Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[143A]

 

 

 

 

Syurga, Neraka atau Kebangkitan Pertama Orang Mati

(Edisi 1.0 20120428-20120428)

 

Kebangkitan Pertama Orang Mati ialah kebangkitan Jemaat-jemaat Tuhan pada Kedatangan Kembali Mesias. Tiada lagi doktrin lain yang padanya iman Kristian sejati terdefinisi dengan begitu jelas.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©  2012 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Syurga, Neraka atau Kebangkitan Pertama Orang Mati



Pengenalan

 

Dalam apa yang dipanggil agama Kristian dalam zaman moden ini salah faham posisi Alkitab mengenai apa terjadi sesudah anda mati adalah teramat besar. Sebahagian besar golongan yang bergelar Kristian akan bersungguh-sungguh memberitahu pemerhati sederhana bahawa selepas mereka mati mereka pergi ke syurga. Orang-orang yang mereka tidak suka atau berselisih dengan mereka akan selalunya pergi ke Neraka, yang mereka bayangkan sebagai tempat siksaan kekal di bawah Iblis dan iblis setan. Begitu juga keadaannya dengan Islam dalam korupsi teks asal. Tiada tempat lain dalam mana salah faham ini dipercayai lebih kuat daripada dalam Kekristianan Trinitarian dari Barat dan paling kuat dipegang d kalangan orang Gnostik Antinomian khususnya d AS. Apa yang orang-orang bergelar Kristian ini percayai benar dengan bersungguh-sungguh pasti sudah membuat mereka dibuang dalam Jemaat Tuhan Abad Pertama dan Kedua, malahan di Rom di mana doktrin-doktrin palsu itu memasuki Jemaat Kristian.

 

Seluruh Jemaat percaya bahawa Kristus mempunyai dua kedatangan dan berdasarkan kepercayaan Kedatangan Kedua ini disematkan harapan Kebangkitan. Justin Martyr menulis dari Rom sekitar 154 menyatakan posisi ini dengan singkat dan tepat sekali dalam Dialognya dengan Trypho. Dalam Bab LII dia mengatakan tentang dua kedatangan Mesias.

 

BAB LII – YAKUB MERAMALKAN DUA KEDATANGAN KRISTUS.

“Patriark Yakub menubuatkan akan adanya dua kedatangan Kristus, dan dalam yang pertama Dia akan menderita, dan sesudah Dia datang tiada nabi atau raja akan ada dalam bangsamu (saya teruskan), dan bangsa-bangsa yang mempercayai Kristus yang menderita akan menantikan kemunculan masa depan-Nya. Atas sebab ini Roh Kudus telah mengucapkan kebenaran ini dalam perumpamaan, dan dengan tidak jelas: sebab,” saya menambah, “ada dikatakan, Yehuda, engkau akan dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk musuhmu, kepadamu akan sujud anak-anak ayahmu. Yehuda adalah seperti anak singa: setelah menerkam, engkau naik ke suatu tempat yang tinggi, hai anakku; ia meniarap dan berbaring seperti singa jantan atau seperti singa betina; siapakah yang berani membangunkannya? Tongkat kerajaan tidak akan beranjak dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya, sampai dia datang yang berhak atasnya, maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa. Ia akan menambatkan keledainya pada pohon anggur dan anak keledainya pada pohon anggur pilihan; ia akan mencuci pakaiannya dengan anggur dan bajunya dengan darah buah anggur. Matanya akan merah karena anggur dan giginya akan putih karena susu.’ Selain itu, bahawa dalam bangsamu tidak pernah tiada nabi atau raja, sejak waktu mereka bermula hingga waktu bilamana Yesus Kristus ini muncul dan menderita, engkau tidak akan cuba menuntutnya tanpa malu-malu, engkau juga tidak dapat membuktikannya. Sebab walaupun engkau menegaskan bahawa Herodes, yang kerana [pemerintahan]nya Dia menderita, merupakan seorang Askelon, namun begitu engkau mengaku adanya imam besar dalam bangsamu; jadi engkau ada seseorang yang memberi persembahan menurut hukum Musa, dan memelihara semua upacara sah yang lain; [engkau juga mempunyai] nabi-nabi yang berturutan sampai Yohanes, (malahan waktu, juga, ketika bangsamu ditawan ke Babel, bila negerimu hancur kerana perang, dan segala peralatan kudus dibawa pergi); tidak pernah tiada nabi di kalangan kamu, yang merupakan tuan, dan pemimpin, dan penguasa bangsamu. Sebab Roh yang ada dalam para nabi telah mengurapi raja-rajamu, dan mendirikan mereka. Tetapi selepas manifestasi dan kematian Yesus Kristus kami dalam bangsamu, tiada lagi nabi: tidak, tambahan lagi, engkau tidak lagi wujud di bawah rajamu sendiri, negerimu hancur, dan ditinggalkan umpama pondok di taman anggur; dan pernyataan Kitab Suci, dari mulut Yakub, ‘Maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa,’ bermakna secara simbolik dua kedatanganNya, dan bahawa bangsa-bangsa akan mempercayai Dia; dan fakta-faktanya engkau kini dapat lihat dengan panjang lebar. Bagi mereka daripada semua bangsa yang saleh dan benar melalui iman Kristus, nantikan kemunculan masa depan-Nya.

(Kej. 49:5, 8-12, 18, 24)

 

Posisi definitif berhubung subjek ini dinyatakan secara ringkas dan tepat sekali oleh Justin Martyr dalam Dialognya dengan Trypho pada Bab LXXX f.:

BAB LXXX – PENDAPAT JUSTIN MENGENAI PEMERINTAHAN SERIBU TAHUN. BEBERAPA KATOLIK MENOLAKNYA. [Perhatikan usaha untuk membela kesalahan-kesalahan Trinitarian yang kebelakangan cuba dibenarkan di sini dengan komen “beberapa Katolik menolaknya” dalam tajuknya. Ini bagaimanapun merupakan pernyataan jelas teks Alkitab dalam Wahyu bab 20 (Cox)]

 

“Trypho menjawabnya, “Saya katakan kepadamu tuan, bahawa engkau ingin sekali selamat dalam semua hal, sebab engkau berpegang teguh kepada Kitab Suci. Tetapi katakan kepadaku, adakah engkau betul-betul mengaku bahawa tempat ini, Yerusalem, akan dibangun kembali; dan adakah engkau menjangka orang-orangmu dikumpul bersama, dan bergembira dengan Kristus dan para patriark, dan para nabi, kedua-dua rakyat bangsa kita, dan pengikut-pengikut baru lain yang menyertai mereka sebelum Kristus datang? Atau adakah engkau telah mengalah, dan mengakui hal ini untuk kelihatan mengalahkan kami dalam kontroversi-kontroversi?”

 

Lalu saya menjawab, “Saya bukannya begitu keji, Trypho, sampai berkata satu benda dan berfikirkan benda lain. Saya mengaku kepadamu sebelum ini, bahawa saya dan ramai orang lain berpendapat begini, dan [percaya] bahawa hal demikian akan terjadi, sebagaimana engkau pastinya tahu; tetapi, sebaliknya, saya memberitahu kepadamu bahawa ramai orang yang menganuti iman murni dan saleh, dan merupakan Kristian sejati, berfikir sebaliknya. Selain itu, saya menunjukkan kepadamu bahawa sesetengah yang dipanggil Kristian, namun merupakan pembidaah tidak beriman dan tidak bertuhan, mengajarkan doktrin-doktrin yang keseluruhannya menghujat, berciri atheis, dan bodoh. Tetapi supaya engkau tahu bahawa saya tidak seorang diri mengatakan ini kepadamu, saya akan menyediakan satu pernyataan, sejauh kemampuan saya, semua hujah yang pernah dibicarakan antara kita; dalam mana saya akan mencatatkan diri saya mengakui hal-hal sama yang saya akui kepadamu. Sebab saya memilih untuk mengikut bukannya manusia atau doktrin manusia, tetapi Tuhan dan doktrin-doktrin [yang disampaikan] oleh Dia. Sebab jika engkau bersetuju dengan sesetengah yang bergelar Kristian, tetapi tidak mengaku [kebenaran] ini, dan pergi menghujat Tuhan Abraham, dan Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub; yang mengatakan tiada kebangkitan orang mati, dan bahawa jiwa-jiwa mereka, sesudah mereka mati, akan dibawa ke syurga; jangan kira mereka itu Kristian, sama seperti seseorang, jika dia betul-betul mempertimbangkannya, tidak akan mengaku bahawa orang Saduki, atau sekte-sekte serupa Genist, Geristae, Gelilaean, Hellenist, Farisi, Baptist, adalah orang Yahudi (jangan tidak sabar mendengar bila saya memberitahu apa yang saya fikir), tetapi [hanya] dipanggil Yahudi dan bani Abraham, menyembah Tuhan dengan bibir, sebagaimana Tuhan sendiri menyatakannya, tetapi hatinya jauh daripadaNya. Namun saya dan orang lain, yang merupakan Kristian berfikiran waras dalam segala hal, yakin adanya nanti kebangkitan orang mati, dan seribu tahun di Yerusalem, yang kemudiannya akan dibangunkan, dihiasi, dan diperluaskan, nabi-nabi Yehezkiel dan Yesaya dan lain-lain nyatakan.” (penekanan ditambah); (Wahyu 20:1-15)

 

Perhatikan bahawa sesiapa yang berkata bahawa apabila mereka mati mereka pergi ke syurga adalah seorang pembidaah menghujat dan tidak beriman dan tidak diterima dalam jemaat. Tiada lagi hal lain atas mana doktrin terbahagi dengan jelas sekali.

 

BAB LXXXI – DIA BERUSAHA MEMBUKTIKAN PENDAPATNYA DARIPADA YESAYA DAN WAHYU. [Perhatikan bahawa para penterjemah Trinitarian moden ini cuba menjadikannya pendapat Justin dan bukan doktrin Jemaat Tuhan (Cox)]

“Yesaya berkata demikian berkenaan tempoh seribu tahun ini: ‘Sebab sesungguhnya, Aku menciptakan langit yang baru dan bumi yang baru; hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi, dan tidak akan timbul lagi dalam hati. Tetapi bergiranglah dan bersorak-sorak untuk selama-lamanya atas apa yang Kuciptakan, sebab sesungguhnya, Aku menciptakan Yerusalem penuh sorak-sorak dan penduduknya penuh kegirangan. Aku akan bersorak-sorak karena Yerusalem, dan bergirang karena umat-Ku; di dalamnya tidak akan kedengaran lagi bunyi tangisan dan bunyi erangpun tidak. Di situ tidak akan ada lagi bayi yang hanya hidup beberapa hari atau orang tua yang tidak mencapai umur suntuk, sebab siapa yang mati pada umur seratus tahun masih akan dianggap muda, dan siapa yang tidak mencapai umur seratus tahun akan dianggap kena kutuk. Mereka akan mendirikan rumah-rumah dan mendiaminya juga; mereka akan menanami kebun-kebun anggur dan memakan buahnya juga. Mereka tidak akan mendirikan sesuatu, supaya orang lain mendiaminya, dan mereka tidak akan menanam sesuatu, supaya orang lain memakan buahnya; sebab umur umat-Ku akan sepanjang umur pohon, dan orang-orang pilihan-Ku akan menikmati pekerjaan tangan mereka. Mereka tidak akan bersusah-susah dengan percuma dan tidak akan melahirkan anak yang akan mati mendadak, sebab mereka itu keturunan orang-orang yang diberkati TUHAN, dan anak cucu mereka ada beserta mereka. Maka sebelum mereka memanggil, Aku sudah menjawabnya; ketika mereka sedang berbicara, Aku sudah mendengarkannya. Serigala dan anak domba akan bersama-sama makan rumput, singa akan makan jerami seperti lembu dan ular akan hidup dari debu. Tidak ada yang akan berbuat jahat atau yang berlaku busuk di segenap gunung-Ku yang kudus, firman TUHAN’ Kita telah mengerti bahawa ekspresi yang digunakan di antara kata-kata ini, ‘umur umat-Ku akan sepanjang umur pohon [kehidupan], dan orang-orang pilihan-Ku akan menikmati pekerjaan tangan mereka’ kabur-kabur meramalkan seribu tahun. Sebab Adam diberitahu bahawa pada hari dia memakan daripada pohon tu dia akan mati, kita tahu bahawa dia tidak mencapai seribu tahun. Kita faham, selain itu, bahawa ekspresi, ‘di hadapan Tuhan satu hari sama seperti seribu tahun,’ berkaitan dengan subjek ini. Tambahan lagi, ada seseorang tertentu bersama kita, yang namanya Yohanes, salah seorang rasul Kristus, yang menubuatkan, dengan satu wahyu yang dibuat baginya, bahawa mereka yang mempercayai Kristus kita akan diam seribu tahun di Yerusalem; dan bahawa selepas itu kebangkitan umum, dan, pendek kata, kebangkitan abadi serta penghakiman semua manusia demikian juga akan terjadi. Sama seperti Tuhan kita juga berkata, ‘tidak kawin dan tidak dikawinkan. Sebab mereka tidak dapat mati lagi; mereka sama seperti malaikat-malaikat dan mereka adalah anak-anak Allah, karena mereka telah dibangkitkan.’

(Yes. 65:17dst; Maz. 90:4; 2Pet. 3:8; Wah. 20:4-5; Lk. 20:35dst).

 

Nota: Dengan bab inilah kiasan kepada “Umur Pohon Kehidupan” dibuat dan doktrin mula muncul bahawa hayat dalam Milenium adalah selama seribu tahun. Ini nampaknya bersandar pada tuntutan ini dari Rom yang menjelaskan satu teks, dengan memberi tambahan, dan bukan atas dasar lain. Kita akan mengkaji aspek ini di bawah.

 

Kebangkitan Orang Mati ialah kepercayaan sebulat suara jemaat-jemaat Reformasi seperti yang ditunjukkan dengan pengakuan mereka (lihat naskah Hubungan antara Keselamatan kerana Kasih Karunia dan Hukum (No. 82)).

 

Urutan Hari-hari Zaman Akhir dan Kebangkitan Pertama

Daripada naskah Kebangkitan Orang Mati (No. 143) kita bicarakan fakta bahawa tidak semua akan dibangkitkan umpamanya Refaim. Bagaimanapun sudah ditentukan semua orang akan mati sekali dan bahawa semua bani Adam akan dibangkitkan bagi penghakiman. Begitu juga sudah ditentukan semua anak-anak Tuhan termasuk angkatan malaikat untuk mencapai keselamatan dan dengan itu rencana Tuhan lengkap dan benar-benar adil. Doktrin-doktrin yang timbul daripada jemaat-jemaat Tuhan dalam abad kedua puluh dari AS adalah tidak betul dan merupakan korupsi Alkitab dan tuduhan terhadap Keadilan dan Kebaikan Tuhan serta Kemahatahuan dan KemahakuasaanNya. Satu contoh doktrin palsu ini ialah doktrin Kebangkitan Ketiga yang dikaji dalam naskah Kekeliruan Kebangkitan Ketiga (No. 166).

 

Daripada Kebangkitan Orang Mati (No. 143) kita lihat yang berikut:

 

Kebangkitan

“Tuhan melakukan keajaiban bagi orang-orang mati dan arwah bangkit untuk bersyukur kepadaNya (Maz. 88:10a), tetapi Refaim tidak bangkit. Kasih setiaNya diberitakan dari kubur (Maz. 88:11) bila orang mati dibangkitkan. Ayub tahu Penebusnya hidup (Ayub 19:25) dan akhirnya dia akan bangkit di atas debu. Sesudah tubuh Ayub binasa, dia tahu bahawa dalam dagingnya dia akan melihat Tuhan, yang akan berada di sampingnya, dan matanya sendiri akan melihat Dia dan bukan [mata] orang lain (Ayub 19:25-27).

 

Kristus membangkitkan orang mati agar kita tahu bahawa dia Mesias (Mat. 11:4-5). Lazarus merupakan satu contoh kuasa ini (Yoh. 11:11). Komen satu lagi adalah ketika dia disalibkan ada orang lain yang dibangkitkan daripada mati pada kematiannya. Tradisi Israel pada waktu itu adalah bahawa mereka yang bangkit ini kemudiannya dibunuh. Konsep kebangkitan seperti yang dipertalikan kepada Mesias dikenali ramai dan dijangkakan (Mat. 14:2).

 

Sudah diketahui bahawa kita tidak akan mati semuanya, tetapi semua kita akan diubah pada bunyi nafiri terakhir (1 Kor. 15:51). Justeru, saudara beriman akan mati dan melalui banyak keturunan, tetapi pada Hari-hari Zaman Akhir Mesias akan datang pada waktu orang kudus lain masih hidup. Dari sini semuanya akan diubah menjadi tubuh rohaniah kekal (1Kor. 15:44dst). Mereka yang telah mati akan dibangkitkan. Mereka yang hidup yang masih tinggal sampai kedatangan Tuhan tidak akan mendahului mereka yang telah mati itu (1Tes. 4:13-15). Tuhan akan turun dari Syurga dengan seruan penghulu malaikat dan bunyi sangkakala Tuhan, dan orang mati akan bangkit dahulu dan kita yang hidup akan diangkat bersama-sama dan demikanlah kita selama-lamanya bersama dengan Tuhan (1Tes. 4:16-17).

 

Dari kebangkitan ini pemerintahan seribu tahun orang kudus akan bermula. Orang-orang kudus akan memerintah bangsa-bangsa dengan tongkat besi (Wah. 2:26-27). Terdapat beberapa simbol dalam tongkat ini. Tongkat mempunyai kuasa untuk meremukkan bangsa-bangsa seperti tembikar tanah liat dan juga tidak melentur atau patah seperti bambu. Mesir diumpamakan seperti bambu, yang patah dan menusuk tangan Israel apabila Israel bertopang padanya. Bila mereka bertopang pada kita tongkat kita tidak akan patah.

 

Pada waktu kebangkitan perkahwinan tidak akan ada (Mat. 22:30). Orang-orang kudus dibangkitkan sebagai entiti rohaniah. Itulah harinya semua kita akan bercerai. Semua yang berkahwin akan hanya bercerai. Itulah satu-satunya perceraian perlu. Kita semua akan bercerai dan berkahwin dengan Kristus, setiap kita. Tiada jantina, lelaki atau perempuan, hanya tubuh-tubuh rohaniah yang semuanya akan menjadi anak-anak lahir-roh Tuhan, semuanya bekerja bersama Kristus dengan kuasa. Kristus mati untuk kita supaya apabila kita bangun daripada tidur kita dapat hidup bersama-sama dia (1Tes. 5:10).

 

Penting untuk kita fahami bahawa hanya orang benar mencapai Kebangkitan Pertama. Kebenaran dan keadilan dalam bahasa Ibrani merupakan perkataan sama (tsedek) – keduanya difahami benda sama. Dengan itu kesesatan keadilan yang tidak disesali menghindari umat pilihan daripada Kebangkitan Pertama.”

 

Urutan

Ada beberapa benda yang harus berlaku sebelum kedatangan Mesias. Semua benda ini haruslah dalam liputan rangka waktu umur ciptaan. Jemaat telah sentiasa memahami bahawa umur ini ialah enam ribu tahun yang diwakili oleh enam hari bekerja minggu Penciptaan. Tempoh ini ialah enam hari pertama minggu dan Sabat mewakili Perhentian Sabat Kristus yang merupakan seribu tahun milenium di bawah Kristus. Justeru Kristus harus kembali untuk pendirian Milenium itu. Dia akan mendirikan takhtanya dari Yerusalem.

 

Dalam urutan akhir ini kita akan melihat dunia ini diperingatkan kerana Tuhan tidak berbuat apa-apa melainkan Dia memperingatkan umat terlebih dahulu melalui para nabi.

 

Pada akhir Zaman kita lihat berakhirnya Zaman Bangsa-bangsa yang sudah dijelaskan dalam naskah-naskah Kejatuhan Mesir (No. 36) dan Kejatuhan Mesir Bahagian II: Perang-perang Akhir Zaman (No. 36 2).

 

Menurut Kalendar Tuhan (No. 156), urutan nubuatan dilengkapi sesuai dengan Kalendar seperti yang dirumuskan dalam sistem yobel. Sistem ini bermula dari penutupan Eden sampai Yobel ke 120 yang berakhir dengan tahun Yobel 2027, 6000 tahun selepas bumi dikutuk.

 

Generasi Akhir selama 40 tahun bermula dengan Pengukuran Bait Suci yang bermula pada 1987 menurut Wahyu 11:1. Fasa akhir sebelum Mesias ialah Peringatan Bangsa-bangsa oleh Dua Saksi Wahyu 11:2dst seperti yang sudah dijelaskan dalam naskah Saksi-saksi termasuk Dua Saksi (No. 135).

 

Untuk mencapai standar dengan mana bani Syurgawi durhaka akan dihakimi, Iblis harus diikat dalam jurang maut selama Milenium itu. Untuk mendapat perbandingan adil kita harus mengurung Iblis dan iblis setan selambat-lambatnya pada kedatangan Mesias. Justeru waktu Iblis dipendekkan dengan ketibaan Dua Saksi dan kedatangan kembali Mesias. Babak ini memulakan pemerintahan milenium Kristus.

 

Wahyu 20:1-4 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya. 4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. (RSV)

 

Semua orang ini sama ada dibunuh atau dianiaya dan ditempatkan di bawah sistem yang mengharuskan mereka menentang. Tiada kemangkiran penganiayaan. Jika kita berada dalam Kebangkitan Pertama, kita mempunyai penghakiman. Kita telah dianiayai.

 

Wahyu 20:5-10 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama. 6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya. 7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. 9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya. (RSV)

 

Mereka ini tidak akan mati dengan pengertian bahawa mereka dihakimi sekarang. Dunia selebihnya tidak dihakimi sekarang. Jadi mereka yang akan dibangkitkan dalam Kebangkitan Pertama dihakimi sekarang. Kita lalui proses pengukuran dan pembetulan yang sama. Kemudian kita lalui urutan Bait, sistem Yobel tiap tujuh tahun, dan melalui peredaran sama hingga kita sampai pada satu kedudukan yang mana Tuhan dapat menempatkan kita ke dalam Kebangkitan Pertama. Dunia selebihnya akan dibangkitkan dan dibetulkan di bawah pengawasan pada Kebangkitan Kedua (Wah. 20:11-13).

 

Kebangkitan Kedua yang disebut di sini diselidik dalam naskah Kebangkitan Kedua dan Penghakiman Takhta Putih Besar (No. 143B).

 

Kebangkitan Sebenarnya

Pada waktu Kebangkitan dua saksi itu kita lihat bahawa mereka diambil dengan seruan penghulu malaikat untuk bertemu Tuhan. Pada waktu inilah Mesias datang ke Bukit Zaitun; dan ini terbelah dua.

 

Bukit Zaitun terbahagi dan dua bahagiannya bergerak ke Utara dan Selatan lalu membentuk lembah sangat besar sekitar Yerusalem kira-kira 66 km panjang. Yerusalem tetap di tempat tinggi dan gempa bumi merusakkan kota itu. Lembah yang terhasil itu membentuk nukleus tanah-tanah baru untuk suku-suku dan Semenanjung Sinai dipindahkan ke selatan untuk melenyapkan lidah Laut Teberau (Zak. 10:11; 14:4).

 

Sebaik saja selesainya perubahan-perubahan fizikal ini umat pilihan yang setia, para bapa dan para nabi serta mereka daripada jemaat yang telah dibaptiskan pada umur dewasa dan menerima Roh Kudus dan dinilai layak akan dibangkitkan daripada orang mati di tempat-tempat mereka berada dan mereka yang masih hidup akan menunggu mereka (1Tes. 4:15). Selepas saja semua dibangkitkan seluruh tubuh umat pilihan ini iaitu Jemaat-jemaat Tuhan selama Milenium itu akan diubah, diangkat ke tengah udara dan dibawa ke Yerusalem untuk bersama-sama dengan Mesias.

 

Dari sana Jamuan Perkahwinan anak domba akan berlangsung (lihat naskah Sangkakala-sangkakala (No. 136)).

 

Tidak cukup untuk hanya berseru kepada Kristus dan memanggilnya Tuhan.

 

Untuk mengambil bahagian dalam Jamuan perkahwinan itu individu haruslah memenuhi syarat dengan hal-hal berikut. Mereka harus:

1.    Dibaptiskan sebagai orang dewasa bertaubat oleh pegawai jemaat Tuhan yang diterima (Kisah 3:19).

2.    Diletakkan tangan atas mereka untuk penerimaan Roh Kudus sesudah baptisan (Kisah 8:17).

3.    Menjadi anggota efektif salah satu jemaat-jemaat Tuhan selama Milenium dan telah diuji dalam imannya.

4.    Memelihara jubah mereka tanpa bercacat.

5.    Memelihara dengan setia segala Perintah Tuhan dan Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wah. 12:17; 14:12).

 

Tujuan Perjamuan Suci/Tuhan adalah untuk mentahir kembali individu tiap tahun dan membuat mereka terus bersedia untuk Kebangkitan Pertama.

 

Jika unsur-unsur ini tidak dipelihara dengan tepat dan seseorang itu tidak memakai jubah perkahwinannya dan tidak mentaati perintah-perintah Tuhan serta segala pimpinan Kristus maka mereka dikeluarkan daripada jamuan perkahwinan itu dengan salah satu cara berikut. Jika mereka tidak berada di Yerusalem mereka akan hanya:

1.    Dibiarkan sementara yang lain diubah dan dibawa ke Yerusalem untuk bersama selama-lamanya dengan Mesias.

2.    Jika berada di Yerusalem mereka akan tetap manusia jasmaniah dan tidak dibenarkan bersama umat pilihan serta dikeluarkan.

 

Dalam mana-mana satu kasus ini akan terjadi ratap dan kertak gigi hebat oleh mereka yang disangkal Kebangkitan Pertama kerana tiada perundingan. Ini bukan soal memanggil Kristus Tuhan dan memelihara sistem kultus-kultus matahari bukan mentaati hukum-hukum Tuhan. Mereka yang memanggil Kristus Tuhan dan tidak berbuat apa jua yang dikatakannya akan menjadi korban terbesar dan tidak akan ada perundingan. Pembuangan ini akan berlanjutan sampai jemaat-jemaat Tuhan juga sebab sistem-sistem Sardis dan Laodikia akan dikeluarkan dan ditinggalkan untuk masuk ke dalam sistem Milenium sebagai manusia kerana mereka mati atau suam-suam kuku (lihat Wahyu bab 3).

 

Mereka anggota Gnostik Antinomian Trinitarian ini akan dikeluarkan dari Yerusalem dan dikirim ke tempat-tempat suku mereka dan ditaklukkan di bawah Hukum-hukum Tuhan dan menurut KalendarNya secara keseluruhan sebagai manusia jasmaniah (Yes. 66:23; Zak. 14:16-19).

 

Mereka yang mengambil Tanda Binatang akan dibinasakan dalam cawan-cawan kemurkaan Tuhan. Ini ialah Kesukaran Besar yang melanda seluruh bumi dan terhadapnya umat pilihan terpelihara atau terselamat kerana mereka akan dibangkitkan dan keturunan mereka dapat dilindungi oleh mereka sebagai Angkatan Setia bumi yang kini memerintah di bawah Mesias sebagai keimamatan Melkisedek (lihat naskah Melkisedek (No. 128)).

 

Neksus (Perhubungan) hukum akan sudah dipulihkan mulai dari Dua Saksi oleh Elia dan hujan tidak lagi akan turun bagi orang benar dan orang tidak benar tetapi bagi bangsa-bangsa yang memelihara semua hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya serta Hari Kudus Tuhan. Bangsa-bangsa yang tidak memelihara Kalendar Tuhan dan Hukum-hukumNya tidak akan mendapat hujan pada musimnya dan menderita malapetaka-malapetaka Mesir.

 

Sistem Milenium

Fasa berikutnya adalah untuk mendirikan sistem ini dengan Mesias di Yerusalem.

 

144,000 orang itu akan membentuk inti Keimamatan dan pemerintahan di Yerusalem. Kumpulan Besar Orang Banyak akan dibahagikan mengikut Suku dan bangsa-bangsa dan menjadi pemandu rohaniah mereka sebagai ganti iblis setan yang akan dibuang ke jurang maut selama 1000 tahun Milenium (lihat Wah. bab 7 dan diambil daripada Zakharia).

 

Mereka yang tidak mengambil Tanda Binatang tetapi tidak tepat memelihara perintah-perintah Tuhan dan Kesaksian atau Iman Kristus dan tidak memenuhi syarat bagi Kebangkitan Pertama akan memasuki Milenium sebagai manusia jasmaniah. Orang-orang ini akan tergolong dalam beberapa kategori.

 

Kategori pertama ialah anak-anak umat pilihan yang terlalu muda untuk dibaptiskan dan tidak ada dalam Kebangkitan Pertama. Mereka akan dibawa untuk menjadi raja-raja dan imam-imam jasmaniah yang memerintah dari Yerusalem.

 

Berikutnya ialah umat pilihan Israel Jasmaniah yang akan menjadi sebahagian daripada Keluaran Besar yang digambarkan dalam Yesaya 66:18-24.

 

Selebihnya ialah seluruh rakyat bangsa-bangsa yang bukan sebahagian daripada sistem Binatang dan terselamat sebagai manusia jasmaniah yang masuk sebagai sebahagian daripada bangsa-bangsa yang bakal dilatih dalam firman Tuhan dan Perintah HukumNya.

 

Salah satu anggapan tidak berasas sesetengah jemaat Tuhan ialah menganggap bahawa umat pilihan akan hidup selama 1000 tahun milenium itu dan tidak mati. Ini tidak mempunyai dasar dalam anggapan-anggapan berkenaan dengan sistem Milenium dan berlawanan dengan teks yang menunjukkan bahawa bumi dicelakakan dan pohon-pohon diletakkan di tebing-tebing sungai dari Yerusalem untuk penyembuhan Bangsa-bangsa seperti yang kita lihat dalam Zakharia 14:8 dsb. Seluruh dunia harus dididik kembali dari segi cara hidup dan makanan dan struktur Hukum-hukum Tuhan. Itu tidak akan terjadi dengan segera dan jangka hayat manusia tidak akan dikembalikan serta-merta kepada senario Eden. Sama sekali terlalu banyak kerusakan akan berlaku kepada bumi. Itu tidak bermakna bahawa hayat tidak akan diperpanjangkan tetapi ia anggapan palsu untuk menuntut jangka hayat 1000 tahun serta-merta.

 

Segala perang Cawan-cawan Kemurkaan Tuhan akan dibicarakan dalam naskah Kedatangan Mesias Bahagian II: Cawan-cawan Kemurkaan Tuhan (No. 210B).

 

Yerusalem kemudiannya akan dibangun kembali dengan Bait Suci dipulihkan dan sistem itu akan memerintah dari sana selama 1000 tahun hingga tempoh dari apa yang kini dikenali sebagai tahun 3015-3027 bilamana iblis setan akan sekali lagi dilepaskan daripada jurang itu dan di bawah Iblis mereka akan keluar lagi untuk memperdaya bangsa-bangsa dan berjalan maju terhadap khemah Orang-orang Kudus di Yerusalem untuk menghancurkan kekuasaan Tuhan atas bumi. Ini merupakan dua belas tahun terakhir yobel ke 140 sistem bumi ini.

 

Restorasi Yerusalem akan berlangsung mulai permulaan Milenium sampai akhir Penghakiman Takhta Putih Besar seperti kita lihat daripada Yesaya 65:17-25. Daripada teks itu kita simpulkan Penghakiman ini adalah 100 tahun lamanya; justeru dari 3027 hingga 3127 pada Yobel. Pada waktu itu kita akan melihat kedatangan Kota Tuhan ke bumi (lihat naskah Kota Tuhan (No. 180)).

 

Jika 100 tahun Yesaya 65 itu sebahagian milenium dan berlanjutan sampai Penghakiman Takhta Putih Besar maka seorang berdosa akan mati pada 100 tahun secara berterusan selama 1100 tahun itu supaya Penghakiman akan berakhir pada 100 tahun dan orang-orang berdosa akan mati dan mayat-mayat mereka dibakar. Perpanjangan hayat dalam Milenium bagi orang benar akan memanjang sambil Milenium terus maju.

 

Tindak-tanduk umat pilihan akan merupakan penghakiman iblis setan sepanjang sistem milenium itu.

 

Sesudah pemberontakan itu dihancurkan iblis setan dibunuh dan selepas itu semua makhluk yang pernah hidup akan dibangkitkan ke dalam Penghakiman Takhta Putih Besar atau Kebangkitan Krisis; Kebangkitan Kedua Orang Mati dalam mana semua makhluk sama ada Manusia keturunan Adam atau Bani Syurgawi Durhaka di bawah Iblis akan dibangkitkan dan diberi peluang keselamatan seperti yang sedia ditetapkan oleh Kristus dan kepemimpinan serta korbannya.

 

Doktrin palsu Kebangkitan Ketiga oleh para pengikut Herbert Armstrong tidak mempunyai keutamaan atau tempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Ini sudah diselidiki dalam naskah Kekeliruan Kebangkitan Ketiga (No. 166).

 

Urutan Penghakiman Takhta Putih Besar akan diterangkan dalam naskah Kebangkitan Kedua dan Penghakiman Takhta Putih Besar (No. 143B).

 

q