Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[198]
Tuhan Juruselamat Kita [198]
(Edisi 1.0 19970426-19970426)
Identiti Juruselamat sering membingungkan di kalangan umat Kristian. Alkitab nampaknya mengenal pasti kedua-dua Tuhan dan Kristus sebagai Juruselamat. Adakah ini bermakna mereka sama, seperti yang diajarkan umat Trinitarian? Apakah penerangan sebenarnya?
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă 1997 Wade Cox)
(tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Tuhan
Juruselamat Kita [198]
Terdapat banyak teks yang menyatakan Yesus Kristus ialah Juruselamat kita. Begitu juga, banyak teks yang menyatakan Tuhan ialah Juruselamat kita. Umat Trinitarian merumuskan daripada ini bahawa Tuhan dan Kristus adalah persona yang sama dan bahawa mereka hanyalah hypostases atau subelemen makhluk tunggal yang dipanggil Tuhan.
Yudas membezakan antara Allah maha esa Juruselamat kita dengan Yesus Kristus Tuhan kita yang membawa kita dengan tak bernoda kepada Tuhan.
Yudas 24-25 Bagi Dia, yang berkuasa menjaga supaya jangan kamu tersandung dan yang membawa kamu dengan tak bernoda dan penuh kegembiraan di hadapan kemuliaan-Nya, 25 Allah yang esa, Juruselamat kita oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, bagi Dia adalah kemuliaan, kebesaran, kekuatan dan kuasa sebelum segala abad dan sekarang dan sampai selama-lamanya. Amin. (RSV)
Petrus nampaknya menyebut Kristus sebagai Juruselamat dalam 2 Petrus 3:2,18.
2Petrus 3:18 Tetapi bertumbuhlah dalam kasih karunia dan dalam pengenalan akan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan sampai selama-lamanya.
Tema ini bermula dalam 2Petrus 1:1,11.
Mungkin boleh dibahaskan bahawa istilah ini sebenarnya bermakna bahawa Kristus ialah kebenaran dari Tuhan dan Juruselamat kita. Dalam kata lain, Bapa ialah Allah dan Juruselamat kita sementara Kristus ialah Kebenaran Tuhan kerana dia ialah Rupa kemuliaanNya sebagaimana yang digunakan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Maka ini bererti dalam ayat 11 bahawa Kristus juga ialah Pintu masuk ke dalam kerajaan Tuhan kita dan Juruselamat iaitu Allah. Justeru itu, Kristus ialah Kebenaran dan Pintu masuk kerana dia ialah Rupa Kemuliaan Tuhan.
2Petrus 1:1 Dari Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus, kepada mereka yang bersama-sama dengan kami memperoleh iman oleh karena keadilan Allah dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. (RSV)
2Petrus 1:11 Dengan demikian kepada kamu akan dikaruniakan hak penuh untuk memasuki Kerajaan kekal, yaitu Kerajaan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. (RSV)
Pengertian sebegini dibenarkan dalam teks ini dan cocok dengan pengertian Perjanjian Lama akan Rupa Kemuliaan Tuhan.
Bagaimanapun, maksud ini kemudiannya diluaskan dalam 2Petrus 2:20 untuk mengertikan bahawa pengenalan akan Tuhan ialah Yesus Kristus.
2Petrus 2:20 Sebab jika mereka, oleh pengenalan mereka akan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, telah melepaskan diri dari kecemaran-kecemaran dunia, tetapi terlibat lagi di dalamnya, maka akhirnya keadaan mereka lebih buruk dari pada yang semula. (RSV)
Ini boleh ditafsirkan sebagai suatu rujukan kepada hikmat seperti yang dinyatakan dalam Amsal 8:22.
Sesungguhnya, hidup kekal diperolehi dengan mengenali satu-satunya Allah yang benar dan Yesus Kristus yang diutusNya (Yohanes 17:3). Justeru, pandangan ini perlu dikekalkan bahawa Kristus ialah pengenalan atau hikmat Tuhan dan Juruselamat kita iaitu Allah.
Pandangan sebegitu harus diuji dengan semua teks.
Yohanes jelas bahawa Tuhan mengutus Anak untuk menjadi Juruselamat dunia.
1Yohanes 4:14
Dan kami telah melihat dan
bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. (RSV)
Jadi jelas bahawa
Yohanes menganggap Kristus telah diutus oleh Tuhan sebagai Juruselamat dunia.
Paulus
seolah-olah mempunyai pandangan bertentangan yang ditafsirkan menyokong
pandangan Trinitarian bahawa Tuhan dan Kristus berdua ialah Juruselamat dan,
kerana itu, makhluk yang sama. Paulus menguraikan konsep Tuhan sebagai
Juruselamat dalam 1 Timotius.
1Timotius 1:1 Dari Paulus, rasul Kristus Yesus menurut perintah
Allah, Juruselamat kita, dan Kristus Yesus, dasar pengharapan kita. (RSV)
Di sini,
Paulus jelas membezakan antara Allah Juruselamat kita dengan Yesus Kristus
pengharapan kita. Dia meneruskan pandangan ini dalam teks ini.
1Timotius
2:3-6 Itulah yang baik dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, 4
yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan
akan kebenaran. 5 Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi
pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, 6
yang telah menyerahkan diri-Nya sebagai tebusan bagi semua manusia: itu
kesaksian pada waktu yang ditentukan. (RSV)
Di sini kita lihat bahawa Paulus membuat perbezaan jelas antara Allah iaitu Juruselamat dengan Kristus. Paulus bukan seorang Trinitarian.
Dalam 2Timotius, Paulus menuntut kedudukan Juruselamat kepada Kristus.
2Timotius 1:8-10 Jadi janganlah malu bersaksi tentang Tuhan kita dan janganlah malu
karena aku, seorang hukuman karena Dia, melainkan ikutlah menderita bagi
Injil-Nya oleh kekuatan Allah. 9 Dialah yang menyelamatkan kita dan
memanggil kita dengan panggilan kudus, bukan berdasarkan perbuatan kita,
melainkan berdasarkan maksud dan kasih karunia-Nya sendiri, yang telah
dikaruniakan kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman 10
dan yang sekarang dinyatakan oleh kedatangan Juruselamat kita Yesus Kristus,
yang oleh Injil telah mematahkan kuasa maut dan mendatangkan hidup yang tidak
dapat binasa. (RSV)
Daripada
teks ini kita mula nampak perbezaan itu yang timbul dalam Alkitab.
Penjelasannya mudah. Tuhan menyelamatkan kita dan memanggil kita dengan
panggilan kudus sebelum permulaan zaman. Ini dilakukan berdasarkan
maksud dan kasih karuniaNya sendiri yang dikaruniakan kepada kita dalam Kristus
Yesus sebelum permulaan zaman. Malah, Dia mengaruniakan kasih karunia ini
kepada kita dan menulis nama kita di dalam Kitab Kehidupan sebelum dunia
bermula (Wahyu 13:8; 17:8).
Kristus
kemudiannya datang sebagai Juruselamat pilihan Tuhan dan oleh injil telah
menghapuskan kuasa maut dan mendatangkan hidup yang tidak binasa. Dia mati lalu
dibangkitkan melalui kuasa Tuhan dan menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui
kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4).
Oleh itu,
penjelasannya adalah bahawa kuasa Tuhan telah membolehkan Kristus diutus
sebagai Juruselamat pilihan Tuhan kepada dunia.
Sekarang,
adakah lagi apa-apa teks untuk menguji hipotesis in?
Hosea tegas
menyatakan tiada Juruselamat selain Tuhan.
Hosea
13:4 Tetapi Aku adalah TUHAN, Allahmu sejak di tanah Mesir; engkau tidak
mengenal allah kecuali Aku, dan tidak ada juruselamat selain dari Aku. (RSV)
Di sini, Dialah Yahovah (Jehovah) Elohim dan tidak ada Juruselamat selain daripadaNya. Bagaimanapun, kita juga tahu bahawa Dia telah membawa Israel keluar melalui Utusan Yahovah (Jehovah) dan utusan ini ialah Rupa Tuhan dalam padang gurun yang juga merupakan suara Tuhan (lihat Kisah 7:30-31). Tiada seorangpun manusia yang pernah melihat Allah. Satu-satunya Tuhan yang lahir, yang ada di pangkuan Bapa, berfirman (Yohanes 1:18, lihat Marshall’s Interlinear dan juga Syriac).
Tuhan sudah banyak kali memberikan Juruselamat kepada Israel dalam zaman Perjanjian Baru. Dia mengutus Kristus sebagai Utusan dalam Padang Gurun untuk mendukung Israel di atas sayap rajawali. Mesias ialah rajawali itu.
Tuhan juga memberi Juruselamat apabila Israel bertaubat dan melepaskan mereka daripada genggaman orang Asyur. Ini juga ialah Juruselamat mereka.
2Raja-raja 13:5 --TUHAN memberikan kepada orang
Israel seorang penolong (juruselamat), sehingga mereka lepas dari tangan Aram
dan dapat duduk di kemah-kemah mereka seperti yang sudah-sudah. (RSV)
Juruselamat
ini telah diperuntukkan sejak permulaan dunia untuk menyelamatkan Israel.
Kejadian
48:15-16 Sesudah itu
diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak,
telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi
gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat
yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati
orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan
Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah
menjadi jumlah yang besar di bumi." (RSV)
Elohim ini
ialah Malaikat Penyelamatan Israel.
2Samuel
22:2-3 Ia berkata: "Ya, TUHAN, bukit batuku, kubu pertahananku dan
penyelamatku, 3 Allahku, gunung batuku, tempat aku berlindung,
perisaiku, tanduk keselamatanku, kota bentengku, tempat pelarianku,
juruselamatku; Engkau menyelamatkan aku dari kekerasan. (KJV)
2Samuel 22:2-3 2 And he said, The LORD is my rock, and my
fortress, and my deliverer; 3 The God
of my rock; in him will I trust: he is my shield, and the horn of my salvation,
my high tower, and my refuge, my saviour; thou savest me from violence. (KJV)
Inilah
permulaan Nyanyian Daud setelah Yahovah (Jehovah) melepaskannya daripada
genggaman Saul serta musuh-musuhnya (lihat Keluaran 15; Ulangan 32).
Perbezaan
di sini nampaknya adalah antara batu (my rock) itu dengan Allah gunung
batu Daud (God of my rock). Apa yang dimaksudkan di sini ialah gunung
batu iaitu Allah dan batu yang terungkit lepas daripadanya tanpa perbuatan
tangan manusia serta diutus untuk menghancurkan sistem-sistem dunia zaman akhir
pada akhir kerajaan-kerajaan yang disebutkan dalam Daniel Bab 2.
Daniel 2:44-45
Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan
suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan
tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala
kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk
selama-lamanya, 45 tepat seperti yang tuanku lihat, bahwa tanpa
perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan
besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah
memberitahukan kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi
itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai." (KJV)
Mazmur
(106:21) merujuk kepada El Juruselamat Israel yang membawa mereka keluar dari
Mesir. Rujukan ini pada akhir kitab keempat atau buku Bilangan untuk Mazmur
mengisahkan Perhentian untuk Bumi dan memandang ke arah kedatangan Kerajaan
Tuhan.
Istilah
Ibrani ialah Dalam Padang Gurun (bemidbar) yang diperolehi
daripada perkataan kelima dalam ayat 1. Istilah Bilangan ini didapati daripada Numeri
Latin Vulgate yang menterjemahkan Arithmoi Yunani dalam LXX.
Buku
Bilangan ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama mengisahkan Keinginan
untuk Perhentian untuk Bumi (Mazmur 91 hingga 94). Peringkat kedua
mengisahkan Perhentian untuk Bumi Dijangkakan (Mazmur 95 hingga 100).
Bahagian terakhirnya ialah Mazmur 101 hingga 105. Ini ialah Perhentian untuk
Bumi Dirayakan. Dosa telah memasuki dunia dan kerana itu bumi dan bukan
hanya manusia dibinasakan. Buku Bilangan ini dengan sendirinya memerlukan
penguraian tetapi dari sini kita dapat lihat bahawa Mazmur 106 merujuk kepada
ringkasan akhir cara Tuhan bertindak terhadap Israel dan penantian hakikat
janji Juruselamat. Daripada Mazmur 90 dan 91 kita perhatikan kontrasnya kerana
semua ini sebenarnya satu Mazmur yang ditulis Musa dalam dua bahagian pada
permulaan tempoh hukuman tiga puluh lapan tahun dalam padang gurun. Mazmur 91
menggambarkan perbezaan mereka yang berada di bawah Naungan Yang Mahakuasa. Di
sini mereka dilindungi oleh Juruselamat yang dikatakan sudah dilupai dalam
Mazmur 106 namun Israel diselamatkan dan bumi mengalami perhentian pada akhir
proses ini. Justeru, Juruselamat di sini juga ialah penebus (penyelamat) Israel
dan kerana itu merujuk kepada Mesias sebagai Rupa Tuhan dalam padang gurun.
Juruselamat dijelaskan untuk pertama kalinya secara terperinci dalam Yesaya.
Tuhan memberi perintah kepada Malaikat Yahovah (Jehovah) untuk berfirman melalui nabi Yesaya untuk mengumumkan Juruselamat yang akan datang sebagai Mesias. Tuhan memerintahkan pendirian mezbah bagi Yahovah di Mesir dalam Yesaya 19:19. Tuhan akan mengirim seorang juruselamat untuk mereka, yang akan berjuang dan melepaskan mereka.
Yesaya 19:19-25 Pada waktu itu akan ada mezbah
bagi TUHAN di tengah-tengah tanah Mesir dan tugu peringatan bagi TUHAN pada
perbatasannya. 20 Itu akan menjadi tanda kesaksian bagi TUHAN semesta alam di
tanah Mesir: apabila mereka berseru kepada TUHAN oleh karena orang-orang
penindas, maka Ia akan mengirim seorang juruselamat kepada mereka, yang akan
berjuang dan akan melepaskan mereka. 21 TUHAN akan menyatakan diri kepada orang
Mesir, dan orang Mesir akan mengenal TUHAN pada waktu itu; mereka akan
beribadah dengan korban sembelihan dan korban sajian, dan mereka akan bernazar
kepada TUHAN serta membayar nazar itu. 22 TUHAN akan menghajar orang Mesir,
akan menghajar dan menyembuhkan; dan mereka akan berbalik kepada TUHAN dan Ia
akan mengabulkan doa mereka serta menyembuhkan mereka. 23 Pada waktu itu akan
ada jalan raya dari Mesir ke Asyur, sehingga orang Asyur dapat masuk ke Mesir
dan orang Mesir ke Asyur, dan Mesir akan beribadah bersama-sama Asyur. 24 Pada
waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir dan di samping
Asyur, suatu berkat di atas bumi, 25 yang diberkati oleh TUHAN semesta alam
dengan berfirman: "Diberkatilah Mesir, umat-Ku, dan Asyur, buatan
tangan-Ku, dan Israel, milik pusaka-Ku." (KJV)
Mezbah ini ialah Bait di Leontopolis (Tell el-Muqdam) dalam daerah Heliopolis yang didirikan oleh imam besar Onias IV dan ditutup menurut perintah Vespasian pada 71 CE selepas kejatuhan Bait Yerusalem. Bait ini didirikan sekitar 160 BCE dan tetap berfungsi sepenuhnya sebagai bait sehingga pembubaran bangsa malah selepas kejatuhan Yerusalam pada 70 CE. Ia didirikan khas untuk pengiriman Mesias ke dalam Mesir dan dibina sebagai tanda bahawa Tuhan akan menyelamatkan Mesir bersama Asyur di samping Israel.
Nubuatan ini mengambil masa dua ribu tahun untuk lengkap. Nubuatan ini merentang kedatangan pertama dan kedua Mesias dan itulah sebabnya nubuatan ini difahami sepenuhnya oleh Kekristianan. Mereka tidak memahami erti kedatangan-kedatangan itu serta pemerintahan Mesias di bawah sistem milenium. Kebanyakannya meninggalkan Milenialisme atau Chiliasme (Kiliasme) sebagaimana ini dipanggil dan kerana itu tidak memahami nubuatan ini.
Yesaya berbicara tentang Yang Kudus Israel iaitu Juruselamat. Yesaya membangunkan konsep Tuhan sebagai Juruselamat serta pengiriman Juruselamat oleh Tuhan seperti yang dijanjikan dalam Yesaya 19:20. Kita temui proses ini dalam Yesaya 43 dan, melalui Yesaya 44:6, suatu keduaan terbentuk di mana terdapat dua entiti terbabit dalam proses ini. Seorang ialah Tuhan Raja Israel dan seorang lagi ialah Penebusnya Tuhan Semesta Alam atau Yahovah Semesta Alam. Justeru, perbezaannya adalah bahawa Yahovah raja Israel ialah bawahan (subordinat) kepada dan Ditebus oleh Tuhannya iaitu Yahovah Semesta Alam atau Sang Mahatinggi, Elyon, iaitu Allah atau Allah Bapa. Tuhan ini memuliakan Mesias sebagai Elohim melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dia mengaruniakan bangsa Israel kepada Yahovah Israel sebagai milik pusakanya (lihat Ulangan 32:8-9 RSV).
Ulangan 32:8-9 Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. 9 Tetapi bagian TUHAN (Yahovah) ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya. (RSV)
Juruselamat ialah gelaran ketiga daripada tiga gelaran dalam Yesaya 43:3. Tuhan menjanjikan pelepasan masa depan untuk Israel dalam ayat 2. Ini bukan janji khusus kepada bangsa Saxon, dan juga tidak terbatas kepada jemaat (lihat Companion Bible nota kepada ayat 2).
Yesaya 43:1-4 Tetapi sekarang, beginilah
firman TUHAN yang menciptakan engkau, hai Yakub, yang membentuk engkau, hai
Israel: "Janganlah takut, sebab Aku telah menebus engkau, Aku telah
memanggil engkau dengan namamu, engkau ini kepunyaan-Ku. 2 Apabila
engkau menyeberang melalui air, Aku akan menyertai engkau, atau melalui
sungai-sungai, engkau tidak akan dihanyutkan; apabila engkau berjalan melalui
api, engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api tidak akan membakar engkau. 3
Sebab Akulah TUHAN, Allahmu, Yang Mahakudus, Allah Israel, Juruselamatmu. Aku
menebus engkau dengan Mesir, dan memberikan Etiopia dan Syeba sebagai gantimu. 4
Oleh karena engkau berharga di mata-Ku dan mulia, dan Aku ini mengasihi engkau,
maka Aku memberikan manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti
nyawamu. (RSV)
Di sini terdapat janji penebusan Yakub dan Israel. Apa yang tidak difahami tentang teks ini adalah bahawa terdapat tipe / anti-tipe antara Yakub dan Israel dengan dua saksi zaman akhir. Ini telah mengakibatkan kebingungan ramai orang (lihat karya Saksi-saksi (No. 135)).
Tuhan mengumumkan Dia akan membawa Yakub dan Israel keluar dari antara bangsa-bangsa dan menebus mereka. Tuhan memberi perintah untuk membawa tampil mereka yang buta sekalipun ada matanya dan mereka yang tuli sekalipun ada telinganya (Yesaya 43:8). Komen ini merujuk kepada pengertian yang dikaruniakan oleh Roh Kudus. Bangsa-bangsa dicabar untuk memberi keterangan dan menjadi saksi bagi hal-hal dahulu supaya mereka boleh memahami kebenaran dan dibenarkan. Orang yang akan dipulihkan ialah mereka yang dipanggil dengan nama Tuhan. Tuhan telah memilih Yakub dan Israel sebagai saksi-saksiNya.
Yesaya 43:10-21 "Kamu inilah
saksi-saksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang telah
Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap
Dia. Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi.
11 Aku, Akulah TUHAN dan tidak ada juruselamat selain dari pada-Ku. 12
Akulah yang memberitahukan, menyelamatkan dan mengabarkan, dan bukannya allah
asing yang ada di antaramu. Kamulah saksi-saksi-Ku," demikianlah firman
TUHAN, "dan Akulah Allah. 13 Juga seterusnya Aku tetap Dia, dan
tidak ada yang dapat melepaskan dari tangan-Ku; Aku melakukannya, siapakah yang
dapat mencegahnya?" 14 Beginilah firman TUHAN, Penebusmu, Yang
Mahakudus, Allah Israel: "Oleh karena kamu Aku mau menyuruh orang ke Babel
dan mau membuka semua palang-palang pintu penjara, dan sorak-sorai orang Kasdim
menjadi keluh kesah. 15 Akulah TUHAN, Yang Mahakudus, Allahmu,
Rajamu, yang menciptakan Israel." 16 Beginilah firman TUHAN,
yang telah membuat jalan melalui laut dan melalui air yang hebat, 17
yang telah menyuruh kereta dan kuda keluar untuk berperang, juga tentara dan
orang gagah--mereka terbaring, tidak dapat bangkit, sudah mati, sudah padam
sebagai sumbu--, 18 firman-Nya: "Janganlah ingat-ingat hal-hal
yang dahulu, dan janganlah perhatikan hal-hal yang dari zaman purbakala! 19
Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, yang sekarang sudah tumbuh,
belumkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di padang gurun dan
sungai-sungai di padang belantara. 20 Binatang hutan akan memuliakan
Aku, serigala dan burung unta, sebab Aku telah membuat air memancar di padang
gurun dan sungai-sungai di padang belantara, untuk memberi minum umat
pilihan-Ku; 21 umat yang telah Kubentuk bagi-Ku akan memberitakan
kemasyhuran-Ku." (RSV)
Di sini, Yahovah ialah elohim Israel, Dialah Yang Mahakudus dan Juruselamat mereka.
Teks ini menunjukkan proses penyerahan kuasa daripada Bapa kepada Mesias sebagai Elohim yang diurapi oleh elohim melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7).
Dalam Yesaya 45 kita perhatikan delegasi kuasa ini serta tujuannya untuk membangkitkan mereka yang diurapi untuk keselamatan Yakub, hamba Tuhan, dan Israel, umat pilihan Tuhan (Yesaya 45:1-4). Apa yang dimaksudkan di sini ialah Bapa seperti yang dilihat daripada Yesaya 45:1 dan seterusnya.
Yesaya 45:11-25 Beginilah firman TUHAN, Yang
Mahakudus, Allah dan Pembentuk Israel: "Kamukah yang mengajukan pertanyaan
kepada-Ku mengenai anak-anak-Ku, atau memberi perintah kepada-Ku mengenai yang
dibuat tangan-Ku? 12 Akulah yang menjadikan bumi dan yang
menciptakan manusia di atasnya; tangan-Kulah yang membentangkan langit, dan
Akulah yang memberi perintah kepada seluruh tentaranya. 13 Akulah
yang menggerakkan Koresh untuk maksud penyelamatan, dan Aku akan meratakan
segala jalannya; dialah yang akan membangun kota-Ku dan yang akan melepaskan
orang-orang-Ku yang ada dalam pembuangan, tanpa bayaran dan tanpa suap,"
firman TUHAN semesta alam. 14 Beginilah firman TUHAN: "Hasil
tanah dari Mesir dan segala laba dari Etiopia dan orang-orang Syeba,
orang-orang yang tinggi perawakannya, akan pindah kepadamu dan menjadi
kepunyaanmu, mereka akan berjalan di belakangmu dengan dirantai; mereka akan
sujud kepadamu dan akan membujuk engkau, katanya: Hanya di tengah-tengahmu ada
Allah, dan tidak ada yang lain; di samping Dia tidak ada Allah! 15
Sungguh, Engkau Allah yang menyembunyikan diri, Allah Israel, Juruselamat. 16
Tetapi tukang-tukang berhala harus mundur dengan penuh noda, semuanya akan
mendapat malu dan kena noda juga. 17 Sedangkan Israel diselamatkan
oleh TUHAN dengan keselamatan yang selama-lamanya; kamu tidak akan mendapat
malu dan tidak akan kena noda sampai selamanya dan seterusnya." 18
Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, --Dialah Allah--yang
membentuk bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, --dan Ia
menciptakannya bukan supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk
didiami--:"Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain. 19 Tidak
pernah Aku berkata dengan sembunyi atau di tempat bumi yang gelap. Tidak pernah
Aku menyuruh keturunan Yakub untuk mencari Aku dengan sia-sia! Aku, TUHAN,
selalu berkata benar, selalu memberitakan apa yang lurus." 20
"Berhimpunlah dan datanglah, tampillah bersama-sama, hai kamu sekalian
yang terluput di antara bangsa-bangsa! Tiada berpengetahuan orang-orang yang
mengarak patung dari kayu dan yang berdoa kepada allah yang tidak dapat
menyelamatkan. 21 Beritahukanlah dan kemukakanlah alasanmu, ya,
biarlah mereka berunding bersama-sama: Siapakah yang mengabarkan hal ini dari
zaman purbakala, dan memberitahukannya dari sejak dahulu? Bukankah Aku, TUHAN?
Tidak ada yang lain, tidak ada Allah selain dari pada-Ku! Allah yang adil dan
Juruselamat, tidak ada yang lain kecuali Aku! 22 Berpalinglah
kepada-Ku dan biarkanlah dirimu diselamatkan, hai ujung-ujung bumi! Sebab
Akulah Allah dan tidak ada yang lain. 23 Demi Aku sendiri Aku telah
bersumpah, dari mulut-Ku telah keluar kebenaran, suatu firman yang tidak dapat
ditarik kembali: dan semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku, dan akan
bersumpah setia dalam segala bahasa, 24 sambil berkata: Keadilan dan
kekuatan hanya ada di dalam TUHAN. Semua orang yang telah bangkit amarahnya
terhadap Dia akan datang kepada-Nya dan mendapat malu, 25 tetapi
seluruh keturunan Israel akan nyata benar dan akan bermegah di dalam
TUHAN."(RSV)
Dalam teks ini kita temui Yahovah Semesta Alam bercakap tentang Penebus yang diurapi yang akan membangkitkan kota-kota Israel bukan demi ganjaran. Di sini Tuhanlah Juruselamat. Namun Tuhan sudah mengumumkan daripada Yesaya 19:20 bahawa Dia akan mengumumkan seorang yang diurapi atau Juruselamat dan, dengan itu, fungsi Juruselamat ialah fungsi yang diserahkan. Di sini Tuhan prihatin dengan anak-anakNya (Yesaya 45:11).
Yesaya 45:23 dikutip dalam Roma 14:11 dan Filipi 2:10. Paulus jelas memakai teks ini sebagai merujuk kepada Tuhan dan bukan kepada Kristus.
Roma 14:10-12 Tetapi engkau, mengapakah engkau
menghakimi saudaramu? Atau mengapakah engkau menghina saudaramu? Sebab kita
semua harus menghadap takhta pengadilan Allah. 11 Karena ada
tertulis: "Demi Aku hidup, demikianlah firman Tuhan, semua orang akan
bertekuk lutut di hadapan-Ku dan semua orang akan memuliakan Allah." 12
Demikianlah setiap orang di antara kita akan memberi pertanggungan jawab
tentang dirinya sendiri kepada Allah. (RSV)
Paulus
menjelaskan lebih lanjut dalam Filipi bahawa hal ini dikukuhkan oleh Mesias
selepas pemuliaannya sesudah kematian dan kebangkitannya kerana ketaatannya
(lihat Roma 1:4).
Filipi 2:5-11 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh
pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang
walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai
milik yang harus dipertahankan [dicapai, RSV], 7 melainkan telah
mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi
sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah
merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9
Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama
di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut
segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi,
11 dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan,"
bagi kemuliaan Allah, Bapa!
6 who, though he was in the form
of God, did not count equality with God a thing to be grasped, (RSV)
Justeru
Paulus memahaminya sebagai proses delegasi kuasa daripada Bapa kepada Mesias
bagi kemuliaan Allah Bapa. Tiada keduaan Trinitarian atau Modalist untuk Tuhan
tetapi sebaliknya suatu proses delegasi kuasa dan wibawa melalui ketaatan.
Kristus mempunyai rupa Tuhan namun tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan
sebagaimana yang dilakukan Iblis (Yesaya 14:14; Yehezkiel 28:14-18).
Yesaya 49
menyebut bahawa Mesias dipanggil sejak dari kandungan dan mulutnya dijadikan
sebagai pedang yang tajam.
Yesaya 49:1-6 Dengarkanlah aku, hai pulau-pulau, perhatikanlah, hai
bangsa-bangsa yang jauh! TUHAN telah memanggil aku sejak dari kandungan telah
menyebut namaku sejak dari perut ibuku. 2 Ia telah membuat mulutku
sebagai pedang yang tajam dan membuat aku berlindung dalam naungan tangan-Nya.
Ia telah membuat aku menjadi anak panah yang runcing dan menyembunyikan aku
dalam tabung panah-Nya. 3 Ia berfirman kepadaku: "Engkau adalah
hamba-Ku, Israel, dan olehmu Aku akan menyatakan keagungan-Ku." 4
Tetapi aku berkata: "Aku telah bersusah-susah dengan percuma, dan telah
menghabiskan kekuatanku dengan sia-sia dan tak berguna; namun, hakku terjamin
pada TUHAN dan upahku pada Allahku." 5 Maka sekarang firman
TUHAN, yang membentuk aku sejak dari kandungan untuk menjadi hamba-Nya, untuk
mengembalikan Yakub kepada-Nya, dan supaya Israel dikumpulkan kepada-Nya--maka
aku dipermuliakan di mata TUHAN, dan Allahku menjadi kekuatanku--,firman-Nya: 6
"Terlalu sedikit bagimu hanya untuk menjadi hamba-Ku, untuk menegakkan
suku-suku Yakub dan untuk mengembalikan orang-orang Israel yang masih
terpelihara. Tetapi Aku akan membuat engkau menjadi terang bagi bangsa-bangsa
supaya keselamatan yang dari pada-Ku sampai ke ujung bumi." (RSV)
Di sini, Mesias dijadikan sebagai terang bagi bangsa-bangsa supaya keselamatan Tuhan dapat sampai ke hujung bumi. Di sini kita tahu bahawa keselamatan diluaskan melalui Israel. Justeru, Mesias menjadi Israel dan, dengan itu, Jemaat diramalkan sebagai tubuh Kristus dan sebagai tubuh Israel, dan satu-satunya jalan keselamatan melalui Yesus Kristus.
Tuhan telah menetapkan bahawa raja-raja akan bangkit dan sujud menyembah dia yang dijijikkan mereka, hamba penguasa-penguasa.
Yesaya 49:7-13 Beginilah firman TUHAN, Penebus
Israel, Allahnya yang Mahakudus, kepada dia yang dihinakan orang, kepada dia
yang dijijikkan bangsa-bangsa, kepada hamba penguasa-penguasa: "Raja-raja
akan melihat perbuatan-Ku, lalu bangkit memberi hormat, dan pembesar-pembesar
akan sujud menyembah, oleh karena TUHAN yang setia oleh karena Yang Mahakudus,
Allah Israel, yang memilih engkau." 8 Beginilah firman TUHAN:
"Pada waktu Aku berkenan, Aku akan menjawab engkau, dan pada hari Aku
menyelamatkan, Aku akan menolong engkau; Aku telah membentuk dan memberi
engkau, menjadi perjanjian bagi umat manusia, untuk membangunkan bumi kembali
dan untuk membagi-bagikan tanah pusaka yang sudah sunyi sepi, 9
untuk mengatakan kepada orang-orang yang terkurung: Keluarlah! kepada
orang-orang yang ada di dalam gelap: Tampillah! Di sepanjang jalan mereka
seperti domba yang tidak pernah kekurangan rumput, dan di segala bukit
gundulpun tersedia rumput bagi mereka. 10 Mereka tidak menjadi lapar
atau haus; angin hangat dan terik matahari tidak akan menimpa mereka, sebab
Penyayang mereka akan memimpin mereka dan akan menuntun mereka ke dekat
sumber-sumber air. 11 Aku akan membuat segala gunung-Ku menjadi
jalan dan segala jalan raya-Ku akan Kuratakan. 12 Lihat, ada orang
yang datang dari jauh, ada dari utara dan dari barat, dan ada dari tanah
Sinim." 13 Bersorak-sorailah, hai langit, bersorak-soraklah, hai bumi, dan
bergembiralah dengan sorak-sorai, hai gunung-gunung! Sebab TUHAN menghibur
umat-Nya dan menyayangi orang-orang-Nya yang tertindas. (RSV)
Justeru
Mesias ditindas dan dihina, namun Tuhan memuliakannya dan dia menjadi instrumen
Tuhan untuk keselamatan bangsa-bangsa. Dia akan menjadi Yang Mahakudus. Tuhan
berkata bahawa Sion akan mengatakan bahawa Yahovah telah meninggalkan dan
melupakannya. Tuhan mengumumkan Dia akan menyelamatkan Israel.
Yesaya
49:22-26 Beginilah firman Tuhan
ALLAH: "Lihat, Aku akan mengangkat tangan-Ku sebagai tanda untuk
bangsa-bangsa dan memasang panji-panji-Ku untuk suku-suku bangsa, maka mereka
akan menggendong anak-anakmu laki-laki dan anak-anakmu perempuan akan didukung
di atas bahunya. 23 Maka raja-raja akan menjadi pengasuhmu dan
permaisuri-permaisuri mereka menjadi inangmu. Mereka akan sujud kepadamu dengan
mukanya sampai ke tanah dan akan menjilat debu kakimu. Maka engkau akan
mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, dan bahwa orang-orang yang menanti-nantikan Aku
tidak akan mendapat malu." 24 Dapatkah direbut kembali jarahan
dari pahlawan atau dapatkah lolos tawanan orang gagah? 25 Sungguh,
beginilah firman TUHAN: "Tawanan pahlawanpun dapat direbut kembali, dan
jarahan orang gagah dapat lolos, sebab Aku sendiri akan melawan orang yang
melawan engkau dan Aku sendiri akan menyelamatkan anak-anakmu. 26
Aku akan memaksa orang-orang yang menindas engkau memakan dagingnya sendiri,
dan mereka akan mabuk minum darahnya sendiri, seperti orang mabuk minum anggur
baru, supaya seluruh umat manusia mengetahui, bahwa Aku, TUHAN, adalah
Juruselamatmu dan Penebusmu, Yang Mahakuat, Allah Yakub." (RSV)
Jadi Mesias dikirimkan Tuhan sebagai Juruselamat untuk mendirikan Janji Tuhan sebagai Juruselamat untuk dan bagi pihak Tuhan. Yesaya menyatakan ini berlangsung sehingga zaman akhir dan kedatangan Mesias ke Sion. Tiada kedamaian pada masa ini. Keadilan dan kebenaran diabaikan dan penghakiman diterbalikkan (Yesaya 59:1-14). Tuhan melihat keadaan ini serta ketiadaan pengantara dan kerana itu Dia bertindak.
Yesaya 59:15-21 Dengan demikian kebenaran telah hilang, dan siapa yang menjauhi
kejahatan, ia menjadi korban rampasan. Tetapi TUHAN melihatnya, dan adalah
jahat di mata-Nya bahwa tidak ada hukum. 16 Ia melihat bahwa tidak
seorangpun yang tampil, dan Ia tertegun karena tidak ada yang membela. Maka
tangan-Nya sendiri memberi Dia pertolongan, dan keadilan-Nyalah yang membantu
Dia. 17 Ia mengenakan keadilan sebagai baju zirah dan ketopong
keselamatan ada di kepala-Nya; Ia mengenakan pakaian pembalasan dan
menyelubungkan kecemburuan sebagai jubah. 18 Sesuai dengan
perbuatan-perbuatan orang, demikianlah Ia memberi pembalasan: kehangatan murka
kepada lawan-lawan-Nya, ganjaran kepada musuh-musuh-Nya; bahkan kepada
pulau-pulau yang jauh Ia memberi ganjaran. 19 Maka orang akan takut
kepada nama TUHAN di tempat matahari terbenam dan kepada kemuliaan-Nya di
tempat matahari terbit, sebab Ia akan datang seperti arus dari tempat yang
sempit, yang didorong oleh nafas TUHAN. 20 Dan Ia akan datang
sebagai Penebus untuk Sion dan untuk orang-orang Yakub yang bertobat dari
pemberontakannya, demikianlah firman TUHAN. 21 Adapun Aku, inilah
perjanjian-Ku dengan mereka, firman TUHAN: Roh-Ku yang menghinggapi engkau dan
firman-Ku yang Kutaruh dalam mulutmu tidak akan meninggalkan mulutmu dan mulut
keturunanmu dan mulut keturunan mereka, dari sekarang sampai selama-lamanya,
firman TUHAN. (RSV)
Kristus diutus Tuhan pada waktu yang ditetapkan. Pengertian penuh ini disampaikan melalui Yesaya 60:1-7.
Yesaya 60:1-7 Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang, dan kemuliaan
TUHAN terbit atasmu. 2 Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi,
dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan
kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu. 3 Bangsa-bangsa berduyun-duyun
datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu. 4
Angkatlah mukamu dan lihatlah ke sekeliling, mereka semua datang berhimpun
kepadamu; anak-anakmu laki-laki datang dari jauh, dan anak-anakmu perempuan
digendong. 5 Pada waktu itu engkau akan heran melihat dan
berseri-seri, engkau akan tercengang dan akan berbesar hati, sebab kelimpahan
dari seberang laut akan beralih kepadamu, dan kekayaan bangsa-bangsa akan
datang kepadamu. 6 Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu,
unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan
membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. 7
Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot
akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku
sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah
keagungan-Ku. (RSV)
Yang
Mahakudus Israel mengagungkan Israel dalam nama Tuhan. Inilah pengertian penuh
Yesaya 60:8-22. Yerusalem akan dipulihkan sebagai Kota Kudus setelah lama
terbiar gersang.
Yesaya
60:15-22 Sebagai ganti keadaanmu dahulu, ketika engkau ditinggalkan,
dibenci dan tidak disinggahi seorangpun, sekarang Aku akan membuat engkau
menjadi kebanggaan abadi, menjadi kegirangan turun-temurun. 16
Engkau akan mengisap susu bangsa-bangsa dan akan meminum susu kerajaan-kerajaan
maka engkau akan mengetahui, bahwa Akulah, TUHAN, Juruselamatmu, dan Penebusmu,
Yang Mahakuasa, Allah Yakub. 17 Sebagai ganti tembaga Aku akan
membawa emas, dan sebagai ganti besi Aku akan membawa perak, sebagai ganti
kayu, tembaga, dan sebagai ganti batu, besi; Aku akan memberikan damai
sejahtera dan keadilan yang akan melindungi dan mengatur hidupmu. 18
Tidak akan ada lagi kabar tentang perbuatan kekerasan di negerimu, tentang
kebinasaan atau keruntuhan di daerahmu; engkau akan menyebutkan tembokmu
"Selamat" dan pintu-pintu gerbangmu "Pujian". 19
Bagimu matahari tidak lagi menjadi penerang pada siang hari dan cahaya bulan
tidak lagi memberi terang pada malam hari, tetapi TUHAN akan menjadi penerang
abadi bagimu dan Allahmu akan menjadi keagunganmu. 20 Bagimu akan
ada matahari yang tidak pernah terbenam dan bulan yang tidak surut, sebab TUHAN
akan menjadi penerang abadi bagimu, dan hari-hari perkabunganmu akan berakhir. 21
Pendudukmu semuanya orang-orang benar, mereka memiliki negeri untuk selama-lamanya;
mereka sebagai cangkokan yang Kutanam sendiri untuk memperlihatkan
keagungan-Ku. 22 Yang paling kecil akan menjadi kaum yang besar, dan
yang paling lemah akan menjadi bangsa yang kuat; Aku, TUHAN, akan
melaksanakannya dengan segera pada waktunya. (RSV)
Dari sini
kita dibawa terus kepada titik pusat keselamatan ini dalam Yesaya 61:1-11.
Yesaya 61:1-11 Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN
telah mengurapi aku; Ia telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada
orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk
memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang
terkurung kelepasan dari penjara, 2 untuk memberitakan tahun rahmat
TUHAN dan hari pembalasan Allah kita, untuk menghibur semua orang berkabung, 3
untuk mengaruniakan kepada mereka perhiasan kepala ganti abu, minyak untuk
pesta ganti kain kabung, nyanyian puji-pujian ganti semangat yang pudar, supaya
orang menyebutkan mereka "pohon tarbantin kebenaran", "tanaman
TUHAN" untuk memperlihatkan keagungan-Nya. 4 Mereka akan
membangun reruntuhan yang sudah berabad-abad, dan akan mendirikan kembali
tempat-tempat yang sejak dahulu menjadi sunyi; mereka akan membaharui kota-kota
yang runtuh, tempat-tempat yang telah turun-temurun menjadi sunyi. 5
Orang-orang luar akan melayani kamu sebagai gembala kambing dombamu, dan
orang-orang asing akan bekerja bagimu sebagai petani dan tukang kebun anggurmu.
6 Tetapi kamu akan disebut imam TUHAN dan akan dinamai pelayan Allah
kita. Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa dan akan memegahkan diri
dengan segala harta benda mereka. 7 Sebagai ganti bahwa kamu
mendapat malu dua kali lipat, dan sebagai ganti noda dan ludah yang menjadi
bagianmu, kamu akan mendapat warisan dua kali lipat di negerimu dan sukacita
abadi akan menjadi kepunyaanmu. 8 Sebab Aku, TUHAN, mencintai hukum,
dan membenci perampasan dan kecurangan; Aku akan memberi upahmu dengan tepat,
dan akan mengikat perjanjian abadi dengan kamu. 9 Keturunanmu akan
terkenal di antara bangsa-bangsa, dan anak cucumu di tengah-tengah suku-suku
bangsa, sehingga semua orang yang melihat mereka akan mengakui, bahwa mereka
adalah keturunan yang diberkati TUHAN. 10 Aku bersukaria di dalam
TUHAN, jiwaku bersorak-sorai di dalam Allahku, sebab Ia mengenakan pakaian keselamatan
kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah kebenaran, seperti pengantin
laki-laki yang mengenakan perhiasan kepala dan seperti pengantin perempuan yang
memakai perhiasannya. 11 Sebab seperti bumi memancarkan
tumbuh-tumbuhan, dan seperti kebun menumbuhkan benih yang ditaburkan,
demikianlah Tuhan ALLAH akan menumbuhkan kebenaran dan puji-pujian di depan
semua bangsa-bangsa. (RSV)
Kristus mengucapkan kata-kata dalam Yesaya 61:1-2 namun berhenti sejenak pada ayat 2 pada rangkap tahun rahmat Tuhan. Ayat selebihnya Hari pembalasan Allah kita ialah kedatangan kedua dan waktu itu belum lagi tiba malah tidak akan sampai selama kira-kira dua ribu tahun lagi (atau empat puluh Yobel). Bagaimanapun, Kristus menyatakan daripada pembacaan ini (Lukas 4:18-19) bahawa dialah Mesias iaitu Juruselamat Israel yang diutus oleh Tuhan untuk berfirman dalam roh atau ruach Adonai Yahovah untuk menyelamatkan mereka.
Di sini kita dipakaikan pakaian keselamatan dan jubah kebenaran sebagaimana pengantin lelaki dan pengantin perempuan menghiasi diri mereka. Justeru, Mesias ialah Juruselamat sebagai pengantin lelaki Israel dan umat pilihan ialah pengantin-pengantin perempuan yang ditentukan Tuhan untuk menjadi umat pilihan serta keluarga Tuhan sebagai anak-anak Tuhan. Kita akan memerintah dari Yerusalem yang Kudus (Yesaya 62:1-12). Dari waktu ini kita menjadi bangsa kudus, umat tebusan Tuhan (Yesaya 62:11-12) . Inilah pengertian istilah-istilah imam-imam pilihan dan bangsa raja, dan kita akan memerintah di bumi (Wahyu 5:10).
Justeru, kita dapati bahawa Tuhan ialah Juruselamat kita semua. Dia menetapkan Mesias sebagai wakilNya dan kerana itu Mesias ialah Juruselamat secara delegasi sehingga setiap penguasa dan pemerintah ditaklukkan di bawahnya. Dengan ini, Maria (atau Mariam) boleh bergembira dalam Tuhan Juruselamatnya apabila tahu dia akan melahirkan Mesias (Lukas 1:47). Pengertian istilah Juruselamat yang digunakan bagi Mesias dalam Lukas 2:11 ialah pengertian bukan tertentu ini.
Lukas 2:11 Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota
Daud. (RSV)
Luke 2:11 for to
you is born this day in the city of David a Savior, who is Christ the
Lord. (RSV)
Tiada penggunaan artikel (kata sandang) penentu dengan istilah sőter (SHD 4990). Istilah ini tetap dan menterjemahkan SHD 3467 yâsha’ yang bermakna terbuka luas atau bebas – justeru, selamat atau membebaskan atau membantu.
Juruselamat ini memang dinantikan dan orang Samaria mengakui bahawa ini ialah Yesus Kristus (Yohanes 4:42).
Petrus dan rasul-rasul lain menjelaskan sifat Kristus sebagai Juruselamat.
Kisah 5:30-32 Allah nenek moyang kita telah membangkitkan Yesus, yang kamu gantungkan pada kayu salib dan kamu bunuh. 31 Dialah yang telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan menerima pengampunan dosa. 32 Dan kami adalah saksi dari segala sesuatu itu, kami dan Roh Kudus, yang dikaruniakan Allah kepada semua orang yang mentaati Dia." (RSV)
Jelas diketahui bahawa Tuhan telah membangkitkannya bagi Israel. Oleh itu, Mesias ialah Juruselamat melalui delegasi kuasa.
Kisah 13:22-23 Setelah Saul disingkirkan, Allah
mengangkat Daud menjadi raja mereka. Tentang Daud Allah telah menyatakan: Aku
telah mendapat Daud bin Isai, seorang yang berkenan di hati-Ku dan yang
melakukan segala kehendak-Ku. 23 Dan dari keturunannyalah, sesuai
dengan yang telah dijanjikan-Nya, Allah telah membangkitkan Juruselamat bagi
orang Israel, yaitu Yesus. (RSV)
Tuhan telah
mengangkat Kristus sebagai Juruselamat. Jadi, kecukupan korban Yesus Kristus
sebagai Juruselamat kita tidak boleh dipersoalkan.
Hubungan
Juruselamat dengan mereka yang diselamatkan amat penting bagi tujuan Tuhan.
Efesus 5:23 karena
suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah
yang menyelamatkan tubuh. (RSV)
Justeru
Tuhan adalah sebahagian daripada Kristus sebagaimana Dia sebahagian daripada
kita. Tuhan ialah Juruselamat kita dan begitu juga Kristus kerana mereka ada di
dalam kita dan kita di dalam mereka. Kewargaan kita adalah di dalam syurga
sebagai sebahagian daripada keluarga Tuhan sebagai anak-anak Tuhan serta waris
bersama dengan Kristus dan bala tentera syurgawi.
Filipi 3:20 Karena
kewargaan kita adalah di dalam sorga, dan dari situ juga kita menantikan Tuhan
Yesus Kristus sebagai Juruselamat, (RSV)
Philippians
3:20 But our commonwealth is in heaven, and from it we
await a Savior, the Lord Jesus Christ, (RSV)
Sekali lagi di sini, kita perhatikan penggunaan artikel bukan penentu (a Savior) supaya Tuhan, bukan Kristus, ialah pusat utama dan bahawa Kristus bertindak mengikut dorongan Bapa yang mengutusnya. Pengertiannya juga begini dalam Ayub 33:23-24.
Ayub 33:23-24 Jikalau di sampingnya ada
malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar
kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman:
Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah
Kuperoleh. (RSV)
Istilahnya
bererti utusan dan begitulah maksud istilah ini dalam penggunaannya bagi
anak-anak Tuhan.
Dengan itu
barulah kita nampak pengertian Paulus yang jelas terlihat dalam Timotius dan
juga ditemui dalam surat Titus.
Paulus
sekali lagi merujuk kepada Tuhan Juruselamat kita dalam Titus 1:3. Kristus
kemudiannya disebutkan sebagai Juruselamat dalam ayat 4.
Titus 1:3-4 dan yang pada waktu yang dikehendaki-Nya telah
menyatakan firman-Nya dalam pemberitaan Injil yang telah dipercayakan kepadaku
sesuai dengan perintah Allah, Juruselamat kita. 4 Kepada Titus,
anakku yang sah menurut iman kita bersama: kasih karunia dan damai sejahtera
dari Allah Bapa dan Kristus Yesus, Juruselamat kita, menyertai engkau. (RSV)
Penggunaan
biasanya boleh dilihat di atas dan ini bukan suatu kontradiksi ataupun
pengesahan kewujudan Tuhan Triune (Triniti, Tritunggal).
Pengertian
begini diulangi dalam Titus 2:10-13.
Titus 2:10-13 jangan curang, tetapi hendaklah selalu tulus dan
setia, supaya dengan demikian mereka dalam segala hal memuliakan ajaran Allah,
Juruselamat kita. 11 Karena kasih karunia Allah yang menyelamatkan
semua manusia sudah nyata. 12 Ia mendidik kita supaya kita
meninggalkan kefasikan dan keinginan-keingina duniawi dan supaya kita hidup
bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini 13 dengan
menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan
kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus, (RSV)
Di sini
kita lihat proses pemikiran delegasi yang sama yang ditemui dalam kitab para
nabi dan jelas digunakan oleh Paulus untuk menjelaskan hubungan itu.
Justeru,
daripada nabi-nabi Perjanjian Lama kita boleh memahami istilah-istilah dan
keduaan penggunaannya dalam penerapan dari Tuhan ke Yesus Kristus. Tuhan ialah
Juruselamat kita dan Dia menetapkan Kristus untuk mati untuk kita sebagai
Juruselamat kita supaya Tuhan dan Kristus dapat hidup di dalam kita dan,
melalui Roh Kudus, Tuhan dapat menjadi semua dalam semua. Demikianlah kita akan
memiliki satu Tuhan dan Bapa kita semua.
Efesus 4:6 satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas
semua dan oleh semua dan di dalam semua. (RSV)
q