Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[151]
Tuhan dan Jemaat [151]
(Edisi 2.0 19960127-19990109)
Kertas ini membincangkan tentang jemaat. Ia menjelaskan bagaimana Tuhan bertindak terhadap manusia dan bagaimana Dia membentuk dan menggunakan jemaat di antara bangsa-bangsa dunia ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Tuhan
dan Jemaat [151]
Kertas ini membincangkan tentang Jemaat. Ia mengkaji bagaimana Tuhan berurusan dengan manusia, bagaimana Dia membentuk dan menggunakan Jemaat dan kenapa Jemaat bukan sebuah organisasi antarabangsa dalam ertikata korporat yang terkawal dan terbatas.
Premis: Tuhan tidak cuba memualafkan dunia sekarang ini. Bukti untuk kedudukan sekarang: Tuhan tidak menguasai dunia pada masa ini. Dunia tidak mempunyai pemahaman yang dimiliki Jemaat Perjanjian Baru pada mulanya. Jika Tuhan memang sedang cuba memualafkan dunia, maka orang-orang kafir sedang menang. Oleh itu, Dia tidak mungkin adalah Tuhan. Selain itu Kerajaan Tuhan juga tidak diajarkan. Maka Jemaat juga telah gagal.
Kenapa harus begini keadaannya? Adakah Iblis terlalu kuat untuk Tuhan? Adakah umat manusia terlalu jahat dan Tuhan memang tidak dapat bekerja dengan planet ini? Oleh kerana itu, adakah Tuhan telah gagal dalam rencana penciptaan utamaNya?
Jawapan kepada semua persoalan ini seharusnya adalah “Tidak” kerana seorang makhluk yang mahakuasa, yang semestinya dengan Tuhan, tidak akan dapat dihalang dalam rencanaNya dan Dia juga tidak mungkin tidak sedar akan hasil aktiviti-aktiviti yang terjadi dari rencana itu. KemahatahuanNya difahami sebagai pengetahuan segala hal yang benar dan semestinya melibatkan pengetahuan tentang hasil aktiviti manusia dan malaikat.
Segala kuasa berasal dari Tuhan. Aliran kuasa ditunjukkan dari Daniel bab 2 dan 3. Kita sudah lihat dari mimpi Daniel 2 bahawa Tuhan akan campur tangan pada akhir zaman kuasa-kuasa dari kepala emas hingga ke tapak kaki besi dan tanah liat serta kerajaan sepuluh jari kaki. Tuhan mengubah waktu dan musim. Dia memecat raja dan mengangkat raja. Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada mereka yang mengetahui (atau memiliki) pengertian. Dialah yang menyingkapkan hal-hal yang tidak terduga dan yang tersembunyi. Dia tahu apa yang ada di dalam gelap (atau apa yang tersembunyi), dan terang ada padaNya (Daniel 2:21-22,28). Tafsiran tentang kerajaan sistem-sistem dunia telah diberitahu kepada raja melalui Daniel untuk hari-hari yang akan datang (Daniel 2:28). Pengertian tentang penglihatan itu tidak diberikan kepada Daniel kerana apa-apa hikmat yang dimilikinya atau sesiapapun yang hidup masa itu. Ianya diberikan untuk mereka yang akan menafsirkan penglihatan itu kepada raja tentang sistem pada masa depan itu. Perhatikan kata-kata khusus Daniel 2:30.
Daniel 2:30 Adapun aku, kepadaku telah disingkapkan rahasia itu, bukan karena hikmat yang mungkin ada padaku melebihi hikmat semua orang yang hidup, tetapi supaya maknanya diberitahukan kepada tuanku raja, dan supaya tuanku mengenal pikiran-pikiran tuanku. (KJV)
Dengan itu penglihatan ini diberikan untuk memahami zaman-zaman hingga ke akhirnya. Ini adalah zaman yang kita sebutkan sebagai zaman bangsa bukan Yahudi atau zaman semua bangsa. Zaman akhir kerajaan besi keempat berkekalan untuk waktu yang lama sehingga zaman akhir dan campur tangan Tuhan. Fasa akhir zaman ini menyaksikan penyatuan sepuluh raja yang digambarkan oleh besi dan tanah liat pada tapak kaki dan sepuluh jari kaki itu.
Daniel 2:40-45 Sesudah itu akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancurluluhkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurluluhkan semuanya. 41 Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari-jarinya sebagian dari tanah liat tukang periuk dan sebagian lagi dari besi, itu berarti, bahwa kerajaan itu terbagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat. 42 Tetapi sebagaimana jari-jari kaki itu sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebagian dan rapuh sebagian. 43 Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkawinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat. 44 Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, 45 tepat seperti yang tuanku lihat, bahwa tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah memberitahukan kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai." (KJV)
Mimpi ini adalah integral kepada rencana Tuhan dan tidak akan gagal. Rangka waktu ini telah ditetapkan melalui Nebukadnezar, dan tempoh pemerintahannya telah digunakan untuk memulakan urutan itu. Dia merupakan kepala emas tersebut (Daniel 2:38). Dia diikuti oleh orang Media dan Persia yang digambarkan oleh perak. Orang Yunani yang merupakan tubuh tembaga menyusuli dan telah menakluki bumi hingga ke Asia dan kemudian membahagi-bahagikannya. Orang Roma menggantikan kerajaan Hellenic (Yunani) ini sebagai kerajaan besi. Sistem ini telah diubah dari pemerintahan diktator ketenteraan kepada kerajaan agama dan kerajaan besi dan tanah liat ini berterusan hingga ke akhir zaman. Empayar Rom Kudus telah dibubarkan pada 1850 setelah 1,260 tahun sejak penubuhannya pada 590 AD (TM). Waktu ini bukanlah permulaan atau pengakhiran sistem itu. Sistem ini bermula dengan kebangkitan Nebukadnezar pada pertempuran Carchemish (Karkemis) dan telah tertubuh selama lapan puluh tahun sehingga serbuan Mesir oleh Cambyses pada 525 BCE (SM). Waktu ini serta signifikansnya didapati dalam karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36).
Hamba-hamba Tuhan harus tidak menyembah sistem ini. Ini adalah erti Daniel 2:1-7. Bangsa-bangsa yang melakukannya menuduh umat pilihan yang tidak mahu menyembah gambar binatang itu.
“Zaman bangsa bukan Yahudi” adalah tempoh tujuh masa. Segala penglihatan telah diberikan pada mulanya supaya yang akhir dapat diramalkan dari yang mula. Hikmat umat pilihan juga ditunjukkan dari waktu ini dari Daniel hingga ke hari ini melalui Roh Kudus.
Daniel 4:8-9 Pada akhirnya Daniel datang menghadap aku, yakni Daniel yang dinamai Beltsazar menurut nama dewaku, dan yang penuh dengan roh para dewa yang kudus. Lalu kuceritakan kepadanya mimpi itu: 9 Hai Beltsazar, kepala orang-orang berilmu! Aku tahu, bahwa engkau penuh dengan roh para dewa yang kudus, dan bahwa tidak ada rahasia yang sukar bagimu! Sebab itu inilah riwayat penglihatan mimpi yang kudapat, maka ceritakanlah kepadaku maknanya. (KJV)
Tujuh masa didapati dalam Daniel 4:32. Waktu ini bermula dengan Babilon dan akhirnya juga adalah sistem itu.
Daniel 4:32 engkau akan dihalau dari antara manusia dan tempat tinggalmu akan ada di antara binatang-binatang di padang; kepadamu akan diberikan makanan rumput seperti kepada lembu; dan demikianlah akan berlaku atasmu sampai tujuh masa berlalu, hingga engkau mengakui, bahwa Yang Mahatinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan memberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya!"
Tempoh tujuh masa ini meliputi 2,520 tahun dari sistem itu, yang bermula pada 605 BCE dan dikonsolidasi pada 525 BCE. Tujuh masa ini berakhir dengan perang-perang tahun 1914-18 dan berterusan hingga fasa-fasa akhir pada 1995-96. Proses ini merupakan proses pengaturan semula yang berterusan. Zaman Bangsa-bangsa kini telah berakhir dan zaman akhir kini telah sampai.
Sepanjang seluruh zaman itu Tuhan berurusan dengan Jemaat di antara bangsa-bangsa. Dia mengawal bangsa melalui bangsa lain dan menghalang kebangkitan sistem sedunia yang lengkap supaya Jemaat tidak dihapuskan dan semua bangsa dapat dipertanggungkan. Dengan cara ini, bumi telah dilindungi dan dihalang dari musnah. Zaman itu berakhir pada Nisan 1996. Jemaat bukanlah, dan tidak pernah menjadi, sebuah organisasi antarabangsa. Atas sebab inilah jemaat Athanasian telah dibentuk dari Sidang Constantinople pada 381 AD. Theodosius yang lahir di Sepanyol telah dilantik oleh Gratian sebagai maharaja Athanasian yang pertama. Semua raja Kristian yang mendahuluinya adalah Unitarian. Mereka dipanggil Arian oleh pihak Athanasian untuk menyamarkan asal-usul perselisihan itu dan untuk menyembunyikan antikuiti kedudukan Unitarian, yang boleh dijejaki hingga ke zaman Rasul-rasul dan merupakan struktur Perjanjian Baru. Kedudukan Triune telah ditetapkan akhirnya dalam Sidang Chalcedon pada 451 AD dengan kedudukan Roh Kudus yang akhirnya ditentukan dan Trinitas ditetapkan. Tujuan sebenar jemaat ini adalah penguasaan dunia dan kuasa hierarki (rujuk karya Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme (No. 185)).
Nama umum jemaat adalah “Jemaat Tuhan” (lihat karya Nama Jemaat (No. 148)). Ia bukan sebuah organisasi antarabangsa dari segi struktur dan kawalan. Itu tidak akan berlaku sehinggalah Mesias memerintah dari Yerusalem. Jemaat Eropah akan cuba memalsukan sistem tersebut pada zaman akhir dan akan cuba beroperasi dari Yerusalem di bawah nabi palsu. Jemaat Tuhan dibentuk di antara suku-suku atau bangsa-bangsa bukan Yahudi. Mereka dibentuk bersama dengan Bangsa Israel dan akan menjadi satu umat di bawah Kristus.
Tuhan bertindak terhadap bangsa-bangsa mengikut hukum. Dengan cara ini dia juga bertindak terhadap kepala-kepala rohani yang dibagikan kepada mereka dari Ulangan 32:8 (RSV & LXX; utusan atau malaikat Tuhan).
Ulangan 32:8 Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. (RSV)
(lihat juga LXX, Surat Pertama Clement dan DSS).
Dalam pengembangan teks dalam Ulangan itu, Bab 28 berbincang tentang berkat-berkat dan kutukan-kutukan pada tahap nasional. Tuhan berurusan dengan bangsa-bangsa individu. Dia tidak berurusan dengan mereka pada tahap antarabangsa secara kolektif. Berkat-berkat ditemui dari Ulangan 28:1-14. Kutukan-kutukan menyusuli dari ayat-ayat 15-58.
Jemaat telah ditubuhkan pada 30 AD di Yerusalem dan telah dianiaya. Ramai yang datang, namun ramai juga yang tidak dipilih oleh Tuhan.
Perumpamaan Penabur Benih telah diberikan untuk menunjukkan hakikat ini. Ramai yang dipanggil namun sedikit saja yang dipilih (Matius 20:16). Penentuan umat pilihan dari mula ditemui di Roma 8:28-30.
Roma 8:28-30 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. 29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. 30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya. (RSV)
Oleh sebab itu bukan semua yang mengatakan mereka dipanggil telah betul-betul dipanggil atau dipilih oleh Tuhan. Jemaat ternyata kerana penurutannya kepada hukum-hukum Tuhan. Jika mereka tidak berbicara sesuai dengan hukum dan kesaksian maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Orang-orang kudus adalah mereka yang menurut perintah-perintah Tuhan serta kesaksian atau iman Yesus. Jemaat tidak mempunyai kuasa untuk mengubah hukum-hukum ini seperti yang ditetapkan dalam Alkitab.
Iman itu diceritakan dalam perumpamaan-perumpamaan agar, secara umumnya, hanya mereka yang mampu memasuki penghakiman untuk kebangkitan pertama saja yang dipanggil. Dengan itu kerosakan jangka panjang dibataskan. Bagaimanapun, ramai yang mendengar dan dipanggil, namun tidak bersedia. Kristus berbicara tentang masalah ini.
Matius 13:10-13 Maka datanglah murid-murid-Nya dan bertanya kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?" 11 Jawab Yesus: "Kepadamu diberi karunia untuk mengetahui rahasia Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak. 12 Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya. 13 Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti. (RSV)
Markus 4:2-34 Dan Ia mengajarkan banyak hal dalam perumpamaan kepada mereka. Dalam ajaran-Nya itu Ia berkata kepada mereka: 3 "Dengarlah! Adalah seorang penabur keluar untuk menabur. 4 Pada waktu ia menabur sebagian benih itu jatuh di pinggir jalan, lalu datanglah burung dan memakannya sampai habis. 5 Sebagian jatuh di tanah yang berbatu-batu, yang tidak banyak tanahnya, lalu benih itupun segera tumbuh, karena tanahnya tipis. 6 Tetapi sesudah matahari terbit, layulah ia dan menjadi kering karena tidak berakar. 7 Sebagian lagi jatuh di tengah semak duri, lalu makin besarlah semak itu dan menghimpitnya sampai mati, sehingga ia tidak berbuah. 8 Dan sebagian jatuh di tanah yang baik, ia tumbuh dengan suburnya dan berbuah, hasilnya ada yang tiga puluh kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang seratus kali lipat." 9 Dan kata-Nya: "Siapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!" 10 Ketika Ia sendirian, pengikut-pengikut-Nya dan kedua belas murid itu menanyakan Dia tentang perumpamaan itu. 11 Jawab-Nya: "Kepadamu telah diberikan rahasia Kerajaan Allah, tetapi kepada orang-orang luar segala sesuatu disampaikan dalam perumpamaan, 12 supaya: Sekalipun melihat, mereka tidak menanggap, sekalipun mendengar, mereka tidak mengerti, supaya mereka jangan berbalik dan mendapat ampun." 13 Lalu Ia berkata kepada mereka: "Tidakkah kamu mengerti perumpamaan ini? Kalau demikian bagaimana kamu dapat memahami semua perumpamaan yang lain? 14 Penabur itu menaburkan firman. 15 Orang-orang yang di pinggir jalan, tempat firman itu ditaburkan, ialah mereka yang mendengar firman, lalu datanglah Iblis dan mengambil firman yang baru ditaburkan di dalam mereka. 16 Demikian juga yang ditaburkan di tanah yang berbatu-batu, ialah orang-orang yang mendengar firman itu dan segera menerimanya dengan gembira, 17 tetapi mereka tidak berakar dan tahan sebentar saja. Apabila kemudian datang penindasan atau penganiayaan karena firman itu, mereka segera murtad. 18 Dan yang lain ialah yang ditaburkan di tengah semak duri, itulah yang mendengar firman itu, 19 lalu kekuatiran dunia ini dan tipu daya kekayaan dan keinginan-keinginan akan hal yang lain masuklah menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah. 20 Dan akhirnya yang ditaburkan di tanah yang baik, ialah orang yang mendengar dan menyambut firman itu lalu berbuah, ada yang tiga puluh kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, dan ada yang seratus kali lipat." 21 Lalu Yesus berkata kepada mereka: "Orang membawa pelita bukan supaya ditempatkan di bawah gantang atau di bawah tempat tidur, melainkan supaya ditaruh di atas kaki dian. 22 Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan, dan tidak ada sesuatu yang rahasia yang tidak akan tersingkap. 23 Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!" 24 Lalu Ia berkata lagi: "Camkanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu pakai untuk mengukur akan diukurkan kepadamu, dan di samping itu akan ditambah lagi kepadamu. 25 Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya." 26 Lalu kata Yesus: "Beginilah hal Kerajaan Allah itu: seumpama orang yang menaburkan benih di tanah, 27 lalu pada malam hari ia tidur dan pada siang hari ia bangun, dan benih itu mengeluarkan tunas dan tunas itu makin tinggi, bagaimana terjadinya tidak diketahui orang itu. 28 Bumi dengan sendirinya mengeluarkan buah, mula-mula tangkainya, lalu bulirnya, kemudian butir-butir yang penuh isinya dalam bulir itu. 29 Apabila buah itu sudah cukup masak, orang itu segera menyabit, sebab musim menuai sudah tiba." 30 Kata-Nya lagi: "Dengan apa hendak kita membandingkan Kerajaan Allah itu, atau dengan perumpamaan manakah hendaknya kita menggambarkannya? 31 Hal Kerajaan itu seumpama biji sesawi yang ditaburkan di tanah. Memang biji itu yang paling kecil dari pada segala jenis benih yang ada di bumi. 32 Tetapi apabila ia ditaburkan, ia tumbuh dan menjadi lebih besar dari pada segala sayuran yang lain dan mengeluarkan cabang-cabang yang besar, sehingga burung-burung di udara dapat bersarang dalam naungannya." 33 Dalam banyak perumpamaan yang semacam itu Ia memberitakan firman kepada mereka sesuai dengan pengertian mereka, 34 dan tanpa perumpamaan Ia tidak berkata-kata kepada mereka, tetapi kepada murid-murid-Nya Ia menguraikan segala sesuatu secara tersendiri. (RSV)
Kebenaran diberikan sebagai perumpamaan, agar orang ramai tidak akan mengerti dan dibaptiskan dan diletakkan dalam kedudukan di mana mereka akan gagal dalam kebangkitan pertama. Ada banyak rasa marah nanti dalam kebangkitan kedua dari orang-orang yang memikirkan mereka telah dipanggil. Roma 8:28-32 menunjukkan bahawa kita telah dipanggil sesuai dengan rencanaNya dan untuk tiada sebab lain. Semua ini adalah ayat-ayat yang kuat sekali.
Tuhan telah memilih kita dari semula; Kristus telahpun ditentukan (ditakdirkan) dari semula untuk mati; dan kita telah ditentukan dari semula untuk dipanggil. Penentuan dari semula ini dilihat dari panggilan itu, yang dijanjikan dari Mazmur 116, dan diketahui secara individu. Ini sudah dibincangkan dalam beberapa kertas karya namun akan dibincangkan dengan luas dalam karya bertajuk Takdir.
Mazmur 116:1-19 Aku mengasihi TUHAN, sebab Ia mendengarkan suaraku dan permohonanku. 2 Sebab Ia menyendengkan telinga-Nya kepadaku, maka seumur hidupku aku akan berseru kepada-Nya. 3 Tali-tali maut telah meliliti aku, dan kegentaran terhadap dunia orang mati menimpa aku, aku mengalami kesesakan dan kedukaan. 4 Tetapi aku menyerukan nama TUHAN: "Ya TUHAN, luputkanlah kiranya aku!" 5 TUHAN adalah pengasih dan adil, Allah kita penyayang. 6 TUHAN memelihara orang-orang sederhana; aku sudah lemah, tetapi diselamatkan-Nya aku. 7 Kembalilah tenang, hai jiwaku, sebab TUHAN telah berbuat baik kepadamu. 8 Ya, Engkau telah meluputkan aku dari pada maut, dan mataku dari pada air mata, dan kakiku dari pada tersandung. 9 Aku boleh berjalan di hadapan TUHAN, di negeri orang-orang hidup. 10 Aku percaya, sekalipun aku berkata: "Aku ini sangat tertindas." 11 Aku ini berkata dalam kebingunganku: "Semua manusia pembohong." 12 Bagaimana akan kubalas kepada TUHAN segala kebajikan-Nya kepadaku? 13 Aku akan mengangkat piala keselamatan, dan akan menyerukan nama TUHAN, 14 akan membayar nazarku kepada TUHAN di depan seluruh umat-Nya. 15 Berharga di mata TUHAN kematian semua orang yang dikasihi-Nya. 16 Ya TUHAN, aku hamba-Mu! Aku hamba-Mu, anak dari hamba-Mu perempuan! Engkau telah membuka ikatan-ikatanku! 17 Aku akan mempersembahkan korban syukur kepada-Mu, dan akan menyerukan nama TUHAN, 18 akan membayar nazarku kepada TUHAN di depan seluruh umat-Nya, 19 di pelataran rumah TUHAN, di tengah-tengahmu, ya Yerusalem! Haleluya! (RSV)
Maka setiap orang dari umat pilihan dicurahkan sebagai korban-korban curahan. Kematian umat pilihan adalah berharga di mata Tuhan (Mazmur 116:15).
Umat pilihan dipanggil sesuai dengan rencanaNya dari kaum bapa dan para nabi. Yeremia telah dipanggil sebelum dia dihamilkan.
Yeremia 1:4-19 Firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya: 5 "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa." 6 Maka aku menjawab: "Ah, Tuhan ALLAH! Sesungguhnya aku tidak pandai berbicara, sebab aku ini masih muda." 7 Tetapi TUHAN berfirman kepadaku: "Janganlah katakan: Aku ini masih muda, tetapi kepada siapapun engkau Kuutus, haruslah engkau pergi, dan apapun yang Kuperintahkan kepadamu, haruslah kausampaikan. 8 Janganlah takut kepada mereka, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN." 9 Lalu TUHAN mengulurkan tangan-Nya dan menjamah mulutku; TUHAN berfirman kepadaku: "Sesungguhnya, Aku menaruh perkataan-perkataan-Ku ke dalam mulutmu. 10 Ketahuilah, pada hari ini Aku mengangkat engkau atas bangsa-bangsa dan atas kerajaan-kerajaan untuk mencabut dan merobohkan, untuk membinasakan dan meruntuhkan, untuk membangun dan menanam." 11 Sesudah itu firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya: "Apakah yang kaulihat, hai Yeremia?" Jawabku: "Aku melihat sebatang dahan pohon badam." 12 Lalu firman TUHAN kepadaku: "Baik penglihatanmu, sebab Aku siap sedia untuk melaksanakan firman-Ku." 13 Firman TUHAN datang kepadaku untuk kedua kalinya, bunyinya: "Apakah yang kaulihat?" Jawabku: "Aku melihat sebuah periuk yang mendidih; datangnya dari sebelah utara." 14 Lalu firman TUHAN kepadaku: "Dari utara akan mengamuk malapetaka menimpa segala penduduk negeri ini. 15 Sebab sesungguhnya, Aku memanggil segala kaum kerajaan sebelah utara, demikianlah firman TUHAN, dan mereka akan datang dan mendirikan takhtanya masing-masing di mulut pintu-pintu gerbang Yerusalem, dekat segala tembok di sekelilingnya dan dekat segala kota Yehuda. 16 Maka Aku akan menjatuhkan hukuman-Ku atas mereka, karena segala kejahatan mereka, sebab mereka telah meninggalkan Aku, dengan membakar korban kepada allah lain dan sujud menyembah kepada buatan tangannya sendiri. 17 Tetapi engkau ini, baiklah engkau bersiap, bangkitlah dan sampaikanlah kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadamu. Janganlah gentar terhadap mereka, supaya jangan Aku menggentarkan engkau di depan mereka! 18 Mengenai Aku, sesungguhnya pada hari ini Aku membuat engkau menjadi kota yang berkubu, menjadi tiang besi dan menjadi tembok tembaga melawan seluruh negeri ini, menentang raja-raja Yehuda dan pemuka-pemukanya, menentang para imamnya dan rakyat negeri ini. 19 Mereka akan memerangi engkau, tetapi tidak akan mengalahkan engkau, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN." (RSV)
Seperti Yeremia, kita telah ditentukan dari semula dan dituliskan dalam Buku Anak Domba sebelum dunia dicipta. Kita dibentuk sesuai dengan pengetahuan Tuhan sebelumpun kita berada dalam kandungan.
Mazmur 139:13-16 Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku. 14 Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kaubuat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya. 15 Tulang-tulangku tidak terlindung bagi-Mu, ketika aku dijadikan di tempat yang tersembunyi, dan aku direkam di bagian-bagian bumi yang paling bawah; 16 mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk, sebelum ada satupun dari padanya. (RSV)
Makhluk yang tidak mengetahui segalanya tentang masa depan tidak mungkin adalah Tuhan. Hujah ini telah dikemukakan oleh Augustine dari Hippo. Cubaan-cubaan untuk membataskan pengetahuan Tuhan yang dari semula merupakan limitasi-limitasi yang tidak betul pada Tuhan.
Tuhan tahu bahawa Kristus harus disembelih sejak dunia dijadikan (Wahyu 13:8). Jadi Tuhan memang tahu bahawa Iblis dan Angkatan Malaikat akan menderhaka. Kristus akan terpaksa disembelih dalam penurutan. Umat pilihan akan mengikutinya dalam penurutan ini kerana dijadikan sama dengan gambarnya, iaitu gambar Tuhan. Semua orang ditentukan dari semula sebelum mereka dilahirkan.
Seperti mana Yeremia telah dipanggil sebelum dia dilahirkan, dan disucikan, dengan firman Tuhan diletakkan dalam mulutnya (Yeremia 1:9), begitu juga Yesaya telah dipanggil dan disucikan (Yesaya 6:5-13). Melalui Yesaya penyucian umat pilihan telah diramalkan.
Yesaya 1:18-20 Marilah, baiklah kita berperkara! --firman TUHAN--Sekalipun dosamu merah seperti kirmizi, akan menjadi putih seperti salju; sekalipun berwarna merah seperti kain kesumba, akan menjadi putih seperti bulu domba. 19 Jika kamu menurut dan mau mendengar, maka kamu akan memakan hasil baik dari negeri itu. 20 Tetapi jika kamu melawan dan memberontak, maka kamu akan dimakan oleh pedang." Sungguh, TUHAN yang mengucapkannya.
Yesaya adalah seorang yang kotor kata-katanya, namun dia disucikan dan diutus untuk melakukan pekerjaan Tuhan. Beginilah caranya bagaimana Tuhan menggunakan kita dan melalui perumpamaan.
Yesaya 6:5-13 Lalu kataku: "Celakalah aku! aku binasa! Sebab aku ini seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir, namun mataku telah melihat Sang Raja, yakni TUHAN semesta alam." 6 Tetapi seorang dari pada Serafim itu terbang mendapatkan aku; di tangannya ada bara, yang diambilnya dengan sepit dari atas mezbah. 7 Ia menyentuhkannya kepada mulutku serta berkata: "Lihat, ini telah menyentuh bibirmu, maka kesalahanmu telah dihapus dan dosamu telah diampuni." 8 Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: "Siapakah yang akan Kuutus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?" Maka sahutku: "Ini aku, utuslah aku!" 9 Kemudian firman-Nya: "Pergilah, dan katakanlah kepada bangsa ini: Dengarlah sungguh-sungguh, tetapi mengerti: jangan! Lihatlah sungguh-sungguh, tetapi menanggap: jangan! 10 Buatlah hati bangsa ini keras dan buatlah telinganya berat mendengar dan buatlah matanya melekat tertutup, supaya jangan mereka melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya dan mengerti dengan hatinya, lalu berbalik dan menjadi sembuh." 11 Kemudian aku bertanya: "Sampai berapa lama, ya Tuhan?" Lalu jawab-Nya: "Sampai kota-kota telah lengang sunyi sepi, tidak ada lagi yang mendiami, dan di rumah-rumah tidak ada lagi manusia dan tanah menjadi sunyi dan sepi. 12 TUHAN akan menyingkirkan manusia jauh-jauh, sehingga hampir seluruh negeri menjadi kosong. 13 Dan jika di situ masih tinggal sepersepuluh dari mereka, mereka harus sekali lagi ditimpa kebinasaan, namun keadaannya akan seperti pohon beringin dan pohon jawi-jawi yang tunggulnya tinggal berdiri pada waktu ditebang. Dan dari tunggul itulah akan keluar tunas yang kudus!" (RSV)
Perhatikan di sini sisa umat dengan siapa Tuhan berurusan. Sepersepuluh dari mereka kemudiannya disingkirkan lagi. Tunas kudus adalah tunggul yang tinggal dan dimurnikan oleh api.
Tuhan memanggil dan menggunakan orang-orang berdosa, dan meletakkan mereka dalam Jemaat. “Orang benar” tidak memerlukan Tuhan. Tuhan mengambil orang yang lemah dan golongan terbawah dari ciptaan dan menyerahkan mereka kepada Kristus untuk bekerja dengannya dan untuk membingungkan orang-orang yang benar diri dalam semua bangsa.
Umat pilihan atau Umat yang Dipanggil atau Dipilih adalah sebahagian dari sebuah keluarga, yang bukan sebuah sistem kerajaan. Mereka tidak boleh berbuat seolah-olah berkuasa atas orang lain. Semua harus mengasihi sesama sendiri dan melayani sesama sendiri.
Seperti dalam Perumpamaan Penabur Benih: ramai yang dipanggil namun tiada jawapan secara besar-besaran. Sesetengah orang ingin berada dalam kebangkitan pertama, namun dengan tujuan untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari saudara mereka. Kitab Ibrani cukup jelas menyatakan bahawa kebangkitan pertama adalah kebangkitan yang lebih baik.
Ibrani 11:35 Ibu-ibu telah menerima kembali orang-orangnya yang telah mati, sebab dibangkitkan. Tetapi orang-orang lain membiarkan dirinya disiksa dan tidak mau menerima pembebasan, supaya mereka beroleh kebangkitan yang lebih baik.
Penghakiman kita adalah sekarang, agar kita dapat dibangkitkan dan diubahkan pada kedatangan Kristus. Kebangkitan kedua mengambil masa 100 tahun untuk penghakiman siap sepenuhnya atau lengkap (Yesaya 65:20). Akan ada 100 tahun lagi kehidupan manusia. Ini adalah kebangkitan umum atau kedua bagi orang mati.
Wahyu 20:1-4 menunjukkan bahawa mungkin ada satu standar untuk kebangkitan pertama. Ini adalah mereka yang telah dipenggal kepala. Umat pilihan dibunuh dalam waktu 2,000 tahun penganiayaan.
Wahyu 20:1-4 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya. 4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. (KJV)
Umat pilihan adalah sama ada satu kumpulan dengan dua ciri berasingan atau mereka terdiri dari dua kumpulan berbeza. Oleh itu mereka adalah sama ada orang-orang yang telah dipenggal kerana kesaksian mereka dan mereka yang telah dianiaya kerana menolak untuk menerima tanda sistem binatang ini atau gambarnya sepanjang dua ribu tahun itu, atau mereka dipenggal dan dianiaya kerana menolak untuk menyembah sistem itu dan gambarnya. Dengan itu mungkin ada dua kumpulan, salah satunya telah dipenggal dan yang satu lagi dianiaya oleh sistem palsu itu.
Kesimpulan semestinya adalah terdapat sebuah sistem kerajaan, yang melampaui bangsa-bangsa dan memenggal umat pilihan kerana perselisihan agama. Hanya satu sistem saja yang menjadi waris kepada orang Yunani dan kemudian orang Rom. Sistem itu adalah Kekristianan Ortodoks Eropah atau Katolik. Ia telah membunuh lebih ramai orang daripada sebarang sistem lain yang pernah wujud. Ia kini ditandingi oleh struktur-struktur Komunis, bagaimanapun, hanya baru-baru ini.
Dari dua cara memahami Wahyu 20:1-4 ini kita simpulkan yang berikut:
Pilihan 1
Sekiranya umat pilihan harus dipenggal atau dibunuh untuk berada dalam kebangkitan pertama maka kita mungkin berhadapan dengan satu kumpulan. Kumpulan ini membentuk korban-korban Jemaat (lihat karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 (No. 120)). 144,000 berhubungan dengan tahun nubuatan 360 hari. Semua nubuatan menggunakan blok-blok: iaitu hari-hari yang berkaitan dengan prinsip setahun untuk sehari (satu masa) atau 1,000 tahun bila merujuk kepada rencana Tuhan). Maka Sabat yang lengkap adalah satu minggu di mana terdapat tujuh kali tujuh masa dalam Yobel campur satu. Minggu penciptaan merujuk kepada 6,000 tahun pemerintahan Iblis, dan kemudian Milenium atau Perhentian Sabat bagi ciptaan Tuhan).
Setahun sama dengan 12 bulan x 30 hari. Maka satu tahun nubuatan dihitung sebagai 360 tahun. Maka satu masa, dua kali masa dan setengah masa adalah tiga setengah kali masa yang sama dengan 1,260 tahun. Tujuh kali masa adalah 2,520 tahun. Terdapat bulan interkalari sebanyak tujuh kali dalam setiap kitar bulan 19 tahun. Ini tidak mempengaruhi tahun nubuatan.
Korban-korban tahunan adalah berdasarkan tahun nubuatan yang mempunyai 360 hari. Maka terdapat 52 minggu dan dengan itu 52 korban Sabat. Terdapat 12 bulan lunar (tidak termasuk bulan interkalari). Ada enam hari raya dan hari raya ketujuh (Perayaan Tishri), yang juga adalah hari Bulan Baru. Tishri mempunyai sistem korban berganda dua yang diperintahkan (Bilangan 29:6).
Hari Raya Pondok Daun mempunyai korban berkurang yang berterusan selama waktu tujuh hari. Hari kelapan adalah perayaan berasingan yang dipanggil Hari Besar Terakhir. Persembahan Unjukan Berkas adalah persembahan berasingan, yang mewakili kenaikan Mesias. Ini menjadi persembahan tahunan ke 72 (tidak termasuk persembahan-persembahan Pondok Daun yang berterusan). Kumpulan tujuh puluh yang disebutkan dalam Lukas 10:1,17 sebenarnya adalah tujuh puluh [dua] dari teks-teks yang menggambarkan Sidang atau Sanhedrin di mana kekuasaan mereka (autoriti) telah dipindahkan Kristus kepada Jemaat dari waktu dia mentahbiskan tujuh puluh itu (Lukas 10:1-2,17-20). Segala tindakan dalam Lukas 10 merupakan bayangan-bayangan janji kepada Hawa bahawa keturunannya akan melukakan kepala ular itu.
Sidang Penatua-penatua telah dilantik di Sinai dan telah dibawa naik oleh Musa untuk makan bersama Mesias di atas Sinai ketika dia adalah Malaikat Perjanjian yang telah menyampaikan hukum taurat itu kepada Musa. Kumpulan tujuh puluh orang itu mewakili kepala-kepala syurgawi bagi semua bangsa. Kepala-kepala ini telah dilihat dari Ulangan 32:8 di mana bangsa-bangsa dibagikan menurut bilangan “anak-anak Tuhan”. Bilangan ini tidak tertinggal pada 70. Sanhedrin sentiasanya mempunyai bilangan 71 + 1 iaitu Tuhan. Maka ianya 72. Dua orang lebihan ini adalah Tuhan dan Mesias (Inilah erti hebdomekonta[duo] dari teks-teks purba Lukas 10:1,17 lihat juga Marshall’s The RSV Interlinear Greek English NT).
Hari Raya Purim, seperti yang dirayakan oleh Yehuda, berkaitan dengan penebusan/pemualafan Yehuda pada zaman akhir.
Angka 72 setiap tahun x 40 Yobel (atau 2,000 tahun) = 144,000. 144,000 ini bergantung pada Bulan-bulan Baru untuk selesai. Maka semua Hari Raya dan Bulan Baru beserta Sabat-sabat adalah penting sekali dalam penentuan umat pilihan. Pendapatnya adalah bahawa semua umat pilihan dalam kumpulan ini harus membayar dengan nyawa mereka. Konsep ini sangat sukar.
Pilihan 2
Dari premis bahawa perkataan “dan” mungkin bermakna kumpulan-kumpulan berlainan, dan bukan gabungan linguistik untuk dua ciri kumpulan yang sama, tetapi merujuk kepada dua kumpulan berasingan, maka satu kumpulan kedua dibolehkan yang tidak mengambil tanda binatang itu tetapi dianiaya. Kita akan tahu nanti dalam kebangkitan pertama, jika kita di dalamnya, atau kita akan tunggu untuk kebangkitan kedua. Rasul Yohanes tidak mati syahid namun dia berada dalam kebangkitan pertama. Oleh itu, kesimpulannya adalah bahawa terdapat dua kumpulan dalam kebangkitan pertama.
Dari pandangan ini mungkin dapat dirumuskan bahawa Kumpulan Besar Orang Banyak itu adalah orang-orang kudus dan dengan itu juga berada dalam kebangkitan pertama. Kumpulan Besar Orang Banyak ini mengambil bahagian dalam Pemerintahan dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun (Wahyu 20:5-6).
Kumpulan Besar Orang Banyak ini disebutkan dalam Wahyu 7:9-17.
Wahyu 7:9-17 Kemudian dari pada itu aku melihat: sesungguhnya, suatu kumpulan besar orang banyak yang tidak dapat terhitung banyaknya, dari segala bangsa dan suku dan kaum dan bahasa, berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, memakai jubah putih dan memegang daun-daun palem di tangan mereka. 10 Dan dengan suara nyaring mereka berseru: "Keselamatan bagi Allah kami yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba!" 11 Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan menyembah Allah, 12 sambil berkata: "Amin! puji-pujian dan kemuliaan, dan hikmat dan syukur, dan hormat dan kekuasaan dan kekuatan bagi Allah kita sampai selama-lamanya! Amin!" 13 Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata kepadaku: "Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah mereka datang?" 14 Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. 15 Karena itu mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya. Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka. 16 Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas terik tidak akan menimpa mereka lagi. 17 Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka." (KJV)
Tiada yang dapat menghitung kumpulan ini kerana Tuhan seorang saja yang mengenali mereka. Dia menyerahkan mereka kepada Kristus dan mereka menjadikan jubah-jubah mereka putih di dalam darah Anak Domba. Mereka melalui kesukaran besar itu. Dari Wahyu 7, dua kumpulan itu dikenalpasti sebelum ayat-ayat yang mengisahkan kedatangan Mesias. Oleh itu, nampaknya mereka berada dalam kebangkitan pertama.
Sesudah atau pada hujung Milenium, Iblis dilepaskan untuk menipu bangsa-bangsa sekali lagi.
Wahyu 20:7-10 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. 9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.
Prosesnya di sini adalah di mana Lautan Api itu digunakan untuk memusnahkan konsep-konsep. Kekristianan Ortodoks telah menggunakan teks itu untuk menyokong konsep hukuman kekal. Bagaimanapun, Tuhan menggunakan Lautan ini sebagai peringatan kepada sistem-sistem palsu. Binatang itu bukanlah suatu entiti. Ia adalah satu sistem pemerintahan. Maka ia adalah satu konsep dan tidak dapat dihukum selamanya. Nabi palsu sebenarnya adalah nubuatan palsu. Watak Iblis adalah satu keadaan kewujudan. Iblis pada waktu ini telahpun dikurangkan dari keadaannya sebagai makhluk rohani dan dengan itu adalah satu entiti lain sebagaimana Kristus menjadi entiti lain, dengan sukarela, dari Penjelmaannya sebagai manusia. Iblis akan dikurangkan menjadi daging dan sistemnya akan dimusnahkan dan kuasanya dipergunakan tanpa membahayakan (lihat karya-karya Penghakiman Terhadap Iblis Setan (No. 80) dan juga Kebangkitan Orang Mati (No. 143)).
Wahyu 20:11-15 menunjukkan kebangkitan umum orang mati. Ini adalah kebangkitan kedua. Ayat 13 merujuk kepada laut yang menyerahkan orang-orang mati di dalamnya yang sebahagian dari kebangkitan kedua. Tuntutan bahawa ayat 13 merujuk kepada kebangkitan ketiga adalah sesuatu yang salah. Hal ini telah dibincangkan dalam karangan Salah Anggap Kebangkitan Ketiga (No. 166)). Maut dan Neraka melambangkan konsep-konsep mati dan berada di dalam kubur.
Doktrin kebangkitan ketiga, pertama sekali, meragui kasih sempurna milik Tuhan. Kedua, ia meragui kemahakuasaanNya dan, ketiga, ia meragui kemahatahuanNya.
Kebangkitan-kebangkitan ini meliputi semua manusia dari Adam bukan Refaim. Dalam Yesaya 26:12-14 Refaim diterjemahkan sebagai orang mati atau gergasi. Mereka tidak akan bangkit: lihat Companion Bible. Refaim dan Nefilim adalah ciptaan palsu di bawah para iblis setan. Mereka ditinggalkan dalam kubur-kubur (lihat karya Nefilim (No. 154)).
Yesaya 65:17-25 merujuk kepada kebangkitan kedua. Semua orang yang dibangkitkan dalam kebangkitan kedua akan hidup selama 100 tahun. Kebangkitan kedua adalah satu proses pengubahan. Orang-orang mencapai kemampuan mereka untuk memasuki penghakiman dan kemudian diubah menjadi roh. Orang lain yang tidak bertaubat akhirnya akan mati, dibakar, dan tidak pergi kepada fasa seterusnya. Proses itu adalah kematian kedua. Kematian kedua tidak berkuasa atas umat pilihan yang telah ditentukan dari semula (ditakdirkan) untuk dipanggil ke dalam kebangkitan pertama dan dengan itu dibenarkan dan dimuliakan.
Maka kita perhatikan bahawa sebilangan besar orang dipanggil namun tidak mampu bertindak. Ada yang tidak dibaptiskan dan, dengan itu, tidak termasuk dalam umat pilihan untuk dipertimbangkan untuk kebangkitan pertama. Setiap orang harus dibaptiskan ke dalam Tubuh Kristus. Seorangpun tidak boleh dibaptiskan ke dalam sebuah denominasi atau mazhab.
Tuhan hanya akan memanggil apabila kita dapat dibaptiskan. Ada juga orang yang mendengar dan masuk ke dalam umat pilihan. Bagaimanapun, mereka tidak bertindak atas firman Tuhan yang disampaikan oleh Roh Kudus. Ada orang yang tidak mampu bertindak; ada yang dihalang oleh pasangan mereka atau keluarga mereka dari bertindak; yang lain pula terdesak oleh hal-hal ekonomi. Tuhan tidak memanggil mereka sekarang.
Tidak susah untuk berada dalam kebangkitan pertama: Kita harus bertaubat, dibaptiskan, memelihara perintah-perintah Tuhan dan kesaksian Kristus, dan menjadikan semua bangsa sebagai murid. Kita harus mengambil Perjamuan Suci (Lord’s Supper) setiap tahun. Hanya terdapat dua sakramen Jemaat, baptisan dan Perjamuan Suci (lihat karya Sakramen-sakramen Jemaat (No. 150)).
Perjamuan Akhir (Last Supper) berlaku pada malam 14 Nisan, sebelum Paskah. Jamuan Mingguan berasal dari kumpulan-kumpulan misteri (rahsia) pra-Kristian. Cubaan dibuat untuk menghubungkan jamuan suci dengan roti sajian namun roti sajian adalah perlu bagi sistem korban. Juga tidak dapat dipisahkan dari Jemaat Perjanjian Baru adalah pembasuhan (pencucian) kaki.
Maka Jemaat diberikan tugas-tugas dan tindakan-tindakan mudah menurut kehendak Tuhan dalam menyediakan dirinya untuk tujuan utamanya iaitu kebangkitan pertama.
Jemaat telah menyusun dirinya sepanjang abad-abad yang lalu dalam berbagai cara untuk mencapai tujuan-tujuan yang telah ditetapkan untuknya dan untuk memastikan keberterusan hidupnya.
Secara keseluruhannya ia telah menggunakan dua sistem. Ini adalah sistem Diocesan (Keuskupan), dan sistem-sistem Presbyterian (Presbiterian) atau Congregationalist (Sistem-sistem diocesan menggunakan nama Presbytery untuk tempat tinggal presbyter atau paderi tempatan di bawah seorang biskop).
Sistem Presbiterian lebih berjaya dalam meneruskan hidup jemaat yang dianiaya sepanjang abad-abad yang berlalu. Sistem Katolik adalah berupa keuskupan kerana ia bersifat hierarki, didorong kerajaan dan dominan.
Perbezaan antara Perjamuan Suci dan Paskah mencirikan perbezaan antara Jemaat dan bangsa. Kita sebagai umat pilihan diperlukan untuk membuang ragi kejahatan dan dosa dari diri kita. Perjamuan Suci bukanlah Paskah. Malam Paskah adalah malam selepas Perjamuan Suci. Ini adalah malam di mana malaikat maut melintas melepasi Israel. Maka Kristus menyelamatkan seluruh Israel dan bukan hanya Jemaat. Seluruh umat manusia akhirnya akan masuk ke dalam Israel dan semua bangsa akan lenyap. Paskah melibatkan lebih daripada Jemaat. Ia juga melibatkan orang asing di tempat kediaman kita. Semua mereka belum lagi menjadi sebahagian dari Israel secara pemualafan. Maka hari raya ini mencakupi seluruh Israel. Malam pertama adalah untuk Jemaat. Malam kedua adalah untuk semua bangsa.
Ianya satu kesilapan besar untuk memikirkan bahawa orang Yahudi mempunyai tarikh yang salah dan memelihara Paskah sehari lewat (iaitu pada hari ke 15 dan bukannya 14 Nisan). Kristus mati sebagai korban penghapus dosa dan korban keselamatan. Jika Yehoshuah, yang dipanggil Yesus Kristus, tidak mati pada hari yang betul maka kita tidak punyai Mesias. Kita merayakan seluruh hari raya ini dengan memahami rencana Tuhan.
Maka apakah itu Jamuan Suci?
Apakah itu jamuan suci (communion)? Ianya satu upacara jemaat Athanasian, yang tidak memberikan sebarang manfaat.
Filem “Lady Jane” adalah mengenai seorang ratu selama sembilan hari yang dipecat oleh anak perempuan Henry VII yang merupakan penganut Katolik. Lady Jane telah dipenggal terutamanya kerana dia tidak mahu mengaku adanya lebih dari dua sakramen untuk Jemaat dan dia menolak doktrin transubstantiasi. Sepanyol dan orang Katolik jelas sekali ditunjukkan menuntut kematiannya dengan desakan politik.
Semua ini merupakan perselisihan-perselisihan asas Jemaat dengan sistem katolik. Reformasi telah didorong oleh pekhabaran Unitarian di England. Kebangkitan fundamentalist di England berpunca dari literalisme alkitabiah yang dianjurkan dari waktu Richard Cox, Biskop Ely.
Trinitarianisme terancam di seluruh Eropah. Ancaman ini telah diatasi dengan penganiayaan yang besar. Akal pertimbangan tidak dapat bertahan kerana Alkitab jelas menyokong, dan merupakan dasar bagi, tentangan yang berkesudahan dengan Reformasi.
Sesudah zaman akal pertimbangan ini, suatu zaman menyusuli iaitu Era of Dead Faith (Zaman Iman Mati). Era atau zaman ini, selepas lima belas hingga enam belas abad, telah disamakan dengan Sardis. Era ini gagal dalam misinya namun ia merupakan satu era Jemaat yang sah. Jemaat berada dalam keadaan lesu. Ia mengalami kebangkitan dalam gerakan advent abad kesembilan belas dan muncul dalam abad kedua puluh dengan pemahaman yang serba kekurangan.
Oleh itu terdapat lima kumpulan jemaat yang masih wujud sepanjang abad-abad lalu dalam bangsa-bangsa yang berkenan kepada Tuhan. Mereka dikenali dengan nama Jemaat-jemaat dalam Wahyu 2-3. Mereka adalah Jemaat Efesus, Smirna, Pergamos, Tiatira dan Filadelfia. Era-era kemudian iaitu Sardis dan Laodikia gagal sebagai Jemaat dan hanya individu-individu saja yang mampu masuk ke dalam Kerajaan Tuhan.
Maka Jemaat Tuhan bukanlah sebuah struktur organisasi. Ia bukan sebuah organisasi sedunia, yang memiliki kekayaan material. Hamba-hambanya bukan dari dunia ini. Terdapat berbagai karunia namun roh yang sama, banyak pelayanan tetapi satu Tuhan dan berbagai-bagai perbuatan ajaib, tetapi Allah adalah satu yang mengerjakan semuanya dalam semua orang (1 Korintus 12:5,6).
Zaman Bangsa-bangsa bukan Yahudi adalah satu waktu penting dalam sejarah Jemaat. Adanya dwimaksud (maksud berdua) dalam urutan ini (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)).
Dari 605-525 BCE (SM) kita muncul tujuh kali masa kemudiannya pada 1996. Zaman bangsa-bangsa bukan Yahudi atau zaman bangsa-bangsa sedang berakhir dan kini waktu untuk penyatuan sistem sedunia di bawah kerajaan terakhir binatang itu telah tiba.
Waktu-waktu ini adalah signifikan. Ianya 1,000 tahun dari waktu kemasukan Daud ke Yerusalem hingga ke waktu kelahiran Mesias. Ianya sebanyak 2,000 tahun lagi ke 1996-97. Waktu ini memulakan Zaman Perang-perang Planet. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun.
Tugas kita adalah untuk melakukan pekerjaan zaman akhir. Tujuan kita adalah untuk dipanggil keluar dan bersedia untuk dan melakukan tugas yang sepatutnya telah dilakukan oleh Iblis dan iblis setan. Tugas kamu adalah untuk bersedia untuk mengajar dan memimpin dalam Milenium. Pada kebangkitan kedua nanti kita bertanggungjawab untuk membantu seluruh planet ini yang berada di bawah penghakiman. Kita juga akan menghakimi para iblis setan (1 Korintus 6:2-3). Mereka mungkin akan bertaubat, dengan adanya teladan kita dan pengantaraan kita. Iblis mungkin akan bertaubat. Tuhan tidak mengingini sesiapapun binasa (1Petrus 3:9). Bagaimanapun, segala yang hidup akan binasa bersama dan kembali kepada debu (Ayub 34:15). Dengan itu, adanya pengakhiran yang dirancang untuk ciptaan fizikal.
Para iblis setan akan diturunkan darjat menjadi manusia dalam kebangkitan kedua. Ini adalah maksud Yehezkiel 28:8-10,19.
Yehezkiel 28:8-10 Engkau diturunkannya ke lobang kubur, engkau mati seperti orang yang mati terbunuh di tengah lautan. 9 Apakah engkau masih akan mengatakan di hadapan pembunuhmu: Aku adalah Allah!? Padahal terhadap kuasa penikammu engkau adalah manusia, bukanlah Allah. 10 Engkau akan mati seperti orang tak bersunat oleh tangan orang asing. Sebab Aku yang mengatakannya, demikianlah firman Tuhan ALLAH." (KJV)
Ada yang melihat janji kebangkitan pertama itu dan menginginkan baptisan, kemudian menemui kesukaran. Kita adalah satu keluarga namun hanya dalam penurutan kepada Tuhan.
Ingatlah waktu apabila Maria dan saudara-saudara lelaki dan perempuan Kristus datang untuk menemui Kristus di rumahnya. Dia menegaskan pada waktu itu siapakah keluarganya.
Matius 12:46-50 Ketika Yesus masih berbicara dengan orang banyak itu, ibu-Nya dan saudara-saudara-Nya berdiri di luar dan berusaha menemui Dia. 47 Maka seorang berkata kepada-Nya: "Lihatlah, ibu-Mu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan berusaha menemui Engkau." 48 Tetapi jawab Yesus kepada orang yang menyampaikan berita itu kepada-Nya: "Siapa ibu-Ku? Dan siapa saudara-saudara-Ku?" 49 Lalu kata-Nya, sambil menunjuk ke arah murid-murid-Nya: "Ini ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku! 50 Sebab siapapun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di sorga, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku." (KJV)
Salah seorang saudaranya, Yakobus, menjadi Biskop Yerusalem, dan telah mati syahid pada 63 AD (TM) (lihat juga karya-karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13), dan Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232)). Tuhan mengenali JemaatNya dan menyerahkan mereka kepada Kristus.
Kemahatahuan Tuhan difahami sebagai pengetahuan segala usul yang benar.
Tuhan menentukan umat pilihan dari semula
melalui kemahatahuan ini. Persoalan kemudiannya timbul: Adakah orang-orang tahu
kalau mereka telah ditentukan (ditakdirkan)? Ini merupakan doktrin paling
berbahaya dalam Alkitab. Calvin mengerti pada mulanya tetapi nampaknya tidak
kemudiannya. Orang Jerman telah mengembangkan doktrin ini menjadi
Antinomianisme. Mereka membuat pertimbangan begini “Jika saya sudah
ditakdirkan, saya boleh lakukan apa saja”. Sekali selamat sentiasa selamat.
Doktrin Antinomianisme ini adalah anti-Tuhan kerana ia adalah anti-hukum, yang terbit dari sifatNya.
Kita tidak dapat mengerti Alkitab jika kita tidak menurut. Hubungan antara apa yang kita katakan dan lakukan membolehkan kita maju ke tahap pemahaman seterusnya. Sedikit yang dipilih untuk dipanggil. Umat pilihan diambil seorang dari satu keluarga, dua dari satu kota (Yeremia 3:14). Kita sekarang berada dalam fasa terakhir zaman akhir.
Kita hanya akan ada tiga setengah tahun selepas Dua Saksi itu tiba di Yerusalem. Kita kemudiannya harus bekerja keras selama 1,260 hari yang terakhir itu. Kristus tidak akan berada di Petra dan umat pilihanpun tidak akan berada di Petra. Dari Matius 10:23-28 kita akan berada dalam penganiayaan. Dari 10:23 kita tidak akan habis mengunjungi semua kota-kota Israel sebelum Kristus datang. Ini adalah proses yang berlaku terus-menerus.
Dua saksi itu menghabiskan pekerjaan. Mereka berbicara sesuai dengan hukum dan kesaksian. Perbezaannya adalah mereka akan menyebabkan penderitaan dan tulah beserta dengan apa yang mereka katakan.
Pekerjaan akhir akan dilakukan dengan kuasa Roh. Ia tidak akan dilakukan dengan wang dan sumber-sumber fizikal.
Kewajipan kita adalah untuk meneruskan pekerjaan itu dengan segenap kekuatan kita sehingga Mesias datang. Umat pilihan yang menurut perintah-perintah serta kesaksian Yesus Kristus, tanpa menghiraukan penganiayaan yang mereka hadapi, adalah umat pilihan kebangkitan pertama.
Tuhan menyempurnakan umat pilihan dengan pencubaan-pencubaan mereka supaya mereka dimurnikan seperti mana emas dimurnikan. Kita bergerak maju dengan iman.
Bacaan lanjutan tentang “Jemaat”:
Penubuhan Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi (No. 68)
Tuaian-tuaian Tuhan,
Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 (No. 120)
Kebangkitan Orang Mati (No.
143)
Kerajaan Tuhan Yang Kekal
(No. 144)
Sakramen-sakramen Jemaat
(No. 150)
Salah Anggap Kebangkitan
Ketiga (No. 166)
Membentuk Sebuah Jemaat (No.
271).
q