Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[150]

 

 

 

 

Sakramen-sakramen Jemaat

[150]

(Edisi 2.1 19951216-20011118)

 

Kebanyakan jemaat mendakwa mempunyai kuasa atas pelbagai aspek hidup manusia, dan bahawa anggota-anggota harus mendapat penyertaan jemaat dalam aktiviti-aktiviti tersebut untuk menjadikannya sah. Karya in meneliti dakwaan-dakwaan sakramen-sakramen perkahwinan, upacara terakhir (upacara agama ekstrim), Eucharist (Jamuan Suci), pembaptisan, Perjamuan Suci Tuhan, dan menyimpulkan bahawa hanya dua saja daripadanya yang dibenarkan oleh Perjanjian Baru.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Sakramen-sakramen Jemaat [150]



Satu persoalan dasar yang dihadapi setiap umat Kristian adalah berkenaan sakramen-sakramen. Kekristianan Ortodoks Moden menuntut bermacam-macam sakramen untuk dirinya. Sebagai contoh, Jemaat Katolik dalam pelbagai bentuknya seperti Anglikan, Roman atau Ortodoks berpegang pada suatu pandangan tentang sakramen, yang memberi kepadanya kuasa atas bahagian-bahagian hidup manusia yang cuba menyatukan doktrin-doktrin Perjanjian Baru dengan hidup keluarga di dalam strukturnya sendiri dan memberikan kepada dirinya kuasa atas agama-agama saingan.

 

Kawalan kuasa ini dikerjakan dengan pengagihan fungsi-fungsi penting kepada tahap sakramen. Ini menemui ekspresi dalam istilah-istilah seperti Sakramen Perkahwinan serta Upacara Akhir, Eucharist dan seterusnya. Tuntutan-tuntutan ini jatuh atas sebilangan dasar dan adalah bergantung pada sebilangan andaian-andaian teologikal luar alkitab untuk kemajuannya.

 

Perkahwinan

 

Andaian luar alkitab yang pertama yang dibuat adalah berkenaan Sakramen Perkahwinan. Ia sememangnya betul untuk mengatakan bahawa perkahwinan adalah sebuah Institusi Suci, namun ianya tidak betul untuk mengatakan bahawa perkahwinan adalah suatu Sakramen Jemaat, iaitu satu fungsi baginya sahaja. Alkitab cukup jelas bahawa perkahwinan wujud tanpa terikat kepada jemaat.

 

Usul bahawa perkahwinan yang dibuat di luar sesuatu Jemaat tertentu adalah tidak sah di hadapan Tuhan dan Yesus Kristus adalah palsu semata-mata. Jemaat Roman Katolik berpegang pada pandangan bahawa untuk tujuan-tujuan kedoktrinan, sebarang perkahwinan yang dibuat dengan seorang yang bukan Roman Katolik boleh ditidaksahkan, dan orang berkenaan kemudiannya bebas untuk berkahwin dengan anggota dalam Jemaat itu. Ini dilihat sebagai doktrin yang perlu. Doktrin perkahwinan mempunyai aplikasi dalam Perjanjian Baru, namun sama sekali bukan kerana sakramen perkahwinan dikhususkan kepada Jemaat. Sebabnya adalah kerana doktrin perkahwinan dan perceraian wujud di luar daripada Jemaat. Perceraian adalah suatu fungsi yang dibenarkan bagi bangsa-bangsa dan juga Israel menurut Hukum itu di luar perkahwinan dalam Jemaat. Pertimbangan utamanya menurut hukum adalah bahawa persetujuan ibubapa diperlukan untuk menguduskan sesuatu perkahwinan. Itulah satu-satunya pertimbangan dalam Alkitab untuk pengudusan suatu perkahwinan. Sebuah perkahwinan itu adalah sah dalam pandangan mata Tuhan jika ibubapa bersetuju. Di bawah Hukum Musa, jika mereka tidak bersetuju maka ia tidak sah. Inilah saja pembatasannya. Bila pasangan itu sudahpun cukup umur, maka tindakan tidak memberikan persetujuan tanpa alasan adalah hal yang lain lagi. Ini diterbitkan dari Keluaran 22:16-17. Hukum ini adalah untuk perlindungan kaum perempuan.

 

Upacara ini haruslah diakui para saksi seperti yang kita lihat dari Rut 4:1-11 dan Yesaya 8:1-3. Tiada sebarang perintah dalam Alkitab berhubung perkahwinan yang mengkhususkan kesahihan perkahwinan kepada Jemaat atau keimamatan. Sekali lagi, ini adalah doktrin kumpulan Nicolaitan di mana imam menguasai kehidupan keluarga serta organisasi keluarga.

 

Pertunangan adalah kuasi-perkahwinan (Matius 1:18; Lukas 1:27). Yusuf merancang untuk melepaskan Mariam (Maria) kerana dia mengandung namun dia tidak ingin melakukan itu. Dia telah ditunangkan dan itu adalah kuasi-perkahwinan. Ini melambangkan perkahwinan Tuhan dan Israel, dan mempunyai kemaknaan rohani. Ia dilakukan dengan Roh (Yehezkiel 16:8). Ia adalah aplikasi rohani suatu hubungan fizikal. Ini adalah suatu dasar perkahwinan memandangkan ia juga satu kesatuan rohani.

 

Pembujangan dipandang buruk oleh Alkitab dalam Hakim 11:38; Yesaya 4:1 dan Yeremia 16:9 namun dijadikan sesuatu yang dibolehkan oleh Paulus pada 1Korintus 7:7-8, 24-40. Terdapat banyak sebab untuk ini dengan mengambil kira amalan-amalan zaman itu serta keperluan-keperluan Jemaat yang tepat dibincangkan dalam karya Perkahwinan (No. 289). Paulus bukannya berbicara dalam Roh, dan juga tidak dipimpin oleh Roh Kudus untuk mengatakan begitu. Dia mengatakan begitu kerana kebetulan ianya amalan pada waktu itu untuk mengasi lelaki-lelaki muda dan mereka kemudiannya tinggal sebagai orang yang dikasi (Eunuch). Ada ramai orang begini dalam Jemaat dan mereka dipandang rendah. Jadi Paulus terpaksa mengesahkan kedudukan mereka dan memberikan darjat sosial kepada mereka agar mereka dapat menyediakan diri mereka untuk Kerajaan Tuhan. Maka, Paulus sebenarnya menangani suatu hal psikologikal.

 

Ia memberikan mereka kebolehan untuk dikhususkan kepada Tuhan serta memiliki darjat sosial, yang sekurang-kurangnya setahap dengan mereka yang berkebolehan untuk menjadi ibubapa. Adanya Eunuch kerana pengasian dan adanya Eunuch perempuan kerana gagal untuk beranak. Kedua-duanya perlu memiliki darjat sosial yang setara dalam jemaat dan Paulus telah memberikan itu kepada mereka dalam Korintus 7. Sikap Kristus terhadap kesahihan perkahwinan digambarkan dengan rapi dalam ucapannya kepada perempuan Samaria dalam Yohanes 4:16-18.

 

Yohanes 4:16-18 16 Kata Yesus kepadanya: "Pergilah, panggillah suamimu dan datang ke sini." 17 Kata perempuan itu: "Aku tidak mempunyai suami." Kata Yesus kepadanya: "Tepat katamu, bahwa engkau tidak mempunyai suami, 18 sebab engkau sudah mempunyai lima suami dan yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu. Dalam hal ini engkau berkata benar."

 

Kristus menguji keikhlasannya dan menyebut kesahihannya dalam tinggal bersama. Dia akan mengucapkan dokrin tentang perkahwinan. Teks ini adalah doktrin perkahwinan dari mulut Yesus Kristus.

 

Terdapat sebilangan faktor-faktor yang timbul keluar dari teks ini. Kristus mengakui Samaria sebagai salah satu bangsa; dia mengakui perkahwinan sebagai suatu institusi sah di kalangan para bangsa; dan dia mengakui perceraian sebagai sah kerana dia tidak mencabar mana-mana dari lima suami tersebut. Lebih penting lagi, dia menolak sepenuhnya perkahwinan de-facto (keadaan seperti sudah berkahwin), kerana dia menolak hakikat bahawa lelaki yang hidup bersama perempuan itu adalah suaminya. Maka, Kristus telah menubuhkan perkahwinan dan menolak perbuatan dosa tinggal bersama sebagai pengesahan perkahwinan. Dia tidak mempersoalkan kesahihan perkahwinan di luar Israel.

 

Bangsa Samaria juga terdiri daripada bangsa-bangsa asing. Mereka terdiri dari orang-orang Cuthia dan Medes, sebahagian dari Kerajaan Persia, yang diganti apabila Israel dibuang negeri. Mereka telah ditempatkan di situ di bawah Salmaneser mungkin dengan sedikit sisa bangsa Israel yang ada di situ.

 

Jadi di situ, dalam satu pernyataan mudah, adalah seluruh doktrin perkahwinan alkitab, keluar dari mulut Kristus. Jemaat sepatutnya memahami hal itu dengan jelas namun tidak begitu. Di sini kita lihat bahawa perkahwinan di kalangan bangsa-bangsa adalah sah dan begitu juga dengan perceraian namun hubungan de-facto diakui.

 

Kewajipan-kewajipan dalam perkahwinan lebih rendah kedudukannya berbanding tugas kepada Tuhan seperti yang kita lihat dari Ulangan 13:6-10. Secara ringkasnya, jika seorang dari pasangan adalah penyembah berhala maka orang itu wajar dihukum bunuh. Itu adalah hukumnya.

 

Proses ini diperkukuhkan dalam Matius 19:29 dan Lukas 14:26, dan dengan itu perkahwinan tidak mengikat lagi sesudah mati (Matius 22:29-30; Markus 12:24-25). Amalan perkahwinan abadi milik Mormon jelas bertentangan dengan kata-kata jelas Yesus Kristus. Kesatuan perkahwinan dibubarkan pada kematian, jadi Jemaat tidak boleh campur tangan sama ada waktu hidup atau setelah mati dalam institusi perkahwinan. Oleh itu, Jemaat yang cuba memansuhkan hak ini bagi dirinya, tidak betul dalam berbuat begitu.

 

Untuk menunjukkan konsep sifat kudus institusi ini, kita hanya perlu melihat tiga contoh. Yang pertama adalah Adam dan Hawa.

 

Kejadian 2:23-24 23 Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki." 24 Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging.

 

Institusi perkahwinan telah diasaskan dengan Adam. Institusi ini didapati sah untuk semua bangsa pada zaman Abraham seperti kita lihat dari contoh-contoh yang diberikan melalui Firaun dan Sara (Kejadian 12:11-20). Tidak syak lagi bahawa institusi perkahwinan telah wujud sebelum Hukum dan sebelum Jemaat; iaitu sebelum penyerahan hukum taurat itu kepada Musa. Ia telahpun wujud dengan Abraham dan juga dengan Firaun, dan Firaun memahami apa itu perkahwinan, sama seperti Abraham.

 

Contoh seterusnya adalah Abimelekh dan Sara (Kejadian 20:1-18). Abimelekh tidak mengambil Sara dan tidur dengannya kerana telah diberi amaran oleh Tuhan bahawa dia adalah isteri orang lain. Firaun telah mengembalikan semula kepada Abraham kawanan domba dan kekayaan yang banyak kerana telah mengambil Sara sungguhpun telah tertipu. Adalah tanggungjawabnya untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang halangan kepada perkahwinan tersebut, dan ini tidak dibuatnya; dia hanya terusk mengambil isteri Abraham. Tiada seorangpun yang harus takut akan raja dalam hal institusi perkahwinan.

 

Institusi ini telah diasaskan juga di dalam hukum taurat di bawah Musa dengan proses pertunangan dan perkahwinan (Keluaran 22:16-17). Batas-batas pada perkahwinan adalah sivil mengikut pusaka para bangsa dan suku (Bilangan 36:8).

Ini berkait dengan soal pengekalan hak milik tanah di dalam suku-suku di bawah sistem Jubli itu. Seluruh sistem Hukum Taurat direka demi memastikan tiada satupun bangsa (suku) yang tidak bertanah. Mereka yang mempunyai hak pusaka harus berkahwin dengan salah seorang dari suku bapanya sendiri agar tanah itu tidak berpindah miliknya dari suku tersebut. Itulah sebabnya kenapa tiada bangsa yang boleh membeli tanah-tanah Israel; tiada satupun suku yang boleh membeli tanah-tanah suku lain untuk membawanya keluar dengan pewarisan pusaka melalui perkahwinan. Oleh itu hasil tanah tersebut boleh dijual untuk beberapa tahun namun akhirnya tanah itu kembali kepada suku asalnya pada Jubli.

 

Oleh itu, para bangsa memang mempunyai kebolehan sah untuk berkahwin, yang lebih mendahului Jemaat dan tidak tertakhluk kepadanya. Ianya memang tidak boleh lari dari Alkitab bahawa perkahwinan adalah satu institusi yang diurapi Tuhan, yang datang lebih dulu dari Jemaat dan yang meliputi semua bangsa di bawah Hukum-hukum Tuhan. Jadi sesebuah Jemaat itu tidak boleh sewenang-wenangnya memegang hak perkahwinan itu hanya kepada dirinya. Ia tidak boleh mengatakan bahawa perkahwinan-perkahwinan di luar Jemaat ini adalah tidak sah. Bayangkan kekeliruan yang mungkin timbul; tiadanya hak-hak ataupun hormat terhadap hukum. Seluruh persoalan mengenai pewarisan dan kesahihan hak pusaka berasal dari hakikat ini. Oleh itu, perkahwinan bukanlah satu upacara atau sakramen Jemaat, dan ia bukanlah sesuatu yang Jemaat boleh keluarkan secara eksklusif.

 

Upacara-upacara Terakhir (Upacara Keagamaan Ekstrim)

 

Sistem yang kita fahami sebagai upacara terakhir adalah doktrin luar alkitab, yang terbit dari konsep adanya kawalan Jemaat atas jiwa manusia selepas kematian. Dan sememangnya Jemaat tidak mempunyai kuasa sebegitu kerana nama-nama mereka yang dituliskan di syurga memang begitu jadinya; iaitu ditulis di syurga. Kebangkitan orang mati terbahagi kepada dua kategori iaitu kebangkitan pertama dan kedua. Kebangkitan pertama mengandungi mereka yang telah mati dan bangkit pada Wahyu 20:4-6. Mereka ini adalah orang-orang kudus yang telah setia kepada Perintah-perintah Tuhan serta Iman atau Kesaksian Mesias, iaitu, Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14 (lihat khususnya dalam KJV)). Ini adalah kebangkitan pertama. Kebangkitan ini meliputi dua jenis, iaitu bilangan 144,000 (Wahyu 7:2-8) dan Kumpulan Besar Orang (Wahyu 7:9). Jelas sekali mereka ini adalah roh-roh (orang mati yang telah dibangkitkan) kerana tiada seorangpun manusia yang dapat melihat Tuhan. Ianya mustahil dari segi fizikal untuk melihat Tuhan. Mereka itu adalah kumpulan orang yang besar. Maka, mereka bersama-sama 144,000 orang itu di sekeliling takhta Tuhan. Semua makhluk selainnya terserah kepada kebangkitan kedua orang mati (Wahyu 20:7-15).

 

Jemaat tidak memiliki kuasa atas proses ini selain menjelaskan kepada individu-individu terbabit keadaan dosa dalam mana mereka sebenarnya terlibat. Jemaat cuba mendapat untung dari hal in dengan mengatakan bahawa orang-orang tertentu berada dalam Purgatori (tempat penyucian). Doktrin Purgatori datangnya dari orang Pagan namun ia muncul dalam karya-karya Apocrypha. Terdapat satu konsep yang serupa kepada konsep Purgatori di situ, namun ia tiada kaitan apa-apa dengan Alkitab. Keseluruhan konsep di mana kuasa upacara akhir diberikan kepada seseorang, mengatakan: “Dengan berkat (izin) Jemaat anakku, engkau boleh masuk ke dalam tempat x.” Tiada dasar Alkitab bagi perkara ini.

 

Paulus melakukan ini dalam 1 Korintus 5:5 agar individu tersebut dapat diselamatkan. Konsepnya di sini adalah untuk menempatkan seseorang itu di luar badan Jemaat agar mereka sedar bahawa dosa mereka telah meletakkan mereka di luar tubuh Yesus Kristus dan bahawa mereka tidak berada di dalam kebangkitan pertama itu. Jadi, ini dilakukan kepada orang yang tinggal bersama isteri ayahnya dan merupakan contoh utama doktrin bangsa-bangsa yang dipanggil ke dalam Jemaat Korintus.

Adalah tidak mungkin bahawa si ayah itu telah berkahwin ketika dia menjadi anggota Jemaat di Korintus. Dia telah meninggal dan anaknya telah mengambil isteri ayahnya dan sedang tidur dengannya. Paulus mengatakan bahawa bangsa asing sekalipun tidak melakukan hal ini. Orang Korintus menganggap perkara yang dibuat orang itu adalah sesuatu yang baik, namun Paulus mengatakan bahawa ini bertentangan langsung dengan Hukum. Mereka mengeluarkannya dari Jemaat agar dia menerima kesedaran tentang dosanya itu. Jemaat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirnya daripada kebangkitan pertama. Dia tersingkir dari kebangkitan pertama oleh dosanya, iaitu pelanggaran Hukum taurat.

 

Si pencabul itu nampaknya telah bertaubat dan masuk semula ke dalam Jemaat. Namun begitu, Jemaat tidak berkuasa untuk membenarkan atau mengawal seorang individu pada ambang maut daripada masuk ke dalam sebarang keadaan setelah mati. Tiada kewujudan sedar sesudah mati untuk umat Kristian. Konsep bahawa jiwa-jiwa pergi ke syurga adalah satu doktrin kumpulan Gnostik dan kultus-kultus Misteri. Justin Martyr berpendapat bahawa perbezaan ini adalah cara dengan mana kita dapat mengenali orang Kristian dari orang bukan Kristian (Justin Martyr, Apology, lihat juga karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Doktrin Jiwa telah menjadi sebahagian penting sistem ortodoks meskipun dengan adanya keterangan alkitab, kerana ia dapat dipergunakan oleh Jemaat untuk menguasai individu demi kuasa di luar kuasa negeri. Matlamat jemaat-jemaat kemudiannya adalah untuk mengerjakan kuasa transnasional (antarabangsa), dan ini masih lagi adalah matlamat jemaat-jemaat. Terdapat pergumulan kuasa yang berlangsung sekarang ini antara Gereja Roman Katolik, Aturan (Gerakan) Dunia Baru, serta sistem Eropah, demi menguasai dunia. Pihak Komunis pernah menjadi sebahagian daripada sistem itu, dan pihak China sekarang memasuki pergelutan tersebut. Mereka dan Asia akan memasuki pergelutan untuk penguasaan dunia ini di bawah sistem itu. Gereja Roman Katolik sedang cuba menggunakan kelebihan bilangannya untuk menjadi kuasa dominan namun, seperti yang kita tahu dari Wahyu, ia akan gagal dan ramai orang akan disakiti dalam proses ini.

 

Jemaat Tuhan tidak mempunyai kuasa atas posisi individu selepas kematian. Soal dosa yang dibuang melalui pengakuan dan pengampunan hanya berkait kepada pembaptisan dan pertaubatan. Pengampunan dosa yang berlangsung kini adalah hal antara individu dan Tuhan melalui Mesias yang dilantikNya, iaitu Yesus Kristus. Kepala setiap orang adalah Kristus dan kepala Kristus adalah Tuhan (1 Korintus 11:3).

 

Jemaat tidak boleh mengampuni seseorang dari sebarang dosa. Ini merupakan doktrin Gereja Katolik dan ia telah memasuki Jemaat-jemaat Tuhan pada abad kedua puluh dalam Amerika Syarikat. Usulnya adalah bahawa Jemaat boleh memperkenalkan suatu peraturan, atau suatu keputusan pentadbiran, yang dapat mengampuni (melepaskan) individu daripada tanggungjawab-tanggungjawab yang disenaraikan bagi seorang individu yang dibaptiskan di bawah Perjanjian Lama dan Baru. Jemaat tidak boleh melakukan itu. Kita bertanggungjawab secara langsung kepada Yesus Kristus untuk hubungan kita kepada Tuhan di bawah Hukum Taurat, dan kita teguh atau jatuh dalam kebangkitan pertama kerana hubungan kita dengan Yesus Kristus dan memangnya hubungan itu saja. Kita tidak mungkin mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus melainkan Allah Bapa dijadikan yang utama. Allah Maha Esa adalah tujuan dan pusat ibadah kita. Syarat asas untuk mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus, adalah bahawa kita dipanggil oleh Allah Bapa.

 

Upacara-upacara akhir, sama ada sebagai Upacara Ekstrim atau pengebumian, bukanlah sakramen-sakramen Jemaat. Hal-hal ini tidak dikhaskan kepada Jemaat dan tidak menentukan apa yang terjadi kepada individu sesudah mati. Musa tidak dikubur tangan manusia. Dia tidak menerima sebarang pengebumian, namun Musa akan berada di dalam kebangkitan pertama. Musa lebih dahulu daripada Jemaat Perjanjian Lama kira-kira 1,300 tahun. Begitu juga Abraham lebih dahulu daripada Jemaat dan akan berada dalam kebangkitan pertama. Dia bukannya dikebumikan oleh mana-mana imam Jemaat selain daripada anak-anaknya sendiri. Oleh itu, pengebumian adalah satu fungsi mereka yang menguburkan tubuh dengan hormatnya.

 

Seseorang itu tidak perlu menganggotai sebarang Jemaat tertentu atau menjadi imam untuk mengubur sesiapapun. Ianya fungsi kerajaan negeri untuk sebab-sebab kesihatan serta penghormatan terhadap individu terbabit yang diberikan oleh kumpulan terbabit dalam menanam tubuh tersebut di dalam tanah. Nephesh (roh) yang mengawalnya kembali kepada Tuhan yang telah memberikannya (Pengkhotbah 12:7). Alkitab mengatakan bahawa orang mati tidak tahu apa-apa (Pengkhotbah 9:5). Jemaat tidak boleh menuntut hak upacara pengebumian hanya untuk dirinya, atau melalui upacara penguburan seseorang memberikan atau mengubah sebarang status individu tersebut.

 

Eucharist

 

Doktrin Eucharist atau Perjamuan Suci adalah berdasarkan satu doktrin jemaat bahawa Sakramen Perjamuan Suci boleh dipindah dari hari raya tahunan Paskah kepada acara mingguan. Ini berdasarkan pada suatu kekeliruan tentang upacara Perjamuan Suci itu serta pemakanan Roti Sajian yang merupakan fungsi yang dikhaskan kepada orang-orang Lewi. Ianya satu percubaan untuk mengasaskan doktrin kumpulan pengikut Nikolaus serta sistem Lewi di dalam Jemaat Kristian.

 

Roti sajian, yang dipanggil Roti Dikuduskan, (1 Samuel 21:6) mempunyai tujuan khusus. Ketetapan ini ditemui dalam Imamat 24:5-9.

 

Imamat 24:5-9 5 "Engkau harus mengambil tepung yang terbaik dan membakar dua belas roti bundar dari padanya, setiap roti bundar harus dibuat dari dua persepuluh efa; 6 engkau harus mengaturnya menjadi dua susun, enam buah sesusun, di atas meja dari emas murni itu, di hadapan TUHAN. 7 Engkau harus membubuh kemenyan tulen di atas tiap-tiap susun; kemenyan itulah yang harus menjadi bagian ingat-ingatan roti itu, yakni suatu korban api-apian bagi TUHAN. 8 Setiap hari Sabat ia harus tetap mengaturnya di hadapan TUHAN; itulah dari pihak orang Israel suatu kewajiban perjanjian untuk selama-lamanya. 9 Roti itu teruntuk bagi Harun serta anak-anaknya dan mereka harus memakannya di suatu tempat yang kudus; itulah bagian maha kudus baginya dari segala korban api-apian TUHAN; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya."

 

Umat Israel mempunyai satu ketetapan untuk menyediakan tepung bagi Roti sajian itu namun Roti sajian ini dikhususkan bagi keimamatan. Ianya tersusun enam roti pada sebelah dan enam pada sebelah satu lagi – dua belas roti semuanya. Mereka mewakili suku-suku Israel dan menunjuk ke masa depan kepada fungsi jemaat.

 

Ketetapan ini terikat kepada hari Sabat atau Sabtu. Ianya diletakkan pada meja Roti sajian (Keluaran 40:22-23). Ketetapan pertama berkait kepada Khemah Suci (Pertemuan), dan satu meja serta satu kaki dian. Bait Suci oleh Salomo mempunyai sepuluh kaki dian dengan meja masing-masing.

 

Roti sajian ini dipelihara di hadapan Tuhan selama-lamanya (Keluaran 25:29-30 dan 2 Tawarikh 2:4).

 

Keluaran 25:29-30 29 Haruslah engkau membuat pinggannya, cawannya, kendinya dan pialanya, yang dipakai untuk persembahan curahan; haruslah engkau membuat semuanya itu dari emas murni. 30 Dan haruslah engkau tetap meletakkan roti sajian di atas meja itu di hadapan-Ku."

 

Roti sajian ini penting dan kudus. Ianya terikat kepada Sabat. Kita tidak boleh mempunyai perayaan di mana kita memakan biskut wafer pada hari Minggu dan mengatakan ia ada kaitannya dengan ketetapan-ketetapan Alkitab. Juga, kita tidak boleh menggunakan Roti sajian untuk tujuan selain apa yang ditentukan.

 

Roti sajian diperuntukkan dari cukai per kapita tahunan yang dikenakan seperti yang kita lihat dengan Nehemia 10:32-33. Ia disediakan oleh kumpulan Lewi (1 Tawarikh 9:32; 23:29). Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi dan membelinya, atau meminta orang selain seorang Lewi untuk membuatnya. Ia menunjuk ke arah mazhab Melkisedek yang akan mengambil alih fungsi keimamatan di dalam Jemaat, seperti yang kita perhatikan dari Daud. Perjamuan Suci tahunan merupakan perayaan yang memuatkan aspek ini.

 

Situasinya dalam khemah suci ditentukan oleh Keluaran 26:35 dan 40:22. Kelengkapan perkakas juga ditemui dalam Keluaran 37:16 dan Bilangan 4:7. Prosedur pengudusan meja Roti sajian ditemui dalam Keluaran 30:26-29.

 

Keluaran 30:26-29 26 Haruslah engkau mengurapi dengan itu Kemah Pertemuan dan tabut hukum, 27 meja dengan segala perkakasnya, kandil dengan perkakasnya, dan mezbah pembakaran ukupan; 28 mezbah korban bakaran dengan segala perkakasnya, bejana pembasuhan dengan alasnya. 29 Haruslah kaukuduskan semuanya, sehingga menjadi maha kudus; setiap orang yang kena kepadanya akan menjadi kudus.

 

Itu adalah satu konsep menarik. Ia satu-satunya benda kudus yang boleh menguduskan benda najis. Ada ayat Alkitab yang menanyakan jika benda kudus terkena benda najis, adakah ia kudus? Jawabnya tidak, melainkan benda-benda di dalam Khemah Suci ini. Hal perpindahan meja Roti sajian ini ditemui dalam Bilangan 4:7, 15. Tiada seorangpun yang boleh menyentuh benda-benda ini, dan padahnya adalah maut. Hanya seorang Lewi saja yang boleh menyentuhnya. Daud telah melanggar hukum dengan memakan Roti sajian itu (1Samuel 21:6; Matius 12:3-4; Markus 2:25-26; Lukas 6:3-4). Mengapakah Daud dibenarkan memakannya? Kerana ia menunjuk ke arah benda lain yang akan dimakan oleh umat bukan Lewi.

 

Maka para imam memakan Roti sajian dan dalam semua lapan benda itu. Teks dalam Imamat 7:9 merujuk kepada korban sajian (bahasa Ibrani minhah) yang juga menjadi makanan imam, melainkan bahagian ingat-ingatan (Imamat 2:4-10). Paulus menggunakan konsep-konsep ini (rujuk 1 Korintus 9:13-14) dan konsep itu membentuk dasar Galatia 6:6.

 

Dalam kata lain, si guru mendapat nafkah dari apa yang diajarnya dalam semua benda yang baik; dan ia merupakan rujukan kembali kepada keperluan untuk bahagian Lewi itu diserahkan kepada keimamatan. Orang yang mengatakan bahawa Paulus membatalkan Hukum taurat dalam buku Galatia, tidak memahami Galatia. Dia sebenarnya berbicara mengenai hal yang lain lagi. Lihat karya Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT (No. 104).

 

Konsep-konsep ini juga berkait kepada struktur korban-korban Khemah Suci yang kita lihat adalah:

 

1.   Korban bakaran (Imamat 1:3-17);

2.   Korban sajian (Imamat 2:1-16);

3.   Korban keselamatan (Imamat 3:1-17);

4.   Korban penghapus dosa (Imamat 4:1 hingga 6:7).

 

Hukum Persembahan Korban diatur mengikut susunan:

 

1.   Korban bakaran (Imamat 6:8-13);

2.   Korban sajian (Imamat 6:14-23);

3.   Korban penghapus dosa (Imamat 6:24 hingga 7:10);

4.   Korban keselamatan (Imamat 7:11-34).

 

Proses ini ditemui dalam pembahagian tugas-tugas imam dan golongan pelayanan bukan imam, yang merupakan satu fungsi pembezaan tersebut yang jelas didapati dalam Hukum. Ia bukanlah suatu konsep Perjanjian Baru. Kristus telah membatalkan pembezaan tersebut. Ia menunjuk ke arah peranan Jemaat dalam pengudusan bangsa.

 

Pembezaan ini dalam keimamatan dan kumpulan pelayan bukan imam juga membentuk dasar doktrin kumpulan Nikolaus, yang hakikatnya adalah penguasaan melalui pembezaan dan salahguna, dan mewakili pengetahuan satu kelas yang melampaui kelas satu lagi; iaitu seorang pengikut Gnosis melalui pengetahuan dan kuasa yang bertambah membentuk kelas (kelompok) imam dan bukan imam.

 

Perjanjian Lama membuat ketetapan-ketetapan untuk umat itu dalam Imamat 3:1-17 berhubung hukum Persembahan dan Korban. Arahan-arahan khusus dan lebih menyeluruh telah diberikan kepada para imam sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan kepada umat itu (dalam Imamat 3:1-15). Begitulah jadinya dalam ketetapan Korban Penghapus Dosa (Imamat 6:24-30, rujuk 4:24-31) serta ketetapan Korban Penebus Salah (Imamat 7:1-10, rujuk 5:1-13).

 

Kita lihat daripada struktur di atas bahawa Korban Keselamatan datang sebelum Korban Penghapus Dosa namun dalam Hukum Persembahan Korban, Korban Keselamatan adalah yang terakhir. Pembezaan ini dibuat kerana ia berkait dengan perjamuan si pemberi korban dan ini mengikuti pada akhir proses itu. Maka perjamuan ditunjukkan sebagai mewakili proses yang timbul dari pengetahuan penuh tentang semua yang dibayangi taip-taip tersebut. Sebelum kita menyangkal dosa kita serta diri kita, kita tidak mungkin memperolehi nikmat dalam Kristus (Alkitab Companion, nota samping kepada Imamat 7:11). Nota samping ini memberitahu kita dua perkara: mereka memandang Roti sajian serta sistem korban-korban itu sebagai berkaitan dengan perjamuan, dan mereka memahami proses kepentingan susunan persembahan korban itu berkaitan perjamuan individu serta pendamaian si pemberi korban. Tidak syak lagi, kita semua sedang membicarakan perkara yang sama.

 

Oleh itu, seluruh proses korban itu membayangkan Kristus dan Jemaat, iaitu umat pilihan selaku naos atau Bait Suci Tuhan, Tempat Maha Kudus (1 Korintus 3:16). Simbolisme penghapusan dosa pada perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi dibincangkan Paulus pada 1 Korintus 5:7-9.

 

1Korintus 5:7-9 7 Buanglah ragi yang lama itu, supaya kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu memang tidak beragi. Sebab anak domba Paskah kita juga telah disembelih, yaitu Kristus. 8 Karena itu marilah kita berpesta, bukan dengan ragi yang lama, bukan pula dengan ragi keburukan dan kejahatan, tetapi dengan roti yang tidak beragi, yaitu kemurnian dan kebenaran. 9 Dalam suratku telah kutuliskan kepadamu, supaya kamu jangan bergaul dengan orang-orang cabul.

 

Paulus telah menggunakan orang Korintus itu sebagai contoh dosa yang perlu dibersihkan daripada Jemaat. Proses ini adalah satu persediaan ke arah Paskah. Ia bermula dengan pengambilan Perjamuan Suci. Paulus mengkritik tingkah laku mereka pada waktu Paskah. Mereka mabuk dan mengadakan parti meriah. Dia memberitahu mereka bahawa mereka tidak sepatutnya makan dan minum ketika mengambil Perjamuan Suci itu. Ianya perkumpulan yang penuh upacara. Seluruh perayaan itu tersirat perasaan sukacita dan kegembiraan. Kita seharusnya makan di luar bilik di mana kita mengambil Perjamuan Suci itu. “Hidup seperti seorang umat Korintus” merupakan pepatah zaman itu, yang bermakna bahawa orang tersebut hidup dengan kemeriahan.

 

Terdapat 1,000 perempuan sundal Tokong pada Tokong Artemis sahaja di Korintus, dan struktur itu begitu rupanya sekali hinggakan mereka perlu membuang semua dosa dari hidup mereka sewaktu persediaan ke arah Paskah. Jadi, konsep menghapuskan dosa serta perjamuan merupakan satu fungsi Paskah dalam lingkungan rencana Tuhan. Ianya satu fungsi Roti Tidak Beragi dan kemudiannya Pentakosta, dan ini tidak boleh dipindahkan kepada minggu ataupun Roti sajian kerana seluruh kemaknaannya akan hilang. Korban-korban itu melihat ke arah Kristus dan membelakangi korban-korban awal dalam mana Roti sajian adalah sebahagiannya.

 

Maka dosa disingkirkan dalam tempoh sebelum dan setakat Perjamuan Suci. Maka, Paskah dan Roti Tidak Beragi dijadikan mungkin oleh pengorbanan Kristus selaku korban Paskah apabila dia disalibkan. Malam Paskah (atau Malam untuk Berjaga-jaga) mengenang kembali kemerdekaan dari perhambaan kepada dosa dan melihat ke arah penawanan Mesias (lihat karya Malam Untuk Berjaga-jaga (No. 101)). Roti Tidak Beragi menggambarkan keadaan tanpa dosa yang menunggukan Roh Kudus. Persembahan Unjukan Berkas (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)) memperingati kenaikan serta penerimaan Kristus oleh Tuhan. Pentakosta, yang dihitung lima puluh hari dari Persembahan Unjukan Berkas itu (lihat karya Pentakosta di Sinai (No. 115)) selanjutnya mewakili tuaian pertama umat pilihan.

 

Kandelabra (kaki dian) Khemah Suci pertama, dengan Roti sajiannya, menunjuk ke arah Bait Suci itu dan sepuluh Kandelabra itu, secara gabungan, menunjuk kepada Kristus, Tujuh Jemaat serta Dua Saksi itu. Maka, simbolisme tersebut tidak boleh dikeluarkan dari Sabat dan Rencana Keselamatan.

 

Jadi terdapat dua elemen kepada masalah ini. Kita tidak boleh mengambil Roti sajian, dan memanggilnya jamuan [suci] pada hari Minggu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang bermakna. Kita perlu memahami seluruh perkara ini sebagai satu gabungan yang menunjuk ke arah Kristus sebagai Perjamuan Suci dan kemudiannya ke dalam Perayaan Roti Tidak Beragi.

 

Roti sajian (berserta korban-korban itu secara umumnya) dikhususkan untuk keimamatan Lewi. Namun begitu, umat pilihan mewakili satu keimamatan baru iaitu keimamatan Melkisedek, yang dilantik bagi dan diterima dari Kristus yang merupakan imam besarnya (Mazmur 110:4; Ibrani 5:6,10; 6:20; 7:10-21). Melkisedek adalah satu peranan yang mendamaikan. Seluruh konsep ini juga terikat dengan korban-korban itu.

 

Daud, yang bukan suku Lewi, ditunjukkan oleh perbuatannya sebagai membayangi pelanjutan keimamatan itu kepada Israel secara umumnya melalui Mesias. Oleh itu, Eucharist selaku perjamuan mingguan terikat kepada ketetapan Roti sajian Perjanjian Lama yang sebahagian daripada korban itu. Kita tidak boleh mengatakan bahawa korban itu telah dibatalkan dalam Yesus Kristus dan kemudian mengatakan perlunya memakan roti (biskut wafer) dalam perjamuan.

 

Pembezaan antara keimamatan serta umat lazim dalam perbuatan ini adalah tidak masuk akal kerana pembezaan tersebut, jika ia pernah wujudpun, pastinya telah ditiadakan bersama keimamatan Lewi itu. Keimamatan Lewi telah dibubarkan, kumpulan tujuh puluh orang itu dilantik dan mereka menerima Roh Kudus sewaktu Pentakosta. Suatu keimamatan yang baru sepenuhnya telah dibentuk menurut aturan Melkisedek. Semuanya adalah imam; dan semuanya mengambil bahagian dalam seluruh korban roti dan wain itu. Kita tidak boleh memakan rotinya sahaja dan tidak meminum wainnya. Kumpulan Roman Katolik mengajar bahawa hanya para imam (paderi) sahaja yang meminum wain itu. Kumpulan Anglikan Katolik menjamu wain dan roti bersama. Jadi, perjamuan bukanpun doktrin lazim dalam jemaat-jemaat aliran utama. Kita tidak mungkin memperolehi tubuh Kristus melainkan kita meminum darahnya dan memakan tubuhnya.

 

Pembezaan tersebut dibatalkan dalam Kristus. Seluruh proses itu menunjuk ke arah Paskah kematian dan kebangkitan Kristus.

 

Umat pilihan diminta memakan roti ini serta meminum wain itu demi memperingati Kristus dan sebagai syarat untuk hidup kekal (Yohanes 6:53-63). Maka, titik perbalahan di sini adalah kekerapan dengan mana upacara ini diadakan. Ianya dikaitkan dengan Paskah dan memasukkan juga acara pencucian kaki (lihat Yohanes 13:3-17 serta karya-karya Signifikans Roti dan Anggur (No. 100); Signifikans Pencucian Kaki (No. 99) dan Perjamuan Suci (No. 103)).

 

Cukup jelas bahawa Kristus sedang menggunakan kiasan rohani, namun dia berbicara mengenai Paskah. Dia kemudiannya menjelaskan bahawa ia adalah wain dan roti yang menggantikan tubuh dan darah Yesus Kristus. Kita tidak boleh ada yang satu tanpa yang satu lagi. Jadi seorang pengikut Roman Katolik yang tidak mengambil wain dalam perjamuan, tidakpun dapat masuk ke dalam Kerajaan Syurga. Acara perjamuan Katolik tidak akan menyampaikan apa-apa hidup kekal kepada sesiapa penerimanya kerana ia kekurangan dalam dua elemen, di mana salah satunya adalah wain yang hanya diminum oleh para imam.

 

Perjamuan Suci adalah tempat yang patut bagi proses ini. Pencucian kaki adalah bahagian yang tidak boleh dikecualikan dalam upacara ini dan dikaitkan dengan pemakanan roti serta peminuman wain, jadi kita tidak boleh memisahkan ketiga-tiga elemen ini. Maka, Eucharist bukanlah satu sakramen Jemaat.

 

Sakramen-sakramen Jemaat

 

Realitinya adalah bahawa terdapat hanya dua sakramen Jemaat. Mereka adalah Pembaptisan dan Perjamuan Suci.

 

Sakramen Pertama Jemaat: Pembaptisan

 

Kristus sememangnya, dan mungkin para rasul, telah dibaptiskan oleh Yohanes (Lihat Matius 3:1-17). Namun, baptisan Yohanes hanyalah dari segi pertaubatan dan telah disalin oleh Kristus dan para rasul yang membaptis pada masa yang sama seperti Yohanes sehinggalah selepas Paskah 28 TM (Yohanes 3:22-24) apabila Yohanes dipenjarakan (Matius 4:12, 17). Kristus sendirinya tidak membaptis (Yohanes 4:2).

 

Pembaptisan Yohanes ini merupakan pendahuluan kepada pembaptisan Roh Kudus (Kisah 1:5-11). Ini tidak terjadi sehingga Pentakosta (Kisah 2:1-36). Ini menunjukkan kita bahawa tindakan pembaptisan itu dengan sendirinya tidak menyampaikan Roh Kudus.Tindakan Roh Kudus merupakan karunia rahmat Tuhan sebagai hasil penerimaan Yesus Kristus dalam syurga. Para rasul sudah lama dibaptis sebelum mereka menerima Roh Kudus itu. Bukan saja mereka telah dibaptiskan tetapi mereka juga membaptiskan atas arahan Yesus Kristus sedangkan mereka masih belum menerima Roh Kudus. Mereka membaptis untuk bersedia untuk penerimaan Roh Kudus itu. Pembaptisan adalah syarat pendahuluan yang perlu bagi menerima Roh Kudus. Baptisan ini menggantikan baptisan Yohanes (Kisah 19:1-7).

 

Kisah 19:1-7 1 Ketika Apolos masih di Korintus, Paulus sudah menjelajah daerah-daerah pedalaman dan tiba di Efesus. Di situ didapatinya beberapa orang murid. 2 Katanya kepada mereka: "Sudahkah kamu menerima Roh Kudus, ketika kamu menjadi percaya?" Akan tetapi mereka menjawab dia: "Belum, bahkan kami belum pernah mendengar, bahwa ada Roh Kudus." 3 Lalu kata Paulus kepada mereka: "Kalau begitu dengan baptisan manakah kamu telah dibaptis?" Jawab mereka: "Dengan baptisan Yohanes." 4 Kata Paulus: "Baptisan Yohanes adalah pembaptisan orang yang telah bertobat, dan ia berkata kepada orang banyak, bahwa mereka harus percaya kepada Dia yang datang kemudian dari padanya, yaitu Yesus." 5 Ketika mereka mendengar hal itu, mereka memberi diri mereka dibaptis dalam nama Tuhan Yesus. 6 Dan ketika Paulus menumpangkan tangan di atas mereka, turunlah Roh Kudus ke atas mereka, dan mulailah mereka berkata-kata dalam bahasa roh dan bernubuat. 7 Jumlah mereka adalah kira-kira dua belas orang.

 

Mereka tidak dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus, mereka telah dibaptiskan ke dalam pertaubatan Yohanes. Maka, kita boleh dibaptiskan dan baptisan kita memang mungkin tidak menurut hukum. Kita perlu dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus dan bukannya ke dalam sebarang mazhab atau denominasi tetapi khususnya ke dalam tubuh Yesus Kristus. Jemaat melalui wakil-wakilnya memohon Roh Kudus dan ia kemudiannya memasuki orang-orang ini. Ini menggantikan seluruh konsep baptisan Yohanes dan sistem ini merupakan pendahuluan kepada kemasukan Roh Kudus ke dalam individu-individu.

 

Fungsi ini diserahkan sebagai satu tanggungjawab pada umat pilihan untuk menjadikan semua bangsa sebagai murid. Malah, inilah satu-satunya tugas atau tanggungjawab langsung yang diberikan kepada Jemaat.

 

Matius 28:19-20 19 Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."

 

Fungsi pembaptisan ini adalah berdasarkan pada pertaubatan sebagai seorang dewasa di hadapan Tuhan. Ini dibincangkan dalam karya Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52).

 

Maka baptisan merupakan sakramen pertama Jemaat dan melalui proses itu Roh Kudus bertindak, dan semua bangsa dijadikan murid. Dua belas orang dijadikan murid kerana bersedia dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus dan mereka bersedia mengikut Yesus Kristus dan Roh Kudus menghormati panggilan mereka itu.

 

Sakramen Kedua Jemaat: Perjamuan Suci

 

Sakramen kedua jemaat adalah Perjamuan Suci. Melainkan umat pilihan meminum darah dan memakan tubuh Kristus mereka tidak boleh memasuki Kerajaan Tuhan (Yohanes 6:53-58). Dengan itu, wain adalah bahagian mustahak Perjamuan Suci untuk setiap dan semua orang dan tidak boleh diwakilkan ataupun dibatalkan. Oleh itu, konsep Eucharist adalah tidak betul atas pelbagai sebab. Ini adalah:

 

1.   Roti sajian terikat kepada Sabat dan dengan itu tidak boleh dipindah kepada hari Minggu atau sebarang hari lain.

2.   Roti sajian adalah sebahagian korban-korban dan menunjuk ke arah Perjamuan Suci serta keimamatan rohani itu.

3.   Perjamuan Suci terikat kepada pencucian kaki.

4.   Kedua-dua roti dan wain perlu dijamu oleh peserta acara ini.

5.   Perjamuan Suci terikat kepada Paskah dan tidak boleh dipindahkan sama ada kepada Easter orang pagan ataupun kepada Sabat mingguan (lihat karya Paskah (No. 98)).

 

Lima perkara ini adalah hujah-hujah alkitab yang tidak boleh dinafikan yang menolak keseluruhan konsep bahawa Perjamuan Suci dapat dipindah kepada mana-mana hari dan bahawa Eucharist menggantikannya, atau bahawa Perjamuan Suci mempunyai fungsi lain selain daripada sebagai Perjamuan Suci pada waktu tepatnya dalam Paskah.

 

Dengan itu, hanya ada dua sakramen Jemaat sahaja. Yang lainnya adalah upacara-upacara yang boleh diambil, atau dilaksanakan oleh Jemaat. Jemaat boleh mengahwinkan orang, mengebumikan orang, menangani dosa, mengutuk dosa atau menangani masalah-masalah lain, namun Jemaat tidak mempunyai sakramen-sakramen yang boleh dikenakannya atas sesiapapun selain dua perkara ini. Dua benda ini adalah mustahak bagi mewarisi hidup kekal dan tanpa kedua-dua sakramen ini kita tidak mampu berada di dalam Kerajaan Tuhan, dan kita tidak mungkin mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama. Gereja Katolik tidak memahami hakikat ini. Itulah sebabnya kenapa jemaat-jemaat dalam zaman akhir akan mempunyai bilangan orang yang paling banyak mengaku bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan, namun paling sedikit dalam Kerajaan Tuhan.