Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[212H]

 

 

 

 

Keturunan Abraham

Bahagian VIII:

Tiga Belas Kelaparan Pemberontakan

(Edisi 1.0 20070417-20070417)

 

Tiga belas merupakan bilangan pemberontakan dan tanda Iblis dalam segala aktiviti keturunan Abraham sebagai Benih Perempuan dan Bangsa Israel.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©  2007 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Keturunan Abraham Bahagian VIII: Tiga Belas

Kelaparan Pemberontakan

 

 


Pengenalan

 

Tiga belas merupakan bilangan pemberontakan, dan ia kerap timbul dalam sejarah manusia dan khususnya bangsa Israel bilamana mereka terkeluar daripada kasih karunia Tuhan dan dibawa ke dalam dosa dan keberhalaan.

 

Kelaparan-kelaparan dikaitkan dengan usaha-usaha untuk menghancurkan Rencana Tuhan, dan khususnya kelahiran Mesias melalui keturunan Abraham.

 

Kelaparan 1

 

Kelaparan Pertama dicatatkan dalam Kejadian 12;10.

 

Ia di situ untuk memaksa Abraham ke dalam Mesir untuk menghapuskan benihnya melalui Sara.

 

Abraham diperintah oleh Tuhan untuk meninggalkan Haran dan dia berbuat demikian ketika berumur tujuh puluh lima tahun. Mereka berpindah dari Haran ke Kanaan di mana Tuhan memberitahu Abraham bahawa Dia akan memberi negeri itu kepada keturunannya. Dia mendirikan satu mezbah untuk janji ini di Sikhem (Shechem). Ini merupakan tugas pertama Abraham di Tanah Perjanjian dan ini juga merupakan misi pertama Kristus (Yohanes bab 4).

 

Ini juga mezbah Yakub (Kejadian 33:18).

 

Kita boleh rumuskan daripada panggilan Terah dan Abraham serta penempatan orang Kanaan dan Nefilim kemudiannya bahawa Iblis mengetahui keturunan benih perempuan yang mana melaluinya Mesias akan datang ke dalam dunia (lihat Kejadian 3:15). Banjir menghapuskan Nefilim mula-mula dan pedang Israel menghapuskan Nefilim kemudian. Betel merupakan tempat satu tiang Kanaan kuno yang ada di situ sejak zaman lebih awal. Ia mungkin tempat yang dipanggil Lus (Kejadian 28:19). Justeru Abraham, dan kemudiannya Yakub, menguduskan tempat ini dan menyucikannya daripada keberhalaannya.

 

Dari Sikhem Abraham pergi ke satu gunung di timur Betel dan ke arah barat Hai, atau Ai, di mana dia sekali lagi mendirikan satu mezbah. Ini mungkin sekali Gerizim dan Ebal yang menjadi tempat-tempat suci yang membabitkan Hukum-hukum Tuhan (lihat Ulangan 27:2,12; Yosua 8:9,30).

 

Justeru Abraham telahpun mentahbiskan gunung-gunung ini sebelum Musa dan Israel dilahirkan.

 

Abraham kemudian pergi ke Negeb dan negeri-negeri Yehuda.

 

Kawasan ini sedang mengalami kelaparan, mungkin sebab keberhalaannya. Dengan itu Abraham dipaksa ke dalam Mesir di mana Firaun mengambil Sarai, memikirnya saudara perempuan Abraham kerana Abraham telah membohonginya tentang hakikat perkahwinan mereka.

 

Abraham tidak beriman bahawa Tuhan akan melindunginya dan melaksanakan janji-janji yang dibuatNya kepada dia.

 

Tuhan campur tangan dan menghukum Firaun kerana mengambil Sarai – walaupun dia melakukannya tanpa sedar – sehingga dia mengembalikan Sarai kepada Abraham dan dia menjadi Sara.

 

Benih perempuan itu ditentukan melalui Abraham sampai Mesias. Dalam setiap kes suatu kelaparan dikaitkan dengan keberhalaan dan pemberontakan dan bertujuan mengubah Rencana Tuhan.

 

Abraham pergi bersama Sara dan Lot ke Negeb dengan segala harta miliknya. Orang Mesir telah memberinya kurniaan dan harta kerana Sara.

 

Ini kali pertama benih perempuan pergi ke Mesir dan dipanggil keluar dari Mesir, sebab Mesias “keturunan Abraham”.

 

Kelaparan 2

 

Kelaparan Kedua dicatatkan dalam Kejadian 26:1.

 

Kali ini Yahovah muncul dan menyuruh Ishak jangan pergi Mesir tetapi tinggal di mana dia berada bersama Abimelekh, Raja orang Filistin, di Gerar.

 

Tuhan kemudian mengulangi janji-janji perjanjian yang dibuatNya dengan Abraham. Dia berjanji untuk memberikan tanah itu kepada Ishak kerana Abraham telah mematuhi segala PerintahNya, KetetapanNya dan HukumNya. Justeru Tuhan sudahpun memberi Hukum-hukumNya kepada Abraham dan golongan patriak sebelumpun Musa lahir.

 

Ishak melakukan perkara sama dengan Ribka sebagaimana Abraham lakukan dengan Sara dan berkata bahawa dia saudara perempuannya kerana dia takut. Bagaimanapun, Abimelekh pada satu hari melihatnya amat rapat dengan Ribka dan dia tahu Ribka isterinya dan memarahinya, namun sememangnya melepaskan dia dan Ribka. Tuhan menggunakan perlindungan itu untuk menambahkan kekayaan Ishak dalam tuaian-tuaiannya.

 

Mereka semua sedar akan kesalahan akibat zina.

 

Orang Filistin telah menutup dan menimbun dengan tanah semua sumur yang digali oleh Abraham di lembah Gerar dan kawasannya selepas kematiannya. Tetapi kini Ishak telah menjadi begitu hebat sehingga mereka memintanya meninggalkan kawasan mereka. Orang-orangnya menggali semula sumur-sumur Abraham, dan Ishak menjadi sangat kaya.

 

Para gembala tempatan merebut dua sumur pertama Ishak melalui pertengkaran. Sumur-sumur ini dipanggil Esek (pertengkaran) dan Sitna (perselisihan; permusuhan) kerana hakikat itu; namun sumur ketiga yang digalinya ialah Rehobot (ruang atau tempat luas) kerana mereka tidak bertengkar dengannya untuk itu, dan Tuhan telah memberinya ruang dalam negeri itu.

 

Ishak tenang dalam segala urusannya dan dia orang damai, dan Tuhan memberinya kurnia dan menggunakan kelaparan-kelaparan yang dihantar untuk memaksa mereka keluar sebagai peristiwa-peristiwa untuk menguatkan mereka.

 

Kelaparan 3

 

Kelaparan Ketiga dicatatkan dalam Kejadian 41:54.

 

Inilah kelaparan terkenal Yusuf dan ia digunakan untuk mengasaskan  Israel sebagai satu bangsa perkasa melalui kerja keras dan perhambaan. Kisah kelaparan ini dan Keluaran diceritakan dalam karya-karya Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105), Pentakosta di Sinai (No. 115) dan Pendakian-pendakian Musa (No. 70).

 

Kejadian ini juga digunakan untuk cuba menghapuskan benih perempuan.

 

Kelaparan 4

 

Kelaparan Keempat dicatatkan dalam Rut 1:1.

 

Walaupun Israel dihukum di bawah Hakim-hakim kerana keberhalaan dan dosa, Tuhan membawakan satu lagi kebaikan simbolik daripada pemberontakan itu.

 

Kelaparan Keempat digunakan untuk memaksa keturunan Yehuda yang akan menghasilkan Mesias untuk pergi ke negeri Moab dan membawa seorang isteri bangsa asing ke dalam keturunan itu melalui hukum-hukum lewi.

 

Ini perkara sebaliknya dengan satu lagi kitab Alkitab dengan nama seorang perempuan, iaitu, Kitab Ester. Di situ seorang perempuan Yahudi mengahwini seorang lelaki asing, iaitu Raja.

 

Dalam setiap kes, pengajarannya adalah untuk menunjuk kepada Mesias dan untuk mempertunjukkan bahawa bangsa asing akan diberkati melalui keturunan Abraham, menurut Kejadian 12:3; 18:18; 22:18; 26:4; Mazmur 72:17; dan Kisah 3:25.

 

Kisah kejadian ini dan simbolismenya terkandung dalam karya Rut (No. 27), dan perincian Ester ada dalam Komentar tentang Ester (No. 63).

 

Kita lihat di sini bahawa dua contoh ini diterapkan bagi pemberkatan kedua-dua keturunan lelaki dan perempuan. Justeru berkat-berkat jasmaniah juga telah dipindahkan kepada bangsa-bangsa yang telah berkahwin campur dengan keturunan Abraham, dan khususnya Israel.

 

Kelaparan 5

 

Kelaparan Kelima dicatatkan dalam 2 Samuel 21:1 dan seterusnya.

 

Kelaparan Kelima merupakan tanda Rahmat yang Tuhan hulurkan kepada orang Gibeon, yang berasal daripada orang Amori yang dibawa masuk ke dalam Israel. Saul telah menganiaya mereka dan cuba menghapuskan mereka. Tuhan menghukum Israel dengan kelaparan selama tiga tahun di bawah Daud kerana penganiayaan mereka, yang bertentangan dengan Hukum-hukum yang diberikan kepada Abraham dan Musa.

 

Ini sekali lagi bertujuan untuk menunjuk kepada keselamatan bangsa lain melalui benih perempuan dan pemasukan mereka ke dalam tubuh Israel.

 

Dalam kejadian ini, keselamatan Israel daripada hukuman dicapai dengan pendamaian melalui hukum bunuh dengan menggantung tujuh daripada anak-anak lelaki Saul. Lima daripadanya ialah cucu Saul, anak-anak yang lahir bagi Mikhal, isteri Daud, apabila Saul menyerahkannya kepada Adriel bin Barzilai orang Mehola. Daud pastinya membetulkan kesalahan yang dilihatnya dilakukan kepadanya oleh Saul juga.

 

Orang-orang ini dihukum bunuh pada awal waktu tuaian, iaitu tuaian jelai, dan dengan itu bertindak sebagai pendamaian hasil sulung (hulu hasil) untuk Israel, yang menunjuk kepada Jemaat dan korbannya untuk mendamaikan bagi Israel. Sebagaimana dengan dua anak lelaki gundik Saul iaitu Aya, dan lima anak lelaki Mikhal, anak perempuan Saul, kita perhatikan pecahan sama berkenaan Jemaat dengan lima dan dua dalam Wahyu bab 2 dan 3.

 

Dengan itu pemutarbelitan Hukum dalam penghukuman bangsa lain yang berlindung dalam Israel adalah dengan darah. Demikianlah umat pilihan dalam Israel harus dilindungi, dan mereka yang menghukum atau menganiaya mereka mengorbankan kerabat mereka sendiri.

 

Saul dan Yonatan juga tidak dikuburkan dengan betul, dan hanya sesudah Daud mendapat semula jenazah Saul dan Yonatan dan menguburkan mereka di Benyamin barulah Tuhan reda untuk memberkat Israel dan mengakhiri kelaparan itu.

 

Kelaparan 6

 

Kelaparan Keenam dicatatkan dalam 1 Raja-raja 18:1,2 dan seterusnya.

 

Kali in Elia menutup langit selama tiga tahun. Inilah pemberontakan dan keberhalaan Ahab dan Izebel di Samaria. Lebih banyak perincian terkandung dalam karya Keturunan Abraham Bahagian VI: Israel (No. 212F).

 

Tuhan menggunakan kelaparan itu untuk menangani Samaria, namun Tuhan juga mengakhirinya untu melindungi beberapa orang yang beriman di Samaria, seperti Obaja, yang telah melindungi nabi-nabi Tuhan dalam dua kumpulan lima puluh orang.

 

Ini adalah untuk menunjuk kepada perlindungan hamba-hamba Tuhan dan juga mereka yang melindungi mereka sebab takut akan Tuhan.

 

Sekali lagi Iblis cuba menghapuskan para nabi dan Keimanan Tuhan, dan Israel dihukum kerana pemberontakannya. Keberhalaan isteri-isteri bangsa asing dilambangkan oleh Izebel, isteri Ahab. Dia seorang penyembah berhala bangsa Sidon yang memuja Baal (lihat juga karya No. 212F, ibid.).

 

Kelaparan 7

 

Kelaparan Ketujuh dicatatkan dalam 2 Raja-raja 4:38.

 

Keajaiban Elisa, semasa kelaparan yang disebabkan keberhalaan Israel, mentahirkan kuali berisi labu liar yang beracun dilakukan lagi pada tuaian jelai selepas persembahan Unjukan Berkas dalam Roti Tidak Beragi dan sekali lagi menggunakan hulu hasil tuaian. Ini menandakan pentahiran pencemaran makanan Israel dengan hulu hasil Jemaat melalui Unjukan Berkas iaitu Mesias. Kekurangan dalam kelaparan itu mewakili agama palsu dunia dan disebabkan oleh Iblis yang menggunakan keberhalaan di Israel di bawah Ahab.

 

Dengan cara yang sama, 2 Raja-raja bab 5 menunjukkan bahawa nabi Samaria mentahirkan Naaman si pesakit kusta, raja Syria (Aram), dengan menyuruhnya untuk mandi tujuh kali dalam Yordan agar tahir daripada kekotorannya.

 

Keajaiban ini adalah untuk menunjuk kepada kuasa Roh Kudus dalam baptisan yang dianugerahkan melalui upacara-upacara Tujuh Jemaat Tuhan sepanjang zaman Jemaat.

 

Semua keajaiban di sekeliling kelaparan semuanya menunjuk kepada benih perempuan itu di Israel dan kuasa Roh Kudus melalui para nabi.

 

Kelaparan 8

 

Kesudahan Kelaparan Kelapan dicatatkan dalam 2 Raja-raja 7:4.

 

Semua kelaparan Israel diulangi melalui sebab-sebab semulajadi, tetapi juga melalui perang dan kepungan oleh tangan Tuhan.

 

Sebab kejahatan para pemimpin Israel dan keberhalaan mereka, Tuhan menggerakkan Benhadad, raja Syria, untuk berperang menentang Israel; dan ini tiba selepas tujuh tahun kelaparan yang didorong oleh Tuhan melalui Elisa.

 

Kelaparan ini mendesak rakyat memakan anak mereka sendiri dan raja memutuskan untuk membunuh Elisa kerana ini.

 

Tuhan kemudiannya melindungi nabi itu dengan menyebabkan tentera lari dalam keadaan panik hingga meninggalkan bekalan dan kelengkapan mereka, dan menghukum perwira ajudan raja kerana kesangsiannya. Kisah ini ada dalam karya No. 212F, ibid.).

 

Kelaparan 9

 

Kelaparan Kesembilan dicatatkan dalam 2 Raja-raja 25:3.

 

Ia hasil daripada serangan dan kepungan Yerusalem oleh orang Babel di bawah Nebukadnezar. Kepungan ini berlangsung dari bulan Kesepuluh tahun Kesembilan Zedekia hingga kejatuhan kota itu pada hari Kesembilan bulan Keempat tahun Kesebelas Zedekia.

 

Zedekia melarikan diri tetapi ditangkap dan dibawa kepada raja Babel di Ribla, dan di situ anak-anak lelakinya disembelih di depannya dan dia dibelenggu dalam rantai tembaga dan dibawa ke Babel.

 

Demikianlah kelaparan itu lapan belas bulan lebih dan pada tanggal Tujuh bulan Lima, yang juga tahun Kesembilan belas pemerintahan Nebukadnezar, Kepala Pasukan Pengawal, Nebuzaradan, tiba dan menjarah serta menghancurkan Yerusalem dan membakar setiap bangunan di dalamnya dan seluruh tentera merobohkan tembok-temboknya. Dia datang ke Yerusalem pada tanggah 7 bulan Lima, Ab, dan memasuki Yerusalem, dan Bait Suci dibinasakan pada tanggal 10 Ab, menurut Yeremia (52:12). Josephus juga mengatakan orang Rom memusnahkan Bait pada 10 Ab 70 CE, namun kemusnahan sebenarnya berlaku pada hari Pendamaian.

 

Justeru Yehuda dihukum pada 598/7 BCE, sebagaimana saudara sundalnya Israel pada 722 BCE apabila ia ditawan oleh orang Asyur.

 

Kelaparan 10

 

Kelaparan Kesepuluh dicatatkan dalam Nehemia 5:3.

 

Tuhan telah mengembalikan Yehuda ke Tanah Suci dari penawanan mereka, namun Yerusalem tidak didiami, dan bangsa itu tinggal di kawasan desa. Walaupun Rumah itu telah siap di bawah Darius II, orang Persia, Yerusalem terbiar tidak bertembok dan Bait tidak didiami dengan betul dalam ibadat oleh penduduk Yehuda.

 

Tuhan telah mendatangkan kelaparan ke atas Yehuda dan negeri itu kerana ini, dan para bangsawan meminta riba daripada bangsa, yang dilarang oleh Hukum-hukum Tuhan.

 

Nehemia mendirikan tembok-tembok dengan perlindungan kuasa tentera dengan jagaan siang dan malam, dan semuanya berkelengkapan sepenuhnya, oleh sebab tentangan yang mereka terima daripada orang Kuta dan Media yang telah ditempatkan di Israel oleh orang Asyur dan tentera yang kemudiannya menyertai mereka (lihat juga No. 212F, ibid.).

 

Apabila Nehemia melihat apa yang dilakukan kepada bangsanya dan bagaimana mereka dijual kepada orang kafir, mereka ditebus, dan riba serta harta yang dirampas dikembalikan, dan Tuhan Allah reda apabila mereka bertaubat.

 

Nehemia memerintah mereka selama dua belas tahun dari tahun kedua puluh hingga tahun ketiga puluh dua Artahsasta II dan dia tidak mengambil bayaran sepanjang masa itu sebab takut akan Tuhan (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).

 

Kelaparan 11

 

Kelaparan Kesebelas dicatatkan dalam Yeremia 14:1.

 

Ia sebenarnya kesebelas mengikut susunan Buku-buku Alkitab, namun kesepuluh mengikut urutan masa kerana ia kelaparan yang disebabkan oleh kejahatan Manasye, anak Hizkia, raja Yehuda (lihat juga 2 Raja-raja 21:1-18).

 

Dia anak Hizkia melalui Hefzibah. Nampaknya melalui ibunya dan pengaruh lain Manasye telah mendirikan mezbah-mezbah Baal yang telah dimusnahkan bapanya. Akibatnya, Tuhan memberitahu Yeremia bahawa sekalipun Musa dan Samuel bersama berdiri di depanNya Dia tidak akan melepaskan Yeremia (Yeremia 15:1 dan seterusnya).

 

Demikianlah Tuhan menyebabkan kelaparan besar ke atas Yehuda dan memberi Yeremia perintah untuk menguruskan mereka dan juga untuk merobohkan dan membangunkan bangsa-bangsa; dan Yeremia betul-betul melakukan itu. Yeremia juga menyembunyikan Tabut Perjanjian (lihat karya Tabut Perjanjian (No. 196)) dan ia tidak ditawan kemudiannya oleh orang Babel apabila mereka menjarah Bait Suci.

 

Kelaparan ini berlangsung sampai kira-kira kelaparan daripada kepungan yang disebut sebelumnya, sebab kepungan dan penawanan itu sendiri sebahagian daripada hukuman Tuhan yang diucapkan kepada nabi Yeremia (15:1-21). Sebabnya ialah keberhalaan dan Tuhan meninggalkan Yehuda dan membinasa mereka kerana itu (Yeremia 16:11).

 

Yeremia dikutuk orang walaupun dia tidak mengambil riba atau membayarnya, tetapi melayani Tuhan dan rakyat dengan firman Tuhan. Dia hidup dengan pemberian roti Raja dan tidak mengambil apa-apa lagi daripada rakyat, namun orang ramai mengutuknya dan memfitnahnya kerana apa yang dikatakannya.

 

Tuhan menjadikannya tembok berpagar yang tidak tahu malu bagi rakyat, dan dia diutus melalui bangsa-bangsa yang dilalui orang Yahudi yang terbubar dan membawa firman Tuhan Allah kepada tawanan-tawanan daripada pembubaran Israel.

 

Yeremia, bab 15

1 TUHAN berfirman kepadaku: "Sekalipun Musa dan Samuel berdiri di hadapan-Ku, hati-Ku tidak akan berbalik kepada bangsa ini. Usirlah mereka dari hadapan-Ku, biarlah mereka pergi! 2 Dan apabila mereka bertanya kepadamu: Ke manakah kami harus pergi?, maka jawablah mereka: Beginilah firman TUHAN: Yang ke maut, ke mautlah! Yang ke pedang, ke pedanglah! Yang ke kelaparan, ke kelaparanlah! dan yang ke tawanan, ke tawananlah! 3 Aku akan mendatangkan atas mereka empat hukuman, demikianlah firman TUHAN: pedang untuk membunuh, anjing-anjing untuk menyeret-nyeret, burung-burung di udara dan binatang-binatang di bumi untuk memakan dan menghabiskan. 4 Dengan demikian Aku akan membuat mereka menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi, oleh karena segala apa yang dilakukan Manasye bin Hizkia, raja Yehuda, di Yerusalem." 5 "Siapakah yang akan merasa kasihan terhadap engkau, hai Yerusalem, dan siapakah yang akan turut berdukacita dengan engkau? Siapakah yang akan singgah untuk menanyakan perihal kesehatanmu? 6 Engkau sendiri telah menolak Aku, demikianlah firman TUHAN, telah pergi meninggalkan Aku. Maka Aku mengacungkan tangan-Ku dan membinasakan engkau; Aku sudah jemu untuk merasa sesal. 7 Aku menampi mereka dengan tampi di kota-kota negeri; Aku membuat umat-Ku kehilangan anak dan membinasakan mereka, karena mereka tidak berbalik dari tingkah langkah mereka. 8 Janda-janda di antara mereka Kubuat lebih besar jumlahnya dari pada pasir laut. Aku mendatangkan ke atas ibu dan teruna suatu pembinasa pada tengah hari. Dengan tiba-tiba Aku menurunkan ke atas mereka kegelisahan dan kekejutan. 9 Maka meranalah perempuan yang sudah tujuh kali melahirkan, nafasnya mengap-mengap, baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang, ia menjadi malu dan tersipu-sipu. Sisa mereka akan Kuserahkan kepada pedang di depan musuh-musuh mereka, demikianlah firman TUHAN." 10 Celaka aku, ya ibuku, bahwa engkau melahirkan aku, seorang yang menjadi buah perbantahan dan buah percederaan bagi seluruh negeri. Aku bukan orang yang menghutangkan ataupun orang yang menghutang kepada siapapun, tetapi mereka semuanya mengutuki aku. 11 Sungguh, ya TUHAN, aku telah melayani Engkau dengan sebaik-baiknya, dan telah membela musuh di depan-Mu pada masa kecelakaannya dan kesesakannya! 12 Dapatkah orang mematahkan besi, besi dari utara dan tembaga? 13 "Harta kekayaanmu dan barang-barang perbendaharaanmu akan Kuberikan dirampas sebagai ganjaran atas segala dosamu di segenap daerahmu. 14 Aku akan membuat engkau menjadi budak musuhmu di negeri yang tidak kaukenal, sebab dalam murka-Ku telah mencetus api yang akan menyala atasmu." 15 Engkau mengetahuinya; ya TUHAN, ingatlah aku dan perhatikanlah aku, lakukanlah pembalasan untukku terhadap orang-orang yang mengejar aku. Janganlah membiarkan aku diambil, karena panjang sabar-Mu, ketahuilah bagaimana aku menanggung celaan oleh karena Engkau! 16 Apabila aku bertemu dengan perkataan-perkataan-Mu, maka aku menikmatinya; firman-Mu itu menjadi kegirangan bagiku, dan menjadi kesukaan hatiku, sebab nama-Mu telah diserukan atasku, ya TUHAN, Allah semesta alam. 17 Tidak pernah aku duduk beria-ria dalam pertemuan orang-orang yang bersenda gurau; karena tekanan tangan-Mu aku duduk sendirian, sebab Engkau telah memenuhi aku dengan geram. 18 Mengapakah penderitaanku tidak berkesudahan, dan lukaku sangat payah, sukar disembuhkan? Sungguh, Engkau seperti sungai yang curang bagiku, air yang tidak dapat dipercayai. 19 Karena itu beginilah jawab TUHAN: "Jika engkau mau kembali, Aku akan mengembalikan engkau menjadi pelayan di hadapan-Ku, dan jika engkau mengucapkan apa yang berharga dan tidak hina, maka engkau akan menjadi penyambung lidah bagi-Ku. Biarpun mereka akan kembali kepadamu, namun engkau tidak perlu kembali kepada mereka. 20 Terhadap bangsa ini Aku akan membuat engkau sebagai tembok berkubu dari tembaga; mereka akan memerangi engkau, tetapi tidak akan mengalahkan engkau, sebab Aku menyertai engkau untuk menyelamatkan dan melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN. 21 Aku akan melepaskan engkau dari tangan orang-orang jahat dan membebaskan engkau dari genggaman orang-orang lalim."

 

Demikianlah Tuhan akan melindungi hambaNya para nabi, dan menyelamatkan hamba-hambaNya yang setia daripada tangan orang jahat dan genggaman orang kejam.

 

Benih perempuan itu dipelihara dan dikembalikan ke Tanah Suci selepas penawanan itu.

 

Di situ ia terus mara melalui dua keturunan hingga Mesias (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)).

 

Kelaparan 12

 

Kelaparan Kedua belas dicatatkan dalam Lukas 15:14.

 

Kelaparan Kedua belas ini sebenarnya perumpamaan Anak Hilang yang mempamerkan Mesias sebagai anak setia, dan anak yang seorang lagi terdedah kepada segala kelaparan pembaziran intipati dan pusakanya serta kepulangannya kepada Tuhan. Dia terpaksa makan bersama benda haram untuk menyambung hidupnya dan akhirnya dia bertaubat dan pulang kepada Tuhan (lihat karya Domba dan Anak Hilang (No. 199)).

 

Ia menggambarkan bagaimana seluruh Bani Syurgawi mampu didamaikan kepada Bapa melalui Kristus dan Jemaat.

 

Kelaparan 13

 

Kelaparan Ketiga belas dicatatkan dalam Kisah 11:28.

 

Kelaparan Ketiga belas mewakili melambangkan hakikat bahawa penghakiman Tuhan sedang berlangsung atas bangsa-bangsa daripada penyebaran injil kepada Bangsa lain melalui Jemaat Tuhan.

 

Para nabi datang ke Antiokhia dari Yerusalem dalam penganiayaan Jemaat. Antiokhia telah menjadi, di bawah Petrus, pusat untuk pengabaran injil kepada orang Yahudi sahaja, namun Tuhan memberitahu Petrus dalam satu penglihatan bahawa Bangsa lain juga akan dikabarkan injil dan diselamatkan, dan bahawa mereka tahir (lihat Kisah bab 10 dan 11).

 

Dari Antiokhia, Petrus mengabarkan injil kepada orang Yahudi yang tersebar, dan Paulus pergi ke Rom kepada Bangsa lain di mana dia menjadikan Linus biskopnya yang pertama (lihat juga karya-karya Asal Kekristianan di Britain (No. 266) dan Keturunan Abraham Bahagian VI: Israel (No. 212F)).

 

Kelaparan besar diturunkan ke atas dunia pada zaman Claudius, dan dalam zamannya Jemaat diasaskan di Rom dan di Britain juga.

 

Inilah Pesan Tuhan kepada dunia kerana keberhalaan dan pemberontakan.

 

Dua kelaparan terakhir itu merupakan pesan kepada Bani syurgawi yang telah murtad dan bangsa-bangsa Lain kerana pemberontakan mereka terhadap Sang Mahatinggi.

 

Dalam semua ini Bani syurgawi murtad telah gagal menghapuskan benih perempuan itu, dan pengantin daripada benih perempuan itu kini diutus ke dalam dunia dalam kuasa Roh Kudus, sampai waktunya apabila Mesias akan kembali untuk mengambil pengantinnya ini bagi dirinya di Yerusalem, kemudian memerintah Bumi dan mengakhiri pemberontakan itu.

 

Kelaparan Besar Terakhir

 

Pada Zaman Akhir sebelum 2027 akan berlaku satu kelaparan besar dalam Roh dan secara hakikat.

 

Satu kelaparan firman Tuhan akan terjadi, yang sedangpun digantikan oleh raungan Amos dalam bait-bait kepada agama palsu dan dalam berkata-kata secara merepek, dan melalui penyatuan Kekristianan melalui anak-anak perempuan sundal Pelacur itu sebagaimana yang dinubuatkan dalam Wahyu.

 

Konflik dengan Islam akan digunakan untuk menyatukan negara-negara Barat di bawah agama palsu itu dan sistem Antikristus yang dipanggil Kuasa Binatang. Justeru kita akan melihat dua sistem Antikristus muncul pada Zaman Akhir. Satu ialah apa yang dipanggil Nostradamus sebagai Antikristus Ketiga, yang akan muncul daripada sistem Timur Tengah. Antikristus yang satu lagi ialah nabi palsu, disembelih oleh Kristus pada kedatangannya, yang akan muncul daripada Kuasa Binatang itu sendiri. Mungkin ironik bahawa simbol Antikristus Pertama (sebagaimana panggilannya oleh Nostradamus) ialah sarang lebah madu, yang kita akan lihat.

 

Kultus Ibu Dewi, dewi yang dipuja kaum perempuan, ialah tujuan terakhir agama sedunia Babel di bawah Iblis. Ia akan digunakan dalam satu cubaan untuk menyatukan dunia dan semua agamanya. Kebebasan manusia akan lenyap di bawah sistem Binatang ini.

 

Kelaparan Zaman Akhir akan didorong oleh perang dan teknologi, dan oleh kemurkaan Tuhan untuk memimpin dunia kepada pertaubatan.

 

Sebab tunggal terbesar kelaparan-kelaparan ini ialah sebab buatan manusia dan mungkin cukup berasingan daripada sebab-sebab Pemanasan Global, kecuali radiasi solar. Jika manusia tidak mengorganisasi semula dan menguruskan komunikasi elektromagnet dan mendesentralisasikan sistem-sistem kuasa, serta menghadkan atau melarang kebanyakan tanaman ubahsuaian genetik, seluruh populasi lebah dunia mungkin akan binasa. Seluruh pengeluaran pertanian dalam semua negara maju akan runtuh dan kelaparan besar-besaran akan menyusul daripada apa yang dipanggil sebagai Fall Dwindle Disease (Penyakit Susutan Musim Gugur), apabila ia mula-mula terjadi di musim gugur utara 2006, namun kini lebih sesuai dikenali sebagai Colony Collapse Disorder (Penyakit Keruntuhan Koloni), atau CCD. Keruntuhan ini berlaku dalam sarang lebah sihat dalam beberapa minggu saja dan sebanyak 90% mati begitu saja atau haiwan pemangsa akan pergi berdekatan sarang-sarang itu. Ada sesuatu yang toksik dalam sarang-sarang ini dan sebab itu kita berdepan dengan penyakit tertentu yang juga dijangkitkan melalui madu itu sendiri.

 

Satu pasukan besar apikulturalis (saintis yang mengkaji lebah madu) bekerja bersama-sama dengan pihak berkuasa pertanian AS dalam negeri-negeri berlainan untuk menentukan apa yang menyebabkan penyakit ini. Para saintis di Penn State telah dapat menunjukkan bahawa lebah-lebah yang dikaji mempunyai sistem pertahanan (imun) yang tersekat.

 

Pembedahan lebah-lebah mati dihalangi hakikat bahawa lebah-lebah ini mati jauh daripada sarang lebah, namun lebah yang dibedah setakat ini mempunyai bilangan besar patogen yang berkaitan dengan penyakit stres (tekanan).

 

Clarence Collison, pakar entomologi untuk Servis Lanjutan Universiti Mississippi State dilaporkan mengatakan adanya masalah mendapatkan cukup lebah untuk dikaji (lihat artikel Bonnie Coblentz:

http://www.seedquest.com/News/releases/2007/april/18897.htm).

 

Sudah berlaku keruntuhan-keruntuhan sebelumnya pada 1896 dan ada pada pertengahan 1970an dan 1990an, tiap satunya lebih teruk daripada yang lain, namun kali inilah yang paling teruk dilihat setakat ini (ibid.). Kejadian-kejadian sebelumnya ini mungkin juga sedikit sebanyak berkaitan dengan aktiviti solar.

 

Albert Einstein dilaporkan pernah berkata bahawa dunia mempunyai empat tahun sahaja selepas kehilangan lebah ini. Pada asasnya semua hidupan akan kelaparan sampai mati. Fenomena ini sudahpun bermula di AS dan kini telah tersebar ke Eropah dan mula mengenai Britain juga, walaupun sekarang ini para pemelihara lebah melaporkan musim bunga yang baik di situ.

 

Sistem panduan arah lebah-lebah ini nampaknya telah terganggu. Mungkin gangguan ketoksikan dan elektromagnetik mengelirukan lebah-lebah ini hingga menyebabkan mereka mati jauh daripada sarang, dan menjadikan diagnosis sukar. Telefon bergerak (mobil) dianggap penyebab utama namun peningkatan keluaran elektromagnetik Matahari juga terbabit.

 

Tanaman yang diubahsuai secara genetik juga sebahagian daripada masalahnya. Lebah dilaporkan mati satu demi satu jauh daripada sarang, dan lebah lain serta haiwan pemangsa tidak mahu mendekati sarang-sarang yang ditinggalkan itu. Penyakit ini telah mengenai kira-kira separuh daripada semua negeri AS. Enam puluh peratus populasi lebah Pantai Barat telah lenyap, dan 70 peratus telah hilang di Pantai Timur, kebanyakannya dari Florida hingga Pennsylvania. Semua pengeluaran akan menurun dalam kira-kira 24 negeri AS. Persatuan-persatuan UK melaporkan bahawa ada masalah dilaporkan di Selatan England namun para pemelihara Scotland memberitahu kita bahawa tiada masalah di situ setakat ini.

 

Dilaporkan bahawa sejak Oktober 2006, 35 peratus atau lebih daripada populasi lebah madu Barat (Apis mellifera) Amerika Syarikat - berbilion-bilion lebah individu - terbang begitu saja daripada sarang-rumah mereka dan hilang.

 

Para pemelihara lebah UK memberitahu pegawai-pegawai CCG yang mereka telah diberitahu bahawa seorang pengeluar AS kehilangan 1995 daripada 2000 sarangnya dalam beberapa minggu saja dan meninggalkan lima sarang, satu kerugian 99.75%.

 

Dua haiwan parasit disyaki, satu kutu dan satu lagi serangga lebih besar, namun ini nampaknya lebih meluas dan serius daripada itu. Sejenis kutu menyebabkan masalah di AS namun ini perlahan-lahan dikawal.

 

Terdapat beberapa suspek lain. Ini ialah: racun serangga, termasuk imidacloprid, iaitu racun serangga sistemik yang digunakan dalam pengeluaran hasil tanaman dan sayur-sayuran; virus-virus yang dipindahkan oleh kutu-kutu parasit; bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mengawal kutu-kutu lebah; dan penyakit nosema baru lebah madu Barat yang disebabkan oleh protozoa.

 

Pengenalan Varroa kutu lebah parasit pada 1987, dan serbuan Lebah Madu Afrika (AHB) pada 1990 telah mengancam koloni-koloni lebah madu di AS dan di seluruh dunia.

 

Jawapannya ialah semua masalah ini. Kita membunuh lebah-lebah kita melalui tekanan yang disebabkan oleh pencemaran dan pengangkutan, dan tanaman yang lemah; dan penambahan output solar meningkatkan tahap stres dan disorientasi.

 

Ketahanan lebah-lebah ini direndahkan oleh kemarau, sebab penghasilan debunga rendah menjadikan lebah-lebah ini lebih mudah diserang penyakit-penyakit ini dan menjadi tertekan. Pengangkutan menambah kepada masalah ini. Kita menambah tekanan ini sekali lagi dengan mempengaruhi debunga (tepung sari), dan tanaman diubahsuai secara genetik, dan ini juga mempengaruhi lebah-lebah ini. Hampir-hampir sepertiga daripada semua penghasilan makanan bergantung pada lebah.

 

Pemelihara lebah yang sering berpindah memang boleh membantu menyebarkan penyakit ini, dan seorang di Mississippi mengalami kerugian besar kerana penyakit itu, menurut Harry Fulton, ahli entomologi (pakar serangga) Negeri di Biro Industri Tanaman Mississippi dan setiausaha/bendahari Persatuan Pemelihara Lebah Mississippi.

 

Masalah ini dilaporkan di UK pada 1 Mac 2007 (Michael McCarthy; The Independent

http://news.independent.co.uk/environment/wildlife/article2314202.ece)

 

Diana Cox-Foster, profesor Entomologi di Universiti Penn State, dan ketua kumpulan bekerja utama untuk CCD, dilaporkan oleh McCarthy sebagai berkata mereka sangat khuatir dengan penyakit itu (pada waktu itu). Ia kini meningkat. Ia mempunyai kesan besar pada populasi lebah bergerak.

 

Mungkin lebah-lebah itu merasakan bahawa mereka berpenyakit dan menjauhkan diri mereka untuk mati, dan sarang-sarang lebah dianggap berpenyakit oleh serangga-serangga lain. Ini menunjukkan bahawa suatu patogen juga mungkin terbabit, ini nampaknya satu kombinasi faktor-faktor. Kelakuan ini juga pernah dilihat dalam semut.

 

Pada pertengahan April 2007, laporan dibuat bahawa salah seorang pemelihara lebah terbesar London mengumumkan bahawa 23 daripada 40 sarang lebahnya telah ditinggalkan. Jadi masalah ini ada di UK namun kita diberitahu bahawa setakat ini ia masih terbatas kepada England Selatan, namun ia juga berleluasa di Eropah.

 

Racun serangga merupakan sebab utama masalah ini dalam tanaman komersial.

 

Hubungan simbiotik antara penanam badam dan pemelihara lebah juga menghadapi ancaman seperti juga tanaman bergantung-debunga komersial yang lain. Pendebungaan tahun ini nampaknya sedang berlangsung walaupun takat pengangkutan lebah dengan trak antara negeri belum lagi pasti.

 

Jika kita kehilangan lebah-lebah ini dalam masa dua tahun berikutnya dunia akan mati kelaparan selewat-lewatnya 2012 tanpa Pemanasan Global (lihat www.art4net.com/News4+.html untuk artikel oleh Geoffery Lean dan Harriet Shawcross Are Mobile phones wiping out our bees?).

 

Pada kadar ini AS akan menjadi negara pertama untuk runtuh.

 

Penghasil-penghasil elektromagnetik seperti telefon bergerak juga akan merangsang ketumbuhan otak dalam sebahagian besar populasi dewasa melalui penggunaan berlebihan dalam masa sepuluh tahun. Orang muda kini mungkin sudah nyanyuk atau berkanser pada usia terbaik mereka. Perang akan menambah kepada masalah-masalah ini melalui bahan pencemar dan peperangan kimia.

 

Pemanasan Global akan menjadi satu hakikat yang didorong oleh Tuhan melalui aktiviti solar. Aktiviti manusia hanya akan memburukkannya lagi (lihat juga karya Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218)).

 

Tuhan akan melenyapkan Pelacur Babel dan menundukkan Bumi dalam kelaparan, dan dengan pedang. Itu tidak akan berhenti sekarang sehingga semua telah diselesaikan. Perang dan kelaparan tidak akan berakhir sehingga Mesias menundukkan sistem-sistem palsu Bumi yang memerintah di bawah Antikristus. Semua aktiviti ini akan bertambah sekarang sehingga 2025.

 

Semua hukuman yang dinubuatkan dalam Berkat dan Kutukan Pentateuch akan dikenakan ke atas semua bangsa sewaktu mereka dihakimi (lihat karya Berkat dan Kutukan (No. 75) dan juga Dua Saksi (No. 135)).

 

Pada akhirnya, benih perempuan akan datang dengan kuasa besar untuk menyelamatkan mereka menunggunya dengan tidak sabar-sabar, seperti dinubuatkan dalam Wahyu (lihat karya-karya Tujuh Meterai (No. 140); Tujuh Sangkakala (No. 141); Kedatangan Mesias: Bahagian I (No. 210A) dan Kedatangan Mesias: Bahagian II (No. 210B)).

 

Jemaat akan dikumpulkan kepadanya untuk memerintah dari Yerusalem selama seribu tahun dalam sistem milenium.

 

Bangsa-bangsa akan terus menderita sehingga mereka tunduk dan bertaubat, dan berdamai di bawah ibadat Allah Maha Esa.

 

q