Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[156B]

 

 

 

 

Sabat dan Peredaran Lunar

(Edisi 1.0 20090731-20090731)

 

Ada sesetengah orang yang cuba menuntut bahawa Sabat ditentukan daripada Bulan Baru dan Peredaran Lunar. Perbantahan ini lucu dan tidak pernah terjadi.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2009, 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Sabat dan Peredaran Lunar

 


Ada satu perbantahan pelik yang diajukan pada akhir abad kedua puluh oleh sesetengah orang yang mendakwa bahawa Sabat dihitung daripada Bulan Baru dan bukan oleh kitaran hari-hari. Mereka menegaskan bahawa Sabat entah bagaimana terikat kepada kalendar Gregorian dan hari ketujuh minggu menurut kalendar itu yang mempunyai dasar pagan.

 

Mereka mengabaikan segala himpunan bukti sejarah yang menunjukkan bahawa minggu tujuh hari bermula dengan hari pertama dipanggil Minggu/Ahad dan berakhir dengan hari Ketujuh sebagai hari terakhir, yang dipanggil Sabtu (Saturday) atau hari Saturn oleh orang pagan. Para pendukung sistem ini mengabaikan fakta semua himpunan hujah liturgi yang menganjurkan bahawa hari Minggu ialah hari ibadat Kristian sebagai hari kelapan dan hari yang memulakan minggu baru. Rekod menunjukkan bahawa sistem hari Minggu ini memasuki jemaat melalui kultus-kultus matahari sejak 111 CE.Minggu telah ditetapkan di Yudea dan sistem Bait selama beribu tahun sebelum waktu itu, dan Hari Ketujuh merupakan hari Sabat dan telahpun dirayakan begitu selama beribu tahun.

 

Para pendukung Sabat terapung ini mengabaikan badan sejarah yang menunjukkan dengan pasti bahawa kedua-dua orang Yahudi dan SEMUA umat Kristian abad pertama merayakan Sabat Hari Ketujuh pada hari ketujuh minggu iaitu hari yang dipanggil Sabtu, dan orang Yahudi serta Pemelihara Sabat/Sabatarian masih, sampai hari ini, memelihara Sabat Hari Ketujuh. Semua sarjana bersetuju bahawa Sabat Alkitab ialah Sabtu dan telah sentiasa begitu. Kalendar Gregorian tiada kena mengena dengan kitar minggu dan ketika ini diperkenalkan kitar itu sudahpun wujud selama beribu tahun.

 

Hujah dimajukan ini hanya membuktikan kejahilan mendalam semua kumpulan yang membela sistem sebegitu dan biasanya mereka berasal dari AS. Jadi bagaimanakah orang-orang ini membenarkan usul mereka untuk Sabat berputar yang berasaskan Bulan Baru?

 

Jawapannya ialah mereka bersandar balik pada hujah yang sebenarnya berasal daripada satu dasar Mesir. Bulan Baru dipercayai merupakan Sabat sebagai tanggal pertama bulan dan selepas itu empat minggu dua puluh lapan hari dihitung membuatkan Sabat jatuh pada hari ke 8, 15, 22 dan 29. Hari Ketiga puluh bila ada, sebagaimana terjadi kira-kira tiap bulan kedua, ialah hari tiada.

 

Oleh sebab tiada bukti dalam Bait Yahudi dan Kristian dan kemudiannya sejarah untuk membenarkan hujah ini, dan tiada apa-apa dalam Alkitab untuk membenarkannya juga, para pendukung teori ini terdesak bersandar pada teks Keluaran 16 yang membincangkan manna.

 

Keluaran 16:1 bermula dengan menjelaskan bahawa orang Israel sampai ke padang gurun Sin pada tanggal Lima belas bulan Kedua. Bani Israel mula bersungut terhadap Musa dari waktu itu.

 

Tuhan berkata kepada bani Israel bahawa Dia akan menyediakan roti dari langit enam hari dalam minggu dan pada hari Keenam dia akan menyediakan cukup untuk Hari Sabat serta untuk hari Keenam. Pada semua hari lain manna tidak tahan sampai hari berikutnya tetapi sebaliknya berbau busuk dan berulat (Keluaran 16:19-20).

 

Hujah yang terlalu mudah dihasilkan bahawa burung puyuh dikirim pada petang hari Kelima belas dan selepas itu pada pagi hari Keenam belas manna turun dan perhitungan Sabat mingguan bermula.

 

Adapun hujah ini mengabaikan beberapa perkara utama sejarah dan alkitabiah. Ini agak naifnya mengandaikan bahawa orang Israel tidak tahu bila masanya Sabat itu sehinggalah waktu itu. Ini juga mengabaikan struktur asas Ibrani untuk minggu yang hanya mempunyai struktur menamakan hari-hari sebagai Hari Pertama dari Sabat dan seterusnya sehinggalah Hari Ketujuh yang dipanggil Sabat, atau dalam kasus ini Sabat segala Sabat. Dengan itu, hujah ini bersandar pada hari Lima belas itu sebagai hari Sabat dan hari Pertama pungutan manna bermula pada hari Keenam belas. Kemudian mereka mengusulkan bahawa manna terus jatuh sehingga hari keenam iaitu tanggal Dua puluh satu bulan itu.

 

Sesungguhnya hujah yang agak basi ini hampir mempesonakan dalam pengabaiannya akan sejarah dan logik. Bagaimanapun, ada sesetengah orang yang mengemukakannya sebagai kebenaran dan realiti. Kita tiada bukti kukuh bahawa hari Kelima belas itu benar-benar Sabat. Ini bersandar pada andaian bahawa tanggal Enam belas ialah hari Pertama minggu dan Keluaran 16 tidak mengatakan bahawa Sabat jatuh pada hari ke 22 bulan Kedua. Ini ialah andaian tersirat dalam hujah mereka. Tuntutan bahawa Keluaran 16 mengatakan Sabat adalah pada tanggal 22 bulan Kedua merupakan satu andaian. Manna mungkin sekali telah jatuh pada mana-mana hari dalam minggu sampai hari Keenam. Setiap orang Israel sudah tentu tahu apakah hari-harinya dan mereka telahpun memelihara Sabat untuk satu tempoh yang lama sebelumnya. Kalaupun Sabat mingguan memang jatuh pada tanggal 22 Iyar dalam tahun itu, yang mana tiada bukti sebenarnya, apakah yang ini buktikan selain bahawa pada tahun itu perhitungan Omer bulan Kedua membuatkan Sabat-sabat jatuh pada Bulan Baru (hari 1), 8, 15, 22 dan 29 bulan itu.

 

Harus diperhatikan bahawa tahun ini (2009) Sabat-sabat bulan Kedua juga kebetulan jatuh pada tanggal 1, 8, 15, 22, dan 29 bulan lunar. Jika memang kita andaikan bahawa tanggal 15 bulan Kedua sememangnya Hari Sabat dan hari Keenam belas merupakan hari Pertama minggu dan hari Pertama bilamana manna turun, ini juga menghubungkan tahun ke 32 dalam Yobel ke 120 dengan Tahun Keluaran dan menunjukkan bahawa semuanya sudah terjadi sebelumnya dan merupakan sebahagian daripada kitar normal Sabat sebagaimana ini berhubungan dengan tahun baru Lunar secara terus-menerus.

 

Fakta bahawa Sabat dan kitar lunar tidak pernah disambungkan dan bergerak bebas daripada sesama sendiri. Kedua-dua Bulan Baru dan Sabat harus diperlakukan sebagai Kudus dan harus tiada perdagangan pada hari-hari tersebut (Amos 8:5). Tidak pernah ada apa-apa hubungan untuk Sabat mingguan, hanya untuk Hari-hari Raya, dan Imam Besar memakai jubah untuk kedua-dua hari ini dan rekod Bait jelas menunjukkan bahawa hari-hari tersebut jatuh secara bebas.

 

Perjanjian Baru menunjukkan dengan kejelasan sepenuhnya bahawa hari-hari itu bebas daripada satu sama lain. Kita juga tahu bahawa dalam tahun Kristus dibunuh hari Keempat belas bulan pertama Abib jatuh pada hari Keempat minggu, hari yang kita panggil Rabu. Kita juga tahu tanpa sangsi bahawa dia berada dalam kubur selama tiga hari dan tiga malam dan dibangkitkan pada akhir Sabat pada waktu malam.

 

Para penyokong hujah ini kemudiannya terpaksa menyangkal fakta Tanda Yunus (lihat naskah Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 013)). Tanda Yunus ialah Kristus berada tiga hari dan tiga malam dalam perut bumi. Mereka kemudiannya terpaksa menerima doktrin dewa Attis dan menganjurkan Penyaliban hari Jumaat serta Kebangkitan hari Minggu. Mereka berbuat demikian walaupun ini mustahil untuk mana-mana tahun dalam mana Kristus mungkin boleh disalibkan. Pewaktuan kematian Kristus dibincangkan dalam naskah Pewaktuan Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159).

 

Satu-satunya sebab teori kecil mengarut ini dikemukakan adalah untuk cuba menyangkal kalendar Bait dan mengusulkan satu sistem yang tidak boleh dilaksanakan secara rasional dan dengan itu memaksa semua orang Kristian untuk terus dengan sistem pagan yang dihasilkan oleh kelompok pseudo-Kristian dalam ibadat hari Minggu dan dan menggunakan kalendar matahari dan kultus-kultus misteri serta teologi Attis (lihat juga Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian Terhadap Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).

 

Sabat tidak hilang, Sabat juga tidak berputar sekitar bulan, minggu tidak bermula pada hari Isnin dan Sabat tidak berbeza antara orang Yahudi dan Kristian.

 

Sabat ialah Hari Ketujuh minggu yang kita panggil Sabtu (Saturday) dan ini telah ditahbiskan oleh Tuhan untuk dipelihara dan telahpun dipelihara oleh jemaat sejak permulaan.

 

Perintah Keempat berdiri tegak dan daripadanya tergantung Kalendar, Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan semua Hari Raya serta Perayaan Tuhan, seperti diterangkan dalam naskah Kalendar Tuhan (No. 156).

 

Dari segi nubuatan, ulangan tahun ini akan urutan kalendar Keluaran dan Kematian Kristus mungkin mempunyai implikasi serius untuk tahun ini. Minggu ini bermula dengan Tanggal 5 Ab dan mengakhiri tempoh percubaan Ab pada hari Keenam minggu, iaitu tanggal 10 Ab. Sabat minggu ini ialah hari Kesebelas Ab. Minggu dari 5 sampai 10 Ab merupakan minggu percubaan dalam Israel dan segala dosa harus dihapuskan dan disesali, kalau tidak Tuhan bertindak menjelang 10 Ab.

 

Sabat ini kita harus bebas daripada segala kemalangan yang ditujukan kepada bangsa Israel Jasmaniah dan juga Rohaniah.

 

Kita semua patut memikirkan urutan penting itu dan masalah-masalah yang telah dihubungkan dengannya. Tahun ini mengikuti urutan sama yang tepat sebagaimana yang dialami orang Israel di Sinai. Minggu-minggu jatuh tepat pada hari-hari sama dalam bulan sama seperti dalam Keluaran. Dengan itu 14 Abib jatuh pada hari Rabu tahun ini (2009) sama seperti dalam tahun Kristus dihukum bunuh pada pancang, dan juga dalam tahun Kristus membunuh anak sulung mereka yang tidak mematuhinya di Mesir. Itulah tahunnya Malaikat Besar Hadirat Tuhan membawa Israel keluar dari Mesir dan memberi makanan kepada mereka dalam padang gurun, dan kita tahu bahawa Batu Karang itu ialah Kristus (1 Kor. 10:4).

 

Pentakosta jatuh pada hari Minggu 8 Sivan dan Israel memuja Anak Lembu Emas di Tamus dan Pendakian-pendakian Musa terjadi pada hari-hari yang sama seperti yang jatuh pada tahun ini. Dengan ini dalam ingatan kita patut pergi dan melihat kembali Pendakian-pendakian Musa (No. 70) dan ingatlah bahawa Tuhan juga menangani Yehuda sama seperti seluruh Israel sepanjang tempoh ini sampai hari Pertama bulan Ketujuh. Tuhan mempunyai urutan penting untuk menangani Jemaat dalam tahun 2009 dan meluaskannya pada 2010.

 

Kita sekarang juga boleh mengerti kenapa Tuhan membawa begitu ramai orang ke dalam jemaat di luar AS dan Britain pada 2009. Ini dilambangkan oleh Kumpulan Banyak Orang Berbagai Bangsa juga dalam Keluaran itu. Menjelang 10 Ab Tuhan telah menghimpunkan dalam jemaat satu kumpulan orang yang begitu besar yang sudah bertaubat dan menyerahkan diri mereka kepada Tuhan dan sistemNya yang tidak pernah dilihat jemaat sebelumnya. Kini ada lebih ramai orang dalam CCG di luar Britain dan Amerika Utara daripada yang pernah ada di bawah Jemaat-jemaat Tuhan selama berabad-abad, dan lebih dua kali ganda daripada yang pernah ada dalam WCG dan COG (SD) di kalangan negara-negara di luar Britain dan Amerika Utara sepanjang seluruh kewujudan mereka.

 

Tuhan menangani orang bukan Yahudi dalam Komanwel sekarang, dengan kuasa. Inilah janji kepada Efraim yang diberikan oleh Yakub pada pemberkatan hak lahir itu, sebab dalam dirinya ialah pencapaian orang bukan Yahudi. Pada pagi 9 Ab konferens Tanzania berhimpun dan organisasi kembali Tanzania dimulakan. Pada pagi 10 Ab Konferens Sudan dijadualkan dan sedang berlangsung. Tempoh ini melengkapi urutan untuk pertaubatan. Organisasi kembali dalam negara-negara lain sudah memang berlangsung dan akan berterusan. Sabat 11 Ab melambangkan organisasi kembali dan pembangunan Tubuh Kristus di kalangan orang bukan Yahudi.

 

Tuhan kini akan menangani bangsa-bangsa bukan Yahudi dan Jemaat-jemaat Tuhan. Sehingga hari Sangkakala-sangkakala Tuhan menambah kepada nukleus. Dari hari Pondok Daun 2009 Tuhan mula merebut domba daripada gembala-gembala di semua tempat dan menambah kepada Kumpulan Besar Orang Banyak Kebangkitan Pertama. Pada Paskah 2010 atau 33.120 bilangan besar-besaran ditambah kepada jemaat dan pertumbuhannya kini secara eksponen.

 

q