Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[111]
Ajarlah Kami Berdoa
(Edisi 1.1 19950506-19990912)
Karya ini mengkaji struktur doa yang betul mengikut arahan Yesus Kristus. Maksud istilah-istilahnya dan signifikans doa dalam kebaktian dijelaskan. Halangan-halangan kepada doa diperiksa dan garis panduan dalam doa dicadangkan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1999 Christian Churches of God,
ed. Wade Cox)
(tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ajarlah
Kami Berdoa
Tujuan doa adalah untuk memohon kepada Tuhan, agar Dia mendengar dan menjawab dengan tepat. Tuhan menganugerahkan kepada setiap kita karunia dan talenta individu kita, tetapi doa adalah karunia dan hak istimewa semua orang. Pintu ke ruang takhta Tuhan terbuka kita melalui doa. Terdapat cara yang betul dan salah untuk berdoa, jadi kita perlu mengetahui apakah yang diajar Alkitab agar mempunyai doa yang bersungguh-sungguh dan berkesan.
Ramai antara kita membesar dengan berdikir dan mengulangi doa-doa teratur dengan sia-sia, berdoa di hadapan gambar dan patung dan berdoa kepada mereka yang mati. Untuk ramai orang, ianya sesuatu proses yang sukar untuk berdoa kepada Tuhan yang tidak pernah dilihat, tanpa cuba membentuk gambaran tertentu dalam fikiran kamu. Apabila Tuhan membuka mata dalam proses panggilan, dan individu mula mempelajari Alkitab, pengetahuan bahawa individu itu telah berdoa dengan cara yang salah menjadi jelas. Pemahaman Allah Bapa sebagai tumpuan doa dan ibadah adalah sebahagian dari proses panggilan kepada pertaubatan dan karunia keselamatan (lihat karya Tuhan Yang Kita Sembah (No. 2)). Contoh-contoh dari Alkitab ‘mengajar kita berdoa’. Proses ini hanyalah untuk mengikuti jejak langkah guru kita, Yesus Kristus. Terdapat banyak contoh dalam Alkitab yang menunjukkan kepada kita bahawa Yesus adalah seorang yang berdoa bersungguh-sungguh.
Lukas 6:12 Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Allah.
Matius 26:39 Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa
Lukas 22:41 Kemudian Ia menjauhkan diri dari mereka kira-kira sepelempar batu jaraknya, lalu Ia berlutut dan berdoa
Murid-muridnya bertanya Yesus dalam Lukas 11:1 Tuhan, ajarlah kami berdoa. Dalam bahagian yang serupa dengannya dalam Matius, Yesus menetapkan beberapa peraturan umum berkenaan doa dan diikuti dengan sebuah doa teladan, yang kita panggil Doa Tuhan.
Mula-mula sekali Kristus memberikan ajaran negatif tentang doa dalam Matius 6:5-8.
Matius 6:4-8 "Dan apabila kamu berdoa, janganlah berdoa seperti orang munafik. Mereka suka mengucapkan doanya dengan berdiri dalam rumah-rumah ibadat dan pada tikungan-tikungan jalan raya, supaya mereka dilihat orang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya. 6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. 7 Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu bertele-tele seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan. 8 Jadi janganlah kamu seperti mereka, karena Bapamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu minta kepada-Nya.
Kemudian dia memberi ajaran positif.
Matius 6:6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu.
Kemudian Yesus menyusuli dengan doa teladan.
Matius 6:9-13 Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, 10 datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga. 11 Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya 12 dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami; 13 dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat. (Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.) (KJV)
Yesus berkata, dalam memperkenalkan doa ini, “Karena itu berdoalah demikian”. Dia tidak berkata untuk berdikir kata-kata doa ini berulang kali dalam pengulangan yang tidak bermakna. Ia adalah satu contoh dan struktur doa ini seharusnya menjadi corak doa kita.
Elemen pertama doa teladan ini menumpukan perhatian pada Tuhan sebagai tumpuan ibadah. Tidak dipersoalkan lagi sama ada terdapat sebarang tumpuan ibadah yang lain selain dari Allah Bapa. Doa-doa kita patut bermula dengan menyembah Tuhan, memuliakanNya dan menumpu pada kebaikanNya. Suatu perbuatan pujaan contohnya Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu. Nama Tuhan dikenalpasti dari Perjanjian Lama sebagai Eloah (Amsal 30:4-5).
Segala kekuasaan diperolehi dari Tuhan melalui namaNya. Dia ditinggikan oleh namaNya yang bentuk kata akarnya adalah JAH (Mazmur 68:4). Dari itu, nama Ibrani purba untuk Tuhan, YAHO, dari mana datangnya Yehovah (SHD 3068) dan Yehovih (SHD 3069). Maka Yahovah (Keluaran 6:3) berasal dari JAH iaitu Yahovah Semesta Alam. Anak Domba berdiri atas Sion bersama dengan 144,000 orang dari Wahyu 14:1, semuanya mempunyai nama Bapa yang dituliskan pada dahi mereka (lihat juga Wahyu 22:4). Nama Tuhan terkandung dalam Malaikat di padang gurun, makhluk yang kemudiannya menjadi Yesus Kristus (Keluaran 23:21). Nama Tuhan sendirinya menjadi meterai Tuhan untuk umat pilihan yang bangkit. Simbol-simbol fizikal untuk ini juga ditemui dalam Sabat-sabat dan Paskah. Lambat laun, nama Tuhan akan melebihi semua yang lain kerana Kristus menjadi anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitan dari mati (Roma 1:4).
Elemen kedua adalah rayuan di mana perhatian kita diarahkan kepada keperluan kita sendiri contohnya Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya.
Penyediaan keperluan kita adalah tanggungjawab Tuhan yang berterusan sebaik saja kamu meletakkan dirimu dalam tanganNya. Dia menyelesaikan ini melalui AnakNya selaku Utusan. Dia telah mengutus anaknya, sebagai utusan atau malaikat, kepada Kaum Bapa (Patriak) sebagai Elohim Israel.
Kejadian 48:13-16 Setelah itu Yusuf memegang mereka keduanya, dengan tangan kanan dipegangnya Efraim, yaitu di sebelah kiri Israel, dan dengan tangan kiri Manasye, yaitu di sebelah kanan Israel, lalu didekatkannyalah mereka kepadanya. 14 Tetapi Israel mengulurkan tangan kanannya dan meletakkannya di atas kepala Efraim, walaupun ia yang bungsu, dan tangan kirinya di atas kepala Manasye--jadi tangannya bersilang, walaupun Manasye yang sulung. 15 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."
Maka pandangan jelas Israel adalah bahawa Malaikat adalah elohim, atau tuhan telah yang memberkatinya dan memberinya makan seumur hidupnya. Malaikat ini juga telah melepaskannya dari segala bahaya. Masa hadapan yang disebut di sini telahpun berlalu. Dengan itulah Mesias menyelesaikan tindakan ini dengan kehendak Tuhan. Bagi orang benar, janji telah diberikan bahawa makan dan minum mereka akan terjamin (Mazmur 37:25; Yesaya 33:15-16).
Elemen doa yang ketiga adalah pengampunan atas pelanggaran. Ini terutamanya adalah melalui pengantaraan Kristus, namun ia berlaku berterusan dengan umat pilihan. Apabila kita prihatin terhadap keperluan orang lain, pengampunan diberikan kepada orang lain berdasarkan prinsip-prinsip kasih Agape yang sama seperti yang diberikan Tuhan kepada kita contohnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami. Pengampunan adalah isu utama dalam hubungan kita dengan Tuhan. Tuhan memerlukan dari kita, lebih dari semua yang lain, penurutan. Keperluan untuk pengampunan timbul dari kesalahan. Orang lain bersalah terhadap kita seperti juga kita bersalah terhadap Tuhan melalui keingkaran kepada hukumNya. Kesalahan terhadap orang lain timbul dari pelanggaran hukum Tuhan. Sama ada ianya pelanggaran hukum sepuluh (Keluaran 20) atau perluasan mereka sebagai Perintah Terutama pertama dan kedua (Matius 22:37-39). Daud boleh mengatakan kepada Tuhan bahawa terhadap Dia saja dia telah berdosa.
Mazmur 51:1-4 Untuk pemimpin biduan. Mazmur dari Daud, ketika nabi Natan datang kepadanya setelah ia menghampiri Batsyeba. Kasihanilah aku, ya Allah, menurut kasih setia-Mu, hapuskanlah pelanggaranku menurut rahmat-Mu yang besar! 2 Bersihkanlah aku seluruhnya dari kesalahanku, dan tahirkanlah aku dari dosaku! 3 Sebab aku sendiri sadar akan pelanggaranku, aku senantiasa bergumul dengan dosaku. 4 Terhadap Engkau, terhadap Engkau sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang Kauanggap jahat, supaya ternyata Engkau adil dalam putusan-Mu, bersih dalam penghukuman-Mu. (KJV)
Aspek asas yang perlu diingatkan adalah bahawa pelanggaran terhadap sesama sendiri adalah pelanggaran terhadap Tuhan. Seperti mana kita mengampuni orang, begitu juga kita diampuni. Sikap tidak mengampuni terhadap orang lain mengakibatkan individu tersebut ditangani oleh Tuhan dan jika ketiadaan pengampunan ini berterusan, maka individu ini disingkirkan dari Kerajaan dan ditangani dalam kebangkitan umum. Kita tidak boleh menyimpan dendam terhadap sesiapapun. Juga kita tidak boleh menunjukkan kebencian kita terhadap orang lain, khususnya mereka yang dari keluarga kita sendiri. Akar kebencian menghancurkan Roh Kudus dalam umat pilihan dan menyingkirkan mereka dari Kerajaan. Kita harus memberikan teladan pengampunan kita kepada orang lain supaya mereka dapat melihat Roh Kudus bekerja dalam kita. Itu tidak bermakna bahawa kita harus buat kepada pelanggaran. Juga kita harus memandang muka dalam sikat kita terhadap dosa. Dosa yang tidak ditegur dalam umat pilihan adalah keaiban kepada semua, dan begitu juga dosa yang ditaubatkan. Elemen perlu dalam pembangunan hubungan kita dengan Tuhan adalah untuk memakaikan sifat ilahi sama seperti Kristus dan dengan itu kasih agape menjadi yang terpenting dalam proses pemikiran kita.
Melainkan kita mula-mula mendirikan hubungan dengan Tuhan, akan tiada jawapan kepada rayuan-rayuan kita dan tiada kuasa dalam doa-doa pengantaraan kita untuk orang lain. Dalam kata lain, saluran harus terbuka antara Bapa syurgawi kita dan diri kita sendiri. Jika kita sentiasa dalam sikap yang betul kita boleh berdoa bila-bila masa kepada Tuhan dan Dia akan mendengar kita. Kita tidak patut putus asa dalam iman. Yesus berkata dalam Lukas 18 bahwa mereka harus selalu berdoa dengan tidak jemu-jemu. Paulus memberi dorongan dalam 1 Tesalonika 5:17 Tetaplah berdoa. Tuhan membetulkan dengan penghakiman dan bukan dalam kemarahan, demi untuk memelihara kita (Yeremia 10:24). Keputusasaan adalah senjata terhebat musuh itu.
Ayat-ayat Kitab Suci ini tidak bererti bahawa kita harus sentiasa berdoa, tetapi kita patut sentiasa berada dalam sikap yang betul dengan dan terhadap Tuhan. Jika kita terus dekat kepada Tuhan, kita dapat datang kepadaNya dengan cepat dan pada waktu-waktu kecemasan. Apabila rayuan-rayuan kita gagal, kita perlu melihat diri kita sendiri atau keadaan sekitar permintaan kita itu. Terdapat banyak sebab dalam Alkitab untuk doa yang tidak dijawab.
Jika terdapat dosa yang tidak diakui, Tuhan tidak akan mendengar kita:
Yesaya 59:2 tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu, dan yang membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak mendengar, ialah segala dosamu.
Mazmur 66:18 Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mau mendengar.
Amsal 15:8 Korban orang fasik adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang jujur dikenan-Nya.
Roh tidak mengampuni terhadap seorang saudara menghalang jawapan kepada doa.
Matius 5:23-24 Sebab itu, jika engkau mempersembahkan persembahanmu di atas mezbah dan engkau teringat akan sesuatu yang ada dalam hati saudaramu terhadap engkau, tinggalkanlah persembahanmu di depan mezbah itu dan pergilah berdamai dahulu dengan saudaramu, lalu kembali untuk mempersembahkan persembahanmu itu.
Markus 11:25 Dan jika kamu berdiri untuk berdoa, ampunilah dahulu sekiranya ada barang sesuatu dalam hatimu terhadap seseorang, supaya juga Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahan-kesalahanmu."
Masalahnya dengan pengampunan lazimnya adalah sifat benar diri. Ada kalanya ia adalah maruah yang terluka. Jika terdapat masalah dengan pengampunan, maka kita patut memeriksa sikap kita dan memandang pada hubungan kita dengan Tuhan. Adakah kita benar-benar nampak betapa tidak bernilainya kita berbanding Tuhan, atau adakah kita menganggap diri kita lebih baik dari orang lain? Kita tidak patut membandingkan diri kita dengan orang lain, tetapi hanya menetapkan kedudukan kita dengan Bapa kita dan menghulurkan kasih yang dihulurNya kepada kita kepada orang lain. Jika kamu bersalah dalam bersikap benar diri, maka kamu berada dalam keadaan yang serius. Ianya mustahil untuk Tuhan menyediakan kamu untuk kebangkitan pertama dengan sikap benar diri. Malah ada orang yang telah membuat keputusan tentang hal menghadiri Jemaat berdasarkan siapa yang menghadirinya. Yang lain memilih Jemaat-jemaat mereka berdasarkan para pendeta dan bukan doktrinnya.
Lukas 18:10-14 menunjukkan masalah benar diri dalam pandangan mata Tuhan.
Lukas 18:10-14 "Ada dua orang pergi ke Bait Allah untuk berdoa; yang seorang adalah Farisi dan yang lain pemungut cukai. 11 Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya begini: Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu, karena aku tidak sama seperti semua orang lain, bukan perampok, bukan orang lalim, bukan pezinah dan bukan juga seperti pemungut cukai ini; 12 aku berpuasa dua kali seminggu, aku memberikan sepersepuluh dari segala penghasilanku. 13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri jauh-jauh, bahkan ia tidak berani menengadah ke langit, melainkan ia memukul diri dan berkata: Ya Allah, kasihanilah aku orang berdosa ini. 14 Aku berkata kepadamu: Orang ini pulang ke rumahnya sebagai orang yang dibenarkan Allah dan orang lain itu tidak. Sebab barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan." (KJV)
Orang Farisi ini membandingkan dirinya dengan orang lain dan dalam mata Tuhan dia tidak dibenarkan dan telah ditolak. Ini adalah dosa yang paling lazim sekali dalam Jemaat-jemaat Tuhan dalam abad kedua puluh. Malah ia adalah tanda Jemaat Laodikia.
Wahyu 3:14-22 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah: 15 Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! 16 Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku. 17 Karena engkau berkata: Aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa, dan karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang, 18 maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada-Ku emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat. 19 Barangsiapa Kukasihi, ia Kutegor dan Kuhajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah! 20 Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku. 21 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." (KJV)
Kemiskinan ini adalah dalam Roh. Emas yang dimurnikan dalam api adalah Roh Kudus. Jemaat ini menganggap bahawa ia kaya dalam Roh, namun ia melarat. Ia dimuntahkan keluar dari mulut Tuhan kerana ia tidak mempedulikan hukum Tuhan. Ia tidak tekun walaupun ia berfikir ia begitu. Ia dipanggil untuk bertaubat. Sangat sedikit dari Jemaat ini dibenarkan dan diberikan bahagian dalam Kerajaan. Hal yang sama juga berlaku dengan Jemaat Sardis. Ia mati, namun tidak semuanya. Ia terpaksa menguatkan apa yang telah sedia untuk mati (Wahyu 3:2). Ia tidak sempurna dalam pekerjaannya. Bagaimanapun, kebenaran diri orang Laodikia bukanlah masalah utama Sardis.
Tiadanya iman adalah satu sebab lagi untuk kegagalan doa.
Yakobus 1:6-7 Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang, sebab orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin. Orang yang demikian janganlah mengira, bahwa ia akan menerima sesuatu dari Tuhan.
Ibrani 11:6 Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah.
Apabila Yesus menyembuh dia berkata atas mereka Imanmu telah menyelamatkan engkau dari Matius 9:22; Markus 10:52 dan Lukas 17:19.
Roma 10:17 mengatakan:
Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Kristus. (KJV)
Lebih tepat lagi, teks ini patut berbunyi:
Jadi iman datang dari apa yang didengari, dan apa yang didengari datang dari pengajaran Kristus. (RSV)
Kita patut mempunyai iman dalam firman dan janji-janji Tuhan seperti yang diberikan melalui Kristus dan tahu bahawa Dia akan menyelamatkan kita.
Untuk mengetahui apa yang dijanjikan Tuhan, kita perlu mempelajari Alkitab. Tuhan telah mencatatkan kehendakNya dalam Alkitab. Alkitab mengandungi pedoman untuk hidup kehidupan yang berjaya sekarang dan untuk layak bagi keselamatan kekal. Titus 1:2 mengatakan Tuhan tidak mampu berdusta.
Kita harus percaya Tuhan akan menjawab doa kita, dan mula mengucap syukur kepadanya lebih dahulu. Harapan umat pilihan berpunca dari iman mereka. Dengan itu harapan menjadi keyakinan yang tenang.
Markus 11:24 Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.
Lukas 11:9-10 Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan.
Lazimnya waktu yang tepat adalah penting dalam doa. Tuhan akan bertindak pada waktu yang terbaik untuk tujuan yang telah ditentukanNya. Kelambatan lazimnya adalah kerana tujuan tersebut lebih baik dipenuhi pada waktu yang sesuai. Biasanya doa adalah untuk tujuan yang salah dan niat individu ada banyak kaitannya dengan persoalan iman.
Dalam Yohanes 11:41 Yesus bersyukur kepada Tuhan terlebih dahulu untuk kebangkitan Lazarus.
Bapa, Aku mengucap syukur kepada-Mu, karena Engkau telah mendengarkan Aku.
Kehidupan di rumah yang tidak konsisten akan menyebabkan doa-doa tidak dijawab atau terhalang.
1 Petrus 3:7 Demikian juga kamu, hai suami-suami, hiduplah bijaksana dengan isterimu, sebagai kaum yang lebih lemah! Hormatilah mereka sebagai teman pewaris dari kasih karunia, yaitu kehidupan, supaya doamu jangan terhalang.
Kita mungkin menjadi penting diri dalam doa-doa kita apabila kita terlalu menumpu pada keperluan-keperluan kita sendiri. Tujuan dan matlamat utama doa sepatutnya adalah untuk memuliakan Tuhan dan untuk mendirikan hubungan denganNya. Kita cenderung meneruskan hidup kita, membuat rancangan-rancangan kita sendiri dan hanya memohon kehendak Tuhan apabila keadaan menjadi buruk, atau kita tidak cukup dari segi kesejahteraan material dalam pandangan mata kita. Doa adalah lebih dari sekadar mengucapkan kata-kata. Ia adalah pembentukan hubungan yang penting antara Tuhan dan diri sendiri melalui Yesus Kristus.
Kita dipanggil untuk mengikut jejak langkah Yesus. Jadi apabila kita berdoa kita meminta dalam namanya.
Yohanes 14:13-14 dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. 14 Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya."
Yohanes 15:7 Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki, dan kamu akan menerimanya.
Untuk mencapai kedudukan ini kita harus mentaati perintah-perintah tersebut (Yohanes 15:10). Firman Kristus tinggal di dalam kita melalui perbuatan. Apa yang kita lakukan adalah bayangan tinggalnya Roh Kudus di dalam kita. Pengekalan Roh adalah berdasarkan ketaatan kepada perintah-perintah itu.
1 Yohanes 3:21-24 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau hati kita tidak menuduh kita, maka kita mempunyai keberanian percaya untuk mendekati Allah, 22 dan apa saja yang kita minta, kita memperolehnya dari pada-Nya, karena kita menuruti segala perintah-Nya dan berbuat apa yang berkenan kepada-Nya. 23 Dan inilah perintah-Nya itu: supaya kita percaya akan nama Yesus Kristus, Anak-Nya, dan supaya kita saling mengasihi sesuai dengan perintah yang diberikan Kristus kepada kita. 24 Barangsiapa menuruti segala perintah-Nya, ia diam di dalam Allah dan Allah di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui, bahwa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita. (RSV)
Amsal 28:9 Siapa memalingkan telinganya untuk tidak mendengarkan hukum, juga doanya adalah kekejian.
Kita harus berdoa kepada Tuhan yang betul.
1 Korintus 8:5-6 Sebab sungguhpun ada apa yang disebut "allah", baik di sorga, maupun di bumi--dan memang benar ada banyak "allah" dan banyak "tuhan" yang demikian— 6 namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup. (RSV)
Teks ini jelas menunjukkan divisi-divisi numerikal elohim atau theoi. Istilah-istilah theoi dan kurioi untuk allah dan tuhan merujuk kepada Angkatan Syurgawi. Tiada pengurangan kata-kata teks ini dalam bentuk asalnya. Teks ini menunjukkan kepada kita bahawa Kristus telah diberikan kepada kita sebagai Tuhan di bawah Allah Maha Esa (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20).
Adanya hal-hal tertentu yang Tuhan jangkakan kita lakukan sendiri. Jika Tuhan telah memberi kita penawar, kita patut menggunakannya. Sebagai contoh, jika kamu meminta makanan, kamu harus bersedia untuk bekerja dan mendapatkan wang untuk membayar untuknya. Seorang petani mungkin berdoa untuk mendapat hasil tuaian yang baik tetapi, melainkan dia membajak, menanam dan mengusahakan, Tuhan tidak mungkin akan memberikan hasil tersebut.
Jika kamu meminta Tuhan untuk membantu orang miskin dan menutup dompetmu sendiri, kamu adalah seorang hipokrit.
Yakobus 2:14-16 berbunyi:
14 Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia? 15 Jika seorang saudara atau saudari tidak mempunyai pakaian dan kekurangan makanan sehari-hari, 16 dan seorang dari antara kamu berkata: "Selamat jalan, kenakanlah kain panas dan makanlah sampai kenyang!", tetapi ia tidak memberikan kepadanya apa yang perlu bagi tubuhnya, apakah gunanya itu?
Jika kita berada dalam kedudukan untuk memberi dan tidak berbuat demikian, maka tiada gunanya kita berdoa kepada Tuhan. Tuhan mahu kita berbuat sesuatu juga dan kemudian Dia akan menjawab doa-doa kita.
Kita harus bertaubat dari dosa dan berubah.
Yesaya 55:6-7
Carilah TUHAN selama Ia berkenan ditemui
Berserulah kepada-Nya selama Ia dekat!
Baiklah orang fasik meninggalkan jalannya
Dan orang jahat meninggalkan rancangannya
Baiklah ia kembali kepada TUHAN
Maka Dia akan mengasihaninya
Dan kepada Allah kita
Sebab Ia memberi pengampunan dengan limpahnya.
Yakobus 5:16 berbunyi
Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh.
Ini tidak bermakna kita mengaku dosa kita di khalayak ramai atau dosa-dosa peribadi kita kepada sesama sendiri. Kita saling mengaku kesalahan kita dan mengaku dosa kita kepada Tuhan. Proses penyembuhan ini adalah secara rohani dan psikologi, bukan fizikal.
Tuhan tidak memandang muka dan Dia telah berjanji untuk menjawab doa orang benar contohnya
Amsal 10:24 Apa yang menggentarkan orang fasik, itulah yang akan menimpa dia, tetapi keinginan orang benar akan diluluskan.
Amsal 15:8 Korban orang fasik adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang jujur dikenan-Nya.
Yakobus 5:16 Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.
Mazmur 102:17 sudah berpaling mendengarkan doa orang-orang yang bulus, dan tidak memandang hina doa mereka.
Mazmur 10:17 Keinginan orang-orang yang tertindas telah Kaudengarkan, ya TUHAN; Engkau menguatkan hati mereka, Engkau memasang telinga-Mu,
Kita patut berdoa untuk:
Kesyukuran:
Filipi 4:6 Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur.
Kolose 4:2 Bertekunlah dalam doa dan dalam pada itu berjaga-jagalah sambil mengucap syukur.
Kita patut mengakui Tuhan sebagai sumber berkat-berkat kita dan kita perlu berterima kasih kepadanya.
Berdoalah untuk sesama sendiri:
Efesus 6:18-19 berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan permohonan yang tak putus-putusnya untuk segala orang Kudus, juga untuk aku, supaya kepadaku, jika aku membuka mulutku, dikaruniakan perkataan yang benar,
Roma 15:30 Tetapi demi Kristus, Tuhan kita, dan demi kasih Roh, aku menasihatkan kamu, saudara-saudara, untuk bergumul bersama-sama dengan aku dalam doa kepada Allah untuk aku,
Yohanes 17:9 Bukan untuk dunia Aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepada-Ku,
Berdoalah untuk para pemimpin kita:
1 Timotius 2:1-2 Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan.
Berdoalah untuk musuh-musuh kita:
Lukas 6:28 mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci kamu.
Dan apabila kita tidak tahu untuk apakah kita harus berdoa, kita diberi bantuan.
Roma 8:26-27 26 Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan. 27 Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.
Jika doa tetap tidak dijawab teruskan berdoa.
Lukas 11:9-10 Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. 10 Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan.
Dalam perumpamaan janda yang tabah dan hakim yang tidak adil, rayuan-rayuan janda ini akhirnya telah didengari oleh hakim tidak adil itu.
Lukas 18:1-8 Yesus mengatakan suatu perumpamaan kepada mereka untuk menegaskan, bahwa mereka harus selalu berdoa dengan tidak jemu-jemu. 2 Kata-Nya: "Dalam sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak menghormati seorangpun. 3 Dan di kota itu ada seorang janda yang selalu datang kepada hakim itu dan berkata: Belalah hakku terhadap lawanku. 4 Beberapa waktu lamanya hakim itu menolak. Tetapi kemudian ia berkata dalam hatinya: Walaupun aku tidak takut akan Allah dan tidak menghormati seorangpun, 5 namun karena janda ini menyusahkan aku, baiklah aku membenarkan dia, supaya jangan terus saja ia datang dan akhirnya menyerang aku." 6 Kata Tuhan: "Camkanlah apa yang dikatakan hakim yang lalim itu! 7 Tidakkah Allah akan membenarkan orang-orang pilihan-Nya yang siang malam berseru kepada-Nya? Dan adakah Ia mengulur-ulur waktu sebelum menolong mereka? 8 Aku berkata kepadamu: Ia akan segera membenarkan mereka. Akan tetapi, jika Anak Manusia itu datang, adakah Ia mendapati iman di bumi?" (RSV)
Kadangkala Tuhan membuat kita menunggu untuk mempelajari kesabaran dan mengatasi dosa atau mempelajari ajaran-ajaran tertentu. Kita mungkin tidak bersedia untuk menerima jawapan atau Tuhan mungkin mempunyai sesuatu yang lain untuk kita. Lazimnya ianya sekadar waktu yang sesuai untuk keadaan-keadaan tertentu yang tidak kita sedari.
Ianya tidak salah untuk berunding dengan Tuhan. Malah Tuhan mendorong “Marilah, baiklah kita berperkara” (Yesaya 1:18). Melalui proses ini fikiran kita boleh diperjelaskan. Rayuan kita didengari berdasarkan sikap yang kita tunjukkan dan kasih Tuhan. Abraham telah merayu dengan Tuhan berhubung rencana Tuhan untuk membinasakan kota Sodom (Kejadian 18:22-33). Musa telah merayu dengan Tuhan tentang orang Israel yang suka memberontak. Tuhan telah menyatakan bahawa Dia akan menghukum mereka kerana keberhalaan namun Musa telah mengantara. Orang Israel telah dilepaskan. Ini menjadi satu kesaksian kepada mereka dan kepada kita (Keluaran 32:9-14).
Jadilah kehendakMu
Ianya kehendak Tuhan untuk Yesus menderita penghinaan dan kematian. Kita dipanggil untuk mengikuti jejak Yesus jadi kita tahu ianya bukan kehendak Tuhan untuk melepaskan kita dari segala kesukaran. Doa-doa kita patut selaras dengan kehendak Tuhan kita. Kita perlu memasukkan Tuhan dalam rancangan-rancangan kita dari mula dan tidak mula berdoa tentang sesuatu sebagai jalan terakhir. Ini membantu kita untuk membentuk tujuan-tujuan kita dengan alim dari mula lagi. Kita tidak patut hanya pergi kepada Tuhan apabila keadaan menjadi buruk.
Tuhan boleh tergerak oleh doa-doa kita yang diucapkan dengan penuh perasaan dan kehormatan. Dalam kata lain, kita perlu berdoa dengan bersungguh-sungguh. Kita patut memasukkan seluruh jiwa raga kita ke dalam doa-doa kita. Kita tidak berseorangan dalam pergumulan kita. Tuhan memiliki segala kuasa dan mempunyai segala pengetahuan. Dia bersedia dan sanggup membantu kita hidup kehidupan Kristian.
Yesaya 66:2 Tetapi kepada orang inilah Aku memandang: kepada orang yang tertindas dan patah semangatnya dan yang gentar kepada firman-Ku.
Tuhan mencarikan sikap rendah diri dan mengingini doa-doa kita diucapkan dengan sepenuh hati. Yesus berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh hatinya, contohnya:
Lukas 22:44 Ia sangat ketakutan dan makin bersungguh-sungguh berdoa. Peluh-Nya menjadi seperti titik-titik darah yang bertetesan ke tanah.
Doa bukanlah untuk memaksa Tuhan melakukan hal-hal yang kita minta, tetapi untuk datang kepada Tuhan dengan sepenuh iman hingga apa yang kita perlukan akan diberikan kepada kita. Tuhan menjawab doa yang penuh percaya namun tidak selalu dalam cara yang kita ingini. Dia paling mengetahui apa keperluan harian kita, di mana keperluan rohani kita lebih penting dari keperluan material. Kita perlu menghargai betapa istimewanya untuk datang ke dalam hadirat Allah yang Mahakuasa dalam doa. Kita tahu kita perlu berdoa kerana dalam Matius 6:7 Yesus berkata “But when you pray (Tetapi apabila kamu berdoa)”, bukan if (jika) kamu berdoa. Maka dengan berdoa kita mengakui kebergantungan pada satu sumber di luar diri kita – satu kuasa yang lebih tinggi. Kita menjadikan Tuhan sebahagian dari diri kita, dan itulah rencananya. Dengan itu Tuhan menjadi semua dalam semua (1 Korintus 15:28; Efesus 1:23).
q