Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[224]
Yesaya 9:6
(Edisi 1.0 19970907-19970907)
Yesaya 9:6 lazim digunakan untuk menyokong teologi Trinitarian atau Binitarian/Diteis. Karya ini mengkaji penggunaan dan pengertiannya dalam pelbagai terjemahan purba dan moden.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă 1997 Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Yesaya
9:6 [224]
Yesaya 9:6 digunakan oleh kelompok Trinitarian untuk membenarkan teologi mereka. Anjuran dikemukakan bahawa, melalui nama yang diberikan dalam Yesaya 9:6, sifat-sifat dan, dengan itu, kesetaraan dan keabadian dianugerahkan dalam anak-anak sebagai Tuhan yang sama dalam kasus Trinitarian dan Binitarian; atau seorang lagi Tuhan yang sama-sama abadi yang dianugerahkan kesetaraan apabila dia bersetuju untuk menjadi anak kepada yang satu lagi, dalam kasus Diteis. Bagaimanapun, bukan begitu pengertiannya oleh Israel purba.
Septuagint (LXX) menafsirkan Yesaya 9:6 sebagai Malaikat Penasihat Ajaib. Terjemahan Brenton ialah:
Sebab seorang
anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang
pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Utusan
penasihat ajaib: kerana Aku akan membawa damai pada raja-raja, dan
kesejahteraan kepadanya.
Ayat 7 meneruskan:
Besar
kekuasaannya, dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan di atas takhta Daud
dan di dalam kerajaannya, karena ia mendasarkan dan mengokohkannya dengan
keadilan dan kebenaran dari sekarang sampai selama-lamanya. Kecemburuan TUHAN
semesta alam akan melakukan hal ini.
Kita dapati bahawa tiada kesan teologi atau tuntutan kemudian ini dalam LXX. Di sini, dia ialah Aggelos, Malaikat atau Utusan Penasihat Ajaib.
Istilah allah yang perkasa dalam Yesaya 9:6 diperolehi daripada kata-kata el yang perkasa dan ini boleh dipakaikan kepada sesiapa saja yang perkasa, sekalipun seorang manusia.
Pandangan-pandangan sama muncul apabila kita mengkaji konsep-konsep daripada Perjanjian Baru. Istilah bapa kekal merujuk kepada kebapaan Mesias yang dikatakan Paulus terdapat banyak di dalam syurga dan di atas bumi dan itulah sebabnya kenapa kita bersujud kepada Bapa yang daripadaNya mereka dinamakan.
Efesus 3:14-15 Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, 15
yang dari pada-Nya semua turunan yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima
namanya.
Ephesians 3:14-15 For this cause I bow my knees unto the
Father of our Lord Jesus Christ, 15 Of whom the whole family in
heaven and earth is named, (KJV)
Ephesians 3:14-15 For this reason I
bow my knees before the Father, 15 from whom every family in heaven
and on earth is named, (RSV)
Teks sebenarnya ialah yang daripadanya semua kebapaan (patria) di syurga dan di bumi dinamakan (lihat teks Marshall’s Interlinear).
Peshitta (terjemahan Lamsa) menulisnya:
Untuknya semua kebapaan di syurga dan di bumi dinamakan.
For whom
all fatherhood in heaven and on earth is named.
Justeru itu, konsep Yesaya 9:6 ialah pemberian secara delegasi fungsi kepimpinan yang dinyatakan sebagai kebapaan.
Bapa kekal dianggap oleh Green sebagai gabungan perkataan Kamus Ibrani Strong’s (Strong’s Hebrew Dictionary) 1 dan 5702. SHD 1 ialah bapa sebagai AB namun apabila kita mengkaji teks di sini kita dapati perkataannya ialah ABY (SHD 21) yang bermakna seperti bapa. SHS 5702 ialah 'AGN 'agan yang bermakna kekal daripada konsep debar (seperti daripada perkahwinan). Bagaimanapun, konsonannya ialah 'AD (SHD 5704 'ad) yang bermakna kekal untuk waktu yang lama. Oleh itu, istilah di sini menandakan keterusan tanggungjawab seperti bapa dan bukannya kebapaan pencipta yang dikhaskan kepada Allah Bapa seperti yang kita lihat daripada komen-komen Kristus sendiri dalam Perjanjian Baru tentang bagaimana kita tidak patut memanggil sesiapapun bapa kerana kita mempunyai hanya satu Bapa dan Dia berada di syurga.
Teks Soncino menuliskan Yesaya 9:5[6] sebagai:
Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Pele-joez-el-gibbor-Abi-ad-sar-shalom.
Ini lebih kurang konsisten dengan yang di atas. Semua perkataan ini ialah nama yang menunjukkan hubungan orang yang diberikan nama itu dengan makhluk yang berhubungan dengan nama ini. Soncino berpendapat perkataan ini bermakna:
Ajaibnya nasihat Allah yang perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai. Anak itu akan menyandang nama-nama yang penuh erti ini untuk mengingatkan semua orang akan khabar yang tersirat dalam nama-nama itu (Arbarbanel) (Soncino Isaiah nota kaki kepada 9:5[6]).
Malah di sinipun, di mana nama ini dibaca merujuk kepada suatu entiti lain, kesimpulan tidak dibuat, dan memang tidak boleh dibuat, bahawa anak ini memiliki sifat-sifat itu. Sebaliknya dia, iaitu Mesias sebagai anak itu, difahami bertindak bagi makhluk yang memang memiliki sifat-sifat ini.
Peshitta membawakan konsep nama yang sama seperti yang dilihat daripada Soncino.
LXX menggunakan konsep-konsep ini begitu juga namun menuliskan teks Yunaninya sebagai susulan kepada kuasa yang diberikan kepada anak itu oleh Tuhan Semesta Alam (Kuriou Sabbaoth).
Memandangkan teks-teks purba itu, Yesaya 9:6 tidak boleh digunakan untuk menafsirkan sebarang kesetaraan dengan Bapa sebagaimana yang ingin dituntut oleh kumpulan Trinitarian dan Binitarian/Diteis. Ini tidak pernah difahami begitu dalam Israel atau Yehuda purba ataupun oleh Jemaat Tuhan abad-abad lalu ataupun oleh Judaisme moden.
q