Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[236]

 

 

 

 

Artikel Tentang Krismas dan Easter

(Edisi 1.0 19980127-19980127)

 

Karangan tentang asal usul Krismas dan Easter ini telah diminta dituliskan selepas perbincangan dengan editor sebuah suratkhabar Australia. Karya penyelidikan bertajuk Asal Usul Krismas dan Easter telah ditulis sebagai karya dasar untuk artikel ini yang tidak mengandungi isi kesarjanaan yang diperlukan dan terperinci, yang agak membosankan untuk sesetengah pembaca.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1998 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Artikel Tentang Krismas dan Easter [236]


 


Krismas dan Easter dirayakan oleh kebanyakan Kekristianan. Kedua-duanya bukan perayaan Kristian dan asal usulnya mendalami pemujaan dewa-dewi kafir dan paganisme.

 

Banyak daripada adat resamnya diperolehi secara langsung daripada perbaikan kultus-kultus kesuburan purba yang dibangunkan di bawah Empayar Rom dan Asia Minor.

 

 

Krismas

 

Saturnalia

Tradisi pertama yang perlu kita periksa adalah pesta Saturnalia. Amalan Rom purba ini dirayakan pada waktu persiapan solstis musim dingin yang dari dahulu dirayakan pada 25 Disember. Menjelang zaman Empayar Rom, ia dirayakan selama tujuh hari dari 17 Disember hingga 23 Disember. Pesta ini mempunyai tiga fasa.

 

Di kalangan penduduk Rom dan daripada rekod tentera pada 303 AD, kita perhatikan bahawa seorang askar (perajurit) dipilih melalui undian tiga puluh hari sebelum pesta itu dan menjalani kehidupan kejangakan sepenuhnya disanjung, dipakaikan jubah dan dilayan sebagai penjelmaan dewa Saturn. Pada akhir tempoh itu, dia kemudiannya mengelar lehernya sendiri pada mezbah dewa Saturn. Pada 303 AD, askar Kristian bernama Dasius telah dihukum bunuh dengan perintah panglimanya Bassus kerana menolak untuk menyertai acara-acara itu dan mengakhiri hari-hari terakhirnya dalam kejangakan pesta pagan.

 

Aspek korban manusia ini dahulunya dikaitkan dengan semua fasa pesta-pesta pada setiap peringkat tahun.

 

Menjelang abad kedua selepas kelahiran Kristus, Saturnalia mempunyai tiga fasa:

 

  1. Saturnalia yang sebenar dari 17 Disember yang ditujukan kepada dewa Saturn.

 

  1. Opali yang ditujukan kepada Opis isteri Saturn yang bermula 19 Disember. Pada mulanya ini sebahagian daripada tema sistem Ibu dewi yang diadakan bersama-sama dengan Saturnalia.

 

  1. Hari keenam dan ketujuh merupakan Sigillaria apabila alat mainan tanah liat dibuat dan dijual, dan diberikan sebagai hadiah kepada anak-anak pada akhir perayaan itu. Dari sinilah datangnya kebiasaan memberi hadiah kepada anak-anak pada malam Krismas.

 

Semua adat resam nampaknya mengaitkan korban manusia dengannya pada asalnya.

 

Ketika hari-hari ini, tempat-tempat pengadilan ditutup dan tiada perniagaan awam boleh diadakan. Semua sekolah bercuti. Perang tidak dilakukan, hamba abdi diberikan hak-hak orang bebas dan memakai jubah serta dilayani tuan-tuan mereka pada pesta jamuan istimewa. Semua tingkat masyarakat mengikut serta dalam berpesta dan bergembira. Inilah asalnya istilah musim perayaan (festive season) dan adat-adat yang dikaitkan dengannya.

 

Sumbu atau cahaya lilin diberikan, dinyalakan dan digunakan sebagai cahaya pada hari terakhir karnival di Eropah. Inilah asal tradisi cahaya-cahaya Krismas.

 

Mereka memilih seorang raja olok-olok sebagai hiburan. Ini dipindahkan kepada upacara malam Kedua belas. Tuan Misrule tradisi Kristian, atau Raja Orang Tolol atau Raja Kacang, ditemui di seluruh Eropah dalam kedua-dua Kekristianan dan juga dalam Judaisme pada hari Purim, berasal daripada Raja Saturnalia dan nampaknya berakhir dengan kematian seperti yang kita saksikan daripada contoh Dasius yang mati syahid.

 

Perawan Syurgawi sebagai Ibu dewi

Agama Ibu dewi sangat popular dalam Empayar Rom dan hubungannya dengan kekasih atau anak adalah biasa. Ia meluas dari Afrika ke Portugal, Sepanyol, Perancis, Jerman, dan ke Bulgaria. Dia dianggap sebagai Perawan Syurgawi, diberi kehormatan ketuhanan, dan dia dan anaknya yang masih bayi dipawaikan setiap tahun. Pertaliannya dengan sebuah gua ditemui di Afrika, dan imam-imamnya yang bersifat keperempuanan masih mempawainya dan anaknya di Carthage sebagai Ibu dewi pada zaman Augustine.

 

Dia diserap masuk ke dalam agama Kristian sebagai Perawan Maria. Nama Ibu Kristus ialah Mariam, bukan Maria. Kita akan melihat lebih banyak tentang dia nanti.

 

Mithras

Dewa Mithras memasuki Rom sekitar 63 BC. 25 Disember secara tradisi dikaitkan dengan ibadatnya. Dia sebahagian daripada kultus-kultus Misteri dan bentuk awam ibadatnya adalah sebagai Elagabal. Dia dewa Matahari Tak Terkalah. Pemujaannya berkaitan dengan kultus-kultus Misteri dan pemujaan Matahari melalui sekumpulan besar dewa dan dewi. Jemaat awal mencatatkan bahawa pesta-pesta mereka telah diambil alih daripada orang pagan dan diberikan nama-nama Kristian. Pesta-pesta Isis dan Cybele diperhatikan oleh penulis Kristian, Tertullian, serupa dengan perayaan-perayaan Kekristianan. Dewa-dewi orang Yunani dan Mesir dan Rom dan orang Timur mempunyai upacara-upacara serupa, walaupun dengan nama-nama berbeza. Ibadat Rom kultus Attis lebih biadab daripada, contohnya, kultus Adonis orang Yunani namun kedua-duanya serupa. Semua pesta dewa-dewi itu diambil alih begitu saja dan diberi nama Kristian.

 

Krismas dan Perawan Syurgawi

25 Disember dianggap sebagai hari lahir Matahari. Upacara ini yang dirayakan di Syria dan Mesir sangat menyerupai perayaan Kristiannya yang moden. Mereka yang merayakannya masuk tidur ke dalam tempat suci dalaman. Pada waktu tengah malam mereka berteriak Perawan sudah melahirkan! Cahaya semakin besar!

 

Ini nampaknya ialah asal pesta malam Krismas. Perawan Syurgawi ialah Ibu dewi yang melahirkan Matahari yang masih bayi yang cahayanya mula membesar sesudah lama terpendam.

 

Inilah asal idea keperawanan kekal ilah yang dipanggil Perawan Syurgawi atau dewi Syurgawi.

 

Tiga raja

Tiga raja yang dihubungkan dengan kelahiran Kristus datang dari satu lagi sumber. Alkitab tidak memberitahu kita terdapat tiga orang dan mereka tidak disebut sebagai raja. Mereka dipanggil orang bijaksana. Terdapat tiga jenis hadiah. Nama-nama mereka secara tradisi ialah Caspar, Melchior dan Balthasar. Melchior selalu digambarkan sebagai seorang berkulit hitam. Di seluruh Eropah kita perhatikan bahawa tiga entiti itu nampaknya berpunca daripada aktiviti-aktiviti berkaitan dua belas hari Krismas dan mereka sebenarnya menggambarkan roh-roh gandum atau dewa-dewa kesuburan. Muka hitam itu berasal daripada tradisi-tradisi yang dikaitkan dengan Demeter dan dua lagi ialah dewa-dewa Pluto dan Persephone. Semua ini jauh lebih tua daripada Kekristianan.

 

Tuan Misrule, Raja Kacang dan Pesta Orang Bodoh

Tradisi raja yang dilantik pada pesta Saturnalia kemudiannya meluas ke seluruh Eropah dan dua belas hari Krismas. Tradisi-tradisinya berbeza dari tempat ke tempat dan aktiviti-aktiviti berlaku pada hari berlainan namun pada asasnya semua mempunyai tema yang sama. Amalan memakai topeng berasal daripada pesta-pesta kesuburan ini dahulunya. Di Eropah, golongan pendeta kadangkala berpakaian seperti perempuan dan orang ramai menyamar sebagai biskop, kepala biskop, paus dan kepala biara. Upacara-upacara jemaat yang paling bererti dijadikan parodi oleh golongan pendeta dan orang awam. Keldai dibawa ke dalam gereja dan diikat pada mezbah sementara acara-acara kebaktian berupa sandiwara dijalankan dengan acara meminum dan meratib yang cabul. Pada penghujungnya, sandiwara-sandiwara cabul diadakan.

 

Semua amalan ini dilakukan sampai abad kedua puluh.

 

Wang dan Kuih Krismas

Pesta Orang Bodoh berterusan hingga malam Kedua belas Krismas, iaitu pesta Epiphany 6 Januari. Ini ialah penghujung fasa pesta Matahari, yang menyusuli pesta Saturnalia yang berakhir pada 24 Disember. Ia berlanjutan dari 25 Disember hingga 6 Januari. Raja diundi dalam fasa ini dan, di sesetengah kawasan, dia mempunyai seorang ratu yang kadangkala diundi dan kadangkala dipilih. Kedua-duanya dihubungkan dengan pesta-pesta pertanian dan kesuburan purba. Mereka diundi pada malam Kedua belas atau pada malam Epiphany pada 5 Januari. Di sesetengah kawasan, kacang dibakar masuk dalam kuih untuk memilih raja dan ratu. Di England, sebiji kacang dimasukkan dalam topi untuk raja dan sebiji kacang pi (polong) untuk ratu. Kadangkala, sebiji kacang dimasukkan untuk semua orang dan kacang-kacang berwarna digunakan untuk memilih raja dan ratu.

 

Di beberapa kawasan, seorang anak diletakkan di bawah meja dan digunakan dengan cara serupa dengan petunjuk (orakel) Apollo untuk mengatur pembahagian kuih Krismas itu.

 

Kemudiannya, wang digantikan untuk kacang itu. Ini menjadi asal wang syiling perak yang diletakkan dalam kuih Krismas.

 

Ketinggian raja dan ratu dalam banyak kawasan digunakan untuk menentukan ketinggian hasil tanaman rami.

 

Kacang dibawa untuk diberkati oleh golongan pendeta dan digunakan untuk membuat ramalan sebagaimana banyak benda lagi pada waktu ini.

 

Upacara-upacara kesuburan yang dijalankan sepanjang dua belas hari Krismas di kebanyakan kawasan membabitkan penggunaan api unggun. Ini adalah untuk memastikan kejayaan hasil tanaman dan kelimpahan roti dan anggur. Api menjadi perlindungan terhadap jelaga dalam gandum dan terhadap penyakit. Lazimnya terdapat dua belas api yang lebih kecil dengan api ketiga belas yang lebih besar. Api-api ini juga menahan tukang sihir dan bayi tukaran yang berubah menjadi binatang buas pada waktu malam. Api-api ini dimulakan di sesetengah tempat seawal malam Krismas dan di tempat lain pula selewat malam Kedua belas atau Epiphany 6 Januari.

 

Api-api ini juga ada yang dalam bentuk lilin.

 

Asal usul lilin dalam upacara

Lilin digunakan dalam upacara-upacara awal orang Aryan. Lilin digunakan sebagai sejenis sihir dalam upacara dan bertujuan untuk mententeramkan roh, baik mahupun yang jahat.

 

Orang Aryan membawanya bersama ke dalam India dan barat ke Eropah bersama orang Celt dan suku-suku kemudian. Tujuan asal lilin dan api unggun adalah untuk menangkis dewa-dewa guntur, angin ribut dan badai dan juga tukang sihir dan roh jahat umumnya. Di sesetengah kawasan, lilin dibuat daripada lemak manusia dan, selewat abad ketujuh belas, lilin dibuat untuk kegunaan sihir daripada lemak penjahat yang digantung dan juga lemak anak-anak atau janin yang diambil daripada rahim perempuan mengandung yang dibunuh untuk tujuan itu.

 

Lilin diperhatikan telah digunakan daripada waktu tawanan Babel. Lilin memasuki Kekristianan melalui jemaat-jemaat Katolik dan Ortodoks. Penggunaannya bertujuan untuk mententeramkan dewa-dewi berdasarkan teori-teori animistik dan Doktrin Jiwa Abadi, yang dianggap umat Kristian mula-mula sebagai doktrin menghujat dan tidak mempercayai tuhan.

 

Cuaca

Dua belas hari Krismas digunakan untuk ramalan cuaca dan jenis ramalan yang lain. Cuaca setiap hari dikatakan meramalkan cuaca pada bulan-bulan tahun itu dan jenis sihir upacara yang lain. Orang Scotland (Scots) melakukan ini dari 31 Disember dan seterusnya sebagai ketetapan mutlak. Orang Celt Scotland dan Perancis terbahagi dari segi permulaan hari namun kedua-duanya mempunyai pandangan yang sama dan pandangan ini tersebar hingga ke India. Orang Aryan di sana membawa masuk kepercayaan ini ke dalam Hinduisme. Dua belas hari itu dianggap sebagai waktu apabila tiga Jin (Genie), Ribhu atau Genii musim, berhenti daripada pekerjaan mereka dalam kediaman dewa Matahari.

 

Kalendar

Dua belas hari Krismas sebenarnya nampaknya berkaitan dengan penyesuaian antara tahun lunar dengan tahun solar. Ini juga bertalian dengan waktu lima hari antara Krismas dan Tahun Baru sebagai penyesuaian kepada perhitungan tahun teori yang mempunyai dua belas bulan tiga puluh hari, dan panjang sebenar tahun solar. Ini jangan dikelirukan dengan tahun nubuatan alkitabiah yang mempunyai 360 hari.

 

Lima hari ini dianggap tidak mempunyai tujuan sebenar dan tiada apa-apa yang dilakukan pada waktu ini. Adat ini masih kekal hari ini dari Ireland ke Asia dan seterusnya ke Amerika Selatan. Ia suatu ciri pemujaan Matahari purba dan tiada kaitan dengan Kekristianan.

 

Dewa matahari dan pemujaannya

Hari kelahiran Mithras dewa Matahari adalah pada 25 Disember, dan kalendar Rom disesuaikan untuk menggambarkan konsep urutan lapan hari dari hari Saturn hingga hari Matahari. Kebaktian hari Minggu diperkenalkan kepada Kekristianan daripada pemujaan Matahari di Rom dan tidak ditemui dalam Kekristianan sehinggalah pertengahan abad kedua di Rom dan lebih lewat lagi di tempat lain. Krismas ialah pesta utama dalam mana pemujaan Matahari ini diselit masuk dan hari Minggu ialah hari yang didedikasikan kepada pemujaan dewa Matahari susulan daripada tradisi Krismas. Hari Tuhan dalam Alkitab ialah Sabat hari ketujuh yang dipanggil Sabtu – bukan hari Minggu.

 

Sejak waktu ini, di Timur, doa kepada Matahari diperkenalkan kepada Kekristianan.

 

Para pengasas jemaat awal mencatatkan bahawa jemaat Greco-Roman memindahkan pesta sistem Yunani 6 Januari kepada 25 Disember sebab sudah menjadi adat orang kafir untuk merayakan hari itu dengan berpesta dan menyalakan cahaya. Sebab itu Augustine terpaksa menasihati umat Kristian untuk tidak merayakan adat itu seperti orang kafir yang melakukannya demi Matahari tetapi demi Dia yang menjadikan Matahari itu. Namun ini sesuatu yang sia-sia.

 

Ibadat sistem Ibu dewi sebagai Perawan Syurgawi dengan anaknya yang masih bayi yang dipawaikan pada hari Krismas ialah suatu amalan purba pemujaan Matahari.

 

Binatang dan pukulan ritual

Sudah menjadi satu amalan dalam pesta-pesta Krismas untuk orang berpakaian seperti kambing atau beruang atau serigala, dan memakaikan sesetengah orang dengan kulit binatang dan memukulnya. Semua orang akan menari di sekeliling sambil melompat tinggi dan melakukan lambaian ritual dan kadangkala gerakan membajak. Semua aktiviti ini ialah aspek-aspek berkaitan bagi seruan semangat-semangat kesuburan. Mereka pergi dari rumah ke rumah malah kadangkala ini dilakukan oleh pendeta yang diiringi anak-anak lelaki muda.

 

Amalan lazimnya ialah amalan memberkati rumah dengan sesebuah upacara, biasanya dengan mengelilinginya tiga kali mengikut arah Matahari. Amalan ini masih dilakukan di Eropah. Kadangkala, individu itu dikenali dengan gelaran Shrovetide atau Beruang Karnival. Di sesetengah kawasan, ia dipanggil kambing oats. Di kawasan lain lagi, ia serigala dan beruang. Tujuannya sentiasa dikaitkan dengan seruan dewa-dewa tuaian dan semangat-semangat gandum.

 

Dahulunya, amalan menunaskan gandum atau bijirin lain dalam mangkuk kecil di dalam rumah di tempat gelap ditemui dalam kultus dewa Adonis dan amalan ini memasuki Kekristianan di kalangan orang Yunani dan Latin, dan ditemui di kawasan Balkan sehingga hari ini. Taman-taman itu diletakkan pada mezbah dewa itu untuk memastikan hasil tuaian (panen) yang banyak.

 

Di Scandinavia, kambing muncul sebagai seorang yang berpakaian seperti kambing dengan tanduk-tanduk pada kepalanya dan dipanggil kambing Yule.

 

Amalan menyalakan api batang kayu sewaktu Krismas yang dikenali sebagai pesta Yule ialah suatu pesta pra-Kristian purba yang dikaitkan dengan api-api kultus kesuburan. Api Yule dibakar dalam rumah sementara api pertengahan musim panas (midsummer) dibakar di luar rumah. Dahulunya, korban manusia terbabit dalam kedua-duanya.

 

Lazimnya tiga orang itu mempunyai sebagai pusat mereka seorang perempuan tua sebagai Ibu dewi. Namanya lazimnya mainan kata pada perkataan Epiphany dan dia diberikan muka hitam. Ini ialah dewi Demeter yang diiringi oleh Pluto dan Persephone daripada sistem-sistem Yunani sebelum Kristus. Dengan mudah mereka diberi samaran Kristian palsu.

 

Nyalaan api yang dikaitkan dengan pertengahan musim panas (midsummer) dan pertengahan musim dingin (midwinter) dihubungkan dengan pembakaran tukang-tukang sihir. Inilah asalnya malam Walpurgis. Itu juga ialah dasar di sebalik api-api dua belas hari Krismas. Malam Tahun Baru lazimnya ialah hari tradisional untuk api-api itu. Tukang-tukang sihir terakhir yang direkodkan dibakar di Britain adalah pada tahun 1644 di Leith Links Scotland di mana sembilan tukang sihir dibakar.

 

Di Kepulauan Shetland, pesta Yule bermula tujuh hari sebelum Krismas dan berakhir pada Antinmas dua puluh empat hari selepas Krismas.

 

Penduduk Shetland mempunyai tradisi makhluk peri (elf), yang mereka panggil Trows yang keluar dari tanah dan tinggal di sebelah atas tanah. Merekalah asal simbol asal Santa claus sebagai peri. Mereka juga dipercayai berwarna kelabu dan mungkin ialah asal kepada dongeng kelabu makhluk asing yang berasal dari AS sekarang ini.

 

Orang ramai suka mempamerkan besi dan pembacaan Alkitab dengan alasan peri-peri itu tidak tahan dengan besi. Bayi diberikan tanda untuk melawan mata jahat (evil eye). Trows atau makhluk Kelabu (makhluk halus) menghilangkan diri pada hari kedua puluh empat selepas Krismas.

 

Idea di sebalik api-api

Api-api 25 Disember dikaitkan dengan pemujaan Matahari. Penyalaan api pohon bertujuan untuk membantu Matahari menyalakan semula cahayanya.

 

Pertalian Perawan Syurgawi dengan anak bayinya dewa Matahari juga adalah sebagai kelahiran semula pada waktu solstis. Ini tiada kaitan dengan Yesus Kristus yang sebenarnya nampaknya lahir sekitar September. Pastinya dia bukan lahir pada 25 Disember dan Perawan Syurgawi sudah lama wujud sebelum ibunya Mariam dilahirkan.

 

Batang kayu Yule disimpan dan diletakkan pada api untuk menjauhi ribut, guntur dan kilat. Hubungan antara dewa-dewi orang Teuton purba dengan api batang kayu Krismas mudah dilihat.

 

Mistletoe dan oak

Mistletoe adalah suci bagi kumpulan Druid yang datang dari Mesir ke Sepanyol di kalangan orang Gadelia dan kemudian masuk ke dalam Ireland dan kemudiannya Britain bersama orang Milesia. Mereka memuja pohon oak, dan mistletoe yang tumbuh atasnya adalah suci bagi mereka.

 

Ia hanya boleh dipotong dengan sabit emas dan tidak pernah dibiarkan jatuh ke tanah. Nampaknya pemotongan ini membabitkan korban manusia sewaktu dilakukan. Pemujaan oak adalah dalam belukar dan meluas sehingga Scythia dan Asia Minor. Ini suatu kebiasaan bagi orang Aryan umumnya. Mistletoe juga dipanggil penyembuh segala dan dianggap telah jatuh dari langit. Ia dianggap menyembuh epilepsi. Dua lembu jantan putih juga dikorbankan ketika pemotongannya. Balder dewa Norse dipercayai telah terbunuh oleh pemotongannya, justeru mistletoe ialah nyawa dewa itu dan tanda pengorbanan orang yang mengambil tempatnya.

 

Oak juga keramat bagi orang Itali. Patung Jupiter di Capitol pada asalnya hanyalah sebatang pohon oak. Itulah juga sebabnya kenapa tiang-tiang di dalam kuil disusun seperti belukar bundar.

 

Korban manusia dianggap sebagai elemen utama dalam pesta-pesta Itali. Pakar-pakar dunia telah mencatatkan sehingga abad kedua puluh di Itali, di Pulau Capri, contohnya, lebih daripada lapan atau sepuluh orang dibunuh setiap tahun sewaktu pesta-pesta itu.

 

Orang Itali mengaitkan kuasa kesuburan kepada pohon oak dan pertaliannya dengan kultus-kultus kesuburan adalah jelas. Pertalian bersama ini sudah wujud beribu tahun sebelum Kristus. Pandangan-pandangan ini meluas dari Ireland ke Jepun dan sehingga Selat Torres.

 

Ia juga dianggap sebagai perlindungan terhadap api dan kilat, dan sebab itu dikaitkan dengan sistem Yule. Api-api suci orang Slav atau Jerman Celtic dinyalakan dengan menggunakan oak pada batu kelabu. Api-api ini ditemui dari Jerman hingga Scotlan sebagai api need.

 

Api kekal Vesta di Rom terus membakar dengan oak. Ia juga dibakar di hadapan oak keramat di Romove di Lithuania. Abu blok oak dicampurkan dengan benih untuk kesuburan.

 

Holly dan ivy

Tumbuhan holly dan ivy lazim dianggap menggambarkan lelaki dan perempuan namun mungkin sekali pengertian asalnya telah diterbalikkan.

 

Holly-oak adalah suci kepada Kumpulan Ladang Dibajak (Brethren of the Tilled Fields) iaitu sebuah badan Rom dengan dua belas paderi. Mereka menjalankan upacara keagamaan awam untuk tujuan kesuburan. Upacara korban dilakukan dalam belukar dewi Dia lima batu ke hilir Tiber dari Rom. Belukar ini mengandungi pohon salam keramat dan holly-oak, dan korban-korban dibuat apabila sekalipun satu cabang jatuh ke tanah.

 

Pada mulanya, hutan itu ialah kuil-kuil dewa-dewa itu dan kita tahu bahawa pada zaman Pliny, golongan petani mendedikasikan pohon-pohon tinggi kepada para dewa seperti yang mereka lakukan pada zaman dahulu.

 

Sistem pemujaan pohon ini ialah sistem purba. Ia menemui ekspresinya dalam ketidakwarasan gerakan Peluklah Pohon hari ini. Dahulunya, suku-suku Jerman mengeluarkan perut orang-orang yang memotong pohon yang didedikasikan dan mengikat tunggulnya dengan isi perutnya.

 

Orang Yunani menggunakan ivy sebagai sebahagian daripada papan untuk membuat api-api suci itu. Pembor lazimnya laurel atau oak.

 

Ivy dahulunya dipertalikan dengan dewa Dionysius, yang dipanggil Bacchus oleh orang Rom, dan ivy dikunyah pada pesta-pesta Bacchus.

 

Semua aspek ini dikutuk secara langsung oleh Alkitab.

 

Pohon Krismas

Pohon pain berhias berasal daripada pemujaan dewa Attis. Dia dikatakan seorang manusia yang menjadi pohon. Tema purba tentang dewa tiga kepala dalam pohon ini ditemui seawal tamadun Indus pada akhir milenium ketiga BC.

 

Membawa masuk pohon pain yang dihiasi dengan bunga violet dan jalur bulu adalah seperti membawa masuki pohon Mei atau pohon musim panas dalam adat rakyat moden.

 

Pohon ini asalnya dihiasi dengan patung dewa Attis, yang dikekalkan hingga tahun berikutnya, dan kemudian dibakar. Damar pain juga dibakar pada pesta-pesta solstis.

 

Tujuan asal adat itu adalah untuk mengekalkan semangat tumbuhan.

 

Inilah asal perhiasan dan pohon Krismas. Dewa Attis diganti oleh simbol Matahari pada puncak pohon itu, dan patung-patung Eros dan Matahari, Bulan dan bintang-bintang digambarkan oleh bermacam perhiasan murah, dan jurai hari ini mewakili jalur-jalur bulu.

 

Cahayanya ialah sumbu lilin. Pain adalah suci bagi dewa dan pohon itu, iaitu jelmaan dewa ini.

 

Simbol salib dikaitkan dengan ibadat sistem pra-Kristian itu. Itulah juga sebabnya kenapa semua relik salib diperbuat daripada pain (lihat karya Salib: Asal Usul dan Signifikans (No. 39), CCG, 1994).

 

Pokok ivy juga suci bagi Attis dan imam-imam sidanya dicacah dengan simbol daun ivy.

 

Kacang-kacangan pain juga digunakan untuk menghasilkan wain yang digunakan dalam upacara liar Cybele yang menyerupai pesta-pesta liar Dionysius, dan Strabo membandingkan kedua-duanya.

 

Epiphany

Istilah Epiphany bererti manifestasi sebagai kemunculan makhluk luar biasa atau bersifat ketuhanan. Ia diterapkan kepada Antiochus IV Epiphanes, raja Syria (175-164 BC).

 

Epiphany juga dikenali sebagai: dies luminum (hari cahaya); sebagai hari tiga raja atau Hari Kedua belas. Semua ini dibincangkan di atas. Amalan-amalan yang dikaitkan dengannya semuanya diperolehi daripada sumber-sumber purba dan tiada kaitan dengan iman itu.

 

Nama ini terus kekal dalam pesta besar Befana di Rom (lihat Catholic Encyclopedia, art. Epiphany, Robert Appleton, NY, 1909, Vol. V, mukasurat 504). CE menyatakan:

 

Sukar untuk mengatakan berapa rapat amalan membeli berbagai jenis patung tanah liat pada waktu itu, yang digabungkan dengan peluit (wisel) dan menggambarkan sejenis cara hidup Rom, harus dikaitkan dengan adat yang agak serupa yang sangat digemari ketika pesta Saturnalia bulan Disember (ibid.).

 

Ini bukannya sukar dikenal pasti. Amalan-amalan ini sama dan istilahnya diterapkan kepada manifestasi Befana sebagai dewi seperti yang dilihat di atas.

 

Rujukan substantif pertama kepada Epiphany ada pada Clement (Stromateis, I, xxi, mukasurat 45). CE mengutip teks ini seperti berikut dan kemudian terus menyatakan:

Terdapat juga pihak yang menetapkan bukan saja tahun tetapi hari Kelahiran Juruselamat kita, yang kata mereka jatuh pada 25 Pachon (20 Mei) pada tahun kedua puluh lapan Augustus. Tetapi pengikut-pengikut Basilides merayakan hari Baptisannya juga, dan menghabiskan waktu malam sebelumnya dengan pembacaan. Mereka mengatakan ia pada tanggal 15 bulan Tybi tahun ke 15 Tiberius Caesar. Ada yang mengatakan ia dirayakan pada tanggal 11 bulan yang sama.’ 15 dan 11 Tybi ialah 6 dan 10 Januari.

 

Kedua-dua Jemaat Roman Katolik dan Jemaat Ortodoks cuba mendapatkan sokongan daripada amalan kumpulan Gnostik di bawah Basilides ini (yang mengajar di Rom pada pertengahan abad kedua) untuk perayaan kelahiran itu serta baptisan Kristus namun tiada bukti sebenar untuk andaian ini. Keterangan pesta-pesta itu sendiri menunjukkan bahawa amalan itu ialah pesta kesuburan purba dan pemberkatan hasil. Daripadanya timbul amalan memberkati air dan amalan membuang salib-salib ke laut untuk menjadikan laut lebih berhasil untuk nelayan. Semuanya berasas dalam paganisme purba dan tidak nyata dalam Kekristianan sehinggalah abad keempat. Tambahan ini dibuat lama selepas Origen yang menulis pada abad ketiga sebab dia tiada menyebut Epiphany dalam senarai pesta-pestanya. Rujukan pertama kepadanya sebagai suatu perayaan gereja adalah pada 361 (lihat CE, mukasurat 505).

 

Daripada Santo Nicholas kepada Santa Claus

Santa Claus ialah hasil komersial Amerika terakhir bagi suatu proses berevolusi.

 

Tokoh yang dikenali sebagai Santo Nicholas ialah Nicholas dari Myra, biskop Lycia di Asia Minor. Dia meninggal pada 6 Disember 345 atau 352 (tarikhnya tidak pasti). Kehidupannya diselubungi dongeng. Dia dikatakan telah menjadikan upahnya selama tiga tahun menjadi tiga bola emas dan menggulingnya ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan keluarga yang mulia tetapi miskin. Bola pertama kononnya bergolek ke dalam sarung kaki (stoking) dan itulah asal tradisi sarung kaki Krismas untuk hadiah.

 

Tiga bola ini kemudiannya menjadi simbol pedagang-pedagang dan berakhir atas kedai gadai. Justeru Nicholas ialah santo pelindung bagi pedagang. Pedagang-pedagang Itali melarikan jasadnya di Myra pada 1087 dan membawanya ke Bari.

 

 Tradisi sokongannya terhadap orang miskin telah diambil oleh biarawati Perancis Norman dan hadiah-hadiah diedarkan daripada kotak (box) derma pada 26 Disember. Daripada amalan ini kita perolehi istilah Boxing Day.

 

Di Jerman, Berkas-berkas Kristus juga diberikan kepada golongan miskin. Pawai tahunan mengambil simbolisme Ibu dewi Syurgawi bersamanya.

 

Di Holland, amalan anak-anak menabung sepanjang tahun untuk babi pada waktu Krismas nampaknya telah memulakan piggy bank (tabung babi) di kalangan anak-anak.

 

Adat-adat orang Teuton dengan tunggangan liar Odin, jubah Rom palsu dalam Pesta Orang Bodoh di Eropah, janggut-janggut orang Majus atau Druid, dan peri-peri pesta Yule menyaksikan evolusi watak ini secara beransur-ansur.

 

Sinterklaas

Di Netherlands, Santo Nicholas menjadi Sinterklaas. Demeter atau Melchior yang bermuka hitam menjadi Black Peter (Petrus Hitam). Sinterklaas memakai jubah biskop.

 

Pesta ini dirayakan pada 5 Disember di Netherlands dan 6 Disember di Belgium.

 

Anak-anak menyanyikan lagu di sekeliling cerobong asap kepada Sinterklaas:

 

“Malam tenteram atau malam seperti Tuan sudah tiba. Masuklah bersama hambamu.”

 

Ini nampaknya ialah asal nyanyian carol Silent Night, Holy Night.

 

Black Peter mendengar di cerobong asap untuk melihat sama ada nyanyian betul dinyanyikan dan persembahan betul diberikan dalam bentuk jerami dan bortel (karot) untuk kuda.

 

Hadiah untuk anak-anak dimasukkan melalui cerobong asap.

 

Makhluk ini ialah rekaan sinkretik agama Teutonik atau Jerman purba. Dewa Woden atau Odin, dari siapa nama hari Rabu diperolehi, digambarkan menunggang kuda putihnya yang hebat melintasi udara dengan jubahnya yang berjela-jela dan janggut putihnya yang panjang. Dia mempunyai topi besar, tombak besar dan buku huruf-huruf rune.

 

Dia juga diiringi oleh raksasa Nowi yang mempunyai muka hitam sebagai bapa kepada malam. Dia membawa seberkas ranting dalam tangannya sebagai tanda kesuburan. Woden, dengan Nowi, terkenal kerana sajak.

 

Orang Teuton sentiasa meninggalkan berkas tuaian yang terakhir di ladang untuk kuda putih Woden. Jerami yang diberikan oleh anak-anak dalam sepatu mereka adalah sisa adat ini. Ia berkaitan upacara-upacara kesuburan musim menuai dan semangat-semangat gandum. Ini juga merupakan asal tradisi pembakaran dua belas nyala api dan api utama ketiga belas daripada jerami.

 

Amalan-amalan ini dijejaki kaitannya dengan kultus-kultus kesuburan dan upacara-upacara Apollo sebagai dewa Matahari dalam Eropah pra-Kristian.

 

Tradisi hari ini di Netherlands adalah dengan memberikan huruf-huruf daripada coklat atau pastri buah badam. Huruf-huruf ini dikaitkan dengan huruf-huruf rune Woden atau Odin. Hadiah-hadiahnya juga dalam bentuk pasangan kekasih yang diperbuat daripada speculatis atau kuih lain, dan terdapat juga binatang dalam bentuk babi dan tikus gula sebagai ganti binatangnya yang sebenar.

 

Jubah-jubahnya ialah jubah Roman Katolik dan Reformasi cuba menghapuskannya di Netherlands. Ia menjadi gerakan bawah tanah dan muncul semula pada abad kedua puluh bersama pesta 25 Disember.

 

Santa Claus di AS

Orang Eropah yang berpindah ke AS membawa bersama mereka tradisi Pere Noel, Sinterklaas dan Kristus Anak (Christkindl) dan Christ Bundles (Berkas Kristus) dan tradisi Eropah yang lain. Daripada semua ini kita kemudiannya mendapat nama Kris Kringle.

 

Washington Irving dalam The Knickerbocker Tales (sekitar 1820) menggambarkan Santa Claus sebagai peri yang memberi sarung kaki.

 

Elemen-elemen baru diperkenalkan oleh Clement Clarke Moore dalam puisi A Visit from Saint Nicholas yang dinamakan semula ‘Twas the Night Before Christmas. Dia memperkenalkan rusa kutub berlapan dengan identifikasi tradisi dewa guntur dan kilat dalam nama-nama seperti Donner (Donder) dan Blitzen.

 

Santa Claus kekal sebagai peri tradisi Yule sehinggalah Perang Saudara Amerika apabila Thomas Nast dari Harpers Weekly ditugaskan untuk membuat suatu siri kartun Santa Claus yang diteruskannya selepas Perang Saudara itu. Firma penerbitan Mclaughlin Brothers Printing Company bermain-main dengan warnanya dan memilih kulit berwarna merah.

 

Perubahan terakhir dibuat pada 1931. Haddon Sundblom yang berbangsa Scandinavia telah ditugaskan oleh Syarikat Coca Cola dan, menggunakan mukanya sendiri setelah kematian modelnya, menjadi gambaran rupa Santa Claus selama dua puluh lima tahun berikutnya.

 

Pada 1941, lagu Rudolph the Red Nose Reindeer telah dinyanyikan oleh Gene Autry, dan tambahan terakhir dibuat.

 

Dongeng-dongeng terkini diperolehi daripada paganisme atau agama kafir dan dibentuk sekeliling suatu hasil komersial yang sangat bodoh yang akhirnya, dan mungkin padan sekali, digambarkan oleh syarikat Coca Cola.

 

Krismas dalam semua bentuknya secara keseluruhannya bersifat keberhalaan dan komersial. Ia bertentangan langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan perintah-perintah Alkitab. Tiada seorangpun yang merayakannya kekal sebagai seorang Kristian.

 

Easter

 

Kita sudah menyaksikan bahawa jemaat yang dipanggil Kristian itu telah memeluk dan menyatukan amalan-amalan berhubung pesta pertengahan musim dingin 25 Disember dan memanggilnya Krismas.

 

Pakar unggul dalam hal ilmu sihir dan agama, Sir James Frazer, percaya bahawa pihak atasan kependetaan telah mengasimilasi kematian dan kebangkitan Tuan kita kepada kematian dan kebangkitan satu lagi tuhan Asia yang jatuh pada musim yang sama (The Golden Bough, Vol. v, mukasurat 306).

 

Dia berpendapat bahawa upacara Easter di Greece, Sicily dan Itali Selatan amat menyerupai upacara-upacara Adonis dan dia menganjurkan bahawa jemaat sengaja mengambil upacara-upacara ini demi tujuan menyerap pengikut-pengikutnya (ibid.).

 

Pemujaan Adonis tidak pernah menjadi sebahagian daripada agama Rom rasmi. Orang Rom dan masyarakat Barat asyik dengan upacara-upacara lebih biadab daripada pemujaan dewa Attis dan Ibu Agung.

 

Kematian dewa Attis dirayakan secara rasmi di Rom pada 24 dan 25 Mac. Tanggal 25 dianggap sebagai ekuinoks musim bunga.

 

Ekuinoks musim bunga dianggap sebagai hari yang sesuai bagi kebangkitan kembali seorang dewa tanaman yang telah tidur sepanjang tahun.

 

Tradisi merayakan kematian dan kebangkitan Kristus tanpa mempedulikan keadaan Bulan dalam kalendar lunar bermula di Frigia, Kapadokia, Gaul, dan Rom sendiri. Tarikh ini kemudiannya diterima oleh penulis-penulis seperti Hippolytus dan Augustine.

 

Tertullian mengesahkan bahawa Kristus disalibkan pada 25 Mac 29 AD. Ini suatu kemustahilan mutlak dan nampaknya berpunca secara langsung daripada tradisi-tradisi yang dikaitkan dengan Attis (pewaktuan penyaliban dan kebangkitan dikaji dalam karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159), CCG, 1996).

 

Pesta ekuinoks musim bunga ini juga berkaitan dengan suatu pandangan purba tentang penciptaan dunia pada hari itu.

 

Kebangkitan dewa Attis yang menghubungkan dalam dirinya watak-watak Bapa agung dan Anak agung dirayakan secara rasmi di Rom pada hari yang sama.

 

Kita lihat di sini bagaimana doktrin Modalisme, atau satu Tuhan sebagai Bapa dan Anak (dan kemudian Roh Kudus), bermula di Rom. Ia berdasarkan doktrin dewa Attis ini. Ini kemudiannya diubah suai menjadi Trinitarianisme menjelang abad keempat.

 

Ibu dewi Rom dan sistem Attis begitu juga telah menggantikan dewi-dewi lain yang mengutamakan teologi Ibu dewi dan Perawan Syurgawi untuk menjadikannya boleh diterima dalam Kekristianan. Pesta Diana telah disingkirkan oleh Pesta Sambutan Perawan pada bulan Ogos. Pailia pagan bulan April digantikan oleh Pesta St George. Pesta Air pertengahan musim panas bulan Jun digantikan oleh Pesta Yohanes Pembaptis. Hari Lahir Kristus menggantikan Hari Lahir Matahari. Pesta Easter ialah pesta Attis, dewa Frigia, pada ekuinoks musim bunga, yang diambil oleh orang Rom.

 

Attis diperkenalkan dari Frigia sama seperti ibadat Mithras yang sistemnya diperkenalkan oleh lanun-lanun Kilikia (Cilicia) yang ditangkap oleh Pompey sekitar 63 BC. Tempat-tempat yang kita dapati menyembah kematian Kristus pada waktu ekuinoks ialah tempat-tempat di mana pemujaan Attis telah bertapak kuat – iaitu, Frigia, Gaul dan Rom sendiri.

 

Satu lagi faktor penting adalah bahawa kebangkitan itu ditentukan sebagai 27 Mac dua hari kemudian. Daripada ini kita dapati tempoh yang dipendekkan yang merangkumi penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu. Hari-hari ini adalah mustahil untuk tahun-tahun yang dimaksudkan, dan begitu juga dengan tarikh-tarikhnya.

 

Menjelang abad keempat, para pemuja dewa Attis mengadu keras bahawa orang Kristian telah membuat peniruan palsu teologi mereka. Umat Kristian kemudiannya cuba menegaskan bahawa kebangkitan Attis itu ialah tiruan jahat kebangkitan Kristus.

 

Kita tahu dengan pasti bahawa tarikh-tarikh asal didasarkan pada Paskah kalendar lunar iaitu pada tanggal 14 dan 15 bulan pertama tahun Ibrani (atau lunar), yang dipanggil Abib atau Nisan.

 

Ini berterusan kepada persembahan Unjukan berkas pada hari Minggu berikutnya. Pada 30 AD, Kristus disalibkan pada hari Rabu dan menghabiskan waktu tiga hari dan tiga malam dalam perut bumi, dan dibangkitkan pada Sabtu malam dan naik ke syurga pada pagi hari Minggu pada waktu Unjukan berkas. Seluruh tempoh ini dipanggil Pasha atau Paskah. Seluruh perayaan itu juga dipanggil Perayaan Roti Tidak Beragi. Seluruh tempoh ini adalah selama lapan hari. Ini tiada kaitan dengan pesta Easter ataupun Attis.

 

Perkara paling ketara sekali adalah bagaimana orang Kristian di Gaul serta tradisi-tradisi Lactantius menetapkan kematian Kristus pada tanggal 23 dan kebangkitan pada tanggal 25 betul-betul menurut pesta Attis, dan ini suatu kemustahilan mutlak bagi sistem Ibrani.

 

Lilin pada waktu pertukaran musim

Kita sudah lihat bahawa penggunaan lilin dan api berasal daripada leluhur bersama agama Aryan yang kelihatannya berkaitan dengan orang Asyur-Babel sebelum penaklukan India oleh bangsa Aryan sekitar 1000 BC.

 

Amalan ini diteruskan di Eropah dengan amalan menyalakan api baru pada Easter dan menghantar batang-batangnya ke setiap rumah untuk menghindari dewa-dewa guntur, ribut dan badai. Amalan ini disesuaikan oleh Kekristianan menjadi penyalaan lilin besar pada Easter, dari mana unggun api dinyalakan, dan kemudian api di rumah, dan lilin-lilin lain dan seterusnya.

 

Semua api di Rom dinyalakan sekali lagi daripada upacara api suci yang dinyalakan semula di St Peter pada Sabtu Easter. Amalan ini nampaknya dijalankan pada malam sebelum hari Matahari, sebagai sebahagian daripada sistem pemujaan Matahari.

 

Semua upacara kesuburan purba ini membawa masuk jemaat sebagai tempat perarakan. Mereka berjalan mengelilinginya mengikut perarakan Matahari. Api-api dinyalakan atas gunung-gunung Easter.

 

Lilin berasal daripada doktrin animis purba. Dalam perkumpulan ilmu ghaib, lilin dianggap sebagai simbol kehidupan seorang individu, yang berbeza daripada kehidupan kosmik dan universal. Iblis setan atau dewa-dewa jahat, serta roh-roh orang mati diseru dengan menggunakannya.

 

Proses kenaikan ke langit dengan penumpuan pada cahaya sebagai simbol juga memasuki Judaisme melalui Kabbalah dan Mistikisme.

 

Proses yang sama ini ditemui dalam ilmu sihir mistik primitif milik kumpulan Shaman.

 

Karya purba Zohar berkata tentang warna-warna api dan mungkin diperolehi daripada sistem-sistem Zoroastria dan Mazdea.

 

Paskah dan Easter

Cara menghitung hari Matahari dan sistem Ishtar pada Easter serupa, tetapi tidak sama dengan, cara untuk menghitung Paskah.

 

Kamus Universal Oxford menyatakan bahawa Easter dirayakan pada hari Minggu pertama selepas bulan penuh kalendar, iaitu tanggal 14 bulan kalendar yang jatuh pada atau berikutnya selepas 21 Mac. Ia diterapkan secara kolokial kepada minggu yang bermula dengan hari Minggu Easter.

 

Ini dibezakan daripada sistem Paskah zaman Bait dan kalendar Hillel Yahudi terkemudian pada ketika hari Minggu jatuh pada 15 Nisan, sebagai bulan penuh segera selepas ekuinoks iaitu apabila ekuinoks jatuh pada hari Sabat sebagai hari ke 14 bulan tiu.

 

Sistem awal itu mengikut konjunksi seperti yang kita tahu daripada Philo, dan kita juga tahu daripada pakar-pakar Yahudi, contohnya Josephus, bahawa Paskah bermula tanggal 14 bulan pertama iaitu hari korban dan bukan 15 Nisan seperti sekarang ini. Tambahan lagi, orang Yahudi telah menangguhkan Paskah sejak 358 AD dan tidak berlaku seperti pada zaman Yesus Kristus dan zaman Bait Suci.

 

Tokoh sejarah abad kelima, Socrates, berpendapat bahawa orang Yahudi zamannya tidak sama amalannya seperti pada zaman Bait Suci dan salah dalam hampir segalanya. Dia mengutip Josephus dalam hal ini (Antiquities of the Jews, III, 10).

 

Paskah ditetapkan, menurut Josephus, pada tanggal 14 Bulan ketika Matahari berada dalam tanda Aries. Justeru, Paskah tidak mungkin lebih lewat daripada 19/20 April dan tidak boleh lebih awal daripada ekuinoks. Bulan ini (dipanggil Nisan oleh orang Ibrani dan Xanthicus oleh orang Yunani) ialah permulaan tahun. Dengan itu, hari Tahun Baru Alkitab yang betul ialah Bulan Baru paling dekat dengan ekuinoks pada akhir Mac setiap tahun.

 

Oleh itu, hari persiapan tanggal 14 dahulunya dilihat sebagai hari mulanya Paskah. Orang Yahudi menghentikan korban pada petang tanggal 14 dengan penutupan Bait Suci dan dengan itu hanya merayakan Paskah pada tanggal 15 bulan itu.

 

Sidang Nicaea tahun 325 AD tidak memperbaiki pewaktuan Easter. Mereka hanya menyesuaikan amalan sistem Easter yang sudah ditentukan daripada Babel purba. Mereka telah mula memelihara sistem ini dalam Jemaat Roman dari pertengahan abad kedua.

 

Erti nama Easter

Easter ialah nama dewi yang pestanya dirayakan pada ekuinoks vernal (musim bunga) (Kamus Universal Oxford).

 

Nama purba Anglo-Saxon ini sepadan dengan Ishtar, nama Semitik, iaitu dewi yang sama seperti Astarte. Dia sebahagian daripada trinitas yang dipuja sebagai Ishtar Bintang Pagi dan dewi perang dan, sebagai Bintang Malam, dia ialah dewi cinta berahi. Dia juga dipanggil Venus. Dia dikaitkan dengan dewa Bulan, Sin, dan Matahari sebagai Shamash.

 

Inilah asas anak lembu emas di Sinai. Anak lembu ini melambangkan bentuk sabit Bulan yang tanduk-tanduknya diperhatikan pada waktu malam dengan Venus di ufuk langit. Sin juga dikenali sebagai Molokh dan anak-anak dikorbankan kepadanya dengan meletakkan mereka pada tangan patungnya dari mana mereka digolekkan ke dalam api. Sebagai Minotaur, anak-anak Yunani dikorbankan kepadanya di Crete setiap tahun.

 

Ishtar sebagai Perawan Syurgawi dan Ratu Syurga

Ishtar atau Astarte juga ialah Perawan Syurgawi atau watak Ibu sebagai Ratu Syurga.

 

Ratu-ratu sebenar Mesir dan Athens dikaitkan sebagai isteri-isteri dewa itu – di Mesir, sebagai isteri Ammon dan, di Athens, sebagai isteri Dionysius.

 

Ratu-ratu ini menjadi isteri dewa-dewa itu tetapi dalam peranan ini kekal sebagai dewi kesuburan dan Ibu dewi.

 

Di Mesir, ini merosot menjadi gadis muda daripada keluarga baik yang ditentukan untuk melalui kehidupan akhlak longgar sehingga umur baligh (remaja), kemudian dia dikabungi dan dikahwinkan.

 

Pelacuran dahulunya dihubungkan dengan kultus Astarte atau Ishtar. Ia begitu meluas di Corinth hinggakan beribu-ribu gadis muda didaftarkan sebagai pelacur kuil.

 

Di Efesus, dewi Artemis yang banyak buah dada diuruskan oleh golongan Essene (bererti Raja Lebah) yang kekal bujang sepanjang tempoh tugasan mereka walaupun sesetengah sudah berkahwin. Ini mungkin sebabnya Pliny merujuk masyarakat di Qumran sebagai Essene. Mereka pastinya menolak panggilan ini. Pembujangan pendeta memasuki agama Kristian daripada Gnostikisme dan kultus-kultus ini. Gelaran Bapa (Father) ialah satu pangkat sistem Mithras dan sebenarnya dilarang oleh Yesus Kristus bagi umat Kristian (Matius 23:9).

 

Kaum perempuan kultus Ishtar tidak membujang tetapi berlaku gasang.

 

Artemis dan Diana berdua ialah pelindung kesuburan dan pohon buah. Nampaknya Artemis dan Diana berhubungan sebagai dewi yang sama dan sebab itu, orang ramai dalam Kisah Rasul berteriak Besarlah Diana dewi orang Efesus (Great is Diana of Ephesus), sedangkan nama purba di Efesus sebenarnya ialah Artemis dan Diana ialah nama yang digunakan di tempat lain.

 

Dionysius juga ialah dewa pohon buah dan kita mula melihat hubungan bersama dalam kultus-kultus Misteri dan kesuburan ini.

 

Sebagai Ratu Mei, Ibu dewi menggambarkan semangat tanaman. Ini tersebar luas di Eropah dan Britain.

 

Ibu dewi juga ialah dewi gandum (corn, istilah untuk sebarang bijirin/padi-padian).

 

Kuih untuk Ratu Syurga

Kuih dibakar untuk Ratu Syurga dan ditujukan kepadanya. Amalan ini dikutuk oleh nabi Yeremia dan sudah lama wujud pada zamannya. Orang Aryan membawa amalan ini bersama apabila mereka pergi ke India dan kuih ini dibakar di situ daripada hasil tuaian jelai pada musim bunga dan hasil padi pada musim gugur. Dewi tuaian ialah Gauri isteri Siva. Kuih dipersembahkan kepada patung Gauri yang dibentuk daripada tanaman dan pada hari ketiga ia dibuang ke dalam sungai atau tangki, kemudian tanah atau batu kerikil diambil dan dibuang di sekitar rumah dan taman untuk memastikan kesuburan. Adat yang sama tersebar luas di Itali di mana gereja-gereja disapu dan kotorannya dibuang atas taman. Tradisi ini purba dan lazim bagi India dan Eropah.

 

Di Eropah, kuih Easter menjadi kuih ban hot cross.

 

Amalan-amalan sama ditemui di kalangan orang Chin Burma (Myanmar). Ibu dewi juga ialah dewi Kuan-yin China dan Avalokitesvara dalam Buddhisme Mahayana.

 

Dia memasuki agama Kristian sebagai Perawan Syurgawi.

 

Dia kemudiannya dikenali sebagai Perawan Maria dan diberikan muka hitam yang berhubungan dengan upacara-upacara kesuburan dewi Demeter dalam aspek-aspeknya sebagai dewi musim bunga atau sebagai Artemis dan Diana. Dengan cara ini, dia menjadi Madonna Hitam.

 

Tiada rekod kultus perawan dalam jemaat awal. Pada mulanya, mereka yang mati syahid disembahyangkan dan bukan tujuan doa, dan tiada rekod dalam jemaat awal yang sedikitpun ada menyebut tentang Perawan.

 

Bidaah kuih Easter dan doa kepada Perawan Syurgawi yang dipanggil Mariolatry mula-mula sekali direkodkan dan dinamakan sebagai bidaah oleh Epiphanius. Dia berkata bahawa:

ada perempuan di Thrace, Scythia dan Arabia yang gemar memuja perawan sebagai dewi dan mempersembahkan sejenis kuih kepadanya, dan daripada ini dia memanggil mereka Collyridian. Amalan mereka (lihat Yeremia 44:19) serta idea di sebaliknya jelas merupakan peninggalan kekafiran yang sentiasa biasa dengan tuhan-tuhan perempuan.

 

Kuih-kuih yang dibuat untuk Ratu Syurga atau Perawan Syurgawi dan dikutuk oleh nabi Yeremia sudah lama mendahului agama Kristian dan berasal daripada kultus Easter atau Ishtar. Epiphanius berkeras bahawa Maria (atau lebih tepat lagi, Mariam) tidak harus disembah.

 

Kumpulan Trinitarian meninggikan Maria sebagai reaksi kepada hujah pihak bukan Trinitarian. Mereka meninggikan Kristus menjadi Tuhan kemudian meninggikan Maria sebagai Ibu Tuhan. Idea-idea ini kafir sepenuhnya, dan tidak bermula hingga akhir abad keempat. Penghormatan ini diberikan kepada Perawan di Efesus dan ini hanyalah kemunculan semula pemujaan dewi di Efesus dalam bentuk Kristian yang palsu.

 

Perawan Maria tidak lain dan tidak bukan ialah Artemis atau Diana dari Efesus yang ditentang keras oleh Paulus.

 

Tidak diragukan lagi bahawa Mariam ibu Yesus Kristus dianggap sudah mati dan menunggu kebangkitan itu. Pandangan ini dikikis oleh kultus Ibu dewi sebagai Perawan Maria dan berkembang dari kemunculannya pada abad kelima hingga Sidang Trent dalam Reformasi, yang cuba mengurangkan kultus itu. Namun suatu turutan paus, sehingga hari ini, telah menyokong bidaah ini dan mensia-siakan Sidang itu.

 

Hanukkah dan Purim

Demikian juga perayaan-perayaan Yahudi, Hanukkah dan Purim, ialah perayaan yang diperkenalkan dari waktu tawanan Babel dan selepas itu.

 

Hanukkah ialah perayaan cahaya 25 Kislev, yang kira-kira sama dengan Disember. Cahaya atau lampu ini sama dengan cahaya Saturnalia dan diperkenalkan ketika pemulihan Bait oleh kumpulan Macabbee selepas penodaan oleh Antiochus Epiphanes. Sistem Yunani yang diperkenalkan di situ di bawah pemerintahan dari Persia mengakibatkan tradisi-tradisi kultus Yunani diterima masuk.

 

Perayaan seterusnya yang jatuh sebelum Easter dipanggil Purim membabitkan semua tradisi yang dikaitkan dengan kultus-kultus kesuburan di Eropah. Perayaan ini membabitkan pemukulan dan pembakaran Haman sama seperti orang Jerman memukul dan membakar Yudas pada perayaan mereka. Mereka memakan kacang untuk subur dan melantik seorang Rabbi Purim sama seperti Raja Kacang dilantik di Eropah. Mereka mengadakan pesta bertopeng sama seperti orang Eropah. Mereka menyalakan sepuluh lilin untuk sepuluh anak lelaki Haman dan ini hanya mungkin bertujuan untuk mententeramkan roh-roh jahat purba sama seperti yang dilakukan sistem-sistem kafir.

 

Hayyim Schauss, sarjana Yahudi, mengatakan ia berasal daripada sumber kafir purba yang sama seperti tradisi-tradisi Kristian.

 

Kultus Adonis

Sisa kultus Adonis masih dipelihara hingga hari ini di Sicily dan Calabria, dan di Croatia. Kesimpulan dibuat daripada ini bahawa amalan itu ada di situ serta di Syria.

 

Taman-taman adalah mangkuk dalam mana gandum, lentil (kacang merah) dan biji kenari ditunaskan dengan menyimpannya dalam gelap dan menyiramnya setiap dua hari. Tanaman ini bertunas dan batang-batangnya diikat dengan pita merah. Di Croatia, semua ini biasanya diikat dengan warna kebangsaan sepanjang Krismas. Pada waktu Easter, di Sicily dan Calabria, amalannya adalah meletakkannya di atas kubur, yang mempunyai patung-patung Kristus yang telah mati. Ini dilakukan pada Good Friday dalam gereja Katolik dan Ortodoks sama seperti taman-taman Adonis diletakkan atas kubur Adonis yang sudah mati.

 

Jemaat Yunani memasukkan pesta dewa menjadi pesta samaran Kristian dan mengekalkan pesta mengarakkan dewa sudah mati itu sebagai Kristus di sekitar kota-kota Yunani dari rumah ke rumah, sambil meratapi kematiannya.

 

Gereja-gereja Katolik dan Ortodoks mencantumkan Adonis yang telah mati dan bangkit sebagai Kristus yang mati dan bangkit.

 

Penggambaran seni Yunani akan dewi yang berdukacita dengan Adonis yang hampir mati dalam pelukannya, nampaknya telah menjadi model bagi Pieta Kristian akan Perawan dengan tubuh anaknya yang sudah mati dalam pangkuannya. Model paling terkenal ialah pieta Michelangelo di St Peter.

 

Jerome berbicara tentang belukar Adonis di Betlehem. Di mana Yesus menangis, dewa Syria dan kekasih Venus (atau Easter) menangis.

 

Betlehem bererti Rumah Roti. Pemujaan Adonis, dewa gandum, kemudiannya dikaitkan dengan Betlehem dan bukan lagi roti hidup iaitu Mesias.

 

Ini sengaja dilakukan untuk mengasimilasi kepercayaan itu. Pusat pertama Kekristianan di luar Palestin adalah di Antiokhia di bawah rasul Petrus sebagai biskop. Di sini, kultus Adonis telah berakar kuat.

 

Maharaja Julian memasuki kota Antiokhia dari timur pada hari Easter dan disambut dengan teriakan Bintang keselamatan sudah menyingsing pada mereka yang di timur. Para pengikut Adonis menghubungkannya dengan dewa itu oleh sebab waktu dan arah kedatangannya.

 

Membuat hujan pada Easter

 Untuk memastikan pertumbuhan tanaman, hujan yang baik diperlukan menjelang ekuinoks untuk memulakan musim bunga. Oleh itu, upacara-upacara pembuatan hujan diadakan dan para dewa didedahkan kepada kesukaran.

 

Di Itali, pada hari Minggu Palem (Palma) (Palm Sunday), iaitu hari dewa Matahari pada pesta Easter, dahan-dahan palem yang ditahbiskan digantung pada pohon-pohon. Semua gereja disapu dan kotorannya ditabur atas taman-taman. Amalan ini juga ditemui di Asia di India. Lilin-lilin istimewa yang ditahbiskan juga dinyalakan.

 

Patung St Francis dari Paola dipercayai memanggil hujan setiap tahun apabila diarakkan setiap musim bunga melalui taman-taman pasar.

 

Dalam kekeringan teruk 1893, sesudah kira-kira enam bulan dan doa dengan lilin, lonceng, cahaya, bunga api, kebaktian malam dan misa khas, serta menyesah diri mereka dengan cambuk besi tanpa berhasil, penduduk Itali melepaskan geram pada patung-patung itu. Di Palermo mereka membuang patung St Joseph di satu taman untuk melihat keadaan untuk dirinya sendiri. Dia akan ditinggalkan hingga hujan turun dan patung-patung lain dipusingkan menghadap dinding seperti anak-anak nakal. Sesetengah patung dibuka tanda-tanda kebesarannya, dibuang daripada gereja dan ditenggelamkan dalam kolam-kolam kuda, diancam dan dihina teruk. Di Calsinetta, patung Kepala Malaikat Mikhael telah dibuka sayap-sayap emasnya dan diberikan sayap papan dan diberi sehelai pakaian. Patung St Angelo di Licata ditelanjangkan dan dibiarkan begitu. Ia dicerca, diberkas dengan besi dan diancam dengan pelemasan atau penggantungan. Orang ramai yang marah memekik: Hujan atau tali.

 

Idea-idea yang sama ini ditemui di China purba dan di seluruh Timur. Idea-idea itu timbul daripada Animisme Babel di mana patung itu dipercayai tertanam dengan roh dewa itu.

 

Idea-idea ini digunakan untuk memanipulasikan masyarakat yang bertahyul.

 

Bintang Pagi

Seperti yang disaksikan, kultus Adonis membabitkan dewi. Dia dikenali sebagai Venus tetapi nama purbanya ialah Ishtar atau Astarte dari mana nama Easter diperolehi. Dia ialah Bintang Pagi dan Bintang Malam.

 

Kita juga tahu bahawa ini ialah simbol Iblis. Bintang Pagi dipercayai muncul sebagai malaikat terang dalam rupa Perawan Syurgawi.

 

Ahli-ahli astronomi Babel mengenal pasti bintang itu dengan Venus dan membuat catatan teliti tentang peralihannya daripada bintang pagi kepada bintang malam, dan mendapat petanda daripada kemunculan dan kehilangannya.

 

Kesimpulan mungkin boleh dibuat bahawa pesta Adonis ditetap waktunya untuk bermula dengan kemunculan bintang itu di timur. Daripada kejadian di Antiokhia, ini hanya mungkin adalah sebagai Bintang Pagi kalau itu ialah Venus.

 

Hubungan dengan dewa Adonis dan Astarte memang nyata sekali. Hubungan dengan Attis sebagai dewa yang mati dan bangkit yang dikaitkan dengan pain juga pasti. Simbol orang mati yang digantung pada pohon pain dan kemudian diserap ke dalamnya sebagai dewa Attis ialah asas di sebalik semua peninggalan tentang salib yang kononnya diperbuat daripada pain.

 

 

Kesimpulan

 

Kekristianan berkompromi dengan pesaing-pesaingnya untuk menampung musuh yang masih berbahaya. Tentang ini, kita sekarang sudah pasti. Dengan cara ini, keimanan Mesias dan injil Kerajaan Tuhan telah ditumbangkan oleh imam-imam sekular duniawi yang menyesuaikan iman itu kepada agama-agama Rom dan kultus-kultus Misteri Pemuja Matahari. Mereka memperkenalkan Krismas dan Easter lalu mengetepikan Paskah serta menyediakan tempat untuk pengenalan kebaktian hari Minggu daripada kultus-kultus Matahari, melenyapkan hari Sabat dan melanggar perintah pertama dan keempat dan perintah lain.

 

Simbolisme Perawan yang membawa keluar seorang bayi daripada sebuah gua ialah simbol kelahiran semula Matahari. Kematian hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu ialah simbol sistem Easter dan kultus-kultus kesuburan musim bunga dewi Easter atau Ishtar atau Astarte, Ratu Syurga yang begitu dikutuk oleh hukum taurat dan kitab para nabi.

 

Kristus memanggil mereka hipokrit dan mengutip kata-kata Tuhan melalui nabi Yesaya (Yesaya 29:13):

Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia." (Matius 15:8-9; Markus 7:6-7).

 

Tuhan telah menyampaikan hukumNya melalui hamba-hambanya para nabi. Tidak lama lagi, Mesias akan kembali untuk melaksanakan hukum-hukum itu serta sistem itu.

 

 

q