dirinya benar selayaknya.
Ayat 17 dan terimalah ketopong keselamatan
dan pedang Roh, yaitu firman Allah,
Ketopang
keselamatan akan melindungi kepalamu. Rahmat keselamatan dalam Yesus Kristus
juga akan melindungi fikiranmu. Anda telah diberi pertobatan, yang mana melalui
pengatahuan tentang dosa yang membawa kepada perasaan bersalah. Kemudian
melalui perasaan bersalah ini, kita akan bertobat dan dari pertobatan, kita
akan mendapat rahmat keselamatan dalam Yesus Kristus. Kecukupan dari
pengorbanan Kristus ini merupakan ketopang keselamatan.
Senjata kita adalah perkataan Allah. Inilah pedang dua mata di dalam tangan kita. Itulah sebabnya mengapa kita boleh kendalikan orang yang menyalahgunakannya. Ini adalah senjata kita, bukan kepunyaan mereka, sebab apa yang mereka katakan tidak menyokongnya, apabila ianya diuji.
Ayat 18 dalam segala doa dan permohonan. Berdoalah
setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan
permohonan yang tak putus-putusnya untuk segala orang Kudus, 19 juga untuk aku, supaya kepadaku,
jika aku membuka mulutku, dikaruniakan perkataan yang benar, agar dengan
keberanian aku memberitakan rahasia Injil,
20 yang kulayani sebagai utusan yang
dipenjarakan. Berdoalah supaya dengan keberanian aku menyatakannya, sebagaimana
seharusnya aku berbicara.
Doa seperti
ini seharusnya diucapkan untuk semua yang berbicara dengan nama Yesus Kristus,
dan yang berbicara diantara umat-umat pilihan, menyatakan rahsia-rahsia injil
itu.
Konsep yang
akan tampil kehadapan disini adalah bahawa kumpulan pemberontak adalah asas
atau penyebab kepada peperangan yang kita lalui. Dasar kerajaan dan kekuasaan
ini telah membentuk sistem yang tidak adil. Iman adalah satu daripada unsur
dalam senjata Allah. Senjata utama adalah pedang roh, yakni perkataan Allah. Justru
itu, Alkitab atau lebih khusus lagi tulisan dalam perjanjian Lama menjadi
senjata utama bagi umat-umat pilihan. Tuntutan untuk terus peka adalah sangat
penting. Pihak musuh akan cuba menumbangkan umat-umat pilihan dengan
menggunakan doktrin palsu, yang mana cuba menghapuskan hukum Taurat Allah dan
cuba untuk menyesatkan umat pilihan seboleh mungkin. Dengan sebab ini, mereka cuba untuk menggantikan hukum Allah
dengan hukum perintah manusia (Mat 15:9; Mar 7:7). Kita akan mengenali Allah
apabila kita memelihara perintah hukumNya (1 Yoh 2:3). Sekiranya ada sesiapa
yang mengatakan bahawa mereka mengenali Allah namun mereka katakana bahawa
pemeliharaan hukum Allah tidak perlu, maka mereka adalah penipu dan kebenaran
tidak berada didalam mereka (1 Yoh 2:4). Mereka bukan tergolong sebagai umat
pilihan.
1Yohanes 2:1-6
Anak-anakku, hal-hal ini kutuliskan kepada kamu, supaya kamu jangan berbuat
dosa, namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada
Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil. 2 Dan Ia adalah pendamaian untuk segala
dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh
dunia. 3 Dan inilah tandanya, bahwa kita
mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya. 4 Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia,
tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di
dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa menuruti
firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan
itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. 6 Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam
Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup.
Kita berjalan pada jalan Kristus dan kita memelihara perintah-perintah hukum Allah, dan justru itu kita menyatakan kasih kita terhadap Allah didalam Kristus. Dengan berjalan pada jalan Kristus, kasih kita terhadap Allah akan menjadi sempurna.
Jangan diperdayakam oleh perdebatan yang cuba mengurangkan perintah hukum kepada fahaman semitisma. Guru palsu seperti ini membicarakan doktrin yang berasal dari iblis. Tidak ada terang fajar didalam mereka (Yes 8:20).
q