Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[273]
Pita Biru
(Edisi 1.0 19981212-19981212)
Alkitab memerintahkan sebagai peringatan Hukum Tuhan agar kita memakai pita (benang) biru yang diletakkan pada pinggir atau jumbai (punca) pakaian kita.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă 1998 Thomas McElwain, John dan Theresa Simons, Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Pita Biru [273]
Pengenalan
Kata-kata yang menyusuli bertujuan untuk menganjurkan penerapan perundangan yang ditetapkan dalam ayat-ayat berikut:
Bilangan 15:38 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakanlah kepada mereka, bahwa mereka harus membuat jumbai-jumbai pada punca baju mereka, turun-temurun, dan dalam jumbai-jumbai punca itu haruslah dibubuh benang ungu kebiru-biruan.
Bilangan 15:39 Maka jumbai itu akan mengingatkan kamu, apabila
kamu melihatnya, kepada segala perintah TUHAN, sehingga kamu melakukannya dan
tidak lagi menuruti hatimu atau matamu sendiri, seperti biasa kamu perbuat
dalam ketidaksetiaanmu terhadap TUHAN.
Ulangan 22:12 Haruslah engkau membuat tali yang terpilin pada
keempat punca kain penutup tubuhmu."
Karya ini tepatnya suatu apendiks Perintah Terutama Pertama dan diperolehi daripada konsep-konsep Perintah Pertama.
Untuk memahami ayat-ayat ini dengan cukup,
maksud konteks asal kata-kata yang digunakan adalah perlu. Dalam Matius 9:20,
14:36; 23:5; Markus 6:56; dan Lukas 8:44, perkataan hem atau punca
disebutkan. Ia merupakan perkataan Yunani kraspedon
(Kamus Yunani Strong’s (SGD) 2899)
yang didefinisikan oleh Thayer’s Greek
Lexicon sebagai hujung atau bahagian
menonjol sesuatu benda, tepi, pinggir,
ruang tepi; jumbai sesuatu pakaian; iaitu bahagian tambahan kecil yang
tergantung dari tepi mantel atau jubah, diperbuat daripada bulu bersimpul;
jumbai, berkas.
Perkataan yang disebutkan dalam Zakharia
8:23 dan 1 Samuel 15:27 ialah kanaph,
iaitu Kamus Ibrani Strong’s (SHD) 3671
dan yang diertikan sebagai tepi atau
hujung; khususnya sayap (sesuatu burung atau tentera), tutup (sesuatu pakaian
atau pakaian kamar), penjuru (tanah), puncak (sesuatu bangunan).
Para penterjemah KJV menggunakan ungkapan-ungkapan
berikut untuk kanaph: batas, sudut,
hujung, (ber)bulu, meliputi, penjuru, pinggir, bahagian paling hujung,
(ber)sayap, serta fungsi-fungsi burung, terbang, sesama sendiri, dan jenis. Kanaph
diertikan dalam Gesenius’ Hebrew Lexicon
sebagai 1) sayap, 2) tepi, hujung – (a)
sesuatu pakaian, skirt; punca jubah 1 Samuel 24:5,12; Bilangan 15:38; Ulangan
22:12 – juga tanpa nama pakaian itu. Zakharia 8:23, ‘punca jubah seorang
Yahudi.’… b) hujung bumi (sama seperti bumi yang berpenduduki lazimnya dibandingkan
dengan jubah yang terbentang). Yesaya 24:16 ‘ujung bumi’. Khususnya secara
jamak. Ayub 37:3; 38:13, ‘ujung-ujung bumi’; dan Mazmur 11:12; Yehezkiel 7:2,
‘empat penjuru,’ atau ‘batas-batas hujung bumi.’
Istilah keempat penjuru bumi tidak merujuk secara literal kepada bumi bersisi empat, dan juga tidak patut diterapkan secara literal kepada pakaian.
Perkataan jumbai yang disebut dalam Bilangan 15:38 et al ialah SHD 6734 (tsitsith), dan Strong mengertikannya
sebagai penonjolan seperti bunga atau sayap,
iaitu jambul rambut, jumbai. Penterjemah KJV memilih fringe (jumbai) dan lock
(jambul). Gesenius mengertikannya sebagai jumbai
(fringe), tepatnya sesuatu seperti bunga atau bulu burung …(1) jambul rambut
(2) punca, tepi-tepi berjumbai, yang dipakai orang Israel pada sudut-sudut
pakaian mereka, Bilangan 15:38,39.
Perkataan punca (fringes) yang disebut dalam Ulangan 22:12 ialah SHD 1434 (gedil) yang diertikan Strong sebagai daripada 1431 (dengan pengertian berpilin); benang, iaitu jumbai atau hiasan berangkai. Penterjemah KJV memilih perkataan fringe (jumbai) dan wreath (rangkaian bunga).
Perkataan ribband (benang) dalam Bilangan 15:38 ialah SHD 6616, pathil, yang diertikan Strong sebagai daripada 6617; benang ikat (twine). Penterjemah
KJV memilih kata-kata bound (ikat), bracelet (gelang), lace (tali), line
(tali), ribband (benang), thread (benang), dan wire (dawai).
Perkataan blue (biru), SHD 8504, tekheleth,
diertikan sebagai mungkin untuk 7827;
kepah biru langit; iaitu warna (violet, lembayung) yang diperolehi di situ atau
benda yang diwarnakan begitu. Penterjemah KJV secara tetap menterjemahkan
ini sebagai blue (biru). Gesenius
mengatakan haiwan air berkerang,
khususnya yang dipanggil begitu (helix ianthina, Linn.), iaitu sejenis kepah
yang ditemui di laut Mediterranean, dengan kerang biru, yang daripadanya warna
ungu biru langit dibuat, …jadi ungu kebiruan, dan pakaian (bulu, benang), yang
diwarna dengan warna ungu ini, Keluaran 26:4,31; Bilangan 4:6, seterusnya;
Yehezkiel 23:6; 27:7,24.
Perkataan tekheleth, yang diterjemahkan blue (biru) digunakan untuk kepah Mediterranean iaitu asal pewarna itu (tiada contoh Alkitab), untuk pakaian yang diwarna begitu (Keluaran 25:4; 26:1,4; et al.), dan untuk warna itu sendiri (hanya dalam Ester 1:6). Walaupun teks-teks merujuk kepada bahan pewarna lebih daripada warna khususnya, seperti yang ditunjukkan banyak rujukan kepada biru (tekheleth) dan ungu (argaman), yang masing-masingnya termasuk berbagai corak warna, kata-kata itu boleh digunakan sebagai istilah-istilah khusus warna. Kidung Agung 7:5(6) membayangkan bahawa argaman/ungu adalah suatu istilah warna yang lebih gelap daripada tekheleth/biru. Hakikat bahawa perkataan untuk bahan pewarna dan bukan perkataan warna yang berlainan digunakan, tidak menyatakan bahawa hanya bahan pewarna khusus saja yang dimaksudkan, kerana tiada perkataan warna spesifik lain ditemui dalam bahasa Ibrani Alkitab. Sebagai rangkuman, perkataan Ibrani ini paling difahami dipakaikan kepada warna biru yang boleh dibezakan daripada warna ungu sebab ia jelas lebih terang. Orang Yahudi telah menterjemahkan teks-teks ini dengan sebegitu cara hingga meniadakannya sepenuhnya dan memakai benang putih pada selendang sembahyang mereka, di bawah pakaian mereka.
Perkataan kasuuth diterjemah vesture
(kain penutup) sekali dan raiment (jubah)
sekali. Dalam semua kasus lain ia diterjemah penutup. Ini sesuai dengan akar kata kerja dari mana ia diperolehi,
yang ringkasnya bererti menutup.
Perkataan beghed jauh lebih biasa, dan lazimnya diterjemah garment (pakaian). Ia juga berpunca daripada kata kerja yang bererti menutup. Ia jelas suatu kain penutup luaran yang digunakan sebagai pakaian pada waktu siang dan sebagai penutup pada waktu malam. Ia digambarkan dengan jelas dalam cerita Yusuf dalam Kejadian 39:12-18.
Kain tutup luaran atau selimut dalam banyak kasus nampaknya adalah satu-satunya barang milik yang berharga. Oleh itu ia lazim diambil sebagai gadai, dan begitu kerap sekali hingga perkataan ini hampir seerti dengan gadai, seperti dalam Ayub 22:6, Amsal 20:16; 27:13; Yehezkiel 18:7,16; dan Amos 2:8. Ia merupakan gadai paling lazim yang disebutkan dalam Alkitab.
Keluaran 22:26-27 Jika engkau sampai mengambil jubah temanmu
sebagai gadai, maka haruslah engkau mengembalikannya kepadanya sebelum matahari
terbenam, sebab hanya itu saja penutup tubuhnya, itulah pemalut kulitnya--pakai
apakah ia pergi tidur? Maka apabila ia berseru-seru kepada-Ku, Aku akan
mendengarkannya, sebab Aku ini pengasih."
Benda sama diulangi dalam Ulangan 24:10-17,
khususnya 13: supaya ia dapat tidur dengan memakai kainnya sendiri dan memberkati
engkau. Inilah
perkataan biasa yang digunakan dalam Alkitab untuk apa yang kita akan kenali
sebagai selimut tidur. Beberapa perkataan lain digunakan untuk pakaian jahit,
malah yang tidak berjahit.
Kandungan dan tujuan
perintah itu
Terdapat dua penerapan perintah ini. Pertama, ia berkaitan dengan pembuatan kasuuth dan beghed dengan sebegitu cara hingga benang-benang tidak diikat atau ditenun, tetapi dibiarkan sebagai jumbai pada keempat-empat sisi kain itu, dan padanya jumbai-jumbai ini dipasang kukuh dengan benang atau pita biru sekeliling keempat-empat sisi dengan cara tertentu hingga benang biru itu sentiasa kelihatan apabila digunakan. Panjang jumbai atau lebar pita biru itu tidak ditetapkan, syaratnya hanya agar ia kelihatan sebagai peringatan kepada individu. Perintah ini merupakan hal peribadi kerana kita mendapati tiada hukuman disertakan dan dengan itu hal ini bukan persoalan jurisdiksi hukum.
Tujuan perintah ini berbagai. Mula-mula, jumbai dan pita biru itu harus dilihat dan sebab itu adalah kelihatan namun pembuatan hukum ditujukan kepada atau pada individu. Pengamatan benda ini bertujuan sebagai peringatan tentang semua perintah Tuhan. Peringatan ini mempunyai tujuan memupuk ketaatan kepada perintah-perintah itu. Akhir sekali, perintah ini bertujuan untuk memupuk ketaatan kepada Tuhan dan bukan bergantung pada keinginan atau konsep benar dan salah seseorang.
Penerapan perintah ini
Persoalan tentang penerapan beralih kepada sama ada perintah ini kekal bersangkutan atau tidak, dan jika ya, bagaimana ia patut diterapkan dalam sekitaran moden. Satu pendapat tentang kedua-dua isu ini akan ditentukan oleh dua praandaian. Pertama adalah perjanjian dengan Israel adalah mengikat atas semua keturunan orang yang hadir di Gunung Sinai pada waktu pemberian hukum dan bukan hanya keturunan Yehuda. Praandaian kedua adalah hukum patut ditafsirkan secara literal sebanyak yang mungkin mengikut konteks.
Ungkapan “turun-temurun” jelas menyatakan
tempoh waktu terbesar yang mungkin untuk keabsahan perintah itu. Tambahan pula,
Kitab-kitab Injil merujuk kepada contoh Kristus dalam mentaati perintah itu.
Matius 9:20 “Pada waktu
itu seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan
maju mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jumbai jubah-Nya.” Matius 14:36
“Mereka memohon supaya diperkenankan menjamah jumbai jubah-Nya. Dan semua orang
yang menjamah-Nya menjadi sembuh.”
Tujuan perintah itu juga kekal kepentingannya. Peringatan untuk memelihara perintah Tuhan sama berguna hari ni seperti waktu perintah itu diberikan. Tambahan lagi, manusia masih cenderung bersandar pada kriteria benar dan salah yang lain di samping hukum ilahi. Oleh itu, keperluan perintah ini terus kekal. Perintah ini kekal dan sebagai suatu perintah dalam hukum alkitabiah kepentingannya tidak boleh diperkecilkan atau penerapannya tidak boleh dibuat sembarangan. Ini juga merupakan pandangan R. J. Rushdoony dalam karyanya The Institutes of Biblical Law. Dia berkata Benang Biru yang diperlukan tidak boleh dianggap remeh walaupun dia berpendapat salah bahawa ini telah diganti oleh tanda-tanda baru perjanjian sama seperti Sabat dan penyunatan. Bagaimanapun, dia menyangkal pandangan Calvin dan mengatakan Calvin merosakkan perundangan itu. (Presbyterian and Reformed Publishing Company, 1973, ms 22-23)
Isu seterusnya adalah dalam penerapan moden. Pemeliharaan perintah ini secara literal membataskan penggunaan benang biru antara kain dan jumbai kepada beghed dan kasuuth, iaitu kepada penutup tekstil yang digunakan sebagai selimut tidur pada waktu malam dan penutup luaran pada waktu siang. Dengan itu sebarang penerapan lain akan dibantah sebagai melampaui perintah literal itu dan mengundang bahaya pembaharuan perundangan.
Jumbai dan pita biru hanya disebutkan untuk beghed dan kasuuth, sedangkan terdapat banyak jenis pakaian lain yang disebutkan dalam Alkitab. Perintahnya jelas untuk meletakkan pita biru pada beghed dan kasuuth. Maka anjuran dibuat bahawa implikasinya adalah pita biru ini tidak harus diletakkan pada jenis-jenis pakaian yang lain. Oleh kerana penggunaan beghed dan kasuuth amat terbatas dalam amalan moden, penerapan literal perintah ini nampaknya tidak cukup sama sekali.
Satu pendapat mengatakan bahawa selendang dalam bentuk beghed/kasuuth yang diperolehi dan digunakan sebagai selimut tidur dan sebagai selendang bahu (atau poncho), pada mana-mana acara yang sesuai, memenuhi perintah itu, dan bahawa jumbai dan pita biru yang dipasang kepada apa-apa pakaian lain tidak memenuhi perintah ini. Pandangan sebegitu memerlukan hukum untuk tidak memerintahkan penggunaan pakaian itu secara berterusan dan konstan. Dengan itu, pakaian begitu mungkin dilihat sebagai selendang, segiempat secara kasarnya (daripada terjemahan perkataan itu secara literal yang tidak masuk akal) dan tidak dijahit, dan ditenun supaya benang-benangnya membentuk jumbai-jumbai pada keempat-empat sisi. Satu benang atau pita biru kemudiannya dijahit di antara jumbai dan badan kain itu. Memandangkan perintah Ulangan 22:5, sepatutnya terdapat perbezaan jelas antara pakaian berjumbai milik lelaki dan pakaian perempuan. Sebaliknya, tanpa jahitan, perbezaan antara selimut lelaki dan perempuan sukar dikekalkan tanpa pembaharuan perundangan. Oleh itu, menurut satu lagi keputusan Ulangan 22:5 patut diterapkan hanya kepada pakaian berjahit dan bukan selimut penutup.
Dengan itu, teks-teks Ulangan dan Bilangan boleh dianggap mengesahkan perbezaan itu dan pita-pita benang biru adalah ikatan-ikatan peribadi pada jumbai yang diikat balik ke dalam badan pakaian itu selama berabad-abad lamanya. Justeru, pita itu diletakkan seperti itu sebagai satu peringatan, sesuai dengan perundangan itu.
Oleh sebab perundangan ini tidak berhubungan dengan waktu, tempat, atau aktiviti korporat (badan hukum), ia kekal sebagai soal amalan peribadi. Tambahan lagi, tiada hukuman ditentukan jika mengabaikannya. Bagaimanapun, sebagai peringatan peribadi, ia jelas menyatakan keinginan untuk mengingati, mengasihi, dan memenuhi perintah-perintah Tuhan.
q