Jemaat-Jemaat Allah Al Masehi

No. 210B

 

 

 

Kedatangan Mesias:

Bahagian II

 

(Edisi 1.0 20130916-20130916)

 

 

Kedatangan Mesias atau Kedatangan Kedua adalah peristiwa yang paling penting dalam sejarah manusia. Kebanyakan orang tidak percaya bahawa ia akan terjadi dan kebanyakan mereka yang bergelar Kristian berpendapat bahawa apabila ia berlaku mereka akan pergi ke syurga dan orang-orang yang mereka benci akan pergi ke neraka.

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

Email: secretary@ccg.org

 

(Copyright ©  2012 Christin Churches of God, ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

 

 

 

This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org


Kedatangan Mesias Bahagian II




Kesinambungan daripada Bahagian I

 

Kristian telah diambil alih oleh bidaah Gnostik dan orang-orang kafir seperti yang telah berlaku kepada Islam. Kedua-dua Kristian dan Islam telah dimusnahkan oleh doktrin-doktrin Misteri dan kultus-kultus Matahari begitu juga dengan fahaman Yudaisme.

 

Dalam karya Wars of the End and the Vials of the Wrath of God (No. 141B) kita melihat turutan peperangan dan bagaimana mereka membangun di Timur Tengah serta pekerjaan Dua Saksi dari Yerusalem. Kita tahu bahawa 3.5 hari selepas mereka dibunuh di Yerusalem, Kristus telah datang dan berlakunya Kebangkitan Pertama orang mati, di mana ianya adalah dua kebangkitan segera. 

 

Tuhan tidak melakukan apa-apa melainkan Dia memberi amaran kepada manusia melalui hamba-hambaNya iaitu para nabi. Tuhan juga menggunakan kalendar suci dan kerangka masa yang berkaitan dengan amaran, rahmat dan taubat kepada manusia.

 

Yom Kippur adalah hari yang paling suci dalam kalendar kita, bersama dengan perlambangan Perjamuan Tuhan.  Tahun 2013 adalah ulang tahun penting dan menandakan satu fasa penting dalam langkah ke arah Kedatangan Mesias. Ianya adalah 40 tahun sejak Perang Yom Kippur yang berlaku pada tahun 1973. Empat puluh tahun adalah tempoh yang diperuntukkan untuk bertaubat. Berikut merupakan rekod sejarah yang diiktiraf mengenai peperangan itu dari Perpustakaan Maya Yahudi (http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/History/73_War.html).

 

"Pada Oktober 6, 1973 — Yom Kippur, hari paling suci dalam calendar Yahudi (dan ketika bulan suci orang Muslim, iaitu Ramadan) — Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut yang diselaraskan terhadap Israel. Bersamaan dengan jumlah kuasa NATO di Eropah telah digerakkan ke sempadan Israel. Di Golan Heights, sahaja dianggarkan 180 kereta kebal Israel berdepan dengan serangan daripada 1,400 kereta kebal Syria. Disepanjang Terusan Suez, kurang daripada 500 askar pertahanan Israel dengan hanya 3 buah kereta kebal telah diserang oleh 600,000 askar Mesir dengan 2000 kereta kebal dan 550 pesawat tempur.

 

Sekurang-kurangnya Sembilan Negara-negara Arab, termasuk empat Negara-negara bukan Timur Tengah (Libya, Sudan, Algeria, dan Morocco), aktif membantu usaha perang Mesir-Syri. Beberapa bulan sebelum serangan tersebut, Iraq telah memindahkan sebanyak satu squad jet Hunter ke Mesir. Semasa perang, satu divisi tentera Iraq yang terdiri daripada 18,000 orang dan beberapa ratus kereta kebal telah dikerahkan ke tengah Golan dan menyertai serangan pada 16 Oktober terhadap Israel. MiGs Iraq memulakan operasi terhadap Golan Heights seawall 8 Oktober – iaitu pada hari ketiga peperangan.

 

Selain berkhidmat sebagai penaja kewangan,, Arab Saudi dan Kuwait turut menghantar tentera mereka untuk berperang. Satu pasukan Arab kira-kira 3,000 tentera telah dihantar ke Syria, dimana mereka menyertai pertempuran ke Damsyik. Juga melanggar larangan Paris yang mengharamkan pemindahan senjata buatan Perancis, Libya menghantar pejuang Mirage mereka ke Mesir. Negara-negara Afrika Utara yang lain memberi respon kepada desakan Arab dan Soviet untuk membantu Negara-negara barisan hadapan. Algeria menghantar tiga squadron pesawat pejuang dan pengebom, satu pasukan perisai, dan 150 kereta kebal. Kira-kira 1,000 hingga 2,000 tentera Tunisia telah ditempatkan di Delta Nil. Sudan menempatkan 3,500 tentera di selatan Mesir dan Morocco menghantar tiga briged ke barisan hadapan, termasuk 2,500 lagi ke Syria. Unit radar Lubnan digunakan oleh tentera pertahanan udara Syria. Lubnanjuga turut membenarkan pengganas Palestin untuk mengusir dan menghapuskan penempatan awam Israel dari wilayahnya. Palestin berjuang di Barisan Selatan bersama-sama dengan Mesir dan Kuwait.”

 

Raja Jordan, Raja Hussein, yang menggalakkan Legasi Arab di Jordan untuk berperang pada tahun 1967, tidak melakukan kesilapan yang sama dan tidak dimaklumkan pada kali ini mungkin sebagai langkah keselamatan. Untuk memastikan yang dia tidak melakukan penentangan terhadap kuasa-kuasa unggul Israel, dia telah melarikan diri. Ini untuk memastikan supaya tentera Israel tidak perlu berjuang pada barisan hadapan ketiga. Walaupun begitu, dia masih menghantar dua unit terbaiknya ke Syria dan tiga artillery menyertai serangan yang dilakukan oleh kira-kira 100 kereta kebal.

 

Amerika Syarikat, Portugal dan Belanda menyokong Israel dalam Perang Oktober atas sebab sekatan minyak yang dikenakan ke atas mereka oleh pengeluar minyak Arab. Harga minyak adalah empat kali ganda di Amerika Syarikat serta berlaku penangguhan yang lama. Beberapa syarikat minyak AS bekerjasama dengan negara-negara Arab demi kepentingan Amerika Syarikat dan melobi bagi mendapatkan sokongan Amerika Syarikat untuk orang-orang Arab dan bukannya untuk orang Israel. Orang Arab di jabatan Negeri dan syarikat-syarikat Minyak berusaha keras untuk meyakinkan orang Amerika bahawa Israel patut disalahkan atas kesusahan yang telah menimpa Amerika Syarikat dan ianya lebih penting bagi Amerika Syarikat untuk bersekutu dengan orang-orang Arab berbanding dengan orang Israel.

 

Peta pada rujukan menunjukkan penyebaran kuasa-kuasa di rantau ini di Syria.

 

http://indonesian.ccg.org/weblibs/study-papers/p210B_001.jpgSekatan minyak ditarik balik pada Mac 1974, tetapi Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain akan terus merasai kesannya untuk tahun akan datang (loc cit).

 

IDF telah dikerahkan ke pertahanan sewaktu dua hari pertama pertempuran. Walau bagaimanapun, Israel menggerakkan tentera simpanannya dan mula menyerang balas. Tentera Israel memperoleh sedikit kejayaan dalam menghentikan serangan Mesir di Selatan tetapi Gurun Sinai merupakan zon pemisah yang besar antara peperangan itu dan pusat atau nadi Israel.

 

Walau bagaimanapun, di bahagian utara, orang Syria telah menyerang Golan dan mengancam beberapa pusat populasi Israel, ini memaksa sebahagian besar daripada tentera simpanan Israel beralih ke Golan. Tentera Israel yang telah diperkukuhkan terlebih dahulu menyekat kemaraan Syria. Mereka memaksa tentera Syria berundur, dan kemudian memulakan perarakan mereka ke Damsyik.

 

Harus diingat empat puluh tahun selepas itu, Soviet telah benar-benar mengikuti pencerobohan Arab terhadap Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang dijangkakan. Dari 9 Oktober 1973 mereka memulakan pengangkutan udara besar-besaran senjata berjumlah 8000 tan bahan. Israel menerima beberapa peluru dan alat ganti dari Amerika Syarikat tetapi telah menolak sokongan yang lain. Kissinger memutuskan bahawa AS tidak boleh membiarkan sekutu Soviet untuk memenangi perang tersebut sebagai satu pengajaran politik kepada orang-orang Arab dalam menjaga nama baik AS dan untuk memastikan pengaruh AS untuk penyelesaian selepas perang.

 

Oleh itu pada 12 Oktober, Nixon mengarahkan pengangkutan udara kecemasan ke Israel membawa alat ganti, Kereta kebal, Bom, dan helikopter. NATO menghalang pengangkutan udara ini dengan mengehadkan penggunaan pangkalan udara berikutan ancaman Arab namun itu masih merupakan kelemahan kuasa-kuasa NATO. Pengecualian tunggal adalah Portugal yang menjadi pangkalan untuk operasi.

 

“Diantara Oktober 14 dan November 14, 1973, 22,000 tan peralatan telah dibawa ke Israel melalui jalan udara dan laut. Pengangkutan udara itu sahaja telah melibatkan 566 penerbangan. Untuk membayar kemasukan senjata ini, Nixon telah meminta Kongres, dan hasilnya telah menerima $ 2.2 bilion sebagai bantuan kecemasan untuk Israel.” (ibid).

Pertempuran di Mesir

 
“Dalam pertempuran kereta kebal terbesar selepas Jerman dan Rusia yang berperang di Kursk dalam Perang Dunia II, kira-kira 1,000 kereta kebal Israel dan Mesir berkumpul di Sinai barat pada 12 Oktober hingga 14. Pada 14 Oktober, tentera Israel telah memusnahkan 250 kereta kebal Mesir dalam 2 jam pertama berjuang. Menjelang lewat petang, tentera Israel telah berjaya mengalahkan musuh “ (ibid).

 

Jeneral Israel, Ariel Sharon telah diarahkan untuk tidak menyeberangi Terusan Suez sehinggalah selepas kuasa Mesir utama telah dikalahkan di Sinai. Berikutan kekalahan itu, Sharon menghantar pasukan payung terjun Israel di seluruh terusan dan menubuhkan pangkalan. Menjelang 18 Oktober, tentera Israel telah berarak ke arah Kaherah dengan sedikit tentangan. Kemenangan ini dilihat sebagai penghinaan untuk orang-orang Mesir, dan menimbulkan masalah politik seterusnya, adakah mereka akan mengambil Kaherah. Di Utara, tentera Israel berada di pinggir Damsyik, dengan jarak lingkungan meriam pada ibu kota Syria.

 

Meir mengarahkan IDF untuk menghentikan serangan ke atas Damsyik dan mereka kemudiannya menumpukan perhatian kepada merebut kembali Gunung Hermon, radar utama Israel dan pos pemerhatian, dan pada 22 Oktober Israel sekali lagi berjaya menguasai Golan Heights.

 

Walaupun Israel kehilangan 114 pesawat semasa perang, hanya terdapat 20 buah yang hilang dalam pertempuran udara, dan juruterbang Israel telah menembak jatuh sekurang-kurangnya 450 pesawat Arab.

 

Konflik US-Soviet

 

Peperangan itu tiba di ambang peperangan nuklear kerana Soviet berhadapan dengan kejatuhan Arab dan potensi pencerobohan ke Damsyik, yang masih sekutu mereka, dan mereka masih mempertahankannya hingga ke hari ini.

 

Pada 12 Oktober, Duta Soviet memaklumkan Kissinger bahawa kerajaannya meletakkan tentera berjaga-jaga untuk mempertahankan Damsyik.

 

Dengan kerugian di Mesir sepanjang tempoh 12-24 OKTOBER keadaan telah menjadi lebih buruk lagi. Di Mesir Kaherah telah diancam. Tentera Ketiga Mesir telah dikepung, dan Israel tidak membenarkan Palang Merah untuk membawa masuk sebarang bekalan. Pada ketika ini, Sadat mula meminta pertolongan Soviet dalam mendesak Israel untuk menerima gencatan senjata.

“Pada 24 Oktober, pihak Soviet mengugut untuk campur tangan dalam pertempuran. Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) melaporkan bahawa pengangkutan udara Soviet ke Mesir telah berhenti dan ianya berkemungkinan besar pesawat itu sedang dipersiapkan untuk menukar kargo daripada senjata kepada pasukan tentera. Menjawab ancaman Soviet, Nixon meletakkan tentera AS berjaga-jaga, meningkatkan persediaan untuk penghantaran tentera konvensional dan nuklear”(ibid).

 

Nixon terlibat dalam Watergate dan ada yang mengesyaki beliau telah mengalihkan perhatian daripada krisis tersebut di rumah. Walau bagaimanapun, tempoh ini adalah yang paling hampir bagi Amerika Syarikat dan Soviet berperang sejak krisis peluru berpandu Cuba 1962. Soviet melihat sebab, dan tidak menghantar tentera. Ini merupakan kali kedua namun Alkitab menunjukkan dengan jelas bahawa kali ketiga dalam masa terdekat melihat keamanan tidak akan dikecapi.

 

Ianya penting untuk menyedari bahawa Soviet (majlis terpilih di Rusia) tidak menunjukkan minat dalam keadaan aman semasa ia kelihatan seperti orang-orang Arab akan menang. Tambahan pula, PBB di bawah setiausaha agung Kurt Waldhein mempunyai sentiment yang sama. Mereka kedua-duanya anti Israel. Apabila orang-orang Arab telah dikalahkan secara sistematik mereka mula mencari keamanan. Persamaan ini benar, selepas 40 tahun mereka tidak mempelajari apa-apa.

 

“Pada 22 Oktober, majlis keselamatan PBB telah mengambil Keputusan 338 untuk memanggill “semua parti dalam usaha menamatkan semua aktiviti tentera serta-merta.” Keputusan tersebut juga dipanggil sebagai pelaksanaan Keputusan 242. Undian sampai pada hari tentera Israel mengepung Tentera Ketiga Mesir dan dalam posisi untuk memusnahkan mereka.

 

Israel enggan mematuhi gencatan senjata, sebahagian besarnya kerana tekanan daripada U.S, tetapi juga disebabkan oleh pergerakan tentera yang seterusnya yang akan menyerang dua ibu kota Arab, sesetengah berpendapat ia merupakan langkah politik yang bijak. Pada akhir pertempuran, 2,688 tentera Israel telah dibunuh. Jumlah korban peperangan bagi Mesir dan Syria masing-masing 7,700 dan 3,500. “(loc cit).

 

Hasil usaha Kissinger dan US pada Januari 1974, Israel dan Mesir telah menjalankan rundingan perjanjian penguguran (Sinai I) atas dasar “diplomasi” Kissinger. Perjanjian Sinai I membolehkan Mesir mengambil alih kembali Terusan Suez, membebaskan Tentera Ketiga mereka yang dikepung, dan melakukan genjatan senjata di bahagian timur Terusan Suez dengan adanya kawasan penampaan antara kedua-dua kuasa.

 

“Satu perjanjian pengunduran kedua (Sinai II) telah ditandatangani pada bulan September 1975, yang bertujuan untuk memanggil balik tentera Israel dari dua kawasan strategic di Sinai dan beberapa wilayah sekitarnya. Mesir tidak dibenarkan kembali ke dalam zon neutral ini. Sebaliknya, pasukan pengaman AS telah dikerahkan untuk memantau kawasan itu. "(Ibid.)

 

Rundingan dengan Syria lebih sukar. Mereka telah dan masih mengekalkan pakatan Soviet dan sokongan Iran.

 

Tentera Syria memperbaharui serangan mereka pada Mac hingga Mei 1974 dengan menembak meriam ke atas kedudukan Israel dan membunuh 37 askar Israel.

 

Bulan Mei tahun 1974 satu perjanjian angkatan akhirnya ditandatangani yang mewujudkan zon penampan PBB, pengurangan dalam kerahan tentera, dan pemulangan bandar Kuneitra ke Syria.

 

Amerika Syarikat memberi ganjaran kepada Syria bagi perjanjian itu dengan geran sederhana bantuan kewangan dimana merupakan yang pertama dalam tempoh 30 tahun. Ia telah diberikan dengan harapan untuk membina hubungan baru dengan rejim Hafez Assad dan menggalakkan beliau untuk merundingkan perjanjian damai.

 

Sebagai pengganti Nixon akan ditemui, seperti yang kita lihat sekarang, Assad gembira untuk mengambil apa sahaja yang Amerika Syarikat menawarkan kepadanya, tetapi kedua rejim Hafez Assad dan anaknya, Bashar Al Assad, tidak memberikan apa-apa sebagai balasan. Bukannya menyertai proses damai, Hafez Assad menjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin Rejectionist Hadapan. Ini diikuti hari ini oleh anaknya.

 

Dalam tempoh 1973-4 Hafez Assad telah juga terdesak untuk menghalang rundingan Israel-Mesir. Dia takut, perjanjian di antara mereka akan mengurangkan kesanggupan Mesir untuk memperjuangkan nasib orang Arab dan yang Sadat akan menerima perjanjian yang berasingan dengan Israel untuk tidak menangani rasa tidak puas hati Syria.

 

Kesan daripada ini menyaksikan Golda Meir meletakkan jawatan politiknya kerana kegagalan awalnya menangani perkara ini. Begitu juga dengan Moshe Dayan yang kerjaya kini telah hancur.

 

Rejim Assad di bawah kedua-dua bapa dan anak mengukuhkan angkatan tentera mereka dengan senjata Rusia yang lebih moden serta penggunaan senjata kimia di lebih 50 lokasi di Syria.

 

Keruntuhan yang berlaku di Syria adalah disebabkan konflik mazhab antara majoriti Sunni dibantu dengan unsur-unsur pengganas dan Syiah / Allowite minoriti dan Kristian berjuang untuk terus hidup di kalangan pengganas Islam, mereka dipaksa untuk menyokong rejim itu walaupun mereka menentangnya.

 

Rusia dan China menggunakan kedudukan mereka di Majlis Keselamatan PBB untuk membatalkan setiap tindakan PBB di Syria. Satu helah untuk mencegah serangan tentera AS di Syria telah menyaksikan Rusia cuba untuk memujuk Syria untuk menyerahkan senjata kimia kepada pemeriksa PBB dan minta mereka dimusnahkan. Akhirnya Rejim akan menggunakan helah ini untuk membenarkan penempatan semula senjata kimia dalam unsur-unsur Islam untuk digunakan terhadap Barat. Peperangan itu bakal terjadi. Memandangkan bahagian semasa antara Sunni dan Syiah berkesan memusnahkan kerjasama antara Mesir dan negara-negara Sunni yang lain dan Rusia / Syiah pakatan antara Rusia, Iran, Syria dan Lubnan, hanya serangan langsung terhadap Israel oleh negeri-negeri Syiah ini yang akan menyatukan negara-negara Islam. Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin telah dipanggil, dengan sokongan Iran, untuk pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Israel pada 2013. Ini kini akan terhalang oleh tindakan Rusia untuk mendapatkan persetujuan bagi pemusnahan Senjata Kimia Syria dan mereka telah berusaha untuk mendapatkan tempoh lanjutan ke pertengahan 2014 untuk pemusnahan itu. Amerika Syarikat dan United Kingdom / Perancis dan NATO berharap dapat membendung konflik Syria dengan kaedah ini. Ia akan gagal seperti yang kita lihat butiran Peperangan Kelima dan Keenam Sangkakala dalam Wahyu seperti yang telah diperincikan Wars of the Last Days and the Vials of the Wrath of God (No. 141b).

 

Sehingga September 2013 Syria menafikan mempunyai sebarang senjata kimia. Namun sekarang mereka mengakuinya dan berkata ia akan mengambil langkah untuk memusnahkan senjata tersebut.

Hakikatnya, Syria mempunyai senjata ketiga terbesar di dunia selepas US dan Russia. Dan dibawahnya pula ialah Mesir dan Iran, siapa tahu di manakah kedudukan China, UK, atau Perancis dalam senarai tersebut. Hakikatnya kedua-dua Sunni dan Syiah memilikinya. Ianya Cuma menunggu masa dan dunia akan menderita kerana mereka. Kekerasan pendirian Rusia dan China akan lebih membuatkan dunia menderita.

Kegagalan AS di Iraq telah menyaksikan kedudukan politik AS jatuh dan Obama kini berhadapan dengan warisan Bush, dan Blairdi UK, dan juga Howard di Australia. Kongres kini menghadapi masalah yang serius dan Obama kini telah meminta Kongres untuk menangguhkan pengundian mereka sehinggalah muslihat terbaru ini mendedahkan kemusnahan yang mampu dilakukan oleh senjata Syria ini. Syria melewatkan masa dan hanya akan bersetuju sekiranya ia bersesuaian dengan tujuan atau hala tuju politik mereka. Great Britain mengundi menentang PM Cameron dalam satu mogok tentera dan kagum selepas mengetahui bahawa UK telah membekalkan bahan kimia untuk membuat ejen Sarin Gas di Syria pada sebelas bulan sebelumnya. Perancis telah memutuskan untuk membantu AS dalam serangan ketenteraan tetapi kini akan menunggu undi daripada Kongress. Syria dengan sokongan Russia dan China akan berusaha menangguhkannya seberapa lama yang mereka mampu. Penangguhan ini nampaknya bertujuan untuk menggulangi tempoh dari Oktober 1973 hingga May 1974. Sikap bermuka dua mereka ini akan menyebabkan keruntuhan perjanjian dengan Paskah 2014 pada akhir 40 tahun yang telah diberikan kepada mereka untuk bertaubat.

 

Jadi, Israel kini berhadapan, 40 tahun akan datang, dengan keadaan di mana dunia sekali lagi berada di ambang perang biokimia dan nuklear. Alkitab menyatakan peperangan ini sebagai peperangan Kelima dan Keenam Sangkakala. Kemusnahan atau keupayaan agen biokimia ini hanya bersifat sementara dan ianya tidak akan timbul keraguan teologi bahawa Timur Tengah akan mencetuskan perang-perang ini dan bahawa kuasa di lembangan Efrat akan dihasut oleh empat iblis yang diberikan kuasa ke atas mereka pada masa akhir ini untuk mendakan perang ini akan terjadi. Kedua peperangan ini akan melibatkan Eropah dan Asia, dan kuasa Pacific dengan Afrika (sila rujuk Peperangan Hamon-Gog (No. 294)).

 

Adakah Israel telah bertaubat daripada bidaah dan dusta ini? Jawapannya adalah tidak. Mereka masih menggunakan Talmud untuk memutar-belitkan Alkitab. Ia masih beroperasi dengan sistem kewangannya bertentangan dengan Undang-undang Alkitab. Ia masih menjalankan sistem agamanya mengikut kalendar Babilon dan interkalasi yang yang bertentangan dengan kitaran langit dan mengikut penangguhan-penangguhan yang diperkenalkan di bawah Imam Besar Hillel II pada tahun 358 TM, 328 tahun selepas kematian Kristus dan 278 tahun selepas Allah memusnahkan sistem Kaabah dan menghantar mereka kedalam penawanan pada 70 TM, pada akhir nubuatan 70 tahun (sila  rujuk Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah (No. 013) dan Peperangan dengan Roma dan Kejatuhan Kaabah (No. 298)).

 

Mereka akan dibawa ke Pertaubatan dalam proses akhir zaman yang dilambangkan oleh Hari Pendamaian dalam Kalendar Alkitab. Kepentingan Pendamaian dijelaskan dalam karya-karya Pendamaian (No. 138) dan Azazel dan Pendamaian (No. 214).

 

Israel akan dibawa ke pertobatan dan kemudiannya akan diselamatkan oleh Mesias pada kedatangannya. Proses ini akan mengambil masa 1260 hari daripada pekhabaran para Saksi di Gunung Kuil di Israel (sila rujuk Saksi Saksi (termasuk dua Saksi) (No. 135)).

 

Dalam tempoh terdekat, keadaan NATO dengan orang Islam yang telah dikendalikan dengan salah akan memaksa mereka terlibat dalam peperangan Kelima dan Keenam sangkakala. Mereka akan dipaksa untuk menduduki Timur Tengah daripada konflik tentera dan Rusia dan China melalui kedegilan dan manipulasi Majlis Keselamatan mereka. Mereka akan menduduki Yerusalem dengan pentadbiran mereka dari Pantai Mediterranean hingga ke Yerusalem. Nabi Palsu dan Antikristus akan menetap dan sebaik sahaja mereka melakukan itu, Tuhan akan menghantar Elia dan Henokh ke Yerusalem.

 

Dalam tempoh 1260 hari Yehuda akan ditaubatkan dan kemudian saksi-saksi itu akan dibunuh oleh sistem binatang jahat ini. Lalu Mesias akan datang 3.5 hari selepas mereka dibunuh dan mayat mereka terbaring di atas jalan di Jerusalem.

 

Dalam tempoh ini pada 2013 sehingga kedatangan Mesias dan selepas itu sehingga 2024 seluruh dunia akan ditaubatkan. Islam masih tidak bertaubat dan mengikut kalendar palsu serta memusnahkan ajaran Al-Quran dan mengabaikan hukum-hukum Tuhan seperti yang diberikan kepada para bapa dan kepada Musa dan para orang tua-tua Israel. Mereka memutarbelitkan iman dengan pendustaan ​​Hadis dan tradisi orang-orang kafir. Mereka merusakkan kaum wanita mereka dan melayan mereka seperti anjing. Mereka seronok dalam kejahilan dan kekejaman. Mereka membunuh lelaki, wanita serta kanak-kanak yang tidak bersalah. Keganasan mereka adalah berleluasa dan mereka tidak bertobat dan mengangkat sumpah palsu pada akhir ini 40 tahun yang diperuntukkan kepada mereka untuk bertaubat.

 

Tuhan berkira-kira untuk membawa peperangan akhir itu kepada mereka dan Dia akan membawa mereka kepada Mesias untuk bertaubat dengan api dan pedang dan dengan penyakit dan wabak penyakit. Timur Tengah tidak akan berehat sehingga Silo datang dan kemudian hanya selepas mereka bertaubat dan kemasukan ke dalam rencana Tuhan. Pertama, Elia dan Henokh akan datang kepada mereka dan memulihkan Hukum Tuhan di kalangan mereka dan kalendar dan sistem beribadat yang betul, atau mereka akan mati. Semua orang yang menganggu diri mereka dengan Yerusalem akan mati. Gaza, Lubnan dan Syria akan menghadapi perang, dan kuasa-kuasa NATO akan datang menentang Rusia dan China. Kemudian mereka akan kembali ke Yerusalem dan menduduki Gaza dan Yerusalem dan Lubnan dan Syria selama 42 bulan. Hanya yang akan Berjaya melarikan diri dari cengkaman mereka. Mereka akan mengawal seluruh Mesir dan juga dari Libya hingga ke Atlantik dan dari Suez hingga ke pergunungan Ethiopia dan Somalia. Mereka akan memusnahkan semua kuasa dari Timur Tengah hingga ke Russia pada ketika itu. Kemudian mereka menghadapi Mesias. Sistem agama mereka akan dibuang dan kerajaan mereka akan dimusnahkan dan mereka akan dibawa ke pertaubatan. Kemudian seluruh dunia akan menghantar wakil-wakil mereka ke Yerusalem setiap tahun pada Pendamaian dan mereka akan menyambut perayaan Pondok Daun dan diarahkan dalam kewajipan mereka pada tahun ini dan pada tahun yang akan datang dari tahun ke tahun (Zak 14:16-19). Sekiranya mereka tidak memelihara Hukum Tuhan dan Kalendar suciNya, mereka akan mati. (lihat juga Yes. 66:23).

 

Peperangan kini akan memuncak sepanjang tempoh 2013-2024. Pada 2025 Tuhan telah menjanjikan tuaian tiga kali ganda pada tahun keenam dalam Kitaran Ketujuh sebelum jubli Sabat Ketujuh pada hari Pendamaian ke Pendamaian tahun Jubli pada tahun 2027. Pada tahun 2027 dari Hari Besar Terakhir di Bulan Ketujuh semua tanah akan diperuntukkan mengikut rencana Tuhan untuk 1000 tahun Milenium itu yang akan memulakan tahun suci pertamanya dari Bulan Baru Abib 2028. Itulah Kitab, dan Kitab tidak boleh dibatalkan. (Yoh. 10:34-36).

q