Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[212E]
Keturunan Abraham
Bahagian V: Yehuda
(Edisi 3.0
20070115-15-20070115-20070417-20100827)
Urutan karya-karya ini mengisahkan pemualafan keturunan Abraham dan peranan mereka dalam Kerajaan Tuhan yang akan datang. Bahagian V adalah berkenaan pemualafan Yehuda.
Kitab Suci memberitahu kita bahawa suatu pengerasan terjadi atas hati-hati Yehuda dan bahawa dalam Zaman Akhir mereka akan berpusing balik dan akan dimualafkan agar Mesias dapat kembali kepada bangsanya sendiri dan pusakanya sendiri.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă
2007, 2010 Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Keturunan Abraham Bahagian V: Yehuda
Pengenalan
Ternyata
dalam Kitab Suci bahawa Yehuda akan dimualafkan pada Zaman Akhir dan pengerasan
hati-hati mereka akan dibuang.
Pengerasan
akan datang ke atas hati-hati Yehuda, dan Mesias terpaksa dikorbankan menurut
nubuatan. Yehuda terpaksa dipisahkan daripada Israel dan Bait jasmaniah
dibinasakan kerana kebutaan mereka untuk kejadian pertama dan Rencana Tuhan
berkaitan Bait untuk kejadian kedua. Urutannya berlaku menurut nubuatan yang
kita lihat daripada Daniel berkenaan Bait dan seperti yang dijelaskan dalam
karya Tanda Yunus dan Sejarah
Pembangunan Semula Bait (No. 13). Kebutaan yang melanda Yehuda
diperincikan dalam karya Perang dengan Rom dan
Kejatuhan Bait Suci (No. 298).
Pada
Zaman Akhir kebutaan ini akan diangkat dan Roh Kudus akan dicurahkan ke atas
Yehuda agar mereka diubah dan Rencana Tuhan dilaksanakan.
Urutan
perubahan kepercayaan Yehuda dan segala pencubaan yang telah dideritai mereka
bila dilihat dari segi konteks Alkitab dan nubuatan nyata cocok dalam struktur
keseluruhan. Mereka sebenarnya tidak perlu menderita begitu banyak di luar Rencana
Tuhan namun mereka orang yang keras kepala dan suatu pengerasan memangpun telah
menguasai hati-hati mereka.
Tidak
lama lagi mereka akan bertaubat dan mata mereka akan dibuka.
Mereka
masih mempunyai beberapa pencubaan untuk dipikul (lihat karya Perang Hamon-Gog (No. 294)).
Bagaimanapun,
Yehuda akan selamat dan mereka akan mengatasi dan akan dipulihkan.
Kisah
mereka tertulis dalam Kitab Suci dan Kitab Suci tidak dapat dibatalkan (Yohanes
10:34-35).
Dengan
cara yang sama nubuatan menggambarkan Jemaat dan negara-negara lain di
sekeliling Tanah Suci. Nubuatan-nubuatan ini meliputi Timur Tengah, termasuk
Mesir, Persia, dan negara-negara yang bersekutu dengan, atau yang berliga
dengan negara-negara ini.
Soal
kemerdekaan dan penganiayaan telah sentiasa ada bagi orang Yahudi. Untuk satu
contoh pengendalian mereka kita akan beralih kepada England.
Orang Yahudi di England
Tahun
2006, atau 29/120, menandakan ulang tahun ke 350 (sama dengan 7 Yobel)
keputusan Oliver Cromwell sebagai Lord Protector untuk menerima semula orang
Yahudi ke England. Penyingkiran mereka, selama kira-kira 366 tahun, adalah
melalui perintah Raja Edward I yang dibuat pada Hari Para Kudus (All Saints’ Day) pada 1290. Dengan itu
England merupakan negara Eropah pertama yang mengusir orang Yahudi secara rasmi
berikutan beberapa ratus tahun penganiayaan.
Kemasukan
semula mereka ini terjadi terutamanya melalui usaha seorang, Rabai Menasseh ben
Israel dari Amsterdam. Pada 1655 dia mengajukan satu permohonan kepada Sidang
Negara di England meminta agar orang Yahudi diberi kebebasan berdagang,
kebebasan beragama – termasuk sinagog (rumah ibadat) dan tempat perkuburan
mereka sendiri, dan hak untuk beroperasi menurut Hukum Musa – dan menuntut
pembatalan semua undang-undang anti-Yahudi. Bagaimanapun, tiada keputusan
dibuat oleh komiti yang dibentuk untuk meninjau soal kemasukan semula mereka.
Kebanyakan anggota komiti yang terdiri daripada para hakim, pedagang dan
pendeta ini sebenarnya menentang idea ini, namun Cromwell sendiri memberi izin
pada 1656. Cromwell dan kumpulan Puritannya juga dengan wajarnya telah
menyokong satu larangan parlimen yang dibuat lebih awal ke atas perayaan
Krismas, hari-hari raya Orang Kudus (Santo) dan hari raya bukan alkitabiah yang
lain.
Perhatikan
bahawa larangan oleh Edward itu hanyalah melalui hak istimewa raja dan bukan
melalui apa-apa Akta Parlimen, justeru tiada undang-undang pengusiran
sebenarnya untuk dibatalkan. Bagaimanapun, lebih 200 tahun kemudian pada 1858,
barulah orang Yahudi di Britain menerima hak-hak yang sama dan lengkap sebagai
warganegara. Cromwell, yang meninggal pada 1658, ingin memasukkan semula orang
Yahudi atas beberapa sebab. Ramai rakan Puritannya mempunyai minat ikhlas dalam
bahasa dan kesusasteraan Ibrani dan merasai simpati tertentu terhadap
‘orang-orang Perjanjian Lama’, sementara bagi orang lain ini merupakan soal
kemanfaatan politik. Jelas kelihatan sebab utamanya adalah untuk keuntungan
komersial langsung, sebab terdapat perdagangan menguntungkan yang beroperasi
antara Holland dan England pada waktu itu dan orang Yahudi diakui sebagai
pedagang dan saudagar mahir yang dapat memudahkan perdagangan itu. Lucien Wolf,
pengasas Persatuan Sejarah Anglo-Yahudi, menulis awal dalam abad ke 20 tentang
apa yang dianggapnya sebagai motif kemasukan semula itu: “Sebenarnya kekurangan
bulion (jongkong emas) dalam negara, seawal 1643 … telah menganjurkan kepada
Cromwell keinginan menempatkan saudagar-saudagar Yahudi di London.”
Demikianlah
mereka mendiami, semakin lama semakin ramai. Diusir lebih awal dari Sepanyol
dan Portugal ketika Pasitan Katolik, orang Yahudi telah memulakan perniagaan di
Amsterdam dan instrumental dalam menjadikan kota ini salah satu daripada
pelabuhan paling sibuk di dunia pada waktu itu. Susulan keputusan Cromwell
ramai Yahudi Sephardi dan yang lain mula berpindah ke England dan memperkenal
semula beberapa aspek pemeliharaan Torah (Taurat) kepada Britain. Seseorang
yang mengunjung Sinagog Sephardi di Creechurch Lane, London pada 1662
diberitahu: “Satu tahun pada zaman Oliver, mereka membuat pondok-pondok di
seberang Thames dan merayakan Perayaan Pondok Daun di dalamnya.” Pada Oktober
1663, penulis diari terkenal Samuel Pepys juga mengunjung Sinagog Sephardi ini,
dan penggantinya kemudian, Bevis Marks, kekal sinagog tertua di Britain hari
ini.
Sejak
kemasukan semula rasmi mereka, orang Yahudi telah berintegrasi sepenuhnya ke
dalam masyarakat British dan telah membuktikan diri mereka hamba setia Mahkota
dan aset yang amat bernilai kepada negara dalam berbagai-bagai cara. Hari ini
terdapat kira-kira 300,000 Yahudi di UK, daripada anggaran 13-14 juta yang
tersebar di seluruh dunia. Terdapat lebih ramai Yahudi di AS daripada Israel
dan AS dan Komanwel British merupakan kediaman sebenar untuk kebanyakan Yehuda
hari ini. Dari segi itu orang Yahudi sedang disatukan semula dengan Israel dan
negara yang dipanggil Israel ini sebenarnya satu bahagian Komanwel. Ironinya
Israel dan Australia dikelompokkan bersama dalam divisi sama dunia oleh
persetujuan-persetujuan Rom.
Dalam The Times (London) 1 Jun 2002, Rabai
Jonathan Romain menulis satu artikel bertajuk ‘Pariahs, heroes and a loyal people: how England’s monarchs saw their
Jewish subjects’ (Paria, wira dan orang setia: bagaimana raja-raja England
memandang rakyat Yahudi mereka), yang sebahagiannya berbunyi seperti berikut.
Bila almarhum Puteri Margaret mengunjung Sinagog
Maidenhead sepuluh tahun lalu – ibadat Yahudi pertama yang dihadirinya – dia
mengakui kemudian bahawa perkara yang paling mengagumkannya bukanlah bahasa
Ibrani atau upacara-upacaranya, tetapi penemuan bahawa orang Yahudi membacakan Doa
untuk Kerabat Raja pada setiap kebaktian Sabat. …
Orang Yahudi bukan saja mendoakan Ratu sekarang ini;
sudah lama tradisi wujud untuk memohon berkat Tuhan ke atas raja sebagai
lambang kestabilan negara, walaupun, secara jujurnya, sesetengah raja dan ratu
kurang berhak menerimanya daripada yang lain.
Hubungan antara Mahkota dan orang Yahudi bermula
dengan William I, apabila satu masyarakat tetap ditubuhkan di sini setelah dia
membawa orang Yahudi menyeberang dari Normandy untuk membantu mendiami kerajaan
barunya. Mereka dilihat sebagai unsur yang boleh dipercayai dalam satu populasi
yang tidak stabil sebaliknya, dengan orang Anglo-Saxon yang ingin
menghapuskannya dan kaum bangsawannya sendiri yang bersaing untuk kuasa.
Hubungan mereka dengan William II lebih ramah lagi malah dia bergurau bahawa
dia akan mempertimbang untuk bermualaf kepada Judaisme sekiranya mereka dapat
mengalahkan biskop-biskopnya dalam perdebatan – begitu menakutkan bagi
biskop-biskopnya, walaupun ini tidak pernah diuji.
Sebagai orang baru dalam negara, orang Yahudi …
secara rasminya diumumkan sebagai “barang bergerak (harta peribadi)” Mahkota,
bertanggungjawab secara langsung kepada Takhta dan menjadi miliknya. Definisi
ini mempunyai banyak manfaat, dan memberi orang Yahudi hak kediaman dan
perlindungan. …
Raja-raja selepas itu menyalahgunakan kuasa istimewa
ini, mengenakan cukai yang membebankan ke atas orang Yahudi … Bagi pihaknya,
Elizabeth II telah memperlakukan rakyat Yahudinya seperti yang mereka inginkan:
sama seperti semua orang lain. …
Kebanyakan orang Yahudi pastinya gembira melihat
unsur pelbagai iman dengan apa saja permahkotaan masa depan, dengan rabai-rabai
Ortodoks dan Progresif mengikut serta di samping para pemimpin agama lain,
namun buat masa ini mereka sudah cukup gembira menyertai sorakan ‘Long live the Queen’ (penekanan ditambah)
Dedikasi
dan hormat seperti itu untuk Raja jarang dilihat di kalangan rakyat lainnya
yang paling setia, Kristian atau selainnya. Mungkin secara tidak sedar, orang
Yahudi sebenarnya berdoa untuk saudara mereka sendiri, sebab sudah dibuktikan
bahawa anggota-anggota Kerabat Raja sekarang ini ialah keturunan langsung Raja
Daud Isarel dan dengan itu berasal daripada suku Yehuda. Lihat karya Dari Daud dan Para Pemimpin
Buangan hingga Kerabat Windsor (No. 67) dan Pesan Sabat 16/4/27/120 di:
http://www.ccg.org/_domain/ccg.org/Sabbath/2004/S_07_03_04.htm
Ramai
kerabat raja mengetahui hakikat ini, sebab adanya jadual genealogi di Istana
Windsor yang benar-benar menunjukkan keturunan mereka dari Raja Daud. Ratu
Victoria (bertakhta 1837-1901) sedar sepenuhnya bahawa dia menduduki takhta
Daud. Kebanyakan rakyat Mahkota ini, bagaimanapun, terus tidak mengetahuinya
sampai hari ini.
Sebagai
fakta menarik, Ratu sekarang ini, Elizabeth II, memulakan pemerintahannya pada
Februari 1952, jadi tahun 1977 merupakan yobel rasminya (sekalipun ini yobel perak, iaitu separuh yobel). Yobel
peraknya bertepatan dengan tahun Yobel sebenar. Tahun pertama yobel baru pada
1978 ialah permulaan Yobel ke 120 sebenar dalam Kalendar Tuhan.
Takhta kekal Daud
Kedua-dua
raja Daud dan Salomo diberitahu bahawa takhta yang diberikan kepada mereka akan
kekal (2 Samuel 7:13,16; Yeremia 33:17).
2 Samuel 7:12-17 Apabila umurmu
sudah genap dan engkau telah mendapat perhentian bersama-sama dengan nenek
moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu yang kemudian, anak
kandungmu, dan Aku akan mengokohkan kerajaannya. 13 Dialah yang akan
mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku
akan mengokohkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. 14 Aku
akan menjadi Bapanya, dan ia akan menjadi anak-Ku. Apabila ia melakukan
kesalahan, maka Aku akan menghukum dia dengan rotan yang dipakai orang dan
dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia. 15 Tetapi kasih
setia-Ku tidak akan hilang dari padanya, seperti yang Kuhilangkan dari pada
Saul, yang telah Kujauhkan dari hadapanmu. 16 Keluarga dan
kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya." 17 Tepat
seperti perkataan ini dan tepat seperti penglihatan ini Natan berbicara kepada
Daud. (RSV)
Mungkin
boleh disimpulkan daripada beberapa ayat Alkitab bahawa ketaatan sepenuhnya
kepada Tuhan dan HukumNya diperlukan untuk janji ini terus terlaksana berkenaan
takhta jasmaniah Israel (contoh 1 Raja 2:1-4; 2 Tawarikh 6:16; Mazmur
132:11-12). Bagaimanapun, ayat 45 1 Raja-raja 2 mengusulkan takhta ini akan
kukuh selama-lamanya dari
permulaannya, tanpa mengira ketaatan raja-raja (dan ratu-ratu) yang akan
mendudukinya.
Dalam
ayat 14 2 Samuel 7 di atas, kelihatannya Salomo dan raja-raja selepasnya akan
dihukum keras kerana dosa-dosa mereka, namun janji berkenaan keterusan anak
cucu raja di atas takhta Israel tidak akan dibatalkan sama sekali.
1 Raja-raja 2:1-4,45 Ketika saat
kematian Daud mendekat, ia berpesan kepada Salomo, anaknya: 2
"Aku ini akan menempuh jalan segala yang fana, maka kuatkanlah hatimu dan
berlakulah seperti laki-laki. 3 Lakukanlah kewajibanmu dengan setia
terhadap TUHAN, Allahmu, dengan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya, dan
dengan tetap mengikuti segala ketetapan, perintah, peraturan dan ketentuan-Nya,
seperti yang tertulis dalam hukum Musa, supaya engkau beruntung dalam segala
yang kaulakukan dan dalam segala yang kautuju, 4 dan supaya TUHAN
menepati janji yang diucapkan-Nya tentang aku, yakni: Jika anak-anakmu
laki-laki tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati dan
dengan segenap jiwa, maka keturunanmu
takkan terputus dari takhta kerajaan Israel. 45 Tetapi
diberkatilah kiranya raja Salomo dan kokohlah takhta Daud di hadapan TUHAN sampai selama-lamanya." (RSV)
Dan
sekali lagi dalam Mazmur:
Mazmur 89:35-37 Sekali Aku
bersumpah demi kekudusan-Ku, tentulah Aku tidak akan berbohong kepada Daud: 36
Anak cucunya akan ada untuk
selama-lamanya, dan takhtanya seperti matahari di depan mata-Ku, 37
seperti bulan yang ada selama-lamanya, suatu saksi yang setia di
awan-awan." Sela (RSV)
Satu
analogi boleh dibuat antara takhta Daud dan Hukum Tuhan. Hukum Tuhan tidak pernah ditiadakan sepanjang dua
ribu tahun kebelakangan ini sejak kematian Mesias, hanya untuk dilaksanakan
pula, sebagaimana yang dinyatakan Alkitab dengan tegas, dalam Kerajaan Tuhan
yang akan datang. Begitu juga takhta jasmaniah Daud tidak pernah lenyap
sepanjang kira-kira 2600 tahun (iaitu sejak penawanan Yehuda pada 586 BCE),
hanya untuk muncul semula apabila Mesias datang untuk mengambil kerajaannya.
Sebaliknya, kedua-duanya iaitu keturunan raja pada takhta dan Hukum raja Tuhan
telah beroperasi tanpa henti sejak permulaannya.
Yeremia 33:14-26 "Sesungguhnya,
waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan menepati janji
yang telah Kukatakan kepada kaum Israel dan kaum Yehuda. 15 Pada
waktu itu dan pada masa itu Aku akan menumbuhkan Tunas keadilan bagi Daud. Ia
akan melaksanakan keadilan dan kebenaran di negeri. 16 Pada waktu
itu Yehuda akan dibebaskan, dan Yerusalem akan hidup dengan tenteram. Dan
dengan nama inilah mereka akan dipanggil: TUHAN keadilan kita! 17
Sebab beginilah firman TUHAN: Keturunan Daud tidak akan terputus duduk di
atas takhta kerajaan kaum Israel! 18 Dan keturunan imam-imam
orang Lewi tidak akan terputus mempersembahkan korban bakaran di hadapan-Ku dan
membakar korban sajian dan mengorbankan korban sembelihan sepanjang masa."
19 Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 20
"Beginilah firman TUHAN: Jika kamu dapat mengingkari perjanjian-Ku dengan
siang dan perjanjian-Ku dengan malam, sehingga siang dan malam tidak datang
lagi pada waktunya, 21 maka juga perjanjian-Ku dengan hamba-Ku Daud
dapat diingkari, sehingga ia tidak mempunyai anak lagi yang memerintah di atas
takhtanya; begitu juga perjanjian-Ku dengan orang-orang Lewi, yakni imam-imam
yang menjadi pelayan-Ku. 22 Seperti tentara langit tidak terbilang
dan seperti pasir laut tidak tertakar, demikianlah Aku akan membuat banyak keturunan
hamba-Ku Daud dan orang-orang Lewi yang melayani Aku." 23
Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 24 "Tidakkah
kauperhatikan apa yang dikatakan orang-orang ini: Kedua kaum keluarga yang
dipilih TUHAN itu telah ditolak-Nya? Dengan demikian mereka menghina umat-Ku,
dianggapnya bukan suatu bangsa lagi. 25 Beginilah firman TUHAN: Jika
Aku tidak menetapkan perjanjian-Ku dengan siang dan malam dan aturan langit dan
bumi, 26 maka juga Aku pasti akan menolak keturunan Yakub dan
hamba-Ku Daud, sehingga berhenti mengangkat dari keturunannya orang-orang yang
memerintah atas keturunan Abraham, Ishak dan Yakub. Sebab Aku akan memulihkan
keadaan mereka dan menyayangi mereka." (RSV)
Oleh
sebab menjangkakan keraguan yang berleluasa, Tuhan memberi satu cabaran dalam
ayat 20 dan 21. Siang dan malam telah datang pada waktu yang ditetapkan dengan
kepastian nyata sejak Bumi diperbaharui, jadi perjanjian Tuhan berkenaan ini
tidak pernah dibatalkan – dan begitu juga dengan perjanjianNya untuk meletakkan
keturunan Daud tanpa putus di atas takhta kaum Israel (lihat ayat 25-26). Para
imam Lewi yang disebutkan kini ialah (sejak kemusnahan Bait Suci di Yerusalem)
umat pilihan di kalangan Jemaat-jemaat Tuhan, yang telah melaksanakan kebaktian
rohaniah berterusan sejak Roh Kudus dikaruniakan dalam era baru. Malah umat
pilihan ialah imam-imam Melkisedek yang lebih unggul, yang mana keimamatan Lewi
hanya subset sementaranya. Kita juga lihat bahawa keimamatan Lewi tidak pernah
dipanggil raja (royal), tidak seperti
imam Melkisedek (1 Petrus 2:9). Begitu juga Hukum Tuhan disebut sebagai hukum
raja (hukum utama) (Yakobus 2:8).
Tanggungjawab raja
Aspek
raja ini membawa bersamanya hak-hak istimewa serta kewajipan-kewajipan
tertentu, sama seperti Kerabat Raja sekarang ini mempunyai tanggungjawab
terhadap United Kingdom dan seluruh Komanwel, yang kini terdiri daripada
kira-kira 54 negara dan pastilah sejumlah
besar bangsa-bangsa Efraim yang diperkatakan dalam Kejadian 48:19.
Kalau
adapun apa-apa ‘hak istimewa’ kerabat raja ia merupakan hak-hak yang berkaitan
dengan dedikasi yang tidak mementingkan diri dan jasa kepada negara, jenis noblesse oblige, dan dalam hal ini Ratu
sekarang khususnya telah mempertunjukkannya dengan tetap. Dia dilahirkan untuk
satu tugas yang tidak pernah dikehendakinya dan yang sebaik-baikpun tidak
dihargai, seperti yang dibayangkan dalam sebuah filem yang dikeluarkan
baru-baru ini The Queen, yang
dilakonkan Helen Mirren sebagai watak utamanya.
Ketua
Rabai Jemaat-jemaat Ibrani Bersatu Komanwel, Profesor Jonathan Sacks, mempunyai
pendapatnya tentang hal-hal ‘raja’ dari sudut pandangan alkitabiah.
Alkitab mencadangkan bahawa kedudukan raja bukanlah
tentang hak istimewa dan kekayaan, kemegahan dan istana. Ia tentang keberanian
moral. Musa, dalam penemuannya bahawa dia anak hamba-hamba, menemui kebesaran.
Bukan kuasa yang penting, tetapi perjuangan untuk keadilan dan kemerdekaan.
Kalaulah Musa terus menjadi seorang putera Mesir, dia tentunya nyata dilupai.
Hanya dengan setia kepada bangsanya dan kepada Tuhan barulah dia menjadi
seorang wira.
Freud [penulis Moses
and Monotheism, dalam mana dia cuba membuktikan bahawa Musa sebenarnya
seorang bangsa Mesir] …gagal melihat bahawa dia telah berdepan dengan salah
satu daripada kebenaran moral paling kuat yang pernah diajar Alkitab. Sesiapa
yang dunia hina, Tuhan kasihi. Seorang anak hamba boleh menjadi lebih hebat
daripada seorang putera.
Standard-standard Tuhan bukan kuasa dan hak
istimewa. Ia tentang mengenali gambar Tuhan dalam golongan lemah, tidak
berupaya, sakit, menderita, dan berjuang untuk kepentingan mereka. … Kisah Musa
merupakan salah satu cerita pengharapan yang besar dalam kesusasteraan manusia
(The Times (London), 23 Jun 2001).
Keunggulan Yehuda
Seperti
yang disebut lebih awal, orang Yahudi telah memberi sumbangan besar kepada UK
dan kebanyakan negara lain juga. Mereka merupakan perintis dalam hampir setiap
bidang, dari sains dan ilmu perubatan (sejak pertengahan 1800an, kira-kira 25%
daripada ahli saintis dunia ialah orang Yahudi), hingga penciptaan dan perdagangan,
dan sehingga undang-undang, seni dan muzik (sebagai komposer dan ahli
persembahan). Mereka memiliki kebijaksanaan semulajadi dan kegiatan hebat yang,
contohnya, telah membantu mereka membuat ‘padang gurun mekar bagaikan mawar’
secara literal dalam Negara Israel, jelas berbeza dengan banyak negara
jirannya. Dari sudut pandangan objektif dan tanpa prasangka kita perhatikan
bahawa orang Yahudi, yang keseluruhannya membentuk hanya kira-kira 0.23%
daripada penduduk dunia, sudah pasti berkedudukan sebagai kumpulan orang yang
paling produktif dan berbakat sekali, tanpa bandingan. Dengan itu mereka
mengundang iri hati kalau bukan kebencian terus terang daripada bangsa-bangsa
yang kurang bergiat dan kurang kreatif.
Bagaimanapun,
Rabai Harold S. Kushner, dalam bukunya To
Life! A Celebration of Jewish Being and Thinking (Warner Books, NY, 1993),
berkata demikian tentang orang Yahudi yang, oleh sebab segala pencapaian
mereka, mungkin menganggap diri mereka lebih unggul daripada orang lain:
Apakah ertinya untuk kami selaku orang Yahudi
menganggap diri kami “umat pilihan”? Ini pastinya tidak bermakna bahawa kami
menganggap diri kami lebih baik daripada orang lain, secara individu atau
berkumpulan. Saya menjadi seorang rabai jemaat selama tiga puluh tahun, berurusan
secara profesional dengan keluarga-keluarga Yahudi, dan jika ada satu perkara
saja yang saya tahu tanpa apa-apa keraguan lagi, ini ialah bahawa orang Yahudi
sama cacat, sama sederhana, sama-sama tidak sempurna seperti semua orang lain.
Tiada tuntutan keunggulan biologi Yahudi … Kita tiada cara untuk memastikan
berapa ramai Yahudi hari ini merupakan keturunan biologi tulen Abraham dan
Sara, meskipun kita semua keturunan rohaniah mereka. …
Namun ia fakta sejarah bahawa orang Yahudi, dan
tiada lagi, telah memberi Alkitab kepada dunia … Tuhan, atas sebab-sebabNya
sendiri, memilih untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai instrumen
pernyataan-diriNya kepada dunia (ms 32).
Hakikatnya
ialah hanya kira-kira sepertiga daripada orang Yahudi saja sebenarnya yang
berbangsa Semit apa lagi Yahudi. Asal orang Yahudi diperincikan dalam karya Asal Genetik Bangsa-bangsa
(No. 265) edisi ke 2.
Judaisme
kini satu agama dan bukan satu bangsa tunggal.
Kuncinya
di situ ialah Tuhan memilih, sebab
Dialah Pembuat Periuk Utama yang membentuk dan memilih bejana manusia untuk
digunakan sesuai dengan kehendakNya (Yesaya 64:8), dan sesiapapun tidak berhak
mempersoalkan atau iri hati terhadap mereka yang dipilihNya. Mereka patut dan
akan dipuji.
Keunggulan
dan semangat perintisan Yehuda dipertunjukkan pada zaman dahulunya oleh fakta
bahawa mereka dikehendaki bergerak di barisan depan tentera Israel (Bilangan
2:2-3,9), dan merupaka suku pertama bergerak keluar dari perkhemahan mengikuti
Tabut Perjanjian. Bendera atau panji-panji mereka ialah seekor anak singa
(lihat Kejadian 49:9). Mesias disebut sebagai Singa dari Suku Yehuda, dan dia
sendiri ditempatkan di barisan depan Israel rohaniah.
Ketika
perang-perang penaklukan dan pemilikan di Tanah Perjanjian, Yehuda uniknya diberi pusakanya dalam wilayah
yang ditakluki suku itu (Yosua 14:6-15; 15:13-17). Sebabnya terkandung dalam
ayat-ayat 8,9 dan 14, dan pada dasarnya kerana Kaleb bin Yefune (dari suku
Yehuda) telah “mengikut Tuhan Allah sepenuhnya”, seperti yang dicatatkan juga
dalam Kitab Bilangan.
Bilangan 14:24 Tetapi hamba-Ku
Kaleb, karena lain jiwa yang ada padanya dan ia mengikut Aku dengan sepenuhnya,
akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan
memilikinya. (RSV)
Walaupun
Yosua orang Efraim juga setia dan nampaknya mempunyai roh yang betul,
keturunannya tidak akan terus memiliki negeri itu, sebagaimana keturunan Kaleb,
wakil suku Yehuda.
Dianggarkan
bahawa Yehuda sebenarnya menduduki sepertiga daripada seluruh bahagian barat
Yordan selepas saja semua suku menetap di tempat mereka masing-masing. Suku
Simeon juga kemudiannya digabungkan atau dimasukkan ke dalam wilayah Yehuda
(Yosua 19:9), walaupun ia mengekalkan identiti berasingan. Sama seperti istilah
Yusuf lazimnya dipakaikan kepada
suku-suku gabungan Efraim dan Manasye, nampaknya apabila Yehuda disebutkan dalam Ulangan 33 ini termasuk Simeon, sebab suku
ini dimasukkan dengan Yehuda dalam pusaka mereka dan tersebar di antara Israel.
(lihat Yosua 19:1; Hakim 1:3). Juga ada hubungan rapat menurut sejarah antara
Simeon dan Lewi (Kejadian 49:5), jadi terdapat saling hubungan yang banyak
antara suku-suku itu. Nama Yehuda
bererti dipuji (SHD 3063), dan
mungkin mencadangkan bahawa suku ini satu hari nanti akan dipuji oleh suku-suku
saudaranya dan orang lain dunia kerana telah menjadi instrumen penting
keselamatan Tuhan, berasingan daripada hal Yehuda menyediakan Mesias melalui
Raja Daud.
Musuh-musuh Yehuda
Sama
seperti Israel rohaniah, Jemaat Tuhan
Pemelihara Hukum Unitarian sejati, telah menderitai penganiayaan hebat selama
berabad-abad, begitu juga Yehuda, sebagai bahagian Israel jasmaniah yang paling senang dikenalpasti, telah menderita dengan
ngerinya. Dalam beberapa peristiwa yang terkenal keji Yehuda telah menjadi
sasaran cubaan penghapusan oleh musuh-musuhnya: sekali oleh Haman bangsa
Amalek, yang rencananya telah dihalang oleh Ester dan Mordekhai (Ester 3-9),
namun waktu itupun orang Yahudi terpaksa berjuang untuk nyawa mereka; dan
keduanya, dalam abad ke 20, dengan pogrom (pembunuhan beramai-ramai terancang)
Yahudi di Rusia perintahan Tsar dan Komunis, bersama-sama dengan penghapusan
beramai-ramai di Jerman Hitler dan wilayah-wilayah jajahannya (dan lazim
terlibat sama) di Eropah.
Lebih
terkini lagi, kita lihat panggilan tegas oleh Presiden Ahmadinejad dari Iran
untuk penghapusan Negara Israel (dan mungkin semua orang Yahudi bersamanya),
seolah-olah ini dapat menyelesaikan segala masalah kronik dan sukar dikawal di
Timur Tengah. Ini panggilan yang senang-senang mengabaikan fakta bahawa
perang-perang paling ganas di rantau itu telah diperangi antara saudara-saudara
Muslim, seperti Iraq dan Iran pada 1980an, dan lebih terkini lagi antara
mazhab-mazhab Islam yang berbeza, iaitu Shia dan Sunni, dalam Iraq moden.
Asal usul
orang-orang ini dan penentuan-penentuan tentang apa yang akan terjadi kepada
mereka dibincangkan dalam karya-karya lain dalam siri yang mengisahkan
negara-negara itu. Kebanyakan konfliknya berlaku antara keturunan-keturunan Sem
dan antara Elam dan Ismael dan Ketura serta Yehuda. Iran dibincangkan dalam Keturunan Sem: Bahagian I
(No. 212A) dan dalam karya-karya berkenaan kedatangan Mesias dan juga
Perang Dunia III.
Perihal
soal Timur Tengah, ada baiknya membaca apa yang ditulis Rabai Sacks dalam The Times (London) pada 7 September 2001
mengenai perselisihan kekal dan lazim ganas antara orang Yahudi dan keturunan
Ismael, yang semuanya merupakan keturunan Patriak Abraham:
Kita berdua bangsa yang sama, kedua-duanya Semit. Ia
hal politik semata-mata. Kita harus wujud bersama. Islam lebih rapat dengan
Yahudi daripada Kekristianan. Jika Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama,
tiada sebabnya kenapa Yahudi dan Muslim tidak boleh. Israel tidak akan lenyap.
Palestin tidak akan lenyap. Air mata yang dikongsi bersama memang lebih
merapatkan orang-orang. Yahudi bukan optimis, namun kita tidak pernah berhenti
berharap untuk Israel.
Profesor
Sacks berkata dalam satu artikel kemudian:
Bukan agama yang tiada toleransi. Sebaliknya, kita
harus belajar bersusah-payah bahawa agama harus jangan sekali-kali
mempergunakan kuasa.
Tentang hal ini, tiada lagi yang lebih dramatik
kisahnya daripada apa yang ada dalam cerita Elia. Dia datang ke gunung selepas
baru saja mendapat kemenangan meyakinkan dan berdarah atas nabi-nabi Baal.
Tuhan bertanya, “Apakah kerjamu di sini, hai Elia?” Nabi ini menjawab, “Aku bekerja segiat-giatnya
bagi TUHAN, Allah semesta alam.” Dia kemudiannya menyaksikan angin kuat, gempa
bumi dan api. Tetapi “Tuhan tiada dalam” angin atau gempa atau api itu.
Kemudian datanglah “bunyi angin sepoi-sepoi basa” (suara kecil lembut) iaitu
suara Tuhan.
Orang zelot (fanatik) percaya bahawa Tuhan ialah
kuasa. Itulah sebabnya kenapa orang-orang zelot harus belajar, sama ada melalui
penglihatan atau tragedi sejarah, bahawa Tuhan berdiam dalam suara kecil lembut
yang penuh pertimbangan, belas kasihan dan damai (The Times, 20 April 2002).
Kata-kata
bijaksana, dan dengan itu hampir pasti tidak
akan diperdulikan pada zaman ini sekurang-kurangnya (dan tanpa bantuan ilahi)
sebab “mereka tidak mengenal jalan damai” (Yesaya 59:8), sebagaimana terbukti
oleh seluruh sejarah manusia, bukan saja sejarah Timur Tengah yang terus
bermasalah.
Bagaimanapun,
apabila Kristus tiba di sini dia pasti sekali akan memegang kuasa dan
melaksanakan satu agama dan agama ini tidak dipelihara di atas planet ini pada
waktu ini melainkan sedikit orang saja yang dianiaya kerana iman itu.
Mungkin
kenampakannya bagi ramai orang bahawa orang Yahudi terus memulaukan diri dan
menyendiri, jika tidak angkuh, dan bahawa mereka mengundang penganiayaan ke
atas diri mereka sendiri. Di bawah tajuk utama “The Burning Question”
(Pertanyaan Hangat), penulis dan pembangkang Rusia, Alexander Solzhenitsyn
berkata bahawa orang Yahudi unik dari segi mereka tidak pernah berasimilasi
dengan negara lain dalam 2,000 tahun sejarah, dan menambah bahawa ini merupakan
sifat mereka yang paling menonjol dan terpuji sekali (The Times, 20 Jun 2001). Tentunya Tuhan telah mengaturkan
keterasingan orang Yahudi seperti itu atas beberapa sebab; bagaimanapun, ini
juga telah membuatkan mereka diberi perhatian khusus berbanding kebanyakan
populasi lain, sebagaimana pada peristiwa-peristiwa yang disebut itu.
Bagaimanapun,
mereka telah menyerap sebilangan orang dan struktur DNA pelbagai mereka
membuktikan fakta itu.
Hakikatnya
ialah hanya sedikit orang saja merupakan Yahudi sebenar daripada mereka yang
menganut Judaisme dan apabila mereka berhenti mengamalkan agama itu mereka
hanyalah bangsa lain dalam Yehuda yang menuntut perlindungan di bawah
Hukum-hukum Tuhan.
Bencana Holocaust
Ramai
Yahudi sekular hari ini menganggap diri mereka sama ada ateis atau agnostik.
Mereka yang berada di dalam Negara Israel berpendapat bahawa negara mereka
telah selamat selama hampir 60 tahun dalam sekitaran yang amat bermusuhan
kerana usaha mereka sendiri dan kuasa tentera yang khususnya efektif; dengan
kata lain, oleh kebanggaan yang bukan tidak adil dalam kekuatan mereka sendiri,
tetapi tanpa mengakui perlindungan dan bantuan Tuhan yang tidak diragui ketika
banyak peperangan mereka untuk keterusan hidup.
Ini
kedudukan yang cukup bahaya diambil, sebagaimana yang akan diketahui bangsa
Asyur kemudian (Yesaya 10:12 dan seterusnya). Mereka dihukum oleh Tuhan kerana
meninggikan diri mereka dan kebolehan mereka sendiri tanpa rujukan kepada
Pencipta mereka dan hakikat bahawa mereka hanyalah alat dalam tanganNya. Pada
bila-bila masa, Tuhan boleh memilih untuk menarik balik perlindunganNya daripada
individu atau negara, termasuk Negara Israel, kerana sikap angkuh mereka.
Penolakan
Yahudi sekular terhadap Tuhan bapa-bapa mereka mungkin boleh difahami bila
mempertimbangkan bilangan kematian dalam khemah-khemah tahanan sejurus sebelum
dan sewaktu Perang Dunia Kedua di Eropah. Ramai Yahudi setia yang taat-Taurat
dalam khemah-khemah itu berdoa kepada Tuhan untuk diselamatkan malah berbaris
masuk ke dalam tempat pembakaran sambil memuji Dia; ramai bertanya di manakah
Tuhan pada waktu begitu dan bagaimana Dia boleh mengizinkan mereka menderita
ngeri seperti itu sekiranya mereka umat pilihanNya. Hasil daripada apa yang
mereka saksikan, ramai yang selamat daripada khemah-khemah maut ini sama sekali
meninggalkan iman mereka sekaligus.
Yehuda
dan saudara-saudaranya menjual saudara tiri mereka Yusuf menjadi hamba abdi
sekitar 1727 BCE. Kira-kira 3664 tahun kemudian, Yehuda sendiri ditawan dalam
Reich Ketiga dan saudaranya Yusuf (pada dasarnya Amerika moden dan Komanwel
British) membantu menyelamatkan sisa mereka daripada khemah-khemah maut itu.
Untuk keterangan lanjut, lihat laman web Holocaust Revealed di:
http://www.ccg.org/_domain/holocaustrevealed.org
Orang
Yahudi telah diutus bagaikan anak domba untuk disembelihkan, untuk
di‘holocaust’ berjuta orang dalam tempat pembakaran seperti banyak binatang
korban bakaran (lihat Imamat 1:13) yang, walaupun satu analogi malang, tetap
sesuai. Orang dewasa dan anak-anak Yahudi betul-betul dipersembahkan sebagai korban dalam api, sebagaimana nenek moyang
mereka dengan bodohnya telah lakukan dengan anak-anak mereka sendiri ketika
pemujaan tuhan-tuhan pagan berabad-abad sebelumnya (2 Tawarikh 28:3). Untuk
tidak membandingkan kejadian-kejadian lebih terkini ini dengan korban-korban
bakaran yang dipersembahkan, istilah Holocaust
tidak digunakan dalam sesetengah teks Ibrani moden; sebaliknya, ia lazim
disebut sebagai Shoah atau
Malapetaka.
Rabai
Kushner berkata begini tentang subjek ini:
Memang hampir mustahil untuk orang bukan Yahudi
mengerti maksud luka daripada Holocaust, dan penganiayaan berabad-abad sampai
waktu itu, yang ditinggalkan dalam jiwa orang Yahudi. Saya tidak tahu siapa
lagi yang bangun setiap hari tertanya-tanya
apakah dunia akan membenarkan mereka hidup. … Namun selepas pengalaman Nazi,
orang Yahudi tahu bahawa tidak kira betapa jayanya kami secara ekonomi atau
betapa baik integrasi sosial kami, kami tidak akan sekali-kali berasa selamat
sepenuhnya. …
Ini, saya syak, adalah kenapa begitu ramai kami
bereaksi membela diri apabila Israel dikritik: sebab kita sentiasa takut bahawa
kritikan akan menyebabkan penarikan balik izin hak Israel untuk wujud sama
sekali … Ini bukan hipersensitiviti kami untuk menyedari bahawa tiada lagi
negara lain yang harus terus membenarkan haknya untuk wujud. (Adakah sesiapa
yang mengerahkan pembongkaran Pakistan dan pemberian balik tanah itu kepada
ratusan juta orang Hindu yang terbuang apabila sebuah negara Muslim dicipta di
situ pada 1947?) (op. cit., ms 247-9).
Lebih
awal dalam bukunya Rabai Kushner menangani pertanyaan yang sudah lama wujud, Kenapakah Tuhan mengizinkan kejahatan?
Kadang kala perkara buruk terjadi kepada orang baik
kerana hukum-hukum Alam tidak dapat membezakan orang baik dan orang jahat, dan
kadang kala ia terjadi kerana Tuhan tidak akan campur tangan untuk merampas
kebebasan manusia milik kita, tidak kira betapa membinasa sekali kita ingin
menggunakannya.
Malah sesuatu yang sedahsyat Holocaust dilihat
sebagai perbuatan Manusia, bukan perbuatan Tuhan. “Kenapa Tuhan mengizinkannya
terjadi?” Sebab Tuhan telah menentukan dari mula bahawa Dia tidak akan mengkompromi
kebebasan kita sebagai manusia untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan, tidak kira betapa teruk sekali kita
menyalahgunakannya. Jika kita tidak belajar daripada sejarah, daripada
pengalaman, daripada suara hati nurani, kita akan terus menyakitkan dan
membunuh sesama sendiri. ‘Tidak bolehkah Tuhan membuat pengecualian kepada
peraturan itu dalam satu kes ini saja, untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa?’
…adakah ini bermakna Dia juga patut campur tangan untuk menghalang Stalin dan
Pol Pot daripada membunuh berjuta-juta orang di Rusia dan Cambodia? …atas
alasan apakah akan Tuhan hentikan sementara peraturan itu dalam satu kes dan
bukan kes lain? Bagi saya, Holocaust bukan isu teologi: “Kenapa Tuhan tidak
menghentikannya?” Bagi saya, ia isu psikologi: “Bagaimanakah manusia dapat
menyalahgunakan kebebasan mereka dengan begitu nyata sekali untuk memilih
bagaimana untuk melayani sesama sendiri?” Ini tidak mencabar iman saya dalam
Tuhan. Kalau adapun, ini menjadikannya lebih sukar untuk saya percaya
pada manusia tanpa Tuhan
(ibid., ms 162-3; penekanan ditambah).
Justeru
itu, walaupun adanya ingatan ngeri dan dukacita yang amat sangat yang ditimbulkan
oleh Holocaust (atau Malapetaka) itu, ada yang mempertunjukkan martabat
tertentu dalam kemampuan mereka untuk lebih memahami, jika tidak mengampuni,
tentang peristiwa paling tidak menyenangkan dalam sejarah Yahudi.
Rasa tidak senang Tuhan
dengan Yehuda
Walaupun
R. Kushner dan orang lain mungkin tidak mempersalahkan Tuhan, penganiayaan
terus-menerus orang Yahudi dan Holocaust itu sendiri mungkin benar-benar
hukuman langsung dari Tuhan (sebab, sekurang-kurangnya, Dia memangpun mengizinkannya terjadi). Bagaimanapun,
ini janganlah dianggap sebagai kebencianNya terhadap atau peninggalan orang
Yahudi. Malah sebaliknya, seperti yang Tuhan katakan melalui para nabiNya dan
dalam Tulisan-tulisannya Dia menghukum mereka yang dikasihiNya, seperti
mana-mana ibu bapa yang pengasih menghukum anaknya untuk kebaikan anaknya itu
akhirnya, tidak kira betapa keras hukuman itu mungkin kenampakan pada waktu
itu.
Seperti kata-kata yang Yesus Kristus
berikan kepada malaikat yang ditugaskan kepada Jemaat di Efesus di Asia Kecil,
“Namun demikian Aku
mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula.” (Wahyu
2:4). Dia sama-sama mungkin berbicara kepada Yehuda atau orang Yahudi hari ini,
kerana mereka juga telah meninggalkan kasih semula mereka – Eloah, Allah Maha Esa – dan telah menderita kerananya.
Tuhan
jelas menyatakan bahawa Dia bukan saja mengingini ‘tangan’ kita, iaitu hanya
menurut kata-kata tepat Hukum
sebagaimana ramai penganut Judaisme lakukan. Lebih penting lagi, Dia menuntut
“hati dan fikiran’ kita seperti yang ditunjukkan oleh ketaatan kepada roh Hukum. Di kalangan mereka yang
dipanggil Tuhan, Roh Kudus sekarang ini menjalankan ‘satu kempen untuk
memenangi hati dan fikiran’, dengan erti yang jauh lebih besar daripada istilah
tentera itu yang sudah usang. Bagaimanapun, ia tidak akan melakukannya dengan
desakan kuat. Kita sebaliknya diberitahu bahawa ia akan berupa suara kecil
lembut di belakang kita yang berkata, “Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya”
(Yesaya 30:21).
Bagi
seluruh Yehuda, Yom Kippur, hari
paling suci dalam tahun, sepatutnya satu waktu untuk renungan daan penilaian
semula bersama-sama dengan pertaubatan saleh. Bagaimanapun, puasa ini
sebenarnya tidak dijalankan pada hari yang betul menurut kalendar Bait asal.
(Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156)
dan Bulan-bulan Baru (No. 125).)
Hari-hari yang betul untuk ibadat memang amat penting bagi Tuhan dan MesiasNya,
dan memang ada akibatnya yang nyata kerana merencanakan agenda tersendiri,
sebagaimana Raja Yerobeam Israel dapati apabila dia menentukan suatu perayaan
sebulan lebih lewat daripada Hari Raya Pondok Daun yang ditahbis Tuhan; seluruh
kerabat atau warisannya dilenyapkan kemudian (lihat 1 Raja-raja 12:32-33 dan
13:33-34).
Mungkin
akibat segala penangguhan Hari-hari Raya dan Sabat yang ditahbisNya serta
ketidakpatuhan terhadap Bulan-bulan Baru selama berabad-abad sudah, Tuhan telah
menangguhkan pelepasan dan keselamatan Yehuda … sampai Zaman Akhir ini, apabila
Dia sekali lagi akan berbelas kasihan pada mereka.
Bila
Tuhan menyuruh kita memelihara kesucian Sabat, dan ini termasuk tidak berbicara
gosip sembarangan, Dia sungguh-sungguh maksudkan itu. Ini bukan hanya memelihara Sabat sebagai satu
tanggungjawab atau ritual mingguan; sebaliknya, roh dengan apa ia dipeliharalah
yang paling menyenangkan Tuhan, sebagaimana yang dikatakanNya dengan cukup
jelas.
Yesaya
58:13-14 Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan
urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan hari Sabat "hari
kenikmatan", dan hari kudus TUHAN "hari yang mulia"; apabila
engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak
mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, 14 maka engkau akan
bersenang-senang karena TUHAN, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak
bukit-bukit di bumi dengan kendaraan kemenangan; Aku akan memberi makan engkau
dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut Tuhanlah yang
mengatakannya. (RSV)
Dia juga
tidak mahu orang bertukar nasihat kewangan dan idea perniagaan pada hari Sabat
seperti watak moden penukar-penukar wang di Bait Suci itu. Tugas ini boleh
dilakukan pada mana-mana hari lain dalam minggu. Yesus, atau Yehoshua ben
Yoseph, taat kepada perintah ini apabila dia menghalau secara paksa para
penukar wang dan pelanggar Sabat yang lain dari kawasan Bait (Yohanes 2:13-17).
Perkara sama boleh diterapkan dalam banyak Sinagog hari ini di mana banyak hal
urusan duniawi dilakukan pada hari Sabat.
Qur’an
juga melarang perdagangan pada hari Sabat namun pada hari Jumaat dan Sabat di
Bukit Bait sampai hari ni para penukar wang mengenakan bayaran kepada orang
ramai untuk masuk ke dalam masjid Al Aksah dan ini melanggar Koran dan Kitab
Suci secara langsung.
Kebolehan
membuat wang yang tidak diragui milik orang Yahudi hari ini sudah ternyata
lebih awal dalam sejarah mereka, apabila Bapa Kaum Yehuda mengusulkan kepada
saudara-saudaranya agar mereka menjual
Yusuf menjadi tawanan daripada membunuhnya (Kejadian 37:26-28). Ini mungkin
untuk menyelamatkan nyawa Yusuf, namun, keuntungan kewangan nampaknya memainkan
peranan besar dalam motivasi dan pemikiranYehuda … dan mungkin masih lagi
begitu, walaupun mereka memang tidak sendirian dalam hal ini dalam dunia hari
ini, dalam mana materialisme dan cinta wang berkuasa tanpa tolok banding lagi.
Melalui para nabiNya, Tuhan menjanjikan bahawa berhala-berhala perak dan emas
milik kita – segala kekayaan dan harta milik yang telah menjadi tuhan-tuhan
kecil kita – akan dilemparkan kepada kelawar dan tikus pada akhir zaman ini,
apabila benda-benda ini akhirnya diakui mempunyai nilai sebenar yang amat kecil
(Yesaya 2:20).
Yesus,
atau Yehoshua, berkata banyak tentang hal wang dan kekayaan.
Matius
6:24 Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia
akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada
yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada
Allah dan kepada Mamon." (RSV)
Markus
10:17-25 Pada waktu Yesus berangkat untuk meneruskan perjalanan-Nya, datanglah
seorang berlari-lari mendapatkan Dia dan sambil bertelut di hadapan-Nya ia
bertanya: "Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup
yang kekal?" 18 Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik?
Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja. 19 Engkau
tentu mengetahui segala perintah Allah: Jangan membunuh, jangan berzinah,
jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, jangan mengurangi hak orang,
hormatilah ayahmu dan ibumu!" 20 Lalu kata orang itu
kepada-Nya: "Guru, semuanya itu telah kuturuti sejak masa mudaku." 21
Tetapi Yesus memandang dia dan menaruh kasih kepadanya, lalu berkata kepadanya:
"Hanya satu lagi kekuranganmu: pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan
berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di
sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku." 22
Mendengar perkataan itu ia menjadi kecewa, lalu pergi dengan sedih, sebab
banyak hartanya. 23 Lalu Yesus memandang murid-murid-Nya di
sekeliling-Nya dan berkata kepada mereka: "Alangkah sukarnya orang yang beruang masuk ke dalam Kerajaan Allah."
24 Murid-murid-Nya tercengang mendengar perkataan-Nya itu. Tetapi
Yesus menyambung lagi: "Anak-anak-Ku, alangkah sukarnya masuk ke dalam
Kerajaan Allah. 25 Lebih mudah seekor unta melewati lobang jarum
dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah." (RSV)
Rabai
Saul/Paul dari Tarsus, yang nampaknya belajar di bawah Penatua Gamaliel, juga
pasti bahawa cinta wang merupakan sebab utama orang memisahkan diri mereka
daripada Tuhan dan meninggalkan Iman mereka.
1 Timotius 6:6-11 Memang ibadah itu
kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. 7 Sebab kita
tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa
apa-apa ke luar. 8 Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. 9
Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan
ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang
menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. 10 Karena
akar segala kejahatan ialah cinta uang.
Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan
menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. 11 Tetapi engkau hai
manusia Allah, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan, ibadah, kesetiaan,
kasih, kesabaran dan kelembutan. (RSV)
Begitu
juga, karya pseudo-epigrafi yang dipanggil The
Testaments of the Twelve Patriarchs (Surat-surat Wasiat Dua belas Bapa
Kaum) (R.H. Charles, SPCK, London, 1917; diterjemah daripada bahasa Armenia),
yang diandaikan ditulis pada abad kedua BCE dan dengan itu sezaman dengan
Skrol-skrol Laut Mati, mengandungi beberapa amaran dan pemerhatian tajam. The Testaments adalah berdasarkan
komen-komen akhir hayat yang diandaikan
daripada anak-anak Yakub kepada anak-anak mereka. Relevan di sini ialah
komen yang dibuat oleh Patriak Yehuda, anak keempat Yakub dan isteri pertamanya
Lea. (Interpolasi yang diketahui telah
dibuka daripada teks ini.)
XVII. Sekarang aku memerintahmu, anak-anakku, supaya
jangan mencintai wang, atau memandang kecantikan perempuan; sebab demi wang dan
kecantikan aku telah disesatkan kepada Batsua orang Kanaan.
XVIII. 2. Oleh itu, berjaga-jagalah, hai
anak-anakku, terhadap zina, dan cinta wang, dan dengarlah Yehuda bapamu.
3. Sebab hal-hal ini menjauhkan engkau daripada
hukum Tuhan,
Dan membutakan kesudian jiwa,
Dan mengajar keangkuhan,
Dan membuatkan seseorang tidak berbelas kasihan
untuk tetangganya.
4. Hal-hal ini merampas segala kebaikan daripada jiwanya,
Dan menindasnya dengan kerja keras dan kesukaran,
Dan melahap dagingnya.
5. Dia menghalangi korban-korban Tuhan;
Dia tidak mendengarkan seorang nabi apabila dia
berbicara,
Dan membenci kata-kata kesalehan.
XIX. Hai anak-anakku, cinta wang membawa kepada
keberhalaan; sebab, bila disesatkan melalui wang, manusia memanggil tuhan
benda-benda yang bukan tuhan, dan ini menyebabkan sesiapa yang memilikinya
menjadi gila. 2. Sebab demi wang aku kehilangan anak-anakku, dan kalau bukan
kerana pertaubatanku, serta doa bapaku diterima, aku sudah pasti mati tak
beranak. 3. Namun Tuhan bapa-bapaku mengasihani aku, sebab aku melakukannya
dalam keadaan tidak tahu. 4. Raja penipuan membutakan aku, dan aku berdosa
sebagai manusia dan sebagai daging, dirosakkan melalui dosa-dosa.
XXVI. Oleh itu, taatilah, hai anak-anakku, seluruh
hukum Tuhan, sebab ada pengharapan bagi semua yang taat setia pada semua
jalanNya.
Terdapat
tema jelas di sini, dan penulis Kitab Pengkhotbah berkata berikut tentang
subjek sama:
Pengkhotbah 5:10 Siapa
mencintai uang tidak akan puas dengan uang, dan siapa mencintai kekayaan tidak
akan puas dengan penghasilannya. Inipun sia-sia. (RSV)
Bagaimanapun,
Rabai Kushner kemudian menghubungkan isu ini kepada masalah kekal
anti-Semitisme terpendam yang lazim timbul daripada rasa iri hati.
Jika sesetengah orang Yahudi bising dan agresif atau
bersalah melakukan amalan-amalan perniagaan tidak beretika (seperti ramai orang
lain), seseorang berhak membenci mereka sebagai individu tetapi tidak berhak
meluaskan rasa benci itu kepada anggota-anggota tidak bersalah kumpulan lebih
besar. Anti-Semitisme, seperti semua prasangka agama dan bangsa, ialah tanda
bahawa ada masalah dengan si pembenci,
bukan mangsanya) op.cit., ms 262).
Pembelaan Yahudi
Patriak
Yehuda menunjukkan belas kasihan besar dan kecekapan lisan hebat sebagai
pembela saudara tirinya Benyamin (Kejadian 44:16-34), sehinggakan dia
meluluhkan hati Yusuf di Mesir. Yehuda dengan mulianya mengambil peranan
pelindung, dan tindakan perantaraannya yang umpama Kristus bagi pihak
saudaranya mungkin telah menghubungkan mereka berdua dengan rapat sekali
sehingga, pada perpecahan Kerajaan susulan kemangkatan Salomo, Benyamin
bersekutu dengan Yehuda (bersama-sama separuh daripada suku Lewi) dan bukan
dengan suku Yusuf saudara kandungnya. Ini jelas perbuatan Tuhan sebagai
sebahagian daripada rencanaNya yang kian ternyata.
Susunan
rancangan ini telah disahkan dan diabadikan awal-awal lagi oleh Daud (dari
Yehuda) dan anak Raja Saul iaitu Yonatan (dari Benyamin), sebagaimana tercatat
dalam 1 Samuel 20:42. Nama Benyamin
bererti anak tangan kanan, jadi
nampaknya dia dan keturunannya akan sentiasa ditakdirkan untuk menjadi orang
kanan Yehuda. Ironinya mereka kebanyakannya orang kidal dan hampir dihapuskan
kerana keberlainan mereka. Kanan juga
bermakna Selatan, sebab ‘hadapan’ sentiasa menghadap Timur dalam Ibrani. Apa
yang menarik ialah kota raja Yerusalem nampaknya terletak dalam lingkungan
sempadan dalam sejarah suku Benyamin dan bukan Yehuda, seperti yang mungkin
disangka. Selain itu, Yusuf mungkin unggul di Mesir, tetapi nampaknya Yehuda
yang berkuasa di Yerusalem (secara metafora disebut sebagai Mesir).
Keadilan
harus dilaksanakan dan dijalankan dengan betul dan pemutarbelitan keadilan oleh
Yehuda dan suku lain akan dihukum, sama seperti Talmud memutarbelitkan
Hukum-hukum Tuhan dan akan dimusnahkan.
Tujuan
asas pembelaan sepatutnya untuk membela mereka yang tidak bersalah dan serba
kekurangan (Mazmur 82:2-4) atau untuk cuba mengurangkan hukuman seorang yang
bersalah; ia tentunya bukan untuk melepaskan orang bersalah atas alasan-alasan
teknikal undang-undang. Ia bukan kewajipan mana-mana peguam untuk mencari dan
mempergunakan jalan keluar dari segi undang-undang atau membela mereka yang
tidak boleh dibela, hingga merugikan sistem keadilan suatu negara dan
masyarakat secara umumnya. Kelakuan tidak beretika seperti itu, dengan sengaja
melanggar roh hukum, akan dihukum
Tuhan dalam Zaman Akhir. Dia berkata Dia membenci ketidakadilan dan
pemutarbelitan sistem keadilan (lihat Ayub 8:3; 36:17). Agar ia paling
berkesan, keadilan juga harus cepat dan orang yang benar-benar bersalah dihukum
sebagai amaran kepada orang lain. Taurat cukup spesifik tentang perlunya
keadilan sejati untuk semua orang.
Keluaran 23:6-8 Janganlah engkau memperkosa
hak orang miskin di antaramu dalam perkaranya. 7 Haruslah kaujauhkan
dirimu dari perkara dusta. Orang yang tidak bersalah dan orang yang benar tidak
boleh kaubunuh, sebab Aku tidak akan membenarkan orang yang bersalah. 8
Suap janganlah kauterima, sebab suap membuat buta mata orang-orang yang melihat
dan memutarbalikkan perkara orang-orang yang benar. (RSV)
Nabi
Yesaya tahu tentang keadaan pada zamannya dan meramalkan perkara sama berlaku
dalam Zaman Akhir ini, sesuai dengan penerapan ganda dua kebanyakan ayat Kitab
Suci.
Yesaya 59:4 Tidak ada yang
mengajukan pengaduan dengan alasan benar, dan tidak ada yang menghakimi dengan
alasan teguh; orang mengandalkan kesia-siaan dan mengucapkan dusta, orang
mengandung bencana dan melahirkan kelaliman. (RSV)
Nampaknya
kebenaran, keadilan dan layanan wajar amat penting bagi Tuhan sebab
syarat-syarat begitu bagi golongan pemimpin dan umat cukup lazim disebut dalam
Kitab Suci (contohnya Yeremia 23:5; Yehezkiel 45:9).
Amsal 21:3 Melakukan kebenaran
dan keadilan lebih dikenan TUHAN dari pada korban.
Sebab
tanpa keadilan (tsedek, SHD 6664)
maka tiada kebenaran (tsedek), dan
begitu juga sebaliknya. Dan sebagaimana penulis Pengkhotbah ingatkan dan nabi
Yesaya larangkan:
Pengkhotbah 5:8 Kalau engkau
melihat dalam suatu daerah orang miskin ditindas dan hukum serta keadilan
diperkosa, janganlah heran akan perkara itu, karena pejabat tinggi yang satu
mengawasi yang lain, begitu pula pejabat-pejabat yang lebih tinggi mengawasi
mereka. (RSV)
Yesaya
56:1-2 Beginilah firman TUHAN: Taatilah
hukum dan tegakkanlah keadilan, sebab sebentar lagi akan datang keselamatan
yang dari pada-Ku, dan keadilan-Ku akan dinyatakan. 2 Berbahagialah
orang yang melakukannya, dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang
memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari
setiap perbuatan jahat. (RSV)
Sekali
lagi, keadilan dan kebenaran di sini bersinonim dan saling
bertukar.
Penurutan Taurat
Nampaknya
Yehuda atau Lewi telah ditugaskan sebagai ahli tulis atau ahli taurat Tuhan (chaqaq, SHD 2710). Sesetengah orang Keni
juga mempunyai tugas ini. Ahli-ahli taurat ini dipanggil sebagai Sopherim (daripada saphar, SHD 5608) sejak zaman Ezra, dan diberi tugas memelihara
Kitab Suci dengan setia sepanjang abad-abad (Mazmur 60:7 dan 108:8). Ada
dicatatkan bahawa orang Yahudi dan Lewi ditugaskan sebagai penjaga Firman Tuhan
dari mula (Roma 3:1-2), namun begitu, itu hanyalah
sehingga kematian Mesias dan pembentukan Jemaat-jemaat Tuhan daripada para
Rasul seterusnya (lihat karya Firman Tuhan (No. 184).
Mungkin
kebolehan-kebolehan semulajadi orang Yahudi dan Lewi, dengan dedikasi dan
ketelitian mereka, yang khususnya membuatkan mereka sesuai untuk tugas menulis
ayat-ayat suci. Mengikut tradisi, suatu ritual terperinci dan penuh hormat
untuk menyalin Kitab Suci diperlukan, dalam mana setiap huruf sendiri dianggap
suci, jadi tiada huruf bersebelahan diizin menyentuhnya; setiap perkataan harus
dibaca kuat dari versi asal teks itu; dan setiap huruf dan perkataan dihitung
untuk memastikan tiada yang ditambah atau ditinggalkan, sesuai dengan perintah
dalam Taurat (Ulangan 4:2).
Umat
Kristian tentu sekali berhutang besar terima kasih kepada ahli-ahli Taurat
kerana setia menyalin dan memelihara Kitab Suci Ibrani (Tanakh) selama beratus-ratus tahun, supaya, pada waktu yang tepat,
ia dapat diterjemahkan kepada semua bahasa dunia, seperti yang masih dilakukan
hari ini. Bagaimanapun, mereka tetap memperlakukan Kitab Suci sesuka hati mereka
namun memelihara teks-teks itu sebagai rekod kekal dan yang kita kenali hari
ini (lihat sebagai contohnya nota-nota The
Companion Bible kepada teks-teks itu).
Tambahan
lagi, Israel selebihnya nampaknya lebih cenderung mengurangkan ketegasan
Hukum-hukum tuhan, hingga akhirnya memutuskan bahawa Hukum-hukum ini telah
dibatalkan sama sekali dan bahawa kita berada di bawah “rahmat” semata-mata
dalam dispensasi Kristian baru. Nampaknya pseudo-Kekristianan begitu
terburu-buru untuk memisahkan dirinya daripada segala perkara Yahudi dan orang
Yahudi (sehingga baru-baru inipun dikenali sebagai “pembunuh Kristus”), mereka
sudah lupa bahawa kebanyakan Kristian generasi pertama merupakan orang Yahudi
atau Ibrani daripada semua dua belas suku Israel, terletak dalam Yudea dan
dalam Diaspora, dan yang tidak serta-merta meninggalkan kepatuhan mereka kepada
Taurat apabila mereka menjadi Kristian terbaptis. Mereka terus beribadah di
dalam Sinagog-sinagog tempatan mereka, walaupun ramai dibuang kemudian
sebagaimana Yesus/Yehoshua katakan akan terjadi (Yohanes 16:2; lihat juga
Yohanes 9:22), mungkin kerana mereka menyebut “bidaah” bahawa Mesias pembebasan
mereka yang sudah lama ditunggu-tunggu sudahpun muncul, namun dibunuh dengan
aib. Ini bukanlah jenis informasi yang kebanyakan orang ingin tahu (lihat Kisah
bab 7).
Dalam
Kisah 24, Paulus menyatakan dengan tegas di hadapan wali (gabenor) Rom iaitu
Felix dan ramai Yahudi terkenal bahawa dia masih mentaati Hukum.
Kisah 24:14 Tetapi aku mengakui
kepadamu, bahwa aku berbakti kepada Allah nenek moyang kami dengan menganut
Jalan Tuhan, yaitu Jalan yang mereka sebut sekte. Aku percaya kepada segala
sesuatu yang ada tertulis dalam hukum Taurat dan dalam kitab nabi-nabi. (RSV)
Ini bukan
hanya Paulus mempercayai segala sesuatu
dalam Hukum tetapi kemudian tidak bertindak menurut kepercayaan itu. Malahan ia
sebaliknya, dan pernyataannya di sini menyangkal pendapat antinomian bahawa
Paulus memburukkan Hukum dalam pelbagai suratnya yang lain.
Bertentangan
dengan kesanggupan golongan pseudo-Kristian dalam hanya beberapa abad untuk
membatalkan Hukum, Yehuda lazim pergi ke ekstrim yang satu lagi. Mereka
cenderung memperkenalkan makin banyak peraturan dan larangan, sekalipun mungkin
dengan tujuan mulia, sambil mendakwa semua ini sebahagian daripada Hukum Lisan
yang diberikan kepada Musa. Elemen-elemen tertentu Judaisme juga merasakan
perlu untuk meletakkan pagar di sekeliling Hukum-hukum Tuhan seperti yang
ditunjukkan, contohnya, oleh 39 larangan Sabat mereka, yang mana sedikit saja
daripadanya menyerupai perintah-perintah asal berhubungan Sabat dalam Taurat
seperti yang diberi secara langsung oleh Malaikat Perjanjian (yang menjadi
Mesias).
Geza
Vermes, dalam bukunya The Religion of
Jesus the Jew (SCN Press, London, 1993), berkata begini tentang
larangan-larangan itu.
“Kita harus menunggu sehingga Buku Yobel (50.6-9)
pada pertengahan abad kedua BC, dan undang-undang Dokumen Damsyik (10.14-12.6)
separuh abad kemudian, sebelum menemui percubaan pertama pensisteman, dan
sehingga bahagian relevan Mishnah (Shab. 7.2) sebelum mendapat satu senarai
terperinci untuk tiga puluh sembilan kelas perbuatan yang dilarang.” (nota kaki
ms 12).
Mishnah
disusun kira-kira 200 CE, lama selepas kejatuhan Bait. Justeru selepas sekian
lama Taurat bertulis dihasilkan barulah apa yang dipanggil Hukum Lisan ini
dikodkan. Tindakan menjadikan hukum-hukum lebih mengikat dan membebankan tanpa
diperlukan inilah yang dikutuk Yehoshua (lihat Matius 23:1 dan seterusnya). Dia
nyata mengenali perbezaan antara Hukum-hukum yang diberikannya kepada Musa dan
apa yang ditambah kemudian oleh mereka yang terlalu bersemangat, dan sering
bergaya saleh serta bersifat hipokrit.
R.
Kushner memberikan perspektif Yahudi tentang Hukum Tuhan atau Taurat dan kenapa
ia masih mengikat bagi semua yang menegaskan mereka mengasihi Tuhan dan
bertindak sebagai sebagai hamba-hambaNya hari ini.
“Kita pelajari dua pengajaran daripada kisah-kisah
yang kami ceritakan tentang diri kami: bahawa Tuhan mengasihi kami dan bahawa Tuhan memerlukan
kami.
Tuhan menunjukkan kasihNya untuk kita dengan
menjangkau ke bawah untuk merapatkan jurang yang begitu besar antara Dia dan
kita. Dia menunjukkan kasihNya untuk kita dengan mengundang kita untuk masuk ke
dalam Perjanjian denganNya, dan dengan mengongsikan TauratNya yang indah dengan
kita. Idea bahawa memberi kita hukum ialah satu tanda kasih Tuhan merupakan
salah satu perbezaan teologi dasar antara Judaisme dan Kekristianan [aliran
umum]. …Hukum perintah dianggap [oleh Kekristianan] sebagai instrumen Tuhan
yang kasar, suka membatasi dan menghukum, dan perlu diganti dengan peraturan
kasih dan pengampunan. Judaisme – walaupun mengagumi kasih dan pengampunan … -
melihat peranan Hukum berbeza sepenuhnya. Menurut pandangan kami, ibu atau bapa
tidak menunjukkan kasihnya dengan memberitahu seorang anak, “Buatlah apa saja
yang engkau ingin, dan aku akan tetap mengasihimu.” Itu bukan kasih tetapi
suatu pelepasan tanggungjawab. … Orang Yahudi sudah faham dari mula bahawa
agama kami ialah agama kasih kerana ia tidak membiarkan kami menemukan jalan
kami dalam hidup tanpa bantuan. Ia memberi nasihat, wawasan, dan pedoman.” (op.
cit., ms 47-8)
Dia
teruskan dengan memberikan beberapa buah fikiran yang patut diperhatikan oleh
Kristian antinomian khususnya.
Kita cenderung menganggap hukum perintah sebagai
membataskan kebebasan kita. … Namun Judaisme menegaskan bahawa hidup menurut
hukum-hukum Tuhan bukan saja hal ketaatan, tetapi sejenis kebebasan yang lebih
penting lagi.
Mungkin nampak pelik bercakap tentang Taurat, dengan
pelbagai peraturan dan larangannya, sebagai satu sumber kebebasan. … Kebebasan
yang ditawarkan Hukum ialah kebebasan atlit yang mendisiplinkan tubuhnya agar
dia bebas melakukan secara jasmaniah segala yang kamu dan saya tidak mampu
lakukan. Ia kebebasan dalam mana kita menjadi tuan kepada nafsu dan bukan
abdinya. … Kebebasan yang Taurat berikan kepada kita ialah kebebasan untuk
berkata tidak kepada nafsu….
Hukum tidak menjadikan kita orang berdosa. Hukum
cuba menjadikan kita cukup kuat untuk melawan banyak godaan untuk berdosa yang
manusia hadapi setiap hari. …Karunia kedua Hukum itu ialah pesan yang
mententeramkan bahawa kita dan setiap pilihan moral kita diambil berat pada
peringkat tertinggi. …
Tetapi apa yang gaya hidup Yahudi lakukan dengan
mengenakan peraturan pada kebiasaan memakan, tidur, dan bekerja kita adalah
dengan mengambil aktiviti-aktiviti yang paling biasa dan remeh dan menanamnya
dengan erti yang lebih dalam, dan mengubah tiap satunya kepada kesempatan untuk
mentaati (atau mengingkari) Tuhan (ibid., ms 50-4).
Ini
sesungguhnya nasihat baik untuk menguruskan kebanyakan aspek hidup. Memang
benar bahawa, melalui disiplin diri dan penyangkalan diri, kita mampu mentaati
Hukum itu dari segi aspek jasmaniahnya; bagaimanapun, masih ada penerapan
rohaniah yang lebih penting yang perlu ditangani.
Masalahnya
ialah Judaisme sebagai satu agama telah merosakkan Hukum Tuhan dengan tradisi.
Amalan itu harus dihentikan dan kelakuan Yehuda serta Lewi diperbetulkan.
Yehoshua sebagai seorang
Yahudi patuh-Taurat
Geza Vermes
juga tegas tentang ketaatan Yesus/Yehoshua kepada Hukum Musa:
… Yesus bukan saja tidak menentang Taurat secara
prinsip atau tidak ingin patuh kepadanya dalam amalan, bersedia bila perlu
untuk memilih antara kewajiban-kewajiban bertentangan, tetapi dia mengakui
Hukum Musa sebagai batu dasar Judaismenya (op.cit., ms 188-9).
Vermes
terus dengan tema ini pada mukasurat 194:
Seperti yang jelas ditunjukkan dalam bab 2, Yesus
tidak membuat sebarang cubaan untuk membataskan, atau campur tangan dengan,
Taurat; dia sebaliknya memeluknya sebagai kerangka diakui Judaisme. Dia
berusaha keras untuk menekankan kealiman dalaman bagi penganut individu
Kerajaan syurga. Ringkasnya, dia mengambil, memperkuatkan dan berusaha tegas
untuk memasukkan ke dalam Judaisme rakyat biasa pengajaran bernubuat indah agama dari hati (lihat Yesaya 29:13) (penekanan ditambah).
Lebih
awal dalam bukunya, penulis di atas membuat komen berikut, yang bersetuju
dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas oleh Rabai Kushner berkenaan
ketaatan Taurat.
Dengan ringkasnya, peninjauan pengajaran Yesus dalam
perumpamaan, proklamasi dan pepatah telah menunjukkan bahawa, syarat-syarat
perlu ialah sikap tidak dipengaruhi harta milik, kepercayaan tanpa soal dalam
Tuhan dan penundukan sepenuhnya kepada dia. Hakikat bahawa segala kewajipan
yang ditentukan umumnya dinyatakan dalam istilah etika dan bukan ‘perundangan’
seharusnya tidak membuat sesiapapun terbayang bahawa pengajaran eskatologi
Yesus bertentangan dengan ketaatannya kepada Hukum. Persetujuan rekapitulasinya
akan Taurat sebagai kasih Tuhan dan kasih manusia itulah yang membawa ahli Taurat bersimpati itu
‘dekat kepada Kerajaan’ (Markus 12:34). Mungkin lebih jelas lagi, dalam Doa
Tuhan (Matius 6:10) permohonan, ‘Datanglah KerajaanMu’, diikuti oleh, ‘jadilah
kehendakMu’, suatu kehendak ilahi yang dimengerti Judaisme semua zaman sebagai
dinyatakan dan ditunjukkan dalam perintah-perintah yang diterima Musa di atas
Gunung Sinai (Vermes, ibid., ms 148-9;
penekanan ditambah).
Mesias
datang untuk memperkenalkan dimensi rohaniah
yang amat penting yang mustahil kita lahirkan dalam diri kita. Bagaimanapun,
dengan berbuat begitu, dia tidak “menghancurkan kata-kata Hukum” sebagaimana
didakwa oleh Ernst Kaesemann dalam Essays
on New Testament Themes (diterjemah oleh W.J. Montague, Lond., 1964).
Vermes membalas Kaesemann seperti berikut, dan nota kakinya menyatakan tentang
Yesus menjelaskan erti sebenar Hukum:
Kebetulannya, antitesis Yesus tidak berbeza secara
struktur daripada apa yang, menurut Markus 7.10-13 (Matius 15.4-6), orang
Farisi dikatakan telah mengajukan doktrin mereka berkenaan qorban: ‘Musa berkata … tetapi kamu [Yesus] berkata’ (Markus), atau
lebih tegas lagi, ‘Tuhan berfirman … tetapi kamu berkata’ (Matius).
Sememangnya, seseorang boleh memperdebatkan alamiah perbezaan-perbezaan
berkenaan, tetapi pokok persoalannya adalah bahawa sekiranya ajaran Yesus
‘melanggar kata-kata Hukum’, maka ajaran orang Farisi juga nampaknya berbuat
demikian, dan ini sememangnya karut.28
Nota kaki 28: Dalam kata-kata seorang sarjana Perjanjian Baru
terkenal, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi ‘mengubah Hukum Tuhan’, sementara dalam kasus
Yesus, ini hal ‘Anak membentangkan erti sebenarnya’ (C.E.B. Cranfield, The Gospel according to Saint Mark (1959), 237).” (ibid., ms 31, penekanan ditambah)
Dia yang
dikenali sebagai Yesus Kristus dipanggil oleh rakan-rakan Yahudinya sebagai
Rabai banyak kali (Matius 23:7-8; Yohanes 1:38,49; 20:16, dsb.), jadi mungkin
penghormatan patut diberi untuk kebijaksanaannya dan kebolehannya mengajar
sebagaimana untuk mana-mana Rabai lain sebelum atau selepas, seperti Gamaliel,
Akiba atau Rashi. Sebagai Rabai dia berbicara hampir khususnya kepada Yahudi
lain zamannya, dan mungkin merupakan Guru Kebenaran yang ditunggu yang
disebutkan oleh golongan Essene.
Jelas
diketahui sepenuhnya bahawa dia tidak membatalkan Taurat sama ada ketika dia
hidup atau dengan kematian dan kebangkitannya, sebagaimana yang disalah tuntut
begitu ramai Kristian hari ini. Dia tidak berkata kepada pemimpin Yahudi kaya
yang mencari jalan terbaik untuk hidup kekal, “Taatilah segala Perintah buat
masa ini tetapi, ketahuilah, bahawa kematian dan kebangkitanku akan
menghapuskan semua Hukum Tuhan ini yang memangpun kebanyakan orang dapati
begitu membebankan dan sukar, sebab semua orang akan berada di bawah rahmat
dari waktu itu” (Lihat Lukas 18:18-30). Penting diperhatikan juga bahawa
Perintah Keempat yang menuntut pemeliharaan Sabat hari ketujuh sama sekali
terlalu jelas untuk disebut di sini, namun tidak mungkinpun dianggap terhapus
dengan kesenyapan Kristus tentang hal itu.
Bapa-bapa
Kaum dan para nabi merupakan sebilangan kecil orang dalam Kitab Suci Ibrani
yang dicatat sebagai telah menerima Roh Tuhan, kuasa Tuhan. Abraham dipanggil “sahabat Tuhan” (2 Tawarikh 20:7),
sementara Daud dikenali sebagai “seorang yang berkenan di hatiNya” (1 Samuel
13:14). Mereka diberikan Roh Tuhan dan dipimpin olehnya. Merekalah antara orang
yang mula-mula menerima Roh namun jauh daripada unik dalam hal ini. Ini
sebabnya Mesias mempunyai Kedatangannya dan memulakan pengajaran tentang
aspek-aspek lebih tinggi Hukum dan kebolehdapatan Roh Kudus kepada bilangan
orang yang jauh lebih ramai daripada sedikit saja lelaki dan perempuan yang
khusus disayangi yang telah menerimanya hingga waktu itu, untuk membolehkan
pemeliharaan Hukum dengan lebih tepat lagi daripada apa yang mungkin
sebelumnya.
Melalui
Mesias, Tuhan sebenarnya memberi kita semua peluang untuk menjadi “sahabat” Nya
dan “seorang yang berkenan di hatiNya”. Dia bermaksud agar semua umat manusia
yang pernah wujud dipanggil ke dalam Tubuh Israel pada waktu tertentu, diberi
Roh itu agar mereka lebih mampu memelihara maksud penuh (iaitu roh) Hukum,
kemudian diubah akhirnya menjadi makhluk-makhluk rohani yang setara dengan para
malaikat di Syurga dan dengan itu menjadi Anak-anak Tuhan sepenuhnya; dan
sesudah itu memiliki hidup kekal.
Kedatangan Mesias
Orang
Yahudi umumnya tidak pernah menerima bahawa orang yang dipanggil Yesus Kristus,
atau Yehoshua ben Yoseph, ialah Mesias yang dijanjikan, meskipun banyak rujukan
kepadanya dalam Tanakh. Satu contoh
adalah daripada Zakharia, dalam mana Mesias dinubuatkan sebagai dia yang
dibunuh dengan ditikam.
Zakharia 12:10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan
roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah
mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal,
dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. (RSV)
Dia tidak
akan ditikam pada Kedatangannya yang mulia sebagai Raja-Mesias, jadi nampaknya
logik bahawa orang yang disebutkan di sini pasti telah ditikam pada satu masa
dahulu, kemudian dibangkitkan untuk dilihat sekali lagi oleh mereka yang telah
menikamnya pada satu waktu tertentu di masa depan. Dia orang sama yang ditikam
oleh orang Yahudi (secara berwakil) dan orang Rom kafir (secara bertugas),
justeru dia telahpun mempunyai satu Kedatangan … dan kebanyakan orang Yahudi,
waktu itu dan sekarang, tidak mengetahuinya atau tidak ingin menerimanya.
Yohanes, murid yang disayangi Yesus, yang merupakan seorang Lewi, menyatakan
secara mutlak bahawa Ayat Suci di atas merujuk kepada Yesus atau Yehoshua ben
Yoseph yang sama ini.
Yohanes 19:37 Dan ada pula nas
yang mengatakan: "Mereka akan memandang kepada Dia yang telah mereka
tikam." (RSV)
Teks
dalam Zakharia yang tidak tersangkal lagi merujuk kepada dua Kedatangan
berasingan bagi seseorang, dia yang diakui oleh mualaf-mualaf Yahudi yang
mula-mula dan semua Kristian kemudiannya sebagai Mesias yang sudah lama
ditunggu-tunggu. (Lihat juga Komentar tentang Zakharia
(No. 297)). Jadi Kedatangan pertamanya menurut Yehuda akan sebenarnya
merupakan Kedatangan keduanya, apabila dia akan muncul sebagai Raja-Mesias.
Apabila mereka bangkit dalam Kebangkitan Kedua orang mati, semua yang telah
menikam Mesias, atau mereka yang telah memintanya dilakukan, akan menghadap
pengadilan di hadapannya. Ini dibincangkan dalam karya Kedatangan Mesias
(No. 210).
Satu lagi
Ayat Suci yang membayangkan dua Kedatangan dari sudut pandangan sejarah ditemui
dalam Daniel 2:31-45. Secara umumnya diakui bahawa paha besi patung ini
mewakili Empayar Rom, kerajaan keempat yang wujud pada zaman Mesias, dan batu yang terungkit lepas tanpa perbuatan
tangan manusia ialah Mesias sendiri. Batu ini ditunjukkan menimpa patung
besar ini pada kakinya yang diperbuat
daripada campuran besi dan tanah liat dan bukan pada pahanya; dengan kata lain,
Mesias tidak memusnahkan Empayar Rom dan penakluk Yudaea pada Kedatangan
pertamanya sebagai Yesus Kristus. Kerajaan itu berkekalan selama beberapa ratus
tahun selepas kematian dan kebangkitannya, tanpa Kerajaan jasmaniah yang
dijanjikan itu didirikan atas Bumi ketika waktu itu.
Kebetulan
pula, selain bercakap tentang dua Kedatangan Mesias, nabi Zakharia (Yehezkiel
juga) bercakap tentang kebangkitan pasti orang mati kepada kehidupan, agar
golongan Saduki tidak beralasan apabila cuba menyangkal apa-apa kebangkitan
pada masa depan (lihat Matius 22:23; Lukas 20-27 dan seterusnya). Selain itu,
Paulus, yang berasal daripada suku Benyamin, bercakap kepada wali Rom untuk
Yudaea, Felix, dan isterinya orang Yahudi, dan membangkitkan beberapa isu yang
tidak menyenangkan tentang keadilan dan kebangkitan untuk diadili.
Kisah 24:24-25a Dan setelah
beberapa hari datanglah Feliks bersama-sama dengan isterinya Drusila, seorang
Yahudi; ia menyuruh memanggil Paulus, lalu mendengar dari padanya tentang
kepercayaan kepada Yesus Kristus. 25 Tetapi ketika Paulus berbicara
tentang kebenaran, penguasaan diri dan penghakiman yang akan datang, Feliks
menjadi takut … (RSV)
Pada
peringkat tertentu kita semua dituntut untuk mengakui bahawa Mesias sememangnya
telahpun datang sekali ke Bumi ini. Pengertian bahawa dia akan mendirikan
Kerajaan jasmaniah pada waktu itu juga, dan dengan itu, bahawa Yehoshua ben
Yoseph tidak mungkin merupakan Mesias yang dijanjikan, adalah salah.
Sebaliknya, dia mendirikan Kerajaan itu secara rohaniah dalam hati dan fikiran
beberapa muridnya yang setia pada waktu itu, dan dengan Kerajaan milenium di
Bumi tidak didirikan sehinggalah selepas Kedatangan Keduanya.
Wahyu 1:4-7 Dari Yohanes kepada
ketujuh jemaat yang di Asia Kecil: Kasih karunia dan damai sejahtera menyertai
kamu, dari Dia, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, dan dari
ketujuh roh yang ada di hadapan takhta-Nya, 5 dan dari Yesus
Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang
berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah
melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya-- 6 dan yang telah
membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya,
--bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin. 7
Lihatlah, Ia datang dengan awan-awan dan setiap
mata akan melihat Dia, juga mereka yang telah menikam Dia. Dan semua bangsa
di bumi akan meratapi Dia. Ya, amin. (RSV)
Sekali
lagi, Wahyu 1:7 mengandungi erti berganda. “Setiap orang yang telah menikamnya”
mungkin tidak berada di situ untuk menyaksikan secara peribadi Mesias datang
dengan kemuliaan besar dalam awan; bagaimanapun, mereka dan semua orang lain
pasti akan melihatnya pada suatu waktu sesudah mereka dibangkitkan untuk hidup
sekali lagi, sama ada dalam Kebangkitan Pertama atau Kedua.
Malah
mungkin juga beberapa daripada perajurit Rom dan orang lain yang mempunyai
peranan dalam kematian Mesias akan berada dalam Kebangkitan Pertama dan dengan
itu menemuinya secara literal di udara pada Kedatangan Keduanya. Beberapa ayat
Suci membayangkan hal ini (Matius 27:54; Markus 15:39; Lukas 23:47). Sebagai
contoh, kepala pasukan kafir yang mengakui secara lisan Yesus/Yehoshua sebagai
Anak Tuhan, jadi mungkin sekali dia kemudiannya bermualaf dan menjadi murid
bersama-sama ramai orang lain yang menyaksikan penyaliban itu.
Matius 27:54 Kepala pasukan dan
prajurit-prajuritnya yang menjaga Yesus menjadi sangat takut ketika mereka
melihat gempa bumi dan apa yang telah terjadi, lalu berkata: "Sungguh, Ia
ini adalah Anak Allah." (RSV)
Memang
pelik nampaknya bahawa seorang Bangsa lain mengenali Mesias sedangkan begitu
ramai Yahudi zaman itu tidak mengenalinya. Malahan, ini merupakan peristiwa
kedua yang dicatatkan bilamana seorang Bangsa lain mengenali Kristus sebagai
Mesias, yang mana kali pertamanya adalah apabila dia berbicara dengan perempuan
Samaria di sumur itu (Yohanes 4:4 dan seterusnya). Ramai pemimpin Yehuda iri
hati dengan Yehoshua ben Yoseph, dan ini mungkin sebab utama untuk
mengingininya mati (lihat Matius 27:18). Seperti kata pepatah, ‘buat jahat
dibalas jahat’ atau, dalam Ibrani, mida
keneged mida (literal, ‘ukuran dibalas ukuran’, iaitu balasan setimpal oleh
Tuhan untuk baik atau jahat). Orang Yahudi menganiaya Jemaat tanpa henti dan
itulah sebabnya kenapa mereka mengingini nabi Muhammed dan kumpulan kecil di
Arabia dibunuh agar ia dihapuskan. Iri hati dan pembunuhan ini kemudian dibalas
kembali dengan bunga ke aas keturunan mereka sendiri sepanjang dua milenium
sehingga Holocaust abad ke 20.
Nyanyian-nyanyian Hamba
Seorang
lagi penulis Yahudi, Stuart Sacks, dalam Revealing
Jesus as Messiah (Christian Focus Publ., Scotland, 1998, ms 89), membuat
pemerhatian ini:
Beberapa penulis Talmud telah menyedari kemungkinan
bahawa penderitaan terikat dengan pekerjaan Mesias [Babyl. Talmud, tractate
Sanhedrin 98b]. Antara doa-doa kuno yang diucapkan untuk Hari Pendamaian boleh
ditemui kata-kata Eleazar ben Qalir (mungkin selewat AD 1000): ‘Mesias kami
yang adil telah meninggalkan kami; kami lumpuh ketakutan, dan tiada sesiapa
untuk membenarkan kami. Segala kejahatan kami dan kuk pelanggaran kami
dipikulnya, dan dia tertikam oleh kerana pemberontakan kami. Dia mengangkat
dosa-dosa kami di atas bahunya untuk mendapatkan pengampunan untuk segala
kejahatan kami.’ (lihat Yesaya 53:4-5).
Jadi
nampaknya beberapa penulis Yahudi mengakui (sekalipun dengan diam-diam) hakikat
bahawa Mesias sebenarnya sudah datang dan pergi. Geza Vermes, dalam bukunya Yesus orang Yahudi (SCM Press Ltd,
Lond., 1983, ms 135), juga menyebut kemungkinan ini.
Sebagai tambahan kepada konsep raja, spekulasi
Mesias dalam Judaisme purba termasuk idea-idea Mesias bersifat imam dan nabi,
dan dalam beberapa kasus, seorang Mesias yang boleh melaksanakan semua fungsi
ini dalam satu. Tambahan lagi, ada waktunya renungan dan termenung khuatir
saling beriringan dengan kepercayaan bahawa Dia yang Diurapi sudahpun datang.
Skrol-skrol
Laut Mati menunjukkan bahawa pengertian masyarakat di situ adalah bahawa Mesias
ialah orang sama, dengan dua Kedatangan. Kedatangan pertama adalah sebagai
Imam-Mesias dan kedua sebagai Raja-Mesias. Teks-teks dikaji dalam simbolisme
Imam Besar pada Yom Kippur dan dikaji
dalam karya Hari Pendamaian (No. 138)
dan Azazel dan Pendamaian (No.
214).
Yesaya 53
salah satu daripada satu siri kecil teks yang dicatatkan oleh nabi Yesaya dan
biasanya dikenali sebaai Nyanyian-nyanyian
Hamba (juga Yesaya 42; 49; 50; 52:13-15; sebahagian 40 dan 61 juga). Stuart
Sacks berkata begini tentang Nyanyian terakhir:
Walaupun masyarakat Yahudi secara tradisinya
memikirkan Nyanyian Hamba terakhir ini dari segi Mesias, betapa indahnya hari
itu apabila ramai orang kerabat Israel menerima kesaksian Kitab Suci yang boleh
dipercayai melalui orang-orang seperti Lukas dan Filipus [lihat Kisah 8:34-35].
Hakikatnya tetap bahawa lima ayat terakhir Nyanyian itu [52:1-53:12] cocok begitu baik sekali dengan Mesias sebagaimana
dia dinyatakan dalam abad pertama Palestine; jika ayat-ayat ini tidak
merujuk kepada Yesus, kita tiada idea sedikitpun akan siapa yang Yesaya
maksudkan (ibid., ms 68, penekanan ditambah).
Penulis
ini menambah bahawa Nyanyian yang kemudian “jelas mengenal pasti penderitaan
individu sebagai pengganti suatu bangsa yang memberontak”, dan orang yang
dikenali sebagai “Yesus (Yeshua)
merupakan penjelmaan sempurna perkataan yasha”
(maknanya menyelamat), sebab telah
dicatatkan bahawa Yesus (Yunani: Iesous)
akan menyelamatkan umatnya daripada dosa
mereka (Matius 1:21).
Kembali
kepada Tanakh, Pemazmur memberi
gambaran spesifik tanda-tanda, boleh dikatakan, tentang Mesias yang akan
datang.
Mazmur 22:16 Sebab anjing-anjing
mengerumuni aku, gerombolan penjahat mengepung aku, mereka menusuk tangan dan
kakiku. (RSV)
Itu hanya
satu contoh kecil daripada satu set lengkap kriteria yang diperlukan untuk
Yehoshua/Yesus diakui sepenuhnya sebagai Mesias yang dijanjikan. Selain tusukan
tangan dan kakinya dengan paku, ada juga tanda-tanda tusukan di sekeliling
kepala dia yang disalib ini daripada mahkota duri yang ditekan pada kepalanya.
Lubang-lubang dalam kulit kepalanya ini membuatkan darah meleleh menuruni
mukanya dan sampai ke cuping-cuping telinganya, sementara luka-luka pada tangan
dan kakinya membenarkan darah turun sampai ke ibu jari tangan dan kakinya.
Demikianlah Tuhan mengatur untuk Yehoshua ben Yoseph ditahbiskan sepenuhnya
sebagai seorang Imam, menurut upacara pentahbisan beristiadat Harun dan
anak-anaknya (dan semua keturunan imam mereka) seperti yang digambarkan dalam
Imamat 8:23-24 (lihat juga karya Persembahan Unjukan Berkas
(No. 106b)).
Malah
sekarang ini, sebagai Imam Besar dalam keimamatan Melkisedek, Yehoshua sanggup
dan mampu membuat perantaraan secara langsung kepada Allah Bapa bagi pihak
mereka yang dipanggil keluar dan dipilih yang hidup di Bumi, seperti yang
ditunjukkan Timotius.
1 Timotius 2:3-6 Itulah yang baik
dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, 4 yang menghendaki
supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran. 5
Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan
manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, 6 yang telah menyerahkan
diri-Nya sebagai tebusan bagi semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang
ditentukan. (RSV)
Yahudi untuk Yesus
Tuhan
tentunya mengingini setiap orang Yehuda untuk menjadi “Yahudi untuk Yesus”.
Tetapi Dia pastinya tidak mahu orang Yahudi membuang Monoteisme mereka dan
memeluk tuhan-tuhan palsu daripada konsep Trinitarian yang diikuti oleh
kebanyakan ‘Kristian’, dalam mana Yesus merupakan salah seorang daripada tiga
anggota setara dalam Ketuhanan eksklusif. Jika kepercayaan ini sukar sedikit
diterima dan kelihatan bertentangan dengan ‘Shema
Ysrael, ini adalah kerana ia tentu sekali berselisih dengannya.
Jika kita
sudah menerima bahawa Mesias telahpun mempunyai satu Kedatangan dan mati untuk
keselamatan semua orang di dunia, maka kita tidak perlu lagi bergelut dengan
konsep asing Trinitas ‘Bapa, Anak dan Roh Kudus’ kerana ia sama sekali tidak berdasar pada alkitab, dan tidak ditemui dalam Tanakh ataupun, hairannya, dalam
kitab-kitab Perjanjian Baru Kristian.
Suatu
tesis Trinitarian khusus mungkin termasuk yang berikut, walaupun mungkin dengan
kurang sedikit keikhlasannya daripada apa yang ditemui dalam ayat pembukaan.
Ini sebenarnya satu pengakuan yang agak berani memandangkan konsep Trinitas
sepatutnya sangat penting kepada kepercayaan Kristian. Oleh sebab umat Kristian
juga sepatutnya Umat Kitab, kita mungkin layak menjangkakan doktrin ini
dibentang jelas dalam Kitab-kitab Perjanjian Baru.
Kini diakui umum bahawa doktrin Trinitas tidak
ditemui dalam Perjanjian Baru. Pada waktu yang sama, orang lebih biasa mengakui
daripada keadaan kadang kala, bahawa Perjanjian Baru mengandungi bahan-bahan
daripada mana doktrin Trinitas terbentuk; dan semua ini boleh ditemui, bukannya
dalam teks-teks dalam mana nama-nama tiga “oknum” itu muncul bersama …, tetapi
sebaliknya dalam garis bentuk corak Trinitarian yang boleh dilihat, khususnya
dalam pemikiran Paulus dan Penginjil Keempat (The Holy Spirit in Christian Theology, George S. Hendry, SCM Press
Ltd, Lond., 1965, ms 30).
Ini bukan
begitu. Satu-satunya corak yang boleh
dilihat, selain daripada apa yang ada dalam khayalan subur manusia, dapat
disamakan dengan corak DNA yang ditemui dalam semua makhluk hidup. Blok-blok
binaan asasnya tetap sama, iaitu kita menggunakan ayat-ayat alkitab yang sama
untuk menjelaskan doktrin, namun kesimpulan-kesimpulan yang dicapai mungkin
berbeza sama sekali, sama seperti manusia dan gorila memiliki komposisi DNA
yang sama (mempunyai 98% gen yang sama) tetapi hanya satu saja akan mewarisi
hidup kekal.
Malah ada
pseudo-Kristian yang mendakwa bahawa idea Trinitas terkandung dalam Perjanjian
Lama atau Tanakh, sedangkan itu bukan
hakikatnya sama sekali. Satu poin sebegitu mengaitkan penggunaan istilah echad dan bukan yachid dalam ‘Shema Ysrael
bila bercakap tentang Tuhan ‘yang maha esa’. Karya Satu Bersama
dengan Bapa (No. 81) patut dipelajari untuk penjelasan penggunaan
istilah echad dalam ‘Shema.
Iman
Kristian asal, seperti yang
dihuraikan oleh Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, menyediakan alternatif berasaskan
alkitab kepada kepercayaan pilih-dan-campur atau sinkretik dan dipagankan milik
mereka yang dipanggil Kristian.
Pendamaian Yehuda dan Israel
Meskipun
dengan keberdosaan, pemberontakan dan cintanya yang tidak sihat terhadap
kekayaan dan status, nampaknya Yehuda menduduki tempat istimewa kasih sayang
dalam hati Tuhan.
Mazmur 114:2 maka Yehuda menjadi
tempat kudus [SHD 6944: kesucian, kekudusan]-Nya, Israel wilayah kekuasaan-Nya.
(RSV)
Sememangnya
juga, daripada Yehuda dan daripada keturunan Isai dan Daud, Mesias lahir untuk
keselamatan seluruh dunia.
Yesaya 11:10-13 Maka pada waktu itu
taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa;
dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi
mulia. 11 Pada waktu itu Tuhan akan mengangkat pula tangan-Nya untuk
menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di Mesir, di Patros, di
Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di pulau-pulau di laut. 12
Ia akan menaikkan suatu panji-panji bagi bangsa-bangsa, akan mengumpulkan
orang-orang Israel yang terbuang, dan akan menghimpunkan orang-orang Yehuda
yang terserak dari keempat penjuru bumi. 13 Kecemburuan Efraim akan
berlalu, dan yang menyesakkan Yehuda akan lenyap. Efraim tidak akan cemburu
lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi. (RSV)
Kita
perhatikan dalam 2 Tawarikh 28:9-15 bahawa Efraim mengalami perubahan hati
setelah dia dan suku lain berperang dengan Yehuda dan mengambil ramai tawanan.
Walaupun Tuhan murka dengan Yehuda dan membenarkan mereka dikalahkan, Israel
telah melebih-lebih dalam layanannya terhadap Yahudi yang ditawan. Justeru
Tuhan menasihati mereka dengan keras untuk menunjukkan belas kasihan. Kita
sering dihakimi menurut cara bagaimana kita melayani musuh kita, sebab murah
hati dalam kemenangan merupakan satu sifat Ilahi.
Tidak
lama lagi, akan ada suatu pendamaian Yehuda dan Israel yang telah dinubuatkan,
seperti yang kita lihat dalam Hosea 1:11 dan Yehezkiel 37:15-22.
Hosea 1:11 Orang Yehuda dan
orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat bagi mereka satu
pemimpin, lalu mereka akan menduduki negeri ini, sebab besar hari Yizreel itu.
(RSV)
Yehezkiel
37:15-22 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 16 "Hai
engkau anak manusia, ambillah sepotong papan dan tulis di atasnya: Untuk Yehuda
dan orang-orang Israel yang bersekutu dengan dia. Kemudian ambillah papan yang
lain dan tulis di atasnya: Untuk Yusuf--papan Efraim--dan seluruh kaum Israel
yang bersekutu dengan dia. 17 Gabungkanlah keduanya menjadi satu
papan, sehingga keduanya menjadi satu dalam tanganmu. 18 Maka kalau
teman-teman sebangsamu bertanya kepadamu: Tidakkah engkau bersedia
memberitahukan kepada kami, apa artinya ini-- 19 katakanlah kepada
mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku mengambil papan Yusuf--yang dalam
tangan Efraim--beserta suku-suku Israel yang bersekutu dengan dia dan
menggabungkannya dengan papan Yehuda dan Aku akan menjadikan mereka satu papan,
sehingga mereka menjadi satu dalam tangan-Ku. 20 Dan sedang engkau
memegang papan-papan yang kautulisi itu dalam tanganmu di hadapan mereka, 21
katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku menjemput
orang Israel dari tengah bangsa-bangsa, ke mana mereka pergi; Aku akan
mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan akan membawa mereka ke tanah
mereka. 22 Aku akan menjadikan mereka satu bangsa di tanah mereka,
di atas gunung-gunung Israel, dan satu raja memerintah mereka seluruhnya;
mereka tidak lagi menjadi dua bangsa dan tidak lagi terbagi menjadi dua
kerajaan. (RSV)
Dalam
nubuatan yang diberi oleh Yakub/Israel kepada anak-anaknya pada saat-saat
sebelum meninggal, tangan Yehuda dikatakan akan menekan tengkuk (atau belakang) ‘musuh-musuh’nya.
Kejadian 49:8-12 Yehuda, engkau akan
dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk musuhmu, kepadamu
akan sujud anak-anak ayahmu. 9 Yehuda adalah seperti anak singa:
setelah menerkam, engkau naik ke suatu tempat yang tinggi, hai anakku; ia
meniarap dan berbaring seperti singa jantan atau seperti singa betina; siapakah
yang berani membangunkannya? 10 Tongkat kerajaan tidak akan beranjak
dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya, sampai dia datang
yang berhak atasnya, maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa. 11 Ia
akan menambatkan keledainya pada pohon anggur dan anak keledainya pada pohon
anggur pilihan; ia akan mencuci pakaiannya dengan anggur dan bajunya dengan
darah buah anggur. 12 Matanya akan merah karena anggur dan giginya
akan putih karena susu. (RSV)
Ayat-ayat
terakhir teks in merujuk kepada kematian Mesias di Yerusalem. Dengan
kematiannya dia menyempurnakan pembasuhan pakaiannya dan pakaian semua umatnya
sebagai kebun anggur Rumah Tuhan (lihat Yesaya 5:7).
Memandangkan kata-kata saudara-saudara dan anak-anak ayah dalam ayat 8, nampaknya rujukan di sini adalah
kepada tangan Yehuda yang menekan tengkuk atau belakan saudara-saudaranya juga
(sebagai bekas musuh) untuk menarik mereka kepada dia; iaitu untuk memeluk
mereka dan menangis pada tengkuk
masing-masing (lihat Kejadian 33:4; 45:14) dalam roh pendamaian dan bukan
permusuhan. Yesaya 11:13 menyatakan secara nubuatan bahawa, “Efraim [mewakili
10 Suku] tidak akan
cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi.”
Seperti yang disebut lebih awal, ini merujuk kepada rasa cemburu dan benci
sekumpulan orang (dalam kasus ini satu suku saudara) terhadap Yehuda (orang
Yahudi), sama seperti kemungkinan Yehuda telah mencemburui Yusuf (bapa Efraim)
sebagai anak kesayangan bapa mereka, Patriak Yakub. Dengan itu istilah musuh nampaknya sama pengertiannya
dengan musuh orang ialah orang-orang
seisi rumahnya (Mikha 7:6; Matius 10:36), iaitu saudara-saudara kandung
sendiri. Kalaulah ada konotasi negatif kepada bahagian ayat 8 ini, ia tentunya
bercakap tentang Yehuda meletakkan kakinya
ke atas musuh-musuhnya (Yosua 10:24), atau kuk perhambaan pada tengkuk mereka
(Kejadian 27:40; Yeremia 27:12).
Orang
Adil Bangsa Tuhan
Kita tahu
bahawa intisari Taurat ialah kasih Tuhan dan kasih manusia, seperti mana yang
Geza Vermes nyatakan semula di atas. Begitu juga, walaupun bercakap terutamanya
kepada rakan-rakan Yahudi, R. Kushner melihat keperluan untuk kita semua
mengilhami segalanya dalam kehidupan seharian kita dengan kekudusan untuk
menyenangkan hati Tuhan.
Salah satu ajaran dasar Judaisme adalah bahawa
pencarian kekudusan, untuk pertemuan dengan Tuhan, tidak terbatas kepada
sinagog. Semua yang kita lakukan boleh diubah menjadi satu pengalaman Sinai,
suatu pertemuan dengan yang kudus. Tujuan Judaisme bukan untuk mengajar kita
bagaimana untuk melarikan diri dari dunia yang kotor ke hadirat Tuhan yang
menyucikan, tetapi untuk mengajar kita bagaimana untuk membawa Tuhan ke dalam
dunia, bagaimana untuk mengambil benda yang biasa dan menjadikannya kudus. (op.
cit., ms 49)
Ini bukanlah hal melepaskan tangan kita daripada dunia kerana semua
masalahnya yang nampaknya tidak terselesai, atau sekadar menunggu Kerajaan yang
dijanjikan datang untuk Mesias membersihkan kekotoran di Bumi dan menyelesaikan
segalanya untuk kita. Adanya keperluan yang sangat penting untuk bekerja dalam
dunia ini, sekarang juga, untuk menjadikannya tempat yang lebih baik,
sebagaimana yang R. Kushner tegaskan.
Namun bahayanya dalam mempercayai terlalu kuat dalam
Dunia yang Akan Datang ialah kamu mungkin kemudiannya kurang peduli tentang
kecacatan-kecacatan dunia ini. Jadi kenapalah kalau penyakit dan jenayah
berleluasa? Jadi kenapalah jika janda dan orang miskin lain dipergunakan oleh
mereka yang kaya dan berkuasa? Dunia ini hanyalah bilik menunggu Tuhan. Dalam
Keabadian, semua akan menerima apa yang patut mereka terima dan yang akhir akan
menjadi yang pertama. Hampir keseluruhannya, orang Yahudi menolak pandangan
itu. Iman kami adalah bahawa Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia
melimpahinya dengan perhatian yang besar sekali dalam penciptaannya, dan
menjadikannya tempat yang teratur, indah dan sangat berharga. Dan jika kita
mengasihi Tuhan, kita patut berasa terdorong untuk melayani dengan kasih dunia
yang amat dikasihiNya itu … si pembaca Alkitab diberitahu bahawa konsep abstrak
keadilan tidak bererti melainkan ia diwujudkan dalam kehidupan setiap
warganeara.” (ibid., ms 44-45)
Seperti
yang Rabai inginkan, terdapat cara yang lebih mulia untuk memberi impak
peribadi dan positif pada dunia: melalui pembelajaran dan pelaksanaan segala
yang kita pelajari, sekurang-kurangnya sebagai satu tempat untuk mula.
Judaisme telah sentiasa bertegas bahawa pengetahuan
mempunyai kuasa bukan saja untuk menjadikan orang bijak tetapi untuk membuat
mereka baik. Sesudah belajar, kita patut mengikat niat untuk hidup berbeza
sebagai hasil daripada apa yang kita sudah pelajari. Setelah memutuskan untuk
hidup berbeza, kita kemudiannya patut pergi untuk memberkati dunia Tuhan dan
menguduskannya. (ibid., ms 304)
Walaupun tak seorangpun yang baik selain daripada
Allah saja (Markus 10:18), Kitab-kitab Perjanjian Baru setuju dengan R.
Kushner dengan memberitahu kita bahawa Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga
Dia menyerahkan satu-satunya Anaknya yang lahir manusia untuk mati dengan kejam
(Yohanes 3:16-17), yang datang bukan untuk menghukum dunia tetapi akhirnya
untuk menyelamatkannya. Ini konsep yang cukup berbeza yang Yohanes berikan
kemudian di 1 Yohanes 2:15 dan yang nampaknya menyangkal ayat terdahulu itu
dengan menyuruh kita untuk tidak
mengasihi dunia. Bagaimanapun, ini boleh dijelaskan dengan mudah sebagai
perintah untuk membenci sistem-sistem buatan manusia dan diilhami Iblis (yang
tidak berasal daripada Tuhan, tetapi memang diizinkan
olehNya untuk wujud) dalam dunia namun, pada waktu yang sama, mengasihi dan
menyayangi orang lain sebagaimana Tuhan sendiri mengasihi semua ciptaanNya. Brown-Driver-Briggs (BDB) membuat
perbezaannya dalam definisi mereka akan istilah Yunani untuk dunia, iaitu kosmos (SGD 2889):
5) penduduk bumi, manusia, keluarga manusia; atau …
7) hal-ehwal dunia, kesemua hal-hal duniawi
7a) seluruh lingkaran benda-benda duniawi, kurniaan
kekayaan, manfaat, kenikmatan, dsb, yang walaupun hampa dan lemah dan
sementara, membangkitkan keinginan, menggoda daripada Tuhan dan merupakan
halangan-halangan kepada tujuan Kristus.
Lazimnya
ada idealisme berprinsip tinggi tertentu yang dipamerkan oleh orang Yahudi.
Bercakap sebagai seorang Yahudi Amerika, Rabai Kushner membuat pemerhatian ini:
Kita cenderung untuk tidak mengundi calon-calon
Yahudi, atau sekurang-kurangnya calon pro-Israel. Para pengundi Yahudi
cenderung menyokong calon yang kelihatan paling berniat untuk menjadikan dunia
ini tempat yang lebih baik.
Pada awal abad kedua puluh, ramai orang Yahudi
tertarik kepada parti Komunis bukan saja kerana ia menggantikan seorang czar
(tsar) yang kejam dan bersifat antisemit dengan jahatnya di Rusia, dan pastinya
bukan kerana orang Yahudi berjiwa revolusioner secara semulajadi, tetapi kerana
ia berjanji untuk menjadikan dunia lebih baik. Apabila komunisme terbukti
‘tuhan yang gagal,” apabila Rusia pimpinan Stalin terbukti sama kejam dan
antisemit seperti mana-mana rejim czar, mereka menarik balik kesetiaan mereka.
Namun mereka terus mencari suatu tujuan untuk diikuti, kerana mereka percaya
bahawa tujuan manusia di bumi adalah untuk melakukan untuk Tuhan satu-satunya
perkara yang Dia tidak dapat lakukan untuk diriNya, iaitu memahkotakan
ciptaanNya dengan kebaikan, dan menjadikan dunia ini, bukan mana-mana dunia
lain yang jauh, Kerajaan Tuhan.” (op.cit., ms 46-7)
Itu jelas
sekali satu pandangan yang amat layak untuk dipegang, walaupun seharusnya
semakin jelas bahawa manusia sendiri tidak akan dapat menyelesaikan pelbagai
masalah yang dihadapi dunia ini. Bagaimanapun, ini menunjukkan bahawa orang
Yahudi (antara ramai orang lain) sering mempunyai perasaan empati dan keadilan
yang tinggi terhadap orang lain.
Dakwaan bahawa Tuhan memerlukan kita sebenarnya
bukanlah satu pernyataan tentang Tuhan tetapi tentang kita. Kita dipanggil
untuk melakukan sesuatu untuk Tuhan dan untuk dunia. Kita penting; kita diberi
kuasa. Kisah dasar Judaisme [dan seluruh Israel alkitabiah] mengajar kita dua
pengajaran ini. Kita wajib menjadi teladan untuk semua bangsa, menunjukkan
mereka bagaimana rupanya kehidupan berorientasi Tuhan, dan kita wajib
menjadikan dunia Tuhan lengkap dengan memberi Dia satu-satunya benda yang Dia
tidak dapat lakukan untuk diriNya sendiri, dengan memilih secara bebas untuk
berbuat baik. Tuhan bergantung pada kita untuk melengkapkan dan menguduskan
duniaNya, dan kita mengecewakan Dia secara kosmik jika kita gagal menyahut
cabaranNya. (ibid., ms 48)
Dalam Mishnah, ada satu pepatah yang dihubungkan kepada Hillel, seorang
yang lebih tua yang sezaman dengan Yesus/Yehoshua:
Jadilah seperti murid-murid Harun, mencintai damai
dan mengejar kedamaian, mengasihi umat manusia (ha-beriyot) dan membawa mereka hampir kepada Taurat (mAb 1,12).
Dalam komennya tentang Yesaya 60:3,6 dan seterusnya, Geza Vermes
menyatakan:
Di sini kedatangan Kerajaan membawakan satu elemen
misteri: keselamatan Israel dipamerkan sebagai satu magnet yang menarik umat
manusia selebihnya kepada Tuhan (ibid., ms 123-4).
Keselamatan
kepada Orang Yahudi dulu
Sekali lagi kita perhatikan kedudukan unggul dalam rencana agung Tuhan diberikan
kepada Yehuda. Keselamatan terbuka kepada mereka dulu, bermula dengan 42 lebih
tahun dari penginjilan Yohanes Pembaptis sehingga kemusnahan Bait di Yerusalem
pada 70 CE. Paulus mengulangi fakta ini.
Roma 1:16-17 Sebab aku mempunyai
keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang
menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama
orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. 17 Sebab di dalamnya
nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman,
seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman." (RSV)
Justeru Yehuda diberi ‘hak penolakan pertama’ atas kebenaran dan
keselamatan melalui Yesus Mesias; bagaimanapun, keunggulan ini ternyata satu
pedang dua mata, dalam mana Yehuda juga yang mula-mula dihukum kerana
pemberontakan seperti, contohnya, pada waktu kemusnahan Bait dan dalam
Holocaust berabad-abad kemudian. Israel selebihnya mungkin masih lagi akan
mengalami hukuman mereka sendiri.
Roma 2:9-13, 17-29 Penderitaan dan
kesesakan akan menimpa setiap orang yang hidup yang berbuat jahat, pertama-tama orang Yahudi dan juga
orang Yunani, 10 tetapi kemuliaan,
kehormatan dan damai sejahtera akan diperoleh semua orang yang berbuat baik,
pertama-tama orang Yahudi, dan juga orang Yunani. 11 Sebab Allah
tidak memandang bulu. 12 Sebab semua orang yang berdosa tanpa hukum
Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat; dan semua orang yang berdosa di bawah
hukum Taurat akan dihakimi oleh hukum Taurat. 13 Karena bukanlah
orang yang mendengar hukum Taurat yang benar di hadapan Allah, tetapi orang
yang melakukan hukum Tauratlah yang akan dibenarkan. 17. Tetapi,
jika kamu menyebut dirimu orang Yahudi dan bersandar kepada hukum Taurat,
bermegah dalam Allah, 18 dan tahu akan kehendak-Nya, dan oleh karena
diajar dalam hukum Taurat, dapat tahu mana yang baik dan mana yang tidak, 19
dan yakin, bahwa engkau adalah penuntun orang buta dan terang bagi mereka yang
di dalam kegelapan, 20 pendidik orang bodoh, dan pengajar orang yang
belum dewasa, karena dalam hukum Taurat engkau memiliki kegenapan segala
kepandaian dan kebenaran. 21 Jadi, bagaimanakah engkau yang mengajar
orang lain, tidakkah engkau mengajar dirimu sendiri? Engkau yang mengajar:
"Jangan mencuri," mengapa engkau sendiri mencuri? 22
Engkau yang berkata: "Jangan berzinah," mengapa engkau sendiri
berzinah? Engkau yang jijik akan segala berhala, mengapa engkau sendiri
merampok rumah berhala? 23 Engkau
bermegah atas hukum Taurat, mengapa engkau sendiri menghina Allah dengan
melanggar hukum Taurat itu? 24 Seperti ada tertulis: "Sebab
oleh karena kamulah nama Allah dihujat di antara bangsa-bangsa lain." 25
Sunat memang ada gunanya, jika engkau mentaati hukum Taurat; tetapi jika engkau
melanggar hukum Taurat, maka sunatmu tidak ada lagi gunanya. 26 Jadi
jika orang yang tak bersunat memperhatikan tuntutan-tuntutan hukum Taurat,
tidakkah ia dianggap sama dengan orang yang telah disunat? 27 Jika
demikian, maka orang yang tak bersunat, tetapi yang melakukan hukum Taurat,
akan menghakimi kamu yang mempunyai hukum tertulis dan sunat, tetapi yang
melanggar hukum Taurat. 28 Sebab yang disebut Yahudi bukanlah orang
yang lahiriah Yahudi, dan yang disebut sunat, bukanlah sunat yang dilangsungkan
secara lahiriah. 29 Tetapi
orang Yahudi sejati ialah dia yang tidak nampak keyahudiannya dan sunat ialah
sunat di dalam hati, secara rohani, bukan secara hurufiah. Maka pujian
baginya datang bukan dari manusia, melainkan dari Allah. (RSV)
Ketika
Paulus bercakap tentang sunat sejati (iaitu sunat di dalam hati) yang dituntut
daripada semua orang, bukan saja orang Yahudi, dia menggemakan kata-kata
Yeremia.
Yeremia 4:3-4 Sebab beginilah
firman TUHAN kepada orang Yehuda dan kepada penduduk Yerusalem: "Bukalah
bagimu tanah baru, dan janganlah menabur di tempat duri tumbuh. 4 Sunatlah
dirimu bagi TUHAN, dan , hai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, supaya jangan
murka-Ku mengamuk seperti api, dan menyala-nyala dengan tidak ada yang
memadamkan, oleh karena perbuatan-perbuatanmu yang jahat!" (RSV)
Sama
seperti itu, Yehoshua mengulangi kata-kata Yeremia apabila dia memberi
perumpamaan penabur benih dalam Matius 13:3 dan seterusnya, yang mengisahkan
benih atau firman Tuhan yang ditaburkan atau disebarkan dengan luas dan sama
ada atau tidak ia dapat berakar dalam tanah subur. Panggilan dilaungkan
sekarang ini, dan terpulang kepada individu-individu dalam Yehuda untuk
mengizinkan firman ini berakar dalam hati dan fikiran mereka dan menjawab
panggilan itu.
Nampaknya
apabila kita menggores kulit seorang Yahudi yang mengaku ateis atau agnostik
kita temui tidak begitu jauh di bawah permukaan seorang yang agak bersifat
rohaniah yang mungkin sedia menjawab panggilan Tuhan kepadanya. Rabai Kushner
memberi petunjuk tentang kerohanian
terpendam dalam ramai Yahudi sekular.
…Israel bukan negara baru yang berumur empat puluh tahun,
tetapi sebenarnya salah satu negara tertua di dunia …
Ini menjelaskan kenapa orang Yahudi tergerak hingga
berair mata pada Jun 1967 apabila Kota Lama Yerusalem, Tembok Barat Bait,
Pusara Bapa-bapa Kaum di Hebron, dan tapak-tapak alkitabiah lain menjadi
sebahagian daripada Israel. Ini menghubungkan mereka kepada asal usul
alkitabiah mereka, dan orang Yahudi yang tidak beriman sekalipun tergetar jiwa
oleh itu. Dalam masa dua bulan setelah tamatnya Perang Enam Hari, betul-betul
separuh penduduk Israel, kebanyakan mereka Yahudi tidak beriman, telah datang
ke Yerusalem untuk berdoa di Tembok Barat. (Kushner, ibid., ms 252-3)
Seperti
semua anak Tuhan, mereka nyata mempunyai keinginan dalaman yang kuat ‘untuk
mencari jalan pulang’ kepada Dia. Mereka ‘anak-anak yang hilang’… dan kita
semua juga sama. Walaupun baik dan mulia memiliki hubungan kuat dengan tanah
jasmaniah Israel, masih ada hubungan yang lebih penting lagi yang kita perlu
ada dengan Israel rohaniah.
R.
Kushner dalam To Life! menjelaskan
bagaimana Judaisme dan Kekristianan (aliran umum) boleh saling mempelajari
pengajaran berharga.
Kekristianan memerlukan Judaisme untuk
mengingatkannya bagaimana rupanya monoteisme asli, tidak berkompromi dan
beretika. … Kekristianan memerlukan teladan masyarakat Yahudi yang benar-benar
berusaha melakukan apa yang Taurat minta kami lakukan.
Namun Judaisme memerlukan Kekristianan untuk
mengingatkan kami bahawa firman Tuhan bukannya untuk disimpan untuk diri kami
saja. Kita dipanggil untuk bukan saja hidup menurut jalan Tuhan, tetapi
melakukannya dengan sebegitu cara supaya dunia akan diyakinkan untuk berbalik
kepada Tuhan. (ibid., ms 290)
Hakikatnya,
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi menggabungkan elemen-elemen penting kepercayaan
dan amalan agama itu, dengan mentaati Taurat dan dengan mengajarkan jalan Tuhan
seluas mungkin dengan tujuan dasar menggalakkan seluruh dunia untuk berbalik
kepada Dia.
Menunggu Yehuda
Umat
pilihan tidak boleh dimeteraikan, dan dunia umumnya tidak boleh diselamatkan,
sehingga bilangan tertentu suku Yehuda dibawa ke dalam Jemaat sejati Tuhan.
Keputusan telahpun dibuat bahawa 12,000 orang secukupnya daripada suku Yehuda
akan dimasukkan ke dalam teras pusat umat pilihan Tuhan, yang bilangannya
berjumlah 144,000 (Wahyu 7:3-5).
Kumpulan
Besar Orang Banyak Kebangkitan Pertama (Wahyu bab 7) terdiri daripada
anggota-anggota semua suku dan negara Bumi. Kita tahu bahawa pengampunan
daripada Tuhan sedia ada pada bila-bila masa dan bukan hanya pada hari tertentu
tahun seperti Yom Kippur, asalkan
pertaubatannya ikhlas. Ini telah ditunjukkan banyak kali sepanjang sejarah
Israel dan Yehuda.
2 Raja-raja 22:18-19 Tetapi kepada raja
Yehuda, yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk TUHAN, harus kamu
katakan demikian: Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Mengenai perkataan yang
telah kaudengar itu, 19 oleh
karena engkau sudah menyesal dan engkau merendahkan diri di hadapan TUHAN
pada waktu engkau mendengar hukuman yang Kufirmankan terhadap tempat ini dan
terhadap penduduknya, bahwa mereka akan mendahsyatkan dan menjadi kutuk, dan oleh karena engkau mengoyakkan
pakaianmu dan menangis di hadapan-Ku, Akupun telah mendengarnya, demikianlah
firman TUHAN, (RSV)
2 Tawarikh 20:3,18-21 Yosafat menjadi
takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa. … 18
Lalu berlututlah Yosafat dengan mukanya ke tanah. Seluruh Yehuda dan penduduk
Yerusalempun sujud di hadapan TUHAN dan menyembah kepada-Nya. 19
Kemudian orang Lewi dari bani Kehat dan bani Korah bangkit berdiri untuk
menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat
nyaring. 20 Keesokan harinya pagi-pagi mereka maju menuju padang
gurun Tekoa. Ketika mereka hendak berangkat, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai Yehuda dan penduduk
Yerusalem! Percayalah kepada TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap teguh!
Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, dan kamu akan berhasil!" 21
Setelah ia berunding dengan rakyat, ia mengangkat orang-orang yang akan
menyanyi nyanyian untuk TUHAN dan memuji TUHAN dalam pakaian kudus yang semarak
pada waktu mereka keluar di muka orang-orang bersenjata, sambil berkata:
"Nyanyikanlah nyanyian syukur bagi TUHAN, bahwasanya untuk selama-lamanya
kasih setia-Nya!" (RSV)
Seorang
nabi Yehuda pernah digunakan oleh Tuhan untuk mengingatkan raja Israel tentang
malapetaka yang kian menimpa (1 Raja-raja 13:1-3). Namun, pada hari ini
sekalipun, apabila Tuhan memanggil Yehuda untuk kembali kepada Dia melalui
Yehoshua Mesias, Dia tidak mahu melihat nabi-nabiNya, mereka yang membawa pesan
panggilan kembali kepada Tuhan, diabaikan, diseksa ataupun dibunuh seperti yang
terjadi banyak kali pada masa lalu.
2 Tawarikh 24:18-21 Mereka meninggalkan
rumah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, lalu beribadah kepada tiang-tiang
berhala dan patung-patung berhala. Oleh karena kesalahan itu Yehuda dan
Yerusalem tertimpa murka. 19 Namun
TUHAN mengutus nabi-nabi kepada mereka, supaya mereka berbalik kepada-Nya.
Nabi-nabi itu sungguh-sungguh memperingatkan mereka, tetapi mereka tidak mau
mendengarkannya. 20 Lalu Roh Allah menguasai Zakharia, anak imam
Yoyada. Ia tampil di depan rakyat, dan berkata kepada mereka: "Beginilah
firman Allah: Mengapa kamu melanggar perintah-perintah TUHAN, sehingga kamu
tidak beruntung? Oleh karena kamu meninggalkan TUHAN, Iapun meninggalkan
kamu!" 21 Tetapi mereka
mengadakan persepakatan terhadap dia, dan atas perintah raja mereka melontari
dia dengan batu di pelataran rumah TUHAN. (RSV)
Hampir
tiada perubahannya dalam tahun-tahun selepas itu, seperti ketika Stefanus
menyatakan kebenaran kepada orang Yahudi dari banyak bahagian Timur Dekat dan
Timur Tengah pada abad pertama CE (Kisah 6:5-7:60). Dia juga dilontari batu
sampai mati kerana usahanya; dan seorang Farisi tertentu bernama Saulus dari
Tarsus bersetuju dia dibunuh (Kisah 8:1), walaupun ini akhirnya membawa kepada
kepercayaan Saulus dalam Yesus/Yehoshua sebagai Mesias dan kepada perubahannya
yang ajaib di jalan ke Damsyik. Saulus bertaubat dan dibaptiskan dan diberi
nama baru Paulus. Tuhan tidak dihina. Dia akhirnya membereskan segala permainan
manusia dan keengganan meeka untuk mengakui Dia atau mendengar hamba-hambaNya;
namun pada waktuNya sendiri Dia akan menangani setiap orang untuk kebaikan
mereka sendiri.
Mungkin
cocok sekali bahawa 2 Tawarikh merupakan kitab terakhir dalam Tanakh Yahudi, kerana ia mengandungi
pesan-pesan bersangkutan untuk Hari-hari Terakhir zaman sekarang ini. Seperti
sering dilakukan sebelumnya, Yehuda mungkin diminta menjadi teladan dan
berbaris di barisan depan, kali ini dalam kempen yang lebih penting lagi untuk
menyampaikan pesan sebenar keselamatan kepada semua. Kepandaian penyokongan
terkenal Yehuda mungkin juga berguna dalam meyakinkan Israel selebihnya untuk
kembali kepada Tuhan, seperti yang cuba mereka lakukan sebelumnya dengan
kejayaan terbatas (lihat 2 Tawarikh 29 dan 30).Satu kempen yang lebih berjaya
telah dilaksankan oleh Raja Asa Yehuda.
2 Tawarikh 15:1-9 Azarya bin Oded
dihinggapi Roh Allah. 2 Ia pergi menemui Asa dan berkata kepadanya:
"Dengarlah kepadaku, Asa dan seluruh Yehuda dan Benyamin! TUHAN beserta dengan kamu bilamana kamu
beserta dengan Dia. Bilamana kamu mencari-Nya, Ia berkenan ditemui olehmu,
tetapi bilamana kamu meninggalkan-Nya, kamu akan ditinggalkan-Nya. 3
Lama sekali Israel tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran dari pada imam dan
tanpa hukum. 4 Tetapi dalam
kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah orang Israel. Mereka mencari-Nya,
dan Ia berkenan ditemui oleh mereka. 5 Pada zaman itu tidak
dapat orang pergi dan pulang dengan selamat, karena terdapat kekacauan yang
besar di antara segenap penduduk daerah-daerah. 6 Bangsa
menghancurkan bangsa, kota menghancurkan kota, karena Allah mengacaukan mereka
dengan berbagai-bagai kesesakan. 7 Tetapi kamu ini, kuatkanlah
hatimu, jangan lemah semangatmu, karena ada upah bagi usahamu!" 8
Ketika Asa mendengar perkataan nubuat yang diucapkan oleh nabi Azarya bin Oded
itu, ia menguatkan hatinya dan menyingkirkan dewa-dewa kejijikan dari seluruh
tanah Yehuda dan Benyamin dan dari kota-kota yang direbutnya di pegunungan
Efraim. Ia membaharui mezbah TUHAN yang ada di depan balai Bait Suci TUHAN. 9
Ia mengumpulkan seluruh Yehuda dan Benyamin dan orang-orang Efraim, Manasye dan
Simeon yang tinggal di antara mereka sebagai orang asing. Sebab dari Israel
banyak yang menyeberang memihak kepadanya ketika mereka melihat bahwa TUHAN,
Allahnya, beserta dengan dia. (RSV)
Begitu
juga, Raja Yosafat Yehuda akhirnya nampak keperluan untuk mengajar dan
melaksanakan Hukum-hukum Tuhan di seluruh Israel sebagai bahagian yang perlu
untuk mana-mana proses pemulihan.
2 Tawarikh 17:6-10 Dengan tabah hati
ia hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN. Pula ia menjauhkan dari Yehuda
segala bukit pengorbanan dan tiang berhala. 7 Pada tahun ketiga
pemerintahannya ia mengutus beberapa pembesarnya, yakni Benhail, Obaja,
Zakharia, Netaneel dan Mikha untuk mengajar di kota-kota Yehuda. 8
Bersama-sama mereka turut juga beberapa orang Lewi, yakni Semaya, Netanya,
Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia dan Tob-Adonia disertai
imam-imam Elisama dan Yoram. 9 Mereka
memberikan pelajaran di Yehuda dengan membawa kitab Taurat TUHAN. Mereka
mengelilingi semua kota di Yehuda sambil mengajar rakyat. 10
Ketakutan yang dari TUHAN menimpa semua kerajaan di negeri-negeri sekeliling
Yehuda, sehingga mereka tidak berani berperang melawan Yosafat. (RSV)
Yosafat
selepas itu melantik hakim-hakim di seluruh Yehuda untuk memberi pengadilan
benar dan dengan itu keadilan sejati untuk semua.
2 Tawarikh 19:4-11 Yosafat diam di
Yerusalem. Ia mengadakan kunjungan pula ke daerah-daerah, dari Bersyeba sampai
ke pegunungan Efraim, sambil menyuruh
rakyat berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. 5 Ia
mengangkat juga hakim-hakim di seluruh negeri, yakni di semua kota yang berkubu
di Yehuda, di tiap-tiap kota. 6 Berpesanlah ia kepada hakim-hakim
itu: "Pertimbangkanlah apa yang kamu buat, karena bukanlah untuk manusia
kamu memutuskan hukum, melainkan untuk TUHAN, yang ada beserta kamu, bila kamu
memutuskan hukum. 7 Sebab itu, kiranya kamu diliputi oleh rasa takut
kepada TUHAN. Bertindaklah dengan seksama, karena berlaku curang, memihak
ataupun menerima suap tidak ada pada TUHAN, Allah kita." 8 Juga
di Yerusalem Yosafat mengangkat beberapa orang dari antara orang Lewi, dari
antara para imam dan dari antara para kepala puak Israel untuk memberi
keputusan dalam hal hukum TUHAN dan dalam hal perselisihan. Mereka berkedudukan
di Yerusalem. 9 Ia memerintahkan mereka: "Kamu harus bertindak dengan takut akan TUHAN, dengan setia dan dengan
tulus hati, demikian: 10 Dalam setiap perkara, yang disampaikan
kepada kamu oleh rekan-rekanmu yang tinggal di kota-kota, yakni perkara-perkara
mengenai penumpahan darah atau mengenai hukum, perintah, ketetapan-ketetapan
dan peraturan-peraturan hendaklah kamu memperingatkan mereka, supaya mereka
jangan bersalah terhadap TUHAN, sehingga murka-Nya menimpa kamu dan
rekan-rekanmu. Hendaklah kamu berbuat demikian, dan kamu tidak akan bersalah. 11
Dengan ini imam kepala Amarya diangkat sebagai ketuamu dalam segala perkara
ketuhanan dan Zebaja bin Ismael, pemuka kaum Yehuda, dalam segala perkara
kerajaan, sedang orang Lewi akan melayani kamu sebagai pengatur. Bertindaklah
dengan tegas! Kiranya TUHAN menyertai orang yang tulus ikhlas."
Justeru
pemulihan haruslah selaras dengan Hukum-hukum Tuhan.
Misi
keseluruhan Yehoshua Mesias dinyatakan dengan amat ringkas oleh Geza Vermes.
Sebab daya tarikan magnet ajaran dan teladan Yesus
menghulurkan harapan dan bimbingan kepada mereka yang berada di luar jemaat
agama terancang, merekalah domba sesat umat manusia, yang merindukan dunia yang
penuh belas kasihan, keadilan dan damai sejahtera untuk mereka diami sebagai
anak-anak Tuhan (The Religion of Jesus
the Jew, op. cit., ms 215).
Penulis
Tawarikh memperhatikan bahawa seluruh Israel, termasuk Yehuda, tidak mempunyai
arah tuju dan tiada gembala atau penunjuk jalan, dan hakikat bahawa nabi Mikha
“melihat” ini membayangkan signifikans nubuatan untuk hari ini.
2 Tawarikh 18:16a Lalu
jawabnya: "Telah kulihat seluruh Israel bercerai-berai di gunung-gunung
seperti kambing domba yang tidak mempunyai gembala (RSV)
Ini
digemakan kemudian oleh Yehoshua/Yesus, yang melihat bahawa Yehuda merupakan
sebuah bangsa yang hilang:
Matius 9:36 Melihat orang
banyak itu, tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, karena
mereka lelah dan terlantar seperti domba yang tidak bergembala. (RSV)
Bagaimanapun,
pada Kedatangannya yang berikut, Mesias akan datang sebagai Penebus daripada
perhambaan kepada dosa sebagai hasil pemberontakan kepada Tuhan.
Yesaya 59:20 Dan Ia akan datang sebagai
Penebus untuk Sion dan untuk orang-orang Yakub yang bertobat dari
pemberontakannya, demikianlah firman TUHAN. (RSV)
Namun apa
yang amat penting ialah fakta bahawa sekiranya kita menunggu sehingga Mesias
menampilkan dirinya di Bumi sebelum kita akhirnya bersetuju untuk mengakui dan
menyambutnya sebagai Yang Diurapi yang diharapkan, kita sudah terlalu lewat
untuk dimasukkan ke dalam Kebangkitan Pertama (dan lebih mulia). Itulah kenapa
Kristus berkata akan terdapat ratap dan kertak gigi (Matius 8:11-12), kerana mereka
yang tidak menerimanya dalam waktu antara dua Kedatangannya akan dukacita sebab
telah ‘ketinggalan kapal’ kerana mereka ragu-ragu, tidak percaya atau tidak
mempunyai sikap bertaubat sedangkan mereka tahu
Kebenaran itu dan di mana mereka boleh menemuinya, atau bangga membayangkan
diri mereka keturunan Abraham secara warisan dan dengan itu sudahpun mempunyai satu kaki dalam
Kerajaan itu. Kita diberitahu bahawa mereka yang ria congkak atau meninggikan
diri dari Yehuda akan dibuang, termasuk para Rabai dan Zionis yang mengajar
kebohongan (Zefanya 3:11), dan orang Yahudi akan dimualafkan meskipun dengan
tradisi-tradisi mereka yang bukan alkitabiah. Aspek-aspek ini juga dibincangkan
dalam karya Mengukur Bait Suci (No. 137).
Memang
cukup senang untuk menerima Raja-Mesias sebagai Yang Diurapi apabila kita
berdiri menghadapnya, walau mungkin dengan sedikit rasa gentar. Tetapi ketika
dia tidak kelihatan sekaranglah waktunya kita dijangka mempercayai segala
laporan tentang dia dan berjalan dengan iman. Kita tidak perlu iman untuk
mempercayai seseorang atau sesuatu yang berada di depan kita.
Doa
Salomo pada waktu pembaktian Bait Suci boleh dikatakan doa yang paling indah
dan menggerakkan hati dalam seluruh Alkitab (1 Raja-raja 8:22-53; 2 Tawarikh
6:12-42). Khususnya perhatikan ayat: “bila saja mereka memanggilMu”, mungkin
dengan keinginan ikhlas untuk kembali kepada Tuhan dan bukan hanya melakukan
tatacara keagamaan, dengan kata lain, dengan hati yang jauh dari Tuhan (Yesaya
29:13; Matius 15:8). Rujuk karya Pemerintahan Raja-raja
Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C) untuk teks lengkap doa
Bait Salomo dan fakta penerapannya kepada orang Bukan Yahudi serta kepada
Israel.
Sama
seperti Tuhan mendengar dan mempedulikan doa Salomo, kita diingatkan bahawa Dia
melihat segalanya dan memberi ganjaran setimpal.
2 Tawarikh 16:9a Karena
mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk melimpahkan kekuatan-Nya kepada mereka
yang bersungguh hati terhadap Dia. (RSV)
Dia juga
sentiasa bersedia untuk mendengar doa sepenuh hati, dan sudi bertindak atasnya.
Yeremia 29:12-14 Dan apabila kamu
berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu; 13
apabila kamu mencari Aku, kamu akan
menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati, 14
Aku akan memberi kamu menemukan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan
memulihkan keadaanmu dan akan mengumpulkan kamu dari antara segala bangsa dan
dari segala tempat ke mana kamu telah Kuceraiberaikan, demikianlah firman
TUHAN, dan Aku akan mengembalikan kamu ke tempat yang dari mana Aku telah
membuang kamu. – (RSV)
Satu
bahagian Doa Amidah yang khususnya
relevan mungkin juga baik diingati di sini.
5. Untuk
Pertaubatan: Bawa kami kembali, ya
Bapa kami, kepada PengajaranMu;
bawalah kami dekat, ya Raja kami, kepada
pelayananMu;
dan pimpinlah kami pulang kepadaMu dengan
pertaubatan sempurna.
Berbahagialah Engkau, ya Tuhan, yang senang dengan
pertaubatan.
6. Untuk
Pengampunan: Ampunilah kami, ya Bapa
kami, kerana kami telah berdosa;
ampunilah kami, ya Raja kami, kerana kami telah
melakukan pelanggaran; kerana Engkau memaafkan dan mengampuni.
Berbahagialah Engkau, ya Tuhan, yang berbelas kasihan
dan sentiasa sedia mengampuni.
Kepadamu
yang telahpun memberi manusia begitu banyak: Tuhan tentu sekali boleh
menggunakan talenta-talentamu yang pasti dalam pekerjaanNya untuk keselamatan
dunia. Engkau didorong mengambil tempatmu di barisan depan kepulangan Israel ke
Tanah Perjanjian dan ke dalam kasih sayang Tuhan.
Dunia
menunggumu, Yehuda. Engkau harus bersedia supaya Mesias boleh kembali kepada
suku dan bangsaNya sendiri menurut aturan.
q
LAMPIRAN
Beberapa waktu dahulu saya menulis mengenai aspek Hitler sebagai orang Yahudi. Sejak waktu itu bukti saintifik telah dikumpulkan dan kami sekarang boleh katakan dengan pasti bahawa dia seorang Yahudi, daripada kedua-dua sebelah keturunannya, sama ada Sephardi atau Ashkenazi masih belum dipastikan. Dia bagaimanapun bukan seorang bani Yehuda tetapi sebaliknya mualaf awal kepada Yudaisme.
Apa yang diketahui tentang kasus ini adalah bapanya Alois Hitler merupakan anak luar nikah seorang pembantu iaitu Maria Schickelgruber dan seorang lelaki Yahudi berumur 19 tahun bernama Frankenberger. Gestapo di Austria mengurung sepupunya, Alois V. Schikelgruber dalam sebuah khemah tahanan maut Austria.
Apa yang kita memang tahu tanpa sangsi ialah Adolph Hitler merupakan seorang Yahudi keturunan purba yang sendirinya bukan bani Yehuda. Dengan kata lain dia seorang mualaf Yudaisme. Kita boleh tentukan itu daripada struktur YDNA keluarganya; 39 daripada saudaranya membuat ujian DNA dan dia telah dibuktikan daripada YDNA E1b1b1 keturunan Ham. Heidi Blake menulis satu artikel mengenainya pada 24 Ogos 2010 di dalam Telegraph:
Hg. E1b
bukan Semitik/keturunan Sem dan sudah tentu bukan keturunan Yehuda. YDNA ini
datang daripada YDNA Mesir/Afrika Utara atau Kanaan. Ini mungkin sekali
daripada keturunan Mesir purba yang menghasilkan keturunan Fenisia Carthage.
Jean-Paul
Mulders, seorang wartawan Belgium, dan Marc Vermeeren, seorang ahli sejarah,
menjejaki saudara-saudara Fuhrer itu, termasuk seorang petani Austria yang
merupakan sepupunya, awal tahun ini. “Daripada ini seseorang boleh mendalilkan
bahawa Hitler mempunyai pertalian dengan orang-orang yang dia pandang hina,”
Encik Mulders menulis dalam majalah Belgium, Knack.
Haplogrup
E1b1b1, yang mencakupi kira-kira 18 hingga 20 peratus Ashkenazi dan 8.6 peratus
hingga 30 peratus Y-kromosom Sephardi, nampaknya merupakan satu daripada
keturunan pengasas utama populasi Yahudi. Knack,
yang menerbitkan penemuan-penemuan itu, mengatakan DNA tersebut diuji dalam
kawalan makmal ketat.
“Ini
hasil yang mengejutkan,” kata Ronny Decorte, seorang pakar/ahli genetik di
Universiti Katolik Leuven.
Haplogrup
E1b1b1 yang muncul dalam contoh-contoh keluarga Hitler adalah jarang di Eropah
Barat dan lazim sekali ditemui dalam orang Berber dari Maghribi, Algeria dan
Tunisia, serta di kalangan Yahudi Ashkenazi dan Sephardi.
Kira-kira
25% daripada semua Yahudi Eropah ialah Hg. E dan Hg. E1b merupakan satu
keturunan asas Yudaisme. Begitu juga E3b.
E1b1b1
mungkin berasal daripada satu kumpulan awal orang Afrika utara yang masuk ke
dalam Israel dari Mesir malah seawal zaman Keluaran atau merupakan orang Kanaan
atau bermualaf daripada orang Berber Afrika Utara pada satu waktu kemudian ke
dalam masyarakat Yahudi di situ. Orang Yahudi di Austria mungkinpun telah
datang ke Eropah bersama-sama angkatan Punic tetapi jauh lebih mungkin lagi
mereka telah masuk bersama orang Yahudi Ashkenazi yang pergi ke barat seawal
Abad Kesepuluh bersama pengasas-pengasas Austria. Pastinya mereka sudah masuk
menjelang 1215.
Fakta
paling menakjubkan dan mengejutkan sekali ialah seorang “Yahudi” asli memangku
kepimpinan Jerman, sebuah negara yang bukan benar-benar tanah airnya walaupun
dia berjuang untuknya dan dikurniakan tanda jasa oleh mereka. Dia mengerahkan
negara itu dan mengilhaminya dengan hasrat jelas untuk menghapuskan satu
kumpulan orang etnik yang meliputi sebahagian besar golongan cerdik-pandai
orangnya sendiri dan yang dianggotai sendiri oleh orang kecil jijik ini melalui
sebuah keluarga saudara mara yang masih hidup di sana di Austria sampai hari
ini.
Dia
mengerahkan saudara-saudaranya sendiri dibunuh dalam khemah tahanan maut
Austria. Jenis pemikiran apakah yang kita berdepan ini? Jelas kesimpulannya
satu pemikiran yang amat jijik.
Memang
ada kemungkinannya bahawa keluarga Hitler merupakan hamba-hamba Mesir yang
meninggalkan Mesir sebagai sebahagian daripada Kumpulan Campuran dan
dibahagikan kepada Yehuda atau Lewi dalam pembahagian pekerja dalam sistem
Bait. YDNA mereka sama sekali menolak kemungkinan bahawa mereka orang Semit.
Satu-satunya kemungkinan adanya darah Semit dalam mereka adalah melalui
keturunan-keturunan perempuan.
Sekarang
kita tahu tanpa sangsi lagi siapakah Hitler dan struktur keluarga manakah dia
berasal dan apa yang dia lakukan kepada bangsanya sendiri.
Proses
pembetulan kebangkitan kedua akan menghadapkan secara harafiahnya berjuta-juta
orang dengan kebenaran dahsyat yang mereka akan sangat susah hadapi. Setiap
pencinta Nazi dan pembenci Yahudi serta kaum lain yang berfikiran sempit akan
berhadapan dengan fakta tentang apa yang mereka ikuti dan siapa diri mereka.
Salah
satu hal paling lucu pernah diberitahu kepada saya mengenai kumpulan Klansmen
di AS adalah bagaimana sebilangan keluarga pergi menguji YDNA dan mereka sangat
marah apabila mereka mendapati bahawa mereka berketurunan daripada hamba-hamba
Afrika yang mungkin sekali telah datang seawal zaman Rom. Mereka ingat mereka
bangsa kulit putih dan mereka bukan. Mereka menganiaya saudara mereka sendiri
dan apabila mereka mendapati kebenarannya mereka sangat marah. Mereka tidak
menyesal.
Berjaga-jagalah
sebab engkau tidak tahu siapa yang mungkin saudaramu. Perintahnya adalah untuk
mengasihi semua orang dan dengan itu menunjukkan bahawa engkau mengasihi Tuhan
yang belum pernah engkau lihat.