Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[234]
Lembah Tulang-tulang
Kering [234]
(Edition 1.0 20060927-20060927)
Allah berbicara melalui nabi Yehezkiel dalam bab 37 mengenai dengan Lembah Tulang-tulang yang Kering. Ini difahami sebagai kebangkitan orang-orang yang sudah mati. Bagaimana pun, kebangkitan yang mana satu dan bilakah ia akan berlaku, dan apakah maksudnya dalam pertalian dengan Pemulihan Israel?
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2006 Wade Cox)
(Tr. 2007)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Lembah
Tulang-tulang Kering [234]
Aktiviti-aktiviti Yehezkiel bab 37 selalunya diterjemahkan dengan perkaitan dengan kebangkitan orang yang sudah mati. Perkataan yang digunakan bagi kuburan dalam ayat 12 adalah dalam perkataan Ibrani geber (kehber, SHD 6913) dam bukan Sheol. Terdapat pengulangan yang terlibat, yang mana dipercayai oleh para pakar yang membambitkan Kebangkitan, dan juga Kebangkitan kedalam tanah Israel (yakni di atas tanah orang Israel (Ibr. ‘admath)(petikan contoh Bullinger, Comp, Bible, catatan bawah kepada 37:12).
Beberapa orang telah menterjemahkan teks ini sebagai merujuk kepada Kebangkitan Kedia pada penghujung masa Milenium.
Penempatan teks ini dalam pertalian dengan bab-bab lain dalam buku ini menunjukkan bahawa ia adalah rujukan umum kepada pemulihan Israel dari kedua-dua bahagian, dan oleh itu termasuklah Kebangkitan yang Pertama.
Firman
Tuhan datang kepada para gembala Israel dalam
Yehezkiel 34. Teks ini telah dikaji dengan terperinvi dalam karya tulis Mengukur Kaabah [137].
Kemudian
Allah memberitahu Yehezkiel untuk menangani bangsa di sekeliling Israel, dan
kemudian dengan pemulihan Israel.
Dalam
bab 35 Allah berbicara terhadap Gunung Seir, atau bangsa Edom, yang merupakan
anak-anak Esau.
Edom
mempunyai kebencian terhadap Israel dan memburu mereka dengan ganas. Allah
memutuskan untuk menghukum mereka kerana mereka telah memburu Israel selepas
masa dimana ketidakadilan mereka telah berakhir (Yeh 35:5). Mereka telah
dikalahkan oleh Yudah dibawah John Hyrcanus dan mualaf kepada fahaman Yudaisme.
Mereka bergaul dengan Yudah di Yudea, dan raja-rja di Yudea dibawah orang Roma
adalah keturunan Edom atau Idumean. Herodes yang Agung adalah keturunan Esau.
Pada zaman penyebaran Yudah, Edom bersekutu dengan Zealoy dan memangsakan Yudah
di Yerusalem (lihat karya tulis Peperangan dengan Roma dan
Kejatuhan Kaabah [298]).
Edom
telah terus menerus diasingkan dan kota-kota mereka tidak akan pulih, dan
mereka akan mengetahui bahawa Tuhan adalah Allah. Edom cuba untuk memiliki
berkat dari Israel dan Yudah, walaupun Tuhan di sana (Yeh 35:10). Ini adalah
rujukan kepada keinginan Edom untuk bergelut kembali dengan hak kelahiran yang
telah dijual oleh Esau kepada Yakub. Tuhan di sana sebagai saksi, dan berada disana
sewaktu mereka cuba untuk mengambilnya kembali.
Oleh
kerana itu, Allah akan menghakimi Edom kerana kebencian dan kemarahan serta
pengkhianatan mereka. Dia akan memusnahkan Edom. JanjiNya adalah bahawa,
apabila seluruh bumi bergembira, Dia akan membuat Edom diasingkan, kedua-dua
Gunung Seir dan semua Idemea.
Edom
berada di dalam Edom dan Yudea dan dalam empayar perdagangan orang Phoenicia.
Mereka
akan diasingkan apabila seluruh bumi bergembira. Justru itu, walapun pemulihan
akan berlaku, mereka akan kekal terasing.
Kemudian,
dalam bab 36, Yahovah memerintahkan Yehezkiel
untuk menyebut perkataan Adonai Yahovah.
Bangsa-bangsa
cuba untuk menuntut Tempat Yang lebih Tinggi atau gunung Israel, yang telah
dijanjikan kepada mereka (Kej 49:26; Ul 13:13; 33:15).
Oleh
kerana bangsa-bangsa telah menelan Israel dan mengasingkannya di setiap sudut,
dan telah menyebabkan orang menyembah berhala dan terkutuk bagi semua orang,
Allah memutuskan untuk campur tangan. Inia dalah sentimen yang sama kita lihat
dalam Buku Zakariah (lihat karya tulis Komentar terhadap Zakariah
[297]).
Kemudian
Allah berfirman terhadap bangsa-bangsa orang yang menyembah berhala di
sekeliling Israel, termasuk Idemea, dan menghukum mereka.
Yehezkiel
36:1-38
"Hai engkau, anak manusia, bernubuatlah mengenai gunung-gunung Israel dan katakanlah: Hai gunung-gunung Israel, dengarlah firman TUHAN! 2 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena musuh itu berkata mengenai kamu: Syukur! Bukit-bukit dari dahulu kala sudah menjadi milik kita. 3 Oleh karena itu bernubuatlah dan katakan: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena, ya sungguh karena musuh dari sekitarmu menjadikan kamu sunyi sepi dan mengingini kamu, supaya kamu menjadi milik sisa bangsa-bangsa, dan oleh karena kamu menjadi buah mulut orang dan banyak dipergunjingkan, 4 oleh karena itu, hai gunung-gunung Israel, dengarlah firman Tuhan ALLAH kepada gunung-gunung dan bukit-bukit, kepada alur-alur sungai dan lembah-lembah, kepada reruntuhan-reruntuhan yang sunyi sepi dan kepada kota-kota yang sudah ditinggalkan, yang sudah menjadi jarahan dan olok-olokan bagi sisa bangsa-bangsa yang di sekitarnya; 5 oleh karena itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku pasti berfirman dalam api cemburuan-Ku melawan sisa bangsa-bangsa dan melawan seluruh Edom, yang menentukan tanah-Ku menjadi miliknya dengan segala rasa sukacita dan rasa penghinaan, sehingga tanah-Ku itu dimilikinya dan dapat habis dijarah. 6 Oleh karena itu bernubuatlah mengenai tanah Israel dan katakanlah kepada gunung-gunung dan bukit-bukit, kepada alur-alur sungai dan lembah-lembah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku berfirman dalam amarah cemburuan-Ku, oleh karena kamu sudah menanggung noda yang ditimbulkan bangsa-bangsa. 7 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku bersumpah bahwa bangsa-bangsa yang di sekitarmu sendiri pasti akan menanggung noda mereka. 8 Maka kamu, gunung-gunung Israel, akan bertunas kembali dan akan memberi buah untuk umat-Ku Israel, sebab mereka akan segera kembali. 9 Hati-Ku akan baik kembali dan Aku akan berpaling kepadamu dan kamu akan dikerjakan dan ditaburi. 10 Aku akan membuat manusia banyak di atasmu, yaitu segenap kaum Israel dalam keseluruhannya; kota-kota akan didiami lagi dan reruntuhan-reruntuhan akan dibangun kembali. 11 Aku akan membuat manusia dan binatang banyak di atasmu, dan mereka akan bertambah banyak dan beranak cucu dan Aku akan membuat kamu didiami kembali seperti keadaan semula dan akan berbuat baik kepadamu lebih dari pada keadaan dahulu. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN.
Kemudian
Allah memberikan berkat kepada Israel. Gunung-gunung akan diberkato dan umat
Israel akan pulang tidak lagi. Ini adalah jangka masa pada zaman akhir dalam
pemulihan.
Israel
akan didiami dan umatnya tidak lagi mati dan Israel tidak akan lenyap. Ini
adalah akhir kepada jangka masa pembunuhan beramai-ramai yang telah membunuh
umat-umat Israel.
12 Aku akan membuat manusia lalu-lalang di
atasmu yaitu umat-Ku Israel; mereka akan menduduki engkau dan engkau akan
menjadi milik pusaka mereka dan engkau tidak lagi terus memunahkan mereka.
Jangka
masa damai ini akan memperlihatkan Israel tidak lagi membunuh manusia dan tidak
akan kehilangan anak-anak mereka.
13 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena
orang berkata tentangmu: Engkau memakan orang dan engkau memunahkan
bangsamu-- 14 oleh karena itu engkau
tidak akan makan orang lagi dan tidak akan memunahkan bangsamu lagi,
demikianlah firman Tuhan ALLAH. 15 Aku
tidak lagi membiarkan orang membicarakan noda yang ditimbulkan bangsa-bangsa
terhadap engkau dan engkau tidak lagi menanggung pencelaan bangsa-bangsa dan
tidak lagi memunahkan bangsamu, demikianlah firman Tuhan ALLAH."
Israel kemudiannya tidak lagi mencela bangsa ini,
dan imam-imamnya tidak lagi tersandung atas kesilapan mereka.
Israel
akan dihukum kerana kemurtadannya sewaktu ia duduk di tanahnya sendiri, dan
telah tersebar kerana kemurtadan serta keberhelaan. Mereka telah tersebar di
kalangan bangsa-bangsa dengan tradisi-tradisi mereka sehingga Mesiah telah
mengutuk mereka, dan dimana mereka membunuh dia. Mereka telah tersebar dan
dihakimi kerana sikap serta perbuatan mereka. Sikap Yudah, sehingga akhir, akan
memalukan, seperti yang kita lihat dalam akrya tulis Peperangan dengan Roma dan
KEjatuhan Kaabah [298]).
16 Kemudian datanglah firman TUHAN
kepadaku: 17 "Hai anak manusia,
waktu kaum Israel tinggal di tanah mereka, mereka menajiskannya dengan tingkah
laku mereka; kelakuan mereka sama seperti cemar kain di hadapan-Ku. 18 Maka Aku
mencurahkan amarah-Ku ke atas mereka karena darah yang dicurahkan mereka di tanah itu, sedang tanah itu mereka najiskan
dengan berhala-berhala mereka.
19 Aku menghamburkan mereka di antara bangsa-bangsa, sehingga mereka
berserak-serak di semua negeri, Aku menghakimi mereka selaras dengan tingkah
lakunya. 20 Di mana saja mereka datang
di tengah bangsa-bangsa, mereka menajiskan nama-Ku yang kudus, dalam hal orang menyindir
mereka: Katanya mereka umat TUHAN, tetapi mereka harus keluar dari
tanah-Nya. 21 Aku merasa sakit hati
karena nama-Ku yang kudus yang dinajiskan oleh kaum Israel di tengah
bangsa-bangsa, di mana mereka datang.
Allah memutuskan untuk memulihkan Israel, bukan kerana mereka, dan walaupun bidaah dan tradisi mereka. Dia memulihkan mereka kerana Nama Dia yang Kudus, yang telah dicemar oleh mereka dikalangan bangsa-bangsa. Masa ini terpulang kepada kita sekarang.
Israel telah dipulihkan sebelum konversinya. Sebahagian besar pemulihan ini berlaku melalui tindakan Efraim sejak 1916.
22 Oleh karena itu katakanlah kepada kaum Israel: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Bukan karena kamu Aku bertindak, hai kaum Israel, tetapi karena nama-Ku yang kudus yang kamu najiskan di tengah bangsa-bangsa di mana kamu datang. 23 Aku akan menguduskan nama-Ku yang besar yang sudah dinajiskan di tengah bangsa-bangsa, dan yang kamu najiskan di tengah-tengah mereka. Dan bangsa-bangsa akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, demikianlah firman Tuhan ALLAH, manakala Aku menunjukkan kekudusan-Ku kepadamu di hadapan bangsa-bangsa. 24 Aku akan menjemput kamu dari antara bangsa-bangsa dan mengumpulkan kamu dari semua negeri dan akan membawa kamu kembali ke tanahmu.
Perkumpulan ini dilakukan sekaran dan akan berterusan untuk beberapa lama lagi pada masa akan datang.
Kemudian mereka akan disucikan, diberikan pertobatan dan mualaf dalam kuasa Roh Kudus.
25 Aku akan mencurahkan kepadamu air jernih, yang akan mentahirkan kamu; dari segala kenajisanmu dan dari semua berhala-berhalamu Aku akan mentahirkan kamu. 26 Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat. 27 Roh-Ku akan Kuberikan diam di dalam batinmu dan Aku akan membuat kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku dan tetap berpegang pada peraturan-peraturan-Ku dan melakukannya. 28 Dan kamu akan diam di dalam negeri yang telah Kuberikan kepada nenek moyangmu dan kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu.
*Catatan:Terjemahan Knox mengatakan bagi ayat 25: “Dan kemudian Aku akan menumpahkan pembersih hidup ke atas kamu…”
Perhatikan bahawa proses konversi ini melibatkan Israel berjalan dalam PErintah Hukum dan Sikap Keperibadian Allah,seperti yang diberikan kepada Kristus dan Musa dia Sinai. Penurutan ini adalah erti kata dalam Wahyu 12:17 dan 14:12.
Allah akan membersihkan mereka dan membuat gunung-gunung akan terbit bagi kepenuhan mereka. Mereka tidak lagi dimalukan dengan kebuluran. Dengan cara ini mereka akan mengingati kejahatan serta ketidakadilan mereka.
29 Aku akan melepaskan kamu dari segala dosa kenajisanmu dan Aku akan menumbuhkan gandum serta memperbanyaknya, dan Aku tidak lagi mendatangkan kelaparan atasmu. 30 Aku juga memperbanyak buah pohon-pohonanmu dan hasil ladangmu, supaya kamu jangan lagi menanggung noda kelaparan di tengah bangsa-bangsa. 31 Dan kamu akan teringat-ingat kepada kelakuanmu yang jahat dan perbuatan-perbuatanmu yang tidak baik dan kamu akan merasa mual melihat dirimu sendiri karena kesalahan-kesalahanmu dan perbuatan-perbuata yang keji.
Allah berfirman Dia tidak bertindak kerana Israel, tetapi membaurkan mereka, dan membuat mereka malu.
32 Bukan karena kamu Aku bertindak, demikianlah firman Tuhan ALLAH, ketahuilah itu. Merasa malulah kamu dan biarlah kamu dipermalukan karena kelakuanmu, hai kaum Israel. 33 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pada hari Aku mentahirkan kamu dari segala kesalahanmu, Aku akan membuat kota-kota didiami lagi dan reruntuhan-reruntuhan akan dibangun kembali.34 Tanah yang sudah lama tinggal tandus akan dikerjakan kembali, supaya jangan lagi tetap tandus di hadapan semua orang yang lintas dari padamu. 35 Sebaliknya mereka akan berkata: Tanah ini yang sudah lama tinggal tandus menjadi seperti taman Eden dan kota-kota yang sudah runtuh, sunyi sepi dan musnah, sekarang didiami dan menjadi kubu. 36 Dan bangsa-bangsa yang tertinggal, yang ada di sekitarmu akan mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, yang membangun kembali yang sudah musnah dan menanami kembali yang sudah tandus. Aku, TUHAN, yang mengatakannya dan akan membuatnya. 37 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Dalam hal ini juga Aku menginginkan, supaya kaum Israel meminta dari pada-Ku apa yang hendak Kulakukan bagi mereka, yaitu membuat mereka banyak seperti lautan manusia. 38 Seperti domba-domba persembahan kudus, dan seumpama domba-domba Yerusalem pada waktu-waktu perayaannya, begitulah kota-kota yang sudah runtuh penuh dengan lautan manusia. Dengan begitu mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Bangsa-bangsa kemudiannya akan memahami bahawa Allah melakukannya. Kota-kota yang terbiar akan diduduki oleh manusia seperti kawanan domba korban di Yerusalem. Orang-orang ini dedikasi kepada Allah dalam Roh Kudus. Mereka akan meninggalkan tradisi mereka seperti kain buruk, dan mengubah serta memberikan hati mereka dan akan dibaptikan dan mengalami konversi.
Fasa yang seterusnya dalam Pemulihan adalah kebangkitan apda waktu kedatanagan Mesiah.
Kebangkitan
Bahagian ini adalah berkenaan dengan Tulang yang Kering (ay. 1-14) dan dua tongkat (ay 15-28) dalam Yehezkiel 37.
Nubuatan tentang tulang yang kering mengikuti satu rentetan:
Kemudian fasa yang seterusnya diulang dari 3:
Kemudian penglihatan ini dijelaskan (ay.11).
Soalan dan jawapan Yahovah kemudiannya muncul (ay.12-14).
Sekarang Tuhan berbicara melalui Roh (lihat juga 1;1,3; 8:3; 11:24-25; 40:2-3). Ekspresi dalam teks ini menunjukkan maksud Wahyu 1:10 (lihat juga Bullinger, Comp. Bible catatan kepada ay. 1).
1 Lalu kekuasaan TUHAN meliputi aku dan Ia membawa aku ke luar dengan perantaraan Roh-Nya dan menempatkan aku di tengah-tengah lembah, dan lembah ini penuh dengan tulang-tulang. 2 Ia membawa aku melihat tulang-tulang itu berkeliling-keliling dan sungguh, amat banyak bertaburan di lembah itu; lihat, tulang-tulang itu amat kering. 3 Lalu Ia berfirman kepadaku: "Hai anak manusia, dapatkah tulang-tulang ini dihidupkan kembali?" Aku menjawab: "Ya Tuhan ALLAH, Engkaulah yang mengetahui!" 4 Lalu firman-Nya kepadaku: "Bernubuatlah mengenai tulang-tulang ini dan katakanlah kepadanya: Hai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman TUHAN! 5 Beginilah firman Tuhan ALLAH kepada tulang-tulang ini: Aku memberi nafas hidup di dalammu, supaya kamu hidup kembali. 6 Aku akan memberi urat-urat padamu dan menumbuhkan daging padamu, Aku akan menutupi kamu dengan kulit dan memberikan kamu nafas hidup, supaya kamu hidup kembali. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN." 7 Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan kepadaku; dan segera sesudah aku bernubuat, kedengaranlah suara, sungguh, suatu suara berderak-derak, dan tulang-tulang itu bertemu satu sama lain. 8 Sedang aku mengamat-amatinya, lihat, urat-urat ada dan daging tumbuh padanya, kemudian kulit menutupinya, tetapi mereka belum bernafas. 9 Maka firman-Nya kepadaku: "Bernubuatlah kepada nafas hidup itu, bernubuatlah, hai anak manusia, dan katakanlah kepada nafas hidup itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Hai nafas hidup, datanglah dari keempat penjuru angin, dan berembuslah ke dalam orang-orang yang terbunuh ini, supaya mereka hidup kembali." 10 Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan-Nya kepadaku. Dan nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentara yang sangat besar.
Perkataan ini merujuk kepada mereka yang terbunuh kerana melakukan pelayanan Allah. Mereka adalah yang mengalami kematian yang ganas. Pihak Septuagin memanggilnya tous nekrous, yang mana berbeza dengan nekrous tanpa artikel, yang merujuk kepada mereka yang pernah hidup. Tetapi dengan cara ini, dengan artikel, ia merujuk ekpada mayat-mayat. Bullinger mencatatkan perbezaan (dalam catatan bawah keapda ayat 9). Bandingkan teks ini dengan apa yang Kristus katakan dalam Matius 22:31-32 dan Lukas 24:5 (petikan juga dalam 1 or 15:29,35,42,52).
Teks ini merujuk kepada Kebangkitan Pertama dan tempatnya dalam administrasi, dan juga restorasi Israel dengan cara yang ajaib.
Ini adalah akhir kepada visi yang diperlihatkan dan rentetan yang pertama. Orang-orang ini adalh mereka yang penurut dari Keluarga Israel.
Visi ini sekarang dijelaskn.
Penggunaan istilah “seluruh isi rumah” merujuk juga kepada Jemaat, yang merupakan taman anggur Tuhan, sebagai Israel spiritual.
11 Firman-Nya kepadaku: "Hai anak manusia, tulang-tulang ini adalah seluruh kaum Israel. Sungguh, mereka sendiri mengatakan: Tulang-tulang kami sudah menjadi kering, dan pengharapan kami sudah lenyap, kami sudah hilang.
Mereka menganggap mereka sepenuhnya disingkirkan tetapi mereka sebenarnya tidak, dan identiti mereka serta silsilah mereka akan dipulihkan.
12 Oleh sebab itu, bernubuatlah dan katakan kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku membuka kubur-kuburmu dan membangkitkan kamu, hai umat-Ku, dari dalamnya, dan Aku akan membawa kamu ke tanah Israel. 13 Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, pada saat Aku membuka kubur-kuburmu dan membangkitkan kamu, hai umat-Ku, dari dalamnya.
Tindakan yang ajaib ini memerlukan satu kebangkitan yang sama dengan penciptaan Adam. Ini adalah satu kebangkitan yang sama dengan kebangkitan Lazarus dan umat pilihan pada masa Mesiah, apabila mereka yang datang dari kuburan hidup kembali dan mati secara semulajadi, atau akan dibunuh.
Rentetan ini mengikuti janji Yahovah untuk:
Kemudian muncul janji pengetahuan yang mengikuti tindakan ini.
5. Apabila Aku membuka liang kubur kamu (ay.13).
14 Aku akan memberikan Roh-Ku ke dalammu, sehingga kamu hidup kembali dan Aku akan membiarkan kamu tinggal di tanahmu. Dan kamu akan mengetahui bahwa Aku, TUHAN, yang mengatakannya dan membuatnya, demikianlah firman TUHAN."
Disini kebangkitan ini melibatkan perletakan Roh Kudus di Israel. Justru itu, konversi Israel, dari Yudah dan Efraim, diperkatakan disini. Sekarang ianya dijelaskan.
Ini juga adalah Keluaran kedua yang diberitahu terlebih dahulu oleh nabi Yesaya (Yes 66:18-24).
Dua Tongkat
Dua batang ini adalah mewakili dua bangsa Yudah (bersama dengan
Benjamin dan sebahagian Lewi) dan Efraim dan sepuluh suku kaum yang bertalian
dengannya. Dua bangsa ini akan bergabung sekali lagi selepas persatuan mereka
terpecah seperti yang kita lihat dalam nubuatan Keindahan dan Persatuan (lihat
karya tulis Komentar
terhadap Zakariah [297]).
15 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 16 "Hai engkau anak manusia, ambillah sepotong papan dan tulis di atasnya: Untuk Yehuda dan orang-orang Israel yang bersekutu dengan dia. Kemudian ambillah papan yang lain dan tulis di atasnya: Untuk Yusuf--papan Efraim--dan seluruh kaum Israel yang bersekutu dengan dia. 17 Gabungkanlah keduanya menjadi satu papan, sehingga keduanya menjadi satu dalam tanganmu. 18 Maka kalau teman-teman sebangsamu bertanya kepadamu: Tidakkah engkau bersedia memberitahukan kepada kami, apa artinya ini-- 19 katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku mengambil papan Yusuf--yang dalam tangan Efraim--beserta suku-suku Israel yang bersekutu dengan dia dan menggabungkannya dengan papan Yehuda dan Aku akan menjadikan mereka satu papan, sehingga mereka menjadi satu dalam tangan-Ku. 20 Dan sedang engkau memegang papan-papan yang kautulisi itu dalam tanganmu di hadapan mereka,
Jadi, mereka akan bergabung dalam persatuan dalam satu keserasian, dan mereka akan diambil dari tempat dimana mereka telah berpecah.
21 katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku menjemput orang Israel dari tengah bangsa-bangsa, ke mana mereka pergi; Aku akan mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan akan membawa mereka ke tanah mereka. 22 Aku akan menjadikan mereka satu bangsa di tanah mereka, di atas gunung-gunung Israel, dan satu raja memerintah mereka seluruhnya; mereka tidak lagi menjadi dua bangsa dan tidak lagi terbagi menjadi dua kerajaan.
Justru itu, mereka akan menjadi satu bangsa dan satu kerajaan dibawah satu pemerintahan. Persatuan ini terjadi pada zaman akhir nanti pada masa kedatangan Mesiah.
Kemudian mereka akan dibersihkan dari pemberhalaan, tradisi mereka dan fahaman mistisisme mereka.
23 Mereka tidak lagi menajiskan dirinya dengan berhala-berhalanya atau dewa-dewa mereka yang menjijikkan atau dengan semua pelanggaran mereka. Tetapi Aku akan melepaskan mereka dari segala penyelewengan mereka, dengan mana mereka berbuat dosa, dan mentahirkan mereka, sehingga mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahnya.
Daud akan menjadi raja keatas mereka.
Kerana Daud mati hampir tiga milenia, kita dengan jelas berbicara tentang kebangkitan dan Mesiah, anak kepada keturunan Daud. Dibawah Kristus mereka akan mengikuti hukum Allah seperti ianya diberikan kepada Israel.
24 Maka hamba-Ku Daud akan menjadi rajanya, dan mereka semuanya akan mempunyai satu gembala. Mereka akan hidup menurut peraturan-peraturan-Ku dan melakukan ketetapan-ketetapan-Ku dengan setia. 25 Mereka akan tinggal di tanah yang Kuberikan kepada hamba-Ku Yakub, di mana nenek moyang mereka tinggal, ya, mereka, anak-anak mereka maupun cucu cicit mereka akan tinggal di sana untuk selama-lamanya dan hamba-Ku Daud menjadi raja mereka untuk selama-lamanya.
Daud akan dibangkitkan, dan Mesiah akan
menjadi Tuhan mereka, dan umat pilihan akan menjadi keluarga Daud seperti
elohim (lihat Zakariah 12:8; lihat juga karya tulis Umat pilihan sebagai Elohim
[001]).
Kemudian
perjanjian akan diperbaharui. Yahovah Israel aan diam bersama dengan mereka,
dan Yahovah Alam Semesta akan berada disana melalui Roh Kudus, dan Kaabah akan
menjadi umat pilihan, dan Kaabah fizikal akan menjadi simbolik kepada Kaabah
Spiritual, yang adalah diri kita.
26 Aku akan mengadakan perjanjian damai dengan mereka, dan itu akan menjadi perjanjian yang kekal dengan mereka. Aku akan memberkati mereka dan membuat mereka banyak dan memberikan tempat kudus-Ku di tengah-tengah mereka untuk selama-lamanya. 27 Tempat kediaman-Kupun akan ada pada mereka dan Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. 28 Maka bangsa-bangsa akan mengetahui bahwa Aku, TUHAN, menguduskan Israel, pada waktu tempat kudus-Ku berada di tengah-tengah mereka untuk selama-lamanya."
Bangsa-bangsa
ini akan datang ke Tanah Suci tahun demi tahun untuk menyembah Tuhan semesta
alam, dan mereka akan mengetahui bahawa Allah ada di kalangan mereka sentiasa.
Kemudian,
apabila Tuhan bermula untuk menduduki Israel, dan pada waktu kedatangan Mesiah
dan pengumpulan umat piluhan, peperangan Milenium akan berlaku.
Kisah Yehezkiel bab 38 dan 39 adalah berkenaan dengan peperangan ini, yang merupakan peperangan Hamon-Gog (lihat karya tulis Peperangan Hamon-Gog [294]).
Yehezkiel 39:25 menunjukkan bahawa peperangan bermula sebelum bermulanya Milenium dan memulakan penawanan Yakub dibawah Allah, sebagai seluruh Keluarga Israel dalam Tanah Suci. Seluruh Keluarga Israel juga mewakili umat pilihan. Justru itu, Allah menggunakan peperangan ini untuk menggabungkan dan mendirikan Israel sebagai BangsaNya yang Kudus.
Yehezkiel 38:1-16
Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia 3 dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal. 4 Aku akan menarik engkau dengan mengenakan kelikir pada rahangmu dan membawa engkau ke luar beserta seluruh tentaramu, yaitu pasukan berkuda, semuanya berpakaian lengkap, suatu kumpulan orang banyak dengan perisai besar dan kecil dan semuanya berpedang di tangannya. 5 Orang Persia, Etiopia, dan Put menyertai mereka dan semuanya dengan perisai dan ketopong; 6 orang Gomer dengan seluruh bala tentaranya, Bet-Togarma dari utara sekali dengan seluruh bala tentaranya, banyak bangsa menyertai engkau. 7 Bersedialah dan bersiaplah engkau dengan semua kumpulan orang yang menggabungkan diri dengan engkau dan jadilah pelindung bagi mereka. 8 Sesudah waktu yang lama sekali engkau akan mendapat perintah; pada hari yang terkemudian engkau akan datang di sebuah negeri yang dibangun kembali sesudah musnah karena perang, dan engkau menuju suatu bangsa yang dikumpul dari tengah-tengah banyak bangsa di atas gunung-gunung Israel yang telah lama menjadi reruntuhan. Bangsa ini telah dibawa ke luar dari tengah bangsa-bangsa dan mereka semuanya diam dengan aman tenteram. 9 Engkau muncul seperti angin badai dan datang seperti awan yang menutupi seluruh bumi, engkau beserta seluruh bala tentaramu dan banyak bangsa menyertai engkau.
Israel sedang didirikan di kota-kota, dan
bangsa-bangsa di utara menentangnya. Identiti bangsa-bangsa akan dijelaskan
dalam karya tulis Peperangan
Hamon-Gog [294] dan merangkumi kedua-dua segi dalam konflik
ini. Kedua-dua segi ditaklukkan, seperti yang kita lihat adlam karya tulis
tersebut.
10 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pada hari itu timbullah niat dalam hatimu dan engkau membuat rancangan jahat. 11 Engkau berkata: Aku akan bangkit bergerak menyerang tanah yang kota-kotanya tanpa tembok dan akan mendatangi orang-orang yang hidup tenang-tenang dan diam dengan aman tenteram; mereka semuanya diam tanpa tembok atau palang atau pintu gerbang. 12 Engkau bermaksud untuk merampas dan menjarah dan mengacungkan tanganmu terhadap reruntuhan-reruntuhan yang sudah didiami kembali dan menyerang umat-Ku yang dikumpulkan dari tengah bangsa-bangsa. Mereka sudah mempunyai ternak dan harta benda dan mereka diam di pusat bumi. 13 Negeri Syeba dan Dedan beserta pembeli-pembeli barangnya, negeri Tarsis beserta pedagang-pedagangnya akan berkata kepadamu: Apakah engkau datang untuk merampas dan mengumpulkan sekutumu untuk menjarah, untuk mengangkut perak dan emas, untuk melarikan ternak dan harta benda dan untuk melakukan perampasan yang hebat sekali? 14 Sebab itu, bernubuatlah, hai anak manusia dan katakanlah kepada Gog: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Ketika umat-Ku Israel sedang diam dengan aman tenteram, pada waktu itulah engkau akan bergerak 15 dan datang dari tempatmu dari utara sekali, engkau dengan banyak bangsa yang menyertai engkau, mereka semuanya mengendarai kuda, suatu kumpulan yang besar dan suatu pasukan yang kuat. 16 Engkau bangkit melawan umat-Ku Israel seperti awan yang menutupi seluruh bumi. Pada hari yang terkemudian akan terjadi hal itu dan Aku akan membawa engkau untuk melawan tanah-Ku, supaya bangsa-bangsa mengenal Aku, pada saat Aku menunjukkan kekudusan-Ku kepadamu di hadapan mereka, hai Gog.
Peperangan besar Hamon-Goh akan berlaku pada permulaan Milenium. Bagaimana pun, kita juga tahu dari Wahyu bab 20 bahawa peperangan besar akan berlaku pada penghujung Milenium, sebelum Kebangkitan umum (atau yang kedua) bagi orang-orang yang sudah mati. Wahyu bab 20 menjelaskan Yehezkiel bab 26-29. Yehezkiel 40-41 menunjukkan sistem Kaabah yang akan didirikan bagi Milenium tersebut.
Wahyu 20-1-15
Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya.
Restorasi ini bermula dengan pengikatan Iblis pada waktu kedatangan Mesiah. Umat pilihan akan dibangkitkan dan penghakiman dikenakan keatas mereka. Ini adalah permulaan kepada restorasi sebelum sistem milenial.
4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. 5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama. 6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya.
Justru itu, pemerintahan milenial umat kudus akan memulakan milenium. Ini adalah restorasi Israel, yang diistilahkan sebagai penawanan Yakub. Kristus kembali untuk menawan tawanan.
Kemudian Iblis akan dilepaskan sekali lagi bagi peperangan akhir pada penghujung milenium.
7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. 9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.
Justru itu, peperangan Gog dan Magog adalah satu peperangan yang berterusan, kedua-duanya pada waktu akhir pemerintahan Iblis dan sekali lagi pada waktu pembebasan Iblis. Kematian Iblis dan binatang itu, dan nabi palsu, adalah kematian konsep-konsep pada penghujung tujuh ribu tahun sistem bumi. Kebangkitan akhir tidak berkenaan dengan bangsa-bangsa dan sistem-sistem dan perkara-perkara sepertinya. Ia adalah berkenaan dengan penghakiman dan pembetulan pada jangka masa yang pendek dan dipanggil Penghakiman Takhta Putih yang Besar.
11 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. 12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.
Jemaat-jemaat Allah pada kurun yang ke-20
membuat satu kesilapan besar dengan mengasingkan peristiwa dalam ayat 12 dan
13, dan berdebat mengenai Kebangkitan Ketiga demi untuk mengawal keanggotaan
melalui ketakutan (lihat karya tulis Angapan Salah Kepada
Kebangkitan Ketiga [166]).
Bagaimana pun, ianya jelas dari lojik teks ini bahawa ayat 13 bercakap tentang
mereka yang mati di laut juga dibangkitkan bagi penghakiman bersama dengan
mereka yang mati di darat. Mereka yang tidak bertobat pada penghujung jangka
masa ini tidak diberikan hidup kekal dan akan mati, dan dibakar seperti sampah
dalam api Gehena, yang merupakan liang sampah di luar Yerusalem.
13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya. 14 Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api. 15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.
Justru
itu, Yehezkiel disini bercakap tentang kebangkitan pada permulaan Milenium bagi
restorasi dan pada waktu penghujungnya. Peperangan-peperangan ini mendahului
restorasi, yang akanberlaku melalui Milenium. Restorasi dalam
peperangan-peperangan ini dtetapkan untuk mendirikan Keluarga Allah dalam
kemuliaan untuk selamanya.
Yehezkiel
38:17-23
Beginilah firman Tuhan ALLAH: Engkaulah itu tentang siapa Aku sudah berfirman pada hari-hari dahulu kala dengan perantaraan hamba-hamba-Ku, yaitu nabi-nabi Israel, yang bertahun-tahun bernubuat pada waktu itu, bahwa Aku akan membawa engkau melawan umat-Ku. 18 Pada waktu itu, pada saat Gog datang melawan tanah Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH, amarah-Ku akan timbul. Dalam murka-Ku, 19 dalam cemburu-Ku dan dalam api kemurkaan-Ku Aku akan berfirman: Pada hari itu pasti terjadi gempa bumi yang dahsyat di tanah Israel. 20 Ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, binatang-binatang hutan, segala binatang melata yang merayap di bumi dan semua manusia yang ada di atas bumi akan gentar melihat wajah-Ku. Gunung-gunung akan runtuh, lereng-lereng gunung akan longsor dan tiap tembok akan roboh ke tanah. 21 Dan Aku akan memanggil segala macam kekejutan terhadap Gog, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sehingga pedang seorang akan memakan yang lain. 22 Aku akan menghukum dia dengan sampar dan tumpahan darah; Aku akan menurunkan hujan lebat, rambun, api dan hujan belerang ke atasnya dan ke atas tentaranya dan ke atas banyak bangsa yang menyertai dia. 23 Aku akan menunjukkan kebesaran-Ku dan kekudusan-Ku dan menyatakan diri-Ku di hadapan bangsa-bangsa yang banyak, dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN.
Sistem milenial kemudiannya didirikan dan bangsa-bangsa ditaklukkan kepada hukum-hukum Allah dan mereka bersedia untuk Kebangkitan Kedua dan Umum dari antara orang mati, yang mana didahului oleh peperangan akhir Gog dan Magog.
Penghujung proses ini adalah kedatangan
Kota Allah (lihat karya tulis Kota Allah [180]).
q