Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[218]

 

 

 

Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab

 

(Edisi 5.0 19970916-20050301-20060816-20071220-20080318)

 

Orang ramai berbicara mengenai Pemanasan Dunia atau Global Warming seolah-olah ia suatu peristiwa yang masih jauh di hadapan lagi. Ramai yang berpendapat bahawa hanya selepas 100 tahun berlalu barulah paras laut akan naik sebanyak 60 sentimeter (2 kaki). Alkitab banyak menyebut mengenai keadaan cuaca pada hari-hari terakhir. Apakah katanya mengenai Pemanasan Dunia? Adakah ia masih jauh lagi dan apakah yang perlu kita buat untuk menghadapinya? Apakah yang boleh kita lakukan mengenainya?

 

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN  ACT 2606,  AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

 

(Hakcipta 1997, 1999, 2005, 2006, 2007, 2008 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 

 

Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab [218]

 


Pada 18 Julai 1997, Dr John Heap, iaitu Direktor bagi Institut Penyelidikan Kutub Scott (Scott Polar Research Institute) yang bertapak di UK, telah ditemuramah oleh program berita radio Suruhanjaya Penyiaran Australia atau ABC (Australian Broadcasting Commission). Dia telah berkata, dalam perbincangannya dengan juruacara radio mengenai sejarah penyelidikan Antartika selepas Konferens Sains Jubli ANARE yang baru berakhir, bahawa ancaman pemanasan dunia adalah seumpama Pedang Damocles tergantung di atas kepala (peribahasa yang bermaksud kecelakaan yang mungkin menimpa bila-bila masa) setiap orang yang tinggal lebih rendah daripada paras 60 meter (200 kaki) di atas paras laut. Apakah maksudnya dengan pernyataannya itu? Bagaimanakah paras air menjadi begitu tinggi? Bilakah paras ini meningkat kepada ketinggian itu? Bilakah ia akan bermula? Ini adalah persoalan-persoalan yang penting dan ianya tidak diperkatakan oleh ahli-ahli politik.

 

Presiden kepada Maldives mengatakan bahawa pemanasan dunia mengancam negerinya. Dia telah dilaporkan di dalam petikan berita daripada suratkhabar St Paul Pioneer Express pada 25 Jun 1997:

 

Dalam suatu rayuan bagi meminta bantuan, negeri-negeri kepulauan pada Pertemuan Sedunia (Earth Summit) memberitakan suatu cerita yang membimbangkan mengenai apa yang berlaku pada masa ini: Lautan sudah mula melimpahi ke atas tanah daratan mereka. Presiden Maldives mengatakan bahawa pemanasan dunia terus mengancam kewujudan negerinya sementara negara-negara gergasi industri sibuk pula dengan “perbincangan remeh-temeh” mengenai faktor-faktor perbelanjaan. Pulau-pulau kecil yang lebih rendah sudahpun ditinggalkan di kawasan Mikronesia. Suatu laporan daripada UN (Bangsa-bangsa Bersatu) mengenai peningkatan suhu mencadangkan bahawa paras laut akan meningkat sebanyak 2 kaki ke tahap yang membahayakan di seluruh dunia dalam masa 100 tahun.

 

Bukankah laporan ini tidak munasabah? Laporan UN tadi mengatakan bahawa paras laut akan meningkat 60 sentimeter (2 kaki) dalam tempoh 100 tahun tetapi hakikatnya, pulau-pulau di Mikronesia sudahpun mula ditinggalkan. Dr Heap menyebut 60 meter (200 kaki). Siapa yang bercakap salah di sini dan kenapa?

 

Sejak berita ini dituliskan pada 1997, kita sudahpun mengalami peristiwa besar El Nino dan peningkatan suhu yang ketara di Pasifik.

 

Peningkatan pada paras laut sedunia jelas sekali terlihat dengan pandangan mata. Sekarangpun ia jelas kelihatan pada pinggir laut Australia.

 

Baru-baru ini, para saintis New Zealand mengumumkan bahawa mereka risau tentang gumpalan ais Antartika yang sedang berpecah dan dihanyutkan dalam bentuk ketulan-ketulan ais seluas 10 hektar (25 ekar).

 

Suatu dokumentari TV yang baru-baru ini disiarkan di Australia memeriksa penurunan yang berlaku pada populasi krill dan burung penguin di Antartika. Populasi krill menurun sebanyak 50% sementara populasi penguin turun sebanyak 25%. Kenapakah ini terjadi?

 

Krill membiak di bawah gumpalan/tudung ais (ice cap) ini. Ia hidup di bawah dan bergantung pada sistem ais ini serta membiak di sana. Krill adalah haiwan-haiwan krustasia (mempunyai kerang) kecil seperti udang. Mereka adalah asas kepada rantai makanan di laut-laut selatan. Mereka adalah makanan utama bagi ikan paus. Ikan-ikan bergantung padanya dan dengan itu penguin juga ikut terancam.

 

Jika bilangan mereka terus berkurangan, lama-kelamaan kita tidak perlu lagi memikirkan mengenai kuota ikan paus; kerana tiada yang akan terselamat.

 

Sejak masa itu, berlaku peningkatan pada insiden pencairan tudung ais Antartika.

 

Selepas El Nino, peningkatan suhu di kawasan Antartika telah menyebabkan berlakunya jangkitan virus di kalangan populasi singa laut. Sekitar 11,000 singa laut telah maut akibat jangkitan virus kerana laut yang bertambah hangat. Bagaimana ini terjadi? Para saintis kini berpendapat bahawa ada wujudnya virus yang tidak diketahui sebelum ini, yang dahulunya terperangkap di dalam lapisan ais tetapi kini terlepas. Maknanya kita akan berhadapan dengan virus-virus yang beribu tahun umurnya tanpa apa-apa pengetahuan bagaimana untuk menanganinya.

 

Temubual dengan Jim Titus daripada US EPA

 

Di dalam suatu temubual melalui internet baru-baru ini dengan Jim Titus daripada Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US Environment Protection Agency), saya telah bertanyakan beberapa soalan tentang kemungkinan berlakunya pencairan menyeluruh pada tudung ais kedua kutub dan kesannya masing-masing ke atas paras laut sedunia. Berikut adalah ringkasan persoalan dan jawapan tersebut:

 

C – Wade Cox iaitu penulis artikel; JT – Jim Titus

 

(C) Jika tudung ais di Greenland mencair:

 

(a)    Apakah anggaran jumlah kenaikan aras laut sedunia?

(b)    Berapakah lajunya atau berapa lamakah masa yang akan diambil untuk ia terjadi berdasarkan keadaan seperti sekarang ini?

 

(JT) Jika seluruh lapisan ais itu mencair, dianggarkan bahawa laut-laut akan naik sebanyak enam meter. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya seribu tahun. (Laporan EPA ini terdapat di http://www.gcrio.org/EPA/sealevel/text.html). Anggaran-anggarannya ada pada Bab 7. Bahagian Greenland ada pada Bab 4. Besar kemungkinan, anda akan hanya melihat peningkatan sebanyak beberapa sentimeter saja pada abad seterusnya ini, mungkin 30 sm.

 

[1,000 tahun yang lalu, orang-orang Denmark telahpun menduduki Greenland yang mempunyai kurang ais berbanding sekarang.]

 

(C) Jika tudung Antartika mencair:

 

(a) Apakah kesan bahagian besen (lembah) Baratnya terhadap paras laut?

(b) Apakah kesan seluruh tudung ais tersebut    terhadap paras laut?

 

(JT) 6 meter bagi bahagian Barat dan lebih kurang 60 meter bagi seluruh lapisan ais itu. Ini akan mengambil masa berpuluh ribu tahun.

 

(C) Apakah kesan gabungannya kepada paras laut?

 

(JT) Lupakan Antartika Timur. Satu-satunya senario yang boleh menyebabkan  suatu peningkatan paras yang tinggi adalah gabungan antara Antartika Barat dengan pemanasan sebahagian besar Greenland, menyebabkan penaikan 4 meter dalam 200 tahun dan lebih kurang 8 meter dalam 500 tahun. Ini tidak semestinya terjadi tetapi anggarannya ada pada Bab 7 laporan EPA itu.

 

(C) Apakah kesan pengurangan pantulan ini ke atas sistem suhu selain daripada kesan gas rumah panas (greenhouse gas effect)?

 

(JT) Keadaan ini ada di dalam bahagian model-model. Pengurangan utama yang berlaku di Albedo adalah pengunduran ais laut, bukannya glasier, kerana lebih banyak sinaran matahari yang terkena pada ais laut. Perhatikan juga bahawa pencairan gumpalan Artik akan terjadi lebih awal, mungkin sebanyak beberapa abad, yang akan menyebabkan terjadinya bentuk radial yang tidak simetri antara hemisfera utara dan selatan.

 

(C) Apakah kesan daripada penggunaan alat termo-nuklear untuk mencairkan gumpalan ais di kutub-kutub ini? Nampaknya ini akan menjadikan semua teori-teori, tidak boleh dipakai lagi. Berapa banyakkah senjata nuklear atau yang lain yang diperlukan untuk mencairkan:

(a) lapisan Greenland?

(b) gumpalan ais Antartika?

 

(JT) Kami tidak tahu.

 

(C) Apakah kesan glasier-glasier ke atas paras keseluruhannya?

 

(JT) Saya sudahpun sebutkan hal ini di atas (lihat juga Bab 7 laporan itu).

 

(C) Apakah kesan haba secara keseluruhannya ke atas paras laut dengan peningkatan suhu sedunia sebanyak 10 darjah?

 

(JT) Secara kasar pengiraannya adalah 30 sm bagi setiap darjah selepas beberapa abad.

 

(C) Ada apa-apa komen lagi yang mungkin berguna untuk kita tangani hal ini dengan cara yang mudah dan bertanggungjawab namun tetap menunjukkan bahaya-bahaya yang terbabit?

 

(JT) Ya, ada. Manusia harus mula memikirkan bagaimana untuk merancang pengurusan pinggiran pantai mereka.

 

Jika tidak, akhirnya apa yang kita boleh buat cumalah memperkubukan pinggiran pantai kita, terutamanya muara-muara, dan tanpa adanya pantai atau kawasan berair lagi. Apa yang saya maksudkan adalah perancangan penggunaan tanah jangka panjang, yang jauh lebih murah daripada mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Jadi jika kita terfikir untuk melakukan yang kedua, kita harus juga melakukan yang pertama ini. Paras laut akan naik. Sudah terlambat untuk kita menghentikan peningkatan ini. Namun kita masih terus membangunkan kawasan-kawasan pinggiran pantai seolah-olah peningkatan ini tidak berlaku. Kita harus memindahkan hak milik tanah di beberapa kawasan pinggiran pantai supaya kawasan-kawasan tersebut akan kembali seperti semulajadi apabila laut menaik parasnya.

 

Jim Titus telah memberikan butir-butir teliti di dalam kertas kerjanya mengenai polisi kawasan berair (berpaya) dan telah menyarankan bagaimana untuk mempertahankan kawasan-kawasan berpaya dan pantai tanpa menyusahkan pemilik-pemilik tanah.

 

Saya kemudiannya mengajukan satu lagi persoalan serius kepadanya iaitu sama ada dia telah mengkaji kesan jisim dalam pergerakan polar berbanding kesan jisim pada pusat bumi.

Dia terus-terang mengatakan bahawa orang lain mungkin ada menyelidiknya, tetapi dalam kajiannya tidak ada. Dia memberitahu bahawa isu ini tidak begitu dipentingkan di Amerika Syarikat. Dia mengatakan bahawa “penyelidikan mencadangkan variasi 10% di Amerika Syarikat.” Dia mengatakan bahawa peningkatan paras laut yang sedia ada sudah menjadi satu masalah disebabkan berlakunya pengurangan kawasan tanah, dan sebagainya.

 

Hasilnya semua tercatat di dalam Bab 7 laporan tersebut. Jim telah menulis tentang kesan-kesannya. Kebanyakan kertas kerja ini terdapat di http://www.erols.com/jtitus.

 

Jawapan sebenar kepada masalah perancangan jangka panjang ini adalah untuk menyelidik berapa banyak kawasan daratan dunia ini (dikira per negara) akan ditenggelami oleh peningkatan paras pada tahap 30 sm (1 kaki), 50 sm (1.6 kaki), 1 meter (3.3 kaki), 2 meter (6.6 kaki), 5-6 meter (16-19 kaki), dan seterusnya. Kajian telahpun dilaksanakan bagi negara Amerika Syarikat. Butir-butirnya terkandung di dalam kertas kerja Jim Titus yang bertajuk Holding Back the Sea (Menahan Laut).

 

Dia berkata bahawa tiada alasannya untuk tidak membuat kiraan-kiraan sedemikian bagi Australia, dan sememangnya setiap negara.

 

Ini merupakan suatu temubual yang jelas sekali dan diharapkan akan membantu dalam mendapatkan satu idea tentang masalah yang timbul nanti jika  perkiraan-perkiraan ini betul mengikut kadar-kadar masakini. Tiada peruntukan diberikan bagi kesan-kesan daripada peperangan nuklear dan/atau aktiviti pengganas atau sistem senjata laser atau berpanduan laser pada stesen angkasa lepas. Begitu juga dengan andaian bahawa kemungkinannya kecil sekali bagi Antartika Timur mencair. Ini mungkin satu kesilapan. (Sekarangpun sudah diketahui bahawa ia sememangnya suatu kesilapan yang serius). Terdapat cara yang melibatkan operasi ketenteraan berkenaan hal ini dengan tujuan mendapatkan penyelesaian jangka pendek namun belum dipertimbangkan lagi dan yang diteliti di dalam artikel 30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan [219].

Kesan total daripada pencairan gumpalan (tudung) ais adalah sekurang-kurangnya peningkatan 66 meter (lebih daripada 200 kaki) bagi paras laut tanpa mengira pemanasan super atau berlebihan.

 

Pencairan tudung Antartika Timur akan mengurangkan pantulan dan fakta ini tidak begitu diperhatikan. Kesan peperangan tidak dikira ke dalam statistik. Ada beberapa negara yang lebih terdedah berbanding yang lainnya kepada kesan peningkatan paras laut secara besar-besaran. Bahagian barat laut Eropah adalah satu contoh yang klasik.

 

Lebih khusus lagi adalah hal ketidakstabilan kerak bumi dan peningkatan dalam kejadian gempa bumi. Peningkatan pada aktiviti gempa bumi pada dua tahun kebelakangan ini secara relatifnya adalah signifikan. Lebih banyak lagi gempa bumi yang telah berlaku di kawasan yang berpenduduk berbanding sebelumnya. Ini adalah penting.

 

Penyelidikan Australia

 

Di dalam satu lagi temubual dengan Bill De La Mare daripada Divisi Penyelidikan Antartika Australia (Australian Antarctic Research Division) yang berpusat di Hobart, sudah menjadi jelas bahawa perubahan-perubahan telah berlaku secara berperingkat. De La Mare telah membuat suatu kajiselidik terperinci daripada rekod tangkapan ikan paus yang diambil daripada rekod-rekod pemburuan ikan paus sedunia bagi jangkamasa yang panjang iaitu dari abad sebelumnya sehinggalah tahun 1970an. Daripada rekod setiap ikan paus yang berjaya diburu, Bill telah dapat melukiskan pergerakan kepingan Antartika dalam jangkamasa tersebut. Ikan paus memakan krill dan biasanya terdapat berdekatan dengan kepingan tersebut. Rekod-rekod mengenai kedudukan-kedudukan ikan paus ini secara tidak langsung memberikan suatu rekod perubahan-perubahan yang berlaku ke atas kepingan tersebut dalam jangkamasa yang sama. Dia telah memberitahu di dalam suatu temuramah radio ABC pada 4 September 1997 bahawa lapisan ini telah berkurangan dengan nyata sekali dalam jangkamasa antara pertengahan 1950an hingga 1970an. Pinggirnya telah berpindah ke arah selatan (dengan itu, lebih dekat kepada kutub) sejauh 300 kilometer (186 batu) daripada asalnya, dan ini bermaksud bahawa kepingan ais yang telah hilang adalah lebih kurang sepertiga daripada saiz Australia. Pengurangan ini menjadi stabil sejak 1970an dan dia mengatakan bahawa teknologi satelit tidak menunjukkan apa-apa perubahan signifikan sejak tahun 1970an. Satu-satunya aktiviti utama semasa jangkamasa pengurangan ini adalah pengujian letupan nuklear atas tanah. Ini mungkin satu kebetulan atau suatu perkara yang signifikan.

 

Dengan itu, kita dapat lihat bahawa dalam beberapa dekad yang lalu, ada perubahan yang signifikan pada ais Antartika yang nampaknya menjadi stabil selepas tahun 1970an hingga masakini, namun laporan-laporan dari Britain baru-baru ini menunjukkan bahawa ia berlaku sekali lagi. Suhu telah meningkat sebanyak 2.5 darjah sejak tahun 1940an. Di dalam satu laporan Tinjauan Antartika British (British Antarctic Survey – BAS) bertarikh 27 February 1995, Dr Mike Thomson mengatakan, selepas terbang melintasi Kepingan Ais Larsen, bahawa dia tidak pernah menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu dramatik dan pantas sepertimana yang dilihatnya berlaku pada Kepingan Ais Larsen dalam tempoh 25 tahun dia bekerja di lapangan Antartika. Pemerhatiannya ini dibuatnya tidak lama selepas kehancuran Kepingan Ais Wordie pada pinggir barat semenanjung Antartika ini. Pakar glasier David Vaughan berkata:

 

Tidak syak lagi bahawa cuaca di atas semenanjung Antartika telah nyata sekali bertambah panas dalam tempoh beberapa dekad ini. Apa yang kita perhatikan hari ini hanyalah perubahan yang baru mula membawa kesan ke atas glasier dan lapisan-lapisan ais. Ini adalah masa yang sungguh mengasyikkan bagi pakar-pakar glasier (BAS).

 

Sejak laporan-laporan ini dikeluarkan, Kepingan Ais Larsen sudahpun hancur bersama-sama dengan Wordie.

 

Inilah penyebabnya kepada pengurangan populasi krill dan burung penguin. Buat pertama kalinya dalam rekod sejarah, pada musim panas 1995, Pulau James Ross boleh dikelilingi oleh kapal layar. Kepingan ais di dalam Terusan Putera Gustav telah hancur. Suatu airbatu apung yang besar telah terpisah daripada Kepingan Ais Larsen dan berukuran 78 km x 37 km (48 batu x 23 batu). Ini menyamai saiz daerah Oxfordshire. Perpecahan berulang-kali air batu apung yang lebih kecil sedang berterusan sekarang sepertimana yang dilaporkan oleh saintis-saintis New Zealand.

 

Model-model kajian tidak mengambil kira kesan setempat bagi suhu di Antartika dan jelas sekali bahawa inilah yang sedang berlaku sekarang pada kadar yang terus meningkat. Keadaan lapisan ozon berlubang pula mungkin menjadikan keadaan ini lebih teruk lagi.

 

Selain itu, mereka juga mendapati bahawa model-model kajian mereka salah kerana mereka menganggap bahawa peningkatan suhu adalah setara. Apa yang mereka dapati sekarang ini adalah peningkatan suhu pada Kutub-kutub adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan Khatulistiwa. Oleh itu, bagi setiap peningkatan 2 darjah di Khatulistiwa, kita akan dapati peningkatan lebih besar sehingga 12 darjah di kedua Kutub. Sebelumnya hal ini tidak diambil kira tetapi kini, diterap ke dalam model-model kajian.

 

Perbezaan suhu ini pada Antartika bukanlah suatu kejadian setempat sahaja. Di dalam laporan berita ABC pada 12 September 1997, kita diberitahu bahawa kajian-kajian baru menunjukkan bahawa suhu-suhu yang meningkat adalah 4 darjah pada Khatulistiwa, 6 darjah pada zon-zon sederhana dan 12 darjah pada kutub-kutub dalam masa 50 tahun berikutnya.

 

Dengan itu, perubahan-perubahan yang diperhatikan sebelum ini adalah sebahagian daripada fenomena turun-naik yang tidak seimbang ini. Kutub mencair lebih cepat dan menambahkan kesan pemanasan global dan tudung ais mencair lebih cepat daripada yang dijangkakan.

 

Dengan kaedah analisa regresif kita melihat bahawa bumi ini condong pada paksi yang berlainan pada 9,000 tahun yang lalu. Kini dipersetujui bahawa paksi bumi ini berputar pada kitar 22,000 tahun.

 

Perbezaan pada kecondongan paksi yang menyebabkan kawasan selatan lebih jauh jaraknya dari matahari menyebabkan peningkatan tahap presipitasi di Afrika. Dengan itu, terdapat lebih banyak tasik air tawar di Afrika, Australia  dan tempat-tempat yang serupa. Ini menerangkan kenapa peta Piri Reis 1513 (dikumpulkan daripada peta-peta purba di dalam perpustakaan Alexandria/Iskandariah sebelum ia dibakar oleh orang Islam pada abad ketujuh) menunjukkan sungai-sungai dan tasik-tasik di Afrika di mana sekarang ini hanya terdapat lekukan dan gurun (tulisan Cyrus Gordon Before Columbus, Turnstone Press Ltd, 1972, mukasurat 71-73).

 

Insiden kesan pemanasan ini ke atas lautan juga menyumbang kepada kesan El Nino di Pasifik Timur. Di dalam satu temuramah pada 5 September 1997 dengan Willem Bouma dari Divisi Fizik Atmosfera CSIRO Australia, kami telah membincangkan El Nino dan corak-corak pemanasan global masakini dan masa depan.

 

Dalam keadaan normal, arus-arus lautan pada Pasifik Timur akan membawa zat-zat yang kaya dalam arus-arusnya yang sejuk untuk membolehkan ikan-ikan yang hidup di kawasan air sejuk untuk membiak.

 

El Nino merupakan arus panas yang menghalang pembawaan zat-zat ini dan sama ada menyebabkan kematian ikan-ikan tersebut atau menghalau mereka ke arah utara dan lain-lain kawasan. Kesan-kesan sampingannya adalah cuaca yang tidak menentu dan kemarau di kawasan Pasifik Barat dan juga Afrika Selatan.

 

Bouma mengatakan bahawa air di dalam El Nino, yang sebenarnya adalah suatu kawasan luas permukaan air di Pasifik Tengah dan Timur yang biasanya hanya meningkat kepanasan sebanyak 2 hingga 3 darjah dan telah memperkenalkan corak yang tidak stabil ini, kini memanas kepada 4 hingga 5 darjah melebihi dari kebiasaannya. Inilah yang terpanas sekali yang direkodkan selama 150 tahun. Pakar-pakar mengatakah bahawa ini mungkin hanya kerana tiada rekod yang lebih lama dari ini.

 

Bouma memberitahu: Corak terakhir pada 1991-1994 adalah serupa dengan corak pada 1911-1912. Kejadian ini pada 1982-1983 memang teruk tetapi corak kejadian yang berlaku kini adalah lebih teruk lagi. Masalahnya adalah bahawa hal ini begitu rumit sehingga sukar untuk membentuk satu model kajian yang komprehensif. El Nino baru-baru ini saja dapat dianggarkan.

 

Sejak itu terdapat peristiwa La Nina dan hujan yang lebih banyak di Pasifik Barat, tetapi ada juga peningkatan ketidakstabilan pada kejadian peristiwa-peristiwa tersebut di Pasifik Timur dan tempat lain.

 

Bouma mengatakan bahawa para saintis atmosfera kini mendapati bahawa kandungan gas metana dan karbon dioksida telah meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya. Dia berkata bahawa perubahan-perubahan akan berlaku dalam jangkamasa 30 tahun selanjutnya dan walaupun masyarakat menggunakan istilah 30 sm (1 kaki) dan 1 darjah tetapi hakikatnya kita tidak tahu apa kesan gabungan daripada kesemua perubahan ini. Lebih-lebih lagi, penyesuaian masyarakat-masyarakat dunia menghasilkan masalah-masalahnya tersendiri walaupun perubahan-perubahan ini kelihatan tidak kritikal di kawasan masing-masing.

 

Bouma memberitahu bahawa sampel-sampel teras yang diambil oleh orang Rusia di Antartika telah dianggarkan berusia 160,000 hingga 200,000 tahun. Usia teras didasarkan kepada perubahan pada kadar penurunan salji musim sejuk dan musim panas. Ini juga disertai kajian ke atas tahap sisa gunung berapi di dalam lapisan-lapisannya yang akan dipadankan dengan sampel-sampel teras dasar lautan dan dengan itu menentukan secara kasar jangkamasa yang terbabit.

 

Bouma mengatakan bahawa tudung/gumpalan ais kutub ada gelembung udara yang telah terperangkap di dalamnya. Daripada ini, paras gas karbon dioksida dan metana serta gas-gas lain dapat diukur. Peningkatan yang berlaku seperti yang ada pada hari ini berlainan dengan apa yang ada pada masa lalu. Dia mengatakan bahawa perubahan-perubahan pantas telah berlaku pada masa lampau, dan masa-masa di mana perubahan-perubahan ini berlangsung merupakan faktor yang paling banyak menyebabkan ketidakstabilan dan perbezaan corak.

 

Dia telah ditanya sama ada pernah ada jangkamasa bencana di masa lampau.

 

Bouma mengatakan iya. Terdapat dua zaman bencana yang signifikan di mana satu daripadanya dianggarkan pada 10,000 tahun dahulu dan yang satu lagi pada 150,000 tahun dahulu. Kedua-dua tempoh ini ada signifikannya bagi rekod fosil manusia sepertimana yang akan kita lihat nanti.

 

Bouma mengatakan bahawa ada juga jangkamasa di dalam sejarah terkini di mana perubahan-perubahan tempatan telah disebabkan oleh bencana-bencana yang kelihatan seperti suatu kecelakaan bagi mereka yang terlibat. Contohnya, katanya, banjir-banjir besar yang berlaku di Belanda (Holland) pada tahun 1513. Banjir St Elizabeth memperlihatkan perubahan pada muara Rhine yang menyebabkan banyak kawasan yang berpenduduk ramai di Belanda ditenggelami air sehingga sekarang. Walaupun ini kejadian setempat, tetapi ia merupakan suatu malapetaka. Dia juga menyebut pasal Teluk St Vincent di Australia Selatan yang kini sedang tenggelam dan bagaimana sebarang peningkatan paras laut akan memudaratkan masalah-masalah yang dihadapi di sana.

 

Bouma juga menunjukkan bahawa Sweden dan Norway masih lagi meninggi sejak zaman ais terakhir dan bahawa Papua New Guinea telah meninggi sebanyak beberapa ratus meter dalam jangkamasa yang singkat.

 

Kerunsingan utamanya adalah bahawa kita tidak tahu bagaimana sebenarnya tindakbalas iklim kita pada jangkamasa panjang kerana model-model yang kita ada tidak cukup tepat untuk meramalkan apa yang akan terjadi, dan kita harus berhati-hati supaya tidak menyumbangkan apa-apa perubahan yang memudaratkan keadaan ini.

 

Salah satu daripada masalah adalah walaupun masyarakat dapat menghadapi malapetaka semulajadi atau “Takdir Tuhan” dengan sabar, mereka akan bimbang dengan peristiwa-peristiwa yang mereka sendiri sebabkan. Dengan itu, ketidakstabilan yang terhasil daripada pemanasan global yang dicetuskan manusia menjadikan penduduk kawasan rendah lebih runsing lagi.

 

Maklumat yang diberinya sangat berguna sekali dan dengan itu membolehkan kita mengumpulkan bersama beberapa faktor sebelum kita melihat kepada gambaran nubuatan.

 

Mungkin kita boleh rumuskan daripada semua maklumat ini bahawa laut-lautan menjadi semakin panas lebih pantas daripada yang dijangkakan. Ini mungkin dibantu oleh pergerakan arus-arus lautan yang berbeza daripada corak-corak normalnya. Ia bertanggungjawab ke atas ketidakstabilan corak-corak iklim di benua-benua Asia, Australasia dan Amerika.

 

Kehilangan lapisan-lapisan ais semasa dekad-dekad yang baru berlalu mungkin disebabkan  peningkatan pada karbon dioksida dan metana tetapi juga mungkin telah dibantu oleh permasalahan atmosfera mudah seperti ujian nuklear permukaan tanah dari tahun 1950an hingga 1970an dan aktiviti gunung berapi.

 

Kita tidak ada pengetahuan sebenarnya mengenai kesan-kesan jangka panjang bagi apa-apa kekacauan atmosfera signikan yang disebabkan oleh letupan gunung berapi.

 

Penggunaan Tanah

 

Terdapat juga suatu keperluan yang jelas dan harus dilaksanakan cepat dalam menstrukturkan semula masyarakat berdasarkan perancangan rapi jangka panjang, dan penempatan semula sumber-sumber utama industri dan populasi supaya jauh daripada tepi pantai. Ini meliputi penstrukturan semula dan suatu peluang, kali ini, untuk melakukannya dengan betul dan bersesuaian dengan perintah-perintah Tuhan seperti yang tercatat di dalam Alkitab. Membina stesen-stesen janakuasa nuklear di bawah paras 100 meter (328 kaki) dari aras laut, adalah satu kegilaan.

 

Peperangan-peperangan zaman akhir akan memberikan kita satu permulaan baru, sama ada kita suka atau tidak. Ini bertentangan dengan kebiasaan masakini iaitu penumpuan kepada negeri-bandar (city-states) di bawah polisi Aturan Dunia Baru (New World Order).

 

Perubahan-perubahan Normal

 

Persoalan seterusnya yang harus kita periksa adalah:

Adakah berlakunya perubahan-perubahan paras laut itu sesuatu yang normal? Jawapnya: Ya, ia normal. Daripada rekod-rekod di pantai selatan New South Wales sejak abad yang lalu, dan daripada sistem-sistem perlabuhan air mereka, kita dapat lihat bahawa aras laut lebih tinggi pada abad lalu berbanding sekarang. Mungkin ianya dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tidak dikenali seperti perubahan arus dan pergerakan ombak. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh peninggian atau penurunan daratan. Besar kemungkinan bezanya adalah sebanyak 1 meter (3 kaki). Kawasan yang dahulunya kapal boleh berlabuh kini tidak lagi. Ada juga bukti sebilangan tanda-tanda aras ombak serta bukti di pinggiran pantai Australia yang menunjukkan bahawa ia pernah mengalami peningkatan dan penurunan paras laut pada zaman-zaman sebelumnya. Beberapa ribu tahun yang lalu, pinggir pantainya lebih jauh ke laut daripada yang ada sekarang ini. Pada masa yang lampau dahulu, ia lebih tinggi lagi daripada sekarang. Australia Tengah pernah ditenggelami air sepertimana terbukti oleh adanya fosil-fosil di situ. Ada lapisan-lapisan batu pasir di sepanjang pinggiran pantai timur.

 

Bagaimanakah perubahan-perubahan ini berlaku? Nampaknya dunia pernah mengalami zaman panas dan sejuk dalam sejarahnya. Abad sebelum ini mungkin lebih panas lagi. Mungkin, kita dapat melihat buktinya pada sejarah pinggir pantai Australia. Harus kita perhatikan bahawa perubahan-perubahan besar berlaku kerana kerak bumi. Gempa bumi terakhir di Turki, telah menggerakkan negeri ini lebih dekat dengan Greece dengan angka yang signikan. Kita kini melihat bagaimana kawasan Lingkaran Pinggiran Pasifik  (Pacific Rim) mengalami kejadian-kejadian gempa bumi di tempat-tempat biasa. Ini juga menyumbang kepada peninggian dan penjatuhan tanah daratan.

 

Pergerakan tudung ais

 

Satu lagi penerangan yang boleh diberikan adalah pergerakan tudung-tudung ais itu sendiri. Jika teras bumi berubah maka ada tiga perkara yang akan terjadi. Sekarang ini Kutub Utara adalah kawasan berair sementara Kutub Selatan terletak di atas daratan. Oleh kerana ais laut yang terbentuk akan mengalami pengurangan isipadu sebanyak 10% berbanding jumlah air yang sama, apabila mencair, ia akan “melepaskan” isipadu lebihan ini dan kembali kepada paras laut yang asal, di mana kita mungkin tidak terlihat apa-apa perubahan jelas pada aras laut. Namun begitu, ada dua tudung ais, satu di Greenland dan satu lagi di Antartika, dan kedua-duanya di atas daratan. Jika kedua-duanya mencair, atau hanya sebahagian saja yang mencair sekalipun, keadaannya berbeza sama sekali. Kesemua ais yang telah cair ini akan menambahkan isipadu lautan sedunia dan menyebabkan peningkatan aras-aras lautan. Dengan itu, ada beberapa alternatif buat sistem-sistem pinggiran pantai seluruh dunia.

 

Jika kesemua tudung ais asalnya di atas daratan, pinggiran pantai daratan-daratan yang lain akan dikurangkan oleh isipadu air yang terkandung di dalam tudung-tudung itu. Hasilnya adalah pengurangan isipadu air dan penurunan paras laut purata kepada sepertimana keadaannya beberapa ribu tahun yang lalu. Ini adalah hakikatnya seperti yang dipersetujui oleh para saintis Australia (lihat tulisan Lampert The Great Kartan Mystery, ANU, 1981, khasnya mukasurat 166 dan seterusnya; juga artikel Kebangkitan Orang Mati [143] , mukasurat 4-5).

 

Heiner Josenhans daripada Tinjauan Geologi Kanada berpendapat bahawa ada suatu laluan atau koridor perpindahan dari benua Asia ke benua Amerika yang melalui kawasan berdekatan Pulau Ratu Charlotte. Josenhans berpendapat bahawa Amerika, pada 10,000 tahun dahulunya (dalam perkiraannya), adalah suatu daratan yang diliputi pergunungan berais dengan ketinggian 2,437 meter (8,000 kaki) dan dengan keadaan di mana kedua-dua daratan dan lautan meninggi serta jatuh dengan pantas. Kita mungkin dapat perhatikan bahawa ini bersamaan dengan jangkamasa berbencana seperti yang diajukan oleh Willem Bouma di atas.

 

Heiner Josenhans berkata bahawa 14,600 tahun yang lalu laut telah jatuh dan membentuk suatu koridor tepi pantai yang sempit dan dibantu sebahagiannya oleh berat ais di atas daratan. Para saintis telah menjumpai suatu tengkorak manusia di Pulau Putera Wales yang telah dianggarkan usianya sebagai 9,800 tahun. Kaedah pengiraan usia seperti ini boleh dipertikaikan ketepatannya. Perbezaan pada tarikh-tarikh awal dapat digambarkan dengan jelas sekali di dalam ujikaji yang telah dijalankan oleh Svante Paabo dan Matthias Krings bersama-sama dengan rakan mereka daripada Institut Zoologi di Munich di mana orang purba Neanderthal asal (yang telah ditemui di Lembah Neander berdekatan dengan Dusseldorf pada tahun 1856) telah diuji DNAnya. Mereka berjaya mengutip DNAnya. DNA tersebut telah dibandingkan dengan yang ada pada manusia dan kera chimpanzee. Benang-benang DNA pada orang Neanderthal it menunjukkan variasi pada 27 bahagian, berlainan daripada dengan manusia yang hanya pada 8 sahaja. Mereka dapat membuktikan bahawa Neanderthal bukannya berasal dari famili yang sama dengan manusia. Komen-komen telah dibuat bahawa Neanderthal ini mungkin telah mati 30,000 tahun dahulu tapi ada kemungkinanya bahawa tulang-tulang ini berusia 100,000 tahun. (artikel New DNA testing puts Neanderthal man out of human’s family tree oleh Chris Mihill, The Canberra Sunday Times, 13 July 1997, mukasurat 7. Kumpulan ini kini berpendapat bahawa rumpun manusia berasal daripada satu moyang yang sama daripada Afrika 200,000 tahun dahulu. Pengiraan masa ini juga subjektif sama seperti dalam keadaan Neanderthal itu,

Perhatikan juga bahawa orang-orang ini berbeza dan dipisah-pisahkan oleh zaman-zaman bencana yang dikenalpasti dengan kaedah perkiraan saintifik yang lazim.

 

Kita bersetuju dengan idea tentang moyang yang sama itu. Professor Stringer berpendapat bahawa pada lebih kurang 40,000 tahun dahulu kemungkinan besar berlakunya percampuran antara spesis Neanderthal dengan Homo Sapiens (Mihill, ibid, cf. Cell 1997). Namun begitu, yang kita maksudkan di sini adalah orang Cro-magnon dan bukannya manusia seperti yang kita lihat sekarang ini, Homo Sapiens Sapiens, dan adalah salah untuk mengatakan kedua-duanya spesis yang sama.

 

Namun begitu, kaedah perkiraan usia dan keadaan sekitaran seolah-olah menyokong idea bahawa usia sistem dunia ini dan orang Cro-magnon serta Neanderthal tidak kurang daripada 6,000 tahun. Apa yang kita pasti adalah bahawa ada berlakunya peralihan cepat kutub-kutub dan juga paras laut. Daratan telah naik dan turun disebabkan berat ais dan peralihannya. Ini bererti bahawa planet ini lebih tidak stabil daripada yang boleh kita bayangkan. Allah sejati yang tunggal telah mencipta dunia ini dan Dia akan menamatkannya sesuai dengan kehendaknya.

 

Amsal 8:22-26 “TUHAN telah menciptakan aku sebagai permulaan pekerjaan-Nya, sebagai perbuatan-Nya yang pertama-tama dahulu kala. Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada mula pertama, sebelum bumi ada. Sebelum air samudera raya ada, aku telah lahir, sebelum ada sumber-sumber yang sarat dengan air. Sebelum gunung-gunung tertanam dan lebih dahulu dari pada bukit-bukit aku telah lahir; sebelum Ia membuat bumi dengan padang-padangnya atau debu dataran yang pertama.”

 

Tuhan satu-satunya, yang berdiam di antara kerubim, telah mencipta dunia ini. Dia membentukkan gunung-ganang dan juga lautan. Dia seorang telah mendirikan semuanya dan mengaturkan fungsinya. Dia adalah satu-satunya Allah yang sebenar.

 

Yesaya 37:16 "Ya TUHAN semesta alam, Allah Israel, yang bertakhta di atas kerubim! Hanya Engkau sendirilah Allah segala kerajaan di bumi; Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi.”

 

Yesaya 45:18 “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, --Dialah Allah--yang membentuk bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, --dan Ia menciptakannya bukan supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk didiami--:"Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain.”

 

Mazmur 102:25-27 “Dahulu sudah Kauletakkan dasar bumi, dan langit adalah buatan tangan-Mu. Semuanya itu akan binasa, tetapi Engkau tetap ada, dan semuanya itu akan menjadi usang seperti pakaian, seperti jubah Engkau akan mengubah mereka, dan mereka berubah; tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan.”

 

Allah mengubah dunia seolah-olah ia suatu pakaian.

 

Peralihan pada teras bumi

 

Pada suatu ketika dahulu, bumi telah mengalami peralihan teras bumi dan pencondongan sistem paksi bumi. Penemuan di Siberia yang melibatkan gajah mammoth yang membeku secara mengejut dengan rumput sub-tropika masih berada di dalam mulutnya menunjukkan bahawa peristiwa tadi telah terjadi tidak lama dahulu. Kalaulah pencondongan ini telah meletakkan kedua-dua kutub pada air, dengan hanya satu tudung ais sahaja pada daratan, contohnya Greenland, atau Eropah, atau Amerika Utara (seperti yang dinyatakan oleh Josenhans, AAP, St Paul Pioneer Express, 4 Julai 1997, mukasurat 7A), maka akan terjadilah peningkatan paras laut. Peningkatan ini berpatutan dengan isipadu air di dalam ais pada tudung Antartika. Kes yang satu lagi adalah dengan tudung Greenland. Mungkin bukan hanya satu kebetulan saja bahawa tahap peralihan pada model Josenhans ini juga adalah 60 meter (200 kaki) (ibid). Dia menyalahkan kesan berat ais ke atas pinggiran pantai Amerika Utara. Ini mungkin hanyalah kesan Kutub Utara dan sistem ais utara ke atas Amerika Utara sebelum perubahannya yang terakhir. Zaman-zaman ais ini tidaklah berlangsung perlahan-lahan dan melibatkan jangkamasa yang panjang, sebaliknya mungkin terjadi dalam sekelip mata sahaja sepertimana yang terbukti di Siberia pada peralihan kutub terakhir.

 

Sains moden menghindari penerangan-penerangan sedemikian dan menentang sesiapa dari kalangan mereka yang mengemukakan alternatif-alternatif ini. Penindasan skolastik (antara golongan terpelajar) ke atas I Velikovsky kerana tulisan-tulisannya Worlds in Collision dan Ages in Chaos adalah suatu contoh yang klasik. Masalah sebenar di sini adalah ia menghapuskan andaian teori evolusi (steady-state evolutionary theory) dan memperkenalkan kemungkinan suatu model campur tangan (interventionist model). Lebih-lebih lagi, reputasi saintifik atau skolastik golongan elit universiti biasanya berdasarkan pada model. Sebagai contoh, pakar-pakar budaya Mesir berdasarkan kepada penetapan masa bagi penulis dahulukala Manetho untuk membolehkan mereka menentukan kronologi dinasti-dinasti terawal. Lazimnya ijazah-ijazah mereka bergantung pada penyesuaian mereka dengan model-model yang sudah diterima.

 

Suatu tentangan baru-baru ini dikenakan pada saintis Louis Frank kerana teorinya Cosmic Snowball kerana ia melibatkan perubahan pandangan sedia-ada. Namun kini Frank diakui betul di mana seperti katanya, bumi ini dihentam secara berterusan oleh “bebola ais kosmik” yang mencair dan menambahkan kandungan air atmosfera bumi. Telah dianggarkan bahawa ada cukup air yang terkandung di ruang angkasa antara bumi dan Musytari, untuk memenuhi kembali laut-lautan kita (lihat artikel Robert S Boyd Cosmic Snowballs, St Paul Pioneer Express, 29 Mei 1997).

 

Namun begitu ada buktinya bahawa tudung-tudung ais itu bukannya telah sentiasa berada tempat ia ada sekarang dan idea ini datang daripada sumber-sumber yang tidak disangkakan dan bukan hanya saintis-saintis bumi. Kita tahu tentang wujudnya perdagangan trans-Atlantik sejak beribu tahun dahulu dan bahawa ia telah berterusan lewat hingga pada waktu orang-orang Yahudi berselerak selepas pemberontakan Bar Kochba, seperti yang boleh kita ketahui daripada hasil kerja Profesor Cyrus Gordon Before Columbus, Turnstone Press Ltd, 1972. Di dalam tulisannya itu, Gordon menerbitkan peta dahulukala Piri Reis yang telah dihasilkan daripada olahan lebih banyak peta masa lampau yang telah diambil daripada perpustakaan Alexandria, sebelum orang-orang Muslim membakarnya pada abad ketujuh (lihat mukasurat 71-73). Garisan pinggir pantai Antartika juga dimasukkan dan hakikatnya adalah kita telah tidak dapat melakukan perkara yang sama sehinggalah abad ini kerana adanya tudung ais. Dengan itu, pada zaman dahulukala itu, sama ada ilklimnya lebih panas atau tudung ais tersebut berpusat di tempat berlainan. Lebih-lebih lagi, pada zaman itu mereka boleh mengukur longitud (garisan bujur), dan pinggiran pantai benua Amerika dan Afrika telah ditunjukkan hubung-kait longitud antaranya dengan tepat. Kita tidak boleh melakukan ini sehinggalah abad ke 17.

 

Saya telah berbincang dengan para sarjana (orang terpelajar) yang lain mengenai skrip-skrip ogham, iaitu sistem pertulisan orang-orang Celt, insidensnya dan implikasinya bagi masyarakat Anglo-Saxon dan Celtic. Antara maklumat yang ada adalah bahawa melalui pengembaraan trans-Atlantik tersebut, yang telah berterusan tanpa tergendala, salah satu suku kaum Indian Amerika adalah sebenarnya berketurunan bangsa Welsh (dari Wales). Mereka mengaturkan perkampungan mereka dengan cara yang sama. Mereka telah belayar melalui Sungai-sungai Mississippi dan Missouri, mendarat dan telah mendirikan suatu koloni di Amerika. Kita tahu mengenai pengembaraan mereka daripada rekod-rekod yang terdapat di Wales pada zaman yang sama. Tiada apa-apa telah disebutkan tentang mereka kerana ini tidak sesuai dengan tujuan gereja Eropah pada masa itu. Mereka telah mengongkong kebenaran selama 1,600 tahun. Kita telah masuk ke dalam suatu zaman kegelapan disebabkan cita-cita keagamaan.

 

Begitulah juga, skrip-skrip ogham ini boleh didapati melalui kawasan suku-suku Indian di pantai timur dan melalui Virginia Barat. Ada antaranya yang kini ditenggelami air, tetapi semuanya ada di situ. (Yang menghairankan) Indian-indian di sini menulis dengan menggunakan tulisan Celtic, malah tulisan yang lebih terdahulu lagi, kerana ia kekurangan beberapa aspek tulisan seperti yang ada pada skrip Celtic yang lebih moden. Ini menunjukkan wujudnya pergerakan besar-besaran orang-orang Celtic dan Yahudi dan orang lain, ke benua Amerika, semasa zaman-zaman perubahan. Ia bukanlah suatu sistem terasing (steady state isolated system), sepertimana yang dikemukakan oleh mereka yang kononnya pakar dalam hal ini. Nampaknya, dalam hal ini, tiada kebolehan untuk menganalisa sejarah dunia dengan tepat dan bersepadu.

 

Apakah kesan daripada ketiadaan tudung Antartika?

 

Mengikut anggaran moden, ada cukup ais di dalam lembah Antartika Barat sahaja untuk menaikkan paras laut sebanyak 5 hingga 6 meter (16 hingga 19 kaki). Lembah (Besen) ini termasuklah ais di atas darat dan ada antaranya yang di bawah paras laut namun secara keseluruhannya menghasilkan peningkatan purata 5 meter (16 kaki). Ais yang tertinggal akan naik lagi sebanyak 60 meter (200 kaki) dan kesan daripada kedua-dua tudung adalah melebihi 66 meter (216 kaki) (sepertimana yang dinyatakan oleh John Heap dan Jim Titus di atas). Peningkatan haba yang berlaku hanya boleh diandaikan di sini. Ini akan meningkatkan lagi paras laut dengan tambahan lebih kurang 30 meter (100 kaki). Dengan itu, jumlahnya adalah sekitar 100 meter (328 kaki) dalam peningkatan purata aras laut.

 

Tudung-tudung juga memantulkan sejumlah besar haba matahari. Dengan tiadanya tudung-tudung ini, daratan tidak dapat memantulkan jumlah haba yang sama dan haba ini akan tersimpan di dalam atmosfera bumi. Hasilnya, keadaan bumi akan menjadi sangat panas.

 

Peningkatan pada suhu purata akan menjadikan corak-corak cuaca lebih tidak stabil lagi.

 

Kesan kenaikan aras laut ke atas daratan dan ekosistem bumi

 

Dengan kehilangan sebahagian tudung Antartika, kita akan lihat peningkatan sebanyak 5 meter (16 kaki). Ini akan menenggelamkan pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa tempat, seperti Belanda dan kawasan-kawasan delta, akan tidak dapat didiami. Mereka yang tinggal di situ akan terpaksa berpindah. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan ditenggelami air. Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan akan berombak laut jauh ke daratan. Kapasiti tadahan air akan berkurangan dengan banyaknya. Air minum akan berkurangan. Peningkatan suhu akan menyebabkan kawasan-kawasan yang telah dicemari berubah merah kerana pertumbuhan alga. Perubahan pada sistem-sistem alga akan menghapuskan kawasan-kawasan pembiakan ikan dan kumpulan ikan akan mula mati.

 

Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah cepat sementara tudung-tudung ini mencair. Ini akan menyebabkan ketidakstabilan pada berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas sistem plet bumi yang menyokong daratan. Antartika sudahpun mula meninggi dengan berkurangnya berat tersebut. Hasilnya adalah aktiviti gempa bumi yang lebih banyak.

 

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sejak kertas kerja ini ditulis, kita telah alami peningkatan aktiviti gempa bumi di kawasan-kawasan yang berpenduduk. Pembanjiran negeri-negeri yang seperti yang disebutkan akan menolong menggenapkan satu lagi nubuatan Alkitab, yang telahpun kita bincangkan di dalam artikel Memanggil Umat Ke Yerusalem [238]. Dengan itu suku Zebulun akan mendapatkan kembali warisannya dan memulakan pemanggilan orang-orang ke Yerusalem. Ini akan menjadi permulaan kepada pergerakan kembali suku-suku itu.

 

Kesan-kesan aktiviti gempa bumi yang meningkat

 

Dalam karya Hukum-hukum Pemakanan [015] kita telah lihat bagaimanakah tumpuan logam berat di kawasan-kawasan tertentu di seluruh dunia. Kawasan-kawasan tersebut berpadanan dengan sistem-sistem gelinciran (fault) di mana berlakunya aktiviti gempa bumi. Apabila aktiviti gempa bumi bermula, pelepasan logam-logam berat akan meningkatkan pertumbuhan alga dan laut-lautan akan menjadi merah dengan terbentuknya kesan ombak merah (red tide effect). Kesan penumpuan logam berat di dalam alga adalah peningkatan tahap ketoksikan di dalam ikan. Di dalam malapetaka Alkitab yang digambarkan dengan tujuh sangkakala di dalam Wahyu, kita melihat bahawa sepertiga daripada ikan di lautan akan mati. Ini berikutan daripada peningkatan aktiviti gempa bumi yang mengikuti penindasan terakhir pada hari-hari terakhir di bawah gambaran meterai kelima (lihat karya Tujuh Meterai [140] dan Tujuh Sangkakala [141].

 

Wahyu 6:9-17 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang kelima, aku melihat di bawah mezbah jiwa-jiwa mereka yang telah dibunuh oleh karena firman Allah dan oleh karena kesaksian yang mereka miliki.        Dan mereka berseru dengan suara nyaring, katanya: "Berapa lamakah lagi, ya Penguasa yang kudus dan benar, Engkau tidak menghakimi dan tidak membalaskan darah kami kepada mereka yang diam di bumi?" Dan kepada mereka masing-masing diberikan sehelai jubah putih, dan kepada mereka dikatakan, bahwa mereka harus beristirahat sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka. Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keenam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah. Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi bagaikan pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang. Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya. Dan raja-raja di bumi dan pembesar-pembesar serta perwira-perwira, dan orang-orang kaya serta orang-orang berkuasa, dan semua budak serta orang merdeka bersembunyi ke dalam gua-gua dan celah-celah batu karang di gunung. Dan mereka berkata kepada gunung-gunung dan kepada batu-batu karang itu: "Runtuhlah menimpa kami dan sembunyikanlah kami terhadap Dia, yang duduk di atas takhta dan terhadap murka Anak Domba itu." Sebab sudah tiba hari besar murka mereka dan siapakah yang dapat bertahan?

 

Perbuatan melukakan bumi ini terjadi selepas penindasan yang disebutkan di dalam meterai kelima—dengan itu, bumi tidak akan dilukakan sehinggalah aktiviti-aktiviti Wahyu 7 telah berlalu; iaitu pemeteraian orang saleh seramai 144,000 dan pemiliharan kumpulan orang yang ramai itu. Sehingga ini selesai, bumi tidak akan disakiti.

Wahyu 7:13-17 Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata kepadaku: "Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah mereka datang?" Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. Karena itu mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya. Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka. Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas terik tidak akan menimpa mereka lagi. Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka."

 

Dengan itu, kita lihat bahawa kesukaran di dalam meterai kelima akan diikuti dengan aktiviti yang penuh pergolakan ini. Kedatangan Mesias difahamkan sebagai suatu kepastian pada masa ini. Dengan itu, pertambahan aktiviti gempa bumi dan tanda-tanda di langit bukan saja menandakan kedatangan Mesias dan penebusan umat terpilih, tetapi juga mencetuskan tindakbalas rantai yang hampir berlaku di dalam aktiviti berkenaan negara-negara dunia ini dan khasnya kawasan-kawasan berpantai. Aktiviti ini digambarkan di dalam Wahyu 8 dan seterusnya.

 

Oleh itu, kejadian-kejadian gempa bumi itu sendiri, di samping pencemaran, akan melepaskan logam-logam berat ke dalam laut-lautan bumi ini dan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kematian sepertiga daripada bilangan ikan seperti disebutkan di dalam Wahyu 8:1-5.

 

Wahyu 8:1-5     Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketujuh, maka sunyi senyaplah di sorga, kira-kira setengah jam lamanya. Lalu aku melihat ketujuh malaikat, yang berdiri di hadapan Allah, dan kepada mereka diberikan tujuh sangkakala. Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. Maka naiklah asap kemenyan bersama-sama dengan doa orang-orang kudus itu dari tangan malaikat itu ke hadapan Allah. Lalu malaikat itu mengambil pedupaan itu, mengisinya dengan api dari mezbah, dan melemparkannya ke bumi. Maka meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi.

 

Kita ketahui dari ayat ini bahawa penganiayaan orang-orang kudus dan doa mereka akan menyebabkan campur tangan Tuhan. Dia menghantar Mesias pada waktu kedatangan kembali. Api daripada mezbah dibuangkan ke bumi dan aktiviti ini menyebabkan berlakunya guruh dan kilat dan gempa bumi. Inilah fasa aktif bagi apa yang kita katakan sebagai aktiviti-aktiviti pemanasan global dan kemurkaan Tuhan.

 

Siri pertama sangkakala ditiupkan dan api serta hujan batu diturunkan ke atas bumi dan kemudiannya sepertiga daripada bumi akan terbakar, termasuklah pohon-pohon dan segala rumput hijau. Dalam kata lain, ia menjadi tandus dan suhu panas itu akan mengeringkan kawasan-kawasan berumput dan menyebabkannya terbakar.

 

Wahyu 8:6-7     Dan ketujuh malaikat yang memegang ketujuh sangkakala itu bersiap-siap untuk meniup sangkakala. Lalu malaikat yang pertama meniup sangkakalanya dan terjadilah hujan es, dan api, bercampur darah; dan semuanya itu dilemparkan ke bumi; maka terbakarlah sepertiga dari bumi dan sepertiga dari pohon-pohon dan hanguslah seluruh rumput-rumputan hijau.

 

Aktiviti gempa bumi akan menghasilkan letupan-letupan dan penggelinciran daratan besar-besaran yang membinasakan.

 

Wahyu 8:8-9     Lalu malaikat yang kedua meniup sangkakalanya dan ada sesuatu seperti gunung besar, yang menyala-nyala oleh api, dilemparkan ke dalam laut. Dan sepertiga dari laut itu menjadi darah, dan matilah sepertiga dari segala makhluk yang bernyawa di dalam laut dan binasalah sepertiga dari semua kapal.

 

Aktiviti ini menyebabkan sepertiga daripada kapal turut termusnah dan ini bermakna bahawa ia bukan saja melibatkan logam berat dan pertumbuhan berlebihan alga tetapi juga pada kejadian tsunami (ombak besar).

 

Tsunami

 

Para saintis sudah lama mengetahui bahawa satu tsunami besar telah menghentam pinggiran pantai timur Australia lebih kurang 100,000 tahun dahulu mengikut istilah-istilah geologi berdasarkan model-model hari ini. Mereka tidak tahu apa penyebabnya. Beberapa tahun yang lalu mereka telah menentukan bahawa ia sebenarnya disebabkan penggelinciran daratan di Hawaii pada 105,000 tahun dahulu. Akan terjadi penggelinciran yang lebih besar lagi daripada ini pada jangkamasa sangkakala kedua. Para saintis menjangkakan bahawa gelinciran San Andreas (San Andreas fault) akan meretak dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Ini belum lagi mengira kesan-kesan peningkatan pergerakan gelinciran. Sistem gelinciran San Andreas ini mempunyai kapasiti untuk membentuk suatu tsunami yang boleh membinasakan seluruh pantai timur Australia.

 

Tsunami bergerak dengan laju menghampiri kelajuan bunyi dan boleh membentuk tembok air beberapa ratus kaki tingginya. Ombak yang disebutkan di atas dianggarkan antara 90 meter (300 kaki) dan 300 meter (1,000 kaki) tingginya dan bergerak hampir 1,126 kilometer sejam (700 batu sejam). Kapasiti membinasa ombak seperti ini adalah sungguh besar sekali. Setiap penggelinciran daratan dan gempa bumi akan mencetuskan aktiviti tsunaminya sendiri. Dengan begitulah, maka sepertiga daripada perkapalan dunia ini akan dimusnahkan.

 

Pemanasan ini dan peningkatan aktiviti gunung berapi di bumi ini akan kemudiannya menyebabkan pemusnahan sistem-sistem air bumi dan pengunduran serta pencemaran tempat-tempat pembiakan ikan.

 

Pengurangan yang berlaku ini akan ditingkatkan dengan insidens suatu komet yang akan dihantar Tuhan bagi menghukum dunia yang tidak mengendahkan perintah-perintahNya.

 

Wahyu 8:10-11 Lalu malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya dan jatuhlah dari langit sebuah bintang besar, menyala-nyala seperti obor, dan ia menimpa sepertiga dari sungai-sungai dan mata-mata air. Nama bintang itu ialah Apsintus. Dan sepertiga dari semua air menjadi apsintus, dan banyak orang mati karena air itu, sebab sudah menjadi pahit.

 

Peningkatan aktiviti ini akan mempengaruhi atmosfera. Kesan rumah kaca atau greenhouse effect yang terlihat adalah begitu besar sekali sehingga matahari menjadi gelap pada waktu fajar dan senja dan menyebabkan hari menjadi pendek.

 

Wahyu 8:12-13 Lalu malaikat yang keempat meniup sangkakalanya dan terpukullah sepertiga dari matahari dan sepertiga dari bulan dan sepertiga dari bintang-bintang, sehingga sepertiga dari padanya menjadi gelap dan sepertiga dari siang hari tidak terang dan demikian juga malam hari. Lalu aku melihat: aku mendengar seekor burung nasar terbang di tengah langit dan berkata dengan suara nyaring: "Celaka, celaka, celakalah mereka yang diam di atas bumi oleh karena bunyi sangkakala ketiga malaikat lain, yang masih akan meniup sangkakalanya."

 

Krakatoa telah meletus pada abad lalu dengan kuasa seperti sebilangan besar senjata nuklear, dan langit telah bertukar warna di seluruh dunia untuk beberapa bulan.

 

Aktiviti ini akan menyebabkan bumi mengalami kekacauan yang begitu besar, sehingga wujudnya apa yang dikatakan sebagai jendela peluang (window of opportunity) bagi negara-negara yang sudahpun bersedia untuk membinasakan umat-umat kita. Negara-negara ini disebutkan sebagai Gog dan Magog. Siapa dia mereka ini akan dikenalpasti kemudian. Negara-negara ini akan melibatkan diri di dalam apa yang merupakan Perang Dunia III kerana kekacauan yang berlaku di atas dunia. Kekacauan dan peperangan ini akan memberi peluang kepada sekumpulan negara untuk menyerang blok kekuasaan Eropah masakini. Peperangan-peperangan ini adalah peperangan yang disebutkan di dalam sangkakala kelima dan keenam di dalam Wahyu 9:1-21.

 

Wahyu 9:1-21 Lalu malaikat yang kelima meniup sangkakalanya, dan aku melihat sebuah bintang yang jatuh dari langit ke atas bumi, dan kepadanya diberikan anak kunci lobang jurang maut. Maka dibukanyalah pintu lobang jurang maut itu, lalu naiklah asap dari lobang itu bagaikan asap tanur besar, dan matahari dan angkasa menjadi gelap oleh asap lobang itu. Dan dari asap itu berkeluaranlah belalang-belalang ke atas bumi dan kepada mereka diberikan kuasa sama seperti kuasa kalajengking-kalajeng di bumi. Dan kepada mereka dipesankan, supaya mereka jangan merusakkan rumput-rumput di bumi atau tumbuh-tumbuhan ataupun pohon-pohon, melainkan hanya manusia yang tidak memakai meterai Allah di dahinya. Dan mereka diperkenankan bukan untuk membunuh manusia, melainkan hanya untuk menyiksa mereka lima bulan lamanya, dan siksaan itu seperti siksaan kalajengking, apabila ia menyengat manusia. Dan pada masa itu orang-orang akan mencari maut, tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka. Dan rupa belalang-belalang itu sama seperti kuda yang disiapkan untuk peperangan, dan di atas kepala mereka ada sesuatu yang menyerupai mahkota emas, dan muka mereka sama seperti muka manusia, dan rambut mereka sama seperti rambut perempuan dan gigi mereka sama seperti gigi singa, dan dada mereka sama seperti baju zirah, dan bunyi sayap mereka bagaikan bunyi kereta-kereta yang ditarik banyak kuda, yang sedang lari ke medan peperangan. Dan ekor mereka sama seperti kalajengking dan ada sengatnya, dan di dalam ekor mereka itu terdapat kuasa mereka untuk menyakiti manusia, lima bulan lamanya. Dan raja yang memerintah mereka ialah malaikat jurang maut; namanya dalam bahasa Ibrani ialah Abadon dan dalam bahasa Yunani ialah Apolion. Celaka yang pertama sudah lewat. Sekarang akan menyusul dua celaka lagi. Lalu malaikat yang keenam meniup sangkakalanya, dan aku mendengar suatu suara keluar dari keempat tanduk mezbah emas yang di hadapan Allah, dan berkata kepada malaikat yang keenam yang memegang sangkakala itu: "Lepaskanlah keempat malaikat yang terikat dekat sungai besar Efrat itu." Maka dilepaskanlah keempat malaikat yang telah disiapkan bagi jam dan hari, bulan dan tahun untuk membunuh sepertiga dari umat manusia. Dan jumlah tentara itu ialah dua puluh ribu laksa pasukan berkuda; aku mendengar jumlah mereka. Maka demikianlah aku melihat dalam penglihatan ini kuda-kuda dan orang-orang yang menungganginya; mereka memakai baju zirah, merah api dan biru dan kuning belerang warnanya; kepala kuda-kuda itu sama seperti kepala singa, dan dari mulutnya keluar api, dan asap dan belerang. Oleh ketiga malapetaka ini dibunuh sepertiga dari umat manusia, yaitu oleh api, dan asap dan belerang, yang keluar dari mulutnya. Sebab kuasa kuda-kuda itu terdapat di dalam mulutnya dan di dalam ekornya. Sebab ekornya sama seperti ular; mereka berkepala dan dengan kepala mereka itu mereka mendatangkan kerusakan. Tetapi manusia lain, yang tidak mati oleh malapetaka itu, tidak juga bertobat dari perbuatan tangan mereka: mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala-berhala dari emas dan perak, dari tembaga, batu dan kayu yang tidak dapat melihat atau mendengar atau berjalan, dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, sihir, percabulan dan pencurian.

 

Teks ini menunjukkan bahawa ada suatu peperangan yang terbabit dan bahawa kunci kepada segala aktiviti ini dan penghentian aktiviti ini adalah pertaubatan di hadapan Tuhan. Pertaubatan melibatkan pelaksanaan kehendak Allah dan penurutan perintah-perintahNya.

 

Ini juga terkandung di dalam pesanan Kristus di dalam Nubuatan Bukit Zaitun. Nubuatan ini sendiri memperkukuhkan apa yang sudah diperkatakan oleh Yesaya dan nabi-nabi yang lain.

 

Yesaya 24:19-20 Bumi remuk redam, bumi hancur luluh bumi goncang-gancing. Bumi terhuyung-huyung sama sekali seperti orang mabuk dan goyang seperti gubuk yang ditiup angin; dosa pemberontakannya menimpa dia dengan sangat, ia rebah dan tidak akan bangkit-bangkit lagi.

 

Yesaya 51:6 Arahkanlah matamu ke langit dan lihatlah ke bumi di bawah; sebab langit lenyap seperti asap, bumi memburuk seperti pakaian yang sudah usang dan penduduknya akan mati seperti nyamuk; tetapi kelepasan yang Kuberikan akan tetap untuk selama-lamanya, dan keselamatan yang daripada-Ku tidak akan berakhir.

 

Langit yang sedia ada akan berlalu juga akhirnya tetapi, sementara masih ada, hukum tetap tinggal bersamanya. Itulah kunci bagi memahami apa yang Tuhan kehendaki untuk manusia lakukan.

 

Matius 5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

 

Oleh itu Mesias menceritakan tentang hari-hari terakhir, sepertimana diterangkan lebih lanjut lagi di dalam Wahyu.

 

Matius 24:3 Ketika Yesus duduk di atas Bukit Zaitun, datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya untuk bercakap-cakap sendirian dengan Dia. Kata mereka: "Katakanlah kepada kami, bilamanakah itu akan terjadi dan apakah tanda kedatangan-Mu dan tanda kesudahan dunia?"

 

Matius 24:14 Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya."

 

Pekhabaran terakhir injil akan berlaku terlebih dahulu. Ini kemudiannya akan diikuti oleh suatu masa kesukaran yang menandakan permulaan bagi masa pengakhiran, dan lepas itu barulah pengakhiran tiba. Ini adalah meterai kelima dan keenam seperti yang telah kita lihat di atas. Berikutan tanda-tanda di langit, bumi akan dipukul.

 

Matius 24:29-39 "Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang. Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya. Dan Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dengan meniup sangkakala yang dahsyat bunyinya dan mereka akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari keempat penjuru bumi, dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain. Tariklah pelajaran dari perumpamaan tentang pohon ara: Apabila ranting-rantingnya melembut dan mulai bertunas, kamu tahu, bahwa musim panas sudah dekat. Demikian juga, jika kamu melihat semuanya ini, ketahuilah, bahwa waktunya sudah dekat, sudah di ambang pintu. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini terjadi. Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu. Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri." "Sebab sebagaimana halnya pada zaman Nuh, demikian pula halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Sebab sebagaimana mereka pada zaman sebelum air bah itu makan dan minum, kawin dan mengawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, dan mereka tidak tahu akan sesuatu, sebelum air bah itu datang dan melenyapkan mereka semua, demikian pulalah halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia.

 

Bandingkan juga ayat-ayat ini dengan Markus 13:24-37 dan Lukas 21:26-36.

 

Masa kesukaran bagi umat terpilih akan berlangsung sebelum kedatangan Mesias dan diikuti dengan tanda-tanda langit yang mengumumkan kedatangannya. Kebangkitan pertama kemudiannya akan terjadi. Tiada berlakunya rapture atau keghairahan (satu istilah yang digunakan bagi kejadian pengangkatan naik ke syurga secara tiba-tiba dan tidak kelihatan). Tiada jalan yang mudah. Kita tidak boleh terlepas daripada hukum. Kristus akan datang sebagai raja yang menguasai segalanya untuk mendirikan hukum BapaNya di atas bumi ini. Orang yang paling terkejut dan keliru sekali adalah mereka yang mengaku diri mereka sebagai murid-muridNya namun tidak memelihara hukum-hukum Allah dan kesaksian Mesias. Mereka akan lalui jalan yang lebih susah kerana mereka tidak mengikuti ajaran-ajaranNya. Itulah sebabnya kenapa Allah akan mengerjakan bumi ini dan dengan teliti sekali. Kecualilah Mesias datang kembali, tiada orang yang akan tetap hidup. Kesemua kebinasaan ini adalah hasil perbuatan kita sendiri.

 

Matius 24:19-28 Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu. Berdoalah, supaya waktu kamu melarikan diri itu jangan jatuh pada musim dingin dan jangan pada hari Sabat. Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi. Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan waktu itu akan dipersingkat. Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau Mesias ada di sana, jangan kamu percaya. Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mujizat-mujizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka menyesatkan orang-orang pilihan juga. Camkanlah, Aku sudah mengatakannya terlebih dahulu kepadamu. Jadi, apabila orang berkata kepadamu: Lihat, Ia ada di padang gurun, janganlah kamu pergi ke situ; atau: Lihat, Ia ada di dalam bilik, janganlah kamu percaya. Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia. Di mana ada bangkai, di situ burung nazar berkerumun."

 

Mari kita kembali dan periksa semula fasa sangkakala-sangkakala ini dan cuba anggarkan berapa cepatnya ia akan berlaku.

 

Sejak artikel ini ditulis pada 1997 terdapat pergerakan signifikan di kalangan Kristian Protestan yang membawakan nubuatan Katolik. Para Trinitarian secara keseluruhannya kini mengeluarkan nubuatan, atau penafsiran nubuatan, yang menyatakan bahawa anti-Kristus akan mendirikan hukum Allah di atas bumi ini (hukum dari Musa) dan bahawa suku Yehuda (Judah) akan bekerjasama dan bersekutu dengan Mesias yang disebutkan ini, dan mereka akan membangunkan suatu bait suci di Yerusalem. Ini sebenarnya adalah anti-Kristus dan Kristus yang sejati akan kembali selepas peristiwa ini. Memang benar nubuatan-nubuatan Alkitab menyebut mengenai pertukaran Yehuda, perdirian Mesias di Yerusalem, pemulihan hukum dan pembangunan semula Bait Suci. Semua ini berlaku, tetapi Para Trinitarian kini mengatakan bahawa ia adalah anti-Kristus dan sistem palsu, dan selepas itu barulah Kristus yang sejati akan datang. Dengan berbuat demikian mereka telah menentukan keadaan hari-hari terakhir ini bagi pertentangan terhadap Yesus Kristus di Yerusalem. Negara-negara yang telah kini menetapkan nubuatan bersyarat ini adalah negara-negara Kristian Trinitarian sendiri. Mereka akan terlibat di dalam pergerakan menentang Yesus Kristus.

 

Kecepatan fasa pemanasan global

 

Selepas pekhabaran injil yang terakhir, masa kesukaran atau penganiayaan itu akan berlangsung. Ini sebenarnya melibatkan suatu jangkamasa yang berlanjutan dan membabitkan dua jangkamasa penganiayaan. Jangkamasa pertama adalah 1,260 tahun; dan yang satu lagi adalah suatu tempoh yang singkat pada waktu pengakhiran. Tempoh 1,260 tahun itu telah bermula pada 590 TM (Tahun Masehi) dan berakhir pada 1850 dengan berakhirnya Empayar Suci Rom. Penyiasatan penghukuman (Inquisition) yang terakhir adalah pada tempoh 1823-1846 (lihat tulisan seorang bekas ahli sejarah Jesuit iaitu Malachi Martin di dalam The Decline and Fall of the Roman Church, Secker and Warburg, London, mukasurat 254 dan seterusnya). Penganiayaan terakhir tadi sudahpun bermula.

 

Penganiayaan terakhir berlaku singkat tetapi lebih hebat lagi. Pembinasaan doktrin benar hampir selesai. Namun begitu, kedatangan Mesias tidak akan disangsikan dan setiap mata akan melihatnya. Mesias kemudiannya akan mengerjakan agama-agama dunia ini dan kehuru-haraan yang menyamar sebagai agama Kristian. Mesias berkata bahawa generasi ini tidak akan berlalu sebelum semuanya digenapi. Satu generasi adalah kira-kira 40 tahun. Dengan itu, jangkamasa yang terlibat adalah kurang daripada 40 tahun.

 

Fasa pemanasan sudahpun bermula. Bumi ini tidak boleh dicederakan sehinggalah bilangan 144,000 itu habis dimeteraikan. Proses ini telahpun berlangsung selama 2,000 tahun. Jangkamasa zaman Mesias adalah dari kelahiran Mesias pada tahun 5 SM (Sebelum Masehi) hinggalah ke akhir tempoh masa bagi bangsa-bangsa lain (Gentiles). Jangkamasa ini telah berakhir pada tahun kudus 1996/1997. Itu adalah ulangtahun ke 2,000 bagi kelahiran Mesias dan juga ulangtahun ke 3,000 bagi kemasukan Daud ke dalam Yerusalem. Ia adalah juga tujuh kali atau 2,520 tahun dari pencerobohan Mesir oleh Cambyses. Ini dikaitkan dengan tempoh yang lebih awal di mana penetapan telah dibuat bagi model Babel (Babylon) yang kita dapati daripada Pertempuran Karkemis (Carchemish) pada 605 SM. Perang-perang zaman akhir bermula pada tahun 1914 iaitu 2,520 tahun atau tujuh kali dari 605 SM. Perang-perang utama bermula seluruh dunia dari tahun 1916 (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]. Sistem empayar-empayar ini (Daniel 2) akan berterusan sebanyak tujuh kali iaitu 2,520 (7 x 360 – 360 adalah tempoh nubuatan yang terdiri daripada 12 x 30 ‘hari nubuatan’ (petang dan pagi) atau tahun). Tempoh nubuatan ini meliputi dua lengan empat puluh tahun atau lapan puluh tahun semuanya dari tahun 1916-1996/97. Maka tarikh pentingnya ialah 1997 bagi permulaan tempoh tiga puluh tahun kesukaran zaman akhir. Pada akhir zaman akan ada suatu jangkamasa 30 tahun daripada pengakhiran tempoh bangsa lain ini hinggalah kepada pemulihan semula di bawah Mesias. Seluruh proses ini dicerminkan di dalam zaman Musa dan peperangan-peperangan di dalam penaklukan Israel (lihat penulisan Kejatuhan Yerikho [142]).

 

Kesemua masalah ini akan dialami antara 1997 dan 2027. Suatu andaian  jangkamasa bagi peperangan pengakhiran dan fasa-fasa yang mengikutinya diteliti di dalam karya tulis 30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan [219] dan Jadwal Jaman secara Garis Besar [272].

 

Sementara tempoh pemanasan ini bermula, kita akan lihat berlakunya tekanan ke atas sistem-sistem pinggiran pantai. Alkitab menunjukkan bahawa masalah ini bukanlah berlaku perlahan-lahan.

 

Yahovah telah diutuskan oleh Yahovah Angkatan Syurga, iaitu Allahnya, untuk menjaga Yerusalem pada tempoh masa pengakhiran ini.

 

Zakharia 2:1-9   Aku melayangkan mataku dan melihat: tampak seorang yang memegang tali pengukur. Lalu aku bertanya: "Ke manakah engkau ini pergi?" Maka ia menjawab aku: "Ke Yerusalem, untuk mengukurnya, untuk melihat berapa lebarnya dan panjangnya." Dan sementara malaikat yang berbicara dengan aku itu maju ke depan, majulah seorang malaikat lain mendekatinya, yang diberi perintah: "Berlarilah, katakanlah kepada orang muda yang di sana itu, demikian: Yerusalem akan tetap tinggal seperti padang terbuka oleh karena banyaknya manusia dan hewan di dalamnya. Dan Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan di dalamnya." Ayo, ayo, larilah dari Tanah Utara, demikianlah firman TUHAN; sebab ke arah keempat mata angin Aku telah menyerakkan kamu, demikianlah firman TUHAN. Ayo, luputkanlah dirimu ke Sion, hai, penduduk Babel! Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya--: "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.

 

Arah datangnya kesukaran ini adalah dari kawasan utara dan melibatkan anak perempuan Babel (daughter of Babylon). Dengan itu, kita ketahui bahawa kesukaran ini datang daripada suatu sistem gabungan keagamaan dan politik. Ia bukan Iraq.

 

Kita tahu daripada urutan ini bahawa pulau-pulau digerakkan oleh aktiviti gempa bumi dan oleh paras air yang menaik.

 

Wahyu 6:14 Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.

 

Ini adalah aktiviti yang berlaku secara tiba-tiba dan dengan ganas.

 

Wahyu 16:17-21 Dan malaikat yang ketujuh menumpahkan cawannya ke angkasa. Dan dari dalam Bait Suci kedengaranlah suara yang nyaring dari takhta itu, katanya: "Sudah terlaksana." Maka memancarlah kilat dan menderulah bunyi guruh, dan terjadilah gempa bumi yang dahsyat seperti belum pernah terjadi sejak manusia ada di atas bumi. Begitu hebatnya gempa bumi itu. Lalu terbelahlah kota besar itu menjadi tiga bagian dan runtuhlah kota-kota bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Maka teringatlah Allah akan Babel yang besar itu untuk memberikan kepadanya cawan yang penuh dengan anggur kegeraman murka-Nya. Dan semua pulau hilang lenyap, dan tidak ditemukan lagi gunung-gunung. Dan hujan es besar, seberat seratus pon, jatuh dari langit menimpa manusia, dan manusia menghujat Allah karena malapetaka hujan es itu, sebab malapetaka itu sangat dahsyat.

 

Aktiviti tersebut, seperti yang kita lihat dari teks ini, adalah pada pengakhiran cawan kemurkaan Tuhan. Pulau-pulau hilang lenyap dan gunung-ganang digerakkan. Terdapat suatu gempa bumi yang begitu dahsyat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah dunia. Dengan itu, dua gempa besar itu adalah pada bahagian awal dan bahagian kemudiannya proses ini. Teks di dalam Wahyu 16:1-16 menunjukkan bahawa jangkamasa cawan-cawan ini digunakan untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti planet ini yang termasuk perubahan air kepada darah.

 

Cawan keempat membawa bersamanya haba yang cukup tinggi. Dengan itu, pemanasan ini meningkat dengan kadar yang berganda-ganda (eksponen). Proses ini digambarkan di dalam Wahyu 16:1-9.

 

Wahyu 16:1-9 Dan aku mendengar suara yang nyaring dari dalam Bait Suci berkata kepada ketujuh malaikat itu: "Pergilah dan tumpahkanlah ketujuh cawan murka Allah itu ke atas bumi." Maka pergilah malaikat yang pertama dan ia menumpahkan cawannya ke atas bumi; maka timbullah bisul yang jahat dan yang berbahaya pada semua orang yang memakai tanda dari binatang itu dan yang menyembah patungnya. Dan malaikat yang kedua menumpahkan cawannya ke atas laut; maka airnya menjadi darah, seperti darah orang mati dan matilah segala yang bernyawa, yang hidup di dalam laut. Dan malaikat yang ketiga menumpahkan cawannya atas sungai-sungai dan mata-mata air, dan semuanya menjadi darah. Dan aku mendengar malaikat yang berkuasa atas air itu berkata: "Adil Engkau, Engkau yang ada dan yang sudah ada, Engkau yang kudus, yang telah menjatuhkan hukuman ini. Karena mereka telah menumpahkan darah orang-orang kudus dan para nabi, Engkau juga telah memberi mereka minum darah; hal itu wajar bagi mereka!" Dan aku mendengar mezbah itu berkata: "Ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa, benar dan adil segala penghakiman-Mu." Dan malaikat yang keempat menumpahkan cawannya ke atas matahari, dan kepadanya diberi kuasa untuk menghanguskan manusia dengan api. Dan manusia dihanguskan oleh panas api yang dahsyat, dan mereka menghujat nama Allah yang berkuasa atas malapetaka-malapetaka itu dan mereka tidak bertobat untuk memuliakan Dia.

 

Bumi dihukum kerana tidak memelihara perintah-perintah Allah. Allah menyuruh Mesias untuk datang dan menguruskan keadaan planet ini. Dia khususnya menugaskan tujuh malaikat ini dengan cawan-cawan kemurkaanNya, yang akan ditumpahkan ke atas bumi. Sains moden mungkin menerangkan proses ini dengan istilah-istilah sains namun mereka tetap tidak menurut. Walaupun ketika planet ini sedang dimusnahkan di depan mata mereka sendiri, disebabkan ketidaksetiaan mereka sendiri, mereka tetap tidak bertaubat dan kembali kepada Tuhan.

 

Mereka lebih suka menghujat Allah daripada bertaubat. Aturan sistem sebegini di bumi ini adalah sebahagian daripada angkatan pemberontakan setan terhadap Allah Eloah yang Maha Agung, iaitu Yahovah bagi Angkatan Syurga. Mereka tidak akan mengubah jalan-jalan mereka. Kebanyakan manusia di bumi ini akan disesatkan oleh orang-orang ini dan juga setan.

 

Lihat juga karya Pekabaran Wahyu 14 [270] yang juga merupakan suatu penerangan tentang jangkamasa akhir zaman.

 

Wahyu 16:10-16 Dan malaikat yang kelima menumpahkan cawannya ke atas takhta binatang itu dan kerajaannya menjadi gelap, dan mereka menggigit lidah mereka karena kesakitan, dan mereka menghujat Allah yang di sorga karena kesakitan dan karena bisul mereka, tetapi mereka tidak bertobat dari perbuatan-perbuatan mereka. Dan malaikat yang keenam menumpahkan cawannya ke atas sungai yang besar, sungai Efrat, lalu keringlah airnya, supaya siaplah jalan bagi raja-raja yang datang dari sebelah timur. Dan aku melihat dari mulut naga dan dari mulut binatang dan dari mulut nabi palsu itu keluar tiga roh najis yang menyerupai katak. Itulah roh-roh setan yang mengadakan perbuatan-perbuatan ajaib, dan mereka pergi mendapatkan raja-raja di seluruh dunia, untuk mengumpulkan mereka guna peperangan pada hari besar, yaitu hari Allah Yang Mahakuasa. "Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya." Lalu ia mengumpulkan mereka di tempat, yang dalam bahasa Ibrani disebut Harmagedon (Armageddon).

 

Oleh itu, dunia akan tertipu untuk bergerak menentang Mesias di Yerusalem apabila dia datang nanti. Makhluk-makhluk ini menghujat Allah dan Mesias dan mereka dikumpulkan ke Harmagedon kerana kejahatan mereka sendiri. Proses ini jelas sekali sangat singkat. Ia bukannya beribu tahun mahupun beratus tahun. Ia hanya beberapa tahun sahaja. Berapa tahunnya boleh ditentukan daripada suatu model nubuatan-nubuatan zaman akhir dan pengetahuan tentang rancangan Allah sepertimana yang ditunjukkan oleh FirmanNya. Rancangan jangka panjang melibatkan urutan yang ditetapkan di dalam Tanda Yunus.

 

Kristus mengatakan bahawa tiada tanda bagi pelayananNya melainkan Tanda Yunus.

 

Matius 12:38-42 Pada waktu itu berkatalah beberapa ahli Taurat dan orang Farisi kepada Yesus: "Guru, kami ingin melihat suatu tanda dari pada-Mu." Tetapi jawab-Nya kepada mereka: "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus. Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam. Pada waktu penghakiman, orang-orang Niniwe akan bangkit bersama angkatan ini dan menghukumnya juga. Sebab orang-orang Niniwe itu bertobat setelah mendengar pemberitaan Yunus, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Yunus! Pada waktu penghakiman, ratu dari Selatan itu akan bangkit bersama angkatan ini dan ia akan menghukumnya juga. Sebab ratu ini datang dari ujung bumi untuk mendengar hikmat Salomo, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Salomo!"

 

Tanda Yunus bukan saja bermaksud tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan atau rahim bumi (kubur). Penggunaan lambang ini juga melibatkan kebangkitan dan segalanya yang dilambangkan oleh peristiwa ini. Ia juga melibatkan pelayanan Yohanes Pembaptis serta Mesias sebagai dua saksi terhadap Yehuda. Mereka mengajar hampir tiga tahun dan kemudiannya Yehuda diberikan tempoh 40 tahun untuk bertaubat namun tidak berbuat demikian. Ini disimpulkan mengikut dasar satu hari untuk satu tahun dan berbandingkan Niniwe. Tepat empat puluh tahun dari kematian Mesias, Yerusalem telah dikepung oleh tentera-tentera. Ini berlaku pada 1 Nisan pada permulaan tahun suci 70 TM. Setibanya 1 Nisan pada tahun berikutnya 71 TM, Yehuda sudahpun dimusnahkan, Yerusalem telah dibongkar dan Bait Suci telah dibakar sehinggakan tiada satu batupun yang berdiri atas batu lain.

 

Fasa seterusnya bagi Tanda Yunus dilanjutkan kepada bangsa-bangsa lain. Injil Kerajaan Allah telah dikhotbahkan ke seluruh dunia berdasarkan satu Jubli bagi satu tahun. Dengan itu, bumi diberikan 40 Jubli atau 2,000 tahun untuk bertaubat namun ia tidak bertaubat (lihat juga karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaaba [013]. Empat puluh Jubli ini juga dilambangkan oleh tempoh 40 tahun di gurun belantara selepas Keluaran di bawah pimpinan Musa. Peristiwa-peristiwa zaman akhir akan menyerupai perisitwa-peristiwa pada akhir Keluaran tersebut.

 

Sekejap masa lagi, tulah-tulah hasil kemurkaan Tuhan akan dimulakan melalui hamba-hambaNya para nabi dan dunia akan membencikan orang-orang ini dan membunuh mereka. Mereka akan mengamarkan dunia tentang hukuman ke atas perlakuan jahat mereka. Dunia ini akan diberikan peluang untuk bertaubat dan memelihara perintah-perintah Tuhan tetapi mereka tetap tidak akan bertaubat.

 

Seperti mana Musa mengerjakan Mesir melalui tuhan-tuhannya, begitu juga mereka akan mengerjakan tuhan-tuhan dunia ini dengan tulah-tulah dan tiada hujan dan kebuluran dan api dan kehausan. Namun, manusia tetap tidak bertaubat. Penentuan jangkamasa urutan ini diperiksa di dalam penulisan 30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan [219]. Tiada rahsia yang tidak dibongkar Tuhan sebelumnya bagi hamba-hambaNya. Umat-umat terpilih adalah mereka yang menjaga dan memiliki perkara-perkara rahsia Allah. Allah tidak bekerja tanpa memperlihatkan kehendakNya dan rancanganNya melalui hamba-hambaNya.

 

Roma 1:16-20    Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman." Sebab murka Allah nyata dari sorga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman. Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka. Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih.

 

Pada hari-hari sangkakala ketujuh, rahsia Allah akan disempurnakan dengan pemberitahuanNya tentangnya melalui hamba-hambaNya iaitu para nabi. Dengan itu Allah akan menyatakan rahsia itu sebelum peristiwa-peristiwa tujuh cawan kemurkaan Tuhan. Semua orang akan tahu dan tidak mempunyai alasan lagi.

 

Wahyu 10:7 Tetapi pada waktu bunyi sangkakala dari malaikat yang ketujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalanya, maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah Ia beritakan kepada hamba-hamba-Nya, yaitu para nabi."

 

Amos 3:7-8 Sungguh, Tuhan ALLAH tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, para nabi. Singa telah mengaum, siapakah yang tidak takut? Tuhan ALLAH telah berfirman, siapakah yang tidak bernubuat?"

 

Allah ingin supaya semua selamat. Tiada sebabnya kenapa sebarang proses ini harus terjadi. Ia hanya akan terjadi dengan orang-orang dunia ini terus berkeras. Allah perlahan dalam membinasakan yang berdosa, dan panjang sabar terhadap kita semua.

 

2Petrus 3:9 Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya, sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar terhadap kamu, karena Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat.

 

Penghujung kepada proses ini adalah suatu dunia yang ditundukkan dengan kekerasan jika tidak dengan kerelaan. Planet ini akan hampir dimusnahkan.

 

Musa dan Harun telah dihantar ke Mesir. Mesias dan Yohanes Pembaptis telah dihantar ke Yehuda. Para rasul telah dihantar ke seluruh dunia secara berpasang-pasangan, dan dua saksi itu akan dihantar ke seluruh dunia untuk mengutuknya pada hari-hari terakhir.

 

Wahyu 11:1-3 Kemudian diberikanlah kepadaku sebatang buluh, seperti tongkat pengukur rupanya, dengan kata-kata yang berikut: "Bangunlah dan ukurlah Bait Suci Allah dan mezbah dan mereka yang beribadah di dalamnya. Tetapi kecualikan pelataran Bait Suci yang di sebelah luar, janganlah engkau mengukurnya, karena ia telah diberikan kepada bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya." Dan Aku akan memberi tugas kepada dua saksi-Ku, supaya mereka bernubuat sambil berkabung, seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.

 

Fasa terakhir akan memperlihatkan perkembangan berganda dalam pemusnahan planet ini dan kedegilan dalam menolak penurutan perintah-perintah Tuhan. Tindakan-tindakan Tuhan melalui Musa dan Harun adalah serupa dengan tindakan pada hari-hari terakhir.

 

Mazmur 105:26-37 Diutus-Nya Musa, hamba-Nya, dan Harun yang telah dipilih-Nya; keduanya mengadakan tanda-tanda-Nya di antara mereka, dan mujizat-mujizat di tanah Ham: dikirim-Nya kegelapan, maka hari menjadi gelap, tetapi mereka memberontak terhadap firman-Nya; diubah-Nya air mereka menjadi darah, dan dimatikan-Nya ikan-ikan mereka. Katak-katak berkeriapan di negeri mereka, bahkan di kamar-kamar raja mereka; Ia berfirman, maka datanglah lalat pikat, dan nyamuk-nyamuk di seluruh daerah mereka; dicurahkan-Nya hujan es ganti hujan mereka, dan api yang menyala-nyala di negeri mereka; dirubuhkan-Nya pohon anggur dan pohon ara mereka, dan ditumbangkan-Nya pohon di daerah mereka; Ia berfirman, maka datanglah belalang dan belalang pelompat tidak terbilang banyaknya, yang memakan segala tumbuh-tumbuhan di negeri mereka, dan memakan hasil tanah mereka; dibunuh-Nya semua anak sulung di negeri mereka, mula segala kegagahan mereka: Dituntun-Nya mereka keluar membawa perak dan emas, dan di antara suku-suku mereka tidak ada yang tergelincir.

 

Tidak lama dahulu berlaku suatu hujan batu (hujan es) di Sydney di mana saiz batu-batunya begitu besar dan belum pernah dilihat sebelum itu dalam hidup kita. Kerosakan berjumlah berbilion-bilion dolar telah dihasilkan. Berlaku kemusnahan besar-besaran ke atas rumah-rumah melalui batu-batu es yang lebih besar daripada yang terlihat sebelum ini di kota Sydney. Kita hanya boleh terfikirkan bahawa ini adalah permulaan proses yang panjang bagi menghukumi ketidakadilan yang wujud di dalam masyarakat kita.

 

Allah sudahpun menyatakan apa yang akan dilaksanakanNya. Dia juga telah menyatakan apa yang perlu diperbuat oleh Mesias dan Angkatan Syurga bagi memulihkan planet ini. Pada peringkat-peringkat awal, kita akan kehilangan kawasan-kawasan pantai kita kepada pembanjiran dan pemusnahan oleh tsunami. Sambil ia terjadi dengan lebih pantas, kita akan kehilangan pula sebilangan luas daripada kawasan-kawasan delta dan Mesir. Sejak penulisan ini mula dibuat sudah terjadi tsunami-tsunami yang besar yang telah menyebabkan kematian beribu penduduk di New Guinea. Ia menghentam mereka pada waktu malam. Kita akan kehilangan kawasan-kawasan lembah makanan yang beraras rendah seperti dataran-dataran pantai di Australian. Di Amerika Utara, lembah Mississippi serta Florida akan lenyap dan sebahagian besar daripada kawasan utara Kanada serta airnya akan ikut bersama. Bumi ini akan kehilangan dataran rendah China dan dataran Thailand. Kawasan barat-laut Eropah dan UK akan dibanjiri. Kita akan kehilangan Belanda, Denmark, Belgium dan barat-laut Perancis. Lembah Amazon, Bangladesh dan sebahagian besar Siberia akan lenyap. Peperangan akan tercetus demi untuk merebut kawasan tanah dan kapasiti pembuatan makanan serta, lebih penting lagi, air. Kehilangan kawasan tanah hanya akan dihadkan oleh setakat mana paras air naik. 60 meter adalah anggarannya jika tiada pemanasan super (superheating). Ia mungkin lebih tinggi dari itu. Perpindahan orang secara besar-besaran adalah suatu kemungkinan besar dan harus dirancangkan sekarang. Kita harus merancang dan kemudiannya menyelerakkan dan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Kita harus sedia membina empangan-empangan untuk memastikan adanya air minum bersih dan menutupinya. Tetapi yang paling penting sekali adalah hakikat bahawa kita sebagai suatu umat haruslah bertaubat serta-merta.

 

Urutan proses gempa bumi dan tsunami menjadi semakin penting. Peningkatan insidens serta impak kejadian-kejadian berkaitan ini telah mencapai kemuncak yang baru. Pada tahun 2004 dalam minggu terakhir Disember dua gempa bumi telah dialami yang berukuran sangat tinggi pada skala Richter, dan lebih kurang sama magnitudnya. Yang pertama berlaku dekat Pulau Macquarie, di kawasan Antartika utara di selatan Laut Tasman. Beberapa hari kemudian gempa bumi kedua berlaku di luar pulau Sumatra, berhampiran wilayah Aceh. Gempa bumi kedua ini telah mengakibatkan kerosakan besar-besaran dan mungkin lebih dari 200,000 kematian. Angka sebenarnya tidak akan dapat diketahui sehingga kedatangan Mesias. Kelompok-kelompok masyarakat dibinasakan begitu saja oleh tsunami-tsunami yang menyusuli. Sebabnya kenapa gempa pertama menyebabkan kerosakan yang sedikit saja adalah kerana ia adalah gempa horizontal (mendatar) dan bukannya gempa vertikal (menegak). Maka tiada tsunami besar dihasilkan. Australia terselamat, walaupun ia kehilangan kira-kira seribu orang di luar negara dalam gempa kedua itu.

 

Banyak lagi yang akan menyusuli apabila plet-plet bergerak semula. Pergerakan sebegitu akan juga disebabkan oleh pengurangan-pengurangan dalam berat tudung (ais) sementara pencairan itu berterusan. Plet-plet lingkaran pasifik akan menghasilkan lebih banyak aktiviti gempa dan akan berlaku lebih banyak tsunami. Australia dan benua Amerika Utara akan menderita teruk sebagaimana juga lingkaran barat Pasifik Utara. Pulau-pulau dan benua-benua Amerika tidak akan terlepas.

 

Mereka harus merencana dan berpindah sekarang namun lebih dari segalanya mereka harus bertaubat.

 

Para saintis kita memberitahu kita bahawa ia sedang berlaku dan sesiapa yang mempunyai mata dan akal fikiran dapat melihatnya sedang berlangsung. Eropah akhirnya telah sedar bahawa merekalah punca kebanyakan masalah-masalah ini. Ingatlah kepada perintah itu untuk membinasakan mereka yang membinasakan bumi. (Wahyu 11:18).

 

Kesemua kesusahan ini datang kepada dunia ini kerana mereka tidak mengenali jalan kedamaian.

 

Kemaskini Disember 2005

 

Artik kini mempercepatkan kehilangan ais lautnya pada kadar yang semakin meningkat. Dalam satu laporan terbaru profesor Louis Fortier mendedahkan bahawa kelajuan ais Artik mencair sedang mencepat secara eksponen.

 

Menurut wartawan Reuter David Fogarty yang memetik Louis Fortier pada Isnin 5 Disember 2005.

 

“Liputan dan ketebalan ais-laut musim panas semakin kurang setiap tahun dan 2005 menandakan satu titik peralihan, kata profesor Louis Fortier. ‘Sejak 1978, kita dapat melihat satu pengurangan linear dalam liputan ais-laut. Ia kini telah kurang sebanyak kira-kira 24 peratus dalam keluasan dan hingga kira-kira 50 peratus dalam ketebalan,’ Fortier, yang juga merupakan pengarah beberapa program penyelidikan Artik, berkata: ‘Sehingga tahun 2004, kami berfikir pengurangan ini linear tetapi sejak 2004 terdapat petunjuk bahawa ia telah mula mencepat dan 2005 merupakan tahap minimum keseluruhan yang dicatatkan. Ia menakjubkan,’ katanya di Montreal, di mana kapal berada di dok tidak jauh dari mana wakil-wakil daripada 189 negara sedang berusaha mencapai persetujuan dalam cara-cara untuk mengekang pemanasan global.

Tahun ini liputan ais-laut musim panas berjumlah 2.12 juta batu persegi dan ketebalannya turun daripada purata 12.5 kaki pada 1970an kepada kira-kira 5.25 kaki tahun ini.

Dia mengatakan model-model komputer lima tahun lalu meramalkan Artik akan bebas ais ketika musim panas menjelang tahun 2070, kemudian 2050 dan kini sesetengah kajian mencadangkan 2015 hingga 2017.

‘Ini bermakna kita boleh ada perkapalan antara benua tetapi juga tiada ais untuk walrus atau beruang kutub. Ia akan menjadi lautan bebas ais mengikut musim sama seperti Laut Baltik.’”

 

Apabila kami menerbitkan naskah ini pada 1997 hampir tiada model efektif untuk pencairan ais laut Artik. Ia suatu rahmat bahawa ais laut Artik tiada kesan sebenar terhadap paras laut sebab hakikatnya ais dalam air menggantikan isipadu airnya sendiri dengan udara terperangkap yang hilang dan hasilnya tiada penambahan dalam paras air. Rangka waktu pencairan ini telah menurun daripada ramalan musim panas bebas ais menjelang 2070 lima tahun lalu kepada ramalan bebas ais menjelang 2015 hingga 2017. Peningkatan-peningkatan eksponen akan menyaksikan ini dipendekkan sekali lagi tidak lama lagi.

 

Tambahan sebenar paras laut akan datang daripada tudung Greenland, yang juga mencepat dalam kehilangan aisnya secara eksponen. Antartika juga kehilangan ais pada kadar eksponen. Sekejap lagi kita akan menyaksikan pertambahan lebih besar dalam paras laut. Kenaikan satu meter akan menyaksikan kehilangan Bangladesh dan kehilangan tempat 80 juta orang. Kenaikan 12 inci atau 30 sentimeter lagi akan menyaksikan bilangan besar mula kehilangan tempat. Gugusan Pulau Kiribati akan mula hilang awal-awal lagi dalam keadaan ini.

 

Waktu berpura-pura sudah lama berlalu.

*********

Kita umat yang kudus. Allah telah mengasingkan kita untuk melaksanakan kehendakNya dan untuk menjadi teladan bagi bangsa-bangsa lain. Pada sekarang ini, kita lebih teruk lagi daripada bangsa lain dan kita akan dibinasakan jika tidak bertaubat. Pembinasaan yang akan kita alami adalah lebih teruk daripada yang dialami oleh Yehuda. Yehuda juga akan dibimbing kepada pertaubatan oleh kuasa Roh Kudus. Pertaubatan bukan hanya sebutan perkataan tetapi juga melibatkan tindakan. Ia memerlukan penyusunan semula penyembahan kita, kalendar kita, dan sistem sosio-ekonomi kita supaya bersesuaian dengan Alkitab dan hukum-hukum Allah;  semuanya sekali.

 

Pemeriksaan yang lebih lanjut telah dilakukan ke atas sistem kalendar Amerika Syarikat. Kalendar sivilnya didasarkan sepenuhnya kepada bilangan hari pengorbanan nyawa manusia di dalam sistem kafir (pagan). Ia tiada kaitan langsung dengan agama Kristian atau Kristus, mahupun mana-mana sistem sivil. Ia secara langsung adalah suatu sistem penyembahan kafir, berdasarkan bilangan hari pengorbanan manusia. Beberapa peristiwa bersejarahnya juga telah diubah tarikhnya daripada tarikh sebenar supaya jatuh pada hari-hari khusus bagi pengorbanan manusia, mengikut urutan sistem kafir ini.

 

Jangkamasa berkenaan telah ditentukan dengan berdasarkan urutan nubuatan-nubuatan (lihat penulisan 30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan [219] dan Jadwal Jaman secara Garis Besar [272].

 

Kemaskini Ogos 2006

 

Mari kita renungi fakta dan fiksyen Pemanasan Global sekarang. Untuk meletakkan aspek Pemanasan Global ke dalam perspektif, penting untuk mempertimbangkan dua fluktuasi cuaca dipanggil Waktu Panas Pertengahan (Medieval Warm Period – MWP) dan Zaman Ais Kecil (Little Ice Age – LIA). Tempoh yang dipanggil Zaman Ais Kecil dulu secara umumnya satu darjah lebih sejuk dalam suhu laut purata daripada suhunya sekarang, dan Waktu Panas Pertengahan dulunya satu darjah lebih panas daripada suhunya sekarang tetapi kita cepat menghampiri keadaan itu. Justeru boleh dikatakan bahawa kita berada dalam proses peningkatan suhu secara beransur-ansur dalam apa yang merupakan fluktuasi cuaca normal yang diperhatikan sepanjang dua milenium lalu.

 

Waktu Panas Pertengahan sebahagiannya berlaku serentak dengan puncak aktiviti solar yang dinamakan Maksimum Pertengahan (1100-1250 CE). Jadi kita boleh andaikan bahawa peningkatan aktiviti solar akan meningkatkan suhu. Kita sedang alami peningkatan sebegitu pada waktu ini, dan kita boleh rumuskan daripada aktiviti itu tahap-tahap yang kita jangka akan alami meskipun tanpa aktiviti manusia yang dikatakan memburukkan peningkatan suhu itu. Tompok matahari terbalik yang menterbalikkan arah magnetik kutub-kutub baru saja dilihat pada Matahari dan itu menunjukkan kitar seterusnya telah bermula. Para saintis mengatakan inilah yang paling hebat sekali sejak lebih 50 tahun.

 

Zaman Ais Kecil terjadi 1400-1850 CE dan Waktu Panas Pertengahan berlaku 800-1300 CE. Justeru tempoh antara 1300 dan 1400 menyaksikan satu penurunan suhu dunia yang berkaitan dengan peredaran arus panas di Atlantik. Ini juga berkaitan dengan keadaan El Nino dan La Niña yang berasal dari Amerika Selatan ke dalam Pasifik.

 

Hasilnya adalah, sewaktu MWP di Amerika Utara, satu keadaan kering secara relatif berlaku dengan kemarau di USA Tengah. Afrika Timur juga mengalami waktu kering sepanjang masa ini. Eropah lebih panas dan anggur serta tumbuhan iklim panas yang lain ditanam di Britain Selatan. Aktiviti-aktiviti sebegitu juga dilakukan ketika zaman Rom di Britain.

 

Terdapat waktu-waktu sejuk yang nyata kira-kira 1000-1100 CE di Antartika, justeru menggambarkan fakta bahawa ”MWP” ialah istilah boleh pindah. Wikipedia menunjukkan bahawa ketika waktu ”panas” terdapat kedua-dua masa panas dan sejuk secara kawasan.

 

Sewaktu MWP, kemarau berpanjangan mempengaruhi banyak bahagian AS barat dan khususnya California timur dan Great Basin barat. Alaska mengalami tiga jeda waktu panas yang serupa. Waktu-waktu ini ialah 1-300 CE, 850-1200 dan selepas 1800.

 

Ini nampaknya cocok dengan fakta aktiviti-aktiviti pelabuhan di Mediterranean pada zaman Kristus, dan kemudiannya bilamana pelabuhan Efesus menjadi pelabuhan laut yang penting. Sesudah itu, ia menjadi kota daratan kering dan ditinggalkan bila penduduknya berpindah kira-kira tujuh batu ke selatan ke pantai baru di tempat yang kini Kusadasi di Turki moden. Penurunan paras lautnya kira-kira tujuh kaki. Penurunan sebegitu juga ternyata di Pinggir Pantai Australia.

 

Batu karang di Lautan Pasifik tropika menunjukkan bahawa keadaan kering dan sejuk secara relatif mungkin telah berlangsung awal dalam milenium. Keadaan-keadaan ini cocok dengan corak La Niña. Hampir tiada data bagi Australia untuk kedua-dua keadaan MWP dan LIA. Wikipedia menyatakan bahawa bukti daripada teres kelikir binaan ombak (wave built shingle terraces) mengusulkan wujudnya Tasik Eyre yang tetap penuh ketika abad Kesembilan dan Kesepuluh, bersesuaian dengan susunan seperti La Niña ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Medieval_Warm_Period

 

Bukti ini secara tersendiri tidak cukup untuk menunjukkan bagaimana paras tasik berubah-ubah dari tahun ke tahun, atau bagaimana keadaan cuaca tempat lain di Australia. Bagaimanapun, pemerhatian sepanjang 200 tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa apabila Tasik Eyre penuh keadaan di sebelah timurnya tetap lebih lembap daripada biasa. Hutan-hutan hujan pernah wujud di kawasan dataran.

 

Adhikari dan Kumon (2001) telah mengesahkan di situ, kewujudan kedua-dua MWP dan LIA daripada endapan di Tasik Nakatsuna di Jepun tengah (ibid).

 

Daripada rangka-rangka waktu dan contoh-contoh teras Laut Saragossa (lihat Wikipedia op. cit.) kita perhatikan fluktuasi dua darjah (satu darjah di atas dan di bawah tahap kini) dan dengan itu kita boleh rumuskan bahawa variasi-variasi yang diperhatikan telah menghasilkan peningkatan tujuh kaki itu, atau lebih sedikit daripada dua meter dalam paras laut purata.

 

Daripada laporan-laporan terkini mengenai Tudung Greenland kita kini berdepan dengan satu darjah pencairan kira-kira tiga kali lebih cepat daripada apa yang mula-mula diukur dari 1997 hingga 2003. Para pembaca pastinya sedar bahawa naskah ini mula-mula dikeluarkan pada 1997 sebelum mana-mana perkara ini benar-benar ternyata, dan kearifan lazim waktu itu menunjukkan rangka waktu yang lebih panjang lagi untuk sebarang aktiviti menjadi nyata. Hakikatnya adalah peningkatan satu kaki, atau 30 sm itu mengambil masa tiga setengah tahun untuk berlaku dan bukan milenium yang dijangkakan.

 

Jelas sekali bahawa peningkatan dua darjah itu bukan saja fluktuasi biasa yang dialami dua kali sebelumnya dalam dua ribu tahun, tetapi ia juga berlaku secara tetap pada akhir dan  permulaan setiap milenium, dan berakhir selama tiga ratus hingga empat ratus lima puluh tahun. Hasilnya ialah peningkatan paras laut sebanyak sekurang-kurangnya tujuh kaki setiap kali.

 

Terdapat kira-kira 28,500,000 kilometer kubik ais pada tudung dan glasier bumi. Pada waktu ini, berdasarkan pemerhatian tudung Greenland, yang mempunyai 10% daripada ais itu, dan mencair pada kadar kira-kira 240 kilometer kubik setahun (tiga kali lebih cepat daripada yang diperhatikan dalam tempoh 1997-2003), kehilangan tahunannya mungkin 2400 kilometer kubik setahun. Untuk kehilangan tujuh kaki itu kita akan perlu meningkatkan satu darjah lagi suhu laut purata.

 

Dalam kolonisasi Greenland kira-kira 982-996 CE di bawah Eric the Red, dicatatkan bahawa Greenland nyatanya dua pulau pada musim panas. Ia tidak berpenduduk apabila orang Dane tiba dari Iceland pada 982 dan mereka menetap di situ selama kira-kira 450 tahun. Eric terpaksa melarikan diri bersama keluarga dan saudara serta hambanya dari Iceland (dipanggil Thule) kerana dia telah membunuh seorang lelaki di situ. Budaya Paleo-Eskimo terakhir, Early Dorset, hilang di Greenland sekitar 200 CE, iaitu hampir penghujung Waktu Panas Rom.

 

Penduduk baru itu disangka telah dibunuh oleh orang Eskimo (Inuit) apabila suhu menurun dan gaya hidup mereka tidak lagi dapat dipertahankan. Bagaimanapun, bukti terbaru menunjukkan terdapat campuran Eropah kepada orang Eskimo Greenland yang berpunca daripada orang Celt, dan ada juga keturunan haplogrup Q YDNA Eskimo dalam satu kawasan Norway daripada orang Eskimo yang diperkenalkan oleh orang Viking dari Greenland.

 

Budaya Dorset (dinamakan sempena Tanjung Dorset di mana mereka ditemui) merupakan orang lebih tinggi tetapi kurang agresif. Mereka tersebar ke, atau dari Amerika Utara dan petempatan terakhir ditemui di Teluk Hudson. Mereka ditemui pada 1824 pada lawatan HMS Griper, yang berlabuh di luar Tanjung Pembroke di Pulau Coats di Teluk Hudson. Mereka dipanggil Sadlermiut. Mereka tinggal di dan sekeliling Pulau Southampton. Kontak mereka dengan orang barat menjadi punca kehancuran mereka dan menjelang 1896 hanya 70 orang lagi yang tinggal. Pada 1902 dalam satu lawatan ke kapal penangkap ikan paus Active mereka mengidap satu penyakit (mungkin Tifus) dan masyarakat ini terhapus dalam beberapa minggu. DNA mereka belum lagi diketahui.

(lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Dorset_%28culture%29)

 

Justeru kita perhatikan bahawa fluktuasi paras laut purata pada tujuh kaki berlaku dua kali dengan peningkatan dan dua kali dengan penurunan sepanjang dua ribu tahun terakhir ini. Fluktuasi dalam zaman-zaman lebih awal mungkin lebih besar lagi. Kita mempunyai bukti daripada peta Piri Reis, yang dihimpun pada 1513 oleh angkatan laut Turki daripada peta-peta yang lebih tua lagi yang diperolehi daripada perpustakaan di Alexandria sebelum ia terbakar, yang menunjukkan pinggir pantai Antartika dipeta dengan tepat dan pantai-pantai Amerika dan Afrika ditunjukkan dalam hubungan longitud dan latitud yang betul. Kita hanya mampu menentukan kedua-dua hubungan ini dari tahun 1700an kerana kebolehan ini telah hilang dan tidak difahami ketika peta itu dihimpun. Peta ini menunjukkan fluktuasi paras air yang signifikan dan peningkatan suhu serta pencairan signifikan di Antartika sepanjang ”Waktu-waktu Panas” yang lebih awal, mungkin Waktu Panas Rom. Ia juga menunjukkan Afrika Barat nyata lebih lembap kerana sistem sungai dan tasiknya dipetakan sampai di Sahara di mana tiada apapun yang wujud hari ini dan terdapat tasik-tasik yang amat besar di Sepanyol Tengah dan Timur Laut. Perancis Barat Laut nampaknya ditenggelami air di Timur Laut Brest (lihat Cyrus Gordon, Before Columbus, Turnstone Press, 1972, ms 71-73)

 

Dengan itu kita juga boleh simpulkan bahawa peningkatan dua darjah dalam suhu laut purata akan menghasilkan peningkatan tujuh kaki dalam paras air sepanjang waktu itu di seluruh dunia. Darjah  terakhir peningkatan itu akan menyebabkan pertambahan eksponen dalam peningkatan paras air. Untuk setiap darjah di atas peningkatan itu kita boleh jangkakan satu peningkatan eksponen dalam paras air. Suhu kian meningkat sejak 1850 dan kini kita lebih satu darjah lebih panas dan ini meningkat cepat dan aktiviti solar juga meningkat. Satu peningkatan tiga hingga lima darjah yang diramalkan akan menyaksikan peningkatan eksponen selanjutnya. Pencairan Greenland telah meningkat tiga kali ganda sejak 2003 dan akan berganda tiga sekurang-kurangnya sekali lagi dalam dekad ini.

 

Akhir LIA pada 1850 tidak menyaksikan peningkatan suhu yang cepat tetapi sebaliknya ia menjadi eksponen menjelang pertengahan abad Kedua selepas berakhirnya waktu sejuk. Pada 1700an sungai Thames menjadi beku dan penduduk mengadakan pasar di atasnya ketika cuaca sejuk dalam musim sejuk.

 

Dalam zaman Rom, iaitu ketika Waktu Panas sebelumnya kira-kira 1-300 kita perhatikan Thames digambarkan sebagai kuala luas yang lebih lebar dan lebih dapat dilayari daripada hari ini. Begitu juga sungai-sungai di England dalam MWP digambarkan dalam permaidani dan lukisan sebagai lebih lebar dan lebih dapat dilayari daripada hari ini, dan membuat ahli-ahli sejarah salah faham bahawa gambaran-gambaran ini lebih imaginatif. Kebanyakannya dipersalahkan pada endapan lumpur.

 

Reruntuhan Rom di Britain mempunyai lantai marmar berjubin dan ada bukti kemudian yang penakung arang diletakkan di atasnya dan menandakan lantai-lantai. Semua petunjuk konsisten dengan penurunan suhu dari sekitar 300 seterusnya hingga 800 CE. Bangunan-bangunan Rom ditinggalkan atas sebab-sebab tidak diketahui. Ini mungkin untuk LIA sebelumnya antara 300 dan 800 CE.

 

Waktu-waktu panas yang bermula dengan hujung satu milenium dan berlangsung antara 300 hingga 450 tahun ke dalam milenium berikutnya bertepatan dengan beberapa aktiviti semulajadi. Satu waktu bertepatan dengan banjir Alkitab, dan rujukan Alkitab kepada mata air samudera raya mungkin juga difahamkan termasuk tudung-tudung yang mencair dan membentuk hujan yang berterusan itu. Kita ada jaminan Tuhan yang Dia tidak akan membinasa bumi seperti ini lagi tetapi kemungkinan untuk impak lebih kecil tidak harus diabaikan sebab tudung-tudung ini berubah-ubah. Waktu berikutnya mungkin pada kejatuhan Troy dan kebangkitan Israel di bawah Saul dan Daud dan turun dengan kejatuhan Isarel kepada orang Asyur pada 722 BCE.

 

Kita tahu dengan pasti bahawa paras laut jauh lebih rendah daripada parasnya sekarang dan paras itu telah naik dan menutupi kawasan penduduk pantai dengan lebih luas lagi. Kita tidak mempunyai lokasi tepat tamadun-tamadun ini untuk menggali. Peningkatan-peningkatan besar-besaran ini merupakan petunjuk kehilangan tudung kutub yang sebenarnya kedua-duanya berada di atas daratan bumi. Kutub Utara nampaknya pada satu ketika berada di atas Scandinavia dan sampai Eropah Utara. Ia bergerak ke arah Kanada dan kini sedang kembali ke Siberia. Waktu Panas yang muncul sekitar 2200 BCE menyaksikan satu peningkatan paras laut yang meliputi tamadun-tamadun pantai bumi waktu itu. Tuhan mungkin telah hanya menyebabkan satu pergerakan dalam paksi bumi dan satu peningkatan dalam suhu laut purata yang menyebabkan jumlah hujan besar-besaran dan kehilangan kekal tudung kutub utara yang utama. Dengan itu Dia mencapai banjir global Alkitab dan peningkatan paras laut yang besar. Jika Kutub Utara berada di atas daratan dan mempunyai ketumpatan ais yang serupa dengan Antartika maka kita dapati potensi peningkatan paras laut melebihi 400 kaki dengan andaian adanya glasier dan tudung zaman ais yang lebih besar serta stabilisasi Antartika di Lembah Timur. Jika daratan bumi lebih rata sebagaimana yang kita tahu maka banjir itu pastinya universal. Ia juga pastinya telah mewujudkan Laut Mediterranean, seperti yang kita tahu. Peristiwa ini diletakkan lebih 10,000 tahun lalu dan bukan 4,200 tahun lalu. Banyak daripada zaman itu kini ditenggelami air.

 

Jadi wajar mempertimbangkan bahawa, oleh sebab kita telah meningkat lebih daripada satu darjah dari akhir LIA sebelumnya, peningkatan darjah berikutnya akan menyaksikan kenaikan eksponen dalam paras laut kepada paras tujuh kaki. Ini akan meletakkan pinggir pantai balik di Efesus dan membanjiri kuala Thames. Semua kawasan pantai akan dipengaruhi. Ini akan berlaku, berdasarkan model-model lalu, sepanjang sepuluh hingga tiga puluh tahun berikutnya. Menjelang 2015 satu kenaikan sekurang-kurangnya dua kaki mungkin menjadi nyata. Lebih cepat peningkatan suhu dan lebih jauh ia melampaui satu darjah lagi akan menyaksikan peningkatan eksponen lanjut.

 

Masalah pelarian besar-besaran akan wujud sementara peningkatan-peningkatan ini berlaku. Kita juga akan melihat beberapa nubuatan Alkitab terjadi sebagai kesudahan, berkenaan beberapa kota yang diletakkan di bawah ombak.

 

Sementara kita bergerak ke arah penggenapan nubuatan kita ingin sebutkan satu lagi langkah ke arah itu. Keputusan telah dibuat untuk membendung sungai Tigris. Bergandingan dengan pengeringan paya di sekitar Efrat kita akan menyaksikan nubuatan bahawa orang akan melaluinya dengan berkasut. Efrat akan dipecahkan menjadi tujuh saluran. Tuhan juga akan membinasakan teluk Mesir dengan kekuatan nafasNya atau Roh (Ruach) (lihat Yesaya 11:15).

 

Banyak kota yang kita ketahui sekarang tidak akan dapat dijalankan dan tidak wujud lagi. Kebanyakan aktiviti ini akan menambahkan masalah-masalah yang kita hadapi dalam perencanaan dan pembangunan, dan sistem yang kita kenali sekarang tidak akan wujud lagi. Kita perlu merencana menurut apa yang kita tahu akan menjadi peristiwa yang paling mungkin.

 

Berdoalah agar Tuhan mengilhami para pemimpin kita dan memberi mereka mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan kehendak untuk bertindak demi kebaikan rakyat dan bukan diri mereka.

 

Kemaskini Disember 2007

 

Pada 1997, para saintis dunia tidak mempunyai sebarang petunjuk tentang apa yang sedang berlaku kepada kitar-kitar dunia. Para saintis telah menelan omong kosong tak keruan penyokong Evolusi sehingga mereka mula mempercayainya sebagai fakta terbukti. Mereka mengandaikan sekitaran keadaan tetap selama seratus ribu tahun. Mereka mengabaikan sejarah dunia dan rekod negara-negara. Mereka mengeluarkan penjelasan demi penjelasan dengan mudah untuk memperkecilkan atau menyembunyikan fakta bahawa Pemanasan Global ialah satu kitaran berulang yang meningkat dan menurunkan paras laut dunia sebanyak apa saja dari tujuh kaki atau dua lebih meter hingga dua ratus kaki atau enam puluh meter. Dalam satu contoh, peningkatannya kira-kira empat ratus kaki atau kira-kira seratus tiga puluh dua meter. Kita ada bukti untuknya, dari segi arkeologi dan geologi, namun para saintis tidak mengkaji bidang lain dan apa saja yang bertentangan dengan propaganda evolusi ditolak sewenang-wenangnya. Logik lazimnya dibuang keluar jendela dalam konflik sebegitu.

 

Kajian Waktu-waktu Panas Global pastinya telah menunjukkan, dan memang menunjukkan, satu urutan tetap setiap seribu tahun akan peningkatan dalam suhu permukaan bumi, melalui peningkatan dalam aktiviti solar. Sepanjang dua Waktu Panas terakhir, peningkatan suhu dunia dan paras laut dunia tetap pada tujuh kaki, atau sedikit lebih dua meter. Kita tahu ini daripada bukti arkeologi dan sejarah orang-orang seperti British dan Maori. Pada Waktu Panas Pertengahan, kita tahu – daripada tapestri zaman Anglo-Saxon lewat dan Norman awal – bahawa sungai-sungai lebih lebar dan paras air jauh lebih tinggi daripada sekarang. Pada Waktu Panas Rom, yang berkebetulan dengan perkembangan Efesus sebagai pelabuhan, paras-paras tujuh kaki lebih tinggi daripada sekarang. Sungai Thames lebih lebar. Efesus kini tujuh batu di pedalaman dan doknya tujuh kaki lebih tinggi daripada pelabuhan di Kusadasi. Ahli-ahli sejarah menjelaskan masalah ini sebagai endapan, tetapi untuk menjelaskan apa yang terjadi di Efesus juga memerlukan kenaikan plat tektonik. Bangunan-bangunan Rom di Britain menunjukkan satu penurunan suhu yang cukup signifikan dan mendadak pada abad keempat hinggakan penakung arang dibawa masuk ke dalam bangunan dan menandai lantai di mana ia tidak digunakan sebelumnya, dan penanaman anggur di Britain berhenti. Orang Anglo-Saxon memasuki Britain selepas orang Rom berundur, dan menyesuaikan diri kepada iklim lebih sejuk itu.

 

Bila kami mula-mula menemuramah para saintis, anggarannya ialah satu peningkatan satu kaki dalam paras laut dalam masa seribu tahun. Ia sebenarnya mengambil masa kurang daripada lima tahun. Tanda aras untuk paras laut di NSW, Australia, berada di Fort Denison di Pelabuhan Sydney. Paras air itu kini lebih daripada satu kaki tinggi, dan meningkat cepat. Kubu batu pasir ini sedang ditenggelami air dan memerlukan pengubahsuaian luas. Itu hanya diumumkan baru-baru ini. Kubu ini dibina ketika Perang Napoleon untuk pertahanan Sydney.

 

Bukti sejarah menunjukkan bahawa pemanasan dan penyejukan ini berlaku cepat dan secara eksponen. Fakta itu kini semakin terbukti dengan pemerhatian saintifik, namun pengetahuan sainsnya sedang disalahgunakan untuk membolehkan kawalan kelakuan manusia walaupun dengan adanya bukti yang diketahui. Senario ini semuanya diatur untuk penguasaan PBB pada 2009. Begitu juga dengan beberapa perkara yang diatur untuk Kesatuan Eropah. Semua ini akan disusun atur selepas pilihanraya presiden AS berikutnya. Dari waktu itu, beberapa nubuatan akan mula diatur melalui aktiviti-aktiviti iblis setan di bawah Iblis, menggunakan pengikut manusianya.

 

Kecepatan pencairan ais-laut dunia sekarang kini merisaukan para saintis yang memahami sejarah perkara ini. Contohnya, jika mereka mengkaji sejarah orang Maori, ilmu genetik, dan linguistik mereka pasti sedar bahawa lebih kurang seribu tahun lalu, kira-kira bertepatan  dengan kebangkitan Waktu Panas Pertengahan, orang Maori/Polynesia – yang terdiri daripada Haplogrup C2 Ham – dan sebahagian kecil Haplogrup O Indo/Melayu dipaksa keluar dari Asia Tenggara ke Pasifik oleh pembanjiran daratan pulau di situ. Tradisi mereka mencatatkan pembanjiran itu. Kumpulan C2 mereka tidak berasal daripada kumpulan C3 Mongol atau kumpulan C4 Aborigin Australia. Mereka berasal daripada kumpulan asas C, dan sesetengahnya masih ditemui di Pinggir Pantai Asia Tenggara dari India ke Vietnam. Bahasa mereka adalah berdasarkan satu elemen Indo/Melayu dan mengandungi banyak kata-kata dasar yang ditemui dalam bahasa Melayu. Jadi orang Polynesia dipaksa berpindah dari Asia Tenggara oleh Pemanasan Global terakhir dalam Waktu Panas Pertengahan.

 

Jadi, begitu juga, kita akan saksikan ramai penduduk kawasan rendah terpaksa berpindah dalam beberapa tahun berikutnya. Semua ini sudah pernah terjadi.

 

Satu artikel yang diterbitkan minggu ini menimbulkan kerisauan tentang kelajuan keping ais Artik mencair pada musim panas. Artikelnya bertajuk, ”Accelerating Arctic Melt Worries Experts” (Pencairan Artik yang Mencepat Merisaukan Pakar-pakar) (AP melaporkan: 2007-12-11 23:00:56 Difailkan Di bawaah: Science News WASHINGTON (Dec. 11)) menyatakan:

” - Pencairan Artik yang sudahpun tidak henti-henti bertambah cepat musim panas ini, suatu petanda amaran yang sesetengah saintis khuatiri bererti pemanasan global telahpun melampaui satu titik imbang yang tidak menyenangkan. Malah seorang berspekulasi bahawa ais laut musim panas akan lenyap dalam lima tahun.

 

Keping ais Greenland cair hampir 19 bilion ton lebih daripada jumlah tertinggi sebelumnya, dan isipadu ais laut Artik pada akhir musim panas tinggal separuh daripada hanya empat tahun sebelumnya, menurut data satelit NASA baru yang diperolehi oleh The Associated Press.”

 

Catatan tertinggi 19 bilion ton keping ais Greenland mencair tahun ini, kira-kira 12% lebih daripada catatan tertinggi sebelumnya, dan untuk pertama kalinya sejak akhir Waktu Panas Pertengahan lebih kurang enam ratus tahun lalu membuka Laluan Barat Laut kepada perkapalan. Tahun lalu dua saintis mengejutkan semua dengan berkata bahawa musim panas 2040 mungkin menyaksikan lenyapnya ais laut sepenuhnya.

 

Minggu ini, selepas meneliti data barunya sendiri, saintis iklim NSA Jay Zwally berkata: Pada kadar ini, Lautan Artik mungkin hampir bebas ais pada akhir musim panas 2012, lebih cepat daripada ramalan-ramalan sebelumnya”.

 

Para saintis sudah tidak pasti lagi akan kadarnya (itupun kalau mereka pernah pasti tentang apa-apa). Ini sama ada satu blip atau peningkatan eksponen dalam kadar tetap pemanasan dan pencairan. Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa gerakan ini lebih cepat lagi daripada keadaan tetap yang difikirkan pakar-pakar iklim ini. Kita tahu daripada peta-peta purba bahawa Lembah Antartika Barat bebas ais kurang daripada tiga ribu tahun lalu (lihat Peta Piri Reis tahun 1513 daripada C.H. Gordon, Before Columbus, Turnstone Press, 1972, ms 72-73). Kita juga tahu daripada catatan orang Norse bahawa pada 982-996, ketika Eric the Red pergi untuk menduduki Greenland, ia digambarkan sebagai dua pulau pada musim panas dan boleh dicucuk tanam, dan begitu juga nampaknya Vinland” di Kanada, apabila anaknya, Leif Eriksen, tiba di situ.

 

Kadar pemanasan ini disalahkan pada pembakaran arang batu, minyak dan bahan bakar fosil lain yang mengeluarkan karbon dioksida, dan gas-gas rumah hijau lain yang dianggap bertanggungjawab untuk Pemanasan Global buatan manusia. Itu mungkin kasus yang boleh diperdebatkan berkenaan kesan-kesan manusia ke atas iklim, namun Pemanasan Global sekarang ialah sebahagian daripada urutan normal pemanasan yang dirangsang matahari dan berlaku setiap seribu tahun, dan berlangsung selama empat atau lima ratus tahun. Kali ini kita akan mendapat peningkatan tujuh kaki dan, sebagai hasil aktiviti manusia, ia akan meningkat lebih lanjut lagi. Tiada apa-apa yang manusia lakukan akan menghentikannya meningkat sekurang-kurangnya tujuh kaki. Ini terjadi setiap kali keadaan memanas. Bergantung pada di mana tudung-tudung kutub berada, peningkatan atau kejatuhan mungkin lebih besar. Jika teras magnetik Bumi berpindah ke Siberia dan lembah Antartika naik, kita mungkin dapati bahawa ia sebenarnya turun parasnya. Bagaimanapun, itu akan memaksa penduduk Asia Timur laut ke selatan dan barat.

 

Gas-gas rumah hijau bukan sebab Pemanasan Global. Ia sebahagian argumen yang dikemukakan dalam paradigma palsu ilmu iklim keadaan tetap dalam parameter Agama Evolusi.

 

Untuk memahami kesan-kesan Pemanasan Global sepenuhnya kita perlu memeriksa rekod geologi benua-benua untuk melihat apa yang sudah terjadi pada masa lalu. Contohnya, dalam Waktu-waktu Panas lalu, Australia sebenarnya telah meningkat jumlah hujan pedalaman dan paras kelembapannya, yang mana kedua-duanya memenuhi Tasik Eyre berabad-abad lamanya dan membentuk hutan hujan di Moree.

 

Apa yang Alkitab katakan akan terjadi menjadikan Pemanasan Global sebahagian daripada satu senario yang jauh lebih ngeri yang akan kita periksa dengan lebih luas lagi.

 

2007 sepatutnya bukan tahun yang mencatatkan rekod, namun ia jauh lebih besar daripada sangkaan semua. Apa yang khusus merisaukan ialah tudung Greenland, yang mempunyai kesan langsung pada paras air laut dunia. Selama 30 tahun corak pencairannya berubah-ubah kepada satu tahap tinggi diikuti oleh beberapa tahun dengan suhu dan tahap pencairan lebih rendah. 2005 merupakan satu rekod dan sebab itu 2007 dijangka kurang, namun ia bukan begitu dan, sebenarnya, jauh lebih tinggi daripada 2005. Konrad Steffen daripada Universiti Colorado, yang mengumpulkan data itu, khuatir bahawa 2008 mungkin lebih tinggi lagi. Sesetengah saintis NASA lain menganggap keadaan mungkin kembali normal pada 2008. Bagaimanapun, Waktu-waktu Panas sebelumnya mencapai keadaan stabil dalam waktu yang amat singkat dan tinggal di situ selama kira-kira empat abad.

 

Suhu permukaan di Lautan Artik tahun ini ialah lapan darjah melebihi normal.

 

Laporan Associated Press menyenaraikan rekod-rekod yang dicatatkan oleh pencairan ais Artik 2007 itu seperti berikut:

 

“• 552 bilion ton ais cair musim panas ini daripada kepingan ais Greenland, menurut data satelit awal yang akan dikeluarkan oleh NASA pada hari Rabu. Pencairan ini 15 peratus lebih daripada pencairan musim panas purata tahunan, mengalahkan rekod 2005.

 

• Jumlah terbanyak ais permukaan hilang daripada Greenland tahun ini, 12 peratus lebih daripada tahun terburuk sebelumnya, 2005, menurut data yang dikeluarkan Universiti Colorado pada hari Isnin. Ini hampir empat kali ganda jumlah yang cair hanya 15 tahun lalu. Ini jumlah air yang boleh meliputi Washington, D.C., sedalam setengah batu, para penyelidik menghitung.

 

• Luas permukaan ais laut musim panas yang terapung di Lautan Artik pada musim panas ini hampir 23 peratus di bawah rekod sebelumnya. Ais laut yang berkurangan ini sudahpun mempengaruhi hidupan liar, dengan 6,000 walrus naik ke darat di Alaska barat laut pada bulan Oktober untuk pertama kalinya dalam catatan sejarah. Satu lagi yang berlaku pertama kali: Laluan Barat Laut terbuka untuk pelayaran.

 

• Masih belum dikeluarkan ialah data NASA yang menunjukkan sisa ais laut Artik yang luar biasa nipisnya, satu lagi rekod. Itu menjadikannya lebih mungkin untuk cair pada musim-musim panas kemudian. Dengan menggabungkan kawasan liputan ais laut yang semakin mengecil dengan kenipisan baru ais yang tinggal, para saintis menghitung bahawa isipadu keseluruhan ais ialah separuh daripada jumlah 2004.

 

• Lapisan beku (permafros) Alaska semakin panas, belum cukup untuk cair lagi. Namun ukuran-ukuran suhu pada kedalaman 66 kaki dalam tanah beku itu naik hampir empat per sepuluh darjah dari 2006 ke 2007, menurut ukuran daripada Universiti Alaska. Walaupun ini kedengaran tidak penting, “ia amat signifikan,” kata profesor Universiti Alaska Vladimir Romanovsky.” (ibid.)

 

Hakikatnya kita berada dalam Waktu Panas Global yang mencepat dan ia akan meningkatkan pencairan serta kenaikan haba sekurang-kurangnya satu darjah lagi dalam beberapa tahun berikutnya.

 

Kawasan ais laut sekarang ini memantulkan kira-kira 80% daripada haba matahari dari Bumi. Semakin ia berkurangan, Bumi semakin panas lagi, dan kitar ini meningkat sekali lagi.

 

Para saintis yang mengatakan bahawa mereka dapat menterbalikkan haluan ini tidak mengerti sejarah perkara ini dan kitar-kitar semulajadi. Kita baru saja memasuki apa yang kita akan panggil Waktu Panas Milenium. Tiada apapun yang akan menahannya daripada terjadi, walaupun kita menutup setiap enjin atas planet ini. Kita akan hanya menjadikannya lebih buruk lagi.

 

Kesudahannya ialah perang-perang untuk merebut tanah dan air dan sumber. Sesaran penduduk secara besar-besaran akan terjadi. Bumi akan berhadapan dengan kekacauan dan satu rejim kuasa akan dilaksanakan untuk mengabdikan manusia. Iblis mengerti kitar-kitar ini. Dia tahu apa yang akan terjadi. Dia akan menggunakan ini untuk membinasakan manusia, namun dia akan gagal kerana Mesias akan diutus untuk campur tangan. Campur tangan itu, bagaimanapun, tidak akan menyelamatkan hamba-hambanya dalam masa singkat. Iblis dan hamba-hambanya semua akan diuruskan dalam Kebangkitan Kedua (lihat naskah-naskah Penghakiman Iblis Setan [080] dan Kebangkitan Orang Mati [143]).

 

Kemaskini Mac 2008

 

Pencairan glasier-glasier dunia mencapai tahap tertinggi:

Mac 16, 2008

Sumber: ABC

 

Pencairan glasier-glasier dunia telah mencepat kepada satu rekod baru, dengan beberapa kehilangan terbesar dalam Eropah – di Alps, Pyrenees dan kawasan Nordic – suatu tanda perubahan iklim yang merisaukan, kata Program Alam Sekitar UN (UNEP).

 

“Data daripada hampir 30 glasier rujukan dalam sembilan banjaran gunung menunjukkan bahawa antara tahun 2004-2005 dan 2005-2006, kadar purata pencairan dan penipisan telah meningkat lebih dua kali ganda,” katanya.

 

“Angka-angka terkini ini ialah sebahagian daripada apa yang dilihat sebagai trend mencepat yang kelihatannya tidak akan berakhir,” kata Wilfried Haeberli, pengarah Servis Pemantauan Glasier Dunia (WGMS).

 

Anggaran yang dibuat, berdasarkan ukuran ketebalan ais glasier, menunjukkan kehilangan purata kira-kira 1.5 meter pada 2006, meningkat daripada hanya lebih sedikit daripada setengah meter pada 2005. UNEP berkata bahawa ini ialah penipisan terpantas sejak pemantauan bermula.

 

Sejak 1980, glasier-glasier telah menipis sebanyak kira-kira 11.5 meter dalam satu pengunduran yang Panel Iklim PBB salahkan terutamanya pada penggunaan bahan bakar fosil oleh manusia.

 

Pencairan ini boleh mengganggu apa saja dari pertanian dan penghasilan kuasa ke sukan musim sejuk, dan juga boleh menaikkan paras laut dunia.

‘Kenari-kenari’ iklim

 

Ketua UNEP, Achim Steiner berkata: “Banyak kenari muncul dalam lombong arang perubahan iklim. Glasier-glasier mungkin antaranya yang membuat paling banyak bising.”

 

Daripada hampir 30 glasier rujukan hanya satu saja yang menebal pada 2006 berbanding 2005.

 

Ada glasier yang kurang menyusut pada 2006 daripada 2005.

 

Mr Steiner berkata bahawa Kerajaan-kerajaan telah bersetuju untuk mengolah selewat-lewatnya akhir 2009 satu perjanjian baru untuk menggantikan Protokol Kyoto PBB, yang mengikat negara-negara maju kecuali Amerika Syarikat untuk menyekat pengeluaran gas-gas rumah hijau.

 

- Reuters

http://www.bigpond.com/news/world/content/20080316/2190744.asp

 

 

Demikianlah kita terikat kepada khayalan bahawa gas-gas rumah hijau inilah yang menyebabkan pemanasan global dan bukan kitar solar milenium.