Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[212B]
Keturunan Abraham
Bahagian II:
Lot, Moab, Amon dan Esau
(Edisi 1.1
20070220-20070220-20070416)
Segala berkat yang dianugerahkan pada Abraham juga dihulurkan kepada keturunan Lot dan keturunan Ishak. Mereka akan disatukan di bawah Mesias untuk sistem milenium.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2007 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Lot, Moab, Amon
dan Esau
LOT
Lot, daripada perkataan Ibrani yang
sebutannya lote, (SHD 3875: tirai atau penutup), merupakan anak lelaki Haran, cucu Terah, dan anak saudara
Abraham (Kejadian 11:27,31-32).
Lot lahir di Ur-Kasdim, dan selepas
kematian bapanya di situ, datuknya (Terah) membawa Abraham, Sarai dan Lot ke
Haran. Pada umur 205 tahun Terah meninggal di situ di Haran (Kejadian
11:27-32). Kemandulan Sarai dan kematian Haran mungkin menjadi sebab Lot terus
bersama Abraham dan bukan tinggal dengan Nahor. Mungkin tiada pengangkatan
rasmi tetapi Lot merupakan calon yang mungkin sekali menjadi waris Abraham.
Jadi apabila Tuhan memerintah
Abraham untuk meninggalkan Haran kita dapati Lot menemani Abraham dalam
perjalanannya dari Mesopotamia ke Kanaan, melalui Kanaan ke Mesir, dan kembali
ke Betel (Kejadian 12; 13:1-3).
Sampai waktu ini kedua-dua Abraham
dan Lot sudah mengumpulkan kekayaan besar. Abraham jelas merupakan kepala
keluarga dan Lot bawahannya namun Abraham telah mengizinkan Lot memiliki domba
dan lembu dan khemah (Kejadian 13:5). Pastinya sebab Abraham diberkati Lot juga
diberkati. Tetapi sebab “harta milik mereka amat banyak” mereka tidak lagi
dapat berdiam bersama-sama. Pertengkaran berlaku antara para gembala kedua-dua
pihak kerana sumber tanah itu jelas tidak cukup untuk semua domba dan lembu
itu. Orang Kanaan dan Feris juga berdiam di tanah itu (Kejadian 13:6-7).
Pusaka Lot
Jadi Abraham memberi Lot pilihan
negeri itu dan Lot memilih apa yang dianggapnya bahagian yang lebih baik, iaitu
seluruh lembah Yordan berhampiran kota-kota Sodom dan Gomora, sebab tanah di
situ banyak airnya. Jadi Abraham menetap di tanah Kanaan dan Lot menetap di
kota-kota dataran itu, dan mendirikan khemahnya dekat Sodom (Kejadian
13:10-12).
Beberapa tahun selepas perpisahan
ini, Kedorlaomer dan sekutunya menyerang raja-raja Sodom dan kota-kota
berhampiran. Lot antara ramai tawanan yang ditawan dan dia kehilangan segala
harta miliknya. Apabila Abraham mendengar tentang ini dia mempersenjatai 318
orang-orangnya yang terlatih, dan mengejar raja-raja menang yang berundur itu
sampai ke Dan. Dia mendapat balik semua rampasan yang mereka ambil dan membawa
pulang Lot dengan tawanan-tawanan lain. Abraham ditawarkan ganjaran oleh Raja
Sodom, tetapi tidak mahu mengambil apa-apa.
Kita mendengar tentang Lot
seterusnya dalam Kejadian 19 apabila Tuhan mengutus malaikat-malaikatnya untuk
menyelamatkan Lot dan keluarganya sebelum kota-kota dataran itu dibinasakan.
Kejahatan penduduk di situ memanggil kemurkaan Tuhan namun Abraham merayu untuk
keselamatan dan perlindungan Lot.
Kita perhatikan bahawa Lot sedang
duduk di pintu gerbang ketika malaikat-malaikat itu sampai di Sodom. Oleh itu,
Lot nampaknya telah menjadi anggota sidang pemerintah Sodom, sebab pintu
gerbang kota ialah tempat hal-hal perundangan dibincangkan dan dilaksanakan.
Bullinger mengatakan dalam nota-notanya kepada Kejadian 19:1 bahawa pintu
gerbang merupakan takhta pengadilan, dan menunjukkan bahawa Lot merupakan warga
nyata.
Juga menarik untuk memperhatikan
bahawa walaupun Lot sering diberi gambaran tidak baik daripada
peristiwa-peristiwa teks Perjanjian Lama itu, dia sememangnya seorang yang
benar sebagaimana yang kita lihat daripada 2Petrus 2:4-9 (khususnya ayat 6-9).
… 6 dan
jikalau Allah membinasakan kota Sodom dan Gomora dengan api, dan dengan
demikian memusnahkannya dan menjadikannya suatu peringatan untuk mereka yang
hidup fasik di masa-masa kemudian, 7 tetapi Ia menyelamatkan Lot, orang yang
benar, yang terus-menerus menderita oleh cara hidup orang-orang yang tak
mengenal hukum dan yang hanya mengikuti hawa nafsu mereka saja, -- 8 sebab
orang benar ini tinggal di tengah-tengah mereka dan setiap hari melihat dan
mendengar perbuatan-perbuatan mereka yang jahat itu, sehingga jiwanya yang
benar itu tersiksa-- 9 maka nyata, bahwa Tuhan tahu menyelamatkan orang-orang
saleh dari pencobaan dan tahu menyimpan orang-orang jahat untuk disiksa pada
hari penghakiman (RSV digunakan sepanjang ini)
Terus dengan Lot, kita perhatikan
beberapa peristiwa berlaku malam itu sebelum kemusnahan Sodom, tetapi pada
waktu pagi malaikat-malaikat itu mengambil Lot, isterinya dan dua anak
perempuannya dan membawa mereka keluar dari kota itu dengan selamat. Mereka
disuruh melarikan diri ke pergunungan dan diingatkan supaya tidak menoleh ke
belakang ke arah kota yang bakal binasa itu. Lot memohon daripada
malaikat-malaikat itu, yang mengizinkannya lari ke Zoar, iaitu salah satu
daripada lima kota yang bakal binasa. Bagaimanapun, isteri Lot, mengabaikan
amaran malaikat itu, menoleh ke belakang, lalu menjadi tiang garam (ayat 24).
Sodom musnah dan Lot serta
keluarganya diselamatkan daripada kemusnahan itu oleh Malaikat Yahovah (lihat
karya Malaikat YHVH (No. 24)).
Lot meninggalkan Zoar dan pergi
bersama dua anak perempuannya ke satu gua di gunung berhampiran. Anak-anak
perempuan Lot salah percaya hanya mereka perempuan yang terselamat daripada
kehancuran itu. Mereka menganggap merekalah yang bertanggungjawab melahirkan
anak dan membolehkan keterusan manusia. Dua malam berturut-turut mereka
menyebabkan bapa mereka cukup mabuk untuk berhubungan kelamin dengan mereka.
Melaluinya kedua-dua anaknya hamil.
Keturunan Lot
Si kakak melahirkan anak lelaki,
dan dia menamakannya Moab; si adik juga melahirkan anak lelaki, dan dia
menamakannya Ben-Ami (Kejadian 19:30-38).
Kejadian 19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak
laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang. 38
Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami;
dialah bapa bani Amon yang sekarang.
Moab (SHD 4124, daripada bapa). Dia merupakan bapa kaum
bangsa yang dikenali sebagai Moab. Moab juga suatu wilayah, ertinya negeri indah.
Amon (SHD 5983) daripada (SHD
5971): suku, iaitu kahwin sedarah;
atau Ben-Ami (Ibrani) Anak Ami = “tuhan Am” – Bullinger. Dia menjadi bapa kaum
bangsa Amon.
Moab kemudiannya menyertai
keturunan Mesias melalui Rut (warga Moab), isteri Boas, ibu kepada Obed, bapa
Isai, bapa Daud (lihat Rut 4:16-22).
Pusaka diubah oleh Israel dan Gilead
Amon tiada wewenang untuk memiliki
Gilead atau mengambilnya daripada Israel.
Namun kedua-dua bangsa akan diberi
keselamatan di bawah Mesias pada Zaman Akhir.
MOAB
Negeri
Moab merupakan nama sejarah untuk
sebidang tanah bergunung di Yordan hari ini. Ia memanjang di sepanjang pantai
timur Laut Asin (dipanggil Laut Mati). Negeri Moab diduduki oleh suku Moab pada
zaman dahulu dan ini dibuktikan oleh berbagai penemuan arkeologi. Ibukotanya
ialah Dibon, terletak di sebelah Dhiban kota Yordan moden.
Sejarah: daripada The
International Standard Bible Encyclopedia
Kita hampir tiada pengetahuan
tentang sejarah orang Moab selepas kisah asal usul mereka dalam Kejadian 19
sehingga waktu keluaran. Bagaimanapun, mereka nampaknya telah menderita
daripada serangan-serangan orang Amori, yang, di bawah raja mereka Sihon, telah
menakluk bahagian utara Moab sampai ke Arnon (Bilangan 21:21-31). Di sini orang
Israel bertemu mereka ketika mereka menghampiri Tanah Perjanjian. Mereka tidak
mengganggu orang Moab di Selatan pada mulanya, tetapi melepasinya di sempadan
timur (Ulangan 2:8,9) dan bertentangan dengan orang Amori di Utara (Bilangan
21:21-26), mengalahkan mereka dan menduduki wilayah mereka (Bilangan 21:31-32).
Namun apabila Balak bin Zipor, raja Moab, sedar betapa kuatnya bangsa ini yang
berkumpul di sempadannya, dia bersekutu dengan orang Midian untuk menentang
mereka dan mendapatkan bantuan Bileam [lihat karya Doktrin dan
Nubuatan Bileam (No. 208)] namun sebab dia tidak dapat mendesak Bileam
untuk mengutuk mereka dia tidak jadi menyerang orang Israel (Bilangan 22; 24).
Orang Israel, bagaimanapun, mengalami bencana apabila kemurkaan Tuhan marak
terhadap mereka kerana dosa mereka (Bilangan 25). Beberapa waktu sebelum
pengasasan kerajaan di Israel orang Midian menakluk Moab, sebagaimana yang
dilihat daripada petikan Kejadian 36:35, namun penaklukan ini tidak kekal,
kerana Moab mendapat balik wilayahnya yang hilang dan menjadi cukup kuat untuk
menceroboh Israel di seberang Yordan. Eglon dari Moab menindas Israel dengan
bantuan Amon dan Amalek (Hakim 3:13-14), namun Eglon dibunuh oleh Ehud, dan kuk
Moab dilepaskan sesudah 18 tahun. Saul memukul Moab, tetapi tidak
menundukkannya (1Samuel 14:47), sebab kita dapati Daud meletakkan bapa dan
ibunya di bawah perlindungan raja Moab apabila dianiaya oleh Saul (1Samuel
22:3,4). Namun persahabatan antara Daud dan Moab tidak berterusan. Apabila Daud
menjadi raja dia memerangi Moab dan menundukkannya sepenuhnya (2Samuel 8:2).
Dengan pembahagian kerajaan antara Rehabeam dan Yerobeam, Yerobeam mungkin
mendapat milik Moab (1Raja-raja 12:20), namun ia memberontak dan Omri terpaksa
menakluknya semula (M S), dan memberi ufti kepada Ahab (2Raja-raja 1:1). Ia
memberontak semula ketika pemerintahan Ahazia (2Raja-raja 1:1; 3:5), dan Moab
dan Amon memerangi Yosafat dan Gunung Seir dan menghancurkan Gunung Seir, namun
mereka kemudiannya berselisih antara satu sama lain dan membinasa sesama
sendiri (2Tawarikh 20). Yosafat dan Yoram bersama membuat ekspedisi ke Moab dan
mengalahkan orang Moab dengan pembunuhan besar-besaran (2Raja-raja 3). Namun
Mesa, raja Moab, tidak ditundukkan (2Raja-raja 3:27), dan kemudian harii
membebaskan negerinya sepenuhnya daripada penguasaan Israel (M S). Ini mungkin
pada waktu Israel dan Yehuda berperang dengan Hazael dari Damsyik (2Raja-raja
8:28,29). Kumpulan-kumpulan orang Moab mengambil risiko untuk menyerang
negeri Israel apabila dilemahkan oleh konflik dengan Hazael (2Raja-raja 13:20),
tetapi Moab mungkin ditakluk sekali lagi oleh Yerobeam II (2Raja-raja 14:25),
dan ini mungkin bencana kepada Moab yang diceritakan dalam Yesaya 15.
Pada satu waktu kemudian Moab
ditakluk oleh orang Arab Nabatea yang memerintah di Petra dan meluaskan kuasa
mereka di sebelah timur Yordan malah sampai Damsyik (Josephus, Ant. J., XIII, xv, 1,2). Orang Moab
kehilangan identiti mereka sebagai satu bangsa dan sesudah itu terbaur dengan
orang Arab, seperti yang kita lihat dalam pernyataan Josephus (XIII, xiii, 5),
dalam mana dia mengatakan bahawa Alexander (Janneus) mengatasi orang Arabia,
seperti orang Moab dan Gilead.
http://www.studylight.org/enc/isb/view.cgi?number=T6108
Alkitab memberitahu kita negeri
Moab terletak di timur Sungai Yordan dan Laut Mati, dan di selatan Arnon
(Bilangan 21:10-15). Hari ini, Moab berada di dalam Kerajaan Yordan. Lihat peta
wilayah di Lampiran A.
Pusaka Moab
Ulangan 2:8-9 Kemudian kita berjalan terus, meninggalkan daerah saudara-saudara
kita, bani Esau yang diam di Seir, meninggalkan jalan dari Araba-Yordan, yakni
dari Elat dan Ezion-Geber. Sesudah itu kita belok dan berjalan terus ke arah
padang gurun Moab. 9 Lalu berfirmanlah TUHAN kepadaku: Janganlah
melawan Moab dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan
kepadamu apapun dari negerinya menjadi milikmu, karena Ar telah Kuberikan
kepada bani Lot menjadi miliknya.
Musa dikuburkan dalam negeri Moab
Ulangan 34:5-6 Lalu
matilah Musa, hamba TUHAN itu, di sana di tanah Moab, sesuai dengan firman
TUHAN. 6 Dan dikuburkan-Nyalah dia di suatu lembah di tanah Moab, di
tentangan Bet-Peor, dan tidak ada orang yang tahu kuburnya sampai hari ini.
Persekutuan di dalam Moab
Apabila Israel terlanjur ke dalam
keberhalaan Tuhan menggunakan bangsa-bangsa pemuja berhala (musyrik) di
sekeliling mereka untuk menghukum mereka, walaupun mereka memuja ilah-ilah
bangsa-bangsa ini. Justeru, sebab mereka membenarkan diri mereka dikorupsikan
oleh ilah-ilah palsu ini, Israel diizinkan diperintah menurut hukum dan sistem
tidak adil mereka.
Hakim-hakim 3:12-14 Tetapi orang Israel melakukan pula apa yang
jahat di mata TUHAN; lalu Eglon, raja Moab, diberi TUHAN kuasa atas orang
Israel, oleh sebab mereka telah melakukan apa yang jahat di mata TUHAN. 13
Raja ini mengajak bani Amon dan bani Amalek menjadi sekutunya. Lalu majulah ia
dan memukul orang Israel kalah. Kota pohon korma diduduki mereka. 14
Delapan belas tahun lamanya orang Israel menjadi takluk kepada Eglon, raja
Moab.
Apabila Israel bertaubat dan
kembali kepada Tuhan mereka dipulihkan dan diberi perhentian. Keadaannya
sentiasa sama. Apabila mereka memuja berhala mereka diperintah orang lain;
apabila mereka setia mereka memerintah atas mereka
atau bebas daripada sistem-sistem mereka.
Hakim-hakim 3:28-30 Berkatalah ia kepada mereka: "Ikutlah aku, sebab TUHAN telah
menyerahkan musuhmu, orang-orang Moab itu, ke dalam tanganmu." Maka
turunlah mereka mengikuti dia, lalu mereka merebut tempat penyeberangan sungai
Yordan ke Moab dan tidak seorangpun dibiarkan mereka menyeberang. 29
Pada waktu itu mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang dari Moab,
semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorangpun tidak ada yang lolos. 30
Demikianlah pada hari itu Moab ditundukkan oleh Israel, maka amanlah tanah itu,
delapan puluh tahun lamanya.
Lazimnya keberhalaan itu dibawa
masuk oleh para pemerintah Israel sendiri.
1Raja-raja 11:1-2 Adapun raja Salomo mencintai banyak perempuan
asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon,
Edom, Sidon dan Het, 2 padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah
berfirman kepada orang Israel: "Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan
merekapun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan
mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka." Hati Salomo telah terpaut
kepada mereka dengan cinta.
Batasan-batasan atas perkahwinan
adalah kerana keberhalaan dan bukan pertimbangan perkauman.
Daud menundukkan Moab
Ketika Israel diberi perhentian di
bawah Daud bangsa-bangsa di sekeliling ditakluk. Tindakan ini menunjuk ke arah
pemulihan di bawah Mesias, sebab semua bangsa di situ akan dimasukkan ke dalam
pusaka Mesias.
1 Tawarikh 18:2 Dan Daud memukul kalah orang Moab, sehingga
orang Moab takluk kepadanya dan harus mempersembahkan upeti.
Golongan wanita Moab berkahwin campur dengan Israel
Ezra 9:1-2 Sesudah
semuanya itu terlaksana datanglah para pemuka mendekati aku dan berkata:
"Orang-orang Israel awam, para imam dan orang-orang Lewi tidak memisahkan
diri dari penduduk negeri dengan segala kekejiannya, yakni dari orang Kanaan,
orang Het, orang Feris, orang Yebus, orang Amon, orang Moab, orang Mesir dan
orang Amori. 2 Karena mereka telah mengambil isteri dari antara anak
perempuan orang-orang itu untuk diri sendiri dan untuk anak-anak mereka,
sehingga bercampurlah benih yang kudus dengan penduduk negeri, bahkan para
pemuka dan penguasalah yang lebih dahulu melakukan perbuatan tidak setia itu."
Perkahwinan campur ini disebabkan
keberhalaan dan itulah ketidaksetiaan yang dikatakan oleh Tuhan.
Perluasan Kerajaan Mesianik keturunan Bapa-bapa Kaum
Perluasan kerajaan di bawah Mesias
sebagai Kerajaan Daud sudahpun diberikan dalam nubuatan.
Mazmur 60:7-9 Punya-Ku Gilead dan punya-Ku Manasye, Efraim
ialah pelindung kepala-Ku, Yehuda ialah tongkat kerajaan-Ku; 8 Moab
ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, karena
Filistea Aku bersorak-sorai." 9 Siapakah yang akan membawa aku
ke kota yang berkubu? Siapakah yang menuntun aku ke Edom?
Orang yang dibayangkan di sini
dalam pertanyaan “siapakah” yang akan memimpin mereka ke Moab ialah Yehuda,
sebagaimana yang digenapi sebahagiannya di bawah orang Macabbee dan John
Hyrcanus namun semuanya menunjuk ke arah Mesias.
Edom dan Ismael semuanya akan
diuruskan pada Zaman Akhir.
Mazmur 83:1-8 Mazmur Asaf: suatu nyanyian. Ya Allah, janganlah Engkau bungkam, janganlah berdiam diri dan janganlah berpangku tangan, ya Allah! 2 Sebab sesungguhnya musuh-musuh-Mu ribut, orang-orang yang membenci Engkau meninggikan kepala. 3 Mereka mengadakan permufakatan licik melawan umat-Mu, dan mereka berunding untuk melawan orang-orang yang Kaulindungi. 4 Kata mereka: "Marilah kita lenyapkan mereka sebagai bangsa, sehingga nama Israel tidak diingat lagi!" 5 Sungguh, mereka telah berunding dengan satu hati, mereka telah mengadakan perjanjian melawan Engkau: 6 Penghuni kemah-kemah Edom dan orang Ismael, Moab dan orang Hagar, 7 Gebal dan Amon dan Amalek, Filistea beserta penduduk Tirus, 8 juga Asyur telah bergabung dengan mereka, menjadi kaki tangan bani Lot. Sela
Persekutuan pada Zaman Akhir ini
merupakan penyatuan yang tujuannya ialah kemusnahan Israel dan ini tidak akan
berjaya tetapi sebaliknya menyatupadukan keturunan Abraham dan membinasakan
mereka yang menentang umat Tuhan.
Ulangan sentimen Mazmur 60:8
Mazmur 108:8-10 Gilead punya-Ku, Manasye punya-Ku, Efraim
ialah pelindung kepala-Ku, Yehuda ialah tongkat kerajaan-Ku, 9 Moab ialah
tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, dan karena Filistea
Aku bersorak-sorai." 10 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang
berkubu? Siapakah yang menuntun aku ke Edom?
Mereka akan disatukan kepada Israel
sebagai bangsa-bangsa bersekutu di bawah Mesias. Negara Yordan akan menjadi
sebahagian daripada Israel secara keseluruhannya selewat-lewatnya 2027.
Keluaran Kedua
Edom, Moab dan Amon akan mentaati
Yehuda.
Yesaya 11:10-16 Maka
pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi
bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya
akan menjadi mulia. 11 Pada waktu itu Tuhan akan mengangkat pula
tangan-Nya untuk menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di
Mesir, di Patros, di Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di
pulau-pulau di laut. 12 Ia akan menaikkan suatu panji-panji bagi
bangsa-bangsa, akan mengumpulkan orang-orang Israel yang terbuang, dan akan
menghimpunkan orang-orang Yehuda yang terserak dari keempat penjuru bumi. 13
Kecemburuan Efraim akan berlalu, dan yang menyesakkan Yehuda akan lenyap.
Efraim tidak akan cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan
Efraim lagi. 14 Tetapi mereka akan terbang ke barat, ke atas lereng
gunung Filistin, bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur; mereka akan
merampas Edom dan Moab, dan orang Amon akan patuh kepada mereka. 15
TUHAN akan mengeringkan teluk Mesir dengan nafas-Nya yang menghanguskan, serta
mengacungkan tangan-Nya terhadap sungai Efrat dan memukulnya pecah menjadi
tujuh batang air, sehingga orang dapat melaluinya dengan berkasut. 16
Maka akan ada jalan raya bagi sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur,
seperti yang telah ada untuk Israel dahulu, pada waktu mereka keluar dari tanah
Mesir.
Seluruh umat Israel akan dikembalikan
ke Tanah Suci. Bangsa-bangsa di sekeliling akan membantu mereka dan bersekutu
dengan mereka.
Nubuatan terhadap Moab: Mereka berkata mereka bersunat
tetapi tidak
Hukumannya kerana mendakwa
keturunan Abraham yang bersunat, namun sebenarnya tidak taat kepada Iman dan
tidak disunat dalam hati, menyediakan hukuman pada Zaman Akhir dan selang
waktu. Hukuman ini juga diperluaskan kepada orang Yahudi, dalam kata lain,
kepada mereka yang mengaku orang Yahudi tetapi bukan dan sebaliknya datang
daripada jemaah Iblis (Wahyu 2:9; 3:9). Mereka akan didorong untuk sujud
menyembah di hadapan Jemaat sebenar Tuhan.
Yeremia 9:25-26 "Lihat, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa
Aku menghukum orang-orang yang telah bersunat kulit khatannya: 26
orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab dan semua orang
yang berpotong tepi rambutnya berkeliling, orang-orang yang diam di padang
gurun, sebab segala bangsa tidak bersunat dan segenap kaum Israel tidak
bersunat hatinya."
Yehuda tidak akan terlepas daripada
hukuman ini dan akan disucikan daripada orang-orang mistik dan tradisi-tradisi
ini.
Beban Moab
Moab telah ditundukkan oleh Saul
(1Samuel 14:47) dan Daud (2Samuel 8:2); dan membayar ufti kepada Ahab (2
Raja-raja 1:1; 3:4,5); Yosafat mendapat kemenangan (2Tawarikh 20:1-30;
2Raja-raja 3:4-27). Tiglat-pileser membawa pergi suku-suku di timur Yordan dan
menerima ufti daripada Moab serta Ahaz (2Raja-raja 16:10).
(lihat nota Bullinger tentang
Yesaya 15:1).
Yesaya 15:1-9 Ucapan ilahi tentang Moab. Sungguh, dalam
suatu malam Ar-Moab sudah dirusakkan, dibinasakan; sungguh, dalam suatu malam
Kir-Moab sudah dirusakkan, dibinasakan! 2 Puteri Dibon naik ke
bukit-bukit pengorbanan untuk menangis; Moab meratap karena Nebo dan karena
Medeba. Di situ semua orang menggundul kepalanya dan memotong janggutnya
sebagai tanda berkabung. 3 Di jalan-jalan orang berlilitkan kain
kabung, di atas sotoh dan di tanah-tanah lapang sekaliannya meratap, sedang air
mata bercucuran. 4 Hesybon dan Eleale meraung-raung, suara mereka
kedengaran sampai ke Yahas. Sebab itu orang-orang bersenjata di Moab
berseru-seru, jiwanyapun gemetar. 5 Aku berteriak karena Moab,
pengungsi-pengungsi sudah sampai ke Zoar, ke Eglat-Selisia. Sungguh, orang
mendaki pendakian Luhit sambil menangis; dan di jalan ke Horonaim orang
berteriak karena ditimpa bencana. 6 Sungguh, air di Nimrim menjadi
kering dan tandus dan rumput sudah kering, rumput muda sudah habis, tidak ada
lagi tumbuh-tumbuhan hijau. 7 Sebab itu segala harta yang mereka
tumpuk dan segala yang mereka simpan mereka bawa ke seberang sungai Haarabim. 8
Sungguh, teriak itu akan kedengaran di seluruh daerah Moab, ratapnya terdengar
sampai ke Eglaim, bahkan sampai ke Beer-Elim. 9 Sungguh, air Dibon
telah penuh dengan darah, tetapi yang menimpa Dibon akan Kutambah lagi, yaitu
singa akan menerkam orang-orang yang terluput dari Moab dan yang tersisa di
tanah itu.
Nubuatan – rujukan kepada Petra
Teks ini merujuk kepada pertaubatan
Moab dan penduduk tempat yang kini ialah Yordan. Mereka diambil dari negeri
yang dikepung namun mereka dilindungi dan dikhususkan untuk Mesias. Israel
menjadi tempat perlindungan kepada orang-orang buangan Moab. Mereka terlepas
daripada genggaman Raja Utara dalam penjajahan namun mereka semua dianiaya
kerana Iman.
Yesaya 16:1-14 .Mereka mengirim anak domba kepada pemerintah
negeri, dari Sela melalui padang gurun ke gunung puteri Sion. 2
Seperti burung yang lari terbang, dan isi sarang yang diusir, demikianlah
anak-anak perempuan Moab di tempat-tempat penyeberangan sungai Arnon. 3
"Berilah nasihat, pertahankanlah hak, jadilah naungan yang teduh di waktu
rembang tengah hari; sembunyikanlah orang-orang yang terbuang, janganlah
khianati orang-orang pelarian! 4 Biarkanlah orang-orang yang
terbuang dari Moab menumpang padamu, jadilah tempat persembunyian baginya
terhadap si pembinasa! Apabila penggagahan sudah berakhir, pembinasaan sudah
lewat dan orang lalim sudah habis lenyap dari negeri, 5 maka suatu
takhta akan ditegakkan dalam kasih setia dan di atasnya, dalam kemah Daud, akan
duduk senantiasa seorang hakim yang menegakkan keadilan, dan yang segera
melakukan kebenaran." 6 Kami telah mendengar tentang keangkuhan
Moab, alangkah angkuhnya dia, tentang kecongkakannya, keangkuhannya dan
kegemasannya, dan tentang cakap anginnya yang tidak benar. 7 Sebab
itu biarlah orang Moab meratap, seorang karena yang lain, biarlah sekaliannya
meratap. Mengingat kue kismis Kir-Hareset biarlah mereka mengaduh dan hancur
luluh sama sekali! 8 Sebab kebun-kebun Hesybon dan pohon anggur
Sibma telah merana; para penguasa bangsa-bangsa telah memotong pohon-pohon
anggurnya yang terbaik, yang dahulu meluas sampai ke Yaezer dan merambat ke
padang gurun; ranting-rantingnya berserak sampai ke seberang laut. 9
Sebab itu aku turut menangis dengan Yaezer karena pohon anggur Sibma; aku mau
membasahi engkau dengan air mataku, hai Hesybon dan Eleale, sebab pada musim
kemarau tepat waktu panen musuhmu menyerbu dengan pekik pertempuran. 10
Telah lenyap sukaria dan sorak-sorak dari kebun buah-buahan; telah menghilang dari
kebun-kebun anggur tempik sorak dan sorak-sorai; tiada pengirik anggur di
tempat pemerasan, pekik mereka sudah berhenti. 11 Oleh karena itu,
seperti kecapi mendengking, begitulah hatiku menjerit melihat keadaan Moab, dan
batinku tergerak melihat keadaan Kir-Heres. 12 Maka sekalipun Moab
pergi beribadah dan bersusah payah di atas bukit pengorbanan dan masuk ke
tempat kudusnya untuk berdoa, ia tidak akan mencapai apa-apa. 13
Itulah firman yang diucapkan TUHAN tentang Moab pada waktu yang lalu. 14
Maka sekarang TUHAN berfirman: "Dalam tiga tahun, menurut masa kerja
prajurit upahan, maka kemuliaan Moab, serta dengan keramaiannya yang besar,
akan menjadi kehinaan, dan orang yang tertinggal akan sangat sedikit dan tiada
berkuasa."
Penghakiman atas Moab
Yesaya 25:10-12 Sebab
tangan TUHAN akan melindungi gunung ini, tetapi Moab akan diinjak-injak di
tempatnya sendiri, sebagai jerami diinjak-injak dalam lobang kotoran. 11
Apabila Moab mengembangkan tangannya di dalamnya seperti cara perenang
mengembangkannya untuk berenang, maka TUHAN akan mematahkan kecongkakkan mereka
dengan segala daya upaya mereka. 12 Maka kubu-kubu tembokmu yang
tinggi akan ditumbangkan-Nya dan dirubuhkan-Nya, dan dicampakkan-Nya ke tanah
dan debu.
Moab dan Amon diserahkan kepada orang dari Timur –
orang Ismael/Arab
Urutan peristiwa ini adalah untuk
mengurangkan Moab dan Amon dan selepas itu membuatkan mereka tunduk kepada
suku-suku Timur sampai akhir zaman.
Yehezkiel 25:8-11 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena Moab berkata: Sungguh, kaum Yehuda adalah sama dengan semua bangsa lain, 9 oleh sebab itu, sungguh, Aku akan membiarkan dataran tinggi Moab terbuka dengan runtuhnya kota-kotanya, ya, kota-kotanya tanpa terkecuali, yaitu kepermaian negeri itu: Bet-Yesimot, Baal-Meon dan Kiryataim. 10 Aku akan menyerahkan dia bersama bani Amon kepada orang dari sebelah Timur menjadi miliknya, supaya bani Amon jangan diingat-ingat lagi di antara bangsa-bangsa. 11 Aku akan menjatuhkan hukuman kepada Moab dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Tiada kepastian keterusan hidup Moab
Dalam penundukan itu identiti
mereka sebagai bangsa-bangsa akan dikaburi.
Amos 2:1-3 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga
perbuatan jahat Moab, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali
keputusan-Ku: Oleh karena ia telah membakar tulang-tulang raja Edom menjadi
kapur, 2 Aku akan melepas api ke dalam Moab, sehingga puri Keriot
dimakan habis; Moab akan mati di dalam kegaduhan, diiringi sorak-sorai pada
saat sangkakala berbunyi; 3 Aku akan melenyapkan penguasa dari
antaranya dan membunuh segala pembesarnya bersama-sama dengan dia," firman
TUHAN.
Nubuatan – Zaman Akhir
Zefanya 2:1-3, 8-11 Bersemangatlah dan berkumpullah, hai bangsa
yang acuh tak acuh, 2 sebelum kamu dihalau seperti sekam yang
tertiup, sebelum datang ke atasmu murka TUHAN yang bernyala-nyala itu, sebelum
datang ke atasmu hari kemurkaan TUHAN. 3 Carilah TUHAN, hai semua
orang yang rendah hati di negeri, yang melakukan hukum-Nya; carilah keadilan,
carilah kerendahan hati; mungkin kamu akan terlindung pada hari kemurkaan
TUHAN.
Tuhan memberi mereka amaran dan
selepas itu menyatakan apa yang akan dilakukanNya dengan mereka.
Untuk Moab dan Amon
8 "Aku telah mendengar pencelaan dari
pihak Moab dan kata-kata nista dari pihak bani Amon, bagaimana mereka mencela
umat-Ku dan membesarkan dirinya terhadap daerah umat-Ku itu. 9 Sebab itu, demi
Aku yang hidup--demikianlah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel--maka Moab
akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, yakni menjadi padang
jeruju dan tempat penggalian garam dan tempat sunyi sepi sampai selama-lamanya.
Sisa-sisa umat-Ku akan menjarah mereka dan yang masih tinggal dari bangsa-Ku
itu akan memiliki mereka sebagai warisan." 10 Inilah yang menjadi bagian
mereka sebagai ganti kecongkakan mereka, sebab mereka telah mencela dan
membesarkan diri terhadap umat TUHAN semesta alam. 11 TUHAN akan mendahsyatkan
mereka, sebab Ia akan melenyapkan para allah di bumi, dan kepada-Nya akan sujud
menyembah setiap bangsa daerah pesisir, masing-masing dari tempatnya.
Penundukan di hadapan Mesias ini
pada Zaman Akhir sudah selesai.
Penghakiman Ilahi Zaman Akhir
Yeremia 25:15-29 Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, kepadaku: "Ambillah
dari tangan-Ku piala berisi anggur kehangatan amarah ini dan minumkanlah isinya
kepada segala bangsa yang kepadanya Aku mengutus engkau, 16 supaya
mereka minum, menjadi terhuyung-huyung dan bingung karena pedang yang hendak
Kukirimkan ke antaranya. 17 Maka aku mengambil piala itu dari tangan
TUHAN, lalu meminumkan isinya kepada segala bangsa yang kepadanya TUHAN
mengutus aku, 18 yakni kepada Yerusalem dan kota-kota Yehuda,
beserta raja-rajanya dan pemuka-pemukanya, untuk membuat semuanya itu menjadi
reruntuhan, ketandusan dan sasaran suitan dan kutuk seperti halnya pada hari ini;
19 kepada Firaun, raja Mesir, beserta pegawai-pegawainya, dan
pemuka-pemukanya, dan segenap rakyatnya, 20 juga kepada semua orang
campuran dari berbagai-bagai bangsa; kepada semua raja negeri Us; kepada semua
raja negeri Filistin, yakni Askelon, Gaza, Ekron dan orang-orang yang masih
tinggal hidup di Asdod; 21 kepada Edom, Moab dan bani Amon; 22
kepada semua raja Tirus, semua raja Sidon dan kepada raja-raja tanah pesisir di
seberang laut; 23 kepada Dedan, Tema, Bus dan kepada orang-orang
yang berpotong tepi rambutnya berkeliling; 24 kepada semua raja Arab
yang tinggal di padang gurun; 25 kepada semua raja Zimri, kepada
semua raja Elam dan kepada semua raja Madai; 26 kepada semua raja
dari utara, yang dekat dan yang jauh, satu demi satu, dan kepada semua kerajaan
dunia yang ada di atas muka bumi; juga raja Sesakh akan meminumnya sesudah
mereka. 27 Kemudian haruslah kaukatakan kepada mereka: Beginilah
firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Minumlah sampai mabuk dan
muntah-muntah! Rebahlah dan jangan bangun lagi, oleh karena pedang yang hendak
Kukirimkan ke antara kamu! 28 Tetapi apabila mereka enggan menerima
piala itu dari tanganmu untuk meminum isinya, maka haruslah kaukatakan kepada
mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kamu wajib meminumnya! 29
Sebab sesungguhnya di kota yang nama-Ku telah diserukan di atasnya Aku akan
mulai mendatangkan malapetaka; masakan kamu ini akan bebas dari hukuman? kamu
tidak akan bebas dari hukuman, sebab Aku ini mengerahkan pedang ke atas segenap
penduduk bumi, demikianlah firman TUHAN semesta alam.
Nubuatan ini meliputi dari Mesir ke
Arabia dan kesudahan Empayar Persia. Segala Raja-raja Utara dipanggil menentang
Yerusalem. Ini mula-mula sekali berlaku apabila Babel ditakluk oleh orang Media
dan Persia. Bagaimanapun, ia tidak merujuk kepada itu sebagaimana yang kita
lihat di sini. Babel ditakluk tetapi di sini ia masih faktor dominan. Kita
maksudkan suatu sistem agama dan pemerintahan pada Zaman Akhir yang akan
ditundukkan dan dihancurkan, seperti yang dinubuat dalam Daniel Bab 2.
Susunan Ketawanan: Babel kemudian melalui
bangsa-bangsa
Yeremia 27:1-11 Pada permulaan pemerintahan Zedekia, anak
Yosia raja Yehuda, datanglah firman ini dari TUHAN kepada Yeremia. 2
Beginilah firman TUHAN kepadaku: "Buatlah tali pengikat dan gandar, lalu
pasanglah itu pada tengkukmu! 3 Kemudian kirimlah pesan kepada raja
Edom, kepada raja Moab, kepada raja bani Amon, kepada raja Tirus dan kepada
raja Sidon, dengan perantaraan utusan-utusan yang telah datang ke Yerusalem
menghadap Zedekia, raja Yehuda. 4 Perintahkanlah mereka mengatakan
kepada tuan-tuan mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel:
Beginilah harus kamu katakan kepada tuan-tuanmu: 5 Akulah yang
menjadikan bumi, manusia dan hewan yang ada di atas muka bumi dengan kekuatan-Ku
yang besar dan dengan lengan-Ku yang terentang, dan Aku memberikannya kepada
orang yang benar di mata-Ku. 6 Dan sekarang, Aku menyerahkan segala
negeri ini ke dalam tangan hamba-Ku, yakni Nebukadnezar, raja Babel; juga
binatang di padang telah Kuserahkan supaya tunduk kepadanya. 7
Segala bangsa akan takluk kepadanya dan kepada anaknya dan kepada cucunya,
sampai saatnya juga tiba bagi negerinya sendiri, maka banyak bangsa dan
raja-raja yang besar akan menaklukkannya. 8 Tetapi bangsa dan
kerajaan yang tidak mau takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak
mau menyerahkan tengkuknya ke bawah kuk raja Babel, maka bangsa itu akan
Kuhukum dengan pedang, kelaparan dan penyakit sampar, demikianlah firman TUHAN,
sampai mereka Kuserahkan ke dalam tangannya. 9 Mengenai kamu,
janganlah kamu mendengarkan nabi-nabimu, juru-juru tenungmu, juru-juru mimpimu,
tukang-tukang ramalmu dan tukang-tukang sihirmu yang berkata kepadamu:
Janganlah kamu mau takluk kepada raja Babel! 10 Sebab mereka
bernubuat palsu kepadamu dengan maksud menjauhkan kamu dari atas tanahmu,
sehingga kamu Kuceraiberaikan dan menjadi binasa. 11 Tetapi bangsa
yang mau menaruh tengkuknya ke bawah kuk raja Babel dan yang takluk kepadanya,
maka mereka akan Kubiarkan di atas tanahnya, demikianlah firman TUHAN, dan
mereka akan mengolahnya dan diam di sana."
Bandingkan Daniel Bab 2
Tuhan bertitah bahawa sistem ini
akan memerintah sampai akhir zaman dan akan digantikan oleh Mesias. Dari kepala
emas, iaitu Babel, kita saksikan suatu urutan kerajaan-kerajaan yang kian
merosot dalam kemurnian sistem-sistem mereka melalui Media dan Persia ke
Greco-Macedonia, ke sistem-sistem Yunani, ke orang Roma, dan hingga Empayar
Trinitarian atau Roma Suci yang memerintah dari Eropah, yang akhirnya
dihancurkan oleh batu yang terungkit lepas tanpa perbuatan tangan manusia yang
jatuh dari Syurga dan menghentam kerajaan kaki besi dan tanah liat ini, iaitu
kerajaan akhir Zaman Akhir.
Dari waktu itu Mesias memerintah
dan menyerahkan Kerajaan itu kembali kepada Tuhan dan Tuhan menjadi semua dalam
semua.
Pesan tentang Moab
Tuhan mewahyukan melalui Yeremia
beberapa hal yang akan terjadi mengenai Moab.
Yeremia 48:1-47 Mengenai Moab. Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel:
"Celakalah Nebo, sebab kota itu sudah dibinasakan! Kiryataim telah menjadi
malu dan direbut! Kota benteng itu menjadi malu dan terkejut: 2
lenyaplah sudah kemegahan Moab! Di Hesybon orang merencanakan malapetaka
terhadapnya: Marilah kita melenyapkannya sebagai bangsa! Juga engkau, hai Madmen,
akan dibungkamkan, engkau akan dikejar-kejar pedang. 3 Dengar!
Teriakan dari Horonaim: Kebinasaan! Kehancuran besar! 4 Moab telah
hancur lebur! kedengaran orang berteriak sampai ke Zoar. 5 Sungguh,
orang mendaki pendakian Luhit sambil menangis. Sungguh, di jalan turun ke
Horonaim orang mendengar teriak karena ditimpa bencana. 6 Larilah,
selamatkanlah nyawamu: jadilah seperti keledai liar di padang gurun! 7
Sungguh, oleh karena engkau percaya kepada bentengmu dan perbendaharaanmu, maka
engkaupun akan direbut; Kamos akan pergi ke dalam pembuangan, bersama-sama
dengan para imam dan pemukanya. 8 Pembinasa akan datang ke setiap
kota, tidak ada kota yang terluput! Lembah akan binasa, tanah datar habis
musnah, seperti yang difirmankan TUHAN. 9 Berikanlah sayap kepada Moab, supaya ia lari terbang; kota-kotanya akan
menjadi sunyi sepi, tidak ada lagi penduduk di dalamnya. 10
Terkutuklah orang yang melaksanakan pekerjaan TUHAN dengan lalai, dan
terkutuklah orang yang menghambat pedang-Nya dari penumpahan darah! 11
Moab hidup aman dari sejak masa mudanya, dia hidup tenang seperti anggur di
atas endapannya, tidak dituangkan dari tempayan yang satu ke tempayan yang
lain, tidak pernah masuk ke dalam pembuangan; sebab itu rasanya tetap padanya,
dan baunya tidak berubah.
Sebab
sebenar Tuhan bertindak terhadap Moab ialah keberhalaan dan kengerian Kamos.
Namun kecurangan mereka dalam memeluk Islam Hadis juga tidak membantu mereka.
Mereka masih keji.
12 Sebab itu, sesungguhnya, waktunya
akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan mengirim kepadanya
tukang-tukang yang akan menuangkannya, mencurahkan tempayan-tempayannya dan
memecahkan buyung-buyungnya. 13 Maka Moab akan menjadi malu oleh
karena dewa Kamos, sama seperti kaum Israel menjadi malu oleh karena Betel, kepercayaan
mereka. 14 Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami adalah
pahlawan-pahlawan, orang-orang gagah perkasa untuk berperang! 15
Pembinasa Moab telah maju menyerang dia, teruna-terunanya yang pilihan telah
turun ke pembantaian, demikianlah firman Raja yang nama-Nya TUHAN semesta alam.
16 Bencana Moab sudah hampir
datang, malapetakanya sangat segera sampai. 17 Ratapilah dia, hai
semua yang ada di sekitarnya, hai semua yang mengenal namanya! Katakanlah:
Sungguh, sudah patah tampuk kekuasaan, tongkat keagungan itu! 18
Turunlah dari kemuliaanmu dan duduklah di atas kotoran, hai puteri Dibon yang
sudah lama menetap! Sebab pembinasa Moab sudah maju menyerbu engkau,
memusnahkan tempat-tempatmu yang berkubu. 19 Berdirilah di tepi
jalan dan tinjaulah, hai penduduk Aroer! Tanyakanlah kepada orang yang lari dan
yang terluput, katakanlah: Apakah yang telah terjadi? 20 Moab sudah
malu, karena ia terkejut! Merataplah dan berteriaklah, beritahukanlah di sungai
Arnon: Sungguh, Moab sudah binasa! 21 Penghukuman telah berlaku
atas daerah dataran tinggi, atas kota-kota Holon, Yahas, Mefaat, 22
Dibon, Nebo, Bet-Diblataim, 23 Kiryataim, Bet-Gamul, Bet-Meon, 24
Keriot, Bozra dan atas segala kota negeri Moab yang jauh dan yang dekat. 25
Telah patah tanduk kekuatan Moab, dan lengan kekuasaannya telah pecah!
demikianlah firman TUHAN. 26 Buatlah dia mabuk, sebab dia
membesarkan diri terhadap TUHAN! Moab akan berguling-guling dalam muntahnya,
dan ia sendiripun akan menjadi tertawaan orang. 27 Apakah bukan
Israel tadinya yang menjadi tertawaan bagimu? Apakah dia terdapat di antara
pencuri-pencuri, sehingga engkau menggeleng-gelengkan kepala, setiap kali
engkau berbicara tentang dia? 28 Tinggalkanlah kota-kota dan diamlah
di bukit batu, hai penduduk Moab! Jadilah seperti burung merpati yang bersarang
di dinding mulut liang. 29 Kami telah mendengar tentang keangkuhan
Moab, alangkah angkuhnya dia, tentang kesombongannya, keangkuhannya dan
kecongkakannya, tentang tinggi hatinya. 30 Aku ini kenal
kepongahannya, demikianlah firman TUHAN, tidak benar cakapnya, dan tidak benar
perilakunya. 31 Sebab itu aku akan meratap karena Moab, akan
berteriak karena Moab seluruhnya, dan akan mengaduh karena orang-orang
Kir-Heres! 32 Aku akan menangis karena engkau, lebih dari pada
menangis karena Yaezer, hai pohon anggur Sibma! Ranting-rantingmu merambak
sampai ke laut, meluas sampai ke Yaezer. Si pembinasa telah jatuh menimpa hasil
musim kemaraumu dan panen buah anggurmu. 33 Sukaria dan sorak-sorak
telah lenyap dari kebun buah-buahan dan dari negeri Moab. Aku telah menjauhkan
anggur dari tempat pemerasan; pengirik tidak ada lagi pengiriknya, pekik
kegirangan tidak kedengaran lagi. 34 Hesybon dan Eleale
meraung-raung; orang memperdengarkan suaranya sampai ke Yahas, dari Zoar sampai
Horonaim dan Eglat-Selisia; sebab air sungai Nimrim juga menjadi ketandusan. 35
Firman TUHAN: Aku akan menghentikan orang di Moab mempersembahkan korban
bakaran di bukit pengorbanan dan mempersembahkan korban ukupan kepada allahnya.
36 Sebab itu seperti hatiku terharu mendengar suling, begitulah
hatiku terharu melihat keadaan Moab, dan hatiku terharu melihat keadaan
orang-orang Kir-Heres; bukankah sudah hilang segala harta yang mereka tumpuk? 37
Sungguh, setiap kepala digundul dan setiap janggut dipotong, pada semua tangan
ada toreh-torehan dan kain kabung dikenakan pada semua pinggang. 38
Di atas segala sotoh Moab dan di tanah-tanah lapangnya hanya ada perkabungan
belaka; --sungguh, Aku telah memecahkan Moab seperti tembikar, sehingga tidak
ada orang yang menyukainya, demikianlah firman TUHAN. 39 Betapa
terkejutnya dia! Betapa Moab menyembunyikan mukanya karena malu! Maka Moab
telah menjadi tertawaan dan kekejutan bagi semua yang di sekitarnya. 40
Sebab beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, ia datang melayang seperti burung
rajawali dan mengembangkan sayapnya ke atas Moab. 41 Kota-kota
direbut, kubu-kubu pertahanan dirampas. Hati para pahlawan Moab pada waktu itu
akan seperti hati perempuan yang sakit beranak. 42 Moab akan musnah sebagai bangsa, sebab ia membesarkan
diri terhadap TUHAN. 43 Kejut dan pelubang dan jerat bagimu, hai
penduduk Moab! demikianlah firman TUHAN. 44 Yang lari dari kekejutan
akan jatuh ke dalam pelubang, dan yang naik dari pelubang akan tertangkap dalam
jerat. Sungguh, Aku mendatangkan semuanya ini atas Moab di tahun penghukuman
atas mereka, demikianlah firman TUHAN. 45 Di naungan Hesybon
orang-orang pelarian berhenti, kehabisan kekuatan; tetapi api keluar dari
Hesybon, nyala api dari istana Sihon, yang memakan habis pelipis Moab dan batu
kepala orang-orang ribut. 46 Celakalah engkau, hai Moab, binasa
engkau, hai bangsa dewa Kamos! Sebab anak-anakmu lelaki telah diculik tertawan
dan anak-anakmu perempuan menjadi tawanan. 47
Tetapi Aku akan memulihkan keadaan Moab di kemudian hari, demikianlah firman
TUHAN." Sampai di sinilah firman penghukuman atas Moab.
Jadi kita perhatikan bahawa untuk
membersihkan negeri-negeri dan keturunan Lot dan Edom daripada keberhalaan
mereka terpaksa dijadikan tawanan. Mereka diserahkan ke dalam tangan suku-suku
Timur untuk membersihkan diri mereka daripada Kamos dan Milkom di Amon, namun
Tuhan membuat janji Pemulihan pada Zaman Akhir. Mereka akan diselamatkan
daripada Islam Hadis sebagaimana mereka diselamatkan daripada Kamos.
Pemulihan Moab
Yordan akan dipulihkan pada
kemudian hari. Inilah kesudahannya untuk Moab, Amon dan Edom.
Daniel 11:40-45 Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan
akan berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan
kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki negeri-negeri,
dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. 41 Juga Tanah
Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya
akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. 42
Ia akan menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. 43
Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri
Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia. 44
Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan
hatinya, sehingga ia akan keluar dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan
dan membinasakan banyak orang. 45 Ia akan mendirikan kemah
kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian
ia akan menemui ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya."
AMON
Wilayah
Dari wilayah asal mereka, orang
Amon sepatutnya dihalau oleh Sihon, raja orang Amori. Sihon dikatakan ditemui
oleh orang Israel, sesudah penyelamatan mereka dari Mesir, memiliki Gilead, dengan
kata lain, seluruh negeri di tebing kiri Yordan, hingga utara Arnon. Dengan
serangan ini, orang Amon dihalau keluar dari Gilead menyeberangi hulu sungai
Yabok, di mana ia mengalir dari selatan ke utara, yang terus menjadi sempadan
barat mereka. Di selatan, ia mungkin bersempadan dengan negeri Moab; di
selatan, ia mungkin bersempadan dengan negeri raja Gesur; dan di timur ia
mungkin bersambung terus ke dalam
padang gurun yang didiami orang Kedar dan suku-suku pengembara lain.
[Untuk Kedar lihat juga karya Keturunan Abraham Bahagian
III: Ismael (No. 212C)]
Kota utama negeri ini ialah Rabbah (Raba) atau Rabbath Ammon, iaitu kota besar
orang Amon, yang dipanggil Rabbathammana oleh orang Yunani kemudian.
Ptolemy Philadelphus mengubah namanya kepada Philadelphia, dan
menjadikannya sebuah kota yang besar dan kuat dengan suatu akropolis, terletak
di kedua-dua tebing satu cabang sungai Yabok, dan hari ini dikenali sebagai
Nahr `Amman, sungai Amon – dari mana datangnya panggilan “kota
air”. Kota Amman, Yordan terletak lebih kurang pada tempat yang sama. http://en.wikipedia.org/wiki/Ammon
International Standard Bible
Encyclopedia menyatakan:
Kita tahu daripada rekod Mesir,
khususnya Surat-surat Tell el-Amarna, tarikh taksiran serangan Amori itu (abad
14 dan 13, BC). Mereka didesak di utara oleh orang Het yang memaksa mereka ke
arah suku-suku selatan, dan sesetengah mereka menetap di timur Yordan. Justeru,
Israel membantu orang Amon dengan menghancurkan musuh lama mereka, dan ini
membuatkan kelakuan mereka pada kemudian waktu lebih keji lagi. Pada zaman
Yefta mereka menindas orang Israel di timur Yordan, mendakwa bahawa orang
Israel telah merampas wilayah mereka apabila mereka datang dari Mesir,
sedangkan itu harta milik orang Amori yang mereka ambil (Hakim 11:1-28). Mereka
dikalahkan, namun permusuhan mereka tidak terhenti, dan kelakuan mereka
terhadap orang Israel khususnya memalukan, sebagaimana pada zaman Saul (1Samuel
11) dan Daud (2Samuel 10). Ini mungkin sebabnya bagi layanan kejam yang
diberikan kepada mereka dalam perang yang menyusuli (2Samuel 12:26-31).
Mereka nampaknya telah ditundukkan
sepenuhnya oleh Daud dan ibu kota mereka ditakluki, dan kita temui suatu
semangat yang lebih baik selepas itu, sebab Nahas dari Raba memperlihatkan
kebaikan kepadanya ketika dia seorang pelarian (2Samuel 17:27-29). Negeri
mereka kemudiannya dimiliki Yerobeam, pada pembahagian kerajaan itu dan apabila
orang Aram/Syria dari Damsyik mengambil harta milik kerajaan Israel di timur
Yordan, orang Amon menjadi warga-warga Benhadad. Permusuhan mereka terhadap
kedua-dua kerajaan, Yehuda dan Israel, sering ternyata. Pada zaman Yosafat
mereka bergabung dengan orang Moab dalam satu serangan atasnya, namun menemui
bencana (2Tawarikh 20). Mereka membayar ufti kepada Yotam (2Tawarikh
27:5).
Kekejaman mereka dikecam oleh nabi
Amos 1:13, dan kemusnahan mereka oleh Yeremia 49:1-6; Yehezkiel 21:28-32;
Zakharia 2:8,9. Pembunuhan Gedalya oleh mereka (2Raja-raja 25:22-26; Yeremia
40:14) merupakan perbuatan pengecut. Tobia orang Amon bersatu dengan Sanbalat
untuk menentang Nehemia (Nehemia 4), dan tentangan mereka terhadap orang Yahudi
tidak terhenti dengan pendirian kuasa orang Yahudi di Yudea.
http://www.studylight.org/enc/isb/view.cgi?number=T475
Daud mengalahkan orang Amon
2 Samuel 10:1-19 Sesudah
itu matilah raja bani Amon; dan Hanun, anaknya, menjadi raja menggantikan dia. 2
Lalu berkatalah Daud: "Aku akan menunjukkan persahabatan kepada Hanun bin
Nahas, sama seperti ayahnya telah menunjukkan persahabatan kepadaku."
Sebab itu Daud menyuruh menyampaikan pesan turut berdukacita kepadanya dengan
perantaraan pegawai-pegawainya karena kematian ayahnya. Tetapi ketika
pegawai-pegawai Daud sampai ke negeri bani Amon itu, 3 berkatalah
pemuka-pemuka bani Amon itu kepada Hanun, tuan mereka: "Apakah menurut
anggapanmu Daud hendak menghormati ayahmu, karena ia telah mengutus kepadamu
orang-orang yang menyampaikan pesan turut berdukacita? Bukankah dengan maksud
untuk menyelidik kota ini, untuk mengintainya dan menghancurkannya maka Daud
mengutus pegawai-pegawainya itu kepadamu?" 4 Lalu Hanun
menyuruh menangkap pegawai-pegawai Daud itu, disuruhnya mencukur setengah dari
janggut mereka dan memotong pakaian mereka pada bagian tengah sampai pantat
mereka, kemudian dilepasnya mereka. 5 Hal ini diberitahukan kepada
Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat
dipermalukan. Raja berkata: "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu
tumbuh, kemudian datanglah kembali." 6 Setelah dilihat bani
Amon, bahwa mereka dibenci Daud, maka bani Amon itu menyuruh orang menyewa dari
orang Aram-Bet-Rehob dan orang Aram dari Zoba dua puluh ribu orang pasukan
berjalan kaki, dari raja negeri Maakha seribu orang dan dari orang-orang Tob
dua belas ribu orang. 7 Ketika Daud mendengar hal itu, disuruhnyalah
Yoab maju dengan segenap pasukan pahlawan. 8 Lalu bani Amon maju,
diaturnya barisan perangnya di depan pintu gerbang, sedang orang Aram dari Zoba
dan dari Rehob dan orang-orang Tob dan Maakha ada tersendiri di padang. 9
Ketika Yoab melihat, bahwa serangan itu mengancam dia dari depan dan dari
belakang, maka dipilihnyalah sebagian dari orang pilihan Israel, lalu ia
mengatur barisan mereka berhadapan dengan orang Aram itu. 10
Selebihnya dari rakyat itu ditempatkannya di bawah pimpinan Abisai, adiknya,
yang mengatur barisan mereka berhadapan dengan bani Amon itu. 11
Lalu berkatalah Yoab: "Jika orang Aram itu lebih kuat dari padaku, maka
haruslah engkau menolong aku, tetapi jika bani Amon itu lebih kuat dari padamu,
maka aku akan datang menolong engkau. 12 Kuatkanlah hatimu dan
marilah kita menguatkan hati untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita.
TUHAN kiranya melakukan yang baik di mata-Nya." 13 Lalu Yoab
dan tentara yang bersama-sama dengan dia maju berperang melawan orang Aram dan
orang-orang itu melarikan diri dari hadapannya. 14 Ketika bani Amon
melihat, bahwa orang Aram sudah melarikan diri, maka merekapun larilah dari
hadapan Abisai dan masuk ke dalam kota. Sesudah itu pulanglah Yoab setelah
memerangi bani Amon dan sampailah ia ke Yerusalem. 15 Ketika orang
Aram melihat, bahwa mereka telah terpukul kalah oleh orang Israel, maka
berkumpullah mereka bersama-sama. 16 Juga Hadadezer menyuruh orang
Aram yang di seberang sungai Efrat maju berperang; mereka sampai ke Helam di
bawah pimpinan Sobakh, panglima tentara Hadadezer. 17 Setelah hal
itu diberitahukan kepada Daud, maka dikumpulkannya seluruh orang Israel,
diseberanginya sungai Yordan, lalu sampai ke Helam. Orang Aram mengatur
barisannya berhadapan dengan Daud dan bertempur melawan dia, 18
tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh dari
orang Aram itu tujuh ratus ekor kuda kereta dan empat puluh ribu orang pasukan
berkuda. Sobakh, panglima tentara mereka, dilukainya sedemikian, hingga ia mati
di sana. 19 Ketika dilihat semua raja, yang takluk kepada Hadadezer,
bahwa mereka telah terpukul kalah oleh orang Israel, maka mereka mengadakan
perdamaian dengan orang Israel dan takluk kepada mereka; sesudah itu takutlah
orang Aram memberi pertolongan lagi kepada bani Amon.
(lihat juga 1Tawarikh 19:1-19)
Alkitab meletakkan urutan
penaklukan dari Daud tetapi itu adalah untuk menunjuk ke arah akhir zaman pada
Zaman Akhir dan kepada kedatangan Mesias.
Nubuatan – Penyingkiran daripada jemaat
Penyingkiran Moab dan Amon daripada
jemaat adalah sebab keberhalaan mereka. Mereka harus dijadikan tawanan selama
berabad-abad untuk menangani keberhalaan itu. Hanya pada kedatangan Mesias
barulah mereka akan benar-benar disembuhkan dan bebas daripada keberhalaan
mereka, iaitu apa yang terjadi kepada Islam kerana korupsi melalui Hadis.
Ulangan 23:3-6 Seorang
Amon atau seorang Moab janganlah masuk jemaah TUHAN, bahkan keturunannya yang
kesepuluhpun tidak boleh masuk jemaah TUHAN sampai selama-lamanya, 4
karena mereka tidak menyongsong kamu dengan roti dan air pada waktu
perjalananmu keluar dari Mesir, dan karena mereka mengupah Bileam bin Beor dari
Petor di Aram-Mesopotamia melawan engkau, supaya dikutukinya engkau. 5
Tetapi TUHAN, Allahmu, tidak mau mendengarkan Bileam dan TUHAN, Allahmu, telah
mengubah kutuk itu menjadi berkat bagimu, karena TUHAN, Allahmu, mengasihi
engkau. 6 Selama engkau
hidup, janganlah engkau mengikhtiarkan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka
sampai selama-lamanya.
Ilah-ilah Keturunan Lot
Keturunan Lot mengikut tuhan-tuhan
asing yang mereka hasilkan dalam negeri itu.
Tuhan Amon ialah Milkom, dan
seperti yang kita sudah lihat Tuhan Moab ialah Kamos. Keduanya merupakan versi
korban Baal yang menakutkan dalam mana anak-anak dikorbankan untuk menenangkan
dewa-dewa bijiran, minyak dan anggur. Dewa-dewa purba Timur Tengah dibawa masuk
bersama suku-suku itu ke Eropah dengan
nama-nama seperti Malcom, James/Shamus/Saun (untuk Shams dewa/dewi
matahari). Atas sebab inilah seorang lelaki Moab tidak boleh masuk jemaat Tuhan
Allah Israel. Orang Fenisia juga merupakan pengikut jenis tuhan korban ini dan
mereka menyertai keturunan Esau dalam amalan ini (lihat 1 Raja-raja 11:7).
Milkom dan Kamus akan dimusnahkan.
Yeremia 49:1-6 Mengenai bani Amon. Beginilah firman TUHAN:
"Tidak adakah anak Israel, tidak adakah ahli warisnya? Mengapakah dewa
Milkom memiliki Gad, dan bangsanya mendiami kota-kotanya? 2 Sebab
itu, sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku
akan memperdengarkan tempik sorak peperangan terhadap Raba bani Amon. Kota itu
akan menjadi anak bukit yang tandus, dan kota-kota jajahannya akan dibakar
dengan api; maka Israel akan memiliki orang-orang yang dahulu memilikinya,
firman TUHAN. 3 Merataplah, hai Hesybon, sebab pembinasa telah maju
menyerbu, berteriaklah, hai puteri-puteri Raba, kenakanlah kain kabung,
berkabunglah, berjalan kelilinglah dengan luka toreh-torehan, sebab Milkom akan
pergi ke dalam pembuangan bersama-sama dengan para imam dan pemuka-pemukanya. 4
Betapa engkau memegahkan dirimu dengan lembahmu, hai puteri yang congkak, yang
percaya akan harta bendanya dan yang berkata: Siapakah yang berani datang
menyerang aku? 5 Sesungguhnya, Aku mendatangkan kekejutan atasmu
demikianlah firman Tuhan ALLAH semesta alam, dari segala tempat di sekitarmu,
sehingga kamu bersorak-sorak, masing-masing ke arahnya sendiri, dan tidak ada
yang mengumpulkan orang-orang yang mengembara itu. 6 Tetapi sesudah itu Aku akan memulihkan
keadaan bani Amon itu, demikianlah firman TUHAN."
Pusaka Amon
Ulangan 2:16-22 Maka ketika dari bangsa itu telah
habis binasa semua prajurit, 17 berfirmanlah TUHAN kepadaku: 18
Pada hari ini engkau akan berjalan melintasi perbatasan Moab, yakni Ar, 19
maka engkau sampai ke dekat bani Amon. Janganlah melawan mereka dan janganlah
menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negeri
bani Amon itu menjadi milikmu, karena Aku telah memberikannya kepada bani Lot
menjadi miliknya. 20 --Negeri inipun dikira orang negeri orang
Refaim. Dahulu orang Refaim diam di sana, tetapi orang Amon menyebut mereka
orang Zamzumim, 21 suatu bangsa yang besar dan banyak jumlahnya,
tinggi seperti orang Enak, tetapi TUHAN telah memunahkan mereka dari hadapan
bani Amon, sehingga orang-orang ini menduduki daerah mereka dan menetap di sana
menggantikan mereka; 22 seperti yang dilakukan TUHAN bagi bani Esau
yang diam di Seir, ketika Ia memunahkan orang Hori dari hadapan mereka,
sehingga mereka menduduki daerah orang Hori itu dan menetap di sana
menggantikan orang-orang itu sampai sekarang.
Israel dilarang mengganggu pusaka Lot
Meskipun dengan hukuman bani Lot,
Israel jelas dilarang mengganggu pusaka mereka.
Ulangan 2:19, 37 maka engkau sampai ke dekat bani Amon. Janganlah melawan mereka dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negeri bani Amon itu menjadi milikmu, karena Aku telah memberikannya kepada bani Lot menjadi miliknya.
Justeru mereka akan menjadi
sebahagian daripada Israel di bawah Mesias namun mereka akan terus menyimpan
tanah mereka sebagai sebahagian daripada persekutuan akhir itu. Itulah berkat
Tuhan kepada Abraham; dan Lot merupakan anak saudara dan anak angkatnya.
Abraham menghormati pilihan tanah Lot.
37 Hanya negeri bani Amon tidak engkau
dekati, baik sungai Yabok sepanjang tepinya maupun kota-kota di pegunungan,
tepat seperti yang dilarang TUHAN, Allah kita."
Pemulihan dan Pendamaian
Seperti Moab, Amon juga akan
dipulihkan. Raba dan Amon akan didamaikan.
Yehezkiel 21:20, 28-32 Gambarlah dari jalan mana pedang itu datang melawan Raba, ibukota
bani Amon dan melawan Yehuda, yang bentengnya ada di Yerusalem. 28
"Dan engkau anak manusia, bernubuatlah dan katakan: Beginilah firman Tuhan
ALLAH mengenai bani Amon dan cercaan mereka; katakanlah: Pedang, pedang sudah
tercabut untuk menumpahkan darah, digosok untuk memusnahkan, dan supaya
mengkilap seperti petir-- 29 sedang orang melihat
penglihatan-penglihatan yang menipu bagimu dan memberi tenungan-tenungan bohong
kepadamu--untuk ditetakkan ke leher orang-orang fasik yang durhaka, yang
saatnya sudah tiba untuk penghakiman terakhir. 30 Kembalikanlah itu
ke sarungnya! Di tempat penciptaanmu dan di negeri asalmu Aku akan menghukum
engkau. 31 Aku akan mencurahkan geram-Ku atasmu dan menyemburkan api
murka-Ku kepadamu dan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang-orang dungu,
yang menimbulkan kemusnahan. 32 Engkau menjadi makanan api, darahmu
akan tertumpah di tengah-tengah tanah itu, dan engkau tidak akan diingat-ingat
lagi, sebab Aku, TUHAN, yang mengatakannya."
Yehezkiel 25:1-11 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak
manusia, tujukanlah mukamu kepada bani Amon dan bernubuatlah melawan mereka! 3
Katakanlah kepada bani Amon: Dengarlah firman Tuhan ALLAH: Beginilah firman
Tuhan ALLAH: Oleh karena engkau menyerukan: Syukur! mengenai tempat kudus-Ku,
waktu kekudusannya dilanggar, dan mengenai tanah Israel, waktu itu dijadikan
sunyi sepi, dan mengenai kaum Yehuda, waktu mereka harus pergi ke dalam
pembuangan, 4 oleh sebab itu,
sungguh, Aku menyerahkan engkau kepada orang dari sebelah timur menjadi miliknya;
mereka akan mendirikan perkemahannya padamu dan membangun tempat kediamannya;
mereka akan memakan buah-buahanmu dan meminum susu ternakmu.
Inilah orang Arab, daripada Ismael dan Amalek serta
orang lain, seperti kita lihat di atas. Ingat Amalek juga keturunan Abraham.
Bersama dengan Edom dan orang Midian mereka merupakan Raja-raja Gembala Hyksos
di Mesir.
5 Aku akan membuat Raba menjadi
padang rumput untuk unta dan kota-kota bani Amon menjadi tempat kambing domba.
Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 6 Sebab beginilah
firman Tuhan ALLAH: Oleh karena engkau bertepuk tangan dan mengentakkan kakimu
ke tanah, dan bergembira dalam hatimu atas kecelakaan tanah Israel, 7
oleh sebab itu, sungguh, Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawan engkau dan menyerahkan
engkau menjadi jarahan bagi suku-suku bangsa dan melenyapkan engkau dari tengah
bangsa-bangsa dan membinasakan engkau dari negeri-negeri; Aku akan memusnahkan
engkau. Dengan demikian engkau akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN." 8
Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena Moab berkata: Sungguh, kaum
Yehuda adalah sama dengan semua bangsa lain, 9 oleh sebab itu, sungguh, Aku akan membiarkan dataran
tinggi Moab terbuka dengan runtuhnya kota-kotanya, ya, kota-kotanya tanpa
terkecuali, yaitu kepermaian negeri itu: Bet-Yesimot, Baal-Meon dan Kiryataim. 10
Aku akan menyerahkan dia bersama bani Amon kepada orang dari sebelah Timur
menjadi miliknya, supaya bani Amon jangan diingat-ingat lagi di antara
bangsa-bangsa. 11 Aku akan menjatuhkan hukuman kepada Moab dan
mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Moab tidak lagi dinamakan, ia
diberikan dengan Amon kepada bangsa Arab dan digabungkan dengan Amon. Yang
diingati hanyalah Amon, saudara lebih muda, dalam nama Aman, iaitu ibu kota
Yordan; tetapi Moab tidak diingati. Ia berada di bawah Kerajaan Yordan, yang
akan ditempatkan di bawah Mesias sebagai Raja pada waktu terdekat.
Keluarga raja ini meluas dari
Damsyik ke Iraq selepas Perang Dunia II dan digantikan oleh republik di situ di
bawah parti Baath dan Saddam Hussein.
Amon dan Moab dan orang Amori
Nubuatan mengatakan bahawa Amon dan
Moab serta bahagian utama bani Amori akan terlepas daripada tangan Raja Utara.
Daniel 11:41 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak
orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab
dan bagian yang penting dari bani Amon.
Amos 1:13-15 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga
perbuatan jahat bani Amon, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali
keputusan-Ku: Oleh karena mereka membelah perut perempuan-perempuan hamil di
Gilead dengan maksud meluaskan daerah mereka sendiri, 14 Aku akan
menyalakan api di dalam tembok Raba, sehingga purinya dimakan habis, diiringi
sorak-sorai pada waktu pertempuran, diiringi angin badai pada waktu puting
beliung; 15 dan raja mereka harus pergi sebagai orang buangan, ia
bersama-sama dengan pembesar-pembesarnya," firman TUHAN.
Raja mereka pada Zaman Akhir ialah
Mesias yang datang.
Pemulihan Zaman Akhir
Zefanya 2:8-11 8 "Aku telah mendengar pencelaan dari pihak
Moab dan kata-kata nista dari pihak bani Amon, bagaimana mereka mencela umat-Ku
dan membesarkan dirinya terhadap daerah umat-Ku itu. 9 Sebab itu,
demi Aku yang hidup--demikianlah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel--maka
Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, yakni menjadi
padang jeruju dan tempat penggalian garam dan tempat sunyi sepi sampai
selama-lamanya. Sisa-sisa umat-Ku akan menjarah mereka dan yang masih tinggal
dari bangsa-Ku itu akan memiliki mereka sebagai warisan." 10
Inilah yang menjadi bagian mereka sebagai ganti kecongkakan mereka, sebab
mereka telah mencela dan membesarkan diri terhadap umat TUHAN semesta alam. 11
TUHAN akan mendahsyatkan mereka, sebab Ia akan melenyapkan para allah di bumi,
dan kepada-Nya akan sujud menyembah setiap bangsa daerah pesisir, masing-masing
dari tempatnya.
ESAU/EDOM
Daripada The
International Standard Bible Encyclopedia
Sempadan-sempadan Edom boleh
dilukis dengan pendekatan tertentu kepada ketepatan. Di Timur ‘Araba sempadan
utara bermula dari Laut Mati, dan ditandakan oleh Wady el-Kurachi, atau Wady
el-Chasa. Di Timur ia bersempadan dengan padang gurun. Sempadan selatan melalui
Elat dan Ezion-geber (Ulangan 2:8). Di Barat ‘Araba sempadan utara Edom
ditentukan oleh sempadan selatan Israel, seperti ditunjukkan dalam Bilangan
34:3 dan seterusnya: satu garis dari Laut Asin ke selatan Pendakian Akrabim
ke Zin dan Kadesh-barnea. Tempat terakhir ini, kita dimaklumkan, terletak di
“tepi perbatasan” sempadan Edom (Bilangan 20:16). Garis ini secara
umumnya boleh ditunjukkan oleh laluan Wady el-Fiqrah. Sukar untuk mengatakan
berapa banyak kawasan tanah tinggi Barat ‘Araba ke selatan hingga Teluk ‘Aqaba
termasuk dalam Edom.
Sejarah
Kita mula-mula mendengar tentang
perang antara Israel dan Edom di bawah Saul (1Samuel 14:47). Daud
berperang dengan begitu bertenaga, membunuh 18,000 orang Edom (dibaca begitu
bukan “orang Aram/Syria”) di Lembah Asin (2Samuel 8:13); Yoab terus
tinggal enam bulan di negeri itu, yang ditempatkan pasukan-pasukan orang
Israel, “lalu menewaskan semua laki-laki di Edom” (1Raja-raja 11:15).
Hadad daripada kerabat raja Edom melarikan diri ke Mesir, dan kemudian hari
menjadi punca masalah untuk Salomo (1Raja-raja 11:14,25). Di bawah Yoram
bin Yosafat, Edom memberontak. Yoram mengalahkan mereka di Zair, tetapi tidak
mampu memadamkan pemberontakan itu (2Raja-raja 8:20). Amazia menyerang
negeri itu, membunuh 10,000 di Lembah Asin, dan merampas Sela yang dinamakannya
Yokteel (2Raja-raja 14:7). Uzia memulihkan pelabuhan Edom bernama Elat (2Raja-raja
14:22). Mereka memberi segala bantuan yang mereka mampu kepada
Nebukadnezar, dan bersukaria dengan kemusnahan Yerusalem, serta membangkitkan
kemarahan teramat sengit dalam hati orang Yahudi (Ratapan 4:21; Yehezkiel
25:12; 35:3; Obaja 1:10). Orang Edom masuk ke dalam kawasan
yang kini kosong di Selatan Yehuda. Pada 300 BC Gunung Seir dengan ibu kotanya
Petra jatuh ke dalam tangan orang Nabatea.
Idumaea dan rakyat Idumea
Di barat ‘Araba negeri yang mereka
duduki dikenali sebagai nama Yunani Idumaea, dan rakyatnya orang Idumea.
Hebron, kota utama mereka, ditakluk oleh Judas Maccabees pada 165 BC (1Macc
4:29,61; 5:65). Pada 126 BC negeri itu ditakluk oleh John Hyrcanus, yang
memaksa rakyatnya menjadi orang Yahudi dan menyerah kepada penyunatan. Antipater,
gabenor Idumaea, dijadikan wakil Yudea, Samaria dan Galilea oleh Julius Caesar.
Dia membuka jalan kepada takhta untuk anaknya Herod yang Agung. Dengan
kejatuhan Yehuda di bawah orang Roma, Idumaea hilang daripada sejarah.
http://www.studylight.org/enc/isb/view.cgi?number=T2891
Esau anak sulung Ishak dan Ribka
Esau merupakan anak sulung Ishak
dan Ribka, dan saudara kembar Yusuf.
Akar namanya dalam Ibrani
diperolehi daripada perkataan asuy
bererti “penyelesaian”, dijadikan dan lengkap, sebab Esau dilahirkan berbulu dan
amat kuat, “telah lengkap” dan bukan seperti kanak-kanak.
Nubuatan mengenai Edom
Sebelum kelahiran Esau, Tuhan
memberitahu Ribka bahawa anak tuanya akan menjadi hamba anak mudanya.
Kejadian 25:21-23 Berdoalah Ishak kepada TUHAN untuk isterinya,
sebab isterinya itu mandul; TUHAN mengabulkan doanya, sehingga Ribka, isterinya
itu, mengandung. 22 Tetapi anak-anaknya bertolak-tolakan di dalam
rahimnya dan ia berkata: "Jika demikian halnya, mengapa aku hidup?"
Dan ia pergi meminta petunjuk kepada TUHAN. 23 Firman TUHAN
kepadanya: "Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan
berpencar dari dalam rahimmu; suku bangsa yang satu akan lebih kuat dari yang
lain, dan anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda."
Esau pergi daripada kota Hebron,
dan meninggalkannya untuk saudaranya dan menetap di Seir, dan memanggil negeri
itu sempena namanya sendiri, Edom
(Kejadian 36:16). Adom/Edom dalam bahasa Ibrani bererti merah namun orang Yunani memanggilnya Idumea (Yesaya 34:5-6;
Yehezkiel 35:15). Ia juga dikenali sebagai “daerah Edom” (Kejadian 32:3). Oleh
sebab kawasan itu bergunung sebahagiannya, ia juga dikenali sebagai
“pergunungan Esau” atau “gunung Seir” (Obaja 1:8,9,19,21). Bahagian selatan
Edom dikenali sebagai Teman.
Suku Temani juga tersebar ke timur
sama seperti suku-suku lain ke dalam bangsa-bangsa lain. Mereka disebut bersama
dengan Dedan di selatan Edom. ISBE menyatakan ini tentang mereka.
TEMAN [ISBE]
TEMAN - te'-man (teman, "di sebelah
kanan," iaitu "selatan"; Thaiman): Nama sebuah daerah dan kota
di negeri Edom, dinamakan sempena Teman cucu Esau, anak kepada anak sulungnya,
Elifas (Kejadian 36:11; 1 Tawarikh 1:36). Seorang adipati Teman
dinamakan di kalangan kepala kaum Edom (Kejadian 36:42; 1 Tawarikh
1:53). Bagaimanapun dia tidak muncul dahulu, di tempat anak sulung. Husyam
dari negeri orang Teman merupakan salah seorang raja purba Edom (Kejadian
36:34; 1 Tawarikh 1:45). Daripada Obaja 1:9 kita ketahui
bahawa Teman berada dalam negeri Esau (Edom). Dalam Amos 1:12 ia
dinamakan bersama Bozra, ibu kota Edom. Dalam Yehezkiel 25:13 kehancuran
diumumkan atas Edom: “Dari Teman sampai Dedan mereka akan mati rebah oleh
pedang.” Dedan berada di Selatan, jadi Teman harusnya berada di Utara.
Eusebius, Onomasticon mengetahui sebuah daerah di wilayah Gebalene yang
dipanggil Theman, dan juga sebuah kota dengan nama yang sama, yang didiami
pasukan tentera Roma, 15 batu dari Petra. Malangnya tiada petunjuk arah
diberikan. Belum ada lagi kesan nama ini ditemui. Ia mungkin berada di
perjalanan dari Elat ke Bozra.
Penduduk Teman
nampaknya terkenal kerana kebijaksanaan mereka (Yeremia 49:7; Obaja
1:8 dan seterusnya). Elifas orang Teman merupakan kepala penghibur-penghibur
Ayub (2:11, dsb.). Cara bagaimana kota itu disebutkan oleh para nabi, sebagai
kota tersendiri, dan sekali lagi untuk mewakili Edom, menunjukkan betapa
pentingnya kota ini pada zaman mereka.
W. Ewing
Walaupun Teman berada di Utara
dekat Petra, ia juga berada di timur dan dipisahkan daripada pergunungan Paran
oleh Araba, justeru memanjang di sekeliling Edom ke Dedan.
Berkat Ishak kepada Esau
Kejadian 27:34-41 Sesudah
Esau mendengar perkataan ayahnya itu, meraung-raunglah ia dengan sangat keras
dalam kepedihan hatinya serta berkata kepada ayahnya: "Berkatilah aku ini
juga, ya bapa!" 35 Jawab ayahnya: "Adikmu telah datang
dengan tipu daya dan telah merampas berkat yang untukmu itu." 36
Kata Esau: "Bukankah tepat namanya Yakub, karena ia telah dua kali menipu
aku. Hak kesulunganku telah dirampasnya, dan sekarang dirampasnya pula berkat
yang untukku." Lalu katanya: "Apakah bapa tidak mempunyai berkat lain
bagiku?" 37 Lalu Ishak menjawab Esau, katanya:
"Sesungguhnya telah kuangkat dia menjadi tuan atas engkau, dan segala
saudaranya telah kuberikan kepadanya menjadi hambanya, dan telah kubekali dia
dengan gandum dan anggur; maka kepadamu, apa lagi yang dapat kuperbuat, ya
anakku?" 38 Kata Esau kepada ayahnya: "Hanya berkat yang
satu itukah ada padamu, ya bapa? Berkatilah aku ini juga, ya bapa!" Dan
dengan suara keras menangislah Esau. 39 Lalu Ishak, ayahnya,
menjawabnya: "Sesungguhnya tempat kediamanmu akan jauh dari tanah-tanah
gemuk di bumi dan jauh dari embun dari langit di atas. 40 Engkau
akan hidup dari pedangmu dan engkau akan menjadi hamba adikmu. Tetapi akan
terjadi kelak, apabila engkau berusaha sungguh-sungguh, maka engkau akan
melemparkan kuk itu dari tengkukmu." 41 Esau menaruh dendam
kepada Yakub karena berkat yang telah diberikan oleh ayahnya kepadanya, lalu ia
berkata kepada dirinya sendiri: "Hari-hari berkabung karena kematian
ayahku itu tidak akan lama lagi; pada waktu itulah Yakub, adikku, akan
kubunuh."
Nubuatan ini dipenuhi apabila orang
Edom ditakluk oleh Yehuda di bawah John Hyrcanus pada Abad Kedua BCE, dan
mereka diserap masuk ke dalam Yehuda di Yudea dan bukan Yehuda di Galilea.
Herod merupakan orang Edom Hasmonea. Orang Edom juga bercampur dengan orang
Fenisia. Kita akan lihat lebih banyak tentang hal ini kemudian (lihat juga karya
Perang dengan Rom dan
Kejatuhan Bait (No. 298)).
Kejadian 36: Keluarga Esau
Esau mengahwini tiga isteri: Ada,
Oholibama dan Basmat. Mereka juga dikenali dengan nama kedua: Ada/Basmat,
Oholibama/Yudit dan Basmat/Mahalat.
Anak-anak lelaki Esau
Inilah
keturunan Esau, yaitu Edom. 2 Esau mengambil perempuan-perempuan
Kanaan menjadi isterinya, yakni Ada, anak Elon orang Het, dan Oholibama, anak
Ana anak Zibeon orang Hewi, 3 dan Basmat, anak Ismael, adik Nebayot.
4 Ada melahirkan Elifas bagi Esau, dan Basmat melahirkan Rehuel, 5
dan Oholibama melahirkan Yeush, Yaelam dan Korah. Itulah anak-anak Esau, yang
lahir baginya di tanah Kanaan. 6 Esau membawa isteri-isterinya,
anak-anaknya lelaki dan perempuan dan semua orang yang ada di rumahnya,
ternaknya, segala hewannya dan segala harta bendanya yang telah diperolehnya di
tanah Kanaan, lalu pergilah ia ke negeri lain dan ia meninggalkan Yakub,
adiknya itu. 7 Sebab harta milik mereka terlalu banyak, sehingga
mereka tidak dapat tinggal bersama-sama, dan negeri penumpangan mereka tidak
dapat memuat mereka karena banyaknya ternak mereka itu. 8 Maka
menetaplah Esau di pegunungan Seir; Esau itulah Edom. 9 Inilah
keturunan Esau, bapa orang Edom, di pegunungan Seir.
Seir merupakan satu lagi nama untuk
Edom. Nampaknya suku Esau telah menghalau penghuni asal Seir, orang Hori
(Kejadian 14:6; Ulangan 2:12).
Esau mempunyai lima anak lelaki
daripada tiga isterinya itu.
Ada
(1) Elifas: anak sulung (SHD 646)
bererti tuhan emas.
Basmat (anak perempuan Ismael)
(1) Rehuel (SHD 7467) bererti sahabat Tuhan.
Oholibama
(1) Yeush/Yehush (SHD 3266) bererti
terburu-buru.
(2) Yaelam/Yaalam (SHD 3281) ghaib.
(3) Korah (SHD 7141) bererti ais (seolah-olah botak iaitu licin)
Cucu lelaki Esau
11 Anak-anak Elifas ialah Teman, Omar,
Zefo, Gaetam dan Kenas. 12 Timna adalah gundik Elifas anak Esau; ia
melahirkan Amalek bagi Elifas. Itulah cucu-cucu Ada isteri Esau. 13
Inilah anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama dan Miza. Itulah cucu-cucu Basmat
isteri Esau. 14 Inilah anak-anak Oholibama, isteri Esau itu, anak
Ana anak Zibeon; ia melahirkan bagi Esau: Yeush, Yaelam dan Korah. 15
Inilah kepala-kepala kaum bani Esau: keturunan Elifas anak sulung Esau, ialah
kepala kaum Teman, kepala kaum Omar, kepala kaum Zefo, kepala kaum Kenas, 16
kepala kaum Korah, kepala kaum Gaetam dan kepala kaum Amalek; itulah
kepala-kepala kaum Elifas di tanah Edom; itulah keturunan Ada. 17
Inilah keturunan Rehuel anak Esau: kepala kaum Nahat, kepala kaum Zerah, kepala
kaum Syama dan kepala kaum Miza; itulah kepala-kepala kaum Rehuel di tanah
Edom; itulah keturunan Basmat isteri Esau. 18 Inilah keturunan
Oholibama isteri Esau: kepala kaum Yeush, kepala kaum Yaelam, kepala kaum
Korah; itulah kepala-kepala kaum Oholibama, isteri Esau, anak Ana. 19
Itulah bani Esau, yakni Edom, dan itulah kepala-kepala kaum mereka.
Anak-anak lelaki Elifas – cucu lelaki Esau dan kepala
kaum
Teman (SHD 8487, daripada 8486)
bererti dari selatan (di sebelah
kanan seseorang yang menghadap timur)
Omar (SHD 201): suka berbicara
Zefo (SHD 6825): suka memerhati
Gaetam (SHD 1609) asal mula tidak
pasti
Kenas (SHD 7073): memburu, pemburu
Amalek (SHD 6002): keturunan Esau
(daripada gundik Elifas bernama Timna)
Anak-anak lelaki Rehuel – cucu lelaki Esau dan kepala
kaum
Nahat (SHD 5184): sepi (kesepian)
Zerah (SHD 2226): kenaikan terang
Syama (SHD 8040): kehancuran, kehairanan, alih tempat,
pembuangan
Miza (SHD 4199): pengsan sebab takut
Tiada cucu lelaki daripada
Oholibama disenaraikan namun anak-anak lelakinya Yeush, Yaelam, Korah juga
disenaraikan sebagai kepala kaum. Justeru subsuku mereka kurang penting dari
segi nubuatan.
Anak-anak lelaki Seir orang Hori
20 Inilah anak-anak Seir, orang Hori,
penduduk negeri itu: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, 21 Disyon, Ezer,
Disyan; itulah kepala-kepala kaum orang Hori, anak-anak Seir, di tanah Edom. 22
Anak-anak Lotan ialah Hori dan Heman, dan saudara perempuan Lotan ialah Timna. 23
Inilah anak-anak Syobal: Alwan, Manahat, Ebal, Syefo dan Onam. 24
Inilah anak-anak Zibeon: Aya dan Ana; Ana inilah yang menemui mata-mata air
panas di padang gurun, ketika ia sedang menggembalakan keledai Zibeon ayahnya
itu. 25 Inilah anak-anak Ana: Disyon dan Oholibama anak perempuan
Ana. 26 Inilah anak-anak Disyon: Hemdan, Esyban, Yitran dan Keran. 27
Inilah anak-anak Ezer: Bilhan, Zaawan dan Akan. 28 Inilah anak-anak
Disyan: Us dan Aran.
Kepala-kepala kaum orang Hori juga
disenaraikan.
29 Itulah kepala-kepala kaum orang
Hori: kepala kaum Lotan, kepala kaum Syobal, kepala kaum Zibeon, kepala kaum
Ana, 30 kepala kaum Disyon, kepala kaum Ezer dan kepala kaum Disyan;
itulah kepala-kepala kaum orang Hori, kaum demi kaum, di tanah Seir.
Seir ialah nama untuk gunung itu
dan penduduk aslinya. Penduduk ini juga dipanggil orang Hori sempena cucu
lelakinya Hori yang merupakan anak Lotan bin Seir. Saudara perempuan Lotan
bernama Timna. Boleh diandaikan bahawa dialah Timna yang menjadi gundik Elifas
dan dialah ibu kepada Amalek namun ini mempunyai akibat yang amat besar bagi
Esau.
Bullinger mendakwa bahawa orang
Hori ialah satu cabang Nefilim (lihat notanya kepada Kejadian 36:20 dan
Lampiran 23 dan 25 dalam The Companion
Bible). Apa yang pasti adalah mereka menetap di tanah Edom dan merupakan
penduduk asal. Timna juga merupakan nama seorang Kepala Kaum Edom (lihat
Kejadian 36:40 dan 1Tawarikh 1:51) dan sebuah kota dalam Yehuda (Kejadian
28:12-14) dan juga sebuah kota dalam Dan (Yosua 15:10; Hakim 14:1-5; 2Tawarikh
28:18). Justeru nama ini mempunyai asal mula Kanaan.
Tersenarai sebagai penetap di
kalangan orang Kanaan juga ialah orang Refaim dan Anakim (Enak) orang Nefilim,
dan yang harus dibinasakan (lihat karya Nefilim (No.134)).
Daripada cerita dalam Ulangan 2 dalam ayat 9 orang Moab diberikan tanah Ar
sebagai harta milik. Ulangan 2:10 dan 11 mengatakan bahawa orang Emim (atau Mereka yang Dahsyat, lihat Kejadian
14:5) besar dan tinggi seperti orang Enak, namun orang Moab memanggil mereka
Emim. Ulangan 2:12 mengatakan bahawa orang Horim (Hori) juga tinggal di Gunung
Seir sebelum Esau mengambil alihnya dan memusnahkan mereka dan diam di tanah
mereka. Orang Horim ini boleh dikatakan sama seperti orang Hori dan dengan itu
ialah Nefilim.
Orang Amon memanggil Nefilim di
tempat mereka Zamzumim dan dengan cara yang sama mereka memusnahkan mereka.
Jika Timna, gundik Elifas, ialah
saudara perempuan Lotan maka dia seorang Hori dan sekiranya orang Hori
benar-benar Nefilim maka orang Amalek ialah Nefilim sebahagiannya dan
kemasukan-kemasukan kemudian berkesudahan dengan perintah untuk penghapusan
beberapa suku Kanaan oleh sebab pencemaran dengan Refaim, Anakim, Emim dan
Zamzumim dan Horim yang semuanya tidak memiliki kebangkitan.
Itulah sebabnya kenapa mereka
diizinkan untuk dimusnahkan menurut perintah raja Persia seperti yang kita
lihat dalam Ester (lihat Komentar tentang Ester (No.
63)) dan kenapa Tuhan memerintahkan penghapusan Agag dan orang Amalek
dan kenapa Saul ditegur dan dibunuh oleh Samuel. YDNA dengan mudah mengenal
pasti keturunan manusia hari ini dan mereka semua berasal daripada satu
keturunan dan mtDNAnya datang daripada seorang perempuan, dan dengan itu
Nefilim telah dihapuskan (lihat karya Asal Genetik Bangsa-bangsa
(No. 265)).
Raja-raja Edom
Bullinger memperhatikan bahawa ayat
31 (di bawah) merujuk kepada Kejadian 17:6; 35:11 dan Ulangan 17:14-20.
31 Inilah raja-raja yang memerintah di
tanah Edom, sebelum ada seorang raja memerintah atas orang Israel. 32
Di Edom yang memerintah ialah Bela bin Beor dan kotanya bernama Dinhaba. 33
Setelah Bela mati, Yobab bin Zerah dari Bozra menjadi raja menggantikan dia. 34
Setelah Yobab mati, Husyam, dari negeri orang Teman, menjadi raja menggantikan
dia. 35 Setelah Husyam mati, Hadad bin Bedad menjadi raja
menggantikan dia; dialah yang memukul kalah orang Midian di daerah Moab, dan
kotanya bernama Awit. 36 Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka
menjadi raja menggantikan dia. 37 Setelah Samla mati, Saul, dari
Rehobot yang di pinggir sungai, menjadi raja menggantikan dia. 38
Setelah Saul mati, Baal-Hanan bin Akhbor menjadi raja menggantikan dia. 39
Setelah Baal-Hanan bin Akhbor mati, Hadar menjadi raja menggantikan dia;
kotanya bernama Pahu dan isterinya bernama Mehetabeel binti Matred binti
Mezahab.
(lihat juga 1Tawarikh 1:43-50)
Kepala-kepala kaum keturunan Esau
40 Inilah nama kepala-kepala kaum Esau
menurut kaum dan tempat mereka, dengan nama mereka masing-masing: kepala kaum
Timna, kepala kaum Alwa, kepala kaum Yetet, 41 kepala kaum
Oholibama, kepala kaum Ela, kepala kaum Pinon, 42 kepala kaum Kenas,
kepala kaum Teman, kepala kaum Mibzar, 43 kepala kaum Magdiel dan
kepala kaum Iram; itulah kepala-kepala kaum Edom, menurut tempat kediaman
mereka di tanah milik mereka; Edom ialah Esau, bapa orang Edom.
1Tawarikh 1:51-54 Setelah
Hadad mati, maka yang menjadi kepala-kepala kaum di Edom ialah kepala kaum
Timna, kepala kaum Alya, kepala kaum Yetet, 52 kepala kaum Oholibama,
kepala kaum Ela, kepala kaum Pinon, 53 kepala kaum Kenas, kepala
kaum Teman, kepala kaum Mibzar, 54 kepala kaum Magdiel dan kepala
kaum Iram. Itulah kepala-kepala kaum di Edom.
Daripada Nyanyian Musa
Ketika Israel dibawa keluar dari
Mesir mereka sudah menjadi kumpulan yang besar dan bani Lot serta Esau melihat
mereka sebagai ancaman besar. Amalek telah menjadi angkatan kuat dan mereka
menunggu dalam laluan Israel ke Tanah Perjanjian mereka. Bangsa ini akan
menjadi sebahagian daripada perang terhadap Israel sepanjang zaman hingga
penghujung Zaman Akhir dan penubuhan Kerajaan Tuhan dalam Milenium.
Keluaran 15:15-17 Pada
waktu itu gemparlah para kepala kaum di Edom, kedahsyatan menghinggapi
orang-orang berkuasa di Moab; semua penduduk tanah Kanaan gemetar. 16
Ngeri dan takut menimpa mereka, karena kebesaran tangan-Mu mereka kaku seperti
batu, sampai umat-Mu menyeberang, ya TUHAN, sampai umat yang Kauperoleh
menyeberang. 17 Engkau membawa mereka dan Kaucangkokkan mereka di
atas gunung milik-Mu sendiri; di tempat yang telah Kaubuat kediaman-Mu, ya
TUHAN; di tempat kudus, yang didirikan tangan-Mu, ya TUHAN.
Tanah Edom
Musa disuruh mengelak Edom, Moab
dan Amon kerana hubungan persaudaraan mereka dengan Israel. Orang Israel harus
mengambil alih segala tanah yang berada dalam tangan orang Amori. Tuhan telah
memberikan keturunan Esau dan Lot (orang Moab dan orang Amon) tanah mereka sama
seperti Dia memberikan orang Israel tanah milik mereka.
Ulangan 2:4-12 Perintahkanlah kepada bangsa itu, demikian: Sebentar lagi kamu akan berjalan melalui daerah saudara-saudaramu, bani Esau, yang diam di Seir; mereka akan takut kepadamu. Tetapi hati-hatilah sekali; 5 janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu setapak kaki dari negeri mereka, karena kepada Esau telah Kuberikan pegunungan Seir menjadi miliknya. 6 Makanan haruslah kamu beli dari mereka dengan uang, supaya kamu dapat makan; juga air haruslah kamu beli dari mereka dengan uang, supaya kamu dapat minum. 7 Sebab TUHAN, Allahmu, memberkati engkau dalam segala pekerjaan tanganmu. Ia memperhatikan perjalananmu melalui padang gurun yang besar ini; keempat puluh tahun ini TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, dan engkau tidak kekurangan apapun. 8 Kemudian kita berjalan terus, meninggalkan daerah saudara-saudara kita, bani Esau yang diam di Seir, meninggalkan jalan dari Araba-Yordan, yakni dari Elat dan Ezion-Geber. Sesudah itu kita belok dan berjalan terus ke arah padang gurun Moab. 9 Lalu berfirmanlah TUHAN kepadaku: Janganlah melawan Moab dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negerinya menjadi milikmu, karena Ar telah Kuberikan kepada bani Lot menjadi miliknya. 10 Dahulu orang Emim diam di sana, suatu bangsa yang besar dan banyak jumlahnya, tinggi seperti orang Enak. 11 Mereka itupun dikira orang Refaim, seperti juga orang Enak, tetapi orang Moab menyebut mereka orang Emim. 12 Dan dahulu di Seir diam orang Hori, tetapi bani Esau telah menduduki daerah mereka, memunahkan mereka dari hadapannya, lalu menetap di sana menggantikan mereka, seperti yang dilakukan orang Israel dengan negeri miliknya yang diberikan TUHAN kepada mereka.
Anak-anak generasi ketiga boleh diterima ke
dalam jemaat Israel
Ulangan 23:7-8 Janganlah engkau menganggap keji orang Edom, sebab
dia saudaramu. Janganlah engkau menganggap keji orang Mesir, sebab engkaupun
dahulu adalah orang asing di negerinya. 8 Anak-anak yang lahir bagi
mereka dalam keturunan yang ketiga, boleh masuk jemaah TUHAN."
Pada zaman Saul, Edom dijadikan
taklukan Israel (1Samuel 14:47), dan Daud menempatkan pasukan-pasukan tentera
di situ (2Samuel 8:14). Namun kemudian hari, pada zaman Yoram, anak Ahab, orang
Edom merdeka daripada Israel (2Raja 8:16-22).
Mereka terus merdeka sehingga
penaklukan John Hyrcanus apabila mereka bergabung dengan Israel sebahagiannya
di Yudea.
Mazmur 83 merupakan pernyataan yang dibuat Daud tentang
musuh-musuh Israel pada zamannya.
1 Mazmur Asaf: suatu nyanyian. Ya
Allah, janganlah Engkau bungkam, janganlah berdiam diri dan janganlah berpangku
tangan, ya Allah! 2 Sebab sesungguhnya musuh-musuh-Mu ribut,
orang-orang yang membenci Engkau meninggikan kepala. 3 Mereka
mengadakan permufakatan licik melawan umat-Mu, dan mereka berunding untuk
melawan orang-orang yang Kaulindungi. 4 Kata mereka: "Marilah
kita lenyapkan mereka sebagai bangsa, sehingga nama Israel tidak diingat
lagi!" 5 Sungguh, mereka telah berunding dengan satu hati,
mereka telah mengadakan perjanjian melawan Engkau: 6 Penghuni
kemah-kemah Edom dan orang Ismael, Moab dan orang Hagar, 7 Gebal dan
Amon dan Amalek, Filistea beserta penduduk Tirus, 8 juga Asyur telah
bergabung dengan mereka, menjadi kaki tangan bani Lot. Sela 9
Perlakukanlah mereka seperti Midian, seperti Sisera, seperti Yabin dekat sungai
Kison, 10 yang sudah dipunahkan di En-Dor, menjadi pupuk bagi tanah.
11 Buatlah para pemuka mereka seperti Oreb dan Zeeb, seperti Zebah
dan Salmuna semua pemimpin mereka, 12 yang berkata: "Marilah
kita menduduki tempat-tempat kediaman Allah!" 13 Ya Allahku,
buatlah mereka seperti dedak yang beterbangan, seperti jerami yang ditiup
angin! 14 Seperti api yang membakar hutan, dan seperti nyala api
yang menghanguskan gunung-gunung, 15 kejarlah mereka dengan
badai-Mu, dan kejutkanlah mereka dengan puting beliung-Mu; 16
penuhilah muka mereka dengan kehinaan, supaya mereka mencari nama-Mu, ya TUHAN!
17 Biarlah mereka mendapat malu dan terkejut selama-lamanya; biarlah
mereka tersipu-sipu dan binasa, 18 supaya mereka tahu bahwa Engkau
sajalah yang bernama TUHAN, Yang Mahatinggi atas seluruh bumi.
Kita boleh perhatikan bahawa
kombinasi yang sama menentang Israel hari ini dan justeru itu adalah nubuatan.
Obaja mengenai Edom
Seluruh kitab Obaja mencatatkan
nubuatan yang dipanjangkan terhadap Edom.
Seorang duta diutus kepada
bangsa-bangsa untuk memanggil mereka berperang menentang Edom. Segala perbuatan
Edom yang memusuhi Israel telah menjangkau berabad-abad dan kemurkaan Tuhan
menimpa mereka. Edom akan dibinasakan dan Israel akan diselamatkan.
1 Penglihatan Obaja. Beginilah firman
Tuhan ALLAH tentang Edom--suatu kabar telah kami dengar dari TUHAN, seorang
utusan telah disuruh ke tengah bangsa-bangsa: "Bangunlah, marilah kita
bangkit memeranginya!" -- 2 Sesungguhnya, Aku membuat engkau
kecil di antara bangsa-bangsa, engkau dihinakan sangat. 3 Keangkuhan
hatimu telah memperdayakan engkau, ya engkau yang tinggal di liang-liang batu,
di tempat kediamanmu yang tinggi; engkau yang berkata dalam hatimu:
"Siapakah yang sanggup menurunkan aku ke bumi?" 4
Sekalipun engkau terbang tinggi seperti burung rajawali, bahkan, sekalipun
sarangmu ditempatkan di antara bintang-bintang, dari sanapun Aku akan
menurunkan engkau, --demikianlah firman TUHAN. 5 Jika malam-malam
pencuri atau perampok datang kepadamu--betapa engkau dibinasakannya--bukankah
mereka akan mencuri seberapa yang diperlukannya? Jika pemetik buah anggur
datang kepadamu, bukankah mereka akan meninggalkan sisa-sisa pemetikannya? 6
Betapa kaum Esau digeledah, betapa harta bendanya yang tersembunyi dicari-cari!
7 Sampai ke tapal batas engkau diusir oleh semua teman sekutumu;
engkau diperdayakan, dikalahkan oleh sahabat-sahabatmu. Siapa yang makan
sehidangan dengan engkau memasang jerat terhadap engkau. --Tidak ada pengertian
padanya. 8 Bukankah pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, Aku
akan melenyapkan orang-orang bijaksana
dari Edom, dan pengertian dari pegunungan Esau? 9 Juga para
pahlawanmu, hai Teman, akan tertegun, supaya semua orang di pegunungan Esau
lenyap terbunuh. 10 Karena kekerasan terhadap saudaramu Yakub, maka
cela akan meliputi engkau, dan engkau akan dilenyapkan untuk selama-lamanya. 11
Pada waktu engkau berdiri di kejauhan, sedang orang-orang luar mengangkut
kekayaan Yerusalem dan orang-orang asing memasuki pintu gerbangnya dan membuang
undi atasnya, engkaupun seperti salah seorang dari mereka itu. 12
Janganlah memandang rendah saudaramu, pada hari kemalangannya, dan janganlah
bersukacita atas keturunan Yehuda pada hari kebinasaannya; dan janganlah
membual pada hari kesusahannya. 13 Janganlah masuk ke pintu gerbang
umat-Ku pada hari sialnya, bahkan janganlah memandang ringan malapetaka yang
menimpanya pada hari sialnya; dan janganlah merenggut kekayaannya pada hari
sialnya. 14 Janganlah berdiri di persimpangan untuk melenyapkan
orang-orangnya yang luput, dan janganlah serahkan orang-orangnya yang terlepas
pada hari kesusahan. 15 Sebab telah dekat hari TUHAN menimpa segala
bangsa. Seperti yang engkau lakukan, demikianlah akan dilakukan kepadamu,
perbuatanmu akan kembali menimpa kepalamu sendiri. 16 Sesungguhnya,
seperti kamu telah minum di atas gunung-Ku yang kudus, segala bangsapun akan
minum dengan tidak henti-hentinya; bahkan, mereka akan minum dengan lahap, dan
mereka akan menjadi seakan-akan mereka tidak pernah ada. 17 Tetapi
di gunung Sion akan ada orang-orang yang terluput, dan gunung itu akan menjadi
tempat kudus; dan kaum keturunan Yakub akan memiliki pula tanah miliknya. 18
Kaum keturunan Yakub akan menjadi api dan kaum keturunan Yusuf menjadi nyala
api, dan kaum keturunan Esau menjadi tunggul gandum: mereka akan membakar dan
memakan habis sekaliannya, dan dari kaum keturunan Esau tidak ada seorangpun
yang terlepas, sebab Tuhanlah yang berfirman demikian. 19 Maka
orang-orang Tanah Negeb akan memiliki pegunungan Esau, dan orang-orang Daerah
Bukit akan memiliki tanah orang Filistin. Mereka akan memiliki daerah Efraim
dan daerah Samaria, dan suku Benyamin akan memiliki daerah Gilead. 20
Orang-orang Israel yang diangkut ke dalam pembuangan akan memiliki tanah orang
Kanaan sampai ke Zarfat; dan orang-orang Yerusalem yang diangkut ke dalam
pembuangan, yang ada di Sefarad, akan memiliki kota-kota di Tanah Negeb. 21
Penyelamat-penyelamat akan naik ke atas
gunung Sion untuk menghukumkan pegunungan Esau; maka Tuhanlah yang akan empunya
kerajaan itu.
Perhatikan bahawa pada akhir ayat
ini ia mengatakan bahawa Penyelamat-penyelamat
akan naik ke atas gunung Sion untuk menghukumkan Pegunungan Esau. Teks ini
merujuk kepada Mesias dan Jemaat Kebangkitan Pertama. Mereka akan mengambil
tempat mereka untuk pemerintahan milenium dan penghakiman bangsa-bangsa.
Yakub disayangi, Esau dibenci
Paulus menjelaskan kasih Tuhan
untuk Yakub dan kebencian terhadap Esau menurut dasar pilihan (Roma 9:10-13).
Demikian juga Lea “dibenci” sebab Yakub lebih menyayangi Rahel (Kejadian
29:31-33). Umat percaya juga harus membenci
ibu dan bapa mereka, dsb (Lukas 14:26) dalam ertikata bahawa mereka harus
mengasihi Tuhan lebih daripada sesiapa atau apa-apa lagi.
Maleakhi 1:1-5 Ucapan ilahi. Firman TUHAN kepada Israel
dengan perantaraan Maleakhi. 2 "Aku mengasihi kamu,"
firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah Engkau
mengasihi kami?" "Bukankah Esau itu kakak Yakub?" demikianlah
firman TUHAN. "Namun Aku mengasihi Yakub, 3 tetapi membenci
Esau. Sebab itu Aku membuat pegunungannya menjadi sunyi sepi dan tanah pusakanya
Kujadikan padang gurun." 4 Apabila Edom berkata: "Kami
telah hancur, tetapi kami akan membangun kembali reruntuhan itu," maka
beginilah firman TUHAN semesta alam: "Mereka boleh membangun, tetapi Aku
akan merobohkannya; dan orang akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa
yang kepadanya TUHAN murka sampai selama-lamanya." 5 Matamu
akan melihat dan kamu sendiri akan berkata: "TUHAN maha besar sampai di
luar daerah Israel."
Perobohan ini berterusan sampai
hari ini dan Edom masih lagi sunyi sepi di bawah Yordan. Waktu ini akan
berakhir dan kawasan itu akan menjadi sebahagian daripada tanah yang diserahkan
kepada Israel dengan Yordan sebagai sebahagian daripada bangsa lebih besar di
bawah Mesias.
Edom menolak perjalanan Israel melalui negeri mereka
Percubaan Musa untuk melalui daerah
Edom dengan damai ditemui dengan permusuhan.
Bilangan 20:18-21 Tetapi orang Edom berkata kepada mereka:
"Tidak boleh kamu melalui daerah kami, nanti kami keluar menjumpai kamu
dengan pedang!" 19 Lalu berkatalah orang Israel kepadanya:
"Kami akan berjalan melalui jalan raya, dan jika kami dan ternak kami
minum airmu, maka kami akan membayar uangnya, asal kami diizinkan lalu dengan
berjalan kaki, hanya itu saja." 20 Tetapi jawab mereka:
"Tidak boleh kamu lalu." Maka keluarlah orang Edom menghadapi mereka
dengan banyak rakyatnya dan dengan tentara yang kuat. 21 Ketika
orang Edom tidak mau mengizinkan orang Israel lalu dari daerahnya, maka orang
Israel menyimpang meninggalkannya.
Daud menakluki Edom
1Tawarikh 18:11-13 Juga barang-barang ini dikhususkan
raja Daud bagi TUHAN, bersama-sama perak dan emas yang diangkutnya dari segala
bangsa, yakni dari orang Edom, dari orang Moab, dari bani Amon, dari orang
Filistin dan dari orang Amalek. 12 Abisai, anak Zeruya, menewaskan delapan
belas ribu orang Edom di Lembah Asin. 13 Lalu ia menempatkan
pasukan-pasukan pendudukan di Edom, sehingga seluruh Edom diperbudak oleh Daud.
TUHAN memberi kemenangan kepada Daud ke manapun ia pergi berperang.
Mereka ditakdirkan menjadi
sebahagian daripada Israel di bawah Mesias.
Tuhan membangkitkan Hadad orang Edom menentang Salomo
Mereka ditundukkan oleh Daud namun
digunakan oleh Tuhan terhadap Salomo apabila dia berdosa.
1Raja-raja 11:14-16 Kemudian TUHAN membangkitkan seorang lawan Salomo, yakni Hadad,
orang Edom; ia dari keturunan raja Edom. 15 Sesudah Daud memukul
kalah orang Edom, maka panglima Yoab pergi menguburkan orang-orang yang mati
terbunuh, lalu menewaskan semua laki-laki di Edom; 16 enam bulan
lamanya Yoab diam di sana dengan seluruh Israel, sampai dilenyapkannya semua
laki-laki di Edom.
Nyanyian perang mengenai penaklukan Edom
Mazmur 60:8-9 Moab ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom
Aku melemparkan kasut-Ku, karena Filistea Aku bersorak-sorai." 9
Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu? Siapakah yang menuntun aku
ke Edom?
Melemparkan kasutku bererti
mengambil sebagai harta milik (lihat juga Mazmur 108:9-10).
Tuhan menyerahkan tentera Edom ke dalam tangan Yosafat
2Tawarikh 20:19-23 Kemudian orang Lewi dari bani Kehat dan bani Korah bangkit berdiri
untuk menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang
sangat nyaring. 20 Keesokan harinya pagi-pagi mereka maju menuju
padang gurun Tekoa. Ketika
mereka hendak berangkat, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai
Yehuda dan penduduk Yerusalem! Percayalah kepada TUHAN, Allahmu, dan kamu akan
tetap teguh! Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, dan kamu akan berhasil!" 21
Setelah ia berunding dengan rakyat, ia mengangkat orang-orang yang akan
menyanyi nyanyian untuk TUHAN dan memuji TUHAN dalam pakaian kudus yang semarak
pada waktu mereka keluar di muka orang-orang bersenjata, sambil berkata:
"Nyanyikanlah nyanyian syukur bagi TUHAN, bahwasanya untuk selama-lamanya
kasih setia-Nya!" 22 Ketika mereka mulai bersorak-sorai dan
menyanyikan nyanyian pujian, dibuat Tuhanlah penghadangan terhadap bani Amon
dan Moab, dan orang-orang dari pegunungan Seir, yang hendak menyerang Yehuda,
sehingga mereka terpukul kalah. 23 Lalu bani Amon dan Moab berdiri
menentang penduduk pegunungan Seir hendak menumpas dan memunahkan mereka.
Segera sesudah mereka membinasakan penduduk Seir, mereka saling bunuh-membunuh.
Justeru orang Edom menjadi sekutu
Yosafat (2Raja-raja 3:8-9, 26-27).
8 Lagi ia bertanya: "Melalui
jalan manakah kita akan maju?" Jawabnya: "Melalui padang gurun
Edom!" 9 Maka berjalanlah raja Israel dan raja Yehuda dan raja
Edom. Tetapi sesudah mereka berkeliling tujuh hari perjalanan jauhnya, maka
tidak terdapat air untuk tentara dan untuk hewan yang mengikuti mereka.
26 Ketika raja Moab melihat, bahwa
peperangan itu terlalu berat baginya, diambilnyalah tujuh ratus orang pemegang
pedang bersama-sama dia untuk menerobos ke jurusan raja Edom, tetapi tidak
berhasil. 27 Kemudian ia mengambil anaknya yang sulung yang akan
menjadi raja menggantikan dia, lalu mempersembahkannya sebagai korban bakaran
di atas pagar tembok. Tetapi kegusaran besar menimpa orang Israel, sehingga
mereka berangkat meninggalkan dia dan pulang ke negeri mereka.
Daripada bacaan ini kita perhatikan
bahawa pengorbanan anak sulung raja Moab kepada Kamos disusuli oleh kegusaran
besar yang menimpa orang Israel. Kita tidak diberitahu bagaimana kegusaran itu
terjadi tetapi Tuhan membenci pemberian korban kepada berhala orang Moab.
Bagaimanapun, ini nampaknya telah menyatukan bala tentera Moab.
Pemberontakan pada zaman Yoram
Orang Edom sering berada dalam
keadaan berperang dengan Raja-raja Israel dan Yehuda yang bersebelahan.
2Raja-raja 8:20-22 Pada zamannya memberontaklah Edom dan
melepaskan diri dari kekuasaan Yehuda dan mereka mengangkat seorang raja atas
mereka sendiri. 21 Maka majulah Yoram ke Zair bersama-sama dengan
seluruh keretanya; pada waktu malam bangunlah ia, lalu bersama-sama dengan para
panglima pasukan kereta ia menerobos barisan orang Edom yang mengepung dia,
tetapi rakyatnya melarikan diri pulang ke kemahnya. 22 Demikianlah
Edom memberontak dan terlepas dari kekuasaan Yehuda sampai sekarang ini. Lalu
Libnapun memberontak pada masa itu juga.
(lihat juga 2Tawarikh 21:8-10;
28:17).
Amazia, raja Yehuda, menyerang wilayah Edom
Amazia mengalahkan Edom dan menjadi
begitu angkuh hingga memutuskan untuk menyerang Israel. Dia dikalahkan oleh
lawannya yang lebih layak.
2Raja-raja 14:7-12 Ia
mengalahkan Edom di Lembah Asin, sepuluh ribu orang banyaknya, dan merebut Sela
dalam peperangan itu, lalu dinamainyalah kota itu Yokteel; begitulah sampai
hari ini. 8 Pada waktu itu Amazia menyuruh utusan kepada Yoas bin
Yoahas bin Yehu, raja Israel, mengatakan: "Mari kita mengadu tenaga!"
9 Tetapi Yoas, raja Israel, menyuruh orang kepada Amazia, raja
Yehuda, mengatakan: "Rumput duri yang di gunung Libanon mengirim pesan
kepada pohon aras yang di gunung Libanon, bunyinya: Berikanlah anakmu perempuan
kepada anakku laki-laki menjadi isterinya. Tetapi binatang-binatang hutan yang
ada di gunung Libanon itu berjalan lewat dari sana, lalu menginjak rumput duri
itu. 10 Memang engkau telah mengalahkan Edom, sebab itu engkau
menjadi tinggi hati. Cukuplah bagimu mendapat kehormatan itu dan tinggallah di
rumahmu. Untuk apa engkau menantang malapetaka, sehingga engkau jatuh dan
Yehuda bersama-sama engkau?" 11 Tetapi Amazia tidak mau
mendengarkan, sebab itu majulah Yoas, raja Israel, lalu mengadu tenagalah
mereka, ia dan Amazia, raja Yehuda, di Bet-Semes yang termasuk wilayah Yehuda. 12
Yehuda terpukul kalah oleh Israel, sehingga masing-masing lari ke kemahnya.
Sebab kenapa dia tidak mahu
mendengar adalah kerana seperti semua orang korup mereka telah menawan orang
Edom dan selepas itu menyembah tuhan-tuhan mereka setelah mereka menakluk
mereka.
Amazia mencampakkan sepuluh ribu
orang Edom, atau Seir, dari puncak bukit batu (Petra) untuk membalas dendam
tetapi Tuhan menghukumnya dengan kekalahan oleh Israel.
2Tawarikh 25:11-12 Amazia mendapat keberanian lalu memimpin
rakyatnya ke Lembah Asin dan memukul kalah sepuluh ribu orang dari bani Seir. 12
Selain itu sepuluh ribu orang ditawan hidup-hidup oleh bani Yehuda dan dibawa
ke suatu puncak bukit batu, lalu mereka dicampakkan dari puncak bukit batu itu,
sehingga hancurlah mereka semua.
Ini tidak menghentikan permusuhan.
Layanan kasar terhadap musuh mengilhamkan kebencian lebih hebat seperti yang
kita lihat hari ini di Timur Tengah. Kaum perempuan ditawan dan tuhan-tuhan
Edom, serupa dengan Milkom dan Kamos orang Amon dan orang Moab, memasuki
Yehuda. Amazia ditawan dalam satu konspirasi terhadapnya setelah dia melarikan
diri dari Yerusalem ke Lakhis. Mereka menghantar satu angkatan ke situ dan
membunuhnya dan membawa tubuhnya balik ke Yerusalem dan menguburnya di situ di
kota Yehuda (2Tawarikh 25:25-28).
Anaknya Uzia ditabal sebagai raja
pada umur 16 tahun dan dia mencari Tuhan Allah (Ha Elohim, Allah Maha Esa) pada zaman Zakharia dan Tuhan
menguatkannya terhadap orang Filistin pinggir pantai di kota-kota Gat, Yabne
(Yeba antara Yafo dan Asdod) dan juga Asdod. Dia mengalahkan orang Arab di
Gur-Baal dan orang Meunim (orang Maonite berketurunan Ham). Orang Amon membayar
ufti kepadanya dan dia mengukuhkan Yerusalem dengan menara (2Tawarikh 26:1-9).
Uzia menjadi angkuh dan membawa ukupan ke dalam Bait Tuhan untuk membakarnya
dan telah ditahan oleh Azaria dan lapan puluh imam. Dia keluar dari Bait namun
ketika bokor ukupan masih berada di dalam tangannya dia ditimpa penyakit kusta
(2 Tawarikh 26:16-21). Dia dikurung dalam
kediaman berasingan dan Yotam anaknya mengepalai bangsa itu dan ibadah
mereka sejak waktu itu.
Yotam mentaati Tuhan dan begitu
juga membuatkan orang Amon membayar ufti kepadanya sementara dia mentaati
Tuhan. Dia memperkuatkan daerah luar kota dengan kota dan menara atau istana
dalam hutan. Dia memerintah enam belas tahun dan meninggal dunia dan digantikan
oleh anaknya Ahas yang tidak melakukan apa yang benar di mata Tuhan. Dia hidup
menurut kelakuan raja-raja Israel dan membuat Baalim atau patung berhala Baal
dan menyembahnya (2Tawarikh 28:1-8). Yehuda kemudiannya menjadi tawanan dan
dikalahkan mula-mula sekali oleh orang Aram (Syria) kemudian oleh Israel dan
beratus ribu orang dijadikan tawanan. Nabi Oded memerintah Israel untuk
memakaikan mereka baju dan memulangkan tawanan-tawanan Yehuda dan mereka
melakukan ituu setelah tentera kembali bersama mereka, dan tidak mengizinkan
mereka ditahan.
Ahas telah menjatuhkan Yehuda
begitu rendah sekali dan menjadikannya lemah melalui keberhalaannya dan
pengorbanan anak-anak kepada ilah-ilah orang Edom dan Milom dan Kamos. Mereka
menjadi lemah dan orang Edom menyerang waktu tiu.
2Tawarikh 28:17 Karena
orang Edom telah datang pula dan mengalahkan Yehuda serta mengangkut
tawanan-tawanan.
Setelah orang Edom menjarah Yehuda
di timur, orang Filistin pula menyerang dari pinggir pantai dan merebut Bet-Semes,
Ayalon, Gederot, Sokho, Timna dan Gomzo.
Ini menjadi satu pengajaran dan
akan berulang apabila Yehuda berdosa. Begitu juga mereka kehilangan Gaza dan
daerah pinggir pantai dan didesak serta diserang dari timur.
Israel telah menyusahkan Yehuda dan
mengeluarkan sebahagian daripada Rumah Tuhan dan Raja Yehuda dan memberinya
kepada Tiglat-pileser, Raja Asyur, namun orang Asyur tidak membantu Israel.
Ahas, raja Yehuda, kemudian mempersembah
korban kepada ilah-ilah Damsyik dan orang Aram. Ahaz juga merampas
barang-barang Bait dan menutup Bait serta menghancurkan barang-barang itu dan
mendirikan mezbah-mezbah kepada berhala pada setiap simpang jalan di Yerusalem.
Dia membangkitkan kemurkaan Tuhan dan dia mati dan digantikan oleh anaknya
Hizkia, yang membawa negeri itu kembali kepada Tuhan Allah dalam pemulihannya
(2Tawarikh 28:22-27; 29:1-2).
Apabila Yehuda berdosa ia dihukum.
Dengan cara yang sama orang Asyur membawa Israel sebagai tawanan. Walaupun
mereka telah melemahkan Yehuda dan memberi hasi jarahan kepada orang Asyur,
orang Asyur memandang hina mereka kerana ini.
Ketika Yehuda lemah dan diserang,
ini disebabkan mereka berdosa. Adat tradisi mereka menyebabkan mereka melanggar
Hukum-hukum Tuhan dan aspek-aspek ini akan disebutkan dan diperbetulkan pada
Zaman Akhir.
Tuhan menggunakan Amon, Moab dan
Edom untuk membetulkan Israel dan Yehuda dan menghukum mereka apabila mereka
menjauhi Tuhan. Bangsa-bangsa ini semuanya akan dihukum dan ditempatkan di
bawah Israel sementara ia menjadi taman anggur Tuhan dan setia kepadaNya.
Mereka ialah satu umat yang didedikasikan kepada Tuhan Allah Abraham dan
akhirnya mereka akan bersama sebagai satu umat. Edom sudahpun digabungkan
dengan Israel secara besar-besaran daripada penaklukan pada Abad Kedua BCE.
Seorang nabi Yahudi di Babel mengecam Edom
Mazmur 137:7 Ingatlah, ya TUHAN, kepada bani Edom, yang pada hari pemusnahan
Yerusalem mengatakan: "Runtuhkan, runtuhkan sampai ke dasarnya!"
Nubuatan-nubuatan mengenai Edom
Kejadian 25:23 Firman TUHAN kepadanya: "Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan berpencar dari dalam rahimmu; suku bangsa yang satu akan lebih kuat dari yang lain, dan anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda."
Kejadian 27:29,37-40 29 Bangsa-bangsa akan takluk kepadamu, dan
suku-suku bangsa akan sujud kepadamu; jadilah tuan atas saudara-saudaramu, dan
anak-anak ibumu akan sujud kepadamu. Siapa yang mengutuk engkau, terkutuklah
ia, dan siapa yang memberkati engkau, diberkatilah ia."
37 Lalu Ishak menjawab Esau, katanya: "Sesungguhnya telah kuangkat dia menjadi tuan atas engkau, dan segala saudaranya telah kuberikan kepadanya menjadi hambanya, dan telah kubekali dia dengan gandum dan anggur; maka kepadamu, apa lagi yang dapat kuperbuat, ya anakku?" 38 Kata Esau kepada ayahnya: "Hanya berkat yang satu itukah ada padamu, ya bapa? Berkatilah aku ini juga, ya bapa!" Dan dengan suara keras menangislah Esau. 39 Lalu Ishak, ayahnya, menjawabnya: "Sesungguhnya tempat kediamanmu akan jauh dari tanah-tanah gemuk di bumi dan jauh dari embun dari langit di atas. 40 Engkau akan hidup dari pedangmu dan engkau akan menjadi hamba adikmu. Tetapi akan terjadi kelak, apabila engkau berusaha sungguh-sungguh, maka engkau akan melemparkan kuk itu dari tengkukmu."
Jadi bani Esau akan hidup dari
pedang. Mereka tidak pernah berpisah daripada Israel dan sebenarnya sebahagian
daripada Israel. Segala tanah mereka akan membentuk sebahagian Israel juga,
sehingga mereka diberi tempat menetap baru oleh Mesias sebagai sebahagian
daripada konfederasi.
Bilangan 24:18 Maka Edom akan menjadi tanah
pendudukan dan Seir akan menjadi tanah pendudukan--musuh-musuhnya itu. Tetapi
Israel akan melakukan perbuatan-perbuatan yang gagah perkasa,
Yesaya 11:14 Tetapi mereka akan terbang ke barat, ke atas
lereng gunung Filistin, bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur; mereka
akan merampas Edom dan Moab, dan orang Amon akan patuh kepada mereka.
Yesaya 21:11-12 Ucapan ilahi terhadap Duma. Ada seorang
berseru kepadaku dari Seir: "Hai pengawal, masih lama malam ini? Hai
pengawal, masih lama malam ini?" 12 Pengawal itu berkata:
"Pagi akan datang, tetapi malam juga. Jika kamu mau bertanya, datanglah
bertanya sekali lagi!"
Duma dipercayai merupakan singkatan
Idumea, iaitu Kerajaan Edom. Herod ialah orang Idumea. Ia bererti kesunyian dan perkataan ini digunakan
untuk kesunyian Zaman Akhir. Nubuatan mengenai Wahyu 18 apabila Babel jatuh dan
semua berhalanya pecah dan dicampakkan ke tanah. Masalahnya adalah Duma juga
nama salah satu suku Ismael (lihat Keturunan Abraham Bahagian
III: Ismael (No. 212C)). Ada antara suku ini yang diketahui telah
menduduki sebahagian Pergunungan Seir apabila Edom bergerak ke barat laut untuk
menduduki sebahagian tanah kosong Israel selepas penawanan oleh orang Babel.
Yesaya nampaknya menggunakan ini untuk merujuk kepada gabungan pada Zaman
Akhir.
Kita boleh perhatikan daripada
rujukan ini bahawa Edom berkahwin campur dengan Duma serta dengan Yehuda.
Ini ialah beban Keenam Yesaya dan
beban Ketujuh menyusuli teks ini mengenai Arabia. Bahagian ini mengisahkan
keturunan Ketura melalui Midian sampai Dedan – seorang anak Midian – yang
pernah menduduki kawasan di timur Edom dan merupakan sebahagian daripada
konfederasi ini.
Istilah “dalam Arabia” (ba’rab) membawa erti pada waktu matahari terbenam atau waktu senja dan membawakan signifikans
sama seperti Duma yang bererti kesunyian.
Nubuatan ini merujuk kepada kejatuhan Babel (sistem agamanya) pada Zaman Akhir
serta segala bebanan yang diletakkan atas orang-orang ini. Pertanyaannya kepada
nabi, nampaknya oleh Edom atau Duma, ialah: “masih lama malam ini?” Dengan kata
lain, bilakah mulanya Hari Milenium? Bilakah Shabbat Mesias? Berapa lama lagi kami harus menunggu? Jawapannya
diberikan: "Pagi akan datang, tetapi malam juga. Jika kamu
mau kembali maka kembalilah. Datanglah!” Ini ialah pagi permulaan milenium dan
orang bertaubat akan melihatnya dan jemputan ini diberikan.
Yesaya bab
21 mengisahkan penaklukan-penaklukan orang Media dan Persia serta kejatuhan
Babel dan kesannya ke atas keturunan Abraham melalui Hagar dan Ketura, dan bani
Ishak melalui Esau. Elam ialah Persia atau Iran zaman moden. Media ialah
kawasan yang diduduki oleh orang Kurd atau Kurdistan, yang termasuk Turki dan
Iraq dan memasuki Georgia dan Iran.
Ia menyaksikan kejatuhan Babel
(Yesaya 21:9) namun ini juga menubuatkan agama-agama palsu yang runtuh dalam
konflik terakhir ini. Suku-suku yang terbabit dalam konflik ini ialah bani
Dedan, anak Midian, iaitu anak Abraham melalui Ketura (Kejadian 25:3; 1Tawarikh
1:32). Mereka disebut dalam Yeremia 49:28 dan Ayub 6:13. Tema dan Kedar juga
disebut. Tema dan Kedar juga merupakan bani Ismael sama seperti Duma (Kejadian
25:13,15; 1Tawarikh 1:30).
Tema membawa roti dan air kepada
mereka yang melarikan diri daripada kepiluan perang. Konflik ini akan
berlangsung setahun dan dalam tahun itu segala keagungan Kedar akan gagal.
Dengan kata lain, sebahagian daripada bani Ismael melalui Kedar akan
dihancurkan oleh konflik itu dan begitu juga nasib negeri mereka, namun mereka
akan dibantu dan dipulihkan dalam proses akhir Pemulihan Milenium (lihat Yesaya
21:14-16). Bab 22 seterusnya mengisahkan Lembah Penglihatan, iaitu lembah di
sekitar Yerusalem di mana Abraham mula-mula mendapat penglihatannya dan para
nabi sejak itu. Septuagint dan versi Arab menafsirkan “Lembah Penglihatan”
sebagai “Yerusalem.”
Sesudah perang di angkasa dan
penundukan Angkatan Syurgawi penurunan di Bumi bermula dengan Timur Tengah dan
dengan Edom.
Yesaya 34:5-6 Sebab
pedang-Ku yang di langit sudah mengamuk, lihat, ia turun menghakimi Edom,
bangsa yang Kukhususkan untuk ditumpas. 6 TUHAN mempunyai sebilah
pedang yang berlumuran darah dan yang penuh lemak, yaitu darah anak-anak domba
dan kambing-kambing jantan dan lemak buah pinggang domba-domba jantan. Sebab
TUHAN mengadakan penyembelihan korban di Bozra dan pembantaian besar di tanah
Edom.
Kita tahu bahawa tindakan ini
dilaksanakan oleh Mesias setelah kedatangannya dalam pelaksanaan pembalasan
dalam penghakiman. Perkataan merah di
sini ialah ‘adom´ dan merujuk kepada
Edom. Bozra bererti tahun terbaik
(lihat bab 34:5). Mesias berjalan seperti berbaris sambil membongkok ke
hadapan, dengan ketahanan dan kekuatan (Ibrani Koah). Inilah kedatangannya dalam keperkasaan dan kuasa dan bukan
dalam kelemahan.
Perkataan yang digunakan untuk tempat
pengirikan anggur ialah Gath. Pakaian
Mesias semuanya akan dinodai darah dan Mesias berkata di sini bahawa, “Sebab hari pembalasan telah
Kurencanakan dan tahun penuntutan bela telah datang.” Tahun ini menyaksikan
kedatangan Mesias dan kebangkitan umat pilihan. Dari tahun ini dia menundukkan
Timur Tengah, dan bani Lot, Esau dan Ismael akan dipimpin untuk bertaubat dan
tunduk dengan kekuatan dan kuasa.
Yesaya 63:1-4
"Siapa dia yang datang dari Edom, yang datang dari Bozra dengan baju yang
merah, dia yang bersemarak dengan pakaiannya, yang melangkah dengan kekuatannya
yang besar?" "Akulah yang menjanjikan keadilan dan yang berkuasa
untuk menyelamatkan!" 2 "Mengapakah pakaian-Mu semerah
itu, dan baju-Mu seperti baju pengirik buah anggur?" 3
"Aku seorang dirilah yang melakukan pengirikan, dan dari antara umat-Ku
tidak ada yang menemani Aku! Aku telah mengirik bangsa-bangsa dalam murka-Ku,
dan Aku telah menginjak-injak mereka dalam kehangatan amarah-Ku; semburan darah
mereka memercik kepada baju-Ku, dan seluruh pakaian-Ku telah cemar. 4
Sebab hari pembalasan telah Kurencanakan dan tahun penuntutan bela telah
datang.
Suku-suku akan diserang pada Zaman Akhir
Yeremia 9:25-26 "Lihat, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa
Aku menghukum orang-orang yang telah bersunat kulit khatannya: 26
orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab dan semua orang
yang berpotong tepi rambutnya berkeliling, orang-orang yang diam di padang
gurun, sebab segala bangsa tidak bersunat dan segenap kaum Israel tidak
bersunat hatinya."
Orang tidak bertaubat, iaitu mereka
yang tidak bersunat hatinya, akan dikenakan tindakan.
Yeremia 25:21-23 kepada
Edom, Moab dan bani Amon; 22 kepada semua raja Tirus, semua raja
Sidon dan kepada raja-raja tanah pesisir di seberang laut; 23 kepada
Dedan, Tema, Bus dan kepada orang-orang yang berpotong tepi rambutnya
berkeliling;
Ini merujuk kepada pengaruh sistem
pemujaan matahari milik Babel dan juga mereka yang mencukur bahagian atas
kepala. Perhatikan sistem itu kini memanjang ke utara ke Libanon (Lubnan) dan
mereka dimasukkan dalam penaklukan itu, dan begitu juga mereka di seberang laut
di kawasan pinggir pantai.
Tuhan mengatakan Dia akan mengutus “cawan
kemurkaan kehangatan amarahNya” kepada beberapa bangsa dan, dalam Yeremia 25
apabila Tuhan bernubuat melalui Yeremia apa yang akan terjadi, Dia menggunakan
orang Babel sebagai rujukan kepada Nebukadrezar. Bila saja r digunakan dalam namanya, ini merujuk kepada Raja Utara yang
bertindak, tetapi tidak bertindak sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan
ketika menggunakan istilah Nebukadnezar. Teks dalam bab 25 ini merujuk kepada
cawan kemurkaan Tuhan dan ia akan ditumpahkan ke atas Yerusalem dan kota-kota
Yehuda serta jabatan pemerintahannya. Yerusalem dijadikan kengerian, menjadi sasaran suitan
dan suatu kutukan sampai akhir zaman, dan ia akan dibangunkan semula pada
kedatangan Mesias. Begitu juga Mesir akan dipukul. Dalam ayat 20 Yeremia
merujuk kepada ‘ereb yang ditafsir
sebagai tentera campuran dalam KJV
(lihat 50:37; Yehezkiel 30:5; Daniel 2:43; Ezra 9:2; Mazmur 106:35).
Dalam
Inskripsi Sanherib (Silinder Bellino baris 13), orang Urbi bergabung dengan
orang Aramae yang merupakan suku-suku pengembara di barat Efrat. Sanherib
berkata bahawa Hizkia mempunyai beberapa perajurit Urbi bersamanya di Yerusalem
(lihat Bullinger, Comp. Bible, nota
kaki kepada ayat 20).
Tanah Us
disebut, iaitu negeri Ayub berhampiran Idumea (lihat Ratapan 4:2).
Orang
Filistin disebut di Aza atau Gaza dan Askelon, Ekron (kini ‘Akir) dan Asdod
(kini ‘Esdud).
Dedan
juga bersempadan dengan Idumea. Tema dan Bus ialah negeri Elihu (Ayub 32:2).
Zimri juga disebut dan andaian dibuat bahawa
nama ini merujuk kepada Zimran anak Abraham melalui Ketura (Kejadian 25:2).
Wilayah ini ialah seluruh kawasan dari Syria hingga Libanon dan selatan ke
Mesir dan timur ke Saudi Arabia. Semua ini akan ditaklukkan kepada Mesias
sebagai sebahagian daripada Israel yang lebih besar.
Untuk
suatu waktu yang lama ia diberikan kepada Raja Utara (Nebukadnezar, dengan n bukan r). Semua orang menjadi hambanya, tetapi waktu itu akan berakhir
dan Yesaya menunjukkan bahawa Babel akan jatuh dan selepas itu bangsa-bangsa
ini akan menjadi takluk kepada dan dikenakan tindakan oleh Mesias.
Dalam
Yeremia bab 26 kita perhatikan bahawa Tuhan Allah berfirman melalui nabi
Yeremia dan umat diminta berjalan mengikut Hukum Tuhan dan mendengarkan para
nabi.
Setelah
selesai mengucapkan apa yang diperintahkan Tuhan, para imam, para nabi dan
seluruh rakyat menangkapnya sambil berkata, “Engkau harus mati”. Para pemuka
dipohon dan Yeremia sekali lagi mengatakan segala yang diperintahkan kepadanya.
Tuhan mengutus Yeremia untuk memanggil rakyat untuk bertaubat, sebab Dia akan
mengutus Dua Saksi pada Zaman Akhir untuk berbicara sekali lagi dan memanggil
orang-orang ini untuk bertaubat.
Yeremia
tidak dihukum mati pada waktu itu, sama seperti keadaannya pada Zaman Akhir.
Teks ini
ditulis ketika pemerintahan Yoyakim pada tahun keempat Zedekia. KJV mengikuti
beberapa naskah kuno dan Syriac dalam menempatkan perkataan Zedekia di dalam
teks ini. Wilayah sama ini ditawan dan nubuatannya adalah terhadap
bangsa-bangsa yang sama.
Yeremia
27:1-11 Pada permulaan pemerintahan Zedekia, anak Yosia raja Yehuda, datanglah
firman ini dari TUHAN kepada Yeremia. 2 Beginilah firman TUHAN
kepadaku: "Buatlah tali pengikat dan gandar, lalu pasanglah itu pada
tengkukmu! 3 Kemudian kirimlah pesan kepada raja Edom, kepada raja
Moab, kepada raja bani Amon, kepada raja Tirus dan kepada raja Sidon, dengan
perantaraan utusan-utusan yang telah datang ke Yerusalem menghadap Zedekia,
raja Yehuda. 4 Perintahkanlah mereka mengatakan kepada tuan-tuan
mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Beginilah harus kamu
katakan kepada tuan-tuanmu: 5 Akulah yang menjadikan bumi, manusia
dan hewan yang ada di atas muka bumi dengan kekuatan-Ku yang besar dan dengan
lengan-Ku yang terentang, dan Aku memberikannya kepada orang yang benar di
mata-Ku. 6 Dan sekarang, Aku menyerahkan segala negeri ini ke dalam
tangan hamba-Ku, yakni Nebukadnezar, raja Babel; juga binatang di padang telah
Kuserahkan supaya tunduk kepadanya. 7 Segala bangsa akan takluk
kepadanya dan kepada anaknya dan kepada cucunya, sampai saatnya juga tiba bagi
negerinya sendiri, maka banyak bangsa dan raja-raja yang besar akan
menaklukkannya. 8 Tetapi bangsa dan kerajaan yang tidak mau takluk
kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak mau menyerahkan tengkuknya ke
bawah kuk raja Babel, maka bangsa itu akan Kuhukum dengan pedang, kelaparan dan
penyakit sampar, demikianlah firman TUHAN, sampai mereka Kuserahkan ke dalam
tangannya. 9 Mengenai kamu, janganlah kamu mendengarkan nabi-nabimu,
juru-juru tenungmu, juru-juru mimpimu, tukang-tukang ramalmu dan tukang-tukang
sihirmu yang berkata kepadamu: Janganlah kamu mau takluk kepada raja Babel! 10
Sebab mereka bernubuat palsu kepadamu dengan maksud menjauhkan kamu dari atas
tanahmu, sehingga kamu Kuceraiberaikan dan menjadi binasa. 11 Tetapi
bangsa yang mau menaruh tengkuknya ke bawah kuk raja Babel dan yang takluk
kepadanya, maka mereka akan Kubiarkan di atas tanahnya, demikianlah firman
TUHAN, dan mereka akan mengolahnya dan diam di sana."
Yeremia mengesahkan Yesaya
berkenaan hukuman yang akan datang bagi bani Lot dan Esau bersama dengan Dedan
dan Teman.
Yeremia 49:7-22 Mengenai Edom. Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Tidak
adakah lagi kebijaksanaan di Teman? Sudah hilangkah pertimbangan dari orang-orang
yang berakal budi, sudah busukkah kebijaksanaan mereka? 8 Larilah
cepat, bersembunyilah dalam liang-liang, hai penduduk Dedan! Sebab malapetaka
akan Kudatangkan atas Esau, pada waktu Aku menghukum dia. 9 Jika
pemetik buah anggur datang kepadamu, mereka tidak akan meninggalkan sisa-sisa
pemetikannya! Jika malam-malam pencuri datang kepadamu, mereka akan merusakkan
sepuas-puasnya! 10 Tetapi Aku ini telah menelanjangi Esau, telah
menyingkapkan tempat-tempat persembunyiannya, sehingga ia tidak dapat menyembunyikan
diri lagi. Keturunannya telah binasa dan saudara-saudaranya dan bangsa-bangsa
tetangganya tidak ada lagi. 11 Tinggalkanlah anak-anak yatimmu, aku
akan menghidupi mereka; biarlah janda-jandamu menaruh kepercayaan padaku!"
12 Sebab beginilah firman TUHAN: "Sedangkan orang-orang yang
tidak selayaknya meminum isi piala itu telah terpaksa meminumnya, masakan
engkau ini akan bebas dari hukuman? Engkau tidak akan bebas dari hukuman,
tetapi mesti meminumnya! 13 Sebab Aku telah bersumpah demi diri-Ku,
demikianlah firman TUHAN, bahwa Bozra akan menjadi ketandusan, cela, keruntuhan
dan kutuk, dan segala kotanya akan menjadi reruntuhan yang kekal." 14
Suatu kabar telah kudengar dari TUHAN, seorang utusan telah disuruh ke
tengah-tengah bangsa-bangsa: "Berkumpullah, pergilah menyerangnya,
bersiaplah untuk bertempur! 15 Sebab sesungguhnya, Aku membuat
engkau kecil di antara bangsa-bangsa, dihinakan di antara manusia. 16
Sikapmu yang menggemetarkan orang memperdayakan engkau, dan keangkuhan hatimu,
ya engkau yang tinggal di liang-liang batu, yang menduduki tempat tinggi bukit!
Sekalipun engkau membuat sarangmu tinggi seperti burung rajawali, Aku akan
menurunkan engkau dari sana, demikianlah firman TUHAN. 17 Edom akan
menjadi ketandusan; setiap orang yang melewatinya akan merasa ngeri dan bersuit
karena segala pukulan yang dideritanya. 18 Seperti pada waktu
ditunggangbalikkannya Sodom dan Gomora dan kota-kota tetangganya--firman
TUHAN--maka seorangpun tidak akan diam lagi di sana dan seorang manusiapun
tidak akan tinggal lagi di dalamnya. 19 Sesungguhnya, seperti singa
yang bangkit keluar dari hutan belukar sungai Yordan mendatangi padang rumput
tempat kawanan domba, demikianlah Aku akan membuat mereka lari dengan tiba-tiba
dari negeri itu dan mengangkat di dalamnya dia yang Kupilih. Sebab siapakah
yang seperti Aku? Siapakah yang berani mendakwa Aku? Siapakah gerangan gembala
yang tahan menghadapi Aku? 20 Sebab itu dengarlah putusan yang telah
diambil TUHAN terhadap Edom dan rancangan-rancangan yang telah dibuat-Nya terhadap
penduduk Teman: Bahwa sesungguhnya, yang paling lemahpun di antara kawanan
domba akan diseret. Bahwa sesungguhnya, padang rumput mereka sendiri akan
merasa ngeri terhadap mereka. 21 Bumi akan goncang karena bunyi
jatuhnya mereka; teriakan mereka akan terdengar bunyinya di Laut Teberau. 22
Sesungguhnya, ia naik terbang seperti burung rajawali, melayang dan
mengembangkan sayapnya ke atas Bozra. Hati para pahlawan Edom pada waktu itu
akan seperti hati perempuan yang sakit beranak."
Perang-perang zaman akhir
Seperti yang sudah kita lihat, Raja
Selatan akan menyerang Raja Utara. Raja Utara akan memasuki beberapa negara dan
melimpahi Timur Tengah dan mengambil milik Timur Tengah dan Israel.
Daniel 11:40-41 Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan
berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta
dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki
negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. 41
Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari
tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari
bani Amon.
Teks ini menunjukkan bahawa orang
yang berkuasa di Selatan, iaitu Mesir dan sistem Islam, akan mendesak atau
menyerang Raja Utara dan mereka akan ditolak balik dan sebaliknya diserang.
Ramai antara bani Kedar akan terbunuh dalam perang ini.
Ratapan 4:21-22 Bergembira dan bersukacitalah, hai puteri
Edom, engkau yang mendiami tanah Us, juga kepadamu piala akan sampai, engkau
akan jadi mabuk lalu menelanjangi dirimu! 22 Telah hapus
kesalahanmu, puteri Sion, tak akan lagi TUHAN membawa engkau ke dalam
pembuangan, tetapi kesalahanmu, puteri Edom, akan dibalas-Nya, dan dosa-dosamu
akan disingkapkan-Nya.
Apabila pembuangan Israel berakhir
dan dia kembali, waktu itu Edom akan ditakluk dan segala dosa rakyat akan
disingkapkan. Ingat juga bahawa ramai orang Edom ada dalam Yehuda sekarang.
Yehezkiel 25:12-14 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena
Edom membalaskan dendam kesumat terhadap kaum Yehuda dan membuat kesalahan
besar dengan melakukan pembalasan terhadap mereka, 13 oleh sebab itu
beginilah firman Tuhan ALLAH, Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawan Edom dan
melenyapkan dari padanya manusia dan binatang dan Aku membuatnya menjadi
reruntuhan; dari Teman sampai Dedan mereka akan mati rebah oleh pedang. 14
Aku akan melakukan pembalasan-Ku terhadap Edom dengan tangan umat-Ku Israel.
Dan mereka akan memperlakukan Edom selaras dengan murka-Ku dan amarah-Ku, dan
mereka akan mengetahui, bahwa Akulah yang membalas, demikianlah firman Tuhan
ALLAH."
Penaklukan ini termasuk orang Sidon dan para pemimpin Negara Utara.
Yehezkiel 32:29-30 Di situ
Edom, raja-rajanya dan semua pemimpinnya, yang ditempatkan dekat orang-orang
yang mati terbunuh oleh pedang, walaupun mereka kuat; mereka dibaringkan dekat
orang-orang yang tidak disunat dan dekat orang-orang yang turun ke liang kubur.
30 Di situ pemimpin-pemimpin dari utara, semuanya mereka, dan semua
orang Sidon, yang dengan malu turun dekat orang-orang yang mati terbunuh,
walaupun dengan kekuatannya mereka sudah menimbulkan ketakutan terhadap mereka;
mereka dibaringkan tanpa disunat dekat orang-orang yang mati terbunuh oleh
pedang dan mereka menanggung nodanya bersama orang-orang yang turun ke liang
kubur.
Tindakan ini berlaku dalam Zaman
Akhir.
Edom harus dikenakan tindakan dahulu sebelum Israel
dapat menemui kedamaian
Yehezkiel 35:1-15 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2
"Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada pegunungan Seir, bernubuatlah
melawan dia 3 dan katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan
ALLAH: Aku akan menjadi lawanmu, hai pegunungan Seir dan Aku akan mengacungkan
tangan-Ku melawanmu dan akan menjadikan engkau musnah dan sunyi sepi. 4
Aku akan menjadikan kota-kotamu reruntuhan dan engkau menjadi sunyi sepi, dan
engkau akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 5 Oleh karena dalam
hatimu terpendam rasa permusuhan yang turun-temurun dan engkau membiarkan orang
Israel menjadi makanan pedang pada hari sial mereka, waktu saatnya tiba untuk
penghakiman terakhir, 6 oleh sebab itu, demi Aku yang hidup,
demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan menjadikan engkau darah dan darah akan
mengejar engkau; oleh sebab engkau bersalah karena mencurahkan darah, maka
darah akan mengejar engkau. 7 Aku akan menjadikan pegunungan Seir
musnah dan sunyi sepi dan melenyapkan dari padanya orang-orang yang lalu
lalang. 8 Aku akan memenuhi juga pegunungannya dengan orang-orang
yang mati terbunuh. Di bukit-bukitmu, di lembah-lembahmu dan alur-alur sungaimu
akan berebahan orang-orang yang mati terbunuh oleh pedang. 9 Aku
akan menjadikan engkau sunyi sepi untuk selama-lamanya dan kota-kotamu tidak
akan didiami lagi. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 10
Oleh sebab engkau mengatakan: Kedua bangsa itu dan kedua negeri itu akan
menjadi milikku dan kita akan memilikinya--sebetulnya TUHAN ada di situ-- 11
oleh sebab itu, demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan
memperlakukan engkau seperti engkau memperlakukan mereka dalam murkamu dan
cemburumu, yang timbul dari kebencianmu terhadap mereka; dan Aku akan
menyatakan diri kepadamu pada saat Aku menghakimi engkau. 12 Dan
engkau akan mengetahui bahwa Aku, TUHAN, mendengar segala penistaanmu yang
kauucapkan melawan gunung-gunung Israel yang demikian: Gunung-gunung itu sudah
menjadi sunyi sepi dan diserahkan kepada kita menjadi makanan kita. 13
Dengan demikian kamu membesarkan dirimu terhadap Aku di dalam ucapanmu dan
banyak sekali kata-katamu terhadap Aku. Aku mendengarnya. 14
Beginilah firman Tuhan ALLAH: Seluruh bumi akan bersukacita pada saat Aku
menjadikan engkau sunyi sepi. 15 Seperti engkau bersukacita mengenai
milik pusaka kaum Israel, yang sudah menjadi sunyi sepi, demikianlah akan
Kulakukan terhadap engkau. Engkau akan menjadi sunyi sepi, hai pegunungan Seir
dan engkau, segenap Edom dalam keseluruhanmu. Dan mereka akan mengetahui bahwa
Akulah TUHAN."
Yehezkiel 36:5 oleh karena itu beginilah firman Tuhan ALLAH:
Aku pasti berfirman dalam api cemburuan-Ku melawan sisa bangsa-bangsa dan
melawan seluruh Edom, yang menentukan tanah-Ku menjadi miliknya dengan segala
rasa sukacita dan rasa penghinaan, sehingga tanah-Ku itu dimilikinya dan dapat
habis dijarah.
Tuhan memberkati umatNya dengan menghancurkan musuh
mereka
Yoel 3:19 Mesir
akan menjadi sunyi sepi, dan Edom akan menjadi padang gurun tandus, oleh sebab
kekerasan terhadap keturunan Yehuda, oleh karena mereka telah menumpahkan darah
orang yang tak bersalah di tanahnya.
Edom terus bermusuhan dan akan dihukum
Amos 1:11-12 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga
perbuatan jahat Edom, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali
keputusan-Ku: Oleh karena ia mengejar saudaranya dengan pedang dan mengekang
belas kasihannya, memendamkan amarahnya untuk selamanya dan menyimpan gemasnya
untuk seterusnya, 12 Aku akan melepas api ke dalam Teman, sehingga
puri Bozra dimakan habis."
Perhatikan bahawa Bozra disebut
sebagai berada di Edom dan dalam pusaka Lot di kalangan Moab. Hakikatnya adalah
kedua-duanya kini sebahagian daripada Yordan dan akan digabungkan pada Zaman
Akhir, sebelum Milenium. Nubuatan-nubuatan ini ialah sebab kenapa umat Muslim
Berhadis mengecam kebenaran teks-teks Alkitab.
Pemulihan masa depan Israel
Amos 9:11-12 "Pada hari itu Aku akan mendirikan kembali pondok Daud yang
telah roboh; Aku akan menutup pecahan dindingnya, dan akan mendirikan kembali
reruntuhannya; Aku akan membangunnya kembali seperti di zaman dahulu kala, 12
supaya mereka menguasai sisa-sisa bangsa Edom dan segala bangsa yang Kusebut
milik-Ku," demikianlah firman TUHAN yang melakukan hal ini.
Justeru firman Tuhan cukup jelas
bahawa bangsa-bangsa ini akan dikenakan tindakan dan disatukan dengan Israel
pada Zaman Akhir, dan Hukum Tuhan Allah Israel akan ditempatkan di kalangan
mereka dan mereka akan menjadi sebahagian daripada pusaka Mesias sebagaimana
dijanjikan kepada bapa mereka Abraham.
q