Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[164B]

 

 

 

 

Tuduhan Kontradiksi Alkitab

(Edisi 1.0 20100306-20100306)

 

Naskah ini membincangkan teks-teks Alkitab yang biasa dikutip yang dituduh berkontradiksi dan semua penjelasannya. Teks-teks ini sering dipetik oleh kelompok Ateis yang tidak memiliki apa-apa pengetahuan nyata Alkitab. Teks ini adalah untuk membantu para anggota jemaat-jemaat Tuhan untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©  2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tuduhan Kontradiksi Alkitab



Pengenalan

 

Terdapat sebilangan teks-teks dalam Alkitab yang dipamerkan sebagai kontradiksi. Semua itu kemudian didakwa sebagai bukti bahawa teks Alkitab tidak diilhami.

 

Mari kita periksa teks-teks ini dan kita mungkin dapat menangani segala kesangsian yang ditimbulkan dalam fikiran umat oleh mereka yang ingin menyerang dasar iman dengan menyerang inspirasi Kitab Suci.

 

Perjanjian Lama

 

(a)    Adam diberitahu bahawa jika dan bila dia memakan buah terlarang itu dia akan mati pada hari yang sama (Kejadian 2:17)

(b)   Adam memakan buah itu dan terus hidup sampai umur amat tua 930 tahun (Kejadian 5:5)

 

Komennya ialah sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati. Proses kematian dimulakan pada hari dia memakannya. Proses dan waktu kematian itu dimulakan dan kelajuannya semakin cepat dengan waktu. Adam hidup 930 tahun dan kaum patriak hidup sangat lama namun waktunya berkurang sehingga selepas banjir bilamana ini turun kepada 120 tahun dan sesudah itu kepada 70 tahun.

 

(a)    Tuhan memutuskan bahawa hayat manusia akan dibataskan kepada 120 tahun (Kejadian 6:3)

(b)   Ramai orang yang lahir selepas itu hidup lebih lama daripada 120. Arpakhsad hidup 438 tahun. Anaknya Sela hidup 433 tahun. Anaknya Eber hidup 464 tahun, dsb (Kejadian 11:12-16).

 

Teks dalam Kejadian 6:3 mengatakan bahawa Tuhan berfirman yang RohNya tidak akan sentiasa tinggal (kekal dalam manusia) tetapi dia telah memberikan 120 tahun. Hakikatnya ialah beberapa patriak itu lebih saleh dan dipenuhi Roh daripada yang lain. Hakikatnya ialah umur-umur berkurang sejak waktu itu.

-----------------------

 

Ketika orang Israel berdiam di Sitim mereka berzina dengan anak-anak perempuan Moab. Tuhan menimpakan mereka dengan tulah. Berapa ramai orang mati dalam tulah itu?

 

(a)    Dua puluh empat ribu (Bilangan 25:1 dan 9)

(b)   Dua puluh tiga ribu (1 Korintus 10:8)

 

Dua puluh empat ribu dalam Bilangan 25:9 termasuk seribu orang yang digantung dalam ayat-ayat 4 & 5 serta mereka yang mati sebab “tulah” itu. Dua puluh tiga ribu itu ialah mereka yang mati dalam masa sehari (1 Kor. 10:8) (lihat nota-nota Bullinger kepada ayat 9).

----------------------------

 

Berapa ramai anggota keluarga Yakub pergi ke Mesir?

 

(a)    Tujuh puluh jiwa (Kejadian 46:26-27)

(b)   Tujuh puluh lima jiwa (Kisah 7:14)

 

Tujuh puluh lima yang dimaksudkan oleh Stefanus itu ialah mereka yang berasal daripadanya iaitu sembilan orang lagi saudara tambah enam puluh enam yang berasal secara langsung daripada keluarga Yakub dan anak-anak keluarga Yusuf yang sudah berada di situ menjadikannya tujuh puluh, yang salah seorangnya masih janin dalam rahim. Lima orang ini dilengkapi sebahagiannya oleh lima orang dalam 1 Tawarikh 7:14-20 iaitu Makhir, Gilead, Sutelah, Tabat, Eden, seperti juga dalam Septuagint.

 

Masalahnya berpunca daripada tiadanya pengetahuan pada pihak penanya.

...............................

 

Kepada siapakah orang Midian menjual Yusuf?

 

(a)    “Kepada orang Ismael” (Kejadian 37:28)

(b)   “Kepada Potifar, seorang pegawai istana Firaun” (Kejadian 37:36)

 

Saudara-saudara Yusuf ingin menjualnya kepada orang Ismael yang berada dekat. Orang Midian-lah yang mengambilnya. Orang Ismael membeli Yusuf daripada orang Midian. Hakikatnya ialah mereka merupakan keturunan Abraham, Ismael daripada Hagar dan Midian daripada Ketura. Mereka saling bercampur dan hanya dibezakan oleh anting-anting mereka seperti yang kita tahu daripada teks-teks (Hakim 8:24, 25; lihat Kej 24:47; 35:4; Kel 32:2 dsb). Ada pertukaran terjadi dalam perjalanan kerana orang Midian-lah yang menjualnya kepada Potifar, seperti Kejadian 37:36 nyatakan dengan jelas. Mungkin orang-orang ini tidak membaca dengan betul.

 

Pertanyaan berikutnya dijelaskan oleh teks ini.

.........................

 

Siapa yang membawa Yusuf ke Mesir?

 

(a)    Orang Ismael membeli Yusuf kemudian “membawa Yusuf ke Mesir” (Kejadian 37:28)

(b)   “Orang Midian menjualnya di Mesir” (Kejadian 37:36)

(c)    Yusuf berkata kepada saudara-saudaranya “Akulah saudaramu, Yusuf, yang engkau jual ke Mesir” (Kejadian 45:4)

 

Urutan pertukaran itu berkesudahan dengannya dijual oleh keluarganya menjadi hamba di Mesir.

----------------------------

 

Adakah Tuhan mengubah fikirannya?

 

(a)    Ya. “Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian: “Aku menyesal, karena Aku telah menjadikan Saul raja...” (1 Samuel 15:10 sampai 11)

(b)   Tidak. Tuhan “tidak berdusta dan Ia tidak tahu menyesal; sebab Ia bukan manusia yang harus menyesal” (1 Samuel 15:29)

(c)    Ya. “Dan TUHAN menyesal, karena Ia menjadikan Saul raja atas Israel” (1 Samuel 15:35). Perhatikan bahawa tiga petikan di atas semuanya datang daripada bab sama kitab sama! Sebagai tambahan, Alkitab menunjukkan bahawa Tuhan menyesal pada beberapa ketika yang lain:

i.        “Maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi” (Kejadian 6:6) “Aku menyesal, bahwa Aku telah menjadikan mereka” (Kejadian 6:7)

ii.      “Dan menyesallah TUHAN karena malapetaka yang dirancangkan-Nya atas umat-Nya” (Keluaran 32:14).

iii.    (Banyak rujukan serupa yang lain.)

 

Penggunaan perkataan menyesal (repent) berhubungan dengan Tuhan membawa bersamanya implikasi bahawa Tuhan tidak mahatahu dan mengubah fikiranNya.

 

Hal ini mendukacitakan sebab bagaimana makhluk ciptaan telah berkelakuan seperti itu. Teks-teks merujuk kepada banyak entiti. Yahovah Semesta Alam Eloah atau Yahovih adalah mahatahu. Tuhan subordinat Israel Yahovah tidak mahatahu.

 

Hakikatnya ialah orang-orang ini tidakpun mengerti adanya Tuhan tunggal, apa lagi satu Angkatan Elohim yang melaksanakan kehendakNya.

 

Dalam kebanyakan waktunya Tuhan berfirman demikian tujuannya ialah menguji si pendengar berhubung apa yang mereka akan lakukan atau katakan dan menentukan kerohanian mereka. Contohnya Musa bilamana Dia berfirman Dia akan membuat bangsa baru daripada Musa. Dia menguji kemampuan Musa untuk menjadi elohim. Dia tahu apa yang Musa bakal lakukan. Dia hanya menghendaki Musa mengetahui itu juga. Begitu jugalah dengan Abraham dan Daud dan orang lain.

------------------------------

 

Alkitab mengatakan bahawa untuk setiap keajaiban yang dipertunjukkan Musa dan Harun ahli-ahli berbuat sama dengan seni-seni rahsia mereka. Selepas itu ialah perbuatan berikut:

 

(a)    Musa dan Harun mengubah semua air yang ada menjadi darah (Keluaran 7:20-21)

(b)   Ahli-ahli itu berbuat sama (Keluaran 7:22). Ini mustahil, sebab tiada lagi air yang tinggal untuk diubah menjadi darah.

 

Perbuatan pertama itu berhubungan dengan Nil sebab teks ini berbunyi tunggal. Justeru ada air lain boleh didapati.

-------------------------

 

Siapa membunuh Goliat?

 

(a)    Daud (1 Samuel 17:23, 50)

(b)   Elhanan (2 Samuel 21:19)

 

Teks dalam 2 Samuel 21:19 jelas menyatakan bahawa Elhanan membunuh saudara Goliat orang Gat.

 

Sekali lagi para penanya tidak faham bahasanya yang mudah.

------------------------

 

Siapa membunuh Saul?

 

(a)    “Saul mengambil pedang itu dan menjatuhkan dirinya ke atasnya...Jadi Saul mati... (1 Samuel 31:4-6)

(b)   Seorang Amalek membunuhnya (2 Samuel 1:1-16)

 

Teks dalam bab terakhir 1 Samuel mengatakan bahawa Saul meminta pembawa perisainya untuk membunuhnya dengan pedangnya tetapi pembawa perisai itu menolak jadi Saul menjatuhkan dirinya atas pedangnya sendiri.

 

Kisah dalam bab pertama 2 Samuel menyatakan bahawa Saul (yang nampaknya telah gagal berbuat demikian) kemudian meminta tawanan Amalek itu untuk membunuhnya yang kata orang itu telah dibuatnya. Dia mengatakan dia pasti yang dia tidak dapat hidup lagi selepas jatuh. Teks ini jelas bermakna bahawa dia telah jatuh atas pedangnya. Dia menarik dirinya bangun dengan tongkatnya untuk memanggil orang Amalek itu. Pembawa perisai sudah meninggalkan tempat itu nampaknya. Tiada kontradiksi dalam teks ini tetapi sebaliknya pengesahan tentang apa yang terjadi.

-----------------------------------

 

Kontradiksi mengenai Daud

 

Siapakah yang menghasut Daud untuk menghitung orang-orang perang Israel?

 

Tuntutan dibuat bahawa satu kontradiksi terjadi dengan membandingkan teks-teks dalam Samuel dan Tawarikh dan menyalahgambarkannya dengan mudah demikian:

 

(a)    Tuhan (2 Samuel 24:1)

(b)   Iblis (1 Tawarikh 21:1)

 

Perkataan yang diterjemah Tuhan di sini ialah Yahovah. Apa yang disangka kontradiksi ini telah dijelaskan oleh Bullinger dalam Nota kaki kepada 2 Samuel 24:1 dalam Companion Bible selama berdekad-dekad. Dia berkata: “Dia menggerakkan = Dia membiarkan dia digerakkan. Menurut ungkapan Ibrani (dan juga menurut penggunaan moden) seseorang itu dikatakan berbuat apa yang dia izinkan dibuat. Di sini kita ada fakta sejarahnya. Dalam 1 Tawarikh 21:1 kita ada fakta sebenarnya dari sudut pandangan Ilahi. Di sini eksoterik, dalam 1 Tawarikh 21:1 esoterik. Untuk contoh-contohnya lihat Keluaran 4:21; 5:22; Yer. 4:10; Yeh. 14:9; 20:25; Mat. 11:25; 13:11; Rom. 9:18; 11:7,8; 2 Tes. 2:11; Izin Tuhan tetapi usul Iblis (Yak. 1:13,14; atau yaysath dipakai tanpa memihak, “Daud digerakkan.”)

 

Kontradiksi ini sebenarnya satu salahgambar oleh golongan buta huruf alkitabiah yang telah dipengaruhi oleh salahgambar sengaja.

 

Yang berikutnya serupa:

---------------

 

Dalam perhitungan itu berapa ramaikah orang berperang ditemui dalam Israel?

 

(a)    Lapan ratus ribu (2 Samuel 24:9)

(b)   Satu juta, seratus ribu (1 Tawarikh 21:5)

 

Perbezaan dibuat di sini antara mereka yang bersukarela untuk berperang sebagai orang perang yang berani dalam 2 Samuel 24:9 dan teks dalam 1 Tawarikh 21:5 yang merujuk kepada Israel pada 1,100,000 – semua dalam Israel yang dapat memegang pedang. Undang-undang melarang mengirim orang bukan sukarela untuk berperang, dan ini sebabnya perbezaan itu dibuat di sini. Bullinger menjelaskan hal itu juga dalam nota-nota kaki jadi tiada alasan untuk salahgambar ini.

 

Begitu juga dengan Yehuda dalam perenggan berikutnya.

-------------------

 

Berapa ramai orang berperang ditemui di Yehuda?

 

(a)    Lima ratus ribu (2 Samuel 24:9)

(b)   Empat ratus dan tujuh puluh ribu (1 Tawarikh 21:5)

 

Teks dalam 2 Samuel 24:9 merujuk kepada “orang Yehuda.” Teks dalam 1 Tawarikh 21:5 merujuk kepada “orang yang dapat memegang pedang” iaitu 30,000 orang kurang daripada jumlah orang Yehuda.

 

Tiada seorangpun yang pernah bergiat tentera, mahupun pegawai perubatan yang tahu tentang angkatan tentera, akan membuat kesilapan asas begitu. Tidak ada kontradiksi. Seperti dalam semua teks Alkitab yang mana bilangan berbeza diberikan ini memberitahu kisahnya yang lebih lengkap dan merupakan batu sandungan kepada orang bodoh.

 

Yang berikutnya juga dijelaskan dalam nota-nota kaki Bullinger.

-------------------------

 

Tuhan mengutus nabinya untuk mengancam Daud dengan berapa banyak tahun kelaparan?

 

(a)    Tujuh (2 Samuel 24:13)

(b)   Tiga (1 Tawarikh 21:12)

 

Angka-angka untuk tujuh dan tiga adalah serupa dalam bahasa Ibrani. Septuagint (LXX) (lihat Brenton) mengatakan tiga dalam 2 Samuel 24:13 berserta teks dalam 1 Tawarikh 21:12. Nampaknya MT merupakan kesilapan penulis atau salah baca angka dalam teks itu dalam Samuel. Satu pemeriksaan lain yang mudah tentu telah membuktikan tiadanya konflik sebenarnya.

 

Sekali lagi Bullinger menjelaskan fakta itu dan mereka tiada alasan.

-----------------------

 

Kepala para pahlawan Daud mengayunkan tombaknya dan membunuh berapa ramai orang sekaligus?

 

(a)    Lapan ratus (2 Samuel 23:8)

(b)   Tiga ratus (1 Tawarikh 11:11)

 

Teks daripada ruang tepi AV, RSV ialah Josheb-bassebet + Ish Bosheth (diletakkan untuk Ish Baal (orang Baal) orang Hakhmoni yang diubah kemudiannya kepada Adino (Bullinger).

 

LXX menunjukkan bahawa teks dalam 2 Samuel 23:8 merujuk kepada tiga ratus dan lapan ratus orang yang dihadapi oleh Adinon orang Asoni dan bukan Jebosthe orang Chanani iaitu Josheb Bassebeth yang disebut membunuh tiga ratus orang dalam 1 Tawarikh 11:11.

 

Nampaknya terdapat perbezaan dalam teks berkenaan melawan 800 orang dan membunuh tiga ratus pada waktu yang sama.

 

Masalah ini mungkin juga terletak pada terjemahan teks itu dalam KJV dan terjemahan Inggeris lain. LXX jelas menunjukkan bahawa terdapat dua yang disebutkan dalam teks 2 Samuel 23:8. Teks ini sebenarnya berbunyi: “Inilah para pahlawan Daud: Jebosthe orang Chanani ialah kepala bahagian ketiga: Adinon orang Asoni menghunus pedangnya melawan 800 perajurit pada waktu yang sama.” Para penterjemah mungkin telah menggabungkan dua orang atau jika dialah orang Kanaan yang dinamakan kembali sebagai Adinon orang Asoni maka dia dicatatkan melawan 800 orang sendirian dan membunuh 300 orang daripada mereka. Apa sekalipun tiada masalah yang tidak dapat didamaikan dalam teks itu.

 

Masalah berikutnya juga serupa.

---------------------------

 

Bilakah Daud membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem? Sebelum mengalahkan orang Filistin atau selepas?

 

(a)    Selepas (2 Samuel 5 dan 6)

(b)   Sebelum (1 Tawarikh 13 dan 14)

 

Pertanyaan ini menyalahgambarkan teks-teks itu. Urutannya ialah Daud menakluk Yerusalem dan setelah berbuat demikian, selepas beberapa waktu, dia memutuskan untuk membawa Tabut Perjanjian itu ke Yerusalem. Ketika cuba berbuat demikian Tabut itu hilang keseimbangan kerana lembu-lembu itu menggoncangnya dan Uza menghulurkan tangannya untuk memegangnya. Dia terbunuh dan Tabut itu kemudiannya ditempatkan di rumah Obed-Edom orang Gat selama tiga bulan. Ketika Tabut itu berada di rumah Obed-Edom orang Filistin menyerang Israel dan dikalahkan. Masalah ini timbul daripada pembacaan sepintas lalu teks dalam 2 Samuel 5 dan 6 dan mengandaikan bahawa urutan teks itu ialah urutan kronologi dan membayangkan satu benda bilamana teks dalam 1 Tawarikh menunjukkan dengan lebih jelas lagi urutan semua peristiwanya (1 Tawarikh 13:8-14:17).

--------------------------

 

Ketika Daud mengalahkan Raja Zoba, berapa ramai penunggang kuda ditawannya?

 

(a)    Seribu dan tujuh ratus orang (2 Samuel 8:4)

(b)   Tujuh ribu (1 Tawarikh 18:4)

 

Pertanyaan ini salah dalam tafsiran teks-teks itu.

 

2 Samuel 8:4 menunjukkan bahawa ketika Daud mengalahkan Hadadezer anak raja Zoba, Daud menawan seribu kereta dan tujuh ratus pasukan berkuda dan 20,000 orang pasukan berjalan kaki. Daud kemudian dicatatkan memotong urat keting semua kuda kereta yang mana bilangannya tidak disebut. Bagaimanapun, dia menyimpan cukup banyak untuk seratus kereta. Jadi kita tidak tahu apa-apapun daripada teks ini berapa banyak kuda dirampas.

 

Teks ini memang mengatakan tujuh ratus pasukan berkuda dalam teksnya. Masalahnya tampil daripada 1 Tawarikh 18:4 yang menyatakan tujuh ribu pasukan berkuda direbut. Bilangan dalam bahasa Ibrani untuk 7 dan 700 senang dikelirukan oleh penterjemah. Contohnya, Brenton memperhatikan teks Alexandria mengatakan tujuh dalam 2 Samuel 28:4 tetapi LXX menyatakan tujuh ribu. LXX untuk teks dalam 1 Tawarikh 18:4 mengatakan tujuh ribu. Komentar Soncino dalam 1 Tawarikh 18:4 memberi perhatian kepada teks dalam Samuel tetapi memperhatikan bahawa LXX untuk Samuel bersetuju dengan teks dalam Tawarikh. Justeru MT merupakan kesilapan transkripsi selepas 140 BCE.

 

Huruf-huruf Ibrani awal merupakan huruf Fenisia dan dilihat daripada batu Moab. Huruf-huruf ini digunakan sampai sekitar 140 BCE.

 

Masalah sama diperhatikan dalam masalah yang didakwa berikutnya.

---------------------------

 

Berapa banyak kandang untuk kuda yang dimiliki Salomo?

 

(a)    Empat puluh ribu (1 Raja 4:26)

(b)   Empat ribu (2 Tawarikh 9:25)

 

Bullinger melihat masalahnya dalam transkripsi dan notasi empat ribu 2 Tawarikh 9:25 merupakan notasi yang betul. 2 Tawarikh 1:14 bagaimanapun mengatakan bahawa Salomo mempunyai seribu empat ratus kereta dan dua belas ribu orang pasukan berkuda yang ditempatkannya dalam kota-kota kereta dengan raja di Yerusalem. Oleh itu, seharusnya ada minimum 13,800 kuda tambah tunggangan kembali.

 

Ulangan 17:16 melarang raja memelihara banyak kuda untuk dirinya.

 

LXX mengabaikan bahagian itu daripada teksnya dalam urutan itu. Dalam 2 Tawarikh LXX mengatakan bahawa Salomo mempunyai 4000 kuda betina untuk kereta.

 

Huruf-huruf Fenisia mungkin satu kesilapan transkripsi selepas 140 CE.

 

Bagaimanapun, jawapannya yang mungkin sekali ialah terdapat 4000 kuda betina untuk kereta dan 40,000 kandang untuk kuda-kuda yang dimiliki pasukan berkuda Israel dalam kota-kota kereta dengan kuda ganti mereka yang mungkin satu untuk setiap lelaki. Teks dalam LXX memberitahu kita jawapan yang mungkin.

 

Dua belas ribu pasukan berkuda besar kemungkinan memiliki 24,000 kuda. Pastinya para pesuruh harus mempunyai kuda ganti secara berpanjangan. Walaupun setiap anggota pasukan berkuda menyediakan kudanya sendiri raja bertanggungjawab menempatkan mereka dalam berek/kediaman tentera di mana mereka ditugaskan.

-----------------------------

 

Berapa ramai mandur dikerahkan oleh Salomo untuk kerja pembangunan bait itu?

 

(a)    Tiga ribu enam ratus (2 Tawarikh 2:2)

(b)   Tiga ribu tiga ratus (1 Raja-raja 5:16)

 

2 Tawarikh mengisahakn jumlah mandur untuk usaha itu. 1 Raja-raja 5:16 menunjukkan kita bahawa divisinya ialah tiga ratus kepala secara keseluruhannya dan 3300 terbabit dalam pekerjaan itu.

 

Teks-teks itu membezakannya dan konflik hanya wujud dalam fikiran mereka yang ingin mengelirukan teks-teks itu.

-------------------------------

 

Salomo mendirikan sebuah fasilitas yang mengandungi berapa banyak bat air?

 

(a)    Dua ribu (1 Raja-raja 7:26)

(b)   Lebih tiga ribu (2 Tawarikh 4:5)

 

Laut di Bait itu dibuat dengan muatan tiga ribu bat air (tidak lebih daripada apa yang diusulkan oleh mereka yang mengelirukan masalah ini). Sebab tiada bejana yang dipenuhi sampai pinggirnya penjelasannya diberikan oleh Bullinger bahawa ini biasanya dipenuhi sampai muatan dua ribu bat.

 

Satu lagi penjelasan yang diberikan oleh Komentar Soncino ialah muatan bat itu berubah. Ia merujukkan pembaca kepada teks dalam bab 2:9 untuk komen mengenai kapasiti bat itu. Satu bat ialah sepersepuluh daripada satu kor iaitu sedikit melebihi lapan gelen.

 

Ingat bahawa sistem berat dan ukuran Babel adalah berlainan dan syikal juga berbeza ukurannya dengan nisbah dua kepada tiga. Justeru dua ribu bat sama dengan tiga ribu menurut sistem Babel itu.

 

Ukuran berlainan mungkin diberikan untuk menunjukkan sistem-sistem apakah yang digunakan untuk menentukan saiz tepatnya dan menghilangkan keraguan. Terdapat ukuran dan rangka waktu lain yang mempunyai jumlah atau tahun berlainan disenaraikan untuk menjadikan hal berkenaan lebih dan bukan kurang tepat.

 

Masalah berikutnya ialah satu lagi pertanyaan bodoh berdasarkan satu kesilapan terjemahan yang diketahui daripada Ibrani kepada Inggeris.

------------------------------

 

Dalam tahun pemerintahan Raja Asa ke berapakah Baesa, Raja Israel mati?

 

(a)    Tahun kedua puluh enam (1 Raja-raja 15:33 – 16:8)

(b)   Masih hidup pada tahun ketiga puluh enam (2 Tawarikh 16:1)

 

Masalahnya timbul dalam teks 1 Raja-raja 15:33 yang mengatakan: Dalam tahun ketiga zaman Asa, raja Yehuda, Baesa bin Ahia menjadi raja atas seluruh Israel di Tirza. Ia memerintah dua puluh empat tahun lamanya. Dengan itu dia mati dalam tahun kedua puluh enam Asa (16:8). Namun daripada 2 Tawarikh 16:1: Pada tahun ketiga puluh enam pemerintahan Asa majulah Baesa, raja Israel, hendak berperang melawan Yehuda (iaitu tahun ke 9/10 selepas kematiannya).

 

Masalah ini berpunca daripada terjemahan perkataan bermakna kerajaan sebagai pemerintahan. Teks ini patut berbunyi “tahun ketiga puluh enam daripada kerajaan Israel.” Bullinger mencatatkan jawapannya dalam notanya kepada 1 Raja-raja 15:33 dan apa yang seorang harus buat hanyalah melihat jawapannya itu atau menggunakan daya fikir sendiri.

 

-------------------------

Antara orang Israel yang dibebaskan daripada tawanan Babel, berapa ramaikah bani Pahat-Moab?

 

(a)    Dua ribu lapan ratus dan dua belas orang (Ezra 2:6)

(b)   Dua ribu lapan ratus dan lapan belas orang (Nehemia 7:11).

 

Rekod yang dicatatkan dalam Nehemia ialah rekod terkemudian dan dinyatakan telah ditemui lebih lama kemudian. Zerubabel tidak kembali bersama Nehemia dan ini ialah senarai kedua dibuat yang kita tidak tahu bila waktunya. Ini besar kemungkinan telah dibuat kemudian dan ditemui lebih 100 tahun kemudian.

 

Masalah berikutnya ialah satu lagi contoh salah faham teks daripada terjemahan.

-----------------------------

 

Berapakah umur Ahazia bila dia mula memerintah atas Yerusalem?

 

(a)    Dua puluh dua (2 Raja 8:26)

(b)   Empat puluh dua (2 Tawarikh 22:2)

 

Teks dalam 2 Tawarikh 22:2 berkata: “anak empat puluh dua tahun”: iaitu daripada keluarga Omri, atas sebab pertaliannya melalui ibunya dan ini sebabnya dia disebut dalam teks ini. Teks mengatakan anak perempuan Omri yang digunakan secara alkitabiah untuk cucu juga, iaitu ibunya.

 

Angka-angka Bullinger ialah 832-790 BCE iaitu empat puluh dua tahun. 2 Raja-raja 8:26 menyatakan umur sebenar Ahazia iaitu dua puluh tahun bilamana dia mula memerintah pada 790, ketika dua tahun penyakit bapanya. Bapanya Yoram berumur tiga puluh dua tahun ketika dia mula memerintah dengan Yosafat dua tahun sebelum kematiannya (lihat 2 Raja 8:16) (pada 796 BCE menurut kronologi Bullinger). Yoram hanya berumur 16 tahun bila dia memperanakkan Ahazia.

 

Konflik tidak ada. Semua komen itu hanya bertujuan menjelaskan urutan pemerintahan dan kepentingan orang-orang terbabit. Ketiadaan tiga raja Ahazia, Yoas dan Amazia dalam silsilah Yusuf dan secara angkat Kristus dalam Matius 1:8 adalah sebab mereka semua mati dengan kejam dan dikeluarkan. Kami akan menjelaskan itu kemudian.

 

Sekali lagi semua orang ini hanya perlu melihat saja catatan Bullinger dan mereka tentunya sudah mengerti. Tiada apa-apa yang sukar tentangnya.

 

Begitu juga dengan yang berikutnya:

--------------------------

 

Berapakah umur Yoyakhin ketika dia menjadi raja Yerusalem?

 

(a)    Lapan belas (2 Raja 24:8)

(b)   Lapan (2 Tawarikh 36:9)

 

Catatan Bullinger mengenai 2 Tawarikh 36:9 menunjukkan pertimbangan atau tafsiran teks-teks itu yang tidak betul. LXX dan Syriac serta sesetengah naskah kuno menulis lapan tahun. Brenton mempunyai catatan yang mengatakan bahawa teks Alexandria menuliskan 18 tahun dan bukan lapan. Teks dalam 2 Raja-raja adalah betul dan kesilapan penulisan dalam MT dan satu teks LXX berpunca daripada kesilapan penulisan sesudah keluaran teks Alexandria itu yang menjadikan lapan belas kepada lapan dalam teks Tawarikh yang dengan sendirinya merupakan pemendekan drastik 2 Raja-raja 24:8-17. Alkitab New Oxford Annotated RSV memperhatikan bahawa tablet-tablet Babel memperlihatkan bahawa menjelang 592 BCE dia mempunyai lima anak lelaki; dan dengan itu umur 18 merupakan umur betul daripada keterangan menyokong yang bebas ini. Jauh daripada menjadi masalah, tablet-tablet Babel ini menyokong teks dalam Raja-raja dan menunjukkan apa yang merupakan kesilapan penulisan dalam teks terkemudian Masoretes itu.

 

Tuntutan seterusnya ialah satu contoh pertimbangan hambar dan dungu.

-----------------------

 

Berapa lamakah dia memerintah atas Yerusalem?

 

(a)    Tiga bulan (2 Raja-raja 24:8)

(b)   Tiga bulan dan sepuluh hari (2 Tawarikh 36:9)

 

Teks dalam Raja-raja tidak memasukkan bahagian bulan dengan sepuluh hari itu. Alkitab jarang menyatakan hari-hari sebagai bahagian bulan melainkan adanya tujuan khusus. Kemasukan sepuluh hari digunakan di sini untuk memperlihatkan bahawa pada waktu itu iaitu waktu pertukaran tahun Nebukadnezar maju melawan Yerusalem dalam tahun kelapannya yang Bullinger sama sekali tidak fahami. Ini penting bagi perhitungan kalendar daripada Yehezkiel dan ditambah di sini untuk tujuan itu.

 

Berikutnya ialah pertimbangan keanak-anakan.

--------------------------

 

Berapa pasangkah binatang tidak haram yang Tuhan perintahkan Nuh untuk bawa masuk Bahtera?

 

(a)     Dua (Kejadian 6:19,20)

(b)   Tujuh (Kejadian 7:2). Namun meskipun adanya perintah terakhir ini hanya dua pasang masuk ke dalam bahtera (Kejadian 7:8-9)

 

Dua pasang semua binatang masuk ke dalam bahtera tetapi terdapat tujuh pasang binatang tidak haram seperti yang diterangkan dalam teks. Ini juga dijelaskan dalam naskah Hukum-hukum Makanan (No. 015). Seseorang tidak perlu begitu cerdik untuk mengerti teks ini dan melihat bahawa semua bantahan itu hanya kedengaran bagus.

 

Pertanyaan ini juga dijawab menurut dua teks tersendiri di atas.

-----------------------

 

Berapa ramaikah bani Zatu?

 

(a)    Sembilan ratus dan empat puluh lima (Ezra 2:8)

(b)   Lapan ratus dan empat puluh lima (Nehemia 7:13)

 

Bullinger mempunyai nota (ayat 66) yang menangani dua laporan berasingan itu yang dibuat pada waktu-waktu berlainan

 

Daripada 42,360 yang dihitung dalam Nehemia terdapat 31,089 disenaraikan seperti yang dinamakan dalam Nehemia dan 494 yang tidak dinamakan dalam Ezra dan sebagai jumlah 31,583 dengan perbezaan antara nama dan bilangan sebanyak 10,777.

 

Jadi terdapat dua panggilan nama yang dibuat pada waktu-waktu berlainan oleh penulis-penulis berbeza. Jadi kenapalah? Mereka yang menggeluyur mungkin telah dapat mengejar badan utama. Beberapa orang baru mungkin telah memutuskan untuk datang.

 

Di sini sekali lagi masalah sama dikemukakan, jawapannya sama.

-----------------------------

 

Berapa ramaikah bani Azgad?

 

(a)    Seribu dua ratus dan dua puluh dua (Ezra 2:12)

(b)   Dua ribu tiga ratus dan dua puluh dua (Nehemia 7:17)

 

Masalah dan jawapan sama untuk yang berikutnya.

---------------------------

 

Berapa ramaikah bani Adin?

 

(a)    Empat ratus dan lima puluh empat (Ezra 2:15)

(b)   Enam ratus dan lima puluh lima (Nehemia 7:20)

 

Dan seterusnya:

--------------------------

 

Berapa ramaikah bani Hasum?

 

(a)    Dua ratus dan dua puluh tiga (Ezra 2:19)

(b)   Tiga ratus dan dua puluh lapan (Nehemia 7:22)

 

Dan berikutnya:

----------------------

 

Berapa ramaikah bani Betel dan Ai?

 

(a)    Dua ratus dan dua puluh tiga (Ezra 2:28)

(b)   Satu ratus dan dua puluh tiga (Nehemia 7:32)

 

Ezra 2:64 dan Nehemia 7:66 bersetuju bahawa jumlah bilangan keseluruhan kumpulan itu ialah 42,360. Namun bilangan-bilangan itu tidakpun menghampiri jumlah itu. Jumlah-jumlah yang diperolehi daripada tiap kitab itu adalh seperti berikut:

 

(a)    29,818 (Ezra)

(b)   31,089 (Nehemia)

 

Sama juga dengan yang berikutnya: Senarai-senarai ini dibuat untuk mencakupi sekurang-kurangnya dua gerakan sepanjang seratus tahun dan orang-orang yang menyusun semua pertanyaan ini tidak mengerti apapun fakta hal itu. Isu-isu ini dibincangkan dalam naskah Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 013).

 

Ezra telah bersedia dan beroperasi sebelum Nehemia sampai di situ dan semua perbezaan itu mencerminkan apa yang kita tentu jangka melihat dalam dua laporan berlainan tentang apa yang terjadi pada mana-mana waktu tertentu.

 

Hal sama diterapkan bagi para penyanyi yang disenaraikan sebagai bersama-sama mereka.

----------------------------

 

Berapa ramai penyanyi menyertai kumpulan itu?

 

(a)    Dua ratus (Ezra 2:65)

(b)   Dua ratus dan empat puluh lima (Nehemia 7:67)

----------------------------

 

Sebagai wali di situ dia tentunya telah membawa masuk lebih ramai pegawai termasuk para penangis dan penyanyi.

--------------------------------

 

Apakah nama ibu Raja Abia?

 

(a)    Mikhaya, anak Uriel dari Gibea (2 Tawarikh 13:2)

(b)   Maakha, anak Absalom (2 Tawarikh 11:20) Tetapi Absalom hanya mempunyai seorang anak perempuan bernama Tamar (2 Samuel 14:27)

 

Pada waktu penulisan teks dalam Samuel, Absalom mempunyai tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan, Tamar. Tibanya waktu dia mendirikan tugu yang disebutkan dalam 2 Samuel 18:18 semua anak lelakinya sudah mati dan hanya tinggal anak-anak perempuannya, salah seorangnya kita diberitahu dalam 2 Tawarikh 11:20 ialah Maakha, di samping Tamar yang disebutkan dalam teks Samuel itu.

 

Komen-komen mengenai Mikhaya itu dijelaskan dalam Josephus dan semua komen di sini berpunca daripada salah faham yang sama terhadap bahasa kiasan Ibrani. “Anak perempuan” mungkin seorang cucu perempuan, serta merujuk kepada seorang anak perempuan sebagaimana keadaannya di sini. Uriel dari Gibea ialah suami Tamar anak Absalom. Tamar ialah ibu Mikhaya (Josephus, Antiq. VIII, 10.1; lihat juga 2 Taw. 11:20; 1 Raja-raja 15:2).

 

Tuntutan berikutnya mencerminkan kejahilan sama terhadap Kitab Suci dan fakta

---------------------------

 

Benarkah Yosua dan bani Israel telah menawan Yerusalem?

 

(a)    Ya (Yosua 10:23,40)

(b)   Tidak (Yosua 15:63)

 

Yosua menawan raja Yerusalem serta sebilangan orang lain dalam perang terbuka seperti dinyatakan dalam Yosua 10:23. Ayat 40 tidak menyebut Yerusalem sama sekali. 15:63 menunjukkan bahawa dia tidak memasuki Yerusalem dan hanya menawan raja-raja dalam pertempuran dan membunuh mereka semua dan mengosongkan padang-padang seperti yang dinyatakan oleh ayat 40.

-----------------------------------

 

Pertanyaan ini menunjukkan kejahilan mendalam terhadap genealogi dan adat istiadat Ibrani.

 

Siapakah bapa Yusuf, suami Maria?

 

(a)    Yakub (Matius 1:16)

(b)   Eli (Lukas 3:23)

 

Heli merupakan bapa mertua Yusuf. Teks Lukas 3 adalah mengenai Mariam ibu Kristus.

 

Tiadanya artikel nyata sebelum menantu lelaki menunjukkan bahawa dia ialah suami anak perempuan Heli. Ini ialah fakta yang diakui dan diketahui luas dalam Yudaisme.

 

Dengan itu pertanyaan berikutnya merupakan kesilapan tidak berguna.

-------------------------------

 

Yesus berasal daripada mana satu anak Daud?

 

(a)    Salomo (Matius 1:6)

(b)   Natan (Lukas 3:31)

 

Kristus ialah keturunan Natan.

--------------------------------

 

Siapakah bapa Sealtiel?

 

(a)    Yekhonya (Matius 1:12)

(b)   Neri (Lukas 3:27)

 

Yekhonya ialah bapa Asir (Assir), bapa Sealtiel (1 Tawarikh 3:17-19). Anak-anak lain Yekhonya ialah Malkhiram, Pedaya, Syenasar, Yekamya, Hosama dan Nedabya.

 

Silsilah dalam Lukas 3 merujuk kepada Sealtiel dan Zerubabel bapa Resa.

 

Zerubabel bermakna “lahir dalam” atau “anak Babel.” Anak yang bernama Resa lahir daripada puteri Persia, anak Darius orang Persia yang merupakan isteri kedua Zerubabel. Justeru nama Persia, Resa.

 

Bapa sejati Zerubabel sebenarnya ialah Pedaya, diperanakkan menurut hukum-hukum Lewi (lihat 1 Taw. 3:19) Fakta ini diterangkan dalam naskah Genealogi Mesias (No. 119).

 

Pertanyaan berikutnya menyusuli daripada kesilapan sama dalam pengertian.

-------------------------

 

Anak Zerubabel yang manakah merupakan leluhur Yesus Kristus?

 

(a)    Abihud (Matius 1:13)

(b)   Resa (Lukas 3:27) Namun tujuh anak lelaki Zerubabel adalah seperti berikut: i. Mesulam, ii. Hananya, iii. Hasuba, iv. Ohel, v. Berekhya, vi. Hasaja, vii. Yusab-Hesed (1 Tawarikh 3:19,20). Nama-nama Abihud dan Resa bagaimanapun tidak cocok di situ.

 

Abihud ialah leluhur Yusuf suami Mariam ibu Kristus dan bukan dalam silsilah Kristus.

 

Zerubabel, dalam kumpulan yang pulang itu, mempunyai tiga isteri yang mana isteri ketiganya ialah seorang Yahudi daripada keluarga Daud. Dua isteri lagi ialah puteri-puteri asing. Isteri kedua, seorang Persia, ialah leluhur perempuan Mesias. Ini pengetahuan umum dalam genealogi Yahudi.

-------------------------------

 

Siapakah bapa Uzia?

 

(a)    Yoram (Matius 1:8)

(b)   Amazia (2 Tawarikh 26:1)

 

Teks dalam Matius 1:8 mengabaikan tiga nama raja-raja yang semuanya mati ngeri.

 

Nama-nama ini berada dalam urutan termasuk apa yang diabaikan:

1.      Yoram atau Yehoram (2 Raja 8:16; 2 Taw. 21:1);

2.      Ahazia (2 Raja 8:27; 2 Taw. 22:1-9);

3.      Yoash atau Yehoash (2 Raja 11:2-12:20; 2 Taw 24:1-23);

4.      Amazia (2 Raja 14:8-20; 2 Taw 25:1,8;

5.      Yoyakhin (2 Raja 23:36-24:6; 2 Taw. 36:5-8).

 

Siapakah bapa Yekhonya?

 

(a)    Yosia (Matius 1:11)

(b)   Yoyakhin (1 Tawarikh 3:16)

 

Yekhonyas ialah Yoyakhin anak Yoyakim (2 Raja 24:8) yang diabaikan daripada teks dalam Matius atas sebab-sebab dinyatakan.

-------------------------------

 

Berapa ramaikah generasi dari pembuangan Babel sampai Kristus?

 

(a)    Matius mengatakan empat belas (Matius 1:17)

(b)   Namun perhitungan cermat generasi-generasi ini menunjukkan tiga belas saja (lihat Matius 1:12-16)

 

Kristus ialah generasi ke empat belas. Bagaimanapun, hanya mereka yang benar saja dihitung dalam senarai ini.

------------------------------

 

Siapakah apa Sela?

 

(a)    Kainan (Lukas 3:35-36)

(b)   Arpakhsad (Kejadian 11:12)

 

Pemasukan Kainan dalam genealogi di Lukas 3 adalah berdasarkan bukti Septuagint yang dipertikaikan oleh Teks Masoretik. Kompilasi Yunani dalam Lukas menggunakan bahasa Yunani LXX.

--------------------------

 

Adakah Yohanes Pembaptis Elia yang bakal datang?

 

(a)    Ya (Matius 11:14, 17:10-13)

(b)   Tidak (Yohanes 1:19-21)

 

Kristus menyatakan dengan cukup jelas bahawa Yohanes merupakan seorang Elia tetapi Elia yang dijanjikan dalam Maleakhi 4 belum lagi datang. Tiada apa-apa yang susah dalam memahami apa yang Kristus katakan berkenaan ini.

 

Pertanyaan berikutnya menunjukkan kejahilan sama terhadap silsilah-silsilah seperti disenaraikan di atas.

--------------------------------

 

Adakah Yesus akan mewarisi takhta Daud?

 

(a)    Ya. Begitu kata malaikat (Lukas 1:32)

(b)   Tidak, sebab dia keturunan Yoyakim (lihat Matius 1:11, 1 Tawarikh 3:16). Yoyakim dikutuk oleh Tuhan supaya tiada keturunannya dapat duduk atas takhta Daud (Yeremia 36:30)

 

Mesias haruslah seorang keturunan Daud melalui Natan untuk memenuhi semua nubuatan itu.

 

Tiada keturunan Yekhonya dapat duduk atas takhta Daud tanpa izin dan kuasa langsung daripada Tuhan. Silsilah dari Yekhonya dalam Matius 1 adalah daripada Yusuf yang mana Kristus hanya keturunan angkat. Fakta bahawa Kristus memang mewarisi takhta Daud melalui campur tangan langsung Tuhan menunjukkan bahawa Tuhan menggunakan hubungan ini untuk menyembuhkan perselisihan itu.

 

Pertanyaan berikutnya menunjukkan pengertian buruk terhadap kerukunan kitab-kitab injil.

---------------------------

 

Yesus menunggang masuk Yerusalem di atas berapa banyak binatang?

 

(a)    Satu – keledai (Markus 11:7; lihat Lukas 19:35). “Lalu mereka membawa keledai itu kepada Yesus, dan mengalasinya dengan pakaian mereka, kemudian Yesus naik ke atasnya

(b)   Dua – keledai dan anaknya (Matius 21:7). “Mereka membawa keledai betina itu bersama anaknya, lalu mengalasinya dengan pakaian mereka dan Yesuspun naik ke atasnya.

 

Dua peristiwa ini dijelaskan dalam naskah Pewaktuan Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159).

------------------------------

 

Bagaimanakah Simon Petrus mengetahui bahawa Yesus ialah Kristus?

 

(a)    Melalui satu wahyu dari syurga (Matius 16:17)

(b)   Saudaranya Andreas memberitahunya (Yohanes 1:41)

 

Andreas memberitahu Petrus bahawa mereka telah menemui Mesias. Roh Kudus-lah yang memberitahunya bahawa Mesias ialah Anak Tuhan Hidup. Kristus mengesahkan fakta itu.

 

Begitu dengan pertanyaan berikutnya yang menunjukkan kejahilan terhadap ayat-ayat terbabit.

--------------------------

 

Bilakah Yesus mula-mula bertemu Simon Petrus dan Andreas?

 

(a)    Di tepi laut Galilea (Matius 4:18-22)

(b)   Di tebing sungai Yordan (Yohanes 1:42). Sesudah itu, Yesus memutuskan untuk pergi ke Galilea (Yohanes 1:43)

 

Andreas mula-mula menemui Kristus di Yordan dan selepas itu mengikutnya ke tempat tinggalnya (Yohanes 1:39). Pertanyaan ini menyalah gambar teks dalam Yohanes untuk menuntut yang teks itu menyatakan sesuatu yang tidak disebutnya.

-------------------------------

 

Ketika Yesus bertemu Yairus adakah anak perempuan Yairus sudah mati?

 

(a)    Ya. Matius 9:18 mengutipnya berkata, “Anakku perempuan baru saja meninggal.”

(b)   Tidak. Markus 5:23 mengutipnya berkata, “Anakku perempuan sedang sakit, hampir mati.”

 

Teks ini mengatakan “hampir mati” (eschatos exei). Kata-katanya dalam Matius iala arti eteleutesen.Satu teks memberi konsep yang dia sudah mati; teks satu lagi mengatakan dia hampir mati. Hakikatnya ialah dia hampir mati dan dianggap mati, namun diselamatkan hidup-hidup.

--------------------------

 

Adakah Yesus mengizinkan murid-muridnya membawa tongkat dalam perjalanan mereka?

 

(a)    Ya (Markus 6:8)

(b)   Tidak (Matius 10:9; Lukas 9:3)

 

Dua belas rasul itu diutus keluar kepada mereka yang hilang daripada umat Israel dan disuruh jangan membawa tongkat (rabdon). Markus 6:8 mengatakan kecuali rabdon. Masalah ini nampaknya datang dengan perbezaan dalam penggunaan tongkat atau pentung/belantan (lihat Mat. 26:47).

-----------------------------

 

Adakah Herodes menganggap bahawa Yesus ialah Yohanes Pembaptis?

 

(a)    Ya (Matius 14:2; Markus 6:16)

(b)   Tidak (Lukas 9:9)

 

Teks dalam Lukas diungkap dalam bentuk pertanyaan yang mana dia berkata dia sudah memenggal kepala Yohanes dan jika ya, maka siapakah yang didengarinya itu. Dia ingin sendiri melihat yang orangnya bukan Yohanes. Dua lagi teks itu menunjukkan bahawa dia takut yang itu ialah Yohanes yang sudah bangkit. Dari segi sejarah, seluruh bangsa itu menunggu-nunggu Mesias.

--------------------------------

 

Adakah Yohanes Pembaptis mengenali Yesus sebelum baptisannya?

 

(a)    Ya (Matius 3:13-14)

(b)   Tidak (Yohanes 1:32,33)

 

Yohanes mengharapkan Kristus dan bila dia melihatnya dia tahu bahawa dialah Kristus daripada apa yang terjadi. Dia sudahpun memberitahu orang ramai bahawa Mesias bakal datang. Mengusulkan bahawa dia tidak mengenali saudaranya sendiri memang sedikit bodoh. Dia mengenalinya tetapi pengesahan bahawa dia ialah Mesias, anak domba Tuhan, datang daripada Roh Kudus.

-------------------------

 

Adakah Yohanes Pembaptis mengenali Yesus selepas baptisannya?

 

(a)    Ya (Yohanes 1:32, 33)

(b)   Tidak (Matius 11:2)

 

Masalah yang diajukan ini merupakan salah gambar teks itu. Tidak ada konflik. Matius 11:2 menunjukkan pertanyaan yang diajukan tentang Kristus sebagai orang yang kini menjalankan pekerjaan Tuhan. Dia mendorongnya untuk meneruskan pekerjaan Tuhan yang Kristus lakukan sebaik saja Yohanes dibuang ke dalam penjara. Teks ini adalah mengenai keprihatinan terhadap pekerjaan itu.

---------------------------

 

Menurut Injil Yohanes, apakah yang Yesus katakan tentang bersaksi tentang dirinya sendiri?

 

(a)    Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar

(b)   Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, namun kesaksian-Ku itu benar

 

Masalah ini diertikan luar daripada konteksnya.

 

Kristus seterusnya mengatakan perbuatan sendirinya bersaksi tentang kebenaran dan Bapa sendiri bersaksi tentang dia. Yohanes 8:14 mengatakan: “memberi catatan tentang diriku” iaitu perkataan marturiai atau secara efektifnya kesaksian seperti dalam Yohanes (Yoh. 1:19, 32).

---------------------------------

 

 

Apabila Yesus memasuki Yerusalem adakah dia membersihkan bait pada hari itu juga?

 

(a)    Ya (Matius 21:12)

(b)   Tidak. Dia masuk ke dalam bait dan melihat-lihat sekitarny, tetapi sebab waktunya sudah amat lewat dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya, dia pergi ke Betania untuk bermalam dan kembali pagi esoknya untuk membersihkan bait itu (Markus 11:1-17).

 

Urutan Kitab-kitab Injil tidak difahami oleh mereka yang mengajukan pertanyaan ini. Pelbagai peristiwa bilamana Kristus memasuki Bait merupakan sebahagian daripada proses Pengudusan dan dijelaskan dalam teks-teks Pewaktuan Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159) dan juga Pengudusan Bait Tuhan (No. 241).

------------------------------

 

Kitab-kitab Injil mengatakan Yesus mengutuk sebuah pohon ara. Adakah pohon itu kering serta-merta?

 

(a)    Ya. (Matius 21:19)

(b)   Tidak. Pohon itu mengering semalaman (Markus 11:20)

 

Teks dalam Matius mengatakan Kristus mengutuk pohon itu dalam perjalanan dari Betania ke dalam kota itu dan seketika itu mengering. Bukan serta-merta tetapi seketika itu. Murid-murid bila mereka melihatnya, iaitu pagi esoknya ketika mereka meninggalkan kota itu, tercengang melihat pohon itu sudah kering.

 

Masalah ini tidak wujud kecuali dalam fikiran mereka yang mencari peluang menentang firman Tuhan.

----------------------------

 

Adakah Yudas mencium Kristus?

 

(a)    Ya (Matius 26:48-50)

(b)   Tidak. Yudas tidak dapat menghampiri Yesus untuk menciumnya (Yohanes 18:3-12)

 

Teks dalam Matius menunjukkan bahawa Yudas pergi kepada Yesus bersama rombongan itu dan menciumnya untuk mengkhianatinya. Teks dalam Yohanes memusat pada fakta bahawa Yesus menterbalikkan keadaan itu dengan bertanya pertanyaan yang mereka telah tentukan untuk Yudas bagi mengenal pasti dengan menghampirinya. Mereka kemudian berkelakuan pengecut sebab mereka bertindak secara sembunyi. Tiada kontradiksi penting di sini hanya penekanan.

------------------------

 

Apa kata Yesus mengenai penyangkalan Petrus?

 

(a)    Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.” (Yohanes 13:38)

(b)   “Sebelum ayam berkokok dua kali, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.” (Markus 14:30). Bila ayam berkokok sekali, tiga penyangkalan itu belum lagi lengkap (lihat Markus 14:72). Justeru ramalan (a) gagal.

 

Teks dalam Yohanes 13:38 yang berkata: “sebelum ayam berkokok” bererti ayam belum habis berkokok sehingga engkau menyangkal aku tiga kali, dan teks lain menunjukkan bahawa dari waktu ayam mula berkokok sampai habis berkokok penyangkalan ketiga itu sudah terjadi dan teks-teks menunjukkan yang itulah maknanya.

--------------------------------

 

Benarkah Yesus memikul salibnya sendiri?

 

(a)    Ya (Yohanes 19:17)

(b)   Tidak (Matius 27:31-32)

 

Kristus memikul salibnya sendiri sebahagian besar perjalanannya tetapi hampir penghujungnya kecederaannya daripada disesah begitu hebat hingga seorang lain dipaksa memikul salib itu untuknya. Yohanes 19:17 mencatatkan fakta bahawa dia dipaksa memikul salibnya sendiri dan berjalan ke tempat penghukuman dalam cerita itu. Cerita dalam Matius adalah mengenai perincian perjalanan itu.

--------------------------------

 

Benarkah Yesus mati sebelum tabir bait itu terbelah?

 

(a)    Ya (Matius 27:50-51; Markus 15:37-38)

(b)   Tidak. Selepas tabir itu terbelah dua, Yesus berseru dengan suara nyaring, “Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku.Dan sesudah berkata demikian Ia menyerahkan nyawa-Nya. (Lukas 23:45-46)

 

Tabir Bait terbelah dua pada akhir kegelapan itu yang terjadi dari jam keenam sampai jam kesembilan iaitu dari 12 tengahari sampai 3 p.m.

 

Penempatan ayat 45 dan 46 itu adalah sama waktunya dan sesiapa yang mengajukan pertanyaan ini cuba menjadikannya seolah-olah urutan itu terjadi berturutan sedangkan hakikatnya teks-teks lain menunjukkan apa ertinya. Jam kesembilan ialah waktu anak domba pertama disembelih untuk dipersembahkan kepada Imam Besar dan tepat waktu itulah Kristus mati dan kegelapan itu lenyap sementara tabir Bait itu terbelah dua. Kepala pasukan menyaksikan urutan itu dan menyebut kata-kata itu.

-------------------------------------

 

Pernahkah Yesus berbicara apa-apa secara sembunyi-sembunyi?

 

(a)    Tidak. “Aku tidak pernah berbicara sembunyi-sembunyi” (Yohanes 18:20)

(b)   Ya. “dan tanpa perumpamaan Ia tidak berkata-kata kepada mereka, tetapi kepada murid-murid-Nya Ia menguraikan segala sesuatu secara tersendiri.” (Markus 4:34). Murid-muridnya bertanya “Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?” Jawab Yesus: "Kepadamu diberi karunia untuk mengetahui rahasia Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.” (Matius 13:10-11)

 

Berbicara dengan perumpamaan bukan berbicara sembunyi-sembunyi. Ini berbicara supaya orang tidak mengerti apa yang dia katakan.

-------------------------

 

Di manakah Yesus pada jam keenam pada hari penyaliban itu?

 

(a)    Di salib (Markus 15:23)

(b)   Di pengadilan Pilatus (Yohanes 19:14)

 

Pada jam keenam malam iaitu waktu gelap hari itu dia berada dalam pengadilan Pilatus dan pada jam keenam waktu siang iaitu pada 12 tengahari dia berada atas pancang itu.

------------------------

 

Kitab-kitab injil mengatakan bahawa dua pencuri disalib bersama dengan Yesus. Adakah kedua-dua pencuri itu mengejek Yesus?

 

(a)    Ya (Markus 15:32)

(b)   Tidak. Salah seorang mengejek Yesus, seorang lagi membela Yesus (Lukas 23:43)

 

Anggapannya ialah hanya ada tiga pancang saja dan tiga orang dibunuh. Tradisi yang lama dipegang menyatakan lima orang dibunuh, dua orang di setiap sebelah Kristus.

--------------------------

 

Adakah Yesus naik ke Firdaus pada hari sama penyaliban itu?

 

(a)    Ya. Dia berkata kepada pencuri yang membelanya, “Hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Lukas 23:43)

(b)   Tidak. Dia berkata kepada Maria Magdalena dua hari kemudian, “Aku belum pergi kepada Bapa” (Yohanes 20:17)

 

Masalahnya timbul daripada pengertian bahasa kiasan dan terjemahannya.

 

Kristus berkata: “Aku berkata kepadamu hari ini, engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus.” Dia tidak mengatakan bahawa dia akan berada di dalam Firdaus dengannya hari itu tetapi dia mengatakan hari ini aku berkata kepadamu bahawa engkau akan bersama-sama dengan aku di dalam firdaus.

------------------------------

 

Ketika Paulus berada di jalan ke Damsyik dia melihat satu cahaya dan mendengar satu suara. Adakah mereka yang ada bersamanya mendengar suara itu?

 

(a)    Ya (Kisah 9:7)

(b)   Tidak (Kisah 22:9)

 

Teman-teman Saulus nampak cahaya itu dan mendengar bunyi suara itu tetapi tidak dapat mengenal kata-kata yang diucapkan seperti kita lihat daripada 22:9 (lihat nota Bullinger bagi teks itu).

-------------------------------

 

Apabila Paulus melihat cahaya itu dia rebah ke tanah. Adakah teman-teman seperjalanannya juga rebah ke tanah?

 

(a)    Ya (Kisah 26:14)

(b)   Tidak (Kisah 9:7)

 

Teman-teman itu terdiam berdiri. Paulus memberi maklumat pada 26:14 bahawa mereka juga sebenarnya rebah tetapi dia sendiri tidak dapat melihat bila dia bangun berdiri.

 

Dia mungkin tidakpun dapat nampak apa-apa.

---------------------------

 

Adakah suara itu terus memperincikan di tempat itu apa dia tugas-tugas Paulus nanti?

 

(a)    Ya (Kisah 26:16-18)

(b)   Tidak. Suara itu memerintah Paulus pergi ke kota Damsyik dan di situ dia akan diberitahu apa yang dia harus lakukan. (Kisah 9:7; 22:10)

 

Dalam Kisah 26:13-19 dia menceritakan ringkasan apa yang terjadi kepada Agripa dan ini tidak menuntutpun sebagai cerita keseluruhan peristiwa-peristiwa itu. Kenapa ini harus diandaikan begitu?

---------------------------------

 

Apakah yang Yudas lakukan dengan wang berdarah yang diterimanya sebab mengkhianati Yesus?

 

(a)    Dia membeli sebidang tanah (Kisah 1:18)

(b)   Dia membuang semuanya ke dalam bait dan pergi. Para imam tidak dapat memasukkan wang berdarah itu ke dalam perbendaharaan bait, jadi mereka menggunakannya untuk membeli sebidang tanah untuk menguburkan orang asing (Matius 27:5)

 

Perkataan membeli dalam Kisah 1:18 ialah ktaomai yang bermakna “menyebabkan harta milik diperolehi dengan belian.” Ini menjelaskan apa yang terjadi sebagai akibatnya sesudah dia meletakkan wang itu ke dalam perbendaharaan dalam mana wang itu tidak boleh disimpan.

------------------------------

 

Bagaimanakah Yudas mati?

 

(a)    Sesudah dia membuang wang itu ke dalam bait dia pergi dari situ dan menggantung dirinya (Matius 27:5)

(b)   Sesudah dia membeli tanah itu dengan bayaran perbuatan jahatnya dia jatuh tertelungkup, dan perutnya terbelah dua sehingga semua isi perutnya tertumpah ke luar. (Kisah 1:18)

 

Dia tidak membeli tanah itu tetapi menyebabkannya dibeli oleh pihak penguasa Bait sebab mereka tidak boleh mengizinkan wang itu kekal dalam perbendaharaan sebab itu wang berdarah. Dia menyebabkan tanah itu terkutuk sebab dia menggantung dirinya di sebidang tanah dan jatuh daripada pohon itu dan mencemari tanah itu. Pihak penguasa Bait menggunakan wang itu untuk membeli tanah itu.

-----------------------------

 

Kenapakah tanah itu dipanggil “Tanah Darah”?

 

(a)    Sebab para imam membelinya dengan wang berdarah (Matius 27:8)

(b)   Sebab kematian ngeri Yudas dalamnya (Kisah 1:19)

 

Tanah itu dicemari oleh kematian Yudas dan juga wang berdarah yang dibayar untuk Kristus. Ada dua sebabnya yang dinyatakan kedua-duanya.

-------------------------------

 

Siapakah tebusan untuk siapa?

 

(a)    “Anak Manusia juga datang...untuk memberikan nyawanya menjadi tebusan bagi banyak orang” (Markus 10:45). “Kristus Yesus, yang telah menyerahkan dirinya sebagai tebusan bagi semua manusia...” (1 Timotius 2:5-6)

(b)   “Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi orang benar, dan pengkhianat sebagai ganti orang jujur” (Amsal 21:18)

 

Kata-kata dalam Amsal: “Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi seorang yang benar dan pengkhianat bagi orang jujur.” Perkataan itu diubah untuk menjadikan kutipan itu satu pertalian.

 

Teks ini tiada kaitannya dengan tujuan dan kematian Kristus untuk keselamatan kedua-dua elemen Angkatan.

------------------------------------

 

Adakah hukum Musa berguna?

 

(a)    Ya. “Segala tulisan...bermanfaat...” (2 Timotius 3:16)

(b)   Tidak. “...Suatu hukum yang dikeluarkan dahulu dibatalkan, kalau hukum itu tidak mempunyai kekuatan dan kerana itu tidak berguna...” (Ibrani 7:18)

 

Pembacaan teks dalam Ibrani menunjukkan bahawa hukum-hukum Korban diketepikan oleh korban Kristus supaya kita dijadikan imam-imam menurut mazhab Melkisedek.

-----------------------

 

Apakah kata-kata tepat pada salib itu?

 

(a)    “Inilah Yesus Raja Orang Yahudi” (Matius 27:37)

(b)   “Raja Orang Yahudi” (Markus 15:26)

(c)    “Inilah Raja Orang Yahudi” (Lukas 23:38)

(d)   “Yesus, Orang Nazaret, Raja Orang Yahudi” (Yohanes 19:19)

 

Kata-kata itu ditulis dalam bahasa Ibrani dan Yunani dan Latin, mengikut urutan itu, dan menjelaskan beberapa variasinya. Istilah sebenarnya ialah “Orang Nazaret”yang merupakan satu istilah pengaiban.

 

Markus 15:26 bukan gelaran yang diletakkan pada pancang itu. Ini hanya satu rujukan kepada tuduhan atau dakwaan sebab hukumannya. Ini sama sekali bukan satu gelaran (atau titlos seperti dalam Yohanes 19:19) yang diletakkan pada pancang itu.

 

Gelaran ini mula-mula ditulis oleh Pilatus dan diambil dari situ dan diletakkan pada pancang itu. Kita tahu bahawa adanya perbincangan tentang kecocokan susunan kata itu sebab orang Yahudi membantahnya. Daripada ayat-ayat 35 dan 36 Bullinger menyatakan bahawa mereka membawa satu lagi gelaran dan meletakkannya di atas kepalanya “selepas mereka membahagi-bahagikan pakaiannya.” Tiada dua gelaran pada waktu yang sama. Jadi harus diandaikan bahawa mereka menurunkan satu dan menggantikannya dengan yang lain. Tiada petunjuk berhubung waktu atau tempoh perdebatan itu.

 

Lukas 23:38 menunjukkan bahawa ada satu lagi gelaran yang dibawa dan diletakkan di atasnya dalam urutan bahasa Yunani, Latin dan Ibrani. Ini diletakkan di sini “selepas cercaan orang ramai” (lihat ayat 35-37 dengan 38) sementara gelaran dalam Matius dipasang sebelum cercaan itu (lihat Mat. 27:37 dengan ayat 39).

 

Jadi gelaran Yohanes mula-mula ditulis dalam Ibrani Yunani dan Latin dan diletakkan di situ dulu sebelum meninggalkan Pilatus.

 

Gelaran Matius ialah gelaran kedua dipasang selepas pembahagian pakaian dan sebelum cercaan dan ketiga ialah laporan Lukas yang diletakkan di atasnya sesudah cercaan itu tamat (Lukas 23:35). Ini ditulis dalam urutan Yunani, Latin dan Ibrani. Bullinger juga berpendapat begini (lihat Companion Bible, Lampiran 163).

---------------------------------

 

Benarkah Herodes ingin membunuh Yohanes Pembaptis?

 

(a)    Ya (Matius 14:5)

(b)   Tidak. Herodias-lah, isteri Herodes yang ingin membunuhnya. Namun Herodes tahu bahawa dia seorang yang saleh dan menjaga keselamatannya (Markus 6:20)

 

Matius 14:1-5 menunjukkan Herodes Raja Wilayah sama sekali tidak mahu membunuh Yohanes tetapi Herodias ingin. Dia mendesak anak perempuannya meminta kepala Yohanes apabila dia menari untuk Herodes dan telah memaksanya bersumpah. Ini suatu salah gambar Kitab Suci.

---------------------------

 

Siapakah murid kesepuluh Yesus dalam senarai dua belas orang?

 

(a)    Tadeus (Matius 10:1-4; Markus 3:13-19)

(b)   Yudas anak Yakobus ialah nama bersamaan dalam injil Lukas (Lukas 6:12-16).

 

Tadeus ialah terjemahan Yunani untuk Thaddaios Aramaik yang dipakai dalam teks dalam Matius dan Markus dan tidak muncul dalam teks dalam Lukas. Ini dianggap sebagai satu terjemahan untuk Yudas anak Yakobus. Tiada penyimpangan orang-orang dalam teks-teks itu kecuali susunan mereka disenaraikan.

----------------------------------

 

Yesus melihat seorang lelaki duduk di rumah cukai dan memanggilnya untuk menjadi muridnya. Apakah namanya?

 

(a)    Matius (Matius 9:9)

(b)   Lewi (Markus 2:14; Lukas 5:27)

 

Matius ialah perkataan Aramaik bererti karunia Tuhan. Dia menjadi Matius anak Alfeus yang diubah daripada Lewi anak Alfeus. Sama seperti itu Paulus diubah daripada Saulus.

----------------------------

 

Adakah Yesus disalibkan pada waktu siang sebelum jamuan Paskah atau waktu siang selepas itu?

 

(a)    Selepas (Markus 14:12-17)

(b)   Sebelum. Sebelum perayaan Paskah Yudas keluar pada waktu malam (Yohanes 13:30). Murid-murid lain berfikir yang dia keluar untuk membeli bekalan untuk bersedia bagi jamuan Paskah (Yohanes 13:29). Apabila Yesus ditangkap, orang Yahudi tidak memasuki gedung pengadilan Pilauts kerana mereka ingin terus tahir untuk memakan Paskah (Yohanes 18:28). Apabila keputusan pengadilan diumumkan terhadap Yesus, waktunya kira-kira jam keenam pada hari Persiapan untuk Paskah (Yohanes 19:14)

 

Pertanyaan ini menunjukkan tiadanya pemahaman tentang waktu yang dipanggil Paskah dan/atau Roti Tidak Beragi.

 

Hukum dalam Ulangan 16:1-8 meliputi hukum-hukum Paskah dan Roti Tidak Beragi.

 

Ulangan 16:5-7 menunjukkan bahawa Paskah bermula dari malam 14 Abib dan tidak boleh dimakan di mana-mana kediaman kita dan sepanjang waktu 36 jam itu kita mesti berada di luar kediaman kita. Pada pagi Hari Raya Pertama Roti Tidak Beragi iaitu pagi 15 Abib kita boleh pulang ke tempat-tempat kediaman kita. Jadi Paskah bermula pada malam 14 Abib bilaman jamuan persiapan itu dimakan dan Paskah disediakan dan disembelih pada petang 14 Abib pada 3 p.m. hingga 5 p.m. dan dimakan selepas gelap pada waktu malam 15 Abib.

 

Kegagalan memahami teks-teks ini berpunca daripada kegagalan untuk mengerti Paskah itu sendiri. Naskah Paskah (No. 098) menjelaskan urutan itu (lihat juga naskah Kalendar Tuhan (No. 156)).

--------------------------------

 

Adakah Yesus berdoa kepada Bapa untuk menghalang penyaliban itu?

 

(a)    Ya. (Matius 26:39; Markus 14:36; Lukas 22:42)

(b)   Tidak. (Yohanes 12:27)

 

Kristus berdoa agar jika mungkin biarlah cawan itu lalu daripadanya tetapi janganlah itu seperti yang dikehendakinya tetapi seperti Tuhan kehendaki.

 

Dia berazam teguh dalam Yohanes 12:27 apabila dia berkata: “Sekarang jiwa-Ku terharu dan apakah yang akan Kukatakan? Bapa, selamatkanlah Aku dari saat ini? Tidak, sebab untuk itulah Aku datang ke dalam saat ini

 

Ini sebab Lukas 22:43 menunjukkan seorang malaikat datang dan menguatkannya.

 

Teks-teks ini menunjukkan bahawa dia tidak ingin mati tetapi bertekad hati dalam memenuhi kehendak Bapa.

------------------------

 

Dalam kitab-kitab injil yang mengatakan bahawa Yesus berdoa untuk menghindari salib itu, berapa kali dia ‘dia pergi daripada murid-muridnya untuk berdoa’?

 

(a)    Tiga (Matius 26:36-46 dan Markus 14:32-42)

(b)   Satu. Tiada ruang tinggal untuk dua kali lagi. (Lukas 22:39-46)

 

Teks-teks menunjukkan dia berdoa tiga kali tetapi teks dalam Yohanes memusat pada peristiwa terakhir.

---------------------------

 

Matius dan Markus setuju bahawa Yesus pergi dan berdoa tiga kali. Apakah kata-kata doa kedua itu?

 

(a)    Markus tidak memberikan kata-kata itu tetapi dia berkata bahawa kata-katanya sama seperti doa pertama (Markus 14:39)

(b)   Matius memberi kita kata-katanya, dan kita dapat lihat bahawa kata-katanya tidak sama seperti yang pertama (Matius 26:42)

 

Kata-kata itu merupakan sentimen sama yang diungkapkan oleh Matius dalam bentuk bertulis dan menghindari pengulangan membosankan seperti kebiasaannya dalam penulisan sampai hari ini.

-----------------------

 

Apa kata kepala pasukan itu bila Yesus mati?

 

(a)    “Sungguh, orang ini adalah orang benar” (Lukas 23:47)

(b)   “Sungguh, orang ini adalah Anak Allah” (Markus 15:39)

 

Matius 27:54 berkata: “Sungguh, ini ialah anak Tuhan”, iaitu kata-kata tepat Markus.

Lukas 23:47 berkata: “Sungguh, ini ialah orang benar” menggunakan istilah dikaios.

 

Matius dan Markus sebulat suara mengenai istilah yang menyatakan dia berkata sesuatu lain. Sama ada itu salah satu daripada satu siri seruan adalah tidak jelas. Memang cocok sekali bahawa semua peristiwa itu terjadi dan kepala pasukan itu menyaksikannya.

-----------------------------

 

Ketika Yesus berkata “Tuhanku, Tuhanku, mengapa Engkau meninggalkan aku?” dalam bahasa apakah dia bercakap?

 

(a)    Ibrani: kata-katanya ialah “Eli, Eli ...” (Matius 27:46)

(b)   Aramaik: kata-katanya ialah “Eloi, Eloi ...” (Markus 15:34)

 

Kata-kata dalam Matius merupakan bentuk Aramaik bagi satu teks Ibrani. Dia berkata Eli, Eli lama Sabach-tha-ni

 

Terjemahan Eli dalam Markus ialah Eloi, Eloi.

 

Terjemahan Mazmur 22:1 merupakan terjemahan Aramaik bagi Ibrani mazmur itu yang menggunakan perkataan El (SHD 410) iaitu Ely untuk “Tuhanku.”

 

Masalahnya berpunca daripada cuba menangkap satu perkataan Ibrani yang diterjemahkan dalam Aramaik dalam teks Yunani dan memindahnya kepada Inggeris. Tiada kesangsian sama sekali bahawa dia mengutip Mazmur 22:1.

-------------------------------

 

Menurut kitab-kitab injil, apakah kata-kata terakhir Yesus sebelum dia mati?

 

(a)    “Ya Bapa, ke dalam tanganMu kuserahkan nyawaku.” (Lukas 23:46)

(b)   “Sudah selesai.” (Yohanes 19:30)

 

Perkataan yang diucapkan ialah teleo Yunani yang bermakna selesai iaitu pengakhiran Mazmur 22. Jadi dia berkata”selesai” untuk mengakhiri mazmur itu, yang merupakan nubuatan tetapi doa terakhir adalah menurut teks dalam Lukas 23:46.

 

Selepas dia menyerahkan nyawanya kepada Tuhan teks itu mengatakan dia mati, maknanya dia menghembus nafas terakhirnya. Nampaknya dengan nafas terakhirnya itu dia mengucapkan kata-kata “selesai.”

---------------------------------

 

Apabila Yesus memasuki Kapernaum dia menyembuhkan hamba seorang kepala pasukan. Adakah kepala itu datang sendiri untuk meminta Yesus melakukan ini?

 

(a)    Ya (Matius 8:5)

(b)   Tidak. Dia mengutus beberapa tua-tua orang Yahudi dan sahabat-sahabatnya (Lukas 7:3, 6)

 

Teks ini merujuk kepada dua kejadian berasingan mengenai kepala pasukan yang sama. Bullinger membuat catatan tentang ini dalam kedua-dua teks.

--------------------------

 

Selain daripada Yesus adakah sesiapa lain yang naik ke syurga?

 

(a)    Tidak (Yohanes 3:13)

(b)   Ya. “Lalu naiklah Elia ke syurga dalam angin badai” (2 Raja-raja 2:11)

 

Elia diambil dengan kereta. Dia tidak naik ke syurga ke takhta Tuhan. Kitab Suci mengatakan dia akan dibawa ke masa hadapan kepada Zaman Akhir untuk memulihkan segala sesuatu.

------------------------

 

Siapakah imam besar bilamana Daud masuk ke dalam rumah Tuhan dan memakan roti yang ditahbiskan itu?

 

(a)    Abyatar (Markus 2:26)

(b)   Ahimelekh, bapa Abyatar (1 Samuel 1:1, 22:20)

 

Bapa dan anak itu mempunyai dua nama Abyatar dan Ahimelekh ((1Sam. 21:1; 22:9, 11,20); dan Ahia (1Sam. 14:3). Dalam 2 Samuel 8:17 dan 1 Tawarikh 18:16 nama-namanya ialah Ahimelekh bin Abyatar. Dalam 1 Samuel 22:20 ia Abyatar bin Ahimelekh yang merupakan anak Ahitub.

 

Saksi-saksi terbaik berhubung kebenaran usul dan ketepatannya ialah musuh Tuan sendiri sebab jika dia silap mereka tentunya telah mengheboh-hebohkannya. Mereka tahu teks itu dan mereka tahu segala faktanya dan mereka tetap senyap (lihat Markus 3:6).

----------------------------

 

Adakah mayat Yesus dibubuhi rempah-rempah sebelum penguburannya menurut adat penguburan orang Yahudi?

 

(a)    Ya dan murid-murid perempuannya menyaksikan penguburannya (Yohanes 19:39-40)

(b)   Tidak. Yesus hanya dikapan dengan kain lenan. Kemudian para wanita itu membawa dan menyediakan rempah-rempah “untuk pergi ke kubur dan meminyakinya [Yesus]” (Markus 16:1)

 

Teks-teks itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai rempah-rempah dan ada yang digunakan untuk membersihkan kakinya dan kaki itu diseka dengan rambut Maria. Mereka membeli rempah lain untuk menghabiskan kerja itu selepas Hari Raya tamat pada hari Jumaat supaya kerja itu dapat diselesaikan sebelum Sabat.

----------------------------

 

Bilakah para wanita itu membeli rempah-rempah itu?

 

(a)    “Setelah lewat hari Sabat” (Markus 16:1)

(b)   Sebelum Sabat. Para wanita itu “menyediakan rempah-rempah dan minyak mur.” Kemudian, “dan pada hari Sabat mereka beristirehat menurut hukum Taurat” (Lukas 23:55 sampai 24:1)

 

Kedua-dua pernyataan itu betul. Sabat yang disebutkan dalam Markus 16:1 ialah Sabat Hari Raya Pertama Roti Tidak Beragi iaitu Hari Besar yang disebutkan dalam kitab-kitab injil. Ini bermula pada waktu gelap pada malam selepas 14 Abib yang jatuh pada hari Rabu dan berakhir pada waktu Gelap pada malam Khamis. Jumaat bukan hari Sabat atau hari Besar jadi rempah-rempah itu dapat dibeli. Hanya seorang yang menerima sistem palsu Easter Trinitarian akan membuat kesilapan ini.

---------------------------

 

Pada waktu bilakah kaum perempuan itu mengunjung kubur itu?

 

(a)    “Menjelang menyingsingnya fajar” (Matius 28:1)

(b)   “Setelah matahari terbit” (Markus 16:2)

 

Matius 28:1 mengatakan pada akhir Sabat menjelang fajar menyingsing pada Hari Pertama Minggu. Ini bermakna pada akhir Sabat pada waktu malam tatkala Hari Pertama minggu bermula. Hari bermula pada waktu gelap yang memulakan malam bagi hari berikutnya. Malam datang sebelum Hari dalam Alkitab dan begitulah keadaannya dengan orang Anglo-Saxon dan lain-lain sehingga abad ke 18 dan ke 19. Ada dua peristiwa yang dimaksudkan. Teks dalam Markus merujuk kepada dua peristiwa dalam ayat-ayat 1 dan 2. Ayat 1 merujuk kepada peristiwa selepas Hari Raya iaitu membeli rempah-rempah dan waktu mereka melihat Kristus. Dia muncul pertama kalinya kepada Maria Magdalena dan kedua kalinya kepada mereka bertiga.

Lihat naskah Pewaktuan Penyaliban dan Kebangkitan (No.159).

------------------------------------

 

Apakah tujuan para wanita itu pergi ke kubur?

 

(a)    Untuk meminyaki mayat Yesus dengan rempah-rempah (Markus 16:1; Lukas 23:55 sampai 24:1)

(b)   Untuk melihat kubur itu. Tiada apa-apa tentang rempah di sini (Matius 28:1)

(c)    Tiada sebab khusus. Dalam injil ini pembubuhan rempah-rempah telahpun dibuat sebelum Sabat (Yohanes 20:1)

 

Pertanyaan sebelumnya meliputi masalah ini dan pelbagai kunjungan, dan jawapannya ada dalam naskah yang dirujukkan. Injil Yohanes tidak perlu menjelaskan apa-apa isu dan teksnya hanya menganggap seluruh proses itu telah berlalu dan tidak merujuk kepadanya selain untuk memerhatikan kain pembalut itu.

---------------------------

 

Sebuah batu besar ditempatkan di tempat masuk kubur itu. Di manakah batu itu apabila para wanita itu tiba?

 

(a)    Mereka nampak batu itu telah “Terguling”. (Markus 16:4) Mereka menemui batu itu “sudah terguling dari kubur itu”. (Lukas 24:2) Mereka melihat bahawa “batu itu telah diambil dari kubur”. (Yohanes 20:1)

(b)   Sementara mereka mendekati, seorang malaikat turun dari langit, menggulingkan batu itu, dan berbicara dengan mereka. Matius membuatkan para wanita itu menyaksikan penggulingan hebat batu itu (Matius 28:1-6)

 

Dua kunjungan berasingan terbabit dan tiada konflik terjadi.

--------------------------

 

Adakah sesiapa memberitahu kaum perempuan itu apa terjadi kepada mayat Yesus?

 

(a)    Ya. “Seorang muda yang memakai baju putih” (Markus 16:5). “Dua orang... memakai pakaian berkilau-kilauan” yang kemudiannya digambarkan sebagai malaikat (Lukas 24:4 dan 24:23). Seorang malaikat – yang menggulingkan batu itu (Matius 16:2). Dalam setiap kasus mereka diberitahu bahawa Yesus telah bangkit daripada mati (Matius 28:7; Markus 16:6; Lukas 24:5 nota kaki)

(b)   Tidak. Maria tidak bertemu sesiapa dan kembali dengan kata-kata, “Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami tidak tahu di mana Ia diletakkan.” (Yohanes 20:2)

 

Maria pergi ke kubur itu sekurang-kurangnya dua kali dan nampaknya tiga kali.

 

Tiga laporan itu merujuk kepada aspek-aspek berlainan peristiwa sama dan harus disusun bersama seperti yang dibuat dalam naskah #159 yang dirujukkan di atas.

--------------------------------

 

Bilakah Maria Magdalena mula-mula bertemu Yesus yang bangkit? Bagaimanakah reaksinya?

 

(a)    Maria dan perempuan lain bertemu Yesus dalam perjalanan balik mereka daripada satu-satunya kunjungan mereka ke kubur itu. Mereka memeluk kakinya dan menyembahnya (Matius 28:9)

(b)   Pada kunjungan keduanya ke kubur itu Maria bertemu Yesus di luar saja kubur itu. Tatkala dia melihat Yesus dia tidak mengenalinya. Dia salah anggapnya sebagai pekebun. Dia masih berfikir mayat Yesus diletakkan di tempat tertentu dan dia meminta tahu di mana. Tetapi apabila Yesus memanggil namanya dia segera mengenalinya dan memanggilnya “Guru.” Yesus berkata kepadanya, “Janganlah engkau memegang aku...” (Yohanes 20:11 hingga 17) 

 

Teks-teks ini juga merujuk kepada dua peristiwa itu. Sesudah gelap pada Hari Pertama minggu dia harus kekal tahir secara ritual menurut Hukum untuk naik sebagai persembahan Unjukan Berkas pada 9 a.m. pada Pagi hari Minggu. Dia tidak boleh disentuh pada waktu ini sehinggalah dia pergi ke hadapan Tuhan dan diterima sebagai Unjukan Berkas. Setelah kembali dia boleh disentuh balik dan itulah yang dibuat rasul Tomas dan lain-lain.

---------------------

 

Apakah perintah Yesus untuk murid-muridnya?

 

(a)    “Pergi dan katakanlah kepada saudara-saudaraku, supaya mereka pergi ke Galilea, dan di sanalah mereka akan melihat aku.” (Matius 28:10)

(b)   “Pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakanlah kepada mereka, bahawa sekarang aku akan pergi kepada Bapaku dan Bapamu, kepada Allahku dan Allahmu.” (Yohanes 20:17)

 

Di mana konfliknya dalam mengeluarkan satu perintah untuk mereka pergi ke Galilea dan satu lagi meminta mereka diberitahu ke mana dia pergi?

--------------------------

 

Bilakah murid-murid itu kembali ke Galilea?

 

(a)    Serta-merta, sebab apabila mereka melihat Yesus di Galilea “beberapa orang ragu-ragu” (Matius 28:17). Waktu ketidakpastian ini seharusnya tidak bertahan.

(b)   Selepas sekurang-kurangnya 40 hari. Malam itu murid-murid masih berada di Yerusalem (Lukas 24:33). Yesus muncul di depan mereka di situ dan memberitahu mereka, “tinggal di kota ini sampai kamu diperlengkapi dengan kekuasaan dari tempat tinggi.” (Lukas 24:49). Dia muncul di depan mereka “ketika empat puluh hari” (Kisah 1:3), dan “melarang mereka meninggalkan Yerusalem, tetapi menanti janji itu ...” (Kisah 1:4)

 

Kristus memerintah supaya mereka pergi ke Galilea dan menunggunya.

 

Dia naik sebagai Unjukan Berkas pada pagi hari Minggu dan kembali petang itu.

 

Dia berada atas bumi selama lebih 40 hari dan memberi perintah kepada mereka untuk tinggal di Yerusalem sehingga Roh Kudus diberikan kepada mereka, dan ini terjadi pada Pentakosta tepat 50 hari sampai jamnya selepas dia diterima sebagai Unjukan Berkas.

-------------------------------

 

Adakah setiap manusia berdosa?

 

(a)    Ya. “Tiada seorangpun yang tidak berdosa” (I Raja-raja 8:46; lihat juga 2 Tawarikh 6:36; Amsal 20:9; Pengkhotbah 7:20; dan I Yohanes 1:8, 10)

(b)   Tidak. Umat Kristian sejati tidak mungkin berdosa, sebab mereka ialah anak-anak Tuhan. “Setiap orang yang percaya, bahwa Yesus adalah Kristus, lahir dari Allah. (1 Yohanes 5:1). “sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah.” (1 Yohanes 3:1). “setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah” (1 Yohanes 4:7). “Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah” (1 Yohanes 3:9). Namun begitu, Ya! “Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita.”(1 Yohanes 1:8)

 

Komen-komen Yohanes itulah yang menunjukkan konteks kata-katanya. Kita semua berdosa namun kita yang benar-benar lahir daripada Tuhan tidak berdosa. Tujuan khutbah itu adalah supaya kita semua mengatasi dosa melalui lahir daripada Tuhan.

 

Pertanyaan atau bantahan ini merupakan mainan hambar dan patut diperlakukan dengan jijik.

-----------------------

 

Siapa yang akan memikul beban siapa?

 

(a)    Bertolong-tolonganlah menanggung bebanmu! Demikianlah kamu memenuhi hukum Kristus” (Galatia 6:2)

(b)   "Sebab tiap-tiap orang akan memikul tanggungannya sendiri” (Galatia 6:5)

 

Setiap orang dihakimi atas dosa-dosanya sendiri tetapi tugas kita adalah untuk membantu orang lain agar mereka tidak berdosa.

 

Mereka yang menyebabkan orang lain berdosa akan dipertanggungjawabkan atasnya.

---------------------------

 

Kepada berapa ramaikah murid Yesus muncul selepas kebangkitannya?

 

(a)    Dua belas (1 Korintus 15:5)

(b)   Sebelas (Matius 27:3-5 dan Kisah 1:9-26, lihat juga Matius 28:16; Markus 16:14 nota kaki; Lukas 24:9; Lukas 24:33)

 

1 Korintus 15:5 menyebut Yakobus dan semua rasul. Ini tidak memberi bilangannya tetapi selepas itu Paulus memasukkan dirinya sebagai salah seorang kepada siapa Kristus muncul. Kita tahu bahawa seorang rasul kedua belas telah ditentukan secara undian daripada Kisah 1:23 dan itu ialah Matias. Teks-teks senyap berhubung sama ada dia muncul di depan Matias tetapi dia mungkin telah berbuat demikian sebelum dia bangkit. Tiada tuntutan bahawa dia muncul di depan dua belas orang; ini hanya berkata “semua rasul” jadi dia mungkin ada berbuat begitu atau Matias mungkin telah dipilih selepas kenaikan itu. Mana-mana satupun boleh. Pertanyaan itu sendirinya penuh dusta.

-------------------------------

 

Di manakah Yesus tiga haris selepas baptisannya?

 

(a)    Sesudah baptisannya, “Segera sesudah itu Roh memimpin dia ke padang gurun. Di padang gurun itu ia tinggal empat puluh hari lamanya ...” (Markus 1:12-13)

(b)   Hari esoknya selepas baptisan itu, Yesus memilih dua murid. Hari kedua: Yesus pergi ke Galilea – dua lagi murid. Hari ketiga: Yesus hadir di jamuan perkahwinan di Kana di Galilea (lihat Yohanes 1:35; 1:43; 2:1-11)

 

Pertanyaan ini merupakan penyalahgunaan bahasa Inggeris dan teks-teks itu.

 

Segala perincian tentang apa yang terjadi dibincangkan dalam naskah Umur Kristus pada Baptisan dan Tempoh Pelayanannya (No. 019).

---------------------------------

 

Adakah nyawa bayi Yesus terancam di Yerusalem?

 

(a)    Ya, jadi Yusuf melarikan diri dengannya ke Mesir dan tinggal di situ sampai Herodes mati (Matius 2:13-23)

(b)   Tidak. Keluarga ini tidak lari ke mana-mana. Mereka dengan tenang menunjukkan anak itu di bait Yerusalem menurut adat Yahudi dan kembali ke Galilea (Lukas 2:21-40)

 

Kedua-dua komen ini benar. Hukum-hukum Pentahiran menuntut supaya dia dipertunjukkan empat puluh hari selepas lahir setelah disunat pada hari kelapan (lihat naskah Pentahiran dan Penyunatan (No. 251). Setelah orang-orang majus gagal muncul di hadapan Herodes penghapusan itu bermula namun ini terjadi lama selepas kelahiran itu dan mungkinpun hampir dua tahun kemudian. Mereka lari ke Mesir beberapa lama selepas upacara Pentahiran itu tetapi kita tidak diberitahu dengan tepat berapa lama.

----------------------------------

 

Apabila Yesus berjalan atas air bagaimanakah murid-muridnya bereaksi?

 

(a)    Mereka menyembahnya, dengan berkata, “Sesungguhnya Engkau Anak Allah” (Matius 14:33)

(b)    “Mereka sangat tercengang dan bingung, sebab sesudah peristiwa roti itu mereka belum juga mengerti, dan hati mereka tetap degil” (Markus 6:51-52)

 

Mereka berkata daripada Matius 14:33 Sesungguhnya engkau anak Allah, sebab tiada artikel dalam teks Yunani. Markus mengatakan mereka sangat tercengang tetapi tidak menyebut kata-kata yang mereka ucapkan. Kita hanya boleh bayangkan yang tentunya ada yang memberi komen bila melihat tuan mereka berjalan atas air. Peluang untuk ucapan ada terjadi sungguh jelas daripada ayat-ayat 49-52.

 

Justeru jelas bahawa sebilangan besar pertanyaan-pertanyaan ini boleh dan memang terjawab daripada badan teks-teks itu sendiri. Tiada kontradiksi, hanya penekanan berlainan daripada setiap laporan itu.

 

Kita memangpun dapat memperbesar-besarkan lagi masalah-masalah itu umpamanya fakta bahawa injil-injil ringkasan itu hanya meliputi satu tahun pelayanan dan injil Yohanes menunjukkan bahawa pelayanan itu berlangsung selama lebih dua tahun dengan tiga Paskah. Bagaimanapun semua itu jelas bagi sesiapa yang benar-benar membacanya, walaupun sesetengah umat Trinitarian cuba menuntut yang pelayanan Kristus adalah selama tiga setengah tahun tanpa berdasarkan apa-apa bukti khusus selain salah terjemah Daniel 9:25 dan pengertian cacat teks dalam Daniel itu (lihat naskah Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 013).

 

Apa yang menyedihkan tentang semua bantahan atau penyenaraian salah maklumat dan bodoh ini adalah beberapa orang yang merupakan anggota-anggota terbaptis tubuh Kristus dan sepatutnya dapat melihat perkara sebenarnya tidak dapat berbuat demikian dan iman mereka dihancurkan oleh semua itu dan mereka benar-benar adapun mencuba menggunakannya untuk memusnahkan iman orang lain. Malahan orang-orang sebegitu telah berpendidikan tinggi.

 

Senarai ini sebenarnya dikirim kepada kami oleh mereka yang dikatakan bekas-bekas anggota berpendidikan tinggi jemaat-jemaat Tuhan yang betul-betul tidak nampak kemustahilan pertanyaan-pertanyaan itu yang begitu jelas sekali. Nampaknya mereka menganggap kami tidak akan dapat menjawabnya sebagaimana mereka tidak mampu. Mereka telah menjadi Ateis. Ingat bahawa hanya orang bebal saja berkata dalam hatinya yang tiada Tuhan (Mazmur 53:1).

 

Ini hanya menunjukkan tiadanya batas bagi kebodohan dan di mana ini akan muncul dalam proses pendidikan dan bila orang kehilangan Roh Kudus dan menjadi putus asa atau bersungguh-sungguh cuba memusnahkan iman itu kerana mereka sendirinya tidak beriman.

q