Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[166]

 

 

 

Pendapat Yang Salah Terhadap Kebangkitan Ketiga

(Edisi 1.0 19960609-19990809)

 

Kebangkitan dari kematian adalah harapan masa depan bagi orang-orang Kristian yang tidak percaya kepada ajaran jiwa kekal yang diadopsikan oleh Jemaat Roma dari filsafat kafir berabad-abad selepas zaman Yesus and rasul-rasul.  Walau bagaimanapun, terdapat perselisihan tentang bilangan dan sifat kebangkitan-kebangkitan ini, dengan siapa yang mengambil bahagian dan bagaimana serta apa hasil akhirnya  Karya ini memperkenalkan ajaran mengenai dua kebangkitan untuk manusia. Yang pertama ialah bagi mereka yang dipanggil and dipilih sebelum kejadian ini, diikuti serta merta oleh firdaus Milenium, dan kebangkitan kedua pada penghujung seribu tahun.  Pemerhatian yang teliti akan dibuat kepada ajaran Herbert Armstrong mengenai kebangkitan yang ketiga.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pendapat Yang Salah Terhadap Kebangkitan Ketiga



Pendahuluan

Karya yang bertajuk Kebangkitan Kepada Orang yang Sudah Mati (No. 143) subjek Nephilim dan bangsa sebelum Adam telah dibincangkan.  Ia kelihatan bahawa kebangkitan tidak diberikan kepada makhluk (Yes. 26:13-14).  Oleh itu, terdapat perbezaan didalam penggunaan ajaran tentang Kebangkitan.  Penggunaan ajaran kebangkitan telah dimanipulasikan untuk tujuan mengawal kumpulan-kumpulan Sosio-ekonomik.  Kawalan terhadap manusia dalam kehidupan ini seringkali dicapai oleh jangkaan-jangkaan mereka mengenai perkara-perkara selepas kehidupan ini.  Proses pengawalan yang paling teruk pernah dilaksanakan dikalangan Kekristianan atau pseudo-Kekristianan adalah melalui pelaksanaan ajaran Jiwa yang diperkenalkan melalui pemujaan misteri dan Gnosticisme kepada Jemaat Katolik, yang kemudiannya menyebabkan pembangunan ajaran-ajaran Keadaan yang Mati yang meliputi ajaran-ajaran Syurga dan Neraka dan juga keadaan pengantara mengenai tempat-tempat orang buangan dan tempat penyucian.  Ajaran-ajaran ini berasaskan kepada pandangan Kekekalan Jiwa, yang mana kedua-duanya Yunani dan orang-orang Babilon melalui misteri pemujaan-pemujaan.  Pandangan-pandangan ini telah diteliti didalam karya   Jiwa (No. 92).  Tiada di antara ajaran-ajaran ini yang merupakan pusat kepada Kekristianan dan kita tahu dari kerja-kerja abad yang kedua bahawa mereka telah diperkembangkan  dari Gnosticisme dan menjadi pseudo-Kekristianan.  Ajaran pengenai tempat penyucian timbul dari kepercayaan Jemaat Barat bahawa dosa-dosa yang dilakukan selepas pembaptisan mesti dibayar dengan penderitaan.  Pandangan asas ini membentuk asas disiplin pertobatan Jemaat.  Pandangan ini telah diperkembangkan oleh Gregory I, yang telah membentukan Empayar Roma Suci dari 590 AD.  Gregory  I memikir:

bahawa korban orang-orang banyak berguna untuk menebuskan dosa-dosa mereka yang mati dan juga yang hidup, dan oleh itu, memendekkan zaman penderitaan selepas kematian untuk menjamin kebebasan daripadanya, dan inilah ajaran Jemaat Barat.  (Jemaat-jemaat Yunani dan Timur tidak mempunyai ajaran seperi ini) (lihat Moore History of Religions, T & T Clark, Vol. 2. ms. 230-231).

 

Pandangan individu ini dan keadaannya selepas kematian telah digunakan untuk mengawal orang ramai dan untuk pengambilan dana dalam proses tersebut.  Pandangan tersebut tidak terdapat didalam Jemaat-jemaat Allah  sehingga abad yang kedua puluh apabila ajaran khas yang jahat telah diperkenalkan untuk mengawal ahli-ahli satu daripada Jemaat-jemaat Allah.  Ajaran tersebut adalah ajaran mengenai Kebangkitan Ketiga.  Ia telah diperkenalkan melalui Radio Jemaat Allah yang kemudiannya menjadi Jemaat Allah Seluruh Dunia oleh Herbert W Amstrong.  Dia berfikir bahawa mereka yang telah dibaptiskan, telah masuk Jemaat dan kemudiannya meninggalkan, telah dikirimkan kepada kebangkitan ketiga.  Kebangkitan ini bukanlah pengadilan; ia adalah hanya pengutukan dan bahawa semua orang yang telah dibaptis dan kemudian meninggalkan jemaat telah memfitnahkan Roh Suci dan dengan ini, mereka akan dibangkitkan supaya mereka boleh dibuang kedalam laut neraka.  Mereka kemudiannya menderita kutukan untuk selama-lamanya.  Kutukan luar biasa yang menentang sifat Allah ini telah diajar oleh penginjilan jemaat tersebut untuk mengawal tindak-tanduk ahli-ahli, yang mana mereka sudah tentu dapat mengawal dengan memanipulasi jemaah melalui ketakutan dan pembiasaan tabiat yang sekarang kita panggil sebagai indoktrinasi.

 

Meskipun dalam kenyataan bahawa kebangkitan yang mati telah difahami oleh jemaat tersebut, kebolehan untuk menentukan ajaran tersebut dalam jemaat adalah satu keupayaan yang menakjubkan.  Pandangan tersebut telah dicapai dengan manipulasi Alkitab menentang maksud firman yang ringkas dan jelas.  Sebelum kita meneliti proses bagaimana ia dicapai, adalah penting bagi kita untuk meninjau kembali ajaran dari karya yang bertajuk Jiwa (No. 92).

 

Kebangkitan Kepada yang Telah Mati

Kebangkitan-kebangkitan telah dibincangkan dari Yesaya 26:13-14 dan diikuti oleh jangka waktu yang digarisbesarkan.

 

Yesaya 26:15-18  Ya TUHAN, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah-tambah, ya, membuat bertambah-tambah umat kemuliaan-Mu; Engkau telah sangat memperluas negerinya.  16 Ya TUHAN, dalam kesesakan mereka mencari Engkau; ketika hajaran-Mu menimpa mereka, mereka mengeluh dalam doa.  17 Seperti perempuan yang mengandung yang sudah dekat waktunya untuk melahirkan, menggeliat sakit, mengerang karena sakit beranak, demikianlah tadinya keadaan kami di hadapan-Mu, ya TUHAN:  18 Kami mengandung, kami menggeliat sakit, tetapi seakan-akan kami melahirkan angin: kami tidak dapat mengadakan keselamatan di bumi, dan tiada lahir penduduk dunia.

 

Bangsa Israel disini telah ditambahkan.  Ini lah bangsa masa depan Matius 21:43.  Bangsa ini adalah perempuan yang telah melalui kesengsaraan seperti dalam melahirkan anak dalam Wahyu 12:17 dimana benih perempuan tersebut adalah kedua-dua Yahudi dan Kafir dan semua Israel.  Walau bagaimanapun, mereka tidak membawa apa-apa pembebasan.  Mereka tidak meyakinkan orang-orang Kafir untuk menerima hukum, dan mereka tidak menyelamatkan dunia.  Naga tersebut telah mencuba untuk memusnahkan mereka dengan banjir dari mulutnya tetapi juga gagal.

 

Aspek penting disini ialah bahawa Yesaya berkata bahawa umat pilihan gagal membawa pembebasan kepada dunia, atau untuk membawa bumi kepada pertobatan, atau untuk memusnahkan sistem-sistemnya.  Urutan ini terjadi sebelum zaman akhir seperti dalam ayat seterusnya (Yes. 26:19 dan ayat-ayat seterusnya) dan terus membincangkan kebangkitan. 

 

Yesaya 26:19-21 Ya, TUHAN, orang-orang-Mu yang mati akan hidup pula, mayat-mayat mereka akan bangkit pula. Hai orang-orang yang sudah dikubur di dalam tanah bangkitlah dan bersorak-sorai! Sebab embun TUHAN ialah embun terang, dan bumi akan melahirkan arwah kembali.  20 Mari bangsaku, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu.  21 Sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempat-Nya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.

 

Kita meneliti dari golongan Rephaim (atau Nephilim) tidak mempunyai kebangkitan dan pada ayat 19, kita bercakap tentang kebangkitan.  Jadi, ia membuat satu perbezaan antara golongan Rephaim dan keturunan mereka dalam ciptaan Allah.  Zaman nubuatan tersebut berada dalam istilah yang dipanggil zaman orang-orang Kafir dan menjangkau zaman sejarah yang besar.  Penghujung zaman ini menangani beberapa konsep.  Kebangkitan yang telah mati akan dikumpulkan.  Yeremia merujukkan kepada yang telah mati pada penghujung zaman sistem-sistem dunia sebagai orang-orang Allah yang mati dan dia juga bersama-sama dengan mereka didalam kebangkitan tersebut.  Oleh itu, nabi-nabi adalah dalam kebangkitan pertama.  Keduanya, Umat-umat Allah kemudianya masuk kedalam tempat yang disediakan untuk mereka dan pintu-pintu akan ditutup.  Inilah penutupan pintu-pintu yang dirujukkan dalam Matius 25:1 ayat seterusnya dimana perumpamaan tentang perawan yang pintar dan bodoh telah digunakan untuk menunjukkan bahawa perawan-perawan pintar, umat pilihan yang penuh dengan Roh, perawan-perawan yang dirujukkan dalam Wahyu 14:4, masuk pintu-pintu Kerajaan dan pintu-pintu tersebut akan ditutup dibelakang mereka dan tiada seorangpun yang boleh masuk. 

 

Keadaan Orang yang Sudah Mati

Bertentangan dengan ajaran Jiwa yang mana cuba menggangsirkan konsep kebangkitan, keadaan yang telah mati ialah kesenyapan (Maz. 115:17) dan kegelapan (Maz. 143:3).  Tiada jiwa yang wujud untuk selama-lamanya.  Takdir akan datang kepada semua orang (Peng. 9:3).  Orang yang telah mati tidak mengetahui apa-apa (Peng. 9:5).  Yang mati menunggu pada Tuhan.

 

Beberapa daripada yang telah mati kuno tidak mempunyai kebangkitan (Yes. 26:14).  Ini telah diteliti dalam karya Kebangkitan Kepada Orang yang Sudah Mati (No. 143).

 

Orang-orang suci yang telah mati dipanggil sebagai tidur atau mereka yang telah tertidur (lihat Mat. 9:24; Lk. 8:52; Yoh. 11:11; 1Kor. 11:30; 15:6,18,51; 1Tes. 4:13,15; 2Pet. 3:4).

 

Kebangkitan

Allah melakukan kerja yang menghairankan bagi orang-orang yang telah mati dan mereka akan bangun untuk memuji Dia (Maz. 88:10).  Kesetiaan kasihNya diistiharkan dari kuburan (Maz. 88:11) apabila yang telah mati dibangkitkan.  Maka dengan itu, Ayub mengetahui bahawa penyelamatnya hidup (Ayub 19:25) dan akhirnya dia akan berdiri di atas bumi.  Selepas Ayub dimusnahkan, dia mengetahui bahawa dari dagingnya dia akan melihat Allah, yang akan berada di sisinya, dan matanya akan melihat Dia dan bukan mata orang lain (Ayub 19:25-27).

 

Kristus membangkitkan yang telah mati supaya kita akan mengetahui bahawa dia adalah Mesiah (Mat. 11:4-5).  Lazarus adalah satu contoh mengenai kuasanya (Yoh. 11:11).  Komen lain ialah bahawa apabila dia telah disalibkan, terdapat yang lain yang telah dibangkitkan dari kematiannya.  Tradisi Israel pada masa itu ialah bahawa mereka telah dibunuh.  Konsep kebangkitan ini yang telah dikaitkan kepada Mesiah telah diketahui umum and dijangka (Mat. 14:2).

 

Adalah difahami bahawa kita haruslah tidak tidur tetapi kita semua harus diubah pada sangkakala terakhir (1Kor. 15:51).  Oleh itu, saudara-saudara akan berlalu sepanjang generasi dan akan tertidur tetapi pada zaman akhir Mesiah akan datang sementara sebahagian daripada orang yang suci hidup.  Oleh itu,  semua akan diubah menjadi badan-badan rohani yang kekal (1Kor. 15:44 ff).  Mereka yang tertidur akan dibangkitkan.  Mereka yang masih hidup yang tertinggal sehingga kedatangan Tuhan akan mendahului mereka yang tertidur (1Tes. 4:13-15).  Tuhan akan turun dari syurga dengan panggilan malaikat-malaikat dan bunyi sangkakala Allah dan yang telah mati akan dibangkitkan terlebih dahulu dan kita yang masih hidup yang tertinggal, akan diangkat dan selalu bersama-sama dengan Allah (1Tes. 4:16-17).

 

Dari kebangkitan, pemerintahan melenial oleh orang-orang suci akan bermula.  Orang-orang suci akan memerintah bangsa-bangsa dengan tongkat besi (Wahyu 2:26-27).  Terdapat beberapa simbol dalam tongkat.  Tongkat mempunyai kuasa untuk menghancurkan bangsa-bangsa seperti kapal tanah liat dan juga tidak akan bengkok atau patah seperti buluh.  Mesir adalah sama seperti buluh yang patah dan menombak tangan Israel apabila mereka menyandar kepadanya.  Apabila mereka menyandar kita, tongkat kita tidak akan patah.

 

Tiada seorangpun yang telah dibangkitkan dan telah pergi ke syurga selain daripada Yesus Kristus yang telah turun dari Syurga (Yoh. 3:13).  Pandangan yang mempercayai bahawa orang yang telah ibangkitkan dari kubur pada kematian Kristus (Mat. 27:52-53) dan pergi bersama dengan dia pada pengangkatannya sebagai sebahagian daripada persembahan Unjukan Berkas adalah kesilapan yang tidak disedari dan merbahaya sebagai ajaran (lihat  sebagai contoh, Bacchiocchi Perayaan-perayaan Allah didalam Alkitab dan Sejarah, Bhgn. 1, ms. 173).

 

Orang-orang suci menunggu kebangkitan pada kedatangan Kristus.

 

Pada kebangkitan tiada lagi perkahwinan (Mat. 22:30).  Orang-orang suci akan dibangkitkan sebagai entiti-entiti rohani.  Itulah hari apabila kita kan diceraikan.  Semua yang telah berkahwin akan diceraikan.  Ini sahaja perceraian yang perlu.  Kita semuanya akan diceraikan dan berkahwin kepada Kristus, setiap kita.  Tiada seks, tiada lelaki atau perempuan, hanya badan-badan rohani yang semua akan menjadi roh anak-anak Allah, semua bekerja dengan Kristus dalam kuasa.  Kristus mati untuk kita supaya apabila bangun dari tidur, kita akan hidup dengan dia (1Tes. 5:10).

 

Adalah sangat penting untuk kita memahami bahawa hanya orang-orang yang benar sahaja yang akan masuk kepada kebangkitan pertama.  Kebenaran (tsedek) dan keadilan dialam Ibrani adalah perkataan yang sama.  Mereka difahami sebagai satu perkara yang sama.  Oleh itu, keadilan yang disalahgunakan akan menghalang umat pilihan dari kebangkitan pertama.

 

Hukuman Kepada Orang yang Jahat

Manusia adalah sasaran kepada latihan sistem kebenaran.  Adalah keinginan Allah supaya tiada daging yang akan binasa tetapi semua harus bertobat (2Pet. 3:9).  Jika Allah mengambil kembali rohNya, maka semua daging akan binasa bersama, dan manusia akan kembali menjadi debu (Ayub 34:15). Oleh itu, jiwa tidak lagi wujud.

 

Semua manusia yang tidak dibangkitkan pada kebangkitan pertama, yang merupakan kebangkitan yang lebih baik (Ibr. 11:35),  akan dibangkitkan dari kematian pada kebangkitan kedua selepas pemerintahan milenial Mesiah.  Proses ini adalah masa penghakiman yang kelihatan akan berterusan untuk seratus tahun (Yes. 65:20).  Urutan proses tersebut ialah mereka akan dibangkitkan pada umur yang kedua puluh.  Hidup manusia adalah 120 tahun.  Dibawah Musa ia telah dipendekkan kepada tujuh puluh tahun, tetapi untuk kebangkitan yang kedua ia adalah 120 tahun.  Mereka akan dibangkitkan pada umur yang ke 20 tahun; mereka hidup untuk 100 tahun and menggenapi 120 tahun jangkamasa kehidupan, dan mereka akan diadili sepanjang masa tersebut.  Apabila mereka mati, jika mereka berubah, mereka akan diangkat.  Jika mereka tidak bertobat and berubah, maka mereka tidak akan masuk kedalam Kerajaan Allah, mereka akan mati dan badan-badan mereka akan dibakar.  Pengadilan kebangkitan (Yoh. 5:29) adalah satu daripada pembetulan dan ajaran supaya semua manusia boleh bersedia untuk menerima kehidupan.  Firman penghakiman (Krisis) (diterjemah hukum sepanjang masa didalam KJV) mempunyai maksud keputusan.  Pengertiannya ialah bahawa pembetulan timbul dari pendapat-pendapat atau keputusan-keputusan yang diambil mengenai tindakan-tindakan.  Dalam perkataan lain, penghakiman ini adalah tindakan penting yang kemudiannya membetulkan tindakan manusia sepanjang masa.  Jadi, ia adalah pengadilan aktiviti, kemudianya diperbetulkan kepada aktiviti yang benar.  Ia bukanlah kutukan, tetapi pembetulan yang menuju kepada kehidupan.  Ia boleh membawa konsep hukuman atau ganti rugi.  Walau bagaimanpun, penduduk umum yang tidak mempunyai peluang untuk mengetahui Allah tidak boleh dihukum untuk keadaan mereka seperti itu.  Orang-orang yang jahat akan menjadi sasaran kepada latihan intensif.  Jika mereka tidak bertobat selepas seratus tahun yang dibenarkan dari kebangkitan kedua, mereka dibenarkan untuk mati dan badan-badan mereka akan dimusnahkan oleh api Gehenna (Mat. 5:22,29,30; 10:28; 18:9; 23:15,33; Mk. 9:43,45,47; Lk. 12:5; Jas. 3:6).

 

Terdapat tiga perkataan didalam Perjanjian Baru yang diterjemahkan sebagai neraka.  Mereka adalah SGD 86 Hades kurang lebih SHD 7585 Sheol, atau lubang atau kuburan – tempat dimana badan yang telah mati ditempatkan.  Dua ayat yang lain ialah SGD 1067 Gehenna, yang mana dalam Ibrani asal bagi lembah Hinnom.  Ia adalah lubang sampah dimana semua yang tidak diingini dan binatang-binatang mati dari Yerusalem dibakar.  Oleh itu,  Kristus menggunakannya sebagai gambaran untuk merujukkan pembuangan yang telah mati, kedua-dua badan dan jiwa (Mat. 10:28), selepas penghakiman.  Ketiga ialah SGD 5020 tartaros iaitu jurang yang sangat dalam dimana malaikat-malaikat dikurung selepas pemberontakan.

 

Hukuman selama-lamanya (kolasin, hukuman penderitaan) yang dirujukkan didalam Matius 25:46 adalah bertentangan kepada kehidupan kekal.  Ia adalah semata-mata kematian.

 

Pengertian hukuman seperti dalam timoria dalam  Ibrani 10:29 timbul dari pengertian pemulihan nama baik.  2Korintus 2:6 menggunakan perkataan epitimia dari penghargaan sebagai kewarganegaraan.  Oleh itu, hukuman mempunyai pengertian sebagai pembukaan penghargaan sebagai warganegara.

 

Oleh itu, tidak ada tempat penderitaan selama-lama bagi yang telah mati.  Orang-orang suci akan dipanggil pada kebangkitan pertama untuk melakukan kerja mengajar didalam Milenium supaya iblis akan dihakimi atas perlakuan-perlakuan mereka dan dunia akan mendapat standard berbanding yang mana ia akan menghitung keputusan-keputusan.  Allah melihat bahawa keadilan telah dilaksanakan dan Allah memilih yang lemah dan hina untuk membawa kita kepada standard dimana iblis-iblis akan diukur melalui kita.  Setan akan diukur melalui Kristus.  Kristus telah dibawa kepada standard dalam daging manusia, dan setan sebagai roh makhluk yang akan diukur melalui Kristus sebagai manusia dalam bentuk yang lemah.  Dari kelemahan yang Kristus alami, Semesta didalam semua kuasanya, dan ketua Semesta iblis didalam segala kuasanya akan diukur.  Begitu juga cara Malaikat-malaikat yang jatuh, iblis-iblis dibawah Setan, diukur melalui kita.  Kita adalah standard.  Itulah sebabnya mengapa penuduh saudara-saudara terus menuduh kita, sebab lebih banyak tuduhan yang dibuat terhadap kita, lebih besar mereka dilepaskan dalam penghakiman.

 

Untuk mencapai standard dimana Malaikat-malaikat yang jatuh dihakimi, Setan mesti dikurung didalam lubang yang tidak mempunyai dasar untuk Milenium.  Untuk mendapat perbandingan yang adil, kita harus menempatkan Setan dan iblis-iblis ditempat yang lebih jauh.

 

Milenium berada disana supaya kita boleh laksanakan tugas-tugas kita tanpa gangguan daripada iblis-iblis.  Setan akan dibebaskan kembali pada penghujung Milenium untuk menangani mereka yang tidak melihat kehancuran sebelumnya.  Pada masa itu, planet akan menjadi buruk dengan kebenaran diri sendiri sebab mereka tidak berdosa atau melihat dosa dengan cara kita mengalami masalah.

 

Wahyu 20:1-10 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya;  2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya,  3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya.  4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun.

 

Semua orang-orang ini sama ada dibunuh atau dianiaya, ditempatkan dibawah sistem yang menghendaki mereka untuk bertahan.  Tiada kemangkiran siksaan.  Jika kamu didalam kebangkitan yang pertama,  kamu mempunyai penghakiman.  Kamu telah dianiaya.

 

5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama.  6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya.  7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut.  9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.  (RSV)

 

Ini tidak akan mati dalam pengertian bahawa mereka dihakimi sekarang.  Dunia-dunia lain tidak dihakimi sekarang.  Jadi, mereka yang didalam kebangkitan pertama sedang dihakimi sekarang.  Itulah proses pengukuran dan pembetulan.  Umat pilihan akan melalui urutan yang digambarkan oleh Kaabah.

 

Pengukuran mencerminkan sistem tahun Yobel setiap tujuh tahun, harus melalui kitaran yang sama sehingga umat pilihan dibawa ke tempat dimana Allah boleh menempatkan mereka didalam kebangkitan pertama.  Kebangkitan pertama, akan terjadi, adalah kumpulan kecil manusia berbanding dengan kebangkitan kedua atau umum.  Kumpulan ini tidak berhadapan dengan kemungkinan kematian kedua.

 

Kebangkitan Kedua Kepada Orang yang Sudah Mati

Dunia-dunia lain akan dibangkit dan diperbetulkan dibawah pengawasan pada kebangkitan kedua.

 

Wahyu 20:11-13 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya.  12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.  13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya.  (RSV)

 

Setiap laki-laki dan perempuan akan memberi laporan dihadapan Allah tentang apa yang mereka lakukan.  Orang-orang ini diberi pertobatan.  Mereka akan melalui proses dengan apa yang mereka telah lakukan.  Itulah masa penghakiman mereka.  Sesiapa didalam kumpulan ini yang tidak bertobat dan menuruti hukum-hukum Allah akan dibenarkan mati pada kematian kedua dan badan-badan mereka kemudiannya dibakar.  Inilah Gehenna api yang dikatakan oleh rasul-rasul.  Inilah lubang sampah diluar Yerusalem dimana mereka membakar benda-benda yang dibuang.  Semua yang bukan didalam kebangkitan pertama akan mengalami kebangkitan kedua yang telah mati.

 

Jadi, setan, iblis, kematian dan kubur adalah konsep-konsep; mereka bukanlah orang.  Makhluk Lucifer, pada masa dahulu adalah sempurna dan akan kembali seperti itu lagi.  Konsep-konsep adalah aspek-aspek kewujudan dan semua mereka akan dibuang kedalam lautan api.  Mereka akan dibakar.  Jadi, kamu tidaklah membuang individu-individu kedalam lautan api.  Binatang adalah sistem pemerintahan, dan bukanlah nabi palsu, tetapi nubuatan yang palsu.  Semua konsep ini, sistem pemerintahan Binatang, demokrasi sebagaimana yang dilaksanakan, parti-parti politik dan struktur, akan dibuang kedalam lautan api.  Iblis dibawah Semesta setan akan dibuang kedalam lautan api.  Mereka akan dibakar sebagai konsep-konsep.  Tiada yang akan melalui penderitaan sepanjang masa; bukan Setan, bukan Semesta yang berdosa dalam mana-mana elemen mereka, dan bukan apa-apa benda yang hidup.  Tiada individu yang pernah dianiaya oleh Allah, Semesta syurgawi mahupun Semesta manusia..  Allah bukanlah sadis.  Dia adalah Allah yang mempunyai belas kasihan dan keadilan.  Oleh itu, Dia hanya membenarkan benda-benda untuk mati.  Semesta Setan akan dibuka dan dikurangkan didalam kebangkitan kedua kepada manusia.  Mereka kemudiannya akan ditangani dan mereka akan bertobat (dan kebanyakan mereka akan bertobat) atau mereka akan dibenarkan untuk mati.  Berkemungkinan bahawa tiada seorangpun atau roh sebagai dalam keseluruhan ciptaan Allah akan binasa, sebab bukanlah kehendak Allah untuk kita binasa.  Setan akan diberi pertobatan dan setiap manusia akan diberi pertobatan dan kita akan meyakinkan semua mereka.

 

Orang-orang jahat yang masih hidup pada kedatangan Mesiah akan dibunuh (yakni, dibenarkan untuk membunuh diri mereka sendiri) (Mal. 4:3) dan dikirimkan kepada kebangkitan kedua.

 

Inilah hukuman yang telah membebankan Yudah sebab penolakan mereka terhadap Kristus.  Mereka adalah anak-anak kerajaan yang dibuang kedalam kegelapan (Mat. 8:12).  Mereka dikirimkan kepada kebangkitan kedua dan tidak mengambil bahagian didalam sifat ketuhanan (2Pet. 1:4) dan kebangkitan pertama.  Mereka tidak dipilih untuk mengambil bahagian didalam kebangkitan pertama.  Ramai yang dipanggil tetapi hanya sedikit sahaja yang dipilih untuk menjalani tugasan ini (Mat. 22:13-14).  Ramai yang mendukung Kristus tetapi menganiaya umat pilihan, atau yang tidak tekun (Mat. 25:30), akan dikirimkan kepada kebangkitan kedua (Mat. 24:52; 25:30) sebab terdapat ramai lagi yang dikeluarkan (Lk. 13:26) malah ada yang didalam kebangkitan pertama akan dipindahkan mengikut keutamaan (Lk. 13:30).

 

Yang Disebut Kebangkitan Ketiga

Adalah dari Wahyu 20:11-13 konsep mengenai kebangkitan ketiga diduga akan diberi.  Ia kelihatan bahawa ayat tersebut terbahagi kepada dua aspek.  Pernyataan telah dibuat bahawa laut menyerahkan orang-orang mati yang ada didalamnya, adalah proses kebangkitan lain – dirujukkan sebagai kebangkitan ketiga.

 

Wahyu 20:11-15 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya.  12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.  13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya.  14 Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api.  15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.  (KJV)

 

Kita lihat dari Wahyu 20:11 bahawa penghakiman Takhta Putih yang Besar melibatkan kebangkitan umum.  Buku kehidupan disini bertindak sebagai rekod aktiviti-aktiviti manusia.  Pernyataan dalam ayat 13 adalah kebangkitan lain yang dirujukkan kepada ayat 11-12, adalah tidak mustahil.  Maksud ayat tersebut ialah bahawa semua yang telah mati, sama ada dari laut atau dari kuburan, iaitu kematian dan neraka atau Sheol (yang merupakan kuburan atau lubang), menghantar orang-orang yang telah mati.  Rujukan kepada laut dan kepada kematian dan Hades menunjukkan bahawa istilah Hades merujukkan kepada kuburan duniawi dalam oposisi kepada kuburan yang berair.  Konsep-konsep dan keadaan sebenar kematian dan neraka atau kuburan adalah perkara yang akan dibuang kedalam lautan api, yang bertindak sebagai kematian yang kedua.  Oleh itu, ia boleh dikatakan bahawa kematian dan neraka disini dibuang kedalam api.  Inilah kematian yang kedua (Wahyu 20:14).

 

Mereka yang tidak terdapat dalam Buku Kehidupan akan dibuang kedalam lautan api (Wahyu 20:15).  Orang-orang yang tidak ditunjukkan untuk ditulis didalam Buku Kehidupan akan mati pada kematian kedua.  Terdapat dalam ayat ini proses yang sistematik yang dilihat operatif yang mengikuti kebangkitan pertama dimana orang-orang suci didapati tertulis didalam Buku Kehidupan Domba.  Dari pengetahuan segala perkara Allah, kita lihat bahawa buku ini telah ditulis dari fondasi dunia.  Ini bukan hanya Domba yang disembelih dari fondasi dunia tetapi bahawa rencana Allah melihat mereka dalam penciptaan dan mereka telah ditulis didalam Buku Kehidupan sebelum fondasi dunia.  Oleh itu, kuasa pengetahuan Allah melebihi penciptaan.  Umat pilihan telah dipilih sebelum fondasi dunia (Ef. 1:4; lihat RSV) dan orang-orang Kafir juga telah ditulis disana (Wahyu 13:8).

 

Oleh itu, Buku Kehidupan mengandungi semua mereka yang mahu mendapatkan kehidupan kekal.  Proses keseluruhan aktiviti manusia terdapat didalamnya.  Perbezaannya ialah hanya pada urutan dimana manusia mendapatkan kehidupan kekal adalah proses progresif dan sistematik.  Kehendak Allah harus dilaksanakan.  Bukanlah kehendak Allah supaya ada daging yang akan binasa.  Jika itu adalah kehendak Allah, maka ia akan berlaku.  Faktor yang hanya dalam pertimbangan ialah bila ia akan dilaksanakan.  Semua daging akan diselamatkan.

 

Walau bagaimanapun, ayat-ayat mengatakan bahawa mereka yang tidak tertulis didalam Buku Kehidupan akan dibuang kedalam lautan api.  Ini menunjukkan bahawa ada kemungkinan terdapat juga yang akan binasa.  Mereka akan binasa tetapi bukanlah kehendak Allah untuk mereka binasa.  Oleh itu, cara keselamatan mereka akan disediakan.  Biarkan apa yang akan terjadi, pernyataan kebangkitan ketiga yang hanya semata-mata untuk kebangkitan dan pemusnahan bagi mereka yang gagal dalam ujian sesungguhnya menunjukkan kebencian terhadap Allah.

 

Kita melihat pada ayat-ayat di atas bahawa semua perkara akan dibuang kedalam lautan api akan mati dan lautan api bertindak sebagai pembuangan.  Pertanyaan orang-orang yang tidak tertulis didalam Buku Kehidupan, yang akan dibuang kedalam lautan api adalah fakta utama dimana ajaran telah ditulis.

 

Pandangan pendukung kebangkitan ketiga ialah bahawa semua yang tidak tertulis didalam Buku Kehidupan akan dibangkitkan dan dibuang kedalam lautan api.

 

Bagaimanakah konsep ini meragukan kemahatahuan dan kemahakuasaan Alah dan kebaikan dan kebenaran Allah?  Masalah pertama ialah bahawa aktiviti-aktiviti umat pilihan tidak ditentukan oleh mereka dan pemahaman mereka sendiri.  Konsep penentuan takdir adalah secara spesifik bertujuan untuk interaksi Allah dengan umat-umat yang dipilihNya.

 

Roma 8:29-30  Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.  30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

 

Urutan adalah jelas dari ayat ini.

 

Allah mengetahui dari awal lagi siapa yang akan menjadi umat pilihan.  Inilah aktiviti kemahatahuannya.  Pengetahuan Ilahi menentukan siapa yang akan dipanggil dan bila mereka akan dipanggil. 

 

Dari aktiviti kematahuanNya ini, mereka ditentukan untuk disesuaikan kepada imej anakNya.  Dalam perkataan lain, mereka akan disesuaikan kepada imejNya seperti Kristus.  Terdapat bentuk persamaan yang ditentukan dengan Yesus Kristus.

 

Allah kemudiannya memanggil mereka yang Dia takdirkan.  Umat pilihan tidak mempunyai kawalan apabila minda mereka dibuka kepada kebenaran dan apabila mereka dipanggil kedalam keagunganNya dan kuasa Roh Suci.

 

Mereka yang dipanggil oleh Allah, Dia juga telah mengakui dan membenarkan mereka melalui aktiviti Kristus.  Tiada pembenaran dikehendaki oleh mereka diluar aktiviti-aktiviti dibawah Roh Suci dalam penurutan kepada kehendak Allah seperti yang ditunjukkan didalam hukumNya dan kesaksian Yesus Kristus.

 

Setelah dibenarkan, mereka kemudiannya dimuliakan.

 

Tiada proses dimana mereka yang diketahui oleh Allah awal-awal lagi boleh gagal untuk dibawa kepada pemuliaan.  Oleh itu, semua perkara akan bekerja sama untuk kebaikan kepada mereka yang dipanggil oleh Allah mengikut tujuanNya (Roma 8:28).

 

Ajaran ini adalah pusat kepada iman.  Ia sering sekali disalahfaham oleh mereka yang mahu memesongkan hukum-hukum Allah melalui anti-nomianisme.  Walau bagaimanapun, ia adalah aktiviti Allah yang tidak boleh dinafikan didalam umat-umatNya.

 

Oleh sebab ini, ajaran kebangkitan ketiga adalah tidak berakal.  Ia melanggar setiap aspek sifat-sifat Allah yang membuat Dia Allah.

 

Doktrin ini menganggap bahawa Allah memanggil orang yang gagal.  Ini adalah kesalahfahaman kenyataan oleh Kristus bahawa ramai yang dipanggil tetapi sedikit sahaja yang dipilih (Mat. 22:14).  Anggapan disini ialah bahawa Allah memanggil ramai dan kemudiannya menolak kebanyakan mereka.  Mereka yang ditolak kemudiannya dimusnahkan.  Pandangan ini tidak berakal.  Kasih Allah adalah lebih besar daripada kefahaman manusia.  Dan puji Tuhan ia sedemikian.  Kenyataan ialah bahawa ramai yang mendengar berita tersebut dan dibawa kepada iman dan jatuh ditengah jalan.  Ini adalah serangan terhadap perumpamaan seorang Penabur.  Allah memberikan RohNya kepada mereka yang meminta dan mereka dibenarkan untuk memperkembangkannya.  Ia diambil dari mereka yang tidak menurut hukumNya dan kesaksian MesiahNya yang Dia kirimkan.

 

Ia menganggap, sebagai sebahagian daripada rasional doktrin, bahawa orang yang datang kepada organisasi adalah sebahagian daripada badan Kristus hanya semasa ia berada dalam organisasi tersebut.  Ini adalah salah.

 

Sebagai yang dipanggil ia dipercayai sebagai sama seperti datang kepada penghakiman.  Yang dipanggil tetapi tidak dipilih tidak dibawa kepada penghakiman sebab Allah mengetahui bahawa mereka tidak mampu datang kepada penghakiman sekarang.  Masa keselamatan mereka adalah lebih jauh dihadapan.

 

Doktrin kebangkitan ketiga cuba menegaskan bahawa Allah memanggil orang-orang ini dan tidak mengetahui apa yang mereka akan lakukan.  Mereka telah diberi peluang yang mana mereka gagal dan kemudiannya dikirimkan kepada lautan api.

 

Allah mengetahui apa dihadapan umat-umatNya dan Allah memanggil dan memberi kepada Kristus.  Logik persoalan ialah bahawa Allah, dengan memanggil seseorang yang tidak bersedia untuk datang kepada penghakiman adalah mengirim mereka kepada kematian didalam sistem yang ditentukanNya sendiri.  Oleh itu, Allah dibawah sistem ini bukanlah mahatahu.  Dia bukanlah mahakuasa sebab panggilan dan yang terpilih gagal.  Makhluk sedemikian yang prasangka terhadap kehidupan kekal ciptaanNya, tidak boleh secara logik menjadi sempurna.  Dari kesalahan-kesalahan ini, Dia tidak boleh menjadi Allah.

 

Walau bagaimanapun, Allah adalah mahatahu.  Dia adalah mahakuasa, Dia adalah baik sempurna.  Oleh itu, doktrin tersebut adalah salah.  Ia timbul daripada salah baca Alkitab dan keinginan untuk menyemai perasaan takut dan kawalan didalam badan Jemaat.  Kawalan tersebut adalah perlu sebab sebahagian besar daripada mereka yang dibawa kepada badan organisasi, seperti yang ditentang kepada badan Kristus, adalah tidak berubah dan disalahdidik didalam struktur iman melalui contoh yang salah dan tidak lengkap.

 

Konsep bahawa individu-individu akan dikirim ketempat penderitaan kekal bukanlah proses kasih.  Penghakiman pembetulan telah diterjemah kutukan didalam KJV (Yoh. 5:29).  Dalam setiap kes (juga Mat. 23:33; Mk. 3:29) istilah adalah SGD 2920 krisis.  Konsep adalah bahawa keputusan atau kutukan.  Konsep mengenai kutukan kekal ialah bahawa tindakan memberi kesan kepada individu selepas hidup ini. Ini adalah beberapa fakta. Tempat individu ditentukan melalui kebangkitan mereka.  Allah mengetahui bila dan bagaimana setiap kita memberi reaksi terhadap panggilan.  Disebabkan sikap-sikap kita, kita menghadkan kebolehan Allah untuk bekerja dengan kita.  Dia tidak memberikan keselamatan kepada mereka yang tidak boleh bertindak sebagai elohim didalam kebangkitan.  Oleh itu, orang tidak dibenarkan datang kepada penghakiman supaya mereka akan selamat dalam jangka panjang.  Mereka yang berdosa didalam Jemaat akan dikeluarkan dari badan Kristus supaya roh mereka akan diselamatkan pada hari Tuhan Yesus (1Kor. 5:5) iaitu, Hari Penghakiman.

 

Oleh itu, Allah adalah murah hati dan bertindak untuk menyelamatkan semua daging.

 

Pandangan bahawa dosa yang tidak boleh diampuni iaitu memfitnah Roh Suci akan mengirim seseorang kepada lautan api, sekali lagi satu kesalahfahaman tentang konsep dosa yang tidak boleh diampuni (Mk. 3:29).  Pandangan mengenai Roh Suci sebagai kuasa Allah menunjukkan bahawa fitnah terhadap Roh adalah juga fitnah terhadap Allah.  Walau bagaimanapun, konsep ini adalah lebih daripada hanya memberi ucapan terhadap Roh.  Masalah terletak didalam tidak mengenali atau menyedari keperluan untuk tindakan Roh didalam penyucian manusia.  Kegagalan untuk mengakui dan bertindak pada Roh, adalah tidak boleh diampuni didalam keadaannya. Sehingga pertobatan, individu tidak boleh menerima pertobatan dan tindakan Roh Suci didalam perkembangan dan keselamatan individu.  Oleh itu, dosa tersebut tidak boleh diampuni dialam pengertian bahawa ia mestilah dihapuskan sebelum keselamatan boleh menjadi kenyataan.  Perkara ini adalah isu yang kompleks.  Bagaimanapun, hukuman bukanlah kutukan kekal.  Bagaimanapun, tempat individu didalam kebangkitaan akan diubah dan, dalam pengertian ini, kerosakan adalah kekal.  Mereka yang dalam kebangkitan pertama mempunyai kebangkitan yang lebih baik (Ibr. 11:35).

 

Semua alasan mengenai kebangkitan ketiga adalah berdasarkan kepada salah baca ayat-ayat dan salahfaham terhadap kuasa dan kehendak Allah.

 

Doktrin mengenai kebangkitan ketiga adalah berdasarkan kepada, dan timbul dari, keperluan untuk mengawal dan memanipulasikan kumpulan-kumpulan dan individu-individu untuk kuasa dan wang.  Inilah asas bagi doktrin-doktrin awal mengenai tempat orang-orang yang dibuang dan tempat penyucian dosa didalam contoh dan agama Doktrin Jiwa yang salah yang ditetapkan oleh apa yang dipanggil sebagai jemaat-jemaat ortodoks.  Ia adalah jenis ketakutan dan sistem hukuman yang perlu untuk pengawalan dibawah pemerintahan yang berbentuk heirarki.

 

Tiada kebangkitan dan hukuman lain selain daripada kebangkitan kedua atau umum.

 

Orang-orang yang bertobat akan diberi kehidupan kekal dengan orang-orang suci dalam kebangkitan pertama dan mereka yang tidak bertobat dibenarkan mati dan badan-badan mereka akan dibakar.  Selepas ini, keadaan atau kondisi kematian dan kuburan, atau Hades, akan ditiadakan (Wahyu 20:14).