Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[088
]
Doktrin-doktrin Asal Kepercayaan Kristian [088]
(Edisi 1.0 20020810-20020810)
Trinitas tidak wujud sehinggalah ia ditakrifkan pada Majlis Constantinople pada tahun 381. Pada Nicea pada tahun 325, Trinitas tidak dirumuskan. Hanya struktur Binitarian sahaja yang telah didirikan di sini. Kesemua Jemaat Katolik adalah Unitarian sehinggalah kemasukan struktur Modal di Rom daripada pemujaan Attis pada permulaan abad ketiga.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Doktrin-doktrin Asal Kepercayaan Kristian [088]
Pandangan jemaat di Rom pada pertengahan Abad kedua adalah bahawa Kristus merupakan Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah menyampaikan hukum itu kepada Musa. Pandangan ini terkandung di dalam penulisan Justin Martyr First Apology yang disampaikan kepada maharaja di Rom bagi pihak Jemaat pada sekitar 150-155 TM. Idea ketuhanan berpindah daripada pandangan Unitarian ini yang dipegang luas di dalam Jemaat pada abad kedua, kepada struktur Modalist milik kepercayaan pagan pada abad ketiga, seterusnya kepada pandangan-pandangan Binitarian Nicea dan kemunculan kembali golongan Unitarian daripada tahun 327, kepada perkembangan Trinitarian pada tahun 381. Kepercayaan Katolik moden pasti dikecam sebagai bidaah pada abad pertama dan kedua walaupun di Rom sendiri, apatah lagi di kawasan-kawasan lebih konservatif di bawah bimbingan sekolah-sekolah para rasul.
Pegangan-pegangan agama Kristian aliran umum hari ini merupakan akibat daripada aktiviti-aktiviti abad Keempat. Kesemuanya adalah cubaan-cubaan untuk meletakkan teologi Constantinople sebagai teologi yang lebih awal.
Pegangan atau Creed Nicea sebenarnya adalah suatu pembinaan semula Kanun-kanun Constantinople pada tahun 381. Kanun-kanun Nicea itu telah “hilang” dan pegangan tersebut dibina semula agar kelihatan seolah-olah ia lebih awal.
Apa yang dinamakan sebagai Creed Para Rasul merupakan ciptaan yang serupa.
Legenda yang mengatakan bahawa ia telah ditulis oleh para rasul pada hari Pentakosta, adalah suatu dongeng popular Zaman Pertengahan yang dikatakan bermula pada abad keenam (rujuk Pseudo Augustine di dalam Migne P. L. XXXIX, 2189 dan Pirminius ibid LXXXIX, 1034; Catholic Encyclopedia Vol. 1, mukasurat 629).
Ianya kononnya dibayangkan di dalam suatu khotbah yang disampaikan oleh Ambrose (Migne P. L. XVII, 671; Kattensbusch I, 81). Khotbah tersebut menyatakan bahawa pegangan tersebut telah dihasilkan oleh dua belas pekerja berlainan. Jadi, dua belas pekerja itu kemudiannya menjadi dua belas rasul tersebut.
Rufinus (sekitar tahun 400) (Migne P. L., XXI, 337) mencatatkan dengan terperinci kandungan pegangan tersebut, yang didakwanya diterimanya daripada zaman-zaman yang lebih awal. Dia tidak menyatakan setiap artikel tersebut sebagai hasil tulisan mana-mana satu rasul, tetapi menyatakan bahawa ianya karya daripada semuanya semasa Pentakosta. Dia menggunakan istilah simbol di sini untuk mengenalpasti peraturan kepercayaan ini.
Contoh terawal di mana istilah ini digunakan adalah pada sekitar tahun 390 di dalam satu surat yang ditujukan kepada Paus Siricius oleh Majlis Milan (Migne, P. L. XVI, 1213)(rujuk CE, ibid).
Istilah tersebut adalah Symbolum Apostolorum (Pegangan Agama [Creed] Para Rasul).
Tiada sebarang rekod mengenai pegangan atau simbol sebegitu sebelum Majlis Milan ini.
Kesimpulannya jelas sekali. Selepas Constantinople, mereka menghadapi tugas untuk mendefinisikan sistem Trinitarian yang baru dan giat mencari simbol atau dokumen yang boleh mereka olah semula, yang mendahului olahan-olahan semula Majlis Constantinople pada Nicea pada tahun 325. Mereka kemudiannya mencipta apa yang disebut sebagai Pegangan Agama Para Rasul ini demi mengukuhkan penerimaan teologi baru sistem Triune tersebut.
Istilah “Symbolum” tidak wujud lebih awal daripada penulisan Cyprian dan Firmilian pada abad ketiga. Firmilian memperkatakan tentang suatu creed sebagai “lambang Trinitas”, menjadikannya sebagai sebahagian penting upacara pembaptisan (Migne, P. L. III, 1165, 1143). Kattensbusch cuba untuk menjejaki penggunaan kata-kata ini kepada Tertullian (rujuk II, mukasurat 80, nota dan juga CE ibid. mukasurat 630).
Konsep pegangan ini dipercayai muncul di dalam istilah-istilah seperti “regula fidei”, “doctrina”, “traditio”. Istilah-istilah tersebut, iaitu berkenaan penyelenggaran iman, doktrin, dan tradisi, sama sekali tidak membuktikan kewujudan Pegangan Agama Para Rasul yang diperkatakan itu, dan tiada buktinya terdapat karya sebegitu. Pada hakikatnya, pernyataan-pernyataan kepercayaan bertulis sudah pasti menganggap pegangan-pegangan abad keempat tersebut sebagai bidaah semata-mata daripada tulisan-tulisannya yang ada sekarang ini.
Ahli teologi terhebat bagi abad ke 19 iaitu Harnack mengatakan bahawa Pegangan Agama Para Rasul itu hanya mewakili pengakuan pembaptisan jemaat di Gaul Selatan seawal-awalnya lewat pertengahan abad kelima (Das apostolishe Glaubensbekenntniss, 1892, mukasurat 3; rujuk CE ibid). Herbert Thurston, seorang Roman Katolik, menyetujui pernyataan ini tetapi mengatakan bahawa ianya bukan di Gaul tetapi sebaliknya di Rom di mana pegangan tersebut mendapat bentuk muktamadnya (ibid; rujuk Burn, The Journal of Theological Studies, Julai 1902).
Kedua-dua mereka berpendapat bahawa satu bentuk lain pegangan tersebut yang lebih tua lagi yang disebut sebagai R, telah wujud pada abad kedua di Rom, dan Thurston cuba untuk membuktikan bahawa hal ini datangnya daripada zaman para rasul lagi.
Bentuk R terawal itu adalah seperti berikut:
· Saya percaya di dalam Allah Bapa Maha Besar;
· Dan di dalam Yesus Kristus anak tunggalNya dan Tuhan kita;
· Yang lahir daripada (de) Roh Kudus dan (ex) Perawan Maria;
· Disalibkan di bawah kuasa Pilatus dan dikebumikan;
· Pada Hari Ketiga dia bangkit semula daripada mati;
· Dia naik ke syurga,
· Duduk di sebelah Tangan Kanan Bapa;
· Dari mana dia menghakimi orang hidup dan orang mati,
· Dan di dalam Roh Kudus;
· Jemaat yang Kudus;
· Pengampunan dosa-dosa;
· Kebangkitan Tubuh Badan.
Ini merupakan pegangan terawal yang dapat kita kemukakan dan ia datangnya dari Rom pada abad kedua.
Dokumen T (mukasurat 5 di bawah) diakui oleh Gereja Roman Katolik sebagai telah mencapai bentuk muktamadnya di Rom sejurus sebelum tahun 700 TM (ibid).
Dengan itu, konsep deklarasi “Pencipta langit dan bumi” telah ditambah seperti juga, kata-kata, “turun ke dalam neraka”, “perhubungan Santo-santo/orang-orang kudus”, “Hidup kekal”, serta kata-kata “mengandung” “menderita” “mati” dan “Katolik”.
Jika ada satu dokumen awal maka ianya berdasarkan konsep-konsep di sini dan yang ada di dalam pernyataan-pernyataan Tertullian dari mana kita dapat membuat olahan semula.
Tidak syak lagi bahawa Pegangan Agama Rasul yang datang kemudiannya merupakan dokumen yang dipalsukan yang mengandungi konsep-konsep yang pasti ditolak oleh jemaat awal.
Elemen-elemen Pegangan tersebut daripada Tertullian
Kita dapat mengolah semula Pegangan Roma Lama daripada tulisan-tulisan Tertullian sekitar tahun 200 dan Thurston telah berbuat demikian di dalam karya asalnya bagi Catholic Encyclopaedia of 1907 Vol. 1 P. 630.
Tiga daripada penulisannya yang digunakan untuk tujuan ini adalah:
De Virg. Vel. (P. L, II 889).
· Percaya pada satu Tuhan Maha Kuasa, pencipta dunia ini.
· Dan anakNya Yesus Kristus,
· Yang lahir daripada Perawan Maria (Mariam)
· Disalibkan oleh Pilatus,
· Pada hari ketiga hidup semula daripada mati,
· Diterima ke dalam syurga,
· Kini duduk di sebelah tangan kanan Bapa,
· Akan datang semula untuk menghakimi yang hidup dan yang mati:
(12) Melalui
kebangkitan daging (lihat di bawah)
Adv. Prax. ii (P. L., II, 156).
· Kami percaya pada satu Tuhan sahaja;
·
Dan anak Tuhan Yesus Kristus;
·
Yang
lahir daripada Perawan itu;
·
Dia
menderita kematian dan dikuburkan;
·
Dihidupkan
semula;
·
Diambil
semula masuk ke syurga;
·
Duduk
di tangan kanan Bapa;
·
Akan
datang untuk menghakimi yang hidup dan yang mati;
·
Yang
telah mengutus Roh Kudus itu daripada Bapa;
Praeser., De. xiii and xxxvi (P.L. II, 26,49).
· Saya percaya pada seorang Tuhan pencipta dunia ini:
·
Firman itu yang dipanggil anakNya
Yesus Kristus;
·
Oleh
Roh dan kuasa Allah bapa telah menjadi tubuh di dalam rahim Maria (Mariam), dan
lahir daripadanya.
·
Dipakukan
kepada salib;
·
Dia
bangkit pada hari ketiga;
·
Telah
diangkat ke syurga;
·
Duduk
pada tangan kanan Bapa;
·
Akan datang
dengan kemuliaan untuk membawa orang baik ke dalam hidup kekal dan menghukum
orang jahat ke dalam api kekal;
·
Mengutus
kuasa Roh KudusNya;
(10) Untuk memimpin umat-umat percaya (Di dalam perenggan ini, (9) dan (10) mendahului (8) sepertimana yang dicatatkan oleh Thurston ibid).
(12) Pemulihan Tubuh Badan.
Kita boleh lihat daripada kedua-dua teks ini bahawa dokumen R itu kemudiannya telah diambil-alih oleh bentuknya yang wujud pada masa itu iaitu T. Thurston menolak bahawa dokumen R kuno itu benar-benar dipercayai sebagai pegangan agama asal milik para rasul, kerana jika ya, mereka pasti tidak mengubah bentuknya.
Yang penting di sini adalah mereka berbeza. Dokumen R dan Tertullian, yang wujud sehinggalah penghujung abad Kedua, secara mutlaknya bersifat Unitarian. Dokumen-dokumen awal itu mengakui Pra-kewujudan Yesus Kristus sebelum penjelmaan. Perkara ini dibincangkan di dalam karya Cox, Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243], (CCG, 1998).
Terdapatnya penekanan mutlak terhadap kebangkitan daging kepada penghakiman dan kehidupan kekal.
Kebangkitan Yesus Kristus pada hari ketiga adalah hasil kuasa Bapa.
Dia dikandungkan melalui kuasa Tuhan, iaitu Roh Kudus. Dengan itu, Roh itu adalah suatu kuasa dan bukannya seseorang.
Dokumen R mempunyai poin (11) iaitu pengampunan dosa-dosa, yang tidak dimasukkan Tertullian di dalam tulisan-tulisannya, jelas sekali kerana gaya fikirannya yang kemudiannya membawa dia masuk ke dalam doktrin-doktrin Montanis.
Tertullian telah membuat rujukan terhadap hakikat bahawa orang-orang Yahudi memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan perayaan-perayaan dan bahawa mereka dikasihi Tuhan sehinggalah umat Yahudi memutarbelitkan semua itu. Dia telah salah-anggap tentang perkara tersebut, namun mengesahkan bahawa semua itu telah dipelihara dan bahawa golongan pagan adalah lebih setia di dalam pemeliharaan perayaan-perayaan mereka berbanding umat Kristian di dalam perayaan mereka sendiri. (Tertullian, On Idolatry, bab XIV, ANF Vol. III, mukasurat 70).
Kebangkitan daripada mati adalah kepada daging, dan dengan itu menyangkal kewujudan Syurga dan Neraka. Kita boleh pastikan aspek-aspek ini dengan merujuk kepada tulisan-tulisan awal di bawah.
Kita tahu hakikatnya bahawa perkataan Trinitas tiada kaitannya dengan agama Kristian pada dua abad pertama. Perkataan paling seiras dengannya terdapat di dalam tulisan-tulisan Theophilius dari Antiokhus yang menggunakan istilah trias, yang disalah-tulis sebagai Trinitas di dalam terjemahan bahasa Inggeris karya-karyanya. Hal ini dibincangkan di dalam karya Cox, Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127] (CCG, 1995, 1999).
Justin Martyr merupakan sumber rujukan penting bagi doktrin-doktrin serta pandangan-pandangan jemaat pada permulaan Pertikaian-pertikaian Quartodeciman, sewaktu kenaikan Anicetus kepada jawatan biskop Rom dan pengenalan sistem pagan Easter sebagai pengganti kepada Paskah (lihat karya Cox, Asal-usul Krismas dan Easter [235] (CCG, 1998), dan Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] (CCG 1998).
Justin jelas sekali mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat Hadirat [Tuhan] yang telah menyampaikan Hukum Taurat itu kepada Musa di Sinai (First Apology, bab LXIII, ANF, Vol. 1, mukasurat 184). Dia mengenalpasti Kristus sebagai Tuhan subordinat Israel yang dilantik oleh Bapa dan yang disebutkan di dalam Mazmur 45:6-7 (Second Apology, LXXXVI, ibid, muka 242).
Dia juga mengatakan di dalam Apologi Keduanya yang ditujukan kepada Dewan Senat Rom:
Jika kamu telah bergaul dengan segolongan orang yang memanggil diri mereka Kristian, namun tidak mengakui [kebenaran mengenai kebangkitan] ini, dan menghujat Tuhan Abraham, Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub; mereka yang mengatakan bahawa tidak ada kebangkitan orang mati, dan bahawa jiwa-jiwa mereka setelah mereka mati akan dibawa ke syurga; janganlah kamu fikir bahawa mereka adalah umat Kristian…(ibid, ANF ibid, mukasurat 239).
Justin, di dalam teks yang sama, menyatakan dengan jelas bahawa Kebangkitan itu membabitkan orang-orang kudus yang telah mati di dalam Kristus:
Tetapi aku dan beberapa yang lain yang merupakan umat-umat Kristian sebenar di dalam segala hal, yakin pada adanya suatu kebangkitan orang mati, dan seribu tahun di dalam Yerusalem, yang kemudiannya akan dibina, dihiaskan, dan diperbesarkan, [sepertimana] yang nabi-nabi Yehezkiel dan Yesaya dan yang lainnya telah isytiharkan (ibid).
Tidak syak lagi bahawa umat-umat Kristian yang merupakan aliran umum pada masa itu, menganggap doktrin-doktrin Gnostik berkenaan Syurga dan Neraka sebagai doktrin-doktrin kafir dan menghujat (lihat juga karya Cox, Jiwa [092] (CCG, 1995); Kebangkitan Orang Mati [143] (CCG).
Umat Kristian awal yang sejati percaya pada suatu kebangkitan fizikal yang membawa kepada kehidupan kekal dan suatu sistem milenium, atau Chiliad, suatu zaman seribu tahun, yang diperintah daripada Yerusalem, dan suatu Penghakiman pada akhir sistem tersebut ke atas semua.
Daripada tulisan-tulisan Irenaeus yang menghuraikan teks-teks Alkitab, kita tahu yang mereka juga percaya bahawa pemerintahan sistem semesta alam itu akan dilaksanakan sebagai orang-orang kudus yang telah dibangkitkan dalam bentuk roh dan dilantik sebagai elohim, bersama dan dengan Malaikat Tuhan sebagai kepala mereka (Zakharia 12:8). (rujuk karya Cox, Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001] (CCG 1994, 1999)).
Pandangan mereka adalah bahawa umat-umat pilihan akan mengambil tugas masing-masing sebagai majlis Elohim di samping Kristus. Ianya pandangan bahawa Tuhan melanjutkan dirinya sebagai Elohim bagi Eloah yang singular dan bahawa umat-umat pilihan akan menjadi tuhan-tuhan sebagai Tuhan dan dengan Tuhan. Dengan cara ini Tuhan memperluaskan diriNya dan Roh Kudus merupakan kuasa yang digunakan bagi mencapai tujuan itu (Cox, Wujud Bersama dengan Bapa [081] (CCG, 1994, 1999) dan Roh Kudus [117] (CCG, 1994, 2000).
Pengenalan ibadah hari Minggu ke dalam Rom adalah di bawah pengaruh Kultus-kultus Rahsia dan Matahari (lihat karya S. Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press Rome, 1975). Kepalsuan ini diikuti dengan suatu siri pembaharuan contohnya pengenalan Easter. Apabila Easter diperkenalkan oleh Anicetus atas sebab-sebab politik, ianya ditolak oleh jemaat di luar Rom, yang mana wakilnya adalah murid Yohanes iaitu Polycarp. Apabila biskop Victor, sekitar tahun 192, menguatkuasakan penerimaan kepercayaan ini secara teratur di dalam Jemaat Roman, Polycrates iaitu pewaris kepada Polycarp tidak mampu untuk menahan kemasukan kepalsuan dan jemaat Kristian berbelah-bagi di dalam apa yang mungkin merupakan Perpecahan pendapat besar yang pertama, tidak termasuk kepalsuan Montanis. Ianya terjadi atas perintah Victor yang mengumumkan bahawa sesiapa yang tidak menerima Easter sebagai ganti kepada Paskah adalah terkutuk (Cox, [277] op.cit).
Jadi perpecahan utama yang pertama telah berlaku pada tahun 192 dengan kontroversi Paskah/Easter apabila Easter diperkenalkan kepada jemaat daripada Rom melalui paksaan. (rujuk Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]. Menjelang tahun 325 di Majlis Nicea, begitu banyak doktrin pagan telahpun diperkenalkan melalui penyembahan Attis dan sistem Easter sehinggakan satu lagi perpecahan telah berlaku daripada Majlis itu.
Pembaharuan demi pembaharuan terjadi disebabkan kultus-kultus Misteri dan dorongan-dorongan politik para pemimpin jemaat. Menjelang Sidang Constantinople, kepalsuan besar Trinitas itu telahpun terjadi di bawah pengaruh golongan Kapadokia, dan Augustine telah membawa teologi ke dalam introspeksi intrailahi dari mana ia tidak pernah pulih lagi.
Pegangan Nicene (Nicene Creed) telah dibentuk pada tahun 381 daripada Constantinople kerana kononnya kanun-kanun jemaat telah hilang (lihat juga karya Cox Binitarianisme dan Trinitarianisme [076] (CCG, 1994, 2000)).
Dokumen T yang dimaksudkan oleh Thurston itu mencatatkan:
· Saya percaya pada Allah Bapa Maha Kuasa Pencipta Langit dan Bumi;
· Dan di dalam Yesus Kristus anak tunggalNya Tuhan kita;
· Yang diperanakkan oleh Roh [Kudus], dilahirkan oleh Perawan Maria [Mariam];
· Menderita di bawah Pilatus, disalibkan, mati dan dikebumikan;
· Dia turun ke dalam neraka; pada hari ketiga dia bangkit semula daripada mati;
· Dia naik ke Syurga, duduk pada tangan kanan Allah Bapa Maha Kuasa;
· Dari situ dia akan datang untuk menghakimi mereka yang hidup dan yang mati.
· Saya percaya pada Roh [Kudus],
· Jemaat Katolik Kudus, perkumpulan orang-orang kudus:
· Pengampunan dosa-dosa,
· Kebangkitan tubuh badan, dan
·
Hidup yang kekal
Thurston memerhatikan bahawa perbezaan-perbezaannya, selain suatu penelitian terperinci terhadap teks Latin itu, adalah dokumen R tidak mengandungi istilah-istilah “Pencipta langit dan bumi,” “turun ke dalam Neraka,” “perkumpulan orang-orang kudus,” “hidup yang kekal,” ataupun perkataan-perkataan “diperanakkan” “menderita,” “mati” dan “Katolik.” Thurston berpendapat bahawa kebanyakan perkataan tersebut jikapun tidak semua, memang dikenali oleh Jerome di Palestin pada sekitar tahun 380 (dengan merujuk kepada Morin di dalam Revue Benedictine, Januari, 1904, ibid).
Jadi, kepalsuan itu secara langsungnya berpunca daripada golongan Kapadokia sewaktu zaman sebelum Constantinople pada tahun 381, jika kita terima pandangan ini.
Formasi Islam tidak dapat dielakkan. Menjelang tahun 632 TM, asasnya telahpun tersedia untuk terjadinya suatu perpecahan teologi dan Montheisme, yang akan perlahan-lahan menjadi begitu renggang sehinggakan Pembinasaan terbesar dalam sejarah dunia pasti tiba tidak lama lagi. Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan ini adalah Para Sarjana Trinitarian, Hadis dan Talmud, yang sekian lama berbohong dan memesongkan sejarah agama demi kepentingan diri mereka sendiri dan telah menghapuskan semua yang berkata benar mengenai kepercayaan asal dan yang berusaha untuk mengikuti iman itu yang pernah disampaikan kepada orang-orang kudus.
Andaian utama bagi agama Kristian moden adalah bahawa Tuhan wujud sebagai tiga entiti atau hypostases. Ketiga-tiga entiti itu digambarkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus, tidak kira mereka digambarkan sebagai perorangan atau tidak. Tiga entiti ini dikatakan membentuk suatu Trinitas.
Satu lagi andaian yang sama palsunya adalah bahawa Jemaat awal bersifat Binitarian dan bukannya Trinitarian. Dalam ertikata lain ianya mengatakan bahawa Kristus, sungguhpun lebih rendah tarafnya, tetap abadi-bersama. Dengan itu terdapat dua Tuhan sebenar yang wujud bersama sebagai Bapa dan Anak. Ini adalah apa yang dikenali dari dulu sebagai Bidaah Kuasa Berdua (Dual Power Heresy). Ini bertentangan dengan kesaksian Yohanes (17:3 dan 1 Yohanes 5:20) yang menyatakan bahawa hanya ada seorang saja Tuhan Sebenar yang Tunggal dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya. Juga tulisan-tulisan Paulus menyatakan bahawa hanya TUHAN seorang sahaja yang benar-benar abadi (1Timotius 6:16). Pemahaman Yohanes dan Paulus serta rasul-rasul yang lain juga dipegang oleh pengikut-pengikut Yohanes dan waris-waris mereka.
Anggapan bahawa Tuhan terdiri daripada tiga entiti di mana masing-masingnya sama-sama abadi dan setara, bukanlah pemahaman yang dipegang oleh Jemaat Rasul dan Jemaat awal. Konsep Ketuhanan yang mengandungi tiga makhluk telah wujud lebih awal daripada Kristus selama beberapa abad. Tidak syak lagi bahawa tuhan triune/bertiga ditemui di kalangan tamadun-tamadun terawal dan diketahui melanjut ke timur ke Asia. Konsep-konsep ini telah memasuki agama Kristian khususnya melalui orang-orang Yunani dan pengaruh mereka ke atas orang-orang Rom.
Catatan Pertama mengenai Aspek Tuhan Bertiga di dalam Agama Kristian
Kejadian pertama di mana rujukan dibuat berkenaan Ketuhanan Kristian sebagai tiga entiti adalah oleh Theophilus dari Antiokhia (sekitar 180 TM) yang menggunakan istilah trias di mana istilah Latin trinitas dipercayai adalah terjemahannya. Istilah tersebut bilamana dia membicarakan trias Tuhan, FirmanNya dan KebijaksanaanNya (Theophilus to Autolycus. ANF di sini menterjemahkan trias sebagai trinity/trinitas). Kejadian seterusnya penggunaan istilah itu adalah oleh Tertullian (De Pud, c. xxi, P. G., II, 1026). Tertullian merupakan orang pertama yang secara langsung menekankan kesatuan asas ketiga-tiga ‘perorangan’ itu, namun logik serta hujah-hujahnya berciri subordinationis (lihat karya Schaff History of the Christian Church, Vol. II, mukasurat 570). Bentuk yang paling hampir kepada doktrin Nicene itu tidak terjadi hinggalah dicadangkan oleh Biskop Rom Dionysius (tahun 262 TM) yang merupakan orang Yunani secara lahir. Dia mahu menghapuskan proses yang menjadikan ketiga-tiga entiti itu kepada Tuhan-tuhan yang berlainan (Schaff, ibid.).
Pernyataan bahawa Tuhan adalah suatu entiti yang terdiri daripada dua makhluk dan satu persona roh atau kuasa, yang datangnya daripada satu atau kedua-dua makhluk tersebut merupakan pernyataan Trinitarian abad keempat, kelima dan keenam seterusnya. Pernyataan itu dibuat sebagai pengubahsuaian terhadap trias asal (atas) dan ditinggalkan kerana tidak cukup baik. Kedua-dua kosmologi triune dan Trinitas, sepertimana ianya dikenali sekarang ini, tidak dipersetujui Alkitab.
Konsep trinitas boleh diterangkan dalam dua cara sebagai:
1. “Tiga Orang yang setara dari segi sifat ilahi”. Ini dipercayai merupakan pandangan dominan sejak Majlis-majlik Nicæa dan Constantinople.
2. Anak dan Roh terbit daripada Bapa yang merupakan sumber tunggal Ketuhanan. Ini merupakan pandangan lazim Para Bapa Sebelum-Nicene dan Jemaat sehinggalah Nicæa (sekitar 325 TM) (lihat artikel Trinity hasil karya G. H. Joyce di dalam The Catholic Encyc. (C.E.) Vol. XV, mukasurat 51).
Doktrin Trinitas bersandar pada suatu siri andaian-andaian palsu yang bertentangan dengan bukti Alkitab. Dua andaian palsu yang utama, yang jelas terlihat daripada petikan-petikan yang terkandung, adalah:
· Bahawa istilah-istilah yang diterjemahkan sebagai Tuhan dibataskan kepada satu, dua atau tiga entiti atau hypostases; dan
· Bahawa Kristus adalah Tuhan, sama abadi dan setara dengan Tuhan Bapa.
Meneliti Kesetaraan-Bersama dan Keabadian-Bersama
Kebanyakan penulis-penulis Patristik menolak kesetaraan Anak dengan Bapa. Begitu juga, logik mereka menolak keabadian-bersama. Petikan-petikan relevannya adalah seperti berikut:
Justin
Guru yang mengajar kita semua ini adalah Yesus Kristus, yang juga dilahirkan untuk tujuan ini, dan telah disalibkan oleh Pilatus, wali negeri Yudea, pada zaman pemerintahan Kaisar Tiberius, dan kita memang patut menyembah Dia, memandangkan kita telah mengetahui bahawa Dia adalah Anak kepada Allah sebenar sendiri, dan meletakkan Dia di dalam tempat kedua, dan Roh nubuat pada tempat ketiga, kita akan buktikan. Kerana mereka mengisytiharkan kegilaan kami di dalam hal ini, iaitu bagaimana kami memberikan kepada seorang manusia yang telah disalib tempat kedua kepada Tuhan yang tidak berubah dan abadi, Pencipta segalanya; kerana mereka tidak faham rahsia yang terkandung di dalamnya, yang mana, sambil kami jelaskannya kepadamu, kami doakan agar kamu perhatikan. (Apol. I, xiii)
Dan kuasa pertama selepas Allah Bapa dan Tuhan segalanya adalah Firman itu [atau logos], yang juga merupakan Anak. (Apol. I, xxxii).
Oleh itu adalah salah untuk menganggap bahawa Roh dan kuasa Tuhan adalah lain daripada Firman itu [atau logos], yang juga merupakan anak sulung Tuhan. (Apol. I, xxxiii).
Dengan itu Justin menganggap Logos sebagai suatu terbitan Tuhan, yang mempunyai keupayaan individuasi bagi meliputi konsep Roh secara umum, dan Kristus secara khususnya.
Malaikat-malaikat juga dipercayai dibentuk menyerupai gambar Tuhan. Daripada Bab 13, 16 dan 61, Justin tidak menyarankan penyembahan Malaikat-malaikat.
Justin dengan jelas mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat Hadirat Tuhan di Sinai yang telah menyampaikan hukum itu kepada Musa (First Apol. Bab LXIII).
Nampaknya Justin adalah antara yang pertama mencatatkan hal pengenalan ibadah hari Minggu (lihat karya Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, mukasurat 223 dan seterusnya) namun dia masih lagi seorang subordinationis. Dia mempunyai pandangan-pandangan antinomian khusus mengenai Sabat dan aplikasinya kepada orang-orang Yahudi sebagai suatu hukuman khusus. Jenis-jenis pandangan sebegitu tidak disokong oleh umat-umat Kristian masa itu dan Bacchiocchi berpendapat bahawa Jemaat Kristian tidak pernahpun menerima tesis palsu sebegitu (mukasurat 225). Dialognya dengan Trypho menunjukkan suatu dwi-pemeliharaan Sabat-sabat dan Hari-hari Kudus dan nampaknya mereka berbuat kedua-duanya di Rom pada pertengahan abad kedua.
Berpegang pada pendapat bahawa Tuhan telah menubuhkan peraturan penyunatan dan Sabat semata-mata kerana kejahatan orang-orang Yahudi sebagai suatu tanda istimewa, membezakan mereka daripada bangsa-bangsa lain dan kita umat Kristian agar orang-orang Yahudi sahaja yang akan menderitai kesukaran (Dial. 16:1, 21:1; lihat juga Bacchiocchi, ibid.) menjadikan Tuhan bersalah dari segi pilih kasih dan adalah bertentangan dengan keseluruhan sentimen pengakuan-pengakuan Reformasi. Sungguhpun ada kesilapan ini, pandangannya terhadap Ketuhanan itu masih lagi berciri subordinationis. Namun, dia memperkenalkan pemikiran jenis emanationis (terbitan Tuhan) yang nampaknya mendampingi pendekatan antinomianis ini. Walaupun begitu, seperti yang telah kita lihat, Justin masih tetap menolak doktrin Jiwa dan syurga, dan menganggapnya sebagai fahaman bukan-Kristian yang terbit daripada kultus-kultus rahsia.
Irenæus memperkatakan tentang Tuhan:
Kerana Dia memberi perintah, dan mereka mencipta; Dia berbicara dan mereka menjadikan. Jadi siapakah yang diperintahkanNya? Melalui Firman itulah, tidak syak lagi, dengan mana Dia mengatakan, langit-langit dan kesemua kuasa mereka dijadikan melalui nafas mulutNya [Mazmur 33:6]. (Adv. haer. III, viii, 3)
Irenæus berpendapat bahawa:
Jelas terbukti bahawa para nabi mahupun para rasul tidak pernah menamakan sebarang Tuhan yang lain, atau memanggil[nya] Tuhan, kecualilah Tuhan sebenar yang tunggal…Namun perkara-perkara yang dijadikan adalah berbeza daripada Dia yang menjadikan mereka, dan apa saja yang dicipta daripada Dia yang menjadikan mereka. Kerana Dia sendirinya tidak diciptakan, tanpa permulaan mahupun pengakhiran, dan tidak kekurangan apa. Dia sendirinya sudah mencukupi bagi DiriNya; dan lebih-lebih lagi, Dia mengaruniakan kepada semua yang lain perkara ini, iaitu kewujudan; namun benda-benda itu, yang telah dijadikanNya (ibid.).
Irenæus melanjutkan keupayaan untuk menjadi Tuhan (theos atau elohim) kepada Logos, sebagai sesuatu yang berlainan daripada benda-benda lain yang dijadikan (ibid.). Dia sudahpun menetapkan kedudukan Tuhan dan Anak itu dan mereka yang diangkat sebagai theoi atau elohim dan kesemuanya anak-anak Tuhan daripada Buku III, Bab VI.
Tidak syak lagi bahawa Irenæus mempunyai pandangan subordinationis berkenaan Ketuhanan. Angkatan surgawi yang setia juga termasuk di dalam sidang itu daripada pemahaman Wahyu 4 dan 5 – maka itu, angkatan surgawi yang setia adalah juga Ecclesia bagi Tuhan. Tidak syak lagi bahawa istilah elohim atau theoi itu dipercayai melanjut kepada Jemaat. Ini merupakan pemahaman Jemaat abad pertama yang diperturunkan daripada Yohanes kepada Polycarp yang kemudiannya mengajar Irenæus dan seterusnya kepada abad kedua dan selanjutnya.
Clement dari Alexandria mengatakan begini:
Kerana Anak adalah kuasa Tuhan, memandangkan ia merupakan Firman Tuhan yang paling tua sekali sebelum penjadian semua benda, dan juga KebijaksanaanNya. Kerana itu dia sesuai sekali dipanggil sebagai Guru kepada makhluk-makhluk yang dijadikanNya.
Kini kuasa Tuhan mempunyai kaitan kepada Yang Maha Kuasa; dan Anak, boleh dikatakan, adalah suatu kuasa Bapa ("Strom.", VII, ii, P.G., IX, 410)
Namun begitu, Clement faham bahawa umat-umat pilihan ditakdirkan menjadi tuhan-tuhan. Dia mengatakan ketika memperkatakan tentang gnosis, yang dipercayainya boleh dicapai oleh manusia sampai ke suatu tahap tertentu ketika masih tinggal di dunia ini:
Tetapi ia mencapai kemuncaknya sesudah kematian tubuh, apabila jiwa [gnoostikos] dibenarkan kembali ke tempat asalnya, di mana setelah menjadi suatu tuhan, ia boleh menikmati, dalam keadaan istirehat sempurna dan berkekalan, renungan keilahian tertinggi ‘muka dengan muka’, bersama-sama dengan [theoi] yang lain (S. R. C. Lilla Clement of Alexandria A Study In Christian Platonism and Gnosticism, Oxford, 1971, mukasurat 142).
Jadi di sini kita melihat kombinasi gnosis Yunani dengan doktrin awal bahawa kita akan menjadi theoi atau elohim. Tiada sebarang usul bahawa Kristus atau theoi yang lainnya setara dengan keilahian tertinggi ini.
Hippolytus mengatakan dengan paling bermakna sekali:
Kini, mengenai bagaimana Noetus menyatakan bahawa Anak dan Bapa adalah sama, tiada seorangpun yang jahil. Namun dia membuat pernyataannya begini: “Ketika [Allah] Bapa belum lagi dilahirkan, memang sesuai sekali Dia dipanggil Bapa; dan apabila tiba masanya untuk Dia mengalami generasi, dengan dilahirkan, Dia sendiri telah menjadi AnakNya sendiri, bukannya orang lain.” Dengan cara ini dia mahu mendirikan kedaulatan Tuhan, dengan menyatakan bahawa Bapa dan Anak, adalah (bahan) satu dan sama, bukannya satu individu yang dihasilkan daripada satu individu lain, tetapi diriNya daripada diriNya, dan bahawa Dia dibeza-bezakan melalui nama Bapa dan Anak, menurut perubahan masa. (Hippolytus mengulangi pendapat ini di dalam ringkasannya, Buku X) ((Con. Noet, n. 14, "The Refutation of All Heresies", Buku IX, Bab V, ANF, Vol. V, mukasurat 127-128);
Bersama penulis inilah kita mula-mula membentuk kesilapan itu bahawa Kristus adalah satu-satunya emanasi atau terbitan Bapa. Elemen-elemen lain angkatan surgawi diperkatakan adalah ciptaan-ciptaan Anak dan dengan itu tidak mengambil bahagian di dalam sifat ilahi itu sepertimana dengan Anak. Ini adalah kesilapan asas pada mana doktrin Trinitas mula dibina. Elohim sepertimana yang digambarkan menurut konteks Alkitab adalah suatu angkatan yang besar di mana Domba itu adalah Imam Besarnya. Dia adalah salah seorang daripada mereka selaku rakan atau teman seperjuangan, sungguhpun kesemua struktur hierarki itu telah dicipta oleh, atau di dalam, dia dan bagi dia (Kolose 1:15).
Begitu juga, orang-orang kudus menjadi teman-teman kepada Kristus daripada Ibrani 3:14 dan dengan itu saudara-saudara kepada Angkatan tersebut (Wahyu 12:10) dan waris-waris bersama Kristus (Roma 8:17). Langit-langit, semua yang ada, yang dikatakan dicipta oleh Anak, adalah struktur-struktur rohani dan fizikal. Ini adalah maksud rujukan-rujukan pada Yohanes 1:3 berkenaan penciptaan dan 1 Korintus 8:6 berkenaan alam semesta (atau ta panta) dan manusia. Kolose 1:15-17 khususnya memperuntukkan penciptaan segala yang terlihat dan tidak terlihat. Penciptaan singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia, tidak mungkin merujuk kepada Sidang Elohim. Penciptaan kerajaan (atau kuriotetes) oleh Kristus tidak mungkin dilakukan entiti-entiti tersebut.
Artikel Trinity, Holy, daripada New Catholic Encyclopedia (N.C.E.) Vol. XIV, McGraw Hill, N.Y., 1967, mukasurat 296 membuat andaian yang amat luarbiasa mengenai doktrin Hippolytus.
Hippolytus di dalam penyangkalannya terhadap Noetus (10) dan idenfikasi Kristus dengan Bapa, menegaskan bahawa Tuhan sudahpun berganda sejak daripada permulaan.
Ini adalah palsu semata-mata daripada perbandingan dengan teks sebenar Hippolytus (C. Noetus 10) seperti di atas.
Tertullian berpendapat di dalam Against (Adv.) Praxeas bahawa:
Tuhan yang tunggal ini juga mempunyai seorang Anak, FirmanNya, yang terbit daripada diriNya, melaluinya semua dijadikan…Semuanya adalah satu, melalui kesatuan intipati; sementara itu rahsia pengagihan itu masih dijaga, yang mengagihkan Kesatuan itu kepada suatu Trinitas, mengaturkan susunan tiga Perorangan itu – Bapa, Anak dan Roh [Kudus]: namun bertiga, bukan dari segi keadaan tetapi peringkat; bukan dari segi intipati tetapi bentuk; bukan dari segi kuasa tetapi aspek; namun adalah satu intipati, dan satu keadaan, dan satu kuasa sama seperti Dia adalah Tuhan yang Satu, dari mana datangnya peringkat-peringkat dan bentuk-bentuk dan aspek-aspek ini, di bawah nama Bapa, Anak dan Roh [Kudus]…(II);
Tertullian juga mengatakan bahawa Bapa telah membangunkan Anak daripada mati (II). Dengan itu Tertullian membuat perbezaan-perbezaan penting di dalam hubungan antara tiga entiti tersebut, yang merupakan aspek-aspek operasi Tuhan mengikut peringkat. Anak dan Roh merupakan terbitan daripada Bapa serta aspek-aspek subordinat manifestasiNya. Tertullian memberikan Trinitas tersebut suatu susunan dan agihan numerikal (III). Dia juga percaya bahawa Monarki Tuhan datangnya daripada Bapa (III). Namun ianya juga milik Anak, memandangkan ia dipegang kedua-duanya (III), di mana ia disampaikan kepada Anak oleh Bapa (IV).
Tertullian percaya bahawa Roh Kudus terbit daripada Bapa melalui Anak. Tertullian berpendapat (IV) bahawa Bapa dan Anak adalah dua individu yang berlainan. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa Binitarianisme sejati bermula dengan Tertullian.
Dapat dilihat daripada perkembangan lebih awal, dan di atas, bahawa Alkitab dan ahli-ahli teologi Jemaat awal bersifat subordinationis dan Unitarian. Allah Bapa adalah TUHAN dan Bapa kepada Mesias yang juga merupakan yang sulung daripada ramai saudara (Roma 8:29). Roh Kudus merupakan mekanisme dengan mana semua Anak-anak Tuhan, termasuk malaikat-malaikat, mencapai posisi kesatuan dengan Tuhan ini. Kristus adalah salah seorang daripada suatu kumpulan besar Anak-anak rohani Tuhan, namun dia adalah satu-satunya [Anak] Tuhan yang dilahirkan (monogenes), anak sulung (prototokos) dari antara angkatan Surgawi sebagai imam besar bagi elohim.
Pemahaman sebegini mula hilang kerana sinkretisme Jemaat awal. Kultus-kultus misteri memberi kesan kepada teologi dan upacara Jemaat awal. Bacchiocchi (loc. Cit.) menjejaki kesan kultus-kultus matahari ke atas perpindahan ibadah Sabat kepada ibadah hari Minggu serta pengenalan perayaan-perayaan pagan seperti Krismas dan Easter. Perpindahan daripada Perayaan Roti Tidak Beragi dan Paskah kepada perayaan Easter pagan agak lanjut.
Mereka yang memeluk agama Kristian daripada kultus-kultus misteri/matahari menambahkan tekanan untuk mengkompromi serta mengurangkan ciri Yahudi pada hukum dan perayaan-perayaan (lihat Bacchiocchi, op. cit.), yang berdasarkan pada kalendar lunar dan bukannya pada kalendar matahari. Penanaman sinkretik ini mencapai kemuncaknya di dalam Sidang Nicæa. Kosmologi Alkitab adalah berdasarkan pada kedaulatan Eloah seorang. Ini mempunyai implikasi-implikasi berat terhadap ciri hukum yang tidak boleh dicabuli.
Pengubahan sistem itu hanya boleh disahkan secara logiknya jika suatu proses yang menyamakan Kristus dengan Tuhan dapat ditetapkan, dan yang kemudiannya memberi kuasa kepada Gereja untuk mengerjakan kuasa sebegitu seolah-olah ia telah diperturunkan kepada Jemaat. Serangan pertama ke atas hukum itu adalah persoalan-persoalan mengenai Paskah dan Sabat mingguan. Penetapan hari Minggu sebagai hari ibadah yang wajib bermula dengan Sidang Elvira (sekitar tahun 300).
Ianya bukan kebetulan apabila Nicæa membuat keputusan berkenaan isu Paskah dan penubuhan perayaan pagan Easter. Ianya bukan kebetulan apabila isu yang diputuskan seterusnya adalah persoalan Sabat di mana, pada Sidang Laodikia sekitar tahun 366 (tarikhnya tidak dipastikan), Sidang tersebut, pada Kanun 29, melarang pemeliharaan Sabat dan menetapkan hari Minggu sebagai hari ibadah rasmi Jemaat. Dengan itu, tersedialah pentas bagi peristiwa yang dipanggil penghapusan elemen-elemen Yahudi daripada kepercayaan Kristian.
Gereja Katolik asal percaya pada:
1.Satu Tuhan Sebenar yang tiada bandingnya dan daripadaNya terbit semua anak-anak Tuhan, termasuklah Yesus Kristus.
2.Kebangkitan Orang Mati dan Pemerintahan Seribu Tahun Yesus Kristus dari Yerusalem.
3.Ia mempunyai dua sakramen jemaat.
4.Ia memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan Alkitab menurut Kalendar Bait Suci.
5.Ia percaya bahawa orang-orang kudus adalah anggota-anggota jemaat yang telah mati dan menunggu Kebangkitan Pertama pada penghujung zaman ini dan permulaan milenium itu pada kedatangan Kristus.
6.Ia percaya tiada seorangpun yang pernah naik ke syurga kecualilah Kristus yang telah turun dari syurga.
7.Ia percaya bahawa Kristus adalah makhluk yang telah menyampaikan Hukum itu kepada Musa di Sinai dan yang telah memimpin Israel keluar dari Mesir.
8.Ia faham bahawa Kristus lahir dari seorang perawan yang kemudiannya memperanakkan ramai anak setelah peristiwa tersebut dan sebagai seorang daripada umat kudus, menunggu kebangkitan dari mati itu.
Hari-hari Kudus tidak dihapuskan sepertimana yang kita lihat daripada kelakuan Murid-murid itu di dalam Kisah. Kisah 20:6 menunjukkan bahawa mereka memelihara Roti Tanpa Ragi. Setelah perayaan itu, mereka belayar dari Filipi. Jadi kita telah buktikan bahawa Paulus dan Jemaat Filipi memelihara perayaan-perayaan itu. Kisah 20:7 mengatakan bahawa pada “mia ton Sabbaton” yang secara literalnya bermaksud “Pertama daripada Sabat-sabat” dan Bullinger berpendapat bahawa ini adalah adalah Sabat sempurna pertama menurut perkiraan Omer, dan bukannya hari Minggu. Dengan itu, maksudnya mereka juga memelihara Unjukan Berkas dan pendahulu kepada Pentakosta, yang kita ketahui mereka pelihara daripada Kisah 2:1. Mereka memelihara Pentakosta; kalau tidak, tidak mungkin mereka telah menerima Roh Kudus itu. Ungkapan “Hari Pentakosta tiba [sepenuhnya],” bermaksud bahawa mereka juga memelihara Sabat sebelumnya sebagai sebahagian daripada perayaan dua hari ini.
Kita tahu bahawa mereka memelihara Hari Pendamaian dan Perayaan-perayaan Bulan Ketujuh daripada teks di dalam Kisah 27:9, yang merujuk kepada puasa Pendamaian. Kita tidak mungkin memahami rencana keselamatan tanpa Hari-hari Kudus Tuhan. Kristus merupakan Paskah dan juga Unjukan Berkas. Dia memerintah kita untuk memelihara Perjamuan Suci pada malam dia dianiaya, iaitu pada petang 14 Abib.
Kolose 2:16 menunjukkan bahawa Jemaat sememangnya memelihara kesemua Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru serta Hari-hari Kudus. Ia mengatakan janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai [bagaimana] kamu memeliharanya, bukannya mengabaikan mereka. Kisah jelas menunjukkan bahawa seluruh Jemaat memelihara perayaan-perayaan dan Sabat-sabat dan di sini, Bulan-bulan Baru. Kita telah memelihara semua itu selama 1,971 tahun. Injil-injil penuh dengan rujukan-rujukan mengenai pemeliharaan kesemua perayaan-perayaan itu oleh Kristus dan para rasulnya. Tidak terdapat sebarang rujukan yang mengatakan bahawa mereka tidak harus dipelihara. Paulus memelihara perayaan-perayaan ini dan itu boleh ditafsirkan daripada tulisan-tulisannya (Kisah 12:3; 20:6). 1Korintus 5:7-8 menerangkan bagaimana caranya kita memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi.
Tiada satupun rujukan yang memindahkan hari Sabat, ataupun yang memberitahu Jemaat untuk tidak memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru, dan Perayaan-perayaan itu, dan itu termasuklah Kolose 2:16. Paulus telah memulakan suatu pengumpulan derma pada Hari Pertama minggu kerana ianya tidak boleh dilakukan pada hari Sabat. Itu adalah satu-satunya catatan mengenai pertemuan hari Minggu. Bahkan hari yang dicatatkan sebagai “Hari pertama minggu” sebenarnya adalah “pertama daripada Sabat-sabat” di dalam bahasa Yunani.
Perjanjian Baru jelas menunjukkan bahawa mereka sememangnya memelihara hukum-hukum pemakanan, dan mereka memelihara Kalendar Kudus itu, dan mereka memelihara Paskah. Pada hakikatnya, Pertikaian Quartodeciman itu telah memecahkan jemaat pada tahun 192 dan Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat telah berpisah daripada Jemaat Katolik sejak masa itu. Lihatlah karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277].
Teks di dalam Kisah 15:24 adalah satu pemalsuan yang dimasukkan ke dalam Receptus dengan tujuan untuk merosakkan Hukum Tuhan di kalangan mereka yang setia. Companion Bible KJV mempunyai catatan yang menyatakan bahawa kata-kata: “Mengatakan kamu harus disunat dan memelihara hukum itu” tidak terkandung di dalam teks-teks kuno, dan tidak terdapat di dalam Alkitab lain yang menyatakan atau berdasarkan teks-teks kuno tersebut.
Di dalam 1Korintus 5:6-8, Paulus berbicara mengenai Perayaan Roti Tidak Beragi dan Paskah, yang merupakan sebahagian daripadanya, yang bermula pada hari Persediaan 14 Abib. Dia juga menetapkan Perjamuan Suci rasmi pada makan malam pertama 14 Abib pada masa makan Chagigah pertama, yang memulakan hari Persediaan bagi hari Paskah pada petang kemudiannya, yang mana Kristus adalah Paskahnya.
Jika seseorang itu tidak memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi, dia tidak akan faham tujuan penghapusan dosa melalui korban Kristus. Paulus dan rasul-rasul yang lain serta jemaat awal memelihara kesemua perayaan-perayaan tersebut. Perpecahan itu terjadi pada tahun 192 apabila biskop Rom cuba untuk menguatkuasakan heresi Easter tersebut dan mengakibatkan perpecahan jemaat. Lihat karya Cox, Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]. Lihat juga karya, Hari Paskah [098]; Ragi Lama dan Baru [106a]; dan Persembahan Unjukan Berkas [106b]).
Jemaat Kristian terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu Unitarian dan Trinitarian semenjak sidang-sidang majlis abad keempat. Pada dua abad pertama, semuanya adalah Unitarian dan percaya bahawa Kristus adalah Malaikat Agung Perjanjian Lama. Kumpulan Trinitarian tidak wujud di dalam agama Kristian. Mereka merupakan golongan pagan di Rom yang menyembah Jupiter, Juno dan Minerva, Perawan yang Suci.
Sistem Binitarian penyembahan dewa Attis memasuki agama Kristian dari Rom dan juga Adonis dari timur. Ianya diterima sebagai Modalisme pada abad ketiga dan menjadi Binitarianisme di Nicaea dalam tahun 325 pada abad Keempat. Setelah Trinitas diterima dari Constantinople pada tahun 381, kelompok iman ini berpecah semula. Ia berpecah disebabkan pengenalan Easter pada abad Kedua. (rujuk karya Cox, Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]; dan Asal-usul Krismas dan Easter [235].
Para Unitarian berperang dengan para Trinitarian selama beberapa abad. Lihat karya Peperangan Unitarian/Trinitarian [268]. Kumpulan Unitarian juga merupakan pemelihara Sabat. Mereka salah digelar sebagai golongan Arian. Keluarga Muhammad merupakan keturunan kumpulan pemelihara Sabat ini.
Pada abad keempat, Jemaat Abyssinian telah mengutus ketua biskopnya Mueses ke China melalui India. Dia telah menubuhkan jemaat Kristian di China, dan merupakan jemaat Unitarian pemelihara Sabat. Kebanyakan umat-umat ini juga terbentuk di kalangan sekutu-sekutu perdagangan orang-orang Arab yang kemudiannya menjadi Muslim. Mereka ini dikenali sebagai Hue Hue. Butir-butirnya terdapat di dalam karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]. Golongan Pemelihara Sabat ini masih ada lagi di China dan ada kira-kira satu juta orang semuanya. Ramai yang telah membentuk fahaman Sabellianisme bidaah dan kini berbeza daripada doktrin-doktrin asal. Ada antara mereka yang menganggap Yesus adalah Tuhan dan Bapa.
Sewaktu Reformasi, Jemaat Unitarian berpecah kepada dua kumpulan. Satu adalah elemen Unitarian radikal, yang masuk daripada kumpulan-kumpulan Protestan dan memelihara hari Minggu daripada zaman Katolik mereka. Elemen yang satu lagi datang daripada Jemaat Waldensian pra-Reformasi, dan mereka adalah Pemelihara Sabat. Keturunan mereka masih ada di Eropah hingga ke hari ini. Masalah-masalahnya dapat dilihat di dalam karya-karya: Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]; dan Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme [185].
Sistem Unitarian radikal ini menyangkal pra-kewujudan Kristus dan, dari segi sejarah, merupakan suatu rekaan yang agak baru. Islam juga mengembangkan idea ini agak awal. Ianya bukanlah doktrin Unitarian asal, mahupun doktrin Islam, dan bukan juga fahaman Judaisme Alkitab berkenaan Mesias. Catatan sejarah mengenai apa yang telah berlaku ke atas Jemaat di Transylvania terdapat di dalam karya Rabbi Samuel Kohn, Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publishing, USA, 1998. Lihat juga karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243] untuk mendapat butir-butir lain serta pegangan agama orang-orang Goth.
Sehinggalah beberapa dekad kebelakangan ini, kesemua Jemaat Pemelihara Sabat adalah bukan Trinitarian. Jemaat Adventist Hari Ketujuh (Seventh Day Adventists) menjadi Trinitarian, secara rasminya selewat-lewatnya pada tahun 1978. Jemaat Tuhan Sedunia (Worldwide Church of God) pula pada tahun 1993/4 sementara Jemaat Tuhan (Church of God (SD)) di Denver menjadi Binitarian pada tahun 1995. Konferens US yang lainnya menjadi diteis.
Jemaat-jemaat Tuhan yang lain meliputi Trinitarian, Binitarian dan Diteis. Satu daripadanya, Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi, adalah Unitarian sejati yang berpegang pada kepercayaan-kepercayaan abad pertama itu. Jemaat Unitarian Universalist adalah apa yang kita gelarkan sebagai Unitarian radikal, seperti juga Konferens Umum Jemaat-jemaat Tuhan di Georgia.
Takdir muktamad bagi umat-umat pilihan adalah kewujudan sebagai Elohim atau theoi di bawah kekuasaan dan di dalam roh Tuhan Maha Esa. Posisi ini dipegang oleh Kristus (Yohanes 10:34-35; Mazmur 82:6) dan merupakan pemahaman asal jemaat. Di dalam Alkitab, nama-nama yang dipakai untuk Tuhan juga dipakai untuk manusia. Eloah (atau Elahh) hanya digunakan bagi Tuhan Maha Kuasa dan sentiasa berbentuk singular = Tuhan Sebenar yang Tunggal. Nama Elohim (SHD 430) adalah berbentuk plural dan digunakan bagi wakil-wakil tuhan di samping hakim-hakim atau pemerintah, jelas menunjukkan bahawa gelaran tersebut juga meliputi manusia di samping para malaikat. Nama tersebut membawakan kuasa yang diberikan Tuhan bersamanya.
Skrol-skrol Laut Mati, teks-teks Ugarit dan Nag Hammadi telah memberikan penjelasan kepada apa sebenarnya maksud teks-teks Alkitab pada zaman Kristus. Alkitab memperkatakan tentang suatu sidang Elohim atau Elim dan gelaran tersebut jauh melebihi suatu dualitas mahupun trinitas. Bene Elim dikenalpasti sebagai anak-anak TUHAN, sama seperti Bene Elyon, iaitu anak-anak Sang Maha Tinggi. Mazmur 89:6-8 menyebut tentang santo-santo atau orang-orang kudus (qesdosim) yang merupakan pelayan-pelayan Tuhan surgawi dan gelaran tersebut dilanjutkan kepada golongan manusia yang setia (Ibrani 8:5).
Majlis pemerintah Israel kuno merupakan gambaran sistem surgawi tersebut. Corak ini difahami sepanjang Alkitab. Tuhan menyatakan maksudNya di dalam perjanjianNya bahawa Dia akan menuliskan hukumNya pada hati dan fikiran umat-umat agar mereka akan mengenali Dia (Ibrani 8:10-11). Perjanjian Lama menunjukkan hubungan subordinat Elohim, dan juga mengenalpasti Malaikat YHVH secara progresif. Dia juga dikenalpasti sebagai Malaikat atau Utusan Hadirat Tuhan (Yesaya 63:9).
Sebenarnya terdapat pelbagai kejadian di mana makhluk-makhluk luarbiasa muncul dan disebut sebagai YHVH. Contohnya Kejadian 19 apabila tiga orang muncul di depan Abraham, tidak terdapat sebarang perbezaan di antara mereka. Pemusnahan Sodom dilakukan oleh Elohim (Kejadian 19:24, 29). Di sini gelaran Yahovah atau YHVH digunakan di dalam suatu struktur hierarki dari Tuhan Maha Tinggi atau Eloah, YHVH Semesta Alam kepada Elohim Israel, seorang tuhan subordinat, kepada dua malaikat yang subordinat kepada Elohim ini. Gelaran tersebut menggambarkan kuasa yang dilantikkan daripada Eloah. Malaikat YHVH muncul banyak kali di dalam Perjanjian Lama; dia mempunyai banyak gelaran yang saling berganti. Dia adalah Elohim Para Bapa/Patriak (Keluaran 3:6); dia adalah Peniel, Muka Tuhan (Kejadian 32:24-30); Panglima Bala Tentera Tuhan (Yosua 5:15); malaikat penebus (Kejadian 48:16). Dialah yang telah memimpin Israel keluar dari Mesir sebagai malaikat di dalam awan (Keluaran 13:21; Keluaran 14:19) dan telah menyampaikan hukum itu kepada Musa serta menetapkan tujuh puluh penatua Israel (Keluaran 24:9-18).
Dia merupakan malaikat atau utusan YHVH, Tuhan Maha Tinggi yang tidak pernah dilihat atau didengari manusia (Yohanes 5:37; 6:46). Dia merupakan Tuhan atau Elohi Israel subordinat (bawahan) yang dilantikkan Tuhannya, Eloah melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:5-13). Malaikat atau YHVH ini berbicara muka bertentang muka dengan Musa (Keluaran 33:11). Dia merupakan hadirat atau muka Tuhan. Malaikat ini adalah firman atau petunjuk Tuhan sebagaimana memra dan diketahui adalah Mesias (Zakharia 3:1-9). Malaikat ini mempunyai kuasa untuk mengadili dan merupakan hakim adil perjanjian-perjanjian serta elohim (Mazmur 82:1). Dia adalah Tunas yang diperkatakan di dalam Yeremia 23:5 dan Yesaya 11:1.
Keimamatan Harun dilanjutkan dan diubah kepada keimamatan Melkisedek yang kekal (Mazmur 110; Ibrani 7:24). Kristus adalah Imam Besar dan mereka yang dipanggil Tuhan adalah keimamatan tersebut (1Petrus 2:4, 9; Wahyu 1:6; 20:6).
Eloah, Tuhan yang Maha Tinggi, mempunyai seorang anak yang memilik Israel sebagai pusakanya. Dia adalah Elohi kepada Israel, namun bukan tumpuan penyembahan mahupun korban. Elohim ini diurapi Tuhannya dan mempunyai takhta di antara elohim (Mazmur 45:6-7); berada di dalam perkumpulan El dan menghakimi mereka yang ada di atas bumi (Mazmur 82:8). Takdir umat-umat pilihan adalah menjadi elohim sepertimana malaikat YHVH yang mengepalai mereka (Zakharia 12:8). Makhluk ini yang mengepalai rumah Israel adalah Mesias, Anak Tuhan yang dilahirkan sebagai manusia, Yesus Kristus.
Perjanjian Baru mengesahkan bahawa seorang malaikat telah menyampaikan hukum itu di Sinai (Kisah 7:53) dan mengenalpasti Kristus sebagai malaikat Perjanjian Lama. Ini menunjukkan dengan jelas pangkatnya yang lebih rendah serta ketaatannya kepada Allah Bapa. Gelaran singular Eloah tersebut digunakan bagi Allah Bapa dan tidak pernah digunakan untuk merujuk kepada Kristus. Istilah umum yang digunakan untuk menyebut mengenai aturan lanjutan Angkatan surgawi yang bekerja di bawah kekuasaan Bapa, adalah Elohim. Golongan Elohim bekerja sebagai suatu sidang di antara penduduk surgawi dan sebagai penjaga insan manusia. Ianya suatu pemahaman umum pada abad pertama bahawa pangkat Elohim tersebut dilanjutkan kepada manusia apabila mereka diangkat masuk ke dalam keluarga Tuhan, sebagai waris-waris bersama Kristus (Galatia 4:1-7). Di dalam Perjanjian Baru, perkataan Yunani Theoi merupakan terjemahan daripada perkataan Ibrani Elohim.
Agihan bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan atau Elohim/eliym, menunjukkan dengan lebih lanjut lagi kelompok yang diperluaskan itu (Ulangan 32:8-9). Ini difahamkan terdiri mempunyai bilanga tujuh puluh semuanya dan mewakili seluruh sidang Elohim. Sanhedrin atau sidang penatua Israel yang ditubuhkan di Sinai merupakan suatu prototaip kepada sidang tersebut, ditambah lagi dengan dua, iaitu Allah Bapa dan Kristus, Yahovah Israel. Israel akan menjadi bangsa yang penting pada waktu pemulihan itu ketika Kristus kembali untuk memerintah dunia ini. Jelas sekali, sebilangan daripada Elohim telah memberontak melawan Tuhan (Daniel 10:13; Ulangan 32:18-19; Wahyu 12:7 9).
Angkatan surgawi yang telah murtad ini akan digantikan tempat mereka dari kalangan umat-umat pilihan, bermula dari kebangkitan pertama. Pangkat elohim ini adalah kekuasaan yang dilantikkan Tuhan. Ianya suatu perkataan plural yang diaplikasikan kepada angkatan malaikat serta para imam dan hakim, khususnya Musa. Ianya bertujuan menunjukkan bahawa pangkat elohim itu serta kesatuan Tuhan dan sifatNya akan dilanjutkan untuk merangkumi manusia. Eloah adalah singular dan hanya dipakai Allah Bapa, tanpa Dia tidak mungkin wujudnya elohim. Konsep ini membentuk asas perintah pertama.
YHVH Israel adalah makhluk yang lain dan subordinat, ia Mesias, imam besar kepada rumah atau bait Tuhan. Sidang elohim yang diketuainya selaku imam besar dicerminkan di dalam bait Sion yang umpama gambaran dan bayangan struktur surgawi itu (Ibrani 8:5). Keimamatan bait suci merangkumi duapuluh empat divisi para imam dan seorang imam besar sentral. Ini dibayangi di dalam sidang penatua Wahyu 4:5. Kumpulan ini mengandungi tiga puluh entiti termasuklah empat kerubim atau makhluk-makhluk hidup. Oleh itu, tiga puluh keping wang perak (yang juga merupakan harga seorang hamba) diperlukan bagi penganiayaan Kristus (Matius 27:3-9; Zakharia 11:12-13) kerana ianya merupakan kesalahan terhadap seluruh Ketuhanan. Para penatua ditugaskan untuk memerhatikan doa-doa orang-orang kudus (Wahyu 5:8). Kristus, imam besar itu, adalah satu-satunya yang layak untuk membuka skrol rencana Tuhan serta menebus semua kepada Tuhan. Penebusan manusia dilihat sebagai sebahagian daripada pemulihan akhir zaman, yang terjadi pada kedatangan Kristus yang kedua kalinya sebagai raja Israel.
Trinitarianisme menghadkan pelanjutan kebolehan untuk menjadi elohim itu kepada hanya tiga makhluk dan menolak adanya perkara sebegitu bagi umat-umat pilihan dan angkatan surgawi. Juga dengan menaikkan elohim pengantara kita, Kristus, salah seorang daripada sidang tersebut, kepada tahap dan kesetaraan Eloah, Allah Bapa, Jemaat awal pasti melihat dirinya sebagai melanggar perintah pertama. Ini merupakan dosa Iblis yang mendakwa dirinya sebagai El bagi sidang elohim itu (Yehezkiel 28:2). Konsep bagaimana Tuhan adalah satu, betul-betul disalahfaham di dalam Trinitarianisme. Kesatuan Tuhan, yang penting bagi monoteisme, berpunca daripada suatu susunan lanjutan yang bersatu di bawah suatu kehendak sentral di dalam persetujuan dan interaksi rohani melalui roh dan kuasa Tuhan (1Korintus 2:4-14) yang melalui Kristus tertuju kepada Tuhan (2Korintus 3:3-4).
Jemaat Awal sedar bahawa Tuhan adalah batu karang dari mana semua yang lain terbit, batu karang Israel dan keselamatan mereka, (Ulangan 32:15). Tuhan kita adalah gunung batu kita (1Samuel 2:2), gunung batu yang berkekalan (Yesaya 51:1-2). Mesias dipotong daripada batu ini (Daniel 2:34, 45) untuk menundukkan kerajaan-kerajaan dunia. Tuhan, dan bukan Petrus ataupun Kristus, merupakan batu karang atau batu dasar pada mana Kristus membangunkan jemaat (Matius 16:18). Mesias merupakan batu penjuru utama bait, umat-umat pilihan adalah batu-batu hidup bait rohani ini, serta Naos atau tempat mahakudus, tempat tinggal Roh Kudus. Kristus akan membangunkan bait ini agar Tuhan dapat menjadi semua di dalam semua (Efesus 4:6). Setelah Kristus menundukkan semuanya, maka Kristus sendiri akan tunduk kepada Tuhan, yang meletakkan segalanya di bawah kekuasaan Kristus agar Tuhan menjadi semua di dalam semua.
Wahyu 12:10 menyatakan bahawa para malaikat adalah saudara-saudara kepada umat-umat pilihan. Kristus mengatakan bahawa umat-umat pilihan akan menjadi sama seperti malaikat-malaikat (Lukas 20:36), iaitu menjadi sebahagian daripada mereka dari segi pangkat atau aturan. Kristus mengakui kita di depan saudara-saudaranya di dalam Angkatan surgawi itu. ‘Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian.’ (Yohanes 10:34-35; Mazmur 82:6).
Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan sebagai waris-waris bersama Kristus dan dengan itu adalah Elohim, begitulah masa depan kita! (1Korintus 2:9-10). Menjadi Elohim adalah takdir yang telah Tuhan sediakan bagi mereka yang mengasihi Dia! Sudah tertulis, “Kamu adalah allah” dan “Kitab Suci tidak dapat dibatalkan” (Yohanes 10:34-35).
**************************
Bibliografi
Ante Nicene Fathers, Vols. 1-10, T & T Clark, Eerdmans, cetakan tahun 1993.
Bacchiocchi, S., From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press Rome, 1975.
Burn, The Journal of Theological Studies, Julai 1902.
Catholic Encyclopaedia Vols. 1-12, 1907-1912.
Cox, W. E.,
Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001] (CCG 1994, 1999).
Binitarianisme dan Trinitarianisme [076] (CCG, 1994, 2000).
Wujud Bersama dengan Bapa [081] (CCG, 1994, 1999)
Jiwa [092] (CCG, 1995);
Roh Kudus [117] (CCG, 1994, 2000)
Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127] (CCG, 1995, 1999)
Kebangkitan Orang Mati [143] (CCG, 1994).
Asal-usul Krismas dan Easter [235] (CCG, 1998),
Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243], (CCG, 1998).
Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] (CCG 1998).
Migne P. L. III, 1143 1165; XVI, 1213; XVIII, 671; XXI, 337; XXXIX, 2189 LXXXIX, 1034;
q