Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[178]
Mazmur 110 [178]
(Edisi 2.0 19970904-20000712)
Mazmur ini pendek tetapi sangat penting. Teks ini adalah salah satu daripada 134 teks yang telah diubah oleh Sopherim di mana Yahoweh atau Jehovah telah diubah kepada Adonai. Ia bermula dengan identifikasi bahawa ia adalah Mazmur Daud. Oleh itu, ayat ini bukan merujuk kepada Daud tetapi kepada Tuan (Tuhan) Daud. Dengan itu, yang dimaksudkan adalah Mesias. Dia disebutkan sebagai Jehovah (Yehovah) dalam Mazmur 110:5 dan ini telah ditukar kepada Adonai seperti yang akan kita lihat.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 2000 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mazmur 110
Mazmur 110:1-7 Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu." 2 Tongkat kekuatanmu akan diulurkan TUHAN dari Sion: memerintahlah di antara musuhmu! 3 Pada hari tentaramu bangsamu merelakan diri untuk maju dengan berhiaskan kekudusan; dari kandungan fajar tampil bagimu keremajaanmu seperti embun. 4 TUHAN telah bersumpah, dan Ia tidak akan menyesal: "Engkau adalah imam untuk selama-lamanya, menurut Melkisedek." 5 TUHAN ada di sebelah kananmu; Ia meremukkan raja-raja pada hari murka-Nya, 6 Ia menghukum bangsa-bangsa, sehingga mayat-mayat bergelimpangan; Ia meremukkan orang-orang yang menjadi kepala di negeri luas. 7 Dari sungai di tepi jalan ia minum, oleh sebab itu ia mengangkat kepala.
Mazmur ini pendek tetapi sangat penting. Teks ini adalah salah satu dari 134 teks yang diubah oleh Sopherim di mana Yahovah atau Jehovah telah diubah kepada Adonai. Teks dalam 110:1 menggunakan bentuk kata adoni, suatu fakta yang digunakan oleh golongan Unitarian radikal untuk menandakan bahawa Tuan yang disebutkan adalah seorang manusia kerana ia mungkin merujuk kepada manusia dalam ertikata pemilik, tuan atau raja. Malah Strong menyenaraikan ini sebagai kenyataannya. Bagaimanapun, pembatasan yang dibuat-buat ini telah disangkal oleh Bullinger kerana ia jelas merujuk kepada Adonai di Sebelah Kanan TUHAN. Perkataan yang digunakan dalam 110:5 pada asalnya adalah Yahovah tetapi telah ditukar kepada Adonai dalam bentuk kata ganti milik Adoni yang sama seperti dalam 110:1 dan bererti Adonai serta merujuk kepada Yahovah. Mazmur ini jelas mengisahkan dua makhluk ilahi di mana salah satunya adalah subordinat (pihak lebih rendah) kepada yang satu lagi di sebelah kanannya. Subordinat ini juga bernama Yahovah (rujuk karya Malaikat YHVH (No. 24)). Sopherim telah mengubah perkataan ini kepada Adonai untuk menyembunyikan fakta keilahian Mesias melalui hubungan dengan Yahovah selaku Allah Maha Esa. Ia bermula dengan identifikasi bahawa ia adalah Mazmur Daud. Oleh sebab itu, ayat ini tidak merujuk kepada Daud tetapi Tuan kepada Daud. Dengan itu, makhluk itu adalah Mesias. Jabatan rabbinikal menggunakan teks dalam komentar-komentar bagi merujuk kepada Abraham dengan menggunakan kaitan Melkisedek dalam ayat 4 (lihat komentar-komentar Soncino kepada Mazmur (halaman 371-372) dan perhatikan bahasa Ibrani MT dalam kedua-dua ayat). Bagaimanapun, Abraham memberi persepuluhan kepada Melkisedek jadi kita patutnya bercakap tentang Mesias dan golongan imam-imamnya di mana Abraham adalah subordinat. Dia disebutkan sebagai Jehovah dalam Mazmur 110:5 dan ini telah diubah menjadi Adonai seperti yang kita lihat.
Mazmur 110:1 Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."
Jehovah berfirman kepada seseorang yang dipanggil tuanku (Adoni) iaitu Tuan kepada Daud. Makhluk ini adalah Adonai. Bentuk kata yang digunakan untuk seorang makhluk ilahi adalah sama dalam bahasa Ibrani dengan makhluk yang seorang lagi namun yang satu didakwa merujuk kepada seorang manusia dan yang satu lagi jelas merujuk kepada Yahovah kerana itu adalah kata asalnya. Maka begitulah Sopherim mengubah teks itu. Teks ini dikutip dalam Matius 22:41-46, Kisah 2:34-35 dan Ibrani 1:13.
Jehovah berfirman adalah ne um Yahovah. Ini sebenarnya adalah bentuk ucapan sabda Yahovah. Ia sentiasa digunakan bagi ucapan langsung Jehovah yang serta-merta dan jarang digunakan bagi seorang nabi (rujuk Bilangan 24:3,15), atau Daud (rujuk 2 Samuel 23:1) (lihat Companion Bible, nota kaki kepada ayat 1). Perkataan tuanku di sini adalah Tuan kepada Daud, iaitu Mesias. Oleh sebab itu, Mesias adalah Tuan kepada Daud ketika masih berada dalam tubuhnya selaku leluhur jauh. Bahagian akhir Mazmur ini adalah ayat 5-7 menunjukkan ia bersifat nubuatan dan belum lagi digenapi.
Matius 22:41-46 Ketika orang-orang Farisi sedang berkumpul, Yesus bertanya kepada mereka, kata-Nya: 42 "Apakah pendapatmu tentang Mesias? Anak siapakah Dia?" Kata mereka kepada-Nya: "Anak Daud." 43 Kata-Nya kepada mereka: "Jika demikian, bagaimanakah Daud oleh pimpinan Roh dapat menyebut Dia Tuannya, ketika ia berkata: 44 Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. 45 Jadi jika Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?" 46 Tidak ada seorangpun yang dapat menjawab-Nya, dan sejak hari itu tidak ada seorangpun juga yang berani menanyakan sesuatu kepada-Nya.
Jadi, dia telah ditentukan dari semula sebagai pendahulu kepada Daud namun adalah keturunannya.
Teks duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu (sit thou at my right hand until I make thy enemies thy footstool)disebutkan sebanyak tujuh kali dalam Perjanjian Baru (Matius 22:44; Markus 12:36; Lukas 20:42; Kisah 2:34; Ibrani 1:13; 10:13; 1 Korintus 15:25). Ungkapan ini datang dari meletakkan (menaruhkan) kaki pada tengkuk mereka yang telah dikalahkan (lihat Yosua 10:24).
Ini bermakna menjadikan musuh-musuh Mesias sebagai tempat letak kakinya. Dalam bahasa Yunani Perjanjian Baru ia menjadi tithemi yang bererti akan meletakkan (lihat Companion Bible, ibid.). 1 Korintus 15:25 dianggap sebagai pengecualian di mana ianya bukan dijadikan tempat letak kali (set as a footstool) tetapi di bawah (under) kerana sesi Kristus di atas takhtanya sendiri (Matius 25:31; Wahyu 3:21) adalah apa yang dirujukkan dalam teks itu dan bukan sesinya di atas takhta Bapanya seperti mana dalam semua keadaan lain (ibid.). Soncino mengelak dari maksud Mesianik mazmur ini.
Mazmur 110:2 Tongkat kekuatanmu akan diulurkan TUHAN dari Sion: memerintahlah di antara musuhmu!
Tongkat kekuatanmu adalah ungkapan Ibrani untuk tongkatmu yang kuat atau tongkat berkuasa (lihat Soncino). Kita dipercayai berhadapan dengan tongkat keturunan yang menandakan kedua-dua imam dan raja, dan yang dihulurkan kepada Mesias di sini sebagai anak Daud.
Sion di sini adalah pusat kerajaan Mesias (lihat Roma 11:25-27). Ayat memerintahlah di antara musuhmu, kerana ia berada dalam tanda kurungan koma, adalah satu perintah dari Tuhan (Soncino).
Roma 11:25-27 Sebab, saudara-saudara, supaya kamu jangan menganggap dirimu pandai, aku mau agar kamu mengetahui rahasia ini: Sebagian dari Israel telah menjadi tegar sampai jumlah yang penuh dari bangsa-bangsa lain telah masuk. 26 Dengan jalan demikian seluruh Israel akan diselamatkan, seperti ada tertulis: "Dari Sion akan datang Penebus, Ia akan menyingkirkan segala kefasikan dari pada Yakub. 27 Dan inilah perjanjian-Ku dengan mereka, apabila Aku menghapuskan dosa mereka."
Teks ini harus dibandingkan dengan Yesaya 59:20 dan Lukas 21:24. Mesias akan datang ke Sion dan kepada mereka yang berpaling dari pelanggaran dalam Yakub. Jadi pada waktu yang ditentukan pada akhir zaman bangsa-bangsa bukan Yahudi, Mesias akan datang menebus Israel dan menubuhkan sistemnya dari Sion.
Mazmur 110:3 Pada hari tentaramu (kuasamu) bangsamu merelakan diri untuk maju dengan berhiaskan (keindahan) kekudusan; dari kandungan fajar tampil bagimu keremajaanmu seperti embun.
Istilah Pada hari tentaramu (kuasamu) bangsamu merelakan diri untuk maju bermakna bahawa mereka dengan rela akan menyerahkan diri mereka sebagai persembahan-persembahan sukarela pada hari kamu berperang. Mereka adalah persembahan-persembahan sukarela yang sejenis dengan apa yang didapati dalam Keluaran 35:29; 36:3; 1 Tawarikh 29:9,14,17; Ezra 3:5; 8:28. Ini adalah akar kata yang sama seperti dalam Hakim 5 (Soncino). Istilah kuasamu secara literalnya adalah tentaramu. Waktu ini secara literalnya adalah waktu tentara Tuhan zaman akhir. Orang ramai dengan rela berkumpul di bawah panji-panjinya (lihat Soncino).
Istilah keindahan kekudusan, dari beberapa jilid buku purba, didapati adalah dalam (atau di atas) gunung kudus (lihat Companion Bible, nota kaki ayat 3). Soncino menuliskan teks ini sebagai bererti dalam perhiasan-perhiasan kekudusan, serupa dengan Mazmur 29:2; 96:9. Perhiasan-perhiasan kekudusan adalah pakaian jabatan imamat (Soncino) jadi ianya jubah-jubah putih umat pilihan. Pihak berkuasa rabbinikal terbahagi antara menyifatkan ini kepada Daud. Tetapi Kimchi dan Hirsch menafsirkan keagungan tempat kudus dan menyifatkan teks itu kepada Yerusalem.
Teks ini dijelaskan sebagai [seperti embun] dari kandungan sebelum fajar Aku telah melahirkan kamu [seorang anak] (lihat Mazmur 2:7). Sepatutnya ianya tidak terhenti sesudah perkataan fajar. Kita berhadapan dengan konsep seorang anak yang pra-wujud, yang ditahbiskan sebelum fajar atau sebelum waktu kekal. Dia mempunyai embun seorang anak (di sini ditulis keremajaan) (lihat Companion Bible).
Mazmur 110:4 TUHAN telah bersumpah, dan Ia tidak akan menyesal: "Engkau adalah imam untuk selama-lamanya, menurut Melkisedek."
Di sini perkataan bersumpah sesuai dengan yang dalam ayat 1 sebagai Sabda Tuhan. Di sini Mesias telah ditahbiskan sebagai imam untuk selama-lamanya menurut Melkisedek (lihat Kejadian 14:18; Ibrani 5:6,10; 6:20; 7:1-28). Para rabbi cuba menyifatkannya kepada Daud dalam cubaan untuk mengelak dari maksud Mesianik dan pemindahan keimamatan itu. Sandaran untuk ini diletakkan pada 2 Samuel 8:18 di mana perkataan cohen digunakan bagi anak-anak Daud dan dituliskan sebagai ketua-ketua pendeta. Namun perkataannya adalah cohen. Daud memakai efod keimaman (2 Samuel 6:14) dan mempersembahkan korban bakaran dan korban keselamatan (2 Samuel 6:17). Bagaimanapun, ini adalah kewajipan Raja seperti yang kita lihat dari Yehezkiel dan tempat lain dan tidak melibatkan penubuhan mazhab keimamatan yang lain. Kita perhatikan dari Perjanjian Baru bahawa mazhab ini ditentukan dalam Mesias dan darinya, Jemaat. Lewi tidak betul dalam menentang tafsiran ini. Alkitab Companion salah faham tentang signifikans keimamatan di sini. Ianya dibuka kepada orang bukan Yahudi tanpa mengira keturunan dan tanpa permulaan atau keakhiran. Keimamatan Harun diperturunkan melalui Lewi. Mesias berasal dari keturunan Daud dan Daud tidak berketurunan imam. Mesias juga berasal dari Lewi melalui keluarga ibunya (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)). Dia telah dinubuatkan berasal dari Lewi melalui Simei, dan dari Daud melalui Natan (lihat Zakharia 12:12). Maka keimamatan Lewi diluaskan dalam pemindahan ini untuk meliputi bukan saja Yehuda tetapi Israel dan orang bukan Yahudi. Tuhan tidak akan bertaubat atau membatalkan apa yang telah ditetapkanNya.
Mazmur 110:5 TUHAN ada di sebelah kananmu; Ia meremukkan raja-raja pada hari murka-Nya,
Teks di sini telah diubah oleh Sopherim dari Jehovah ada di sebelah kananmu kepada Adonai ada di sebelah kananmu (lihat Apendiks 32 kepada Companion Bible untuk senarainya). Perubahan ini adalah kerana di situ jelas terdapat seorang Jehovah yang subordinat (lebih rendah dari) kepada Jehovah Semesta Alam iaitu TUHAN. Tuan Daud, Mesias, juga merupakan seorang Jehovah tetapi bukan Jehovih atau Jehovah Semesta Alam. Pembezaan ini dikekalkan dalam istilah-istilah Jehovah (SHD 3068) dan Jehovih (SHD 3069). SHD 3068 sentiasa diterjemahkan sebagai Adonai dan Jehovih (Yahovih) (SHD 3069) sentiasa diterjemah elohim. Dengan cara in orang Yahudi cuba melindungi monoteisme transenden Jehovah Semesta Alam (lihat Strong’s untuk komen-komennya). Jadi Jehovih adalah Allah Mahatinggi. Jehovah adalah elohim Israel sebagai entiti subordinat. Dengan itu, Mesias akan meremukkan raja-raja pada hari murkaNya (kemurkaan TUHAN).
Mazmur 110:6 Ia menghukum bangsa-bangsa, sehingga mayat-mayat bergelimpangan; Ia meremukkan orang-orang yang menjadi kepala di negeri luas.
Mesias akan menghukum bangsa-bangsa (iaitu
bukan Yahudi). Biarlah dia menghakimi bangsa-bangsa [semua wilayah]
bergelimpangan dengan mayat-mayat (lihat Kimchi, banding dengan Soncino).
Dengan itu, kematian banyak orang diramalkan dalam proses ini. Perkataan Ibrani
yang diterjemahkan sebagai mayat-mayat menunjukkan kedua-dua tubuh hidup
(Kejadian 47:18) dan mayat. Ibn Ezra memahaminya sebagai tubuh hidup,
bangsa-bangsa sebagai kuat dari segi bilangan. Orang lain pula menganggap ia
merujuk kepada mayat-mayat mereka yang terbunuh. Hirsch mengertinya sebagai
merujuk kepada mangsa-mangsa bangsa-bangsa yang menjarah mereka. Rencana
keselamatan menunjukkan ianya kedua-duanya (lihat khususnya Wahyu 20:1-15).
Mesias menyingkirkan mereka yang menjadi kepala kepada semua bangsa. Maka
kepimpinan sistem-sistem dunia akan disingkirkan. Kepala yang singular
merujuk kepada Iblis dan kemusnahan sistem binatang di bawah nabi palsu zaman
akhir (Wahyu 19:11-21). Ini juga merujuk kepada keturunan perempuan itu iaitu
Mesias (Kejadian 3:15). Banyak negara merujuk kepada negeri luas.
Ayat berikutnya sebenarnya bermula dengan perkataan Ibrani Mem atau From. Ini bersamaan dengan ayat 3 di atas.
Mazmur 110:7 Dari sungai di tepi jalan ia minum, oleh sebab itu ia mengangkat kepala.
Dari sungai di tepi jalan ia minum berkaitan dengan pengangkatan kepala. Ini merupakan satu rujukan kepada pemindahan kuasa. Kimchi berkata teks dalam bentuk singular di sini boleh diterjemahkan dalam bentuk plural (Soncino). Kepala singular (tunggal) yang disingkirkan adalah Iblis daripada semua bangsa (lihat juga Mazmur 98:22 untuk ungkapan ini yang merujuk kepada kepala orang yang berperang (lihat Rashi, Soncino). Di sini ia bermakna kepala kumpulan pemberontak. Dengan cara ini, Iblis adalah Anti-Kristus, dan semua yang berasal dari sistemnya adalah Antikristus. Kepala yang diangkat adalah kepimpinan Tuhan sejati melalui Roh Kudus. Mesias meminum dari roh ini. Dengan cara ini dia memiliki kepenuhan Ketuhanan atau Theotetos. Ini merupakan intisari ilahi (lihat Thayer’s). Kristus dipenuhi dengan intisari ilahi dan dengan itu dipenuhi dengan Ketuhanan. Ayat 10 menunjukkan kepada kita bahawa kita juga dipenuhi dengan Kristus dan, oleh itu, kita berdiam dalam kepenuhan Ketuhanan seperti mana Kristus dipenuhi dengan Ketuhanan atau Theotetos.
Ini dibayangkan dalam konsep berada di hadapan Tuhan dalam Wahyu 7:9-15. Manusia yang diselamatkan dan para tua-tua atau sidang berada di hadapan Tuhan. Dengan cara ini Tuhan diangkat naik. Para tua-tua melemparkan mahkota mereka di hadapan Tuhan dan dengan demikian meletakkan semua sistem di bawah Allah maha esa dan dengan itu adalah Monoteis. Dengan berada di hadapan takhta, setiap satunya diberikan tugas dan wibawa dan kuasa.
Dengan cara ini kita menaikkan kepala dengan meminum dari sungai itu iaitu Roh Kudus.
Metsudath David berkata bahawa kemenangan akan dicapai hanya kerana hasil campur tangan Tuhan (lihat Soncino, nota kaki kepada ayat 7). Itu adalah pengakhiran yang tepat kepada pemberontakan itu dan pemulihan di bawah Mesias di sebelah kanan Tuhan.
q