Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[097]

 

 

 

 

Hari-hari Suci Tuhan [097]

(Edisi 2.0 19950325-20000226)

 

Karya ini membincangkan kepentingan serta matlamat Hari-hari Suci. Hari-hari Raya adalah sebagai sebahagian dari rencana keselamatan diterangkan. Hari-hari Raya ini juga dibuktikan adalah perintah. Hujah teologikal awal untuk pembatalan Hari-hari Raya ini yang telah dipelihara oleh Jemaat mula-mula ditunjukkan sebagai tidak betul dari segi teologi. Kaitan Hari-hari Raya ini kepada Jemaat dan juga kepada Bait Suci dan korban persembahan juga dibincangkan. Hari-hari Raya ini dibuktikan sebagai penting kepada iman dan membentuk sebahagian dari meterai Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Hari-hari Suci Tuhan [097]



Pengenalan kepada Hari-hari Raya serta Rencana Keselamatan

Rencana serta matlamat Tuhan dinyatakan oleh struktur serta urutan perayaan-perayaan itu, yang ditetapkan sebagai ketetapan-ketetapan di dalam Alkitab. Kekristianan moden tidak mentaati perayaan-perayaan ini dan akibatnya ketiadaan arah serta pemahaman berkenaan rencana alkitabiah. Jemaat-jemaat moden sedang tidak mengendahkan arahan-arahan yang Alkitab, selaku dasar agama Judeo-Kristian, tunjukkan telah ditetapkan dalam kisah penciptaan dalam Kejadian dan telah disediakan Tuhan kepada Musa dan hamba-hambaNya para nabi. Hukum-hukum ini memperincikan kelakuan iman dan jelas menandakan perayaan-perayaanNya. Dengan mengandaikan bahawa satu badan agama mendakwa mendapat hak kuasa dari teks-teks alkitab atau dari Kristus, terdapat satu dilema falsafah yang serius dalam idea-idea hukum, sebab-akibat serta kekonsistenan yang terbabit dalam memperlakukan atau mengubah perintah-perintah tersebut.

 

Kita telahpun mengkaji idea penghapusan hukum (lihat karya-karya Perbezaan di dalam Hukum [096] dan Kerajaan Tuhan [174]) dan ia didapati berkait dengan satu bahagian tertentu hukum. Kita juga telah mendapati dari pemeriksaan Skrol-skrol Laut Mati, bahawa badan hukum yang dimaksudkan Paulus nampaknya adalah satu bahagian tertentu Hukum Tradisional atau Lisan, berkenaan peraturan-peraturan dalam pengendalian makanan, pencucian ritual serta persediaan-persediaan. Ini dipanggil Pekerjaan-pekerjaan Hukum atau MMT (lihat karya Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT [104]). Peraturan-peraturan Farisi serta lain-lain Judaisme sektarian abad pertama adalah berbagai bentuk dan membebankan. Lazimnya tentangan terhadap sistem Judaik bukannya dari segi agama tetapi hanyalah anti-Semitisme (anti-Yahudi).

 

Orang-orang Yahudi telah memesongkan hari-hari raya dan Sabat-sabat, dan telah dikutuk oleh Kristus.

 

Markus 7:6-9 Jawab-Nya kepada mereka: "Benarlah nubuat Yesaya tentang kamu, hai orang-orang munafik! Sebab ada tertulis: Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. 7 Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia. 8 Perintah Allah kamu abaikan untuk berpegang pada adat istiadat manusia." 9 Yesus berkata pula kepada mereka: "Sungguh pandai kamu mengesampingkan perintah Allah, supaya kamu dapat memelihara adat istiadatmu sendiri.

 

Teks ini dipetik dari Yesaya 29:13.

 

Yesaya 29:13-16  Dan Tuhan telah berfirman: "Oleh karena bangsa ini datang mendekat dengan mulutnya dan memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya menjauh dari pada-Ku, dan ibadahnya kepada-Ku hanyalah perintah manusia yang dihafalkan, 14 maka sebab itu, sesungguhnya, Aku akan melakukan pula hal-hal yang ajaib kepada bangsa ini, keajaiban yang menakjubkan; hikmat orang-orangnya yang berhikmat akan hilang, dan kearifan orang-orangnya yang arif akan bersembunyi." 15 Celakalah orang yang menyembunyikan dalam-dalam rancangannya terhadap TUHAN, yang pekerjaan-pekerjaannya terjadi dalam gelap sambil berkata: "Siapakah yang melihat kita dan siapakah yang mengenal kita?" 16 Betapa kamu memutarbalikkan segala sesuatu! Apakah tanah liat dapat dianggap sama seperti tukang periuk, sehingga apa yang dibuat dapat berkata tentang yang membuatnya: "Bukan dia yang membuat aku"; dan apa yang dibentuk berkata tentang yang membentuknya: "Ia tidak tahu apa-apa"?

 

Takut akan Tuhan ditukar menjadi tradisi-tradisi yang bertentangan dengan hukum itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuhan kepada para nabi. Seperti yang ditunjukkan dalam karya Alkitab [164]; Kitab Suci yang dimaksudkan oleh Kristus dan para rasul adalah Perjanjian Lama (Matius 21:42; 22:29; 26:54,56; Markus 12:24; 14:49; Lukas 24:27,32,45; Yohanes 5:39; Kisah 17:2,11; 18:24,28; Roma 1:2; dan lain-lain). Segala tulisan (Kitab Suci) yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik. (2 Timotius 3:16,17). Kitab Suci harus digenapi dan tidak boleh dibatalkan (Markus 14:19; Yohanes 10:35).

 

Kumpulan Farisi telah mengkorupsikan Kitab Suci, dan mengajarkan perintah-perintah manusia. Ini termasuklah Sabat-sabat Tuhan. Kristus mengutuk mereka seperti yang kita lihat di atas. Ini tidak membatalkan Hari-hari Suci. Ia bermakna bahawa Kristus tidak menyetujui cara bagaimana Judaisme Farisi memeliharanya. Kristus sendirinya memelihara Hari-hari Suci ini seperti mana sepatutnya dipelihara. Dia memberitahu umat pilihan untuk tidak mengikut Ahli-ahli Taurat serta Farisi.

 

Matius 5:17-20 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. 19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. 20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

 

Kristus berbicara mengenai kumpulan Farisi dan mengutuk mereka (Matius 23:1-39). Dia memelihara hari-hari raya itu, seperti mereka semua. Mereka duduk dalam kerusi Musa. Mereka harus ditaati sehinggalah hak kuasa mereka disingkirkan dengan penubuhan Jemaat. Kristus, di sini di dalam Matius 23, berbicara kepada Yehuda dan bukannya kepada Jemaat. Hak kuasa orang Farisi telah disingkirkan, namun ini tidak menyingkir hukum-hukum Tuhan.

Perintah-perintah berkenaan hari-hari raya dilampirkan dalam empat urutan dalam Pentateuch, dari Keluaran hingga Ulangan. Urutan pertamanya ditemui dalam Keluaran dalam beberapa bab. Keluaran 20 mengisahkan hukum bersepuluh, yang diulangi dalam Ulangan 5. Keluaran 21 mengisahkan soal perkahwinan dan keluarga serta tanggungjawab kekeluargaan, yang memperluaskan struktur hukum-hukum (bersepuluh) dalam semua lapisan masyarakat. Keluaran 22 mengisahkan perluasan hak-hak hartanah serta kewajipan di bawah hukum-hukum itu. Keluaran 23 mengisahkan kesaksian palsu dan memandang rupa, serta lanjutan perintah kesepuluh. Keluaran 23:10 dan seterusnya kemudiannya memperluaskan perintah keempat untuk menunjukkan aplikasinya di dalam struktur masyarakat. Bukan saja ia berkaitan dengan minggu, tetapi juga melibatkan Jubli dan sistem Sabatikal. Keluaran 12 mengisahkan Paskah (rujuk karya Hukum Tuhan (L1) serta karya-karya berkaitan dalam siri hukum [252-263].

 

Keluaran 23:10-33 Enam tahunlah lamanya engkau menabur di tanahmu dan mengumpulkan hasilnya, 11 tetapi pada tahun ketujuh haruslah engkau membiarkannya dan meninggalkannya begitu saja, supaya orang miskin di antara bangsamu dapat makan, dan apa yang ditinggalkan mereka haruslah dibiarkan dimakan binatang hutan. Demikian juga kaulakukan dengan kebun anggurmu dan kebun zaitunmu. 12 Enam harilah lamanya engkau melakukan pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh haruslah engkau berhenti, supaya lembu dan keledaimu tidak bekerja dan supaya anak budakmu perempuan dan orang asing melepaskan lelah.

 

Ianya hingga enam tahun dan hingga enam hari kerana keduanya adalah masa-masa. Istilah untuk enam hari dan tempoh sabatikal itu berkait dengan sabbatisma, satu minggu atau satu tempoh tujuh tahun. Tempoh tujuh tahun ini kemudiannya mendahului minggu di dalam Keluaran 23, supaya sistem jubli mengikut hari Sabat.

 

13 Dalam segala hal yang Kufirmankan kepadamu haruslah kamu berawas-awas; nama allah lain janganlah kamu panggil, janganlah nama itu kedengaran dari mulutmu." 14 "Tiga kali setahun haruslah engkau mengadakan perayaan bagi-Ku. 15 Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang telah Kuperintahkan kepadamu, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan itulah engkau keluar dari Mesir, tetapi janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa. 16 Kaupeliharalah juga hari raya menuai, yakni menuai buah bungaran dari hasil usahamu menabur di ladang; demikian juga hari raya pengumpulan hasil pada akhir tahun, apabila engkau mengumpulkan hasil usahamu dari ladang. 17 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN.

 

Ianya bukan soal sama ada kita mahu pergi ke situ. Setiap orang lelaki (dalam ertikata seorang askar, kerana bani Israel sebenarnya satu kumpulan tentera) setiap orang dua puluh tahun ke atas layak untuk khidmat tentera dan struktur itu secara literalnya adalah sebagai satu tentera Tuhan menentang yang lainnya dalam dunia. Setiap orang harus menghadap pada perayaan-perayaan itu sebanyak tiga kali setahun kerana itu berkait dengan rencana keselamatan dan aktiviti-aktiviti serta interaksi Tuhan dengan dunia. Oleh itu, jemaat kini mengambil alih, selaku tentera Tuhan, segala kewajipan yang ditempatkan pada jemaat Israel. Semua ini adalah mengikat.

 

18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi.

 

Kita harus memberikan persembahan-persembahan kita pada permulaan perayaan itu dan kita tidak dibenarkan membiarkan korban-korban tinggal hingga pagi. Lemak korban perayaan itu haruslah diagihkan agar golongan miskin dapat makan di perayaan tersebut. Ini berlaku pada tiga musim perayaan itu. Itulah sebabnya kenapa acara perkumpulan kita adalah pada malam pertama hari raya itu. Lihat karya Pengumpulan [139].

 

19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya." 20 "Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah Kusediakan. 21 Jagalah dirimu di hadapannya dan dengarkanlah perkataannya, janganlah engkau mendurhaka kepadanya, sebab pelanggaranmu tidak akan diampuninya, sebab nama-Ku ada di dalam dia.

Maka nama Allah yang hidup adaa di dalam malaikat ini. Malaikat ini yang telah membawa Israel melalui padang gurun adalah Yesus Kristus.

 

22 Tetapi jika engkau sungguh-sungguh mendengarkan perkataannya, dan melakukan segala yang Kufirmankan, maka Aku akan memusuhi musuhmu, dan melawan lawanmu. 23 Sebab malaikat-Ku akan berjalan di depanmu dan membawa engkau kepada orang Amori, orang Het, orang Feris, orang Kanaan, orang Hewi dan orang Yebus, dan Aku akan melenyapkan mereka. 24 Janganlah engkau sujud menyembah kepada allah mereka atau beribadah kepadanya, dan janganlah engkau meniru perbuatan mereka, tetapi haruslah engkau memusnahkan sama sekali patung-patung berhala buatan mereka, dan tugu-tugu berhala mereka haruslah kauremukkan sama sekali. 25 Tetapi kamu harus beribadah kepada TUHAN, Allahmu; maka Ia akan memberkati roti makananmu dan air minumanmu dan Aku akan menjauhkan penyakit dari tengah-tengahmu. 26 Tidak akan ada di negerimu perempuan yang keguguran atau mandul. Aku akan menggenapkan tahun umurmu. 27 Kengerian terhadap Aku akan Kukirimkan mendahului engkau: Aku akan mengacaukan semua orang yang kaudatangi, dan Aku akan membuat semua musuhmu lari membelakangi engkau. 28 Lagi Aku akan melepaskan tabuhan mendahului engkau, sehingga binatang-binatang itu menghalau orang Hewi, orang Kanaan dan orang Het itu dari depanmu. 29 Aku tidak akan menghalau mereka dari depanmu dalam satu tahun, supaya negeri itu jangan menjadi sepi, dan segala binatang hutan jangan bertambah banyak melebihi engkau. 30 Sedikit demi sedikit Aku akan menghalau mereka dari depanmu, sampai engkau beranak cucu sedemikian, hingga engkau dapat memiliki negeri itu. 31 Aku akan menentukan batas daerahmu dari Laut Teberau sampai Laut Filistin dan dari padang gurun sampai sungai Efrat, sebab Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tanganmu, sehingga engkau menghalau mereka dari depanmu. 32 Janganlah mengadakan perjanjian dengan mereka ataupun dengan allah mereka. 33 Mereka tidak akan tetap diam di negerimu, supaya mereka jangan membuat engkau berdosa kepada-Ku, dengan beribadah kepada allah mereka, sebab tentulah hal itu menjadi jerat bagimu."

 

Tuhan telah mengutus Malaikat PerjanjianNya untuk membawa Israel melalui padang gurun kepada pusaka mereka. Penurutan kepada hukum-hukum yang diberikan, adalah sebahagian dari sistem keselamatan itu. Keselamatan bukannya melalui hukum tetapi melalui rahmat/kasih karunia, namun penurutan kepada Tuhan serta sistemNya adalah sebahagian dari proses keselamatan itu (lihat karya Hubungan Antara Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum [082]).

 

Maka, perintah-perintah tersebut dilanjutkan kepada sistem kehidupan. Hari-hari Suci atau Sabat-sabat yang dipelihara bangsa itu seharusnya berasal dari hukum Tuhan. Sabat-sabat serta tiga tempoh perayaan itu disenaraikan. Mentaati suatu sistem Hari-hari Suci lain yang berbeza dari apa yang dinyatakan Alkitab adalah sama dengan keberhalaan. Begitulah seriusnya hal ini. Jika kita tidak memelihara Hari Pendamaian dan Hari-hari Raya dan kita pergi dan bekerja pada hari-hari itu, maka kita mengikuti tuhan dunia ini. Kita bagaikan menyembah tuhan yang asing bilamana kita gagal memelihara perayaan-perayaan ini, sama seperti jika kita memberi korban kepada tuhan lain pada perayaan-perayaan ini. Kawanan domba Kristus mentaati suaranya dan mengikutinya.

 

Yohanes 10:27-30 Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku, 28 dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya dan seorangpun tidak akan merebut mereka dari tangan-Ku. 29 Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa. 30 Aku dan Bapa adalah satu."

 

Itulah sebabnya kenapa Jemaat telah memelihara sistem-sistem menyeluruh ini selama dua ribu tahun, mengikuti suara Kristus. Mereka telah dianiaya dan dibunuh kerana penurutan mereka ini (lihat karya-karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170] dan Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]).

 

Jemaat telah digulingkan awal-awal lagi dalam sejarahnya. Beberapa pengikut Gnostik cuba menghindari arah tujuan Perjanjian Lama dengan memisahkan Tuhan Perjanjian Lama dari Kristus, sambil mengabaikan sebahagian dari Perjanjian Baru. Kekristianan hari ini menyalahfaham ajaran Paulus sebagai menyingkirkan tuntutan-tuntutan hukum. Ini menghasilkan kesan yang serupa, namun memasukkan kekacauan di dalam penerangan struktur dan rencana alkitabiah serta penjelasan Masalah Kejahatan, yang cuba diterangkan kumpulan Gnostik.

 

Sistem Gnostik itu sebenarnya telah berjaya. Sistem di luar sana yang mendakwa dirinya Kristian, sebenarnya adalah pewaris sistem Gnostik itu. Kebanyakan orang-orang itu yang mendakwa mereka Kristian sebenarnya bukan – mereka adalah Gnostik.

 

Hari-hari Raya Sebagai Perintah

Perayaan-perayaan alkitabiah ditemui dalam Imamat 23. Ini adalah penerangan yang lebih luas berbanding perlanjutan Keluaran itu. Maka kita lihat Keluaran 23 melanjutkan Keluaran 20, dan Imamat 23 memperbesarkan Keluaran. Bilangan 15, 28 dan 29 memperbesarkan keduanya termasuklah hari-hari Bulan Baru, dan pengulangan serta pembesaran lanjut berlaku dalam Ulangan 5 dan 14.

 

Penciptaan ditetapkan agar benda-benda penerang di langit menunjukkan perbezaan bukan saja antara malam dan siang, tetapi juga untuk menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun (Kejadian 1:14). Maka, hari-hari Sabat serta sistem-sistem tuaian ditetapkan dalam sistem cakerawala. Dua bulan menuai bagi hemisfera utara dan selatan menandakan Bulan-bulan Menuai. Waktu-waktu serta hukum telah ditetapkan dalam penciptaan. Kalendar Kudus telah ditetapkan sejak dari mula (lihat karya Kalendar Tuhan [156]).

 

Perayaan-perayaan ini telah diberikan kepada Musa oleh Yahovah (atau Jehovah). Perayaan-perayaan ini seharusnya diumumkan sebagai pertemuan-pertemuan kudus. Semuanya adalah perayaan-perayaan Tuhan dan dia memanggilnya hari-hari rayaKu (Imamat 23:2). Mereka dirujukkan sebagai hari-hari raya Tuhan dalam Imamat 23 dan 2 Tawarikh 2:4. Istilah hari-hari rayamu juga digunakan dalam Bilangan 15:3 dan 29:39. Istilah hari-hari raya mereka digunakan dalam Yesaya 1:14 dan 5:12 dalam aspek negatif seperti di bawah. Maka, asal-usul hari-hari raya ini bukanlah sekular ataupun dunia. Hari-hari ini, secara logiknya, tidak boleh diubah atau ditinggalkan kecualilah Rencana Keselamatan, yang diwakilkan, telah diubah atau ditinggalkan.

 

Memandangkan sifat Tuhan yang tidak berubah di dalam pelaksanaan rencana penciptaanNya, hujah ini tidak masuk akal. Telah dicadangkan bahawa rujukan-rujukan dalam Yesaya 1, khususnya 1:14 di mana Tuhan menyatakan bahawa dia membenci Bulan-bulan Baru dan hari-hari raya yang ditetapkan, macam mana sekalipun meniadakan perayaan-perayaan itu. Bab ini merujuk kepada kemurtadan yang ditemui pada hari-hari raya ini dan bahawa Tuhan tidak akan bertahan dengan sikap itu namun dia tidak boleh (Ibrani: Yakol) meniadakan perayaan-perayaan itu sendiri (Yesaya 1:13).

 

Yesaya 1:13-14 Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagi-Ku. Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya, karena perayaanmu itu penuh kejahatan. 14 Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban bagi-Ku, Aku telah payah menanggungnya.

 

Yahovah (Jehovah) atau Malaikat Hadirat tidak dapat bertahan dengan kejahatan yang ada di dalam perayaan-perayaan itu. Dia tidak boleh melenyapkan perayaan-perayaan itu kerana dia (Yahovah) selaku Elohim Israel (Yehezkiel 11 (lihat khususnya ayat 7-21 bagi penundukan seorang kepada yang seorang lagi)) telah diberikan urutan rencana itu sebagaimana yang digambarkan oleh perayaan-perayaan itu. Dia telah diutus oleh Yahovah Semesta Alam (Zakharia 2:5-13).

 

Zakharia 2:5-13 Dan Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan di dalamnya." 6 Ayo, ayo, larilah dari Tanah Utara, demikianlah firman TUHAN; sebab ke arah keempat mata angin Aku telah menyerakkan kamu, demikianlah firman TUHAN. 7 Ayo, luputkanlah dirimu ke Sion, hai, penduduk Babel! 8 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya--: 9 "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.

 

Ini adalah Yahovah berbicara kepada Israel melalui Yehezkiel. Dia mengatakan bahawa Yahovah (Jehovah) Semesta Alam yang mengutusnya.

 

10 Bersorak-sorailah dan bersukarialah, hai puteri Sion, sebab sesungguhnya Aku datang dan diam di tengah-tengahmu, demikianlah firman TUHAN; 11 dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu." Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu. 12 Dan TUHAN akan mengambil Yehuda sebagai milik-Nya di tanah yang kudus, dan Ia akan memilih Yerusalem pula. 13 Berdiam dirilah, hai segala makhluk, di hadapan TUHAN, sebab Ia telah bangkit dari tempat kediaman-Nya yang kudus.

 

Yahovah (atau Jehovah) Semesta Alam telah mengutus Yahovah (Israel), di sini diterjemahkan sebagai Tuhan, kepada Israel dan agar banyak bangsa akan menggabungkan diri mereka kepada Israel pada akhir zaman.

 

Yahovah Semesta Alam adalah TUHAN, yang juga Tuhannya (Mazmur 110:1).

 

Mazmur 110:1 Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."

 

Dia adalah Elohimnya (Mikha 5:2-4).

 

Mikha 5:2-4 Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala. 3 Sebab itu ia akan membiarkan mereka sampai waktu perempuan yang akan melahirkan telah melahirkan; lalu selebihnya dari saudara-saudaranya akan kembali kepada orang Israel. 4 Maka ia akan bertindak dan akan menggembalakan mereka dalam kekuatan TUHAN, dalam kemegahan nama TUHAN Allahnya; mereka akan tinggal tetap, sebab sekarang ia menjadi besar sampai ke ujung bumi,

 

Dia adalah Elohim yang telah mengurapinya sebagai Elohim (Mazmur 45:6-7, disebut semula dalam Ibrani 1:8-9 sebagai merujuk khususnya kepada Kristus).

 

Ibrani 1:7-9 Dan tentang malaikat-malaikat Ia berkata: "Yang membuat malaikat-malaikat-N menjadi badai dan pelayan-pelayan-Nya menjadi nyala api." 8 Tetapi tentang Anak Ia berkata: "Takhta-Mu, ya Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaan-Mu adalah tongkat kebenaran. 9 Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allah-Mu telah mengurapi Engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutu-Mu."

 

Oleh itu, Hari-hari Suci adalah arahan-arahan langsung kepada manusia yang diberikan Yesus Kristus dari Allah Bapa yang merupakan Tuhannya. Maka tiada kuasa yang mampu mengubah perayaan-perayaan ini ataupun hukum itu. Kuasa Kristus berkait dengan kuasa untuk memelihara hukum itu dalam Roh Kudus dan, dengan itu, melalui rahmat. Kristus memelihara semua Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan hari-hari raya. Jemaat kerasulan juga telah memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan hari-hari raya itu (Kolose 2:16) seperti mana juga Jemaat selama dua ribu tahun (lihat karya-karya di atas). Bangsa-bangsa dalam Milenium akan juga memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan hari-hari raya ini (Yesaya 66:23; Zakharia 14:16-19).

 

Mesias sememangnya adalah bahagian utama dan perlu bagi tuaian Tuhan sebagaimana digambarkan oleh Paskah dan Persembahan Unjukan atau Berkas, namun dia telah pra-wujud sebagai Elohim Israel yang subordinat kepada Elohimnya iaitu Eloah. Dalam kapasitinya inilah dia telah menyampaikan hukum itu kepada Musa dan dengan siapa dia berbicara muka dengan muka. Musa bukannya berbicara dengan Allah (Bapa sebagai Eloah (Allah) atau Theon) seperti mana Yohanes jelas katakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Allah (ton Theon) (Yohanes 1:18). Elohim inilah yang telah dipanggil sebagai Malaikat Hadirat atau Malaikat Penasihat Ajaib (Yesaya 9:6 LXX).

 

Maka perayaan-perayaan ini telah diberikan Tuhan kepada Kristus, dan Kristus mengekalkan serta menguatkuasakan struktur-struktur itu di kalangan umat pilihannya dan akhirnya keseluruhan bangsa-bangsa bagi struktur milenium itu. Kristus tetap sama kelmarin, hari ini dan hari esok (Ibrani 13:8). Tuhan tidak berubah (Maleakhi 3:6; Yakobus 1:17). Oleh itu, mereka tidak berubah dan, dengan itu, hari-hari yang mereka anggap kudus bagi manusia seperti yang diberikan dalam hukum juga tidak berubah.

 

Hujah Teologikal Awal bagi Penghapusan Perayaan-perayaan

Rujukan pada Yesaya 1:14 biasanya digunakan untuk membenarkan pemeliharaan perayaan-perayaan Kasdim Easter serta perayaan-perayaan pertengahan musim sejuk bulan Disember, bertentangan dengan ketetapan-ketetapan alkitabiah. Sememangnya Versi King James pada Kisah 12:4 telah sengaja disalahterjemah kepada Easter dan bukannya Paskah.

 

Kisah 12:4 Setelah Petrus ditangkap, Herodes menyuruh memenjarakannya di bawah penjagaan empat regu, masing-masing terdiri dari empat prajurit. Maksudnya ialah, supaya selepas Easter ia menghadapkannya ke depan orang banyak. (KJV)

 

Kisah 12:4 Setelah Petrus ditangkap, Herodes menyuruh memenjarakannya di bawah penjagaan empat regu, masing-masing terdiri dari empat prajurit. Maksudnya ialah, supaya sehabis Paskah ia menghadapkannya ke depan orang banyak. (RSV)

 

Mencadangkan bahawa Kristus akan membenarkan Jemaat menggantikan perayaan-perayaan Rencana Keselamatan dengan pesta-pesta pagan, sedangkan perayaan-perayaan itu telah ditetapkannya di bawah arahan Tuhan, kelihatan luarbiasa dan tidak waras. Tertullian terjerumus ke dalam kesilapan ketika dia berdebat melawan Marcion berkenaan Sabat. Tanpa memahami bahawa Mesias adalah juga Elohim atau Malaikat Yahovah Perjanjian Lama, dia mengandaikan entiti-entiti berasingan dan mendakwa bahawa kedua-dua Yahovah Perjanjian Lama dan Kristus dalam Perjanjian Baru membenci Sabat. Dengan menggunakan Yesaya seperti di atas untuk Perjanjian Baru dan membuat pertimbangan untuk Kristus bahawa:

 

sungguhpun bukan sebagai Kristus orang-orang Yahudi, Dia (iaitu Kristus Perjanjian Baru) menunjukkan kebenciannya terhadap hari paling kudus orang Yahudi, Dia hanya mengaku mengikuti Pencipta, sebagai KristusNya [Mesias], dalam kebenciannya terhadap Sabat ini; kerana Dia menyatakan melalui mulut Yesaya: ‘Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya’ (Bacchiocchi dalam From Sabbath To Sunday - A Historical Investigation into the Rise of Sunday Observance in Early Christianity, The Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977 memetik Against Marcion 1, 1, ANF, Vol III, halaman 271; (namun rujukan tersebut hanya kepada permulaan pekerjaan itu)).

 

Pendapat Bacchiocchi adalah bahawa hujah-hujah Tertullian dalam Jilid-jilid 1, 2, 4 & 5 menunjukkan, bertentangan kepada apa yang diajar Marcion, bahawa jenis pemeliharaan Sabat yang diajar oleh Tuhan Perjanjian Lama dan yang diajar Kristus adalah serupa. Ajaran-ajaran kedua kitab perjanjian adalah berharmoni. Keduannya terbit dari Tuhan yang sama yang merupakan Tuhan kedua-dua pembahagian. Bagaimanapun, dalam sokongannya bagi keharmonian itu, dia telah mengecilkan hari Sabat kepada suatu institusi yang Tuhan telah sentiasa benci (Bacchiocchi, ibid., halaman 187, nota samping 61).

 

Tertullian mendakwa dari Galatia dan bahagian lain, dan dengan agak salah, bahawa Tuhan membenci Sabat-sabat serta hari-hari perayaan dengan berhujah:

 

‘Kamu memelihara hari-hari dan bulan-bulan, dan masa-masa, dan tahun-tahun’ [Galatia 4:10] – hari-hari Sabat, rasanya, dan ‘persiapan-persiapan’ [ANF menterjemahkan ‘Coenas puras’ sebagai ‘kemungkinannya paraskeuai [paraskeuai atau persiapan] dari Yohanes xix. 31’; lihat bahagian ‘Paskah’ untuk huraian hal ini] dan puasa-puasa, dan ‘hari-hari besar’ [Yohanes 19:31 juga?]. Penghentian semua ini, seperti juga penyunatan, telah ditentukan oleh dekri-dekri Pencipta, yang telah mengatakan melalui Yesaya, ‘Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya’ [Yesaya 1:13,14]; juga oleh Amos, ‘Aku membenci, Aku menghinakan perayaanmu dan Aku tidak senang kepada perkumpulan rayamu.’ [Amos 5:21]; dan sekali lagi oleh Hosea, ‘Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan hari Sabatnya dan segala perayaannya. [Hosea 2:11]. Institusi-institusi yang Dia sendiri dirikan kemudiannya dihapuskanNya, kamu bertanya? Ya, lebih baik dari yang lain. Atau jika seorang lain menghapuskan semua itu, dia telah hanya membantu tujuan Pencipta, dengan menyingkirkan apa yang dikutuk oleh Dia sendiri. Namun ini bukanlah tempatnya untuk membincangkan persoalan kenapa pencipta menghapuskan hukum-hukumnya sendiri. Ianya cukup untuk kita buktikan bahawa Dia memang bermaksud melakukan penghapusan ini, agar ianya disahkan bahawa rasul itu bukannya menetapkan sesuatu kerana prejudis kepada Pencipta, sebab penghapusan itu sendirinya adalah dari Pencipta.

 

Tertullian menunjukkan bahawa Marcion mula-mula sekali boleh dikenali sebagai seorang pembidaah oleh pemisahannya antara injil dan hukum (Against Marcion, ibid., Ch. XXI, halaman 286). Anehnya, aspek bidaah Marcion inilah yang paling tersebar sekali hari ini sebagai kebenaran Kristian untuk menyingkirkan tuntutan-tuntutan hukum, dari ibadah dan hari-hari raya, khususnya isu hari Sabat. Andaian ini secara falsafahnya tidak kukuh atas sebab-sebab yang dimajukan di bahagian lain (lihat karya Perbezaan di dalam Hukum [096]; dan Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT [104]. Ianya jelas dari pembacaan karyanya bahawa dia tidak memahami isu-isu sebenar di sebalik pernyataan-pernyataan dalam Yesaya, Amos dan Hosea itu. Dalam teks-teks itu, perayaan-perayaan yang dirayakan kedua Israel dan Yehuda dilihat sebagai tercemar. Masalahnya adalah tiada keadilan dan kebenaran (Amos 5:24), yang jelas ternyata sekalipun dengan pembacaan sepintas lalu teks-teks itu.

 

Kekristianan Tertullian telah begitu dipengaruhi oleh Mithras dan kultus-kultus matahari (suria) yang lain setibanya zamannya, hingga dia tidak dapat betul-betul memahami matlamat serta rencana keselamatan, mahupun kosmologi yang terbabit. Malah, Tertullian telah menjadi pemimpin mazhab Montanist lebih kurang sepuluh tahun selepas pemelukannya. Ini didorong oleh kemerosotan Gereja Katolik. Penting untuk diperhatikan bahawa Tanduk Daniel 7 iaitu kerajaan bertanduk sepuluh dalam Wahyu akan

 

menganiaya orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum (Daniel 7:25)

 

Kemampuan untuk mengubah waktu dan hukum ini telah ditolak selaku suatu konsep sah oleh Daniel dan secara logiknya adalah tidak munasabah dari konsep hukum itu terbit dari kudrat Tuhan. Mengubah waktu dan hukum dipercayai adalah tanda sistem agama dan politik dunia yang palsu, yang akhirnya menguasai dunia, namun dibinasakan pada kedatangan Mesias. Dalam menangani seluruh permasalahan hukum, harus diingati bahawa kata akhirnya adalah dosa adalah pelanggaran hukum (1Yohanes 3:4) dan perkaitan inilah yang utama kepada Masalah Kejahatan.

 

Seluruh struktur ini ditujukan pada penghapusan hukum orang Ibrani serta hukum Tuhan orang Ibrani, agar mereka dapat menabalkan Kristus sebagai tuhan berasingan dengan sistem yang berasingan dan memberi ciri Roma kepadanya. Mereka ingin menjadikan Yesus Kristus seorang tuhan Roma dan itulah apa yang mereka lakukan.

 

Hari-hari Raya selaku Sebahagian dari Iman Asal

Perayaan-perayaan, dari Sabat mingguan hingga perayaan-perayaan tuaian, serta Hari Pendamaian, mempunyai maksud khusus berkenaan urutan dan kepentingan aktiviti-aktiviti Tuhan dalam menangani manusia. Ianya tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa Tuhan akan membatalkan hari-hari raya itu, kerana ini mencadangkan bahawa Dia akan membatalkan keselamatan manusia. Dari situ, Anak Domba Paskah tidak mempunyai sebarang kepentingan sebagai korban yang menyelamatkan dan Mesias Harun, yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat abad pertama di Israel, adalah tanpa tujuan (lihat karya Hari Paskah [098] untuk penerangan). Anak Domba telah dikorbankan pada waktu Paskah, atau jika tidak dia bukanlah Mesias. Adanya korban-korban setiap hari. Maka Domba yang dikorbankan pada hari yang salah bukanlah Anak Domba Paskah. Hujah ini berkaitan dengan turutan 14 Nisan serta Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159].

 

Kita telah lihat dari karya Perbezaan di dalam Hukum [096] bahawa Reformasi telah gagal memulihkan iman asal yang pernah disampaikan kepada orang-orang kudus (Yudas 3), dan mereka kemudiannya dihalang dari mengasaskan Hari-hari Suci itu oleh perintah serta campur tangan ilahi.

 

Hari-hari Suci serta hari-hari Sabat sengaja ditentang. Ini adalah satu janji yang Tuhan sendiri telah buat melalui para nabi. Tuhan berbicara melalui nabi Amos dan menyamakan Israel dalam zaman akhir seperti satu bakul buah-buahan musim kemarau (Amos 8:1 dan seterusnya). Kegagalan menurut Tuhan adalah elemen kuncinya. Hukuman untuk kegagalan menurut Tuhan adalah, Sabat-sabat dan hari-hari raya dijadikan ratapan. Itu diikuti dengan kelaparan mendengarkan firman Yahovah (Jehovah) (Amos 8:11-14). Disebabkan kegagalan untuk memahami kudrat Allah yang Maha Esa (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20) umat itu dihukum (Hosea 8:5-9). Iblis setan sekalipun mengenali bahawa Allah adalah satu dan takut (Yakobus 2:19). Hal-hal besar hukum Tuhan telah dituliskan untuk Israel kerana mereka dikira orang asing kerana pelanggaran mereka terhadap perintah pertama serta kepesatan dosa mereka dalam ibadah (Hosea 8:11-12, lihat Interlinear Bible).

 

Pertalian antara perayaan-perayaan itu dan korban-korban yang dicatatkan dalam Ulangan 12:8-14 telah dihapuskan bersama dengan pertalian antara korban-korban itu dan Sabat mingguan. Seseorang tidak dapat mengaitkan Kalendar Kudus dan perayaan-perayaan dan hukum korban tanpa mengaplikasikan konsep yang sama kepada semua aspek lain hukum termasuklah Sabat. Seluruh sistem kerajaan Tuhan dibebaskan dari sistem-sistem Sabat dan Hari Suci. Apabila Kristus menggenapi korban itu dia bukannya menghapuskannya, tetapi menyempurnakan sekali untuk semua. Jadi, korban-korban telahpun dipersembahkan namun hari-harinya masih lagi dipelihara. Sewaktu korban-korban itu dibuat di Bait Suci, terdapat dua puluh empat divisi keimamatan yang bertugas pada waktu-waktu Perayaan. Di rumah, seluruh Israel bertugas. Apabila keimamatan itu telah dibahagi-bahagikan dan terdapat satu divisi yang bertugas dan divisi yang sama di antara bangsa itu akan bertugas di rumah untuk korban harian. Mereka melakukan doa sembahyang dan korban di rumah (belajar Alkitab) dan ini di dalam Yehuda purba.

 

Setelah korban-korban itu sempurna, orang-orang ini masih lagi berdoa dan belajar Alkitab – itu adalah sebahagian dari sistem pengorbanan tersebut. Hanya Kristus yang dipersembahkan sekali dan untuk semua. Kita masih lagi diwajibkan mempersembahkan korban harian itu serta korban-korban Sabat dan Hari Suci, dengan berdoa dan mempelajari Alkitab. Kristus, selaku anak domba Paskah, telah mempersembahkan sekali untuk selamanya, korban-korban dari Paskah hinggalah Sabat mingguan dan Hari-hari Suci, hari-hari Raya dan Bulan-bulan Baru. Kita semua diwajibkan bertugas.

 

Paskah itu sendirinya telah diperkenalkan sebelum hukum taurat diberikan di Sinai. Seluruh proses perkenalan umat pilihan di dalam Kekristianan bersandar pada urutan Hari Suci itu, hinggalah sampai kepada kebangkitan umum itu. Mereka tidak boleh dihapuskan sehingga Hari Besar Terakhir. Setiap perayaan mewakili satu bahagian rencana Tuhan yang sedang berjalan yang masih sedang terbentang. Hukum itu adalah bayangan hal-hal yang akan datang (Ibrani 10:1). Bayangan menunjukkan realiti, ia tidak disingkirkan daripadanya. Bayangan itu terikat khususnya kepada korban (Ibrani 10:1-10), dan bukan kepada perayaan-perayaan itu.

 

Jemaat-jemaat Katolik dan Protestan sama-sama masih tidak memahami bahawa hari-hari raya mula-mula itu harus dipelihara. Mereka telah mengelirukan Paskah dengan sistem pagan Easter dan menghitung Pentakosta dengan tidak betul dari Easter. Walau bagaimanapun, mereka tidak memperdebatkan keperluan hal-hal ini. Disebabkan pemahaman salah mereka terhadap doktrin Kerajaan Tuhan serta penafian pemulihan fizikal dalam Milenium, dan kebangkitan kedua itu, mereka tidak memahami perayaan-perayaan kemudiannya.

 

Alkitab menyatakan bahawa cela-cela pada perayaan-perayaan itu disebabkan oleh mereka yang dari tubuh itu yang menceburkan diri mereka ke dalam kesesatan Bileam, dan mereka binasa kerana kedurhakaan seperti Korah. (Yudas 11-12). Dalam kata lain, mereka mengajar untuk upah dan mereka telah memesongkan perayaan-perayaan serta pemahaman hukum dan kesaksian itu. Tidak ada terang (Yesaya 8:20 KJV) atau fajar (RSV) dalam mereka. Mereka dua kali mati dan dicabut. Orang-orang ini, yang hidup tanpa Roh Kudus, akan memecah-belahkan pada zaman akhir (Yudas 19). Dengan itu, kedurhakaan Korah adalah satu proses yang sedang berlaku menentang firman Tuhan.

 

Ianya penting sekali untuk memahami bahawa seluruh struktur sikap serta pengekalan perayaan-perayaan itu terletak pada umat pilihan. Kita mempunyai kewajipan (setiap kita) kepada Kristus, yang kepalanya adalah Allah, dan Perayaan-perayaan ini adalah mandatori bagi kita dan kita patut menghormatinya tanpa mengira bilangan orang yang berjumpa bersama. Bumi ini tidak boleh dilukakan sehinggalah orang terakhir golongan 144,000 itu dimeteraikan. Ini tidak lama lagi. Bilangan penuh 144,000 itu hampir sempurna dan apabila ianya sempurna atau terlaksana, maka semuanya akan tamat. Kuasa umat kita akan dipecahkan dan akhirnya Kristus akan datang.

 

Kristus mampu memelihara umat pilihan daripada jatuh dan menghadapkan mereka di hadapan Allah iaitu Juruselamat kita semua (Yudas 24-25; lihat Marshall’s Interlinear RSV). Bagaimanapun, perpecahan di dalam tubuh Kristus dibenarkan, agar dapat ditunjukkan siapa yang memiliki kebenaran itu serta dipersetujui Tuhan (1Korintus 11:19). Hujah bahawa teks Galatia 3:10 menghapuskan perayaan-perayaan itu menunjukkan kejahilan tentang asal-usul pra-Sinai penciptaan dan Sabat-sabat. Pemulihan semula hari-hari raya ini di bawah penalti kebuluran adalah satu tambahan perlu kepada permulaan Milenium itu (Zakharia 14:16-19). Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru akan juga diasaskan semula (Yesaya 66:20-23).

 

Jemaat-jemaat Tuhan termasuk Kristus dan Jemaat Kerasulan (Matius 26:17-20; Lukas 2:41,42; 22:15; Yohanes 2:13,23; 5:1; 7:10; 10:22; Kisah 18:21(KJV); 19:21; 20:6,16; 24:11,17) telah memelihara perayaan-perayaan ini selama dua ribu tahun dengan pengecualian satu Jemaat dari abad kesembilan belas, yang tidak merayakan Pondok Daun. Jemaat Eropah Timur telah memelihara Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru dengan sempurna sejak abad keenam belas. Sangkakala-sangkakala dipandang sebagai Bulan Baru di dalam lagu pujian mereka. Elemen-elemen Jemaat pemelihara Sabat di Eropah yang telah gagal memelihara perintah-perintah itu, atau yang telah terjerumus ke dalam kemurtadan, kemudiannya telah kehilangan perayaan-perayaan itu (lihat karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122] dan juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).

 

Seperti Kristus dan rasul serta Presbyteri lain (seperti mana mereka digelar Irenaeus), Paulus telah memelihara perayaan-perayaan ini seperti yang dapat kita lihat dari Kisah. Juga Hari Pendamaian dirujukkan dalam Kisah 27:9 sebagai waktu puasa atau nesteian, iaitu satu titik perubahan dalam kitar cuaca Timur Tengah. Maka Paulus tidak, dan sememangnya tidak boleh menghapuskan hari-hari perayaan Tuhan.

 

Sungguhpun Paulus cuba kembali ke Yerusalem untuk perayaan yang disebutkan dalam Kisah 18:21; 19:21 (lihat KJV; The Interlinear Bible), Kisah 20:6 menunjukkan bahawa Paulus merayakan hari-hari Roti Tidak Beragi di Filipi, kerana lambat. Dia kemudiannya cuba berada di Yerusalem untuk Pentakosta (Kisah 20:16). Oleh itu, jelas sekali bahawa Jemaat di Filipi memelihara perayaan-perayaan itu. Rekod-rekdo Jemaat-jemaat pemelihara Sabat di Eropah menunjukkan bahawa perayaan-perayaan itu adalah utama kepada ibadah mereka. Tinjauan peristiwa Inquisition menunjukkan bahawa perayaan-perayaan ini telah digunakan sebagai cara untuk mengenalpasti orang-orang heretik (pembidaah) (contohnya karya C. Roth The Spanish Inquisition, halaman 77 dan seterusnya). Perayaan-perayaan itu dipelihara hingga ke hari ini dalam Jemaat-jemaat Eropah Timur atau trans-Karpathia. Kedua-dua orang Yahudi dan Kristian telah memelihara perayaan-perayaan ini sewaktu persuraian itu.

 

Bait Suci dan Korban

Bait Suci telah dipilih sebagai bait persembahan korban (2Tawarikh 7:12), setelah pondok-pondok dan korban-korban, ketika Daud berada di Hebron dan Khemah Suci ada di Shiloh. Bagaimanapun, perayaan-perayaan itu tidak terikat kepada Bait Suci.

 

Orang Yahudi cuba meyakinkan kita bahawa ini adalah hakikatnya. Mereka cuba mengikatnya semua kepada Bait Suci. Mereka cuba memusatkannya kerana ini membabitkan wang. Ianya hujah yang sama seperti menghantar semua persepuluhan kita kepada ibu pejabat sebarang jemaat. Mereka ingin memusatkan bekalan wang itu.

 

Tuhan telah memilih Sion sebagai tempat kediamanNya (Mazmur 132:13-14), namun pemilihan tersebut telah digantung kerana perantauan Jemaat di dalam padang gurun sehingga kedatangan semula Mesias.

 

Jemaat merantau selama kira-kira dua ribu tahun. Ini adalah tempoh empat puluh Jubli. Maka simbolisme ini kemudiannya dapat dilihat berkaitan Tanda Yunus pada alegori tahun/hari/Jubli itu. Persuraian Jemaat telah dibayangi oleh empat puluh tahun di bawah tiang api dan awan dalam padang gurun itu. Sistem itu adalah penanda khusus bahawa Kristus akan menandakan pusat ibadah melalui umat pilihan. Ini difahami oleh para rasul yang memelihara perayaan-perayaan ini di pelbagai lokasi.

 

Kontroversi Paskah/Easter telah diperjuangkan antara elemen-elemen Jemaat yang tiada kaitannya dengan Yerusalem dan, malahan, Bait Suci itu telahpun binasa selama satu abad apabila kontroversi ini mencapai kemuncaknya (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]). Tidak pernah sekalipun hujah itu berpusat sekitar kewujudan korban bait itu. Korban tidak pernah dianggap faktor pemutusannya. Perayaan-perayaan itu tidak terikat kepada Bait Suci. Semuanya lebih awal dari Bait Suci itu dan terus kekal selepasnya. Hanya korban itu saja yang utama bagi Bait Suci. Bagaimanapun, korban itu juga berlaku di tempat lain, sewaktu Bait Suci masih ada, dan apabila Bait itu telah dibinasakan semasa penawanan Babilon itu (lihat karya Kalendar Tuhan [156]; rujuk Schurer History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol II, halaman 292-313). Dua puluh empat divisi bangsa itu telah dijadualkan bertugas bersama para imam dan terus tinggal di rumah untuk doa harian serta pembelajaran Alkitab, dengan wakil-wakil mereka dijadualkan dan diutus ke Yerusalem (ibid., halaman 293). Bait Suci di Elephantine mengambil alih tanggungjawab-tanggungjawab upacara korban itu sehinggalah Bait itu dibina semula sewaktu pemerintahan Darius II. Bait di Elephantine kemudiannya musnah dalam serangan (lihat karya Pritchard The Ancient Near East, Vol. I, halaman 278-282). Surat-surat Aramaik dalam karya Pritchard itu, yang diterjemahkan oleh Ginsberg, menunjukkan rekod-rekod arahan Paskah kepada empayar yang disebutkan dalam Ezra (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]).

 

Sumbangan-sumbangan kepada pemulihan semula Bait Suci itu disebutkan, berserta keadaan-keadaan sewaktu kemusnahan Bait di Elephantine pada tahun ke 14 pemerintahan Darius II. Para penguasa Yehuda juga mempunyai kawalan polisi ke atas para imam di Elephantine. Teks-teks menunjukkan bahawa upacara korban tidak pernah terhenti sewaktu tempoh pembinasaan Yerusalem dan Bait Suci itu, dan dikembalikan semula ke Yerusalem setelah pembinaan semula Bait di situ. Korban tersebut tamat dengan Perjanjian Baru dan pembinasaan terakhir Bait di Yerusalem pada tahun 70 TM, namun perayaan-perayaan itu terus kekal dalam persuraian bangsa tersebut. Keimamatan bait di Yerusalem telah cuba mengecilkan kemanjuran korban-korban itu di Leontopolis (Schurer, halaman 146-147). Pada zaman Antiochus V Eupator (164-162 SM) imam Onias IV, anak kepada Imam Besar Onias III, telah pergi ke Mesir dan mendapat sokongan Ptolemy VI Philometor dan pasangannya Cleopatra. Mereka telah memberinya sebuah rumah ibadat (bait) usang di Leontopolis dalam nomos Heliopolis (jadi, bukan di dalam nomos Leontopolis sejati dan dengan itu adalah satu kawasan lain), yang pada mulanya merupakan makam agria boubastis. Ia kira-kira 24 batu di utara Memphis dalam kawasan Delta. Ia telah dibina mengikut corak Bait Suci di Yerusalem tetapi lebih kecil (lihat karya The Wars of the Jews, Jilid VII, Bab 10.3, halaman 426-432; rujuk Schurer, ibid., halaman 146).

 

Ibadah bait Yahudi rasmi telah diasaskan di situ bermula tahun 160 SM dan seterusnya. Bait ini telah dibina di situ sesuai dengan arahan Tuhan kepada Yesaya (Yesaya 19:19). Tuhan telah mendirikan Bait ini untuk satu tujuan: Untuk menunjukkan bahawa anakNya akan berada di Mesir dan dari Mesir Dia akan memanggil AnakNya keluar. Terdapat Bait yang berfungsi di situ, dengan suatu sistem korban yang berfungsi dan tidak pernah sekalipun Kristus diputuskan dari perhubungan Bait Suci dan Tuhannya. Bait Leontopolis ini telah ditutup mengikut perintah Vespasian pada tahun 71 TM menurut Bullinger (Companion Bible, apendiks 81) atau 73 TM menurut Schurer (Vol. III, halaman 146). Bait Suci ini telah didirikan di Gosyen di mana terang itu berada sewaktu Keluaran, agar Mesias dapat dilindungi di situ dari Herod sewaktu anak kecil. Korban-korban di situ telah ditakdirkan Tuhan melalui nubuatan.

 

Orang-orang Yahudi dalam Diaspora telah memelihara Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru serta hari-hari raya itu (Schurer, Vol. III, halaman 144). Petikan Horace (Sat. I 9, 69 GLAJJ I no. 129; rujuk Schurer, halaman 144) menunjukkan bahawa Bulan Baru telah dirujukkan sebagai hodie tricesima sabbata atau Sabat ketiga puluh iaitu Sabat hari ketiga puluh. Dalam Commodian, tricesima adalah nama bagi Bulan Baru (Schurer, ibid.). Sementara keimamatan bait cuba membataskan upacara korban kepada Yerusalem, jamuan-jamuan korban diadakan di seluruh Diaspora (rujuk Schurer, ibid.).

 

Mazhab-mazhab telah memelihara perayaan-perayaan ini dengan cara serupa namun terdapat perbezaan-perbezaannya. Kumpulan Saduki memelihara Unjukan Berkas pada hari pertama minggu perayaan (iaitu hari Minggu) dan merayakan Pentakosta lima puluh hari kemudiannya pada hari Minggu. Ini dilakukan juga di dalam Jemaat. Kumpulan Essene memelihara Unjukan Berkas pada hari terakhir perayaan iaitu menurut kalendar solar dan terbatas kepada Paskah hari Rabu – Unjukan Berkas hari Selasa (lihat karya-karya Persembahan Unjukan Berkas [106b]; Hari Paskah [098]; Kalendar Tuhan [156] dan Pentakosta: Membandingkan Imamat 23:11-22 di dalam Septuagint [173]).

 

Jemaat telah memelihara perayaan-perayaan ini di bawah penganiayaan selama dua ribu tahun.

 

Isu Utama Iman

Umat pilihan dihakimi menurut pengetahuan mereka tentang Allah yang maha esa. Melalui pengetahuan Tuhan, pemahaman hukum terbit dan bertakhta di dalam fikiran dan hati individu.

 

Isunya bukanlah Sabat, atau hari-hari raya, atau hukum. Isunya adalah hakikat bahawa Allah Bapa adalah Allah yang maha esa (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20) dan bahawa Dia satu-satunya adalah abadi (1Timotius 6:16). Seseorang mungkin memelihara hari Sabat namun masih menjadi seorang pembidaah. Jika kita tidak berpegang teguh kepada kebenaran ini maka kita akan disingkirkan dari kalangan umat pilihan dan didatangkan kesesatan dan mempercayai dusta (2Tesalonika 2:11). Marshall’s Interlinear menterjemahkan ayat ini sebagai satu operasi kepalsuan hinggakan mereka mempercayai dusta. Mereka tidak lagi dapat menahan diri mereka. Mereka disingkirkan dari umat pilihan dan pemahaman mereka dibuang. Mereka tidak dapat memahami, walaupun mereka ingin dapat melihat kepalsuan itu.

 

Segala pemahaman umat pilihan adalah berdasar pada hubungan mereka dengan Allah yang maha esa serta pengetahuan mereka akan Allah dan anakNya Yesus Kristus (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20). Kristus membesarkan hukum itu dan menjadi elemen kedua Iman, namun dia bukanlah Allah yang Maha Esa dan, dengan itu, bukanlah tumpuan ibadah. Pelanggaran perintah pertama memastikan perayaan-perayaan itu disingkirkan. Semuanya tidak dapat dipelihara, sungguhpun mereka yang dalam kesesatan ingin memelihara mereka. Tuhan akan campur tangan dalam masa jangka panjangnya. Tuhan mungkin membenarkan kepalsuan Binitarian, sebagai contohnya, untuk berkebetulan dengan pemeliharaan perayaan-perayaan itu. Bagaimanapun, harus diperhatikan bahawa Paskah tidak pernah dipelihara dengan betul bersama-sama kesesatan ini. Satu contoh yang baik adalah teladan WCG dalam pemeliharaan Paskah dalam tahun 1960an. Apabila kepalsuan Binitarian itu diperkenalkan, Paskah juga telah diubah kepada suatu posisi yang tidak betul dan Ulangan 16:6-7 tidak lagi dipelihara. Dalam masa tiga puluh tahun, Jemaat telah menjadi Trinitarian. Perayaan-perayaan itu telah diubah kepada bengkel-bengkel, dan Perjamuan Suci telah menjadi Perjamuan yang banyak dan berbagai-bagai.

 

Bagi mereka yang memelihara hukum itu, perayaan-perayaan itu adalah satu peringatan yang perlu mengenai rencana Tuhan. Malahan, pemulihan mandatori oleh Kristus di bawah sistemnya menunjukkan bahawa perayaan-perayaan itu diperlukan dan sememangnya adalah satu berkat untuk para pengikutnya. Bagaimanapun, untuk menjadi seorang pengikut Yesus Kristus, seseorang itu harus menurut perintah-perintah Tuhan. Mengikut teladan Yesus Kristus memerlukan seseorang hidup seperti mana dia telah hidup. Apabila dia memelihara Pendamaian, ia melambangkan apa yang dia akan lakukan pada kedatangannya sebagai Mesias Raja. Ini belum lagi terjadi. Planet ini akan didamaikan semula kepada Tuhan oleh Kristus. Perayaan-perayaan itu menunjukkan proses tersebut.

 

Hari-hari Raya sebagai Meterai Tuhan

Perayaan-perayaan itu dibereskan menurut urutan.

 

Sabat mingguan adalah syarat pertama menurut hukum bagi seseorang, yang telah dibaptiskan dan menerima Roh Kudus, mendapat tanda keselamatan, yang disebutkan sebagai Meterai Allah. Paskah merupakan syarat kedua untuk menunjukkan bahawa hukum Tuhan ada di dalam tangannya (perbuatan-perbuatan) dan dahinya (fikiran) (Keluaran 13:9). Hukuman untuk kesalahan tidak memelihara Hari Pendamaian adalah diputuskan dari umat kita (lihat karya Pendamaian [138]). Bangsa kita adalah Israel rohani ataupun Jemaat.

 

Hamba-hamba Tuhan dimeteraikan pada dahi mereka (Wahyu 7:3 & 9:4) dan pada tangan mereka (Keluaran 13:9). Nama Bapa juga tertulis pada dahi umat pilihan (Wahyu 14:1). Tanda ibadah (dan sememangnya untuk semua agama) digambarkan sebagai ditemui pada dahi dan tangan, malah sistem binatang zaman akhir itupun (Wahyu 14:9). Hari-hari Suci yang dipelihara seseorang dalam pelayanan Tuhannya adalah apa yang mengasingkan setiap sistem dan membezakan entiti-entiti rohani yang menguasai setiap sistem.

 

Sesuatu sistem yang memelihara hari Sabat dan perayaan-perayaan alkitabiah adalah berasaskan Alkitab. Suatu sistem yang memelihara hari Matahari dan memelihara perayaan-perayaan kultus-kultus Matahari seperti Solstis, bersama dengan pesta-pesta Easter, adalah tidak berasaskan Alkitab. Malah, sistem seperti itu boleh dilihat sebagai bertentangan sepenuhnya kepada hukum-hukum Tuhan. Krismas begitu terbuka sekali diakui sebagai satu perayaan pagan, hinggakan cadangan adanya sebarang perkaitan Kristian adalah gurauan semata-mata, sekalipun kepada orang kebiasaan di jalanan (lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter [235]). Ianya sukar untuk membayangkan bagaimana seseorang telah benar-benar membina satu sistem yang begitu berbeza dari model alkitabiah dari segi konsep dan cara-cara ibadah. Oleh kerana kita adalah hamba kepada siapa yang kita layani, ketaatan kepada firman Tuhan adalah kritikal untuk iman ini.

 

Setiap kita mempunyai kewajipan langsung untuk memelihara Perayaan-perayaan itu, sama seperti kita wajib untuk memelihara hari Sabat dan juga untuk memelihara Bulan-bulan Baru. Sistem Tuhan adalah jelas, tepat dan menurut hukum.