Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[238]

 

 

 

 

Memanggil Umat Ke Yerusalem [238]

(Edition 1.1 19970920-19980214)

 

Kewajipan-kewajipan hak kelahiran pada masa-masa akhir Zebulun dan Isakhar mengandungi suatu tugasan yang sangat penting bagi mereka. Pengenalan dua suku kaum ini juga penting dalam pemahaman nubuatan ini.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997, 1998  Christian Churches of God (edited Wade Cox))

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Memanggil Umat Ke Yerusalem [238]



Kebanyakan kita sudah biasa dengan suku-suku kaum umat Israel. Ianya suatu pemahaman yang lazim bagi orang-orang Netherland bahawa orang-orang Belanda dikenali sebagai keturunan suku Zebulun dan orang-orang Friesia sebagai suku Isakhar. Perkara ini telah dikaji oleh para cendekiawan dan bukti-buktinya akan diketengahkan dalam tulisan ini. Kita tidak akan membincangkan pengenalan lain bagi Isakhar bersama dengan suku-suku kaum di Findland mahupun membincangkan struktur Juti atau Jutes, yang menceroboh England bersama dengan Anglo-Saxon dan Dan. Ini akan dibincangkan dalam tulisan kemudian mengenai sejarah dan pergerakan suku kaum.

 

Kita akan mengambil perhatian disini mengenai tugasan alkitabiah bagi umat Zebulun dan Isakhar. Sebenarnya, kita tahu tugasan mereka, bukan sahaja sebagai umat tetapi juga tugasan mereka sebagai Jemaat Allah dan sebagai anak-anak Allah secara individu, sebagai murid-murid Yesus Kristus.

 

Matius 28:18-20  Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi.  19 Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,  20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."

 

Inilah tugasan kita, untuk menjadikan semua bangsa murid Yesus Kristus dengan mengajar mereka untuk menuruti segala perintah Yesus kepada kita. Jadi kita perlu mengetahui segala perkara yang diperintahkan oleh Yesus Kristus kepada kita. Itu meliputi dalam apa yang kita fahami sebagai Hukum dan penggenapan Hukum, dari yang mana tidak satu iota atau satu titikpun yang akan ditiadakan, sehingga semuanya digenapi.

 

Yohanes 10:34-36  Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? 35 Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--, 36 masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah?

 

Matius 5:17-18  "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

 

Ada beberapa nubuatan tertentu yang belum digenapi, atau digenapi sebahagiannya sahaja, menunggu untuk digenapi. Ini juga sah bagi beberapa hak kelahiran, diberikan kepada beberapa golongan orang yang belum digenapi. Oleh kerana tulisan Kitab tidak boleh dibatalkan, hak-hak kelahiran ini masih perlu dituntut, dan ini harus dihadapi dengan sebaiknya.  Janji hak kelahiran telah diberikan kepada suku-suku kaum sebagai sebahagian dari Israel dalam Kejadian 48 dan ayat seterusnya.. Yusuf telah diberkati didalam dua anak lelakinya dengan hak kelahiran dalam Kejadian 48:1 dan ayat seterusnya tetapi dalam Kejadian 49 semua suku kaum tersebut diberikan berkat-berkat. Kebanyakan berkat ini tidak diadakan pada waktu kerajaan Israel atau Yudea. Hanya sebahagiannya telah digenapi. Sebagai contoh, janji yang telah diberikan kepada Yudea telah digenapi dalam Kristus (Kej 49:10) tetapi pertemuan terakhir bagi umat belum lagi terjadi dan kerajaan belum diberikan kepada Siloh.

 

Suyku kaum Lewi dan Simeon telah tersebar di seluruh Israel kerana kekejaman mereka. Zebulun pada mulanya telah diberi janji untuk tinggal di tempat perlindungan laut dan  sempadan Sidon. Justru, ianya merupakan pelabuhan laut yang besar dan orang-orang mempunyai pandangan bahawa kegenapannya sudah terjadi. Tetapi banyak lagi perkara yang akan berlaku. Ini akan diteliti dalam tulisan yang membincangkan mengenai Milenium dan Pemulihan dibawah Mesiah.

 

Ada juga janji hak kelahiran suku kaum Zebulun dan Isakhar yang lain. Aplikasi hak kelahiran ini dan kegenapannya mempunyai efek yang besar dalam kehidupan harian didalam Jemaat dan melewati sistem milenium. Justru, kita melihat janji hak kelahiran dikerahkan sebagai perkara yang berterusan sejak ribuan tahun dan sehingga pemerintahan Mesiah pada waktu kedatangannya sebagai Raja.

 

Isakhar dan Zebulun adalah dua suku kaum dari keturunan Yakub. Mereka telah ditawan kerana mereka tidak menurut Allah dan HukumNya, dan mereka menjadi dua daripada Sepuluh Suku Kaum Israel yang Hilang. Dengan penawanan ini, mereka tidak pernah mempunyai peluang untuk melaksanakan hak kelahiran mereka. Oleh kerana itu, pelaksanaan hak kelahiran ini belum digenapi dan kebanyakannya akan terjadi di masa hadapan.

 

Pada masa-masa lalu, banyak kajian telah dibuat mengenai ke manakah perginya Suku Kaum yang Hilang. Sekarang ianya diakui secara umum oleh para cendekiawan dalam sejarah Yudaik dan pergerakan bangsa-bangsa bahawa Efraim dan Manaseh menjadi orang-orang Anglo-Saxon. Pandangan ini dipercayai secara lazim diantara orang-orang berbahasa Inggeris sejak berada-abad. Aspak yang tidak diketahui ialah bahawa keturunan Zebulun dan Isakhar merupakan ornag-orang yang menduduki Tanah rendah di bahagian utara-barat Eropah. Isakhar menduduki beberapa negara Friesia di sepanjang persisiran pantai Lautan Utara.

 

Hak kelahiran Zebulun dan Isakhar adalah tugasan yang sangat penting bagi mereka. Kita juga boleh melihat dari sejarah bahawa Isakhar mempunyai tanggungjawab yang penting.

 

1Tawarikh 12:32 Dari bani Isakhar orang-orang yang mempunyai pengertian tentang saat-saat yang baik, sehingga mereka mengetahui apa yang harus diperbuat orang Israel

 

Dalam Bilangan 2 kita boleh membaca susunan khemah suku kaum yang mengelilingi bait suci dan rentetan untuk mengadakan perkhemahan dan mendirikan khemah-khemah baru. Inilah yang kita faham sebagai susunan march. Kaum yang pertama dibentangkan ialah Yudea. Keselamatan (Yehoshua) adalah dari Yudea. Oleh keranan itu, Yudea harus dibentangkan dahulu. Allah Bapa memberikan keutamaan mutlak kepada Yesus Kristus, kepada Yehoshua, kepada keselamatan pendamaian bersama dengan umat manusia. Yudea akan diubah sebelum pembentukan Kerajaan di Israel sebagai sebahagian daripada janji-janji yang telah dibuat untuknya. Tidak ada suku kaum yang dapat mengatasi Yudea.

 

Isakhar adalah yang ketiga dalam susunan march dan membentuk satu daripada tiga suku kaum yang berada di bahagian sisi timur bait suci tersebut. Mereka secara jelas mempunyai pemahaman mengenai masa-masa yang baik, mengetahui apa yang akan diperbuat oleh Israel. Justru, mereka sememangnya telah diberikan beberapa tanggungjawab atau mempunyai beberapa orang di sana yang mengadakan penghitungan astronomi berkaitan dengan kalendar dan musim-musim.

 

Kita mungkin memahami ini sebagai fasa yang seterusnya selepas keselamatan. Selepas pendamaian diadakan oleh Kristus, umat ini seharusnya diberikan pengetahuan dan pemahaman mengenai perkara yang diadakan oleh Allah dalam penurutan kepada masa-masa baik yang ditahbiskan Allah.

 

Ianya merupakan tanggungjawab bagi setiap orang untuk menetapkan serta memelihara Sabat mingguan, bulanan dan tahunan. Tanggungjawab ini diberikan dengan sabda Allah kepada Jemaat di mana sahaja pada masa-masa yang diberikan. Bagaimanapun, ketetapan kalendar diletakkan dengan jelas bersama dengan Isakhar pada masa zaman kaabah sebelum penawanan sepuluh suku kaum itu.

 

Kita akan meneliti bagaimana perkara-perkara ini memberi efek kepada panggilan pada zaman akhir nanti. Ada beberapa tugasan yang berkewajipan terhadap dua suku kaum ini yang menarik perhatian. Ada beberapa pergerakan dan pemulihan yang harus berlaku sebelum dan sehingga kedatangan Mesiah dan kemudiannya dalam keluaran besar yang kedua. Ini telah disebut di dalam Yesaya 66:20-22.

 

Kebaktian kepada Allah dan pemeliharaan terhadap Perayaan-perayaan Allah dan Hari-hari Kudus harus dilakukan menurut satu susunan urutan dalam kalendar Allah. Dalam kalendar ini, Bulan0bulan Baru adalah yang paling penting untuk pembetulan Sabat-sabat tahunan. Dalam kebaktian kepada Allah, tidak boleh menggunakan kalendar yang salah. Hari-hari Kudus Sabat tahunan akan dipelihara pada hari yang betul sekiranya tidak Allah disembah dengan sia-sia.

 

Seperti kalendar kuno telah dipelihara dan diikuti di kalangan kaum Israel, demikian juga kalendar yang sama akan dipulihkan pada masa akhir nanti. Kalendar salah sistem Hillel akan dimusnahkan dan tidak diingati lagi.

 

Kalendar tersebut ditentukan oleh Bulan-bulan Baru dan Bulan Baru ini dianggap dan dipelihara sebagai Sabat. Kalendar menentukan korban-korban dan upacara-upacara dan ianya bukan hanya ditinggalkan untuk dipelihara oleh orang-orang Lewi.

 

Untuk membetulkan permulaan bagi tahun, Allah telah berbicara kepada Musa dan Harun, dua orang Lewi.

 

Keluaran 12:1-2 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir:  2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun.

 

Ini adalah pembetulan bulan Nisan (Abib) sebagai bulan pertama dalam tahun, yang bertentangan dengan Tahun Baru pada musim gugur orang Mesir dan Babilon. Keluaran tersebut berlaku pada musim semi dan merupakan pembaharuan hidup melalui pendamaian, sewaktu menuju ke Tanah Perjanjian.

 

Ianya tidak munasabah untuk memandang remeh terhadap pengetahuan astronomi orang-orang kuno 3,000 tahun lampau. Orang-orang Mesir, pada waktu Keluaran, mempunyai kaedah yang tepat untuk menghitung haluan-haluan objek cakerawala, sebagai contoh, perwujudan Sirius selama beberapa minit. Hanya pada lima puluh tahun terakhir ini, sivilisasi Barat telah dapat memperbaiki keupayaan para pakar astronomi Mesir, ini kerana wujudnya teleskop dan bidang pengiraan yang canggih serta komputer.

 

Musa telah dibesarkan dan di didik  di persekitaran Mesir. Pembelajarannya, menjadi sebahagian daripada rumah tangga diraja, dan semestinya termasuk astronomi. Pimpinan Allah terhadap dia dan Harun mengenai hari apa yang sepatutnya hari pertama seperti permulaan kalendar Allah dari kitaran lunar telah menjadi jelas. Hari-hari lain dalam tahun juga jelas kepada Musa. Pengetahuan ini diberikan dengan jelas kepada para penatua di Israel dan kita melihat dari Tawarikh bahawa ianya masih wujud dalam Isakhar pada masa zaman Daud, sebab tulisan Kitab tidak boleh dibatalkan.

 

Dalam penghitungan kalendar, hari-hari yang paling penting yang dibetulkan secara astronomi adalah Bulan-bulan Baru kerana daripada bulan-bulan tersebut semua Perayaan-perayaan tahunan Allah yang benar akan dinyatakan sepanjang tahun.

 

Matius 11:13  Sebab semua nabi dan kitab Taurat bernubuat hingga tampilnya Yohanes

 

Kitab Taurat dan para nabi tampil sehingga Yohanes. Orang-orang Yahudi berkedudukan dengan Musa. Sejak Yohanes, kekuasaan ini telah diambil dari Lewi dan Yudea dan dipindahkan ke Israel, Jemat Allah. Pernyataan kalendar juga dipindahkan kepada Jemaat Allah, sebagai Israel.

 

Tanggungjawab ini akan digabungkan pada zaman akhir untuk membolehkan panggilan kepada bangsa-bangsa ke Yerusalem. Tanggungjawab ini dilihat diletakkan bersama dengan kedua-dua Isakhar dan Zebulun yang harus melaksanakan hak kelahiran yang diberikan kepada mereka.

 

Pada tahun 70 CE, Kaabah telah dimusnahkan. Oleh kerana itu, ianya mustahil sejak dari masa itu untuk menyatakan Bulan Baru dari Kaabah. Bagaimanapun, hak pernyataan tersebut sudah dipindahkan kepada Jemaat oleh Yesus Kristus.

 

Telah ada perpindahan kuasa kepada Jemaat didalam Matius 11:13. Yakub dan Israel adalah dya saksi Allah (lihat tulisan Saksi-Saksi [135]).

 

Yesaya 44:1-5 "Tetapi sekarang, dengarlah, hai Yakub, hamba-Ku, [orang fizikal dari duabelas suku kaum]  dan hai Israel, yang telah Kupilih! [Jemaat bagi umat pilihan dan meterai dari duabelas suku kaum] 2 Beginilah firman TUHAN yang menjadikan engkau, yang membentuk engkau sejak dari kandungan dan yang menolong engkau: Janganlah takut, hai hamba-Ku Yakub, dan hai Yesyurun, yang telah Kupilih!  3 Sebab Aku akan mencurahkan air ke atas tanah yang haus, dan hujan lebat ke atas tempat yang kering. [suku kaum fizikal akan diberkati dengan kesuburan tumbuhan disebabkan oleh hujan pada musim sebelumnya]: Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunanmu [Jemaat], dan berkat-Ku ke atas anak cucumu.  4 Mereka akan tumbuh seperti rumput di tengah-tengah air, seperti pohon-pohon gandarusa di tepi sungai. [pertumbuhan fizikal dan spiritual] 5 Yang satu akan berkata: Aku kepunyaan TUHAN, [Jemaat] yang lain akan menyebut dirinya dengan nama Yakub, [orang-orang fizikal dari duabelas suku kaum dengan pelanggaran yang disembuhkan]; dan yang ketiga akan menuliskan pada tangannya: Kepunyaan TUHAN, dan akan menggelari dirinya dengan nama Israel." [semua yang lain diluar duabelas suku kaum ini, yang akan ditambahkan kepada Jemaat]. [ungkapan dalam kurungan ditambahkan].

Disini kita melihat, bahawa semua orang yang percaya akan ditambahkan kedalam Jemaat, kepada Israel, dan justru menjadi benih Abraham.

 

Kitab Taurat dan para Nabi telah pergi sehingga Yohanes. Tugasan ini telah diberikan kepada saksi Yakub, bangsa fizikal dalam duabelas suku kaum. Mereka telah gagal untuk memenuhi tugasan mereka. Selepas itu, Yesus Kristus membentuk Jemaat bersama dengan kesaksian dan perkataan Allah yang di tertulis dalam perintah hukum, undang-undang dan penghakiman. Ini telah dipindahkan kepada Israel, tubuh Yesus Kristus dan Jemaat Allah. Dalam Israel [Jemaat] umat-umat pilihan, yang telah dimeterai akan hadir, dan mempunyai pengetahuan mengenai masa-masa. Justru,  Israel tiak pernah tanpa pengetahuan tentang apa yang umat Israel harus lakukan.

 

Wahyu 7:4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel.

 

Wahyu 7:7 dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu,

 

Isakhar disebut sejurus selepas Lewi yang selalu bertanggungjawab terhadap upacara Kaabah dan, oleh kerana itu untuk Perayaan-perayaan. Akan ada keimamatan baru yang mana Lewi hanya sebahagiannya. Kita mungkin memutuskan lagi pada saat ini bahawa Isakhar akan sekali lagi mempunyai pengetahuan mengenai masa-masa, dan mereka akan menyediakan pengetahuan ini sekali lagi kepada bangsa dan keimamatan

 

Wahyu 14;1 Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.

 

Wahyu 14:4-5 ...Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu. 5 Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela.

 

Orang-orang Yahudi dan Lewi hanya diberikan tanggungjawab tersendiri bagi kalendar apabila suku kaum Yudea berada di Israel sebelum pembubaran pada 70 CE. Kita tahu bahawa kalendar tersebut betul pada zaman kaabah dan ianya tidak sama seperti kalendar Hillel yang dipelihara oleh orang Yahudi hari ini sejak dari sistem baru yang diadaptasikan pada 358 CE.

 

Apa sahaja kalendar yang berlandaskan tradisi Yahudi atau penghitungannya bertentangan dengan Alkitab, dan memelihara kalendar Hillel bersama ataupun tidak dengan penangguhan, adalah melanggar Hukum dan, ini adalah dosa.

 

Seperti yang kita lihat, Alkitab menyatakan bahawa Isakhar mempunyai pengetahuan mengenai masa-masa dalam kerajaan dibawah Daud. Sejarah membuktikan bahawa anak-anak Isakhar, yang tinggal di Friesia, adalah ahli astronomi yang unggul (amatur) dan mempunyai pengetahuan tentang masa-masa cakerawala seperti yang boleh dilihat dalam planetari Eise Eisinga di Franeker. Dua ratus tahun dahulu ini merupakan satu daripada pencapaian yang terbesar didalam bidang astronomi. Sehingga hari ini, lawatan ke planetari ini pasti akan membuat orang kagum dengan Eise Eisinga.

 

Janji kepada Zebulun dan Isakhar

Janji yang dibuat kepada Zebulun dan Isakhar adalah sangat menarik. Ianya belum lagi digenapi dan akan melibatkan seluruh dunia.

 

Ulangan 33:18-19 Tentang Zebulon ia berkata: "Bersukacitalah, hai Zebulon, atas perjalanan-perjalananmu, dan engkaupun, hai Isakhar, atas kemah-kemahmu. 19 Bangsa-bangsa akan dipanggil mereka datang ke gunung; di sanalah mereka akan mempersembahkan korban sembelihan yang benar, sebab mereka akan mengisap kelimpahan laut dan harta yang terpendam di dalam pasir."

 

Zebulun dan Isakhar akan memanggil orang-orang  ke gunung, bukan Yudea, bukan orang-orang Anglo-Saxon, mahupun orang-orang Perancis ataupun Jerman. Ianya akan dilakukan oleh Zebulun dan Isakhar dan bukannya orang lain. Dan mereka akan mengumpulkan atau memanggil umat ke gunung. Siapakah umat tersebut, apakah gunung tersebut, dan apakah erti panggilan? Bilakah waktunya? Ini adalah janji yang mengagumkan dan ketakdiran yang mengagumkan.

 

Yesaya 66:23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka semua daging [semua umat manusia] akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN.

 

Semua daging adalah semua umat manusia dan korban-korban yang benar akan menjadi doa-doa. Gunung itu di hadapan muka Tuhan. Dan Tuhan Allah akan memberi kesenangan.

 

Yesaya 66:13 Seperti seseorang yang dihibur ibunya, demikianlah Aku ini akan menghibur kamu; kamu akan dihibur di Yerusalem.

 

Umat manusia akan diberi penghiburan di Yerusalem.

 

Yerusalem merupakan kota yang terpenting di dunia, terlebih lagi dari sudut pandangan politik dan agama. Tidak ada kota di dunia yang telah mengalami begitu banyak peperangan keatasnya dalam sejarah, tidak ada kota yang menumpahkan  begitu banyak darah, tidak ada kota yang begitu dipuji; kota yang dipanggil sebagai pusat bumbung dunia.

 

Setiap orang yang pernah pergi ke Yerusalem pasti akan mengalami suatu perasaan yang istimewa. Suatu kerinduan, yang membuat kamu mahu kembali lagi, berkali-kali. Kerinduan ini, kita juga harus mengalaminya sewaktu Perayaan, sewaktu menuju ke Yerusalem, seperti pemazmur katakan:

 

Mazmur 122:1-9 Nyanyian ziarah Daud. Aku bersukacita, ketika dikatakan orang kepadaku: "Mari kita pergi ke rumah TUHAN."  2 Sekarang kaki kami berdiri di pintu gerbangmu, hai Yerusalem.  3 Hai Yerusalem, yang telah didirikan sebagai kota yang bersambung rapat,  4 ke mana suku-suku berziarah, yakni suku-suku TUHAN, untuk bersyukur kepada nama TUHAN sesuai dengan peraturan bagi Israel.  5 Sebab di sanalah ditaruh kursi-kursi pengadilan, kursi-kursi milik keluarga raja Daud.  6 Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: "Biarlah orang-orang yang mencintaimu mendapat sentosa.  7 Biarlah kesejahteraan ada di lingkungan tembokmu, dan sentosa di dalam purimu!"  8 Oleh karena saudara-saudaraku dan teman-temanku aku hendak mengucapkan: "Semoga kesejahteraan ada di dalammu!"  9 Oleh karena rumah TUHAN, Allah kita, aku hendak mencari kebaikan bagimu.

 

Perayaan Bait Suci, yang kita rayakan adalah petanda, suatu pendahuluan pada sistem milenium. Ianya menunjukkan bahawa kita semua kan pergi ke Yerusalem, Kota Allah, ibu kota Tanah Perjanjian. Kita berada dalam golongan orang yang sedang dalam pergerakan dan Jemaat yang berada dalam pergerakan, sama seperti dahulu Abraham berada dalam pergerakan. Abraham diam di dalam bait suci bersama dengan Ishak dan Yakub dan menanti kota itu dengan dasar, yang mana pembina dan pembuatnya ialah Allah kita menanti kota yang sama, kota kita, kota yang dipunyai oleh Allah dan umat-umat pilihan, umat-umat Allah. Orang Yahudi mengatakan setiap tahun “Beshana Haba Biyerushalayim" “Tahun hadapan di Yerusalem”. Yerusalem merupakan ibu kota Yahudi, tetapi Yerusalem juga adalah kota kita sebagai tetangga rumah Daud.

 

Kita, seperti orang-orang Yahudi dan Israel, para jahiliah dan semua orang di bumi akan menjadikan Yerusalem sebagai ibu kota dan Sion, sebagai gunung kudus, tempat dimana Hukum diterbitkan. Seperti Abraham diam didalam bait suci, kita berada didalam bait suci, dan kita merindui Yerusalem. Kita semua akan bertemu kembali di Yerusalem.

 

Tetapi bagaimana ianya mungkin untuk merindui satu kota yang dilimpahi dengan darah? Bagaimanakah keadaan kota itu? Bilakah kita akan pergi kesana? Bagaimanakah rupa kota itu? Apakah yang ada disana? Siapakah yang akan berada disana? Bilakah kita akan bertemu disana?

 

Mari kita lihat, bagaimana Yerusalem pada masa sekarang dan bagaimana keadaannya pada masa hadapan, apabila Mesiah kembali ke Yerusalem.  Ianya tidak seperti Yerusalem dari Wahyu yang akan turun dari Allah. Ianya berbeza.

 

Yerusalem Masa Sekarang

Yerusalem telah dibina diatas bukit-bukau atau gunung-ganang. Ianya seperti Roma, dibina diatas tuju bukit. Di Yerusalem, gunung yang terpenting ialah Bukit Kaabah. Kedua-dua Yerusalem dan Bukit Kaabah dipanggil sebagai Gunung Sion. Pada mulanya nama Sion hanya diberikan kepada jajaran gunung di bahagian tenggara.

 

Bukit Kaabah pada saat ini adalah perkara yang sangat hangat, terlebih lagi bagi orang Yahudi dan Muslim, kerana diatas gunung ini terdiri dua tempat keramat Islam yang maha suci, iaitu Al Aksah dan Masjid Omar. Yang terakhir, dimana kubahnya dari emas, adalah lambang bagi Yerusalem. Hampir semua gambar, terlebih lagi yang dari Gunung Zaitun, memperlihatkan kubah emas ini.

 

Bukit Kaabah bukanlah sebuah gunung yang sangat tinggi. Sebenarnya ianya rendah sahaja. Ianya lebih rendah daripada gunung-gunung yang ada di sekelilingnya. Oleh kerana itu, kamu hanya akan dapat melihat Yerusalem selepas kamu melewati gunung-gunung di sekeliling yang lebih tinggi.

 

Hari ini, Yerusalem mengalami keretakan gelinciran pada lembah Rift Asia\Afrika yang besar, dan yang mana sisinya menghasilkan ketegangan tektonik yang besar. Dalam keretakan ini, sebuah lembah dengan sungai Yordan yang mengalir menuju ke Laut Mati, lebih dari 366 meter (1,200 kaki) dibawa  paras laut yang normal. Bayangkan!

 

Yerusalem Pada Masa Hadapan

Yerusalem masih tersembunyi dari dunia. Gunung-ganang di sekelilingnya. Kamu harus berada dekat, dan harus melewati gunung-ganang tersebut, sebelum kamu boleh melihat Yerusalem. Semua keadaan ini akan diubah. Tekanan tektonik dalam rekahan akan dibebaskan tidak lama lagi oleh gempa bumi yang lebih besar daripada yang pernah dialami oleh dunia, atau akan mengalaminya kembali.

 

Wahyu 16:18-20 Maka memancarlah kilat dan menderulah bunyi guruh, dan terjadilah gempa bumi yang dahsyat seperti belum pernah terjadi sejak manusia ada di atas bumi. Begitu hebatnya gempa bumi itu.  19 Lalu terbelahlah kota besar itu menjadi tiga bagian dan runtuhlah kota-kota bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Maka teringatlah Allah akan Babel yang besar itu untuk memberikan kepadanya cawan yang penuh dengan anggur kegeraman murka-Nya.  20 Dan semua pulau hilang lenyap, dan tidak ditemukan lagi gunung-gunung.

 

Perkara ini akan berlaku apabila Yesus Kristus, Yehoshua HaMashiach kembali. Pada masa itu terjadi suatu gempa bumi yang besar. Ini telah dinubuatkan didalam Perjanjian Lama, dan ianya penting bagi penggenapan nubuatann yang lain.

 

Yesaya 40:3-4 Ada suara yang berseru-seru: "Persiapkanlah di padang gurun jalan untuk TUHAN, luruskanlah di padang belantara jalan raya bagi Allah kita!  4 Setiap lembah harus ditutup, dan setiap gunung dan bukit diratakan; tanah yang berbukit-bukit harus menjadi tanah yang rata, dan tanah yang berlekuk-lekuk menjadi dataran;

 

Setiap gunung akan diratakan oleh gempa bumi besar ini. Dan ini membuatkan Bukit Kaabah menjadi gunung yang tertinggi, supaya ia boleh dilihat pada jarak yang jauh. Semua gunung-ganang di sekitarnya akan diratakan. Seluruh dunia akan melihat Yerusalem, Bukit Kaabah dan sepanduk Allah.

 

Yesaya 2:2-3 Akan terjadi pada hari-hari yang terakhir: gunung tempat rumah TUHAN akan berdiri tegak di hulu gunung-gunung dan menjulang tinggi di atas bukit-bukit; segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana, 3 dan banyak suku bangsa akan pergi serta berkata: "Mari, kita naik ke gunung TUHAN, ke rumah Allah Yakub, supaya Ia mengajar kita tentang jalan-jalan-Nya, dan supaya kita berjalan menempuhnya; sebab dari Sion akan keluar pengajaran dan firman TUHAN dari Yerusalem."

 

Ini akan diagungkan diatas, bukit-bukau ini bukan hanya untuk Bukit Kaabah. Ianya juga untuk umat-umatNya, untuk Jemaat, yakni Jemaat Allah. Ingat ini, sebab kita adalah Kaabah diatas Bukit Kaabah.

 

Zakariah 14:9-11 Maka TUHAN akan menjadi Raja atas seluruh bumi; pada waktu itu TUHAN adalah satu-satunya dan nama-Nya satu-satunya.  10 Seluruh negeri ini akan berubah menjadi seperti Araba-Yordan, dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Tetapi kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tinggal di tempatnya, dari pintu gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang yang dahulu, yakni sampai ke pintu gerbang Sudut, dan dari menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.  11 Orang akan menetap di dalamnya, sebab penumpasan tidak akan ada lagi, dan Yerusalem akan tetap aman.

 

Geba adalah 10 kilometer (6 batu) di bahagian ke utara Bukit Kaabah dan Rimon adalah 40 kilometer (25 batu) di bahagian selatan. Struktur geologinya adalah jenis Karst, dan telah berongga pada masa lampau, dan ini dengan senangnya akan diratakan oleh gempa bumi yang besar ini.

 

Bagaimanapun, ada gunung yang tidak akan diratakan oleh gempa bumi ini. Gunung-gunung ini adalah tanda bagi bangsa-bangsa keji yang tidak tunduk untuk menyembah Allah besar yang Kekal. Inilah tugasan bagi umat Allah, yakni Jemaat Allah. Mereka akan digunakan oleh Allah untuk meratakan gunung-ganang yang lain dan untuk memimpin kebaktian dalam bangsa-bangsa lain.

 

Kita sudah pun melihat, bahawa Zebulun dan Isakhar akan memanggil umat ke Yerusalem, ke Bukit Kaabah di Yerusalem. Justru, Yudea akan datang lebih dahulu dalam susunan march. Zebulun dan Isakhar akan datang kemudian dan kemudian Ruben Simeon dan Gad di sebelah selatan dan akhirnya kumpulan di bahagian barat dan utara dalam urutan mereka sebagai sebahagian daripada suku-suku kaum dalam pemulihan ini.

 

Ini adalah panggilan kita, sebagai jemaat dalam kuasa roh, untuk meratakan gunung-ganang.

 

Markus 11:22-23 Yesus menjawab mereka: "Percayalah kepada Allah! 23 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya.

 

Yesaya 41:15-16 Sesungguhnya, Aku membuat engkau menjadi papan pengirik yang tajam dan baru, dengan gigi dua jajar; engkau akan mengirik gunung-gunung dan menghancurkannya, dan bukit-bukitpun akan kaubuat seperti sekam.  16 Engkau akan menampi mereka, lalu angin akan menerbangkan mereka, dan badai akan menyerakkan mereka. Tetapi engkau ini akan bersorak-sorak di dalam TUHAN dan bermegah di dalam Yang Mahakudus, Allah Israel.

 

Ya, kita akan bergembira dalam Tuhan, selepas menumbangkan gunung-ganang. Ianya akan menjadi kerja kita, tugasan kita dan, bersama Mesiah, kita akan mengalahkan gunung-ganang ini. Kita akan menjadi alat yang digunakan oleh Allah untuk melakukan perkara ini. Ini adalah untuk kedua-dua gunung fizikal dan spiritual. Pada masa sekarang, ianya mungkin seolah-olah satu perkara yang mustahil untuk kita. Bagaimana kita boleh meratakan gunung-ganang? Ianya boleh dilakukan.

 

Bersama dengan kuasa Roh Kudus yang berkelimpahan, kita boleh menumbangkan bangsa-bangsa sepenuhnya dan sekamnya akan diterbangkan oleh angin dan tuaian kepada Allah. Gunung-ganang spiritual tidak seharusnya menjadi masalah kepada Jemaat.  Kita tidak harus takut dan bertumbuh didalam kuasa Roh Suci.

 

Tetapi bagaimana untuk menumbangkan gunung-ganang fizikal? Seseorang boleh berkata:  Saya hanya setinggi 165 sentimeter (5 kaki 5 inci) dan saya semakin tua! Sebuah gunung sangat besar. Saya  rasa seperti Calimero! Allah telah membuat ketetapan bagi perkara ini malahan dalam alam semulajadi, jadi kita boleh menumbangkan gunung-ganang! Yesus mengatakan perkara ini dan ianya dicatat dalam Markus seperti yang kita lihat.

 

Ada seorang pakar sains yang agung, yang tidak pernah difahami dengan sepenuhnya oleh orang-orang di sekelilingnya. Dia membuat beberapa ciptaan, dan namanya sudah terkenal. Dia adalah Nikola Tesla. Dia telah mencipta mesin-mesin arus gantian dan banyak lagi. Dia mengembangkan  kerja-kerja elektrik di Niagara. Satu daripada perkara yang dia telah kaji ialah tindak balas gema.

 

Contoh bagi perkara ini ialah seorang penyanyi atau ahli pemain viola dengan gelas wain. Sekiranya nada yang tepat dipetik, gelas itu mula bergetar atau mengeluarkan bunyi, malahan sehingga ia pecah. Bayangkan juga seorang yang bertubuh besar yang berada dalam buaian dan seorang budak kecil menolak buaian tersebut pada saat yang tepat, berkali-kali ke arah yang sama. Pasti akhirnya orang besar ini terayun lebih jauh dan lebih cepat, sehingga terjadi kemalangan.

 

Nikola Tesla mendapati bahawa gema bumi adalah 8, 14 dan 20 Hertz, kiraan osilasi (goyangan) dalam satu saat. Dia sibuk mencipta sebuah mesin yang boleh menghasilkan osilasi untuk bumi dan mendapatkannya dalam gema. Ideanya ialah bahawa ketegangan dalam kerak bumi boleh dicegah dari dihasilkan. Ianya boleh dilepaskan sebelum gempa bumi mengakibatkan kemusnahan.

 

Encik Tesla telah mengkaji kebarangkalian ini satu abad lalu, mendakwa mencipta gempa bumi menurut kemahuan. Mungkin dia menggunakan 50% daripada keupayaan otaknya, dibandingkan dengan 5% daripada purata keupayaan kita. Apakah kuasa kita dengan pertolongan Roh Suci, sekiranya Roh Suci, kuasa Allah, diam didalam kamu? Apakah keupayaan kita dibandingkan dengan Encik Tesla? 30, 60 atau 100 kali ganda? 3,000, 6,000 atau 10,000% atau lebih dari itu?

 

Pada kedatangan Mesiah, semua gunung harus diratakan, kecuali satu. Gunung itu ialah Bukit Kaabah di mana berdirinya Yerusalem. Kita akan mengambil bahagian dalam proses ini.

 

Inilah tujuan Allah.

 

Matius 5:14 Kamu adalah terang dunia. Kota yang terletak di atas gunung tidak mungkin tersembunyi.

 

Dan bangsa, orang yang tinggal di atas gunung juga tidak boleh berselindung.

 

Yesaya 11:10  Maka pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi mulia.

 

Panji-panji adalah penting. Kamu semua disekutukan dengan panji-panji yang khusus. Orang-orang Friesia mempunyai cara yang istimewa untuk menaikkan bendera di menara gereja yang tidak akan dilihat dimana-mana tempat lain di Netherland, mahupun di dunia. Bendera itu akan diletakkan di satu batang tiang yang sangat panjang sebagai sepanduk, panji-panji bagi orang-orang. Ianya sesuatu yang menakjubkan untuk melihatnya. Diatas Gunung itu adalah Kaabah, dan diatas Kaabah itu terpacak tegak sepanduk. Dan sepanduk Allah, panji-panji Allah, adalah yang paling menakjubkan.

 

Yesaya 4:3-6 Dan orang yang tertinggal di Sion dan yang tersisa di Yerusalem akan disebut kudus, yakni setiap orang di Yerusalem yang tercatat untuk beroleh hidup,  4 apabila TUHAN telah membersihkan kekotoran puteri Sion dan menghapuskan segala noda darah Yerusalem dari tengah-tengahnya dengan roh yang mengadili dan yang membakar. 5 Maka TUHAN akan menjadikan di atas seluruh wilayah gunung Sion dan di atas setiap pertemuan yang diadakan di situ segumpal awan pada waktu siang dan segumpal asap serta sinar api yang menyala-nyala pada waktu malam, sebab di atas semuanya itu akan ada kemuliaan TUHAN sebagai tudung  6 dan sebagai pondok tempat bernaung pada waktu siang terhadap panas terik dan sebagai perlindungan dan persembunyian terhadap angin ribut dan hujan.

 

Keadaannya sama seperti waktu Keluaran, dengan bumbungan awan pada hari siang dan bumbungan api pada waktu malam. Perayaan Bait Suci menanti Milenium pada penghujung empat puluh tahun Yobel di padang belantara menunggu Mesiah. Perayaan Paskah adalah peringatan kepada waktu Keluaran dan empat puluh tahun pertama di padang belantara. Kita semua akan berjalan pada terang Tuhan pada penghujung jangka masa ini.

 

Jadi, apabila kita melihat Yerusalem yang akan datang, kita melihat sebuah kota yang tegak tinggi, dengan Bukit Kaabah berada di tengahnya, dan meninggi dari gunung itu sehingga ke langit panji-panji Allah, sepandukNya, bumbungan awan pada waktu hari siang dan bumbungan api pada waktu malam. Ini akan menjadi tanda kepada seluruh dunia.

 

Kita juga telah melihat kepentingan Bukit Kaabah bagi Yerusalem. Ada satu lagi gunung yang berdekatan dengan Yerusalem, juga sangat penting bagi masa hadapan dalam perhubungannya dengan semua bangsa-bangsa.

 

Bukit Zaitun

Zakariah 14:4 Pada waktu itu kaki-Nya akan berjejak di bukit Zaitun yang terletak di depan Yerusalem di sebelah timur. Bukit Zaitun itu akan terbelah dua dari timur ke barat, sehingga terjadi suatu lembah yang sangat besar; setengah dari bukit itu akan bergeser ke utara dan setengah lagi ke selatan.

 

Sekarang kita tahu bahawa tidaklah begitu susah untuk meratakan gunung sekiranya kamu mempunyai peralatan yang betul, mempunyai iman dan Roh Suci. Jadi Bukit Zaitun akan terbelah hanya dengan sekali petikan jari. Mengapa Bukit Zaitun harus terbelah? Ianya bagi menyalurkan air, air kehidupan yang berkelimpahan.

 

Zakariah 14: 8 Pada waktu itu akan mengalir air kehidupan dari Yerusalem; setengahnya mengalir ke laut timur, dan setengah lagi mengalir ke laut barat; hal itu akan terus berlangsung dalam musim panas dan dalam musim dingin.

 

Air dari Yerusalem? Bagaimana itu mungkin? Apakah sumber bagi air ini? Adakah terdapat perigi di Yerusalem?

 

Yehezkiel 47:1 Kemudian ia membawa aku kembali ke pintu Bait Suci, dan sungguh, ada air keluar dari bawah ambang pintu Bait Suci itu dan mengalir menuju ke timur; sebab Bait Suci juga menghadap ke timur; dan air itu mengalir dari bawah bagian samping kanan dari Bait Suci itu, sebelah selatan mezbah.

 

Air ini adalah air kehidupan, dan ianya sangat istimewa.

 

Yehezkiel 47:9  sehingga ke mana saja sungai itu mengalir, segala makhluk hidup yang berkeriapan di sana akan hidup. Ikan-ikan akan menjadi sangat banyak, sebab ke mana saja air itu sampai, air laut di situ menjadi tawar dan ke mana saja sungai itu mengalir, semuanya di sana hidup.

 

Dan ianya bukan hanya apa yang terkandung didalam air, tetapi juga apa yang dialiri oleh air ini.

 

Yehezkiel 47:12 Pada kedua tepi sungai itu tumbuh bermacam-macam pohon buah-buahan, yang daunnya tidak layu dan buahnya tidak habis-habis; tiap bulan ada lagi buahnya yang baru, sebab pohon-pohon itu mendapat air dari tempat kudus itu. Buahnya menjadi makanan dan daunnya menjadi obat."

 

Yesaya 41:19-20  Aku akan menanam pohon aras di padang gurun, pohon penaga, pohon murad dan pohon minyak; Aku akan menumbuhkan pohon sanobar di padang belantara dan pohon berangan serta pohon cemara di sampingnya,  20 supaya semua orang melihat dan mengetahui, memperhatikan dan memahami, bahwa tangan TUHAN yang membuat semuanya ini dan Yang Mahakudus, Allah Israel, yang menciptakannya.

 

Ya, padang gurun akan berseru meminta air. Air sangat diperlukan di padang belantara dan akan ada air yang berlimpah-limpah di padang belantara. Allah akan menanam sejenis tumbuhan, yakni tumbuhan air yang memerlukan air, air yang banyak, atau sekiranya tiada air, tumbuhan tersebut akan layu. Ini adalah bukti bahawa air di sana berkelimpahan. Kemudian padang belantara akan menjadi mekar dan akan ada rahmat, dimana semua umat boleh hidup dengan aman.

 

Keperluan air selalunya menyebabkan peperangan, khususnya air sungai Yordan.

 

Air juga adalah tanda bagi Roh Suci. Sekiranya seseorang menerima air hidup Roh Suci dengan banyak, orang itu akan bertambah mekar dan berbuah supaya setiap orang akan mengakui, bahawa tangan Allah melakukan perkara ini.

 

Zakariah 13:1 "Pada waktu itu akan terbuka suatu sumber bagi keluarga Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membasuh dosa dan kecemaran.

 

Yoel 3:18 Pada waktu itu akan terjadi, bahwa gunung-gunung akan meniriskan anggur baru, bukit-bukit akan mengalirkan susu, dan segala sungai Yehuda akan mengalirkan air; mata air akan terbit dari rumah TUHAN dan akan membasahi lembah Sitim.

 

Air ini mengalir dari Kaabah Allah dan, oleh kerana itu, mempunyai impak yang besar, di mana sahaja ia mengalir.

 

Yesaya 35:1-2 Padang gurun dan padang kering akan bergirang, padang belantara akan bersorak-sorak dan berbunga;  2 seperti bunga mawar ia akan berbunga lebat, akan bersorak-sorak, ya bersorak-sorak dan bersorak-sorai. Kemuliaan Libanon akan diberikan kepadanya, semarak Karmel dan Saron; mereka itu akan melihat kemuliaan TUHAN, semarak Allah kita.

 

Yesaya 33:20  Pandanglah Sion, kota pertemuan raya kita! Matamu akan melihat Yerusalem, tempat kediaman yang aman, kemah yang tidak berpindah-pindah, yang patoknya tidak dicabut untuk seterusnya, dan semua talinya tidak akan putus.

 

Yesaya 33:24 Tidak seorangpun yang tinggal di situ akan berkata: "Aku sakit," dan semua penduduknya akan diampuni kesalahannya.

 

Siapakah penduduk kota ini dan siapakah umat tersebut?

 

Yesaya 33:14-16 Orang-orang yang berdosa terkejut di Sion orang-orang murtad diliputi kegentaran. Mereka berkata: "Siapakah di antara kita yang dapat tinggal dalam api yang menghabiskan ini? Siapakah di antara kita yang dapat tinggal di perapian yang abadi ini?"  15 Orang yang hidup dalam kebenaran, yang berbicara dengan jujur, yang menolak untung hasil pemerasan, yang mengebaskan tangannya, supaya jangan menerima suap, yang menutup telinganya, supaya jangan mendengarkan rencana penumpahan darah, yang menutup matanya, supaya jangan melihat kejahatan,  16 dialah seperti orang yang tinggal aman di tempat-tempat tinggi, bentengnya ialah kubu di atas bukit batu; rotinya disediakan air minumnya terjamin.

 

Yoel 2:28-29 "Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan.  29 Juga ke atas hamba-hambamu laki-laki dan perempuan akan Kucurahkan Roh-Ku pada hari-hari itu.

 

Dan orang-orang asing akan datang ke Yerusalem, seperti mereka datang ke Yerusalem pada hari ini, tetapi bukan sebagai pelancong.

 

Yesaya 14:1-2 Sebab TUHAN akan menyayangi Yakub dan akan memilih Israel sekali lagi dan akan membiarkan mereka tinggal di tanah mereka, maka orang asing akan menggabungkan diri kepada mereka dan akan berpadu dengan kaum keturunan Yakub. 2 Bangsa-bangsa lain akan mengantar Israel pulang ke tempatnya, lalu kaum Israel akan memiliki bangsa-bangsa itu di tanah TUHAN sebagai hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan. Demikianlah mereka akan menawan orang-orang yang menawan mereka dan akan berkuasa atas para penindas mereka.

 

Yesaya 56:6-8 Dan orang-orang asing yang menggabungkan diri kepada TUHAN untuk melayani Dia, untuk mengasihi nama TUHAN dan untuk menjadi hamba-hamba-Nya, semuanya yang memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku,  7 mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang kudus dan akan Kuberi kesukaan di rumah doa-Ku. Aku akan berkenan kepada korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka yang dipersembahkan di atas mezbah-Ku, sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.  8 Demikianlah firman Tuhan ALLAH yang menghimpun orang-orang Israel yang terbuang: Aku akan menghimpunkan orang kepadanya lagi sebagai tambahan kepada orang-orangnya yang telah terhimpun."

 

Ramai orang yang akan datang ke Yerusalem. Ramai orang yang akan tinggal di kota ini.  Ini tidak akan berlaku hanya dengan sekelip mata sahaja. Banyak perencanaan dan persediaan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan ini. Pembinaan semula kota ini dan dunia harus diatur. Mungkin terdapat kekurangan disebabkan seluruh dunia ini semakin runtuh. Semuanya musnah. Untuk membina semula ini, sejumlah besar wang dan sumber-sumber diperlukan.

 

Adakah dunia ini, disebabkan perkara ini, menjadi dunia orang miskin?

 

Zakariah 14:14 Juga Yehuda akan berperang melawan Yerusalem itu; dan dikumpulkanlah harta benda segala bangsa di sekeliling, yaitu emas, perak dan pakaian dalam jumlah yang sangat besar.

 

Semua jemaat-jemaat pada masa ini, semua organisasi keagamaan, yang menghina kita, sedang bekerja pada saat sekarang untuk manfaat kita di masa hadapan tidak lama lagi. Semua kekayaan yang mereka kumpul adalah untuk manfaat kita di Yerusalem. Mereka tidak mengetahuinya, tetapi kita mengetahui perkara ini.

 

Yesaya 23:17-18 Dan sesudah lewat tujuh puluh tahun, TUHAN akan memperhatikan Tirus, sehingga ia kembali mendapat upah sundalnya, dan ia akan bersundal dengan segala kerajaan yang ada di muka bumi.  18 Labanya dan upah sundalnya akan kudus bagi TUHAN, tidak akan ditahan atau disimpan, tetapi dengan labanya itu akan disediakan makanan yang cukup dan pakaian yang indah bagi orang-orang yang diam di hadapan TUHAN.

 

Mikha 4:11-13 Sekarang banyak bangsa berkumpul melawan engkau, dengan berkata: "Biarlah dia dicemarkan, biarlah mata kita puas memandangi Sion!"  12 Tetapi mereka itu tidak mengetahui rancangan TUHAN; mereka tidak mengerti keputusan-Nya, bahwa Ia akan menghimpunkan mereka seperti berkas gandum ke tempat pengirikan.  13 Bangkitlah dan iriklah, hai puteri Sion, sebab tandukmu akan Kubuat seperti besi, dan kukumu akan Kubuat seperti tembaga, sehingga engkau menumbuk hancur banyak bangsa; engkau akan mengkhususkan rampasan mereka bagi TUHAN dan kekayaan mereka bagi Tuhan seluruh bumi.

 

Bagaimana dan apakah yang akan mereka makan dengan secukupnya?

 

Yesaya 25:6 TUHAN semesta alam akan menyediakan di gunung Sion ini bagi segala bangsa-bangsa suatu perjamuan dengan masakan yang bergemuk, suatu perjamuan dengan anggur yang tua benar, masakan yang bergemuk dan bersumsum, anggur yang tua yang disaring endapannya.

 

Semua ini memerlukan pengaturan. Bagaimana orang-orang ini dari seluruh dunia datang ke Yerusalem? Bagaimana semua makanan dan bekalan-bekalan harian yang lain dan keperluan bagi orang ramai ini akan diangkut dan disalurkan? Ianya bukan semata-mata jatuh dari langit. Bagaimana caranya Yerusalem dibentuk dan dibina semula?

 

Yesaya 60:9-11  Sungguh, Akulah yang dinanti-nantikan pulau-pulau yang jauh; kapal-kapal Tarsis berlayar di depan untuk membawa anak-anakmu laki-laki dari jauh, perak dan emasnya dibawa serta, untuk nama TUHAN, Allahmu, dan oleh karena Yang Mahakudus, Allah Israel, sebab Ia mengagungkan engkau.  10 Orang-orang asing akan membangun tembokmu, dan raja-raja mereka akan melayani engkau; sebab dalam murka-Ku Aku telah menghajar engkau, namun Aku telah berkenan untuk mengasihani engkau.  11Pintu-pintu gerbangmu akan terbuka senantiasa, baik siang maupun malam tidak akan tertutup, supaya orang dapat membawa kekayaan bangsa-bangsa kepadamu, sedang raja-raja mereka ikut digiring sebagai tawanan.

 

Kitab NIV mengatakan: supaya manusia akan membawa kamu kekayaan dari bangsa-bangsa.

 

Ianya akan menjadi kumpulan manusia yang sangat banyak. Adakah itu yang terjadi dengan Yerusalem pada masa haapan? Sebuah kota yang disesaki oleh bangsa-bangsa. Adakah mereka tidak perlu untuk kembali ke seluruh dunia lagi, ke tempat mereka masing-masing? Adakah orang-orang ini kembali dengan kitaran tahun Yobel atau tahun Sabat? Adakah lagi hari sabat yang sebenar? Ada banyak perkara yang harus dilakukan daripada hanya mengadakan perayaan di Yerusalem.

 

Yehezkiel 36:33-38 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pada hari Aku mentahirkan kamu dari segala kesalahanmu, Aku akan membuat kota-kota didiami lagi dan reruntuhan-reruntuhan akan dibangun kembali.  34 Tanah yang sudah lama tinggal tandus akan dikerjakan kembali, supaya jangan lagi tetap tandus di hadapan semua orang yang lintas dari padamu.  35 Sebaliknya mereka akan berkata: Tanah ini yang sudah lama tinggal tandus menjadi seperti taman Eden dan kota-kota yang sudah runtuh, sunyi sepi dan musnah, sekarang didiami dan menjadi kubu.  36 Dan bangsa-bangsa yang tertinggal, yang ada di sekitarmu akan mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, yang membangun kembali yang sudah musnah dan menanami kembali yang sudah tandus. Aku, TUHAN, yang mengatakannya dan akan membuatnya.  37 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Dalam hal ini juga Aku menginginkan, supaya kaum Israel meminta dari pada-Ku apa yang hendak Kulakukan bagi mereka, yaitu membuat mereka banyak seperti lautan manusia.  38 Seperti domba-domba persembahan kudus, dan seumpama domba-domba Yerusalem pada waktu-waktu perayaannya, begitulah kota-kota yang sudah runtuh penuh dengan lautan manusia. Dengan begitu mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."

 

Flavius Josephus memberitahu kita tentang orang ramai ini dengan lebih mendalam lagi.

 

Jadi para imam besar, sewaktu menjelang perayaan mereka yang dipanggil Paskah, apabila mereka menyembelih korban-korban, dari jam kesembilan sehingga kesebelas, tetapi supaya satu kumpulan tidak melebihi dari sepuluh orang untuk setiap korban, (sebab bagi mereka ianya tidak menurut hukum untuk merayakannya bagi diri mereka sendiri,) dan kebanyakan kita ada dua puluh orang dalam kumpulan, yang menjadikan jumlah korban dua ratus dan lima puluh enam ribu lima ratus; yang mana diberi kelonggaran tidak lebih dari sepuluh orang yang merayakannya bersama, akan memberi jumlah dua juta tujuh ratus ribu dan dua ratus orang yang murni dan bersih. (Josephus Wars, Bk. VI, Ch. 9:3, trans. Whiston)

 

Yesaya 54:1-3 Bersorak-sorailah, hai si mandul yang tidak pernah melahirkan! Bergembiralah dengan sorak-sorai dan memekiklah, hai engkau yang tidak pernah menderita sakit bersalin! Sebab yang ditinggalkan suaminya akan mempunyai lebih banyak anak dari pada yang bersuami, firman TUHAN. 2 Lapangkanlah tempat kemahmu, dan bentangkanlah tenda tempat kediamanmu, janganlah menghematnya; panjangkanlah tali-tali kemahmu dan pancangkanlah kokoh-kokoh patok-patokmu!  3 Sebab engkau akan mengembang ke kanan dan ke kiri, keturunanmu akan memperoleh tempat bangsa-bangsa, dan akan mendiami kota-kota yang sunyi.

 

Orang ramai ini tidak semuanya boleh hidup di Yerusalem, mereka perlu tempat yang lebih luas.

 

Yesaya 49:18-20 Angkatlah mukamu dan lihatlah ke sekeliling, mereka semua berhimpun datang kepadamu. Demi Aku yang hidup, demikianlah firman TUHAN, sungguh, mereka semua akan kaupakai sebagai perhiasan, dan mereka akan kaulilitkan, seperti yang dilakukan pengantin perempuan.  19 Sebab tempat-tempatmu yang tandus dan sunyi sepi dan negerimu yang dirombak, sungguh, sekarang terlalu sempit untuk sekian banyak pendudukmu dan orang-orang yang mau menelan engkau akan menjauh.  20 Malahan, anak-anakmu yang kausangka hilang akan berkata kepadamu: "Tempat itu terlalu sempit bagiku, menyisihlah, supaya aku dapat diam di situ!"

 

Kamus sebagai Jemaat Allah tahu mengenai kitaran kalendar dan tahun Sabat dan tahun Yobel. Dalam tahun-tahun khusus ini, Yerusalem akan menjadi sangat sibuk kerana semua orang akan pergi Ke Yerusalem dan kembali ke negara masing-masing. Tetapi setiap tahun bangsa dibutuhkan untuk mengutus perwakilan mereka ke Yerusalem bagi Perayaan tersebut (Zak 14:16-19). Bangsa yang ingkar tidak akan diberikan hujan pada musim berikutnya.

 

Mazmur 24:3-6 "Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?"  4 "Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan, dan yang tidak bersumpah palsu.  5 Dialah yang akan menerima berkat dari TUHAN dan keadilan dari Allah yang menyelamatkan dia.  6 Itulah angkatan orang-orang yang menanyakan Dia, yang mencari wajah-Mu, ya Allah Yakub." Sela

 

Apakah yang membuat orang gembira? Bilakah mereka merasa kegembiraan dan kesenangan yang penuh? Apabila mereka mencari Allah!

 

Mazmur 15:1-2 Mazmur Daud. TUHAN, siapa yang boleh menumpang dalam kemah-Mu? Siapa yang boleh diam di gunung-Mu yang kudus?  2 Yaitu dia yang berlaku tidak bercela, yang melakukan apa yang adil dan yang mengatakan kebenaran dengan segenap hatinya,

 

Yesaya 51:3 Sebab TUHAN menghibur Sion, menghibur segala reruntuhannya; Ia membuat padang gurunnya seperti taman Eden dan padang belantaranya seperti taman TUHAN. Di situ terdapat kegirangan dan sukacita, nyanyian syukur dan lagu yang nyaring.

 

Yesaya 51:11 Maka orang-orang yang dibebaskan TUHAN akan pulang dan masuk ke Sion dengan sorak-sorai, sedang sukacita abadi meliputi mereka; kegirangan dan sukacita akan memenuhi mereka, duka dan keluh akan menjauh.

 

Fikirkan mengenai nyanyian dan menyanyi. Semua orang-orang ini harus diajar. Siapakah yang menjadi guru-guru? Mereka berada di Kaabah Allah.

 

Wahyu 3:4,12 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu.  12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru.

 

Jadi guru-guru ini dikenali dengan nama-nam yang istimewa:

 

Nama Keluarga Allah

 

Nama Kota

 

Nama Peribadi

 

Sebagai contoh: Yohanes, saudara Yehoshua, Elohim, anak Allah, dari University Kaabah Yerusalem, guru penyelaras untuk Singapura.

 

Bagaimanapun, semua guru-guru mempunyai ketua guru.

 

Mazmur 145:10-12 Segala yang Kaujadikan itu akan bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN, dan orang-orang yang Kaukasihi akan memuji Engkau. 11 Mereka akan mengumumkan kemuliaan kerajaan-Mu, dan akan membicarakan keperkasaan-Mu, 12 untuk memberitahukan keperkasaan-Mu kepada anak-anak manusia, dan kemuliaan semarak kerajaan-Mu.

 

Dan orang-orang akan melihat guru-guru mereka. kemudahan pita rakam dan kertas tidak lagi diperlukan.

 

Yesaya 30:19-21 Sungguh, hai bangsa di Sion yang diam di Yerusalem, engkau tidak akan terus menangis. Tentulah Tuhan akan mengasihani engkau, apabila engkau berseru-seru; pada saat Ia mendengar teriakmu, Ia akan menjawab.  20 Dan walaupun Tuhan memberi kamu roti dan air serba sedikit, namun Pengajarmu tidak akan menyembunyikan diri lagi, tetapi matamu akan terus melihat Dia,  21 dan telingamu akan mendengar perkataan ini dari belakangmu: "Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya," entah kamu menganan atau mengiri.

 

Yesaya 52:7-9 Betapa indahnya kelihatan dari puncak bukit-bukit kedatangan pembawa berita, yang mengabarkan berita damai dan memberitakan kabar baik, yang mengabarkan berita selamat dan berkata kepada Sion: "Allahmu itu Raja!"  8 Dengarlah suara orang-orang yang mengawal engkau: mereka bersama-sama bersorak-sorai. Sebab dengan mata kepala sendiri mereka melihat bagaimana TUHAN kembali ke Sion.  9 Bergembiralah, bersorak-sorailah bersama-sama, hai reruntuhan Yerusalem! Sebab TUHAN telah menghibur umat-Nya, telah menebus Yerusalem.

 

Apabila ada nyanyian kegembiraan, apakah yang dinyanyikan oleh orang-orang tersebut?

 

Wahyu 15:3-4 Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa!  4 Siapakah yang tidak takut, ya Tuhan, dan yang tidak memuliakan nama-Mu? Sebab Engkau saja yang kudus; karena semua bangsa akan datang dan sujud menyembah Engkau, sebab telah nyata kebenaran segala penghakiman-Mu."

 

Ada banyak lagi nyanyian-nyanyian lain dan lagu baru.

 

Mazmur 96:1  Nyanyikanlah nyanyian baru bagi TUHAN, menyanyilah bagi TUHAN, hai segenap bumi!

 

Dan lagu-lagu lama dan baru ini akan digunakan sebagai alat, sebagai peralatan untuk mengajar, untuk pendidikan. Ini adalah cara yang paling efektif.

 

Kolose 3:16 Hendaklah perkataan Kristus diam dengan segala kekayaannya di antara kamu, sehingga kamu dengan segala hikmat mengajar dan menegur seorang akan yang lain dan sambil menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu.

 

Dan nyanyian ini lebih bernilai kepada Allah daripada korban.

 

Mazmur 69:30-31 Aku akan memuji-muji nama Allah dengan nyanyian, mengagungkan Dia dengan nyanyian syukur;  31 pada pemandangan Allah itu lebih baik dari pada sapi jantan, dari pada lembu jantan yang bertanduk dan berkuku belah.

 

Jadi, bagaimana dengan kita? Apakah yang kita harus lakukan?

 

Mazmur 100:1-2 Mazmur untuk korban syukur. Bersorak-soraklah bagi TUHAN, hai seluruh bumi!  2 Beribadahlah kepada TUHAN dengan sukacita, datanglah ke hadapan-Nya dengan sorak-sorai!

 

Kita berkumpul kerana kehadiran Allah. Kita juga lakukan ini dengan menyanyi. Tetapi kita berada dalam kediaman yang sementara. Kita adalah umat yang berada dalam pergerakan. Kita sedang bergerak menuju ke Yerusalem, ibu kota kepada Tanah Perjanjian. Dan ketika dalam perjalanan juga kita harus menyanyi.

 

Mazmur 98:1-9 Mazmur. Nyanyikanlah nyanyian baru bagi TUHAN, sebab Ia telah melakukan perbuatan-perbuatan yang ajaib; keselamatan telah dikerjakan kepada-Nya oleh tangan kanan-Nya, oleh lengan-Nya yang kudus.  2 TUHAN telah memperkenalkan keselamatan [=Yehoshua] yang dari pada-Nya, telah menyatakan keadilan-Nya di depan mata bangsa-bangsa.  3 Ia mengingat kasih setia dan kesetiaan-Nya terhadap kaum Israel, segala ujung bumi telah melihat keselamatan [=Yehoshua]  yang dari pada Allah kita.  4 Bersorak-soraklah bagi TUHAN, hai seluruh bumi, bergembiralah, bersorak-sorailah dan bermazmurlah! 5 Bermazmurlah bagi TUHAN dengan kecapi, dengan kecapi dan lagu yang nyaring,  6 dengan nafiri dan sangkakala yang nyaring bersorak-soraklah di hadapan Raja, yakni TUHAN!  7 Biarlah gemuruh laut serta isinya, dunia serta yang diam di dalamnya!  8 Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan, dan gunung-gunung bersorak-sorai bersama-sama  9 di hadapan TUHAN, sebab Ia datang untuk menghakimi bumi. Ia akan menghakimi dunia dengan keadilan, dan bangsa-bangsa dengan kebenaran.

 

Kita melihat Yerusalem masa hadapan, selepas penghancuran yang akan menimpa seluruh dunia. Bangsa-bangsa akan dipanggil ke Sion dan Yerusalem. Yerusalem yang dibina semula akan menjadi kota bersama dengan Bukit Kaabah, dan bersama dengan Sion, yang menegak tinggi diatas permukaan di sekelilingnya. Dari Kaabah ini, air kehidupan akan mengalir, untuk mengairi dunia dengan air dan Roh Suci, supaya tidak ada lagi yang merasa dahaga.

 

Orang-orang akan pergi ke puncak Yerusalem dan membawa kekayaan mereka. Dari Sion akan muncul Hukum dan semua bangsa akan memulakan pendidikan yang betul. Yerusalem ini akan menjadi Kidung atas segala Nyanyian, dan semua orang akan menyanyi mengenai Yerusalem untuk memuliakan Allah yang Kekal.

 

Kita, sebagai umat pilihan, harus melakukan tugas kita, menurut panggilan kita, dan kita harus mengajar dunia ini. Kita semua akan digunakan oleh Allah menurut tujuanNya. Kita pada masa ini, dan masa hadapan, menjadi sebahagian daripada Yerusalem yang indah ini, sebagai sebahagian daripada Kaabah.

 

Ini adalah ketakdiran yang indah, menjadi sebahagian daripada Yerusalem yang indah, dan menjadi sebahagian daripada Kaabah yang indah. Bersedialah untuk mengambil mahkota yang tersedia untuk kamu.

 

Wahyu 3:11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu.

 

Pertobatan

Sekarang kita telah tiba di bahagian mesej yang susah.

 

Ianya satu permohonan untuk bertobat. Satu permohonan untuk kembali kepada dasar yang mana Yesus Kristus telah bentangkan sebagai batu penjuru dan kita akan ditambahkan sebagai batu-batu hidup Kaabah Allah.

 

Kita semua bersalah kerana meletakkan keinginan-keinginan kita dihadapan Perkataan Allah. Setiap kita menghadapi hasrat untuk menyesuaikan diri kepada sifat tertentu, tradisi tertentu, corak tertentu, yang seolah-olah membuat perkara menjadi mudah bagi kita. Motif yang terlibat seringkali  datang dari hati kita sendiri. Hati adalah pendusta atas segala perkara dan ianya jahat. Kita memperbodohkan diri kita sendiri dengan perasaan hati kita. Berfikir bahawa kita sedang melakukan perkara yang betul, kita sedang menutup jalan keselamatan kepada ramai orang.

 

Seringkali dengan mendengar perasaan hati, kita kehilangan visi kasih, yang keluar dari hukum, dan perintah-perintah, undang-undang dan penghakiman. Kita harus kenakan kasih Allah, dan memelihara perintah-perintah dengan perasaan kasih.

 

Kita harus memanggil semua umat ke gunung. Kita hanya boleh lakukan itu dengan bahasa kita sendiri. Kita akan memanggil orang Friesia ke gunung dalam bahasa Friesia dan orang Belanda dengan bahasa Belanda dan demikian juga kepada semua bangsa-bangsa dan bahasa-bahasa lain.

 

Oleh kerana itu, kita harus memanggil orang dengan menggunakan bahasa mereka sendiri dan menyatakan Yesus Kristus. Yang mana, di Friesland dan Netherland adalah Jezus Christus, di Perancis adalah Jésus Christ, di Greek adalah Ièsous Chreistos, di Ibrani adalah Yehoshua HaMashiach.

 

Sama seperti yang telah ditulis oleh Paulus: “Yahudi untuk orang Yahudi dan Greek untuk orang Greeka.” Sekiranya mereka di Netherland hanya menyatakan Yehoshua, maka majoriti orang Belanda yang ramai tidak mungkin boleh dijangkau, sebab kita berbicara dalam bahasa lain yang tidak difahami. Kita tidak bolehmenjangkau orang-orang ini dalam bahasa Ibrani, sebab mereka tidak memahami kita. Alkitab sudah cukup jelas.

 

1Korintus 14:21 Dalam hukum Taurat ada tertulis: "Oleh orang-orang yang mempunyai bahasa lain dan oleh mulut orang-orang asing Aku akan berbicara kepada bangsa ini, namun demikian mereka tidak akan mendengarkan Aku, firman Tuhan."

 

Kita harus menjadi segalanya bagi semua orang dalam pengertian yang benar: Yahudi diantara orang Yahudi dan Friesia diantara orang Friesia dan Belanda diantara orang Belanda. Kita juga harus bertobat dari semua dosa didalam diri kita dan dari tradisi yang membelenggu kita.  Bertobat dari keadaan tanpa kasih dan pertimbangan dalam penghakiman kita; dari melaksanakan pandangan kita sendiri terhadap orang lain dan tidak mahu menjadi hamba; melupakan kasih Agape; dan menerima hampir segala perkara daripada berdiri sebagai batu di tengah-tengah gelombang. Dalam keadaan takut untuk menyakiti sesetengah orang, kita seringkali menyakiti orang lain.

 

Seringkali seseorang mengatakan, “Keselamatan adalah dari orang Yahudi.” Itu adalah benar. Keselamatan, penebusan, Kristus, Mesiah, Yesus, Yehoshua adalah dari orang-orang Yahudi. Dia adalah korban tebusan untuk semua umat manusia, bukan sahaja untuk orang-orang Yahudi, ataupun suku-suku kaum Israel yang lain., tetapi untuk semua ciptaan.

 

Kita tahu bahawa sepuluh suku kaum tersebut telah ditawan dan dibuang terlebih dahulu kerana ketidakturutan mereka, dan mereka mendapat bil perceraian. Yudea juga telah ditawan dan dibuang dan tidak pernah kembali.

 

Kerajaan di sebelah utara sekarang adalah perempuan yang telah berpisah dan janda, dan mahu berkahwin lagi. Yudea juga menjadi janda dan mahu berkahwin lagi. Kedua-duanya berada dalam kedudukan yang sama. Kedua-duanya akan menjadi Yakub semula, menjadi satu, dengan pelanggaran mereka yang akan disembuhkan. Mereka, anak-anak Yakub, dan juga para jahiliah boleh disatukan semuanya diatas pohon zaitun yang baik.  Pohon zaitun bagi Israel adalah Jemaat Allah.

 

Yakub dan Israel adalah saksi-saksi Allah.

 

Yesaya 44:1-8 "Tetapi sekarang, dengarlah, hai Yakub, hamba-Ku, dan hai Israel, yang telah Kupilih!  2 Beginilah firman TUHAN yang menjadikan engkau, yang membentuk engkau sejak dari kandungan dan yang menolong engkau: Janganlah takut, hai hamba-Ku Yakub, dan hai Yesyurun, yang telah Kupilih!  3 Sebab Aku akan mencurahkan air ke atas tanah yang haus, dan hujan lebat ke atas tempat yang kering. Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunanmu, dan berkat-Ku ke atas anak cucumu.  4 Mereka akan tumbuh seperti rumput di tengah-tengah air, seperti pohon-pohon gandarusa di tepi sungai.  5 Yang satu akan berkata: Aku kepunyaan TUHAN, yang lain akan menyebut dirinya dengan nama Yakub, dan yang ketiga akan menuliskan pada tangannya: Kepunyaan TUHAN, dan akan menggelari dirinya dengan nama Israel."  6 Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.  7 Siapakah seperti Aku? Biarlah ia menyerukannya, biarlah ia memberitahukannya dan membentangkannya kepada-Ku! Siapakah yang mengabarkan dari dahulu kala hal-hal yang akan datang? Apa yang akan tiba, biarlah mereka memberitahukannya kepada kami!  8 Janganlah gentar dan janganlah takut, sebab memang dari dahulu telah Kukabarkan dan Kuberitahukan hal itu kepadamu. Kamulah saksi-saksi-Ku! Adakah Allah selain dari pada-Ku? Tidak ada Gunung Batu yang lain, tidak ada Kukenal!"

 

Kita semua seperti Yunus. Kita semua mahu melarikan diri dari Tuhan. Itu adalah sia-sia dan tidak dibenarkan. Ianya sesuatu yang menakutkan untuk jatuh ke tangan Allah yang hidup. Disini kita akan melihat aspek pada tanda Yunus.

 

Yunus 3:4-5 Mulailah Yunus masuk ke dalam kota itu sehari perjalanan jauhnya, lalu berseru: "Empat puluh hari lagi, maka Niniwe akan ditunggangbalikkan."  5 Orang Niniwe percaya kepada Allah

 

Matius 12:39 Tetapi jawab-Nya kepada mereka: "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus.

 

Matius 12:41 Pada waktu penghakiman, orang-orang Niniwe akan bangkit bersama angkatan ini dan menghukumnya juga. Sebab orang-orang Niniwe itu bertobat setelah mendengar pemberitaan Yunus, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Yunus!

 

Ninewi telah diberi empat puluh hari untuk bertobat, dan Ninewi telah bertobat. Yudea telah diberi secara ertikata nubuatan sehari untuk setahun dan mempunyai empat puluh tahun untuk bertobat, dan Yudea tidak bertobat. Empat puluh tahun selepas perkataan Yesus Kristus ini, Yerusalem dan Kaabah Kedua telah digulingkan oleh orang-orang Roma.

 

Kita sebagai Jemaat Allah juga harus bertobat dari kesalahan kita. Berapa lamakah masa yang diberi untuk ini? Dalam Wahyu, Yesus Kristus mengatakan “Pasti Aku akan datang segera.”  Berapa lama masa yang diberi untuk kita bertobat? Sebagai sebuah Jemaat kita harus berada di jalan yang benar. Kita tidak mempunyai masa yang sama seperti masa Yudea empat puluh tahun tersebut. Mungkin kita mempunyai empat puluh hari seperti Ninewi atau empat puluh minggu, atau empat puluh bulan. Kita tidak tahu berapa lama jangka masanya. Kita hanya tahu bahawa masanya sudah singkat. Bagaimanapun, ianya beberapa tahun di masa hadapan. Kita harus menganggap bahawa ianya seolah-olah hari ini.

 

Jadi marilah kita bertobat dan kembali menyembah kepada satu-satunya Allah yang benar dengan cara yang betul, pada hari yang betul sepanjang tahun, mempraktikkan kasih Allah, supaya tidak ada orang yang berpeluang untuk mengambil mahkota kita.

 

Dengan itu kita masih boleh berkata:

 

BESHANA HABA BIYERUSHALAYIM
Tahun Hadapan di Yerusalem

Kemudian saya akan berkata:
SHALOM CHAVERIM LEHITRAOTH
Damai, sahabat, selamat tinggal.
Oant sjens!