Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[164E]

 

 

 

 

Penyangkalan Pembaptisan oleh Antinomian

(Edisi 1.0 20100906-20100906)

 

Golongan Antinomian menyangkal keperluan sakramen pembaptisan dan penumpangan tangan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Penyangkalan Pembaptisan oleh Antinomian

 


 


Pengenalan

 

Naskah ini menyusuli naskah-naskah sebelumnya mengenai Pemusnahan Kekristianan oleh Antinomian dengan Penyalahgunaan Alkitab (No. 164C) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p164c.html dan Manusia Durhaka dan Kemurtadan (No. 164D) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p164d.html.

 

Jangan silap, bidaah Antinomian ini ialah ancaman terbesar kepada iman ini yang pernah dilihat jemaat dan ini telah menjadi semakin kuat dalam abad kebelakangan ini daripada sebelumnya. Ini doktrin Iblis dan mereka yang menyertainya merupakan pemuja-pemuja Iblis yakni orang-orang ingkar. Para iblis setan mempergunakan mereka untuk mengatasi umat pilihan dan mereka mencapai tujuan mereka malah di kalangan umat jemaat-jemaat Tuhan sekalipun. Mereka kononnya ialah umat “Kasih” namun kita tidak nampak apapun kasih dalam mereka dan mereka selamba berbohong mengenai Alkitab dan segala ajaran serta sejarah iman ini. Pembelaan mereka terhada sejarah-sejarah Trinitarian juga berdasar pada bohong-bohong berterusan yang menyerang sejarah jemaat dan hukum-hukum Tuhan.

 

Jemaat-jemaat Tuhan kini di bawah serangan berat daripada golongan Antinomian. Mereka sedang diruntuhkan di Barat khususnya daripada jemaat-jemaat Tuhan berpangkalan AS dan bukan saja daripada cabang-cabang WCG. Seluruh sistem Kekristianan telah diserang dari abad ke 19 bilamana umat Katolik mengumumkan paus sebagai vikar Kristus dan tuhan di bumi yang duduk dalam bait Tuhan sampai gembala pandir dalam abad ke 20 dan sekarang serangan-serangan menyeluruh ke atas umat pilihan oleh golongan antinomian untuk memperdaya jika mungkin umat pilihan sekalipun.

 

Perhatikan saja iman umat pilihan sejak Abraham. Semua hukum sudahpun ada dan hukum-hukum ini universal.

 

Abraham didukung oleh Tuhan dalam perang menentang bangsa-bangsa berikutan serangan ke atas kota-kota dataran kerana mereka telah melanggar Perintah Keenam dan Kelapan, walaupun tindakan mereka membabitkan kota-kota Sodom dan Gomora yang diancam kemusnahan (Kej. 14:11-24). Justeru tiada pandang bulu dengan Tuhan (Ulang. 1:17; 16:19; 2Sam. 14:14; 2Taw. 19:7; Ams. 24:23; 28:21; Rom. 2:11; Efe. 6:9; Kol. 3:25; Yakob. 2:1); (lihat naskah Sikap Memandang Bulu (No. 221) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p221.html.

 

Ayub juga tidak mau berdosa dan melanggar Perintah Ketiga dengan mengutuk Tuhan dan mati (Ayub 1:22; 2:9-10). Ayub diakui zamannya mendahului Hukum di Sinai. Dengan itu konsep dosa (Ayub 2:10) juga mendahului Sinai.

 

Esau gagal menghormati bapanya dengan menjual hak kesulungannya kepada Yakub, yang menggantinya (Kej. 25:31-34), justeru melanggar Perintah Kelima. Oleh sebab Kelima ini merupakan perintah pertama dengan janji, kehilangan hak lahir itu terjadi sebagai hukuman. Dengan itu Tuhan campur tangan untuk mengekalkan prinsip ini walaupun Yakub telah melanggar Perintah Kesepuluh dan akan melanggar Perintah Kesembilan. Semua ini ialah teladan-teladan dasar kepada kita yang memegang iman yang mula-mula disampaikan.

 

Hukum Tuhan timbul daripada kodratnya.

 

Tuhan

 

 

 

Hukum

 

 

Benar

(Ezra 9:15)

 

Benar

(Maz.119:172)

 

Sempurna

(Mat. 5:48)

 

Sempurna

(Maz. 19:7)

 

Kudus

(Ima. 19:2)

 

Kudus

(Rom. 7:12)

 

Baik

(Maz. 34:8)

 

Baik

(Rom. 7:12)

 

Kebenaran

(Ulang. 32:4)

 

Kebenaran

(Maz. 119:142)

 

Tuhan tidak berubah. Begitu juga Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya (Ibr. 13:8) kerana dia mempunyai seluruh kepenuhan kodrat ilahi itu (Kol. 1:19; 2:9). Hukum mempunyai ciri-ciri asas Tuhan, timbul daripada kodratNya, dan ditulis pada hati umat pilihan. Hukum itu adil, benar dan baik (Neh. 9:13). Umat pilihan disunat dalam hati kerana mereka mengambil bagian dalam kodrat ilahi (2Pet. 1:4), dan berusaha mendapatkan seluruh kepenuhan (pleroma) Tuhan (Efe. 3:19), seperti Kristus. Semua orang lain dituntut memelihara Hukum-hukum Tuhan. Mereka dihukum kerana tidak berubah (KJV); dengan kata lain, kerana mereka tidak memelihara hukum (RSV, Maz. 55:19). Berbahagialah mereka yang berjalan menurut Hukum Tuhan (Maz. 119:1). Hukum digenapi dalam kita yang hidup menurut roh (Rom. 8:4). Bukan pendengar Hukum yang benar, tetapi mereka yang menurut (Rom. 2:13).

 

Penurutan Perintah-perintah Tuhan adalah mustahak untuk kasih dan pengenalan Tuhan (1 Yoh. 2:3,4; 3:22; 5:3) dan Kristus (Yoh. 14:15,21), dan penerimaan serta pemilikian Roh Kudus (Yoh. 14:21; 1 Yoh. 3:24; Kisah 5:32), dan segala berkat Tuhan (Wahyu 22:14). Pelanggaran atau pelonggaran atau pengajaran pelonggaran atau pelanggaran Perintah-perintah ini telah dilarang oleh Kristus (Mat. 5:19).

 

Matius 5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. (KJV)

 

Hukum yang digenapi oleh Kristus di Kalvari, dengan itu, seharusnya jenis taip yang tidak diubah tetapi digenapi.

 

Perbezaan lazim adalah perbezaan Hukum Moral dan Hukum Upacara. Hukum Moral diperbicarakan sebagai Hukum Sepuluh. Apa yang dipanggil Hukum Upacara disebutkan sebagai Hukum Musa.

 

Perbezaan ini akan dipertunjukkan sebagai tidak cukup. Teks mengenai Pekerjaan Hukum menunjukkan satu bahagian besar salah faham yang menghancurkan posisi antinomian Kekristianan moden.

 

Hakikatnya ialah Paulus memperkatakan dalam teks-teks mengenai bukan saja dua badan hukum, tetapi juga satu karya lagi yang hilang selama beberapa abad. Karya itu ialah Miqsat Maaseh ha Torah yang diterjemahkan ke dalam Yunani sebagai ergon nomou, diterjemahkan ke dalam Inggeris sebagai Works of the Law (Pekerjaan Hukum), yang sebenarnya satu lagi badan teks yang hilang selama hampir dua ribu tahun. Ini ditemui di antara Naskah Laut Mati dan dikaji dalam teks Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT (No. 104) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p104.html

.

 

Paulus mengajar bahawa bersunat atau tidak bersunat tidak penting melainkan mentaati Perintah-perintah Tuhan (1 Kor. 7:19). Maka hampir mustahil dia menyangkal dirinya sendiri dalam Kolose atau Galatia (cth. Gal. 3:10). Justeru dia bercakap tentang dua badan hukum.

 

Konferens Kisah 15 dan teks Kisah 21:20-25 jelas menyatakan bahawa Paulus mentaati Hukum Tuhan dan tiada apapun dalam tuntutan Antinomian yang ajaran Paulus melawan Hukum-hukum Tuhan (lihat juga naskah PAULUS Bahagian I: Paulus dan Hukum (No. 271) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p271.html.

 

Hukum Tuhan adalah tetap. Musa dijadikan elohim kepada Firaun (Kel. 4:16; 7:1) kerana Mesir telah melanggar Perintah-perintah itu. Dunia diadili sekarang dan dalam Kebangkitan Kedua berlawanan dengan Hukum Tuhan. Mereka dalam Milenium diadili berlawanan dengannya. Seorang Antinomian pelik berkata kepadaku bahawa Paulus menurut hukum itu sehingga dia menjadi mualaf dan dengan itu sebagai jawapan kepada pernyataan Yakobus dan pengadilan dalam Kisah, Paulus bukan mualaf. Justeru Kristus muncul kepada Paulus dan dia dibaptis dan diutus kepada bangsa lain dan menulis surat-surat ini namun dia masih belum menjadi mualaf ketika dia pergi ke Yerusalem. Orang malang itu tidak sedar bahawa banyak pekerjaan Paulus dengan bangsa lain justeru merupakan aktiviti-aktiviti bukan mualaf mengikut definisi sebegitu. Golongan Antinomian tidak memiliki Roh Kudus dan tiada pengertian logik. Mereka terpisah daripada hukum dan Roh Kudus dan diadili berlawanan dengan hukum.

 

Mereka yang berdosa tanpa Hukum ialah mereka yang tidak memiliki badan umum Hukum. Dosa wujud sebelum Sinai, namun tanpa Hukum dosa mati (Rom. 7:8). Paulus membayangkan kejahilan/ketidaktahuan memberi kebebasan daripada pernyataan bahawa dia dahulunya hidup tanpa Hukum namun perintah itu datang, dosa mulai hidup, dan dia mati (Rom. 7:9). Jelas sekali, seluruh badan Hukum berkuatkuasa ketika dia menulis teks ini. Sesungguhnya tiada yang telah dihapuskan pada waktu ini. Perjanjian Baru belum lagi mengambil alih daripada Perjanjian Lama ketika kebanyakan Perjanjian Baru ditulis.

 

Perbezaan ini menjadi lebih jelas lagi daripada perbandingan berikut daripada naskah Perbezaan dalam Hukum (No. 096) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p096.html.

 

 

Hukum Sepuluh

Hukum Korban atau Upacara

1. Diberi Tuhan melalui Malaiikat di Sinai (Kel. 20: 1,22; Ulang. 4:12,13; 5:22);

1. YHVH berfirman; ditulis oleh Musa (Kel. 24:3,4,12); diberi sebagai tambahan kpd Perintah-perintah (Kel. 24:12);

2. Ditulis oleh Yahovah (Kel. 31:18; 32:16);

2. Ditulis oleh Musa (Kel. 24:4; Ulang. 31:9);

3. Atas batu (Kel. 24:12; 31:18);

3. Dalam sebuah kitab (Kel. 24:4,7; Ulang. 31:24);

4. Diserahkan oleh Yahovah kpd Musa (Kel. 31:18)

4. Diserahkan oleh Musa kpd orang Lewi (Ulang. 31:25,26);

5. Dimasukkan Musa ke dalam Tabut (Ulang. 10:5);

5. Diletakkan orang Lewi di samping tabut (Ulang 31:26) di mana ia menjadi saksi terhadap Israel

.

Hukum Sepuluh

Hukum Korban atau Upacara

6. Berkenaan ajaran moral (Kel. 20:3-17);

6. Berkenaan hal ritual berupacara (daripada penggunaannya dalam Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan);

7. Menyatakan dosa (Rom. 7:7);

7. Menentukan persembahan untuk dosa (lihat Imamat);

8. Menunjukkan pelanggaran hukum ialah dosa (1Yoh. 3:4) dan upah dosa ialah maut (Rom. 6:23).

8. Tiada dosa jika melanggarnya sebab dibatalkan (Efe. 2:15); justeru tiada hukum maka tiada pelanggaran (Rom. 4:15).

9. Kita harus menuruti seluruh hukum (Yak. 2:10);

we must not break the least of the Law (Mat. 5:19)

9. Para Rasul tidak memberi apa-apa pesan (ajaran atau perintah; diesteilametha) untuk menurutnya (Kisah 15:24);

10. Sebab kita akan dihakimi dgn hukum ini (Yak. 2:12);

10. Kita harus tidak dihakimi dalam penurutannya (Kol. 2:16);

11. Umat Kristian yang menurut hukum ini berbahagia dalam perbuatannya (Yak. 1:25);

11. Kita tidak dibenarkan oleh hukum tetapi oleh iman (Gal. 5:1-6);

12. Ia hukum sempurna yang memerdekakan Yaks. 1:25; lihat. Yak. 2:12) sebab hukum ini sempurna (Maz. 19:7);

12. Kemerdekaan datang daripada iman bukan pembenaran oleh hukum (Gal. 5:1,3).

13. Hukum ini diteguhkan oleh iman dalam Kristus

(Rom. 3:31); ia tidak ditiadakan (Mat. 5:17);

13. Kristus membatalkan divisi hukum ini (Efe. 2:15); hutang (Kol. 2:14); dan strukturnya (Gal. 3:19).

14. Kristus membesarkan dan memuliakannya (Yes. 42:21);

14. Kristus menghapuskan surat hutang yg ml ketentuan hukum mendakwa dan mengancam kita (Kol. 2:14).

15. Kita tahu bahwa hukum adalah rohani (Rom. 7:14 lihat ayat 7).

15. Hukum ini berdasarkan peraturan manusia (Ibr. 7:16). Tuhan membiarkan Israel diberikan hukum-hukum yang dengannya mereka tidak dapat hidup disebabkan kenajisan mereka (Yeh. 20:25). Hukum ini tidak menyempurnakan apa-apa.

 

 

Struktur hukum korban bersifat daging dan simbol-simbol jasmaniah itu harus diulangi setiap tahun sehingga Kristus melunaskannya sekali untuk selama-lamanya bagi segala dosa kita.

 

Jalannya hanya boleh dibuka dengan kemusnahan Bait pada 70 CE, dan penyerakan Yehuda.

 

Inilah erti lebih penuh Tanda Yunus dan nubuatan “tujuh puluh minggu tahun” dalam Daniel 9:25 (lihat naskah Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 13)) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p013.html berkenaan penghentian Perjanjian Lama dan permulaan Perjanjian Baru.

 

Justeru Perjanjian Baru adalah berkenaan hukum korban, yang hanya boleh dilenyapkan dengan Bait.

 

Perjanjian Baru merupakan penghapusan ketetapan-ketetapan korban, bukan penghapusan Hukum.

 

Petrus berkata mengenai golongan Antinomian ini, orang-orang ingkar ini, dalam 2 Petrus 3:14-17:

[14] Sebab itu, saudara-saudaraku yang kekasih, sambil menantikan semuanya ini, kamu harus berusaha, supaya kamu kedapatan tak bercacat dan tak bernoda di hadapan-Nya, dalam perdamaian dengan Dia. [15] Anggaplah kesabaran Tuhan kita sebagai kesempatan bagimu untuk beroleh selamat, seperti juga Paulus, saudara kita yang kekasih, telah menulis kepadamu menurut hikmat yang dikaruniakan kepadanya. [16] Hal itu dibuatnya dalam semua suratnya, apabila ia berbicara tentang perkara-perkara ini. Dalam surat-suratnya itu ada hal-hal yang sukar difahami, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbalikkannya menjadi kebinasaan mereka sendiri, sama seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain. [17] Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang kekasih, kamu telah mengetahui hal ini sebelumnya. Karena itu waspadalah, supaya kamu jangan terseret ke dalam kesesatan orang-orang yang tak mengenal hukum, dan jangan kehilangan peganganmu yang teguh. [18] Tetapi bertumbuhlah dalam kasih karunia dan dalam pengenalan akan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan sampai selama-lamanya.

 

“Kehilangan peganganmu yang teguh” yang Petrus sebutkan ini ialah kehilangan pengertian iman ini malah apa yang kamu miliki akan dirampas daripadamu.

 

Itulah apa yang kamu telah lihat terjadi di kalangan jiwa-jiwa malang dalam Kekristianan Trinitarian. Atas sebab inilah para sarjana Trinitarian harus menuntut bahawa Petrus tidak menulis 2 Petrus dan bahawa ini merupakan tulisan terkemudian orang lain dalam jemaat. Ini dibuat supaya bidaah Antinomian itu boleh dipertahankan terhadap apa yang ditulis oleh Petrus kerana umat Roman Katolik khususnya dihancurkan doktrin mereka oleh teks ini.

 

Serangan Antinomian ke atas Pembaptisan dan Perjamuan Tuhan

Matius 3:13-17 [13] Maka datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibaptis olehnya. [14] Tetapi Yohanes mencegah Dia, katanya: "Akulah yang perlu dibaptis oleh-Mu, dan Engkau yang datang kepadaku?" [15] Lalu Yesus menjawab, kata-Nya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah." Dan Yohanespun menuruti-Nya. [16] Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya, [17] lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan." (ESV)

 

Perhatikan perbezaan di antara teks-teks yang mana KJV mempunyai teks tambahan mengenai pembaptisan Kristus dan dua lagi. Ini nampaknya merujuk kepada fakta-fakta penganiayaan dan bukan pembaptisan yang sebenarnya.

Matius 20:18-23 [18] "Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan Anak Manusia akan diserahkan kepada imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhi Dia hukuman mati. [19] Dan mereka akan menyerahkan Dia kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, supaya Ia diolok-olokkan, disesah dan disalibkan, dan pada hari ketiga Ia akan dibangkitkan." [20] Maka datanglah ibu anak-anak Zebedeus serta anak-anaknya itu kepada Yesus, lalu sujud di hadapan-Nya untuk meminta sesuatu kepada-Nya. [21] Kata Yesus: "Apa yang kaukehendaki?" Jawabnya: "Berilah perintah, supaya kedua anakku ini boleh duduk kelak di dalam Kerajaan-Mu, yang seorang di sebelah kanan-Mu dan yang seorang lagi di sebelah kiri-Mu." [22] Tetapi Yesus menjawab, kata-Nya: "Kamu tidak tahu, apa yang kamu minta. Dapatkah kamu meminum cawan, yang harus Kuminum?" Kata mereka kepada-Nya: "Kami dapat." [23] Yesus berkata kepada mereka: "Cawan-Ku memang akan kamu minum, tetapi hal duduk di sebelah kanan-Ku atau di sebelah kiri-Ku, Aku tidak berhak memberikannya. Itu akan diberikan kepada orang-orang bagi siapa Bapa-Ku telah menyediakannya." (RSV)

 

Matius 20:18-23 [18] "Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan Anak Manusia akan diserahkan kepada imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhi Dia hukuman mati. [19] Dan mereka akan menyerahkan Dia kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, supaya Ia diolok-olokkan, disesah dan disalibkan, dan pada hari ketiga Ia akan dibangkitkan." [20] Maka datanglah ibu anak-anak Zebedeus serta anak-anaknya itu kepada Yesus, lalu sujud di hadapan-Nya untuk meminta sesuatu kepada-Nya. [21] Kata Yesus: "Apa yang kaukehendaki?" Jawabnya: "Berilah perintah, supaya kedua anakku ini boleh duduk kelak di dalam Kerajaan-Mu, yang seorang di sebelah kanan-Mu dan yang seorang lagi di sebelah kiri-Mu." [22] Tetapi Yesus menjawab, kata-Nya: "Kamu tidak tahu, apa yang kamu minta. Dapatkah kamu meminum cawan, yang harus Kuminum?" Kata mereka kepada-Nya: "Kami dapat." [23] Yesus berkata kepada mereka: "Cawan-Ku memang akan kamu minum, dan dibaptiskan dengan pembaptisan dengan apa aku dibaptiskan: tetapi hal duduk di sebelah kanan-Ku atau di sebelah kiri-Ku, Aku tidak berhak memberikannya. Itu akan diberikan kepada orang-orang bagi siapa Bapa-Ku telah menyediakannya." [24] Mendengar itu marahlah kesepuluh murid yang lain kepada kedua saudara itu. (KJV)

Lihat juga Markus 10:37-39.

 

Teks-teks Kisah Rasul sering dikutip oleh orang Antinomian untuk menegaskan bahawa pembaptisan tidak diperlukan dengan mengabaikan Kisah 2 dan hanya mengutip sebahagian Kisah 16. Ini penipuan disengajakan oleh anak-anak Iblis ini.

Kisah 2:37-40 [37] Ketika mereka mendengar hal itu hati mereka sangat terharu, lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain: "Apakah yang harus kami perbuat, saudara-saudara?" [38] Jawab Petrus kepada mereka: "Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu, maka kamu akan menerima karunia Roh Kudus. [39] Sebab bagi kamulah janji itu dan bagi anak-anakmu dan bagi orang yang masih jauh, yaitu sebanyak yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita." [40] Dan dengan banyak perkataan lain lagi ia memberi suatu kesaksian yang sungguh-sungguh dan ia mengecam dan menasihati mereka, katanya: "Berilah dirimu diselamatkan dari angkatan yang jahat ini."

 

Kisah 16:29-34 [29] Kepala penjara itu menyuruh membawa suluh, lalu berlari masuk dan dengan gemetar tersungkurlah ia di depan Paulus dan Silas. [30] Ia mengantar mereka ke luar, sambil berkata: "Tuan-tuan, apakah yang harus aku perbuat, supaya aku selamat?" [31] Jawab mereka: "Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu." [32] Lalu mereka memberitakan firman Tuhan kepadanya dan kepada semua orang yang ada di rumahnya. [33] Pada jam itu juga kepala penjara itu membawa mereka dan membasuh bilur mereka. Seketika itu juga ia dan keluarganya memberi diri dibaptis. [34] Lalu ia membawa mereka ke rumahnya dan menghidangkan makanan kepada mereka. Dan ia sangat bergembira, bahwa ia dan seisi rumahnya telah menjadi percaya kepada Allah.

 

Perhatikan bahawa anak-anak Belial ini sengaja mengabaikan ayat 33 mengenai pembaptisannya selepas itu dan ayat 34 yang menyatakan bahawa dia telah berubah menjadi percaya kepada Tuhan. Semoga Tuhan mengutuki mereka.

 

Demikian juga Paulus menyatakan kembali keperluan pembaptisan.

Roma 6:1-5 [1] Jika demikian, apakah yang hendak kita katakan? Bolehkah kita bertekun dalam dosa, supaya semakin bertambah kasih karunia itu? [2] Sekali-kali tidak! Bukankah kita telah mati bagi dosa, bagaimanakah kita masih dapat hidup di dalamnya? [3] Atau tidak tahukah kamu, bahwa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? [4] Dengan demikian kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru. [5] Sebab jika kita telah menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematian-Nya, kita juga akan menjadi satu dengan apa yang sama dengan kebangkitan-Nya. (RSV)

 

Efesus 4:1-5 [1] Sebab itu aku menasihatkan kamu, aku, orang yang dipenjarakan karena Tuhan, supaya hidupmu sebagai orang-orang yang telah dipanggil berpadanan dengan panggilan itu. [2] Hendaklah kamu selalu rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dalam hal saling membantu. [3] Dan berusahalah memelihara kesatuan Roh oleh ikatan damai sejahtera: [4] satu tubuh, dan satu Roh, sebagaimana kamu telah dipanggil kepada satu pengharapan yang terkandung dalam panggilanmu, [5] satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, [6] satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.  (RSV)

 

Justeru ada Satu Tuhan, Satu Iman, Satu Baptisan dan satu Allah dan Bapa kita semua.

Kolose 2:12-14 [12] karena dengan Dia kamu dikuburkan dalam baptisan, dan di dalam Dia kamu turut dibangkitkan juga oleh kepercayaanmu kepada kerja kuasa Allah, yang telah membangkitkan Dia dari orang mati. [13] Kamu juga, meskipun dahulu mati oleh pelanggaranmu dan oleh karena tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Allah bersama-sama dengan Dia, sesudah Ia mengampuni segala pelanggaran kita, [14] dengan menghapuskan surat hutang, yang oleh ketentuan-ketentuan hukum mendakwa dan mengancam kita. Dan itu ditiadakan-Nya dengan memakukannya pada kayu salib:

 

Justeru apa yang dipakukan kepada stauros atau pancang ialah Surat Hutang di bawah hukum, yang dicapai melalui pembaptisan kita.

 

Sekali lagi dalam Ibrani kita lihat Ibrani mengharuskan pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan orang mati dan hukuman kekal.

Ibrani 6:1-3 [1] Sebab itu marilah kita tinggalkan asas-asas pertama dari ajaran tentang Kristus dan beralih kepada perkembangannya yang penuh. Janganlah kita meletakkan lagi dasar pertobatan dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, dan dasar kepercayaan kepada Allah, [2] yaitu ajaran tentang pelbagai pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan orang-orang mati dan hukuman kekal. [3] Dan itulah yang akan kita perbuat, jika Allah mengizinkannya. (KJV)

 

Begitu juga Petrus berkata bahawa pembaptisan merupakan permohonan kepada Tuhan untuk Hati Nurani yang jelas melalui Kebangkitan Yesus Kristus. Jika kamu tidak dibaptiskan kamu tidak diselamatkan. Begitu juga baptisannya semestinya baptisan jemaat Tuhan malah Apolos dan orang-orang bersamanya harus dibaptis kembali kerana baptisan mereka ialah baptisan Yohanes.

 

1 Petrus 3:20-21 [20] yaitu kepada roh-roh mereka yang dahulu pada waktu Nuh tidak taat kepada Allah, ketika Allah tetap menanti dengan sabar waktu Nuh sedang mempersiapkan bahteranya, di mana hanya sedikit, yaitu delapan orang, yang diselamatkan oleh air bah itu. [21] Juga kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, yaitu baptisan--maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah--oleh kebangkitan Yesus Kristus,

 

Kisah 19:1-5 [1] Ketika Apolos masih di Korintus, Paulus sudah menjelajah daerah-daerah pedalaman dan tiba di Efesus. Di situ didapatinya beberapa orang murid. [2] Katanya kepada mereka: "Sudahkah kamu menerima Roh Kudus, ketika kamu menjadi percaya?" Akan tetapi mereka menjawab dia: "Belum, bahkan kami belum pernah mendengar, bahwa ada Roh Kudus." [3] Lalu kata Paulus kepada mereka: "Kalau begitu dengan baptisan manakah kamu telah dibaptis?" Jawab mereka: "Dengan baptisan Yohanes." [4] Kata Paulus: "Baptisan Yohanes adalah pembaptisan orang yang telah bertobat, dan ia berkata kepada orang banyak, bahwa mereka harus percaya kepada Dia yang datang kemudian dari padanya, yaitu Yesus." [5] Ketika mereka mendengar hal itu, mereka memberi diri mereka dibaptis dalam nama Tuhan Yesus.

 

Komen-komen Kristus penting sekali berhubungan dengan sakramen-sakramen ini. Dia berkata:

Yohanes 6:44-69 [44] Tidak ada seorangpun yang dapat datang kepada-Ku, jikalau ia tidak ditarik oleh Bapa yang mengutus Aku, dan ia akan Kubangkitkan pada akhir zaman. [45] Ada tertulis dalam kitab nabi-nabi: Dan mereka semua akan diajar oleh Allah. Dan setiap orang, yang telah mendengar dan menerima pengajaran dari Bapa, datang kepada-Ku. [46] Hal itu tidak berarti, bahwa ada orang yang telah melihat Bapa. Hanya Dia yang datang dari Allah, Dialah yang telah melihat Bapa. [47] Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya, ia mempunyai hidup yang kekal. [48] Akulah roti hidup. [49] Nenek moyangmu telah makan manna di padang gurun dan mereka telah mati. [50] Inilah roti yang turun dari sorga: Barangsiapa makan dari padanya, ia tidak akan mati. [51] Akulah roti hidup yang telah turun dari sorga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup selama-lamanya, dan roti yang Kuberikan itu ialah daging-Ku, yang akan Kuberikan untuk hidup dunia." [52] Orang-orang Yahudi bertengkar antara sesama mereka dan berkata: "Bagaimana Ia ini dapat memberikan daging-Nya kepada kita untuk dimakan." [53] Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. [54] Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. [55] Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman. [56] Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia. [57] Sama seperti Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup oleh Bapa, demikian juga barangsiapa yang memakan Aku, akan hidup oleh Aku. [58] Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya." [59] Semuanya ini dikatakan Yesus di Kapernaum ketika Ia mengajar di rumah ibadat. [60] Sesudah mendengar semuanya itu banyak dari murid-murid Yesus yang berkata: "Perkataan ini keras, siapakah yang sanggup mendengarkannya?" [61] Yesus yang di dalam hati-Nya tahu, bahwa murid-murid-Nya bersungut-sungut tentang hal itu, berkata kepada mereka: "Adakah perkataan itu menggoncangkan imanmu? [62] Dan bagaimanakah, jikalau kamu melihat Anak Manusia naik ke tempat di mana Ia sebelumnya berada? [63] Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna. Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup. [64] Tetapi di antaramu ada yang tidak percaya." Sebab Yesus tahu dari semula, siapa yang tidak percaya dan siapa yang akan menyerahkan Dia. [65] Lalu Ia berkata: "Sebab itu telah Kukatakan kepadamu: Tidak ada seorangpun dapat datang kepada-Ku, kalau Bapa tidak mengaruniakannya kepadanya." [66] Mulai dari waktu itu banyak murid-murid-Nya mengundurkan diri dan tidak lagi mengikut Dia. [67] Maka kata Yesus kepada kedua belas murid-Nya: "Apakah kamu tidak mau pergi juga?" [68] Jawab Simon Petrus kepada-Nya: "Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Perkataan-Mu adalah perkataan hidup yang kekal; [69] dan kami telah percaya dan tahu, bahwa Engkau adalah Yang Kudus dari Allah."

 

Kristus berkata melainkan kamu makan dagingku dan minum darahku kamu tiada bahagian dalam aku. Ini merupakan penetapan Perjamuan Tuhan pada 14 Abib dan diberikan kepada Para Rasul. Ini diasaskan di Sinai. Namun Kristus sendiri perlu dibaptiskan dan selepas itu Roh Kudus turun padanya. Ini dilakukan untuk menetapkan ketetapan itu dalam urutan (lihat Mat. 3:13-17).

 

Penerimaan Roh Kudus

Roh Kudus tidak datang dengan baptisan saja tetapi dianugerahkan dengan penumpangan tangan.

Kisah 8:12-17 [12] Tetapi sekarang mereka percaya kepada Filipus yang memberitakan Injil tentang Kerajaan Allah dan tentang nama Yesus Kristus, dan mereka memberi diri mereka dibaptis, baik laki-laki maupun perempuan. [13] Simon sendiri juga menjadi percaya, dan sesudah dibaptis, ia senantiasa bersama-sama dengan Filipus, dan takjub ketika ia melihat tanda-tanda dan mujizat-mujizat besar yang terjadi. [14] Ketika rasul-rasul di Yerusalem mendengar, bahwa tanah Samaria telah menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke situ. [15] Setibanya di situ kedua rasul itu berdoa, supaya orang-orang Samaria itu beroleh Roh Kudus. [16] Sebab Roh Kudus belum turun di atas seorangpun di antara mereka, karena mereka hanya dibaptis dalam nama Tuhan Yesus. [17] Kemudian keduanya menumpangkan tangan di atas mereka, lalu mereka menerima Roh Kudus. (RSV)

 

Simon Majus dibaptiskan tetapi penumpangan tangan tidak diberikan dan disimpan untuk para rasul dalam sekurang-kurangnya satu kejadian sebagaimana kita tahu daripada sini sebab ini sebenarnya membabitkan Simon Majus dan kawasan dipenuhi Gnostik dalam Samaria. Simon cuba membeli Roh Kudus dan ini ditolak buatnya. Justeru ini bukan sekadar memanggil nama Kristus saja kalau tidak Simon majus tentu telah mewarisi Roh Kudus dan hidup kekal dalam Kebangkitan Pertama yang kita tahu dia tidak dapat dan ditolak buatnya. Dengan itu penumpangan tangan adalah dengan pengesahan Jemaat Tuhan dan kita lihat bahawa Filipus melaksanakan keseluruhan pembaptisan dan penumpangan tangan dengan orang Etiopia itu tetapi dalam kejadian ini dia tidak diizinkan berbuat demikian oleh jemaat dan para penatuanya sebab Roh Kudus harus tidak diberikan kepada sekurang-kurangnya seorang daripada orang Gnostik ini dan mungkin lebih banyak lagi.

 

Orang-orang Antinomian ini mesti percaya mereka lebih benar daripada Rasul-rasul kerana mereka tidak percaya mereka memerlukan pembaptisan dan penumpangan tangan.

 

Pembaptisan ialah prasyarat perlu bagi penerimaan Roh Kudus. Baptisan ini menggantikan baptisan Yohanes.

Kisah 19:1-7 [1] Ketika Apolos masih di Korintus, Paulus sudah menjelajah daerah-daerah pedalaman dan tiba di Efesus. Di situ didapatinya beberapa orang murid. [2] Katanya kepada mereka: "Sudahkah kamu menerima Roh Kudus, ketika kamu menjadi percaya?" Akan tetapi mereka menjawab dia: "Belum, bahkan kami belum pernah mendengar, bahwa ada Roh Kudus." [3] Lalu kata Paulus kepada mereka: "Kalau begitu dengan baptisan manakah kamu telah dibaptis?" Jawab mereka: "Dengan baptisan Yohanes." [4] Kata Paulus: "Baptisan Yohanes adalah pembaptisan orang yang telah bertobat, dan ia berkata kepada orang banyak, bahwa mereka harus percaya kepada Dia yang datang kemudian dari padanya, yaitu Yesus." [5] Ketika mereka mendengar hal itu, mereka memberi diri mereka dibaptis dalam nama Tuhan Yesus. [6] Dan ketika Paulus menumpangkan tangan di atas mereka, turunlah Roh Kudus ke atas mereka, dan mulailah mereka berkata-kata dalam bahasa roh dan bernubuat. [7] Jumlah mereka adalah kira-kira dua belas orang. (RSV)

 

Petrus juga mengerti baptisan merupakan satu ketetapan Jemaat Tuhan (lihat Kisah 2:37-40).

 

Tuhan menentukan bila dan di mana umat pilihan harus dipilih dan dipanggil dan apa tugas-tugas mereka nanti. Mereka yang memanggil atas Kristus dan tidak menurut perintah-perintah Tuhan bukanlah umat pilihan dan tidak mewarisi Kebangkitan Pertama dan Hidup Kekal pada waktu itu. Mereka terus kepada Kebangkitan Kedua.

 

Tidak ragu lagi bahawa kita harus memelihara hukum dan tiada perpisahan antara Hukum dan Kasih Karunia. Kita dibaptiskan ke dalam Kristus dan dengan baptisan itu ke dalam kematiannya dan Kebangkitan untuk hidup kekal.

Roma 6:1-5 [1] Jika demikian, apakah yang hendak kita katakan? Bolehkah kita bertekun dalam dosa, supaya semakin bertambah kasih karunia itu? [2] Sekali-kali tidak! Bukankah kita telah mati bagi dosa, bagaimanakah kita masih dapat hidup di dalamnya? [3] Atau tidak tahukah kamu, bahwa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? [4] Dengan demikian kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru. [5] Sebab jika kita telah menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematian-Nya, kita juga akan menjadi satu dengan apa yang sama dengan kebangkitan-Nya. (RSV)

 

Kita sudah lihat ramai anggota Jemaat-jemaat Tuhan meninggalkan iman ini dan menolak keperluan baptisan mereka dan menyatakan baptisan tidak perlu. Dengan itu baptisan mereka dibatalkan dan mereka ditanda dan terserah kepada Kebangkitan Kedua sebagaimana setiap orang yang dibaptiskan dalam Jemaat-jemaat Tuhan dan kemudiannya menjadi orang Trinitarian Antinomian. Masalah ini juga sampai kepada orang Binitarian Antinomian dalam jemaat-jemaat Tuhan.

 

Ingat bahawa ramai orang seperti itu masuk ke dalam jemaat dan cuba membinasakan iman umat pilihan dan merosakkan disiplin jemaat. Biarlah kiranya tiada orang sebegitu ditemui di kalangan kita dan jangan biarkan orang seperti itu menimbulkan masalah dalam iman ini. Mereka harus dilaporkan kepada jabatan kependetaan serta-merta. Jangan bersabar dengan orang Antinomian ini dan mereka yang menaburi perpecahan di kalangan kita. Antinomianisme ini meresapi jemaat-jemaat Tuhan khususnya dari cabang-cabang AS kedua-dua Sardis dan Laodikia. Setiap pegawai dan anggota CCG harus berwaspada terhadap orang-orang ini yang masuk dari cabang-cabang berpangkalan di AS. Kami baru-baru saja mengalami orang dari jemaat-jemaat ini yang cuba mempengaruhi pegawai-pegawai kami ke dalam Antinomianisme Binitarian dan mengajar doktrin-doktrin “Engkau hanya perlukan kasih” Antinomian dan kami sedang menyaksikannya muncul dari jemaat-jemaat Tuhan yang utama yang berpangkalan di AS. Semua orang yang mereka hilang kepada jemaat-jemaat rumah di AS dicemari dengannya dan ini sedang tersebar ke seluruh masyarakat penutur Inggeris dengan cepat sekali dan kami melihatnya dalam orang-orang yang cuba datang kepada kami dari pertubuhan-pertubuhan ini di Amerika Latin dan Eropah. Bagaimanapun, untung sekali Afrika tidak begitu tercemar dengan bidaah ini. Bertekunlah dalam menemukan dan menolak pembidaah-pembidaah ini. Komanwel British sedang menyusuli AS menuruni luncur dengan doktrin-doktrin Iblis yang sama, hanya tidak secepatnya.

 

Kita sekarang dapat lihat bahawa doktrin itu telah memasuki jemaat dalam zaman akhir dengan kuat sekali dan telah menembusi Jemaat-jemaat Tuhan dan sedang menipu badan terbaptis Kristus dan menjangkau ke dalam badan Kristus dan memperdaya jika boleh umat pilihan sekalipun. Mereka menyerang kita kerana mereka tidak dapat menipu kita. Peganglah dengan kuat iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus. Jauhi bidak-bidak Iblis ini.

 

Berdoalah untuk pemberkatan berterusan Tuhan pada jemaat dan supaya kita dapat teruskan dalam pertumbuhan dan kuasa Roh Kudus.

 

Berdoalah untuk pertaubatan orang-orang penutur Inggeris sebab Antinomianisme di kalangan mereka daripada pengikut Binitarian/Trinitarian mungkin sekali membuatkan mereka terbuang menjadi tawanan dalam masa terdekat bermula dengan AS, sebab di situlah Kemurtadan Antinomianisme dan etika-etika relatif keingkarannya paling kukuh. AS nampaknya sedia membaham dirinya dari dalam dan Komanwel tidak begitu jauh di belakangnya. Bagaimanapun, di AS, Antinomianisme nyata sekali paling berakar-umbi, dan keingkaran serta sikap tidak hormat terhadap orang lain paling kuat.

 

 

q