Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[158]
Soalan-soalan
yang Sering Ditanya:
Bulan-bulan
Baru
(Edisi 1.1 20000405-20000909)
Satu daripada aspek yang paling rumit mengenai Hukum Allah ialah Bulan-bulan Baru. Adakah mereka perlu dipelihara? Jika ya, bagaimana? Adakah ia dipelihara seperti Sabat? Jika ya, bagaimana dengan kerja saya? Sistem dunia beroperasi dengan cara dimana ia membuat sukar sekali bagi bulan-bulan baru dipelihara seperti Sabat dan calendar dunia menyembunyikan mereka. Terdapat banyak soalan yang ditanya dalam isu ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Soalan-soalan yang Sering
Ditanya:
Bulan-bulan
Baru
Sebelum kita melihat kepada soalan-soalan mengenai Bulan-bulan Baru, kita harus mengimbas Kalendar yang disediakan Allah.
Kalendar yang Kudus adalah berdasar sepenuhnya pada bulan baru. Bulan baru pada tahun tertentu adalah penting sebab ia menyediakan kalendar untuk tahun tersebut.
Keluaran 12:1-2 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir: 2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun.
Sekiranya kita tidak tahu bila hari yang pertama dalam bulan itu, kita tidak boleh menuruti Allah dalam memelihara perayaan-perayaan yang ditahbisnya seperti Perayaan Paskah, Pentakosta atau Perayaan Bait Suci. Kita tidak boleh bersedia sepenuhnya untuk perayaan-perayaan ini. Sebagai contoh pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama adalah Tahun Baru dan merupakan Hari Perayaan yang kudus (Mazmur 80[81]:3-5).
Mazmur 80[81]: 3-5 Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama, pada hari raya kita. Sebab hal itu adalah suatu ketetapan bagi Israel, suatu hukum dari Allah Yakub. Sebagai suatu peringatan bagi Yusuf ditetapkan-Nya hal itu, pada waktu Ia maju melawan tanah Mesir. Aku mendengar bahasa yang tidak kukenal:
Pada hari yang Ketujuh dalam Bulan Pertana kita harus menyucikan perbuatan yang tidak disengajakan dan disedari (Yeh 45:20); Hari yang Kesepuluh dalam Bulan yang Ketujuh adalah Hari Pendamaian; hari yang ke-14/ke-15 dalam Bulan Pertama adalah kritikal kepada pemeliharaan Perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi, dan sebagainya. Setiap tarikh yang penting untuk memelihara Perayaan-perayaan ini seperti yang ditentukan oleh Allah dinyatakan di dalam Alkitab sebagai hari yang khusus dalam bulan yang tertentu.
Bagaimana kita mengetahui bila Bulan
Baru yang Pertama berlaku?
Tahun Kudus Allah bermula dengan Abib atau Nisan (Kel. 12:2). Ini ditentukan dari Bulan Baru yang paling dekat kepada musim bunga ekuinoks di Hemisfera Utara, yang memulakan musim panas. Musim gugur ekuinoks di Hemisfera Utara memulakan musim sejuk. Inilah dua musim yang telah disebut oleh Alkitab (Kej. 8:22; Maz, 74:17).
Kaedah untuk menentukan bulan Abib, yang bermaksud musim bunga, ialah bahawa Perayaan Paskah tidak mendahului Ekuinoks. Oleh itu, Hari Pertama musim Perayaan Paskah, hari persediaan bagi hari keempat belas bagi Bulan Pertama boleh jatuh pada ekuinoks tetapi Hari Pertama yang Kudus Perayaan Paskah pada Nisan Kelima belas mesti jatuh selepas equinox tersebut. Oleh itu, hari pertama atau hari persediaan boleh jatuh pada equinox, tetapi tidak boleh mendahului Equinox dan jatuh pada musim Sejuk di bahagian Utara dan hari yang ke-15 mesti jatuh selepas equinox tersebut. Ini adalah dua peraturan yang menentukan sehingga revisi Hillel pada 358 CE.
Bulan Baru adalah satu kejadian tepat yang berkaitan dengan astronomi dan boleh diramalkan dengan sempurna. Kejadian ini boleh terjadi pada hari-hari yang berlainan disebabkan oleh putaran bumi. Oleh itu, Bulan Baru mestilah ditentukan dari masa dimana ia terjadi di Yerusalem untuk memastikan keseragaman didalam ibadat keagamaan diseluruh dunia, diberikan komunikasi yang dipertingkatkan. Ini adalah berdasarkan kepada Alkitab, tempat Yerusalem sebagai takhta Tuhan (Yer. 3:17), pusat hukum dan tempat dimana ia mengeluarkan dibawah Mesiah (Yes. 2:3) dan melalui air Roh (Zak. 8:22; 14:8-21). Allah telah menempatkan namaNya disana untuk selamanya (2Taw. 33:4).
Adakah Alkitab menyebut nama bulan-bulan tersebut?
Alkitab menyebut beberapa nama bulan-bulan tersebut tetapi bukan semuanya. Ia juga menyebut beberapa bulan mengikut nama-nama Kanaan mereka. Ia adalah satu kebiasaan bagi orang-orang Samaria, sebagai contoh, untuk menggunakan nombor seperti Bulan Pertama, Bulan Kedua dan sebagainya. Kebiasaan Yahudi Moden adalah menggunakan nama-nama, yang mana kebanyakan adalah diambil daripada orang-orang Babylon. Mereka adalah:
Kitaran dua belas bulan lunar (354¼ hari) jatuh kurang daripada tahun surya (365 ¼ hari).
Perayaan Paskah musim semi-Perayaan Mazzoth, yang memulakan kitaran perayaan hasilan tanah, perlu dipelihara pada masa yang ditetapkan dalam tahun, pada permulaan tuaian Gandum. Unjukan Berkas adalah buah pertama dari tuaian ini dan mewakili Kristus yang telah dipersembahkan di hadapan Allah sebagai kelahiran pertama dari orang yang mati (lihat Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)). Justru itu, ianya jelas mengapa bulan interkalari diletakkan dalam Adar pada hujung tahun dan bukan dalam Bulan Pertama, Nisan (Mac-April) (atau Abib; orang Kanaan).
Bulan interkalari adalah WeAdar (atau dan Adar) menurut M. Ned VIII. 5 (lihat Interpreter’s Dictionary of the Bible, Jil. 1, ms. 487). Pengiraan rabinikal menunjukkan tujuh daripada setiap sembilan belas tahun mempunyai satu lebihan bulan, yang mana kita sebut sebagai Adar II.
(Kebanyakan perkara di atas diambil dari karya tulis. Kalendar Allah (No. 156), yang harus dibaca seluruhnya).
Haruskah Bulan-bulan Baru dipelihara sebagai Sabat?
Ianya telah diperdebatkan bahawa seseorang itu tidak seharusnya menyangkal bahawa Bulan-bulan baru ini adalah Sabat, tetapi mencari bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa Bulan-bulan Baru ini adalah Sabat. Bulan-bulan Baru adalah dipelihara sebagai Sabat dalam Israel kuno.
Bulan-bulan baru adalah semuanya hari-hari yang bermakna dan penting. Mereka adalah hari-hari korban, dan ibadah. Pengakuan terhadap hari-hari tersebut adalah perlu dalam pemeliharaan mereka. Tetapi adakah ia bererti bahawa mereka adalah Sabat? Kita telah melihat di atas bahawa Bulan Baru Pertama dalam tahun itu adalah Hari Perayaan yang Kudus. Oleh itu, satu daripada mereka adalah sekurang-kurangnya Sabat. Bulan Baru pada Bulan yang Ketujuh adalah juga Hari Sangkakala dan oleh itu, ia juga Hari Perayaan yang Kudus.
Kita akan melihat didalam ayat-ayat bahawa Bulan-bulan Baru adalah hari-hari perhimpunan dan Allah menangani Israel dan dunia pada hari-hari Bulan Baru. Dia berfirman melalui hamba-hamba dan nabi-nabiNya pada hari-hari ini.
Dimanakah ia boleh ditunjukkan bahawa Bulan Baru
adalah Sabat – bahawa tiada perniagaan atau kerja berat boleh dilakukan pada
hari ini?
Ayat-ayat yang paling jelas yang kita ada ialah terdapat dalam Keluaran pada Penyucian Kaabah sebagai Hari Perhimpunan Suci dan juga didalam Amos 8:5. Amos menghukum Israel disebabkan mereka mahu Sabat dan Bulan Baru dihentikan supaya mereke boleh terus berniaga. Mereka memelihara hari-hari tersebut, tetapi Allah tidak gembira sebab mereka tidak memelihara dengan sepenuh hati dan mereka mahu menghentikan supaya mereka boleh mula berniaga.
Amos 8:5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu, (RSV)
Amos 8:5 adalah hanya ayat lain yang menyatakan bahawa
perniagaan dan bulan Baru adalah mempunyai dua erti yang berlainan. Adakah ia satu rujukan umum kepada semua
bulan baru atau adakah ia berkaitan dengan sangkakala sahaja, atau adakah ia
menjadi satu rujukan keperluan mengikut musim seperti dengan pembatasan tuaian
baru dan lama yang diberi tanda dengan persembahan unjukan berkas?
Tidak ada di dalam ayat ini yang menandakan bahawa ianya berkenaan dengan penuaian yang tertentu atau Sangkakala. Oleh kerana itu teks ini harus dibaca seperti ianya ditulis, sebagai satu pernyataan umum dalam pertalian kepada Bulan-bulan Baru dan Sabt. Mengambil ayat ini dalam konteksnya, bab ini adalah berkenaan dengan ketidaksenangan Allah terhadap umatNya. Dia marah kerana hari-hari Sabat, Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan tidak dipelihara dengan betul dan bahawa umatnya tidak bersifat adil terhadap satu dengan yang lain.
Bilangan 10:10 menyatakan bahawa sangkakala harus ditiup pada waktu semua Bulan-bulan Baru.
Jadi kamu berkata bahawa orang Kristian pada hari ini
perlu untuk memelihara Bulan-bulan Baru sebagai Sabat? Yakni, tiada kerja kotor
atau perhimpunan dengan yang lain jika ini adalah mungkin?
Ya. Mereka perlu dipelihara sebagai Sabat dan Mesiah memperkenalkan semula dan menguatkan mereka dengan Sabat apabila dia kembali (Yes. 66:20-23) bersama-sama dengan perayaan-perayaan Allah yang lain (lihat Zakariah 14:16-19).
Isu ini adalah rumit dan Bulan-bulan Baru adalah bahagian akhir dalam pemulihan pemahaman individu. Terdapat siri-siri karya mengenai Bulan-bulan Baru ini. Sila rujuk kepada senarai karya-karya pada penghujung karya ini.
Mengapakah Imamat tidak menyebut perkara ini? Mengapakah Nehemia 10:31, yang menyebut
tentang tidak berdagang pada hari Sabat dan Hari-hari Suci, tidak menyebut
Bulan-bulan Baru dan kemudiannya 2 ayat kemudian menyebut korban-korban dan
disini tidak menyebut tentang Bulan-bulan Baru dengan Sabat dan Hari-hari Suci?
Ia telah disebut didalam Bilangan 10:10
Bilangan 10:10 Juga pada hari-hari kamu bersukaria, pada perayaan-perayaanmu dan pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu dan korban-korban keselamatanmu; maksudnya supaya kamu diingat di hadapan Allahmu; Akulah TUHAN, Allahmu." (RSV)
Untuk memahami Nehemia 10:31, kita terlebih dahulu perlu melihat Keluaran 3:5 dan semua ayat yang berkaitan dengan ini, dari Nehemia 10:31-33 sebagai satu blok.
Keluaran 3:5 Lalu Ia berfirman: "Janganlah datang dekat-dekat: tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat, di mana engkau berdiri itu, adalah tanah yang kudus."
Nehemia 10:31-33 Dan bilamana penduduk negeri membawa barang-barang dan berbagai-bagai gandum untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya dari mereka pada hari Sabat atau pada hari yang kudus. Dan kami akan membiarkan begitu saja hasil tanah pada tahun yang ketujuh dan tidak akan menagih sesuatu hutang. 32 Pula kami mewajibkan diri untuk memberi tiap tahun sepertiga syikal untuk ibadah di rumah Allah kami, yakni: 33 untuk roti sajian, untuk korban sajian yang tetap, untuk korban bakaran yang tetap, untuk hari-hari Sabat, bulan-bulan baru dan masa raya yang tetap, untuk persembahan-persembahan kudus dan korban-korban penghapus dosa, untuk mengadakan pendamaian bagi orang Israel serta segala pekerjaan di rumah Allah kami.
Perkataan yang digunakan untuk suci (SHD 6944 hodesh) bermaksud ditentukan berasingan, sebagai dipisahkan dan merujukkan kepada semua hari-hari yang ditentukan untuk Tuhan dan bukan semata-mata sebagai rujukan kepada kemuncak hari-hari Perayaan, dan harus diambil untuk memasukkan Bulan-bulan Baru dan Penebusan. Kita melihat ini melalui Sabat yang telah dimasukkan didalam rujukan, dan dalam 10:32 terdapat rujukan langsung kepada Penebusan. Dalam 10:33, struktur keseluruhan Sabat, Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan telah digabungkan, oleh itu, menunjukkan bahawa ayat dalam 10:31 adalah secara spesifik dijelaskan didalam dua ayat berikutnya, untuk menggabungkan semua Hari-hari Suci dan juga Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan.
Ini harus diambil sebagai bukti seterusnya bahawa pemulihan hukum dibawah Nehemia telah terlibat didalam pemulihan Bulan-bulan Baru. Kita tahu bahawa ini adalah fakta sejarah, sebagai Bulan-bulan Baru telah dipelihara dari Nehemia kepada pemusnahan Kaabah dalam 70 CE dan kita tahu juga bahawa mereka juga dipelihara oleh jemaat awal pada masa yang sama (Kol. 2:16-17). Ini adalah saksi kedua kepada Amos 8:5.
Adakah fakta yang menghendaki kamu untuk mengorbankan
dan beribadah pada hari-hari Bulan Baru bukti yang cukup bahawa hari-hari ini
harus dipelihara sebagai Sabat?
Bagaimana dengan hari-hari lain yang sama, seperti hari-hari didalam
Hari-hari Suci Perayaan, yang mana mereka juga hari-hari korban dan ibadah?
Semasa Milenium, semua orang akan memelihara perayaan-perayaan tersebut, oleh itu, semua persediaan harus dibuat awal-awal lagi, sebab tiada seorangpun yang akan berdagang semasa hari-hari tersebut.
Terdapat hukuman untuk tidak memelihara mereka, yang mana boleh dilihat dan serta-merta. Sekarang hukuman adalah kematian dan pembatasan kepada Kebangkitan Kedua, yang mana tidak kelihatan serta-merta. Meskipun begitu, ia adalah nyata.
Kita harus melihat kepada sejarah yang lalu dan amalan. Perdagangan yang berlaku antara Hari-hari Kemuncak Perayaan adalah hanya sebahgian daripada aktiviti kerja yang terhad sahaja. Orang-orang tidak melakukan kerja-kerja berat untuk perdagangan. Terdapat hanya aktiviti minimum yang dilakukan pada hari-hari kemuncak ini. Jika kamu tidak dapat pergi bekerja pada pertengahan Bait Suci, maka sudah tentu kamu juga tidak dapat pergi bekerja pada Bulan-bulan Baru. Begitulah cara ia dipandang pada masa kuno.
Mengapakah Bangsa Israel melakukan kerja-kerja berat
pada Bulan-bulan Baru dalam membangunkan kaabah dan dalam perjalanan? Sebagai contoh, Kel. 40: 2, 17-18?
Mari kita meneliti konteksnya. Keluaran 40:2-16 menangani mengenai upacara yang perlu dijalankan pada Hari Suci pertama Tahun Suci, Hari Pertama untuk Bulan Pertama. Dalam hal ini, Bait Suci akan disediakan supaya benda-benda didalam Bait Suci boleh disucikan dan kemudiannya pentahbisan Harun dan anak-anaknya akan mengambil tempat dan mereka akan diurapi kedalam keimamatan.
Dalam perkataan lain ini bukanlah kerja-kerja biasa dalam minggu, ia bukanlah perdagangan, ia adalah persediaan kemah perkumpulan untuk menempatkan upacara pada hari tersebut.
Keluaran 40:2 "Pada hari yang pertama dari bulan yang pertama haruslah engkau mendirikan Kemah Suci, yakni Kemah Pertemuan itu. 3 Kautempatkanlah di dalamnya tabut hukum dan kaupasanglah tabir sebagai penudung di depan tabut itu. 4 Kaubawalah ke dalamnya meja dan taruhlah di atasnya perkakas menurut susunannya; kaubawalah ke dalamnya kandil dan kaupasang lampu-lampunya di atasnya. 5 Kautaruhlah mezbah emas untuk membakar ukupan di depan tabut hukum. Kaugantungkanlah tirai pintu Kemah Suci. 6 Kautaruhlah mezbah korban bakaran di depan pintu Kemah Suci, yakni Kemah Pertemuan itu. 7Kautaruhlah bejana pembasuhan di antara Kemah Pertemuan dan mezbah itu, lalu kautaruhlah air ke dalamnya. 8 Haruslah kaubuat pelataran keliling dan kaugantungkanlah tirai pintu gerbang pelataran itu. 9Kemudian kauambillah minyak urapan dan kauurapilah Kemah Suci dengan segala yang ada di dalamnya; demikianlah harus engkau menguduskannya, dengan segala perabotannya, sehingga menjadi kudus. 10 Juga kauurapilah mezbah korban bakaran itu dengan segala perkakasnya; demikianlah engkau harus menguduskan mezbah itu, sehingga mezbah itu maha kudus. 11 Juga kauurapilah bejana pembasuhan itu dengan alasnya, dan demikianlah engkau harus menguduskannya. 12Kemudian kausuruhlah Harun dan anak-anaknya datang ke pintu Kemah Pertemuan dan kaubasuhlah mereka dengan air. 13 Kaukenakanlah pakaian yang kudus kepada Harun, kauurapi dan kaukuduskanlah dia supaya ia memegang jabatan imam bagi-Ku. 14 Juga anak-anaknya kausuruhlah mendekat dan kaukenakanlah kemeja kepada mereka. 15 Urapilah mereka, seperti engkau mengurapi ayah mereka, supaya mereka memegang jabatan imam bagi-Ku; dan ini terjadi, supaya berdasarkan pengurapan itu mereka memegang jabatan imam untuk selama-lamanya turun-temurun." 16 Dan Musa melakukan semuanya itu tepat seperti yang diperintahkan TUHAN kepadanya, demikianlah dilakukannya. (RSV)
Fasal tersebut kemudiannya melompat kepada Hari Pertama yang seterusnya Bulan Pertama setahun kemudian. Kerja untuk Bait Suci telah dilakukan sepanjang tahun. Ini ada persediaan terakhir Bait Suci dan pada upacara ini ia telah disediakan untuk Kehadiran atau Kemuliaan Allah. Sekali lagi, ini bukanlah kerja-kerja biasa dalam minggu, tetapi persediaan tempat untuk upacara perkumpulan.
Keluaran 40:17 Dan terjadilah dalam bulan yang pertama tahun yang kedua, pada tanggal satu bulan itu, maka didirikanlah Kemah Suci. 18 Musa mendirikan Kemah Suci itu, dipasangnyalah alas-alasnya, ditaruhnya papan-papannya, dipasangnya kayu-kayu lintangnya dan didirikannya tiang-tiangnya. 19 Dikembangkannyalah atap kemah yang menudungi Kemah Suci dan diletakkannyalah tudung kemah di atasnya--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 20 Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 21Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 22 Ditaruhnyalah meja di dalam Kemah Pertemuan pada sisi Kemah Suci sebelah utara, di depan tabir itu. 23 Diletakkannyalah di atasnya roti sajian menurut susunannya, di hadapan TUHAN--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 24 Ditempatkannyalah kandil di dalam Kemah Pertemuan berhadapan dengan meja itu, pada sisi Kemah Suci sebelah selatan. 25 Dipasangnyalah lampu-lampu di atasnya di hadapan TUHAN--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 26 Ditempatkannyalah mezbah emas di dalam Kemah Pertemuan di depan tabir itu. 27 Dibakarnyalah di atasnya ukupan dari wangi-wangian seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 28 Digantungkannyalah tirai pintu Kemah Suci. 29 Mezbah korban bakaran ditempatkannyalah di depan pintu Kemah Suci, yakni Kemah Pertemuan itu, dan dipersembahkannyalah di atasnya korban bakaran dan korban sajian--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 30 Ditempatkannyalah bejana pembasuhan di antara Kemah Pertemuan dan mezbah itu, lalu ditaruhnyalah air ke dalamnya untuk pembasuhan. 31 Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. 32 Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. 33 Didirikannyalah tiang-tiang pelataran sekeliling Kemah Suci dan mezbah itu, dan digantungkannyalah tirai pintu gerbang pelataran itu. Demikianlah diselesaikan Musa pekerjaan itu. 34 Lalu awan itu menutupi Kemah Pertemuan, dan kemuliaan TUHAN memenuhi Kemah Suci, 35 sehingga Musa tidak dapat memasuki Kemah Pertemuan, sebab awan itu hinggap di atas kemah itu, dan kemuliaan TUHAN memenuhi Kemah Suci. (RSV)
Ayat ini menunjukkan bahawa mereka telah dikumpulkan untuk tujuan beribadah di Bait Suci. Ia sebenarnya ayat yang membuktikan mengenai pemeliharaan Bulan Baru sebagai Hari Perhimpunan dan dedikasi kepada Tuhan, sebagai sebahagian daripada penyucian Bait Suci (lihat Penyucian Bait Suci Allah (No. 241)). Ini semuanya adalah mengenai Kristus dan pembersihan Kaabah sebelum Perayaan Paskah, yang mana kita adalah Bait Suci.
Rujukan-rujukan
Mengapakah konsep Bulan Baru sebagai Sabat tidak
dirujukkan secara langusng dan dengan lebih banyak didalam Alkitab seperti
Hari-hari Suci dan Sabat?
Terdapat banyak contoh didalam Alkitab tentang peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada Bulan Baru. Mari kita melihat kepada beberapa daripada peristiwa-peristiwa ini.
Selepas air bah, air dilihat buat pertama kalinya reda pada Hari Pertama pada Bulan yang Kesepuluh.
Kejadian 8:5 Sampai bulan yang kesepuluh makin berkuranglah air itu; dalam bulan yang kesepuluh, pada tanggal satu bulan itu, tampaklah puncak-puncak gunung. (RSV)
Dalam tahun 601, pada Hari Pertama untuk Bulan Pertama bumi menjadi kering and kapal boleh dibuka.
Kejadian 8:13 Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan pertama, pada tanggal satu bulan itu, sudahlah kering air itu dari atas bumi; kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu dan melihat-lihat; ternyatalah muka bumi sudah mulai kering. (RSV)
Musa telah diberi kuasa untuk mengendali Bait Suci dan hal-hal pengawalan dan penggunaannya di Padang Belantara, yang mana bermula dengan Bulan Baru.
Keluaran 40:2 "Pada hari yang pertama dari bulan yang pertama haruslah engkau mendirikan Kemah Suci, yakni Kemah Pertemuan itu. (RSV)
Keluaran 40:17 Dan terjadilah dalam bulan yang pertama tahun yang kedua, pada tanggal satu bulan itu, maka didirikanlah Kemah Suci. (RSV)
Perayaan-perayaan adalah contoh-contoh utama:
Tahun Baru dalam Bulan Pertama (lihat di atas):
Mazmur 81:3 Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama, pada hari raya kita. (KJV)
Pada Hari Sangkakala dalam Bulan yang Ketujuh:
Imamat 23:24 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. (RSV)
Bilangan 29:1 Pada bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, haruslah kamu mengadakan pertemuan yang kudus, maka tidak boleh kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah hari peniupan serunai bagimu. (RSV)
Untuk penyucian Kaabah:
2Tawarikh 29:17 Pekerjaan menguduskan itu dimulai pada tanggal satu bulan yang pertama. Pada hari kedelapan bulan itu mereka sampai ke balai rumah TUHAN dan menguduskan seluruh rumah TUHAN dalam delapan hari. Mereka selesai pada hari keenam belas bulan pertama. (RSV)
(cf. karya-karya Penyucian Kaabah Allah (No. 241) dan Penyucian Kesilapan Yang Tidak Disedari (No. 291)).
Bait Suci telah disucikan untuk tujuh hari dan pada Hari yang Ketujuh, mereka menyucikan Kesalahan yang tidak disedari dan Israel telah disucikan. Kemudian mereka pergi kepada tempoh seterusnya kepada Perayaan Paskah dari Hari yang Kelapan kepada Kesepuluh apabila mereka menyediakan Domba Perayaan Paskah. Kemudian pada yang keempat belas, mereka keluar daripada pintu gerbang mereka (Ulang. 16:5-7) dan semua Israel memelihara Perayaan Paskah dari permulaan Hari yang Keempat belas sehingga malam Hari yang Kelima belas dalam berjaga-jaga dan kemudian pada Hari Suci Hari yang Kelima Belas, mereka memelihara upacara dan korban dan melengkapkan pada petang itu pada hari yang Keenam Belas. Roti yang tidak beragi kemudiannya akan berterusan untuk enam hari dengan hari terakhir sebagai Hari Suci.
Bulan Baru Sangkakala telah juga digunakan sebagai hari pemulihan hukum Allah.
Nehemia 8:2 Lalu pada hari pertama bulan yang ketujuh itu imam Ezra membawa kitab Taurat itu ke hadapan jemaah, yakni baik laki-laki maupun perempuan dan setiap orang yang dapat mendengar dan mengerti. (RSV)
Bulan Baru
adalah hari untuk bercakap kepada orang-orang secara keseluruhan dalam
perhimpunan.
Bilangan 1:1-5 TUHAN berfirman kepada Musa di padang gurun Sinai, dalam Kemah Pertemuan, pada tanggal satu bulan yang kedua dalam tahun yang kedua sesudah mereka keluar dari tanah Mesir: 2 "Hitunglah jumlah segenap umat Israel menurut kaum-kaum yang ada dalam setiap suku mereka, dan catatlah nama semua laki-laki di Israel 3 yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang sanggup berperang, orang demi orang. Engkau ini beserta Harun harus mencatat mereka menurut pasukannya masing-masing. 4 Dari tiap-tiap suku harus ada satu orang yang mendampingi kamu, yakni orang yang menjadi kepala dari suku yang diwakilinya itu. 5 Dan inilah nama semua orang yang harus mendampingi kamu. Dari suku Ruben: Elizur bin Syedeur; (RSV)
Disini kita boleh melihat konsep Bulan Baru sebagai perkara tumpuan untuk perhimpunan tentera Allah.
Bilangan 1:18 dan pada tanggal satu bulan yang kedua mereka menyuruh segenap umat berkumpul. Kemudian silsilah orang-orang Israel disusun menurut kaum-kaum yang ada dalam setiap suku mereka, sedang nama-nama mereka yang berumur dua puluh tahun ke atas dicatat orang demi orang, (RSV)
Peristiwa yang sangat penting ini terjadi pada Bulan Baru dan Allah berfirman melalui Musa kepada Israel didalam perhimpunan perwakilan. Inilah hari yang digunakan untuk nubuatan.
Ulangan 1:3 Pada tanggal satu bulan sebelas tahun keempat puluh berbicaralah Musa kepada orang Israel sesuai dengan segala yang diperintahkan TUHAN kepadanya demi mereka, (RSV)
Banyak aktiviti penting telah dijalankan pada hari ini.
Keluaran 19:1 Pada bulan ketiga setelah orang Israel keluar dari tanah Mesir, mereka tiba di padang gurun Sinai pada hari itu juga. (RSV)
Membaca dari sini, kita dapati bahawa Israel telah berhenti berjalan dan Musa pergi ke gunung untuk berbicara dengan Allah. Setelah mendapat arahan-arahannya Musa berkata kepada orang-orang pada hari ini.
Harun juga telah dibawa kepada Allah pada Bulan Baru Bulan yang Kelima Tahun yang Keempat Puluh Keluaran.
Bilangan 33:38 Ketika itu imam Harun naik ke gunung Hor sesuai dengan titah TUHAN, dan di situ ia mati pada tahun keempat puluh sesudah orang Israel keluar dari tanah Mesir, pada bulan yang kelima, pada tanggal satu bulan itu; (RSV)
Pemulihan bangunan Kaabah, seperti pemulihan Hukum, telah berlaku pada Bulan Baru Sangkakala.
Ezra 3:6 Sejak hari pertama bulan yang ketujuh mereka mulai mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, namun dasar bait suci TUHAN belum juga diletakkan. (RSV)
Permulaan pemulihan perjalanan Nehemia bermula pada Tahun Baru dalam Bulan Baru. Permulaan telah bermula pada Bulan Baru. Oleh itu, dia tidak tentukan dengan sewenang-wenangnya, dia bermula. Seperti semua pemulihan utama, ia telah dipengaruhi oleh, dan pada upacara-upacara Bulan Baru.
Ezra 7:9 Tepat pada tanggal satu bulan pertama ia memulai perjalanannya pulang dari Babel dan tepat pada tanggal satu bulan kelima ia tiba di Yerusalem, oleh karena tangan murah Allahnya itu melindungi dia. (RSV)
Dia sampai pada Bulan Baru Bulan yang Kelima. Adakah kita menganggap bahawa tiada kepentingan terhadap peristiwa ini dan hanya mengatakan bahawa dia berjalan secara kebetulan sahaja, atau adakah kita menganggap bahawa ia adalah hari perhimpunan dan dia mengatur ketibaannya untuk peristiwa ini? Tiada yang tidak mempunyai akibat atau symbolisme didalam cerita Alkitab.
Ezra 10:16-17 Tetapi mereka yang pulang dari pembuangan melakukannya. Maka imam Ezra memilih beberapa orang, kepala-kepala kaum keluarga, masing-masing untuk kaum keluarganya, semuanya dengan namanya disebut. Pada hari pertama bulan kesepuluh mereka bersidang untuk menyelidiki perkara itu, 17 dan mereka menyelesaikan segala urusan mengenai orang yang memperisteri perempuan asing itu pada hari pertama bulan pertama. (RSV)
Disana sekali lagi, ia adalah hari dimana Ezra dan orang-orang yang dipilih tidak membuat kerja-kerja dalam minggu, tetapi mereka menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaat. Mereka mula pada Bulan Baru dan apabila Tahun Baru tiba mereka sudahpun menyediakan Israel untuk penyucian Kaabah Allah.
Disini sekali lagi kita melihat Nisan atau Abib disenaraikan sebagai Bulan Pertama.
Ester 3:7, 12 7 Dalam bulan pertama, yakni bulan Nisan, dalam tahun yang kedua belas zaman raja Ahasyweros, orang membuang pur--yakni undi--di depan Haman, hari demi hari dan bulan demi bulan sampai jatuh pada bulan yang kedua belas, yakni bulan Adar. 12 Maka dalam bulan yang pertama pada hari yang ketiga belas dipanggillah para panitera raja.
Adakah Nabi-nabi telah
ditanya mengenai Sabat dan Bulan-bulan Baru?
Buku Ezekiel adalah jelas bahawa adalah pada Hari Pertama dalam bulan itu Allah berfirman kepada dia. Allah berbicara kepada kita apabila kita boleh mendengar, bukan pada masa apabila kita sibuk dengan urusan-urusan dalam kehidupan kita.
Yehezkiel 26:1 Pada tahun kesebelas, dalam bulan yang tertentu, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku:
Yehezkiel adalah dihadapan Allah pada Bulan-bulan Baru dan kemudiannya diberi nubuatan sebab dia adalah penurut Allah.
Yehezkiel 32:1 Pada tahun kedua belas, dalam bulan yang kedua belas, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: (RSV)
Yehezkiel 29:17 Lalu pada tahun kedua puluh tujuh, dalam bulan pertama, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: (RSV)
Yehezkiel 31:1 Pada tahun kesebelas, dalam bulan yang ketiga, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: (RSV)
Perkara yang sama
juga boleh diaplikasikan terhadap Haggai.
Hagai 1:1 Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, bunyinya:
Alkitab membuat ia jelas sekali bahawa itu
adalah pada Bulan-bulan baru apabila Dia berbicara dengan nabi-nabi semasa
mereka dihadapan Dia, atau didalam pelayananNya. Mengapakah Zerub’babel putera di Yudah, bertanya kepada nabi pada
Bulan Baru? Jawapan daripada beberapa
ayat menunjukkan, ia adalah disebabkan mereka telah pergi dihadapan Allah pada
hari-hari ini dan memberikan wahyu melalui nabi-nabi
pada hari-hari ini.
Kisah Jonathan dan Daud dalam 1Samuel, menunjukkan bahawa ini adalah hari apabila Daud ditanya jika dia tidak menghadiri meja Raja pada Bulan Baru.
1Samuel 20:4-18 Yonatan berkata kepada Daud: "Apapun kehendak hatimu, aku akan melakukannya bagimu." 5 Lalu kata Daud kepada Yonatan: "Kautahu, besok bulan baru, maka sebenarnya aku harus duduk makan bersama-sama dengan raja. Jika engkau membiarkan aku pergi, maka aku akan bersembunyi di padang sampai lusa petang. 6 Apabila ayahmu menanyakan aku, haruslah kaukatakan: Daud telah meminta dengan sangat kepadaku untuk pergi dengan segera ke Betlehem, kotanya, karena di sana ada upacara pengorbanan tahunan bagi segenap kaumnya. 7 Jika begini dikatakannya: Baiklah! maka hambamu ini selamat. Tetapi jika amarahnya bangkit dengan segera, ketahuilah, bahwa ia telah mengambil keputusan untuk mendatangkan celaka. 8 Jika demikian, tunjukkanlah kesetiaanmu kepada hambamu ini, sebab engkau telah mengikat perjanjian di hadapan TUHAN dengan hambamu ini. Tetapi jika ada kesalahan padaku, engkau sendirilah membunuh aku. Mengapa engkau harus menyerahkan aku kepada ayahmu?" 9 Tetapi jawab Yonatan: "Jauhlah yang demikian itu! Sebab jika kuketahui dengan pasti, bahwa ayahku telah mengambil keputusan untuk mendatangkan celaka kepadamu, masakan aku tidak memberitahukannya kepadamu?" 10 Lalu bertanyalah Daud kepada Yonatan: "Siapakah yang akan memberitahukan kepadaku, apabila ayahmu menjawab engkau dengan keras?" 11 Kata Yonatan kepada Daud: "Marilah kita keluar ke padang." Maka keluarlah keduanya ke padang. 12 Lalu berkatalah Yonatan kepada Daud: "Demi TUHAN, Allah Israel, besok atau lusa kira-kira waktu ini aku akan memeriksa perasaan ayahku. Apabila baik keadaannya bagi Daud, masakan aku tidak akan menyuruh orang kepadamu dan memberitahukannya kepadamu? 13 Tetapi apabila ayahku memandang baik untuk mendatangkan celaka kepadamu, beginilah kiranya TUHAN menghukum Yonatan, bahkan lebih lagi dari pada itu, sekiranya aku tidak menyatakannya kepadamu dan membiarkan engkau pergi, sehingga engkau dapat berjalan dengan selamat. TUHAN kiranya menyertai engkau, seperti Ia menyertai ayahku dahulu. 14 Jika aku masih hidup, bukankah engkau akan menunjukkan kepadaku kasih setia TUHAN? Tetapi jika aku sudah mati, 15 janganlah engkau memutuskan kasih setiamu terhadap keturunanku sampai selamanya. Dan apabila TUHAN melenyapkan setiap orang dari musuh Daud dari muka bumi, 16 janganlah nama Yonatan terhapus dari keturunan Daud, melainkan kiranya TUHAN menuntut balas dari pada musuh-musuh Daud." 17 Dan Yonatan menyuruh Daud sekali lagi bersumpah demi kasihnya kepadanya, sebab ia mengasihi Daud seperti dirinya sendiri. 18 Kemudian berkatalah Yonatan kepadanya: "Besok bulan baru; maka engkau nanti akan ditanyakan, sebab tempat dudukmu akan tinggal kosong. (RSV)
1Samuel 20:24 Sesudah itu bersembunyilah Daud di padang. Ketika bulan baru tiba, duduklah raja pada meja untuk makan. (RSV)
Dengan jelas, Bulan-bulan Baru diketahui awal-awal lagi dan orang akan dihukum jika tidak menghadirinya. Mereka bermula dengan pesta makan.
Adalah kebiasaan untuk mendapatkan petunjuk daripada nabi-nabi pada Bulan-bulan Baru dan Sabat. Ini tidak boleh dilakukan jika seseorang bekerja pada hari tersebut.
2Raja-Raja 4:23 Berkatalah suaminya: "Mengapakah pada hari ini engkau hendak pergi kepadanya? Padahal sekarang bukan bulan baru dan bukan hari Sabat." Jawab perempuan itu: "Jangan kuatir." (RSV)
Apakah yang dimaksudkan dengan pembersihan Kaabah pada Bulan Baru Bulan yang Pertama?
Sistem keseluruhan ibadah di Israel adalah berdasarkan disekitar Bait Suci dan Kaabah. Bait Suci Fizikal ini dan Kaabah adalah gambaran kepada struktur mereka di Syurga, yang mana ia adalah gedung rohani dan Musa telah diperlihatkan pelan bagaimana ia membinakan Bait Suci fizikal tersebut.
Penyembahan Allah haruslah murni dan Dia ingin disembah didalam roh dan kebenaran. Sistem fizikal menunjukkan kearah Mesiah dan Kaabah Rohani iaitu Jemaat. Kita sebagai jemaat adalah Kaabah rohani.
Fizikal mestilah dibersihkan dan keimamatan telah disediakan untuk Perayaan Paskah, begitu juga kita mestilah dibersihkan dan disediakan untuk sakramen yang kedua. Hanya kepada mereka yang telah dibaptiskan sebagai orang bertobat didalam tubuh Kristus, boleh mengambil bahagian dalam ‘Perjamuan Tuhan’ yang pertama dan elemen Perayaan Paskah.
Inilah kepentingan dibelakang pembersihan
Kaabah oleh Kristus, kedua-dua pada
permulaan pelayanannya dan sebelum Perayaan Paskah kematiannya, apabila ia
menetapkan Perjamuan Tuhan pada Hari Persediaan Pesta Makan
Cagigah.
Oleh itu, pembersihan fizikal menunjukkan kearah kita sebagai kaabah rohani batu-batu hidup. Kita melalui perbuatan kita, mengetengahkan untuk kesalahan yang tidak disedari oleh Israel, dan oleh itu, membantu dalam perlindungan bangsa. Kita membantu dalam pembersihan rohani Kaabah dan juga menolong untuk menyucikan bangsa, tempat dimana kita tinggal. Komuni Ahad meremah-temehkan secara keseluruhan proses ini dan mengenepikan Hukum Allah.
Bulan Baru bagi Bulan Pertama adalah titik
permulaan proses ini dan Bulan mewakili Jemaat. Judaisme mengenepikan Hukum Allah didalam perkara ini, melalui amalan orang-orang Babilon Rosh Hashanah di Tishri.
Tindakan-tindakan Kristus dalam membersihkan Kaabah adalah mengikut Alkitab. Kristus mempengaruhi Pembersihan Kaabah Allah sebagai tindakan fizikal dalam membersihkan mengurup-pengurup wang, dan ini datang dari hukum pembersihan Kaabah Allah.
Yehezkiel 45:18 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Pada bulan yang pertama, pada tanggal satu bulan itu ambillah seekor lembu jantan muda yang tidak bercela dan sucikanlah tempat kudus itu. (RSV)
Pembersihan ini memulakan proses perdamaian
manusia kepada Allah. Ia adalah
tindakan fizikal didalam Kaabah fizikal, untuk menunjukkan kearah pembersihan
rohani kepada Kaabah rohani. Kita adalah Kaabah rohani dan pembersihan
bermula dengan kita pada Bulan Baru Pertama tahun itu. Ia kemudiannya berterusan sepanjang tahun
dari Bulan Baru kepada Bulan Baru. Ini
akan berterusan dalam Milenium.
Bilangan 28:11-15 Pada bulan barumu haruslah kamu mempersembahkan sebagai korban bakaran kepada TUHAN: dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela, 12 dan juga tiga persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap lembu jantan, serta dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk domba jantan yang seekor itu, 13 serta sepersepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap domba; itulah suatu korban bakaran, bau yang menyenangkan, suatu korban api-apian bagi TUHAN. 14 Dan korban-korban curahannya haruslah untuk seekor lembu jantan setengah hin anggur, untuk seekor domba jantan sepertiga hin dan untuk seekor domba seperempat hin. Itulah korban bakaran pada setiap bulan baru dalam setahun. 15 Dan seekor kambing jantan haruslah diolah menjadi korban penghapus dosa bagi TUHAN, serta dengan korban curahannya, di samping korban bakaran yang tetap." (RSV)
Ia sekarang adalah tindakan rohani didalam Kaabah rohani yang membuat ia lebih kuat dan adil sebagai pemerintah.
Adakah Bulan-bulan Baru Berterusan?
Bulan-bulan Baru ini berdiri dengan Sabat dan Hari-hari Perayaan untuk selama-lamanya atau berterusan dihadapan Tuhan.
1Tawarikh 23:31 dan pada waktu mempersembahkan segala korban bakaran kepada TUHAN, pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari raya, menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan yang berlaku bagi mereka, sebagai tugas tetap di hadapan TUHAN. (RSV)
2Tawarikh 2:4 Ketahuilah, aku hendak
mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahku, untuk menguduskannya bagi
Dia, supaya di hadapan-Nya dibakar ukupan dari wangi-wangian, tetap diatur roti
sajian dan dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang,
pada hari-hari Sabat dan bulan-bulan baru, dan pada perayaan-perayaan yang
ditetapkan TUHAN, Allah kami, sebab semuanya itu adalah kewajiban orang Israel
untuk selama-lamanya. (RSV)
Proses ini berterusan didalam tiga perayaan. Sangkakala adalah Bulan Baru, dan oleh itu, hanya Penebusan sahaja yang tertinggal disana. Ia adalah hari puasa.
2Tawarikh 8:13 sesuai dengan apa yang menurut perintah Musa ditetapkan sebagai korban untuk setiap hari, yakni pada hari-hari Sabat, pada bulan-bulan baru, dan tiga kali setahun pada hari-hari raya: pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu dan pada hari raya Pondok Daun. (RSV)
Pungutan Putera adalah dibuat untuk korban-korban dan adalah tanggungjawab putera untuk menyediakan semuanya ini dari pungutan.
2Tawarkh 31:3 Raja memberi sumbangan dari harta miliknya untuk korban bakaran, yakni: korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang, korban bakaran pada hari-hari Sabat dan pada bulan-bulan baru dan pada hari-hari raya, yang semuanya tertulis di dalam Taurat TUHAN. (RSV)
Ezra 3:5 Dan sejak itu diadakanlah korban bakaran yang tetap, juga korban bakaran pada bulan baru dan pada setiap hari raya yang kudus bagi TUHAN, dan setiap kali orang mempersembahkan persembahan sukarela kepada TUHAN. (RSV)
Nehemia 10:33 33 untuk roti sajian, untuk korban sajian yang tetap, untuk korban bakaran yang tetap, untuk hari-hari Sabat, bulan-bulan baru dan masa raya yang tetap, untuk persembahan-persembahan kudus dan korban-korban penghapus dosa, untuk mengadakan pendamaian bagi orang Israel serta segala pekerjaan di rumah Allah kami. (RSV)
Yehezkiel 45:17 Dan rajalah yang bertanggung jawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada hari-hari raya, bulan-bulan baru, hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel."
(lihat karya Persepuluhan (No. 161)).
Ini adalah satu contoh yang sangat penting sebab ia menunjukkan secara jelas bahawa Yehezkiel menutup pintu gerbang ruang dibahagian dalam pada hari-hari bekerja, tetapi ia dibuka untuk ibadah pada hari Sabat dan Bulan-bulan Baru.
Yehezkiel 46:1-6 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam hari kerja, tetapi pada hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga supaya dibuka. 2 Raja itu akan masuk dari luar melalui balai gerbang dan akan berdiri dekat tiang pintu gerbang itu. Sementara itu imam-imam akan mengolah korban bakaran dan korban keselamatan raja itu dan ia akan sujud menyembah di ambang pintu gerbang itu, lalu keluar lagi. Dan pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sampai petang hari. 3 Penduduk negeri juga harus turut sujud menyembah di hadapan TUHAN di pintu gerbang itu pada hari Sabat dan hari bulan baru. 4 Korban bakaran yang harus dipersembahkan raja itu kepada TUHAN pada hari Sabat ialah enam ekor domba yang tidak bercela dan seekor domba jantan yang tidak bercela. 5 Korban sajian dari domba jantan harus diolah dengan satu efa tepung, tetapi korban sajian dari domba-domba yang lain bergantung pada kemampuannya, serta minyak satu hin untuk satu efa. 6 Pada bulan baru harus dipersembahkan seekor lembu jantan muda yang tiada bercela, serta enam ekor domba dan seekor domba jantan yang tiada bercela. (RSV)
Putera masuk melalui pintu tersebut pada hari-hari ini sebab ia menyimbolkan Mesiah memasuki Israel pada hari-hari tidak bekerja; pada hari-hari yang dikhaskan kepada Allah. Kristus memasuki jemaat dan menangani kita pada Hari-hari Suci, Sabat dan Bulan-bulan Baru. Ini juga satu contoh yang penting yang berkaitan dengan Bulan-bulan Baru dan kepentingan mereka didalam Roh Suci yang memasuki and mula mengatur semula dan membersihkan kita. Itulah yang disimbolkan oleh pintu gerbang yang dibuka dan Mesiah memasuki.
Kamu perhatikan bahawa ibadah tersebut
telah ditujukan pada kedua-dua hari.
Yehezkiel juga telah ditujukan kepada sistem Milenial.
Adakah Bulan Baru membatalkan Korban-korban?
Korban-korban telah diteruskan pada semua Sabat, Bulan-bulan Baru dan Hari-hari Suci. Hukum yang keempat tetap dipelihara. Hanya Korban-korban sebenar telah dihapuskan sekali dan selamanya, sebab Kristus melalui penyaliban dan kematiannya pada paku, hutang dosa kita atau Chierogriphon, telah dihapuskan semuanya sekali dan selamanya.
Untuk mendebatkan bahawa Bulan-bulan Baru telah dihapuskan dengan Korban adalah mendebatkan penghapusan Hukum yang Keempat yang mana salah sama sekali.
Mengapakah Allah membenarkan Hari-hari Suci ini tidak dipelihara?
Alkitab ditulis supaya orang-orang yang tidak dipanggil kedalam Israel tidak akan memahami. Itulah sebabnya Kristus berkata melalui perumpamaan-perumpamaan (Mat.13:10-14; 10:34-35; Mk. 4:11).
Allah membenci korupsi Hari-hari SuciNya.
Yesaya 1:13 Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagi-Ku. Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya, karena perayaanmu itu penuh kejahatan. (RSV)
Yesaya 1:14 Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban bagi-Ku, Aku telah payah menanggungnya. (RSV)
Yesaya 47:13 Engkau telah payah karena banyaknya nasihat! Biarlah tampil dan menyelamatkan engkau orang-orang yang meneliti segala penjuru langit, yang menilik bintang-bintang dan yang pada setiap bulan baru memberitahukan apa yang akan terjadi atasmu! (RSV)
Disini nabi-nabi palsu mencemarkan nubuatan dengan panatapan dan ramalan melalui bintang. Allah kemudiannya berkata Dia akan menghentikan jenis-jenis Perayaan-perayaan seperti itu, Bulan-bulan Baru dan Sabat. Adakan ia bermaksud bahawa Allah menghapuskan Sabat atau Bulan-bulan Baru atau Perayaan-perayaan? Tidak, ia bermaksud Dia menghapuskan penyembah-penyembah palsu daripada memelihara mereka.
Hosea 2:11 Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan hari Sabatnya dan segala perayaannya. (RSV)
Amot adalah sangat jelas bahawa penduduk melihat Bulan-bulan Baru dan Sabat sebagai halangan kepada perdagangan dan tugas-tugas duniawi mereka.
Amos 8:5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu, (RSV)
Allah tidak membenarkan orang-orang memelihara perayaan-perayaanNya dan Bulan-bulan Baru dan kalendar tertentu sebab mereka adalah penyembah-penyembah palsu dan hanya Jemaat Kebangkitan Pertama Allah sahaja dibenarkan untuk memelihara mereka. Mereka yang lain menyembah allah-allah yang palsu, pada hari-hari yang salah dibawah kalender yang salah dan dengan pengetahuan yang terhad. Mereka bukanlah dibawah pengadilan sekarang.
Kita melihat dari Daud dan Jonathan bahawa Bulan-bulan Baru adalah perayaan makan yang wajib di Israel. Daud mengetahui bahawa alasan yang sah untuk dia tidak berada disana ialah dengan adanya kejadian yang wajib untuknya hadiri dan diketahui awal-awal lagi, dan akan memeliharanya dengan keluarganya ditempat lain di Israel. Amalan untuk mengadakan pesta makan pemerhatian kemudiannya cuba untuk memulakan tugas-tugas dan perdagangan pada Sabat dan Bulan-bulan Baru yang Amos kutuk secara spesifik. Orang-orang ini memelihara Bulan-bulan Baru, tetapi mereka cuba untuk mengakhiri hari tersebut dengan cepat supaya mereka boleh berdagang. Allah mengutuk mereka melalui nabi Amos disebabkan aktiviti tersebut walaupun mereka memelihara mereka. Apa lagi kutukan kepada mereka yang memelihara perayaan-perayaan makan atau pesta makan istimewa, mengakui mereka tetapi masih lagi berdagang pada Sabat atau Bulan Baru. Adalah seseorang akan mendebatkan bahawa mereka boleh berdagang pada Sabat disebabkan mereka mengadakan pesta makan istimewa pada Sabat petang? Bagaimana pula logik seperti ini boleh dipakaigunakan terhadap Bulan Baru?
Adakan Kristus memelihara Bulan-bulan Baru apabila Dia kembali?
Semasa Milenium, Sabat dan Bulan-bulan Baru akan dipelihara.
Yesaya 66:23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN. (RSV)
Perjanjian Baru juga telah menyebut mereka. Ini bukan menyatakan pilihan sama ada mereka dipelihara atau tidak, tetapi cara-cara ia dipelihara. Walau bagaimanapun, perintah untuk memelihara mereka dengan hukum adalah jelas dari Alkitab-alkitab sebelumnya.
Kolose 2:16 Karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; (RSV)
Alkitab ini dengan jelas menunjukkan bahawa Bulan-bulan Baru adalah penting di Israel sepanjang sejarahnya. Kita tahu daripada Josephus bahawa mereka dipelihara sepanjang tempoh Kaabah dan Imam Besar datang ke Kaabah pada Bulan-bulan Baru dan Sabat. Jemaat Perjanjian Baru juga memahami mereka. Ia tidak dijelaskan dalam Perjanjian baru sebab ia bukanlah isu. Semua surat Rasul-rasul menangani dengan masalah-masalah ini yang timbul dari berbagai Jemaat. Jemaat Allah telah memeliharanya untuk berabad-abad lamanya. Kita mengetahui untuk fakta bahawa pada Reformasi, Jemaat memelihara keseluruhan kalendar lengkap seperti dalam zaman Kaabah (cf. Karya Peranan Hukum Keempat Didalam Sejarah Jemaat Allah Yang Memelihara Sabat (No. 170) dan Kohn The Sabbatarians in Transylvania, CCG Publishing 1998).
Perjanjian Baru adalah ulasan pada Perjanjian Lama.
Ia bukanlah tuntutan untuk membuktikan bahawa Bulan-bulan Baru mesti dipelihara, tetapi diberi bukti, ia tidaklah mungkin boleh dibuktikan bahawa mereka hanya perlu diperakui.
Bulan-bulan Baru adalah penting kepada Kalendar. Allah telah mengatakan Dia tidak membenarkan penyembah-penyembah yang palsu untuk menjalankan kemurtadan mereka pada hari-hari perayaanNya sebagaimana yang baru kita lihat. Dari ayat-ayat ini, adalah jelas bahawa Israel telah memelihara Bulan-bulan Baru. Mereka memelihara mereka sebagai hari-hari perhimpunan. Untuk membacanya dengan jalan lain adalah manupulasi yang besar terhadap Alkitab.
Pemahaman Bulan Baru adalah fasa terakhir didalam pemulihan individu kepada pengetahuan mengenai satu-satunya Allah dan Yesus Kristus yang benar, atau Yoshua Sang Mesiah, yang Dia kirimkan (Yoh. 17:3). Bulan baru adalah penting dalam pemeliharaan kalendar asal, dan kerana itu, perayaan-perayaan benar oleh satu-satunya Allah yang benar. Dengan membuat ini sebagai yang terakhir dan yang paling sukar dalam pemulihan, hanya mereka yang mempunyai iman yang benar sahaja boleh kembali kepada Allah dan memelihara perayaan-perayaanNya pada hari-hariNya dibawa syarat-syarat dan hukum-hukumNya.
Kamu haruslah rajin memelihara hukum-hukum Allah. Kamu haruslah rajin memahami iman untuk dibenarkan memelihara Perayaan-perayaan Allah, sebab ia adalah satu penghormatan, dan Bulan-bulan Baru adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Sehingga kamu memahami mereka, kamu tidak boleh memahami sistem Allah dengan sempurna.
Pembelajaran seterusnya boleh dibuat dari karya-karya berikut:
Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)
Tuaian-tuaian Allah, Korban-korban Bulan Baru, dan 144,000 (No. 120)
Bulan-bulan Baru Israel (No. 132)
Peranan Hukum Keempat Didalam Sejarah Jemaat Allah Yang Memelihara Sabat (No. 170)
Tishri dalam pertalian kepada Ekuinoks (No. 175)
Jeroboam dan Kalendar Hillel (No. 191)
Kalendar dan Bulan Baru: Penangguhan-penangguhan atau Perayaan-perayaan? (No. 195)
Bulan dan Tahun Baru (No. 213)
Penyucian Kaabah Allah (No. 241)