Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[179]
Nyanyian Musa Dalam Keluaran 15 [179]
(Edisi 1.0 19981110-19981110)
Komentar ini adalah tentang yang pertama dari dua nyanyian Musa dalam Pentateuch (Lima Kitab Pertama). Ia mengisahkan penyelamatan Israel.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1998 Christian Churches of God,
Thomas McElwain)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Nyanyian
Musa Dalam Keluaran 15
Kajian berikut adalah sangat luar biasa dan sangat bersifat peribadi. Walaupun saya telah mendekati teks ini dengan ilmu pengetahuan yang saya ada, saya belum lagi menghabiskan semua sumber Alkitabiah yang ada untuk merenunginya, dan saya juga tidak memeriksa banyak segi budaya dan sejarah yang terbuka kepada penafsirannya. Saya telah memilih dengan berhemat di antara teks-teks lain yang meneranginya. Penekanan lebih ditumpukan pada pemeriksaan filologi yang digabungkan dengan renungan kata-katanya.
Keluaran 15:1 Pada waktu itu Musa bersama-sama dengan orang Israel menyanyikan nyanyian ini bagi TUHAN yang berbunyi: "Baiklah aku menyanyi bagi TUHAN, sebab Ia tinggi luhur, kuda dan penunggangnya dilemparkan-Nya ke dalam laut.
Nyanyian ini sendiri bermula selepas respirasi. Ia digunakan semula sebagai bagian ulangan jawapan mengikut irama rebana dalam ayat 21. Ini menunjukkan bahawa ayat pertama adalah tema utama nyanyian ini, iaitu kemenangan agung TUHAN. Nyanyian ini adalah untuk memperingati pelepasan umat dari Mesir dan serangan Firaun di Laut Teberau. Walaupun banyak peristiwa pelepasan digambarkan dalam Kitab Suci, peristiwa ini tetap menjadi model yang diperhatikan umat percaya sepanjang abad-abad. Nyanyian pelepasan ini dinyanyikan oleh mereka yang telah menang atas binatang dan gambarnya dalam Wahyu 15:3, melainkan ianya merujuk kepada Nyanyian Musa dalam Ulangan 32.
Nyanyian ini jelas ditujukan kepada YHVH, nama yang disebut dua kali dalam ayat ini. Kemenangan agung itu mungkin tidak kelihatan begitu hebat hari ini, tetapi patut diingati bahawa jentera perang Mesir adalah yang terhebat sekali pada waktu itu. Pekhabarannya adalah bahawa kemenangan ketenteraan Tuhan adalah ke atas perlengkapan terbaik yang digunakan terhadap satu bangsa yang tidak mempunyai apa-apa. Pembelahan laut itu telah dianggap kesan semulajadi dari angin dan ombak di kawasan itu, dan sememangnya, fenomena sebegitu sepatutnya telah berlaku di situ. Perbezaan antara peristiwa semulajadi dan peristiwa ajaib kebanyakannya bergantung pada tanggapan manusia. Tentu saja pemeliharaan semesta alam ini sudah cukup ajaib, dan lebih besar lagi dari pembelahan laut. Namun orang ramai terus menjalani kehidupan mereka di bawah keajaiban langit yang terbentang luas tanpa berfikir tentangnya. Sama ada atau tidak peristiwa itu berulang lagi, ketepatan waktunya begitu kebetulan sekali hingga menjadi sesuatu yang berasal dari Tuhan dalam pengalaman Israel. Yang pastinya ia dianggap sebagai campur tangan ilahi yang berkuasa oleh Israel purba dan dalam Kitab Suci.
Keluaran 15:2 TUHAN itu kekuatanku dan mazmurku, Ia telah menjadi keselamatanku. Ia Allahku, kupuji Dia, Ia Allah bapaku, kuluhurkan Dia.
Ayat ini amat kaya dalam penerangan tentang Tuhan, namun hampir tiada yang dinyatakannya tentang apakah Tuhan secara hakiki dan dalam diriNya. Semuanya secara perbandingan dengan umat manusia. Kesedaran bahawa Tuhan adalah kekuatanku bermakna menyedari bahawa saya tidak mampu berbuat apa-apa, tetapi segala yang dilakukan adalah milik Tuhan. Tiada kekuatan, iaitu kemampuan untuk melakukan, selain milik Tuhan. Kedalaman pergantungan manusia pada Tuhan dan kedekatan ilahi kepada manusia adalah di luar batas pemikiran.
TUHAN adalah nyanyianku, atau lebih literal lagi, Mazmur. Mazmur dipanggil tempat Tuhan bersemayam dalam Mazmur (lihat Mazmur 22:3). Di sini Tuhan adalah Mazmur. Jika seseorang membuat pernyataan ini hari ini, kebanyakan orang akan menganggapnya menghujat. Kebenarannya adalah bahawa Tuhan tidak dapat dicari, dan apa saja yang ditemui seorang manusia bukanlah Tuhan dalam intisariNya, tetapi tempat bersemayam, satu kaedah pernyataan diri yang disesuaikan kepada batas-batas manusia. Tidak seorangpun yang pernah melihat Tuhan atau dapat melihatNya (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16). Dia menyatakan dirinya melalui Roh Kudus. Oleh kerana itu, dalam pengalaman manusia, Mazmur di mana Tuhan dinyatakan kepada hati manusia adalah segalanya yang dapat diketahui seorang manusia tentang Tuhan. Mazmur itu adalah Tuhan. Kegagalan menurut sejarah untuk menyedari hal ini telah mengakibatkan Judaisme mengembangkannya melebihi ciri Siddur atau kitab ibadat primitif yang dimiliki kitab Mazmur, hingga menjadi versi demi versi kitab-kitab liturgi. Kekristianan mungkin telah pergi lebih jauh lagi. Alkitab adalah satu-satunya teks ibadat sejati selain doa spontan, kesaksian dan peringatan. Bukan saja Mazmur tetapi bahagian-bahagian lain Alkitab, contohnya kitab Wahyu, jelas ditulis dengan tujuan untuk diceritakan dan didengarkan sebagai ibadat. Jika Alkitab adalah perwujudan Tuhan maka dapat dianjurkan bahawa penggantian kitab Mazmur dengan buku nyanyian pujian bererti menggantikan Tuhan Kitab Suci dengan sebuah berhala.
Tuhan menjadi keselamatan. Ini adalah satu proses dalam empat langkah. Ia bermula dengan pengakuan akan Tuhan sebagai kekuatan, iaitu pergantungan penuh manusia pada Tuhan dan hubungan sedekat mungkin dengan Dia. Langkah kedua adalah kesedaran bahawa Alkitab adalah Tuhan sejauh mana manusia dapat mengalami Tuhan sebagaimana yang dinyatakan melalui Roh Kudus. Langkah ketiga adalah keselamatan melalui pendiaman Roh Kudus di dalam diri sebagai Tuhan beserta kita. Langkah keempat mendefinisikan keselamatan: Dialah Tuhanku.
Keadaan keselamatan kemudiannya digambarkan. Menyanyikan Mazmur-mazmur pelepasan bererti membina tempat semayam untuk Tuhan, kerana puji-pujian Israel adalah tempat semayamNya. Tuhan telah memilih untuk berdiam dalam umat pilihan seperti Israel. Dengan itu mereka menjadi Bait Tuhan. Deklamasi musik yang diilhami dalam Alkitab melalui Roh Kudus dalam kebaktian adalah untuk membina bait Tuhan dengan berkesan. Bait manusia terikat dengan tempat, dan dengan itu mampu dimonopoli dan akhirnya korupsi dan manipulasi. Bait Tuhan diperbuat dari Anak-anak Tuhan yang lahir dari Roh yang berbakti pada hari-hari Sabat, iaitu bait demokratik, yang cepat berlalu, dan tidak dapat direbut yang sama-sama naik dan turun melalui pendiaman Roh Kudus, dan sama-sama mengandungi kehadiran Dia yang Tidak Terlihat. Akhir sekali, bait Tuhan dibuat dari deklamasi Alkitab, puji-pujian Israel, yang tersedia kepada semua yang mempunyai suara, mata, telinga atau pemikiran. Aku luhurkan Dia adalah satu kesejajaran, suatu pengulangan fikiran bahawa aku akan membinaNya tempat bersemayam.
Rasul Paulus mungkin telah mencapai kemuncak yang boleh direnungi dari kebenaran tidak terbayang yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan ini apabila dia menyatakan bahawa tubuh-tubuh umat pilihan dalam Kristus adalah bait Tuhan. Rasul Petrus pergi terus kepada inti kebenaran itu dengan berkata “Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kodrat ilahi.” (2 Petrus 1:4).
Keluaran 15:3 TUHAN itu pahlawan perang; TUHAN, itulah nama-Nya.
Bahasa Ibraninya memang menggunakan perkataan iish atau orang (pahlawan) sebagai rujukan kepada TUHAN. Memang ianya salah faham terhadap Alkitab jika ini dianggap menyifatkan kemanusiaan kepada Tuhan, yang memang bertentangan dengan kandungan Alkitab. Bilangan 23:19 jelas menyatakan: Loo iish Eel, Allah bukanlah manusia. Ungkapan tersebut mungkin satu rujukan eliptikal kepada malaikat TUHAN, namun konteks nampaknya jelas bahawa ayat ini bercakap tentang TUHAN sendiri. Dalam bahasa Ibrani ianya tidak diizinkan untuk memisahkan dua perkataan dalam ungkapan binaan, dan ini salah satu daripadanya. Apa yang harus dianalisa adalah seluruh ungkapan iish milhaamaa, pahlawan (orang) perang. Seperti itu, ungkapan ini bukanlah tentang kemanusiaan atau ketiadaannya. Ia menumpu pada fungsi ketenteraannya. Dalam kasus ini, fungsi ketenteraannya adalah fungsi keselamatan. Ungkapan ini mempunyai maksud penting bahawa Tuhan menyelamatkan.
Bahagian separuh akhir ayat ini menyatakan nama Tuhan. Mengetahui nama atau reputasi seseorang itu (dalam bahasa Ibrani perkataan ini meliputi kedua-dua erti) memberi laluan kepada apa yang dapat dilakukan oleh orang tersebut untuk kebaikan sendiri. Manusia memerlukan pelepasan dari masa ke semasa, dan mengenali nama Tuhan bererti mengetahui ke mana untuk berpaling, dan mempunyai kemungkinan berpaling kepada Dia.
Keluaran 15:4-10
Kereta Firaun dan pasukannya dibuang-Nya ke dalam laut; para perwiranya yang pilihan dibenamkan ke dalam Laut Teberau.
Samudera raya menutupi mereka; ke air yang dalam mereka tenggelam seperti batu.
Tangan kanan-Mu, TUHAN, mulia karena kekuasaan-Mu, tangan kanan-Mu, TUHAN, menghancurkan musuh.
Dengan keluhuran-Mu yang besar Engkau meruntuhkan siapa yang bangkit menentang Engkau; Engkau melepaskan api murka-Mu, yang memakan mereka sebagai tunggul gandum.
Karena nafas hidung-Mu segala air naik bertimbun-timbun; segala aliran berdiri tegak seperti bendungan; air bah membeku di tengah-tengah laut.
Kata musuh: Aku akan mengejar, akan mencapai mereka, akan membagi-bagi jarahan; nafsuku akan kulampiaskan kepada mereka, akan kuhunus pedangku; tanganku akan melenyapkan mereka!
Engkau meniup dengan taufan-Mu, lautpun menutupi mereka; sebagai timah mereka tenggelam dalam air yang hebat.
Gambaran peristiwa di Laut Teberau adalah menakjubkan dan bunyi-bunyiannya sekalipun mempunyai kesan yang kuat. Kesukaran utama dengan teks ini adalah gambarannya akan Tuhan secara antropomorfik. Banyak dari ini dapat dijelaskan oleh kebiasaan Ibrani purba dalam menggunakan kata-kata yang sama untuk hal yang pasti dan yang abstrak. Orang luaran kepada budaya purba ini akan menerima gambaran antropomorfisme dan kepastian yang lebih kuat dari gambaran asalnya. Suatu ilustrasi terkandung dalam perkataan pertama petikan ini, “tangan kananMu.” Sama ada Tuhan betul-betul mempunyai tangan kanan atau tidak, teks ini tidak menyatakannya begitu. Ungkapan Ibrani “tangan kanan” atau “tangan” bermakna “kekuatan” atau “kuasa” dan sama tahap pengertiannya seperti kepada tangan fizikal. Memilih salah satu bererti membuat tafsiran sendiri, dan keduanya sama-sama adalah terjemahan literal.
Pemikiran yang sudah biasa berhadapan dengan sifat-sifat metafizik Tuhan menemui kesukaran dengan ungkapan-ungkapan antropomorfik itu, tetapi ini hanyalah prasangka. Perkataan “keluhuran” dalam ayat tujuh juga sama sukar, walaupun si pembaca melewatinya tanpa menyedari masalah itu. Perkataan g’oon datang dari kata kerja yang bererti bertumbuh tinggi. Metafora ketinggian dipindah kepada kebanggaan dan keluhuran. Menyifatkan ketinggian kepada Tuhan adalah untuk menentukan Tuhan dalam angkasa, dan ini sama-sama menyusahkan seperti antropomorfisme.
Jawapan kepada kedua-dua masalah ini dengan mudahnya adalah mengakui bahawa bahasa manusia tidak mampu untuk mengungkapkan intisari Tuhan. Oleh sebab itu, kita tidak patut menganggap ungkapan-ungkapan ini sebagai asas kepada Tuhan. Mereka ada di situ dengan tujuan untuk menyatakan Tuhan dalam hubunganNya dengan manusia, bukan sifat dasarNya. Dan untuk tujuan itu mereka cukup lengkap, dan sememangnya, mengagumkan.
Keluaran 15:11-12
Siapakah yang seperti Engkau, di antara para allah, ya TUHAN; siapakah seperti Engkau, mulia karena kekudusan-Mu, menakutkan karena perbuatan-Mu yang masyhur, Engkau pembuat keajaiban?
Engkau mengulurkan tangan kanan-Mu; bumipun menelan mereka.
Bahagian ini bermula dengan pertanyaan Siapakah yang seperti Engkau? Ungkapan ini mengingatkan tentang gelaran malaikat Tuhan seperti yang dicatatkan dalam Daniel 12:1 Pada waktu itu juga akan muncul Mikhael… dan Daniel 10:13,21. Terdapat sebelas tokoh manusia dalam Alkitab yang juga membawa nama itu. Erti nama ini adalah untuk mengingatkan bahawa tiada yang seperti Tuhan dengan menanyakan pertanyaan retoris (tidak perlu dijawab). Malah beberapa dari aspek antropomorfik yang nampaknya dipakaikan kepada Tuhan dalam Alkitab mungkin sebenarnya merujuk kepada malaikat Tuhan yang jelas menjadi perantara wahyu dalam beberapa petikan ayat (Kejadian 16:7 dan seterusnya, 22:11 dan seterusnya et al.) dan mungkin sekali dalam banyak lagi.
Terdapat konsistensi tertentu dalam menterjemahkan kata-kata Yesus dalam Yohanes 8:58 (sebelum Abraham jadi, aku telah ada) sebagai tuntutan bahawa dialah jelmaan malaikat Tuhan ini. Malaikat Tuhan rendah hati sekali sehingga dia berbicara firman Tuhan secara langsung, seperti dia yang berfirman, walaupun dia tidak wujud dengan sendirinya. Yesus membayangi sikap ini dengan mengatakan dalam Yohanes 5:30 “Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.” Ini sememangnya adalah cara untuk mengambil bahagian dalam kodrat ilahi 2 Petrus 1:4.
Ungkapan para allah atau Eeliim dalam ayat 11 mempunyai bacaan sampingan dalam KJV sebagai orang-orang perkasa. Ini memang merupakan erti tambahan perkataan Eel dalam Alkitab, yang digunakan dengan berbagai cara sama seperti perkataan Elohim. Ia digunakan sebagai kuasa dalam beberapa tempat (Ulangan 28:32; Nehemia 5:5; Amsal 3:27 et al.). Malah ia diterjemahkan sebagai “goodly” (Allah) dalam Mazmur 80:10(11). Ia jelas merujuk kepada tuhan palsu dalam beberapa teks, contohnya Hakim 9:46, dan kepada patung fizikalnya sendiri di tempat lain seperti Yesaya 44:10,15,17. Kadangkala ianya umum untuk kedua-dua Allah sebenar dan tuhan-tuhan palsu seperti dalam Keluaran 34:14. Tetapi kebanyakannya ia merujuk kepada Allah maha esa seperti dalam Kejadian 14:18; 17:1; 21:33; 31:13; dan 33:20, di mana gelaran-gelaran lain digabungkan dengannya. Ia digunakan secara sendirian untuk merujuk kepada Tuhan, khasnya dalam kitab-kitab Ayub, Mazmur dan Yesaya (Ayub 5:8; Mazmur 5:4(5); Yesaya 5:16 et al).
Tetapi di sini kita dihadapkan dengan satu penggunaan istimewa perkataan ini dalam bentuk plural, orang-orang perkasa, yang nampaknya boleh merujuk kepada sekumpulan ilah lain atau ilah palsu, kepada manusia yang perkasa, atau kepada benda lain. Keluaran 15:11 adalah ayat pertama yang nampaknya merujuk kepada benda lain ini dengan perkataan Eeliim. Satu perbandingan dengan beberapa ayat relevan yang lain akan mencadangkan bahawa ungkapan ini merupakan istilah teknikal untuk sidang yang juga dipanggil anak-anak Allah (Ayub 1:6; 2:1 et al.), bintang-bintang fajar (Ayub 38:7), semesta alam (Yesaya 1:9 et al.), dan bintang-bintang Allah (Yesaya 14:13). Mazmur 29:1 Kepada TUHAN, hai penghuni sorgawi, kepada TUHAN sajalah kemuliaan dan kekuatan! Ungkapan di sini adalah anak-anak yang perkasa, satu ungkapan yang jelas berhubungan dengan ungkapan-ungkapan dalam kitab Ayub. Mazmur 82:1 Allah berdiri dalam sidang ilahi (atau jemaat orang perkasa), di antara para allah Ia menghakimi.. Ungkapan ini mungkin lebih baik diterjemahkan sebagai sidang agung atau sidang Tuhan. Ianya jelas merujuk kepada satu sidang yang termasuk makhluk selain manusia. Mazmur 89:6(7) Sebab siapakah di awan-awan yang sejajar dengan TUHAN, yang sama seperti TUHAN di antara penghuni sorgawi? Ayat ini hampir sama dengan Keluaran 15:11. Namun ia mendefinisikan dengan lebih tepat lagi siapa sebenarnya yang terlibat. Orang perkasa bukanlah tokoh-tokoh manusia yang kuat di Mesir, tetapi makhluk-makhluk yang menghuni di syurga. Ayat ini juga menghubungkan anak-anak yang perkasa dari Mazmur 29:1 dalam konteks sidang syurgawi. Pada takat ini ungkapan-ungkapan Mazmur semuanya mula bermakna dalam penjelasannya terhadap Keluaran 15:11.
Di luar dari konteks Mazmur, kita temui Yesaya 14:13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. Sama ada atau tidak kita mengenali ayat ini sebagai merujuk kepada Iblis, seperti diandaikan satu tradisi Kristian yang lama, terdapat dua rujukan jelas di sini kepada penghuni syurgawi. Yang pertama adalah bintang-bintang Allah dan yang kedua adalah sidang. Bintang-bintang Tuhan ini mungkin diterjemahkan sebagai bintang-bintang agung, dan dengan itu membezakan mereka dari bola-bola pemberi cahaya yang kita saksikan pada malam yang terang.
Daniel 11:36 “Raja itu akan berbuat sekehendak hati; ia akan meninggikan dan membesarkan dirinya terhadap setiap allah. Juga terhadap Allah yang mengatasi segala allah ia akan mengucapkan kata-kata yang tak senonoh sama sekali, dan ia akan beruntung sampai akhir murka itu; sebab apa yang telah ditetapkan akan terjadi.” Ungkapan Allah yang mengatasi segala allah di sini adalah Eel eeliim. Ayat ini jelas menunjukkan Tuhan memerintah atas satu sidang eeliim.
Keluaran 15:12 menganjurkan bahawa orang-orang
perkasa ini sebenarnya adalah orang Mesir. Memang patutpun kita harus memahami
perkataan eeliim dalam ayat 11 sebagai merujuk bukan saja kepada
angkatan syurgawi yang taat serta rakan-rakan mereka antara manusia, tetapi
juga kepada mereka yang tidak taat termasuk orang-orang perkasa Mesir. Teks
Yehezkiel yang berikut nampaknya menggambarkan orang-orang perkasa Mesir dalam
keadaan kecelakaan yang sama dengan mereka yang tidak taat dari angkatan
syurgawi. Yehezkiel 32:21 Orang-orang berkuasa yang gagah perkasa beserta
pembantu-pembantunya akan berbicara mengenai dia dari tengah dunia orang mati:
Mereka telah turun dan telentang, orang-orang yang tidak bersunat itu, yang
mati terbunuh oleh pedang. Perkataan eeliim diterjemahkan di sini
sebagai orang-orang berkuasa.
Keluaran 15:13 Dengan kasih setia-Mu Engkau menuntun umat yang telah Kautebus; dengan kekuatan-Mu Engkau membimbingnya ke tempat kediaman-Mu yang kudus.
Bahagian ini mengandungi konsep umat yang dipilih. Idea penebusan dalam Alkitab mempunyai dua dasar asas. Salah satu adalah dalam penebusan anak sulung, yang merupakan satu amalan yang mengakui bahawa segala sesuatu adalah milik TUHAN. Ianya jelas ternyata dalam bahagian-bahagian sebelum teks ini, iaitu dalam Keluaran 13:2 et al., dan jelas dilambangkan dalam peristiwa Keluaran itu sendiri, yang terjadi dalam konteks di mana Tuhan menuntut anak-anak sulung Mesir, dan melepasi mereka yang telah ditandakan dengan darah pada tiang-tiang pintu (perhatikan Keluaran 12:12,13). Satu lagi dasar penebusan dalam Alkitab adalah penebusan isteri saudara yang telah mati, levirate, yang paling dikenali sekali disebutkan dalam cerita Rut. Umat yang dipilih menjadi milik Tuhan oleh Keluaran itu, ibarat anak sulung yang ditebus, atau isteri yang ditebus. Ini merupakan latar belakang rujukan-rujukan bernubuatan kepada Tuhan sebagai Bapa dan suami, dan keberhalaan sebagai ketidaksetiaan dalam perkahwinan.
Pertanyaan seterusnya adalah siapakah umat yang ditebus atau dipilih itu. Dua faktor perlu dipertimbangkan: satu adalah keturunan dan salah lagi adalah penyertaan dalam tindakan penebusan Paskah dan Keluaran. Keluaran adalah peristiwa yang nampaknya signifikan dalam cerita ini. Jelas terdapat orang bukan keturunan Israel di antara mereka yang ditebus itu (Juga banyak orang dari berbagai-bagai bangsa turut dengan mereka Keluaran 12:38). Walaupun adanya amaran-amaran kuat untuk meletakkan darah pada tiang-tiang pintu, masih ada kemungkinan bahawa ada orang berketurunan Israel yang tidak termasuk di antara mereka yang selamat.
Bagaimana sekalipun, kedua-dua faktor ini mempunyai signifikansnya. Memikirkan penyebaran bangsa Israel, ianya sangat mungkin bahawa tiada individu yang hidup hari ini yang tidak merupakan keturunan dari salah seorang yang ditebus dalam Keluaran itu. Jika kebenaran ini diketahui, ramai mungkin terkejut dengan peratusan keturunan ini dalam orang-orang yang kenampakan seperti calon-calon yang tidak mungkin. Malah penyebaran orang Yahudi, pada satu tarikh kemudian, telah meliputi seluruh dunia, hinggakan jangkauan sepuluh suku yang terserak itu pasti menghampiri keuniversalan. Bagaimanapun, penyertaan dalam Paskah dan Keluaran pada tahap lebih universal adalah faktor yang paling asas sekali. Bagaimana seseorang memahami Nyanyian Musa ini adalah satu ciri penting perkara ini.
Keluaran 15:14-16
Bangsa-bangsa mendengarnya, merekapun menggigil; kegentaran menghinggapi penduduk tanah Filistin.
Pada waktu itu gemparlah para kepala kaum di Edom, kedahsyatan menghinggapi orang-orang berkuasa di Moab; semua penduduk tanah Kanaan gemetar.
Ngeri dan takut menimpa mereka, karena kebesaran tangan-Mu mereka kaku seperti batu, sampai umat-Mu menyeberang, ya TUHAN, sampai umat yang Kauperoleh menyeberang.
Dua bahagian akhir nyanyian agung ini menggambarkan dua kumpulan yang berdepan: mereka yang ditebus dan mereka yang takut dan terancam. Gambaran pertama di sini menekankan bagaimana mereka yang terancam ini terdorong untuk takut akan Tuhan oleh berita tentang bagaimana Dia telah melepaskan mereka yang ditebus itu di Laut Teberau. Ini menjangkau lebih jauh dari orang Mesir kepada mereka yang menentang Tuhan dalam semua bangsa.
Keluaran 15:17-19
Engkau membawa mereka dan Kaucangkokkan mereka di atas gunung milik-Mu sendiri; di tempat yang telah Kaubuat kediaman-Mu, ya TUHAN; di tempat kudus, yang didirikan tangan-Mu, ya TUHAN.
TUHAN memerintah kekal selama-lamanya."
Ketika kuda Firaun dengan keretanya dan orangnya yang berkuda telah masuk ke laut, maka TUHAN membuat air laut berbalik meliputi mereka, tetapi orang Israel berjalan di tempat kering dari tengah-tengah laut.
Bahagian akhir ini mengulangi tema-tema penting nyanyian ini dalam gambarannya tentang umat yang ditebus. Jika bahagian sebelumnya menjangkau lebih dari orang Mesir, bahagian ini pula melampaui segala zaman kepada kemenangan universal umat yang ditebus. Mereka menerima pusaka mereka dan bait Tuhan dijadikan tempat kediaman mereka, di mana Tuhan akan memerintah untuk selama-lamanya.
q