Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[143B]

 

 

 

 

Kebangkitan Kedua dan Penghakiman Takhta Putih Besar

(Edisi 1.0 20120505-20120505)

 

Kebangkitan Kedua Orang Mati dan Penghakiman Takhta Putih Besar adalah kesudahan kewujudan jasmaniah yang kita kenali. Ini merupakan urutan dari akhir sistem milenium melewati pelepasan Iblis dan Kebangkitan Umum Orang Mati dan penghakiman serta pendidikan kembali semua yang pernah hidup.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2012 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kebangkitan Kedua dan Penghakiman Takhta Putih Besar



Sistem Milenium

 

Pada Tanggal Sepuluh Tishri Bulan Ketujuh dalam Tahun Sabat Tahun ke 49 Yobel ke 120 dipanggil dalam sistem lama tahun 2026 Yobel ditiupkan. Perang-perang zaman akhir telahpun diperangi dan Mesias telah diutus untuk menyelamatkan dunia daripada menghancurkan sendiri. Iblis dan bani syurgawi durhaka sudah dikirim ke Jurang Maut lebih tujuh tahun sebelumnya dalam peredaran Sabat Keenam dari 2013-2019 dan dunia telah ditaklukkan oleh Kristus dan umat pilihan selepas Kebangkitan Pertama Orang Mati (lihat naskah Syurga, Neraka atau Kebangkitan Pertama Orang Mati (No. 143A)).

 

Wahyu 20: [1] Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; [2] ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, [3] lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya.

 

Kebangkitan Pertama kemudiannya terjadi seperti yang diliputi dalam naskah terdahulu No. 143A:

[4] Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. [5] Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama. [6] Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya.

 

Kultus-kultus Misteri dan Matahari serta sistem Krismas dan Easter beribadat hari Minggu Trinitarian-nya telah dilenyapkan daripada dunia ini bersama semua kesesatannya, sebagaimana sistem Islam fundamentalis korup telah dimusnahkan bersama-sama semua sheik dan guru Islam Berhadis serta kebenciannya. Kesesatan dan korupsi dunia telah dihancurkan bersama-sama dengan mesin-mesin perangnya.

 

Mesin-mesin perang bangsa-bangsa telah dibawa ke dataran Megiddo dan dimusnahkan di dataran besar itu yang kini menduduki dataran sepanjang 66 km di mana bahagian tengah Bukit Zaitun pernah berada.

 

Bangsa-bangsa dunia telah ditaklukkan dalam Cawan-cawan Kemurkaan Tuhan dan reorganisasi di bawah keimamatan baru Melkisedek (lihat naskah-naskah Tujuh Sangkakala (No. 141); Perang Hamon-Gog (No. 294); Kedatangan Mesias: Bahagian I (No. 210A) dan Kedatangan Mesias Bahagian II: Cawan-cawan Kemurkaan Tuhan (No. 210B)).

 

Bait Suci yang dinubuatkan oleh Yehezkiel telah dibangunkan di bawah Mesias dan sistem baru didirikan sepenuhnya menjelang Yobel Emas 2077, lima puluh yobel dari Restorasi di bawah Ezra dan Nehemia (lihat naskah Yobel Emas dan Milenium (No. 300)).

 

Kalendar lengkap Tuhan dipulihkan seperti ketika di bawah sistem Bait Suci dan hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya dipulihkan dengan penaltinya kelaparan individu dan bangsa serta malapetaka-malapetaka Mesir (lihat naskah Kalendar Tuhan (No. 156)).

 

Pemulihan-pemulihan Yesaya bab 65 dan 66 dan Zakharia 14 telah berlangsung.

 

Israel telah dipulihkan dan sistem Nasional Tiga Kali Lipat tersebar dari Asyur di Utara dari Pergunungan Media atau Kurd sampai Efrat dan Israel menggabungkan tanah negeri Aram dan Libanon, menyambung tanah Yordan, Israel, Gaza, Edom dan Moab, turun sampai Teluk Aqaba dan hingga Sungai Mesir yang telah ditolak ke selatan untuk menutup lidah Laut Teberau seperti dinubuatkan. Mesir digabungkan ke dalam sistem tiga-bangsa berdasarkan jalan dalam negeri dan sistem pengangkutannya sendiri seperti dinubuatkan.

 

Israel dipimpin oleh pemerintahan gabungan kumpulan-kumpulan suku daripada suku-suku yang menduduki negeri-negeri dari Efrat sampai Sungai Mesir, dan dari Mediterranean hingga Gurun Arab. Semua sistem agama di Timur Tengah telah dihapuskan dan Jemaat-jemaat Tuhan telah didirikan dan memerintah dari Yerusalem. Mereka diperintah oleh sidang tertinggi bangsa-bangsa yang bertemu tiap tahun antara tanggal 1 Tishri dan tanggal 22 Tishri, Bulan Ketujuh. Tiap bangsa yang memelihara Perayaan-perayaan Bulan Ketujuh tidak mendapat hujan pada musimnya dan menderita malapetaka-malapetaka Mesir sebagai bangsa-bangsa (Zak. 14:16-19). Mereka yang tidak memelihara hari-hari Sabat dan Bulan Baru sebagai individu dan sebagai bangsa mati seperti dinubuatkan dalam Yesaya 66:23.

 

Kristus dan umat pilihan, di bawah pimpinan Tuhan melalui Roh Kudus, memerintah bangsa-bangsa dengan tongkat besi. Terdapat satu sistem pemerintahan seperti ditetapkan dalam Alkitab untuk semua bangsa yang memilih para pemimpin sepuluh orang, lima puluh orang, seratus orang, seribu orang dan divisi (lihat A3) dan adanya SATU agama. Semua sistem agama palsu lain telah dihapuskan daripada seluruh bumi sepanjang dua puluh lima tahun perang-perang zaman akhir dari 2001-2026. Lebih dua pertiga populasi bumi lenyap dalam perang-perang ini dan selepas itu sepertiga yang sisa dikurangkan lagi dalam Cawan-cawan kemurkaan Tuhan kerana dunia TIDAK mahu bertaubat.

 

Menjelang pembukaan Milenium dengan suku-suku dan bangsa-bangsa dalam negeri-negeri mereka terdapat jauh kurang daripada 500 juta yang masih hidup.

 

Hanya waktu itu bilamana menjadi jelas bahawa bangsa-bangsa akan mati kelaparan dan pupus melainkan mereka mentaati Hukum-hukum Tuhan barulah mereka mengalah dan memelihara saja hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan Tuhan. Dengan itu menjadi jelas bahawa jika mereka menghendaki air untuk minum dan untuk mengairi tanaman mereka dan mereka inginkan buah untuk penyembuhan bangsa-bangsa maka mereka harus mentaati hukum-hukum Tuhan atau mati.

 

Selepas Yobel ke 121 (kadangkala dipanggil 2077 di bawah sistem pagan purba yang dihapuskan) ini menjadi semakin mudah.

 

Yobel demi Yobel bumi menjadi semakin produktif dan seluruh umat manusia menjadi damai. Tiada sudah yang mengalami perang dan hanya golongan tua dapat mengingati bagaimana keadaannya itu.

 

Makhluk-makhluk Roh daripada Kebangkitan Pertama memimpin bumi sebagaimana sepatutnya dilakukan iblis setan sebelum mereka di bawah Iblis yang merupakan Bintang Timur planet ini sebelum Kedatangan Mesias sebagai Bintang Timur Baru.

 

Manusia mula hidup lebih lama dan hanya mati selepas dua yobel jika mereka terkutuk sebagai orang berdosa (Yes. 65:17-25). Manusia mula hidup sangat lama seperti mana golongan patriark. Mereka hidup seperti umur pohon dan hanya orang berdosa yang mati. Mereka menjadi amat angkuh dengan kebenaran sendiri.

 

Elohim menampakkan diri kepada mereka dan mereka mula memandang hina umat pilihan kerana mereka telah berdosa dan dosa-dosa sedemikian dihukum dengan kematian orang yang tidak bertaubat.

 

Elohim telah mengakui dosa-dosa mereka apabila mereka muncul dan membimbing para penduduk Milenium.

 

Pada akhir seribu tahun Milenium bumi menjadi subur seperti mana Taman Eden sebelumnya pada waktu Ciptaan Adam. Mereka percaya mereka lebih bijak daripada para penasihat mereka dan Mesias yang menebus mereka. Mereka mempunyai satu bahasa dan tiada apa-apa yang mereka tidak boleh capai. Mereka telah kehilangan pengertian tentang sebab-sebab dunia dibinasakan sebelumnya.

 

Sekarang waktunya untuk Tuhan menguji mereka. Dalam peredaran Sabat Keenam pada akhir Milenium dalam Yobel ke 140 (ii 3013-3019) Eloah Tuhan Maha Esa menyuruh Kristus dan umat pilihan Kebangkitan Pertama dan Bani Syurgawi untuk berundur dan Dia akan sekali lagi menguji dunia.

 

Waktunya sudah tiba untuk melepaskan Iblis dan Bani Syurgawi Durhaka dari Jurang Maut untuk sekali lagi memperdaya dan menguji seluruh dunia.

 

Perang Terakhir

Waktu Iblis telah dipendekkan sebanyak lebih sedikit saja daripada tujuh tahun agar dunia dapat diselamatkan. Dia kini diberi balik waktu itu sebab Tuhan telah menguntukkan baginya enam ribu tahun; dan pemberian serta panggilan Tuhan tidak dapat dibatalkan.

 

Maka Iblis diberikan lebih sedikit daripada tujuh tahun untuk menguji dunia.

 

Dari tahun-tahun 3018-3027 Iblis dan iblis setan keluar dan pergi ke sana sini di antara dunia untuk memperdaya bangsa-bangsa. Dia diizinkan merosakkan Neksus (Perhubungan) Hukum sekali lagi. Dalam tempoh waktu singkat Iblis membuatkan seluruh dunia memberontak. Satu-satunya pengecualian ialah mereka yang terpilih dan setia daripada umat pilihan korban-korban Pagi Bait Yehezkiel. Kumpulan ini mewakili umat terpilih Jemaat-jemaat Tuhan sistem milenium sama seperti mana Korban Petang dalam sistem Bait lama mewakili Kumpulan Besar Orang Banyak kebangkitan Pertama sepanjang 40 yobel di padang gurun. Hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya serta Persembahan Unjukan Berkas yang semuanya 72 tiap tahun mewakili 144,000 para Patriark dan Nabi dan Umat Pilihan Jemaat-jemaat Tuhan (lihat Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru, dan 144,000 (No. 120)).

 

Rakyat dibangkit untuk memberontak dan mereka kemudiannya mara terhadap Mesias dan Khemah Orang Kudus di Yerusalem. Urutan ini diliputi dalam teks Wahyu 20:7-9.

 

Wahyu 20: [7] Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, [8] dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. [9] Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka,

 

Selepas ini terdapat bagian yang amat sukar kerana nama-nama terbabit menyebabkan kebingungan ramai orang yang tidak memahami Kebaikan dan Kasih Tuhan serta rencanaNya untuk Bani Syurgaw dan Keselamatan semua ciptaanNya, kedua-dua Jasmaniah dan Syurgawi.

 

[10] dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.

 

Teks ini membuatnya seolah-olah Iblis dibuang ke dalam lautan Api itu. Komennya ialah Diabolos atau Iblis dilempar ke dalam Lautan Api. Ini mengusulkan bahawa Tuhan mempunyai sifat menaruh dendam dan menghukum Iblis sampai selama-lamanya tetapi itu bukanlah apa yang Alkitab katakan dalam Perjanjian Lama dalam Yesaya 14 dan Yehezkiel 28. Dalam Yesaya 14:6-20 kita baca nubuatan yang dibuat terhadap Iblis, Raja Babel, yang ingin menjadikan dirinya seperti Tuhan Mahatinggi.

 

Dalam teks ini Iblis yang dikelompokkan sebagai Raja Babel, Penguasa Asyur dan juga Filistea dinubuatkan dibinasa oleh asap dari Utara ini. Sion didirikan dengan semua bangsa yang mengelilinginya takluk kepadanya, dan ini termasuk makhluk malaikat yang ingin menjadikan dirinya seperti Tuhan Mahatinggi yang diturunkan ke tempat paling dalam di liang kubur. Dengan kata lain dia dibunuh tetapi tidak dikubur. Dia kemudiannya dijadikan manusia dan dia dilihat sebagai manusia dan dijadikan lemah seperti mereka.

 

Yesaya 14 [1] Sebab TUHAN akan menyayangi Yakub dan akan memilih Israel sekali lagi dan akan membiarkan mereka tinggal di tanah mereka, maka orang asing akan menggabungkan diri kepada mereka dan akan berpadu dengan kaum keturunan Yakub. [2] Bangsa-bangsa lain akan mengantar Israel pulang ke tempatnya, lalu kaum Israel akan memiliki bangsa-bangsa itu di tanah TUHAN sebagai hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan. Demikianlah mereka akan menawan orang-orang yang menawan mereka dan akan berkuasa atas para penindas mereka. [3] Maka pada hari TUHAN mengakhiri kesakitan dan kegelisahanmu dan kerja paksa yang berat yang dipaksakan kepadamu, [4] maka engkau akan memperdengarkan ejekan ini tentang raja Babel, dan berkata: "Wah, sudah berakhir si penindas sudah berakhir orang lalim! [5] TUHAN telah mematahkan tongkat orang-orang fasik, gada orang-orang yang memerintah, [6] yang memukul bangsa-bangsa dengan gemas, dengan pukulan yang tidak putus-putusnya; yang menginjak-injak bangsa-bangsa dalam murka dengan tiada henti-hentinya.

 

Perhatikan bahawa sebaik saja Raja Babel dijatuhkan dan sistemnya dimusnahkan seluruh dunia menjadi damai.

 

[7] Segenap bumi sudah aman dan tenteram; orang bergembira dengan sorak-sorai. [8] Juga pohon-pohon sanobar dan pohon-pohon aras di Libanon bersukacita karena kejatuhanmu, katanya: 'Dari sejak engkau rebah terbaring, tidak ada lagi orang yang naik untuk menebang kami!'

 

Justeru makhluk ini dijatuhkan. Pohon-pohon sanobar Libanon merupakan makhluk-makhluk roh dan Libanon digabungkan ke dalam tubuh Israel di bawah Mesias. Lalu perhatikan bahawa Dunia orang mati ,(Sheol), gemetar untuk menyongsong kedatangan makhluk malaikat ini, iaitu Lucifer si Pembawa Terang atau Iblis, bila dia dibawa turun ke kubur.

 

[9] Dunia orang mati yang di bawah gemetar untuk menyongsong kedatanganmu, dijagakannya arwah-arwah bagimu, yaitu semua bekas pemimpin di bumi; semua bekas raja bangsa-bangsa dibangunkannya dari takhta mereka.

 

Kemudian para pemimpin manusia berkata kepada Iblis teks berikutnya apabila dia dibawa turun ke kubur untuk mati. Mereka perhatikan bahawa dia telah menjadi lemah seperti mereka dan kemegahan atau kekuasaan dan sistemnya dijatuhkan bersamanya. Dia dikenal pasti secara khusus dalam ayat 12dst sebagai Lucifer (Bintang Fajar).

 

[10] Sekaliannya mereka mulai berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga telah menjadi lemah seperti kami, sudah menjadi sama seperti kami!' [11] Ke dunia orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing sebagai selimutmu." [12] "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa!

 

Ini tidak mungkin makhluk lain kalau bukan Iblis yang waktu itu merupakan Bintang Timur atau Bintang Fajar Bumi. Makhluk ini seharusnya salah satu Bani syurgawi durhaka seperti kita lihat daripada teks itu.

 

[13] Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. [14] Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! [15] Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur.

 

Perhatikan bahawa makhluk ini mati dan berbaring dengan ulat-ulat sebagai lapiknya. Justeru dia digambarkan sebagai tubuh manusia. Perhatikan juga pertanyaan: “Inikah dia dsb.” Dia manusia; dia tidak dikuburkan seperti raja-raja bumi yang berbaring dalam kemuliaan. Dia dan bani syurgawi durhaka tidak dikuburkan mereka berbaring dengan batu-batu bumi.

 

[16] Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang, [17] yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah? [18] Semua bekas raja bangsa-bangsa berbaring dalam kemuliaan, masing-masing dalam rumah kuburnya. [19] Tetapi engkau ini telah terlempar, jauh dari kuburmu, seperti taruk yang jijik, ditutupi dengan mayat orang-orang yang tertikam oleh pedang dan jatuh tercampak ke batu-batu liang kubur seperti bangkai yang terinjak-injak. [20] Engkau tidak akan bersama-sama dengan raja-raja itu di dalam kubur, sebab engkau telah merusak negerimu dan membunuh rakyatmu. Anak cucu orang yang berbuat jahat tidak akan disebut-sebut untuk selama-lamanya.

 

Kemudian Tuhan mengumumkan penghakiman sistem itu dan Bani syurgawi selebihnya bersama mereka.

 

[21] Dirikanlah bagi anak-anaknya tempat pembantaian, oleh karena kesalahan nenek moyang mereka, supaya mereka jangan bangun dan menduduki bumi dan memenuhi dunia dengan kota-kota." [22] "Aku akan bangkit melawan mereka," demikianlah firman TUHAN semesta alam, "Aku akan melenyapkan nama Babel dan sisanya, anak cucu dan anak cicitnya," demikianlah firman TUHAN. [23] "Aku akan membuat Babel menjadi milik landak dan menjadi air rawa-rawa, dan kota itu akan Kusapu bersih dan Kupunahkan," demikianlah firman TUHAN semesta alam.

 

Perhatikan bahawa seluruh sisa Babel dilenyapkan. Sistemnya meliputi Kultus-kultus Matahari dan Misteri serta seluruh sistem agamanya dimusnahkan bersama-sama dengan Iblis si Bintang Timur (Lucifer).

 

Selain itu, sistem Asyur dibinasakan tetapi kita tahu bahawa Asyur dibawa keluar dari utara beriringan tangan dengan Israel pada permulaan Milenium jadi sistem agama Babel itulah yang digambarkan sebagai “jatuh” dalam Wahyu bab 18.

 

[24] TUHAN semesta alam telah bersumpah, firman-Nya: "Sesungguhnya seperti yang Kumaksud, demikianlah akan terjadi, dan seperti yang Kurancang, demikianlah akan terlaksana: [25] Aku akan membinasakan orang Asyur dalam negeri-Ku dan menginjak-injak mereka di atas gunung-Ku; kuk yang diletakkan mereka atas umat-Ku akan terbuang dan demikian juga beban yang ditimpakan mereka atas bahunya." [26] Itulah rancangan yang telah dibuat mengenai seluruh bumi, dan itulah tangan yang teracung terhadap segala bangsa. [27] TUHAN semesta alam telah merancang, siapakah yang dapat menggagalkannya? Tangan-Nya telah teracung, siapakah yang dapat membuatnya ditarik kembali?

 

Perhatikan bahawa sistem ini ada di seluruh bangsa-bangsa dan Tuhan-lah yang memusnahkannya. Ini ialah kultus-kultus Matahari dan Misteri yang telah meresapi bangsa-bangsa melalui Kultus Trinitarian serta Kultus lain bangsa-bangsa, termasuk Islam Berhadis.

 

Kemudian nubuatan berkenaan Filistea atau orang Palestin menyusuli. Mereka dilenyapkan dan selepas itu dijadikan sebahagian daripada Kerajaan Sion di bawah Mesias pada permulaan Milenium.

 

[28] Dalam tahun matinya raja Ahas datanglah ucapan ilahi ini: [29] Janganlah bersukaria, hai segenap Filistea, karena walaupun gada orang yang memukul engkau sudah patah, tetapi dari keturunan ular itu akan keluar ular beludak, dan anaknya akan menjadi ular naga terbang. [30] Yang paling hina dari umat-Ku akan mendapat makanan dan orang-orang miskin akan diam dengan tenteram, tetapi keturunanmu akan Kumatikan dengan kelaparan, dan sisa-sisamu akan Kubunuh. [31] Merataplah, hai pintu gerbang! Berteriaklah, hai kota! Gemetarlah, hai segenap Filistea! Sebab di sebelah utara sudah mengepul asap perang, dan barisan musuh maju tanpa ada yang mundur. [32] Dan apakah jawab yang akan diberi kepada utusan-utusan bangsa itu? "TUHAN yang meletakkan dasar Sion, dan di sanalah orang-orang yang sengsara dari umat-Nya mendapat perlindungan."

 

Kemudian kita lihat daripada Yehezkiel bab 28 bahawa Lucifer ditempatkan sebagai dan bersama Kerub berjaga dan dilemparkan ke bumi.

 

Yehezkiel 28 [1] Maka datanglah firman TUHAN kepadaku: [2] "Hai anak manusia, katakanlah kepada raja Tirus: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Karena engkau menjadi tinggi hati, dan berkata: Aku adalah Allah! Aku duduk di takhta Allah di tengah-tengah lautan. Padahal engkau adalah manusia, bukanlah Allah, walau hatimu menempatkan diri sama dengan Allah. [3] Memang hikmatmu melebihi hikmat Daniel; tiada rahasia yang terlindung bagimu. [4] Dengan hikmatmu dan pengertianmu engkau memperoleh kekayaan. Emas dan perak kaukumpulkan dalam perbendaharaanmu. [5] Karena engkau sangat pandai berdagang engkau memperbanyak kekayaanmu, dan karena itu engkau jadi sombong. [6] Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Karena hatimu menempatkan diri sama dengan Allah [7] maka, sungguh, Aku membawa orang asing melawan engkau, yaitu bangsa yang paling ganas, yang akan menghunus pedang mereka, melawan hikmatmu yang terpuja; dan semarakmu dinajiskan. [8] Engkau diturunkannya ke lobang kubur, engkau mati seperti orang yang mati terbunuh di tengah lautan.

 

Perhatikan makhluk ini mengatakan dirinya allah namun dia dijatuhkan dan mati terbunuh sebagai manusia. “Raja Tirus” ialah satu lagi nama bagi Iblis. Tuhan mencelanya dalam nubuatan dan bertanya: “Apakah engkau masih akan mengatakan di hadapan pembunuhmu: Aku adalah Allah!?”

 

[9] Apakah engkau masih akan mengatakan di hadapan pembunuhmu: Aku adalah Allah!? Padahal terhadap kuasa penikammu engkau adalah manusia, bukanlah Allah. [10] Engkau akan mati seperti orang tak bersunat oleh tangan orang asing. Sebab Aku yang mengatakannya, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

 

Lalu pada ketika ini Raja Tirus dikenal pasti sebagai makhluk di Eden, Taman Tuhan. Dia ditempatkan di situ dekat Kerub yang berjaga oleh Tuhan. Terdapat dua makhluk pangkat ini yang ditempatkan di sana dan seorang ialah Mesias prapenjelmaan dan seorang lagi ialah Iblis. Demikianlah makhluk ini, Iblis, bakal mati sebagai seorang manusia.

 

[11] Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku: [12] "Hai anak manusia, ucapkanlah suatu ratapan mengenai raja Tirus dan katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Gambar dari kesempurnaan engkau, penuh hikmat dan maha indah. [13] Engkau di taman Eden, yaitu taman Allah penuh segala batu permata yang berharga: yaspis merah, krisolit dan yaspis hijau, permata pirus, krisopras dan nefrit, lazurit, batu darah dan malakit. Tempat tatahannya diperbuat dari emas dan disediakan pada hari penciptaanmu. [14] Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. [15] Engkau tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. [16] Dengan dagangmu yang besar engkau penuh dengan kekerasan dan engkau berbuat dosa. Maka Kubuangkan engkau dari gunung Allah dan kerub yang berjaga membinasakan engkau dari tengah batu-batu yang bercahaya. [17] Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kaumusnahkan demi semarakmu. Ke bumi kau Kulempar, kepada raja-raja engkau Kuserahkan menjadi tontonan bagi matanya.

 

Perhatikan di sini bahawa Tuhan menyatakan bahawa dia telah menajiskan tempat kudusnya dengan banyaknya kesalahannya. Kemudian lihat bagaimana Tuhan akhirnya menyelesaikannya.

 

[18] Dengan banyaknya kesalahanmu dan kecurangan dalam dagangmu engkau melanggar kekudusan tempat kudusmu. Maka Aku menyalakan api dari tengahmu yang akan memakan habis engkau. Dan Kubiarkan engkau menjadi abu di atas bumi di hadapan semua yang melihatmu.

 

Perhatikan Tuhan kemudiannya membuatkan kesudahan makhluk ini mendahsyatkan dan lenyap selamanya.

 

[19] Semua di antara bangsa-bangsa yang mengenal engkau kaget melihat keadaanmu. Akhir hidupmu mendahsyatkan dan lenyap selamanya engkau."

 

Justeru makhluk ini berkesudahan dahsyat dan lenyap selamanya. Iblis ini akan dimusnahkan dan lenyap selamanya. Jadi bagaimana pula dengan roh Diabolos ini yang akan dilemparkan ke dalam Lautan Api? Ini ialah roh Iblis yang harus dibuang untuk menangani makhluk yang telah menjadi Iblis yang pernah sempurna sejak hari penciptaannya. Makhluk ini dibunuh dan selepas itu dia dan Bani Durhaka dibangkitkan sebagai manusia dan akan boleh dilihat semua manusia yang akan dibangkitkan bersama mereka. Transformasi ini dipertunjukkan dengan perubahan daripada Tirus kepada Sidon yang mana Tuhan menunjukkan KemuliaanNya dalam Sidon tetapi dengan kekudusanNya dan dengan manifestasi itu semua orang akan tahu bahawa Dialah saja Tuhan.

 

[20] Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku: [21] "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Sidon dan bernubuatlah melawan dia [22] dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku menjadi lawanmu, hai Sidon, dan Aku menyatakan kemuliaan-Ku di tengah-tengahmu. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, pada saat Aku menjatuhkan hukuman atasnya dan menunjukkan kekudusan-Ku terhadap dia. [23] Aku akan mendatangkan sampar atasnya dan darah akan mengalir di jalan-jalannya dan orang-orang akan mati rebah di tengah-tengahnya karena pedang yang datang dari sekitarnya melawan dia. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN.

 

Kemudian dalam teks nubuatan itu Tuhan beralih kepada Israel yang mana Dia mengatakan bahawa semua tetangga Israel tidak akan dapat menyakiti mereka dan mereka akan tahu bahawa Dialah Tuhan Allah.

 

[24] Dan tidak akan ada lagi bagi kaum Israel dari semua tetangganya yang menghina mereka, menjadi duri yang menusuk atau onak yang memedihkan. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah Tuhan ALLAH.

 

Justeru bangsa-bangsa mengetahui daripada campur tangan Tuhan dan Restorasi Israel bahawa sistem agama yang didirikan di bawah Mesias haruslah diikuti, dan Islam Berhadis serta Kekristianan Trinitarian ialah sistem-sistem palsu di samping Yudaisme Bertalmud, dan semua itu kemudiannya dilenyapkan.

 

[25] Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pada saat Aku mengumpulkan kaum Israel dari tengah suku-suku bangsa, di mana mereka berserak dan Aku menunjukkan kekudusan-Ku kepada mereka di hadapan bangsa-bangsa, maka mereka akan diam di tanah mereka yang telah Kuberikan kepada hamba-Ku Yakub. [26] Mereka akan diam di sana dengan aman tenteram, mereka akan membangun rumah dan membuat kebun anggur. Ya, mereka akan diam dengan aman tenteram pada saat Aku menjatuhkan hukuman atas semua tetangganya yang menghina mereka. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, Allah mereka."

 

Justeru jelas daripada dua saksi dalam Alkitab bahawa Iblis akan dibawa ke kubur dan dibunuh sebagai seorang manusia. Rohnya akan dilenyapkan dan dia akan menantikan Kebangkitan Kedua Orang Mati sebagai makhluk baru yang siap sedia untuk menjalani pembetulan dan ajaran untuk keselamatan bersama-sama dengan Bani Durhaka selebihnya yang belum bertaubat waktu itu.

 

Penghujung Milenium

Justeru perang terakhir ini membawa Milenium ke penutupannya. Kita ditinggalkan dengan semua yang mati daripada pemberontakan kedua-dua jasmaniah dan rohaniah dan Umat Pilihan Hidup yang tidak memberontak, bersama-sama dengan Mesias dan Umat Pilihan Kebangkitan Pertama. Umat Pilihan yang sebahagian daripada Kerajaan Tuhan tetapi sudah mati sebelum Milenium berakhir, disebabkan keadaan atau kondisi awal Milenium, berbaring dalam tanah bersama orang mati yang lainnya.

 

Sepanjang tahun-tahun terakhir Milenium segala mitos kultus-kultus misteri telahpun dipulihkan oleh Iblis dan mitos besar putaran reinkarnasi sudah disediakan untuk Kebangkitan Kedua.

 

Kini waktunya untuk melengkapi urutan Kebangkitan.

 

Kebangkitan Kedua

Setiap orang yang pernah hidup dibangkitkan menjadi tubuh hidup seperti mana keadaannya dalam Kebangkitan Pertama. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan.

 

Wahyu 20 [11] Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. [12] Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu. [13] Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya. [14] Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api. [15] Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.

 

Kumpulan pertama ialah mereka yang telah memenuhi syarat untuk menjadi anak-anak Tuhan. Mereka kemudian diubah menjadi makhluk-makhluk roh dan menyertai anak-anak Tuhan dalam penghakiman.

 

Mereka yang tinggal yang pernah hidup dan merupakan keturunan bani Adam dibangkitkan menjadi makhluk-makhluk jasmani, bersama-sama dengan seluruh Bani Syurgawi Durhaka yang tidak bertaubat.

 

Di dalam kumpulan ini juga ialah orang-orang daripada Jemaat-jemaat Tuhan yang telah dipertimbangkan tidak layak bagi Kebangkitan Pertama dan tidak diubahkan daripada sistem milenium. Mereka ini berasal daripada sistem-sistem Sardis dan Laodikia atau mereka yang gagal daripada yang lain (lihat Wah. Bab 3). Sungguh salah sekali menuntut adanya Kebangkitan Ketiga yang mana Tuhan hanya membangkitkan mereka yang gagal untuk membakar mereka dalam Lautan Api sebagai hukuman. Kesalahan ini telah diajar dalam abad ke 20 dalam sesetengah Jemaat-jemaat Tuhan. Tuhan bukan sadis atau berfikiran jahat. Dia Mahakuasa, Mahatahu dan Baik Sama Sekali. Kesalahan ini dibicarakan dalam naskah Kekeliruan Kebangkitan Ketiga (No. 166).

 

Penghakiman Takhta Putih Besar

Ramai yang dipanggil tetapi sedikit dipilih dan mereka yang tidak dipilih itulah yang dibangkitkan lalu diberi peluang kedua untuk keselamatan. Itu ialah waktu tepat pemanggilan dan penghakiman dan keselamatan mereka.

 

Seluruh dunia yang belum mendapat peluang keselamatan kemudiannya disebarluaskan ke dalam kumpulan-kumpulan suku dan keluarga-keluarga diperluas dan mereka semua diajar kembali sesuai dengan hukum dan kesaksian.

 

Mereka harus diajar segala kesalahan Reinkarnasi dan kekeliruan di sebalik Animisme, Shamanisme, Buddhisme, Hinduisme dan Islam Berhadis serta Kekristianan Gnostik Antinomian daripada Kultus-kultus Matahari dan Misteri.

 

Dante membayangkan paus-paus berada di tingkat-tingkat terbawah neraka tetapi kita akan hanya memberi mereka jubah dan mendidik mereka kembali bersama-sama dengan semua orang yang pernah mereka perdaya. Melindungi mereka dan guru-guru palsu lain mungkin kelihatan tugas sukar pada mulanya bilamana orang ramai menyedari apa yang mereka telah lakukan kepada mereka, dan khususnya dalam Jemaat-jemaat Tuhan yang dikorupsi oleh doktrin palsu.

 

Tujuan Penghakiman adalah untuk membetulkan dan mendidik tepat ciptaan malaikat dan manusia akan kesalahan-kesalahannya dan menyediakannya untuk hidup kekal sebagai anak-anak Tuhan, sebagai elohim. Untuk itulah Tuhan telah mengutus Kristus mula-mula untuk menangani dosa dan kemudian untuk menyelamatkan mereka yang tidak sabar menunggunya.

 

Untuk tujuan ini bani durhaka dan ciptaan manusia diletakkan pada tahap yang lebih kurang sama dalam penghakiman itu. Tuhan tidak menghendaki sesiapapun binasa jadi kita berdepan dengan tugas mendidik kembali sepenuhnya seluruh kumpulan Kebangkitan Kedua. Mereka ini semuanya dalam bentuk jasmaniah; sebab mereka yang tidak bertaubat dan tidak dibetulkan serta menerima hukum-hukum Tuhan di bawah Mesias sebagai pemimpin mereka akan tidak diizinkan terus hidup dan akan menghadapi Kematian Kedua.

 

Semua daripada Kebangkitan Kedua akan menghadapi kemungkinan Kematian Kedua jika mereka tidak bertaubat dan menerima keselamatan.

 

Setiap mereka ini akan diberikan 100 tahun Penghakiman Krisis atau Pembetulan selepas dibangkitkan sebagai orang dewasa pada umur 20. Setiap orang yang pernah hidup, tanpa menghiraukan umur mereka bila mati, malah sebagai janinpun, akan diberikan hidup baru sebagai orang dewasa sepenuhnya dan kemudian hidup selama 100 tahun. Pada akhir 100 tahun itu semua yang tidak berjaya menyelesaikan Penghakiman itu dan menerima keselamatan di bawah Mesias akan mati. Mayat-mayat mereka kemudiannya akan dibakar dalam Lautan Api.

 

Itu termasuk Bani Durhaka yang dahulunya di bawah Iblis. Malah Iblis akan diberikan peluang untuk bertaubat. Untuk inilah Kristus memberi perumpamaan anak hilang (lihat naskah-naskah Domba dan Anak Hilang (No. 199) dan Penghakiman Iblis Setan (No. 80)).

 

Untuk tujuan inilah Kristus pergi ke Tartaros sesudah kebangkitannya untuk berkhotbah kepada iblis setan yang dikurung di situ dalam Jurang.

 

Tiap orang akan mampu selamat. Tuhan mengerti pemberontakan bani syurgawi dan Dia mengkhususkan seluruh Ciptaan untuk diselamatkan dan Kristus dikorbankan sebagai anak domba yang disembelih sejak dunia dijadikan atau diasaskan.

 

Semua kita dikhususkan dengan keterusan mata Tuhan dan dipanggil pada waktu tepat kita. Tiap kita ditahbiskan dan dikhususkan dan segala pekerjaan kita dipilih dari semula dan ditahbiskan sebelum kita dibentuk di dalam rahim (lihat Yer. 1:5 dan juga Rom. 8:29-30).

 

Itulah sebabnya kenapa ada yang ditinggalkan dan tidak dipanggil dan diuruskan dalam Kebangkitan Kedua. Kebanyakan orang hanyalah tidak memiliki Roh Kudus dan mengerti bahawa umat pilihan dikehendaki bertekun diri untuk keselamatan semua yang pernah hidup, termasuk Iblis dan Bani Durhaka. Melainkan engkau mampu bertekun diri untuk mencapai tujuan itu engkau tidak sedia untuk Kebangkitan Pertama dan tempatmu dalam umat pilihan sebagai seorang anak Tuhan. Bagaimanapun, bukankah Tuhan berfirman dalam Mazmur, dan Kristus memberitahu kita bahawa ada tertulis dalam hukum kita yang “Kamu adalah allah (elohim), dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian dan Kitab Suci tidak dapat dibatalkan” (Yoh. 10:34-35; lihat Kel. 22:9,28 dan Maz. 82:6). Teks dalam Mazmur ini memasukkan Bani Durhaka yang akanseperti manusia kamu akan mati dan seperti salah seorang pembesar kamu akan tewas.”

 

Iblis-lah yang mengajar manusia bahawa Bani Malaikat tidak dapat mati kerana mereka roh. Itu merupakan propaganda supaya iblis setan tidak akan bertaubat. Tiada doktrin lain yang ditentang begitu keras seperti doktrin bahawa iblis setan boleh bertaubat. Iblis setan menyerang doktrin ini di mana saja ia dibangkitkan. Jadi terdapat dua kumpulan pada akhir Penghakiman Takhta Putih Besar. Mereka yang telah diluluskan, menerima keselamatan dan diubahkan; dan mereka yang tidak mahu bertaubat dan hanya mati dan dibakar mayatnya. Tuhan tidak menghendaki sesiapapun binasa dan itu mengusulkan bahawa tiada yang akan binasa. Pastinya mereka yang tidak percaya dan bekerja untuk tujuan ini tidak akan berada dalam Kebangkitan Pertama kerana mereka menentang kehendak Tuhan. Bagaimanapun, semua dalam Kebangkitan Kedua boleh menghadapi Kematian Kedua dan mati, termasuk iblis setan.

 

Itulah sebabnya juga kenapa doktrin reinkarnasi diajar oleh iblis setan untuk memperdaya mereka dalam Kebangkitan Kedua. Semua dalam Milenium dan Kebangkitan Kedua akan memelihara hari Sabat, Bulan Baru dan Perayaan menurut Kalendar Tuhan. Mereka yang tidak memeliharanya tidak akan terus hidup.

 

Kota Tuhan

Sesudah bumi ditahirkan dan ciptaan semuanya diubah kepada anak-anak Tuhan yang lahir-roh ia akan sedia untuk kedatangan Tuhan ke bumi sebagai Kota Tuhan (lihat naskah Kota Tuhan (No. 180)).

 

Sebaik saja itu terjadi kita akan mulai memerintah alam semesta dengan bumi sebagai pusat segala ciptaan yang mengawasi alam semesta dari Kota Tuhan.

 

q