Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[233]

 

 

 

 

Elia?

(Edisi 1.0 19971220-19971220)

 

Karya ini mengkaji dalil yang dikemukakan beberapa jemaat bahawa Herbert W Armstrong ialah Elia dan bahawa anak lelakinya, Garner Ted Armstrong, atau kemudian penggantinya, Joseph W Tkach, ialah taip Elisa.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Elia? [233]

 


 


Seseorang sukar terlepas melihat surat dalam The Journal: News of the Churches of God, Vol. I No. 10 (21 Nov 1997), yang terus berpaut kepada dongeng yang diajar dengan agak sinis oleh jabatan pelayanan Jemaat Tuhan Sedunia (Worldwide Church of God) bahawa Herbert Armstrong ialah Elia. Semua saudara juga diajar bahawa Garner Ted Armstrong ialah Elisa dan jubah itu harus diserahkan kepadanya. Kemudian saudara-saudara diajar bahawa jubah itu telah jatuh pada Joe Tkach yang merupakan Elisa. Jabatan pelayanan yang mengatakan hal ini lazim teragak-agak malu apabila mereka mengatakannya, sebab ia begitu tidak masuk akal sekali.

 

Waktunya sudah tiba untuk mempertimbangkan dongeng ini dengan waras dan menghentikannya sama sekali dalam pemikiran semua orang waras yang masih tinggal dalam jemaat dan mengelakkan diri kita daripada keaiban lebih lanjut atas tuntutan yang berpunca daripada minoriti jemaat-jemaat yang sudah diindoktrinasi.

 

Janji Tuhan

 

  1. Elia akan datang dan dia akan memulihkan segala sesuatu (Maleakhi 4:5-6).

 

  1. Kristus mengatakan bahawa Elia benar-benar akan datang dan memulihkan segala sesuatu. Dia juga berkata bahawa dia sudah datang dan merujuk kepada Yohanes Pembaptis. Justeru Elia yang akan datang telah didahului oleh seorang antitaip.

 

Ujian: Jika Herbert Armstrong ialah Elia, dia pastinya memulihkan segala sesuatu. Dia sudah meninggal dan dengan itu segala pekerjaannya selesai. Dia, sendirinya, tidak lagi dapat berbuat apa-apa sehingga kebangkitan pertama atau kedua yang mana saja dia dapati dirinya.

 

Jika kita dapat menemukan satu hal yang tidak dipulihkannya maka dari segi definisi dia tidak mungkin Elia kerana dia tidak memulihkan segala sesuatu.

 

Kini ada tuntutan tidak jujur bahawa dia telah memulakan pemulihan segala sesuatu. Anjuran ini boleh diterapkan kepada sesiapapun dalam jemaat dari Kristus dan rasul-rasul abad pertama sehingga kini.

 

Contoh ujian 1: Sistem Yobel

 

Penerapan betul sistem alkitabiah dalam persepuluhan dan hukum adalah bergantung pada Yobel. Tiada tuntutan di mana-mana oleh Herbert Armstrong atau jabatan pelayanannya bahawa dia telah memulihkan sistem Yobel. Sesetengah pendetanya tahu dan mengaku bahawa mereka tahu di mana sistem Yobel itu boleh dikenal pasti dan dipulihkan namun tiada yang mengaitkan sistem Yobel kepada saudara-saudara iman ataupun memulihkannya (lihat karya Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108)).

 

Pada sistem ini tergantungnya pembacaan hukum dengan betul dan juga sistem persepuluhan (lihat karya Pemberian Persepuluhan (No. 161)). Apa yang ditetapkan untuk menggantikan Yobel adalah suatu kitaran buatan tiga tahun dari baptisan individu dan setiap orang diarahkan untuk memberi persepuluhan setiap tiga tahun. Ini jelas bertentangan dengan Kitab Suci yang menghendaki persepuluhan ketiga hanya pada tahun ketiga dalam kitaran tujuh tahun. Selain itu, tahun ketujuh bukanlah tahun persepuluhan menurut hukum. Justeru, Herbert Armstrong bukan saja tidak memulihkan kitaran Yobel tetapi memberi ajaran bertentangannya dan mengarahkan pendeta-pendetanya mengajar lain daripadanya. Alasan ini saja sudah cukup membuktikan dia tidak mungkin ialah Elia.

 

Contoh ujian 2: Pembacaan hukum taurat

 

Menurut hukum, hukum taurat harus dibaca pada waktu perayaan setiap tujuh tahun pada tahun ketujuh kitaran Yobel. Ini bermula dari perayaan Sangkakala-sangkakala dengan Ezra/Nehemia dan pada perayaan Pondok Daun. Ezra dan Nehemia jelas melakukannya menurut hukum dalam rencana pemulihan mereka (Nehemia 8:1-18). Hukum ini ditemui dalam Ulangan 31:9-12 (lihat karya Persiapan untuk Pembacaan Hukum (belum diterbitkan)). Ini tidak dilaksanakan dalam pelayanan Herbert Armstrong. Oleh itu, dia tidak memulihkan aspek hukum ini dan atas alasan ini juga tidak mungkin adalah Elia.

 

Contoh Ujian 3 dan 4: Bulan Baru dan Kalendar

 

Yesaya 66:23 jelas bahawa Bulan Baru dipulihkan dalam pemulihan terakhir (lihat pelbagai karya tentang Bulan Baru dan Kalendar). Justeru itu, pengertian ini harus menjadi sebahagian daripada pemulihan terakhir. Bulan-bulan Baru tidak dipulihkan oleh Herbert Armstrong. Dia ada mengadakan pengajian Alkitab waktu malam Bulan Baru beberapa kali pada mulanya, namun mengabaikannya, malah melakukannya pada hari yang ditentukan oleh kalendar Hillel yang kita tahu tidak digunakan pada zaman Kristus dan bukan kalendar yang digunakan oleh Kristus atau Yohanes Pembaptis sewaktu zaman bait.

 

Oleh sebab itu, atas dua alasan ini juga dia bukan Elia yang dijanjikan kerana dia tidak memulihkan Bulan Baru mahupun kalendar betul yang digunakan oleh Kristus dan antitaip Elia iaitu Yohanes Pembaptis. Nyata sekali Elia harus mengikut kalendar dan sistem yang sama seperti pendahulunya dan Mesias.

 

Contoh ujian 5: Persembahan

 

Elia harus memulihkan sistem persembahan yang betul. Terdapat tiga persembahan setahun, iaitu pada Paskah, Pentakosta dan Pengumpulan Hasil pada Perayaan Pondok Daun. Semua itu harus dilakukan pada permulaan perayaan dan tidak harus dibiarkan bermalam sampai pagi (Keluaran 23:14-19).

 

Herbert Armstrong tidak melakukan ini. Dia menetapkan tujuh persembahan setahun bukan tiga, dan sebab itu dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 6: Pendamaian

 

Herbert Armstrong mengajar dan menyuruh untuk memungut persembahan pada hari Pendamaian sedangkan ini jelas dilarang. Daripada Keluaran 30:15, pajak Pendamaian ialah cukai dan tiada yang boleh memberi lebih atau kurang daripada yang lain. Inilah hukumnya. Cukai ini dibayar untuk kita oleh Kristus (lihat karya Pendamaian (No. 138)). Atas sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 7: Persembahan unjukan berkas

 

Persembahan unjukan berkas ialah perkumpulan yang diperintahkan bagi Jemaat. Imamat 23:11 memerintahkan persembahan ini antara perkumpulan-perkumpulan lain (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)). Herbert Armstrong tidak memulihkan acara persembahan Unjukan berkas itu dan sebab itu dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 8: Pengudusan Orang Yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak Sedar

 

Alkitab memberi perintah bahawa pada hari ketujuh bulan pertama, orang yang berdosa dengan tidak sengaja dan tidak sedar haruslah dikuduskan (Yehezkiel 45:20). Ini tidak dilakukan dalam pelayanan Herbert Armstrong. Atas sebab itu dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 9: Hari Bulan Baru untuk Bulan Pertama

 

Pengudusan Rumah Tuhan dikhususkan untuk hari ini (Yehezkiel 45:18). Hari ini ialah hari perkumpulan penuh istiadat (Mazmur 81:3) (lihat karya Bulan dan Tahun Baru (No. 213)). Ini tidak pernah dipelihara oleh Jemaat Tuhan Sedunia. Ini tidak pernah diajar atau dianjurkan oleh Herbert Armstrong. Atas sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 10: Cukai (persembahan khusus) raja

 

Yehezkiel 45:9-17 mencirikan tanggungjawab untuk persembahan khusus raja (ini dibincangkan dalam Pemberian Persepuluhan (No. 161)). Ini tidak dilakukan atau diuruskan sewaktu pelayanan Herbert Armstrong. Atas sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 11: Waktu Paskah

 

Ulangan 16:6-7 menyatakan proses untuk memelihara Paskah. Jemaat mula-mula memelihara waktu ini (lihat karya Hari Paskah (No. 98)). Waktu Paskah haruslah dipelihara di luar tempat kediaman kamu. Pada pagi Hari Raya pertama Roti Tidak Beragi kamu diizinkan kembali ke tempat kediamanmu. Herbert Armstrong tidak mengajar ini. Atas sebab itu dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 12: Nubuatan palsu

 

Sesiapa yang tidak berbicara sesuai dengan hukum dan kesaksian itu maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Herbert Armstrong dengan sedar mengajar lain daripada hukum-hukum Tuhan ini. Dia juga mengucapkan nubuatan palsu yang tidak terkira banyaknya. Atas sebab-sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 13: Hati bapa-bapa dan anak-anak

 

Elia datang untuk membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya. Herbert Armstrong gagal dari segi ini dalam keluarganya sendiri. Atas sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Contoh ujian 14: Pemulihan Nyanyian Musa

 

Satu lagi ujian umat pilihan adalah mereka menyanyikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba (Wahyu 15:3). Walaupun boleh dibantah bahawa Nyanyian Anak Domba belum lagi diberikan, jika benar ia bukan Kidung Agung (lihat karya Kidung Agung (No. 145)), tidak diragukan lagi bahawa Nyanyian Musa sudah diberikan dan muzik asalnya memang boleh dan patut dipulihkan. Kita mempunyai pakar-pakar yang kini menguruskan hal ini. Herbert Armstrong tidak melakukan ini mahupun memulihkan mana-mana muzik alkitabiah asal yang lain. Atas sebab ini juga dia tidak mungkin Elia.

 

Kesimpulan

 

Kita tidak perlu membuat kutukan melampau dan tuduhan menghamun yang lazimnya diwajarkan daripada halaman penerbitan jemaat sendiri, yang terang-terang memandang bulu serta melanggar hukum alkitabiah dan sivil. Sebab-sebab ini sudah cukup untuk memenuhi syarat-syaratnya. Bagaimanapun, ini merupakan perkara memalukan yang tak kunjung padam dalam mana jemaat memaafkan kesalahan-kesalahan yang mereka ketahui telah dilakukan oleh Herbert Armstrong dan jabatan pelayanannya, bukan saja sebagai anggota-anggota terbaptis jemaat tetapi juga sebagai pendeta-pendeta keimanan ini.

 

Bukan 40,000 orang sahaja yang pulang ke rumah seperti yang disebutkan seorang pembaca pada mukasurat 4 The Journal: News of the Churches of God. Ratusan ribu orang pulang dengan semangat yang hilang dan ramai antara mereka ialah pendeta-pendeta yang, baik untuk mereka, tidak sanggup menerima apa yang mereka tahu dan nampak di Pasadena.

 

Menuntut bahawa Herbert Armstrong ialah Elia adalah suatu penghinaan kepada kebijaksanaan setiap orang yang sudah membaca Alkitab dan berusaha untuk bertaubat dan mengikut Kristus. Jemaat Tuhan Sedunia bukan saja tidak memulihkan segala sesuatu apabila dibandingkan dengan era jemaat lain yang lebih awal, contohnya, Jemaat Mill Yard Baptist Hari Ketujuh di London atau kelompok Waldenses Timur abad kelima belas hingga kesembilan belas, ia ketinggalan jauh berbanding pengertian serta keaslian doktrin dan ajaran abad-abad sebelumnya.

 

Tuntutan bahawa Herbert Armstrong ialah Elia adalah cubaan lemah untuk mengelak daripada suatu persoalan dasar. Persoalan itu ialah kewajipan untuk menguji segala sesuatu dan memegang apa yang baik, serta mengerjakan keselamatan sendiri dengan takut dan gentar. Sesiapa yang bersembunyi di sebalik tuntutan sebegitu secara berkesannya mengatakan “Aku gembira dalam lingkungan kesenangan kejahilanku dan aku akan bergantung pada usaha orang lain untuk membawa diriku ke dalam Kerajaan Tuhan”. Alkitab menunjukkan ini mustahil. Ia bukanlah sesuatu yang berjasa kepada sesiapa untuk membiarkan mereka dalam keadaan menipu diri sendiri itu.

 

q