Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[182]
Bilakah Bahasa Lidah Berhenti? [182]
(Edisi 1.0 19961005-19961005)
Pada hari pertama Pentakosta dalam Jemaat Perjanjian Baru, para rasul bercakap dalam ‘bahasa lidah’. Karya tulis ini ditulis oleh penyunting dari The Bible Advocate membincangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘bahasa lidah’ dan selama bila gejala ini berlaku. Nasihat bagaimana untuk menguji ‘bercakap dalam bahasa lidah’ yang asli dimasukkan.
E-mail: secretary@ccg.org
Copyright ã 1996 by Roy A. Marrs
Editor of the Bible
Advocate, the official organ of the Church of God, Seventh Day
(edited by Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Catatan
Penyunting:
Karya
tulis berikut ini adalah produk dari pertukaran korespondensi dengan Roy A.
Marrs, seorang penyunting dari Bible
Advocate yang merupakan organ kepada Jemaat Allah (Hari Ketujuh). Ianya
timbul dari komentar-komentar yang dibuat tentang sikap karismatik yang munsul
dalam jemaah yang pernah dianggap sebagai sebahagian daripada Jemaat Allah.
Karya ini adalah tambahan yang lojikal terhadap karya tulis serta pegangan kita
tentang Persoalan Bahasa Lidah.
Bilakah Bahasa
Lidah Berhenti?
Idea bahawa dunia ini mempunyai bahasa yang berlainan adalah sesuatu yang menarik minat. Bergantung sama ada kamu percaya bahawa manusia mengalami ‘evolusi’ atau telah diciptakan, bergantung sama ada kamu percaya kepada pernyataan Alkitab tentang Menara Babil, kamu akan menghadapi teori yang berbeza tentang keasalan bahasa yang berbeza. Tidak kira bagaimana manusia ini berasal, dan tidak kira apa sahaja sejarahnya, fakta bahawa manusia bercakap dalam bahasa yang berlainan menjadi satu masalah. Sekiranya kamu mengenbara, kamu akan merasa keperluan untuk mengetahui bahasa orang lain. Atau perlu mencari seseorang yang memahami bahasa kamu. Ianya susah untuk menilainya satu “berkat” yang mana kita bercakap dalam bahasa yang berlainan. Ianya satu masalah yang besar! Kita merasa sukar untuk memahami satu dengan yang lain apabila kita dibesarkan dalam keluarga yang sama. Walaupun kita menggunakan perkataan yang sama di seluruh negara, kita memaksudkannya kepada perkara yang agak berbza – “evening” (petang) bererti dari lewat tengah hari sehingga tengah malam di tempat saya dibesarkan’ dan “morning” (pagi) bererti dari tengah malam sehingga tengah hari. Kemudian saya berkahwin dan katakan bahawa kita perlu lakukan sesuatu pada “petang ini”. Saya maksudkan pada lewat tengah hari – isteri saya berfikir selepas matahari terbenam.
Kita selalu memperingatkan orang untuk “berhubung”, tidak menyembunyikan perasaan; memberitahu orang lain tentang perasaan kita, apa yang menyusahkan serta menyenangkan kita. Perkara ini boleh menjadi merbahaya. Satu daripada saudara kami golongan Hispanic datang kepada saya dan berkata, “Saya perlu bercakap dengan kamu. Kita mempunyai masalah dengan do-nuts” cara dia menyebut perkataan “do-nuts (adakah kamu berfikir ini adalah makanan “do-nut” atau dough-nut”?) Saya fikir dia merujuk kepada satu daripada wanita dalam jemaah. Saya sudah sedia mendengar, bersedia untuk memberi nasihat – dan mendapati bahawa masalahnya adalah dia selama ini membeli makanan doughnut (donat) bagi makanan ringan selepas kebaktian dengan menggunakan wang sakunya sendiri! Ah! Berkat bahasa yang tidak diketahui, dialek, sebutan perkataan yang berlainan, dan belajar semula sebutan huruf apabila kamu belajar bahasa Inggeris! Percayalah kepada saya, ianya boleh menyebabkan masalah yang sebenar! Jadi, mengapa ada orang yang ingin bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui, apabila Alkitab memberitahu Allah akan membaurkan bahasa manusia sebagai satu penghukuman, untuk melawan tujuan pembinaan menara Babil, untuk menyebarkan serta memisah-misahkan manusia, dan bukannya untuk menyatukan manusia? (Tidak ada terdapat dalam manuskrip Yunani dimana perkataan “bahasa” yang “tidak diketahui” digunakan bersama. Sementara ayat diterjemahkan sebagai “bahasa yang tidak diketahui”, manuskrip Yunani hanya terjemahkannya sebagai “bahasa”. Perkataan “tidak diketahui” muncul dalam Perjanjian Baru Yunani, tetapi tidak pernah dikaitkan dengan “bahasa”.)
Sekarang, apabila kita pergi kepada Perjanjian Baru, dan pernyataan tentang hari Pentakosta, apabila murid-murid bercakap dengan “bahasa lidah yang lain” ianya seolah-olah Tuhan menangani masalah yang Dia telah buat bagi manusia. Untuk orang-orang ini memahami, Allah melakukan satu mukjizat dan menyebabkan murid-murid ini bercakap dalam bahasa yang tidak pernah mereka pelajari. Perkara ini sangat mengagumkan; ia membesarkan Allah; dan membuat para pendengar sedar bahawa Allah sedang bekerja melalui orang-orang ini.
Orang-orang ini adalah golongan Yahudi. Tidak lama selepas itu, beberapa golongan lain yang percaya juga bercakap dalam bahasa yang mereka tidak ketahui. Ianya disebut beberapa kali dalam buku Kisah Para Rasul, dan Paulus merujuknya dalam suratnya kepada orang Korintus. Markus mengutip firman Yesus menubuatkan perkara ini akan berlaku (Markus 16:17). Hanya Lukas (penulis Kisah) dan Paulus merujuk kepada pengalaman bahasa lidah, dan Markus meramalkan kejadiannya.
Matius tidak menyebut tentangnya. Begitu juga Yakobus, Yohanes, Yudas atau pun Petrusn tidak merujuknya. Paulus juga menulis surat kepada orang Roma, Galatia, Efesus, Filipi dan Kolose; kepada Timotius, Titus, Pilemon – dan mungkin kepada orang Ibrani. Dia tidak pernah menyebut gejala ini dalam surat-suratnya kecuali dalam surat pertamanya kepada jemaat Korintus; tetapi tidak menyebutnya dalam surat kedua kepada Korintus. Mengapa dia tidak menyebut perkara ini, sekiranya ini adalah pengalaman yang akan berterusan dalam Jemaat, walaupun pada masa kita sekarang? Mengapa Paulus bercakap tentangnya hanya kepada orang-orang Korintus? Tetapi ideanya sangat menarik. Apa terjadi sekiranya Allah menyediakan untuk kita keupayaan untuk pergi ke negara asing tanpa latihan dan di sana dengan ajaibnya boleh bercakap bahasa mereka dan menghotbahkan injil kepada orang-orang di sana? Betapa besarnya kesan perkara ini kepada para pendengar! Bagaimana kita memenangi jiwa-jiwa orang yang ramai kepada Kristus sekiranya kita hanya mampu dengan ajaibnya bercakap dalam bahasa yang lain!
Inilah apa yang beberapa orang fikir tujuannya. Mereka yang memberikan diri mereka kepada Allah untuk tujuan perkara ini selalunya kecewa kerana sebutan mereka tidak lagi difahami oleh penduduk asli daripada ianya difahami oleh kita semua apabila seseorang di kalangan kita “bercakap dalam bahasa lidah”.
Ya, saya pernah mendengar seseorang bercakap dalam bahasa Spanyol atau Perancis, dan ada hadirin yang melaporkan bahawa dia memahami mesejnya, ianya khusus ditujukan kepada mereka. Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar sebagai kesaksian peribadi. Sekiranya ia terjadi, saya tidak berada di sana. Saya banyak kali hadir apabila orang-orang “bercakap dalam bahasa lidah”, tetapi ianya tidak kedengaran seperti satu bahasa bagi saya; dan dalam beberapa upacara, apabila seseorang mendakwa sedang menterjemahkan apa yang dia sedang katakan, saya mempunyai alasan untuk merasa sangat tidak selesa tentang terjemahannya. Mengapa? Kerana selalunya dalam kebanyakan bahasa apabila saya mendengar seseorang menterjemahkan bagi saya, perterjemah itu hampir selalu menggunakan lebih banyak perkataan dan sebutan ayat untuk memberikan maksud yang sebenar daripada jumlah perkataan yang saya sebut sendiri. Tetapi tidak begitu dalam hal terjemahan “bahasa lidah” dalam pertemuan Pentakosta – yang pernah saya hadiri. Terjemahannya selalu lebih pendek. Adakah Allah memerlukan lebih banyak perkataan untuk memberikan erti yang sama daripada manusia mengulanginya kepada manusia? Saya tidak fikir begitu!
Lebih lanjut lagi, jarang sekali ada perkara yang besar dikatakan dalam terjemahan. Selalunya sesuatu yang baik, seperti, “Tuhan berfirman Dia ingin kamu mempunyai kesihatan yang baik, dan bahasa Dia akan memberkati kamu sekiranya kamu menuruti Dia”.
Semua pengalaman yang saya lalui berkenaan dengan pergerakan “bahasa lidah” menyebabkan saya begitu tidak senang dengan motivasinya dan sumber yang saya dengar. Kamu mungkin mahu menyimpan perkara ini dalam fikiran sementara kamu membaca apa yang saya katakan tentang 1 Korintus 13:8. Saya akui saya mempunyai prasangka yang negatif tentang subjek ini.
Sebagai hasil dari pengalaman saya, saya mencari dengan teliti untuk menentukan dari tulisan Kitab sama ada Allah meneruskan pengalaman bercakap dalam bahasa lidah ini pada masa kita sekarang. Dua ayat dalam kitab seolah-olah bersangkutan. Yang pertama ialah nubuatan dalam Markus 16:17-18 “Tanda-tanda ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir setan-setan demi nama-Ku, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka, mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh." Beberapa Alkitab mempunyai catatan terhadap Markus 16:9:20 yang menandakan ayat-ayat ini tidak termasuk dalam dua manuskrip yang terbaik. Ini membuat saya waspada terhadap kesimpulan yang diambil dari ayat ini.
Mari kita anggap ayat ini adalah sah. Ianya seolah-olah aneh bagi saya bahawa banyak perkara yang terjadi dari aspek bahasa lidah dalam nubuatan ini, sekiranya ia bermaksud bahawa orang percaya di sepanjang masa kenaikan Kristus sehingga kedatanganNya kembali, harus, boleh atau akan mempunyai pengalaman bahasa lidah.
Bagaimana pula dengan memegang ular? Beberapa kumpulan mempraktikkan perkara ini juga, sekali-sekala dengan akibat yang mematikan. Seperti ahli sihir Firuan, orang yang tidak ercaya melakukan perkara ini juga. Tetapi mengapa Pentakosta tidak menekankan perkara ini seperti bahasa lidah? Atau meminum racun yang mematikan – mengapa Kristian lebih mahu bercakap dalam bahasa lidah daripada memegang ular dan meminum racun yang mematikan? Adakah ianya kerana lebih muda untuk memalsukan bahasa lidah, untuk memalsukan hal menghalau iblis, dan malah memalsukan penyembuhan? Sekiranya saya seorang yang diberkati dengan mukzijat bercakap dalam bahasa lidah, adalah saya takut untuk meminum racun?
Mungkin saya harus lebih takut untuk memalsukan bahasa lidah daripada saya takut meminum racun. Setakat mana sesuainya, selamatnya, dan benarnya untuk memalsukan percakapan dan dalam nama Allah, bahawa Dia telah diberikan mesej yang mana seseorang mendakwa dengan salah telah menerimanya dari Allah?
Perhatikan bahawa Markus 16:17-18 tidak mencadangkan topik secara kebetulan memegang ular, seperti pengalaman Paulus; ianya tidak mencadangkan meminum racun secara kebetulan – ianya hanya berkata, “Sekiranya mereka meminum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka”. Mengapa orang Kristian seharusnya tidak berganjak tanpa merasa cemas untuk meminum racun yang disediakan oleh orang yang tidak percaya untuk mempamerkan kuasa mukzijat Allah, dan kehadiran Allah yang berterusan?
Fahamilah, saya tidak mempunyai keraguan apa saja tentang Allah melakukan semua perkara ini melalui orang-orang pada zaman para rasul. Saya juga tidak mempunyai keraguan tentang kemampuan Allah untuk melakukannya pada zaman kita sekarang. Saya juga tidak mempunyai keraguan apa saja bahawa terdapat ramai orang Kristian yang sama seperti saya, telah berdoa kepada Allah selalu supaya Dia akan memberkati kita dengan pengalaman dalam bahasa lidah sekiranya itu adalah kehendak Dia untuk kita, dan untuk zaman kita.
Satu daripada landasan keraguan saya tentang tujuan Allah meneruskan mukzijat bahasa lidah pada zaman kita adalah berkenaan dengan terjemahan bahasa lidah tersebut. Tidak pernah saya mendengar seseorang yang sukarela untuk menterjemahkannya bagi saudara asing yang dijadualkan untuk berkhotbah bagi kami dan memerlukan penterjemah, apabila sukarela itu tidak tahu tentang bahasa orang yang akan cakap. Mengapa tidak? Sekiranya “penterjemah bahasa lidah” moderen yang ajain itu benar-benar boleh menterjemah, mengapa mereka tidak pernah menjadi sukarela untuk menterjemah bahasa yang mereka tidak tahu sepereti bahasa Perancis, Russia atau Jerman kepada bahasa Inggeris? Mengapa orang yang berbahasa lidah moderen selalunya bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui oleh orang lain yang bercakap dalam bahasa mereka sendiri? Apakah tujuan orang yang memahami bahasa Inggeris untuk bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui kepada orang lain yang juga faham dalam bahasa Inggeris?
1 Korintus 14:13 berkata, “Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya.”. Dan dalam ayat ke-27: “Jika ada yang berkata-kata dengan bahasa roh, biarlah dua atau sebanyak-banyaknya tiga orang, seorang demi seorang, dan harus ada seorang lain untuk menafsirkannya”.
Terus terang saya katakan, saya tidak mempunyai keyakinan dalam terjemahan yang diberikan oleh orang yang hanya mahu menterjemah bahasa “malaikat” dan tidak mahu untuk menterjemah bahasa manusia yang dia tidak tahu.
Dalam menterjemahkan “bahasa malaikat”, tidak ada manusia yang tahu sama ada terjemahan itu betul atau tidak betul – walaupun orang yang “menterjemah” itu tidak pun tahu sama ada dia sedang menterjemahkan dengan betul atau tidak! Dia tidak mempunyai cara untuk memastikan sama ada dia menterjemah dengan betul atau tidak.
1 Korintus 13:1 menyebut kedua-dua “bahasa manusia” dan “bahasa malaikat”. Kecuali penterjemah, sebagai contoh seorang yang tidak tahu bahasa Sepanyol, mampu untuk menterjemah bagi satu daripada saudara orang Sepanyol yang ingin memberikan mesej kepada jemaah yang berbahasa Inggeris, dan menterjemah pada mereka yang memahami bahasa Sepanyol dan Inggeris, kemudian saya tidak mempunmyai alasan untuk mempercayai dia menterjemahkan “bahasa malaikat” dengan betul.
Ini bukanlah satu cabaran yang bodoh. Orang yang boleh mendemonstrasikan perkara ini boleh dengan mudah menyakinkan kami bahawa dia sesungguhnya memberikan terjemahan dengan betul kepada bahasa malaikat juga.
Markus 16:17-18 kedengarannya seolah-olah pengalaman ini adalah satu kebiasaan di kalangan orang yang percaya, bersama dengan mukzijat yang lain. Apakah ayat lain dalam Kitab katakan tentang subjek ini? Bagaimana dengan 1 Korintus 13:8? Ia berbunyi: “Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap”. Bahasa lidah akan “berhenti” – maksudnya? Maksudnya bila?
Saya mendapati terjemahan ini sama seperti pengulas sukan yang melaporkan bahawa satu daripada pasukan “mengalahkan” pasukan yang lain, pasukan yang seterusnya “menggulingkan” pasukan lain; dan pasukan yang ketiga “mengatasi” pasukan yang lain – cuba untuk mempelbagaikan corak penyampaian ulasan. Ia akan membosankan untuk hanya berkata “pasukan ini menang”, “pasukan itu menang”, dan “ pasukan lain menang” bagi setiap permainan. Perkara ini baik dalam arena sukan, tetapi ini tidak memberikan terjemahan yang betul dalam Alkitab.
Versi Berkeley tidak mempunyai tujuan dan serong” “ Kasih tidak pernah pudar. Bagi bernubuat, ianya diterjemahkan dengan tidak berguna; bagi bahasa lidah, ia akan berhenti; bagi pengetahuan, ia akan kehilangan maksudnya”.
Beberapa lagi contoh:
“Kasih adalah kekal. Terdapat mesej yang diinspirasikan, tetapi ianya sementara; terdapat kurnia bercakap, tetapi ianya akan berhenti; terdapat pengetahuan, tetapi ianya akan berlalu” (Alkitab Good News); dan
“Kasih tidak pernah berkesudahan. Adakah ada nubuatan? Pekerjaannya akan berakhir. Adakah terdapat bahasa yang luar biasa? Ianya akan berakhir. Adakah ada pengetahuan? Ia akan hilang” (Alkitab New English).
Tetapi apakah yang manuskrip Yunani katakan? Terjemahan yang paling hampir tepat bagi ayat ini yang saya dapati adalah dalam Alkitab Versi American Standard: “Kasih tidak pernah berkesudahan: tetapi sama ada terdapat nubuatan, ianya akan berlalu, sama ada terdapat bahasa lidah, ianya akan berlalu; sama ada terdapat pengetahuan, ianya akan berlalu”.
Perkataan Yunani bagi kedua-dua tindak-tanduk bagi nubuatan dan pengetahuan adalah perkataan yang sama, dan tidak ada alasan bagi terjemahan yang berlainan bagi dua perkataan ini. Maksud pernyataan ini seolah-olah jelas:
Mukzijat untuk memberikan nubuatan akan berhenti oleh tindakan Allah yang menyediakan informasi bagi nubuatan tersebut.
Ianya jelas bahawa pengetahuan yang tidak didapati secara mukzijat akan berterusan, tetapi tidak didapati secara mukzijat. Ianya sudah atau akan berhenti. Yang telah berhenti adalah hal memperolehi pengetahuan secara mukzijat.
Begitu juga, nubuatan yang sudah diberikan tidak akan dihapuskan – ianya terus menyediakan kesaksian yang kuat kepada pengetahuan Allah dan verifikasi kerja-kerja para hambahNya yang telah diberikan nubuatan tersebut.
Tetapi berkenaan dengan bahasa lidah? “Ianya akan berakhir” – berhenti. Bila? Alkitab tidak memberitahu. Mengapa? Alkitab tidak memberitahu. Jadi apa lagi yang ditinggalkan bagi kita? Kita ditinggalkan denga keperluan saudara seiman yang percaya mereka dengan ajaibnya bercakap dalam bahasa yang asli ( sama ada dalam bahasa malaikat atau manusia), yang rela untuk menyerahkan ujian-ujian yang boleh menentukan kebenaran.
Sediakan pita-rakaman bagi bahasa lidah yang berlangsung dalam sesebuah pertemuan.
Berikan rakaman ini kepada sebanyak mungkin orang yang berlainan yang mempunyai “kurnia” terjemahan. Terjemahan mereka haruslah tetap dan tidak meninggalkan bahagian penting selepas memainkannya berulangkali.
Lakukan ini kepada sebanyak mungkin pembicara yang berlainan dan sebanyak mungkin penterjemah yang berlainan. Biarlah Allah benar – Dia adalah benar. Adakah kita benar? Allah memberikan bukti kepada apa yang Dia nubuatkan.
Biarkan penterjemah itu juga menterjemah satu khotbah dari bahasa manusia moderen yang mereka tidak tahu, dan terjemahannya akan disahkan benar oleh mereka yang tahu kedua-dua bahasa tersebut.
Bilakan bahasa lidah akan berhenti? Pada waktu dimana manusia tidak lagi mampu atau mahu untuk mensahkan terjemahan mereka, pada waktu dimana mereka mula bercakap dalam majlis pertemuan tanpa penterjemah, pada waktu dimana mukzijat yang lain tidak lagi lazim di kalangan orang Kristian yang benar, pada waktu dimana mereka tidak mahu orang lain untuk menterjemah dan hanya ingin melakukannya sendiri.
q