Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[278]
Persembahan Korban [278]
(Edisi 1.1 19990623-19990717)
Konsep korban dan persembahan tidak difahami dengan betul dalam jemaat-jemaat. Bertahun-tahun lamanya Jemaat Tuhan tidak memelihara Pentakosta dengan betul dan belum benar-benar faham tentang apa yang diperlukan dalam perayaan dan acara korban. Manusia harus hidup menurut setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan dan ini tidak berlaku dengan tepat dalam banyak tempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Karya ini mengkaji konsep apa sebenarnya korban dan apa dia Perayaan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1999 Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Persembahan
Korban [278]
Karya ini akan membincangkan konsep persembahan korban.
Keluaran 23:14 dan seterusnya.
Keluaran 23:14-20 "Tiga kali setahun haruslah engkau mengadakan perayaan bagi-Ku. 15
Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau
harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang telah Kuperintahkan kepadamu,
pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan itulah engkau
keluar dari Mesir, tetapi janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan
hampa.
Ini cukup bermakna dan
jelas. Tiada seorangpun harus menghadap ke hadirat Tuhan dengan tangan hampa.
16 Kaupeliharalah juga hari raya menuai, yakni menuai
buah bungaran dari hasil usahamu menabur di ladang; demikian juga hari raya
pengumpulan hasil pada akhir tahun, apabila engkau mengumpulkan hasil usahamu
dari ladang. 17 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus
menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN (ini Yahovah Elohim) 18 Janganlah
kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang
beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19
Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah
TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya."
Konsep di sini dalam ayat
14 dan 15 berkaitan dengan pernyataan menghadap ke hadirat-Ku. Konsep
dalam Companion Bible adalah bahawa inilah teks Ibrani semasa, tetapi teks ini
dan sepuluh petikan lain telah diubah oleh Sopherim hanya dalam penunjukannya.
Teks primitif berbunyi (dan sepatutnya adalah) “melihat mukaKu”. Seluruh konsep
Muka Tuhan digunakan sebagai Synecdoche (sejenis kiasan) menurut
Bullinger dalam Companion Bible, namun hakikatnya adalah, Muka Tuhan ialah
Malaikat Yahovah. Dalam ayat 20 ia teruskan:
20 "Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah Kusediakan.
Muka Tuhan ialah Makhluk Hadirat; Yahovah yang muncul bersama Israel dan membangunkan Israel dalam Hukum. Seluruh konsep teks ini adalah, kita tidak dibenarkan menghadap Muka Tuhan di tempat-tempat ini, pada waktu-waktu ini, dalam perayaan-perayaan ini, dengan tangan hampa.
Perayaan Tujuh Minggu (atau Pentakosta) adalah yang kedua daripada tiga persembahan itu. Kita wajib bertemu bersama untuk Pentakosta dan kita seharusnya tidak datang dengan tangan hampa atau tangan kosong.
Dalam Kisah 2:1 kita lihat ada perkumpulan mandatori Jemaat pada hari Pentakosta.
Kisah 2:1 Ketika tiba hari Pentakosta,
semua orang percaya berkumpul di satu tempat.
Ia suatu
perayaan bilamana kita dikehendaki pergi dan berkumpul bersama di satu
tempat. Jadi, ia tidak dirayakan di rumah. Kita dikehendaki Tuhan untuk
berada di Perayaan Pentakosta di tempat yang akan dipilihNya, sebagaimana
kedua-dua Perayaan lain itu dirayakan, iaitu Paskah dan Pondok Daun, dan kita
janganlah datang dengan tangan hampa (Ulangan 16:16).
Ketika
tiba hari Pentakosta
mereka semua berkumpul bersama. Dengan kata lain, dari hari Sabat mereka
sepatutnya telah berkumpul bersama pada Perayaan Pentakosta. Ini mungkin konsep
Sabat kedua selepas yang pertama (Sabbatton deuteropro) dalam Lukas 6:1.
Daripada
perayaan Pentakosta pertama Jemaat, Roh Kudus memasuki mereka yang hadir
bersama kuasa besar. Mereka dapat berbahasa roh, melakukan seperti nabi dan
menggunakan atau digunakan Roh Kudus. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan
Pentakosta dengan tidak betul menghadkan kemampuan Jemaat untuk digunakan Roh
Kudus, berpunca daripada ketaatan dan keinginan.
Daripada
komen dalam Ulangan 16 pada ayat 1 kita perhatikan perintah itu bermula pada
bulan pertama dan mengatakan:
Ulangan 16:1 "Ingatlah akan bulan Abib dan rayakanlah Paskah bagi TUHAN,
Allahmu, sebab dalam bulan Abib itulah TUHAN, Allahmu, membawa engkau keluar
dari Mesir pada waktu malam. (KJV)
Ini
merupakan ulangan kata dalam Keluaran 23.
Ulangan 16:2-6 Maka engkau harus menyembelih kambing domba dan
lembu sapi sebagai korban Paskah bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan
dipilih TUHAN untuk membuat nama-Nya diam di sana. 3 Janganlah
engkau makan sesuatu yang beragi besertanya; tujuh hari lamanya engkau harus
makan roti yang tidak beragi besertanya, yakni roti penderitaan, sebab dengan
buru-buru engkau keluar dari tanah Mesir. Maksudnya supaya seumur hidupmu
engkau teringat akan hari engkau keluar dari tanah Mesir.
Nyata sekali pada waktu ini
ditulis, tiada tempat tertentu yang dipilih Tuhan untuk membuat namaNya diam di
sana. Dia tidak menempatkan namaNya di Yerusalem semata-mata. Apabila Hukum
ditulis, ia ditulis untuk semua waktu, sebab Yerusalem bukan satu-satunya
tempat di mana Tuhan akan meletakkan namaNya dan bukan berterusan. Selama 2,000
tahun kebelakangan ini ia bukan satu-satunya tempat Dia meletakkan namaNya dan
bukan berterusan. Sejak 70 CE Yerusalem telah dibinasakan dan Jemaat dan Bait
telah berada di padang gurun. Jelas sekali kita mempunyai kewajipan untuk
menempatkan nama Tuhan pada tempat-tempat tertentu untuk ketiga-tiga perayaan
ini: Paskah dan Hari Raya Roti Tidak Beragi, Pentakosta dan Perayaan
Perkumpulan atau Pondok Daun. Jemaat diberikan tanggungjawab menempatkan nama
Tuhan di tempat-tempat tertentu dan kita diperintah untuk berada di situ.
Ia meneruskan:
4 Janganlah terdapat padamu ragi di seluruh
daerahmu, tujuh hari lamanya; dan dari daging hewan yang kausembelih pada waktu
petang pada hari pertama, janganlah ada yang bermalam sampai pagi. 5
Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu tempat yang
diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.
Jelas sekali kita harus
berada di kediaman kita untuk Paskah dan kita juga melihat bahawa ini juga
diperintahkan untuk Pentakosta dan Pondok Daun. Ini bukan perkara
sewenang-wenangnya atau bebas dipilih bagi individu, juga bukan pilihan bebas
untuk Jemaat. Jemaat dan para pemimpinnya dikehendaki memilih dan menempatkan
nama Tuhan pada tempat-tempat tertentu. Paskah jelas dan khusus dinyatakan
tidak boleh diadakan atau dimakan dalam kediaman kita. Perintah ini berterusan
di dalam Perayaan-perayaan lain sebagaimana yang akan kita lihat.
6 Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu,
untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah
itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau
keluar dari Mesir. 7 Engkau harus memasaknya dan memakannya di
tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang
kembali ke kemahmu.
Jadi kita
boleh kembali ke khemah atau kediaman kita pada Hari Raya pertama, namun kita
tidak boleh berada di dalam rumah atau kediaman kita untuk Paskah.
Teruskan:
8 Enam hari lamanya engkau harus makan roti yang
tidak beragi dan pada hari yang ketujuh harus ada perkumpulan raya bagi TUHAN,
Allahmu; maka janganlah engkau melakukan pekerjaan. 9 Tujuh minggu
harus kauhitung: pada waktu orang mulai menyabit gandum yang belum dituai,
haruslah engkau mulai menghitung tujuh minggu itu.
Ini merupakan tuaian jelai
pertama di mana hulu hasil bulir jelai baru dikumpulkan untuk dijadikan bertih.
Jelai ini dituai bukan untuk digiling; ia bulir baru. Ini berlaku pada hari
Minggu dalam minggu Roti Tidak Beragi. Gandum berkembang dari waktu ini.
Kemudian kita menghitung
tujuh minggu. Ini penting dan kita akan mendalami konsep penghitungan tujuh
minggu ini kemudian.
10 Kemudian haruslah engkau merayakan hari raya Tujuh
Minggu bagi TUHAN, Allahmu, sekedar persembahan sukarela yang akan kauberikan,
Jadi kita tidak harus
datang menghadap Tuhan dengan tangan hampa dan kita harus pergi ke tempat di
mana Tuhan membuat namaNya berdiam. Ini adalah kewajipan semua. Para pemimpin
jemaat mempunyai kewajipan untuk menentukan tempat di mana umat harus berada
dan tiada seorangpun yang harus pergi dengan tangan hampa. Terdapat persembahan
penghormatan; persembahan sukarela yang kita berikan:
sesuai dengan berkat yang
diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.
Dengan memandang pada
berkat Tuhan persembahan ini diberikan dengan sukarela, dan bukan sebagai satu
tuduhan terhadap Tuhan sekiranya kita tidak mendapat kejayaan yang kita
inginkan pada tahun sebelumnya
11 Haruslah engkau bersukaria di hadapan TUHAN,
Allahmu, engkau ini dan anakmu laki-laki serta anakmu perempuan, hambamu
laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi yang di dalam tempatmu, dan
orang asing, anak yatim dan janda, yang di tengah-tengahmu, di tempat yang akan
dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana.
Jelas di
sini bahawa konsep semua orangmu yang laki-laki
harus menghadap ke hadirat Tuhanmu adalah suatu
perintah mandatori, namun mereka juga diiringi oleh isteri dan keluarga. Kaum
perempuan ada kalanya dihalang daripada menziarahi tempat tertentu, atau mereka
mungkin dalam persalinan. Jadi Hukum tidak meletakkan apa-apa beban pada kita
yang tidak dapat ditanggungi. Hukumnya nyata berkenaan kaum lelaki. Tuhan telah
memerintahkan kaum lelaki pergi sendiri jika isteri mereka tidak dapat hadir.
Ia meliputi hamba-hamba keluarga hingga orang Lewi dan orang asing serta anak
yatim dan janda di kalangan kita, di tempat di mana Tuhan Allah kita telah
pilih untuk menempatkan namaNya di situ.
Oleh itu, jelas terdapat
tuntutan mandatori untuk memilih satu tempat untuk hadir bersama semua orang
yang berkaitan dengan keluarga dan semua yang bergantung pada penghasilan kita.
Orang Lewi juga bergantung pada penghasilan kita. Justeru seluruh konsep ini
terletak dalam jemaat sebagai keimamatan dan semua orang yang berkaitan dengan
jemaat. Ia tidak terbatas kepada Lewi dan persepuluhan tidak terbatas kepada
Lewi. Abraham membayar persepuluhan kepada Melkisedek sebelumpun Lewi lahir,
dan keimamatan kita ialah keimamatan Melkisedek, bukan Lewi. Lewi hanyalah
keimamatan sementara, yang menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi lebih
besar bernama Keimamatan Melkisedek, dan untuknya dan kepadanya Abraham bapa
leluhur kita telah memberi persepuluhan, ketika kita masih berada dalam
tubuhnya. Keimamatan ini ialah Melkisedek, dan persepuluhan tidak pernah
dihentikan atau dibatalkan; tidak sejak zaman Nuh.
Kemudian kita beralih
kepada Perayaan Pondok Daun, yang kita tidak bincangkan di sini.
Dalam Imamat 23 kita akan
meneliti beberapa perintah itu sekarang daripada Unjukan Berkas. Kita mengkaji
perhitungan ke Pentakosta ini, iaitu perhitungan omer dari pukul sembilan pagi
pada hari Minggu. Inilah cara ia dilakukan pada zaman Bait di bawah orang
Saduki. Orang Yahudi rabbinikal, (berasal daripada orang Farisi) telah silap
melakukannya sejak mereka meninggalkan Israel, apabila mereka dibubarkan.
Persembahan Unjukan Berkas sentiasa jatuh pada hari Minggu pada Zaman Bait;
sentiasa pada pukul sembilan dan kita menghitung lima puluh hari dari pukul
sembilan hingga pukul sembilan, dari hari Minggu hingga hari Minggu. Begitulah
caranya pada zaman Bait selama 1,500 tahun. Begitulah cara orang Samaria dan
Saduki melakukannya. Ini tidak berhenti sehingga pengganti orang Farisi mula
bermain-main dengan kalendar pada abad kedua CE.
Imamat 23:9-12 TUHAN
berfirman kepada Musa: 10 "Berbicaralah kepada orang Israel dan
katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan
kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil
pertama dari penuaianmu kepada imam, 11 dan imam itu haruslah
mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam
harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu.
Hari sesudah sabat ialah
hari pertama minggu, yang kita panggil hari Minggu.
12 Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus
mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban
bakaran bagi TUHAN, 13 serta dengan korban sajiannya dari dua
persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban
api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban
curahannya dari seperempat hin anggur. 14 Sampai pada hari itu juga
janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu
telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya
bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.
Konsep bertih gandum inilah
kepentingan dalam Unjukan Berkas. Kita tidak dibenarkan memakan bertih gandum
tuaian baru sampai Unjukan Berkas itu. Kita memakan gandum lama tahun
sebelumnya sampai tuaian Unjukan Berkas. Kita akan melihat hal ini dalam
pendudukan Israel di bawah Yosua.
15 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari
sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus
ada genap tujuh minggu; 16 sampai pada hari sesudah sabat yang
ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan
korban sajian yang baru kepada TUHAN. (KJV)
Jadi
terdapat lima puluh hari dengan tujuh minggu atau Sabat lengkap. Tempoh ini
bermula dari hari sesudah Sabat dan melalui tujuh Sabat lengkap. Sabat-sabat
lengkap atau Sabbaton ini ialah tujuh hari. Enam hari bekerja membawa kepada
hari ketujuh minggu, iaitu hari perhentian Sabat. Tujuh Sabat lengkap membawa
kita kepada Sabat ketujuh dan hari selepas itu (hari besok sesudah Sabat) ialah
hari pertama minggu, yang kita panggil hari Minggu. Pentakosta telah sentiasa
jatuh pada hari Minggu dalam jemaat selama 2,000 tahun, melainkan satu
kesilapan kecil pada abad kedua puluh.
17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah
roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan
yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN.
Ini menarik sebab dua roti
ini, dua roti ini saja dalam keseluruhan sistem korban yang dibakar dengan roti
beragi, melambangkan Roh Kudus diterima, atau akan diterima pada Pentakosta. Ia
menunjuk ke arah hari itu pada Pentakosta 30 CE, sesudah penyaliban Kristus,
apabila Roh Kudus memasuki bangunan dalam lidah-lidah api dan memasuki umat
percaya dan mengubah mereka.
18 Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh
ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan
dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN,
serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban
api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN. 19 Kemudian kamu
harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan
dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. 20
Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai
persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya
itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam. 21
Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan
pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu
ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun. 22
Pada waktu kamu menuai hasil tanahmu, janganlah kausabit ladangmu habis-habis
sampai ke tepinya dan janganlah kaupungut apa yang ketinggalan dari penuaianmu,
semuanya itu harus kautinggalkan bagi orang miskin dan bagi orang asing; Akulah
TUHAN, Allahmu."
Konsep ini membawa kita sampai persembahan-persembahan Unjukan di sini untuk Imam, sebab golongan Imamat-lah yang dipanggil keluar dan dipilih dan menurut mazhab Melkisedek, pada Pentakosta dan sampai Pondok Daun. Jadi jemaat dalam waktu 2,000 tahun itu mempunyai Keimamatan dan kerajaan, dibawa keluar, dipilih dan dikhususkan dan diunjukkan daripada persembahan unjukan 9 a.m. ini pada Pentakosta. Jadi kita ada persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu dalam Perayaan Roti Tidak Beragi dan persembahan Unjukan yang satu lagi ini yang berlaku pada Pentakosta. Persembahan Pentakosta lebih besar daripada persembahan Unjukan Berkas.
Jadi jelas bahawa ini adalah suatu pengembangan konsep dalam Unjukan Berkas. Semua ini begitu signifikan dalam memahami jemaat dan kedudukan kita. Kita mempunyai kewajipan untuk bertemu bersama dan mengembara untuk bersama seorang dengan yang lain untuk merayakan persembahan ini dan Perayaan Pentakosta ini dalam roh yang betul dalam mana ia dirayakan. Ia harus berada di tempat di mana Tuhan Allah kita akan pilih dan bukan dalam kediaman kita. Seluruh perayaan Pentakosta diambil sebagai satu hari, namun kita juga ada hari Sabat.
Hari Sabat dan hari Pentakosta adalah perayaan dua hari dan kita wajib mengadakan perjalanan untuk berada di perayaan dua hari itu. Ia tidak mengatakan dua kali setahun dan Pentakosta jika kita dapat melakukannya. Ia berkata perayaan terakhir ialah Pondok Daun. Ia tidak mengatakan Pondok Daun atau mungkin Paskah dan Pentakosta jika kita fikirkan itu boleh. Ia mengatakan pelihara Paskah dan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari dan janganlah mengorbankan Paskah dalam mana-mana kediaman kita. Ramai orang entah bagaimana memikirkan ini adalah tafsiran persendirian tertentu. Alkitab tidak boleh ditafsirkan sendirian. Bahasanya bahasa jelas. Oleh sebab ada Jemaat Tuhan tidak memelihara Paskah dan Pentakosta dengan betul dalam organisasi mereka sebelumnya dan kini berdepan dengan hakikat memeliharanya dengan betul, tidak menjadikannya tafsiran persendirian. Ini bermakna bahawa mereka salah sama sekali sebelumnya, dan mereka tidak mentaati Tuhan. Ini bukan soal tafsiran persendirian atau keputusan kita. Kita tiada hak bersuara dalam hal ini. Kita memelihara hukum Tuhan dan pergi ke Perayaan-perayaan itu atau kita menyingkirkan diri kita daripada Kerajaan Tuhan. Hanya ada satu pilihan saja: Taati Tuhan atau jangan taati Tuhan. Kalau Tuhan itu Allah maka sembahlah Dia, sebagaimana diperintahNya.
Kita akan perhatikan Pengkhotbah 12.
Pengkhotbah 12:12-14 Lagipula, anakku, waspadalah! Membuat banyak buku tak akan ada
akhirnya, dan banyak belajar melelahkan badan. 13 Akhir kata dari
segala yang didengar ialah: takutlah akan Allah dan berpeganglah pada
perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. 14
Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas
segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat. (KJV)
Maka tidak syak lagi bahawa semua ini ialah perintah-perintah Tuhan dan melakukan perintah-perintah ini adalah kewajipan setiap orang. Keputusan kita adalah sama ada kita akan mentaati Tuhan atau tidak. Jemaat harus melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan padanya melalui perintah-perintah Tuhan, dan dengan berbuat demikian kita dapat membuat keputusan kita dan melakukan hal-hal yang dikenakan pada kita. Sekiranya kita memutuskan bahawa perlumbaan itu terlalu sukar dan kita mengalah, itu keputusan kita. Kita harus lari seolah-olah kita akan menang dan kita harus lari berterusan. Kita harus mengatur langkah agar kita boleh bertahan sampai akhir. Ramai orang berlari cepat jarak pendek. Ramai orang menganggapnya suatu latihan intelektual. Mereka membaca Alkitab dan berfikir bahawa dengan membacanya mereka tidak perlu melakukan apa-apa tentangnya, atau mereka mempunyai tujuan sendiri, atau ada orang lain yang memberitahu mereka sebaliknya.
Tuhan telah menetapkan satu kalendar dan Dia telah memberi kita hukum-hukum agar kita tahu apa yang perlu dilakukan. Kita telah ditempatkan dalam kedudukan yang amat, amat signifikan. Kita telah diberikan peluang dalam kebangkitan pertama dan peluang untuk memasuki Kerajaan Tuhan lebih daripada berjuta-juta orang. Memang bodoh untuk melepaskan peluang yang begitu mengagumkan, kerana kita terlalu malas untuk pergi ke perayaan, atau memutuskan begitu saja bahawa kita tidak perlu melakukannya, atau kita tidak ingin, atau kita tidak melakukannya sebelumnya. Sesiapa yang memperkecilkan perintah-perintah Tuhan, akan dianggap paling rendah dalam kerajaan Tuhan. Mereka yang berbuat begini sendiri tidak akan ada dalam kebangkitan pertama. Dalam kebangkitan kedua, mereka yang membuangnya akan berhadapan dengan peluang untuk berkata ‘tetapi aku mengikutinya’. Namun mereka mengikutinya ke dalam kebangkitan kedua dan sudah terlalu lewat apabila diberitahu fakta itu dalam kebangkitan kedua. Peluang kita adalah sekarang dan kita tentunya bodoh jika melepaskannya.
Kita patut merenungi apa yang kita lakukan. Jemaat mempunyai kewajipan untuk membantu kita dan kita semua mempunyai kewajipan untuk bertemu dan kita tidak boleh bertemu dengan tangan hampa di mana-mana perayaan itu. Semua perayaan harus dirayakan.
Sekiranya kita menyerahkan jalan kita kepada Tuhan, Dia akan melaksanakan segala rencana kita. Bukan sebaliknya. Peliharalah perayaan-perayaan itu dengan betul dan Dia akan memberi kita lebih banyak pengertian.
q