Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[233B]

 

 

 

 

18 Kebenaran Dipulihkan Herbert W. Armstrong

(Edisi 2.0 20100206-20100227)

 

Naskah ini mengkaji 18 Kebenaran Dipulihkan yang didakwa oleh Herbert W. Armstrong. Kita akan nampak, daripada artikel majalah mereka bahawa pada tuntutan ini bersandar tuntutan WCG bahawa dia ialah Elia yang dijanjikan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

18 Kebenaran Dipulihkan Herbert W. Armstrong

 

 


Dalam artikel The Worldwide News dalam bahagian “Iron Sharpens Iron” (Besi Menajamkan Besi) bertarikh Isnin 25 Ogos 1986 ms 5 Worldwide Church of God menerbitkan pembenarannya berkenaan kenapa Herbert W. Armstrong telah menyelesaikan tugas Elia yang dijanjikan dan memulihkan segala sesuatu. Dia mati pada Januari 1986 dan mereka telah memulakan proses konsolidasi sebelum mereka kemudiannya mula membongkarnya. Mereka tentu sudah dapat membaiki segala kesilapan itu tetapi mereka masih terperangkap dalam paradigma palsu ini.

 

Kami akan memeriksa artikel ini untuk menguji keabsahan hal yang dipanggil 18 Kebenaran Dipulihkan ini. Sebelum ini kita sudah memeriksa dalil bahawa dia mungkin sudah dapat memenuhi peranan Elia dan menyenaraikan empat belas sebab kenapa dia tidak mungkin menjadi atau memenuhi peranan Elia. Sebab-sebab ini diperincikan dalam naskah Elia? (No. 233).

 

WCG tidak lagi memegang pendapat ini. Malah ia tidak lagi wujud sebagai WCG. Bagaimanapun, banyak cabangnya berpendapat “Kebenaran-kebenaran” ini sah. Kami akan memeriksa semua tuntutan ini berbanding Kitab Suci dan banyak daripadanya akan terbukti bukan saja palsu tetapi penyesatan licik penting diri sebuah jemaat.

 

Kami akan menyatakan tiap satu daripada 18 poin itu sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel tersebut dan selepas itu mengujinya berbanding Kitab Suci. Kita juga akan lihat bahawa semua itu sebenarnya bukan apa yang dipanggil 18 Kebenaran Dipulihkan seperti yang dihuraikan dalam khotbah Herbert Armstrong. Itu akan diperiksa dan dijelaskan di bawah dan sebab-sebab kenapa beberapa Kebenaran ini diabaikan dan yang lain disenaraikan kembali akan ternyata. Kebenaran-kebenaran itu sendiri merupakan pemalsuan terkemudian dan menerangkan ke mana arah tujuan orang-orang ini, malah waktu itupun.

 

The Worldwide News,

artikel Iron Sharpens Iron

Bertarikh Isnin 25 Ogos 1986 ms 5

 

18    Kebenaran Dipulihkan oleh Herbert W. Armstrong

 

1) Pemerintahan Tuhan. Apabila Kristus datang, Dia akan memulihkan pemerintahan Tuhan bagi seluruh bumi. Jadi engkau tentu pasti dia yang datang dengan roh dan kuasa Elia akan memulihkan pemerintahan Tuhan dalam jemaatnya. Ketika Tuan dan Puan Armstrong tiba di kalangan era Konferens Oregon Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh), jemaat mempunyai nama, hukum, Sabat dan sistem persepuluhan yang betul. Namun jemaat ini juga mempunyai pemerintahan manusia, dengan konferens dua kali setahun, dan mengundi sama seperti dalam dunia.

 

Hari ini, pemerintahan Tuhan telah dipulihkan kepada JemaatNya. Itulah jenis pemerintahan yang engkau temui dalam Efesus 4 dan 1 Korintus 12.

 

Komen: Memang benar jemaat ini mempunyai Perlembagaan ketika dia memasukinya dan ini dijalankan dengan baik dan teratur menurut prinsip alkitabiah. Herbert Armstrong dengan tidak sah membuang perlembagaan itu ketika dia berkedudukan berbuat demikian dan jabatan pendeta menyokongnya. Dia secara efektifnya mengambil semua aset jemaat dan meletakkannya dalam namanya sendiri. Selepas Januari 1986 perpindahan aset daripada Armstrong kepada Tkach hanya mungkin dijalankan dengan cerita rekaan hak milik tunggal dan penguasaan jemaat yang tidak dikekang yang secara efektifnya dicuri Armstrong. Kalaulah dia CEO sebuah badan korporat dia tentunya sudah dikenakan tuduhan dan dipenjarakan.

 

Jabatan pendeta mengizinkan itu pada mulanya agar mereka bebas daripada limitasi perlembagaan itu dan perwakilan para anggota yang mereka anggap “anggota umum” yang menyusahkan dan rintangan terhadap penguasaan tak terkekang mereka atas dana dan perbelanjaan jemaat. Orang-orang ini tahu bahawa Herbert Armstrong telah menghapuskan perlembagaan itu secara tidak sah dan bahawa laporan palsu telah dibuat kepada Negeri California berhubung referenda diandaikan yang ditandatangani Herbert Armstron dan seorang lagi pegawai di bawah penalti sumpah palsu. Ini secara efektifnya merupakan pengenalan doktrin para pengikut Nikolaus (lihat Pengikut Nikolaus (No. 202)).

 

Bagaimanapun, ketika pemindahan itu dijalankan kepada Tkach Snr mereka terperangkap dalam lubang mereka sendiri dan jemaat itu dihancurkan oleh orang kepada siapa kuasa dipindahkan. Semua ini sangat tidak sah sekali tetapi Tuhan mengizinkannya untuk menangani gaya pemikiran terbabit.

 

Tuntutan bahawa Tuhan tidak mengizinkan penguasaan dengan pembabitan para anggota adalah bertentangan langsung dengan Kitab Suci dan perintah-perintah yang diberikan kepada Musa oleh Kristus di Sinai ketika dia memberinya hukum.

 

Walaupun teks dalam Keluaran tidak begitu jelas, teks dalam Ulangan menunjukkan bahawa Kristus memerintah Musa unnuk memberitahu umat itu untuk memilih para pemimpin mereka dan Musa kemudian menetapkan mereka. Aspek ini dicakupi dalam naskah Prosedur Operasi Tersedia (A3).

 

Ulangan 1:9-17

[9] "Pada waktu itu aku berkata kepadamu, demikian: Seorang diri aku tidak dapat memikul tanggung jawab atas kamu. [10] TUHAN, Allahmu, telah membuat kamu banyak dan sesungguhnya, sekarang kamu sudah seperti bintang-bintang di langit banyaknya. [11] TUHAN, Allah nenek moyangmu, kiranya menambahi kamu seribu kali lagi dari jumlahmu sekarang dan memberkati kamu seperti yang dijanjikan-Nya kepadamu. [12] Tetapi bagaimana seorang diri aku dapat memikul tanggung jawab atas kesusahanmu, atas bebanmu dan perkaramu? [13] Kemukakanlah dari suku-sukumu orang-orang yang bijaksana, berakal budi dan berpengalaman, maka aku akan mengangkat mereka menjadi kepala atas kamu. [14] Lalu kamu menjawab aku: Memang baik apa yang kauanjurkan untuk dilakukan itu. [15] Kemudian aku mengambil kepala-kepala sukumu, yakni orang-orang yang bijaksana dan berpengalaman, lalu aku mengangkat mereka menjadi pemimpin atas kamu, yakni sebagai kepala pasukan seribu, kepala pasukan seratus, kepala pasukan lima puluh dan kepala pasukan sepuluh dan sebagai pengatur pasukan bagi suku-sukumu. [16] Dan pada waktu itu aku memerintahkan kepada para hakimmu, demikian: Berilah perhatian kepada perkara-perkara di antara saudara-saudaramu dan berilah keputusan yang adil di dalam perkara-perkara antara seseorang dengan saudaranya atau dengan orang asing yang ada padanya. [17] Dalam mengadili jangan pandang bulu. Baik perkara orang kecil maupun perkara orang besar harus kamu dengarkan. Jangan gentar terhadap siapapun, sebab pengadilan adalah kepunyaan Allah. Tetapi perkara yang terlalu sukar bagimu, harus kamu hadapkan kepadaku, supaya aku mendengarnya.” (RSV)

 

Mengusul sebagaimana WCG menganjurkan Herbert Armstrong menuntut ialah satu dusta. Perlantikan para pemimpin dan para wakil jemaat-jemaat juga dibuat dengan cara yang sama (Kisah 6:2-4; 15:22,25). Jemaat Tuhan bekerja dengan izin mereka yang ditadbir, dan ini Armstrong telah gulingkan.

 

Justeru organisasi jemaat menurut struktur Alkitab tidak mungkin dipulihkan sementara para pendeta itu menyokong doktrin palsu ini dan daripada memulihkan apa-apa ini sebaliknya menjadi satu penipuan yang bertujuan untuk menghalang sebarang pemulihan sejati khususnya untuk sebab-sebab penguasaan korporat yang tidak patut.

 

“Kebenaran” berikutnya ialah tuduhan angkuh terhadap Tuhan dan Kristus serta seluruh jemaat.

WCG menganjurkan bahawa jemaat tidak pernah memegang doktrin-doktrin selama 1900 tahun sehingga Armstrong memulihkannya. Mereka menyatakan:

 

2) Injil kerajaan Tuhan telah dipulihkan selepas 1,900 tahun. Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) tidak mempunyai pengertian jelas tentang injil: mereka menekankan apa yang mereka panggil “khabar malaikat ketiga.”

 

Komen: Keangkuhan lancang sekali; Konferens Caldwell Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) tentu sudah dapat mengatasi Herbert Armstrong dan jabatan pendetanya dalam kebenaran alkitabiah. Mereka memiliki pengertian betul tentang Kodrat Tuhan dan memelihara kalendar dan hari-hari raya yang betul. Armstrong tidak dapat menyertai mereka sebab dia tidak boleh menjadi ketua serta-merta dan tidak cukup berpengetahuan.

 

Kita tahu hakikatnya bahawa Jemaat di Transylvania memiliki seluruh struktur itu termasuk Bulan-bulan Baru menurut Kalendar Bait dan juga mengerti kodrat Tuhan dan benar-benar mati untuknya sebagaimana kebanyakan orang Waldenses dan mereka yang datang sebelumnya termasuk orang Celt Britain (lihat juga naskah Peranan Perintah Keempat dalam Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat Tuhan dalam Sejarah (No. 170) dan perhatikan juga naskah Distribusi Umum Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat (No. 122)).

Tuntutan seterusnya sama bodoh dan lancang dan sama-sama salah.

 

3) Tujuan Tuhan, yang kita lahir daripada Tuhan dan menjadi Tuhan. Tuhan memperanakkan dirinya, dan tiada jemaat di bumi mengetahuinya atau mengajarnya. Sebagai satu tiruan, mereka bercakap tentang sudah dilahirkan kembali. Kristus ialah anak sulung daripada ramai saudara. Pernahkah sesiapa lagi yang lahir kembali daripada kebangkitan orang mati seperti Dia?

 

Komen: WCG mengajar doktrin salah tentang hal dilahirkan kembali. Ini tidak diajar oleh jemaat-jemaat Tuhan yang lain sebab ini palsu. Ini merupakan satu lagi divisi dalam jemaat Tuhan yang dipanggil satu pilihan, atau memilih atau parti; justeru secara abstrak suatu perpecahan atau bidaah, iaitu perkataan Yunani teks Perjanjian Baru-nya (SGH 139 hairesis) dan dengan itu satu divisi atau sekta.

 

Proses pelahiran kembali dijelaskan dalam naskah Lahir Kembali (No. 172).

 

Fungsi bagaimana manusia dan bani Syurgawi akan menjadi elohim dan bagaimana Tuhan memperluaskan dirinya tidak difahami dengan betul oleh Herbert Armstrong. Dia betul-betul salah faham peranan bani Syurgawi dan bagaimana mereka sudahpun menjadi elohim sebagai anak-anak Tuhan. Segala rujukan dan struktur alkitabiah benar-benar tiada gunanya untuk dia. Dia sesat sebab doktrin palsu yang dia perkenalkan mengenai Kodrat Tuhan. Bagaimana doktrin ini palsu dijelaskan dalam naskah Diteisme (No. 076C).

 

Selok-belok serta posisi alkitabiah mengenai bagaimana kita menjadi elohim diterangkan dalam naskah Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 001).

 

Fungsi Penciptaan Bani Syurgawi dihuraikan dalam naskah Bagaimana Tuhan Menjadi Sebuah Keluarga (No. 187).

 

Doktrin palsu mengenai kodrat Kristus berhubungan dengan Bani Syurgawi diperkenalkan kepada Kekristianan dan menghasilkan Trinitarianisme daripada Binitarianisme. Armstrong tidak memahami proses itu dan jatuh ke dalam kesilapan Diteisme disebabkan pemahaman tidak keruan dalam Protestantisme AS yang mempengaruhi pemikirannya. Mereka yang mengikut kesilapannya cuba menyalah gambar ajarannya sebagai Binitarianisme untuk mencuba mencari erti bidaah ini. Mereka gagal sebab mereka tidak faham bahawa itu ialah bidaah. Semua kesilapan ini juga dibincangkan dalam naskah Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian Akan Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b).

 

Langkah seterusnya dalam logiknya daripada Diteisme ini memimpinnya menyalah erti fungsi istilah-istilah Alkitab dan perbezaan Eloah dan Elohim. Dia sama sekali menyalah ert atau menyalah gambar Perjanjian Lama dalam deklarasinya akan Allah Bapa dan AnakNya.

 

Amsal 30:4-5 menanyakan pertanyaan berhubung nama Tuhan dan nama anakNya. Ini menjawa pertanyaan dalam ayat berikutnya dengan mengumumkan nama Tuhan sebagai Eloah. Pernyataan sebegitu menghancurkan teologi Armstrong jadi dia mengabaikannya kalaupun dia pernah mengetahuinya. Dia nampaknya tidak pernahpun membaca Pelajaran 8 kursus korespondens WCG sendiri yang menyatakan bahawa perkataan elohim diperolehi daripada perkataan tunggal Eloah sebagai nama Tuhan.

 

Dia sama sekali tidak mengerti kedudukan dan fungsi Kristus dalam Perjanjian Lama (lihat naskah Malaikat YHVH (No. 024) dan juga kertas-kertas Prakewujudan Yesus Kristus (No. 243); Yesaya 9:6 (No. 224) dan Mikha 5:2-3 (No. 121).

 

Dia juga nampaknya tidak memahami erti teks-teks dalam Mazmur 45 dan Mazmur 110 (lihat naskah-naskah Mazmur 45 (No. 177) dan Mazmur 110 (No. 178) serta Mazmur 8 (No. 14).

Kesilapan menyusul kesilapan daripada pengertian palsu ini. Dia kemudiannya menyimpulkan bahawa Allah Bapa Eloah bukan Tuhan Perjanjian Lama.

 

4) Siapa dan apakah Tuhan? Orang Yahudi menganggap Tuhan ialah satu oknum. Ramai orang salah anggap bahawa Allah Bapa ialah Tuhan Perjanjian Lama dan selepas itu Kristus datang sebagai AnakNya. Agama Kristian tradisional percaya dalam satu trinitas, yang Roh Kudus ialah satu oknum. Tuhan bukan satu oknum tunggal atau Trinitas. Tuhan ialah sebuah keluarga dalam mana kita boleh dilahirkan dan juga menjadi Tuhan. RohNya bersaksi dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak yang lahir daripada Tuhan. Dan bila kita lahir daripada Tuhan kita tidak lagi mungkin boleh berdosa.

 

Komen: Sesetengah pendetanya sedar akan penggunaan istilah Eloah tetapi mereka tidak mengerti apa maknanya dan fungsinya dalam Alkitab.

 

Dia kemudiannya menyimpang ke arah yang menghasilkan teologi terjangkit yang menyatakan bahawa elohim ialah perkataan uni-jamak (sic) yang bermakna bahawa ada dua tuhan sebagai makhluk-makhluk abadi bersama dalam urutan itu. Dia jatuh ke dalam kesilapan menyatakan bahawa Kristus berbeza daripada anak-anak lain Tuhan. Dia melakukan ini dengan membuat pernyataan palsu bahawa tiada anak lain Tuhan dan bahawa bani malaikat bukan anak-anak Tuhan sebab itu akan membayangkan bahawa Tuhan sudah ada sebelum mereka dalam ciptaan mereka. Menyatakan bahawa Kristus ialah anak Tuhan bermakna benda yang sama jadi bani malaikat harus berbeza daripada Kristus. Teologinya yang cacat itu diterangkan daripada petikan-petikannya sendiri dalam naskah Diteisme (No. 076C).

 

Teologi palsu ini memimpinnya kepada banyak andaian palsu dan pernyataan palsu lain berkenaan dengan hidup dan tujuan bani malaikat dan cara bagaimana mereka akan berkongsi dalam Rencana Tuhan selepas Kebangkitan Kedua. Dia betul-betul menghasilkan satu hujah teologi berhubung hal ini yang layak untuk si musuh itu (ibid).

 

Empat tuntutan palsu selesai dan empat belas lagi tinggal. Berikutnya atau “Kebenaran” Kelima menyalah gambar doktrin-doktrin COG (SD) sebahagiannya.

 

5) Apakah manusia? Adakah kita memiliki jiwa abadi? Atau adakah kita hanya binatang? Orang mati tidak sedar dan mereka tidak tahu apa-apa. Orang Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) mengerti sesetengah hal yang terjadi dengan kematian, tetapi tidak sepenuhnya. Mereka percaya bahawa manusia tidak mempunyai roh. Itu akan diterangkan dengan lebih lengkap sekarang.

 

Komen: Alkitab sungguh jelas bahawa roh dalam manusia atau Nephesh kembali kepada Tuhan sesudah mati dan manusia bergantung pada Tuhan untuk Kebangkitan daripada kubur. Doktrin ini sudah menjadi pengertian tetap dalam jemaat-jemaat Tuhan selama 2000 tahun. Malah di Rom sekitar 154 bilamana mereka terpesong dengan Easter mereka masih memahami kebenaran Kebangkitan itu dan Milenium dengan pemerintahan Kristus dan umat pilihan Kebangkitan Pertama dari Yerusalem (lihat Justin Martyr, Dialogue with Trypho LXXX).

 

Konferens Caldwell memahami kebenarannya. Kumpulan Oregon ialah pihak yang dirujuknya tetapi buktinya tiada untuk tuntutannya. Konferens Denver mungkin ingin mempertikaikan hal itu juga. Jika mereka memang memegang pandangan ini di Oregon maka itu merupakan salah satu daripada banyak kesilapan mereka yang mereka pindahkan ke Denver.

 

Pemahaman ini cukup tetap sepanjang dua milenium dan tuntutannya ialah dia kini memahaminya lebih lengkap daripada COG (SD). Tiada bukti nyata untuk menyokong pendirian ini.

 

Semua faktanya dihuraikan dalam naskah Kebangkitan Daripada Mati (No. 143) dan juga dalam naskah-naskah Jiwa (No. 092) dan Satu Bersama dengan Bapa (No. 81).

 

Pandangan begini tentang roh nampaknya telah dikelirukan menjadi “Kebenaran” Keenam.

 

6) Roh manusia dalam manusia. Apa yang membezakan antara fikiran manusia dan otak binatang ialah adanya roh manusia dengan otak manusia. Roh itu bukan bahagian sedar manusia. Ini perlu disatukan dengan Roh Tuhan.

 

Komen: Di sini dia mengelirukan Nephesh Manusia yang tidak mempunyai Roh Kudus Tuhan dengan fungsi penyatuan dengan Tuhan. Manusia mampu untuk Kebangkitan kerana ia telah dicipta dengan kapasiti untuk menerima Roh Kudus tertanam padanya dan dengan itu boleh dibangkitkan dan dijadikan elohim. Binatang termasuk Nefilim dan Refaim tidak mempunyai kemampuan ini (lihat naskah Nefilim (No. 154)).

 

Ini sudah menjadi doktrin tetap Jemaat Tuhan selama dua milenium dan macamana sekalipun bukan satu “Kebenaran Dipulihkan” atau mana-mana versinya. Malah Quran merujuk kepada dua Taman Firdaus, iaitu Kebangkitan-kebangkitan itu.

 

Poin seterusnya dan Ketujuh adalah sepertinya.

 

7) Jemaat hanyalah hasil sulung, dan bukan kesudahan rencana keselamatan Tuhan. Tuhan masih belum cuba menyelamatkan seluruh dunia. Ini bermula dengan kita, dan kita sedang diajar dan dilatih agar kita, di bawah Kristus, akan menjadi para guru dan pemimpin apabila Kristus datang untuk memerintah dalam Milenium, bilamana dia mulai menyelamatkan sisa dunia.

 

Kita mempunyai peluang besar untuk dijadikan Tuhan dan, pada masa depan, untuk memerintah atas orang lain dan mengajar waktu itu dan membantu mereka berubah supaya mereka dapat menjadi anak-anak Tuhan, juga. Mereka yang berubah ketika Milenium akan, bersama kita, menjadi para raja, imam dan guru untuk sisa dunia yang akan dibangkitkan selepas akhir kebangkitan itu.

 

Komen: Pernyataan ini ialah pernyataan kembali doktrin standard Jemaat-jemaat Tuhan selama dua milenium dan tiada yang “dipulihkan” tentangnya. Ini diselewengkan oleh para pendetanya ke posisi supaya hanya 144,000 orang itu berada dalam Kebangkitan Pertama dan ini bertentangan dengan Wahyu 7. Mereka menegaskan bahawa Kumpulan Besar Orang Banyak berada dalam Kebangkitan Kedua dan hanya 144,000 itu ada dalam Kebangkitan Pertama daripada teologi terjangkit sama yang berpendapat bahawa Jemaat Tuhan tidak wujud selama 1900 tahun.

 

(Suatu variasi pandangan ini juga satu doktrin JW).

 

Dengan itu, daripada tuntutan ini, Tuhan dan Kristus telah beristirehat dan Kristus tidak tahu apa-apa tentang apa yang dikatakannya ketika dia mengatakan alam maut tidak akan menguasai jemaat itu. Sebenarnya mereka tidak mampu melakukan kerja keras yang terbabit dalam penyelidikan sejarah kalau tidak mereka tentu sudah tahu bahawa apa yang mereka katakan itu ialah bidaah.

 

Berikutnya atau “Kebenaran” Kelapan ialah satu lagi pernyataan palsu.

 

8) Jemaat belum lagi merupakan kerajaan Tuhan, tetapi kita ialah janin yang bakal menjadi kerajaan Tuhan.

 

Komen: Ini berkontradiksi langsung dengan Kristus yang berkata kepada umat pilihan bahawa Kerajaan Syurga atau Tuhan sudah dekat (Mat. 4:17; 10:7) atau sudah datang kepadamu (Lk. 10:9,11; 11:20) atau ada di antara kamu (Lk. 17:21). Dalam Lukas 9:27 Kristus berkata: Sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada yang tidak akan mati sebelum mereka melihat Kerajaan Allah.

 

Jika doktrin Lahir Kembali dan Kerajaan Tuhan milik Herbert Armstrong adalah betul maka Kristus berdusta dan kita tiada juruselamat; tetapi kita tahu Kristus tidak berbohong dan dia diterima sebagai korban tanpa dosa. Justeru pemahaman Herbert Armstrong adalah salah dan tidak mungkin satu “Kebenaran Dipulihkan”.

 

Benar kata Kristus mengenai mereka: Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, karena kamu menutup pintu-pintu Kerajaan Sorga di depan orang. Sebab kamu sendiri tidak masuk dan kamu merintangi mereka yang berusaha untuk masuk. (Mat. 23:13).

 

Seterusnya atau “Kebenaran” Kesembilan” juga merupakan penyimpangan kebenaran dan Rencana Tuhan.

 

9) Hanya mereka yang Allah Bapa panggil dan tarik kepadanya dapat diubah sekarang. Tiada jemaat lain mengetahui ini atau mempercayainya. Itu satu lagi kebenaran yang dipulihkan kepada Jemaat melalui Tuan Armstrong. Tiada seorangpun kami pernah mendengarnya, melainkan sebagaimana kami mendapatnya melalui Tuan Armstrong. Hanya mereka yang Tuhan pilih dan panggil sekarang dapat masuk dan menjadi sebahagian daripada hasil sulung. Iblis telah menipu seluruh dunia, dan jemaat dipanggil keluar daripada dunia itu.

 

Komen: Ada dua kumpulan orang yang dipanggil. Kumpulan pertama ialah mereka yang dipanggil dan dipilih. Mereka ditentukan dari semula oleh Tuhan untuk dipanggil dan diubahkan dan menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Pertama (lihat Rom. 8:29-30).

 

Kumpulan kedua ialah mereka yang dipanggil tetapi tidak dipilih. Mereka mendengar suara itu tetapi mereka tidak mempunyai cukup ketetapan hati dan dedikasi untuk menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Pertama dan tidak dapat memelihara iman. Sebab itu adanya teks “Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih” (Mat. 22:14).

 

Justeru premis dasarnya ialah mereka yang ditentukan dari semula oleh Tuhan dipanggil oleh Tuhan untuk diubahkan. Dari segi pengertian itu ini benar.

 

Bagaimanapun, penyederhanaan fakta-fakta itu dibuat supaya doktrin Kebangkitan Ketiga dapat dituntut. Justeru Herbert Armstrong dan WCG mengajar, dan dengan tidak betul, bahawa semua makhluk terbaptis dipanggil dan mereka yang gagal dikirim oleh Tuhan untuk dilemparkan ke dalam Lautan Api. Daripada kesilapan dalam pengertiannya ini berkenaan fakta-fakta Perjanjian Lama, dia menuntut bahawa para Malaikat tidak boleh mati. Mereka nanti bakal dilempar ke dalam Lautan Api dalam kesengsaraan kekal bersama-sama dengan Binatang dan Nabi Palsu itu (yang sebenarnya konsep-konsep Pemerintahan dan Nubuatan Palsu). Takdir orang terbaptis dan telah meninggalkan WCG atau gagal Kebangkitan Pertama adalah untuk dilempar ke dalam Lautan Api dan dibakar. Dengan itu adanya Kebangkitan Ketiga semata-mata untuk mematikan orang-orang ini. Itu sendirinya suatu tuduhan aneh dan sadistik akan Tuhan. Bagaimanapun, adanya hukuman kekal untuk bani syurgawi derhaka. Dekri sebegitu nyata memandang muka dan menyifatkan dosa kepada Tuhan.

 

Pandangan ini merupakan bidaah jelas dan satu tuduhan terhadap kodrat Tuhan. Tiada doktrin lain yang begitu merosakkan seperti ini dan doktrin mengenai perceraian dan perkahwinan kembali dalam WCG (lihat naskah Pendapat Salah Kebangkitan Ketiga (No. 166)).

 

Kebenaran Dipulihkan Kesepuluh ini merupakan doktrin standard jemaat Tuhan selama dua milenium dan tiada kena mengena dengan Herbert Armstrong. Susunan katanya tidak betul dan begitu juga pengertiannya tentang apa terjadi dalam kebangkitan untuk Krisis atau pembetulan.

 

10) Kebangkitan untuk pengadilan, Pengadilan Takhta Putih Besar. Tuhan mempunyai rencana untuk menyelamatkan mereka yang tidak mendapat peluang untuk keselamatan dan yang kini sudah mati dalam kubur mereka. Mereka tidak pernah memiliki Roh Kudus. Waktu mereka akan datang. Tetapi waktu kita datang dulu, dan kita harus melawan iblis, dan mereka tidak. Dalam pengadilan, mereka akan didapati bersalah dan dihukum mati. Mereka akan mendapat peluang pertama mereka untuk mengetahui bahawa Kristus telah datang dan membayar penalti maut bagi mereka. Mereka akan diizinkan untuk menerima bayaran itu, dan mereka akan mempunyai 100 tahun untuk membuktikan mereka ingin hidup berlainan daripada apa yang mereka lakukan dalam kehidupan pertama mereka. Mereka dapat diselamatkan akhirnya.

 

Komen: Kebangkitan itu hanya satu proses pendidikan dan pimpinan manusia kepada pertaubatan. Pengertian Herbert Armstrong tentang bagaimana Tuhan menangani Bani Syurgawi Derhaka dan Mereka yang Dipanggil tetapi tidak dipilih merupakan senario mimpi ngeri satu tuhan dengan pemikiran sadomasokistik.

 

Segala kesalahan dalam teologinya dan para pendetanya diterangkan dalam naskah mengenai Kebangkitan Ketiga di atas dan karya-karya Domba dan Anak Hilang (No. 199) dan Penghakiman Iblis Setan (No. 080).

 

“Kebenaran” Kesebelas, seperti Kebenaran Kesepuluh, ialah satu lagi pernyataan kembali doktrin asas jemaat selama dua milenium tetapi suatu pencemaran pengertian selok-belok Milenium.

 

11) Milenium. Kerajaan Tuhan akan memerintah bangsa-bangsa di bumi, dan Kristus dan orang-orang kudus akan memerintah dan membawa kemakmuran kepada seluruh bumi. Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) memahami tempoh waktunya, tetapi, sebab mereka tidak cukup mengerti makna sepenuhnya injil Kerajaan Tuhan, mereka tahu sedikit pada tahun 1930an tentang bagaimana keadaan Milenium itu nanti.

 

Keselamatan akan terbuka untuk semua buat pertama kalinya sejak Adam berdosa dan Tuhan menutup pohon kehidupan.

 

Komen: Herbert Armstrong tidak memahami selok-belok rangkat waktu Milenium, permulaannya mahupun kesudahannya, juga waktu persiapan sebelum permulaannya. Untuk menjelaskannya dengan lanjut dia perlu memulihkan yobel-yobel dan Kalendar Bait dan kedua-duanya tidak dibuatnya.

 

Seperti yang kami tunjukkan sebelumnya, malah di Rom mereka memahaminya, dan juga di setiap era Jemaat Tuhan selama dua milenium.

 

“Kebenaran” Kedua belas dan Ketiga belas adalah berdasarkan Doktrin Lahir Kembali seperti yang difahaminya.

 

12) Roh Kudus memasuki kita hanya memperanakkan kita. Ia membuka fikiran kita supaya kita dapat mengerti kitab berkod itu, Alkitab. Tiada mata pernah melihat atau telinga pernah mendengar segala hal yang Tuhan telah sediakan untuk kita, digambarkan ringkas dalam Alkitab. Tuhan memang menyatakannya kepada jemaatnya dengan Rohnya yang berdiam dalam kita. Tanpa Roh itu, kita tidak boleh memahami Alkitab. Pengetahuan rohaniah datang daripada Alkitab, tetapi melalui Roh Kudus.

 

13) Kita hanya diperanakkan sekarang, tidak dilahirkan kembali. Kita waris, belum lagi pewaris. Roh Kudus memperanakkan kita sebagai anak-anak Tuhan, namun kita belum lagi dilahirkan.

 

Komen: Pengertian ini tidak betul dan bersandar pada premis-premis palsunya. Teks-teks Alkitab yang menunjukkan kenapa dia dan WCG salah terkandung dalam naskah Lahir Kembali (No. 172).

 

“Kebenaran” Keempat belas berkaitan British Israel dan pemahaman tidak betulnya tentang itu.

 

14) Identiti Israel moden. Apakah asal usul Amerika, identiti bangsa kita? Kita ialah Manasye, salah satu daripada 10 suku hilang Israel. Banyak kumpulan lain mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang kebenaran ini, tetapi tiada denominasi besar mengetahuinya. Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) secara rasmi menolak kebenaran ini. Tuan Armstrong menulis buktinya dalam satu artikel dan mengirimnya kepada pemimpin jemaat itu. Engkau akan temui satu salinan surat balasan pemimpin itu dalam autobiografi Tuan Armstrong.

 

Komen: Karya yang dimaksudkannya itu akhirnya diterbitkan sebagai The US and BC in Prophecy oleh WCG.

 

Ini hampir satu penciplakan lengkap karya J.H. Allen Judah’s Sceptre and Joseph’s Birthright. Ini mempunyai premis dalam kebenaran tetapi Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) berbuat betul menolak penciplakannya itu. Dia sendiri sepatutnya telah dipecah kerana itu. Jika ini hakcipta para waris Allen tentu telah mendakwanya.

 

Masalahnya dengan karya itu ialah ini mengandungi kesilapan-kesilapan berat yang termaktub dalam idea dan doktrin British Israel.

 

Semua kesalahan ini boleh dilihat daripada karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) dan dalam siri mengenai Bani Yafet dan siri Keturunan Abraham di www.ccg.org dan juga di www.abrahams-legacy.org.

 

Semua premis silsilah-silsilah terbabit juga diperiksa dalam Orang Hittite dalam Kerabat Daud (No. 67C).

 

Ini bukan satu “kebenaran dipulihkan” ini satu kesalahan pengertian yang diciplak Herbert Armstrong. Terdapat elemen kebenaran di sini yang telahpun diperbetulkan.

 

“Kebenaran dipulihkan” seterusnya dan ke 15 ialah satu premis. Ini pernyataan yang berlebih-lebihan dan bukan kebenaran.

 

15) Nubuatan hanya boleh difahami jika engkau tahu bahawa kita orang Israel, dan nubuatan mana yang berkaitan dengan kita dan mana yang tidak. Orang lain yang tidak mengetahui identiti Israel tidak dapat mengerti, contohnya, bab 30 Yeremia dan ayat-ayat umpamanya, yang menunjukkan Kesusahan Besar nanti merupakan waktu kesusahan Yakub.

 

Komen: Terdapat beberapa nubuatan yang memerlukan pemahaman identiti Israel sepanjang waktu sejarah. Banyak nubuatan lain tidak memerlukan pemahaman itu sama sekali.

 

Meskipun dengan identifikasi Herbert Armstrong setiap nubuatan yang dibuatnya salah dan dia gagal menjelaskan nubuatan lain dalam mana-mana struktur yang betul. Semua kesilapan utamanya dikenal pasti dalam naskah Nubuatan Palsu (No. 269).

 

“Kebenaran dipulihkan” seterusnya atau ke 16 adalah bohong terang-terangan.

 

16) Pesta-pesta tahunan, hari-hari raya. Jemaat mana lagi yang mengetahuinya atau memeliharanya? Dari manakah engkau mendengarnya? Tuhan menyatakannya kepada Tuan Armstrong.

 

Komen: Herbert Armstrong mendapat pengertian Hari-hari Raya itu daripada Konferens Caldwell Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) yang memeliharanya dengan betul menurut kalendar Bait purba (lihat naskah Kalendar Tuhan (No. 156) dan juga kertas Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Hari Raya (No. 195)). Dia memperkenalkan Kalendar Hillel ke dalam Jemaat Tuhan untuk pertama kalinya, memang benar. Bagaimanapun itu hanya membuktikan bahawa dia bersalah berbuat bidaah dan menyelewengkan pengertian iman untuk zamannya dan berdekad-dekad kemudian. Jika dia tidak tahu COG (SD) di Caldwell memeliharanya maka dia buta. Bagaimanapun keadaannya tidak mungkin begitu.

 

Bulan-bulan Baru dipelihara bersama dengan hari-hari raya itu di kalangan orang Transylvania yang merupakan orang Waldenses Timur. Kumpulan Waldenses ini sudah memelihara Hari-hari Raya ini selama berabad-abad seperti ditunjukkan naskah Peranan Perintah Keempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)).

 

“Kebenaran dipulihkan” berikut dan ke 17 adalah karut sama sekali.

 

17) Kewibawaan kalendar suci, dipelihara oleh orang Yahudi. Sebelum Tuan Armstrong menyatakan ini kepada Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh), mereka keliru berhubung bilakah tahun harus bermula. Tuan Armstrong juga menjelaskan pentingnya pemeliharaan kitar mingguan oleh orang Yahudi.

 

Komen: Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) memelihara tahun menurut konjungsi dan mereka telah memelihara Paskah dengan betul sepanjang kewujudan mereka. Seperti yang dapat dilihat Konferens Caldwell memelihara semuanya termasuk Hari-hari Raya kecuali Bulan-bulan Baru. Yang bingung hanyalah Herbert Armstrong dan sesiapa yang cukup bodoh untuk mendengarnya.

 

Kalendar Hillel yang diikuti orang Yahudi merupakan satu buatan dua rabai Babel pada 344 BCE berdasarkan Kalendar Babel dan sistem interkalasinya yang tetap yang tidak tepat walaupun ketika ini diterima pakai oleh Rabai Hillel II sebagai kalendar Yahudi pada 358 CE. Tiada Jemaat Tuhan, dan sesungguhnya tiada Jemaat “Kristian”, diperdayakan oleh mereka sebab mereka memulakan tahun dalam Abib menurut Konjungsi sama seperti yang sistem Bait telah lakukan sebelum kemusnahannya.

 

Untuk menyakinkan sistem RCG/WCG bahawa orang Yahudi betul doktrin palsu bahawa orang Yahudi telah diberikan Sabda Tuhan ditegaskan. Tuntutan palsu ini dibuat meskipun dengan komen-komen Kristus dan para Rasul dalam teks-teks Alkitab.

 

Ini tuntutan palsu dan telah dibongkarkan hakikatnya dalam naskah Firman Tuhan (No. 184).

 

“Kebenaran dipulihkan” terakhir dan ke 18 ialah satu lagi doktrin palsu yang ditegaskan oleh Herbert Armstrong dalam tafsiran sinisnya tentang domba Tuhan kepada kuku.

 

18) Persepuluhan kedua dan ketiga. Jemaat apa lagi yang mengetahui hal-hal ini? Persepuluhan kedua adalah untuk hari-hari raya Tuhan. Jemaat lain tidak memelihara hari-hari raya ini, jadi mereka tiada sebab untuk mempunyai persepuluhan kedua. Persepuluhan ketiga adalah untuk golongan miskin, khususnya dalam jemaat Tuhan.

 

Komen: Sesungguhnya Jemaat Tuhan mana lagi yang dengan sinisnya telah salah membuat satu doktrin yang orang Yahudi-pun tidak pernah lakukan, demi mendapat tiga persepuluhan dalam dua tahun dalam satu kitar rekaan yang mengabaikan hukum alkitabiah dan sistem-sistem Sabat Hukum Tuhan.

 

Orang Yahudi menganjurkan peruntukan persepuluhan Ketiga setiap tahun ketiga, iaitu tahun Ketiga dan Keenam dalam Kitar Sabat yang menyalahi Hukum-hukum Tuhan. Para Rabai sekalipun tidak berani menuntut bahawa Persepuluhan Tahun Ketiga bukanlah Persepuluhan Kedua yang dibayar ke dalam sistem sebagaimana diperintah hukum.

 

Tiada benda seperti tiga persepuluhan. Dalam tahun ketiga Kitar Sabat tujuh tahun Persepuluhan Kedua ditukar kepada Persepuluhan Ketiga dan dibayar ke dalam sistem Bait atau Jemaat. Ini tidak dibayar pada tahun keenam. Ini sememangnya tidak dibayar sebagai tambahan kepada Persepuluhan Kedua.

 

Selain persepuluhan tambahan ini yang dikenakannya pada para anggota terdapat empat persembahan tambahan yang dicipta yang menjadikannya tujuh persembahan dan bukan tiga persembahan alkitabiah, dan satu pungutan dibuat pada Hari Pendamaian yang khususnya dilarang (lihat naskah Pemberian Persepuluhan (No. 161)).

 

Kenapa Tuhan mengizinkan korupsi hukum-hukumNya ini dan doktrin palsu diperkenalkan secara besar-besaran?

 

Senarai Palsu 18 Kebenaran Dipulihkan Diperiksa

 

Versi 18 Kebenaran Dipulihkan seperti tersenarai di Worldwide News selepas kematian Herbert Armstrong telah dicabar dan diperiksa oleh B. dan J. Thiel dalam analisis mereka akan pita yang dibuat oleh Herbert W. Armstrong tentang subjek itu dan mereka telah menunjukkan bahawa empat kebenaran hilang dan mereka menghasilkan satu carta perbandingan senarai itu dan pita.

 

Kami akan mengenal pasti tuntutan-tuntutan ini dan memeriksanya untuk kebenaran dan kesahihan serta ketepatan sejarah.

 

Carta perbandingan oleh B. dan J. Thiel ada di Tambahan A. Begitu juga senarai 18 kebenaran dipulihkan yang dikenal pasti mereka daripada khotbah Herbert Armstrong. Memang jelas daripada analisis Thiel bahawa terdapat empat yang dikatakan kebenaran hilang dan semua ini bakal dilihat dalam kategori sama seperti benda lain yang dikatakan “kebenaran” itu. Nanti akan jelas bahawa empat kebenaran hilang itu telah dikeluarkan atas sebab yang sangat baik oleh pentadbiran Tkach dan ini memberitahu semua orang ke mana arah tujuan mereka. Hal semua ini sebagai kebenaran dipulihkan bagaimanapun merupakan hal yang lain lagi.

 

Senarai Thiel mengikuti carta di Tambahan A. Empat kebenaran hilang itu disalin di sini. Senarai-senarai itu disalin untuk kepentingan umum disebabkan banyak penipuan yang terbabit dalam pentadbiran WCG selama itu dan tuntutan-tuntutan palsu meeka. Artikel lengkapnya ditemui di: http://www.cogwriter.com/j18.htm

 

“Kebenaran-kebenaran yang diabaikan daripada Artikel WCG di atas amat signifikan.

 

“10. Kebenaran Mengenai Roh Kudus

Dia [Armstrong] segera meneruskan dengan, ‘Sekarang kebenaran mengenai Roh Kudus’, tetapi dalam khotbah ini tidak memperincikannya. Dia sebelumnya telah menekankan ‘TUHAN BUKAN SATU TRINITAS!’

 

Ini sajalah yang disebutnya tentang Roh Kudus dalam khotbah ini, dan dengan itu dia mungkin tidak bermaksud untuknya sebagai kebenaran dipulihkan berasingan, walaupun konteksnya menganjurkan sebaliknya. Selanjutnya, dia menulis, ‘Tiada yang dapat memiliki Roh Kudus, satu-satunya yang dapat membuka fikiran manusia untuk memahami Firman Tuhan ini, tanpa pertaubatan lengkap. Pernah dahulu, bilamana dua Oknum itu wujud bersama dan TIADA LAIN yang wujud. Tiada Oknum ketiga disebut—tiada ‘Roh’…Roh Kudus datang dari syurga, kedengaran, bunyinya seperti angin kuat, ‘dan ia [Roh Kudus] memenuhi seluruh rumah di mana mereka duduk.’ Seterusnya, Roh Kudus muncul—DILIHAT JELAS—menjelma—‘dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan [Roh Kudus dalam bentuk lidah-lidah berbahagi] hinggap pada mereka masing-masing’ (Kisah 2:2-3). Dalam ayat 18, Petrus memetik daripada nabi Yoel: ‘Aku akan mencurahkan…Roh-Ku…’ Roh kudus, seperti air atau cecair, boleh ‘DICURAHKAN.’ Bolehkah engkau mencurahkan orangnya daripada seorang kepada orang lain---seperti daripada Tuhan ke dalam mereka yang berkumpul di sana? Yohanes 7:37-39: ‘Dan pada hari terakhir, yaitu pada puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru: "Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! Barangsiapa percaya kepada-Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup." (Yang dimaksudkan-Nya ialah Roh yang akan diterima oleh mereka yang percaya kepada-Nya; sebab Roh itu belum datang, karena Yesus belum dimuliakan.)’ Sekali lagi dalam Kisah 10:45, ‘…karunia Roh Kudus dicurahkan ke atas bangsa-bangsa lain juga.’ (Mystery of the Ages ms 5,44,56-57).”

 

Komen: Poin ini bukan kebenaran dipulihkan Herbert Armstrong dalam mana-mana ertikata perkataan itu dan merupakan bohong terang-terangan. Ini telah menjadi doktrin tetap Jemaat-jemaat Tuhan selama 2000 tahun. Thiel betul bahawa ini telah diabaikan kerana ini berkonflik dengan hala tujuan Protestan yang mereka inginkan. Bagaimanapun ini bukan sesuatu yang dipulihkan Armstrong. Jika dia tidak mengajar ini dia tentunya tiada kredibiliti dalam Jemaat-jemaat Tuhan dan pasti tidak sekali-kali diberikan kepercayaan. Poin seterusnya menyerupainya.

 

“16. Identiti Babel dan Anak-anak Perempuannya

Dia [Armstrong] segera meneruskan dengan, ‘Kemudian penipuan besar, benda palsu Wahyu 17:5, Babel, yang Besar, ibu wanita-wanita pelacur dan kekejian bumi, jemaat-jemaat anak perempuannya dan siapa mereka… Orang-orang dalam Jemaat Katolik dan jemaat-jemaat Protestan telah diperdaya.’

 

Komen: Ini sekali lagi ialah ajaran asas jemaat selama hampir dua milenium. Ini sememangnya merupakan ajaran seluruh era-era Tiatira dan Sardis. Ini bukan dipulihkan oleh Armstrong. Memang tidak menghairankan bahawa ini diabaikan oleh WCG di bawah Tkach sebab niatnya sekali lagi adalah untuk cuba diterima oleh orang-orang ini. Mereka harus diterima sebagai benda sejati sedangkan mereka telah menjadi penganiaya kita selama hampir 1700 tahun. Begitu juga poin seterusnya diabaikan tetapi disenaraikan oleh B. & J. Thiel.

 

“17. Iblis Telah Memperdayakan Seluruh Dunia

Dia [Armstrong] menyatakan, ‘Dan hakikat bahawa Iblis, setan itu, telah memperdaya seluruh dunia. Saudara, Iblis-lah yang bersalah. Orang-orang dalam Jemaat Katolik dan jemaat-jemaat Protestan telah diperdaya. Aku rasa mereka betul-betul percaya. Tuhan hanya belum membuka apa-apa lagi kebenaran bagi mereka. Kita tidak duduk mengadili mereka. Kita BELUM LAGI mengadili mereka. Kita akan melakukannya dan bila KITA mengadili mereka, waktu itu segala kebenaran akan terbuka dan Tuhan akan menghilangkan kebutaan daripada mata mereka agar mereka dapat mengerti jika mereka sudi. Hari ini mereka tidak dapat mengertinya, walaupun mereka sudi. Bagaimana sekalipun, aku rasa mereka tidak sudi juga.’”

 

Komen: Ini sekali lagi merupakan pandangan seluruh Jemaat Tuhan selama berabad-abad. Kalau kamu tidak mempercayainya kamu tentu telah dianggap tidak mengetahui rencana Tuhan dan segala aktiviti Iblis dalam mana-mana Jemaat Tuhan sebelumnya. Sebab pengabaiannya daripada senarai 1986 di atas memang jelas. Mereka sudahpun dipengaruhi gerakan Trinitarian menjelang 1986. Begitu juga hal berikutnya terpaksa diabaikan.

 

“18. Kita Haruslah Terpisah

Dia [Armstrong] segera meneruskan dengan, ‘Dan bagaimana dalam Wahyu 18:4 Tuhan telah memanggil kita keluar dari kalangan mereka, untuk menjadi terpisah.’

Thiel berpendapat bahawa “Ini, bergabung dengan pernyataan mula-mulanya tentang Alkitab yang ditulis terutamanya untuk era Filadelfia, menganjurkan bahawa dia juga menyatakan yang ORANG FILADELFIA HARUS TIDAK BERSATU DENGAN MEREKA YANG TIDAK MEMEGANG SEMUA KEBENARAN DIPULIHKAN INI. (Bagaimanapun, ini tidak melarang untuk berhubung dengan orang lain.)” (penekanan dikekalkan).

 

Komen: Begitu juga “keluar dan menjadi terpisah” ini ialah doktrin lazim bagi semua jemaat-jemaat Tuhan selama berabad-abad sebelum Armstrong wujud. Dia tidak memulihkan apa-apa. Dia mungkin penciplak terbesar pernah wujud dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Fakta yang dia telah dimuliakan hanyalah bukti bahawa dia sememangnya Gembala Pandir.

 

Segala tuntutan bahawa Alkitab telah ditulis untuk era Filadelfia merupakan kebodohan sama sekali sebab Armstrong adalah sebahagian daripada sistem Sardis sama seperti cabang-cabang yang dibatasi oleh Jemaat Hidup Tuhan (Living Church of God).

 

Organisasi kembali senarai itu seperti yang dinyatakan oleh Thiel menunjukkan mereka tahu mereka harus menghasilkan satu senarai 18 “kebenaran” yang dikatakan jadi mereka menyusunnya kembali untuk menyingkirkan benda-benda mengganggu yang menghalang mereka daripada kemasukan ke dalam sistem Trinitarian, namun menjadikannya kelihatan mereka masih bersama Armstrong. Harus diperhatikan bahawa tiada seorangpun para pendeta ini menolak atau membetulkan senarai yang dipalsukan pada 1986 ini atau selepas itu dan mereka masih membuat pembenaran untuk dia dan senarai-senarai itu. Herbert Armstrong ialah seorang pendeta Era Sardis dan Jemaat Hidup Tuhan Thiel ialah jemaat pembatasan era itu daripada Wahyu 3:1. Itu satu-satunya jemaat dalam sejarah yang mempunyai nama ini iaitu Hidup.

 

Jauh sekali daripada menjadi Elia, Herbert Armstrong hanya memenuhi satu peranan dalam Kitab Suci. Dia ialah dan tidak mungkin lain daripada orang dalam Zakharia 11:17 yang mana dia dikenali sebagai Gembala Pandir dan semua mereka disebutkan dalam Yehezkiel bab 34.

 

Tuhan mengizinkan orang ini berbuat apa yang dia lakukan dan menggunakannya untuk memenuhi nubuatan. Dia menggunakannya sebagai satu instrumen untuk menguji jemaat dan mengukur para anggota dan pendetanya. Pengukuran itu bermula tahun selepas dia mati pada 1987 dan diisytiharkan secara umum oleh penggantinya Joseph Tkach snr.

 

Seperti yang dapat dilihat, tiada satupun 18 Kebenaran Dipulihkan yang dikatakan itu benar sepenuhnya atau separuh benarpun. Semuanya palsu secara keseluruhan atau disalah gambar untuk membuktikan poin-poin yang palsu. Herbert Armstrong tidak memulihkan segala sesuatu atau apa-apapun sepertinya.

 

Atas semua sebab yang disenaraikan dalam naskah sebelumnya dia tidak mungkin Elia (lihat naskah Elia? (No. 233)).

 

Pemulihan dituntut daripada Jemaat-jemaat Tuhan dalam Zaman Akhir dan akan terjadi.

 

Semua saudara sekarang dikumpulkan di serata dunia daripada semua jemaat-jemaat Tuhan era-era terakhir dan mereka akan dipimpin kepada pengertian dengan atau tanpa jabatan pendeta mereka.

 

q


 

 

 

Tambahan A

 

Berikut ialah satu perbandingan kebenaran-kebenaran dipulihkan yang Herbert Armstrong senaraikan dalam khotbahnya dan artikel 18 kebenaran dalam Worldwide News:

 

Khotbah HWA........................................................   Bilangan dalam Artikel WWN

1.   Injil Sejati.......................................................... 2,8

2.   Tujuan Tuhan..................................................3

3.   Rencana Tuhan melalui Hari-hari Raya............16,17

4.   Pemerintahan.................................................1

5.   Siapa dan Apakah Tuhan? .............................4

6.   Apa dan Kenapakah Manusia? .......................5

7.   Roh dalam Manusia .......................................6

8.   Hasil Sulung.............................................  ...... 7,9, Dibayangkan dalam 10

9.   Pengetahuan mengenai Apakah Milenium........11

10. Kebenaran Tentang Roh Kudus.......................TIADA

11. Diperanakkan Sekarang .................................12,13

12. Lahir Kembali pada Kebangkitan......................   Dibayangkan dalam 13

13. Identiti Israel .................................................. ..14

14. Identiti Membuka Pengertian Nubuatan Alkitab.15

15. Persepuluhan Kedua dan Ketiga......................18

16. Identiti Babel dan Anak-anak Perempuannya.....TIADA

17. Iblis telah Memperdaya Seluruh Dunia..............TIADA

18. Kita Harus Terpisah.........................................TIADA

 

Kebenaran-kebenaran Dipulihkan

Kebenaran-kebenaran yang Herbert Armstrong katakan Tuhan telah gunakannya untuk pulihkan kepada era Filadelfia Jemaat Tuhan disenaraikan di bawah mengikut susunan yang dia senaraikan sebagai dipulihkan dalam khotbah itu.

 

1.   Injil Sejati

 

Herbert Armstrong menyatakan, “Adapun dalam Roma 5 dan kira-kira ayat 5, kamu akan membaca bahawa dengan darah Kristus kita didamaikan kepada Tuhan. Kemudian injil itu ditindas dan, aku katakan, mereka berpaling kepada injil TENTANG Kristus, tetapi mereka tidak berbicara tentang pesanNya. PesanNya berbicara mengenai Tuhan sebagai pemimpin tertinggi, dan pesanNya berkaitan dengan kerajaan Tuhan dan Tuhan ialah pembuat hukum, dan bila kamu berdosa, dosa itu ialah pelanggaran hukum ini, dan itu telah memisahkan kamu daripada Tuhan, Bapa. Apakah yang dipulihkan? Dunia telah kehilangan injil itu, mereka tidak tahu apa dia injil itu. Aku datang di kalangan Jemaat Tuhan sejati Era Sardis. Mereka tidak mengenali apa injil itu, mereka menganggapnya apa yang mereka panggil pesan malaikat ketiga. Mereka tidak tahu apa sebenarnya injil itu. Mereka memanggilnya pesan malaikat ketiga. Tuhan menyatakannya kepada aku dan melalui aku, kepada Jemaat. Bahawa injil itu ialah Kerajaan Tuhan, itulah injil yang Yesus ajarkan, itulah injil yang Paulus ajarkan kepada bangsa-bangsa lain, itulah injil yang diajar Petrus dan Yohanes. Engkau akan dapati bilamana Yesus mengutus mereka keluar dan mengutus 70 orang, Dia berkata ajarkan Kerajaan Tuhan. Itu satu-satunya injil, injil DARIPADA Yesus Kristus. Dunia memberitakan dan mempunyai injil TENTANG Kristus. Sekarang hal pertama dipulihkan kepada Jemaat ialah injil sejati. Dunia telah kehilangan tujuan Tuhan. Mereka telah hilang segala pengetahuan injil Kristus, iaitu Kerajaan Tuhan. Mereka telah hilang semua benda ini.”

 

2.   Tujuan Tuhan

 

Dia segera meneruskan dengan, “Perkara kedua dipulihkan ialah TUJUAN Tuhan. Dan injil ada kaitannya dengan itu. Bahawa Tuhan SEDANG memperanakkan kita dan bahawa MANUSIA BOLEH MENJADI Tuhan! Tiada lagi Jemaat di atas bumi ini mempercayainya, saudara. Sekarang biar aku beritahu kamu, aku akan menyatakan kepadamu, sekarang, hal-hal yang telah dipulihkan dalam Jemaat ini. Aku katakan kepadamu, SEMUA INI IALAH HAL-HAL YANG SESETENGAH MEREKA YANG PERNAH MENJADI PENDETA DALAM JEMAAT INI DALAM JABATAN TINGGI, TELAH KELUAR DAN KINI BERKATA, DAN BERKATA SECARA UMUM, BAHAWA KITA MENYIMPANG DARIPADA IMAN DAN BAHAWA KITA PERGI SEMAKIN JAUH DALAM KESILAPAN KERANA MEREKA TIDAK MENERIMA SEGALA KEBENARAN YANG TUHAN SEDANG PULIHKAN KE DALAM JEMAAT. Tujuan Tuhan ialah Dia memperanakkan diriNya dan kita, akhirnya, menjadi Tuhan.”

 

3.   Rencana Tuhan Melalui Hari-hari Raya

 

Dia segera meneruskan dengan, “Adapun seperkara lagi yang telah dipulihkan ialah, melalui Hari-hari Raya, rencana Tuhan, Rencana UtamaNya untuk mencapai tujuan itu, dan Hari-hari Raya tahunan. Tiada lagi Jemaat lain pernah memiliki Hari-hari Raya itu, dan mengertinya.”

 

Memang sungguh mungkin yang Tuan Armstrong merasakan bahawa memelihara Hari-hari Raya dan apa ertinya merupakan dua kebenaran dipulihkan yang berasingan, namun dalam khotbahnya dia menyebut kedua-duanya bersama di sini serta kemudiannya bila dia menyatakan, “Fakta perayaan-perayaan tahunan, bahawa semuanya mewakili rencana Tuhan.” Dia tidak memisahkannya kepada dua kebenaran berasingan sebagaimana dia lakukan dengan kebenaran lain yang tersenarai dalam artikel ini. Selain itu, harus diakui bahawa kebanyakan dalam Jemaat Tuhan, Hari Ketujuh merayakan Paskah ketika Tuan Armstrong berhubungan dengan mereka, dan sesetengah memelihara Hari-hari Raya lain—dengan itu ini mungkin sebabnya kenapa dia tidak memisahkan dengan jelasnya hal ini kepada dua kebenaran.

 

Komen: Herbert Armstrong kemudian menambah, “Sekarang, benda apa seterusnya yang dipulihkan? Aku berpendapat semua ini tidak mempunyai apa-apa susunan khusus”. Dia tidak membilang mana-mana selepas dua yang mula-mula dalam khotbahnya, tetapi artikel ini akan terus membilangnya demi kejelasan. Memang mungkin yang Herbert Armstrong mungkin telah membilangnya berlainan daripada artikel ini, tetapi usaha dibuat sebaik-baiknya untuk menyenaraikan ini sebagaimana dia lakukan dalam khotbah 12/17/83 ini.

 

4.   Pemerintahan

 

Dia menyatakan, “Tetapi teruskan dengan hal-hal yang telah dipulihkan...Pemerintahan Tuhan telah dipulihkan kepada Jemaat, dan pemerintahan Tuhan telah ditempatkan dalam Jemaat. Engkau membacanya dalam Efesus 4 dan 1 Korintus 12. Kristus ialah kepala Jemaat dan di bawah Kristus dalam pentadbiran kerajaan ini ialah seorang rasul atau para rasul, kemudian para penginjil, kemudian gembala/pastor, kemudian semuanya dipanggil penatua, semuanya pendeta dari atas sampai paling bawah. Selepas itu ada guru dan penatua pengajar dan penatua pengkhotbah, diakon dan diakones. Jemaat dipulihkan dalam bentuk pemerintahan itu. Jemaat Sardis sekalipun tidak mempunyai bentuk pemerintahan yang betul”. Dia juga menulis “Kerajaan Tuhan semestinya pemerintahan dari atas ke bawah. Ini tidak mungkin ‘kerajaan dengan izin mereka yang diperintah’” (Mystery of the Ages. ms 49)

 

5.   Siapa dan Apakah Tuhan

 

Dia segera meneruskan dengan, “Siapa dan apakah Tuhan. TIADA AGAMA DI BUMI MENGETAHUI SIAPA DAN APAKAH TUHAN! TIADA AGAMA DI BUMI! BILLY GRAHAM TIDAK MENGETAHUINYA! JERRY FALWELL TIDAK MENGETAHUINYA! UMAT ROMAN KATOLIK TIDAK MENGETAHUINYA! TUHAN BUKAN SATU TRINITAS! TUHAN BUKAN OKNUM TUNGGAL! Tuhan ialah satu keluarga oknum, dan keluarga ini bermula dengan Tuhan dan Firman. Kamu baca mengenainya dalam Yohanes 1:1-5. Dan kamu baca tentangnya dalam Kejadian 1 bermula dengan ayat 1. Engkau harus belajar mengenai Tuhan dulu, dan ini bermula dulu kedua-duanya dalam Perjanjian Baru dan Lama, sebab ramai ahli merasakan, mereka yang dikatakan ahli, bahawa kitab Yohanes patut diletakkan dahulu dalam Perjanjian Baru, walaupun ini tidak ditulis dahulu. Bahawa Tuhan sebuah keluarga dan ini bermula dengan dua itu, dan kita boleh dilahirkan dalam keluarga itu.”

 

6.   Apa dan Kenapa Manusia?

 

Dia segera meneruskan dengan, “Hal seterusnya yang dipulihkan kepada Jemaat – apa dan kenapa manusia! APAKAH MANUSIA? KENAPA KITA BOLEH BERADA DI ATAS BUMI? Jemaat Sardis tidak tahu, mereka tidak tahu pada Zaman Pertengahan. Manusia dibuat daripada debu tanah. Manusia dibuat dengan satu roh dan dia memerlukan satu lagi roh, Roh Tuhan yang menyatukannya dengan Tuhan, dan merupakan pengisian hidup-Tuhan dalamnya, dan dia akan lahir akan Tuhan.” Kemudiannya dalam khotbah itu dia menyatakan, “Pengetahuan bahawa dia yang lahir daripada daging IALAH daging, fana, itulah diri kita”, yang nampaknya menjelaskan bahagian “apa’ kebenaran ini.

 

7.   Roh dalam Manusia

 

Sesudah istilah ‘Tuhan’, dia segera meneruskan dengan, “Berikutnya roh manusia DALAM manusia. Tiada lagi Jemaat tahu mengenai itu. Ini telah dinyatakan kepada Jemaat. Itulah pengetahuan yang telah dipulihkan kepada Jemaat Tuhan. Dan Jemaat ini memiliki pengetahuan itu.”

 

Alkitab mengajar bahawa “tetapi roh yang di dalam manusia, dan nafas Yang Mahakuasa, itulah yang memberi kepadanya pengertian” (Ayub 32:8) yang Tuhan tidak berikan kepada binatang (contohnya Ayub 39:17). “Siapa gerangan di antara manusia yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri manusia selain roh manusia sendiri yang ada di dalam dia” (1 Kor 2:11). Tuan Armstrong menulis, “Roh ‘manusia’ ini memberikan kuasa intelek kepada otak jasmaniah manusia” (Mystery of the Ages ms 105). Roh ini tidak sama dengan roh Tuhan yang manusia perlukan untuk mengerti segala hal Tuhan, tetapi roh ini diperlukan untuk mengerti hal-hal manusia (Ayub 32:8; 1 Kor 2:11).

 

8.   Hasil Sulung

 

Dia segera meneruskan dengan, “Satu lagi, pengetahuan berikutnya yang telah dipulihkan kepada Jemaat ini, yang tidak diketahui orang lain dan tiada lagi Jemaat mengetahuinya, bahawa Jemaat ini ialah hasil sulung, bahawa Tuhan tidak cuba menyelamatkan seluruh dunia ini sekarang. Dia memanggil kita keluar sekarang dan Dia akan menggunakan kita sebagai guru-guru untuk membantu menyelamatkan orang lain pada giliran MEREKA, dan giliran mereka, dari Milenium, akan membantu menyelamatkan semua yang tinggal dalam Pengadilan Takhta Putih besar. Akhir sekali, Tuhan akan berusaha menyelamatkan semua yang pernah hidup. Tetapi tiada Jemaat mengerti itu, bahawa kita ialah hasil sulung, kita ialah janin kerajaan Tuhan. Fakta bahawa kita harus dipanggil oleh Tuhan, dan keselamatan tidak terbuka kepada sesiapa saja, sesiapa yang ingin. Sesiapa yang ingin datang ini ditemui dalam bab terakhir Alkitab, dan sama sekali tidak berkenaan dengan waktu ini. Tiada lagi Jemaat mengetahui itu nampaknya. Pengetahuan itu telah dipulihkan kepada Jemaat ini.”

 

(Sebelum menyenaraikan apa-apa kebenaran dipulihkan dia juga menyatakan lebih awal, “Hanya mereka yang dipanggil boleh datang”—konsisten dengan kebenaran ini.)

 

9.   Pengetahuan mengenai Apakah Milenium

 

Dia segera meneruskan dengan, “Pengetahuan Milenium dan apa dia. Adapun umat Sardis tahu bahawa Kristus akan memerintah seribu tahun. Mereka tahu ini satu Milenium. Mereka TIDAK TAHU APAPUN tentang apa yang akan terjadi dalam Milenium itu. Mereka TIDAK TAHU APAKAH TUJUAN Milenium itu. Kita tahu bilamana kita berkumpul pada Perayaan Pondok Daun, itulah yang kita rayakan, dan kita tahu apa yang bakal terjadi dalam Milenium dan bahawa keselamatan akan terbuka, waktu itu, kepada semua yang masih hidup. Namun ini terbuka kepada semua sekarang. Tiada lagi Jemaat mengetahuinya. Semua ini ialah hal-hal yang ENGKAU, saudara, berkeistimewaan mengetahuinya. ENGKAU, Tuhan telah memberkatimu dengan pengetahuan ini, memulihkan pengetahuan ini kepadamu.”

 

10. Kebenaran Tentang Roh Kudus

 

Dia segera meneruskan dengan, “Sekarang kebenaran mengenai Roh Kudus”, namun dalam khotbah ini tidak mendalaminya. Dia sebelumnya menekankan “TUHAN BUKAN SATU TRINITAS!”

 

Inilah saja yang dia sebutkan tentang Roh Kudus dalam khotbah ini, dan dengan itu ada kemungkinan dia tidak memaksudkannya sebagai satu kebenaran dipulihkan yang berlainan, walaupun konteksnya menganjurkan sebaliknya. Tambahan pula, dia pernah menulis, “Tiada seorangpun boleh memiliki Roh Kudus, yang satu-satunya boleh membuka fikiran manusia untuk mengerti Firman Tuhan ini, tanpa pertaubatan sepenuhnya. Pernah dahulu, bilamana kedua-dua Oknum itu wujud bersama dan TIADA LAGI. Tiada Oknum ketiga disebut—tiada “Roh” … Roh Kudus datang dari langit, dengan bunyinya seperti tiupan angin keras, “dan ia [Roh Kudus] memenuhi seluruh rumah di mana mereka duduk.” Berikutnya, Roh Kudus muncul—JELAS KELIHATAN—menjelma—“dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan ia [Roh Kudus dalam bentuk lidah-lidah terbahagi] hinggap pada mereka masing-masing.” (Kisah 2:2-3). Dalam ayat 18, Petrus mengutip daripada nabi Yoel: “Aku akan mencurahkan Roh-Ku…” Roh Kudus, umpama air atau cairan, boleh “DICURAHKAN.” Bolehkah kamu mencurahkan orangnya daripada seorang kepada orang lain---seperti daripada Tuhan ke dalam mereka yang berkumpul di sana? Yohanes 7:37-39: “Dan pada hari terakhir, yaitu pada puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru: "Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! Barangsiapa percaya kepada-Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup." (Yang dimaksudkan-Nya ialah Roh yang akan diterima oleh mereka yang percaya kepada-Nya; sebab Roh [Kudus] itu belum datang, karena Yesus belum dimuliakan.)’ Sekali lagi dalam Kisah 10:45, ‘…karunia Roh [Kudus] dicurahkan ke atas bangsa-bangsa lain juga.’ (Mystery of the Ages ms 5,44,56-57).”

 

11. Diperanakkan Sekarang

 

Dia segera meneruskan dengan, “Dan fakta bahawa kita diperanakkan sekarang. Kamu belum lahir lagi, hanya diperanakkan”.

 

Dia tidak menyebut lebih banyak lagi tentangnya dalam khotbah itu, tetapi ada menulis yang berikut, “Sekarang, sambil sperma lelaki jasmaniah mencari jalan, dan bersatu dengan nukleus dalam ovum (telur), begitulah Roh Tuhan masuk dan bergabung dengan roh dan FIKIRAN manusia! Seperti yang dijelaskan sebelumnya, ada roh DALAM manusia. Roh manusia ini telah bergabung dengan otak untuk membentuk FIKIRAN manusia. Roh Kudus bersatu dengan, dan bersaksi dengan roh kita bahawa kita, sekarang, ialah anak-anak Tuhan (Rom. 8:16). Roh Kudus Tuhan, yang kini bergabung dengan roh manusia dalam FIKIRAN kita, memberi kuasa kepada fikiran kita untuk memahami PENGETAHUAN ROHANIAH (1 Kor. 2:11)—yang fikiran daging tidak dapat mengerti.

 

“Sekarang kita ada kehadiran HIDUP KEKAL—hidup-Tuhan—melalui Roh Tuhan. Sama seperti itu janin manusia ialah kehidupan manusia sebenar yang belum berkembang. Namun kita belum lagi menjadi makhluk roh abadi—belum lagi LAHIR akan TUHAN—sama seperti janin manusia belum lagi lahir bagi ibu bapa manusianya—belum lagi menjadi pewaris, dan pemilik, tetapi WARIS-WARIS jasmaniah (Rom. 8:17). Tetapi JIKA Roh Kudus Tuhan berdiam dalam kita, Tuhan akan, pada waktu kebangkitan, “mengubah” tubuh-tubuh fana kita menjadi tubuh kekal DENGAN RohNya yang “diam di dalam kita” (Rom. 8:11; 1 Kor. 15:49-53)” (Mystery of the Ages ms 260-261).

 

12. Lahir Kembali pada Kebangkitan

 

Dia menyatakan, “Engkau belum lagi lahir, hanya diperanakkan, agar kita lahir nanti pada waktu kedatangan kedua Kristus, bilamana yang mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, bila kita bukan lagi manusia, kita bersifat ketuhanan. Pengetahuan bahawa sesiapa yang lahir daripada daging IALAH daging, fana, itulah diri kita. Bahawa bila kamu lahir dalam Roh kamu MENJADI Roh. Seseorang tolong pergi beritahu Jerry Falwell hal ini, supaya dia tahu dia bukan lahir kembali (ketawa).”

 

13. Identiti Israel

 

Dia segera meneruskan dengan, “Seperkara lagi yang dipulihkan kepada kita ialah asal usul kita sendiri, identiti kita, siapa diri kita. Kita ialah suku Manasye daripada sepuluh suku hilang Israel, dan tiada lagi Jemaat di bumi mengetahuinya. Pengetahuan ini telah dipulihkan kepada Jemaat ini, dan Tuhan memulihkan itu kepadaku 53 tahun lalu.”

 

14. Identiti Membuka Pengertian Nubuatan Alkitab

 

Dia segera meneruskan dengan, “Identiti kita. Itu membuka semua pintu…dan pengertian nubuatan telah dibuka bagi Jemaat ini. Itu telah dipulihkan kepada Jemaat ini.”

 

15. Persepuluhan Kedua dan Ketiga

 

Dia menyatakan, “Persepuluhan kedua dan ketiga, Jemaat lain mana lagi yang mengetahuinya? Itu dipulihkan oleh Jemaat ini, pengetahuan itu dipulihkan oleh Jemaat ini.”

 

Walaupun tidak disebut lanjut dalam khotbah itu, persepuluhan kedua dan ketiga dibincangkan dalam Ulangan 14:22-29. Tuhan khususnya memanggil persepuluhan ketiga “persembahan kudus” (26:13).

 

16. Identiti Babel dan Anak-anak Perempuannya

 

Dia segera meneruskan dengan, “Kemudian penipuan besar, benda palsu Wahyu 17:5, Babel, yang Besar, ibu wanita-wanita pelacur dan kekejian bumi, jemaat-jemaat anak perempuannya dan siapa mereka… Orang-orang dalam Jemaat Katolik dan jemaat-jemaat Protestan telah diperdaya.”

 

17. Iblis Telah Memperdaya Seluruh Dunia

 

Dia menyatakan, “Dan hakikat bahawa Iblis, setan itu, telah memperdaya seluruh dunia. Saudara, Iblis-lah yang bersalah. Orang-orang dalam Jemaat Katolik dan jemaat-jemaat Protestan telah diperdaya. Aku rasa mereka betul-betul percaya. Tuhan hanya belum membuka apa-apa lagi kebenaran bagi mereka. Kita tidak duduk mengadili mereka. Kita BELUM LAGI mengadili mereka. Kita akan melakukannya dan bila KITA mengadili mereka, waktu itu segala kebenaran akan terbuka dan Tuhan akan menghilangkan kebutaan daripada mata mereka agar mereka dapat mengerti jika mereka sudi. Hari ini mereka tidak dapat mengertinya, walaupun mereka sudi. Bagaimana sekalipun, aku rasa mereka tetap tidak akan sudi.”

 

18. Kita Harus Terpisah

 

Dia segera meneruskan dengan, “Dan bagaimana dalam Wahyu 18:4 Tuhan memanggil kita keluar dari antara mereka, untuk menjadi terpisah.”

 

Ini, bergabung dengan pernyataan mula-mulanya tentang Alkitab ditulis terutamanya untuk era Filadelfia, mengusulkan bahawa dia juga menyatakan yang UMAT FILADELFIA HARUS JANGAN BERSATU DENGAN MEREKA YANG TIDAK MEMEGANG SEMUA KEBENARAN DIPULIHKAN INI. (Bagaimanapun, ini tidak melarang mempunyai apa-apa hubungan dengan orang lain.)

 

Komen-komen Berikut HWA

 

Kembali kepada khotbah itu, Herbert Armstrong kemudian segera meneruskan dengan, “Baik, saudara, semua hal itu telah dipulihkan dan ada satu misi untuk Jemaat ini yang tidak pernah berlaku, dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Jemaat lain.”

 

Pernyataan Herbert Armstrong ini menunjukkan bahawa kebenaran-kebenaran yang disebutkan dalam artikel ini ialah sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dirasainya telah dipulihkan kepada era Filadelfia Jemaat Tuhan.

 

Ini menarik, sebab ini memperlihatkan bahawa dia percaya yang 3 kebenaran terakhir itu merupakan kebenaran-kebenaran dipulihkan. Ketiga-tiga itu tidak ada dalam Worldwide News (walaupun Jemaat Hidup Tuhan khususnya mengajar ini sebagai sebahagian daripada 18 kebenaran dipulihkan. Re: Ames R. Treasure the Truth. Khotbah, Charlotte, NC, 8/12/06). Sebab penyenaraian kebenaran-kebenaran dipulihkan dalam Worldwide News begitu menyerupai apa yang ada dalam artikel ini, kami tidak percaya bahawa mereka yang menyusunnya tidak mempunyai akses kepada khotbah khusus ini. Kami rasa mereka sengaja meninggalkan tiga yang terakhir itu, pada dasarnya sebab perpisahan daripada orang Katolik dan Protestan adalah bertentangan dengan apa yang nyata diingini oleh kepimpinan baru itu.” (B & J Thiel ibid.)