Jemaat-jemaat Allah Al
Masehi
[212D]
Keturunan Abraham
Bahagian IV:
Anak-anak Ketura
(Edisi 2.0
20070302-20070303-20070417)
Identiti Anak-anak Ketura tidak begitu diketahui dan lazim dikelirukan dengan keturunan Ismael. Hal sebenar adalah penting untuk mengerti takdir keturunan Abraham dalam nubuatan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
γ 2007 Wade Cox and anor.)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara
bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau
penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh
dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh
dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar
undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Keturunan Abraham Bahagian IV: Anak-anak Ketura
Mungkin
keturunan paling membingungkan antara semua keturunan Abraham ialah Anak-anak
Ketura. Nama mereka tercatat dalam Kejadian 25:2-4 dan 1 Tawarikh 1:32-33.
Kejadian 25:1-4
Abraham mengambil pula seorang isteri, namanya Ketura. 2 Perempuan
itu melahirkan baginya Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak dan Suah. 3
Yoksan memperanakkan Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang
Letush dan orang Leum. 4 Anak-anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh,
Abida dan Eldaa. Itulah semuanya keturunan Ketura.
Enam
anak lelaki itu mungkin dilahirkan dalam separuh pertama 1800an BCE. Identiti
keturunan mereka sampai hari ini kebanyakannya kekal suatu misteri,
bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk dalam catatan sejarah. Surah 11:95
dalam Quran menyatakan bahawa seorang anak, Midian, seolah-olah mereka tidak
pernah tinggal di situ mungkin hingga Zaman Akhir ini. Midian merupakan anak
paling terkemuka, yang mana keturunannya lebih kerapkali disebut dalam Alkitab,
Quran dan dalam catatan sekular daripada mana-mana keturunan saudara-saudara
lelakinya. Justeru itu, lebih banyak akan dituliskan tentang Midian dan
suku-suku yang lahir daripadanya. Asasnya adalah Midian ialah suku bapa mertua
Musa dan dengan itu paling rapat dengan Israel dari segi kepentingan dan
tempat.
Surah-surah
Quran, ditulis kira-kira empat tahun sebelum Hijrah, mengisahkan konsep wahyu
Tuhan melalui para nabi.
Surah
10 bertajuk Yunus mengambil namanya daripada rujukan tentang kaum yang Yunus
saksikan kepada dan yang beriman (S. 10:99). Surah seterusnya mengisahkan
penyebaran nubuatan melalui nabi-nabi Arab dan juga melalui keturunan Ketura
dalam Midian. Surah 11, Hud, merujuk kepada Hud nabi Arab yang tidak disebut
dalam Alkitab. Dia berasal daripada suku Aad. Surah ini juga menyebut dua nabi
lain, Soleh (Salih) daripada suku Thamud, dan Syuaib (Shueyb) daripada Midian
(Madyan), yang Pickthall katakan dikenalpasti Yitro. Kedua-dua Surah kemudian memindahkan kuasa pada Musa dan Harun.
Sekiranya
Syuaib sememangnya Yitro, Quran sedang menjelaskan selanjutnya pemindahan
kepada pemindahan kuasa Kitab Suci kepada Israel melalui Musa dan Harun. Suku
Midian digunakan untuk menjalankan proses itu melalui persinggahan Musa di
Midian, dan persiapan untuk Keluaran. Midian kemudian ditunjukkan sebagai
dihilangkan selepas satu malapetaka yang menimpa orang bersalah, hanya
menyelamatkan Syuaib dan mereka yang mengikutinya. Dengan kata lain, hanya
orang beriman diselamatkan pada waktu itu. Orang Arab, bagaimanapun, terus
jahil selama beribu tahun.
Kita
akan membincangkan Yitro selanjutnya di bawah.
Ketura
Ketura ialah salah satu nama paling membangkit perasaan dalam Alkitab. Ia bererti harum atau
wangi-wangian
(SHD 6989), dan mengingatkan tentang
bau harum nyalaan korban dan asap wangi-wangian
yang naik sebagai persembahan
harum kepada Tuhan. Perkataan qetorah (SHD 6988, daripada 6989),
ditemui hanya dalam Ulangan 33:10, juga bererti asap korban
atau wangi-wangian. Nama Arab untuk
Ketura ialah Safura, yang digambarkan
sebagai seorang Kushiyat (iaitu suku Kush, sebagaimana isteri Musa dalam Bilangan 12:1, RSV).
Sesetengah komentar,
termasuk sastera rabai (rabbi), menuntut bahawa Ketura hanya satu nama lain bagi Hagar, gundik/isteri Abraham dan ibu Ismael.
Bagaimanapun, kedua-dua
perempuan ini dan anak-anak mereka jelas disebut berasingan
beberapa kali dalam Kejadian 25:6, contohnya. Di sini Hagar dan Ketura masing-masing disebut
sebagai gundik, iaitu piylegesh (SHD 6370). Messrs E.
Hirsch dan M. Seligsohn, dalam artikel
mereka tentang Ketura dalam Jewish Encyclopedia, menolak idea
yang dia sama dengan Hagar.
Namun itu nampaknya bukan pendapat para doktor Talmud; sebab keturunan Ismael dan keturunan
Ketura jelas dibezakan dalam kisah pengaduan
mereka terhadap orang Yahudi di hadapan Alexander orang
Macedonia (Sanh.
91a). E. G. H. M. Sel.
Kelihatan
juga bahawa Abraham mengahwini
Ketura kira-kira 65 tahun sesudah mengambil Hagar sebagai gundik.
Mengikut tradisi
catatan Bait Suci juga menuntut bahawa Ketura merupakan keturunan Yafet. Justeru rujukan kepada suku Kush seharusnya merujuk kepada suku-suku perompak yang menghuni kawasan Babilonia, yang mana sesetengahnya
orang Media dan keturunan Yafet dan bukan keturunan Kush (lihat bawah).
Yakult
Midrash membuat penuntutan bukan tidak munasabah
tentang ketiga-tiga isteri Abraham.
Abraham mengahwini tiga isteri Sara, keturunan Sem; Ketura, keturunan Yafet; dan Hagar, keturunan Ham. (ibid., bab 8).
J.A. Selbie dalam A Dictionary of the Bible (James Hastings, diterbit
oleh T & T Clark, Edin., 1899) menambah komen ini berkenaan
keturunan Ketura:
Daripada makna
nama Ketura, kemenyan, Sprenger [dalam Geog.
Arab. 295] mencadangkan bahawa keturunan Ketura dinamakan begitu sebab
penulis Kejadian 25: 1 dan seterusnya mengenali mereka sebagai pedagang dalam
barangan itu.
Menurut Selbie, pakar genealogi Arab bertegas adanya satu suku bernama
Katura yang hidup di sekitar Mekah. Herodotus (kira-kira 490-425 BCE)
menyatakan bahawa: Arab merupakan negeri terakhir yang didiami di selatan, dan
ia satu-satunya negeri yang menghasilkan kemenyan, mur, kayu teja, kayu manis,
dan ledanum (Histories, III, 107),
dan menambah: Tentang rempah-rempah Arab jangan katakan apa-apa lagi. Seluruh
negeri ini harum dengannya, dan mengeluarkan satu bau manis yang baik sekali
(ibid., 113).
Kemenyan (lebonah: SHD 3823)
ditemui hampir keseluruhannya di Arab. Nabi Yeremia menyebut kemenyan dari Syeba (Yeremia 6:20).
Ia salah satu daripada empat ramuan ukupan kudus yang disediakan secara
khusus (Keluaran 30:34) yang digunakan dalam Khemah Suci dan Bait Suci (lihat
Lukas 1:9-10).
Kemenyan juga khususnya digunakan dengan korban sajian bersama dengan
tepung terbaik dan minyak (Imamat 2:1-2), namun penggunaannya dilarang dengan
korban penghapus dosa (Imamat 5:11) atau korban sajian cemburuan (Bilangan
5:15). Ia harus dibakar menjadi bagian ingat-ingatan roti itu, yakni suatu korban api-apian atas
dua susun dengan 6 roti tidak beragi setiap satunya di atas meja murni di
dalam Khemah Pertemuan dan Bait Suci (Imamat 24:5-7).
Mur sering disebutkan bersamaan dengan kemenyan, dan dihubungkan dengan kelahiran dan kematian Mesias (lihat Matius
2:11; Markus 15:23; Yohanes 19:39-40).
Kidung Agung 3:6 Apakah itu yang membubung dari padang gurun seperti
gumpalan-gumpalan asap tersaput
dengan harum mur dan kemenyan dan bau segala macam
serbuk wangi dari pedagang? (RSV)
Ini merujuk kepada adat biasa di Timur untuk mewangikan seorang pengantin lelaki; dalam kes
khusus ini, Mesias telah diurapi melebihi
teman-teman elohimnya. Kita juga perhatikan dalam Nehemia 13:5 bahawa kemenyan dianggap salah satu daripada harta
Bait Suci.
Keturunan Abraham melalui Ketura
Dalam Tawarikh 1, Ketura disebut sebagai gundik Abraham, ertinya seorang perempuan yang diambil untuk tujuan melahirkan
keturunan. Dia
kemudiannya disebut sebagai isteri dan menunjukkan perubahan status (lihat
Kejadian 25:1). Dia jelas menjadi isteri kedua Abraham mungkin sesudah kematian
Sara, tetapi mungkin juga sebelumnya.
1Tawarikh 1:32-33 Keturunan Ketura, gundik Abraham: perempuan itu melahirkan Zimran, Yoksan,
Medan, Midian, Isybak dan Suah. Anak-anak Yoksan ialah Syeba dan Dedan. 33
Anak-anak Midian ialah:
Efa, Efer, Hanokh, Abida
dan Eldaa. Itulah semuanya keturunan Ketura. (RSV)
Keturunan Ketura kemudiannya
beratur menjadi subkumpulan enam suku, dan satu elemen utamanya iaitu Midian menduduki kawasan timur dan selatan Palestin. Pandangan ini diterima
sebagai fakta oleh orang Ibrani dan justeru itu kita boleh
menganggapnya sesuatu yang pasti (lihat Interpreters Dictionary of the Bible, art. Keturah, Vol. 3, ms
8).
Zimran
Zimran merupakan anak lelaki pertama Abraham melalui Ketura; namanya bererti bermuzik atau ahli muzik (SHD 2175). Kota utama yang diduduki Zimran dan keturunannya dipanggil Zabram, yang sepatutnya terletak di barat Mekah. Ia dianggap sama dengan Zimri dalam Yeremia 25:25. Ia disebut Yeremia akan dibinasakan bersama-sama dengan Elam dan semua raja Madai.
Justeru kita berdepan dengan kebinasaan pinggir pantai Saudi Arabia. Yeremia 25 mengisahkan
seluruh kemusnahan Timur
Tengah bermula dengan Yerusalem dan raja-raja Yehuda untuk
menjadikan mereka sasaran suitan dan kutuk dan dari situ terus ke Mesir dan seluruh Timur Tengah, bangsa demi
bangsa. Kita akan mengkaji aspek ini secara berasingan.
Kamus
Hastings mengatakan tentang
tempat yang dipanggil
Zimran:
Mungkin Knobel betul dalam
mengaitkannya dengan Zabram Ptolemy
(VI.vii.5), Barat Mekah, pada Laut Teberau. Kita juga
mungkin boleh membandingkan ZIMRI dalam Yeremia
2525. Nama ini diperolehi
daripada zemer, domba atau
kambing gunung, yang mana binatang ini jelas
merupakan totem suku ini. (ms 982)
Kita perhatikan bahawa keturunan Ketura berpindah ke semenanjung Arab sebelumpun Israel pergi ke Mesir, dan ada yang kekal di situ sekurang-kurangnya sampai zaman Yeremia.
Yoksan
Dia anak kedua, dan namanya boleh bererti
penjerat
(BDB), lantas secara implikasi penangkap burung; erti lainnya, busuk hati (Strong: SHD 3370).
Kamus Hastings menganggap
memang munasabah Yoksan
sama dengan Yoktan (lihat Tuch): Kedua-dua
bentuk ini mungkin mewakili sebutan Ibrani dan Aramaik untuk perkataan
yang sama
(ibid., ms 743). Bagaimanapun, ini mustahil secara
alkitabiah dan Cohen mendapati
persamaan ini sukar secara fonetik.
Namun dia mengenalpastinya sebagai bapa Syeba dan Dedan (Interpreters Dictionary of the Bible,
art. Jokshan, Vol. 2, ms 963).
Yoktan merupakan saudara Peleg dan orang Ibrani keturunannya mengembara lebih jauh ke
luar negara. Bagaimanapun, kesilapan ini boleh
menjelaskan satu lagi hubungan yang dibuat antara dua kawasan, satu di Arab dan satu lagi di Hindu Cush (lihat karya Keturunan Sem: Bahagian I (No.
212A)).
Menurut analisis Cohen,
Yoksan mungkin juga merupakan
orang yang dipanggil Kahtan
atau Qahtan oleh orang Arab. Yoksan memperanakkan dua anak lelaki, Syeba dan Dedan (Kejadian 25:2-3; 1 Tawarikh
1:32), dan suku-suku daripada
dua saudara ini menetap di Arab utara.
Satu lagi Syeba dan Dedan disebut bersama dalam Yehezkiel 27; bagaimanapun,
ini lain keturunannya, iaitu keturunan Raema (lihat ayat
22) seorang anak Kush.
Suku-suku Arab utama ialah suku Arab Qahtan yang datang dari Yemen. Mereka bukan keturunan Ismael. Mereka ialah keturunan Yarub bin Yashjub bin Qahtan.
Mereka menganggap diri mereka Arab tulen, sementara keturunan Ismael dipanggil Arab yang Diarabkan.
Arab yang Diarabkan ini ialah anak cucu
Ismael dan dianggap dianakangkatkan
ke dalam keturunan Arab tulen dan bani
Ismael dari Arab Barat laut
ini dipanggil Arab Adnan.
Syeba dan Dedan
Anak kedua Ketura oleh Abraham, Yoksan, mempunyai
dua anak lelaki Syeba dan Dedan, seperti yang disebut sebelumnya. Dedan dicatatkan sebagai leluhur orang Asyur (Asshurim), Letush
dan Leum (Kejadian 25:3).
Kekeliruan boleh timbul dengan beberapa
nama ini. Umpamanya: walaupun istilah Asyur (Asshurim)
di sini berkaitan dengan Asshur
(SHD 804), ia merujuk kepada bangsa berlainan
daripada orang Asyur (juga
804), yang merupakan keturunan
Asyur bin Sem. Begitu juga,
Syeba ialah nama yang diberikan beberapa generasi sebelumnya kepada salah seorang daripada tiga belas
anak Yoktan, bin Eber (daripada siapa orang Ibrani dinamakan).
Orang Asyur (Asshurim) (SHD
805) bererti langkah-langkah dengan maksud melangkah untuk ke pergi
ke suatu tempat. Dalam kesusasteraan Yahudi kemudian orang Asyur ini digambarkan
sebagai saudagar pengembara.
Orang Letush (SHD 3912) bererti dipukul atau
ditindas
(Strong), berkaitan langsung
kepada satu perkataan (3913) yang bererti menajamkan, memukul, mengasah (BDB), iaitu, orang Letush sibuk dengan
kerja penajaman alat-alat pemotong dan senjata.
Orang Leum (SHD 3817) bererti orang ramai atau banyak masyarakat, daripada kata akar yang bererti mengumpul. Dalam tulisan Yahudi kemudian orang Leum digambarkan sebagai orang utama yang menduduki kepulauan, mungkin kiasan kepada pulau-pulau Yunani.
Ini juga boleh membantu menjelaskan dengan lebih lanjut dua Haplogrup Semit utama orang Yunani iaitu J dan I dengan haplogrup utama kemudian iaitu E3b Ham daripada pendudukan orang Afrika Utara di situ. Keturunan
Ketura ini mungkin orang
Yunani Laconia atau Sparta walaupun
mereka tidak menghuni pulau-pulau tetapi tanah besar.
Justeru dua cabang keturunan Ketura mungkin terbabit dalam Greece (Yunani).
Kita perhatikan orang Asyur dan Letush bahawa mereka
merupakan pengembara, saudagar dan tukang pateri, semuanya istilah yang boleh dipakaikan kepada orang Roma[ny] moden atau
Gypsy. Orang Gypsy, bagaimanapun, tidak
boleh dikaitkan kepada keturunan Ketura, walaupun kita boleh
membuktikan asal Semit mereka (lihat
karya Keturunan
Sem: Bahagian I (No. 212A)).
Asal Nama Arab
Keturunan Ketura ini
yang kemudian akan menjadi Arab Tulen terbahagi kepada banyak suku, namun
apa yang kita tahu sebagai dua cabang utama keturunan
Yarub atau keturunan Arab Yoksan ialah:
1.
Himyar yang mana suku-suku paling terkenal
ialah: Zaid Al-Jamhur, Qudaa dan Sakasic.
2.
Kahlan yang mana suku-suku paling terkenal
ialah: Hamdan, Anmar, Tai, Mudhhij,
Kinda, Lakhm, Judham, Azd, Aws, Khazraj, dan mereka yang menjadi raja-raja
Syria (Aram) lama, iaitu keturunan
Jafna.
Satu suku Himyar yang dipanggil Qudaa berpindah dari Yemen ke separa
gurun Samawa di sempadan Iraq.
Suku-suku Kahlan berpindah dari Yemen
ke bahagian-bahagian lain semenanjung Arab sebelum pemecahan Empangan Marib, yang disebut sebagai Banjir Besar (Sail AlArim). Kawasan Ratu Syeba di
Arab Barat daya di bahagian
Yemen itu amat kaya ketika empangan di situ beroperasi, Pintu-pintu gerbangnya masih ada di situ hari ini, dengan bangunan-bangunan
kota berdekatan dalam berbagai keadaan pereputan. Pembaikan terakhir kepada dinding empangan itu dibina
daripada sebahagian daripada bangunan-bangunan kota. Ini menunjukkan bahawa kota dan kawasan itu sudahpun
merosot pada waktu itu. Empangan ini
didirikan kira-kira 600 BCE
dan runtuh kira-kira 600
CE, dan pada waktu itu ia dan budaya di situ tidak lagi penting.
Ketika pemerintahannya sejak
sebelum Kerajaan Israel sehingga
orang Roma menindas pengaruhnya,
ia juga menguasai negeri di
seberang Laut Teberau di Tanduk Afrika dan ini menjelaskan sebaran legenda Syeba ke Afrika.
Yoksan merupakan bapa Syeba dan semua tanahnya berpusat pada kawasan itu dan kaumnya mendirikan empangan itu.
Suku-suku Kahlan ini terpaksa berpindah sebab penaklukan Mesir dan Syria
oleh Rom dan gangguan jalan-jalan
perdagangan yang sudah lama
ada di bawah tekanan Rom.
Sekarang kita akan membahagikan suku-suku Kahlan kepada empat kumpulan:
1.
Azd
2.
Lakhm dan Judham
3.
Banu Tai
4.
Kinda
Suku Azd, di bawah pimpinan
Imran bin Amr Muzaiqb (kira-kira
146), mengembara dalam
Yemen dan selepas mengutus peninjau rintis bergerak ke utara.
Imigrasi ini berpecah kepada empat bahagian utama.
Bahagian pertama
di bawah Thalabah bin Amr berpindah
ke Hijaz dan menetap antara Thalabiyah dan Dhi Qar. Sesudah
mengumpul kekuatan dia menuju ke
Madinah (Medina) di mana dia menetap
dan keturunannya Haritha bin Thalabah mempunyai dua anak lelaki, Aws dan Khazraj, yang terkenal di Madinah.
Bahagian atau kumpulan kedua dikepalai oleh anak Amr bernama Halitha binAmr, tetapi dikenali sebagai Khuzaa. Dia mengembara bersama kaumnya di Hijaz dan menetap di
Mar Az-Zahran kemudian menakluk
orang Harram dan, selepas mengusir
penduduk asal Makkah, suku Jurhum, kemudian
menetap di Makkah (Mekah).
Antara
dua kumpulan lain kumpulan
di bawah Jafna bin Amr pergi ke Syria di mana dia mengasaskan Kerajaan Ghassan,
yang dinamakan sempena mata air di Hijaz di mana mereka pernah berhenti untuk suatu waktu.
Kumpulan keempat di bawah Imran bin Amr pergi ke Oman di mana suku Azd berakar-umbi
dan keturunannya mendiami Tihama dan kemudiannya dikenali sebagai Azd dari Shanua.
Demikian itu bahagian utama penduduk Mekah dan Medinah dan Oman serta
para pemimpin Syria semuanya
daripada cabang suku Azd daripada
keturunan Yoksan, anak
Abraham melalui Ketura.
Daripada kumpulan
utama kedua Lakhm dan Judham, kita perhatikan raja-raja Heerah diasaskan oleh Nasr bin Rabia, bapa
Manadhira.
Banu Tai juga bergerak
ke utara ke pergunungan Aja dan Salma,
yang kemudiannya dinamakan semula pergunungan Tai.
Kumpulan keempat, Kinda, menetap di Bahrain sehingga
mereka diusir ke Hadramout dan Najd, dari mana suku ini lenyap.
Semua ini ialah keturunan Yoksan yang sempenanya orang Arab dinamakan.
Orang Arab Awal
Orang
Arab terawal dipanggil Arab Terbinasa
yang sejarahnya amat sedikit diketahui. Mereka ialah Ad, Thamasam, Jadis, Emlaq, dan lain-lain.
Keturunan Ketura cocok
dengan campuran ini dan mungkin sering disalahkelas sebagai keturunan Ismael atau keturunan Yarub bin Yashub, bin Qahtan. Sesetengahnya memang berasal daripada anak-anak Ketura yang lain namun mendapat nama mereka daripada pengasas orang Arab ini yang dinamakan sempenanya (lihat juga jadual bagi karya
Keturunan
Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)).
Oleh itu Arab Terbinasa lebih tua dan berasal daripada suku-suku yang kurang berjaya, malah daripada orang Kanaan yang
juga disalahnama sebagai
orang Kush.
Orang Palestin, contohnya, bukan semuanya daripada kaum yang sama dan terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga kumpulan berbeza
genetik. Hal sama benar bagi orang Lubnan yang juga merupakan keturunan K2 pelaut Tarsus berketurunan Yafet, sekutu orang
Fenisia dari Tirus dan Sidon. Arab Tulen yang kini
kita kenali sebagai Arab Qahtan berasal daripada cucu Yoksan, anak Ketura, anak Abraham. Nubuatan Ismael melepaskan diri daripada saudaranya mempunyai makna baru. Ismael tunduk kepada keturunan
Ketura yang merupakan golongan
pemerintah orang Arab dan akan
dimerdekakan apabila Mesias
datang.
Keluarga Arab tersohor
daripada kumpulan Qahtan boleh dikenali dengan nama keluarga seperti: Alqahtani, Alharbi, Alzahrani, Alghamedey,
Aws dan Khazraj (Alansari atau
Ansar), Aldosari, Alkhozaa, Morra, Alojman dan seterusnya.
Keturunan Ketura ini
tidak berbahasa dengan bentuk awal
bahasa Arab seperti Aramaik Timur. Sebaliknya mereka menggunakan bahasa Semit (Semitik)
Selatan seperti Sabaik (dari Syeba), Minaik,
Qatabanik dan Hadramatik (lihat artikel Arab di Wikipedia).
Kumpulan
lain yang menolak nama Arab ialah orang Berber dari Afrika Utara dan banyak cabang orang Lubnan dan orang
Mesir, kedua-dua Muslim dan Copt. Begitu
juga, orang Kurd tidak mendefinisikan
diri mereka sebagai orang Arab. Bagaimanapun,
sesetengah orang Berber mungkin
juga memanggil diri mereka Arab.
Pada
zaman pertengahan ibn Kaldun
mendefinisikan sebagai Arab
hanya orang Bedouin pengembara
yang boleh menjejaki keturunan mereka kepada salah satu suku asal, seperti
orang Arab Saudi dan mereka yang dalam
Negara-negara Teluk moden.
Dia membandingkan ini dengan gaya hidup
kota di mana penduduknya kemungkinan besar keturunan yang diArabkan. Perbezaan sebegini masih lagi digunakan
dengan luas.
Pada penubuhannya dalam 1946 Liga Arab
mendefinisikan seorang
Arab sebagai yang berikut:
Seorang Arab ialah seseorang yang berbahasa Arab, hidup dalam negara berbahasa Arab, yang bersimpati dengan semua aspirasi
orang berbahasa Arab.
Tugas kita adalah untuk membongkar
gambaran luas ini dan menjejak asal usul bangsa
itu.
Agama
Sebelum ketibaan Islam
orang Arab bercampur antara
Arab pagan dan Arab Kristian. Islam sendiri suatu versi Kekristianan
Unitarian dan para pengasas Islam merupakan
umat Kristian (lihat Pengenalan
kepada Komentar tentang Quran (QI)).
Kerajaan-kerajaan Kristian yang paling terkemuka
sekali ditemui di kalangan keturunan Ketura dalam Kerajaan-kerajaan Ghassanid dan Lakhmid.
Sesetengah individu
seperti golongan hanif
telah memeluk sejenis monoteisme dan menolak politeisme orang Arab
pagan. Golongan pagan ini memuja beberapa ilah seperti Hubal, Wadd, Al-lat,
Manat dan Uzza. Ramai merupakan penganut
Nestorian. Nabi Muhammed merupakan seorang Kristian terbaptis daripada satu mazhab
dalam mana dia dipanggil sebagai Abu Qasim sebelum dia dibaptiskan
ke dalam iman Unitarian Jemaat-jemaat
Tuhan.
Muslim moden terbahagi kepada Sunni, Shiite, Ibadhi,
Alawi, Ismail. Ada yang menganggap Druze sebagai satu mazhab
Muslim; ada yang tidak begitu.
Arab
Kristian moden ialah
Coptic, Maronite, Ortodoks Yunani, atau Katolik Yunani. Iman
Unitarian kemudiannya diserap
ke dalam Islam. Nestorianisme lenyap.
Sesetengah Arab juga Yahudi.
Pada lewat abad ke
4 raja-raja Himyar menjadi mualaf
Judaisme dan pengikut mereka, orang Kindi, juga menjadi
mualaf Judaisme. Terdapat sebahagian besar Haplotaip YDNA J1 di kalangan kedua-dua Arab dan Yahudi.
Islam
Sunni berkuasa sepenuhnya
di Afrika Utara sementara Islam Shia lazim di Bahrain, Iraq selatan
dan Iran selatan dan bahagian-bahagian
berdekatan Arab Saudi, Lubnan
selatan, bahagian-bahagian
Syria, Yemen utara dan wilayah Al-Batinah di Oman.
Orang
Kristian membentuk kira-kira
9.2% daripada penduduk
Timur Dekat dan 39% daripada Lubnan
dan 10 hingga 15% daripada
Syria. Orang Kristian membentuk lebih
kurang 10% daripada penduduk Arab Israel dan 6% daripada
penduduk Mesir.
Dua pertiga daripada orang Arab yang berpindah ke Amerika dan
Australia ialah Kristian.
Sehingga tindakan-tindakan
pro-Nazi dan anti-Yahudi 1930an dan 1940an, orang Yahudi di Iraq dan tempat lain menganggap diri mereka sebagai Arab berkepercayaan Yahudi. Hari ini orang Yahudi seperti Yahudi Mizrahi dan Yemen tidak dianggap sebagai Arab.
Sebelum Mizrahi
dicipta sebagai istilah, Yahudi berbangsa Arab dipanggil Yehudin Aravim atau Yahudi Arab. Istilah ini jarang digunakan
hari ini.
Bahasa
Alkitab Ibrani merujuk kepada Arvi (atau Arab) berhubungan dengan penduduk Gurun Syria dan di Arab lama sebelum
orang Arab Qahtan Arabia Selatan muncul.
Proto-Arab,
iaitu bahasa Arab Utara purba, tidak ditulis
dengan skrip Arab tetapi dalam Musnad Arab Selatan yang berbentuk inskripsi. Itubermula pada abad ke 8 BCE dengan inskripsi Hasaean
Arab Saudia timur dan teks-teks
Thamudic Arabia dan Sinai yang tiada pertalian dengan Thamud.
Inskripsi Safaitic tidak
muncul sehingga abad pertama BCE. Inskripsi Nabatea ditulis dalam bahasa
Aramaik namun mengandungi banyak nama Arab.
Bahasa
Arab praklasik muncul dalam abad kedua
BCE daripada Qaryat-al-Faw dekat Sulayyil.
Dari abad keempat CE kita perhatikan kemunculan kerajaan-kerajaan
Kristian orang Lakhmid Iraq selatan
dan Ghassanid di Syria selatan.
Orang Lakhmid bersekutu dengan Empayar Sassanid dan Ghassanid bersekutu dengan Empayar Byzantium.
Kerajaan
Kindi Arab Tengah bersekutu dengan
Empayar Himyar Arab Selatan. Orang-orang Arab ini bermualaf kepada
Judaisme dan mempunyai pengaruh luas menyeberangi
Laut Teberau (Laut Merah) di Afrika. Kebangkitan kuasa inilah di situ pada abad keempat yang menyaksikan reaksi Yahudi berbangsa
Arab kepada iman Kristian
Unitarian dalam abad ketujuh dan kebangkitan Islam. Kejayaan besar-besaran Islam menyaksikan orang Khazar memutuskan
untuk bermualaf kepada Judaisme di Steppes Rusia kira-kira 740 CE.
Penting untuk memperhatikan bahawa Quran tidak menggunakan perkataan Arab, hanya kata sifat arabiyyun dalam mana ia menyebut
ia Kitab clear mubinun (Nyata) dalam arabiyyun (bahasa Arab) (contohnya Ayat 43:2-3).
Nabi berkata Kitab Nyata ini ditulis dalam
bahasa Arab agar mereka dapat mengerti. Justeru bahasa Arab menjadi bahasa orang Arab daripada penggunaannya dalam Quran.
Terminologi yang digunakan
merujuk kepada orang Arab sedentari yang tinggal di kota-kota seperti Mekah dan Media
sebagai arab. Bedouin atau Arab pengembara disebut sebagai arab. Istilah ini membawakan konotasi negatif daripada teks dalam Quran. Quran merujuk kepada Arab Hilang al-Arab al-baida dan mengatakan bahawa mereka lenyap
sebagai hukuman keberhalaan atau kesangsian mereka. Oleh itu mereka dianggap
sebagai Arab tulen sebagai keturunan Ketura, sementara orang Arab Utara kemudian,
termasuk suku-suku Mekah, merupakan keturunan Ismael, sebagai orang Arab yang diArabkan.
Perbezaan ini kemudiannya menyebabkan permusuhan nyata antara orang Qay utara dan Kalb selatan khususnya di Sepanyol. Bahasa
Himyar, yang digambarkan oleh Al-Hamdani (meninggal 946), nampaknya dialek Arab utara mungkin daripada orang Qay, yang kemudiannya digunakan di selatan, dan dipengaruhi oleh bahasa Arab
Selatan Lama, yang merupakan satu
dialek Sabaea keturunan
Ketura.
Justeru bahasa Arab tersebar melalui Arabisasi dengan penaklukan dari Perancis sampai China. Mengenalpasti semua kumpulan dan suku ini ialah tugas
yang sukar.
Sekarang balik kepada keturunan Ketura.
Medan
Anak ketiga daripada enam anak lelaki
Ketura, Medan membawa nama yang bermakna
pertikaian, perselisihan
atau persengketaan (SHD 4091). Dia nampaknya
telah mengasaskan beberapa suku Arab utara, dan namanya dipelihara dalam pekan Madan,
yang terletak sedikit ke barat selatan Taima moden. Madan atau Medan juga disebut dalam inskripsi
daripada zaman pemerintahan
Tiglat-pileser III raja Babel (kira-kira
732 BCE), dalam mana ia dipanggil Badan. Konsonan b dan m lazim saling bertukar dalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa pendahulunya Kasdim dan Aramaik Timur. Orang
Medan tidak berbahasa Kasdim namun orang Asyur-Babel memang berbahasanya.
Madan mungkin dijadikan seorang dewa Arab di bawah sistem purba
pemujaan leluhur, dan
Abd-al-Madan sering dilihat
dalam sistem-sistem Arab sebagai satu nama keluarga. (lihat juga S. Cohen, Interp. Dict., artikel
Medan, Vol. 3, ms 318).
Nampaknya ada
juga pertalian dengan
Midian seperti yang dilihat
di bawah.
Midian
Walaupun dia hanya anak
keempat Abraham dan Ketura, Midian merupakan leluhur kepada suku yang mungkin paling penting daripada semua keenam-enam suku saudara. Sebab itu keturunannya akan dibincangkan dengan lebih terperinci
daripada yang lain. Nama Midian bermakna
persengkataan,
pertengkaran atau pertikaian (SHD 4080), sama
seperti saudaranya Medan. Sesetengah pengulas mengatakan bahawa nama Midian mungkin sebenarnya diperolehi daripada perkataan Semit untuk penghakiman.
Suku-suku Midian ada disebutkan dalam kesusasteraan Mesir dan yang lain; Ptolemy, contohnya, memanggil mereka Modiana.
Kisah pelarian Musa ke Midian diberikan dalam Keluaran 2. Ini juga diceritakan dalam Quran pada
Surah 28:22-28. (Lihat juga Kisah
7:29 rujuk Keluaran 2:15).
Keluaran 2:15-21 Ketika Firaun mendengar tentang perkara itu, dicarinya ikhtiar untuk membunuh Musa. Tetapi Musa melarikan diri dari hadapan Firaun dan tiba di tanah Midian, lalu ia duduk-duduk di tepi sebuah sumur. 16 Adapun imam di Midian itu mempunyai tujuh anak perempuan. Mereka datang menimba air dan mengisi palungan-palungan untuk memberi minum kambing domba ayahnya. 17 Maka datanglah gembala-gembala yang mengusir mereka, lalu Musa bangkit menolong mereka dan memberi minum kambing domba mereka. 18 Ketika mereka sampai kepada Rehuel, ayah mereka, berkatalah ia: "Mengapa selekas itu kamu pulang hari ini?" 19 Jawab mereka: "Seorang Mesir menolong kami terhadap gembala-gembala, bahkan ia menimba air banyak-banyak untuk kami dan memberi minum kambing domba." 20 Ia berkata kepada anak-anaknya: "Di manakah ia? Mengapakah kamu tinggalkan orang itu? Panggillah dia makan." 21 Musa bersedia tinggal di rumah itu, lalu diberikan Rehuellah Zipora, anaknya, kepada Musa. (RSV)
Zipora bererti burung (SHD 6855). Dia melahirkan
dua anak lelaki untuk Musa: Gersom, bererti buangan (SHD
1648), dan Eliezer, bermakna Tuhan ialah bantuan
(SHD 461) (lihat 1 Tawarikh
23:15). Insiden dengan Musa
dan penyunatan anaknya (Keluaran 4:25) menunjukkan pengukuhan tindakan sebagaimana yang dilakukan pada
Ishak pada hari kelapan, sebab ia tidak
dilakukan oleh Musa pada mulanya;
dan Musa tentunya dihukum
kerana kecuaian itu.
Istilah penyunat
dan disunat
untuk bapa mertua dan anak mertua nampaknya telah memasuki bahasa Ibrani tanpa
mengekalkan konotasi yang mula-mula ada padanya
(lihat Encyclopaedia
of Religion and Ethics (ERE) Vol. 3, ms 661,
662).
Istilah penyunat mula-mula digunakan dalam Alkitab dengan
erti bakal bapa mertua, dan disunat dengan erti suami
anak perempuan berhubungan dengan orang Midian (Keluaran 3:1; 4:18 25 dan seterusnya;
Bilangan 10:29 dan Hakim 1:18; 4:11) dan juga orang
Sodom (Kejadian 19:13,14). Justeru
kita boleh simpulkan bahawa penyunatan dilakukan oleh bapa mertua dalam
kedua-dua bangsa ini sebagai keturunan
Kanaan dan keturunan Sem. Namun
itu bukan teladan yang ditetapkan oleh
Abraham dan kelihatannya Yitro tidak
melakukan upacara ini dan pastinya tidak pada cucu-cucunya.
Kita patut juga memperhatikan bahawa orang Arab barat daya menyunat dalam gandaan tujuh hari
dari lahir, dan umat Muslim menyunat dari umur dua tahun
seterusnya, umumnya hingga lapan tahun
di Kashgar dan sampai sepuluh tahun di Turkistan. Orang
Turki menyunat antara enam dan tiga belas
tahun.. Hanya keturunan
Ismael di kalangan orang Arab yang menyunat pada umur lewat dua belas hingga tiga belas
tahun. Tiada Semit yang menyunat lebih lewat dari umur
ini. Orang Sarakole Afrika
Barat melakukannya begini
dan orang Mandingo Sudan menunggu antara
dua belas dan empat belas tahun. Kawasan Wydah dan
Pantai Afrika Barat menunggu sampai
12 hingga 16 tahun dan kadangkala selewat 20 tahun.
Dengan itu amalan penyunatan di kalangan orang Semit juga memberi petunjuk tentang asal usul
mereka. Kebanyakan orang mengandaikan orang Arab ialah keturunan Ismael dan menyunat
pada umur tiga belas tahun; bagaimanapun,
seperti di atas, ini sangat jauh daripada hakikatnya.
Hanya
orang Mesir purba menyunat
pada 14 tahun dan Angaardi dari Sungai Murchison Australia Barat beramal
seperti ini dari 14-16 tahun. Sesetengah suku Australia Selatan
memilih untuk menunggu sehingga bulu rambut muncul
pada muka.
Isybak
Isybak merupakan anak kelima Abraham melalui Ketura.
Namanya bererti dia melepaskan (BDB) atau
dia akan meninggalkan (Strong: SHD 3435). Nampaknya
dia dan keturunannya menetap di kawasan di sebelah timur Kanaan, bagaimanapun, amat sedikit selain itu yang diketahui tentang suku ini
daripada Alkitab ataupun sumber sekular.
Dictionary Hastings menyebut ini tentang Isybak pada mukasurat
501:
Frd. Delitzsch (Z SKF ii.92) mengenalpastinya dengan Iasbuk daripada inskripsi kuneiform, dalam mana ia disebut sebagai satu negeri (mat) yang rajanya bersekutu dengan Sangara (Shamgar?) dari Gargamis (Karkemis) dan pihak lain menentang Assur-nazir-pal dan Shalmaneser II (kira-kira 859 B.C.).
Ini mungkin betul kerana kedua-dua sumber Septuagint menggunakan Iesbok (LXXA) atau eosbak
(LXXB) (lihat Interp.
Dict., art. Ishbak, Vol. 2, ms 747).
Suah
Juga dipanggil Shuach, anak lelaki
keenam dan terakhir Ketura mempunyai nama yang berbagai makna kekayaan (BDB) atau lembah kecil, depresi, lerengan (Strong:
SHD 7744).
Dia merupakan leluhur orang Suah,
yang mana orang paling terkemuka ialah
Bildad, bin Suah, dan salah seorang penghibur Ayub (Ayub 2:11). Matthew Poole membuat beberapa komen menarik tentang
ayat ini dalam Ayub.
Merekalah pada waktu itu yang terkenal sebab keturunan dan kualiti, kebijaksanaan dan pengetahuaan, dan pernyataan agama sejati, yang mungkin keturunan Abraham, dan bersaudara dengan Ayub, dan hidup di negeri yang sama dengannya. (A Commentary on the Holy Bible, 1685, cetakan semula oleh Banner of Truth Trust, London, 1962; penekanan ditambah).
Keturunan Suah juga cukup
terkenal kepada orang Asyur, yang memanggil mereka sebagai Suhu, dan menggambarkan negeri mereka sebagai berada di tebing kiri (right
bank) Sungai Efrat, selatan Karkemis
dan antara sungai Balikh dan Khabur (lihat
Dillmann, Holzinger, et al). Ptolemy memanggil sungai Khabur sebagai Chaboras, yang mungkin salah satu daripada dua sungai Kebar yang disebut oleh Yehezkiel
(Yehezkiel 1:1 dan seterusnya). Nama Suah ialah Sauchaioon dalam bahasa Yunani.
Justeru negeri mereka amat terkenal.
Keturunan keenam-enam
saudara ini diperluaskan lagi dalam Bab 25 Kitab
Jasher yang tidak sah
dan mungkin palsu dan memasukkan beberapa nama yang tidak ditemui dalam
Alkitab. Menurut Jasher, Ketura dikatakan
datang dari tanah Kanaan dan sebab itu mungkin sekali
berketurunan Bapa Kaum Ham dan bukan
Yafet, suatu pandangan yang
selaras dengan pendapat Arab bahawa Ketura ialah orang Kush (juga daripada
Ham) namun ditentang kebanyakan wibawa lain.
Dalam karyanya Antiquities
of the Jews, Josephus mendakwa bahawa keturunan Abraham melalui Ketura pergi ke Arab dan ke dalam negeri yang dipanggil Troglodytes (dari
mana kita mendapat istilah Troglodyte,
bermakna penghuni gua). Ini diulangi dalam Buku II, bab 10 dalam mana tempat-tempat kediaman utama pelbagai keturunan Abraham diberikan, menurut Josephus.
Dia meninggalkan kepada Ismael dan kepada keturunannya negara Arab; dan juga kepada anak-anaknya melalui Ketura, Troglodytis; dan kepada Ishak, Kanaan. (Ant. Jews, ibid.).
Penjelajah Victorian, Richard Burton, berkata bahawa satu kaum yang dipanggil Beni Thamud juga digambarkan
sebagai orang Troglodyte (The God-Mines of Midian), Kegan Paul & Co., London, 1878); mereka mungkin telah menggantikan keturunan daripada anak-anak Ketura ini, atau mereka mungkin
sebenarnya keturunan daripada mereka.
Josephus mendakwa bahawa setibanya waktu perkahwinan Ishak anak-anak
Ketura sudah berpindah.
Maka Ishak mengahwininya, dan pusaka itu kini miliknya; sebab anak-anak Ketura sudah pergi ke tempat kediaman mereka sendiri yang jauh. (Ant. Jews. Bk. I, 16, iii).
Ini seperti disahkan oleh Kitab Suci yang mengatakan bahawa hanya Ismael dan Ishak menguburkan bapa mereka Abraham (Kejadian 25:9); mungkin anak-anak Ketura sudahpun berpindah ke tempat lain.
Orang Kadmon
Terdapat satu lagi suku yang menarik apabila membincangkan keturunan Ketura
yang mungkin: orang Kadmon.
Dictionary Hastings menyatakan ini tentang mereka:
Orang Kadmon Ewald [dalam Histroy of Israel] dan ramai yang mengikutinya menganggap orang Kadmon sama dengan Bene Kedem, keturunan Timur keturunan (?Kejadian 256) Abraham melalui Ketura (Kejadian 291, Hakim 712, 1 Raja 430, Ayub 13, Yesaya 1114, Yeremia 4928, Yehezkiel 254-10). Dengan itu, orang Kadmon bukanlah panggilan untuk mana-mana suku khusus, tetapi untuk orang Arab keturunan Ketura, yang berbeza daripada orang Ismael. Keturunan Timur digambarkan dalam petikan-petikan yang disebutkan sebagai menduduki Padan-Aram, mempunyai hubungan dengan orang Midian dan Amalek, menduduki Kedar, tetangga dan penakluk keturunan Amon, berganding dengan orang Mesir dalam kemasyhuran mereka kerana kebijaksanaan, Ayub dianggap salah seorang daripada mereka. Nampaknya lebih baik menganggap orang Kadmon sebagai satu suku tertentu seperti bangsa-bangsa lain yang dinamakan dalam senarai ini. Sama ada mereka harus dipandang sebagai satu cabang Arab Ismael atau Arab Ketura adalah tidak jelas (ms 831).
Spekulasi bahawa
Ayub seorang Kadmon mungkin salah tempat kerana dia disenaraikan dalam Kejadian sebagai sama ada
cucu atau cicit Bapa Kaum Isakhar, anak Yakub. Jika dia juga seorang Kadmon maka ini hanya
mungkin dengan mempunyai hubungan dengan orang Midian dan anak-anak
Ketura yang lain yang mana dia hidup
di kalangan mereka.
Bullinger
menyenaraikan mereka sebagai sebahagian Nefilim dalam Lampiran 25 kepada The Companion
Bible daripada Kejadian
15:18-21. Pandangan ini sungguh tidak betul
kerana suku-suku yang disebut
ialah suku-suku lain anak-anak Nuh dan hanya satu atau dua merupakan
Nefilim (lihat juga karya Nefilim
(No. 154)).
Bagaimanapun kita pasti bahawa Kadmon
telah menjadi satu istilah tempat
lebih daripada satu kumpulan suku
khusus, dan orang-orang di situ diserap
masuk ke dalam keturunan Abraham daripada teks berkenaan.
Apa saja Nefilim dihapuskan.
Tanah Midian
Dalam buku keduanya The Land of Midian (Revisited) (C. Kegan
Paul & Co., London, 1879), Burton menganggarkan bahawa wilayah Midian pada satu ketika meliputi kawasan yang sungguh luas.
Pada zaman orang Midian purba
sempadan-sempadannya begitu
elastik sekali sehingga, ada waktunya,
namun tidak berterusan, ia mencakupi Sinai, dan terus diperluaskan hinggakan sampai Palestin Tengah. (ms 295)
Dalam Kejadian 25 kita lihat bahawa Abraham menyuruh anak-anak Hagar dan
Ketura meninggalkan Ishak kemungkinannya
untuk tidak mengelirukan pusaka-pusaka mereka.
Kejadian 25:5-6 Abraham
memberikan segala harta miliknya kepada Ishak, 6 tetapi
kepada anak-anaknya yang diperolehnya dari gundik-gundiknya ia memberikan pemberian; kemudian ia menyuruh
mereka--masih pada waktu ia hidup--meninggalkan Ishak, anaknya, dan pergi ke sebelah
timur, ke Tanah Timur.
(RSV)
Perkataan Ibrani
yang sama qedem
(SHD 6924) digunakan untuk kedua-dua ke arah
timur dan timur yang nampaknya seperti ulangan yang tidak perlu, kecuali
perkataan kedua apabila digabungkan dengan Tanah bertujuan untuk memberi erti tanah kuno yang tidak
dinamakan.
Oleh sebab Abraham kemudiannya
dikuburkan di Mamre spekulasi
boleh dibuat bahawa dia dan anak-anaknya menetap berdekatan Hebron pada waktu itu, agar dengan menyuruh mereka ke timur mereka
harus bergerak mengikut arah timur
laut atau tenggara untuk mengelak Laut Garam (Laut Mati), yang kesannya
pasti membawa mereka ke arah
Amon dan Edom masing-masing.
Historians History of the World (Vol. 2,
ms 7), berpendapat bahawa Kusyan-Risyataim daripada Hakim 3:8-11 dinamakan
sempena satu suku dan dia sebenarnya
seorang raja Yerahmeel yang
dikenal pasti dengan orang Amalek dan Edom, yang berkuasa
di Arab utara pada waktu itu. Penguasaan ini disempurnakan oleh bantuan satu suku
Keni yang bersahabat.
Dalam 1 Tawarikh 1:46 kita juga perhatikan Midian dikalahkan di tanah Moab, justeru adanya ketidakstabilan besar dalam pergerakan
dan mungkin ada pertindihan dalam kawasan-kawasan suku. Ada diperkatakan tentang Hadad orang
Edom bahawa dia berangkat dari Midian (1 Raja
11:18). Oleh itu mungkin lewat kemudiannya dan mungkin disebabkan kesesakan suku di timur Yordan, salah satu suku Ketura, Midian, berpindah terus ke selatan
ke arah Laut Teberau.
Tanah
yang secara longgarnya dipanggil Midian dalam peta-peta Alkitab memanjang
hingga 200 batu dalam satu jalur pinggir
pantai di sebelah Teluk Aqaba dan Laut Teberau, dan
berbeza-beza lebarnya antara 24 dan 70 batu (40-110 km).
Burton
dan rombongannya memungut banyak sampel geologi
daripada negeri Midian, yang ditemui
sangat kaya dalam galian
dan batu pirus (firus). Apabila dianalisis sampel-sampel in didapati mengandungi emas, perak, tembaga, besi, timah hitam
(plumbum) (lihat Bilangan 31:22), serta bijih zink, wolfram (tungsten), antimoni dan titanium. Burton juga menegaskan
adanya deposit bijih besi yang sangat banyak yang boleh ditemui di kawasan itu. Sisa ekstensif aktiviti perindustrian seperti penggalian emas diperhatikan olehnya. Malahan, ia kelihatan seperti
orang Mesir telah mengusahakan
lombong dan pelebur emas di kawasan itu selama berabad-abad.
Ptolemy menemui Modiana di pantai timur Laut Teberau, iaitu Teluk Aqaba. Dia juga menyebut satu lagi kota
Modiama namun ini terletak di pedalaman di Midian utara. Nampaknya Modiama merupakan kota kedua terpenting selepas Petra, yang digambarkan sebagai Tempat Simpan Harta Firaun
pada satu ketika. Kota
Madyan pra-Islam purba kini dipanggil Maghair Shuaib, daripada nama
Arab untuk Yitro, walaupun tradisi tempatan ketika penjelajahan kawasan ini oleh E.H. Palmer mengenal pasti kota Midian (Madyan) dengan runtuhan ekstensif El Midayen, kira-kira tiga hari jauh
dari Mekah.
Keturunan Midian
Midian merupakan bapa kepada lima anak lelaki: Efa, Efer, Henokh (Chanoch), Abida(h) dan Eldaa.
Tiada lagi keturunan lanjut disebut dalam Alkitab, bagaimanapun, Kitab
Jasher menambah ramai anak yang diperanakkan kelima-lima cucu Abraham ini.
Efa, bermakna kegelapan atau
kesuraman
(SHD 5891), merupakan bapa suku-suku yang menetap di barat laut semenanjung Arab, lebih kurang di Ghuwafa moden, ke arah barat daya
Tebuk. Raja Babel Tiglat-Pileser
III memanggil suku ini Ayappa atau Arab Khayappa, seperti tercatat di atas. Rujukan terakhir yang diketahui tentang mereka ditemui dalam satu inskripsi
bertarikh kira-kira 715
BCE, zaman Sargon II.
Seorang lagi Efa juga disebut
dua kali dalam rekod keturunan suku Yehuda (1 Tawarikh 2:46,47).
Efer, bermakna anak lembu (SHD 6081), ialah
anak kedua Midian, dan dikenali orang Arab sebagai Ofr. Keturunannya pula dipanggil Apparu seperti yang ditunjukkan inskripsi daripada zaman Raja Assurbani-pal raja Asyur. Kota
orang Efer iaitu Ghifar, hampir dengan Medina (Madinah), masih mempunyai nama pengasasnya. Sebagaimana Efa di atas, nama Efer muncul dalam keturunan
Yehuda (1 Tawarikh 4:17) serta
di kalangan suku separuh Manasye di seberang Yordan (1 Tawarikh
5:24).
Henokh, mempunyai erti ketara dibaktikan atau pengikut [Tuhan] (SHD 2585). Dia diakui sebagai bapa orang Keni, yang merupakan tukang logam atau
pandai besi. Suku-suku ini pada mulanya
menetap di wilayah barat daya
di samping Teluk Aqaba.
Abida(h), bermakna bapaku tahu atau bapa pengetahuan
(SHD 28), ialah anak keempat Midian. Di Yemen, di kaki barat daya
semenanjung Arab, terdapat inskripsi Minea daripada sekitar abad ke
9 BCE yang menyebutkan orang-orang ini sebagai Abiyadi.
Eldaa, bermakna Tuhan
mengenali atau dipanggil Tuhan (SHD 420), ialah
leluhur suku-suku yang dipanggil Yadail dalam inskripsi
Sabea purba. Sebagaimana suku saudaranya, mereka nampaknya menetap di kawasan Arab barat daya, kini Yemen moden.
Orang Midian Awal
Antiquities of the Jews (Jilid II, bab
11) Josephus menggambarkan pengenalan
Musa kepada Midian, dan menghuraikan
sedikit teks Keluaran 2. Menurut Josephus,
orang Midian merupakan penternak
lembu sesuai dengan catatan alkitabiah dalam Hakim 6. Mereka disebut dalam Alkitab
sebagai sekutu orang Moab menentang Israel (Kejadian 36:35;
Bilangan 22:1 dan seterusnya;
25:1 dan seterusnya), dan mungkin
dengan orang Amori juga (Yosua
13:21). Pertemuan pertama
yang direkodkan antara
orang Israel dan orang Midian dicatatkan dalam Kejadian 37.
Kejadian 37:23-28,36 Baru
saja Yusuf sampai kepada saudara-saudaranya, merekapun menanggalkan jubah Yusuf, jubah maha indah yang dipakainya itu. 24 Dan mereka membawa dia dan melemparkan dia ke dalam sumur.
Sumur itu kosong, tidak berair.
25 Kemudian duduklah
mereka untuk makan. Ketika mereka mengangkat muka, kelihatanlah kepada mereka suatu kafilah
orang Ismael [SHD 3459] datang dari
Gilead dengan untanya yang membawa damar, balsam dan damar ladan,
dalam perjalanannya mengangkut barang-barang itu ke Mesir. 26 Lalu
kata Yehuda kepada saudara-saudaranya
itu: "Apakah untungnya kalau kita membunuh adik
kita itu dan menyembunyikan darahnya? 27
Marilah kita jual dia kepada
orang Ismael ini, tetapi janganlah kita apa-apakan dia, karena ia saudara
kita, darah daging kita." Dan saudara-saudaranya mendengarkan perkataannya itu. 28
Ketika ada saudagar-saudagar
Midian [SHD 4084] lewat, Yusuf diangkat
ke atas dari
dalam sumur itu, kemudian dijual
kepada orang Ismael itu dengan harga dua puluh syikal perak.
Lalu Yusuf dibawa mereka ke Mesir.
36 Adapun Yusuf, ia
dijual oleh orang Midian [SHD 4092] itu ke Mesir, kepada
Potifar, seorang pegawai istana Firaun, kepala pengawal raja. (RSV)
Kita lihat di sini seperti
satu kontradiksi dalam mana orang Midian dipanggil
orang Ismael. Terdapat dua perkataan
Ibrani berbeza yang digunakan untuk Midian dalam teks ini. Istilah yang digunakan untuk saudagar-saudagar dalam Kejadian 37:28 ialah Midyaniy (SHD
4084) yang merupakan penduduk
asli negeri Midian. Dalam Kejadian
37:36 kita perhatikan bahawa orang Midian (SHD 4092, Medaniy) menjualnya
di Mesir. Ini satu versi
orang Midian menurut Strong namun
kemungkinan besar salah satu keturunan Ketura iaitu Medani atau
keturunan Medan. Bilangan
25:17 dan 31:2-3 berdua menggunakan
SHD 4084 bila merujuk kepada orang Midian. Bagaimanapun,
dalam setiap kali lain dalam teks-teks Perjanjian Lama perkataan yang digunakan yang diterjemahkan sebagai orang Midian ialah SHD
4080, yang merujuk kepada Midyan sendiri, anak Abraham. Jadi kita boleh andaikan bahawa kafilah yang membawaa Yusuf ke Mesir terdiri daripada orang-orang yang
tinggal di negeri Midian, yang termasuk
orang Ismael dan juga mungkin orang Medan.
Menjelang zaman Yusuf dan Bapa kaum yang lain, kita saksikan saling campur dua cabang utama orang Arab yang disebutkan
di atas; keturunan Ketura
yang dianggap sebagai Arab Tulen dan
keturunan Ismael yang dianggap
sebagai Arab
yang diArabkan. Mereka, dengan
suku-suku Arab purba yang kini menghilang dan orang Amori, mungkin merupakan orang Hyksos kuno yang kita lihat kemudian dalam sejarah Mesir di Delta Nil.
Penduduk Midian disebut
banyak kali dalam Quran,
dan beberapa Surah menyoroti
bencana-bencana yang menimpa
mereka selepas mereka menolak utusan-utusan, malaikat dan manusia, yang diutus oleh Tuhan. Shueyb di sini ialah Yitro, imam Midian dan bapa
mertua Musa. Midian disebut
dalam Surah-surah berikut:
9:70,71; 11:84 cf. 26:175; 15:78; 28:45; 50:14; et al.
Surah 22.42-44,54 42. dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (Wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana Sesungguhnya sebelum mereka: kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing; 43 dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut; 44 dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka Dengan azab seksa. Dengan Yang demikian perhatikanlah Bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. 54 dan juga supaya orang-orang Yang beroleh ilmu mengetahui Bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadaNya, sehingga tunduk Taatlah hati mereka mematuhinya; dan Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang Yang beriman ke jalan Yang lurus.
Kita perhatikan di sini bahawa mereka yang menduduki Midian telah diberi ajaran benar Tuhan pada satu ketika. Surah 7 membuat komen menarik mengenai orang Midian.
85 dan Wahai kaumku! sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda Yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. 86 limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada Yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman. dan Aku bukanlah orang Yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".
Sungguhpun sukar untuk mengetahui sama ada Nabi berbicara
kepada orang Midian asal atau kepada orang Ismael, atau gabungan kedua-dua
suku, nampaknya satu ciri istimewa
orang yang dikenali sebagai
orang Midian ini ialah mereka merupakan saudagar atau pedagang.
Salah satu kesalahan mereka ialah amalan
perniagaan yang tidak jujur, dalam mana mereka menggunakan dua jenis sukatan dan timbangan berlainan membeli dengan satu jenis dan menjual dengan satu jenis lagi
(lihat Baidhawi, Tafsir-i-Raufi). Perintah
atas dalam Quran untuk berurusan dengan sukatan dan timbangan yang adil dan sah menggemakan apa yang tertulis dalam Alkitab (Imamat 19:36; Amsal 20:10).
Dalam Kejadian orang Midian juga digambarkan
sebagai pedagang (Kejadian 37), sementara dalam Keluaran mereka dilihat sebagai penggembala (Keluaran 2). Sebagai tambahan, orang Keni, satu subsuku Midian, dilihat sebagai tukang logam daripada nama itu sendiri.
Orang
Midian kemudiannya menjadi kaum yang menyusahkan Israel, dan
Tuhan sering menggunakan mereka dengan tujuan
untuk menghukum orang
Israel, yang kadangkala terpaksa
menjadi penghuni gua (Troglodytes)
seperti orang Keni.
Hakim 6:1-2, 6a Tetapi orang Israel melakukan
apa yang jahat di mata TUHAN; sebab itu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam
tangan orang Midian, tujuh tahun lamanya, 2 dan selama itu orang Midian berkuasa atas orang Israel.
Karena takutnya kepada
orang Midian itu, maka
orang Israel membuat tempat-tempat
perlindungan di pegunungan,
yakni gua-gua dan kubu-kubu.
6 sehingga
orang Israel menjadi sangat melarat
oleh perbuatan orang Midian itu.
(RSV)
Putera dan Raja Midian
Seperti tercatat dalam Bilangan 31:1 dan seterusnya, bagaimanapun, tidak lama sebelum kematiannya Musa diperintah untuk melakukan pembalasan orang Israel
kepada orang Midian. Semua
kaum lelaki Midian dan kebanyakan kaum perempuannya dibunuh, termasuk lima raja mereka, Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Kaum Midian amat kaya dengan ternakan sebagaimana rampasan daripada mereka menunjukkan: enam ratus tujuh
puluh lima ribu ekor kambing domba, dan tujuh puluh dua ribu ekor lembu, dan enam puluh satu
ribu ekor keledai (ayat 32-34). Mereka juga
memiliki banyak emas, sebab bahagian
daripada rampasan itu yang dipersembahkan orang
Israel kepada Tuhan ialah sebanyak enam belas
ribu tujuh ratus lima puluh syikal beratnya
dalam bentuk barang-barang emas, gelang kaki, gelang tangan, cincin meterai, anting-anting dan kerongsang
(ayat 52).
Teks Yosua 13:21 juga menyebut raja bawahan/pangeran raja (nasiy: SHD 5387) Midian, iaitu Ewi, Rekem, Zur, Hur dan Reba, yang dipanggil raja (melek: SHD 4428) dalam Bilangan 31.
Yosua 13:21 selanjutnya
segala kota di dataran tinggi itu dan seluruh kerajaan Sihon, raja orang Amori, yang memerintah
di Hesybon, yang dikalahkan
oleh Musa; bersama-sama dia
juga dikalahkannya raja-raja Midian, yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur dan
Reba, raja-raja bawahan Sihon, penduduk
negeri itu. (RSV)
Josephus mendakwa bahawa raja kedua daripada raja-raja atau syeikh ini,
Rekem, memberi namanya kepada kota paling menonjol di kalangan orang Arab,
yang dipanggil hingga hari ini di bawah
setiap Raja, Arecema
[El-Rekem], dan oleh orang Yunani, Petra (Ant.
Jews, iv. 7,1). Petra ialah kota
utama dan ibu kota seluruh Arab dan dipanggil dalam bahasa Ibrani Ha-Sela, tebing tinggi (2 Raja-raja 14:7).
Komen berkesan teks Alkitab
ini ialah penduduk negeri itu
dan dengan itu kita berdepan dengan
orang Midian yang menjadi penduduk
di negeri di situ. Bangsa Midian tersebar
sepanjang pantai sejauh 200 batu dan tentera yang dikalahkan di situ bukanlah seluruh tentera Arab dan keluarga-keluarga Midian tetapi mereka yang berkumpul di situ dan
keluarga-keluarga dari
Petra yang hidup di situ.
Zur dari Midian merupakan bapa puteri Kozbi,
perempuan yang berteman secara provokatif dengan seorang pemimpin Israel. Kedua-duanya dibunuh oleh Pinehas dalam kemarahan kebenaran, dan dengan berbuat demikian dia menyurutkan murka Tuhan. Tuhan kemudiannya memberkati Pinehas kerana tindakan tegasnya itu demi Israel (Bilangan
25:11-15). Ayat 15 mengatakan bahawa
Zur ialah kepala kaum--yaitu puak--di
Midian.
Dua lagi raja Midian, Oreb (maknanya gagak) dan Zeeb (serigala), disebut dalam Hakim 7:25. Mereka dibunuh oleh orang Efraim setelah
dikejar oleh Gideon dan pahlawan
Israel yang lain.
Hakim 7:25
Mereka berhasil menawan dua
raja Midian, yakni Oreb dan Zeeb. Oreb dibunuh di gunung batu Oreb dan
Zeeb dibunuh dalam tempat pemerasan anggur Zeeb. Mereka mengejar
orang Midian itu, lalu mereka membawa kepala Oreb dan kepala Zeeb kepada Gideon di seberang sungai Yordan. (RSV)
Terdapat
juga dua raja Midian yang disebut dalam
Hakim 8:5, iaitu Zebah dan Salmuna
(ertinya korban
dan tiada perlindungan,
masing-masing), yang cuba menyerang
Palestin namun dikalahkan oleh Gideon.
Demikian itu Midian menduduki wilayah dari tanah Edom sepanjang pantai Arab di selatan dan timur dari Aqaba sejauh 200 batu. Subsuku lain dikaitkan kepada mereka.
Agama Midian Awal
Werner Keller dalam The Bible as History (Hodder & Stoughton Ltd, Bantam rev. ed., New York, 1982) dengan ringkas menyentuh tentang beberapa aspek sistem agama Midian.
Orang Israel diandaikan menerima kultus pelik ular tembaga daripada Rehuel [atau Yitro]. Suasananya nyata dramatik bila kita perhatikan bahawa pada satu tapak arkeologi yang menunjukkan tanda-tanda pendudukan Midian, Benno Rothenberg menjumpai patung berhala dalam bentuk ular tembaga yang panjangnya lima inci dan separuh dihiasi dengan emas. ular tembaga kecil ini ditemui dalam Tempat Mahakudus suatu khemah pertemuan! Ia ditemui di tapak tempat ibadat Mesir yang lebih tua yang dibaktikan kepada dewi Hathor. Orang Midian yang, mengikuti orang Mesir, melombong tembaga atas usaha sendiri dii Timna, mengubah tempat ibadat ini kepada kuil agama mereka sendiri (ms 147-8)
Hakikat bahawa Abraham telah mengajar semua anaknya dalam
ibadat Allah Maha Esa menjadikannya
sesuatu yang tidak menghairankan bahawa monoteisme dan ibadat Yahovah Semesta Alam ditemui di kalangan mereka. Hakikat bahawa mereka semua
telah meninggalkan Iman itu nyata tercatat.
Yitro: imam Midian
Bapa mertua Musa dipanggil Hobab, iaitu anak Rehuel atau Raguel (Bilangan 10:29). Walaupun banyak kekeliruan atas nama-nama ini, nampaknya Hobab juga dikenali sebagai Yitro (bermakna keunggulannya).
Bilangan 10:29-32 Lalu
berkatalah Musa kepada
Hobab anak Rehuel orang
Midian, mertua Musa: "Kami berangkat
ke tempat yang dimaksud TUHAN ketika Ia berfirman: Aku akan memberikannya kepadamu. Sebab itu ikutlah bersama-sama
dengan kami, maka kami akan berbuat baik
kepadamu, sebab TUHAN telah menjanjikan yang baik tentang Israel." 30 Tetapi jawabnya kepada Musa: "Aku tidak ikut, melainkan aku hendak pergi
ke negeriku dan kepada sanak saudaraku."
31 Kata Musa: "Janganlah kiranya
tinggalkan kami, sebab engkaulah yang tahu, bagaimana kami berkemah di padang gurun, maka
engkau dapat menjadi penunjuk jalan bagi kami. 32 Jika engkau ikut bersama-sama
dengan kami, maka kebaikan yang akan dilakukan TUHAN kepada kami akan kami lakukan juga kepadamu." (RSV)
Keluaran 3:1a Adapun Musa, ia biasa menggembalakan kambing domba Yitro, mertuanya, imam di Midian. (RSV)
Nama
Hobab (SHD 2246) bererti dihargai atau
amat dikasihi, mungkin oleh Tuhan, sama seperti kaumnya sendiri, dan ini dapat menjelaskan nasihat terilham yang diberiknya kemudian kepada Musa berkenaan pengadilan-pengadilan yang diberikan
kepada orang Israel. Menurut
Josephus, Hobab mempunyai nama keluarga
Iothor [iaitu Yitro]. Keturunan Yitro diberi sebagai: bin Nawil, bin Rawail, bin Mour, bin Anka, bin Midian, bin Abraham.
Josephus
(Ant. Jews. III, iii) mendakwa bahawa Raguel (juga Rehuel, seperti dalam ayat 29) ialah bapa mertua
Musa, bagaimanapun, Hakim 4:11 (lihat
di bawah) jelas menyatakan bahawa dia dikenali sebagai
Hobab. Matthew Poole memberi penjelasan
munasabah untuk ketidakcocokan ini dalam komennya ke atas Keluaran
2:18 di bawah. Pengulas
lain mendakwa bahawa Yitro merupakan gelaran kehormatan, sementara Rehuel ialah nama peribadinya. Dengan itu, sebagaimana dengan soal Ketura/Hagar, terdapat beberapa pendapat bercanggahan tentang identiti dan ini mungkin merumuskan
keadaan cukup bermisteri anak-anak Ketura dan keturunan mereka.
Rehuel (SHD 7467, Reuwel)
bererti Sahabat Tuhan dan merupakan satu gelaran yang diberi kepada Abraham dan dibawa oleh
Yitro sebagai Imam Midian. Raguel hanyalah satu
lagi versi gelaran ini (lihat
Kamus Ibrani Strongs (SHD)). Ini jelas
dibawakan oleh Imam Midian kerana ia
dibawa oleh bapa Hobab dan
oleh Hobab/Yitro sendiri.
Chobab (SHD 2246) bererti
dihargai
dan diperolehi daripada
2245: bersembunyi seperti dalam pangkuan; menghargai.
Yithrow
(Yitro) (SHD 3503) bererti Keunggulannya diperolehi
daripada Yithrah (SHD 3502, keunggulan). Justeru kita berdepan dengan
Hobab sebagai nama dan Yitro sebagai
gelaran. Keunggulannya, Hobab, Sahabat Tuhan ialah terjemahan nama-nama Yitro, Hobab, Rehuel
atau Reguel.
Dengan itu tiada lagi keraguan
bahawa dialah syeikh dan Imam Besar Midian serta
pemimpin agama turun-temurun
suku ini.
Seorang lagi Rehuel yang disebut dalam Alkitab ialah
seorang anak Esau melalui Basmat, anak perempuan Ismael (Kejadian 36:4
dan seterusnya). Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260).
Burton dalam The Gold-Mines
of Midian berkata begini
dalam nota kakinya pada mukasurat 332:
Gelaran Muslim Yitro ialah Khatib el-Anbiya, atau Khatib (Pendeta) kepada Para Nabi, berdasarkan kata-kata hikmat yang diberikannya pada anak mertuanya (Keluaran ii. 18) Sesetengah penulis telah menjadikannya anak Mikhail, ibn Yashjar, ibn Madyan; namun mereka dituduh jahil oleh Ahmed ibn Abd el-Halim. El-Kesai menyatakan bahawa nama asalnya ialah Boyun; yang dia elok orangnya, namun kurus dan kecil; amat bijaksana, dan pendiam (Sales Koran, ms 117). Pengulas lain menambah bahawa dia tua dan buta. Dalam Berakhoth, Yitro [sic.] dan Rahab ialah bukan Yahudi, atau orang asing, yang bergabung dengan Israel atas sebab perbuatan baik mereka (ms 48, M. versi Schwab. Paris: Imprimerie Nationale, 1871).
E.H.
Palmer dalam The
Desert of the Exodus (Deighton, Bell & Co., Cambridge, UK, 1871) mengulangi tuntutan bahawa Yitro/Hobab seorang buta, dan telah diberi tugas mengajar
Iman sebenar.
Shoeib, sebagaimana orang Arab memanggil Yitro, bapa mertua Musa, dikatakan seorang buta, yang meskipun dengan kelemahan itu diperintah ilahi untuk mengajar agama sebenar yang baru-baru itu dinyatakan pada Abraham, dan untuk memualafkan rakyat kota aslinya Midian. Mereka menolak ajarannya dan mengejek nabi buta ini, dan sebab dosa ini mereka dibinasa api dari langit, sementara Midian dihancurkan oleh gempa bumi, dan Yitro seorang saja terselamat. Dia melarikan diri ke Palestin, dan dikatakan dikuburkan dekat Safed. (nota kaki ms 539; penekanan ditambah).
Nampaknya Yitro/Hobab, Sahabat
Tuhan (Raguel: Josephus) menerima hakikat
kemenangan atas orang Mesir
di Laut Teberau sebagai bukti nyata akan
kuasa Malaikat Yahovah yang bertindak bagi Allah Maha Esa, dengan
Israel sebagai umat Tuhan (Keluaran 18:11). Dia sudah menjadi imam Midian dan jelas sekali dia memerhati
segala aktiviti Makhluk
yang diutus kepada Israel sebagai bukti janji-janji
hak kelahiran yang diberikan kepada Ishak. Pendapat itu berterusan
hingga penulisan Quran dan
dibayangi dalam Quran. Kuturah atau Arab Tulen, serta
keturunan Ismael, membenci hak kelahiran itu
sampai hari ini.
Keluaran 18:1-12 Kedengaranlah kepada Yitro, imam
di Midian, mertua Musa, segala
yang dilakukan Allah kepada
Musa dan kepada Israel, umat-Nya,
yakni bahwa TUHAN telah membawa orang Israel keluar dari Mesir. 2
Lalu Yitro, mertua Musa, membawa
serta Zipora, isteri
Musa--yang dahulu disuruh
Musa pulang-- 3 dan kedua
anak laki-laki Zipora; yang
seorang bernama Gersom, sebab kata Musa: "Aku telah menjadi seorang pendatang di negeri asing," 4
dan yang seorang lagi bernama Eliezer, sebab katanya: "Allah bapaku adalah penolongku dan telah menyelamatkan aku dari pedang
Firaun." 5 Ketika Yitro, mertua Musa, beserta anak-anak dan isteri Musa sampai kepadanya di padang gurun, tempat
ia berkemah dekat gunung Allah, 6 disuruhnyalah mengatakan kepada Musa: "Aku, mertuamu
Yitro, datang kepadamu membawa isterimu beserta kedua anaknya."
7 Lalu keluarlah Musa menyongsong
mertuanya itu, sujudlah ia kepadanya
dan menciumnya; mereka menanyakan keselamatan
masing-masing, lalu masuk ke dalam kemah.
8 Sesudah itu
Musa menceritakan kepada mertuanya segala yang dilakukan TUHAN kepada Firaun dan kepada orang Mesir karena Israel dan segala kesusahan yang mereka alami di jalan dan bagaimana TUHAN menyelamatkan mereka. 9 Bersukacitalah
Yitro tentang segala kebaikan, yang dilakukan TUHAN kepada orang Israel, bahwa Ia telah menyelamatkan
mereka dari tangan orang Mesir. 10 Lalu kata Yitro: "Terpujilah TUHAN, yang telah menyelamatkan kamu dari tangan orang Mesir dan dari tangan Firaun.
11 Sekarang aku tahu, bahwa TUHAN lebih besar dari
segala allah; sebab Ia telah
menyelamatkan bangsa ini dari tangan
orang Mesir, karena memang
orang-orang ini telah bertindak angkuh terhadap mereka." 12
Dan Yitro, mertua Musa, mempersembahkan
korban bakaran dan beberapa
korban sembelihan bagi
Allah; lalu Harun dan semua
tua-tua Israel datang untuk makan bersama-sama
dengan mertua Musa di hadapan Allah. (RSV)
Ada juga beberapa persamaan penting dalam pertemuan
antara Musa dan Yitro (Keluaran
18:1 dan seterusnya) dan pertemuan
antara Abraham dan Melkisedek
yang dicatatkan dalam Kejadian 14.
Kejadian 14:17-20 Setelah Abram kembali dari mengalahkan Kedorlaomer dan para raja yang bersama-sama
dengan dia, maka keluarlah raja Sodom menyongsong dia ke lembah Syawe,
yakni Lembah Raja. 18 Melkisedek,
raja Salem, membawa roti dan anggur;
ia seorang imam Allah Yang Mahatinggi. 19 Lalu ia
memberkati Abram, katanya:
"Diberkatilah kiranya
Abram oleh Allah Yang Mahatinggi, Pencipta
langit dan bumi, 20
dan terpujilah Allah Yang Mahatinggi,
yang telah menyerahkan musuhmu ke tanganmu."
Lalu Abram memberikan kepadanya
sepersepuluh dari semuanya. (RSV)
·
Abraham baru
saja mengalahkan Kedorlaomer, raja Elam, sementara
Musa telah awal menyaksikan kekalahan Firaun, raja Mesir.
·
Melkisedek ialah imam Allah Mahatinggi;
Yitro ialah imam Midian.
·
Kedua-dua Melkisedek dan Yitro memberi
pujian kepada Tuhan atas pelepasan mereka dengan menggunakan
gaya bahasa yang amat serupa (lihat
ayat 20 di atas dan Keluaran 18:10).
·
Melkisedek membawa roti dan anggur
untuk jamuan upacara dengan Abraham; Yitro
juga menyediakan jamuan
korban dan roti untuk dimakan
bersama Musa, Harun dan semua
tua-tua Israel.
·
Terdapat tema umum damai dan persahabatan dalam kedua-dua pertemuan: raja Salem
(SHD 8004, daripada 7999) memberkati
Abraham, sementara Yitro dan Musa dikatakan
telah saling bertukar Shalom
(SHD 7965, daripada 7999) atau
Salaam dengan
cara khusus Timur tengah (Keluaran 18:7; lihat juga 4:18).
Keluaran 4:18 Lalu Musa kembali kepada mertuanya Yitro serta berkata kepadanya: "Izinkanlah kiranya aku kembali kepada saudara-saudaraku, yang ada di Mesir, untuk melihat apakah mereka masih hidup." Yitro berkata kepada Musa: "Pergilah dengan selamat." (RSV)
Kita perhatikan bahawa pada hari esoknya selepas
senda gurau ini, Musa duduk di antara orang
Israel untuk mengadili beberapa perkara (Keluaran 18:13 dan seterusnya).
Yitro menasihatkan Musa tentang
cara yang lebih praktik untuk melaksanakan
hal ini, untuk kebaikan Musa dan agar seluruh bangsa ini akan pulang
dengan puas senang ke tempatnya (ayat 23). Yitro digambarkan
sebagai seorang yang khususnya disayangi dan dipimpin oleh Tuhan, dan ini juga
terbukti apabila nasihat bijaknya diambil berat oleh Musa.
Keluaran 18:13-27 Keesokan harinya duduklah Musa mengadili di antara bangsa itu;
dan bangsa itu berdiri di depan Musa, dari pagi sampai
petang. 14 Ketika mertua
Musa melihat segala yang dilakukannya kepada bangsa itu, berkatalah
ia: "Apakah ini yang kaulakukan kepada bangsa itu?
Mengapakah engkau seorang diri saja
yang duduk, sedang seluruh bangsa itu berdiri
di depanmu dari pagi sampai petang?"
15 Kata Musa kepada mertuanya
itu: "Sebab bangsa ini datang
kepadaku untuk menanyakan petunjuk Allah. 16
Apabila ada perkara di antara mereka, maka mereka
datang kepadaku dan aku mengadili antara
yang seorang dan yang lain; lagipula
aku memberitahukan kepada mereka ketetapan-ketetapan
dan keputusan-keputusan Allah." 17 Tetapi mertua Musa menjawabnya: "Tidak baik seperti yang kaulakukan itu. 18 Engkau akan menjadi sangat lelah, baik engkau
baik bangsa yang beserta engkau ini; sebab pekerjaan
ini terlalu berat bagimu, takkan
sanggup engkau melakukannya seorang diri saja. 19 Jadi sekarang dengarkanlah perkataanku, aku akan memberi nasihat
kepadamu dan Allah akan menyertai engkau. Adapun engkau, wakililah bangsa itu di hadapan
Allah dan kauhadapkanlah perkara-perkara
mereka kepada Allah. 20
Kemudian haruslah engkau mengajarkan kepada mereka ketetapan-ketetapan
dan keputusan-keputusan, dan memberitahukan
kepada mereka jalan yang harus dijalani, dan pekerjaan yang harus dilakukan. 21 Di
samping itu kaucarilah dari seluruh bangsa itu orang-orang yang cakap dan takut akan Allah, orang-orang
yang dapat dipercaya, dan
yang benci kepada pengejaran suap; tempatkanlah mereka di antara bangsa itu
menjadi pemimpin seribu orang, pemimpin seratus orang, pemimpin lima puluh orang dan pemimpin sepuluh orang. 22 Dan sewaktu-waktu
mereka harus mengadili di antara bangsa; maka segala
perkara yang besar haruslah dihadapkan mereka kepadamu, tetapi segala perkara
yang kecil diadili mereka sendiri; dengan demikian mereka meringankan pekerjaanmu, dan mereka bersama-sama dengan engkau turut menanggungnya.
23 Jika engkau berbuat
demikian dan Allah memerintahkan
hal itu kepadamu,
maka engkau akan sanggup menahannya,
dan seluruh bangsa ini akan pulang
dengan puas senang ke tempatnya."
24 Musa mendengarkan perkataan
mertuanya itu dan dilakukannyalah segala yang dikatakannya. 25 Dari seluruh
orang Israel Musa memilih orang-orang cakap dan mengangkat mereka menjadi kepala atas bangsa
itu, menjadi pemimpin seribu orang, pemimpin seratus orang, pemimpin lima puluh orang dan pemimpin sepuluh orang. 26
Mereka ini mengadili di antara bangsa itu
sewaktu-waktu; perkara-perkara
yang sukar dihadapkan mereka kepada Musa, tetapi perkara-perkara yang kecil diadili mereka
sendiri. 27 Kemudian
Musa membiarkan mertuanya itu pergi dan ia
pulang ke negerinya. (RSV)
Yitro dalam Quran
Quran banyak kata-katanya tentang Yitro (Shuaib) dan orang Midian.
Surah 11:84 dan kepada (penduduk) Mad-yan (kami utus) saudara mereka, Syu'aib. ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia
Sale berkata Midian merupakan sebuah kota di Hijaz di Laut Teberau, di tenggara Sinai dan sama seperti Modiana
Ptolemy. Apa yang masih tinggal
pada zaman nabi itu telah dirobohkan dalam perang-perang yang menyusuli.
Shuaib. Para penulis
Muslim pada umumnya menyamakan
Shuaib dengan Yitro, bapa mertua Musa. Baidhawi mengatakan dia anak Mikail, bin Yashjar, bin
Midian, dan Tafsir-i-Raufi menceritakan bahawa dia keturunan
Lot, yang mana Midian telah mengahwini
anak perempuan Lot. Dalam komentar Ephream Syria, Yitro dipanggil Shuaib (Notes
on the Roman Urdu Quran).
Asal nama Arab Hobab
Tiada keajaiban yang dibuat Shuaib digambarkan sama ada dalam Quran atau Hadith,
Bagaimanapun ia mengatakan (mengikut orang Yahudi) bahawa dia memberi
anak mertuanya tongkat pengerja keajaiban itu dengan
apa dia melakukan
semua keajaibannya di Mesir
dan padang gurun, dan juga nasihat dan tunjuk ajar yang amat baik (Keluaran
xviii. 13), dari mana dia mendapat nama keluarga Khatib al anbiyah, atau pengajar kepada para nabi. (222, Notes
on the Roman Urdu Quran)
88 pemuka-pemuka dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya Kami akan mengusir kamu Hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota Kami, atau kamu kembali kepada agama kami". berkata Syu'aib: "Dan Apakah (kamu akan mengusir kami), Kendatipun Kami tidak menyukainya?"
Sesungguhnya Kami akan
mengusir kamu .. dari kota Kami. Rodwell menceritakan satu
tradisi Yahudi yang sama pentingnya berhubungan Yitro. (ibid., 223)
Kesimpulan
boleh dibuat daripada ini bahawa
Syuaib (Yitro) memiliki
Iman sebenar, dan inilah sebabnya dia diusir
keluar dari kota itu bersama
dengan umat percaya yang lain. Ini menunjukkan
satu perpecahan dalam kepercayaan agama Midian
dan permulaan paganisasi
orang Arab daripada suku-suku
sekitar. Kita perhatikan daripada ayat 88 bahawa dia sekurang-kurangnya
menyembah Tuhan. Dia imam Yang Mahatinggi
di Midian.
Surah 11:88 Syu'aib berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari pada-Nya rezki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. (89) Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum shaleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. (90) dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. (91) mereka berkata: "Hai Syu'aib, Kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan Sesungguhnya Kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah karena keluargamu tentulah Kami telah merajam kamu, sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami." (92) Syu'aib menjawab: "Hai kaumku, Apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan."
(91) Bukan seorang yang berwibawa. Perkataan Arab dhaif, lemah, juga bererti, dalam dialek Himyar, buta, ada yang menganggap
Syuaib begitu, dan bahawa orang Midian menolaknya sebab itu, sebagai
satu kecacatan yang membatal kelayakannya untuk jabatan nabi.
Sale. (363)
Elohim itu bercakap tentang kehancuran kota Madyan/Midian dalam Surah 11:96, suatu peristiwa yang disebut dalam lebih awal
dalam ayat 71 Surah 9 berhubung pertaubatan.
Orang Keni
Orang
Keni atau Kain (SHD 7017) merupakan
satu suku pandai besi keturunan
Midian, anak lelaki Ketura.
Kawasan petempatan utama mereka mungkin di tenggara Aqaba namun mereka juga ditemui lebih jauh lagi,
seperti yang akan kita lihat. Orang Keni dipanggil berbagai nama oleh ahli-ahli sejarah klasik sebagai orang Kenaioi, Kinaiaoi, Cinaeus atau Kain saja (lihat Bilangan
24:22). Mereka cenderung mendapat
sebutan baik dalam Alkitab.
Kitab
Hakim-hakim memberitahu kita
bahawa keturunan Yitro, bapa mertua Musa, mengembara bersama bani Yehuda dari Yerikho (? Lihat Ulangan 34:3) ke selatan Arad bekas kota Kanaan, yang terletak di seberang padang gurun utara
Yehuda.
Hakim 1:16 Keturunan Hobab, ipar Musa, orang Keni itu, maju bersama-sama dengan bani Yehuda dari kota pohon korma ke padang gurun Yehuda di Tanah Negeb dekat Arad; lalu mereka menetap di antara penduduk di sana. (RSV)
Arad juga
merupakan lokasi pekan Yahudi, Kina (Yosua 15:22).
Hakim 4:11 Adapun Heber, orang Keni itu,
telah memisahkan diri dari suku
Keni, dari anak-anak Hobab ipar Musa,
dan telah berpindah-pindah memasang kemahnya sampai ke pohon
tarbantin di Zaanaim yang dekat
Kedesh. (RSV)
Kedesh yang disebut di sini terletak dalam
tanah suku Naftali di bahagian utara Israel, justeru Heber telah memisahkan dirinya agak jauh daripada
sukunya orang Keni. Tanah selatan
(KJV; atau Negeb: RSV) Kejadian
20:1 dikenali sebagai tanah di selatan Palestin dan bersebelahan Midian.
Nama Zaanaim dalam ayat 11 dengan tepatnya bererti perpindahan atau pengembaraan.
Dengan itu nampaknya sebahagian daripada suku Keni pernah pada satu ketika berhubungan rapat dengan atau
malahan digabungkan ke dalam suku
Yehuda. Yerahmeel merupakan
cicit Patriak Yehuda. Perhatikan bahawa suku Rekhab (contohnya
Yeremia 35:6-10) juga merupakan satu
suku orang Keni dan leluhurnya
ialah Hamat. Ayat berikut didapati daripada hujung satu rekod
silsilah Keluarga Yehuda.
1 Tawarikh 2:55 Dan kaum-kaum
para ahli surat, yang diam
di Yabes, ialah orang Tirati,
orang Simati, dan orang Sukhati.
Mereka itulah orang Keni keturunan
Hamat bapa keluarga Rekhab. (RSV)
Para ahli surat di sini ialah sopherim (SHD 5608). Dalam satu nota kepada ayat ini, Bullinger (The Companion Bible) berkata
tentang orang Keni:
Mereka menjadi golongan pertapa, dan, sebab disebut di sini bersama-sama dengan para ahli surat, mungkin merupakan para guru. Ini menjelaskan perbuatan Yehu dalam 2 Raja-raja 10. 15,16.
Dengan itu, ada kemungkinannya bahawa sekurang-kurangnya beberapa daripada mereka yang dipanggil ahli surat Yahudi
ini mungkin orang Keni asalnya yang telah bergabung sepenuhnya dengan Yehuda.
2 Raja-raja 10:15-16, 23-28 Setelah pergi dari sana, bertemulah ia dengan Yonadab bin Rekhab yang datang menyongsong dia. Ia memberi salam kepadanya serta berkata: "Apakah hatimu jujur kepadaku seperti hatiku terhadap engkau?" Jawab Yonadab: "Ya!" "Jika ya, berilah tanganmu!" Maka diberinyalah tangannya, lalu Yehu mengajak dia naik ke sampingnya ke dalam kereta. 16 Berkatalah Yehu: "Marilah bersama-sama aku, supaya engkau melihat bagaimana giatku untuk TUHAN." Demikianlah Yehu membawa dia dalam keretanya. 23 Sesudah itu masuklah Yehu dan Yonadab bin Rekhab ke dalam rumah Baal, lalu berkatalah ia kepada orang-orang penyembah Baal di situ: "Periksalah dan lihatlah, supaya jangan ada di antara kamu di sini seorangpun dari hamba-hamba TUHAN, melainkan hanya orang-orang yang beribadah kepada Baal." 24 Lalu masuklah mereka untuk mempersembahkan korban sembelihan dan korban bakaran. Adapun Yehu telah menempatkan delapan puluh orang di luar dan telah berkata: "Siapa yang membiarkan lolos seorangpun dari orang-orang yang kuserahkan ke dalam tanganmu, nyawanyalah ganti nyawa orang itu." 25 Setelah Yehu selesai mempersembahkan korban bakaran, berkatalah ia kepada bentara-bentara dan kepada perwira-perwira: "Masuklah, bunuhlah mereka, seorangpun tidak boleh lolos!" Maka dibunuhlah mereka dengan mata pedang, lalu mayatnya dibuang; kemudian masuklah bentara-bentara dan perwira-perwira itu ke gedung rumah Baal. 26 Mereka mengeluarkan tiang berhala rumah Baal itu, lalu dibakar. 27 Mereka merobohkan tugu berhala Baal itu, merobohkan juga rumah Baal, dan membuatnya menjadi jamban; begitulah sampai hari ini. 28 Demikianlah Yehu memunahkan Baal dari Israel. (RSV)
Josephus,
yang memanggil orang Keni kentides di bahagian
lain, memperkatakan mereka sebagai keturunan Sikhem (Shechemite, Sikimitoon) dalam laporannya tentang ekspedisi Saul (Ant.,
VI.vii.3). Terjemahan Targum mengubah
nama ini kepada keturunan Salma (Salmaite), daripada Salma, bapa Betlehem,
yang nampaknya dipanggil
orang Keni dalam 1 Tawarikh
254.55. Sam.VS untuk
Kejadian 1519 memasukkan
nama yang sama sebelum
orang Keni. (Vol. II, ms 834; penekanan ditambah)
Bagaimanapun, keturunan
Sikhem pada satu ketika merupakan satu subsuku Manasye
(Bilangan 26:29-31), jadi komen Josephus mungkin merujuk kepada waktu sebelum pendudukan
kota itu oleh Manasye. Alternatifnya ialah orang Keni mungkin telah berkahwin campur dengan orang Manasye.
A. H.
Sayce memperhatikan bahawa
orang Keni merupakan nomad seperti
orang Bedawin (Bedouin), walaupun dia
mendakwa bahawa orang
Bedawin ialah keturunan
Amalek yang disebutkan dalam
Kitab Suci. Orang Keni mendiami
gurun Negev di selatan
Yehuda (1 Samuel 27:10). Dalam 1 Samuel 30:29 beberapa
tua-tua Yehuda ditemui di dalam kota-kota orang Keni.
Yael merupakan isteri Heber seorang Keni (Hakim 4:17). Nabi Debora dan ibu Israel memberkati Yael dalam nyanyian kemenangannya kerana keberanian
dan tekad Yael dalam membunuh Sisera, musuh Israel.
Hakim 5:24-27,31 Diberkatilah Yael, isteri
Heber, orang Keni itu, melebihi
perempuan-perempuan lain, diberkatilah
ia, melebihi perempuan-perempuan yang di dalam
kemah. 25 Air diminta
orang itu, tetapi susu diberikannya; dalam cawan yang indah disuguhkannya dadih. 26
Tangannya diulurkannya mengambil patok, tangan kanannya mengambil tukul tukang, ditukulnya Sisera, dihancurkannya
kepalanya, diremukkan dan ditembusnya pelipisnya. 27
Dekat kakinya orang itu rebah, tewas tergeletak,
dekat kakinya orang itu rebah dan tewas,
di tempat ia rebah, di sanalah orang itu tewas, digagahi.
31 Demikianlah akan
binasa segala musuh-Mu, ya TUHAN! Tetapi orang yang mengasihi-Nya bagaikan matahari terbit dalam kemegahannya.
Lalu amanlah negeri itu empat puluh tahun
lamanya. (RSV)
Berkat ini mengenangi berkat ke atas Mariam, ibu Yosua Mesias (Lukas 1:28,42). Penting diperhatikan bahawa tindakan tegas Yael membantu memulakan satu tempoh empat puluh tahun keamanan untuk Israel. Heber dan keluarganya nampaknya pergi ke Kedesh di Israel utara berikutan kekalahan Sisera.
Dalam satu lagi peristiwa
kita lihat bahawa, selepas dia diperintah untuk menghapuskan orang Amalek,
Saul dengan hormatnya menasihati orang Keni untuk menjauhi bekas sekutu mereka itu
agar tidak terkorban bersama-sama mereka (1 Samuel
15:6). Saul memberi bangsa ini peluang untuk
menyelamatkan diri mereka memandangkan bantuan mereka kepada Israel pada waktu-waktu sebelumnya. Bagaimanapun, nasib orang Amalek dan orang Keni dinubuatkan
bersama dalam Bilangan 24.
Bilangan 24:20-22 Ketika
ia melihat orang Amalek, diucapkannyalah sanjaknya, katanya: "Yang pertama di antara bangsa-bangsa ialah Amalek, tetapi akhirnya ia akan
sampai kepada kebinasaan." 21 Ketika ia
melihat orang Keni, diucapkannyalah
sanjaknya, katanya:
"Kokoh tempat kediamanmu,
tertaruh di atas bukit batu sarangmu, 22
namun orang Keni akan
hapus; berapa lama lagi maka Asyur akan
menawan engkau?" (RSV)
Demikianlah orang Keni utara
(Kain) ditawan oleh orang Asyur,
mungkin pada waktu sama Kerajaan Israel ditakluki, iaitu, kira-kira 733 BCE. Sebutan bukit batu sarang di sini mungkin satu mainan
kata pada perkataan ken atau gen (SHD 7064) dan nama suku Keni. Bukit batu ini
dianggap sesetengah orang sebagai Sela, juga dikenali sebagai Petra. Tristram dalam The Land of Israel (op. cit.) mendakwa bahawa gua-gua orang Keni terletak sekitar Engedi. Ini dikenalpasti dengan Hazezon-Tamar
(membahagikan pohon korma;
2 Tawarikh 20:2) yang asalnya
didiami oleh orang Amori dan didakwa
sesetengah orang sebagai kota tertua di dunia, malah lebih tua
daripada Hebron dengan rekodnya yang amat panjang dalam pendudukan
berterusan.
Orang Sparta
Walaupun ada sedikit perdebatan
tentang asal sebenar orang Sparta, kedua-dua
Herodotus, bapa sejarah,
dan Josephus mendakwa bahawa
mereka juga keturunan
Ketura. Mereka lazim disebut
sebagai orang Lacedaemonia,
dari Lacedaemon (atau
Laconia), secara tepatnya kota-negara Sparta ibukotanya.
Permulaan kota
dan negara penting ini diberi dalam artikel
Wikipedia tentang
Sparta.
Sekitar pertengahan abad ke 6 BC, Peloponnese selatan merupakan wilayah Sparta. Wilayah ini terbahagi kepada dua bahagian, Laconia dan Messenia, yang dipisahkan oleh banjaran gunung Taygetos. Lain daripada kota-kota Yunani yang lain, Sparta menguasai banyak tanah pertanian. Petunjuk arkeologi terawal yang membuktikan petempatan di Sparta bertarikh kira-kira 950 BC.
Sumber klasik [juga] memberitahu kita bahawa Sparta diasaskan pada abad ke 10 BC. Ia terdiri daripada empat kampung Pitane, Mesoa, Limnai dan Konooura, yang kemudiannya disatukan di bawah satu pemerintahan.
Kita ingat kembali bahawa
Daud menakluki Yerusalem
dan menjajahinya dari
Hebron kira-kira 1005 BCE dan memerintah
di situ selama 33 tahun.
Dia telah menjajahi tanah-tanah Kedar dan Mesekh di Kapadokia dan penguasaan
negeri-negeri itu diserahkan
kepada anaknya Salomo sekitar 978 BCE. Salomo memerintah
dengan negeri-negeri itu di
bawah jajahan selama 40 tahun lagi hingga 938. Satu bahagian keturunan Kedar dan Nabaioth (Nebayot) di Arab utara dekat Efrat mungkin berpindah ke wilayah orang Yunani (Hellene) dengan
perluasan Daud dan menubuhkan
Sparta di bawah pemerintahan
Salomo sebelum 950 BCE. Mereka mendiami
tanah pertanian lebih baik di kawasan
Yunani (lihat juga Pemerintahan Raja-raja Bahagian
II: Daud (No. 282B) dan Pemerintahan
Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)).
Josephus memberi kepercayaannya kepada dakwaan keturunan orang Sparta daripada
Abraham apabila dia menulis yang berikut dalam karyanya Antiquities of the
Jews:
10. Pada waktu ini Seleucus, yang dipanggil Soter, memerintah Asia, dan dia anak Antiochus yang Agung. Dan [sekarang] bapa Hyrcanus, Joseph, meninggal. Bapa saudaranya juga, Onias, meninggal, dan mewariskan keimamatan besar kepada anaknya Simeon. Dana setelah dia meninggal, Onias anaknya menggantikannya dalam kehormatan itu. Kepada dialah Areus, raja orang Lacedemonia, mengutus duta, dengan satu surat; yang salinannya seperti berikut:
AREUS, RAJA LACEDEMONIA, KEPADA ONIAS, MENYAMPAIKAN SALAM.
Kami telah menemui suatu penulisan, dalam mana kami menemui bahawa orang Yahudi dan orang Lacedemonia mempunyai asal yang sama, dan berasal daripada keluarga Abraham (14). Justeru adil bagi kamu, yang merupakan saudara kami, mengutus kepada kami tentang apa saja keprihatinan kamu. Kami juga akan membuat hal sama, dan menganggap keprihatinan kamu sebagai keprihatinan kami juga, dan akan memandang keprihatinan kami sebagaimana keprihatinan kamu. Demoteles, yang membawa surat ini kepada kamu, akan membawa balik jawapanmu kepada kami. Surat ini segiempat sama epat; dan meterainya burung helang, dengan seekor naga dalam genggaman cakarnya. (Buku 12, bab 4)
Rujukan lain tentang orang
Sparta atau Lacedaemonia sama keturunan dengan orang Yahudi ditemui dalam Antiquities Buku
13:5,8 dan dalam tulisan apocrypha 1 Maccabees 12:6.
Masyarakat
Berikutan ialah kutipan terpilih lanjut daripada artikel Wikipedia.
Sebab kebanyakan undang-undang Sparta diperturunkan secara lisan dan dipahatkan dalam ingatan, sedikit saja diketahui tentang masyarakat Sparta. Masyarakat Sparta dianggap primitif walaupun menurut standard Yunani.
Aristotle menggambarkan kerajaan di Sparta sebagai sejenis kepimpinan kekal dan tidak terbatas (Pol. Iii. I285a) Bertarikh dari zaman perang-perang Persia, raja kehilangan hak untuk mengisytiharkan perang, dan diiringi di lapangan oleh dua ephor (hakim). Dia juga digantikan oleh ephor dalam penguasaan polisi luar negeri .
Selepas ephor diperkenalkan, mereka, bersama dengan dua raja, merupakan cabang eksekutif negara. Ephor sendiri mempunyai lebih banyak kuasa daripada sesiapapun di Sparta, walaupun hakikat bahawa mereka hanya memegang kuasa selama satu tahun saja mengurangkan kemampuan mereka untuk berkonflik dengan kuasa-kuasa yang sudah mantap dalam negara. Bezanya dengan negara-negara hari ini ialah Sparta mempunyai pembuat polisi istimewa, gerousia, sebuah sidang yang terdiri daripada 28 penatua lebih daripada umur 65, dipilih untuk sepanjang hayat dan lazimnya sebahagian daripada kerabat-kerabat raja, dan dua raja itu. Keputusan polisi negara tertinggi dibincangkan oleh sidang ini yang kemudiannya dapat mengusulkan alternatif tindakan kepada Damos, badan bersama rakyat Sparta, yang akan memilih salah satu daripada alternatif itu dengan mengundi.
Tidak semua penduduk negara Sparta dianggap sebagai rakyat (sebahagian daripada Damos). Hanya mereka yang telah mengikuti latihan ketenteraan, dipanggil agoge, yang layak. Bagaimanapun, satu-satunya suku yang layak menerima agoge itu ialah orang Spartia, atau orang yang dapat menjejaki keturunan mereka kepada penduduk asal kota itu. Rakyat Sparta melaksanakan hak dan tanggungjawab penuh seorang warganegara pada umur tiga puluh tahun.
Penekanan kuat diletakkan pada kehormatan dan pelaksanaan sesuatu tindakan kerana ia hal yang patut dilakukan. Xenophon menulis tentang orang Sparta sementara memerhatikan mereka ketika satu permainan Olimpik:
Seorang tua sedang cuba
mencari tempat untuk duduk dan memerhatikan Pertandingan Olimpik, sementara dia pergi
ke setiap bahagian. Semua orang Yunani lain
ketawa sementara dia cuba melalui
tempat itu. Ada yang tidak menghiraunya. Sebaik saja memasuki
bahagian Sparta semua orang
Sparta berdiri dan menawarkan
orang tua ini tempat duduk mereka. Tiba-tiba seluruh stadium bertepuk tangan. Semua orang Yunani itu tahu apa
yang patut dibuat, namun orang Sparta saja yang melakukannya. (penekanan ditambah).
Latihan dalam muzik dan kesusasteraan menduduki kedudukan lebih rendah. Penekanan tak henti-henti pada latihan jasmaniah memberi orang Sparta reputasi orang laconic (singkat), berekonomi dengan tutur kata, satu perkataan yang diperolehi daripada tanah air mereka Laconia. Pendidikan juga diberikan kepada kaum perempuan, dengan kepercayaan bahawa ibu-ibu kuat dan bijak akan menghasilkan anak-anak yang kuat dan bijak. Justeru ahli-ahli sejarah moden, dengan sokongan para penulis kuno, cenderung menyimpulkan bahawa wanita Sparta adalah antara yang paling terdidik dalam dunia Yunani purba.
Istilah Spartan masih sinonim untuk sesiapa yang kuat berdisiplin atau berani menghadapi kesakitan, bahaya, atau kesukaran. Sparta tidak menderita di bawah pemerintahan sebarang orang lalim atau diktator, dan barisan pertahanannya dianggap tidak terkalah.
Menarik kita perhatikan di atas bahawa orang Sparta diperintah
oleh satu sidang yang terdiri daripada 28 penatua dan 2 raja, dan dengan itu secara tidak
sedar(?) mencerminkan Sidang Dalaman 30 Makhluk di
Syurga.
Tentera
Kehebatan ketenteraan
orang Sparta tiada saingannya.
Pertempuran Thermopylae tahun
480 BCE juga terkenal. 300 pahlawan
Sparta di bawah Raja Leonidas mempertahankan
laluan Thermopylae selama beberapa hari menentang
kekuatan tentera Persia
Raja Xerxes (dianggar Herodotus berjumlah
5.28 juta walaupun ahli-ahli sejarah moden dengan wajarnya
mempertikaikan angka ini dan mendakwa mungkin 400,000) apabila ia cuba menyerang
Greece. Hanya 700 pahlawan Thespia
saja berperang sampai mati bersama-sama
orang Sparta ini daripada jumlah 6000 orang Yunani, yang kebanyakannya
telah diperintah berundur. Malah Xerxes (Ahasyweros
dalam Ester) mengutus pasukan terbaiknya the Immortals (kumpulan
Abadi) menentang orang Sparta itu
mereka juga tidak dapat bolos. Pasukan Sparta ini akhirnya dikalahkan
oleh pengkhianatan Yunani, walaupun
kesudahannya tidak dapat dielakkan, dan orang Persia
kemudiannya menguasai
Greece tengah. Herodotus memberi
cerita lengkap pertempuran ini dalam karyanya Histories (Buku
VII, 172-234).
Orang
Sparta nampaknya mempunyai minat tertentu dalam angka 300. G. Rawlinson, dalam catatannya kepada Histories,
berkata bahawa pengawal Sparta biasanya terdiri daripada 300 orang (VI,
56). Dalam Buku I, 82 kita
juga temui 300 orang Sparta bertempur
sampai mati dengan bilangan sama pahlawan Argive untuk menentukan kesudahan satu pertempuran tanpa memerlukan tentera-tentera utama berlawan dengan itu menghadkan
pertumpahan darah.
Perlawanan awal
yang menjadi kebiasaan ini dilihat apabila
Goliat dari Gat mencabar
mana-mana pahlawan Israel tunggal
untuk keluar menentangnya (1 Samuel 17:4-10); juga, apabila
12 orang Israel bersaing dengan
12 pahlawan Yehuda Daud dalam
pertempuran satu lawan satu dan dengan maksud yang jauh lebih memautkan
daripada sekadar tampil bertanding seperti dalam KJV (2 Samuel
2:14-16); sekali lagi, ini bertujuan mengelakkan
pertumpahan darah besar, walaupun pertempuran besar-besaran memang terjadi.
Dalam Histories kita
dimaklumkan bahawa Aeimnestus bangsa Sparta bertempur dan mati dengan 300 orang saja menentang seluruh tentera orang Messenia di satu pertempuran dekat Stenyclerus (Buku IX, 64). Rujukan tetap kepada
300 pahlawan ini mungkin sebab cerita
rakyat Sparta mengingati tindakan
Tuhan beberapa abad lebih awal melalui
Gideon yang menghancurkan saudara-saudara
Midian mereka dengan pasukan 300 orang Gideon yang dipilih
dengan baik (lihat Hakim Bab 7).
Orang
Sparta sendiri merupakan masyarakat ketenteraan dan pahlawan-pahlawan ulung, jadi boleh dispekulasikan
bahawa, sebab kagum terhadap perbuatan hebat 300 orang Gideon,
mereka meniru orang-orang itu (lihat karya
Bala Tentera
Gideon dan Zaman Akhir (No. 22)). Masyarakat ketenteraan
mereka akhirnya menjadi punca kejatuhan
mereka. Bagaimanapun, sehingga kekalahan mereka oleh orang Rom mereka tidak pernah diatasi.
Sebelum saja Thermopylae,
Xerxes dinasihati oleh Demaratus seorang
Yunani yang bersama tentera
Persia: Sekarang beta harus
berdepan dengan kerajaan dan kota pertama di Greece, dan dengan
orang-orang paling berani (ibid., VII, 209).
Demaratus, telah berkata lebih awal:
Jadi demikianlah orang Lacedaemonia, apabila mereka berjuang berseorangan, sama baiknya seperti sesiapa di dunia, dan apabila mereka berjuang secara berkumpulan, ialah orang paling berani sekali. Sebab walaupun mereka orang merdeka, mereka tidak bebas dalam semua hal; Hukum ialah tuan yang mereka miliki; dan tuan ini mereka lebih takuti daripada rakyatmu takutkan kamu. Apa saja dia perintahkan mereka lakukan; dan perintah ini sentiasa sama: ia melarang mereka lari dari pertempuran, berapa sekalipun bilangan musuh mereka, dan menuntut mereka berdiri teguh, dan sama ada menakluki atau mati (ibid., VII, 104; penekanan ditambah).
Raja-raja
Sparta diandaikan turun daripada wira Heracles (Hercules)
yang menakluki Sparta dua generasi
selepas Perang Trojan. Perang Trojan terjadi pada 1054 pada tahun-tahun
terakhir Eli menjadi hakim
di Israel dan dua generasi kemudian
meletakkan mereka betul-betul dalam zaman pemerintahan Daud Raja Israel.
Bersama dengan orang Thracia, Scyth, Persia, Lydia dan kebanyakan
orang Yunani, orang Sparta khususnya terkenal kerana kesukaan mereka berperang dan keengganan mereka terhadap perdagangan dan kerajinan tangan (Histories, II, 167).
Ada dikatakan bahawa Laconia akhirnya ditakluki oleh orang
Goth dan Hun yang tiba dari
timur, dan pada 396 CE Alaric memusnahkan
kota Sparta. Sparta akhirnya
dikalahkan oleh Rom pada kira-kira
195 BCE.
Karya bertajuk Asal Genetik
Bangsa-bangsa (No. 265) memberi
maklumat lanjut tentang pelbagai suku di bawah tajuk
Keturunan Abraham. Kutipannya:
Kita tahu daripada wibawa Josephus bahawa orang Sparta merupakan keturunan Ketura. Justeru jumlah besar Hg I YDNA di Greece mungkin berasal daripada Keturunan Ketura dengan J yang datang kemudiannya daripada penaklukan-penaklukan di Asia Kecil (Minor) dan daripada orang Arab pada abad-abad kemudian. Terdapat populasi Semit Hg J yang signifikan di sekitar Mediterranean namun I lebih besar insidensnya di seluruh Eropah. Greece juga mempunyai populasi E3b peratusan terbesar di luar Afrika.
Bagaimanapun, kita sekarang tahu bahawa
kumpulan gabungan IJ yang berdasarkan S2 dan S22 berpecah kepada dua kumpulan dan mungkin telah berpecah
di Greece juga daripada satu
kumpulan asas IJ yang pergi ke situ.
Orang Druze
Beberapa pengulas
moden mendakwa bahwa keturunan orang Keni boleh ditemui hari
ini di kalangan orang Druze
Lebanon, Syria dan Israel.
Artikel Wikipedia menyatakan
Orang Druze memanggil diri mereka Umat Monoteisme atau Muwahhidūn ("Monoteis").
Asal nama Druze dijejaki
sampai Nashtakin ad-Daraze, salah seorang pendeta mula-mula agama ini.
Orang Druze menetap
terutamanya di Lebanon, dengan
masyarakat-masyarakat lebih
kecil di Israel, Syria, dan Yordan. Walaupun kebanyakan Druze menganggap diri mereka orang Arab, sesetengah yang tinggal di Israel
tidak menganggap begitu.[2] Difikirkan terdapat seramai 1 juta Druze di seluruh dunia, kebanyakannya di Levant atau
Mediterranean Timur.[3] Bagaimanapun, ada anggaran jumlah
populasi Druze serendah
450,000 orang.[4]
Kira-kira 50,000 orang Druze tinggal di Amerika Syarikat.
Pada 1167, pengembara
terkenal Benjamin dari
Tudela menulis tentang
Druze dalam diarinya. Dia menggambarkan orang Druze sebagai
Penghuni gunung, monoteis, percaya dalam transfigurasi jiwa dan bersahabat baik dengan orang Yahudi.
Druze telah memainkan peranan-peranan utama dalam sejarah
Levant. Mereka kebanyakannya tersebar
di Pergunungan Chouf, yang merupakan sebahagian Gunung Lebanon (dikenali beberapa lama sebagai Gunung orang Druze), dan kemudiannya
Jabal al-Durūz (Gunung
orang Druze) di Syria.
Bagaimanapun, ramai orang Druze yang tinggal di
Dataran Tinggi Golan menganggap diri
mereka orang Syria dan menolak
kerakyatan Israel, sementara
yang lainnya menganggap diri mereka orang Israel. Dalam pilihanraya umum, kebanyakan kampung Druze mempunyai
corak mengundi yang serupa seperti rakyat umum. Druze Israel juga berkhidmat
dalam tentera Israel, secara rela sejak
1948
Masyarakat Druze menghormati
bapa mertua bukan Yahudi Musa, Yitro, yang dipanggil Shuayb oleh kaum
Muslim. Menurut kisah alkitabiah, Yitro menyertai dan membantu bangsa Yahudi di padang gurun ketika Keluaran,
menerima monoteisme, tetapi akhirnya kembali bersama bangsanya sendiri. Malahan, kubur Yitro dekat Tiberias merupakan tapak agama paling penting untuk masyarakat
Druze.[7]
Kepercayaan orang Druze
Druze percaya dalam kesatuan
Tuhan, justeru pilihan mereka terhadap nama Umat Monoteisme atau Monoteis. Teologi mereka mempunyai pandangan Neo-Platonik tentang bagaimana Tuhan berinteraksi dengan dunia melalui pemunculan (emanasi) dan mirip dengan beberapa
mazhab gnostik dan esoterik lain. Bagaimanapun, mereka tidak dipengaruhi
oleh falsafah Sufi, seperti
yang dipercayai ramai.
Druze mempercayai penjelmaan
semula dan bersifat panteistik (pantheism).
Prinsip-prinsip kepercayaan
Druze ialah: kuasai lidah (kejujuran), lindungi saudara, hormati orang tua, bantu orang lain, lindungi tanah air, dan percaya pada satu Tuhan. Satu lagi ciri terkenal agama Druze ialah kepercayaan kuat dalam penjelmaan
semula manusia-saja untuk semua anggota
masyarakatnya. Mereka menolak
poligami, merokok tembakau, alkohol, atau pemakanan daging babi, walaupun
daging babi dan alkohol boleh dimakan
dalam banyak keluarga tidak beriman dan/atau al-Juhl. Agama
Druze tidak mengizinkan mereka berkahwin dengan orang Muslim, Yahudi, atau anggota agama lain.
Druze mempercayai nabi-nabi seperti Adam, Nuh (Nū), Abraham
(Ibrāhīm), Sara, Yakub (Yaqub),
Musa (Mūsā), Salomo (Sulaymān), Yohanes Pembaptis
(Yahya), dan Yesus (Isā)
(seperti disebut di atas, berbeza dengan
anggota agama monoteistik lain, mereka
juga meninggikan Yitro, atau
Shuayb, bapa mertua Mūsā,
kepada status nabi utama). Mereka juga mempercayai
kebijaksanaan ahli-ahli falsafah Yunani klasik seperti Plato dan Pythagoras, yang mempunyai
kedudukan sama seperti nabi lain. Sebagai tambahan, mereka mempunyai satu urutan orang bijaksana yang mengasaskan agama
ini pada abad ke 11.
Druze tidak diwajibkan mengikuti tanggungjawab Muslim dalam doa, puasa,
atau naik haji ke Mekah. Bagaimanapun, mereka diizinkan sekiranya mereka ingin. Salah satu kitab suci agama ini dipanggil Kitābu
l-Hikma atau Kitab Hikmat/Kebijaksanaan,
yang kebanyakannya disusun
oleh seorang yang penuh misteri yang dipanggil al-Muqtana. Ia mempunyai
enam jilid dan disusun mengikut bab, tiap satunya
mencakupi satu isu tertentu. Ajaran-ajarannya
mencela materialisme, khususnya materialisme berkaitan agama. Kitab-kitab suci
Druze, yang berjaya disembunyikan
daripada dunia selama lapan abad, sejak
pertengahan abad ke 19 boleh ditemui
dalam perpustakaan-perpustakaan
di Eropah. [8]
Tempat-tempat ibadat Druze lazimnya amat sederhana dan Ajawīd mempunyai
gaya hidup yang amat sederhana. Doa biasanya dilakukan
dengan diam-diam, di kalangan keluarga dan sahabat. Hampir tiada hierarki rasmi dalam masyarakat beragama ini melainkan
Shaykh al-Aql, yang peranannya
lebih bersifat politik dan sosial daripada agama. Seseorang yang beriman dikagumi atas kebijaksanaan dan gaya hidupnya. (penekanan ditambah)
(Dikutip daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Druze)
Sebagaimana dengan Yehuda dan Ismael, monoteisme ketat Druze mungkin menunjukkan golongan ini sebagai
keturunan langsung Abraham melalui Ketura. Hakikat bahawa mereka memuliakan
Yitro memberi petunjuk kuat akan keturunan
mereka daripada imam dan nabi Midian khusus ini yang juga nampaknya berkenalan baik dengan Allah Maha Esa. Bagaimanapun,
seperti juga Kekristianan,
agama Druze ini nampaknya telah dimasuki Gnostikisme dan kepercayaan dalam idea-idea seperti penjelmaan semula.
Struktur YDNA mereka mengenal
pasti mereka sebagai kumpulan etnik kedua terbesar
dengan Haplogrup G, iaitu 19% dan menunjukkan mereka mungkin mempunyai keturunan Asyur atau mereka
mungkin telah membentuk Haplogrup G secara berasingan daripada F asal. Kumpulan G yang tertinggi ialah orang Georgia,
dan orang Asyur serupa dengannya. Orang Georgia boleh dianggap sebagai satu teras orang Asyur kuno. Bagaimanapun, itu akan dikaji
dalam karya tentang Keturunan Sem.
Druze juga mempunyai 33% L yang menunjukkan
asalnya daripada Yafet. Struktur K2 di Lebanon juga Yafet.
Beberapa sampel YDNA orang Lebanon adalah seperti berikut (daripada Capelli 2005):
Orang
Lebanon Muslim (39 orang) E3b, 30%, 30% JxJ2, 25% J2,
12% (F*xIJK, iaitu, G), 5
K*(xP)
Orang Kristian Lebanon (43 orang) 16% E3b, 4 I, 9 JxJ2, 34 J2, 18 F*, 4 K*, 7
P*(xR1)
Bandingkan ini dengan sampel-sampel
dari Malta dan Sicily.
Malta (90 orang) 9 E3b, 8 JxJ2, 21 J2, 12 I, 6 F*, 4 K*, 32 R1b
Sicily (200 orang) dengan purata
kasar: E3b 23%, 6 JxJ2, 21 J2, 6 I, 10 F*, 4K*, 22
R1b
Susun semula
keturunan bapa dan ibu orang Samaria oleh Shen et al. menunjukkan
35% haplogrup L di kalangan
satu sampel Druze, namun tiada L di kalangan orang Yahudi atau Palestin.
Kromosom Y orang Yahudi. Kromosom Y orang Yahudi
oleh Nebel et al. menunjukkan sedikit
L dalam orang Kurd tetapi tiada dalam orang Yahudi atau Arab.
Orang Kurd ialah
orang Media dengan beberapa
campuran gabungan, dan insidens di kalangan orang Kurd
dan Druze menunjukkan bahawa
Druze mungkin bangsa gabungan yang berkaitan dengan rombongan pengganti yang dibawa masuk oleh orang Asyur setelah penyingkiran Israel dan bukan keturunan Yahudi atau Arab. Keputusan orang
Samaria, sebaliknya, serupa
dengan keputusan Yahudi namun berpelbagai
juga. K2 di Lebanon juga diperolehi daripada para pedagang Tarsus dalam sistem-sistem Fenisia. Justeru orang Druze bukan keturunan Abraham yang sejenis.
Mereka nampaknya bersaudara
dengan orang Aryan yang pergi
ke India dan membentuk Haplogrup L di situ seawal hubungan dengan orang Asyur di Harappa dan Mohenjo Daro, sebelum
penaklukan-penaklukan Aryan utama
kira-kira 1000 BCE pada zaman Daud.
Justeru orang Druze mungkin
keturunan daripada orang Asyur, Kuta dan Media yang ditempatkan
di Israel oleh orang Asyur selepas
penawanan dan pembuangan sepuluh suku Israel pada 722 BCE.
Nubuatan-nubuatan
berkenaan keturunan Ketura
Orang Midian
Sebagai keturunan Abraham melalui Ketura yang paling banyak
berada di merata tempat, Midian disebut tiga kali oleh nabi Yesaya. Rujukan-rujukan kepada Midian dalam Yesaya 9:4 dan 10:26 semuanya secara negatif dan berkenaan hukuman yang dikenakan kepada keturunannya sebagai teladan kepada Israel. (Lihat juga Mazmur 83:1-18).
Quran juga mempunyai banyak
perintah yang ditujukan kepada orang Midian, dan satu perintah khususnya bercakap tentang zaman akhir.
Surah 29:36 dan (kami telah
mengutus) kepada penduduk Mad-yan, saudara mereka Syu'aib [Yitro], Maka ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah olehmu Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir,
dan jangan kamu berkeliaran di muka bumi berbuat kerusakan".
(lihat versi Pickthal)
Kitab
Habakkuk yang dipanggil nabi
minor (kecil) mengandungi satu nubuatan berkenaan
kedatangan Mesias dalam kemuliaan besar. Ada juga pertalian dengan Tanah Midian.
Habakkuk 3:1-7 Doa nabi Habakuk. Menurut nada ratapan. 2 TUHAN, telah kudengar kabar tentang Engkau, dan pekerjaan-Mu, ya TUHAN, kutakuti! Hidupkanlah itu dalam lintasan tahun, nyatakanlah itu dalam lintasan tahun; dalam murka ingatlah akan kasih sayang! 3 Allah datang dari negeri Teman dan Yang Mahakudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya. 4 Ada kilauan seperti cahaya, sinar cahaya dari sisi-Nya dan di situlah terselubung kekuatan-Nya. 5 Mendahului-Nya berjalan penyakit sampar dan demam mengikuti jejak-Nya. 6 Ia berdiri, maka bumi dibuat-Nya bergoyang; Ia melihat berkeliling, maka bangsa-bangsa dibuat-Nya melompat terkejut, hancur gunung-gunung yang ada sejak purba, merendah bukit-bukit yang berabad-abad; itulah perjalanan-Nya berabad-abad. 7 Aku melihat kemah-kemah orang Kusyan tertekan, kain-kain tenda tanah Midian menggetar. (RSV)
Seperti yang diperhatikan lebih awal, Burton mengusulkan bahawa Kusyan mungkin satu istilah
lebih umum yang sama dengan Midian, yang sepadan dengan gambaran Arab tentang Ketura sebagai seorang perempuan Kush. Cohen (Interp.
Dict., artikel Cushan, Vol. 1, ms 751) juga berpendapat seperti ini dan mengatakan ia mungkin
satu nama yang lebih tua dan bersifat puisi untuk Midian berdasarkan kehadiran suku-suku keturunan Kush. Dia menganggapnya mungkin bahawa perkataan perempuan Kush yang dipakaikan
kepada isteri Musa tidak bererti orang Etiopia tetapi sebaliknya merujuk kepada perempuan Midian itu (Bilangan 12:1).
Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada
orang Kass Babilonia, dan tanah-tanah dekat situ secara tradisinya dipanggil Kerajaan
Khus atau Kush. Kraft (ibid., artikel
Cusham-Rishathaim) menganggap
istilah ini kemungkinan sekali berkaitan dengan satu suku Midian dekat Edom, sebagaimana dipertalikan oleh Habakkuk 3:7. YDNA awal
orang Kush berasal daripada
HG C dan berkembang dari
situ namun kumpulan-kumpulan
YDNA keturunan Arab Ketura dan orang Midian bukan C atau E3b tetapi haplogrup Semit (lihat karya
Asal Genetik
Bangsa-bangsa (No. 265) edisi ke 2).
Historians History of the World (Sejarah
Dunia Ahli-ahli Sejarah) menunjuk
kepada masalah rumit orang Kush yang berada di Etiopia dan Sudan dan di Babilonia dengan
menunjukkan bahawa kekeliruan yang ada berpunca daripada hakikat bahawa suku di Babilonia merupakan suku perompak Kasshu
atau orang Kossaea dan mereka
menguasai Babilonia selama berabad-abad. Alkitab mengenal pasti mereka dengan cabang
Afrika juga (lihat Kejadian
2:13; 10:8). Mereka lenyap dan sebab
itu Ahli-ahli Sejarah pada waktu itu menganggap mereka satu dongeng.
Kini kita tahu daripada DNA bahawa satu cabang kumpulan
YDNA C yang sama telah tersebar ke seluruh
dunia dari Asia ke
Australia dan ke New Zealand dan Polynesia dan kepada orang Mongol dan sampaik ke benua-benua Amerika dengan orang Nadene atau Chippewa
dan sehingga orang Apache malah
sampai sesetengah bahagian orang Maya yang merupakan
Q3, Q dan C3 dalam susunan insidens itu.
Kekeliruan dengan
orang Midian awal mungkin datang daripada asosiasi orang Hyksos, perompak
yang hidup mengembara, yang
mana orang Edom dan keturunan Ketura tentunya sebahagiannya.
Sebutan ketiga Midian oleh
Yesaya ada dalam bab 60, dan ini juga bernubuatan.
Yesaya 60:1-7 Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang, dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu. 2 Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu. 3 Bangsa-bangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu. 4 Angkatlah mukamu dan lihatlah ke sekeliling, mereka semua datang berhimpun kepadamu; anak-anakmu laki-laki datang dari jauh, dan anak-anakmu perempuan digendong. 5 Pada waktu itu engkau akan heran melihat dan berseri-seri, engkau akan tercengang dan akan berbesar hati, sebab kelimpahan dari seberang laut akan beralih kepadamu, dan kekayaan bangsa-bangsa akan datang kepadamu. 6 Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. 7 Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku. (RSV)
Mereka dikatakan datang dari Syeba yang kini kita tahu
berada di Arab Selatan dan dahulunya
merupakan oasis besar yang dibekali oleh empangan-empangan (bendungan) amat besar yang merosot tepat pada waktu orang Rom mengurangkan kuasa Syeba dengan penaklukan
Arab dan penguasaan perdagangan
oleh mereka. Pintu-pintu
air masih berada di situ namun temboknya tidak pernah didirikan
semula. Kuasa dan kekayaan kawasan ini terletak
dalam tangan orang Arab,
yang kita sudah kenal pasti sekarang
sebagai keturunan Ketura
dan bukan keturunan Ismael.
Khemah-khemah Kedar dan Nebayot
terletak di barat laut dan meluas sampai Efrat.
Di sini kita perhatikan
bahawa Efa dan Midian disenaraikan
sebagai dua suku berasingan. Matthew Poole menyatakan
bahawa Efa, anak Midian, tinggal di luar Arab (A Commentary on the Holy Bible, op.cit.). Dia juga membuat komen menarik tentang
Yesaya 60:6.
Sejumlah besar unta, iaitu kelimpahan kekayaan dan harta yang dibawa atas unta; inilah haiwan yang orang Timur gunakan untuk membawa emas dan rempah mereka, dan harta mewah lain, yang dikatakan meliputi mereka; ungkapan sama dengan apa Hakim vi.5: atau yang lain difahami sebagai orang-orang yang biasa menaiki unta, seperti orang Arab dan negeri-negeri berhampiran; sebab dengan ini dan ungkapan berbentuk kiasan dan yang dipinjam sepertinya dalam beberapa ayat bab ini, beberapa bangsa dikhususkan, dan dengannya dibayangkan kemasukan semua bangsa ke dalam Kristus; dan dengan itu mereka digambarkan seperti dibawa masuk mempersembahkan barang dagang terutama negeri mereka masing-masing
Unta-unta muda; atau, juga atau unta-unta muda sekalipun, yang merupakan jenis unta yang lebih kecil, yang dipanggil begitu kerana ketangkasannya berlari, yang lebih berkebolehan, kerana, seperti Pliny perhatikan, mereka boleh menahan haus empat hari semuanya: (op.cit., penekanan dengan tulisan jelas ditambah).
Ayub 1:3
juga menyebut unta-unta apabila menggambarkan kekayaan besar Ayub (lihat juga 1 Tawarikh 5:21); justeru haiwan ini nampaknya menunjukkan
kekayaan secara umumnya dalam konteks
Timur Tengah.
Orang Keni dan Rekhab
Sesetengah keturunan
Midian, iaitu orang Keni dan orang Rekhab, disebut dalam nubuatan zaman akhir tertentu. Nubuatan berkenaan orang Keni ditemui dalam Yeremia 35. Nabi ini diperintah untuk pergi ke
rumah kerabat Rekhab, iaitu satu
cabang suku Keni yang mana
Yitro merupakan anggotanya
yang paling terkenal.
Yeremia 35:1-11 Firman yang datang
dari TUHAN kepada Yeremia
di zaman Yoyakim bin Yosia,
raja Yehuda, bunyinya: 2 "Pergilah kepada kaum orang Rekhab, bicaralah dengan mereka dan bawalah mereka ke rumah
TUHAN, ke dalam salah satu kamar, kemudian
berilah mereka minum anggur!" 3
Maka aku menjemput Yaazanya bin Yeremia bin Habazinya
beserta saudara-saudaranya
dan semua anaknya, pendeknya segenap kaum orang Rekhab. 4
Aku membawa mereka ke rumah TUHAN, ke dalam kamar
anak-anak Hanan bin Yigdalya,
abdi Allah; itulah kamar yang di sebelah kamar para pembesar, di atas kamar Maaseya
bin Salum, penjaga pintu. 5
Di depan anggota-anggota kaum orang Rekhab itu aku meletakkan
piala-piala penuh anggur dan cawan-cawan, lalu aku berkata
kepada mereka: "Silakan minum anggur!"
6 Tetapi mereka menjawab: "Kami tidak minum anggur, sebab
Yonadab bin Rekhab, bapa leluhur kami, telah memberi perintah
kepada kami, katanya: Janganlah kamu atau anak-anakmupun minum anggur sampai
selama-lamanya; 7 janganlah
kamu mendirikan rumah, janganlah kamu menabur benih;
janganlah kamu membuat atau mempunyai
kebun anggur, melainkan haruslah kamu diam di kemah-kemah selama hidupmu, supaya lama kamu hidup di tanah, di mana kamu tinggal sebagai
orang asing! 8 Kami mentaati
suara Yonadab bin Rekhab, bapa leluhur
kami dalam segala apa yang diperintahkannya kepada kami, agar kami tidak minum anggur selama
hidup kami, yakni kami sendiri, isteri kami, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kami; 9
agar kami tidak mendirikan rumah-rumah untuk kami diami, tidak mempunyai
kebun anggur atau ladang serta benih, 10 melainkan
kami diam di kemah-kemah dan taat
melakukan tepat seperti yang diperintahkan kepada kami oleh Yonadab, bapa leluhur kami. 11 Tetapi ketika Nebukadnezar,
raja Babel, bergerak maju melawan negeri ini, maka kami berkata: Marilah kita mengungsi
ke Yerusalem, karena tentara orang Kasdim dan tentara orang Aram itu! Demikianlah kami diam di Yerusalem."
(RSV)
Yonadab atau Yehonadab (ertinya Yehovah sudi,
(SHD 3082 dan 3122), sebagai seorang
keturunan kemudian Rekhab, terkenal sebagai seorang pembaharu yang mengekalkan dirinya murni (Key Word Study Bible). Bullinger juga berkata bahawa Yonadab menjadi syeik dan pembuat hukum kerabat Rekhab.
Dia menyatakan, sambil lalu, bahawa ayat
1-11 merupakan nubuatan ke 30 Yeremia dalam satu siri (The Companion Bible).
Pada
1839, Dr. Wolff menjumpai satu
suku dekat Mekah di Arab
yang mendakwa keturunan
Y[eh]onadab. Bagaimanapun, satu suku Bedouin yang ditemui berhampiran Laut Mati
juga mengaku keturunan syeik Keni yang sama ini. Mungkin kedua-duanya
betul dalam anggapan mereka disebabkan oleh kebiasaan mengembara orang-orang ini.
Tentang ayat 2, Bullinger mengatakan tentang orang Rekhab:
Mereka keturunan Hobab, ipar [sic.] Musa. Satu suku Keni, yang berpindah bersama Israel ke Kanaan Mereka pengikut baru, bukan penyembah berhala; mendiami padang gurun di selatan Yehuda.
Harus diingati bahawa Yehonadab dari kerabat Rekhab membantu Yehu raja Yehuda dalam pembinasaan sistem Baal di
Yehuda, seperti kita lihat lebih awal
dalam 2 Raja-raja 10.
Beberapa ciri khusus kerabat Rekhab ialah mereka
tidak mendirikan apa-apa rumah dan tidak menanam apa-apa
tanaman, tetapi sebaliknya menjalani gaya hidup nomad. Bapa kaum mereka Abraham digambarkan sebagai seorang Ibrani (Kejadian 14:13). Dia berasal dari Ur-Kasdim di Akkadia. Yakub digambarkan sebagai orang Syria (Aram) atau Aramaea (Ulangan 26:5). Aram
(SHD bererti tanah tinggi atau dataran tinggi dan juga merupakan
nama yang diberikan kepada anak Sem. Dalam ertikata ia digunakan bagi
Yakub ia bermakna Penduduk Tanah Tinggi (Highlander)
atau seorang yang datang dari dataran
Syria dan bukit-bukit Kanaan. Abraham tidak bermoyangkan Aram tetapi Arpakhsad, dan orang Arab bukanlah keturunan Aram. Aram tidak bererti seminomad.
Anggapan bahawa istilah Arab berasal daripada Aram adalah tidak tepat.
Leluhur sebenar dan sumber nama itu sebagai identiti asli ada pada anak
Yoksan, seperti kita lihat di atas.
Bruce
Feiler, dalam bukunya Abraham: In Search of the Father of
Civilisation (Judy Piatkus (Publ.) Ltd, London,
2002), menyimpulkan kehidupan
seminomad Bapa Kaum ini
dan, secara inferens, keturunannya (sesetengahnya akan menetap kekal,
ada yang tidak) seperti berikut:
Abraham bukan seorang yang menetap kekal, juga bukan seorang perantau. Dia satu kombinasi, yang mengandungi dalam asuhannya satu pesan yang akan dia lambangkan:
kekal orang asing di tanah asing, orang luar yang ingin menjadi orang dalam, orang tidak bernegeri yang mengingini negeri, orang saleh
yang menemui keredaan dalam Tuhan untuk kehidupannya yang tidak habis-habis menyakitkan. (ms 21)
Kita lihat daripada ayat 2 dalam Yeremia 35 bahawa Tuhan memanggil agar kerabat Rekhab dibawa masuk ke
dalam RumahNya, di mana adanya banyak kamar (lihat
Yohanes 14:2).
Dalam The Desert of the Exodus, E.H. Palmer,
yang banyak menjelajahi Semenanjung Sinai, memberi pendapatnya tentang identiti kerabat Rekhab dan keturunan mereka.
Sekitaran berdekatan Wadi Musa berada dalam tangan Fellahin yang dipanggil Liyatheneh Mereka keturunan Leith [singa: bahasa Arab], keturunan langsung Kaab, dan satu cabang orang Yahudi Kheibari, yang tinggal dekat Mekah dan memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah awal Islam. Kheibari masih boleh ditemui dalam bilangan besar sekitar Mekah dan Madinah oleh Dr Wolff dan pengembara terpelajar yang lain mereka telah dikenal pasti dengan kerabat Rekhab yang disebut dalam Yeremia xxxv.6,7 Perintah ini, yang secara berkesannya menyuruh mereka mengasimilasi cara hidup mereka kepada cara hidup orang Arab di kalangan siapa meeka tinggal, mereka telah taati sampai hari ini, sebab mereka tidak meminum anggur dan diam di khemah-khemah. Walaupun mengakui diri mereka pengikut Muhammad, mereka lebih longgar dalam disiplin agama mereka daripada orang Bedawin sendiri, yang ibadatnya lebih menyerupai ibadat Sabaean daripada Muslim. Liyatheneh bukan saja masih mempunyai bentuk muka khusus, tetapi banyak adat orang Yahudi, seperti memakai ikatan rambut Farisi. (op.cit., ms 432-433)
Teruskan dengan
teks dalam Yeremia:
Yeremia 35:12-17 Pada waktu itu datanglah firman
TUHAN kepada Yeremia, bunyinya:
13 "Beginilah firman
TUHAN semesta alam, Allah
Israel: Pergilah dan katakanlah
kepada orang Yehuda dan kepada
penduduk Yerusalem: Tidakkah kamu mau
menerima penghajaran, yaitu mendengarkan perkataan-perkataan- 14 Memang
perintah Yonadab bin Rekhab itu masih
ditepati; ia telah memerintahkan kepada keturunannya, supaya mereka jangan
minum anggur, dan sampai sekarang ini mereka tidak
meminumnya, sebab mereka mendengarkan perintah bapa leluhur
mereka. Aku sendiri telah berbicara kepada kamu, terus-menerus,
tetapi kamu tidak mendengarkan Aku. 15
Aku telah mengutus kepadamu segala hamba-Ku, yakni para nabi, terus-menerus, mengatakan: Kembalilah kamu masing-masing dari tingkah langkahmu
yang jahat itu, perbaikilah perbuatanmu, janganlah mengikuti allah lain untuk beribadah kepada mereka, maka kamu
akan tetap diam di tanah yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu.
Tetapi kamu tidak mau memperhatikannya
dan kamu tidak mau mendengarkan Aku. 16
Sungguh, keturunan Yonadab bin Rekhab menepati perintah yang diberikan bapa leluhurnya kepada mereka, tetapi bangsa ini tidak
mau mendengarkan Aku! 17
Sebab itu beginilah firman TUHAN, Allah semesta alam, Allah Israel: Sesungguhnya, Aku mendatangkan kepada Yehuda dan kepada segenap penduduk Yerusalem segala malapetaka yang Kuancamkan atas mereka; karena
Aku telah berbicara kepada mereka, tetapi mereka tidak
mau mendengarkan, dan Aku telah berseru kepada
mereka, tetapi mereka tidak mau
menjawab." (RSV)
Tujuan merujuk kepada larangan Yonadab supaya keturunannya tidak meminum anggur
sepanjang generasi mereka bukanlah untuk membiarkan
sekatan ini, yang umumnya bukan alkitabiah
dan tidak perlu (lihat karya Anggur dalam Alkitab
(No. 188)) selain dipakaikan
kepada mereka pada zaman dahulu yang berada di bawah nazar Nazir yang ditahbis Tuhan. Kaum Rekhab moden tentunya perlu melanggar nazar mereka berkenaan
pantang dengan meminum sedikit anggur (wain) pada Perjamuan
Tuhan tahunan, kalau tidak mereka tiada
bahagian dalam Jemaat-jemaat Tuhan atau dalam Kebangkitan Pertama, seperti yang Kristus sendiri katakan dalam Yohanes 6 (lihat juga 1 Korintus 11:25).
Yohanes 6:53-54 Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan
daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai
hidup di dalam dirimu. 54 Barangsiapa
makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup
yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. (RSV)
Sebaliknya, ketaatan
kaum Rekhab disebut untuk memalukan
Yehuda dan Benyamin yang, walaupun nampak saleh dan taat dalam melakukan
korban binatang yang wajib
pada hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya, tidak taat kepada
Tuhan dalam banyak hal lain (lihat Yesaya 1:13-14). Tuhan mengatakan
Dia mengingini ketaatan (dari hati) lebih
daripada korban domba jantan (hanya perbuatan
tangan).
1 Samuel 15:22 Tetapi jawab
Samuel: "Apakah TUHAN itu
berkenan kepada korban bakaran dan korban sembelihan sama seperti kepada
mendengarkan suara TUHAN? Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari
pada korban sembelihan, memperhatikan
lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan. (RSV)
Oleh sebab mereka sudah
menunjukkan kepatuhan mereka dengan perintah
kecil secara relatif dari bapa
duniawi mereka Yonadab, kerabat Rekhab mungkin kurang bermasalah daripada kebanyakan orang, dengan ketaatan tanpa soal kepada
Allah Bapa sebaik saja mereka disedarkan kepada atau berkenalan
semula dengan Hukum-hukumNya. Penting diperhatikan bahawa mereka telahpun diberikan ganjaran yang amat berharga.
Yeremia 35:18-19 Tetapi berkatalah
Yeremia kepada kaum orang Rekhab: "Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Oleh karena kamu telah mendengarkan
perintah Yonadab, bapa leluhurmu, telah berpegang pada segala perintahnya dan telah melakukan tepat seperti yang diperintahkannya kepadamu, 19
maka beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Keturunan Yonadab bin Rekhab takkan terputus melayani Aku sepanjang
masa." (RSV)
Ini penghormatan gemilang untuk kaum Rekhab
dalam mempunyai sekurang-kurangnya seorang keturunan mereka melayani Tuhan selamanya. Suku
Lewi dituntut seperti itu untuk melayani
Tuhan (Ulangan 10:8) dengan
melakukan tugas sebagai lambang anak sulung bagi seluruh bani Israel. Melayani seseorang nyata
bermakna menikmati kesayangan istimewa daripada mereka, sebagaimana Daud alami dengan Saul (1 Samuel 16:22) dan Musa dan Samuel alami dengan Tuhan (Yeremia 15:1;
lihat juga Yeremia 15:19), bersama
dengan nabi Elia (1
Raja-raja 18:15).
Yeremia bercakap tentang satu masa depan yang bergema dengan kata-kata seorang lagi nabi
terkenal dalam Yesaya 2:1-5.
Yeremia 17:26 Orang akan datang dari kota-kota
Yehuda dan dari tempat-tempat
sekitar Yerusalem, dari tanah Benyamin dan dari Daerah Bukit, dari pegunungan dan dari tanah Negeb, dengan membawa korban bakaran, korban sembelihan, korban sajian dan kemenyan, membawa korban syukur ke dalam
rumah TUHAN. (RSV)
Ayat ini nampaknya berbicara
terutamanya kepada Yehuda
(juga meliputi Benyamin dan Simeon), sebab pelbagai kawasan yang disebut secara kasarnya sama dengan empat
kuadran tanah Yehuda yang diperluaskan, termasuk padang gurun Negeb. Bagaimanapun, orang Keni diketahui
sebagai penduduk Negeb, bersama dengan orang Yahudi dan orang Kreti (Filistin). Sebagai keturunan Ketura dan subsuku
Midian, mereka akan menjadi sebahagian daripada panggilan ini.
Orang Hun
Orang Hun
telah kadangkala mendakwa mereka keturunan Ketura walaupun struktur YDNA mereka ialah N terutamanya, dan begitu juga orang Finn. Berlandaskan
pengetahuan sains terkini,
N ialah terbitan F melalui K dan berhubungan dengan keturunan Yafet yang diketahui dan mungkin melalui Togarma daripada distribusinya. Ini memerlukan demonstrasi bahawa K merupakan gabungan Sem dan Yafet sebelumpun
ini boleh dianggap masuk akal.
Panggilan kepada Keturunan
Ketura
Suku-suku yang disebut di atas hanyalah beberapa
suku terpilih daripada apa yang ada hari ni
yang merupakan keturunan
Abraham dan isterinya Ketura, yang majoritinya terus tidak ditemui kebanyakannya.
Semuanya mempunyai peranan mereka untuk dimainkan mula-mula dengan menyahut panggilan untuk kembali kepada
Tuhan dan Hukum-hukumNya, kemudian
dengan membantu pekerjaan zaman akhir dalam mengumumkan Injil kepada semua
bangsa bermula dengan suku mereka
masing-masing dalam Kerabat
Abraham.
Seperti yang tercatat dalam Matius 2:1-11, orang bijaksana
atau majus dari Timur (tempat tidak nyata ke
mana keturunan Ketura telah
diutus berabad-abad lebih awal) tiba
selepas kelahiran Kristus untuk mempersembahkan
kepadanya emas, kemenyan dan mur. Dua rempah terpenting ini didagang pada zaman-zaman awal oleh orang Arab termasuk
para pedagang Yoksan dan Midian, dan emas sendiri ditemui
dengan banyaknya di Tanah
Midian purba. Kita juga lihat
dalam Hakim 8:27 bahawa emas Midian yang dirampas digunakan oleh Gideon untuk membuat satu efod;
justeru adanya pertalian Midian yang kuat secara keseluruhannya. Nubuatan Yesaya mungkin sekali merujuk juga kepada kaum Yoksan ini yang tinggal di Syeba sebelum saja empangan
itu musnah.
Jika kita menerima pemerhatian
Pliny bahawa dromedari (unta berponok tungga,
unta-unta muda) boleh menahan haus sampai empat hari
(lihat komen Poole atas Yesaya 60:6 di atas), kita boleh
menerapnya secara rohaniah dan berkata bahawa kebanyakan Midian, atau mana-mana keturunan Ketura sekalipun, telah ketiadaan air yang memancar sampai kepada hidup
yang kekal (Yohanes 4:14) selama
hampir 4000 tahun (berdasarkan seribu tahun adalah seperti
sehari) dan dengan itu diduga amat
hauskan Roh Tuhan dalam
Hari-hari Kemudian ini bersama dengan
umat manusia yang lain, semestinya.
Ini mungkin waktunya untuk mereka yang berketurunan Keni untuk memeluk dan mengajar agama sebenar dengan tekun sama seperti
leluhur mereka Yitro, bapa mertua Musa, yang nampaknya telah diberi perintah langsung oleh Tuhan.
Berkenaan keadaan
malang orang Druze dan orang Roma atau
Jipsi, sama ada mereka keturunan
Ketura atau tidak kita lihat bahawa
Tuhan lazim sekali menyayangi orang buangan dan
orang lemah dunia ini.
Paulus berkata bahawa
rasul-rasul sejati dan umat
Tuhan juga dianggap sebagai
sampah dunia, sama dengan kotoran dari segala sesuatu
(1 Korintus 4:13). Nabi Yeremia pula memerhatikan bahawa umat Tuhan lazim direndah darjat dan dijadikan keji dalam pandangan orang lain, dan bagi orang Roma ini kedengaran sudah lazim dan memuramkan.
Ratapan 3:45-46 Kami Kaujadikan kotor dan keji di antara bangsa-bangsa. 46 Terhadap kami semua seteru kami mengangakan mulutnya. (RSV)
Sama seperti semua keturunan
Abraham yang lain dan pengikut Kristus
tidak kira apa suku atau
bangsa, orang Roma akan dituntut untuk mengesampingkan tuhan-tuhan palsu mereka, urusan
mereka dengan alam roh sebagai
penilik nasib dan sebaliknya menjadi nabi dan hamba sebenar kepada Allah Mahatinggi. Dalam
Hosea satu panggilan dibuat kononnya kepada Israel, namun dengan penerapan luas kepada semua
yang sudi kembali kepada Tuhan. Orang Druze dan seluruh
Islam juga harus mengubah diri mereka.
Hosea 2:16 Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, engkau akan memanggil Aku: Suamiku, dan tidak lagi memanggil Aku: Baalku! [Baali] (RSV)
Sama seperti Israel dilambangkan dengan keberhalaan, nubuatan dibuat bahawa keturunan orang-orang sama ini akan
satu hari nanti ingat akan
Tuhan di tempat-tempat jauh
(Zakharia 10:9). Menjadi buangan
atau mengembara di antara bangsa-bangsa (Hosea
9:17) bukanlah kesukaran kekal, sebab ini
juga diperkatakan tentang
Israel yang dikasihi Tuhan asalkan
pengembaraan ini berkesudahan dengan semua orang menemui jalan mereka kembali
kepada Dia.
Mereka
yang berketurunan Sparta mungkin
telah mengekalkan sifat nenek moyang
mereka iaitu kemuliaan jiwa dan naluri mengetahui serta (lebih penting
lagi) melakukan apa yang betul (seperti dalam contoh memberi
tempat dan penghormatan kepada seorang tua di Pertandingan itu). Bergabung dengan kebolehan ketenteraan luar biasa mereka ditunjukkan dalam pertahanan hebat negeri mereka menentang kekuatan yang amat besar nampaknya mungkin sekali keturunan mereka akan menjadi askar-askar tiada bandingan dalam tentera Tuhan, Jemaat-jemaat Tuhan zaman akhir.
2 Korintus 10:3-6 Memang kami masih
hidup di dunia, tetapi kami
tidak berjuang secara duniawi, 4 karena senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan
benteng-benteng. 5 Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang
pengenalan akan Allah. Kami
menawan segala pikiran dan menaklukkannya kepada Kristus, 6 dan
kami siap sedia juga untuk menghukum setiap kedurhakaan, bila ketaatan kamu
telah menjadi sempurna. (RSV)
Segala kecekapan orang Sparta boleh digunakan dengan lebih baik secara
rohaniah dalam pelayanan Tuhan hari ini. Sebaik saja
diberitahu tentang kebenaran dan diyakinkan sepenuhnya akan kebenaran ini, dan sebagai pencinta hukum, mereka diduga
akan bertindak berdasarkannya dan membantu menyebarkan pesan ini tanpa rasa takut atau memihak
kepada saudara mereka keturunan lain Ketura dan lebih daripada itu.
Roma 10:12-15 Sebab tidak ada perbedaan antara orang Yahudi dan orang Yunani. Karena, Allah yang satu itu adalah Tuhan dari semua orang, kaya bagi semua orang yang berseru kepada-Nya. 13 Sebab, barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan. 14 Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepada-Nya, jika mereka tidak percaya kepada Dia? Bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendengar tentang Dia. Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada yang memberitakan-Nya? 15 Dan bagaimana mereka dapat memberitakan-Nya, jika mereka tidak diutus? Seperti ada tertulis: "Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa kabar baik!" (RSV)
Engkau Keturunan Ketura dipanggil untuk kembali kepada Allah Maha Esa
yang bapa-bapamu kenali; untuk mengikut teladan kesalehan dan kemuliaan ibumu Ketura, dan mengabulkan namanya dengan menjadi wangian yang benar-benar harum kepada Bapamu
di Syurga; dan untuk akhirnya
dikenali sebagai sahabat-sahabat Tuhan seperti Bapamu Abraham yang masyhur dan dirahmati, bapa segala bangsa yang kini dibawa ke
dalam Rumah Tuhan.
q