Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[229]

 

 

 

 

Permulaan Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]

(Edition 1.0 19971217-19971217)

 

Perdebatan dalam Kekristianan moden mengenai Kristus mempunyai keasalannya dari falsafah Yunani dan praktik keagamaan kuno yang bertentangan di dalam Alkitab. Beberapa daripada teks-teks alkitabiah dalam bahasa Inggeris telah disalahterjemahkan untuk menyembunyikan tujuan dan struktur aplikasi tema itu kerana mereka bertentangan dengan teologi golongan Trinitarian. Aplikasi tema Permulaan, Alfa dan Omega, yang pertama dan terakhir, permulaan dan akhir, diterangkan dengan mengambil kira beberapa teks.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

Permulaan Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]



Dalam beberapa karya tulis mengenai Allah dan Mesiah, kita telah menangani dua aspek yang pertama mengenai konsep yang ada dalam Ketuhanan, yakni bersama dengan Allah Bapa, dan Yesus Kristus sebagai Anak Allah. Ringkasan yang terdapat dalam seksyen pertama dalam Pernyataan Kepercayaan Iman kita ialah Allah Bapa adalah satu-satunya Allah yang benar dan bahawa Kristus adalah Anak Allah and bahawa pemahaman ini adalah pra-syarat kepada kehidupan kekal (Yoh 17:3).

 

Allah Bapa

 

Dewata Tertinggi dalam alam semesta adalah Allah. Dia adalah Maha Tinggi, Pencipta dan pemerintah langit, bumi dan segala sesuatu di dalamnya. (Kej 1.1; Neh. 9:6; Maz. 124:8; Yes. 40:26,28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24,25; Wah. 14:7). Dia adalah berkekalan (1 Tim 6:16). Dia adalah Allah dan Bapa kepada Yesus Kristus (Yoh 20:17). Dia adalah Allah yang Maha Tinggi (Kej. 14:18; Bil. 24:16; Bil. 32:8; Mar. 5:7) dan satu-satunya Allah yang Benar (Yoh. 17:3; 1Yoh. 5:20).

 

Yesus Anak Allah

 

Yesus adalah kelahiran (prototokos) pertama ciptaan Allah (Kol 1:15) yakni yang pertama (arche) dalam penciptaan Allah (Wah 3:14). Dia adalah satu-satunya (monogene) Anak Allah yang lahir (Mat 3:17; Yoh 1:18; 1 Yoh 4:9), melalui Roh Kudus dan dilahirkan oleh Mariam yang disalahsebut sebagai Mary dalam bahasa Inggeris (Luk 1:26-35). Dia adalah Kristus atau MEsiah (Mat 16:16; Yoh 1:14), yang diutus dari Allah untuk menjadi juruselamat kita dan penebus (Mat 14:33; Yoh 8:42; Ef 1:7; Tit 2:14).

 

Ulasan dalam Wahyu 3:14 bahawa Kristus adalah permulaan penciptaan Allah mempunyai maksud yang penting. Kita tidak secara umum memahami pada masa sekarang mengapa Yesus Kristus mengatakan kepada Yohanes dalam perhubungan dengan jemaat Laodikia dari segi pengaruh, “ beritahu malaikat jemaat Laodikia bahawa Aku adalah permulaan dari penciptaan Allah”. Sekarang, sebabnya adalah, dalam jemaat Laodikia perdebatan ini timbul di dalam jemaat dan dalam era bahawa Kristis bukan yang pertama di dalam penciptaan Allah. Perdebatan ini berpusat pada perkara kekekalan dan kewujudan Allah dalam segala perkara.

 

Perkataan arche bererti permulaan. Istilah ini digunakan di dalam Wahyu 3:14 yang dihubungkan dengan perbincangan berunsur falsafah yang mana berleluasa di Timur Tengah dari Philo melalui golongan pertengahan pengikut Plato sehingga pengikut Plato yang baru. Perdebatan ini berpusat pada teori keasalan dunia. Kamu perlu memahami perdebatan ini kerana kepentingan yang ada padanya menjangkau kepada Pergerakan New Age. Kemudian kamu memahami akan penghujatan Pergerakan New Age. Kamu juga akan memahami bahawa  ianya adalah nubuatan Yesus Kristus perdebatan ini akan timbul di dalam jemaat pada akhir zaman dan jemaat Laodikia akan menyelewengkannya dan kehilangan haknya dalam kebangkitan yang pertama. Pakar teologi, Clement Alexandria mengambil perdebatan ini sebagai bentuk Gnostisisme (Gnosis bererti pengetahuan, yakni Gnostisisme adalah proses yang dicapai dijelaskan). Ada dua tahap yang terbabit; kaum awam dan elemen-elemen Gnostik. Keimamatan sebenarnya telah menjadi elemen Gnostik. Mereka mendakwa mempunyai pengetahuan rahsia dan kamu awam diberi tahap pengetahuna yang kurang. Ini secara fungsi menjadi doktrin kepada Nicolaitan di aman keimamatan yang terpelajar diberi pengetahuan yang tidak boleh didapati oleh kaum awam, atau mereka tidak dapat mencapainya kerana misteri-misteri yang terbabit.  Kristus mengatakan bahawa dia membenci doktrin  golongan Necolaitan dan doktrin Balaam dalam ajaran pengambilan. Doktrin Balaam berjalan bersama-sama dengan doktrin Nicolaitan dan sebenarnya ini adalah anti-Kristus yang langsung. Ianya mengehadkan keupayaan Roh Kudus untuk bertumbuh dalam diri individu. Kita harus memahami perhubungan dan aplikasinya terhadap Roh Kudus doktrin-doktrin ini diterangkan di dalam karya Golongan Nicolaitan (No. 202) dan juga Doktrin Balaam dan Nubuatan Balaam (No. 204).

 

Clement mengikuti Philo penulis yahudi dalam menterjemahkan permulaan Kejadian dengan mengolahkan perbezaan Platonic di antara dunia yang berakal dan dunia yang memahami. Dunia kebendaan dan sebaliknya adalah secara dasarnya berkembang sejajar dengan Platonic. Justru itu, dia juga berada di dalam perdebatan dengan sekolah-Platonisme yang juga mengenai dunia yang yang berakal sebagai salinan kepada dunia yang memahami. Salvatore Lilla (Clement of Alexandria, Bab III, Oxford University Press, 1971, ms. 192) mencatatkan ini pada mukasurat 230 mengatakan:

 

Dalam doktrin Clement, seperti Philo dan fahaman Platonisme Pertengahan, seolah-olah percaya kepada pra-kewujudan dan mendakwa itu adalah dalam apa sahaja bentuk dan kualiti (petikan Bab III, ms. 226).

 

Perdebatan ini hanyalah sebahagian kerana Clement menolak pandangan sekolah-Platonisme mengenai bahan mana adalah archai – kejamakan kepada permulaan keasalan dunia. Clement berkata perkara ini tidak mungkin; tetapi mereka katakan bahawa ianya demikian, dan perkara ini adalah asli. Clement terus dengan pandangannya bahawa Allah adalah satu-satunya arche (permulaan) dan bahawa semua permulaan yang lain mengikuti Allah. Sekarang Kristus mengatakan bahawa di adalah arche dalam penciptaan Allah kerana dia diciptakan dengan delegasi dari Allah. Ini adalah pegangan alkitabiah, dan mengapa Yesus Kristus mengatakannya. Kemudiannya Clement berpegang, bahawa Allah adalah satu-satunya arche yang benar yang mana benar dari Wahyu 4, di mana segala sesuatu diciptakan mengikut kehendak Allah. Tetapi pengikut Plato mengatakan bahawa bahan sendiri adalah arche. Clement percaya dalam kewujudan bahan sebelum keasalan dunia. Dalam perkataan lain, bahan mempunyai kewujudan yang intrinsik sebelum pembentukan dunia yang sebenar. Ini adalah sama dengan teori letupan besar di mana benda-benda tercipta pada mulanya. Ianya berlaku dan kemudian dipadatkan, membentuk planet-planet.  Jadi dunia ini terjadi kerana letupan besar itu. Jadi teori letupan besar bukanlah sesuatu yang baru. Ini adalah teori pengikut Plato. Clement mempertahankan dakwaan bahawa Stoic, Plato, dan Aristotle mempertalikan perkara ini sebagai satu daripada prinsip yang pertama. Dia bertahan bahawa bahan telah diterangkan oleh falsafah-falsafah ini sebagai asalnya tanpa apa-apa bentuk dan kualiti dan dijelaskan oleh Plato sebagai me on yang wujud dalam wadah (upodoche) (lihat Timaeus 49e-50a, 50b-c), dan tanpa bentuk (Tim. Esp 50d-e), sukar untuk diketahui (51b1), difahami bererti pemikiran diharamkan (haram zadah: Lilla), dan sukar dipercayai (52b2).  Clment setuju dengan mereka seluruhnya (Lilla, ms. 193). Jadi  kita mempunyai jemaat yang bermula untuk mengolahkan konsep-konsep ini, yang keluar dari dasar alkitabiah ke dalam kepercayaan Plato. Perkara ini adalah pendahulu kepada pemikiran Trinitarian dan ianya adalah fahaman Platonisme yang asli. Philo (seorang ahli falsafah Yahudi menulis pada zaman sebelum Kristus) dan Plutarch sebaliknya mendakwa bahawa bahan masih lagi sati ousia (Lilla, ms 230). Lilla mengatakan bahawa Plutarch bersama dengan pengikut pertengahan Plato seperti Albinus, Apuleis dan penulis buku ketiga Diogenes Laertius dan Hippolytus mendakwa bahan sebagai berkekalan dan tanpa apa-apa bentuk dan kualiti (ibid., Bab III, ms. 193, 195-6). Jadi mereka mengatakan dengan tegas bahawa ianya berada di atas tetapi tidak mempunyai kualiti, ianya tergantung di eter.kamu mempunyai format ini (kekekalan) yang mempunyai kualiti-kualiti Allah. Ianya mempunyai kekekalannya sendiri dalam haknya. Dari proses pemikiran, maka muncul lah sistem animis orang Babilon. Pemikiran ini datang dari orang Babilon dan ianya merupakan formulasi terhadap proses-proses dasar pemikiran tersebut. Dalam hal bahan sebagai me on, Clement setuju dengan fahaman Pythagoreanisme, dengan Plotinus, dan mungkin juga dengan Ammonius Saccas (Lilla, Bab III, ma. 195-196 dan fn 1, ms. 226).

 

Justru itu, bahan menjadi perdebatan sama ada ianya tidak berbentuk selamanya atau diciptakan tidak berbentuk. Ini adalah inti kepada perdebatan ini. Keadaan bahan tidak berbentuk selamanya membuat ianya adalah ausia atau hypostasis Allah, jadi Allah adalah wujud sentiasa wujud kerana bahan adalah hypostasis Allah dan oleh kerana itu Allah berada dalam bahan. Dari dasar pemikiran quasi-Gnostic ini, Triniti telah dikembangkan di mana tiga hypotasis Allah adalah hypotasis yang utama. Sekarang kita akan pergi melebihi dari perkara ini di dalam jemaat-jemaat.

 

Maka soalan akan timbul: adakah dunia ini dihasilkan atau tidak dihasilkan? Dalam perkataan lain, adakah ianya mempunyai hidup di dalamnya atau adakah ianya diciptakan? Ini mencegah pada perdebatan hari ini mengenai evolusi dan penciptaan. Kristus mengatakan bahawa ianya tidak demikian, bahawa dia adalah arche. Dia adalah alat ciptaan Allah dan bahan itu (dunia) sendiri bukan arche dan Allah tidak sentiasa wujud dalam bahan, tidak dalam batu, dalam kaca. Mengatakan Allah itu sentiasa wujud dalam bahan, dalam erti kata pemusnahan dan pembunuhan dan bahawa Allah sendiri adalah jahat, adalah satu penghujatan. Kamu sekarang berada di mana iblis menjadi jahat pada ketika penciptaannya dan sesungguhnya satu hypotasis kejahatan Allah.

 

Sama juga, malaikat-malaikat adalah hypostasis Allah, sebagai aspek perkhabaranNya. Sekarang kita boleh melihat betapa besarnya penghujatan yang timbul. Manusia buta dalam masalah ini. Ini adalah kerana mereka mengikuti doktrin kerajaan yang tidak bersangkutan dengan sistem alkitabiah. Itulah sebabnya Allah dan Kristus membenci doktrin Nicolaitan. Ianya membutakan manusia kepada kebenaran. Mereka dikuasai oleh doktrin-doktrin pengikut Plato. Umat pilihan harus berhati-hati dengan penyelewengan doktrin ini.

 

Perkhabaran kepada orang Laodikia menjadi lebih jelas dari perbincangan ini. Perdebatan berunsur falsafah berpusat pada pendirian bahawa bahan sendiri adalah ausia atay hypostasis dan bahawa Allah adalah sentiasa wujud dalam setiap bahan. Justru itu, Allah berada di dalam kayu dan batu. Ini adalah penyerapan fundamental di belakang fahaman Animisme termasuk yang terdapat di Babilon, Shamanisme, dan semua teologi Liberasi yang berleluasa sehingga ke dalam Buddhisme dan ke dalam Shintoisme orang Jepun. Sekarang buku Tuan Wallace Budge mengenai Babilon (dia menggalinya) sudah ada sejak lama dahulu. Kita sudah ketahui lebih dari seratus tahun apa keagamaan orang Babilon. Agama orang Babilon adalah Animistik dan itu adalah agama sedang diserapkan di dalam Jemaat-jemaat pada masa sekarang.

 

Clement, seperti Philo dan pengikut Plato Pertengahan di bahagian timur – Plutarch dan Atticus – adalah generasi yang disukai. Clement, mengikuti Philo mempertahankan bahawa penciptaan tidak berlaku dalam masa, kerana masa sendiri bergantung kepada dunia yang berakal (Lilla, ms. 230). Ini adalah salah dai segi fundamental (kerana sebab yang digariskan sebelumnya dan karya tulis yang lain) dan telah diambil oleh Augustine dalm Kota Allah. Untuk mengulangi seksyen mengenai Masa dan Kekekalan dari karya tulis Kehidupan Kekal (No. 133):

 

Konsep masa hanya terjadi apabila tedapat perhubungan di antara objek-objek. Sebagai contoh, satu hari terjadi sebagai pergerakan bumi pada paksinya dalam perhubungannya dengan matahari. Tahun solar telah difahami sebagai revolusi tunggal bumi mengelilingi matahari. Terdapat beberapa tahun yang terlibat di dalam putaran galaksi, yakni Solar/Sidereal/Galaktik. Alam semesta mempunyai faktor perluasan yang mana berhubungan dengan pergerakan di luar titk yang utama.

 

Titik utama telah ditentukan oleh Penrose sebagai yang kesepuluh kepada kuasa yang ke-123. Justru itu, pada magnitud terjal dari nombor ini, ianya harus ada titik keasalan, dan bukan pada tempat lain, untuk alam semesta. Semua pergerakan ini memberikan konsep masa yang mana berhubungan dengan sistem bumi.

 

Tidak mengira kaedah pengukuran, ianya bahawa masa hanya bermula dengan pertalian dari dua atau lebih objek-objek yang berhubungan satu dengan yang lain. Justru itu, masa hanya bermula bersama dengan kewujudan dua atau lebih objek. Allah wujud sebelum masa. Generasi elohim adalah sebenarnya permulaan masa: permulaan pada penciptaan Allah (Wah 3:14). Kolose 1:15 mengatakan bahawa Kristus adalah kelahiran pertama dalam ciptaan.

 

Tuhan Allah adalah Alfa, sebagai penyebab dan kewujudan, dan oleh kerana menjadi objektif terakhir pada tindakan itu, Dia juga adalah Omega:

 

Wahyu 1:8 “Aku adalah Alfa dan Omega,” firman Tuhan Allah, yang ada, yang sudah ada dan yang akan datang.

 

apabila dia memenuhi segala sesuatu (Ef 1:23).

 

Jadi konsep masa bermula dengan formulasi Yesus Kristus. Kerana apabila Yesus Kristus telah dihasilkan (dan elohim telah dihasilkan) masa bermula kerana terdapat perhubungan di antara dua makluk. Allah sendiri wujud dalam kekekalan. Tanpa mengira kaedah pengukuran, dua objek ini memulakan masa. Kristus kemudiannya menjadi ciptaan Allah dari generasinya. Semua ciptaan bermula dari dia dan melalui dia. Jadi Allah adalah Alfa dan Omega sebagai penyebab dan kewujudan dan objektif terakhir dari tindakan tersebut. Justru itu, Di ajuga Omega dari Wahyu 1:8. Maka, Kristus memberi amaran terhadap jemaat Laodikia dan kita harus perhatikan amaran ini terhadap orang-orang Laodikia.

 

Alfa dan Omega sebagai perluasan kepada Yesus Kristus

 

Gelaran Alfa dan Omega dan istilah-istilah lain digunakan secara khususnya di dalam buku Wahyu menjawab falsafah Yunani dan juga menyatakan fakta yang jelas tentang delegasi pegangan elohim kepada umat pilihan melalui Yesus Kristus.

 

Wahyu 1:11 di dalam Alkitab versi King James mempunyai rujukan kepada Alfa dan Omega seperti yang diaplikasikan kepada Yesus Kristus. Ini tidak ada dalam Alkitab RSV dan teks-teks kuno. (petikan Companion Bible menyatakan teks ini). Ianya hanya muncul pada Reseptus dan oleh itu dalam Alkitab KJV.

 

Kepentingan penambahan ini adalah dalam penggunaannya menyembunyikan rentetan apa yang terjadi di dalam aplikasi gelaran itu dari Allah kepada Kristus di dalam urutan nubuatan Wahyu.

 

Oleh kerana itu, teks yang asal bunyinya lebih kurang seperti dalam RSV:

 

Wahyu 1:11  berfirman, “Tulislah apa yang kamu lihat di dalam buku dan hantarkan ia kepada ketujuh jemaat, kepada Efesus dan kepada Smirna dan kepada Pergamus dan kepada Tiatira dan kepada Sardis dan kepada Philadelpia dan kepada Laodikia.” (RSV)

 

Teks ini di dalam Alkitab KJV:

 

Wahyu 1:11 berfirman, Aku adalah Alfa dan Omega, yang pertama dan akhir: dan, apa yang kamu lihat, tulis lah didalam buku, dan utuskan ia kepada tujuh jemaat yang ada di Asia: kepada Efesus, kepada Smirna, kepada Pergamus, kepada Tiatira, kepada Sardis, kepada philadelpia, dan kepada Laodikia (KJV)

 

Penambahan di dalam teks dilakukan khususnya untuk menyokong fahaman Trinitarianisme dan meniadakan tujuan lanjut Wahyu dalam perkara ini.

 

Wahyu 1:8 Aku adalah Alfa dan Omega,” firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, yang maha Kuasa (RSV)

 

Kita lihat sekali lagi KJV menggunakan Reseptus memadamkan perkataan ho theos atau Allah dan menggunakan hanya kurios atau Tuhan. Teks ini kemudiannya membawa maksud yang berlainan dan menyelewengkan tujuan ayat yang merujuk kepada Kristus apabila Alfa dan Omega dibezakan di dalam Tuhan Allah dan Bapa kepada Kristus dan tidak mengaplikasikan sama sekali dari mulanya. Ini adalah bersangkutan dengan teologi kerana ianya dikembangkan dari falsafah Yunani dan Trinitarian seperti yang kita lihat di sini. Ianya adalah satu percubaan yang terdesak untuk menyembunyikan sifat keperibadian Kristus dalam perhubungannya kepada Allah dan meninggikan dia di dalam struktur Triniti yang salah.

 

Wahyu 1:8 Aku adalah Alfa dan Omega, permulaan dan akhir, firman Tuhan, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang, yang Maha kuasa (KJV)

 

Wahyu 1:17 dan 2:8 tidak mengandungi perkataan Alfa dan Omega. Mereka menggunakan protos dan eschatos yang mana menyatakan konsep lain dalam perbezaan Alfa dan Omega.

 

Wahyu 1:17 Apbila aku melihat dia, aku terjatuh di bawah kakinya seperti orang mati, Tetapi dia menghulurkan tangan kanannya ke atas aku, dengan berfirman, “jangan takut, Aku adalah yang pertama dan terakhir, (RSV)

 

Wahyu 2:8 “Dan kepda malaikat jemaat di Smirna menulis: ‘ Firman-firman yang pertama dan terakhir, yang mati dan dibangkitkan, (RSV)

 

Istilah protos dan eschatos membawa konsep yang terkandung di dalam Wahyu 3:14 di mana Kristus adalah arche atau permulaan ciptaan Allah sebagai prototokos atau kelahiran pertama sebagai anak spiritual. Dia kemudiannya menjadi satu-satunya Tuhan yang dilahirkan dalam Yohanes 1:18 (sebagai theos atau elohim atau monogene theos).

 

Fungsi ini bertambah. Pada ketika kedatangan Mesiah dan pada penghujung proses bersama dengan kedatangan Kota Allah, kita lihat Mesiah sebagai Alfa dan Omega. Gelaran-gelaran ini tidak di aplikasikan kepada dia, yang mana merupakan motivasi di belakang terjemahan dan tambahan yang salah.

 

Dalam Wahyu 22:13-16 kita lihat dua gelaran ini muncul dalam MEsiah sementara dia menjadi sebagai terang dan bintang fajar.

 

Wahyu 22:13-16  Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir."  14 Berbahagialah mereka yang membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.  15 Tetapi anjing-anjing dan tukang-tukang sihir, orang-orang sundal, orang-orang pembunuh, penyembah-penyembah berhala dan setiap orang yang mencintai dusta dan yang melakukannya, tinggal di luar.  16 "Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku untuk memberi kesaksian tentang semuanya ini kepadamu bagi jemaat-jemaat. Aku adalah tunas, yaitu keturunan Daud, bintang timur yang gilang-gemilang."

 

Dia diberikan gelaran ini sebagai kuasa yang diberikan dari Allah. Sebagai protos ciptaan dia menjadi satu bersama dengan Alfa. Sebagai eschatos ciptaan dia menjadi satu bersama dengan Omega sementara Allah adalah segala sesuatu (Ef 4:6).

 

Wahyu 21:6 menunjukkan titk bila kejadian ini terjadi. Kristus menjadi Alfa dan Omega dan arche dan telos. Dia dinyatakan sebagai arche atau permulaan ciptaan Allah dari Wahyu 3:14, di sini kita mempunyai arche sebagai permulaan dan telos sebagai akhir. Perkataan terjadi adalah perkataan neutral bersifat jamak gegonan (petikan Wah 16 dan 17 dan Marshall’ Interlinear RSV). Ianya diterjemahkann sebagai ianya sudah selesai. Bagaimanapun ianya bererti, dan Marshall menterjemahkannya sebagai telah terjadi.

 

Wahyu 21:6       Firman-Nya lagi kepadaku: "Semuanya telah terjadi. Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Awal dan Yang Akhir. Orang yang haus akan Kuberi minum dengan cuma-cuma dari mata air kehidupan.

 

Semuanya telah terjadi diterjemahkan sebagai ianya selesai untuk menyembunyikan konsep bahawa proses Allah ini menjadi semuanya bermula dengan Kristus yang mana bukan dalam keadaan ini pada mulanya.

 

Justru itu, kita sedang menangani konsep progresif mengenai aktiviti-aktiviti Mesiah dan umat pilihan. “Sesungguhnya Aku akan membuat segala perkara menjadi baru”.

 

Allah menjadi segala sesuatu. Justru, Allah adalah Omega atau kesudahan akhir dari ciptaanNya sendiri. Penterjemah-penterjemah Trinitarian terhadap KJV secara terdesak menyembunyikan fakta dan konsep ini daripada pembaca.

 

Kristus sebagai Permulaan (Arche) dalam Trinitarianisme

 

Perdebatan yang dirujuk di atas dipercayai sebagai inti perkhabaran kepada jemaat Laodikia. Justru itu, perdebatan ini harus berpusat kepada sumber kesilapan di dalam jemaat itu – atau era oleh perluasan. Nubuatan memberitahu apa keslapan itu. Ianya adalah kesilapan utama dalam jemaat Laodikia dan sebab mengapa Allah memuntahkan jemaat Laodikia keluar dari mulutNya.

 

Kristus berfirman bahawa dia adalah arche dalam ciptaan Allah. Clement mengatakan bahawa Allah adalah satu-satunya arche yang benar untuk mengelakkan konsep Kristus menjadi permulaan kepada aktiviti Allah. Itulah sebab semuanya ini. Golongan Trinitarian tidak mahu Kristus dalam posisi tersebut kerana dengan ini Kristus menjadi satu aktiviti Allah dan bukannya Allah sebagai satu struktur Binitarian.

 

Kecuali kamu mempunyai struktur Binitarian, kamu tidak boleh membina Triniti – dan benih Triniti telah diwarisi di dalam struktur Binitarian. Oleh itu, fahaman Binitarianisme mengandungi benih-benih pemusnahannya sendiri. Bersama dengan kesilapan ini adalah doktrin jiwa. Bagaimanapun, Clement, seorang pakar teologi, merupakan Gnostic. Dia percaya kepada doktrin jiwa dan bahawa jiwa-jiwa itu akan naik melalui tujuh tahap dan bebas dari nafsu kebendaan memiliki gnosis (Lill, ms. 182), justru itu, umat pilihan dipercayai akan melalui proses ini untuk penerangan. Apa sahaja jemaat, untuk menjadi Trinitarian, harus memeluk kepercayaan doktrin jiwa. Secara mutlak terdapat sistem jiwa dunia yang berkembang dan kemudian individu menjadi sebahagian daripada dunia jiwa ini. Penaikan ke tujuh tahap yang dimaksudkan oleh Clement adalah fahaman Shamanisme. Ianya ditiru dari sistem Babilon dan meluar ke tanah Russi bersama menyebaran selepas bah. Ianya membentuk sistem Shamanic di mana para penganutnya akan pergi ke tahap ke tahap yang seterusnya melalui tujuh tahap secara umumnya. Tahap ini boleh saja menjadi sembilan atau tiga belas. Terdapat roh iblis mengendalikan (atau Allah seperti yang sebut) setiap tujuh tahap itu tersebut sehingga kamu naik ke tahap yang lebih tinggi.

 

Itulah perkara yang diusulkan oleh Clement dan bahawa itu lah penaikan mistik yang dipegang pengikut Plato. Itu pegangan para pakar teologi Cappadocian. Mereka menyokong penaikan mistik tujuh tahap tersebut. Dewa mereka ini bukan Allah. Sama juga dangan aplikasi dalam fahaman Buddhisme hari ini. Pada waktu upacara pra-ordinasi Buddhis, terdpat condong dengan tahap-tahap di dalamnya, dengan satu telur pada satu tahap; semuanya melambangkan pembangkitan roh melalui tahap-tahap itu untuk pergi kepada penganutnya. Sesiapa sahaja di dalam kepercayaan Buddhisme perlu berada di dalam sistem Shamanisme. Mereka membangkitkan roh untuk memasuki diri mereka dan membawa mereka. Seluruh struktur penaikan jiwa adalah berpusat pada keiblisan dan merupakan invokasi roh. Ianya berbeza dengan Roh Kudus. Itu lah sebabnya mengapa ianya sangat penting untuk memahami perkara ini sebelum kita mempelajari Roh Kudus.

 

Perbezaan teori penciptaan material di antara Kristian, Platonis dan Gnostik yang membabitkan arches (Permulaan) ialah bahawa Gnostic percaya bahawa archontes secara umumnya kuasa jahat di bawah juridiksi Jaldabaoth, demiurge lebih rendah dalam dunia material (lihat Apochryhon of John 41:12-14 dan codex II Krause-Labb, II 4-5, ms. 139; Lilla, ms. 183 dan fn. 5). Perbezaan fungsional adalah dalam dua kurun yang pertama. Identifikasi sebagai Logos dilakukan sebagai hypostasis kedua bagi Allah. Clement mengenal pasti logos sebagai hypostasis kedua bagi Allah, dan bukan yang pertama bersama dengan hikmat ilahi, makluk pertama yang diciptakan oleh Allah dan penasihatNya (Lilla, ms. 208). Penasihat Allah adalah hikmat dari Amsal 8:22. ini datang dari pengertian yang salah terhadap peranan Roh Kudus. Roh Kudus adalah kuasa pertama Allah ada bersama Allah ketika penciptaan. Roh Kudus tidak muncul selepas Kristus. Ianya secara lojik terbit dari Allah, sebagai kuasaNya. Ianya bererti bahwa Kristus dan semua warga semesta terikat dengan Allah. Perdebatan ini sangat penting, jadi belajarlah mengenainya demi memahami perdebatan orang-orng ini.

 

Oleh itu, perdebatan ini berpusat di sekitar falsafah yang mana cuba untuk bergelut dengan tulisan kitab atau menyalah aplikasikan tulisan kitab supaya semua elemen tentang penciptaan menjadi hypostases atau ousia Allah. Hypostases dan ousia adalah istilah yang berlainan. Hypostases adalah istilah Stoic; ousia adalah istilah Platonic. Kedua-duanya bermaksud pada erti kata yang sama. Trinitarian menggunakan perkataan Hypostases sebagai aspekmemaksudkan ousia. Jadi mereka menggunaka dua istilah ini untuk memaksudkan Allah sebagai mengandungi tiga hypostases ini. Ianya penting untuk memahami apa mereka katakan apabila mereka menggunakan istilah itu (lihat karya Penggunaan Istilah Hypostasis (No. 230) bagi penjelasan Fuller dalam istilah ini). Justru itu, malaikat dipercayai menjadi hypostases bagi Allah demikian juga dengan iblis. Maka, iblis itu jahat dari masa penciptaan seperti yang diwar-warkan kebelakangan ini oleh beberapa akademik Jemaat-jemaat Allah. Kita sudah melihat bahawa ini semua tidak benar. Alkitab agak jelas bahawa iblis adalah sempurna sewaktu penciptaannya (Yeh 28:15).

 

Konsepnya ialah bahawa: Sementara Allah sediakala wujud dan semua entiti adalah hypostases Allah, iblis adalah satu hypostases yang mana tidak mempunyai realiti selain daripada sebagai satu ekspresi fikiran Allah. Sama juga, para malaikat semata-mata satu reflek Allah dan tidak mempunyai kewujudan yang sebenar selain dari sebagai hypostases. Penipuan ini meluas kearah perwujudam material melalui perkembangan falsafah pengikut Plato yang baru. Ianya meluas melampaui fahaman fundamental Trinitarianisme ke dalam Proses Teologi dari Platonisme modern. Ianya adalah dasar kepada sistem penyembahan pada zaman akhir nanti.

 

Sistem Proses Teologi ini dikembangkan oleh pengikut Plato yang baru dari fahaman Trinitarianisme akan menjadi sistem, yang akan mengambil alih fahaman Buddhisme dan semua agam lainnya dan menggabungkannya ke dalam sistem pada zaman akhir. Ianya boleh diaplikasikan kepada Shintoisme dan Liberasi Teologi Hindu. Ianya satu sistem yang dijadikan umum dan ini bererti pemusnahan kepada Jemaat Katolik, bukan kepada pemeliharaannya. Ini bererti binatang itu bertukar menjadi perempuan sundal dan memusnahkannya. Kita sebenarnya, sedang melihat agama pada zaman akhir ini sedang dibangunkan. Ia juga bermula dari Jemaat-jemaat Allah. Dari sistem inilah Manusia Berdosa akan naik. Sistem ini akan menipu sekalipun kepada umat pilihan semampunya.

 

Konsep ini adlah penipuan besar dan telah memasuki Jemaat Allah pada zaman akhir seperti yang Kristus nyatakan. Kristus membuat ulasan untuk menunjukkan bahawa dia adalah permulaan atau arche penciptaan Allah. Clement betul dengan mengatakan bahawa Allah adalah satu-satunya arche dan Dia menciptakan melalui kehendakNya dan melalui kehendakNy segala sesuatu dijadikan (Wah 4:11). Maka Allah adalah pencipta tetapi Kristus adalah alat dalam penciptaan dan merupakan permulaannya (lihat di atas).

 

Idea bahawa hikmat ilahi adalah penasihat Allah dan yang pertama diciptakan oleh Allah adalah, menurut Lilla, bersifat falsafah Yahudi-Alexandrine sebelum Philo. Jadi, orang Yahudi di Alexandria memahami bahawa hikmat adalah elemen yang pertama diciptakan oleh Allah. Jadi ianya datang dari Allah, bersama dengan Perkataan Allah kemudiannya wujud dan terikat kepada Allah, dengan hikmat sebagai Roh Kudus. Ianya adalah Sophia dalam Pengkhotbah 1:4 dan entiti yang dicipta pertama kaliya dalam Amsal 8:22. Himat dalam Kidung 9:9 menunjukkan ia membantu Allah dalam penciptaan. Kejadian merujuk kepada Roh Allah dalam Kejadian 1:2. Para penulis sejurus sebelum Kristus menerangkan dengan salah aspek kuasa Allah ini sebagai makluk dan kesilapan ini kekal sehingga hari ini dan menjadi konsep bahawa Roh Kudus itu adalah makluk. Inilah asalnya kesilapan ini.

 

Roh secara lojiknya adalah hasil pertama Allah, kerana generasi Kristus dam elohim yang lain secara lojiknya memerlukan suatu tempat mekanisma bagi integrasi mereka bersama Allah supaya ada monotheisme mutlak sebagai kesatuan yang menyeluruh. Allah adalah pusat kepada semua makluk. Semua makluk dalam semesta alam terikat dengan dia oleh Roh Kudus. Ianya melalui Roh Kudus bahawa sifat keperibadian Allah disalurkan kepada semua makluk, kepada Kristus dan semua umat pilihan, dan kepada semua umat manusia. Itulah mekanismanya dan kecuali kamu memahami proses ini, kamu tidak sebenarnya memahami apa yang sedang berlaku dengan Roh Kudus. Ianya terjadi kerana hukum Allah terbit dari kebaikan sifat keperibadian Allah. Jadi, ianya tidak mungkin dari Binitarian kerana terdapat kepusatan mutlak kepada kebaikan, dan kebaikan itu adalah Allah. Kristus berkata bahawa hanya Allah yang baik; mengapa panggil aku baik, hanya Allah yang baik kerana lojik dari pusat kepada kebaikan yang mutlak. Kamu tidak boleh mempunyai sistem diteis. Akal, lojik, memberitahu kita bahawa kita tidak boleh. Hukum Allah terbit dari sifat keperibadian Allah yang tetap teguh untuk selamanya, seperti Allah sendiri tidak berubah, menjadi dasar yang baik sebagai pusat kebaikan mutlak.

 

q