Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[122B]

 

 

 

 

Nasib Dua Belas Rasul

(Edisi 1.0 20100410-20100410)

 

Apa terjadi kepada dua belas Rasul itu? Sesetengahnya mati syahid dan ada yang mati kerana sebab-sebab alamiah. Dalam naskah ini kita perhatikan di mana setiap mereka mengajar dan di mana tiap satu menemui ajalnya, menurut tulisan Hippolytus.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Nasib Dua Belas Rasul

 

 


Nasib Dua belas Rasul itu menurut Hippolytus (ANF Vol. 5, ms 254-255) dan penyelerakan Tujuh puluh mempunyai kepentingannya kepada jemaat. Senarai-senarai ini diragui oleh para penulis terkemudian kerana apa yang dikatakannya dan kepentingan kurang yang dia letakkan pada pekerjaan Petrus dan Kefas di Rom. XLIX juga ditambah dengan kanun-kanun Abulides sebagai miliknya juga namun ini diragui. Segalan tulisannya mengenai Dua belas dan Tujuh puluh itu bagaimanapun dianggap asli.

 

XLIX.

 

“Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan.”

 

Kamu telah mendengar, wahai kekasih, jawapan Tuhan; kamu telah mengetahui keputusan Hakim; kamu telah diberi pengertian tentang penelitian dahsyat apakah yang menanti kita, dan hari dan jamnya di hadapan kita. Dengan itu biarlah kita merenunginya setiap hari; marilah kita memikirkannya dalam-dalam tiap hari dan malam, dalam kediaman, dan di perjalanan, dan dalam jemaat-jemaat, agar kita tidak berdiri di tengah penghakiman adil dan ditakuti itu dengan keadaan terkutuk, terhina, dan menyedihkan, tetapi dengan kemurnian perbuatan, hidup, percakapan, dan pengakuan; supaya kepada kita juga Tuhan yang mengasihani dan baik hati boleh berkata, “Imanmu telah menyelamatkan kamu, pergilah dengan damai; “139 dan lagi, “Baik sekali perbuatanmu itu, hai hambaku yang baik dan setia, engkau telah setia memikul tanggung jawab dalam perkara yang kecil, aku akan memberikan kepadamu tanggung jawab dalam perkara yang besar. Masuklah dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu.”140 Semoga kebahagiaan ini milik kita untuk dicapai, dengan kasih karunia dan kebaikan hati Tuan kita Yesus Kristus, dan baginya kemuliaan, kehormatan, dan pujaan, dengan BapaNya, yang tanpa permulaan, dan RohNya yang kudus, dan baik, dan menghidupkan, sekarang dan selamanya, dan sampai zaman segala zaman. Amin. 141

 

Hippolytus MENGENAI Dua belas Rasul

Di mana Setiap Mereka Mengajar, Dan Di Mana DIA Menemui Ajalnya.

 

1.    Petrus mengajar Injil di Pontus, Galatia, Kapadokia, Betania, Itali, dan Asia, dan kemudiannya disalibkan oleh Nero di Rom dengan kepalanya menghala ke bawah, sebab dia sendiri hendak menderita seperti itu.

 

2.     Andreas berkhotbah kepada orang Skit dan orang Trake, dan disalibkan, digantung atas pohon zaitun, di Patrae, sebuah kota Akhaya; dan di situ juga dia dikuburkan.

 

3.    Yohanes, sekali lagi, di Asia, diusir oleh raja Domitian ke pulau Patmos, di mana dia juga menulis Injilnya dan melihat penglihatan akhir zaman itu; dan pada zaman Trajan dia meninggal di Efesus, di mana sisa jenazahnya dicari-cari, tetapi tidak dapat dijumpai.

 

4.    Yakobus, saudaranya, ketika mengajar di Yudea, dibunuh dengan pedang oleh Herod, raja wilayah, dan dikuburkan di situ.

 

5.    Filipus mengajar di Frigia, dan disalibkan di Hierapolis dengan kepalanya ke bawah pada zaman Domitian, dan dikuburkan di situ.

 

6.    Bartolomeus, sekali lagi, mengajar kepada orang India, dan kepada mereka juga dia berikan Injil menurut Matius, dan dia disalibkan dengan kepala ke bawah, dan dikuburkan di Allanum, 142 sebuah kota Armenia yang besar. 143

 

7.    Matius menulis Injil dalam bahasa Ibrani, 144 dan menerbitkannya di Yerusalem, dan meninggal di Hierees, sebuah kota Partia.

 

8.    Tomas mengajar kepada orang Partia, Media, Persia, Hirkania, Baktria, dan Margia,145 dan ditikam keempat-empat anggota tubuhnya dengan tombak kayu berangan (pain)146 di Calamene,147 kota India, dan dikuburkan di situ.

 

9.    Yakobus anak Alfeus, ketika mengajar di Yerusalem dilempari batu sampai mati oleh orang Yahudi, dan dikuburkan di situ di sebelah bait.

 

10.  Yudas, yang juga dipanggil Lebeus (Tadeus), mengajar kepada penduduk Edessa,148 dan kepada seluruh Mesopotamia, dan meninggal di Berytus, dan dikuburkan di situ.

 

11.  Simon orang Zelot,149 anak Klofas, yang juga dipanggil Yudas, menjadi biskop Yerusalem selepas James the Just (Yakobus Yang Adil), dan meninggal serta dikuburkan di situ pada umur 120 tahun. [Yakobus, saudara Kristus, mati syahid pada 63 CE, di akhir 69 minggu tahun Daniel 9:25 dan diganti oleh Klofas (Kleopas) dan segera selepas itu oleh Simon anak Klofas yang kemudiannya membawa jemaat itu ke Pella di mana jemaat selamat daripada kemusnahan di Yerusalem pada 70 CE. Jemaat kembali ke Yerusalem kemudian. Cox. Ed.]

 

12.  Matias, yang sebelumnya seorang daripada tujuh puluh itu, dibilang bersama-sama dengan sebelas rasul itu, dan mengajar di Yerusalem, meninggal dan dikuburkan di situ.

 

13.  Paulus memasuki jabatan kerasulan setahun selepas pengangkatan Kristus; dan bermula di Yerusalem, dia pergi sejauh Illyricum, Itali, dan Sepanyol, memberitakan Injil selama tiga puluh lima tahun. Pada zaman Nero dia dipenggal kepala di Rom, dan dikuburkan di situ.

 

Dua Belas Rasul Asal

1.      Simon yang dipanggil Petrus (atau Kefas)

2.      Andreas saudaranya

3.      Yakobus

4.      Yohanes

5.      Filipus

6.      Bartolomeus

7.      Matius

8.      Tomas

9.      Yakobus anak Alfeus

10.  Simon orang Zelot anak Klofas dan saudara Kristus

11.  Yudas saudara Yakobus yang dipanggil Tadeus

12.  Yudas Iskariot si pengkhianat

 

Yudas diganti oleh Matias yang dipilih secara undian (Kisah 1:26)

(a)    Tadeus (Matius 10:1-4, Markus 3:13-19)

(b)   Yudas saudara Yakobus ialah nama bersamaan dalam injil Lukas (Lukas 6:12-16)

 

Tadeus ialah terjemahan Yunani untuk Tadios dalam bahasa Aramaik yang digunakan dalam teks dalam Matius dan Markus serta tidak muncul dalam teks dalam Lukas. Ini diambil sebagai terjemahan untuk Yudas saudara Yakobus. Tiada penyimpangan orang-orang dalam teks-teks itu melainkan susunan mereka disenaraikan.

 

Daripada Dua belas Rasul asal itu Yohanes, Matius, Yudas dan Simon meninggal secara semulajadi. Rasul lain mati syahid demi keimanan.

 

Hippolytus yang Sama MENGENAI Tujuh Puluh Rasul.150

1.      Yakobus saudara Kristus,151 biskop Yerusalem.

2.      Kleopas, biskop Yerusalem.

3.      Matias, yang mengisi kekosongan dalam bilangan dua belas rasul.

4.      Tadeus, yang menyampaikan surat kepada Augarus.

5.      Ananias, yang membaptiskan Paulus, dan pernah menjadi biskop Damsyik.

6.      Stefanus, syahid pertama.

7.      Filipus, yang membaptiskan sida-sida itu.

8.      Prokhorus, biskop Nicomedia, yang juga orang pertama berangkat,152 percaya bersama-sama dengan anak-anak perempuannya.

9.      Nikanor meninggal ketika Stefanus mati syahid.

10.  Timon, biskop Bostra.

11.  Parmenas, biskop Soli.

12.  Nikolaus, biskop Samaria.

13.  Barnabas, biskop Milan.

14.  Markus pengabar injil, biskop Aleksandria.

15.  Lukas pengabar injil.

 

Kedua-dua ini adalah sebahagian daripada tujuh puluh murid yang terhambur153 kerana pelanggaran kata-kata yang Kristus ucapkan, “Melainkan manusia memakan dagingku, dan meminum darahku, dia tidak layak bagiku.”154 Tetapi dengan seorang didorong untuk kembali kepada Tuhan dengan pertolongan Petrus, dan seorang lagi melalui bantuan Paulus, mereka diberi penghormatan untuk memberitakan Injil155 itu dan atas sebab itu mereka juga menderitai syahid, seorang dibakar, dan seorang lagi disalib atas pohon zaitun.

 

16.  Silas, biskop Korintus.

17.  Silvanus, biskop Tesalonika.

18.  Kreskes (Crescens), biskop Carchedon di Gaul.

19.  Epenetus, biskop Carthage.

20.  Andronikus, biskop Pannonia.

21.  Ampliatus, biskop Odyssus.

22.  Urbanus, biskop Makedonia.

23.  Stakhis, biskop Byzantium.

24.  Barnabas, biskop Heraclea.

25.  Figelus, biskop Efesus. Dia sama kelompok dengan Simon.156

26.  Hermogenes. Dia juga sehaluan dengan Figelus.

27.  Demas, yang juga menjadi imam berhala.

28.  Apeles, biskop Smirna.

29.  Aristobulus, biskop Britain.

30.  Narkisus, biskop Atena.

31.  Herodion, biskop Tarsus.

32.  Agabus, nabi.

33.  Rufus, biskop Tebes.

34.  Asinkritus, biskop Hirkania.

35.  Flegon, biskop Maraton.

36.  Hermes, biskop Dalmatia.

37.  Patrobulus,157 biskop Putioli.

38.  Hermas, biskop Filipi.

39.  Linus, biskop Rom [anak Caradog dari Britain Cox ed.].

40.  Kayus (Caius), biskop Efesus.

41.  Filologus, biskop Sinope.

42, 43. Olimpas dan Rodion mati syahid di Rom.

44. Lukius, biskop Laodikia di Aram/Syria.

45. Yason, biskop Tarsus.

46. Sosipater, biskop Ikonium.

47. Tertius, biskop Ikonium.

48. Erastus, biskop Panellas.

49. Kwartus, biskop Berytus.

50. Apolo, biskop Kaisarea.

51. Kefas.158

52. Sostenes, biskop Colophonia.

53. Tikhikus, biskop Colophonia.

54. Epafroditus, biskop Andriace.

55. Kaisar, biskop Dyrrachium.

56. Markus, saudara kepada Barnabas, biskop Apolonia.

57. Yustus, biskop Eleutheropolis.

58. Artemas, biskop Listra.

59. Klemens, biskop Sardinia.

60. Onesiforus, biskop Corone.

61. Tikhikus, biskop Chalcedon.

62. Karpus, biskop Berytus di Thrace.

63. Evodus, biskop Antiokhia [ditetapkan oleh Kefas].

64. Aristarkhus, biskop Apamea.

65. Markus, yang juga dipanggil Yohanes, biskop Bibloupolis.

66. Zenas, biskop Diospolis.

67. Filemon, biskop Gaza.

68, 69. Aristarkhus dan Pudes.

70. Trofimus, yang mati syahid bersama-sama dengan Paulus.

Perhatikan misi-misi luas Petrus dan daripada teks-teks Alkitab dan daripada ini serta rekod-rekod lain. Dia bukan biskop Rom tetapi bertanggungjawab atas suku Israel melalui Partia dan utara dan di Antiokhia.

 

q