Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[204]

 

 

 

 

Doktrin dan Nubuatan Bileam [204]

(Edisi 1.0 19970531-19970531)

 

Doktrin Bileam lazim dikaitkan dengan doktrin-doktrin pengikut Nikolaus dan kedua-duanya dikecam oleh Kristus. Perkaitan ini dibuat daripada teks Wahyu Yunani yang boleh ditafsir untuk membuat pertalian itu. Justeru doktrin-doktrin itu dianggap beriringan. Doktrin-doktrin ini memang wujud bersama hingga ke takat tertentu namun keduanya sebenarnya doktrin berlainan yang akan kita lihat nanti. Di sini kita mengkaji bagaimana bagaimana doktrin-doktrin ini diperolehi dan bagaimana doktrin ini wujud bersama dengan doktrin-doktrin kumpulan Nikolaus.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Doktrin dan Nubuatan Bileam [204]

 


 


Kristus mengutuk kedua-dua doktrin kumpulan Nikolaus dan juga doktrin Bileam. Terjemahan standar Wahyu 2:14-16 ialah:

 

Revelation 2:14-16  But I have a few things against thee, because thou hast there them that hold the doctrine of Balaam, who taught Balac to cast a stumblingblock before the children of Israel, to eat things sacrificed unto idols, and to commit fornication. 15 So hast thou also them that hold the doctrine of the Nicolaitans, which thing I hate. 16 Repent; or else I will come unto thee quickly, and will fight against them with the sword of my mouth. (KJV)

 

Revelation 2:14-16 But I have a few things against you: you have some there who hold the teaching of Balaam, who taught Balak to put a stumbling block before the sons of Israel, that they might eat food sacrificed to idols and practice immorality. 15 So you also have some who hold the teaching of the Nicola'itans. 16 Repent then. If not, I will come to you soon and war against them with the sword of my mouth. (RSV)

 

Wahyu 2:14-16 Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah. 15 Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada ajaran pengikut Nikolaus [yang Aku benci, KJV]. 16 Sebab itu bertobatlah! Jika tidak demikian, Aku akan segera datang kepadamu dan Aku akan memerangi mereka dengan pedang yang di mulut-Ku ini.

 

Terjemahan teks ini bergantung pada teks Yunani yang ditemui, contohnya, dalam Nestle namun mengabaikan daripada RSV perkataan omoiwv homoiõs yang diterjemahkan oleh Marshall sebagai demikian juga.

 

Receptus mempunyai kata-kata o misw o misõ yang ditulis yang Aku benci. Justeru, terjemahan bergantung pada teks yang digunakan. Kata-katanya berlainan sama sekali. James Nelson Darby, yang mengikuti komentator kritis seperti Nestle, menterjemahkan teks itu sebagai: Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada doktrin (ajaran) pengikut Nikolaus.

 

Ini menyesatkan kerana doktrin-doktrin itu mengandungi persamaan namun juga mempunyai ciri-ciri berbeza dan berasingan yang memang tidak serupa. Mungkin sekali doktrin-doktrin ini dikelompok bersama agar kutukan oleh Kristus ke atas kedua-dua doktrin tidak dapat dikembangkan sepenuhnya dalam kasus pengikut Nikolaus sebagai sistem yang mempunyai ciri-ciri yang memasuki Kekristianan aliran umum. Masalah sebegitu tidak akan tertahan pemeriksaan kerana itu sekaligus langsung membabitkan Ketuhanan dan doktrin Antikristus. Ini boleh dirumuskan daripada pemeriksaan surat pertama Yohanes, kepada orang Partia.

 

Doktrin-doktrin Nikolaus sudahpun dihuraikan dalam karya Pengikut Nikolaus (No. 202). Karya ini bersambung dari situ dan mengkaji doktrin Bileam.

 

Bileam mengajar orang Moab dan Midian, bangsa-bangsa sekeliling Israel, bahawa mereka boleh menjatuhkan Israel dalam pandangan Tuhan dengan membuat mereka memberi korban kepada berhala dan melakukan zina. Cerita ini dikaji di bawah untuk menangani masalah ini sepenuhnya.

 

Tempat-tempat perkhemahan Israel dari Sinai hingga Pendudukan

 

  1. Kubur Nafsu Rakus (lihat juga Bilangan 11:34). Pemberian makanan kepada kawanan dilambangkan di sini.

 

  1. Hazerot (SHD 2698 halaman yang dilingkungi oleh tembok). Di sini Yahovah bertindak terhadap Harun dan Miryam berhubung seorang perempuan Kush dan kuasa pusat Musa. Mereka kemudiannya pergi ke padang gurun Paran.

 

  1. Ritma (bentuk betina tumbuhan Spanish Broom (Planta genista); pohon Juniper).

 

  1. Lembah Buah Delima (SHD 7428 Rimon-Peros iaitu buah delima lembah).

 

  1. Libna (pohon keputih-putihan, mungkin storax; poplar).

 

  1. Risa (SHD 7446 suatu runtuhan, meruntuh).

 

  1. Tempat Pertemuan (Kehelata; pertemuan).

 

  1. Gunung Shafer (Har-Shafer) (SHD 8234 keindahan diperolehi daripada berkilau).

 

  1. Harada (SHD 2732 daripada SHD 2731 takut dan gelisah, justeru gemetar atau bergetar).

 

  1. Makhelot (pertemuan-pertemuan; jamak SHD 4721).

 

  1. Tahat (depresi atau dasar).

 

  1. Tarah (SHD 8646 Terach Bapa Abraham; asalnya tidak pasti).

 

  1. Mitka (SHD 4989 bentuk betina kemanisan).

 

  1. Hasmona (diperolehi daripada SHD 2831 Kashman yang bererti teguh atau luas dalam sumber justeru kaya atau raja-raja. Bentuk betina SHD 2832 di sini bererti subur).

 

  1. Moserot (SHD 4149 bentuk betina hukuman justeru pembaikan/pemulihan).

 

  1. Bene-Yaakan (SHD 1142 anak-anak Yaakan yang bermakna belitan-belitan atau berliku-liku).

 

  1. Lubang Celah (Hor-Gidgad) (SHD 2735 juga gua pemotongan).

 

  1. Yotbata (SHD 3193 daripada SHD 3192 kesenangan).

 

  1. Abrona (SHD 5684 daripada SHD 5683 peralihan).

 

  1. Ezion-Geber (SHD 6100 tulang punggung-seperti yang dipunyai manusia).

 

  1. Kadesh di Padang Gurun Sin (perlindungan).

 

  1. Gunung Hor di pinggir Edom. Di sini Harun telah mendaki Gunung Hor dan mati pada umur 123 tahun pada tahun ke 40 Keluaran (Bilangan 33:38-39). Israel berkabung untuk Harun selama tiga puluh hari (Bilangan 20:29). Dari sini Israel berjalan untuk mengelilingi Edom dengan menggunakan jalan ke Laut Teberau dan bangsa itu menjadi tidak sabar (Bilangan 21:4) dan Tuhan membunuh ramai orang dengan ular-ular tedung (Bilangan 21:6). Musa meletakkan ular pada suatu tiang dan bangsa itu terselamat untuk sementara (Bilangan 21:9) namun simbol itu telah menjadi sasaran keberhalaan.

 

  1. Zalmona (SHD 6758 keadaan rindang).

 

  1. Funon (SHD 6325 kebingungan).

 

  1. Obot (SHD 88 bekas kulit untuk simpanan air).
  2. Ije-Abarim atau Ijim di sempadan Moab (SHD 5856, 5682 himpunan untuk wilayah-wilayah luar). Bilangan 21:12 memanggil khemah berikutnya sebagai Lembah Zered (SHD 2218 dibarisi semak belukar). Mereka kemudiannya berkhemah di seberang Arnon antara Moab dan orang Amori. Mereka berkhemah di Beer atau Sumur. Dari Padang Gurun mereka berpindah ke Matana (SHD 4980 hadiah atau persembahan korban). Nahaliel (SHD 5160 lembah Tuhan). Bahamot (atau Bamot SHD 1120 tempat tinggi) dan kemudian ke lembah Moab (Bilangan 21:12-20).
  3. Dibon-Gad (SHD 1749 1410 kerinduan besar Gad, anak dan suku Yakub (lihat juga dewa kekayaan Babel Gad yang disebut gawd SHD 1408)).

 

  1. Almon-Diblataim (SHD 5963 ke arah kue ara yang diselubungi atau tersembunyi).

 

  1. Pegunungan Abarim di depan Nebo (daerah-daerah luar).

 

  1. Dataran Moab di tepi Yordan dekat Yerikho.

 

Simbol tempat-tempat perkhemahan ini terbuka kepada berbagai tafsiran. Tiga puluh khemah ini sama dengan bilangan Sidang syurgawi, justeru pemulihan boleh ditafsirkan sebagai progresif. Bilangan khemah-khemah ini ditambah dengan rujukan-rujukan dalaman di Ijim memberi jumlah bilangan abad daripada Keluaran hingga akhir tempoh enam ribu tahun rencana keselamatan yang membawa kepada pengasasan Milenium di bawah Mesias yang tamat pada akhir tempoh Yobel ini pada 2027/28.

 

Tempat perkhemahan terakhir menjangkau dari Rumah Padang Gurun sampai ke Padang Pohon Acacia di Dataran Moab (Bilangan 33:49). Di sini, Yehovah berbicara kepada Musa dan memerintahkan Israel untuk mendiami negeri itu dan menghalau penduduknya atau mereka akan menjadi selumbar yang menusuk mata dan duri yang menusuk lambung Israel, dan Tuhan akan melakukan hal yang sama kepada Israel. Mereka haruslah membahagikan negeri itu sebagai milik pusaka dengan membuang undi (Bilangan 33:50-56). Kanaan dibersihkan seperti mana sistem milenium harus dibersihkan.

 

Dalam khemah terakhir sebelum memasuki negeri perjanjian, orang Moab dan Midian cuba menjadikan Israel dikutuk melalui Bileam, anak kepada Beor, seorang nabi. Justeru, erti sepenuhnya dimaksudkan bagi zaman Jemaat-jemaat sejurus sebelum Milenium. Daripada Wahyu 2:12, nubuatan dan contoh itu difahamkan meliputi tempoh kira-kira lima era Jemaat. Khemah itu berbentuk empat persegi dengan dua belas suku dalam kumpulan-kumpulan tiga suku (Bilangan 10).

 

Bileam diperintah untuk tidak pergi bersama orang Moab/Midian itu (Bilangan 22:12). Mereka memujuknya lagi dan menawarnya wang dan Bileam berkata dia tidak boleh menentang Tuhan, atau melanggar titah Yahovah Allahnya, walaupun mereka memberinya seistana penuh perak dan emas (Bilangan 22:18). Pada Bilangan 22:20-22 dinyatakan bahawa elohim datang kepada Bileam pada malam itu dan berfirman:

 

Bilangan 22:20-22 Datanglah Allah kepada Bileam pada waktu malam serta berfirman kepadanya: "Jikalau orang-orang itu memang sudah datang untuk memanggil engkau, bangunlah, pergilah bersama-sama dengan mereka, tetapi hanya apa yang akan Kufirmankan kepadamu harus kaulakukan." 21 Lalu bangunlah Bileam pada waktu pagi, dipelanainyalah keledainya yang betina, dan pergi bersama-sama dengan pemuka-pemuka Moab. 22 Tetapi bangkitlah murka Allah ketika ia pergi, dan berdirilah Malaikat TUHAN di jalan sebagai lawannya…

 

Pokoknya di sini adalah Bileam melakukan apa yang disuruh Tuhan. Dia tidak ingkar, kerana Tuhan telah menyuruhnya untuk pergi. Peristiwa ini berlaku dalam lingkungan umat yang mengaku sebagai pelayan-pelayan Tuhan.

 

Bagaimanapun, Malaikat YHVH pergi untuk berhadapan dengannya. Tujuannya ditunjukkan dalam ayat 35.

 

Bilangan 22:35 Tetapi Malaikat TUHAN berfirman kepada Bileam: "Pergilah bersama-sama dengan orang-orang itu, tetapi hanyalah perkataan yang akan Kukatakan kepadamu harus kaukatakan." Sesudah itu pergilah Bileam bersama-sama dengan pemuka-pemuka Balak itu.

 

Masalahnya di sini adalah Tuhan tahu hati Bileam jahat dan dia bertitah demi keuntungan. Justeru, Dia tidak akan mengizinkan dia mengutuk (menyerapah) Israel dalam namaNya, yang pastinya menjadi niat Bileam. Oleh itu, apa yang kita saksikan ialah suatu perbuatan terus mata. Aktiviti ini diramalkan sebagai perbuatan-perbuatan keimamatan pada zaman akhir. Amalan para imam yang mengajar demi ganjaran, telah dikecam dalam Mikha 3:11. Namun lebih khusus lagi, Bileam mengajar Balak untuk meletakkan batu sandungan di hadapan bani Israel agar mereka memakan makanan yang dikorbankan kepada berhala. Keberhalaan ini diramalkan dan dinubuatkan berlaku ketika Jemaat atau zaman Pergamum atau Pergamus.

 

Aktiviti ini berlaku seiringan dengan doktrin pengikut Nikolaus (Wahyu 2:13-15). Hukuman untuk ini adalah Kristus akan memerangi mereka dengan pedang mulutnya seperti mana dia muncul di hadapan Bileam dan keldainya dalam cerita ini. Cerita ini diberikan untuk mengingatkan keimamatan akan bahaya sistem Babel dari mana Bileam berasal, iaitu sungai, iaitu lembah sungai Efrat. Bagaimanapun, dia diterima sebagai imam kepada keturunan Abraham, iaitu orang Moab dan Midian. Mereka sendiri merupakan penyembah tuhan-tuhan palsu dan Bileam mengetahui sikap bermuka dua mereka itu. Alkitab jelas bahawa Bileam ialah imam Tuhan yang mempunyai tempat di kalangan anak-anak Abraham dan kepadanya Malaikat Yahovah telah muncul.

 

Suatu hal penting di sini untuk diperhatikan adalah orang Moab tidak lagi disenangi Tuhan kerana sikap bermuka dua mereka dalam pemujaan tuhan-tuhan palsu. Perbuatan ini mungkin sebab mereka sudahpun memasukkan sistem-sistem palsu ke dalam ibadat mereka atau mungkin mereka telah mengubah kesetiaan kerana Israel diperkenan dan mereka tidak. Segalanya tidak berjalan mengikut kehendak mereka dan mereka menyalahkan Tuhan kerana masalah itu selepas menyalahkan Bileam. Ini wujud hari ini sebagai injil kesihatan-kekayaan. Jika Tuhan tidak memberkati kita maka kita melakukan sesuatu yang salah atau kumpulan kita tidak betul. Jika kemalangan menimpa seseorang maka ini adalah kerana mereka berdosa. Tuhan mengenali hati kita dan Dia akan menguji kita dari segi sikap ini dan akan menanganinya sehingga kita melenyapkan segala kesan pemikiran seperti itu. Apakah dosa yang dilakukan Stefanus atau Paulus atau Petrus atau Yakobus atau Simeon ketika mereka mati syahid?

 

Korban Bileam

 

Bileam melakukan seperti yang diperintahkan Tuhan dan mengorbankan tujuh lembu jantan dan tujuh domba jantan. Bileam berbicara dengan elohim Israel, iaitu Malaikat YHVH, yang menyuruhnya untuk berkata:

 

Bilangan 23:7-10  Lalu Bileam mengucapkan sanjaknya, katanya: "Dari Aram aku disuruh datang oleh Balak, raja Moab, dari gunung-gunung sebelah timur: Datanglah, katanya, kutuklah bagiku Yakub, dan datanglah, kutuklah Israel. 8 Bagaimanakah aku menyerapah [dia] yang tidak diserapah Allah? Bagaimanakah aku mengutuk [dia] yang tidak dikutuk TUHAN? 9 Sebab dari puncak gunung-gunung batu aku melihat mereka, dari bukit-bukit aku memandang mereka. Lihat, suatu bangsa yang diam tersendiri dan tidak mau dihitung di antara bangsa-bangsa kafir. 10 Siapakah yang menghitung debu Yakub dan siapakah yang membilang bondongan-bondongan Israel? Sekiranya aku mati seperti matinya orang-orang jujur dan sekiranya ajalku seperti ajal mereka!"

 

Israel tidak dihitung bersama bangsa-bangsa lain. Kesudahan bagi mereka yang kudus ialah hidup kekal. Semua bangsa akan menjadi sebahagian daripada Israel secara konversi. Justeru, semua bangsa tidak akan wujud lagi. Allah hanya dapat menjadi satu dan semua dalam semua jika kita adalah suatu badan bersatu.

 

Kepentingan teks ini adalah bahawa musuh itu cuba membuatkan Israel dikutuk dan, dengan itu, Mesias akan dikutuk, kerana dia yang dimaksudkan di sini ialah Mesias. Israel dibahagikan kepada perempat menurut struktur pemerintahan Angkatan syurgawi. Kesudahan terakhir Yakub adalah menjadi bangsa tunggal dan semua bangsa bukan Yahudi akan ditarik ke dalamnya sebagai yang terselamat di bawah Mesias pada penghakiman.

 

Bagaimanapun, Bileam, tidak berpuas hati untuk melakukan kehendak Tuhan tanpa kwalifikasi. Balak memintanya sekali lagi untuk mengutuk Israel. Cerita ini ditemui lengkap daripada Bilangan 23:17 hingga 24:25.

 

Bilangan 23:17-30 Ketika ia sampai kepadanya, Balak masih berdiri di samping korban bakarannya bersama-sama dengan pemuka-pemuka Moab. Berkatalah Balak kepadanya: "Apakah yang difirmankan TUHAN?" 18 Lalu diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Bangunlah, hai Balak, dan dengarlah; pasanglah telingamu mendengarkan aku, ya anak Zipor. 19 Allah bukanlah manusia, sehingga Ia berdusta bukan anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Ia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya? 20 Ketahuilah, aku mendapat perintah untuk memberkati, dan apabila Dia memberkati, maka aku tidak dapat membalikkannya. 21 Tidak ada ditengok kepincangan di antara keturunan Yakub, dan tidak ada dilihat kesukaran di antara orang Israel. TUHAN, Allah mereka, menyertai mereka, dan sorak-sorak karena Raja ada di antara mereka. 22 Allah, yang membawa mereka keluar dari Mesir, adalah bagi mereka seperti tanduk kekuatan lembu hutan, 23 sebab tidak ada mantera yang mempan terhadap Yakub, ataupun tenungan yang mempan terhadap Israel. Pada waktunya akan dikatakan kepada Yakub, begitu juga kepada Israel, keajaiban yang diperbuat Allah: 24 Lihat, suatu bangsa, yang bangkit seperti singa betina, dan yang berdiri tegak seperti singa jantan, yang tidak membaringkan dirinya, sebelum ia memakan mangsanya dan meminum darah dari yang mati dibunuhnya." 25 Lalu berkatalah Balak kepada Bileam: "Jika sekali-kali tidak mau engkau menyerapah mereka, janganlah sekali-kali memberkatinya." 26 Tetapi Bileam menjawab Balak: "Bukankah telah kukatakan kepadamu: Segala yang akan difirmankan TUHAN, itulah yang akan kulakukan." 27 Kemudian berkatalah Balak kepada Bileam: "Marilah aku akan membawa engkau ke tempat lain; mungkin benar di mata Allah bahwa engkau menyerapah mereka bagiku dari tempat itu." 28 Lalu Balak membawa Bileam ke puncak gunung Peor, yang menghadap Padang Belantara. 29 Berkatalah Bileam kepada Balak: "Dirikanlah bagiku di sini tujuh mezbah dan siapkanlah di sini bagiku tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan." 30 Lalu Balak melakukan seperti yang dikatakan Bileam, maka ia mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor domba jantan di atas setiap mezbah itu.

 

Bilangan 24:1-25 Ketika dilihat Bileam, bahwa baik di mata TUHAN untuk memberkati Israel, ia tidak mencarikan pertanda lagi seperti yang sudah-sudah, tetapi ia menghadapkan mukanya ke arah padang gurun. 2 Ketika Bileam memandang ke depan dan melihat orang Israel berkemah menurut suku mereka, maka Roh Allah menghinggapi dia. 3 Lalu diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Tutur kata Bileam bin Beor, tutur kata orang yang terbuka matanya; 4 tutur kata orang yang mendengar firman Allah, yang melihat penglihatan dari Yang Mahakuasa sambil rebah, namun dengan mata tersingkap. 5 Alangkah indahnya kemah-kemahmu, hai Yakub, dan tempat-tempat kediamanmu, hai Israel! 6 Sebagai lembah yang membentang semuanya; sebagai taman di tepi sungai; sebagai pohon gaharu yang ditanam TUHAN; sebagai pohon aras di tepi air. 7 Air mengalir dari timbanya, dan benihnya mendapat air banyak-banyak. Rajanya akan naik tinggi melebihi Agag, dan kerajaannya akan dimuliakan. 8 Allah, yang membawa mereka keluar dari Mesir, adalah bagi mereka seperti tanduk kekuatan lembu hutan. Bangsa-bangsa yang menjadi lawannya akan ditelannya habis, dan tulang-tulang mereka akan dihancurkannya dan akan ditembaknya tembus dengan panah-panahnya. 9 Ia meniarap dan merebahkan diri sebagai singa jantan, dan sebagai singa betina; siapakah yang berani membangunkannya? Diberkatilah orang yang memberkati engkau, dan terkutuklah orang yang mengutuk engkau!" 10 Lalu bangkitlah amarah Balak terhadap Bileam dan dengan meremas-remas jarinya berkatalah ia kepada Bileam: "Untuk menyerapah musuhku aku memanggil engkau, tetapi sebaliknya sampai tiga kali engkau memberkati mereka. 11 Oleh sebab itu, enyahlah engkau ke tempat kediamanmu; aku telah berkata kepadamu aku telah bermaksud memberi banyak upah kepadamu, tetapi TUHAN telah mencegah engkau memperolehnya." 12 Tetapi berkatalah Bileam kepada Balak: "Bukankah telah kukatakan juga kepada utusan-utusan yang kaukirim kepadaku: 13 Sekalipun Balak memberikan kepadaku emas dan perak seistana penuh, aku tidak akan sanggup melanggar titah TUHAN dengan berbuat baik atau jahat atas kemauanku sendiri; apa yang akan difirmankan TUHAN, itulah yang akan kukatakan. 14 Dan sekarang, aku ini sudah hendak pergi kepada bangsaku; marilah kuberitahukan kepadamu apa yang akan dilakukan bangsa itu kepada bangsamu di kemudian hari." 15 Lalu diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Tutur kata Bileam bin Beor, tutur kata orang yang terbuka matanya; 16 tutur kata orang yang mendengar firman Allah, dan yang beroleh pengenalan akan Yang Mahatinggi, yang melihat penglihatan dari Yang Mahakuasa, sambil rebah, namun dengan mata tersingkap. 17 Aku melihat dia, tetapi bukan sekarang; aku memandang dia, tetapi bukan dari dekat; bintang terbit dari Yakub, tongkat kerajaan timbul dari Israel, dan meremukkan pelipis-pelipis Moab, dan menghancurkan semua anak Set. 18 Maka Edom akan menjadi tanah pendudukan dan Seir akan menjadi tanah pendudukan--musuh-musuhnya itu. Tetapi Israel akan melakukan perbuatan-perbuatan yang gagah perkasa, 19 dan dari Yakub akan timbul seorang penguasa, yang akan membinasakan orang-orang yang melarikan diri dari kota." 20 Ketika ia melihat orang Amalek, diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Yang pertama di antara bangsa-bangsa ialah Amalek, tetapi akhirnya ia akan sampai kepada kebinasaan." 21 Ketika ia melihat orang Keni, diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Kokoh tempat kediamanmu, tertaruh di atas bukit batu sarangmu, 22 namun orang Keni akan hapus; berapa lama lagi maka Asyur akan menawan engkau?" 23 Diucapkannyalah juga sanjaknya, katanya: "Celaka! Siapakah yang akan hidup, apabila Allah melakukan hal itu? 24 Tetapi kapal-kapal akan datang dari pantai orang Kitim, mereka akan menindas Asyur dan menindas Heber, lalu iapun juga akan sampai kepada kebinasaan." 25 Lalu bersiaplah Bileam dan pulang ke tempat kediamannya; dan Balakpun pergilah juga. (RSV)

 

Sebab untuk berkat-berkat itu menjadi lebih jelas lagi daripada Bilangan 24:17 dan seterusnya yang menyebut Mesias sebagai Bintang Fajar dan Tongkat Kerajaan yang akan menghancurkan orang Moab dan anak-anak keributan. Ini merujuk kepada orang Amalek dan Keni serta merujuk kepada kebinasaan orang Asyur oleh orang Kitim yang difahamkan sebagai Kerajaan Rom (lihat khususnya Dead Sea Scrolls) yang menjangkau dari kerajaan besi daripada Daniel 2 hingga kerajaan akhir besi bercampur tanah liat, yang dibinasakan oleh Mesias (Daniel 2:45) dan yang merupakan binatang terakhir, binatang keempat daripada Daniel 7:7. Kerajaan akhir ini meliputi suatu tempoh berlarut-larut dan mempunyai tujuh kepala atau era dinasti dan sepuluh tanduk sebagai kerajaan-kerajaan fasa akhir (Wahyu 17:1-18).

 

Kerajaan terakhir berasal daripada tujuh kerajaan itu namun adalah kerajaan kelapan. Kerajaan ini ialah suatu binatang yang mengandungi sepuluh raja yang memberinya kuasa dan wibawa mereka untuk berperang dengan Anak Domba. Sistem ini diperintah oleh seorang perempuan sundal beragama yang mengikuti sistem Babel yang disifatkan oleh Bileam. Bagaimanapun, binatang ini pada zaman akhir akan berpaling menentang perempuan itu dan membinasakannya (Wahyu 17:16-18).

 

Sebab nubuatan kunci ini di sini adalah bahawa kita menyaksikan suatu sistem agama yang mengaku bertindak menurut perintah Tuhan dan yang wujud dalam Jemaat-jemaat Tuhan juga. Bagaimanapun, sistem ini sebenarnya sebahagian daripada sistem Babel dan mengajar doktrin-doktrin yang merosakkan Israel dari semula.

 

Doktrin Bileam ialah perosakan sistem hukum Alkitab dengan cara tidak langsung.

 

Malahan Bileam mengajar orang Moab selepas kejadian itu untuk meniadakan berkat-berkat Tuhan itu dengan menyebabkan Israel melakukan pemujaan berhala dan dengan itu menjadi terkutuk di bawah hukum (Bilangan 31:16). Kaum perempuan Moab mengajak Israel ke acara-acara korban dewa-dewa mereka, dan bangsa itu memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala dan menyembah dewa-dewa mereka dan, dengan itu, Israel menyatukan dirinya kepada Baal Peor, tuhan angin ribut dan kesuburan orang Kanaan, yang disembah di pusat kultus Peor (Bilangan 25:1-5).

 

Daripada Bilangan 25:4, jelas bahawa hukumannya telah dilunaskan oleh para pemimpin bangsa yang telah memimpin Israel ke dalam kesesatan. Tuhan memerintah agar semua kepala bangsa itu digantung di tempat terang sebagai ukuran tanggungjawab badan keseluruhan. Pengajaran demi ganjaran ini yang begitu dibenci Tuhan berlaku dalam Jemaat-jemaat Tuhan dan diiringi oleh doktrin pengikut-pengikut Nikolaus. Nikolaus diperolehi daripada dua kata akar Nico atau Nike dan laos – yang secara berkesannya bererti, menakluki bangsa atau kaum umum. Pengertiannya ialah bangsa ini bukan bangsa sendiri dan, dengan itu, mereka bukanlah bangsa yang sama. Bangsa itu adalah milik Tuhan dan para pemerintah adalah milik sistem murtad.

 

Doktrin-doktrin Bileam dan kumpulan Nikolaus berbeza dari segi bahawa kedua-duanya dipengaruhi oleh kultus-kultus Misteri dan kedua-duanya mengajarkan korban kepada berhala sistem palsu itu. Bagaimanapun, doktrin Bileam lebih dikaitkan dengan pengajaran demi ganjaran dalam sistem yang sama; sementara kumpulan Nikolaus tidakpun dikenal pasti sebagai berasal daripada sistem yang sama, hanya pemurtad, atau orang yang mendukung agama palsu dalam sistem itu – dan itulah masalah sebenarnya.

 

Masalah memakan makanan korban berhala selalu terdapat dalam sistem abad-abad awal di bawah paganisme dan sistem Greco-Roman (Yunani-Rom). Paulus menyebut masalah ini. Ini merupakan persoalan yang sangat serius dan nyata pada zaman itu. Kebanyakan daging kemungkinan besar telah dikorbankan kepada berhala. Dia menangani masalah ini dalam kitab Roma kerana masalah yang dihadapi Jemaat adalah bahawa jika mereka dengan sedar memakan makanan korban berhala, mereka akan tertakluk di bawah perintah-perintah yang diberikan terhadap aktiviti-aktiviti itu dalam Torah (Taurat) dan untuk apa Israel, Moab dan Midian telah dihukum.

 

Roma 14:1-23  Terimalah orang yang lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya. 2 Yang seorang yakin, bahwa ia boleh makan segala jenis makanan, tetapi orang yang lemah imannya hanya makan sayur-sayuran saja. 3 Siapa yang makan, janganlah menghina orang yang tidak makan, dan siapa yang tidak makan, janganlah menghakimi orang yang makan, sebab Allah telah menerima orang itu. 4 Siapakah kamu, sehingga kamu menghakimi hamba orang lain? Entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. Tetapi ia akan tetap berdiri, karena Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri. 5 Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting dari pada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri. 6 Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan. Dan siapa makan, ia melakukannya untuk Tuhan, sebab ia mengucap syukur kepada Allah. Dan siapa tidak makan, ia melakukannya untuk Tuhan, dan ia juga mengucap syukur kepada Allah. 7 Sebab tidak ada seorangpun di antara kita yang hidup untuk dirinya sendiri, dan tidak ada seorangpun yang mati untuk dirinya sendiri. 8 Sebab jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan, dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan. Jadi baik hidup atau mati, kita adalah milik Tuhan. 9 Sebab untuk itulah Kristus telah mati dan hidup kembali, supaya Ia menjadi Tuhan, baik atas orang-orang mati, maupun atas orang-orang hidup. 10 Tetapi engkau, mengapakah engkau menghakimi saudaramu? Atau mengapakah engkau menghina saudaramu? Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Allah. 11 Karena ada tertulis: "Demi Aku hidup, demikianlah firman Tuhan, semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku dan semua orang akan memuliakan Allah." 12 Demikianlah setiap orang di antara kita akan memberi pertanggungan jawab tentang dirinya sendiri kepada Allah. 13 Karena itu janganlah kita saling menghakimi lagi! Tetapi lebih baik kamu menganut pandangan ini: Jangan kita membuat saudara kita jatuh atau tersandung! 14 Aku tahu dan yakin dalam Tuhan Yesus, bahwa tidak ada sesuatu yang najis dari dirinya sendiri. Hanya bagi orang yang beranggapan, bahwa sesuatu adalah najis, bagi orang itulah sesuatu itu najis. 15 Sebab jika engkau menyakiti hati saudaramu oleh karena sesuatu yang engkau makan, maka engkau tidak hidup lagi menurut tuntutan kasih. Janganlah engkau membinasakan saudaramu oleh karena makananmu, karena Kristus telah mati untuk dia. 16 Apa yang baik, yang kamu miliki, janganlah kamu biarkan difitnah. 17 Sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman, tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus. 18 Karena barangsiapa melayani Kristus dengan cara ini, ia berkenan pada Allah dan dihormati oleh manusia. 19 Sebab itu marilah kita mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera dan yang berguna untuk saling membangun. 20 Janganlah engkau merusakkan pekerjaan Allah oleh karena makanan! Segala sesuatu adalah suci, tetapi celakalah orang, jika oleh makanannya orang lain tersandung! 21 Baiklah engkau jangan makan daging atau minum anggur, atau sesuatu yang menjadi batu sandungan untuk saudaramu. 22 Berpeganglah pada keyakinan yang engkau miliki itu, bagi dirimu sendiri di hadapan Allah. Berbahagialah dia, yang tidak menghukum dirinya sendiri dalam apa yang dianggapnya baik untuk dilakukan. 23 Tetapi barangsiapa yang bimbang, kalau ia makan, ia telah dihukum, karena ia tidak melakukannya berdasarkan iman. Dan segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, adalah dosa. (RSV)

 

Masalahnya di sini adalah seluruh sistem penyembelihan telah dikaitkan dengan sistem korban bangsa bukan Yahudi dalam apa saja kultus yang mereka ikuti. Seperti hari ini juga, terdapat penyembelih yang mentaati hukum Yahudi (kosher). Hamba (budak) tidak mampu menikmati kemewahan sebegitu dan bergantung pada kemurahan Rumah untuk makanan mereka. Pokok sebenarnya adalah jika mereka tidak tahu makanan itu telah dikorbankan kepada berhala maka tiada akibatnya dan tiada apapun yang najis dengan sendirinya. Hanya apabila memakan makanan yang diketahui dikorbankan kepada berhala barulah makanan ini menjadi najis. Malah ini mengenakan pada anggota itu segala hukuman berkaitan pemakanan sebegini dalam hukum alkitabiah. Masalah ini lazim di seluruh dunia Rom dan Yunani. Ini juga dibincangkan Paulus dalam suratnya kepada orang Korintus kerana mereka merupakan pusat kultus yang besar. Mereka juga terbabit dalam upacara-upacara pelacuran kultus dalam berbagai kuil. Seperti masalah makanan tadi, pelacuran kultus selalu terdapat di Asia Minor sejak awal zaman orang Babel dan sebelumnya.

 

1Korintus 8:1-13 Tentang daging persembahan berhala kita tahu: "kita semua mempunyai pengetahuan." Pengetahuan yang demikian membuat orang menjadi sombong, tetapi kasih membangun. 2 Jika ada seorang menyangka, bahwa ia mempunyai sesuatu "pengetahuan", maka ia belum juga mencapai pengetahuan, sebagaimana yang harus dicapainya. 3 Tetapi orang yang mengasihi Allah, ia dikenal oleh Allah. 4 Tentang hal makan daging persembahan berhala kita tahu: "tidak ada berhala di dunia dan tidak ada Allah lain dari pada Allah yang esa." 5 Sebab sungguhpun ada apa yang disebut "allah", baik di sorga, maupun di bumi--dan memang benar ada banyak "allah" dan banyak "tuhan" yang demikian-- 6 namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup. 7 Tetapi bukan semua orang yang mempunyai pengetahuan itu. Ada orang, yang karena masih terus terikat pada berhala-berhala, makan daging itu sebagai daging persembahan berhala. Dan oleh karena hati nurani mereka lemah, hati nurani mereka itu dinodai olehnya. 8 "Makanan tidak membawa kita lebih dekat kepada Allah. Kita tidak rugi apa-apa, kalau tidak kita makan dan kita tidak untung apa-apa, kalau kita makan." 9 Tetapi jagalah, supaya kebebasanmu ini jangan menjadi batu sandungan bagi mereka yang lemah. 10 Karena apabila orang melihat engkau yang mempunyai "pengetahuan", sedang duduk makan di dalam kuil berhala, bukankah orang yang lemah hati nuraninya itu dikuatkan untuk makan daging persembahan berhala? 11 Dengan jalan demikian orang yang lemah, yaitu saudaramu, yang untuknya Kristus telah mati, menjadi binasa karena "pengetahuan" mu. 12 Jika engkau secara demikian berdosa terhadap saudara-saudaramu dan melukai hati nurani mereka yang lemah, engkau pada hakekatnya berdosa terhadap Kristus. 13 Karena itu apabila makanan menjadi batu sandungan bagi saudaraku, aku untuk selama-lamanya tidak akan mau makan daging lagi, supaya aku jangan menjadi batu sandungan bagi saudaraku. (RSV)

 

Perintah ini adalah untuk mengelak seseorang lain daripada tersandung namun bukan untuk mengandaikan bahawa semua makanan dikorbankan kepada berhala melainkan diketahui sebaliknya. Perkara sebaliknya adalah benar dan merupakan persoalan iman. Oleh itu, Paulus berkata jangan biarkan sesiapapun menghukum kamu mengenai makanan (Kolose 2:16).

 

Bagaimanapun, doktrin-doktrin Bileam dan kumpulan Nikolaus membabitkan persangkutan langsung dalam kultus-kultus Misteri serta jamuan-jamuan kultus mereka. Ini sudah lama wujud dan korban kambing serta penyediaannya dalam susu induknya merupakan upacara purba yang dikutuk Torah (Taurat) (Keluaran 23:19; 34:26; Ulangan 14:21). Ini khususnya dikutuk tiga kali. Perkara ini jug digunakan khususnya dalam rujukan teks kepada hasil-hasil sulung dan tiga musim perayaan (ibid.).

 

Jabatan imamat juga dikutuk kerana sikap mereka dan kerana mengutuk korban-korban yang disediakan oleh Tuhan. Ini ialah pengertian Maleakhi 1. Para imam mempersembahkan binatang buta dan tercemar sebagai korban tetapi kemudiannya menghina meja jamuan Tuhan apabila mengatakan meja itu tercemar dan makanannya boleh dihina (Maleakhi 1:6-14; 2:1-12).

 

Maleakhi 1:1-14 Ucapan ilahi. Firman TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi. 2 "Aku mengasihi kamu," firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah Engkau mengasihi kami?" "Bukankah Esau itu kakak Yakub?" demikianlah firman TUHAN. "Namun Aku mengasihi Yakub, 3 tetapi membenci Esau. Sebab itu Aku membuat pegunungannya menjadi sunyi sepi dan tanah pusakanya Kujadikan padang gurun." 4 Apabila Edom berkata: "Kami telah hancur, tetapi kami akan membangun kembali reruntuhan itu," maka beginilah firman TUHAN semesta alam: "Mereka boleh membangun, tetapi Aku akan merobohkannya; dan orang akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa yang kepadanya TUHAN murka sampai selama-lamanya." 5 Matamu akan melihat dan kamu sendiri akan berkata: "TUHAN maha besar sampai di luar daerah Israel." 6 Seorang anak menghormati bapanya dan seorang hamba menghormati tuannya. Jika Aku ini bapa, di manakah hormat yang kepada-Ku itu? Jika Aku ini tuan, di manakah takut yang kepada-Ku itu? firman TUHAN semesta alam kepada kamu, hai para imam yang menghina nama-Ku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menghina nama-Mu?" 7 Kamu membawa roti cemar ke atas mezbah-Ku, tetapi berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami mencemarkannya?" Dengan cara menyangka: "Meja TUHAN boleh dihinakan!" 8 Apabila kamu membawa seekor binatang buta untuk dipersembahkan, tidakkah itu jahat? Apabila kamu membawa binatang yang timpang dan sakit, tidakkah itu jahat? Cobalah menyampaikannya kepada bupatimu, apakah ia berkenan kepadamu, apalagi menyambut engkau dengan baik? firman TUHAN semesta alam. 9 Maka sekarang: "Cobalah melunakkan hati Allah, supaya Ia mengasihani kita!" Oleh tangan kamulah terjadi hal itu, masakan Ia akan menyambut salah seorang dari padamu dengan baik? firman TUHAN semesta alam. 10 Sekiranya ada di antara kamu yang mau menutup pintu, supaya jangan kamu menyalakan api di mezbah-Ku dengan percuma. Aku tidak suka kepada kamu, firman TUHAN semesta alam, dan Aku tidak berkenan menerima persembahan dari tanganmu. 11 Sebab dari terbitnya sampai kepada terbenamnya matahari nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, dan di setiap tempat dibakar dan dipersembahkan korban bagi nama-Ku dan juga korban sajian yang tahir; sebab nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, firman TUHAN semesta alam. 12 Tetapi kamu ini menajiskannya, karena kamu menyangka: "Meja Tuhan memang cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihinakan!" 13 Kamu berkata: "Lihat, alangkah susah payahnya!" dan kamu menyusahkan Aku, firman TUHAN semesta alam. Kamu membawa binatang yang dirampas, binatang yang timpang dan binatang yang sakit, kamu membawanya sebagai persembahan. Akan berkenankah Aku menerimanya dari tanganmu? firman TUHAN. 14 Terkutuklah penipu, yang mempunyai seekor binatang jantan di antara kawanan ternaknya, yang dinazarkannya, tetapi ia mempersembahkan binatang yang cacat kepada Tuhan. Sebab Aku ini Raja yang besar, firman TUHAN semesta alam, dan nama-Ku ditakuti di antara bangsa-bangsa. (RSV)

 

Amaran ini diberikan kepada para imam Lewi pada penutupan kanun Perjanjian Lama sebelum kitab ini disusun sesudah kematian Ezra yang berkebetulan dengan Alexander yang Agung (Iskandar Zulkarnain) pada 321 CE (Seder Olam Rabbah 30).

 

Maleakhi 2:1-12 Maka sekarang, kepada kamulah tertuju perintah ini, hai para imam! 2 Jika kamu tidak mendengarkan, dan jika kamu tidak memberi perhatian untuk menghormati nama-Ku, firman TUHAN semesta alam, maka Aku akan mengirimkan kutuk ke antaramu dan akan membuat berkat-berkatmu menjadi kutuk, dan Aku telah membuatnya menjadi kutuk, sebab kamu ini tidak memperhatikan. 3 Sesungguhnya, Aku akan mematahkan lenganmu dan akan melemparkan kotoran ke mukamu, yakni kotoran korban dari hari-hari rayamu, dan orang akan menyeret kamu ke kotoran itu. 4 Maka kamu akan sadar, bahwa Kukirimkan perintah ini kepadamu, supaya perjanjian-Ku dengan Lewi tetap dipegang, firman TUHAN semesta alam. 5 Perjanjian-Ku dengan dia pada satu pihak ialah kehidupan dan sejahtera dan itu Kuberikan kepadanya--pada pihak lain ketakutan--dan ia takut kepada-Ku dan gentar terhadap nama-Ku. 6 Pengajaran yang benar ada dalam mulutnya dan kecurangan tidak terdapat pada bibirnya. Dalam damai sejahtera dan kejujuran ia mengikuti Aku dan banyak orang dibuatnya berbalik dari pada kesalahan. 7 Sebab bibir seorang imam memelihara pengetahuan dan orang mencari pengajaran dari mulutnya, sebab dialah utusan TUHAN semesta alam. 8 Tetapi kamu ini menyimpang dari jalan; kamu membuat banyak orang tergelincir dengan pengajaranmu; kamu merusakkan perjanjian dengan Lewi, firman TUHAN semesta alam. 9 Maka Akupun akan membuat kamu hina dan rendah bagi seluruh umat ini, oleh karena kamu tidak mengikuti jalan yang Kutunjukkan, tetapi memandang bulu dalam pengajaranmu. 10 Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita? Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain dan dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita? 11 Yehuda berkhianat, dan perbuatan keji dilakukan di Israel dan di Yerusalem, sebab Yehuda telah menajiskan tempat kudus yang dikasihi TUHAN dan telah menjadi suami anak perempuan allah asing. 12 Biarlah TUHAN melenyapkan dari kemah-kemah Yakub segenap keturunan orang yang berbuat demikian, sekalipun ia membawa persembahan kepada TUHAN semesta alam! (RSV)

 

Masalah ini sudah wujud berabad-abad.

 

Mikha 3:10-11  hai kamu yang mendirikan Sion dengan darah dan Yerusalem dengan kelaliman! 11 Para kepalanya memutuskan hukum karena suap, dan para imamnya memberi pengajaran karena bayaran, para nabinya menenung karena uang, padahal mereka bersandar kepada TUHAN dengan berkata: "Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita! Tidak akan datang malapetaka menimpa kita!" (RSV)

 

Korupsi ini juga endemis dalam Jemaat sejak awal lagi dan Yohanes memperingatkan tentang masalah ini dalam suratnya kepada orang Partia pada 1 Yohanes.

 

Imam-imam ini membawa masuk doktrin-doktrin palsu. Yohanes mengenal pasti sifat dasar masalah ini dalam suratnya. Daripada karya Pengikut Nikolaus (No. 202) kita dapat saksikan pengaruh Gnostik dalam jemaat.

 

Pengenalan kultus-kultus Misteri berlaku secara sistematik dan telah melemahkan jemaat. Jabatan penatalayanan (kependetaan) mengajar demi ganjaran dan mereka menggoda saudara seiman kepada tuhan-tuhan palsu. Pengajaran serta doktrin yang diajar mereka sehingga dan diambil sebagai doktrin daripada Sidang-sidang Nicaea tahun 325 CE dan Constantinople tahun 381 CE merupakan doktrin iblis setan dan seluruh sistem daripada waktu itu ialah sistem yang membabitkan makanan dipersembahkan kepada berhala di atas mezbah jemaat-jemaat.

 

Mereka memperkenalkan doktrin palsu mengenai daging dan pembujangan (lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183)). Mereka memisahkan struktur jemaat kepada para imam dan kaum awam sama seperti yang dilakukan kultus-kultus Misteri dan orang pagan. Para imam mengambil kedudukan umat pilihan esoterik terpelajar, dan kaum awam beribadat dengan menghafal dan mengucapkan kata-kata ulangan (bertele-tele) tersusun yang tidak bererti yang dikutuk oleh Kristus.

 

Matius 6:5-7 "Dan apabila kamu berdoa, janganlah berdoa seperti orang munafik. Mereka suka mengucapkan doanya dengan berdiri dalam rumah-rumah ibadat dan pada tikungan-tikungan jalan raya, supaya mereka dilihat orang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya. 6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. 7 Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu bertele-tele seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan. (KJV)

 

Sistem Baal ialah sistem ketaatan buta kepada para imam secara formulir. Seluruh sistem bukan Yahudi berbakti secara formulir. Apa saja simbolisme yang disukai boleh diberikan kepada sesuatu korban asalkan formulir (bentuk)nya adalah betul. Dengan cara yang sama, keimamatan zaman akhir dalam sistem-sistem seumpama itu cuba merampas kewibawaan Tuhan dan mengurangkan pengertian umat pilihan.

 

Justeru itu, keimamatan memerintah atas kaum awam sebagai keimamatan esoterik yang mengajar demi ganjaran. Kesesatan ini, doktrin Bileam serta doktrin sistem Baal Izebel dan perempuan sundal Wahyu, sudah ada selama berabad-abad dan merupakan dasar kegagalan dalam era Pergamus dan Tiatira serta kegagalan hampir menyeluruh bagi umat Laodikia zaman akhir. Inilah salah satu sebab utama kenapa umat Laodikia dimuntah keluar daripada mulut Tuhan (Wahyu 3:16). Keimamatan memang bersalah dan keimamatan akan melunaskannya dengan nyawa mereka mengikut hukuman yang dinyatakan Tuhan pada Bilangan 25:4. Keimamatan itu bukan keimamatan segala bangsa. Kristus, sebagai Malaikat YHVH, khususnya disebut mengancam Bileam di sini.

 

Kita dipanggil keluar daripada segala bangsa. Kita harus meneruskan dalam iman ini. Kita jangan tumbang. Kita harus berjuang keras untuk membangunkan Roh Kudus dalam kuasa, memberi pengetahuan dalam kebenaran dan tanpa rasa takut.

 

q