Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[146]
Buah Roh Kudus
(Edisi 2.0 19951104-20000902)
Lanjutan kepada
tajuk Roh Kudus, kita teruskan untuk memperkembangkan lagi konsep-konsep
kedudukan Roh Kudus dan hubungkaitnya dengan Ketuhanan. Melalui pemahaman terhadap
konsep ini, maka kita boleh memahami dengan lebih tepat, melalui penceritaan
alkitab, tujuannya dan selanjutnya hasil akhirnya dalam
umat pilihan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan diedarkan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang diedarkan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel yang kritikal dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Buah Roh Kudus
Lanjutan daripada kertas bertajuk Roh Kudus (No.117)
kita teruskan untuk memperkembangkan lagi konsep-konsep kedudukan Roh Kudus
yang dan hubungkaitnya dengan Ketuhanan. Melalui pemahaman terhadap konsep ini,
maka kita boleh memahami dengan lebih tepat, melalui penceritaan alkitab,
tujuannya dan selanjutnya hasil akhirnya dalam umat
pilihan.
Untuk pemahaman
yang lebih tentang Roh Kudus, seseorang itu haruslah juga memahami Tuhan dan
Yesus, serta hubungkait-hubungkait yang terlibat. Teks ini mempermudahkan,
sebahagiannya, kertas Roh
Kudus ( No. 117). Karangan-karangan telahpun ditulis tentang
siapakah Tuhan dan siapakah Kristus dan semua ini harus dikaji. Secara
ringkasnya, Allah Bapa adalah:
* Allah Mahakuasa di Alam Semesta
Allah adalah Mahakuasa, Pencipta dan Penguasa kepada bumi dan segala benda
yang wujud.(Kej 1:.1; Neh. 9:6; Mazmur 124:8; Yes
40:26,28; 44:24; Kisah Para Rasul 14:15; 17:24-25; Wahyu 14:7).
* Kekal abadi ( 1 Tim 6:16)
* Tuhan Allah Bapa kepada kita, juga Tuhan Allah Bapa kepada Yesus
Kristus.( Yohanes 20:17)
* Allah Maha Tinggi ( Kejadian 14:18; Bil 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7),
dan
* Allah Maha Benar ( Yoh 17:13, Yoh 5:20)
Yesus Anak Allah:
* Adalah yang sulung ( prototokos) dari
segala yang diciptakan. dan
juga permulaan (arche) dari ciptaan Allah.
* satu-satunya Anak Tuhan yang dilahirkan (monogene)
( Mat 3:17, Yoh 1:18, 1 Yoh 4:9) yang dilahirkan oleh perawan Mariam atau Mary
(Maria) melalui kuasa Roh Kudus (Luk 1:25-26)
* adalah Yesus atau Mesias (Mat 16:16, Yoh 1:14)
* diutus oleh Allah sebagai Juruselamat dan
Penebus kita. (Mat 14:13, Yoh 8:42, Ef 1:7, Titus 2:14)
* Digelar sebagai Anak Allah Yang Mahatinggi
(Markus 5:7)
Roh Kudus:
* adalah intisari atau kuasa Allah, yang telah
dijanjikan oleh Yesus kepada umat pilihan. (Yoh 16:7)
* adalah lanjutan kuasa Tuhan yang hidup. Cara
dengan mana kita mengambil bahagian dalam kudrat ilahiNya (2 Pet 1:4 ), dengan
dipenuhi Roh Kudus (Kisah 9:17, Efesus 5:18) dan dengannya semua menjadi
Anak-anak Tuhan (Ayub 38:7, Rom 8:14, Yoh 3:1-2) dan waris-waris bersama dengan
Yesus (Rom. 8:17; Gal. 3:29, Tit. 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yak 2:5; 1Pet.
3:7).
* adalah pemberian daripada Tuhan kepada mereka
yang meminta (Luk 11:9-13) dan menurutNya, dan yang diam di dalam mereka yang
taat kepada hukum-hukumNya (1Yoh. 3:24; Kisah
5:32).
* adalah penghibur yang memimpin hamba-hamba
Tuhan ke dalam segala kebenaran (Yoh 14:16,17,26).
* menganugerahkan kuasa untuk memberi kesaksian
( Kisah 1:8)
* memberikan segala karunia seperti yang
dicatatkan dalam 1 Korintus 12:7-11.
* memiliki buah-buah seperti yang digambarkan
dalam Galatia 5:22-23.
* diberikan tanpa batasan (Yoh 3:34 RSV, Rom
12:6)
* adalah cara dengan mana Tuhan akhirnya menjadi
semua dalam semua (1Kor 15:28; Efe 4:6).
* bekerja sebelum pembaptisan dan menarik kita
kepada Tuhan melalui Kristus (Ibr 7:25)
Ayat-ayat Alkitab
ini haruslah dipelajari dengan penuh penelitian. Tanpa pemahaman yang jelas
tentang Tuhan yang kita sembah, ianya mustahil untuk kita memahami kehendakNya
sepenuhnya. Tanpa memahami kehendak Tuhan, ianya mustahil untuk kita berkenan
pada Tuhan dan menyebabkan kita tidak dapat memasuki Kerajaan Allah pada
kebangkitan pertama nanti. Tujuan Roh Kudus adalah jalan untuk kita memahami
Alkitab, dan dalam Alkitab Tuhan menyatakan rencana-rencana dan
perintah-perintahNya untuk kita.
Tuhan adalah roh
dan telah sentiasa wujud. Allah seorang saja yang kekal abadi (1 Tim 6:16).
Yesus berkata dalam Wahyu 3:14 bahawa dia adalah permulaan dari ciptaan Tuhan.
Kristus merupakan aktiviti pertama penciptaan Tuhan dari penghasilannya dan
kemudiannya segala ciptaan berasal dari dia dan melalui dia. Konsep waktu bermula melalui hubungan antara dua makhluk
tersebut, jadi Yesus adalah permulaan bersama dengan elohim. Penghasilan
elohim memulakan permulaan waktu. Sebelum dunia ini diciptakan, Yesus
bukanlah satu-satunya Anak Tuhan, terdapat ramai lagi yang lain ( Yak 1:6, 2:1,
38:7). Iblis adalah salah satu anak-anak Tuhan. Iblis
beserta anak-anak Tuhan yang lain dibenarkan untuk datang kepada takhta Tuhan
secara berterusan. Alkitab menerangkan dengan cukup jelas bahawa Iblis
hadir dalam bilik takhta Tuhan pada waktu pencubaan Ayub.
Juga
Kristus bukanlah satu-satunya Bintang Fajar; ada banyak lagi yang. Kesemua
mereka adalah anak-anak Allah, oleh dan melalui Roh Kudus (Luk 11:9-13). Roh
Kudus itu adalah kuasa atau intisari Tuhan dan dengannya Tuhan bekerja. Apabila
Kristus berkata bahawa dia ada di dalam Tuhan dan Tuhan ada di dalamnya (Yoh 17:21-23),
melalui Roh Kudus-lah hal ini menjadi nyata. Begitu juga apabila kita menerima
Roh Kudus pada waktu baptisan Tuhan ada di dalam kita dan Kristus ada di dalam
kita, maka Tuhan akan menjadi semua, dalam semua ( Ef 4:4-6).
Adalah
sangat penting untuk kita fahami bahawa hanya ada satu Tuhan dan Bapa kepada
semua.
Langkah-langkah untuk Menerima Roh Kudus
Sebelum
dibaptis, Roh Kudus bekerja di dalam diri kita untuk menarik kita kepada Tuhan
melalui Kristus (Ibr 7:25). Pada pertaubatan dan pembaptisan kita menerima Roh
Kudus di dalam kita, melalui penumpangan tangan oleh salah seorang pendeta
Tuhan. Penumpangan tangan ini dengan sendirian tidak memberikan sebarang
kekuasaan. Proses ini hanya menandakan bahawa seorang pendeta Jemaat mensahkan
permintaan individu tersebut untuk menerima Roh Kudus. Penatua jemaat tidak
mempunyai kuasa dengan sendirinya. Mereka cuma meminta untuk Roh Kudus bekerja.
Roh Kudus kemudiannya memberi kuasa kepada individu tersebut. Ini ialah permulaan sebenar bagi
latihan kita. Pemahamannya hanyalah bahawa kita layak melalui Baptisan dan
menerima Roh Kudus untuk memulakan latihan. Kita diberikan perlengkapan perang yang permulaan
dengan apa kita menjadi tentera Tuhan. Dalam erti kata lain, kita diberikan
senapang atau satu sistem yang kita mampu gunakan. Ramai orang terutamanya pada
abad kedua puluh tersalah anggap khususnya bahawa apabila seseorang itu
dibaptis dan memasuki Jemaat maka keselamatan mereka sudah terjamin. Mereka
berfikiran bahawa mereka tidak perlu melakukan apa-apa lagi selepas itu. Malah
sesetengahnya tidak digalakkan untuk belajar dan menguji segala sesuatu. Ini
bukanlah hakikat yang sebenar seperti yang kita ketahui sekarang ini. Kita
menerima Kerajaan Tuhan melalui Roh Kudus oleh rahmat dan bukan oleh merit atau
pekerjaan kita. Walau bagaimanapun, kita tidak
akan dapat mengekalkan Kerajaan Tuhan itu tanpa usaha dan pekerjaan kita
melalui penurutan. Ini merupakan perbezaan kritikal dan kebanyakannya
disalahfaham. Dari saat ini kita diminta untuk mengkaji Alkitab dan mempelajari
segala yang kita mampu. Yesus berkata bahawa makanan dan minuman baginya adalah
melaksanakan kehendak Tuhan dan menyelesaikan pekerjaanNya (Yoh 4:34), jadi
demikian jugalah dengan kita. Yesus juga berkata bahawa kita mesti hidup
menurut setiap firman Tuhan (Mat 4:4). Maka Alkitab itu adalah buku teks kita,
firman yang hidup, yang hanya boleh difahami melalui Roh Kudus.
Roh
Kudus memimpin kita ke dalam segala kebenaran (Yoh 14:17, 16:13, 1Yoh 4:6,
5:6), dan dengan berbicara benar dalam segala perkara agar kita bertumbuh lebih
seperti Kristus, iaitu teladan dan pemimpin kita dalam segala sesuatu. Roh
Kudus ialah Roh Tuhan (Rom 8:14) dan juga Roh iman (2 Kor 4:13) yang
menyelidiki segala sesuatu dan mengetahui segala sesuatu (1 Kor 2:10-11, 12:3
dan selanjutnya) dan ia merupakan cara dengan mana kita menjadi anak-anak Tuhan
(iaitu elohim). Melalui Yesus Kristus, pengantara kita, ia mengizinkan Kristus
membantu, mengajar dan menghibur kita, membolehkan kita mengerjakan kuasa
Tuhan, memberi kita karunia-karunia Roh (Gal 5:22-23). Melalui Roh Kudus, kita
disatukan bersama-sama di mana setiap orang mempunyai sifat dan kebolehan
tersendiri yang digunakan untuk
melakukan pekerjaanNya, yang kita tidak dapat lakukan dengan berkesan seorang
diri (1 Kor 12:7-31). Kita dibaptiskan ke dalam Tubuh Yesus Kristus (Yesus
sebagai kepala kepada tubuh) dan bukannya ke dalam mazhab atau denominasi.
Yesus adalah kepala dan kita adalah tubuhnya. Roh Kudus adalah darah yang
memelihara hidup tubuh dan kepala tersebut dan mengekalkan fungsinya sebagai
satu paduan. Sebagaimana Israel mengikuti tiang api dan awan (Malaikat Yahovah
atau Yehovah) itu dalam padang gurun, demikian juga dengan kita yang harus
mengikut Yesus ke mana saja dia memimpin kita. Dia juga adalah elohim yang
memimpin kita (Zak 12:8). Sekiranya jemaat yang kita anggotai tidak mengajar
sesuai dengan hukum taurat dan kitab para nabi, maka Kristus tidak ada di situ
dan kita bertanggungjawab untuk mencari dia dan mengikut hanya dia sahaja. Kita dipanggil keluar dari dunia ini kepada
kehidupan pelayanan dan kebaktian. Ramai yang dipanggil tetapi sedikit yang
dipilih (Mat 20:16, 22: 14). Hanya umat pilihan (mereka yang memelihara semua hukum-hukum Tuhan) yang dipilih
sebagaimana Yesus adalah pilihan Tuhan (Luk 23:35).
Umat
pilihan dipilih oleh Yesus (Yoh 6:70, 15:16,19) mengikut perintah Tuhan (1Pet
2:4). Jadi Tuhan menyerahkan kita
kepada Kristus dan selanjutnya kita diberikan rahsia-rahsia Tuhan dan
kerajaanNya (Markus 4:11).
Roh
itulah yang menyatakan kehendak Tuhan, dan sebagai mekanisme untuk kita
berbicara dengan Tuhan dalam doa melalui Kristus. Ia membuka pemahaman kita
kepada Firman Allah, dan melalui iman ia membolehkan kita menjadi elohim
seperti Kristus yang mengepalai kita (Zakharia 12:8).
Buah-Buah
Roh Kudus
Roh bukan satu entiti sebagaimana yang dicadangkan oleh sesetengah orang yang menyertai Kekristianan. Sebaik saja kita berkata bahawa Roh Suci adalah oknum ketiga dalam Ketuhanan, kita menyangkal pekerjaannya dalam diri kita. Entah bagaimana kita memisahkannya dari Tuhan dan meletakkan diri kita dalam peranan subordinat atau lebih rendah dari Yesus Kristus sehingga kita berbeza dari dan tidak akan dapat mencapai kedudukan sebagai anak Tuhan, dan ini tidak betul. Roh Kudus itu adalah kuasa dan satu sifat Tuhan yang memberi kuasa. Tuhan memberikan kita Roh SuciNya supaya kita boleh mengambil bahagian dalam kudrat keilahianNya (2Pet 1:3-4).
Peter berkata bahawa:
2Petrus 1:3-4
Karena kuasa ilahi-Nya telah menganugerahkan kepada kita segala sesuatu
yang berguna untuk hidup yang saleh oleh pengenalan kita akan Dia, yang telah
memanggil kita oleh kuasa-Nya yang mulia dan ajaib. 4 Dengan jalan
itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang
sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kudrat ilahi,
dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia. (RSV)
Oleh kerana itu, Tuhan dengan kuasa-Nya yang mulia dan ajaib memanggil kita mengambil bahagian di dalam kekudusanNya supaya kita mengenalNya. Roh Kudus itu membolehkan kita mengambil bahagian dalam semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan keilahian. Dalam masa yang sama, Roh Kudus itulah yang telah memberikan Kristus sifat keilahianNya. Roh kudus itu juga membolehkan kita bekerja di dalam diri kita. Oleh kerana itu buah-buah Roh Kudus haruslah dihasilkan. Buah-buah tersebut adalah yang sesuai dengan pertobatan (Lukas 3:8). Inilah buah-buahnya, iaitu buah kebenaran (Filipi 1:11). Seperti kata rasul Paulus, seorang atlit tidak akan dianugerahkan dengan mahkota kemenangan kecuali dia bertanding mengikut peraturan. Terdapat peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk pengekalan Roh Kudus. Kita tidak akan dapat memperolehi mahkota kita melainkan kita menuruti peraturan-peraturan tersebut.
2Timotius 1:6-14 Karena itulah kuperingatkan engkau untuk mengobarkan karunia Allah yang ada padamu oleh penumpangan tanganku atasmu. 7 Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban. 8 Jadi janganlah malu bersaksi tentang Tuhan kita dan janganlah malu karena aku, seorang hukuman karena Dia, melainkan ikutlah menderita bagi Injil-Nya oleh kekuatan Allah. 9 Dialah yang menyelamatkan kita dan memanggil kita dengan panggilan kudus, bukan berdasarkan perbuatan kita, melainkan berdasarkan maksud dan kasih karunia-Nya sendiri, yang telah dikaruniakan kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman.
Maksudnya di sini ialah Tuhan memanggil
kita ke dalam Kerajaan Tuhan kerana
kehendakNya sendiri dan bukan kerana siapa diri kita. Kita dipanggil untuk
bekerja. Tuhan memasukkan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Caranya kita melaksanakan bahagian kita dan cara kita
mencapai kebangkitan pertama itu, adalah dengan bekerja sebaik saja kita
dipanggil dan dianugerahkan Roh Kudus. Tetapi juga perlu untuk
menghasilkan buah-buah kebenaran di dalam Roh Kudus dengan memelihara
hukum-hukum Allah dan kesaksian akan iman Yesus Kristus. Itulah yang akan
memberi kelayakan kepada kita. Rahmat Tuhan telah diberikan kepada Yesus
Kristus. Dia sendirinya tidak memiliki rahmat Tuhan
pada hakikatnya.
10 dan yang sekarang dinyatakan oleh kedatangan Juruselamat kita Yesus Kristus, yang oleh Injil telah mematahkan kuasa maut dan mendatangkan hidup yang tidak dapat binasa.
Hanya Allah yang kekal abadi tetapi Kristus melalui perbuatannya, telah berjaya mengalahkan kuasa maut dan mendatangkan hidup yang tidak binasa. Kerana Kristus kita layak memperolehi kehidupan kekal. Kristus telah layak dan dia kemudiannya dianugerahkan kehidupan kekal, dan itu selanjutnya disalurkan kepada kita.
11 Untuk Injil inilah aku telah ditetapkan sebagai pemberita, sebagai rasul dan sebagai guru. 12 Itulah sebabnya aku menderita semuanya ini, tetapi aku tidak malu; karena aku tahu kepada siapa aku percaya dan aku yakin bahwa Dia berkuasa memeliharakan apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku hingga pada hari Tuhan.
Dalam ertikata lain, Roh Kudus menjaga segala rahsia Tuhan hingga tibanya Hari Tuhan. Apa yang telah dipercayakan kepada Paulus tidak akan binasa. Ia akan dipelihara oleh Roh Kudus dan ia telah dikunci di dalam Alkitab. Tiada sesiapa yang akan dapat memusnahkan Alkitab. Ia adalah perintah Tuhan. Ilham dari firman Tuhan adalah seperti berikut:
13 Peganglah segala
sesuatu yang telah engkau dengar dari padaku sebagai contoh ajaran yang sehat
dan lakukanlah itu dalam iman dan kasih dalam Kristus Yesus. 14
Peliharalah harta yang indah, yang telah dipercayakan-Nya kepada kita, oleh Roh
Kudus yang diam di dalam kita. (RSV)
Dengan itu, buah Roh Kudus yang pertama adalah pemeliharaan kebenaran tersebut, dan itu adalah tujuan dan objektif utamanya. Roh Kudus adalah kuasa, kasih dan penguasaan diri. Bukti buah-buah Roh Kudus di dalam ayat ini diberikan untuk tujuan misi utama umat pilihan iaitu penjagaan terhadap kebenaran sebagai aspek kemuliaan yang pertama. Satu lagi buah Roh Kudus ialah belas kasihan, yang mana kita akan melihatnya dengan lebih lanjut kemudian nanti (Yakobus 3:17). Umat pilihan menyembah Bapa di dalam Roh dan Kebenaran (Yohanes 4: 23-24). Kebenaran adalah yang terutama dalam penyembahan kita terhadap Allah. Kita tidak akan dapat menyembah Allah melainkan dalam Roh Kudus dan kebenaran. Roh Kudus adalah alat untuk kita menjaga kebenaran tersebut. Buah yang terutama adalah kemampuan kita untuk terlebih dahulu berbakti kepada Allah yang Maha Esa. Keupayaan Roh Kudus untuk memperlihatkan buah-buah ini ini adalah bergantung pada keupayaan untuk menyembah Allah Bapa. Oleh itu, pemeliharaan terhadap kebenaran adalah pemeliharaan terhadap kemampuan kita untuk bekerja dan berbakti. Kesaksian Roh Kudus dan para rasul serta umat pilihan juga adalah benar. (Yohanes 5:33). Hanya kebenaran sahaja yang akan melepaskan kita. (Yohanes 8:32). Iblis telah gagal kerana tidak berdiam dalam kebenaran (Yohanes 8:44).
Yohanes 8:31-47 Maka kata-Nya kepada orang-orang Yahudi yang percaya kepada-Nya: "Jikalau kamu tetap dalam firman-Ku, kamu benar-benar adalah murid-Ku. 32 dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu." 33 Jawab mereka: "Kami adalah keturunan Abraham dan tidak pernah menjadi hamba siapapun. Bagaimana Engkau dapat berkata: Kamu akan merdeka?" 34 Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya setiap orang yang berbuat dosa, adalah hamba dosa. 35 Dan hamba tidak tetap tinggal dalam rumah, tetapi anak tetap tinggal dalam rumah. 36 Jadi apabila Anak itu memerdekakan kamu, kamupun benar-benar merdeka." 37 "Aku tahu, bahwa kamu adalah keturunan Abraham, tetapi kamu berusaha untuk membunuh Aku karena firman-Ku tidak beroleh tempat di dalam kamu. 38 Apa yang Kulihat pada Bapa, itulah yang Kukatakan, dan demikian juga kamu perbuat tentang apa yang kamu dengar dari bapamu 39 Jawab mereka kepada-Nya: "Bapa kami ialah Abraham." Kata Yesus kepada mereka: "Jikalau sekiranya kamu anak-anak Abraham, tentulah kamu mengerjakan pekerjaan yang dikerjakan oleh Abraham. 40 Tetapi yang kamu kerjakan ialah berusaha membunuh Aku; Aku, seorang yang mengatakan kebenaran kepadamu, yaitu kebenaran yang Kudengar dari Allah; pekerjaan yang demikian tidak dikerjakan oleh Abraham. 41 Kamu mengerjakan pekerjaan bapamu sendiri." Jawab mereka: "Kami tidak dilahirkan dari zinah. Bapa kami satu, yaitu Allah." 42 Kata Yesus kepada mereka: "Jikalau Allah adalah Bapamu, kamu akan mengasihi Aku, sebab Aku keluar dan datang dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, melainkan Dialah yang mengutus Aku. 43 Apakah sebabnya kamu tidak mengerti bahasa-Ku? Sebab kamu tidak dapat menangkap firman-Ku. 44 Iblislah yang menjadi bapamu dan kamu ingin melakukan keinginan-keinginan bapamu. Ia adalah pembunuh manusia sejak semula dan tidak hidup dalam kebenaran, sebab di dalam dia tidak ada kebenaran. Apabila ia berkata dusta, ia berkata atas kehendaknya sendiri, sebab ia adalah pendusta dan bapa segala dusta. 45 Tetapi karena Aku mengatakan kebenaran kepadamu, kamu tidak percaya kepada-Ku. 46 Siapakah di antaramu yang membuktikan bahwa Aku berbuat dosa? Apabila Aku mengatakan kebenaran, mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku? 47 Barangsiapa berasal dari Allah, ia mendengarkan firman Allah; itulah sebabnya kamu tidak mendengarkannya, karena kamu tidak berasal dari Allah." (RSV)
Dunia telah menolak kebenaran Tuhan. Mereka telah membunuh Kristus dan ingin membunuh murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Hal ini terjadi kerana keinginan daging adalah permusuhan terhadap Tuhan (Roma 8:7)
Roma 8:1-8 Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus. 2 Roh, yang memberi hidup telah memerdekakan kamu dalam Kristus dari hukum dosa dan hukum maut. 3 Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah. Dengan jalan mengutus Anak-Nya sendiri dalam daging, yang serupa dengan daging yang dikuasai dosa karena dosa, Ia telah menjatuhkan hukuman atas dosa di dalam daging, 4 supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam kita, yang tidak hidup menurut daging, tetapi menurut Roh. 5 Sebab mereka yang hidup menurut daging, memikirkan hal-hal yang dari daging; mereka yang hidup menurut Roh, memikirkan hal-hal yang dari Roh. 6 Karena keinginan daging adalah maut, tetapi keinginan Roh adalah hidup dan damai sejahtera. 7 Sebab keinginan daging adalah perseteruan terhadap Allah, karena ia tidak takluk kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin baginya. 8 Mereka yang hidup dalam daging, tidak mungkin berkenan kepada Allah. (RSV)
Hukum dilemahkan oleh keinginan daging. Hukum hanya boleh dituruti melalui Roh Kudus. Oleh itu Roh Kudus bukan melemahkan hukum tetapi menguatkannya. Hukum dipelihara dalam roh dan dalam kebenaran. Menetapkan fikiran pada Roh adalah kehidupan dan damai sejahtera. Maka pemikiran yang ditumpukan pada hal-hal fizikal adalah perseteruan terhadap Allah dan hukumNya. Pemikiran fizikal yang belum percaya boleh dikenalpasti oleh pernyataan mereka bahawa hukum-hukum Tuhan tidak perlu dipelihara. Agama-agama palsu dunia ini cuba mencari jalan untuk menghapuskan tujuan dan kuasa hukum tersebut.
Namun murka Allah nyata dari surga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman. (Roma 1:18)
Rasul Paulus telah menerangkan bahawa orang-orang ini tidak memelihara kebenaran dan mereka silap tentang Ketuhanan. Sifat Tuhan merupakan dasar kesilapan dalam Jemaat Rom dan di situlah tempatnya doktrin ini tersimpan. Mereka telah meniadakan Sabat dan mengambil masuk struktur Modalist. Tekanan sistem Rom terhadap orang Yunani inilah yang telah meninggikan Kristus hingga setaraf dengan Allah dan merekalah yang mencipta proses keberhalaan ini.
Seluruh Roma pasal 1 ditujukan untuk melawan agama palsu yang cuba menyerang prinsip Ketuhanan dan mengubah kebenaran Tuhan. Oleh kerana itu mereka diserahkan kepada hawa nafsu yang tidak wajar. (Roma 1:25-27). Bidaah ini telah menjadi sesuatu yang lazim di Rom.
Kita tahu bahawa Bapa adalah benar dan memberikan kita kuasa melalui Roh kebenaran ( Yohanes 14:17; 15:26; 16:13). Roh kebenaran memimpin kita ke dalam segala kebenaran. (Yohanes 16:13). Kita dikuduskan di dalam kebenaran (Yohanes 17:17-19). Kristus memberikan kesaksian tentang kebenaran dan setiap orang yang berasal dari kebenaran akan mendengar suaranya (Yohanes 18:37).
Jika seseorang itu bukan berasal dari kebenaran maka mereka berdusta dan seorang pendusta tidak akan dibenarkan memasuki Kerajaan Allah (Wahyu 21:8). Semua manusia adalah pendusta (Mazmur 116:11). Oleh kerana itu kita dipanggil supaya bertaubat daripada kebodohan ini. Oleh kerana itu, ianya amat penting untuk kita berpegang teguh kepada kebenaran dan menbangunkan segala rahsia Tuhan, dari dorongan kebenaran itu. Kebenaran bukanlah perkara kosong semata-mata. Segala perbuatan kita harus dibimbing oleh kebenaran itu. Sekiranya kita tidak terdorong oleh kelogikan pembacaan kita dalam Alkitab, maka kita bukan dari kebenaran.
Kita semua telah berdosa namun pertaubatan adalah syarat untuk mengekalkan Roh Kudus. Untuk mengenali Tuhan kita harus memelihara hukum-hukumnya atau kita berdusta dan kebenaran tidak ada di dalam diri kita.
1Yohanes 2:4-5 Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. (RSV)
Dengan itu pemeliharaan perintah-perintah itu adalah perlu untuk terus mengekalkan kebenaran itu dan kerana itu merupakan objektif pertama Roh Kudus. Roh Kudus memerlukan tindakan dari pemahaman terhadap kebenaran ini. Oleh itu mempelajari firman Tuhan namun tidak terdorong untuk bertindak kerana kebenaran itu adalah tanda seorang penggemar agama. Seorang penggemar agama adalah seorang yang mendengar firman Tuhan tetapi tidak terkesan olehnya, dan sebaliknya menganggapnya sebagai latihan akademik semata-mata. Kristus sedang bekerja di serata dunia ini. Kita semua mempunyai kewajipan untuk mengenalpasti apakah yang berasal dari Roh kebenaran dan bekerja untuk kebenaran itu.
Kita mesti bertemu dan bekerjasama untuk menyokong pekerjaan Tuhan. Pekerjaan ini dikenalpasti oleh kebenaran. Setiap kita harus bertanyakan soalan utama ini: Adakah Kristus akan bersetuju dengan apa yang saya lakukan dan adakah saya melakukan yang terbaik untuk menyebarkan injil Kerajaan Tuhan? Jika kita tidak menyokong pekerjaan yang telah kita kenalpasti sebagai yang paling menyerupai kebenaran, maka kita berada di ambang bahaya untuk bertukar menjadi penggemar agama dan kita tidak akan memasuki Kerajaan Tuhan.
Buah Roh Kudus seterusnya ialah Kasih
Keseluruhan konsep tentang pelanggaran hukum dan penebusan dosa telah pun dibayangkan di dalam kitab Perjanjian Lama. Tanpa penebusan maka tidak ada penerimaan Roh Kudus. Rencana penebusan ini harus datang dari angkatan malaikat seperti yang kita perhatikan dalam Ayub 33:19-30.
Ayub 33:19-30 Dengan penderitaan ia ditegur di tempat tidurnya, dan berkobar terus-menerus bentrokan dalam tulang-tulangnya; 20 perutnya bosan makanan, hilang nafsunya untuk makanan yang lezat-lezat; 21 susutlah agingnya, sehingga tidak kelihatan lagi, tulang-tulangnya, yang mula-mula tidak tampak, menonjol ke luar, 22 sampai nyawanya menghampiri liang kubur, dan hidupnya mendekati mereka yang membawa maut. 23 Jikalau di sampingnya ada malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman: Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah Kuperoleh. 25 Tubuhnya mengalami kesegaran seorang pemuda, ia seperti pada masa mudanya. 26 Ia berdoa kepada Allah, dan Allah berkenan menerimanya; ia akan memandang wajah-Nya dengan bersorak-sorai, dan Allah mengembalikan kebenaran kepada manusia. 27 Ia akan bernyanyi di depan orang: Aku telah berbuat dosa, dan yang lurus telah kubengkokkan, tetapi hal itu tidak dibalaskan kepadaku. 28 Ia telah membebaskan nyawaku dari jalan ke liang kubur, dan hidupku akan melihat terang. 29 Sesungguhnya, semuanya ini dilakukan Allah dua, tiga kali terhadap manusia: 30 mengembalikan nyawanya dari liang kubur, sehingga ia diterangi oleh cahaya hidup. (RSV)
Pengantara bagi manusia
ialah malaikat, satu di antara seribu.
Ini menandakan seorang yang berasal dari pemerintahan pusat. Pengantara yang
memberikan nyawa dan kuasanya ialah Kristus. Rencana penebusan dan penurunan
darjat ini telah dinyatakan di dalam buku Ayub. Ini menjadi tindakan kasih
agung yang kedua dan menunjukkan buah Roh Kudus di dalam pelaksanaan Rencana
Tuhan. Tindakan kasih terbesar yang pertama adalah penciptaan elohim atau bene elohim, Anak-anak Tuhan, oleh Tuhan untuk menyalin semula
diriNya. Salah satu daripadanya harus mati untuk menyelamatkan umat manusia dan
mendamaikan Angkatan Syurgawi kepada Tuhan.
Rencana keselamatan
umat manusia sedang berlangsung dan di sini kita lihat ianya tidak tertumpu
kepada satu peristiwa sahaja. Kita perhatikan bahawa penebusan berlaku dua
atau tiga kali. Maka Tuhan menerima kelemahan manusia melalui penebusan
Angkatan Syurgawi. Pengantara tersebut ialah Mesias yang bertindak
dalam kasih Tuhan dan kasih saudara-saudaranya.
Seluruh persoalan kasih
ini bersandar pada kasih Tuhan sebagai perintah besar yang pertama. Oleh
itu empat perintah pertama dari hukum bersepuluh, adalah kunci yang perlu
kepada pemahaman tentang kasih umat manusia. Maka kebenaran adalah perlu bukan
saja untuk memahami iman itu, tetapi juga untuk memahami diri Tuhan sendiri dan
dengan itu juga pengekalan Roh Kudus. Mengakui Yesus Kristus sebagai Tuhan
tidak mencukupi. Melainkan kita melakukan kehendak Bapa yang di surga maka kita
akan dapat memasuki Kerajaan Tuhan (Mat 7:21). Kalau kita melakukan kehendak
Bapa maka kita akan kekal hidup selama-lamanya (1Yoh 2:17). Inilah orang-orang
kudus. Ini adalah mereka yang memelihara hukum-hukum Allah dan memiliki
kesaksian Yesus Mesias (Wahyu 12:17). Kumpulan 144,000 ini tiada dusta dalam
mulut mereka (Wahyu 14:5). Mereka dan umat pilihan membentuk orang-orang kudus
yang memelihara hukum-hukum Tuhan dan iman Yesus (Wahyu 14:12). Mereka yang
membasuh jubahnya (RSV) (Memelihara perintah-perintah Tuhan KJV) mempunyai hak
(atau kuasa) atas Pohon Kehidupan dan kemasukan ke dalam Kota Tuhan. Di luar,
antara yang lain, adalah mereka yang menyukai dan melakukan kepalsuan (Wahyu
22:14-15).
Kota Tuhan adalah kota
rohani. Gambaran kota ini melambangkan buah-buah dan pekerjaan Roh di dalam
Angkatan Syurgawi. Batu-batu permata dan logam menggambarkan
ciri-ciri Roh Kudus. Mutiara-mutiaranya adalah yang paling berharga yang dijaga
oleh dua belas hakim Israel. Maka hikmat Roh Kudus, yang terbit dari kebenaran,
adalah yang terutama dalam kemasukan ke dalam Kota Tuhan (lihat Wahyu 21:10
hingga Wahyu 22:5 dan karya Kota Tuhan (No. 180)).
Hasil kasih melalui Roh
Kudus mempunyai banyak hasil sampingan yang mengenalpastinya.
1Korintus 13:1-13 Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak memepunyai kasih, aku sama dengan gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.
Di sini pengakuan iman
saja tidak mencukupi. Ianya tidak cukup untuk memanggil Kristus Tuhan. Ia harus
disertai dengan perbuatan. Perbuatan kita menunjukkan iman kita (Yak 2:18).
Iman tanpa perbuatan adalah mati (Yak 2:26). Dengan perbuatan iman menjadi sempurna
(Yak 2:20,22). Perbuatan-perbuatan yang menyempurnakan iman itu adalah
berdasarkan kasih.
2 Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna. 3 Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku.
Maka iman yang maha
mengetahui dan mampu menggerakkan gunung tetap tidak berguna di sini. Malah
menyerahkan nyawa sendiri kerana alasan-alasan yang salah, dan yang tidak
berdasarkan kasih tetapi kepentingan sendiri, adalah tidak berguna.
4 Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. 6 Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. 7 Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.
Kesabaran dan kemurahan
hati yang diteladani melalui Roh Kudus tidak akan menunjukkan kesombongan atau
kekasaran terhadap orang lain. Tuhan bekerja di dalam diri kita melalui Roh
Kudus. Orang lain akan melihat Tuhan di dalam diri kita melalui pebuatan kita malah mereka juga akan
mendapat ilham tentang apa yang Tuhan inginkan di dalam diri mereka sendiri.
Jadi dunia secara keseluruhannya dihakimi melalui perbuatan-perbuatan Roh Kudus
di dalam diri kita dan secara
ringkasnya juga melalui kasih Allah. Kasih dalam konteks Roh Kudus hendaklah
serupa dengan kasih yang dapat mencerminkan Tuhan. Kasih bukanlah mementingkan
diri sendiri. Kasih tidak berasa jengkel dan tidak membenci orang lain. Untuk
memperlihatkan ciri-ciri kesabaran dan kemurahan hati ini memerlukan kita untuk menghormati orang lain
sepenuhnya.
Sebaliknya, ciri-ciri
negatif seperti kesombongan, kekasaran, kejengkelan dan benci tidak
mencerminkan kasih tersebut. Konsep bersukacita kerana
kebenaran adalah jenis di mana kita bersukacita apabila sahabat kita berjaya
melakukan sesuatu dengan baik. Begitu juga dengan umat percaya yang dapat
menunjukkan kesukaannya apabila seorang lain mendapat kejayaan. Apabila
seseorang bertaubat maka akan ada sukacita di surga; jadi kita juga harus
begitu. Atas sebab ini kita menanggung semua perkara, berharap dan percaya terhadap
segala perkara. Kita menanggung segala sesuatu demi kemuliaan Tuhan yang lebih
agung itu kerana kita dipersembahkan kepada Tuhan dan sesama kita dalam kasih.
Sekiranya kita tidak mengasihi sesama kita yang selalu kita lihat, maka
bagaimana pula kita dapat mengasihi Tuhan yang kita tidak pernah lihat.
Tunjukkan dengan keadaan yang satu tentang kemungkinan dan realiti keadaan yang
satu lagi. Dengan kasih layanilah sesama sendiri dan kasihilah sesama manusia
seperti dirimu sendiri (Gal 5:13-14). Kasihilah juga kebenaran dan selamatkan
dirimu (2 Tes 2:10).
8 Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap. 9 Sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna. 10 Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap. 11 Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu. 12 Karena sekarang kita melihat dalam cermin suatu gambaran yang samar-samar, tetapi nanti kita akan melihat muka dengan muka. Sekarang aku hanya mengenal dengan tidak sempurna, tetapi nanti aku akan mengenal dengan sempurna, seperti aku sendiri dikenal. 13 Demikianlah tinggal ketiga hal ini, yaitu iman, pengharapan dan kasih, dan yang paling besar di antaranya ialah kasih. (RSV)
Kasih kita yang tidak
henti-henti untuk Tuhan adalah setaraf dengan anugerah kehidupan kekal. Sebab
tanpa penerusan yang satu maka yang satu lagi juga tidak akan berterusan.
Konsep nubuatan yang berakhir berhubung rapat dengan pengetahuan dan penyatuan
yang sempurna, yang datang dari penyertaan dalam Roh Kudus. Daripada aspek ini
kita mengambil bahagian di dalam Peramalan Ilahi. Demikianlah
pengetahuan terdahulu yang sempurna akan dikongsikan sepenuhnya oleh umat
pilihan dengan Tuhan. Maka dari segi ini nubuatan akan berakhir. Hubungan
sempurna yang datang dari kudrat ilahi menjadikan bahasa dan pertuturan tidak
relevan lagi. Kita akan diberikan satu bahasa yang baru. Segala bahasa akan
berakhir kerana kita akan diberikan
satu bahasa yang akan digunakan untuk berhubung dan ini akan berada dalam alam
rohani. Semua bahasa akan berakhir tetapi kasih Allah akan menjadi yang
terutama kepada bakal diri kita nanti setelah segala nubuatan, pengetahuan dan
bahasa berakhir. Pengetahuan sempurna akan menghapuskan konsep tidak mengetahui
dan kerana itu pengetahuan sebagai satu istilah, yang juga membayangkan
ketiadaannya, juga akan berakhir. Kita akan mengenal seperti mana kita dikenali
(1 Kor 13:12). Pengetahuan dan pemahaman kita tidak sempurna dan tidak
matang. Pada kebangkitan pertama nanti
kita akan dapat melihat Tuhan muka dengan muka nanti dalam keadaan yang rohani.
Alam rohani akan dinyatakan dengan seluruh kuasanya. Ini hanya akan dapat
dilihat dan dikongsikan dalam kasih. Tanpa kasih individu tersebut akan
ditempatkan pada kebangkitan kedua untuk mempelajari semula dan melatih semula
agar ia layak untuk mengambil bahagian.
Maka pengertian
sempurna bersandar pada kasih Tuhan. Melalui Roh Kudus kita dapat mengembangkan
kasih yang sejati dan sempurna yang dituntut dari kita. Kasih ini ditunjukkan
oleh iman dalam kesukaran. Demikianlah aspek-aspek iman, pengharapan dan kasih
merupakan aspek-aspek Roh Kudus yang saling berhubungan namun kasih adalah yang
teragung antara aspek-aspek ini.
Galatia 5:22-23 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu.(RSV dan KJV)
Galatians 5:22-23 But
the fruit of the Spirit is love, joy, peace, patience, kindness, goodness,
faithfulness, 23 gentleness, self-control; against such there is no
law. (RSV)
Galatians 5:22-23 But the fruit of the Spirit is love, joy,
peace, longsuffering, gentleness, goodness, faith, 23 Meekness,
temperance: against such there is no law. (KJV)
Dari kasih adalah siri buah-buah Roh Kudus yang seterusnya.
Sukacita
Sukacita lahir dari pencapaian suatu aspek Rencana Tuhan, yang dialami oleh individu berkenaan, sama ada oleh hubungan dengan Tuhan, atau melalui pencapaian seseorang individu yang berhubungan dengan Tuhan. Hanya melalui kasih saja barulah sukacita sejati dapat dialami. Sukacita yang datang pemuasan diri sendiri adalah bersifat sementara kerana ia adalah sukacita fizikal.
Kedamaian adalah hasil daripada hubungan
sempurna yang lahir dari kasih Tuhan, dan pengharapan
serta iman yang disandarkan kepada Dia. Dari
kasih Tuhan kita mengalami kasih sesama sendiri yang merupakan Perintah
Terutama yang kedua.
Damai sejahtera yang
agung adalah milik mereka yang mengasihi Tuhan. Allah adalah Tuhan damai
sejahtera (Rom 16:20, Fil 4:9). Tuhan memanggil kita untuk hidup dalam
kedamaian (1 Kor 7:15) Dia yang menghukum si Iblis; kita tidak perlu
melakukannya. Keinginan Roh adalah kehidupan dan damai sejahtera (Rom 8:6).
Damai sejahtera itu datangnya daripada Allah Bapa kita (Rom.1:7; 1Kor.1:3; Gal.1:3; Kol. 1:2;
1Tes.1:1; 2Tes.1:2; Tit. 1:4; Filemon 3). Dengan itu mereka yang tidak
mentaati Tuhan tidak akan dapat mencapai damai sejahtera. Damai sejahtera
bersandar pada penurutan. Tiada damai
bagi orang-orang fasik itu, firman
Allahku (Yes 57:21). Sebab itulah damai sejahtera yang tidak bersandarkan
firman Tuhan akan gagal. Mereka menyatakan damai sejahtera, tetapi malapetaka
diturunkan kepada mereka tanpa diduga. Teks Yesaya 57:19-21 adalah
berhubungkait dengan keseluruhan persoalan Berkat
dan Kutukan dalam Ulangan 28, (lihat tajuk Berkat dan Kutukan (No 75)).
Yesaya 57:19-21 Aku akan menciptakan puji-pujian. Damai, damai sejahtera bagi mereka yang jauh dan bagi mereka yang dekat--firman TUHAN--Aku akan menyembuhkan dia! 20 Tetapi orang-orang fasik adalah seperti laut yang berombak-ombak sebab tidak dapat tetap tenang, dan arusnya menimbulkan sampah dan lumpur. 21 Tiada damai bagi orang-orang fasik itu," firman Allahku. (RSV)
Kita juga dipanggil
untuk hidup dengan damai sejahtera dalam perkahwinan. Sementara pasangan kita sudi untuk untuk hidup
bersama-sama, kita harus menumpukan perhatian untuk mewujudkan suasana aman
damai di dalam rumahtangga kita. Lazimnya ini sangat sukar namun tiada
pencubaan yang tidak dapat kita tanggung atau dari mana Tuhan tidak dapat
lepaskan kita.
Kesabaran adalah amat penting untuk menghasilkan buah Roh Kudus. Yesus menerangkan masalah ini dalam perumpamaan tentang seorang Penabur.
Luk 8:15-18 Yang jatuh di tanah yang baik itu ialah orang, yang setelah mendengar firman itu, menyimpannya dalam hati yang baik dan mengeluarkan buah dalam ketekunan." 16 "Tidak ada orang yang menyalakan pelita lalu menutupinya dengan tempayan atau menempatkannya di bawah tempat tidur, tetapi ia menempatkannya di atas kaki dian, supaya semua orang yang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya. 17 Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan, dan tidak ada sesuatu yang rahasia yang tidak akan diketahui dan diumumkan. 18 Karena itu, perhatikanlah cara kamu mendengar. Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, dari padanya akan diambil, juga apa yang ia anggap ada padanya." (RSV)
Apa yang dimaksudkan di sini ialah selagi kita bekerja dan belajar besama-sama dengan Roh kudus maka selagi itulah kita berkelimpahan. Sebaliknya, jika kita tidak bekerja, belajar dan membangun bersama-sama dengan Roh Kudus maka kita akan berkekurangan. Ia akan hilang begitu saja dari kita. Jadi kita mesti berdoa, belajar dan berpuasa serta bekerja untuk Kerajaan Tuhan demi untuk mengekalkan Roh Kudus dan bertumbuh dengan apa yang kita lakukan.
Mendengar firman tersebut merupakan permulaan kepada penurutan terhadap firman tersebut. Firman itu adalah hukum-hukum Tuhan dan kesaksian Yesus Kristus. Melalui pemahaman dan penurutan terhadap firman tersebut maka buah Roh Kudus itu dapat dinyatakan. Tindakan yang terhasil dari pendengaran dan penurutan firman Tuhan akan mengisytiharkan Roh tersebut. Kedua-dua aktiviti baik dan jahat dinyatakan melalui Roh Kudus. Mereka yang tidak bertindak menurut firman Tuhan akan kehilangan apa sekalipun pemahaman yang mereka miliki akhirnya.
Melalui kesabaran kita akan memperolehi
kehidupan kita (Luk 21:19). Kita belajar dari kesukaran, atau kita mendapat
ketekunan dari penderitaan (RSV). Proses ini
dikembangkan melalui pembenaran iman melalui kasih Kristus dan Tuhan yang telah
dicurahkan ke dalam hati kita melalui Roh Kudus.
Rom 5:1-5 Sebab itu, kita yang dibenarkan karena iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Allah oleh karena Tuhan kita, Yesus Kristus. 2 Oleh Dia kita juga beroleh jalan masuk oleh iman kepada kasih karunia ini. Di dalam kasih karunia ini kita berdiri dan kita bermegah dalam pengharapan akan menerima kemuliaan Allah. 3 Dan bukan hanya itu saja. Kita malah bermegah juga dalam kesengsaraan kita, karena kita tahu, bahwa kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan, 4 dan ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menimbulkan pengharapan. 5 Dan pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita. (KJV dan RSV)
Oleh kerana itu kita memiliki kesabaran dan ketekunan yang lahir dari kesukaran dan daripadanya kita memperolehi pengalaman, yang dipanggil keperibadian diri. Dari pengalaman atau keperibadian diri kita akan memperolehi pengharapan. Kita tidak malu dengan pengharapan kita oleh kerana Roh Kudus, yang telah diberikan kepada kita oleh kasih Tuhan.
Kebaikan Hati atau Kelemah-lembutan
Perkataan untuk kebaikan hati di dalam
Ibrani ialah $2 (chesed). Sekiranya dikaitkan dengan Tuhan, secara implikasinya ia
bermaksud kealiman. Adakalanya ia bermaksud (oleh pihak pembantah atau lawan)
satu teguran atau satu kecantikan (subjek). Jadi ia mempunyai makna yang rumit
iaitu pertolongan, amalan baik (-kemurnian,-kebaikan) kebaikan, (penyayang)
kemurahan hati, mengampuni, (kemurahan hati) belas kasihan, kasihan, menegur
atau perkara-perkara yang keji. Makna seterusnya daripada SHD 2619 adalah juga
tentang pertolongan daripada perkataan Ibrani yang dinamakan sebagai Hesed.
Perkataan yang digunakan di dalam Galatia 5:22-23 yang diterjemahkan sebagai kelemah-lembutan di dalam KJV dan kebaikan hati di dalam RSV adalah perkataan Greek SGD 5544 chrestotes yang dipetik daripada SGD 5543 chrestos yang yang bermaksud kebergunaan, iaitu keunggulan moral dalam keperibadian atau kelakuan jadi ia bererti kelemah-lembutan, baik (kebaikan) serta kemurahan hati. Secara alami ia bermaksud kealiman dan kelemah-lembutan sifat diri, dan dengan itu ia berguna untuk tujuan pekerjaan Tuhan. Ia mempunyai kebaikan keperibadian yang sedia ada.
Makna kebaikan di sini adalah mudah. Ia diterangkan melalui perkataan Greek SGD 19 agathosune yang bermaksud kebaikan sebagai sifat baik.
Perkataan ini adalah
SGD 4102 pistis yang dipetik dari SGD
3982 pemujukan, i.e kepercayaan. Dari segi moral ia bermaksud kepercayaan
terhadap kebenaran agama atau kebenaran Tuhan atau guru agama.
Ia mempunyai makna istimewa pergantungan pada Kristus untuk keselamatan. Secara abstraknya bermaksud keteguhan dalam pengakuan sebegitu. Lebih lanjut lagi ia bermaksud pergantungan pada sistem kebenaran agama itu sendiri. Oleh itu, ia juga bermaksud sebagai jaminan, kepercayaan, mempercayai dan seterusnya iman dan kesetiaan.
Dengan itu salah satu
buah Roh Kudus adalah keimanan dalam kebenaran alkitab dan firman Allah.
Ketaatan kepada iman yang mula-mula disampaikan diusahakan dengan tekun dan
penuh percaya. Dengan itu penghinaan terhadap inspirasi teks-teks alkitab
menandakan adanya masalah dengan Roh Kudus dalam individu tersebut.
SGD 4236 terbit dari SGD 4235 yang bermaksud kelemah-lembutan. Secara implikasinya bermaksud kerendahan hati, yang juga bermaksud kerendahan diri.
Perkataan egkrateia SGD 1466 [disebut engkratiah] adalah berasal dari egkrates-SGD 1468 [bunyi sebutan engkratace] yang membawa maksud menjadi kuat atau menguasai sesuatu perkara, dan dengan itu bererti penguasaan diri dalam selera makan dan dari situ bermakna menahan diri (bertarak). Terbitan ini bermaksud penguasaan diri dan khususnya pengekangan diri, iaitu menahan diri terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan nafsu seks. (lihat Oxford Universal Dictionary).
Kita sudah melihat tiga tonggak, kasih, iman dan pengharapan, namun kasih adalah yang terbesar. Kemudian dari kasih kita kembangkan buah-buah yang lain ini. Semua ini disandarkan pada atau diikat bersama oleh kebenaran. Kebenaran itu adalah tanda keseluruhan bagi Roh Kudus. Dari kebenaran kita dapati konsep-konsep lain ini seperti sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, keimanan atau iman, kelemah-lembutan, kemudian penguasaan diri dan penahanan diri.
Elemen-elemen ini saling menyusuli untuk memenuhi antara satu dengan yang lain, dan ini menunjukkan pekerjaan kuasa Tuhan di dalam diri seseorang. Setiap orang dari umat pilihan menderita dari pencubaan dan kesukaran dalam pembentukan keperibadian bersifat ilahi. Mengatasi aspek-aspek ini menunjukkan perkembangan Roh Kudus dalam individu tersebut.
Kita boleh menilai diri kita dan orang lain melalui buah Roh Kudus. Masyarakat menilai kita melalui buah-buah Roh Kudus – apa yang kita lakukan, pertuturan kita dan bagaimana kita bekerjasama antara satu sama lain. Buah Roh Kudus itulah kuasa sebenar bagi iman kita dan pusat kasih itu adalah berdasarkan kebenaran. Sekiranya kita tidak memiliki kasih maka kita tidak memiliki apa-apa pun. Itulah buah yang merupakan kunci, namun kebenaran tetap menjadi objektif utama kerana Tuhan kita adalah Tuhan kebenaran. Semua ini terikat bersama dalam kebenaran, namun yang pastinya buah Roh Kudus terutamanya adalah satu fungsi kasih.
Bacaan lanjutan.
Umat Pilihan Sebagai Elohim
(No. 1)
Tuhan Yang Kita Sembah (No.
2)
q