Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[218B]

 

 

 

 

Pemanasan Global:

Siklus Sejarah

(Edisi 1.0 20090718-20090718)

 

Obsesi Politik Moden dengan emisi karbon mengaburkan sains dan sejarah sebenar Siklus Pemanasan Global dan tidak lebih daripada komplot politik untuk tujuan teknik sosial. Kita pernah alami Siklus Pemanasan Global dan Zaman Ais tiap seribu tahun selama beribu-ribu tahun.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2009 Wade Cox)

(tr. 2011)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pemanasan Global: Siklus Sejarah



Untuk memahami fenomena pemanasan global, seseorang perlu melihat sejarah pola iklim dari zaman ke zaman.

 

Contohnya, ketika orang Dane (Denmark) menduduki Greenland lebih seribu tahun lalu terdapat jauh lebih sedikit ais di situ. Tetapi kita harus kembali lebih jauh.

 

Berabad-abad lalu bumi miring pada paksi berlainan. Sekarang diakui bahawa paksi bumi berputar pada siklus kira-kira 22,600 tahun. Kutub-kutub magnet telah beralih pada banyak arah secara tetap, dan ini kita boleh tunjukkan dari segi sejarah dan arkeologi.

 

Apa lagi yang mempengaruhi iklim kita?

 

Perbezaan dalam kemiringan paksi dengan bahagian selatan menjauhi matahari menyaksikan paras hujan bertambah di Afrika. Dengan itu terdapat insidens lebih tinggi danau air segar di Afrika, Australia dan tempat lain. Ini menjelaskan peta Piry Reis 1513 (disusun daripada peta-peta purba dalam perpustakaan di Alexandria sebelum ini dibakar oleh orang Muslim pada abad ketujuh) yang menunjukkan sungai dan danau di Afrika di mana sekarang ini hanya ada depresi dan gurun (lihat Cyrus Gordon, Before Columbus, Turnstone Press Ltd, 1972, ms 71-73).

 

Faktor Perubahan:

 

1. Putaran Paksi Bumi

 

Kesan-kesan El Nino/La Nina melalui perubahan suhu atas Pasifik secara tetap:

 

   Kejadian bencana:

-   banjir besar contohnya 1513 banjir besar-besaran di Holland

-   aktiviti gunung berapi

-   gempa bumi

-   tsunami

Ini beberapa antaranya.

 

Fluktuasi paras laut disebabkan oleh

o Gempa Bumi

o Gerakan tudung-tudung ais – sekarang ini Kutub Utara sama sekali berada di air dan Kutub Selatan berada di darat – ais cair dari Kutub-kutub di darat akan meningkatkan paras laut.

o Terdapat ais yang cukup pada tudung Greenland untuk meningkatkan paras laut dunia setinggi 6 meter dan jumlah sama dalam Cekungan Antartika Barat. Pencairan cekungan Antartika Timur akan menaikkan paras laut dunia melebihi 60 meter. Pemanasan super akan menyebabkan sampai 30 meter lagi.

o Jika Kutub Utara berada di darat ini akan menurunkan paras laut dunia sebanyak antara 40 dan 60 meter. Suhu sedang meningkat di Cekungan Antartika Barat lebih pantas daripada mana-mana tempat lain di bumi. Penambahan suhu menambahkan presipitasi di Cekungan Timur dan ini meningkat lebih cepat daripada sebelumnya.

o Bebola salju kosmik (lihat artikel, Robert S. Boyd, Cosmic Snowballs, St Paul Pioneer Express, 29 Mei 1997).

 

2. Aktiviti Solar

 

Siklus tetap

          Terdapat satu siklus solar 11.1 tahun tetap. Kita akan mencapai puncak siklus itu pada 2012.

 

Siklus waktu panas yang terjadi kira-kira tiap 1000 tahun dan menambahkan suhu bumi sebanyak sekitar 2 hingga 2.5 darjah selama sekurang-kurangnya empat hingga enam abad.

 

Siklus-siklus Panas ini diikuti oleh siklus Sejuk yang menurunkan suhu dengan jumlah sama bergantung aktiviti solar.

 

Siklus utama terakhir ialah Zaman Ais Kecil dari 1450. Siklus sebelumnya dipanggil Siklus Bond yang membawa masuk Zaman Kegelapan dan menurunkan garis-garis pantai sebanyak lebih 7 kaki di seluruh dunia.

 

Satu lagi siklus dipanggil Siklus de Vries yang terjadi kira-kira tiap 210 tahun.

 

Siklus de Vries

Lihat artikel di http://www.co2science.org/articles/VII/N23/EDIT.php

 

Siklus Bond

Lihat karya The Physical Evidence of Earth’s Unstoppable 1,500-Year Climate Cycle.

 

Siklus ini bukan 1500 tahun seperti yang dikatakan sekarang tetapi 1000 tahun. Satu waktu Panas dan satu Zaman Ais berlaku tiap 1000 tahun silih berganti selama kira-kira tempoh 500 tahun. Kesilapan dibuat dengan menganggap lapisan-lapisan ais di tudung-tudung ais sebagai paras tahunan dan bukannya fluktuasi bermusim.

 

     800 hingga 1250 dan satu fluktuasi sekitar 1450 CE       Waktu Panas Abad Pertengahan

 

Kita tahu faktanya bahawa sebelum 1434 orang China menganggapnya normal untuk belayar menyeberang Artik ke Atlantik pada musim panas sehingga 1250 dan mungkinpun sampai 1434 bilamana angkatan laut mereka mengunjungi Eropah melalui Suez dan Terusan Nil-Suez. Mereka belayar ke Itali dan mengunjungi Florence di bawah De Medici. Banyak rekaan dan mungkin peta-peta mereka digunakan oleh orang Eropah.

 

     Sekitar 950 hingga 1100 CE       bahagian paling panas Waktu Panas Abad Pertengahan

 

Waktu-waktu Inggeris

 

o        Neolitik – Zaman Batu (3000 - 1800 BCE)

 

o        Zaman Tembaga dan Besi (1800 - 600 BCE)

 

o        Orang Rom (600 BC - 410 CE)

 

o        Zaman Kegelapan – England Anglo-Saxon (410 AD - 1066 CE)

 

o        Zaman Pertengahan - 1066 - 1485

 

o        Zaman Renaissance di England mulai dengan Dinasti Tudor

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Dark_Ages


 

 

Aktiviti Solar


Graf Δ14C (nilai-nilai lebih tinggi bersamaan dengan aktiviti solar lebih rendah) vs. tahun AD. Disadur daripada Feynman, yang mempertalikan hubungan ini kepada Stuiver dan Braziunas (1988).

 

 

Curahan hujan

 

http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,,25673679-7583,00.html?from=public_rss

 

Curahan/taburan hujan akan berkurang disebabkan pencemaran tetapi bukan disebabkan oleh pengeluaran gas rumah hijau (greenhouse). Formasi titisan air dibatasi oleh partikel-partikel di atmosfera dan bukan dengan pengeluaran gas rumah hijau atau Pemanasan Global.

 

Jika Kutub Selatan miring menjauhi matahari kita mungkin sekali akan menyaksikan pertambahan lembapan di Hemisfera Selatan.

 

 

Piri-Reis-Map.jpg

 

 


Sejarah menunjukkan bahawa perpindahan kutub telah berlaku banyak kali sebelum ini, paling terkini kurang daripada 10,000 tahun lalu. Penyingkapan sains terbaru mengesahkan bahawa Antartika telah berada di bawah ais dan salju selama kurang daripada 10,000 tahun. Siklus salju/cair/beku yang terlampir dalam sampel-sampel teras ais setebal 3 KM pernah dianggap sebagai lingkaran-lingkaran tahunan, menganjurkan bahawa ais telah ada di situ selama 175,000 tahun, Bagaimanapun, bukti dari Greenland mengusulkan sebaliknya. “Lost Squadron”, pesawat-pesawat Amerika yang ditinggalkan di Greenland ketika Perang Dunia 2 pada 1942, ditemui pada 1986 di bawah 267 kaki salju dan ais. Itu lebih 6 kaki atau 2 meter tiap tahun dalam waktu hangat sekarang ini. Bahkan pada kadar itu, Greenland kerana itu bebas ais, melainkan glasier-glasier 2333 tahun lalu, dan nampaknya sebelum waktu Panas Rom. Lubang pengambilan kembali pesawat-pesawat hilang itu menunjukkan ratusan siklus-siklus beku-cair “tahunan” jenis-Antartika itu. Sekarang kita tahu bahawa lingkaran-lingkaran ini hanya mewakili siklus-siklus beku/cair yang boleh terjadi banyak kali dalam tempoh waktu satu tahun, dan mungkin beberapa kali dalam satu hari saja!

 

Tudung salju mungkin terbentuk amat cepat pada Zaman Ais Gelap dan mencair kecuali glasier-glasier dalam Waktu Panas Zaman Pertengahan. Kita tahu Greenland diusaha tani dari abad kesepuluh sampai keempat belas. Selepas itu mereka bergabung dengan orang Eskimo dan masih di situ hari ini.

 

Gubuk Stapleton berada di bawah salju dan ais [dilaporkan 90’] ketika ini digali. Pada satu kaki setahun, itu hanya 10,000 tahun untuk total tudung itu tetapi cekungan Antartika Barat jauh lebih sedikit, seperti yang akan kita lihat.

 

Ahli-ahli geologi tahu bahawa Danau Titicaca di Peru diubah dasarnya sebanyak 30 darjah kira-kira [dikatakan] 10,000 tahun lalu. Sejarah alkitabiah mencatatkan banjir besar sekitar 2348 BCE.

 

Ada juga tuntutan bahawa Great Sphinx menggambarkan suatu peradaban maju sebelum zaman Firaun-firaun di Mesir. Ia memperlihatkan kesan penghausan hujan yang lebih besar daripada monumen-monumen batu lain. Semakin banyak bukti menunjuk kepada satu siri perpindahan kutub sepanjang beberapa ribu tahun kebelakangan ini. Terdapat antara 1.3 dan 3 lebih kilometer tudung ais terbina atas Greenland. Terdapat sampai tiga kilometer di Antartika, dan ini terbina amat pantas. Kebanyakan Tudung Greenland terbina dalam masa kurang daripada seribu tahun dan mungkin selepas 1450. Taksiran-taksiran Zaman Ais walau dalam paradigma palsu yang diperpanjang sekalipun berbeza sampai sebanyak lebih 4000 tahun disebabkan tekanan dan perubahan pada sampel-sampel teras.

 

Sesetengah ahli sains menegaskan bahwa glasier dan ais di Greenland dan Antartika terus membina meskipun adanya “pemanasan global”. Lain-lain menuntut bahawa aktiviti gunung berapi bawah laut di kutub-kutub mungkin mencairkan beting-beting ais. Ramai menyatakan medan magnet bumi makin lemah sebagai pendahulu kepada perpindahan kutub. Bukti baru menunjukkan suar matahari dan medan bumi berhubungan secara langsung dan lebih rapat lagi daripada anggapan sebelumnya. Suatu letusan solar sangat besar yang baru akan meliputi bumi menjelang 2012. Sains salah tentang siklus Bond dan sebab itu menegaskan suatu Zaman Ais di masa depan dan bukan Waktu Panas.

 

17,000 para saintis menandatangani satu permohonan menentang protokol Kyoto dan mendesak semua pemerintahan untuk bersedia untuk perubahan-perubahan bumi yang tidak dapat dielakkan yang dibawakan oleh kuasa-kuasa di luar kawalan kita (lihat www.iceagenow.com). Semua bukti ini dikatakan mendukung teori yang diajukan oleh Charles Hapgood, didukung oleh Albert Einstein, dan diperhaluskan oleh Carl Peterson dalam “Earth Changes”. Bagaimanapun, kita tahu bahawa siklus Bond bukan 1500 tahun tetapi terjadi tiap seribu tahun. Para saintis membuat andaian-andaian salah mengenai siklus-siklus beku-cair itu.

 

Kita tahu bahawa dengan pencairan tudung-tudung ais itu hal-hal berikut akan terjadi:

 

Penghentian Arus Teluk dan Kepulauan British, Skandinavia dan Eropah Utara akan menyejuk dalam waktu terdekat. Scotland mungkinpun membeku seperti diramalkan Nostradamus.

 

Bagaimanapun, kali terakhir Kepulauan British beku adalah antara 4000 hingga 5000 tahun terakhir seperti ditunjukkan peta Piri Reis.

 

Aktiviti gunung berapi bertambah dan mempengaruhi kecerahan dan operasi-operasi laut.

 

Sains juga mengerti bahawa kerak bumi semakin lemah di sistem Retakan melalui Etiopia sampai Retakan Laut Teberau (Merah) dan terus ke rekahan Lembah Yordan, yang berakhir di Lebanon di Retakan Lebanon dan Anti-Lebanon.

 

Ini sistem rekahan tiga kali lipat yang berada di tepi-tepi plat Afrika dan Arab.

 

Plat Arab bergerak Utara-timur laut lebih pantas hingga plat Afrika menyebabkan lebih banyak gempa bumi.

 

Alkitab menyatakan bahawa pada kedatangan kembali Kristus Bukit Zaitun akan terbelah. Lembah terbentuk adalah sepanjang 66 km. Lidah laut Mesir akan dimusnahkan.

 

Aktiviti plat ada dalam lampiran slaid dan plat warna berikut.

 

Tiap plat menyebabkan pengangkatan dan juga letusan gunung berapi yang menyebabkan pemanasan dan juga kontaminan logam berat. Kembangan ganggang merah akan bertambah tatkala aktiviti-aktiviti ini bertambah. Ikan akan mati dan tsunami akan bertambah.

 

Beberapa ribu (dikatakan 105,000) tahun lalu gelincir bumi Hawaii menyebabkan kemusnahan dengan tsunami terhadap Pantai Timur Australia. Komet di Tasman kira-kira 600 tahun lalu memusnahkan Pantai Timur sekali lagi.

 

Aktiviti Plat berikut dijangkakan sekarang.

 

Retakan San Andreas sudah melampaui waktunya untuk runtuh. Ini mungkin akan memusnahkan banyak daripada pesisir Mexico dan garis pantai Pasifik.

 

Retakan melalui Portland Oregon sudah melampaui waktunya untuk runtuh.

 

Retakan New Zealand sudah lampau waktunya untuk runtuh dan mungkin sekali akan menyapu bersih Pantai Timur Australia.

 

Suatu gelincir tanah Hawaii telah membentuk selama dua dekad kebelakangan ini.

 

Depresi Danau Baikal di Siberia sekarang aktif. (Baikal mengandungi 20% daripada air tawar bumi.)

 

Sistem-sistem Rekahan Afrika-Arab semakin lemah dan membentuk suatu sistem kepulauan baru yang mungkin daripada plat Somali dengan formasi suatu laut pedalaman di Etiopia di segitiga Depresi Afar sampai sistem Lembah Retakan Afrika Timur. Sistem Retakan ini berpanjangan jauh ke selatan sampai Mozambique.

 

Semenanjung Sinai bakal bergerak ke Laut Teberau, dengan Ubahan Laut Mati yang tinggal bergerak secara lateral dan membahagikan kawasan luas tebing Barat Yordan di Bukit Zaitun.

 

Perpindahan kutub sedang berlaku sekarang.

 

Kutub Utara Magnetik sedang bergerak masuk Siberia dari Kanada. Jika ini berterusan Australia secara efektifnya akan bergerak ke utara dari segi latitud. Jika Kutub berpindah tetap ke Siberia dan atas darat, paras laut mungkin turun bergantung di mana paras itu berada.

 

Dislokasi Asia luas akan terjadi.

 

Dahulunya gajah-gajah mammoth di Siberia telah membeku dengan rumput iklim sederhana dalam mulutnya bila kutub berpindah dari Kanada ke Lautan Artik. Kita masih menggali tubuh-tubuh beku gajah ini.

 

Naskah-naskah untuk dipelajari:

 

http://www.ccg.org/indonesian/s/p218.html

http://www.ccg.org/indonesian/s/B5.html

http://www.ccg.org/indonesian/s/B9.html

 

Laman web tambahan:

 

http://www.history.com/marquee.do?content_type=Marquee_Generic&content_type_id=53131&display_order=2&marquee_id=53127

 

http://www.google.com.au/search?q=dark+ages&hl=en&tbs=tl:1&tbo=1&ei=VFxNStyYCMrelAf22digBQ&sa=X&oi=timeline_result&ct=title&resnum=11

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Dark_Ages

 

http://hypertextbook.com/facts/2000/EmmanuelleStJean.shtml

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Highjump

 

q