Jemaat-jemaat Allah
Al Masehi
[144]
Kerajaan Tuhan Yang Kekal
(Edisi 2.1 19951124-20001021)
Karya ini membincangkan hasil akhir serta tujuan rencana keselamatan. Kota Tuhan dijelaskan (lihat juga karya Kota Tuhan (No. 180) dan signifikans rohaninya dikenalpasti. Perpindahan Tuhan ke sistem planetari ini memerlukan penyusunan semula struktur administrasi alam semesta. Ini diperiksa.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1999, 2000 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kerajaan
Tuhan Yang Kekal
Signifikans dan tujuan sebenar Kerajaan Tuhan adalah untuk menamatkan segala kegilaan dunia ini. Dalam penubuhan Kerajaan Tuhan yang kekal, alam semesta ini akan dikembalikan kepada keadaannya sebelum penderhakaan itu, namun dalam keadaan yang lebih maju dengan lengkapnya struktur manusia.
Sebelumnya kita telah berbincang secara terperinci tentang penderhakaan Angkatan syurgawi dan bagaimana sepertiga dari Angkatan itu telah menderhaka dan memusnahkan banyak bahagian alam semesta serta membinasakan sistem-sistem bumi hingga memerlukan penciptaan semula. Kita telahpun lalui dan sudahpun berada di hujung 6,000 tahun dari batasan kuasa Iblis. Fasa seterusnya yang akan kita lalui adalah 1,000 tahun yang membawa kepada kebangkitan orang mati. Dalam Kebangkitan Umum kita kemudiannya akan membereskan elemen manusia dalam ciptaan sesudah kita membereskan elemen rohani, dan membawa elemen itu kepada pengertian dan, dengan itu, hidup kekal.
Kita hancurkan setiap aspek kuasa iblis setan; setiap wibawa dan kuasa di mana mereka didirikan; dan setiap sistem pemerintahan yang telah ditubuhkan dalam alam semesta ini. Planet ini bukan satu-satunya tempat di mana para iblis berkuasa. Alam semesta terbahagi kepada kuadran-kuadran atau sektor besar dan diberi kuasa di bawah sidang elohim. Mereka telah dibataskan kepada bumi supaya mereka dapat dihakimi. Mereka, di bawah tujuh puluh anggota sidang yang lebih besar, telah diberikan bangsa-bangsa, setiap satu mereka supaya Tuhan dapat bertindak terhadap mereka (Ulangan 32:8-9).
Terdapat tujuh puluh bangsa dan terdapat tujuh puluh anggota sidang elohim luaran. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk bangsa-bangsa itu agar mereka dapat dihakimi. Sanhedrin merupakan bayangan sidang syurgawi itu, dan bayangan ini bilangannya tujuh puluh, dan terdapat tujuh puluh bangsa yang diletakkan di bawah orang-orang ini. Alkitab telah diubah dan pengertiannya diubah dalam Teks Masoretik (MT) untuk menyembunyikan keluasan itu, kuasa itu.
Terdapat banyak erti dalam setiap satu ayat yang menyebut tentang kuasa-kuasa itu. Sebagai contoh, komen mudah yang penuh teka-teki:
1 Korintus 15:24-28 Kemudian tiba kesudahannya, yaitu bilamana Ia menyerahkan Kerajaan kepada Allah Bapa, sesudah Ia membinasakan segala pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan.
Konsep ini adalah bahawa Yesus Kristus telah memusnahkan segala yang bertentangan dengan kehendak Tuhan dan kemudian dia menghulurnya kembali kepada Tuhan.
25 Karena Ia harus memegang pemerintahan sebagai Raja sampai Allah meletakkan semua musuh-Nya di bawah kaki-Nya.
Jadi pemerintahan Kristus adalah suatu waktu bersyarat yang diperintahkan oleh Tuhan demi untuk menundukkan kuasa-kuasa duniawi dan angkasa yang menentang Tuhan. Ini bukanlah waktu yang ditentukan secara rambang. Tuhan, dalam kemahatahuanNya, berkata kita akan memerintah untuk mencapai tujuan ini. Struktur milenium adalah satu tempoh perhentian khusus, iaitu proses pekerjaan berterusan untuk keimamatan; kerana jabatan imamat melakukan lebih banyak pekerjaan pada perhentian Sabat daripada sebarang waktu yang lain. Lebih banyak binatang dikorbankan pada hari Sabat dan lebih banyak kerja dilakukan oleh jabatan imamat dari sebarang waktu dalam minggu. Perhentian Sabat bukanlah perhentian dari aktiviti. Ianya perhentian dari bekerja. Aktiviti Sabat ditumpukan kepada kehendak Tuhan dan kepada kebaktian Tuhan.
Milenium bukanlah satu perhentian dalam ertikata bahawa ia adalah perhentian dari bekerja. Pada waktu itu keimamatan bekerja dengan lebih banyak lagi. Itulah waktu pekerjaan mereka. Sebab kenapa korban-korban ditetapkan begitu adalah untuk menunjuk kepada hakikat bahawa pada hari Sabat kita melakukan lebih banyak kerja. Dalam Milenium itulah masanya pekerjaan kita bermula.
Milenium adalah satu proses aktiviti berterusan oleh keimamatan demi untuk menyediakan planet ini untuk kebaktian Tuhan, dan penaklukan kuasa-kuasa rohani agar segala sesuatu dapat diserahkan kembali kepada Tuhan.
26 Musuh yang terakhir, yang dibinasakan ialah maut.
Pernyataan itu menunjukkan penghentian semua hidup fizikal. Maut hanya mempunyai erti bila dihubungkan dengan kewujudan fizikal. Tiada perkara seperti maut apabila kita mati. Ianya satu konsep yang kita tidak miliki. Orang yang lain mempunyai konsep itu tentang kita. Apabila kita dibangkitkan dan menjadi makhluk-makhluk roh, tiada siapapun yang dapat memegang konsep secara fizikal tentang penghentian aktiviti kita. Kita dianugerahkan hidup kekal. Kita dianugerah kekekalan dari Tuhan yang menganugerahkan semua kehidupan. Kita semua hidup sebagai roh-roh pada waktu itu. Adanya satu kewujudan yang berkekalan. Secara logiknya, aktiviti fizikal dengan perlunya harus tidak ada lagi supaya maut tidak ada lagi. Ini memberitahu kita bahawa kewujudan fizikal tidak akan ada lagi.
27 Sebab segala sesuatu telah ditaklukkan-Nya di bawah kaki-Nya. Tetapi kalau dikatakan, bahwa "segala sesuatu telah ditaklukkan", maka teranglah, bahwa Ia sendiri yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah kaki Kristus itu tidak termasuk di dalamnya.
Tuhan meletakkan segala sesuatu di bawah Kristus. Jelasnya jika kita meletakkan segalanya di bawah seseorang kita tidak meletakkan diri kita di bawah mereka. Jika kita mendelegasi kuasa kita kepada seseorang kita bukannya mendelegasi kuasa kita sendiri kembali di bawah mereka kalau tidak maka tiada konsep delegasi. Kerana itu kita lihat bahawa Trinitas tidak masuk akal. Paulus cukup jelas mengatakan bahawa Tuhan menaklukkan segala sesuatu di bawah Kristus, namun mengecualikan diriNya dari sistem itu. Tuhan tidak meletakkan Kristus di atas diriNya tetapi atas seluruh ciptaan.
28 Tetapi kalau segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka Ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan diri-Nya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah-Nya, supaya Allah menjadi semua di dalam semua. (segala sesuatu kepada semua orang, RSV)
Ianya jelas bahawa Anak tertakluk kepada Bapa dan kerana itu keabadian bersama tidak wujud. Kristus di sini akan menaklukkan dirinya kepada Tuhan; jadi kedudukan Trinitarian adalah tidak patut dari segi logik.
Istilah bahawa Tuhan akan menjadi segala sesuatu kepada semua orang dalam RSV sebenarnya berasal dari panta en pasin yang bererti semua di dalam semua. Kita perhatikan dalam Efesus 1 bahawa ini dilakukan agar Tuhan akan menjadi semua di dalam semua melalui Roh. Roh Kudus membenarkan Tuhan masuk dan menjadi satu dengan Kristus. Roh Kudus mengizinkan Tuhan masuk dan menjadi satu dengan kita dan, tanpa Roh Kudus, Kristus tidak dapat bersatu dengan Tuhan, dan tidak dapat mencapai kuasa dan wibawaNya. Maka Roh Kudus adalah mekanisme dengan mana Kristus mencapai kuasa dan wibawa.
Kristus tidak mencipta Roh Kudus. Kuasa ROH KUDUS-lah yang menguasakan Yesus Kristus dan itulah sebabnya kenapa kita dan Yesus Kristus adalah waris bersama kepada kuasa Tuhan. Sekali lagi itu adalah sebab kenapa Trinitas Barat di bawah Roman Katolikisme adalah tidak patut. Trinitas Timur tidak menegaskan begitu. Trinitarianisme mempunyai banyak aspek. Trinitarian Ortodoks menyatakan bahawa Roh Kudus berasal dari Bapa saja, bukan dari Anak. Trinitarian Barat menegaskan bahawa Roh Kudus terhasil dari Bapa dan Anak. Itulah punca perpecahan pada tahun 1054. Pemisahan ini agak tepat. Orang Yunani mendapati bahawa untuk Trinitas sekalipun ianya sama sekali tidak masuk akal. Roh Kudus timbul dari Bapa saja dan memberi kuasa kepada semua anak-anak Tuhan.
Kita membangunkan seluruh umat manusia ke dalam satu hubungan dengan Bapa memberikan mereka Roh Kudus dan memberi mereka kuasa untuk memasuki pembetulan dan penghakiman, dan masuk ke dalam proses penyempurnaan. Sebaik saja kuasa iblis setan dibatalkan, dan para iblis dibawa ke dalam pembetulan, dan Angkatan Syurgawi disusun semula dalam kuasa di bawah Yesus Kristus dan di bawah kita, semua itu kembali berada di bawah kehendak Tuhan.
Para iblis tidak lagi berada di luar kehendak Tuhan. Sistemnya tidak lagi bekerja di luar kehendak Tuhan. Kita kembali berada di bawah kehendak Tuhan jadi Monoteisme masih utuh. Waktu itu Roh Kudus kembali berada dalam segalanya. Ia kemudiannya akan menjadi sebuah sistem lengkap di bawah kehendak Tuhan. Tiada Politeisme dan alam semesta pada waktu itu adalah satu hubungan berharmoni. Kita akan berada dalam kedudukan untuk menyerahkan Kerajaan itu kepada Tuhan apabila itu terjadi nanti.
Tuhan akan dapat datang ke sini dan memindahkan pentadbiran alam semesta ke sini. Kita tidak dapat memerintah alam semesta secara harmoni apabila terdapat perselisihan di sini. Kekacauan itu harus dihapuskan sebelum Tuhan dapat memindahkan kerajaanNya ke sini. Pemerintahan tidak dijalankan, buat waktu ini, dari planet ini. Pemerintahan alam semesta akan datang ke planet ini. Kemudian seluruh bumi akan dipenuhi kemuliaanNya (Yesaya 6:3), dan Tuhan dan Anak Domba akan menjadi penerang sistem itu (Wahyu 21:23). Proses itu adalah sebuah proses terus-menerus yang melalui Milenium dan melalui kebangkitan-kebangkitan itu dan pada hujung proses itu akan ada ciptaan yang baru.
Yesaya 65:17-18 "Sebab sesungguhnya, Aku menciptakan langit yang baru dan bumi yang baru; hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi, dan tidak akan timbul lagi dalam hati. 18 Tetapi bergiranglah dan bersorak-sorak untuk selama-lamanya atas apa yang Kuciptakan, sebab sesungguhnya, Aku menciptakan Yerusalem penuh sorak-sorak dan penduduknya penuh kegirangan.
Struktur pemerintahan akan berada di Yerusalem, namun ia adalah langit yang baru dan bumi yang baru. Dalam kata lain, bumi ini, seperti yang kita ketahuinya, akan dimusnahkan. Bumi ini akan begitu rosak sekali pada akhir hari Tuhan, hinggakan tiada lagi ikan yang hidup dalam laut; tiada pohon-pohon; sangat sedikit binatang yang masih hidup dan burung-burung akan memakan dengan rakus berjuta-juta mayat atas planet ini. Itu memberitahu kita bahawa ia perlu diperbaharui. Ia disucikan dengan api. Tiada lagi laut yang tinggal. Dalam penciptaan semula di bawah Yerusalem Baru semua laut akan dilenyapkan.
Yesaya 66:22-23 Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. 23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN.
Bulan-bulan Baru dan Sabat adalah hari-hari kebaktian. Ini memberitahu kita beberapa perkara. Konsep Bulan Baru dan Sabat akan kekal bersama Hari-hari Raya sebagai waktu-waktu kebaktian mandatori sepanjang struktur ini. Ini tentunya pasti sepanjang Milenium, namun ini juga bercakap tentang langit yang baru dan bumi yang baru. Jadi, waktu-waktu kebaktian Tuhan akan berterusan dengan cara-cara berlainan, namun konsep waktu-waktu teratur Bulan Baru dan Sabat akan kekal. Jika sesiapa berkata kepada kita “Kamu tidak perlu memelihara Sabat atau kamu tidak perlu memelihara Bulan Baru” tunjukkan mereka kepada Yesaya 66 dan Zakharia 14. Kita akan tunjukkan kepada mereka bahawa mereka harus melakukan hal-hal ini. Ianya jelas bahawa Mesias akan meneruskan.
Wahyu 3:12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku,
Kristus akan menulis pada umat pilihan, nama Allahnya. Jadi Allah Bapa adalah Allah Yesus Kristus seperti yang kita tahu dari Mazmur 45:6 dan Ibrani 1:8. Kristus telah menulis pada pahanya ‘raja segala raja dan Tuan segala Tuan’ dan nama Tuhannya ada padanya. Apabila orang melihat kita mereka akan berkata elohim dan mereka akan berkata kita membawa nama Yahovah (Jehovah). Itu kelihatannya suatu konsep luarbiasa. Apabila mereka melihat kita mereka akan berkata ‘ya elohim’, ‘ya Tuhan’. Kita akan menjadi hakim-hakim sistem yang baru.
Yesus Kristus jelas berkata, pada waktu ini selepas kebangkitannya, bahawa mereka yang taat akan dijadikan sokoguru-sokoguru dalam bait Tuhan. Jadi bait ini adalah satu bangunan rohani dan bukannya fizikal. Tuhan ada di dalam setiap kita dan apabila kita berbicara mereka akan tahu bahawa kuasa Tuhan berfirman melalui kita. Itulah sebabnya kenapa mereka akan memperlakukan kita seperti elohim. Kita akan seperti Tuhan, kerana kita bersuara untuk Tuhan. Apabila kita berfirman untuk Tuhan kita tidak akan berbuat silap jika kita memiliki takut akan Tuhan dalam diri kita dalam cara kita melaksanakan autoriti kita.
Sokoguru-sokoguru bait Tuhan ini, iaitu jemaat Filadelfia, adalah struktur terkuat bait itu. Merekalah yang menyokong bait ini. Atap bait disokong oleh sokoguru-sokoguru itu. Struktur itu dibangunkan atas dasar dan dasarnya menstabilkannya dan sokoguru-sokoguru itu menegakkannya. Jemaat Filadelfia merupakan struktur terkuat bait walaupun ia paling kecil. Sedikit lagi sokoguru-sokogurunya, namun mereka adalah struktur-struktur terkuat bait Tuhan. Fungsi-fungsi sokoguru adalah mereka merupakan tiang-tiang penyokong utama bait. Mereka adalah struktur-struktur bait yang paling kuat. Konsep ‘tidak akan keluar lagi’, bermakna bahawa mereka diletakkan di situ dan mereka tidak akan lagi dikeluarkan, seperti sebelumnya.
Yerusalem Baru adalah kota Kudus, yang turun atas, dan ke dalam, ciptaan dan yang merupakan langit yang baru dan bumi yang baru.
Wahyu 21:1-27 Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi.
Ciptaan tidak akan terus kekal sepertinya sekarang. Ia akan dimusnahkan oleh api dan setiap kesan tinggalan manusia akan dilenyapkan. Tuhan tidak semestinya memerlukan laut-laut untuk terus kekal. Sebagai makhluk-makhluk rohani kita tidak akan memerlukan laut dan air untuk terus wujud, kerana kita akan melampaui proses fizikal tersebut.
2 Dan aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya.
Terdapat dua konsep pengantin perempuan ini. Satu adalah Jemaat sebagai pengantin perempuan, dan Yerusalem Baru sebagai pengantin perempuan. Adanya penyatuan Angkatan-angkatan syurgawi dan bumi. Kota Tuhan akan turun dari syurga dan kita membentuk bait itu, yang duduk dalam Kota Tuhan. Kita mempunyai bangunan-bangunan rohani. Seluruh kota Tuhan merupakan sebuah bangunan rohani. Kota Tuhan terdiri dari para malaikat. Jika kita perhatikan ukuran-ukuran kota Tuhan mereka adalah 12,000 stadia atau 2,400 kilometer ada yang mengatakan 1,500 batu (satu stadia adalah kira-kira 200 ela (yar)) tinggi dan 1,500 batu lebar. Ini segiempat yang sangat besar. Ukuran-ukurannya adalah berbentuk alegori. Bait Tuhan tidak tersusun seperti blok-blok satu atas yang lain. Ianya satu tempat di mana Tuhan hidup dalam kita dan kita dalam kota Tuhan, dikelilingi oleh para malaikat yang membentuk batu-bata kota Tuhan (rujuk karya Kota Tuhan (No. 180)).
Kita semua adalah batu-batu hidup dan ukuran-ukuran itu berbentuk alegori untuk menunjukkan kepada kita betapa luasnya Angkatan Syurgawi yang membentuk kota Tuhan. Bila kita mengecilkannya kepada ukuran-ukuran fizikal, tiada satupun daripada ukuran-ukuran ini yang difahami. Semuanya dalam ertikata fizikal supaya kita faham bahawa terdapat enam tingkat dalam bagian tengah bait agar kita naik melalui enam peringkat sistem Yobel hingga ke tahun ke 42. Peringkat terakhir, iaitu bait setepatnya, adalah apabila kita pergi ke dalam bait itu dalam fasa akhir kita dan memasuki tempat mahakudus pada Hari Pendamaian, pada tahun ke 50 atau tahun Yobel kita.
Mereka membangunkan sebuah benda fizikal untuk menjelaskan kepada kita apa yang akan terjadi selama 50 tahun hidup kita sebagai manusia, jika kita berada di bawah sistem Tuhan. Jadi sebaik saja kita mengerti benda-benda fizikal itu kita akan tahu apa maknanya. Kita bukanlah enam lapisan manusia satu atas yang lain.
Konsep ini mengaitkan enam lapisan kehidupan kita, satu atas yang lain, untuk menyiapkan diri kita untuk masuk ke dalam tempat mahakudus dalam fasa akhir panggilan kita. Ada orang yang tidak diberikan 50 tahun. Ada yang dipanggil lambat dan tidak mendapat fasa sepenuhnya. Jadi kita dipanggil pada waktu bila mana kita dapat memasuki penghakiman pada satu tempat hingga ke tingkat itu. Kita masuk agar kita mempunyai cukup masa untuk keluar dalam keadaan layak. Kita mungkin dipanggil masuk tanpa melakukan itu semua kerana kita mempunyai kualiti-kualiti yang cukup yang dapat dikerjakan Tuhan dalam fasa akhir untuk meletakkan kita ke dalam tempat mahakudus. Kita mungkin ada kira-kira setahun saja dalam panggilan kita. Kita mungkin dibaptiskan dan kita berada dalam fasa terakhir bait dan kita masuk ke dalam tempat mahakudus. Itu adalah kota Yerusalem.
Apabila kita ditempatkan di dalam kota itu, kota ini sedang turun dari langit dan semua orang-orang itu adalah para malaikat. Seluruh kota itu terdiri dari malaikat-malaikat yang hidup dan kita diletakkan di tengah-tengah itu sebagai kerajaan Tuhan. Itulah pengertian sebenar Yerusalem Baru dan semuanya berintegrasi bersama. Tidak terdapat konflik.
Bait, iaitu umat pilihan, diletakkan secara pusat di dalam Yerusalem Baru. Allah dan Anak Domba adalah terang bait itu dan mereka menerangi kota ini. Roh mengalir keluar seperti sungai ke kota itu dan seluruh kota ini disalur air dari bait, iaitu Tuhan. Roh Kudus itu adalah airnya dan yang memberi kita makan dan menyatukan kota ini. Proses penurunan kota Tuhan ini kemudiannya menyaksikan bahawa seluruh Angkatan manusia terbina ke dalam kota Tuhan.
Kita yang berada dalam kebangkitan pertama ada di situ sebagai bait Tuhan dalam kota itu, kerana seluruh kota menjadi titik fokus untuk bait dalam mana Tuhan ada, dan bait itu adalah kita. Bagaimanapun, dalam kota Tuhan, seluruh kota itu adalah bait kerana semua berbakti kepada Tuhan. Adanya perbezaan antara bait sekarang dan kota itu kemudian. Itulah hasil akhir sepanjang waktu. Jadi kita pergi lebih jauh dari proses itu. Kita semua bersiap sedia untuk berkahwin dengan Yesus Kristus untuk membawa kita ke dalam sistem itu untuk menjadikan kita sebahagian dari struktur pemerintahan itu. Kita semua akan menjadi pengantin perempuan Kristus. Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan. Bagaimanakah kita boleh jadi anak-anak Tuhan dan pengantin perempuan Kristus? Kita boleh dan kita memang itu, kerana semuanya adalah konsep-konsep alegori. Kita semua bersedia supaya semua orang diserahkan kepada Tuhan.
Yesus Kristus akan mencipta ketetapan dan kekuasaan baru, agar Yerusalem Baru, Angkatan syurgawi, diselaraskan dengan kita, umat pilihan, sebagai pengantin perempuan Kristus dan satu struktur kerajaan yang baru akan dibentuk. Susunan-susunan pemerintahan yang baru akan ada di langit. Sebuah sidang Elohim yang baru akan dibentuk. Sebuah sidang 70 luaran yang baru akan ada (yang sebenarnya adalah tujuh puluh campur dua [Lukas 10:1 Interlinear]). Sidang luaran yang baru bagi kumpulan 120, 300 dan 500 dan akan ada golongan-golongan lanjutan sepanjang 144,000 itu.
Para raja dan imam akan dicalonkan dan diberikan kuasa dan ciptaan rohani dan kawasan dan tanggungjawab. Setiap bilangan pentahbisan yang dilakukan oleh YESUS KRISTUS dari 12 rasul hingga 3,000 dan sehingga 144,000 mempunyai signifikans dan hubungan kepada kerajaan Tuhan. Tiada yang berlaku kebetulan. Mereka semua mempunyai hubungan dengan korban-korban dalam abad-abad lalu, yang meliputi waktu atas kedatangan-kedatangan Kristus.
Umat pilihan dibawa ke dalam bait sebagai korban-korbannya. Elemen-elemen itu kemudiannya membentuk struktur pemerintahan dan kuasa Tuhan. Golongan 1,000 yang baru terdiri dari kumpulan 70, 120, 300, dan 500 dengan sepuluh kaki dian menjumlahi kumpulan-kumpulan itu untuk meliputi 1,000 itu (lihat Ayub 33:22-23).
Umat pilihan menjalankan pemerintahan dengan cara yang sama seperti mana empayar-empayar dunia ini cuba menjalankan kuasa. Sebagai contoh, sistem Babilon cuba menjalankan kuasa melalui 120 penguasa. Mereka memanggilnya 127 namun ia bukan. Ianya tujuh panglima wilayah dan 120 penguasa. Mereka cuba meniru Kerajaan Tuhan, kerana 120 adalah peringkat seterusnya di bawah dari tujuh puluh itu. Itulah Iblis yang cuba meniru bentuk fizikal Kerajaan dan pemerintahan Tuhan atas planet ini. Kini di hujungnya adalah 144,000 dan 144,000 itu akan menjadi pemerintah. Di bawah mereka dalah kumpulan besar orang banyak itu dan mereka pula akan memerintah elemen-elemen penting mereka, iaitu mereka yang akan menjadi raja dan imam atas bumi.
Kemudian kita ada seluruh umat manusia di bawah sistem itu. Umat manusia kemudiannya diikuti oleh para malaikat dan mereka menjadi kota itu, yang diperintah pula oleh raja-raja dan imam-imam itu. Berbilion-bilion bilangannya!
Kita akan mengambil bahagian dalam segala hal ini dan akan diberikan tanggungjawab-tanggungjawab langsung kita, dan kita akan diberikan peranan sebagai raja-raja dan imam-imam dalam sistem itu. Kita akan diberikan kumpulan orang yang banyak untuk dijaga dan pada tempat-tempat berlainan dalam struktur pemerintahan itu. Bukan saja dalam Milenium dan bukan saja Angkatan manusia tetapi kita juga akan digabungkan dengan Angkatan setia dari angkatan malaikat angkasa. Mereka adalah saudara-saudara kita dan kita akan digabungkan dengan mereka. Kita akan melihat Mikhael dan Gabriel dan Rafael dan semua malaikat lain. Kita berurusan dengan mereka. Kita akan berada setara dengan mereka. Kita akan mempunyai akses kepada sejarah manusia dan pengertian manusia. Kita akan mendapat akses kepada rahsia-rahsia Tuhan, yang akan kita fahami.
Angkatan syurgawi sedang mempelajari rahsia-rahsia Tuhan melalui kita sekarang ini, dan mereka ingin melihat ke arah masa depan yang dikaruniakan pengertiannya kepada kita (1 Petrus 1:12). Tuhan belum lagi menyatakan segalanya kepada mereka ataupun kepada kita. Bila Dia menyatakannya kepada kita ia dinyatakan kepada mereka. Dia menunjukkan mereka melalui kita, apakah rahsia-rahsiaNya supaya mereka akan melihat kebijaksanaan Tuhan, kerana hanya dengan cara itu saja mereka juga mengerjakan iman. KITA harus mengerjakan iman kerana kita tidak melihat. Namun mereka juga harus mengerjakan iman kerana mereka melihat lebih banyak dari apa yang kita dapat. Kita melihat dalam cermin suatu gambaran samar-samar seperti yang Paulus katakan. Namun mereka tidak tahu apakah penghujungnya dan mereka terlibat dalam perang. Mereka melihat kepada Tuhan untuk sesetengah rahsia-rahsia itu bila mana mereka dinyatakan kepada kita dalam Roh Kudus dan dikeluarkan dalam Jemaat.
Pada zaman akhir rencana dan rahsia Tuhan akan menjadi jelas dan jemaat-jemaat serta zaman-zaman itu akan berhasil, dan rahsia-rahsia itu akan menjadi nyata pada waktu itu. Seperti yang dikatakan Yeremia, dalam zaman akhir kita akan memahami ini sepenuhnya. Ia akan diungkapkan agar para imam juga mengerti di mana mereka berbuat silap. Namun para malaikat mengerjakan iman dalam menunggu pernyataan rahsia itu, bukan oleh mereka, tetapi oleh kita. Itu memerlukan kerendahan hati dan Iblis tidak dapat merendahkan hatinya. Mikhael dan Kristus boleh dan Gabriel boleh. Mereka terpaksa menunggu dan mendengar manusia yang hina dan lemah untuk mengeluarkan suatu rahsia Tuhan, agar mereka dapat mengerti peringkat perkembangan berikutnya. Itulah kerendahan hati. Iblis tidak mampu berbuat begitu.
Apa yang kita perhatikan dari situ adalah bahawa Tuhan meletakkan semua individu secara berbeza dalam Kerajaan. Akan ada tempat-tempat yang berlainan. Dia yang pertama akan menjadi terakhir. Ada ramai orang yang menganggap mereka benar dan telah berfikir bahawa mereka adalah penting dalam Kerajaan Tuhan. Mereka menganggap bahawa mereka terkemuka pada waktu lalu, namun mereka tidak akan menjadi orang terkemuka dalam Kerajaan itu. Fikiran itu sentiasa membuatkan kita berjaga-jaga. Posisi tersebut menyatakan kita mengetahui dari segi rohani, bahawa kita mempunyai sesuatu untuk kita bergantung pada. Orang-orang yang menganggap diri mereka hebat, sebenarnya, selalunya berada dalam kesusahan, kerana mereka membentuk sikap benar diri. Mereka mula memandang rendah pada saudara-saudara dan mereka mula membentuk doktrin pengikut Nikolaus. Tuhan membenci doktrin itu kerana ia cuba memisahkan jabatan kependetaan dari kumpulan awam dan ia mendirikan suatu konsep kependetaan dan keanggotaan biasa, yang betul-betul anti-alkitabiah. Maka ‘dia yang pertama, kemudiannya menjadi yang terakhir’, mengingatkan kita bahawa kita mempunyai tanggungjawab dan harus berjaga-jaga agar tidak jatuh.
Kaum perempuan akan mengambil peranan-peranan besar dalam kuasa dan tanggungjawab dan kekuasaan. Ada yang akan memerintah atas kaum lelaki (yang sebelumnya) dalam bilangan-bilangan yang banyak. Ramai lelaki akan berasa malu dan terhina bila menyedari bagaimana mereka telah melayani perempuan. Apabila ini berlaku, mereka akan perlu bertaubat dan mereka akan ditunjukkan kenapa mereka berada dalam Kerajaan itu. Ianya jelas kenapa perempuan-perempuan ini berkuasa atas mereka. Ini adalah kerana mereka adalah lebih kuat dari segi rohani dan ianya bukan satu kebetulan bahawa ramai perempuan memahami kenyataan itu. Terdapat ramai perempuan yang kuat dari segi rohani dalam Jemaat pada zaman akhir. Dari segi perbandingan, kita mungkin temui bahawa terdapat lebih ramai perempuan yang lebih kuat di kalangan umat pilihan dari lelaki, tepat kerana mereka telah terpaksa melalui lebih banyak lagi dan mereka lebih terbiasa kepada kesukaran. Mereka kurang memandang kepentingan diri mereka sendiri. Apabila kita memasuki hari-hari zaman akhir dan kesusahan itu, ini akan menjadi satu aset dan bukan satu liabiliti.
Banyak jenis perkara akan terjadi dalam Kerajaan ini. Tanggungjawab kita adalah untuk menyiapkan semua yang telah diberikan kepada Jemaat ini agar kita mengambi tanggungjawab kita dalam Kerajaan Tuhan yang kekal dalam Yerusalem Baru. Kedua-dua lelaki dan perempuan. Itulah sebabnya kenapa kaum perempuan akan perlu mempelajari dan menghasilkan karya-karya mereka sendiri. Mereka akan perlu mengambil bahagian dalam penyebaran kekuasaan Jemaat. Kita tidak boleh diberi kuasa dengan tunduk kepada kebodohan. Itulah sebabnya kenapa sistem itu terpaksa dimusnahkan abad ini dan itulah sebabnya kenapa sistem yang baru harus dicipta. Kita harus menguatkan sesama sendiri untuk bertumbuh menjadi semakin kuat dalam iman, untuk digunakan dalam iman.
Setiap orang mempunyai cara untuk menyumbang, tidak kira betapa bodoh, miskin atau tidak bertalenta kita fikirkan diri kita. Semua dapat melihat keperluan dalam Jemaat dan dapat memenuhi beberapa aspek syarat kita untuk mengabarkan pesanan ini. Lebih banyak yang kita khabarkan, lebih ramai orang dikuatkan dan mengerti visi Kerajaan itu. Ianya satu visi yang sangat kuat dan satu visi harapan. Kebodohan yang menghadkan kita adalah dari Iblis. Doktrin pengikut Nikolaus adalah faktor kunci dalam proses menahan orang dan menghadkan kebolehan mereka. Kita tidak berkebolehan sama sekali jika kita memasuki gereja dan duduk di belakang pagar altar (tempat pedupaan) dan berkumat-kamit mengucapkan doa-doa berulang yang tidak bererti sama seperti orang kafir. Itu bukan kuasa. Kita tidak dilengkapi untuk melakukan apa-apa. Kita harus diperlengkapkan untuk melakukan sesuatu untuk melaksanakan tugas kita. Sebagai roh-roh kita akan pergi ke jamuan perkahwinan Anak Domba itu. Namun ada seorang lagi pengantin perempuan yang dihiasi di sini untuk seorang suami. Kristus mempunyai dua pengantin perempuan. Satu adalah Jemaat, yang terdiri dari entiti-entiti manusia dan yang satu lagi adalah Yerusalem Baru, yang datang dari syurga dan terdiri dari Angkatan syurgawi. Kesemua mereka bersedia untuk perkahwinan di bawah Yesus Kristus, agar semua mereka diserahkan kepada Tuhan.
3 Lalu aku mendengar suara yang nyaring dari takhta itu berkata: "Lihatlah, kemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umat-Nya dan Ia akan menjadi Allah mereka. 4 Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu."
Jadi khemah Tuhan ada di tengah-tengah manusia. Bukan sekadar Mesias di sini yang membawa kekuasaan Tuhan. Ianya Tuhan bersama manusia, dalam manusia. Dia melenyapkan segala kesedihan dan kesakitan. Semua masalah yang telah menimpa manusia dan seluruh konsep maut dan kelemahan dan kekurangan dilenyapkan begitu saja. Mereka akan menjadi hal masa lalu. Benda-benda ini tidak kita fikirkan dengan sedih lagi. Tuhan akan menguasakan semua orang agar tiada lagi penderitaan jiwa. Semua akan mengalami rehabilitasi, secara mental dan fizikal. Mereka akan menjadi makhluk-makhluk roh namun ingatan rohani mereka serta entiti rohani mereka tetap utuh. Tiada proses pemikiran yang terganggu dari ingatan-ingatan masa lalu.
Semua hal ini dilakukan apabila Tuhan datang ke sini. Apabila YESUS KRISTUS datang ke sini, Tuhan tidak akan berada di sini melainkan melalui kuasa ROH KUDUS. Tuhan tidak boleh datang ke sini sehingga semuanya ditakluki, kerana Tuhan adalah Kudus dan tidak boleh dicemari kejahatan, dan penderhakaan adalah kejahatan. Tuhan akan melenyapkan planet ini jika ia tidak berjaya mengatasi. Tuhan tidak menghendaki planet ini dimusnahkan, namun jika perlu alternatifnya adalah, iaitu jika kita tidak berjaya, dan ia tidak dilakukan, maka Tuhan tidak akan ada pilihan lain selain memusnahkan planet ini. Namun itu tidak akan terjadi.
5 Ia yang duduk di atas takhta itu berkata: "Lihatlah, Aku menjadikan segala sesuatu baru!" Dan firman-Nya: "Tuliskanlah, karena segala perkataan ini adalah tepat dan benar." 6 Firman-Nya lagi kepadaku: "Semuanya telah terjadi. Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Awal dan Yang Akhir. Orang yang haus akan Kuberi minum dengan cuma-cuma dari mata air kehidupan. 7 Barangsiapa menang, ia akan memperoleh semuanya ini, dan Aku akan menjadi Allahnya dan ia akan menjadi anak-Ku.
Kita bercakap tentang Tuhan yang menjadi
Alfa dan Omega di sini. Tiada El yang masih ada. Tiada Tuhan sebelum Dia dan
tiada Tuhan selepas Dia. Tiada El bersamaNya sebelum permulaan penciptaan. Dia seorang saja merupakan Allah yang Maha
Esa dari Yohanes 17:3.
Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitan kita
dari mati sama seperti Yesus Kristus menjadi anak Tuhan yang berkuasa, dari
kebangkitannya dari mati (seperti yang kita fahami dari Roma 1:4). Ianya Tuhan
yang berbicara melalui Yesus Kristus. Dialah yang awal dan yang akhir dan Dia
menjadikan Yesus Kristus sebagai yang awal dan yang akhir dari penciptaan
(Kolose 1:16). Bagaimanapun, Tuhan adalah yang awal dalam pengertian bahawa Dia
mencipta Kristus dan Dia mencipta elohim dan Angkatan Syurgawi dan segala
sesuatu. Melalui kehendakNya segala sesuatu wujud dan telah dicipta (Wahyu
4:11).
Juga, Dia adalah Omega dalam ertikata bahawa melalui ROH KUDUS Dia akan
menjadi semua dalam semua dan semua kita akan menjadi elohim. Dari Zakharia
12:8 kita akan menjadi elohim seperti malaikat Yehovah yang mengepalai kita.
Malaikat Yahovah (Jehovah) adalah Yesus Kristus yang mengepalai kita, yang
merupakan elohim umat kita. Kita akan mencapai kuasa Tuhan melalui Roh Kudus.
Kita semua akan wujud sebagai satu bangunan yang padat kerana Roh Kudus adalah
aspek Tuhan yang mengikat kita bersama sama seperti mortar melekatkan
batu-bata. Itulah caranya bagaimana kita boleh menjadi satu bangunan, kerana
Roh Kudus-lah yang memasuki kita dan mengikat kita bersama, bata atas bata.
Kepada yang haus Aku akan berikan dari mata air kehidupan dengan cuma-cuma adalah konsep Roh Kudus (rujuk kepada
karya Roh Kudus (No.
117)). Mata air ini datang kepada semua orang yang berada dalam
Kerajaan Tuhan.
Istilah anakku menunjukkan bahawa kita akan menjadi seperti Angkatan
Syurgawi. Ayub bab 1 dan 38, menunjukkan bahawa Tuhan telahpun memiliki ramai
anak-anak, namun kita akan dimasukkan dalam kumpulan umum anak-anak Tuhan sama
seperti para malaikat dan penghulu malaikat. Yesus Kristus bukan satu-satunya
anak Tuhan. Terdapat ramai. Kita akan menjadi anak-anak Tuhan sama seperti
Angkatan syurgawi adalah anak-anak Tuhan.
8 Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua."
Ini terjadi jika
kita tidak mengatasi benda-benda ini dalam kebangkitan pertama dan kedua.
Jemaat dipenuhi dengan orang-orang ini yang dipanggil keluar dari itu. Tuhan
memanggil umat keluar dari keadaan-keadaan ini. Semua kita dipanggil agar kita
mengatasi supaya kita menjadi teladan kepada orang-orang lain itu yang dihakimi
mengikut ukuran-ukuran itu. Tuhan tidak berurusan secara tidak adil. Dia
memanggil umat dan menguasakan mereka untuk mengatasi untuk menunjukkan bahawa
hal-hal boleh diatasi.
9 Maka datanglah seorang dari ketujuh malaikat yang memegang ketujuh cawan, yang penuh dengan ketujuh malapetaka terakhir itu, lalu ia berkata kepadaku, katanya: "Marilah ke sini, aku akan menunjukkan kepadamu pengantin perempuan, mempelai Anak Domba." 10 Lalu, di dalam roh ia membawa aku ke atas sebuah gunung yang besar lagi tinggi dan ia menunjukkan kepadaku kota yang kudus itu, Yerusalem, turun dari sorga, dari Allah. 11 Kota itu penuh dengan kemuliaan Allah dan cahayanya sama seperti permata yang paling indah, bagaikan permata yaspis, jernih seperti kristal. 12 Dan temboknya besar lagi tinggi dan pintu gerbangnya dua belas buah; dan di atas pintu-pintu gerbang itu ada dua belas malaikat dan di atasnya tertulis nama kedua belas suku Israel. 13 Di sebelah timur terdapat tiga pintu gerbang dan di sebelah utara tiga pintu gerbang dan di sebelah selatan tiga pintu gerbang dan di sebelah barat tiga pintu gerbang. 14 Dan tembok kota itu mempunyai dua belas batu dasar dan di atasnya tertulis kedua belas nama kedua belas rasul Anak Domba itu.
Jadi dua belas pintu gerbang itu adalah
nama-nama dua belas suku Israel, dan hakim-hakim dua belas suku itu adalah
batu-batu dasar kota itu. Dua
belas tingkat, dua belas batu dasar adalah untuk setiap dari dua belas rasul.
Walaupun mereka adalah hakim-hakim, kita perhatikan bahawa mereka tidak
diletakkan di atas mereka. Mereka diletakkan di bawah mereka agar mereka dapat
berdiri atas mereka. Israel berdiri atas dua belas rasul sebagai batu-batu
dasar, yang satu atas yang lain dalam kota Tuhan. Jadi rasul-rasul ini tidaklah
seperti bangsa-bangsa lain di mana tuan-tuan memerintah atas mereka, tapi
sebenarnya adalah seperti Kristus yang melayani. Itulah fungsi kepimpinan Roh
Kudus. Ia adalah piramid terbalik, bukan piramid. Ianya bukan suatu hierarki.
Ianya satu dasar agar setiap satu melalui pelayanannya dapat menjadi asas dan
batu dasar untuk mereka yang dilayaninya. Itulah kepimpinan kita. Itulah
caranya yang patut kita laksanakan; menyerahkan hidup kita untuk sesama
sendiri.
Dua belas rasul
mencapai kepemimpinan, dalam sidang dalaman elohim, dalam pemulihan Yerusalem
Baru dan Angkatan syurgawi.
Jadi barisan
angkatan yang diintegrasi mendapat bentuknya dari penggantian Angkatan derhaka
yang diadakan dari umat manusia. Mereka digabungkan dan susunan-susunan
pemerintahan yang baru mengambil kedudukan-kedudukan ini dalam kota itu. Kota
ini adalah sebuah bangunan rohani. Kita membentuk sebahagian dari kota itu dan
Angkatan syurgawi membentuk yang selebihnya. Sama seperti kita adalah bait
Tuhan, begitu juga orang-orang ini adalah kota Yerusalem Baru. Kita adalah
tempat mahakudus dalaman, namun semuanya membentuk kota ini. Ada yang tidak
mengerti ukuran-ukurannya, dan mencadangkan ia setinggi 1,500 batu dari segi
fizikal.
Kebanyakan orang
mengecilkan konsep-konsep yang amat kuat ini kembali kepada pengertian fizikal
agar mereka dapat menghadkan Tuhan kepada sesuatu yang boleh mereka tolak.
Itulah apa yang ingin dilakukan Trinitarianisme. Mereka membataskan Tuhan
kepada sesuatu yang boleh ditolak mereka. Mereka menjadikanNya tidak relevan.
Mereka menempatkan Kristus sebagai makhluk setara, sama abadi yang baru agar
perintah-perintah Tuhan dapat ditolak. Apabila kita bercakap tentang Roh Kudus
berurusan dengan ini dan mengatakan Tuhan adalah segalanya kepada semua orang,
dan bukan semua dalam semua dan kita memerhati pada ukuran-ukuran fizikal, kita
kehilangan pandangan kita terhadap Kerajaan itu. Kita tidak dapati
konsep-konsep itu dalam Trinitarianisme. Itulah sebabnya kenapa Trinitarianisme
membataskan semua tentang kita dan apa yang kita lakukan. Ini merupakan konsep
yang sangat bersifat keiblisan yang bertujuan untuk mengurangkan
kapasitas-kapasitas akhir kita.
15 Dan ia, yang berkata-kata dengan aku, mempunyai suatu tongkat pengukur dari emas untuk mengukur kota itu serta pintu-pintu gerbangnya dan temboknya. 16 Kota itu bentuknya empat persegi, panjangnya sama dengan lebarnya. Dan ia mengukur kota itu dengan tongkat itu: dua belas ribu stadia; panjangnya dan lebarnya dan tingginya sama. 17 Lalu ia mengukur temboknya: seratus empat puluh empat hasta, menurut ukuran manusia, yang adalah juga ukuran malaikat.
Manusia dan malaikat di sini adalah bersinonim. Ianya ukuran malaikat yang dikatakan di sini. Ia adalah ukuran rohani.
18 Tembok itu terbuat dari permata yaspis; dan kota itu sendiri dari emas tulen, bagaikan kaca murni. 19 Dan dasar-dasar tembok kota itu dihiasi dengan segala jenis permata. Dasar yang pertama batu yaspis, dasar yang kedua batu nilam, dasar yang ketiga batu mirah, dasar yang keempat batu zamrud, 20 dasar yang kelima batu unam, dasar yang keenam batu sardis, dasar yang ketujuh batu ratna cempaka, yang kedelapan batu beril, yang kesembilan batu krisolit, yang kesepuluh batu krisopras, yang kesebelas batu lazuardi dan yang kedua belas batu kecubung.
Konsep-konsep dua
belas batu permata ini mempunyai signifikans rohani.
22 Dan aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya; sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba itu. 23 Dan kota itu tidak memerlukan matahari dan bulan untuk menyinarinya, sebab kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya.
Kita tidak melihat sebarang bait, kerana
kita membentuk bait itu sebagai sebuah bangunan rohani. Kota tidak memerlukan
matahari atau bulan kerana terang Anak Domba adalah cahayanya. Kita kemudiannya
berhenti dari menjadi bait dalaman, dan menjadi kota Yerusalem Baru. Ia menjadi
semua anak-anak Tuhan. Kita menjadi dasarnya. Bait tidaklah kenampakan dan
menjadi sebahagian dari kota itu, kerana pemerintahan umat pilihan sebagai para
pemimpin seluruh kota itu tidak lagi terpisah dari kota itu sendiri. Ia telah dilebarkan dan Tuhan dan Kristus
menjadi hab, pusat, nukleusnya. Roh Kudus bekerja dalam semua di seluruh kota
itu.
Bait diluaskan.
Bukan lagi sebuah bangunan tersendiri dalam kota itu, para pemimpin seluruh
kota itu menjadi tempat penyimpanan Roh Tuhan. Jadi bait itu, sebagai tempat
simpanan Roh, kemudiannya diluaskan, agar seluruh kota itu menjadi tempat
simpanan Roh. Jabatan pemerintahan pusat, sebagai sebahagian dari kota itu,
masih lagi merupakan anak-anak Tuhan, atau elemen kunci pusat yang melaluinya
Tuhan menguruskan ciptaanNya. Ianya bukan cara yang sama seperti mana orang
bangsa lain menguruskan negara-negara mereka. Ia bukan sebuah sistem
berhierarki di mana kita memerlukan satu kumpulan untuk memberitahu kumpulan
lain apa yang perlu dilakukan. Kita diperlengkapkan dalam keluarga-keluarga, di
mana semuanya diperintah terus oleh Tuhan. Ini adalah konsep yang sukar kerana
kita berfikir dari segi hierarki. Ianya hubungan satu dengan satu dengan
Kristus dan Tuhan. Kepala setiap orang adalah Kristus dan kepala Kristus adalah
Tuhan (1 Korintus 11:3).
Satu lompatan
telah berlaku dalam proses cara orang-orang berhubungan dengan Tuhan. Bukan
lagi bait, kini kita ada satu perluasan bait itu, di mana roh meluas ke seluruh
kota itu.
Dari bait kita
menjadi kota dan digabungkan dalam struktur yang lebih besar. Tuhan memenuhi
kekosongan itu dan menerima dan menjadi semua dalam semua. Jadi kita dapati
satu proses di mana pusat dalaman mengikat seluruh kota itu bersama. Tuhan
adalah kota itu kerana Dia ada dalam kita melalui Roh Kudus.
sebab kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya. 24 Dan bangsa-bangsa akan berjalan di dalam cahayanya dan raja-raja di bumi membawa kekayaan mereka kepadanya; 25 dan pintu-pintu gerbangnya tidak akan ditutup pada siang hari, sebab malam tidak akan ada lagi di sana; 26 dan kekayaan dan hormat bangsa-bangsa akan dibawa kepadanya. 27 Tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis, atau orang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba itu.
Kita berhadapan dengan proses di mana semua bangsa dibawa ke dalam kapasitas rohani ini; diselamatkan dan dibawa ke dalam kota. Tidak disoal lagi bahawa bangsa-bangsa lain mewarisi Kerajaan Tuhan melalui Yerusalem Baru. Pintu-pintu gerbang kota itu adalah mutiara-mutiara kebijaksanaan injil Kerajaan Tuhan seperti yang disampaikan melalui dua belas rasul. In bukanlah mutiara-mutiara fizikal. Seluruh simbolismenya adalah simbolisme rohani.
Wahyu 22:1-5 1 Lalu ia menunjukkan kepadaku sungai air kehidupan, yang jernih bagaikan kristal, dan mengalir ke luar dari takhta Allah dan takhta Anak Domba itu. 2 Di tengah-tengah jalan kota itu, yaitu di seberang-menyeberang sungai itu, ada pohon-pohon kehidupan yang berbuah dua belas kali, tiap-tiap bulan sekali; dan daun pohon-pohon itu dipakai untuk menyembuhkan bangsa-bangsa. 3 Maka tidak akan ada lagi laknat. Takhta Allah dan takhta Anak Domba akan ada di dalamnya dan hamba-hamba-Nya akan beribadah kepada-Nya, 4 dan mereka akan melihat wajah-Nya, dan nama-Nya akan tertulis di dahi mereka. 5 Dan malam tidak akan ada lagi di sana, dan mereka tidak memerlukan cahaya lampu dan cahaya matahari, sebab Tuhan Allah akan menerangi mereka, dan mereka akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya.
Tuhan didamaikan kepada kita dan umat pilihan berkongsi pemerintahan tersebut. Kristus duduk dalam bilik takhta dan kita berkongsi dalam takhta itu. Kita berkongsi tanggungjawab itu dan kekuasaan itu. Janji kepada jemaat Laodikia, untuk mereka yang telah mengatasi dalam jemaat itu, adalah dari Wahyu 3
Wahyu 3:21-22 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."
Kita duduk atas takhta Yesus Kristus sama
seperti Yesus Kristus duduk atas takhta Tuhan, maka dengan itu Tuhan menjadi
semua dan kita semua berkongsi dalam tanggungjawab pemerintahan yang tunggal
itu. Ia adalah sistem yang amat berkuasa. Penyerahannya kepada Tuhan, tidak
mengurangkan kuasa kita, tetapi sebaliknya menambahnya kerana pemerintahannya
berpusat dengan seluruh Angkatan Syurgawi datang ke sini. Kita sebenarnya ditinggikan dalam kuasa dengan
penghentian pemerintahan dan integrasi dengan sistem-sistem malaikat.
Penghulu-penghulu malaikat akan digabungkan dengan para rasul yang sendirinya
akan menjadi penghulu malaikat.
Kita mempunyai
konsep 3 dan 30. Transfigurasi Yesus Kristus dengan Musa dan Elia di kedua-dua
belahnya menghasilkan suatu teras dalaman kepada sidang elohim. Itulah sebabnya
kenapa Tuhan dalam Keluaran 7 dan 4 memberitahu Musa, “Aku mengangkat engkau
sebagai Elohim”. Dia menjadikannya seorang Tuhan kepada Harun dan Tuhan
kepada Firaun. Dia tidak berfirman ‘Aku akan menjadikan kamu seorang hakim’.
Dia berfirman ‘Aku mengangkat engkau sebagai Allah’ – perkataan sama yang
digunakan bagi Dia dan sidang elohim. Orang-orang ini menjadi makhluk-makhluk
pemerintah yang amat berkuasa. Itulah sebabnya kenapa terdapat dua kerubim di
kedua-dua hujung tutup pendamaian dalam bait. Mereka mewakili dua sokongan
kepada badan pemerintahan pusat. Musa dan Elia adalah dua sokongan kepada badan
pemerintahan pusat dan dari situ turun kepada dua belas melalui para rasul, dua
belas melalui hakim-hakim dan ia terus kepada tujuh puluh dan sebagainya.
Semuanya adalah
kuasa-kuasa sejati bukan hanya istilah-istilah gambaran. Mereka ada di situ
untuk memberi kita satu gambaran tentang takdir umat kita. Pada kebangkitan
orang mati, mereka diberikan kuasa dan wibawa mereka, namun mereka mencapai
kuasa dan wibawa penuh mereka apabila kerajaan ini diserahkan kepada Tuhan.
Sementara kita teruskan kita mendapat tanggungjawab sewaktu dalam milenium dan
kita laksanakan yang itu. Kemudian kita diberikan tanggungjawab dalam
kebangkitan dan kita lakukannya. Kemudian kita diberikan tanggungjawab apabila
kita akhirnya didamaikan dalam Angkatan Syurgawi. Terdapat tiga tingkat sebagai
makhluk-makhluk rohani. Itu kemudiannya diteruskan dalam alam semesta.
Pemerintahan ini
berterusan, kerana tujuan kita dalam hidup dan ciptaan bukanlah Milenium.
Milenium bukan tujuan dan objektif panggilan kita. Ia hanyalah satu alat dengan
apa kita betulkan umat manusia dan menghakimi Angkatan derhaka. Ia adalah satu
waktu Hari Tuhan dan Hari Tuhan ini bertahan selama seribu tahun. Itulah
sebabnya kenapa Petrus berkata satu hari sama seperti seribu tahun bagi Tuhan
(2 Petrus 3:8). Hari Tuhan adalah seribu tahun dalam tujuannya dan maksudnya
dan ia berakhir dalam kebangkitan orang mati, yang berlangsung selama seratus
tahun.
Hari Tuhan
meliputi penubuhan Kerajaan itu, pemerintahan Milenium, kebangkitan orang mati
dan kemudian pendamaian. Ia merupakan satu waktu yang berlanjutan. Ia adalah
seribu tahun pemerintahan adil. Proses ini bukan saja waktu itu sendiri. Seribu
tahun ini hanyalah satu alat mengajar. Tujuan penuh umat manusia selaras dengan
Angkatan malaikat, belumpun dinyatakan. Ia adalah untuk memerintah
bintang-bintang. Terdapat bahagian-bahagian dalam Alkitab, yang membincangkan
konsep ke mana kita pergi untuk takdir kita. Namun takdir kita adalah
memerintah bintang-bintang dan mencipta semula struktur pemerintahan dan
menguruskan alam semesta dalam orde yang baru. Kita akan diberikan kuasa
mencipta sama seperti elohim memiliki kuasa mencipta, jadi kita akan mencipta.
Ada satu petikan yang tersembunyi dengan baik dalam Pentateuch yang tidak
ditulis di bawah ini dan juga Mazmur 8 dan Daniel 2.
Mazmur 8:1-9 Untuk
pemimpin biduan. Menurut lagu: Gitit. Mazmur Daud. Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa
mulianya nama-Mu di seluruh bumi! Keagungan-Mu yang mengatasi langit
dinyanyikan. 2 Dari mulut bayi-bayi dan anak-anak yang menyusu telah
Kauletakkan dasar kekuatan karena lawan-Mu, untuk membungkamkan musuh dan
pendendam. 3 Jika aku melihat langit-Mu, buatan jari-Mu, bulan dan
bintang-bintang yang Kautempatkan: 4 apakah manusia, sehingga Engkau
mengingatnya? Apakah anak manusia, sehingga Engkau mengindahkannya? 5
Namun Engkau telah membuatnya hampir sama seperti Allah, dan telah
memahkotainya dengan kemuliaan dan hormat.
Kita diberi kuasa
dalam keluarga elohim sebagai anak-anak Tuhan, sama-sama berkongsi kuasa Tuhan.
Itu sedikit lebih rendah dari para malaikat (KJV). Bagaimanapun bahasa Ibrani
berkata sedikit lebih rendah dari Tuhan (lihat RSV), iaitu elohim. LXX
menterjemah ini sebagai malaikat-malaikat. Jadi mereka melihat kita berurusan
dengan malaikat-malaikat sebagai elohim. Bahasa Ibrani nampaknya berkata bahawa
anak manusia kurang sedikit dari elohim (lihat Greens Interlinear Bible).
6 Engkau membuat dia berkuasa atas buatan
tangan-Mu; segala-galanya telah Kauletakkan di bawah kakinya: 7
kambing domba dan lembu sapi sekalian, juga binatang-binatang di padang; 8
burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut, dan apa yang melintasi arus
lautan. 9 Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa mulianya nama-Mu di seluruh
bumi!
Konsep ini adalah
di mana bumi (semua pekerjaan dari tangan Tuhan) diletakkan di bawah umat
manusia.
Daniel 2:11 Apa yang
diminta tuanku raja adalah terlalu berat, dan tidak ada seorangpun yang dapat
memberitahukannya kepada tuanku raja, selain dari dewa-dewa yang tidak berdiam
di antara manusia."
Nampaknya karya
ini menghasilkan satu konsep bahawa kita akan menguasai suatu sistem yang
melampaui ciptaan fizikal. Hal ini perlu diselidik dengan lebih lanjut lagi
untuk mengembangkan konsep itu.
Daniel 2:44-45
Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu
kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan
beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan
dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya,
45 tepat seperti yang tuanku lihat, bahwa tanpa perbuatan tangan
manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga,
tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah memberitahukan kepada
tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan
maknanya dapat dipercayai."
Nampaknya konsep
meremukkan segala kerajaan ini memasukkan struktur pemerintahan Angkatan
syurgawi dan pengaturan semula struktur itu. Ini, dengan perlunya, bermakna
bahawa ia seharusnya suatu sistem tersusun yang baru. Ia harus memasukkan
bintang-bintang. Dengan penciptaan langit baru dan bumi baru, ia seharusnya
bererti bahawa akan ada cara regulasi tertentu untuk sistem itu. Kita belum
diberitahu sepenuhnya, bagaimana kita akan lakukan itu. Alkitab tidak jelas
tentang apa yang akan kita lakukan dalam Milenium melainkan bahawa kita akan
menjadi penguasa dan berwibawa; bahawa hal-hal ini akan terjadi
(rujukan-rujukan mengenai alam semesta terdapat dalam Daniel 7:27 dan 12:3).
Daniel 7:27 Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran
dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada
orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah
pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada
mereka.
Segala kekuasaan
di bawah semesta langit menunjukkan kepada kita bahawa ia melebihi bumi. Ia
tidak bercakap tentang segala kekuasaan atas bumi; ia bercakap tentang segala
kekuasaan di bawah semesta langit. Oleh kerana tiada lagi pilihan dan oleh
kenyataan hal itu, proses pengaturan semula pemerintahan memberi kita kuasa
mencipta. Hal-hal yang dilakukan oleh elohim di sini dilihat oleh kita agar
kita dapat melaksanakan kebolehan mencipta yang betul secara adil. Sebab kenapa
kita diizinkan untuk melalui semua ini atas bumi ini adalah untuk menyediakan
kita untuk satu tugas di masa depan supaya kita tidak memusnahkannya.
Tiada sebabnya
kenapa kita harus lalui semua ini sekarang melainkan kita disediakan untuk masa
depan. Satu sebab untuk melakukan ini boleh dikatakan adalah supaya kita
perhatikan kembali pada waktu ini dan tidak melakukan penderhakaan lagi.
Ciptaan ini tidak lagi diingati. Hal-hal yang pernah ada di sini tidak lagi
diingati. Namun ianya bukan hanya agar kita tidak menderhaka lagi, kerana kita
tidak akan melihat ke belakang lagi. Kita tidak akan mengingatinya. Jadi mesti
ada sebabnya kenapa kita melalui proses penyempurnaan ini. Ia pastinya untuk
melaksanakan kuasa atas alam semesta teratur pada masa depan. Nampaknya tiada
lagi sebab lain kenapa kita patut hasilkan urutan kehidupan dan pembetulan ini;
mengizinkan jenis kejahatan ini untuk terjadi, melainkan untuk kita
disempurnakan untuk suatu tugas tertentu di masa depan. Ini adalah sekolah latihan.
Kita sedang dilatih untuk sesuatu. Kita hanya dapat melihat gambaran
samar-samar dalam cermin. Apabila kita melihat Tuhan berhadapan muka kita akan
mula faham apa yang harus kita lakukan. Seluruh fungsi ini diringkaskan dalam
Wahyu 22:6.
Wahyu 22:6-15 Lalu
Ia berkata kepadaku: "Perkataan-perkataan ini tepat dan benar, dan Tuhan,
Allah yang memberi roh kepada para nabi, telah mengutus malaikat-Nya untuk
menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya apa yang harus segera terjadi."
Ada seorang
malaikat yang mengabarkan kepada kita pada zaman akhir tidak lama sebelum
kedatangan Mesias, pekabaran tentang apa yang akan terjadi. Inspirasi ini
diberikan kepada kita pada zaman akhir dan Kristus akan segera datang.
7 "Sesungguhnya Aku datang segera.
Berbahagialah orang yang menuruti perkataan-perkataan nubuat kitab ini!" 8
Dan aku, Yohanes, akulah yang telah mendengar dan melihat semuanya itu. Dan
setelah aku mendengar dan melihatnya, aku tersungkur di depan kaki malaikat,
yang telah menunjukkan semuanya itu kepadaku, untuk menyembahnya. 9
Tetapi ia berkata kepadaku: "Jangan berbuat demikian! Aku adalah hamba,
sama seperti engkau dan saudara-saudaramu, para nabi dan semua mereka yang
menuruti segala perkataan kitab ini. Sembahlah Allah!"
Sembahlah Tuhan.
Dialah tumpuan penyembahan. Proses akhirnya adalah dalam penyembahan Tuhan.
10 Lalu ia berkata kepadaku: "Jangan
memeteraikan perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini, sebab waktunya sudah
dekat. 11 Barangsiapa yang berbuat jahat, biarlah ia terus berbuat
jahat; barangsiapa yang cemar, biarlah ia terus cemar; dan barangsiapa yang
benar, biarlah ia terus berbuat kebenaran; barangsiapa yang kudus, biarlah ia
terus menguduskan dirinya!"
Kata-kata ini
tidak dimeteraikan (disembunyikan) dalam kitab ini kerana waktunya sudah
hampir. Kata-kata ini dimaksudkan untuk difahami. Ia bukanlah kitab tertutup.
Kita seharusnya memahaminya.
12 "Sesungguhnya Aku datang segera dan
Aku membawa upah-Ku untuk membalaskan kepada setiap orang menurut perbuatannya.
13 Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian,
Yang Awal dan Yang Akhir." 14 Berbahagialah mereka yang
membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan
masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu. 15 Tetapi
anjing-anjing dan tukang-tukang sihir, orang-orang sundal, orang-orang
pembunuh, penyembah-penyembah berhala dan setiap orang yang mencintai dusta dan
yang melakukannya, tinggal di luar.
Konsep Tuhan
sebagai Alfa dan Omega, mendelegasi tanggungjawabNya, gelaran-gelaran dan wibawaNya,
adalah kepada Kristus dan Angkatan Syurgawi. Dusta diletakkan sebagai dosa yang
sama jahatnya dengan kesalahan-kesalahan paling jahat. Kita tidak boleh
menyesatkan kebenaran dan mewarisi Kerajaan Tuhan. Itulah sebabnya kenapa Tuhan
menghukum para imam dan nabi yang berdusa, kerana mereka berada dalam
kedudukan-kedudukan di mana mereka sepatutnya tidak melakukan itu. Ianya dasar.
Kebenaran adalah yang utama bagi keimamatan dan nubuatan.
Wahyu 22:16-20 "Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku
untuk memberi kesaksian tentang semuanya ini kepadamu bagi jemaat-jemaat. Aku
adalah tunas, yaitu keturunan Daud, bintang timur yang gilang-gemilang." 17
Roh dan pengantin perempuan itu berkata: "Marilah!" Dan barangsiapa
yang mendengarnya, hendaklah ia berkata: "Marilah!" Dan barangsiapa
yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia
mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!
Ini adalah Yesus
Kristus yang mengenalpasti dirinya sebagai malaikat yang membawa pekabaran ini.
18 Aku bersaksi kepada setiap orang yang
mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: "Jika seorang
menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan
kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini. 19
Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab
nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari
kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini." 20 Ia
yang memberi kesaksian tentang semuanya ini, berfirman: "Ya, Aku datang
segera!" Amin, datanglah, Tuhan Yesus!
q