Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[133]

 

 

 

 

Kehidupan Kekal

(Edisi 2.0 19950902-20000422)

 

Konsep kehidupan kekal akan diteliti di sini bersama dengan dakwaan tentang kekekalan Mesiah bersama dengan Allah yang akan diteliti dari teks-teks Alkitab. Konsep tentang Masa dan Keabadian akan diteliti dan tanggapan struktur golongan trinitarian akan diteliti. Masalah berunsur falsafah yang timbul akan dibandingkan dengan teks-teks Alkitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kehidupan Kekal [133]

 


Langkah fundamental dalam pemahaman tentang Ketuhanan adalah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah alkitabiah yang mengaitkan kehidupan kekal.

 

Terdapat pelbagai istilah bagi kehidupan kekal yang mengaitkan entiti yang berbeza.

 

Satu istilah yang disalahfaham oleh orang Kristian adalah tentang kekekalan-bersama. Yakni, ianya selalu dikatakan oleh orang Kristian bahawa Kristus dan Allah adalah kekal-bersama. Dua orang boleh membincangkan isu ini dan memahami dua aspek yang berlainan sama sekali tentang istilah ini.

 

Sebagai contoh apabila golongan Trinitarian atau Binitarian menggunakan istilah ini, mereka bermaksud bahawa terdapat satu sifat kekekalan yang lengkap di dalam diri Yesus Kristus yang mana Kristus dan Allah hadir bersama-sama sebelum permulaan masa. Kedua-dua golongan Trinitaian dan Binitaian percaya bahawa Allah dan Kristus adalah kekal. Golongan Unitarian menolak pernyataan ini di atas alasan alkitabiah. Seorang Unitarian percaya bahawa terdapat hanya satu Allah yang Benar. Wujud sebelum permulaan masa bererti makluk ini adalah Allah yang Benar. Untuk menjadi kekal selamanya bererti makluk ini adalah Allah yang Benar. Jadi sekiranya Kristus adalah Allah yang Benar, maka terdapat dua Allah yange Benar dan bukannya satu.

 

Yesaya 43:10-11 adalah berkenaan dengan konsep Allah sebagai permulaan dan pengakhir (lihat karya tulis Permulaan Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega (No. 229)). Ia juga berkenaan dengan konsep hambaNya yang Dia telah pilih, yang dengan jelas tidak kekal seperti erti kata Dia yang kekal dan wujud sebelum permulaan masa.

 

Yesaya 43:10-11 "Kamu inilah saksi-saksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap dia. Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi. 11 Aku, Akulah Tuhan; dan tidak ada juruselamat selain dari padaKu. (dari Alkitab KJV)

 

Yesaya 43:10-11  “Kamu adalah saksi-saksiKu,” demikianlah firman Tuhan,” dan hambaKu yang telah Kupilih,supaya kamu tahu dan percaya kepadaKu dan mengerti bahawa Aku tetap Dia. Sebelum Aku tidak ada allah yang dibentuk, dan tidak akan ada lagi sesudah Aku.  11 Aku, Akulah Tuhan, dan tidak ada lagi juruselamat selain dari padaKu. (dari Alkitab RSV).

 

Perkataan bagi Allah di sini adalah El. Perkataan bagi Tuhan di sini adalah Yahovah (bagi warga semesta). Tidak ada lagi El yang lain sebelum Dia dan selepas Dia. Dia sendiri adalah Allah dan Dia adalah juruselamat kita,. Istilah juruselamat diaplikasikan kepada Yesus Kristus. Oleh itu golongan Trinitarian telah terkeliru dengan konsep ini. Jadi mereka mengatakan bahawa Allah yang satu ini adalah kedua-duanya Juruselamat dan Allah dan Dia kedua-duanya Bapa dan Anak dan bahawa tidak ada perbezaan di natara dua ini. Pandangan ini membawa kepada konsep fahaman Modalisme yang mana akhirnya berakhir dalam fahaman Trinitarianisme. Istilah Jehovah penebus kamu, Yang Mahakudus, Allah Israel terdapat di dalam Yesaya 43:14. Istilah ini merujuk kembali kepada Yesaya 41:14. Soncino menterjemahkan teks ini sebagai Janganlah takut hai cacing Yakub, kamu umat Israel; Aku akan menolong kamu, demikianlah firman Tuhan, Dan penebus kamu, Yang Mahakudus di Israel.

 

Catatan ini mengatakan tentang penebus:

Catatan istilah g o goëll dalam Ibrani adalah satu istilah yang diaplikasikan kepada saudara terdekat yang mana tugasannya termasuk penebusan atau membeli kembali sanak saudaranya dengan menjualkan dirinya, atau menjual harta bendanya atau, sekiranya sanak saudaranya dibunuh, dia akan menuntut darahnya dengan menyembelih pembunuh tersebut. Mungkin pengertian ini diaplikasikan kepada Allah, Penebus dan Penuntut bela bagi umatNya Israel (Abraham Azulai).

 

Konsep bahawa Allah dan yang Mahakudus Israel adalah dua entitii di dalam teks ini tidak dipertimbangkan. Sebagai contoh Yesaya 41:20 menunjukkan perbezaan di antara konsep Tuhan dan tangan Tuhan Mahakudus umat Israel. Sifat yang jamak ini berlanjutan ke ayat 23 di mana terdapat berbezaan kejamakan dan terdpat dua entiti yang dibincangkan.

 

Yesaya 41:20-23  supaya semua orang melihat dan mengetahui, memperhatikan dan memahami, bahwa tangan TUHAN yang membuat semuanya ini dan Yang Mahakudus, Allah Israel, yang menciptakannya. 21 Ajukanlah perkaramu, firman TUHAN, kemukakanlah alasan-alasanmu, firman Raja, Allah Yakub.  22 Biarlah mereka maju dan memberitahukan kepada kami apa yang akan terjadi! Nubuat yang dahulu, beritahukanlah apa artinya, supaya kami memperhatikannya, atau hal-hal yang akan datang, kabarkanlah kepada kami, supaya kami mengetahui kesudahannya! 23 Beritahukanlah hal-hal yang akan datang kemudian, supaya kami mengetahui, bahwa kamu ini sungguh allah; bertindak sajalah, biar secara baik ataupun secara buruk, supaya kami bersama-sama tercengang melihatnya!

 

Fakta bahawa terdapat dua entiti yang hadir di sini tidak boleh disangkal. Seluruh teks adalah jamak. Penggunaan istilah dan sesungguhnya menggabungkan dua entiti. Ia tidak merujuk kepada dua sifat keperibadian bagi dua orang. Ini adalah kesilapan yang mudah. Golongan Trinitarian tidak mahu melihat kebenaran ini; golongan Yahudi juga tidak mahu ia demikian. Apa yang mereka buat adalah mengabaikan teks ini. Teks ini menunjukkan bahawa tidak ada Allah sebelum atau selepas Allah yang Maha Tinggi.

 

Juga di dalam teks Yesaya 43:10-11, kita menganggap bahawa istilah dan menggabungkan dua sifat keperibadian entiti yang sama. Yakni, kita menujukan kepada entiti yang merupakan saksi dan hamba. Alternatif  falsafah yang sama boleh diaplikasikan ialah bahawa penggabungan perkataan dan menggabungkan dua entiti dalam pertalian kepada makluk di sini sebagai Allah atau El yang mana tidak ada lagi El yang lain sebelum atau selepas Dia. Itu sebenarnya cara teks ini difahami oleh para rasul dari cara mereka kemudiannya menulis karya mereka.  Yang Mahakudus bagi Israel telah diciptakn, sebagai tangan Tuhan. Justru itu, Mesiah telah diciptakan mengikut kehendak Allah (Wah 4:11).

 

Apabila Paulus menulis komentarnya di dalam Ibrani, dia tidak mendapatnya begitu sahaja. Ianya dari Perjanjian Lama dan inilah teks yang dia ambil dari Perjanjian Lama. Seluruh Kaunsil Penatua ada di sana di hadapan Allah dengan berkata ‘melalui kehendakmu segala sesuatu wujud dan dijadikan’. Ianya melalui kehendak Allah semuanya wujud dan telah dijadikan, tetapi ianya dijadikan oleh Kristus (bersama dengan elohim) seperti yang dikatakan dalam Ibrani bab 1. Justru itu, umat manusia boleh memahami bahawa tangan Tuhan adalah Mesiah. Kejamakan di dalam Yesaya 41:22-23 adalah lengkap dan tidak membawa dua maksud. HambaKu yang telah kupilih telah diambil sebagai rujukan kepada Israel seperti Yakub di dalam Yesaya 41:8-9.

 

Yesaya 41:8-9 Tetapi engkau, hai Israel, hamba-Ku, hai Yakub, yang telah Kupilih, keturunan Abraham, yang Kukasihi;  9 engkau yang telah Kuambil dari ujung-ujung bumi dan yang telah Kupanggil dari penjuru-penjurunya, Aku berkata kepadamu: "Engkau hamba-Ku, Aku telah memilih engkau dan tidak menolak engkau";

 

Dari Kejadian 49:24, dari Yusuf datang Gembala, Batu umat Israel. Penghasilan buah terdapat di Efraim (Yusuf), bukan dalam Manaseh. Manaseh bermaksud untuk melupakan dan Efraim bermaksud untuk menghasilkan buah. Soncino mencatatkan pemahaman rabbinikal: Rashi membuat Yusuf, sang Gembala dan Batu; Rashbam dan ibn Ezra bersetuju dengan terjemahan Yahudi Amerika tetapi membezakan Yusuf sang Gembala (berbeza dari Batu Israel). Justru itu, Batu Israel di sini bukanlah Mesiah yang mana adalah Yudah, atau Yusuf mengendalikan dan pra-unggul ke atas Yudah. Alternatifnya ialah bahawa Allah Israel adalah Batu yang asal yang membuat dia lebih rendah. Yakub memberitahu Yusuf penebusnya adalah malaikat (yakni Mesiah) dari berkatnya di dalam Kejadian 48:15-16. Elohim Yakub dari teks ini adalah seorang malaikat.

 

Kejadian 48:15-16 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang,  16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."

 

Aplikasi Penebus dan Mahakudus Israel kepada Mesiah boleh dilihat sebagai satu yang meletakkan kedudukannya atas kehendak Satu Allah yang Benar. Kedudukan ini adalah yang diambil oleh Paulus di dalam 1Timotius 6 dan Yohanes di dalam Yohanes 1 dan 1Yohanes. Justru itu, keselamatan adalah aktiviti Kristus tetapi di bawah arahan Allah. Maka itu, keselamatan ada di dalam Kristus sebagai instrumen Allah.

 

Konsep ini adalah yang paling penting. Keselamatan hanya wujud di dalam Kristus sebagai instrumen Allah. Allah adalah Juruselamat kita, bukan Yesus Kristus. Yesus Kristus bertindak seabgai juruselamat kita sebagai instrumen Allah dan di bawah kuasa Satu Allah yang Benar. Keselamatan terdapat pada Mesiah, yang merupakan juruselamat kita, tetapi atas arahan Allah. Semua perkara terletak di dalam kuasa Satu Allah yang Benar. Di sinilah golongan Trinitarian tersilap sama sekali. Mereka mengatakan Tuhan Yesus Kristus adalah juruselamat di dalam Perjanjian Baru; Allah adalah juruselamat di dalam Perjanjina Lama, oleh itu Yesus Kristus adalah Allah di dalam Perjanjian Lama. Dengan itu, Allah adalah dalam bentuk trinitas kerana ia merangkumi BApa, Anak dan Roh Kudus dan ianya agak jelas bahawa Allah dalam Perjanian Lama sebenarnya adalah Bapa.

 

Golongan Binitarian (dan golongan Diteis) telah mencuba menyatakan perkara ini dengan berkata bahawa Bapa tidak dikenali di dalam PErjanjian Lama; Allah dalam Perjanjian Lama adalah Yesus Kristus. Dengan cara ini Allah dalam Perjanjian Lama adalah Juruselamay, Yesus Kristus adalah Juruselamat, dan oleh itu tidak ada konflik (lihat karya tulis Allah Juruselamat Kita (No. 198).

 

Allah adalah Batu kita, namun Yesus Kristus juga adalah batu, yakni batu yang tidak dipotong oleh tangan manusia yang memusnahkan tamadun dunia. Allah adalah batu dasar di mana semua batu-batu hidup di letakkan di atasnya. Segala sesuatu terbit dari kuasa dan wewenang Allah, bahkan kehidupan kekal sekalipun. Hanya Allah yang berkekalan.

 

Alkitab berkata dalam 1Timotius 6:12-16:

12 Bertandinglah dalam pertandingan iman yang benar dan rebutlah hidup yang kekal. Untuk itulah engkau telah dipanggil dan telah engkau ikrarkan ikrar yang benar di depan banyak saksi. 13 Di hadapan Allah yang memberikan hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu: 14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuan. 16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.

 

Kristus Yesus agak berbeza dari Allah yang telah memberikan nyawa kepada segala seusuatu. Allah memberikan nyawa kepada Kristus Yesus. Golongan Trinitarian cuba untuk menyangkal fakta ini. Sekiranya Allah memberikan nyawa kepada Kritus Yesus, maka doktrin jiwa adalah satu mitos dan mereka akan pasti akan mati. Mereka mahu memelihara ikrar Iblis ‘dan kamu tidak sama sekali mati’. Kehidupan kekal, sama ada Kristus atau sesiapa sahaja, adalah bergantung kepada Bapa yang satu-satunya bersifat kekal.

 

Paulus agak jelas membuat perbezaan di antara Allah dan Kristus di sini. Dia berkata bahawa Allah adalah satu-satunya yang kekal. Dia adalah raja atas segala raja dan Tuhan atas segal tuhan. Tidak ada manudia pernah melihta entiti ini yang dengan jelas dikenal pasti sebagai Allah oleh Yohanes 1:18.

 

Theon oudeis eooraken poopote monogenes theos

 

Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak tunggal [yang dilahirkan] Allah

 

o oon eis ton kolpon tou patros ekeinos ezegesato

 

yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakannya. [dia] ditambahkan di dalam teks.

 

Maksud ini sebenarnya adalah bahawa Kristus adalah Allah yang bercakap, Ho Legon Yunani(lihat Marshall Greek-English Interlinear bagi teks Yunani dan terjemahan).

 

Teks ini menyelitkan perkataan Yunani uios atau anak dan bukannya theos tetapi teks ini difahami sera kuno sebagai theos dan telah diperdebatkan di dalam konteks ini dalam kaunsil yang awal. Para skolar moden secara umum bersetuju bahawa perkataan yang digunakan sebenarnya adalah god dan bukannya anak. 1 Yohanes 4:12 juga mengatakan bahawa tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah.

 

Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah; sekiranya kita saling mengasihi, Allah akan berada di dalam kita dab kasihNya adalah sempurna di dalam kita.

 

Yohanes agak jelas dari teks ini dan teks-teks yang seterusnya bahawa Allah dan Kristus adalah berbeza dan makluk yang berasingan. Dia telah mengutus AnakNya untuk menebus dosa kita (1Yohanes 4:10). Oleh itu, Yesus Kristus memperolehi gelaran Raja atas segala raja dan Tuan atas segala tuan dalam Wahyu 17:14 dan Wahyu 19:16 (Dimana ia tertulis pada jubah dan pahanya) oleh penentuan dari Allah yang Mahakuasa yang telah menentukan dia untuk melaksanakan murka Nya.

 

Lebih lagi, dari 1Timotius 6:12-16, kita juga dilihat mempunyai kehidupan kekal, iaitu mereka yang dipanggil dan dipilih dan yang setia (Wah 17:14). Setiap gelaran ini adalah tuntutan awal untuk bersama dengan kristus pada waktu kedatangannya dan pendirian Kerajaan Allah. Seorang individu bukan sahaja harus dipanggil, tetapi juga dia harus dipilih, ditakdirkan oleh Allah.

 

Roma 8:29-30  Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.  30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

 

Justru itu, aspek kekekalan dan kehidupan kekal adlah diwarisi dari Bapa dan ditetapkan pada Anak-anak Allah yang ramai (Kej 6:2,4; Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7; Hos 1:10; Rom 8:14,19; Gal 4:5-6; Fil 2:15; Ibr 12:7; 1 Yoh 3:1-2). Ramai yang akan dipanggil tetapi sedikit yang dipilih (Mat 20:16; 22:14). Kerana mereka telah dipilih, sama seperti Kristus yang telah dipilih oleh Allah (Luk 23:35).

 

Kerana Kristus telah dipilih oleh Allah, dia harus dipilih dari sesuatu yang lain. Sekiranya hanya ada satu sahaja Anak Allah untuk dipilih, maka Kristus bukanlah dikatakan dipilih oleh Allah. Dia telah dipilih, dilantik dan diutus dan layak serta dinaikkan.

 

Umat pilihan telah dipilih oleh Kristus (Yoh 6:70, 15:16,19) di bawah pimpinan Allah (1Pet 2:4) yang telah melantik mereka melalui Roh Kudus (Kisah 22:14). Ini adalah adalah perkara yang paling lemah dan bodoh tentang dunia ini (1Kor 1:27), yang miskin dalam dunia ini akan dipanggil untuk menjadi kaya di dalam iman dan mewarisi Kerajaan yang Dia telah janjikan kepada mereka yang mengasihi Dia (Yak 2:5). Dalam pengertian ini Kerajaan ini adalah di kalangan umat pilihan tetapi belum lagi berada di sini, akan datang pada waktu kedatangan Mesiah (Wah 20:4-6). Dalam pengertian ini kita adalah generasi yang dipilih dan berharga (1Pet 2:4,9). Allah Bapa Tuhan Yesus Kristus kita telah memilih kita di dalam Dia sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita kudus dan tidak bercela di hadapan Dia (Ef 1:4).

 

Justru itu, Allah dan Bapa Kristus telah memilih serta menentukan Kristus kepada kehidupan kekal (Yoh 5:26), memberikan dia kuasa untuk melepaskannya serta mengambilnya kembali (Yoh 10:18).

 

Yohanes  5:26  Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri.

 

Ianya cukup jelas bahawa Kristus tidak boleh memiliki kehidupan sendiri tanpa kuasa dari Bapa. Oleh kerana itu, Kristus bukan makluk yang kekal bersama dengan Bapa. Alasan yang sebenarnya orang tidak mahu berbicara tentang ini ialah, ia membutuhkan dari mereka penurutan. Untuk memiliki kehidupan kekal, kita harus taat setia sama seperti Kristus yang taat setia, sehingga mati. Tidak ada yang mahu menjadi penurut. Itulah sebabnya mengapa mereka mahukan jiwa dan mengapa mereka mahu kehidupan kekal tnapa syarat, tanpa penentuan dari Allah. Mereka mahu hak untuk memiliki kehidupan kekal. Bagaimana pun, mereka tidak memilikinya secara hakikatnya. Kristus juga tidak memiliki kehidupan kekal secara hakikatnya, kecuali dengan penurutan terhadap Bapa. Itulah sebabnya mengapa tidak ada orang yang mahu berbicara bahawa Kristus itu diciptakan, kerana sekiranya Kristus diciptakan, apakah kedudukan kita? Kristus tetap setia berada di dalam kebenaran serta penurutannya. Semua orang  mengetahui bahawa mereka tidak benar, jadi mereka tidak mahu meletakkan diri mereka pada rahmat dan penurutan kepada Allah. Inilah isu yang sebenarnya.

 

Pra-syarat untuk menerima kehidupan kekal adalah pemahaman siapa Allah yang sebenarnya dan siapakah yang kita sembah.

 

Yohanes 17:1-3  Demikianlah kata Yesus. Lalu Ia menengadah ke langit dan berkata: "Bapa, telah tiba saatnya; permuliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu mempermuliakan Engkau. 2 Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya.  3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

 

Justru itu, tuntutan untuk mewarisi kehidupan kekal adalah keupayaan untuk membedakan di antara Satu Allah yang Benar dan Yesus Kristus yang Dia telah utus dan mengenali kedua-dua mereka. Justru itu, fahaman Trinitarianisme atau Binitarianisme tidak layak untuk menerima kehidupan kekal. Dengan ini, golongan Trinitarian atrau Binitarian akan diserahkan kepada kebangkitan yang kedua untuk dilatih semula. Oleh kerana itu, ianya kritikal bahawa umat pilihan  tidak menyeleweng atau gagal di dalam perkara ini. Ini tidak bererti bahawa semua orang yang berada di dalam Jemaat Binitarian akan diserahkan kepada kebangkitan kedua secara otomatik. Pemahaman umta pilihan dan perhubungan mereka dengan Satu Allah yang Benar dan Kristus selalunya lebih tinggi kepada pelayanan yang melayani mereka. Keupayaan untuk mewarisi kehidupan kekal juga predikat kepada pemeliharaan hukum-hukum Allah dan kesaksian Yesus Kristus. Orang-orang ini dijelaskan di dalam Wahyu 12:17; 14:12; 22:14.

 

Wahyu 12:17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus.

 

Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.

 

Wahyu 22:14 Berbahagialah mereka yang membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.

 

 Akitab RSV menggunakan teks sama seperti teks Tunani Nestles dan menterjemahkannya secara literal, kecuali perkataan hak yang sebenarnya ezousia, atau kuasa keatas pohon kehidupan, supaya mereka memasuki kota melalui pintu-pintu gerbang. Pintu-pintu gerbang ini adalah dua belas suku kaum Israel di bawah kerasulan. Alkitab KJV menggunakan istilah hukum dari Resceptus yang mempunyai istilah Makarioi oi poiountes tas entolas autou, ina estai e ezousia autoon epi to zulontes zooes. Ini bererti secara literal Berbahagialah mereka yang melakukan Perintah hukumNya, kerana itulah wewenang mereka ke atas pohon kehidupan. Maka itu KJV berbunyi:

 

Wahyu 22:14 Berbahagialah mereka yang melakukan hukum-hukumNya, supaya mereka memperolehi hak atas pohon kehidupan, dan memasuki melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu. (KJV).

 

Kedua-duanya menterjemahkan ezousia atau wewenang sebagai hak. Pandangan ini mungkin berasal dari Doktrin Jiwa yang didukung oleh Trinitarian dan yang mana cuba untuk menentukan kehidupan kekal bebas dari ketetapan Allah.

 

Oleh kerana itu, hak keatas pohon kehidupan mempunyai beberapa elemen. Pengetahuan tentang Satu Allah yang Benar dan AnakNya Yesus Kristus adalah yang terpenting. Yang mengikuti pengetahuan ini adalah penurutan kepada Perintah Hukum Allah dan kesaksian Yesus Kristus. Kerana terdapat dua tahap pada umat pilihan, demikian juga terdapat dua tahap di dalam pemahamanya. Roh Kudus akan menganugerahkan bersamanya kemahuan untuk mendapat kebenaran dan keupayaan untuk menuruti Allah. Terdapat ramai yang memahami perhubungan Yesus Kristus dengan Allah dan telah mengembangkan  perhubungan mereka dengan Allah dan Kristus melewati organisasi yang mereka hadiri. Pada zaman akhir ini ramai orang yang memelihra hukum-hukum Allah. Dibaptiskan di dalam Tubuh Kristus, mereka setia sehingga mati. Mereka akan memasuki Kerajaan Allah, dengan tidak mengira Jemaat yang mereka miliki dan keupayaan pelayanan mereka untuk memasuki penghakiman dan Kerajaan Allah, kerana mereka memelihara hukum-hukum Allah dan kesaksian Yesus Kristus. Bagaimana pun, satu elemen tidak boleh dipisahkan dari elemen yang lain.

 

Sekiranya kita boleh melihat elemen yang utama, maka kita harus taat setia kepada maksud hukum.

 

Lukas 10:25-28 (memetik dari Ul 6:5) Pada suatu kali berdirilah seorang ahli Taurat untuk mencobai Yesus, katanya: "Guru, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"

Jawab Yesus kepadanya: "Apa yang tertulis dalam hukum Taurat? Apa yang kaubaca di sana?"  Jawab orang itu: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri."  28 Kata Yesus kepadanya: "Jawabmu itu benar; perbuatlah demikian, maka engkau akan hidup."

 

Elemen yang utama di dalam teks Yohanes 17:1-3 adalah untuk mengetahui satu-satunya Allah yang Benar dan Yesus Kristus yang Dia telah utus. Perbedaan telah dibuat oleh Kristus untuk menunjukkan kepala hukum, yakni hukum yang pertama (dalam Kel 20:3; Ul 5:7). Dari hukum ini semua hukum-hukum lain mengikutinya. Justru itu, fahaman Binitarianisme atau Trinitarianisme melanggar elemen yang utama dan kedudukan ini sendiri sudah cukup untuk tidak melayakkan pengikutnya dari memiliki kehidupan kekal dari kebangkitan yang pertama. Maka itu, isu ini adalah kritikal bagi hal keselamatan.

 

Elemen kedua dan yang sama penting ialah untuk percaya kepada Yesus Kristus.

 

Yohanes 6:40  Sebab inilah kehendak Bapa-Ku, yaitu supaya setiap orang, yang melihat Anak dan yang percaya kepada-Nya beroleh hidup yang kekal, dan supaya Aku membangkitkannya pada akhir zaman."

 

Perkara ini dikembangkan di dalam Injil Yohanes ke dalam konsep dilahirkan kembali melalui pembaptisan air dan Roh. Kristus berkata bahawa

 

Yohanes 3:3, 5  …sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah." …sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah.

 

 Justru itu, Kristus diberikan kuasa untuk membangkitkan orang yang sudah mati yang telah dibaptiskan ke dalam tubuhnya (bukan ke dalam denominasi yang lain, selain dari tubuhnya) pada kebangkitan yang pertama apabila dia datang kembali. Ini adalah kebangkitan kehidupan (Yoh 5:29). Kebangkitan yang kedua adalah kebangkitan penghakiman. Bagaimana pun, ini tidak semestinya bererti kematian tetapi pembetulan (kriseoos).

 

Kristus dengan khususnya menyatakan bahawa Kitab tidak memberi kehidupan kekal. Hanya datang kepada Kristus seseorang itu boleh selamat, namun Kristus datang dengan nama Allah dan bukannya dengan namanya sendiri (Yoh 5:39-40, 43). Kristus berkata:

 

Yohanes 11:25 Jawab Yesus: "Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.

 

Istilah yang betul adalah tidak akan mati sepanjang zaman (ou me apothane eis ton aioona) (lihat Marshall Interlinear).

 

Dengan ini, umat pilihan akan dipelihara disepanjang zaman atau milenium apabila mereka dipulihkan ke dalam adopsi dari kebangkitan yang pertama. Kemudian mereka akan diberikan keidupan kekal. Konsep tidak mati di sepanjang zaman sengaja dihindari.

 

Masa dan Kekekalan

Konsep masa hanya berlaku apabila terdapat perhubungan di antara objek-objek. Sebagai contoh, siang berlaku kerana pergerakan bumi pada porosnya dalam perhubungan dengan matahari. Tahun solar difahami sebagai revolusi tunggal bumi di mengelilingi matahari. Terdapat beberapa tahun yang terlibat dalam putaran galaksi, yakni Solar/Sideral/Galaktik. Alam semesta memiliki faktor perluasan yang mana mempertalikan pergerakan ini dari titik yang utama. Titik yang utama telah ditentukan oleh Penrose sebagai sepuluh kepada kuasa yang ke-10 kepada kuasa yang ke-123. Justru itu, dari magnitud tipis nombor ini, semestinya ada satu titik asal, dan tidak ada titik lain bagi alam semesta ini. Semua pergerakan ini diekspresikan dalam konsep masa yang mana berhubungan dengan sistem bumi.

 

Dengan tidak mengambil kira kaedah pengukuran, masa berasal dari perhubungan satu dengan yang lian antara dua atau lebih objek. Maka itu, masa hanya bermula dengan kewujudan dua atau lebih objek. Allah wujud sebelum ada masa. Generasi elohim sebenarnya permulaan kepada masa – permulaan kepada penciptaan Allah (Wah 3:14). Kolose 1:15 mengatakan bahawa Kristus adalah anak tunggal dalam Penciptaan (lihat karya tulis Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Bagaimana Allah Menjadi Satu Keluarga (No. 187) dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristust (No. 160)).

 

Dengan ini, Tuhan Allah adalah Apfa, yang menjadikan kewujudan, dan menjadi objek terakhir tindakan ini. Dia juga adalah Omega (lihat karya tulis Arche of the Creation of God as Alpha and Omega (No. 229)).

 

Wahyu 1:8  "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."

 

…apabila dia memenuhi semua dan segala sesuatu (Ef 1:23).

 

Allah meletakkan segala sesuatu di bawah kaki Kristus dan membuat dia kepala kepada segala sesuatu bagi Jemaat. Allah membangkitkan Kristus

 

Efesus 1:22  Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada.  Jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu.

 

Dengan ini, Kristus diberikan wewenang atas segala nama, sama seperti nama itu sendiri mengandungi wewenang. Dia diberikan wewenang ke atas segala perkara supaya Jemaat boleh memiliki kewarisannya melalui Kristus di mana kepenuhan Ketuhanan diam secara tubuh (Kol 2:9).  Perkataan di sini yang menterjemahkan Ketuhanan ialah theotetos yang bererti dewa atau sifat Allah. Thayer mengatakan bahawa dewa (theot) berbeda daripada diviniti (Theiot) kerana sifat berbeza dari kualiti atau keperibadian (Thayers, ms. 288).  Maksud di sini adalah bahawa kepenuhan sifat keperibadian Allah diam di dalam tubuh Kristus. Ia adalah kepenuhan sifat keperibadian yang diberikan kepada kita supaya semua umat manusia memakai sifat keperibadian Allah (Kol 3:10).

 

Mereka tidak akan menjadi Yahudi ataupu Yunani tetapi semuanya di dalam Kristus kerana dia adalah segala sesuatu (Kol 3:11). Dia mengembangkan umat manusia melalui kuasa Roh Kudus, untuk membuat Allah menjadi semua di dalam semua (1Kor 15:28).

Apabila segala sesuatu takluk kepada dia, maka Anak sendiri juga takluk kepada dia yang meletakkan segala sesuatu dibawah dia, supaya Allah [semua di dalam semua KJV] (panta en pasin) (lihat Marshall’s Interlinear dan juga Kol 3:11 (panta kai en pasin).

 

Golongan Trinitarian mula menterjemahkan teks ini sebagai ‘segala sesuatu kepada semua’ untuk mengelakkan ekstensi lojikal Allah sebagai inti keperibadian, yang diberikan kepada semua umat manusia seperti yang diberikan kepada Kristus dari teks ini.

 

Kristruslah yang memenuhi kita dalam kepenuhan Allah (Ef 3:19); kepenuhan Kristus yang menjadi imej Bapa (Ef 4:13). Dengan ini kita menjadi satu imej atau eikon Bapa sama seperti Kristus dan dengan ini kita adalah anak-anak Allah dan mewarisi bersama dengan Kristus Kerajaan Allah (Rom 8:17; Yak 2:5) – dan mewarisi menurut dengan janji (Gal 3:29) keselamatan (Ibr 1:14) dan mewarisi bersama rahmat (1 Pet 3:7). Anak Allah kemudiannya akan menjadi Bapa yang kekal, (Yes 9:6) yang akan menjadi kepala kepada turunan Warga manusia dan mengambil tempatnya bersama dengan turunan di sorga yang ramai (lihat karya tulis Yesaya 9:6 (No. 224)).

 

Efesus 3:14 Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang dari pada-Nya semua turunan yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima namanya.

 

Perkataan turunan di sini adalah patria kebapaan. Justru itu, sama ada dari keluarga atau keluarga Allah, ia adalah  satu gelaran wakil yang mendemonstrasikan tanggungjawab penuh setiap ketua dari setiap unit sehingga kepada keluarga-keluarga. Justru itu, arahan ini adalah dari Allah kepada Kristus kepada ketua lelaki dalam keluarga (1Kor 11:3). Dia harus memberikan tanggungjawabnya sama seperti yang Allah telah lakukan kepada Kristus, dan Anak-anak Allah yang lain yang merupakan elohim, dan elohim ini seterusnya memberikan tanggungjawab mereka kepada mereka yang berada di bawah mereka.

 

Elohim ini adalah bintang fajar dari Ayub 38:7 dan Anak-anak Allah yang berada di hadapan Allah (Ayub 1:6; 2:1). Ini adalah Anak-anak Allah kerana kita akan menjadi anak-anak kepada Allah yang Hidup (Hos 1:10). Bintang fajar ini adakah elohim atau elahhin yang dirujuk di dalam Daniel 2:11 yang tidak berdiam bersama dengan manusia. Yakni mereka adalah entiti-entiti spiritual. Mereka membentuk bahagian dalam kaunsil Allah (Maz 89:6-8). Mereka adalah qedosim atau Kudus dan mereka semua adalah Anak-anak Allah. Kaunsil ini dikenal pasti di dalam Wahyu 4 & 5. Mereka adalah teman-teman sekutu (metoxous) kepada Imam Besar di dalam Rumah Allah (Ibr 10:21) yang merupakan domba yang diangkat sebagai elohim Israel oleh elohimnya (Maz 45:6-7 dan Ibr 1:8).

 

Kidung Mazmur yang merayakan pentakhtaan Yahovah (Yevovah ) Israel sebagai raja bagi bangsa-bangsa aalah di dalam Mazmur 47; 93; 96; 97; 98. Teman-teman sekutu ini adalah kaunsil kepada elohim yang membentuk tindakan pertama dalam penciptaan Allah. Aktiviti Allah yang pertama adalah untuk menciptakan Anak-anakNya. Elohim-elohim ini kemudiannya memulakan masa melalui aktiviti-aktiviti mereka dalam perhubungan dengan Bapa. Kristus  telah diciptakan bersama-sama dengan elohim ini. Mereka semua adalah generasi dari Bapa yang memiliki sifat keperibadian Allah melalui oh Kudus (lihat karya tulis Bagaimana Allah telah Menjadi Keluarga (No. 187)).

 

Kristus telah diangkat sebagai Imam Besar untuk memerintah dalam kepenuhan yang setia dalam menebus umat manusia, berikutan dari pemberontakan besar.

 

Ibrani 5:8-9 Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya, dan sesudah Ia mencapai kesempurnaan-Nya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepada-Nya, dan Ia dipanggil menjadi Imam Besar oleh Allah, menurut peraturan Melkisedek.

 

Justru itu, Kristus telah dilantik Imam Besar kerana sifat pengorbanannya yang setia (lihat karya tulis Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160)).

 

Dengan ini dia tidak selalu berada di kedudukan yang lebih tinggi dari sekutu-sekutunya. Pada waktu di mana Kristus menyerahkan nyawanya dan mengambil darahnya sendiri ke dalam bilik yang Maha Kudus adalah sebab mengapa Allah bukan menjadi korban tersebut. Imam besar mengambil darahnya sendiri demi untuk mengimbangi Allah di dalam bilik yang Maha Kudus. Itulah sebabnya mengapa fahaman Trinitarianisme sendiri adalah satu kedunguan. Seorang ketua harus melayan dan dia harus rela menyerahka dirinya bagi saudara-saudaranya. Dia harus mampu melepasi konsep diri, yang mana merupakan satu sifat keperibadian kasih agape yang menjadi sebahagian daripada sifat Allah. Kristus harus melakukannya dan itulah maksud pengorbanannya. Ianya tidak kena mengena dengan hal kecukupan Kristus (Lihat karya tulis Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160)).

 

Maka itu, tidak ada persoalan tentang Kristus yang kekal-bersama dengan Allah sebelum penciptaan elohium. Tidak ada saran juga bahawa dia adalah kekal-bersama dengan Allah, yang mempunyai kedudukan serta kuasa yang tersendiri. Dia mencapai kedudukan serta kuasa ini melalui ketaatannya. Dia diberikan kedudukan sewaktu dia mengambil tugasan ini. Dia telah menetapkan Israel manakala semua Warga telah menetapkan bangsa-bangsa di dalam lingkungan tanggungjawab mereka secara individu. (cth. Dan 10:13,20; 12:1; Ul 32:8 (lihat LXX dan DSS)’ lihat juga karya tulis Umat Pilihan sebaga Elohim (No. 1)). Melalui Israel, di bawah elohim, Allah atau Eloah telah melaksanakan Rencana Keselamatan.

 

Maka konsepnya adalah bahawa Kristus adalah kekal, tetapi dia ditetapkan menjadi kekal bersama dengan semua elohim. Dia akan berkekalan kerana dia mengetahui dan menuruti Bapa. Kita juga harus menjadi kekal (1Kor 15:53-54). Kristus mengekalkan keabadian ini melalui penurutan yang taat kepada Bapa. Kita juga akan dapat mengekalkan keabadian kita melalui penurutan yang setia kepada Bapa. Bentuk kekekalan yang kita miliki adalah sama dengan bentuk kekekalan yang diberikan kepada Kristus dan Warga semesta dan ini bererti kehidupan ‘aionion’. Ia bererti kehidupan yang terus-menerus dan ia juga digunakan pada masa-masa yang sudah lalu, tetapi ia mempunyai konsep keabadian yang berterusan (lihat karya tulis Dalam Kekekalan (No. 165)).

 

Allah memberikan kita kehidupan yang kekal ( 1Yoh 5:11). Kehidupan yang kekal hanya boleh dikekalkan melalui ketaatan terhadap kebaktian dan pengetahuan tentang Satu Allah yang Benar dan anakNya Yesus Kristus (lihat di atas Yoh 17:3) tetapi juga ia akan hilang melalui ketidakturutan kepada hukum. Faktor yang utama dan inti akhir hukum seperti yang kita tahu adalah kasih kepada Allah dan kasih kepada sesama manusia. Dia yang tidak mengasihi saudaranya tidak akan memiliki kehidupan yang kekal ( 1Yoh 3:14-15). Justru itu, ianya penting sekali  untuk kita ketahui bahawa Allah adalah Satu Allah yang Benar dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya.

 

1Yohanes 4:15  Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah.

 

Maka dengan itu, Allah diam di dalam diri umat pilihan dan mereka di dalam Dia, sama seperti Allah diam di dalam Kristus dan dia di dalam Allah. Kegagalan umat pilihan untuk menuruti Allah akan menghadapi kehilangan kehidupan yang kekal. Dengan ini, mereka harus mati.

 

Elohim juga akan menghadapi hukuman yang sama.kedua-dua Iblis dan Kristus adalah sebahagian daripada kaunsil Elohim atau Yang Kudus di bahagian dalam. Sebelum ini Iblis adalah Kerub yang Berjaga (Yes 14:12; Yeh 28:14,16).

 

Allah telah melemparkan kerub yang berjaga dari gunung Allah dan memusnahkannya (Yeh 28:16). Dia akan dibinasakan oleh api dan dilemparkan sebagai abu di antara bumi. Ini adalah deskripsi yang simbolik kepada pemusnahan warga semesta yang jatuh. Mereka adalah makluk spiritual dan dengan ini mereka adalah tenaga spiritual. Kaedah untuk menangani warga yang jatuh dan manusia yang memberontak di dalam kebangkitan yang kedua dan penghakiman yang kedua akan diterangkan dengan terperinci di dalam karya tulis Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan Domba yangHilang dan Anak yang Hilang (No. 199)). Apa yang penting adalah untuk mengetahui bahawa pemilikan kehidupan yang kekal adalah melalui penurutan yang setia kepada Bapa. Kita yang adalah dari keluarga raja, dilahirkan menjadi elohim seperti Malaikat Yahovah (Yehovah) yang mengepalai (Zak 12:8). Kehidupan kekal kita adalah seperti elohim.

 

Ianya sama seperti membunuh diri dalam spiritual untuk memeluk fahaman Trinitarianisme atau Binitarianisme. Sesungguhnya ini adalah tanda pada umat pilihan yang boleh membedakan kesilapan ini. Pegangan yang tidak lojik dalam fahaman Trinitarianisme  telah dikeluarkan di dalam karya tulis Binitarianismedan Trinitarianisme (No. 76). Di sini kita perluaskan pegangan ini untuk menangani beberapa fakta yang tidak lojik dalam fahaman Diteis atau Binitarianisme (lihat karya tulis Soncinianisme, Arianisme dan Unitarianisme [185]).

 

Konsekwensi Yang Tidak Logik Dalam Fahaman Binitarianisme

Fahaman Binitarianisme jatuh ke dalam banyak kesilapan yang sama, sama dengan fahaman Trinitarianisme.  Kebanyakan orang yang digolongkan sebagai Binitarian adalah orang yang melihat fahaman Trinitarianisme sebagai satu sifat yang bukan berdasarkan Alkitab tetapi mahu memelihara beberapa pegangan bagi Kristus, yang mana tidak sepenuhnya mengasingkan mereka dari golongan Trinitarian. Tentu saja ini adalah satu ketidakmungkinan.

 

Seorang Binitarian yang percaya bahawa Allah dan Kristus adalah satu dan cuba untuk menggabungkan mereka, harus memberi akomodasi kepada Roh Kudus. Justru itu, sama ada Roh Kudus adalah seorang makluk atau suatu kuasa, akan menjadi semantik semata-mata kerana Binitarian terpaksa menggabungkan Roh ke dalam kedua-duanya dan maka ini perbincangan ini semata-mata berpusat disekeliling dasar fungsi bagaimana ketiga-tiga ini adalah satu. Fahaman Binitarianisme tidak boleh berdiri sendiri dan, dengan ini sehingga kurun yang kedua puluh, terdapat hanya beberapa mazhab Binitarian (lihat karya tulis Allah Mengungkap Jilid 1 – Monoteisme Kuno (No. G1); Anak Lembu Emas (No. 222) dan Asal-Usul Krismas dan Paska Hari MInggu (No. 235)).

 

Binitarian yang percaya bahawa Allah dan Kristus adalah Makluk kekal-bersama yang berasingan, yang mana adalah kepercayaan Diteisme, dan percaya kepada kewujudan dua Allah yang Benar (bertentangan dengan Yoh 17:3; 1Yoh 5:20; 1Tim 6:6) menghadapi masalah atau dilema-dilema di bawah ini.

 

* Sekiranya Allah dan Kristus wujud-bersama dengan kekal sebelum bermulanya masa, maka masa sebagai satu pertalian di antara objek-objek tidak boleh diaplikasikan. Dengan ini Allah dan Kristus bukanlah entiti. Entiti atau Makluk dalam erti katanya adalah wujud, oleh kerana ini Allah dan Kristus tidak wujud. (Bahawa Allah dan Kristus bukan Makluk telah dikembangkan oleh para pembela Trinitarian di dalam Jemaat-Jemaat Allah pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dasar fikiran ini seolah-olah berleluasa ke dalam Proses Teologi dan diperluaskan kepada teori bukan-kewujudan di dalam fahaman Buddhisme dan Hinduisme).

 

* Sekiranya Allah dan Kristus wujud secara kekal-bersama, maka terdapat dua Makluk yang mengongsikan nama Allah dan Kristus. Nama Kristus bererti yang diurapi. Oleh kerana ini, ada satu daripada entiti ini yang diurapi, yang satu lagi tidak. Ini membawa kepada persoalan-persoalan berikut:

 

* Siapa yang mengurapi Makluk yang satu itu?

 

* Mengurapi memberikan kuasa, oleh itu mereka tidak kekal-bersama. Sekiranya mereka tidak kekal-bersama, di manakah hak lebih tinggi itu muncul sekiranya mereka sama-sama kekal-bersama?

 

* Justru itu, satu lebih kuat daripada yang satu lagi, jadi sekali lagi mereka tidaklah sama tarafnya.

 

* Sekiranya mereka sesungguhnya sama tarafnya dan istilah diurapi semata-mata bererti mereka memutuskan: Tentu sahaja itu bererti setiap mereka telah mengorbankan diri mereka.

 

* Mengapa Tuhan berkata kepada Tuhan Daud, yang merupakan Mesiah atau Yahovah (Yehovah) bagi Israel;

 

Duduklah di sebelah kananKu sehingga Kubuat mush-musuhmu menjadi tumpuan kakimu (Maz 110:1).

 

* Mengapa Kristus duduk di sebelah kanan makluk yang sama taraf dengannya?

 

* Sekiranya mereka sama-sama kekal, mereka akan duduk sebelah menyebelah. Allah duduk di sebelah kiri Kristus dan sebaliknya.

 

* Perkataan Allah berasal dari erti kata kebaikan yang mutlak. Adakah ini bererti bahawa yang satu lagi tidak? Adakah mereka bernama Allah?

 

* Maka itu, adakah ini bererti mereka mungkin berdebat siapa yang akan turun untuk berkorban (yang mana sesungguhnya dianjurkan di sepanjang jangka masa 1989-1990 oleh beberapa golongan Binitarian)?

 

Sekiranya yang satu adalah Allah Bapa dan yang satu lagi adalah Allah Anak, bagaimana ianya berbeza dari fahaman Trinitarianisme atau dari penyembahan tuhan Attis? (Lihat karya tulis Asal-Usul Krismas dan Paska Hari Minggu (No. 235)).

 

* Mengapa Kristus mempunyai sekutu-sekutu sekiranya dia kekal-bersama dengan Allah dan mereka yang lain tidak? Adakah ini tidak bererti juga bahawa Allah mempunyai rakan sekutu? Bagaimana ia adalah Bapa?

 

* Sekiranya dua Makluk adalah kekal-bersama, bagaimana Kebapaan dinyatakan kepada satu dan Keanakan dinyatakan kepada yang lain dalam apa juga maksud dalam bahasa?

 

* Sekiranya Kebapaan dan Keanakan bererti sesuatu yang lain selain daripada yang diberikan di dalam bahasa, maka sudah tentu imej yang digambarkan di dalam Alkitab tidak betul. Sekiranya demikian, bagaimana mungkin tulisan kitab itu benar? Sekiranya  tulisan kitab tidak benar, maka bagaimana mungkin Allah itu benar? Sekiranya Allah itu tidak benar, bagaimana mugkin Dia menjadi Allah? Tetapi Allah adalah Allah kebenaran, oleh kerana itu, Dia harus menjadi Bapa dan Kristus harus menjadi anak dan oleh kerana ini mereka tidak kekal-bersama.

 

Sekiranya yang satu adalah tidak kekal-bersama, maka dia adalah Allah atau elohim melalui adopsi atau warisan, sama seperti semua anak-anak Allah, warga semesta mahupun umat manusia (lihat juga Zak 12:8). Elohim adlah dalam bentuk jamak, Eloah adalah dalam bentuk tunggal. Eloah adalah Bapa (Ams 30:4-5) yang merupakan objek penyembahan dan pengorbanan di kaabahNya, yang meletakkan namaNya di Yerusalam (Ezra 4:24 sehingga 7:26).

 

Sekiranya tidak ada subordinasi yang terlibat di dalam kedudukan Yesus Kristus, maka seluruh Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa yang menyelewengkan. Justru itu, tidak ada perkara yang boleh dinyatakan kepada penurutan. Ia menjadi tidak ada kaitan lagi sama ada Alkitab diikuti kerana ianya tidak diinspirasikan dalam erti kata yang boleh dijelaskan secara lojik atau di dalam bahasa.

 

Lebih lagi, terdapat banyak persoalan yang bangkit di dalam Masalah Kejahatan yang berkaitan dengan fahaman Dualisme yang mana kemudiannya diaplikasikan kepada Kekristianan. Kekristianan tidak boleh berpegangan monoteis secara lojik dengan dua Allah yang kekal-bersama.

 

Terdapat Satu Allah yang Benar dan AnakNya Yesus Kristus adalah kepala kita, yang telah diurapi oleh Allahnya (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Oleh kerana itu, pegangan Alkitab serta Teisme Rasional yang lojik adalah Unitarian, dan bukan Binitarian atau Trinitarian. Kehidupanb kekal adlah dinyatakan di atas pemahaman ini dan dari penurutan kepada Allah.

 

q