Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[093]
Persiapan untuk Jamuan Paskah pada Malam Berjaga-jaga
(Edisi 1.0 20020324-20020324)
Jamuan Paskah tahunan, bila ada persiapan dan dirayakan dengan betul, akan menyediakan sekitaran yang teramat baik untuk mengajar anak-anak dan orang yang belum bertaubat. Ini merupakan peluang yang baik untuk semua memajukan pengertian mereka serta kebolehan mereka untuk menjelaskan sebab-sebab untuk iman mereka.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Diane Flanagan, Ed. Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Persiapan untuk Jamuan Paskah pada
Malam
Berjaga-jaga
Ikhtisar
Persiapan untuk merayakan 15 haribulan Bulan Pertama (Abib) dengan betul bermula dengan pengenalan jelas tubuh Kristus atau jemaat (1 Korintus 11:29) dan berkumpul di tempat di mana Tuhan telah menempatkan namaNya (Ulangan 16:2,6-7). Kita tidak boleh merayakan Paskah di dalam kediaman kita sendiri (Ulangan 16:5,6). Semua ragi harus dikeluarkan daripada kediaman tetap kita sebelum pergi ke Perayaan itu (Keluaran 12:15,19; Ulangan 16:4). Anggota-anggota terbaptis berkumpul dengan saudara mereka untuk merayakan Perjamuan Suci sesudah gelap (EENT) pada tanggal 14 bulan Pertama.
Sewaktu bahagian siang hari ke 14, acara kebaktian untuk memperingati Kematian Anak Domba diadakan pada 3.00 p.m., iaitu waktu anak-anak domba dikorbankan (Keluaran 12:6; Ulangan 16:6). Korban pertama daripada tiga korban tahunan dibuat sebelum pagi itu (Keluaran 23:18; 34:23; Ulangan 16:16). Kita mampu mempunyai hak istimewa untuk membawa persembahan rela hati kita di hadapan Allah Bapa.
Sisa bahagian siang hari ke 14 bulan pertama kini akan ditinjau secara terperinci.
Tugas-tugas
untuk diselesaikan
Kita berkumpul di tempat tinggal sementara dan kita perlu membuang segala hasil beragi daripada bilik-bilik yang disewa itu (Keluaran 12:15,19; Ulangan 16:3-4). Sebarang lambang yang menghormati berhala dan/atau tuhan palsu harus disingkirkan atau ditutup sementara Perayaan berlangsung. Benda-benda ini boleh dikembalikan ke tempatnya atau dibuka penutupnya pada waktu keberangkatan kita.
Apa sekalipun yang dipilih oleh setiap kumpulan untuk disediakan untuk Paskah mereka dan makanan-makanan hari Sabat seterusnya ialah pilihan individu, melainkan kita tidak harus ada hasil makanan yang mengandungi ragi. Makanan-makanan ini harus mengandungi roti tidak beragi kerana kita sepatutnya memakan roti tidak beragi selama tujuh hari (Keluaran 12:15; 13:6-7; 23:15; 34:18; Imamat 23:6-8; Bilangan 28:17; Ulangan 16:3).
Tanggal 15 Bulan Pertama ialah Sabat Hari Persiapan, memandangkan ia Hari Pertama Roti Tidak Beragi. Pada malam inilah Malaikat melintasi Mesir dan membunuh anak sulung manusia dan binatang. Israel dilepaskan daripada hukuman ini oleh sebab penyembelihan dan pemakanan anak domba ketika berada di dalam kediaman mereka (Keluaran 12:7-13).
Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk membeli dan menyediakan semua makanan sebelum waktu gelap (EENT) 14 haribulan (Imamat 23:6-8; Bilangan 28:16-18). Kita tidak membeli atau menjual pada hari Sabat (Nehemia 10:28-31; Amos 8:5). Kita juga tidak melakukan apa-apa kerja kita pada hari Sabat (Keluaran 20:8-11; Ulangan 5:12-15). Terdapat tuntutan-tuntutan khusus untuk Jamuan Paskah pada Malam Berjaga-jaga seperti yang digambarkan di bawah.
Seekor binatang
kawanan
Jamuan harus memasukkan seekor binatang daripada kawanan, iaitu binatang pemamah biak (ruminan) berkuku belah, dan harus dimasak di tempat di mana Tuhan menempatkan namaNya (Ulangan 16:2,6-7). Ia harus dipanggang dan tidak dibasahkan atau direbus dan jangan tinggalkan apa-apa daripada dagingnya sampai pagi (Keluaran 12:8-11; Bilangan 9:11-14; Ulangan 16:7).
Pada asalnya tiada daging atau tulang anak-anak domba yang dikorbankan di Mesir ditinggalkan sampai pagi. Apa yang tinggal dibakar sepenuhnya; suatu pembakaran. Ini akan mencegah sesiapa menggunakan mana-mana bahagian daripada anak-anak domba yang dikorbankan itu sebagai persembahan kepada tuhan palsu atau untuk membuat sebarang benda pemujaan pagan daripada sisa korban itu. Sama seperti anak-anak domba itu dikorbankan dengan lengkap, begitu juga korban Mesias merupakan korban lengkap (Ibrani 7:27-28; 9:12; 10:10-19; 1 Petrus 3:18). Ia memenuhi semua tuntutan dan aspek pelbagai persembahan. Apa saja binatang kawanan yang halal seperti lembu, domba, kambing, dan sebagainya boleh disajikan (Imamat 11:1-8; Ulangan 14:4-8).
Kita dipisahkan kepada kumpulan keluarga atau kumpulan kecil untuk menjalankan jamuan Paskah (Keluaran 12:3-4). Oleh itu, daging yang disediakan hanya cukup saja agar semuanya akan dimakan oleh mereka yang hadir.
Darah daripada korban itu pada mulanya dibubuh sebagai suatu tanda pada tiang-tiang pintu (Keluaran 12:7,23). Kini kita ada darah Kristus yang menguduskan kita, dan melalui kita anggota keluarga kita yang belum bertaubat dikuduskan.
Tiada satupun tulang yang dipatahkan (Keluaran 12:46; Bilangan 9:12; Mazmur 34:20; Yohanes 19:33,36) dan lazimnya seekor anak domba tanpa tulang disediakan.
Sediakan kira-kira 4 auns (ons) (125 gram) daging domba/bebiri untuk setiap hidangan/porsi orang dewasa. Sebagai contohnya 12 orang memerlukan sepotong kaki tidak bertulang kira-kira 3 paun (atau 1.5 kg), atau bagi 20 orang, 5 paun (atau 2.5 kg) dipanggang pada 325°F (atau 200°C). Memanggang mengambil masa kira-kira 40 hingga 45 minit untuk setiap paun atau sehingga termometer daging menunjukkan 170-180°F. Biarkan daging selama 10-20 minit sebelum cuba memotong.
Bebiri
Australia
Sapu kira-kira 150 gram botol Hot English Mustard pada seluruh potongan daging itu, taburkan rosemary dengan banyak, dan panggang seperti di atas. Lemak akan melumuri daging sementara ia masak dan individu harus membuang lemak daripada hidangan mereka sendiri (Imamat 3:17). (Hot English Mustard dalam botol boleh didapati daripada Queen’s Pantry di Leavenworth Kansas dan kedai-kedai serupa di AS).
Bebiri Bawang
Putih
Dengan menggunakan hujung pisau yang tajam, buat belahan-belahan kecil di seluruh permukaan bebiri itu. Masukkan ulas-ulas (butir) bawang putih yang dihiris, dengan menekan ulas-ulas ini dengan dalam ke dalam daging. Sapu daging dengan campuran serbuk bawang putih, serbuk bawang, garam dan lada (gunakan kira-kira 1 sudu the (5 ml) setiap rempah untuk setiap 3 paun (1 kg 500 gram) daging. Panggang seperti di atas.
Lemak harus dipotong daripada daging bebiri itu selepas dimasak kalau tidak daging itu akan mengering.
Sayur Pahit
Kita juga disuruh untuk menyertakan sayur pahit dalam jamuan itu (Keluaran 12:8). Ini boleh termasuk lobak jenis horseradish yang baru diparut, dan sepiring sayur pahit seperti lobak (radish), pasli (parsley), dan selderi (celery).
Roti Tidak Beragi
Kita diperintah untuk memakan roti tidak beragi pada Malam Berjaga-jaga (Keluaran 12:8,15,39) dan pada enam hari Perayaan yang selebihnya (Keluaran 12:15; 13:6-7; 23:15; 34:18; Imamat 23:6-8; Bilangan 28:16-18; Ulangan 16:3). Daripada Keluaran kita melihat bahawa roti itu tidak beragi kerana mereka berangkat dengan tergesa-gesa (Keluaran 12:34). Di dalam Ulangan ia disebutkan sebagai “roti penderitaan” (Ulangan 16:3).
Resepi untuk
Roti Tidak Beragi
4 cawan tepung gandum penuh (wholemeal) yang biasa
2 kuning telur
2 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan mentega
1 ½ sudu teh garam
220 ml susu atau air
TAMBAH garam kepada tepung.
POTONG mentega kepada potongan-potongan kecil dan tambah kepada tepung.
PUKUL kuning telur, minyak dan susu atau air bersama-sama.
TAMBAH campuran ini kepada tepung, kacau dengan baik, kemudian uli.
BAHAGIKAN adunan kepada potongan-potongan sebesar bola golf dan gulung dengan nipis.
BAKAR di dalam ketuhar sederhana 180°C (350°F) hingga warna coklat keemasan.
(Dale Nelson)
Untuk resepi lain lihat Resipi untuk Roti Tidak Beragi (No. R2).
Korban gandum yang dipersembahkan kepada Tuhan harus tidak mengandungi ragi atau madu (Imamat 2:11).
Garam
Semua persembahan perlu digarami supaya garam perjanjian Tuhan kita tidak ketinggalan (Imamat 2:13). Perjanjian Garam adalah untuk selama-lamanya (Bilangan 18:19). Lihat catatan dalam Companion Bible tentang Bilangan 18:19 mengenai perjanjian garam. Kita semua harus digarami (Markus 9:49-50).
Wain (Anggur)
Kita jelas mengetahui kita diperintahkan setiap tahun untuk membaharui perjanjian baptisan kita dengan Tuhan dengan mengikut serta dalam Perjamuan Suci. Di situ kita meminum anggur, lambang darah Mesias. Pada asalnya korban curahan disertakan dengan banyak korban (Keluaran 29:40; Imamat 23:13; Bilangan 15:5,7,10; 28:7,14). Pada masa hadapan, korban pagi akan diadakan semula, namun berdasarkan Yehezkiel 46 nampaknya aspek korban curahan telah dipenuhi, sebab korban ini tiada dalam aspek lain korban-korban itu. Ini nampaknya menunjukkan bahawa Mesias dan umat pilihan telah memenuhi semua simbolisme korban curahan.
Kita disuruh pergi ke perayaan dan di dalam hadirat Tuhan kita memakan persembahan persepuluhan daripada gandum kita, minyak kita dan anggur baru kita dengan sukaria (Ulangan 14:23,26). Kita harus membantu janda dan anak yatim yang benar-benar tidak dapat datang dengan kemampuan mereka sendiri (Ulangan 14:28).
Barang lain
Jamuan boleh memasukkan barang lain seperti kentang, sayur, dan makanan pencuci mulut (yang tidak beragi), namun barang-barang yang disebut di atas diperintahkan harus ada menurut alkitab. Sama seperti semua aspek kehidupan, persiapan jamuan ini membabitkan perencanaan dan pengaturan untuk menyediakannya tepat pada waktunya, supaya semua dapat menyertai jamuan ini selepas waktu gelap (EENT), namun cukup awal agar anak-anak dapat mempelajari erti Paskah (Keluaran 12:26). Malam Berjaga-jaga harus dipelihara keturunan Israel untuk selama-lamanya (Keluaran 12:42).
Malam
Berjaga-jaga
Jamuan bermula selepas waktu gelap (EENT). Ini ialah jamuan Paskah (Keluaran 12:6-11). Ia juga disebutkan sebagai Malam Berjaga-jaga (Keluaran 12:42; 13:3) (lihat catatan Keluaran 12:42 Companion Bible; juga karya Malam Berjaga-jaga (No. 101)).
Inilah malam untuk anak-anak dan mereka yang belum bertaubat hadir dan mempelajari tentang rencana Allah yang Mahakuasa untuk menebus seluruh umat manusia dan bani syurgawi derhaka.
Hampir akhir jamuan itu seorang anak (atau orang yang belum bertaubat pada apa-apa umur) akan bertanya, “Apakah erti ibadah ini”? (Keluaran 12:26); sebagaimana ia berkaitan dengan jamuan itu (Keluaran 12:8).
Erti domba yang dikorbankan (Keluaran 12:27), roti tidak beragi (Keluaran 12:39) dan sayur pahit (Keluaran 1:14) akan dijelaskan. Maka semua dapat mempelajari dan takut akan Tuhan (Ulangan 6:10-16; 14:23; 17:19).
Semua di dalam bilik itu patut berhenti agar pertanyaan itu dapat didengari dan jika perlu dibaca daripada Alkitab oleh individu yang bertanyakan penjelasan untuk iman yang kita pegang (Filipi 1:6; 1Petrus 3:15).
Anggota-anggota berlainan daripada kumpulan itu harus menjelaskan aspek-aspek berbeza berkaitan pertanyaan itu. Ini boleh direncanakan terlebih dahulu, namun orang lain boleh membuat tambahan kepada perkara yang disebutkan. Ini adalah supaya semua dapat belajar untuk mengambil bahagian dan belajar menyatakan sebab untuk iman mereka. Ini seharusnya tinjauan yang informal namun mendalam, dan disajikan dengan cara yang boleh difahami anak-anak dan yang boleh merangsang mereka untuk merenungi rencana Tuhan.
Tumpuan perlu diberikan pada renungan, pembelajaran, dan pengajaran, bukan percakapan yang mengacau fikiran. Kita patut teruskan tumpuan ini sehingga sekurang-kurangnya selepas tengah malam apabila Tuhan yang Mahatinggi mempertunjukkan penebusanNya akan Israel dalam sejarah (Keluaran 11:4-5,12:29).
Konsep-konsep yang patut dibincangkan termasuk namun tidak terbatas kepada:
1. Perjamuan Suci, Paskah, Unjukan Berkas dan Hari-hari Roti Tidak Beragi ialah suatu tanda untuk selama-lamanya (Keluaran 13:9-10).
2. Penebusan bermula dengan umat sulung (Keluaran 15:13; Ulangan 21:8; Lukas 1:68) dan kemudian semua pada waktu, urutan atau susunan mereka sendiri (1Korintus 15:23).
3. Kita keluar dengan tergesa-gesa (Keluaran 12:11, 33).
4. Ingat bahawa kita menjadi hamba/budak di Mesir dan keluar daripada sistem itu. Setiap minggu kita harus merenungi Keluaran sewaktu hari Sabat (Ulangan 5:15; 16:3; Mazmur 81:10).
5. Roti Penderitaan (Ulangan 16:3).
6. Roti tidak beragi dimakan selama 7 hari (Keluaran 12:15; 13:6-7; 23:15; 34:18; Imamat 23:6-8; Bilangan 28:16-18; Ulangan 16:3).
7. Sayur pahit (Keluaran 1:14).
8. Perjanjian Darah (Keluaran 24:8; Zakharia 9:11; Markus 14:24-25; Lukas 22:20; 1 Korintus 11:25-29; Efesus 1:7; Kolose 1:14,20; Ibrani 9:14-22; 10:29; 13:20-21; Wahyu 1:5; 5:9; 12:11).
9. Dipelihara oleh semua turun-temurun (Keluaran 12:14,17, 23-27).
10. Tinjau semula betapa besarnya Keluaran dan fakta bahawa kedua-dua orang Israel dan golongan campuran berangkat bersama-sama. Simbolisme apakah yang ditunjukkannya untuk hari ini? Patutkah kita menjangkakan suatu Keluaran masa hadapan (Yesaya 66:18-24).
11. Pengudusan kita, iaitu melalui:
Malam Berjaga-jaga ini perlu dirayakan dengan betul dan sebagai hasilnya semua akan mendapat manfaat.
Memang suatu rahmat untuk mengetahui, mengerti, dan mampu menjadi sebahagian daripada rencana keselamatan Allah yang Maha Esa untuk planet ini. Marilah kita semua belajar untuk takut akan Tuhan dan menyembahnya dengan lebih dalam dan sempurna.
q