Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[283]

 

 

 

 

Tiang-tiang Filadelfia

(Edisi 1.0 20010913-20060609)

 

Janji kepada jemaat paling kecil dan paling setia antara Jemaat-jemaat Tuhan, iaitu Jemaat Filadelfia, adalah bahawa mereka akan dijadikan Tiang-tiang (Sokoguru) dalam Bait Tuhan. Ini janji yang jauh lebih berkuasa daripada apa yang kelihatan pada mulanya.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2001, 2006 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Tiang-tiang Filadelfia [283]



Dalam teks pesan-pesan kepada Tujuh Malaikat kepada Tujuh Jemaat, Kristus berkata begini kepada Jemaat Filadelfia.

 

Wahyu 3:7-13

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka. 8 Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. 9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, yaitu mereka yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahwa Aku mengasihi engkau. 10 Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi. 11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. 12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru. 13 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." (RSV)

 

Teks ini mengatakan bahawa sesiapa yang menang akan dijadikan sokoguru dalam Bait Allah Mesias dan di sini dalam RSV ia berbunyi: never shall he go out of it (ia tidak akan keluar lagi dari situ). Namun teks itu sebenarnya berbunyi: no more shall he go out of it (lihat Marshall’s Interlinear yang berbunyi: By no means he shall go forth [any] longer).

 

Apa sebenarnya erti dijadikan sokoguru dalam Bait Allah Mesias? Apa yang berlaku dalam pesan kepada jemaat-jemaat? Adakah kisah di sini dari mana kita boleh mendapat pemahaman?

 

Mula-mula, kenapakah pesan itu ditujukan kepada malaikat-malaikat dan bukan terus kepada jemaat-jemaat? Jawapannya boleh dirumuskan daripada fakta-fakta sejarah. Jemaat-jemaat yang disebutkan sebenarnya semua diambil daripada satu baris kota-kota di Asia Minor yang berada pada laluan surat. Andaiannya adalah bahawa laluan surat ini ialah perkembangan berturutan daripada jemaat-jemaat yang disebutkan. Jemaat-jemaat ini bermula di Efesus dan menerusi kota-kota itu hingga kota terakhir iaitu Laodikia. Justeru susunannya dipercayai sebagai Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia.

 

Oleh sebab jemaat-jemaat ini tersusun perkembangannya seperti laluan surat, andaian kemudiannya dibuat bahawa semua itu sebenarnya merujuk kepada zaman-zaman Jemaat sepanjang sejarah Jemaat dalam padang gurun. Pandangan ini semestinya ditolak sepenuhnya oleh jemaat di Rom kerana ini bermakna bahawa kaki dian telah berpindah tangan dari satu zaman ke zaman lain, dan dengan itu tidak kekal dalam satu jemaat di satu tempat seperti yang dituntut oleh sistem Roman Katolik. Jemaat Ortodoks mungkin sama-sama menganggap ini salah tetapi menerapnya sebagai wibawa dengan sistem Rom yang berasal daripadanya dan sebab itu juga tidak berwibawa. Tentangan mereka terhadap pandangan nubuatan ini akan dikukuhkan sementara mereka bergerak ke arah ke penyatuan semula sepanjang beberapa tahun ini nanti. Dari 1996 Jemaat Coptic Mesir bersatu semula dengan Rom selepas perpisahan sejak 451 berikutan Sidang Chalcedon. Ini diakibatkan oleh penganiayaan yang kian meningkat terhadap Fundamentalisme Mesir (lihat juga Kejatuhan Mesir (No. 36)).

 

Hakikat bahawa pesan itu ditulis kepada malaikat-malaikat Tujuh Jemaat bererti bahawa mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam jemaat-jemaat itu dan pesan itu itu mempunyai nyawanya tersendiri yang melampaui waktu.

 

Pandangan zaman jemaat yang diperluaskan dikukuhkan oleh pentadbiran jemaat-jemaat sendiri dalam beberapa abad pertama. Yohanes secara berkesannya mengepalai semua jemaat dari Efesus selepas kematian rasul-rasul yang lain. Petrus, contohnya, merupakan biskop Antiokhia dan bukan Rom. Para pengganti yang dilatihnya kemudiannya menubuhkan markas dari Smirna. Polycarp dan kemudiannya Polycrates merupakan biskop-biskop perdana di timur. Mereka melatih dan mengutus biskop-biskop ke Eropah dan Timur. Sebagai contoh, biskop-biskop di Lyons sehingga Irenaeus telah dilatih dan diutus oleh Smirna dan bukan oleh Rom. Polycarp dianggap telah mengasaskan jemaat di Lyons sekitar 120 CE (lihat karya Garis Waktu Jemaat-jemaat Tuhan (No. 30)).

 

Justeru Efesus ialah kasih pertama jemaat. Ia baru dan ia merupakan kediaman rasul terakhir yang dikasihi oleh Yesus Kristus. Jadi pesan itu boleh dilihat dari segi keterangan ini. Rasul Yohanes menulis pesan-pesan itu ketika berada dalam buangan di pulau Patmos sekitar 95 era kini.

 

Wahyu 1:9-20

Aku, Yohanes, saudara dan sekutumu dalam kesusahan, dalam Kerajaan dan dalam ketekunan menantikan Yesus, berada di pulau yang bernama Patmos oleh karena firman Allah dan kesaksian yang diberikan oleh Yesus. 10 Pada hari Tuhan aku dikuasai oleh Roh dan aku mendengar dari belakangku suatu suara yang nyaring, seperti bunyi sangkakala, 11 katanya: "Apa yang engkau lihat, tuliskanlah di dalam sebuah kitab dan kirimkanlah kepada ketujuh jemaat ini: ke Efesus, ke Smirna, ke Pergamus, ke Tiatira, ke Sardis, ke Filadelfia dan ke Laodikia." 12 Lalu aku berpaling untuk melihat suara yang berbicara kepadaku. Dan setelah aku berpaling, tampaklah kepadaku tujuh kaki dian dari emas. 13 Dan di tengah-tengah kaki dian itu ada seorang serupa Anak Manusia, berpakaian jubah yang panjangnya sampai di kaki, dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas. 14 Kepala dan rambut-Nya putih bagaikan bulu yang putih metah, dan mata-Nya bagaikan nyala api. 15 Dan kaki-Nya mengkilap bagaikan tembaga membara di dalam perapian; suara-Nya bagaikan desau air bah. 16 Dan di tangan kanan-Nya Ia memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam bermata dua, dan wajah-Nya bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik. 17 Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: "Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir, 18 dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut. 19 Karena itu tuliskanlah apa yang telah kaulihat, baik yang terjadi sekarang maupun yang akan terjadi sesudah ini. 20 Dan rahasia ketujuh bintang yang telah kaulihat pada tangan kanan-Ku dan ketujuh kaki dian emas itu: ketujuh bintang itu ialah malaikat ketujuh jemaat dan ketujuh kaki dian itu ialah ketujuh jemaat." (RSV)

 

Hari Tuhan yang disebutkan di sini tidak merujuk kepada hari Minggu tetapi kepada Hari Tuhan pada akhir zaman (lihat Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192)).

 

Yohanes telah dikurung oleh sebab kesaksiannya dan dia sebenarnya dipelihara nyawanya untuk menerima Wahyu ini, yang diberikan Tuhan kepada Yesus Kristus. Kitab ini dipanggil Apocalypse (istilah Yunani untuk Menyatakan) Yohanes oleh sistem Rom meskipun hakikatnya ia suatu wahyu Tuhan kepada Yesus Kristus dan yang kemudiannya diberikannya kepada Yohanes. Ini bermakna bahawa Kristus bukan maha tahu sekalipun selepas kebangkitannya dan bergantung pada pernyataan diri Tuhan dan oleh sebab itu bukan Tuhan dari segi bahawa Bapa Kekal ialah Tuhan.

 

Dalam teks ini Kristus menyuruh Yohanes untuk menulis apa yang berlaku waktu itu dan waktu kemudian. Dia menjelaskan bahawa tujuh bintang itu ialah tujuh malaikat kepada tujuh jemaat, dan tujuh kaki dian emas itu ialah tujuh jemaat yang mereka ketuai.

 

Teks ini memberitahu kita beberapa perkara:

Tujuh jemaat itu mempunyai lampu sendiri masing-masing.

 

Tujuh malaikat masing-masingnya ialah bintang.

 

Pesan diberikan kepada setiap satu secara berasingan.

 

Daripada ini kita membuat kesimpulan bahawa setiap jemaat dan setiap malaikat bertanggungjawab secara langsung kepada Yesus Kristus dan tiada keterusan umat dan kuasa dari satu jemaat ke jemaat lain.

 

Setiap malaikat dan jemaatnya bertanggungjawab kepada Yesus Kristus yang mempunyai pedang bermata dua yang keluar daripada mulutNya iaitu firman Hukum Tuhan dan kesaksian Yesus Kristus. Kita akan perhatikan bahawa kegagalan dihukum dengan penyingkiran kuasa yang dilambangkan oleh kaki dian itu.

 

Pesannya adalah untuk waktu itu dan untuk waktu akan datang. Justeru nubuatan ini meliputi jangka waktu jemaat-jemaat. Penjelasannya mungkin dan memang telah dikemukakan bahawa jemaat-jemaat pada tempat-tempat ini sekadar dicakupi oleh nubuatan itu dan apabila mereka lenyap rangka waktu nubuatan ini juga lenyap. Pandangan ini tidak disokong oleh sejarah jemaat-jemaat itu pada tempat-tempat ini. Zaman Efesus dan Smirna betul tempatnya dan pentadbirannya memang beralih dari yang satu kepada yang satu lagi. Bagaimanapun, jemaat Efesus tidak mengalami pemulihan cukup besar yang dituntut oleh pekerjaan dan nubuatan di sini dalam Wahyu Tuhan kepada Yesus Kristus. Tambahan pula, nubuatan ini seharusnya mempunyai pesanan yang lebih penting lagi sebab jika tidak, nubuatan ini mungkin dikatakan meremeh-temehkan kepentingan nubuatan kepada jemaat-jemaat selang waktu berlalu.

 

Kita boleh memeriksa pesan-pesan itu dan sejarah untuk menguji penerapannya kepada sejarah serta kepentingan nubuatan-nubuatan ini.

 

Efesus

Yohanes disuruh untuk menulis kepada jemaatnya sendiri.

 

Wahyu 2:1-7

"Tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Efesus: Inilah firman dari Dia, yang memegang ketujuh bintang itu di tangan kanan-Nya dan berjalan di antara ketujuh kaki dian emas itu. 2 Aku tahu segala pekerjaanmu: baik jerih payahmu maupun ketekunanmu. Aku tahu, bahwa engkau tidak dapat sabar terhadap orang-orang jahat, bahwa engkau telah mencobai mereka yang menyebut dirinya rasul, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, bahwa engkau telah mendapati mereka pendusta. 3 Dan engkau tetap sabar dan menderita oleh karena nama-Ku; dan engkau tidak mengenal lelah. 4 Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula. 5 Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat. 6 Tetapi ini yang ada padamu, yaitu engkau membenci segala perbuatan pengikut-pengikut Nikolaus, yang juga Kubenci. 7 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, dia akan Kuberi makan dari pohon kehidupan yang ada di Taman Firdaus Allah." (RSV)

 

Di dalam jemaat pertama ini kita hampir dengan adegannya dan di dalam zaman Yohanes. Semua kontroversi besar yang disebutkan Yohanes dalam surat-surat Yohanes meliputi pertikaian-pertikaian ini sehingga waktu Wahyu. Inilah waktu yang disebutkan sebagai apa yang terjadi sekarang. Pengkritik moden menuntut bahawa teks itu merujuk kepada aktiviti-aktiviti di Rom ketika zaman Nero namun itu tidak betul. Jemaat awal menerimanya sebagai nubuatan selama beratus tahun. Teks-teks itu ditulis dalam peristilahan akhir abad pertama dan dalam peristilahan rujukan yang mereka dapat fahami namun adalah untuk peristiwa-peristiwa sepanjang ribuan tahun di masa hadapan.

 

Kepentingan Efesus dan Antiokhia kepada Jemaat tidak patut diremehkan. Namun Antiokhia di bawah Petrus dan pengganti-penggantinya tidakpun disebutkan dalam nubuatan-nubuatan ini. Tempat-tempat yang bukanpun daerah uskup disebutkan.

 

Kemurtadan atau kehilangan kasih yang semula zaman dan jemaat ini mudah dikenal pasti dan tidak dipertikaikan. Apa yang dipersoalkan ialah pertalian rangka waktu dan tempat-tempat itu kepada jemaat-jemaat Tuhan.

 

Efesus merupakan kota pelabuhan yang besar di pantai Asia Minor. Ia pusat perdagangan dan keagamaan yang penting dan Paulus bekerja di situ untuk beberapa lama. Kisah 19:8,10 menyatakan bahawa dia mengajar dalam rumah ibadat selama tiga bulan, kemudian di dewan Tyrannus selama dua tahun. Kisah 20:31 memberikan angka bundar tiga tahun untuk jumlah waktunya di situ. Nama orang Efesus muncul dalam beberapa MSS dalam Efesus 1:1 (A,D,G dan keluarga Koine atau Byzantine kemudian). Efesus juga muncul dalam Kisah 18:27 dalam D dan pada garis tepi Harklean Syriac. Orang Efesus disebutkan dalam Kisah 19:28, 34,35). Trofimus dari Efesus disebutkan dalam Kisah 21:29.

 

Jemaat Efesus jelas merupakan suatu pusat awal dan pusat utama jemaat awal.

 

Di utara Efesus di muara Sungai Hermus terletak Smirna dan di utara itu lagi di lembah Sungai Caicus adalah Pergamum (juga dipanggil Pergamus). Nama ini diperolehi daripada istilah purba untuk benteng (kubu kota).

 

Menurut Strabo (XIV. 632,640) penduduk pertama di situ ialah orang Carians dan Leleges. Mereka telah dihalau oleh Androcolese anak kepada Raja Athens (Atena) yang memimpin kolonisasi Yunani Ionia di situ, sekitar waktu kemangkatan raja Salomo dan pembahagian Israel. Androcolese dianggap sebagai pengasas Efesus. Bagaimanapun, terdapat kultus Artemis yang sudah lama berada di situ. Kuil pertama Artemis telah dibina oleh Arkitek Chersiphron (Strabo XIV 640). Kota itu dibaktikan kepada Artemis dalam kepungan oleh orang Lydia di bawah Croesus sekitar 560 BCE apabila dia memulakan penaklukan semua negara di barat Sungai Halys. Sesudah itu Croesus sendiri telah mendermakan lembu emas kepada kuil itu dan sebahagian besar tiang-tiangnya (lihat Interpreters Dictionary of the Bible, Vol. 2, mukasurat 115).

 

Cyrus (Koresh) mengalahkan Croesus pada 546 BCE. Kemudian jeneralnya Jeneral Harpagus telah mengalahkan kota-kota Ionia (Herodotus 162) termasuk Efesus.  Bait di Efesus telah dibakar pada hari lahir Alexander the Great.

 

Pada 334 CE Alexander menakluk orang Persia di Sungai Grancus dan bait itu dibina semula tidak lama selepas itu. Orang Efesus telah menolak tawaran Alexander untuk membiayainya.

 

Jeneral Alexander, Lysimachus, dianggap sebagai pengasas moden Efesus apabila ia diberikan kepadanya bersama sebahagian besar Asia Minor. Dia membinanya semula di tanah tinggi, dan tembok-tembok serta menaranya kelihatan hingga ke hari ini di atas bukit-bukit. Dia juga telah membina pelabuhan baru.

 

Apabila Lysimachus dikalahkan dan dibunuh oleh Seleucus 1, Efesus, dengan seluruh Empayar Asia Lysimachus, diamanahkan kepada anaknya Antiochus 1 dan dengan itu menjadi sebahagian daripada Empayar Seleucid (Pausanius I. 16.2). Pada 190 BCE raja Seleucid, Antiochus III yang Agung telah dikalahkan oleh orang Rom di Magnesia dekat Sipylus dan kota-kota Asia Minor jatuh di bawah penguasaan Rom (Livy XXXVII. xxxvii- xlv). Dalam Pertempuran Magnesia, Eumenes II dari Pergamum telah membantu orang Rom, dan selepas itu mereka memberi kepadanya banyak daripada harta milik Antiochus termasuk kota Efesus.

 

Apabila pemerintah terakhir Pergamum, Attalus III Philometor meninggal pada 133 BCE dia mewariskan kerajaannya kepada orang Rom dan justeru itu Efesus sekali lagi berada di bawah pemerintahan mereka (lihat Interpreter’s Dict. ibid). Menjelang 64 BCE bangsa Rom sudah menghapuskan semua tentangan berat di situ dan tempat itu semuanya berada di bawah pengaruh Rom. Di bawah Augustus, wujud suatu kedamaian umum dan pada 29 BCE kota Efesus telah merasmikan suatu daerah keramat kepada Rom dan menurut Cassius Dio (LI, xx, 6) Efesus mencapai tempat utama di Asia dan Interpreter’s Dictionary menyatakan:

 

Dalam satu dua abad kemudiannya ia menikmati keagungan besar yang masih kelihatan pada runtuhannya (ibid).

 

Kuil Artemis di Efesus dikira sebagai salah sebuah keajaiban dunia purba namun dengan kemunculan Kekristianan, kepentingannya merosot dan suku Goth Ikonoklastik dan Unitarian akhirnya telah membakar dan memusnahkan Kuil itu hampir sepenuhnya pada 262 CE.

 

Kuil bagi maharaja Domitian (81-96) telah didirikan di Efesus dan juga sebuah kuil bagi dewa Mesir Serapis telah didirikan pada abad kedua. Ini berlaku ketika dan selepas zaman Yohanes. Domitian telah menganiaya Jemaat dan menjadi musuh ketat mereka. Bagaimanapun Efesus kekal sebagai tempat Kristian selama beberapa abad. Perkampungan dan bukit di situ di daerah Artemission (kuil Artemis) yang dipanggil Aysoluk diperolehi daripada nama ‘Agios Theologos iaitu gelaran yang diberikan kepada Yohanes dalam Jemaat Timur (lihat Interp. Dict., ibid. mukasurat 117-118).

 

Ia masih beroperasi selama beberapa abad dan sebuah basilica (gereja) besar telah didirikan di situ mungkin pada abad keempat. Antara stadium dan pelabuhan adalah runtuhan sebuah lagi gereja besar yang kita ketahui adalah Gereja Perawan Maria (Church of the Virgin Mary), yang menempatkan Sidang Efesus pada 431.

 

Ini memberikan kita sudut pandangan yang jelas tentang kepentingan Efesus berbanding kota-kota lain. Kita juga menghadapi fakta bahawa ia sudah menjadi runtuhan selama berabad-abad sebelum ia mula digali oleh J.T. Wood pada 2 Mei 1863.

 

Daripada perincian ini kita tolak dua kemungkinan:

Mula-mula kita menolak kemungkinan bahawa teks dalam Wahyu ini ialah pesan kepada jemaat berterusan yang berkekalan hingga kedatangan Mesias.

 

Kita juga boleh, daripada sejarah, menolak kemungkinan bahawa kepentingan jemaat-jemaat beralih daripada satu jemaat kepada yang lain bila masa berlalu.

 

Kepentingan Smirna memang berkembang dan biskop-biskopnya memainkan peranan terpenting dalam pertikaian Quartodeciman pada akhir abad kedua (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Bagaimanapun, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa Pergamum, yang memang menjadi daerah uskup kemudiannya, boleh dikatakan telah mewarisi kepentingan jemaat ketiga dan mengekalkannya sehingga jemaat Tiatira mengambil alih daripadanya.

 

Tiada operasi berterusan zaman-zaman jemaat, namun susunan kata teks-teks itu dari Tiatiran seterusnya menandakan bahawa itulah kasusnya.

 

Sesungguhnya teks-teks itu tidak bermakna jika kita andaikan bahawa pesan-pesan itu terus berkuasa hingga kedatangan Mesias sedangkan jemaat-jemaat itu sudah mati berabad lamanya dan sememangnya bukanpun tempat-tempat Kristian.

 

Hujah-hujah bahawa pesan-pesan itu ditulis pada zaman Nero berkenaan dengan peristiwa-peristiwa waktu itu bertujuan khususnya untuk melenyapkan Kitab Wahyu sebagai karya nubuatan dan dengan itu melenyapkan nubuatan-nubuatan itu daripada pertimbangan pada zaman akhir.

 

Contohnya, Efesus telah terkubur selama berabad-abad dan berada tujuh batu atau lebih ke pedalaman menjelang waktu ia dikaji gali. Laodikia, yang dikatakan masih hidup pada kedatangan Mesias, baru-baru saja mula dikaji gali.

 

Efesus memang telah memulakan suatu rantai peristiwa yang berterusan sehingga kedatangan Mesias dan nubuatan-nubuatan itu memang berkaitan dengan zaman-zaman jemaat. Kita akan mengkaji apa makna semuanya sementara kita maju melepasi tahun-tahun.

 

Smirna

Smirna seperti yang kita lihat berada di utara Efesus saja. Ia kota moden Izmir. Sehingga hari ini ia kekal sebagai pusat perdagangan yang besar dan sibuk, dan mungkin yang terbesar di Asia Minor.

 

Ia dijadikan kawasan kota apabila Antigonus dan Lysimachus pada hujung abad keempat dan permulaan abad ketiga BCE memperkuatkannya. Dari 195 BCE Smirna bersepakat dengan Rom dan mengasaskan suatu kultus bagi kota Rom. Ia dilindungi dan diberi ganjaran kecuali pada waktu apabila Trebonius, salah seorang pembunuh Julius Caesar, mencari perlindungan di situ dan Dolabella telah menakluk kota itu dan menghukum bunuh Trebonius (Interp. Dict. Vol. 4, mukasurat 393).

 

Smirna telah dikaruniakan “hak istimewa”, pada 23 BCE dari antara sebelas kota, untuk membina kuil bagi Maharaja Tiberius kerana kesetiaannya sekian lama kepada Rom (Tac. Ann. IV.55-56). Kamus Interpreter’s berpendapat bahawa:

 

Ia bersaing dengan Efesus dan Pergamum untuk gelaran kota terbaik Asia (ibid).

 

Terdapat berbagai kultus di Smirna termasuk kultus kerajaan. Kultus Mother of Sipylus (Ibu Sipylus) yang dianggap Filson sejenis pemujaan Cybele (ibid) juga ada. Penghormatan juga diberikan kepada Homer dan demikian juga penerimaan Ilah-ilah Homerik. Kota ini juga mempunyai sebilangan besar orang Yahudi yang bermusuhan secara agresif terhadap orang Kristian.

 

Ketibaan Kekristianan ke Smirna tidak diketahui. Petunjuk awal tentangnya datang daripada Kitab Wahyu dalam teks-teks ini. Bagaimanapun, Yohanes diberikan maklumat masa hadapan tentang apa yang akan terjadi kepada Smirna dan ketika dia menulis, ia pastinya tidak mempunyai sebarang “kaki dian” menonjol. Tiada rekod selain Wahyu tentang jemaat di Smirna sehingga hujung abad pertama.

 

Wahyu 2:8-29

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Smirna: Inilah firman dari Yang Awal dan Yang Akhir, yang telah mati dan hidup kembali: 9 Aku tahu kesusahanmu dan kemiskinanmu--namun engkau kaya--dan fitnah mereka, yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian: sebaliknya mereka adalah jemaah Iblis. 10 Jangan takut terhadap apa yang harus engkau derita! Sesungguhnya Iblis akan melemparkan beberapa orang dari antaramu ke dalam penjara supaya kamu dicobai dan kamu akan beroleh kesusahan selama sepuluh hari. Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan. 11 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, ia tidak akan menderita apa-apa oleh kematian yang kedua."

 

Teks di sini merujuk kepada penganiayaan Smirna. Jemaat di Smirna sebenarnya mengambil alih sebagai pemimpin daripada Efesus sesudah Yohanes meninggal dan muridnya Polycarp mentadbir Jemaat dari situ dan mendirikan banyak jemaat sejauh Lyon di Gaul di tempat yang kini dikenali sebagai Perancis Selatan dari 120 CE.

 

Sepuluh hari itu sebenarnya merujuk kepada penganiayaan besar Diocletian, yang berlangsung tiga tahun di Barat, namun berterusan selama sepuluh tahun di Timur dari 303 hingga 313 CE. Penganiayaan-penganiayaan ini diakhiri pada 314 oleh dekrit (edict) Milan yang dipanggil Edict of Toleration (Dekrit Tolerasi) yang dikeluarkan oleh Constantine yang kemudiannya cuba menjadikan kebaktian Kristian sesuatu yang tetap dalam Empayar Rom. Orang Yahudi menganiaya Jemaat di bawah zaman Smirna sehingga penghujung kerajaan-kerajaan Arab Yahudi, yang kekal sehingga kebangkitan Islam. Pengaruh orang Yahudi pada waktu ini luas dan menjangkau ke dalam Afrika melalui tanduk ke Etiopia. Ketika tempoh inilah sistem Yahudi rabbinikal melaksanakan Kalendar Hillel dan mengubah tarikh-tarikh agar selaras dengan tradisi rabbinikal zaman selepas Bait yang kemudian. Kalendar ini diubah pada 368 CE di bawah Rabbi Hillel II berdasarkan suatu sistem perhitungan yang dibawa dari Babel oleh dua rabbi Babel (Babilon) pada 344 CE (lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156)).

 

Jemaat pemelihara Sabat di Smirna mengalami kemerosotan melalui sistem Easter/Krismas pagan dan Trinitarian yang diperkenalkan di situ pada akhir abad keempat. Pemelihara Sabat kemudiannya dipaksa lebih jauh ke timur untuk suatu tempoh waktu (lihat karya Asal Usul Krismas dan Easter (No. 235)).

 

Pergamum

Pergamum merupakan sebuah kota di Mysia, Asia Minor Barat dan tersohor pada zaman Yunani.

 

Ia terletak kira-kira lima belas batu atau dua puluh tiga kilometer ke pedalaman dari Laut Aegean, kira-kira dua batu ke utara Sungai Caicus purba iaitu cay Bakir moden. Sungai Caicus ini ialah sempadan antara daerah-daerah purba Mysia dan Lydia. Ia dibina di atas bukit seribu kaki tingginya antara dua anak sungai Caicus, Selinus di Barat dan Cetius di Timur.

 

Ia kota prasejarah dan nama pra-Yunaninya nampaknya bermakna Kubu (Citadel), iaitu nama sama yang dipakaikan kepada kubu (fortress) Troy purba. Pertemuannya dengan kolonis Yunani bermula sekurang-kurangnya seawal zaman kuno namun hampir tiada yang disebutkan tentangnya sehingga zaman Yunani (Interpreter’s Dictionary of the Bible, Artikel, Pergamum, Vol. 3, mukasurat 733).

 

Xenephon dan sisa sepuluh ribu orangnya telah mendudukinya sebagai kota terkemuka di Mysia (Anabasis VII, 8.8, lihat ibid). Kota ini mengeluarkan wang syiling (logam) pada abad kelima BCE.

 

Zaman agung Pergamum bermula dengan para pengganti Alexander. Ia sebahagian daripada wilayah yang dirampas oleh Antigonus. Pada 301, dengan kematiannya, Lysimachus telah menguasai Asia Minor Barat. Dia menempatkan perbendaharaan di situ dengan 9,000 talenta dan meletakkannya di bawah kuasa Phyleterus, salah seorang pegawainya. Phyleterus memberontak dan memihak dengan Seleucus menentang Lysimachus pada 282 BCE. Sesudah kematian Lysimachus dalam pertempuran pada 281 BCE dan kematian Seleucus, Pergamum berusaha berkembang daripada negeri vasal (pengikut) Seleucid kepada kerajaan merdeka di bawah dinasti yang diasaskan oleh Phyleterus (283-263). Ia terbabit dengan perjuangan menentang orang Galatia yang menyerang Asia Minor dari Eropah dari 278 BCE. Ia sahabat Rom dan di bawah raja-rajanya menjadi pusat seni dan pengetahuan yang terkenal.

 

Phyleterus merupakan raja Pagamene pertama yang mengalahkan orang Galatia dalam pertempuran. Anak saudaranya Eumenes I (263-241) lebih suka membayar ufti kepada mereka setelah mewarisi takhta. Namun Attalus I (241-197) mencapai kemenangan ketenteraan yang besar atas mereka. Patung-patung didirikan pada waktu itu dalam kumpulan di kedua-dua Pergamum dan Athens (Atena). Eumenes II (197-159) memenangi satu lagi kemenangan pada 167.

 

Pergamum menyokong pihak Rom menentang Macedon di bawah Attalus I. Eumenes meneruskan dasar kerajaan ini dan menyokong Rom menentang Antiochus III dari Syria. Meskipun dasar-dasar pro Romnya, kepentingannya merosot di bawah pewaris-pewarisnya Attalus II (159-138) dan Attalus III (138-133). Eumenes II menyumbang kepada keagungannya dan perpustakaan di situ hanya kalah kepada Alexandria (ibid., mukasurat 734). Kota ini menikmati naungan kebudayaan sebagai tradisi dinasti sehingga ia diwariskan kepada Rom pada kemangkatan Attalus III.

 

Harta benda Pergamum telah dihantar ke Rom sehingga merugikannya dan tentangan terhadap Rom berkembang hingga ke takat apabila ia mengikut perintah Mithradite untuk membunuh orang Rom beramai-ramai dalam kota itu pada 88 BCE. Pergamum kehilangan kemerdekaannya sebab ini namun dipulihkan semula di bawah Caesar pada 47-46 BCE.

 

Di bawah Empayar Rom, walaupun bukan sebuah pusat perdagangan, ia mendapat kembali kemakmurannya dan menjadi suatu pusat kultus pemujaan Maharaja. Kultus Roma dan Augusta telah ditubuhkan di situ di bawah Augustus. Selepas itu kuil Trajan didirikan di kubu kota itu dan satu kuil lagi untuk Caracalla didirikan di tingkat pentas. Justeru ia menjadi “pengawal kuil tiga kali” bagi kultus maharaja dan pusat kultus rasmi di wilayah Asia (ibid).

 

Ia kehilangan perpustakaannya sebagai pemberian Antony kepada Cleopatra di Alexandria. Patung-patung tembaga orang Galatia telah dibawa ke Rom menurut perintah Nero.

 

Ia menakjubkan kerana perancangan kotanya yang dibina secara bertingkat-tingkat.

 

Ia mempunyai perhiasan ukiran yang mengkagumkan di atas mezbah besar tingkat atas, yang menggambarkan peperangan antara kaum dewa dan raksasa. Ukiran ini dianggap tugu artistik paling penting yang terpelihara di Pergamum (ibid).

 

Tujuannya tidak nyata. Rujukan kepada takhta Iblis dalam Wahyu 2:13 dianggap tidak merujuk kepada mezbah ini sebagaimana yang difikirkan sesetengah orang. M. J. Mellink (The Interpreter’s Dictionary ibid) menganggap ia mungkin sekali merujuk kepada kultus maharaja yang ditubuhkan di Pergamum.

 

Tingkat (teres) ke utara Mezbah itu mengandungi kuil Atena (Athena), yang berada dalam halaman berbarisan tiang, menjadi laluan masuk kepada perpustakaan besar itu dan kompleksnya juga dihiasi dengan patung-patung orang Galatia yang dikalahkan.

 

Kota ini diperluaskan ke Selatan pada zaman Rom dan suatu jalan beratap pada cerun barat menghala ke kuil Asclepius di mana Galen bekerja pada abad kedua CE.

 

Mellink menganggap bahawa jemaat awal di Pergamum dan perjuangannya melawan kultus maharaja disebutkan dalam Wahyu 1:11; 2:12. Tiada bukti sejarah yang khusus pada abad pertama CE.

 

Kota Rom berada di bawah kota moden Bergama.

 

Pada zaman Byzantine ketika Pergamum menjadi daerah keuskupan, penduduknya berundur ke kubu kota dan membina tembok pertahanan yang baru yang diperbuat daripada blok-blok purba yang diambil daripada arca-arca hiasan mezbah.

 

Tiada bukti nyata bahawa kota ini mencapai apa-apa kuasa sebagai pengganti Smirna dalam kepimpinan Jemaat sama ada bagi golongan Trinitarian ataupun kumpulan Paulicia Unitarian. Kesimpulannya seharusnya adalah bahawa pesan Wahyu ini adalah kepada suatu zaman dan bukan jemaat di Pergamum sebenarnya. Bagaimanapun, pelajaran boleh dikutip daripada kata-kata bahawa pergantungan pada senjata sebagai kubu nampaknya mempunyai perkaitan dengan pesan-pesan Kristus untuk Jemaat. Kita akan perhatikan kalau inilah kasusnya.

 

Untuk membuktikan bahawa pesan-pesan itu adalah kepada tujuh jemaat di sini di tempat ini di Asia dan bukan suatu pesan kepada suatu siri Jemaat-jemaat sepanjang sejarah, kata-kata “yang di Asia” telah ditambah kepada teks Wahyu 1:11 dalam Receptus dan KJV. Pemalsuan ini tentu sekali untuk membuatnya seolah-olah pasti bahawa kata-kata itu sememangnya merujuk kepada tujuh kota ini namun kata-kata sedemikian tidak wujud dalam teks-teks purba (lihat Companion Bible, nota kaki kepada Wahyu 1:11). Oleh itu, kesimpulannya seharusnya adalah bahawa ia merujuk kepada suatu siri jemaat-jemaat yang memiliki wibawa Tuhan di bawah Yesus Kristus sebagai Jemaat sejati.

 

Zaman Jemaat yang seterusnya dalam nubuatan ini disebutkan sebagai Era (Zaman) Pergamus. Zaman ini menyusuli dari hujung zaman Smirna dan kebangkitan golongan Paulicia di Asia Minor (Kecil) yang lazim bersekutu dengan kuasa Islam yang baru, menentang penganiaya-penganiaya mereka di sistem Rom Timur. Islam sendiri muncul daripada satu cawangan Jemaat Tuhan di Arabia. Terdapat suatu siri pesan kepada jemaat ini kerana ia meliputi waktu yang lama dan mempunyai beberapa masalah kedoktrinan dan juga suka berperang. Itulah sebabnya Kristus bercakap di sini tentang pedang tajam bermata dua. Golongan Paulicia berada di Pergunungan Taurus dan di daerah umum Mesopotamia, iaitu tempat asal sistem Babel. Sistem itu ialah sistem Iblis.

 

Wahyu 2:12 meneruskan:

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Pergamus: Inilah firman Dia, yang memakai pedang yang tajam dan bermata dua: 13 Aku tahu di mana engkau diam, yaitu di sana, di tempat takhta Iblis; dan engkau berpegang kepada nama-Ku, dan engkau tidak menyangkal imanmu kepada-Ku, juga tidak pada zaman Antipas, saksi-Ku, yang setia kepada-Ku, yang dibunuh di hadapan kamu, di mana Iblis diam. 14 Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah. 15 Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada ajaran pengikut Nikolaus. 16 Sebab itu bertobatlah! Jika tidak demikian, Aku akan segera datang kepadamu dan Aku akan memerangi mereka dengan pedang yang di mulut-Ku ini. 17 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya."

 

Sebutan Antipas dilakukan secara prolepsis dan Bullinger berpendapat ini merujuk kepada saksi masa hadapan, sebab tiada yang bernama begitu di dalam zaman Alkitabiah. Maka teks ini bersifat nubuatan dan merujuk kepada kejadian-kejadian masa hadapan dan bukan kepada peristiwa-peristiwa sejarah abad pertama. Antipas ialah gabungan perkataan SGD 473 anti atau “sebagai ganti” atau juga “disebabkan” dan SGD 3962 pater yang bererti “bapa”. Ia istilah umum yang membawa erti yang sama seperti Antipater. Dari segi ini ia membawa terminologi makna mati syahid disebabkan bapa. Ini sesungguhnya keadaan zaman Pergamus. Kematian syahid terlaksana di situ melalui penganiayaan Trinitarian terhadap golongan Paulicia Unitarian yang menolak penerimaan Trinitas yang dikuatkuasakan melalui pemerintahan Byzantine.

 

Batu dengan nama baru melambangkan kewarganegaraan. Ini mewakili kewarganegaraan Kota Tuhan. Kisah umat Paulicia didapati dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Jemaat ini masih wujud dan beroperasi hingga abad Kesembilan belas dan pada abad Kedua puluh ia menderita kematian syahid dan mereka yang terselamat telah dihantar ke gulag-gulag di Siberia. Ia tidak lagi beroperasi namun orang yang selamat masih ada di situ. Ini membawa kita kepada zaman seterusnya yang mengambil alih daripada zaman Pergamus. Ini ialah zaman Tiatira.

 

Tiatira

Tiatira merupakan kota di Asia Minor barat, dekat tebing selatan Sungai Lycus, dan dalam perjalanan antara Pergamus di Timur Laut dan Sardis di Selatan-Tenggara. Ia terletak di bahagian Utara Lydia purba; namun kadangkala ia dianggap berada di bahagian paling selatan Mysia.

 

Sedikit saja yang diketahui tentang sejarah awalnya. Kota ini bertumbuh kepentingannya apabila, pada permulaan abad ketiga BCE, Seleucus Nicator mengasasnya semula dan, nampaknya, menempatkan sekumpulan askar Makedonia di situ. Ia tidak pernah menjadi kota besar tetapi ia kota utama Lembah Lycus dan menghasilkan industri dan perdagangan yang menguntungkan. Inskripsi menunjukkan bahawa terdapat berbagai persatuan perdagangan, termasuk tukang tembaga, penyamak kulit binatang, pekerja kulit, tukang celup, pekerja bulu domba dan pekerja lenan. Persatuan-persatuan seperti itu pastinya telah memainkan peranan utama dalam kehidupan politik, ekonomi, sosial dan agama kota itu.

 

Terkemuka di kalangan dewa-dewa yang dipuja di Tiatira ialah Tyrimnos, yang kemudiannya dipertalikan dengan Apollo dewa matahari, dan Boreitene, seorang dewi yang dipertalikan dengan Artemis. Kemungkinan rujukan-rujukan kepada Anak Tuhan dengan “mata bagaikan nyala api” dan kaki “bagaikan tembaga” ialah rujukan sengaja kepada tuntutan-tuntutan dewa matahari di Tiatira (Wahyu 2:18).

 

Di bawah Empayar Rom, pemujaan Apollo Tyrimnaios digabungkan dengan kultus pemujaan maharaja. Satu lagi kultus agama ialah kultus Sibyl Sambathe atau Sambethe yang kuilnya “di hadapan” dan bukan di dalam kota itu. Teori bahawa Izebel dalam Wahyu 2:20 adalah seorang imam perempuan di kuil ini tidak mungkin benar, kerana Izebel nyata ditoleransi oleh Jemaat di Tiatira sebagai seorang anggota dan diterima oleh sebilangan kecil umat Kristian ini sebagai nabiah.

 

Kemungkinan besar terdapat sebuah petempatan Yahudi di situ. Kisah 16:14 menyokong kesimpulan ini. Ketika di Filipi, Paulus, Silas dan Timotius, sewaktu mencari tempat sembahyang Yahudi pada hari Sabat, tiba “di tepi sungai” “di luar gerbang kota,” dan mereka menemui sekumpulan “perempuan yang berkumpul,” dan salah seorang mereka ialah “Lidia, dari kota Tiatira.” Dia ada di situ sebagai “penjual kain ungu” yang diperbuat di Tiatira, dan dia “beribadah kepada Tuhan,” seorang bukan Yahudi yang tertarik kepada Judaisme, mungkin melalui pertemuan dengan orang Yahudi di Tiatira, tetapi belum menjadi pengikut baru.

 

Ia tidak jelas bila atau oleh siapa injil Kristian mula-mula diajar di dalam kota itu. Satu kemungkinan, yang diusulkan oleh Kisah 19:10 adalah bahawa sewaktu pelayanan Paulus di Efesus, seorang atau lebih daripada para pembantu atau mualafnya telah pergi ke Tiatira dan mengasaskan jemaat di situ. Apabila kitab Wahyu ditulis sekitar 95 CE, terdapat sebuah jemaat yang kuat di situ (Wahyu 2:18-29).

 

Satu penjelasan adalah, nampaknya pada waktu laporan ini sebahagian (kecil) daripada Jemaat sedang mengikuti seorang perempuan yang dipanggil, secara simboliknya, Izebel, yang menuntut dirinya seorang nabiah. Dia mengajar dan memimpin mereka berbuat zina dan memakan persembahan-persembahan berhala. Dia tidak insaf dan kelihatannya anggota Jemaat yang selebihnya bersabar dengan ini. Ini satu penjelasan namun sebagaimana yang akan kita lihat terdapat suatu penjelasan yang jauh lebih nyata dan meyakinkan.

 

Menurut Kamus Penterjemah Alkitab, tiga penterjemahan tentang ini ialah;

 

1.      Penulis [Wahyu] mungkin menyangkal suatu ajaran bahawa penurutan kemahuan jasmaniah tidak mempunyai kesan pada iman Kristian (Kisah 15:29). Menurut pandangan palsu ini, kebebasan seksual dan memakan persembahan-persembahan berhala tidak mempengaruhi iman atau kedudukan seorang Kristian dengan Tuhan.

2.      Oleh kerana keberhalaan dan pemujaan dewa lain digambarkan sebagai “percabulan:” dan oleh kerana pesta gila dan pesta liar seksual adalah sebahagian daripada beberapa kultus pagan, si penulis mungkin mengutuk kelalaian dalam mana penurutan keinginan jasmaniah berlaku ketika penyertaan aktif dalam agama-agama pagan sebegitu.

3.      ‘Izebel’ di Tiatira mungkin mempromosikan toleransi canggih terhadap persatuan-persatuan kota itu yang banyak. Setiap persatuan sebegitu mempunyai dewa penaungnya, pestanya, acara sosial yang mungkin menjadi temasya tidak bermoral. Semua ini tidak perlu dipedulikan sangat kerana setiap pekerja harus menganggotai sesuatu persatuan untuk menyara hidupnya. Dia boleh mengambil ringan acara-acara keagamaannya dan akan mempelajari realiti-realiti hidup jika dia menyertai temasya-temasya itu, dan dengan berbuat begitu dengan pengalaman nyata mempelajari “hal-hal tersembunyi dalam diri Iblis”.

 

Masalahnya tidak terbatas kepada Tiatira. Ia ditemui di Efesus dan Pergamus (Wahyu 2:6; 14-15). Jadi persatuan-persatuan ini tidak mungkin satu-satunya penjelasannya. Kejangakan merupakan suatu ancaman kepada iman Kristian yang dihadapi Paulus dan berterusan pada dekad-dekad kemudian. Dunia pagan biasanya ketiadaan pengertian jelas monoteisme dan pertalian antara iman dan kehidupan bermoral. Ada kalanya ia membela dirinya dengan dualisme yang mengizinkan segala penurutan keinginan jasmaniah yang dianggap tidak berkaitan dengan kehidupan rohani.

 

Sukar untuk sesuatu minoriti kecil memisahkan dirinya daripada persahabatan dan kehidupan sosial yang menerima legitimasi politeisme dan penurutan keinginan jasmaniah tidak berdisiplin. Namun iman Kristian dipertaruhkan dalam keputusan ini dan penulis Wahyu menunjuk kepada keperluan memutuskan hubungan dengan amalan politeistik dan tidak bermoral. (Interpreter’s Dictionary of the Bible, Artikel Tiatira, Vol.4. ms. 638-639).

 

Mari kita perhatikan apa yang dapat kita fahami daripada semua ini sementara kita teruskan.

 

Wahyu 2:18-29

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Tiatira: Inilah firman Anak Allah, yang mata-Nya bagaikan nyala api dan kaki-Nya bagaikan tembaga: 19 Aku tahu segala pekerjaanmu: baik kasihmu maupun imanmu, baik pelayananmu maupun ketekunanmu. Aku tahu, bahwa pekerjaanmu yang terakhir lebih banyak dari pada yang pertama. 20 Tetapi Aku mencela engkau, karena engkau membiarkan wanita Izebel, yang menyebut dirinya nabiah, mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku supaya berbuat zinah dan makan persembahan-persembahan berhala. 21 Dan Aku telah memberikan dia waktu untuk bertobat, tetapi ia tidak mau bertobat dari zinahnya. 22 Lihatlah, Aku akan melemparkan dia ke atas ranjang orang sakit dan mereka yang berbuat zinah dengan dia akan Kulemparkan ke dalam kesukaran besar, jika mereka tidak bertobat dari perbuatan-perbuatan perempuan itu. 23 Dan anak-anaknya akan Kumatikan dan semua jemaat akan mengetahui, bahwa Akulah yang menguji batin dan hati orang, dan bahwa Aku akan membalaskan kepada kamu setiap orang menurut perbuatannya. 24 Tetapi kepada kamu, yaitu orang-orang lain di Tiatira, yang tidak mengikuti ajaran itu dan yang tidak menyelidiki apa yang mereka sebut seluk-beluk Iblis, kepada kamu Aku berkata: Aku tidak mau menanggungkan beban lain kepadamu. 25 Tetapi apa yang ada padamu, peganglah itu sampai Aku datang. 26 Dan barangsiapa menang dan melakukan pekerjaan-Ku sampai kesudahannya, kepadanya akan Kukaruniakan kuasa atas bangsa-bangsa; 27 dan ia akan memerintah mereka dengan tongkat besi; mereka akan diremukkan seperti tembikar tukang periuk--sama seperti yang Kuterima dari Bapa-Ku-- 28 dan kepadanya akan Kukaruniakan bintang timur. 29 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."

 

Hujah untuk Tiatira sebagai suatu era dan berkenaan dengan Izebel di bawah lebih boleh dipercayai.

 

Sardis

Wahyu 3:1-6

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Sardis: Inilah firman Dia, yang memiliki ketujuh Roh Allah dan ketujuh bintang itu: Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati! 2 Bangunlah, dan kuatkanlah apa yang masih tinggal yang sudah hampir mati, sebab tidak satupun dari pekerjaanmu Aku dapati sempurna di hadapan Allah-Ku. 3 Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu. 4 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu. 5 Barangsiapa menang, ia akan dikenakan pakaian putih yang demikian; Aku tidak akan menghapus namanya dari kitab kehidupan, melainkan Aku akan mengaku namanya di hadapan Bapa-Ku dan di hadapan para  malaikat-Nya. 6 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." (KJV)

 

Sardis, sebuah kota di Asia Minor barat; ibu kota Lydia purba, terletak di Lembah Hermus (Gediz moden). Ciri terkenalnya ialah sebuah acropolis (kubu kota Yunani purba) yang dibentuk oleh batu terjal iaitu sisih Timolus. Ia juga mempunyai kuil Artemis dan kuburan ‘seribu bukit’ (Bin Tepe), di seberang Hermus.

 

Peninggalan arkitektur terkemuka ialah kuil Artemis, di sebelah barat acropolis itu. Kultus ini dibaktikan kepada dewi Asia tempatan, yang dipertalikan dengan Artemis namun kadangkala dipanggil sebagai Cybele. Kuil ini musnah dalam pemberontakan Ionik tahun 499 BCE apabila kota bawah Sardis dibakar (Herodotus V.102).

 

Sejarah Sardis berkait rapat dengan sejarah Lydia, dan ia kekal sebagai ibu kotanya sepanjang masalah-masalah politik wilayah itu. Terdapat sedikit bukti tempat tinggal prasejarah; namun kedudukan utama kota itu seharusnya adalah pembangunan zaman Lydia di bawah raja-raja Dinasti Mermnad. Sardis muncul dalam tuisan-tulisan kerajaan orang Persia sebagai Sparda (Darius, Behistun § 6; Babel/Babilon Sa-par-du), suatu nama yang menandakan negeri Lydia, serta kota itu. Sardis menjadi kota Persia yang terpenting di Asia Minor. Ia terletak pada hujung Barat jalan kerajaan besar dari Susa merentasi sungai-sungai dan melalui Asia Minor. Satu cabang jalan menuju dari Sardis ke Efesus (Herodotus V.52-54). Kekayaan kota zaman Persia ini dapat diukur sedikit sebanyak daripada barang perhiasan yang ditemui dalam kubur-kubur perkuburan Pactolus. Antara piagam emas, kalung, anting-anting, gelang, dan batu meterai di situ terdapat contoh-contoh kesenian Achaemenia yang unggul.

 

Sardis mungkin muncul dalam Perjanjian Lama dalam Obaja 20 sebagai Sefarad, suatu tempat di mana orang-orang buangan dari Yerusalem hidup ketika abad kelima BCE.

 

Pada 334 BCE kota ini menyerah kepada Alexander, yang meninggalkan suatu garison tentera di dalam acropolis. Sardis kekal sebagai pusat pentadbiran di bawah Dinasti Seleucid. Dalam perjuangan perampas kuasa Achaeus melawan Antiochus III, kota bawah telah terbakar (216 BCE). Sardis telah diserahkan kepada orang Rom pada 189 BCE dan ditempatkan di bawah pemerintahan Pergamus sehingga 133 BCE. Di bawah orang Rom, Sardis menjadi pusat conventus iuridicus, yang meliputi sebilangan besar kota-kota Lydia. Ia menikmati kemakmuran besar dalam tiga abad pertama CE. Perdagangan dan industri maju. Selepas gempa bumi 17 CE, Tiberius memudahkan pembinaan semula dengan kemurahan hatinya (Tac.Ann.II.24). Hadrian melawat Sardis pada 123.

 

Bermula abad pertama dan seterusnya, Kekristianan bertumbuh di Sardis. Melito, biskop Sardis pada zaman Marcus Aurelius, telah menulis banyak risalat, dan salah satunya, suatu khotbah, baru-baru ini telah ditemui semula dalam Chester Beatty Papyri. Selepas susunan semula Asia oleh Diocletian pada 297 CE, Sardis menjadi ibu kota daerah Lydia yang telah dipulihkan, tempat gabenor dan ketua biskop Sardis, yang berupa metropolitan.

 

Orang Arab telah menakluki Sardis pada 716. Ia terus diduduki walaupun selepas pembinasaannya oleh Tamerlane pada 1403. Sekarang ini ia merupakan tempat suatu kampung kecil, yang masih mengekalkan nama Sart.

 

Sardis disebutkan sebagai mati namun ia masih beroperasi sebagai pusat Kristian pada kedatangan semula Mesias. Sekali lagi, kita tidak mungkin merujuk kepada jemaat tempatan di tempat ini.

 

Filadelfia

Wahyu 3:7-13

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka. 8 Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. 9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, yaitu mereka yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahwa Aku mengasihi engkau. 10 Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi. 11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. 12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru. 13 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." (KJV)

 

Filadelfia, (Alashehir moden) merupakan suatu wilayah Lydia Rom. Kedudukannya yang strategik ialah salah satu sebab utama bagi dasar Yunaninya. Suatu hubungan komunikasi diperlukan dari Pergamum melalui Sardis dan Filadelfia ke Lembah Maeander dan jalan besar selatan.

 

Pembuatan wang logam (syiling) bermula pada abad kedua BCE. Perisai Makedonia muncul sebagai jenis-jenis wang logam dan menandakan bahawa suatu koloni veteran Makedonia tinggal di dalam kota itu.

 

Gempa bumi dahsyat tahun 17 CE memukul Filadelfia. Tiberius datang membantunya, dan sebagai tanda syukur kota ini mengambil julukan nama Neocaesarea. Di bawah Vespasian gelaran Flavia mula muncul pada wang-wang logam. Bermula dari zaman Caracalla kota itu dipanggil Neokoros (“pengawas kuil”) sehubungan dengan kultus maharaja.

 

Pentadbiran Filadelfia dimiliki oleh daerah Sardis, yang mengekalkan statusnya sebagai kota utama Lydia. Kemakmuran Filadelfia adalah berasaskan pertanian serta penghasilan tekstil dan barangan kulit. Pada abad kelima CE kota ini diberi nama panggilan “Athens (Atena) kecil” kerana pesta-pesta dan kultus-kultusnya.

 

Keagungan Filadelfia sebagai benteng Kekristianan telah diperbaharui pada waktu serangan-serangan Seljuk dan Ottoman ke atas Empayar Byzantine. Filadelfia mempertahankan dirinya sebagai kota Kristian terpencil dalam kawasan yang ditakluk dan bertahan terhadap dua pengepungan dengan berani. Apabila ia jatuh pada 1391, ia menyerah kepada kuasa gabungan Beyazit I dan para penyokong Yunaninya di bawah Manuel II. (Interpreter’s Dictionary, ibid. ms. 781-2).

 

Namanya bererti ‘kasih saudara’ dan memperingati kesetiaan serta kesayangan Attalus II (220-130 BCE) kepada saudara lelakinya Eumenes II.

 

Kota Filadelfia hidup pada kedatangan Kristus dan, walaupun mempunyai sedikit kekuatan, ia amat dipuji. Terdapat beberapa aspek yang dipuji dan beberapa janji yang diberikan yang memerlukan penelitian lebih lanjut.

 

Laodikia

Wahyu 3:14-22

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah: 15 Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! 16 Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku. 17 Karena engkau berkata: Aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa, dan karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang, 18 maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada-Ku emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat. 19 Barangsiapa Kukasihi, ia Kutegor dan Kuhajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah! 20 Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku. 21 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."(KJV)

 

Laodikia (Pamukkale moden) terletak pada jalan besar purba yang menuju dari Efesus melalui lembah-lembah Lycus dan Maeander ke timur dan akhirnya ke Syria. Pliny memberikan nama-nama awal Laodikia sebagai Diospolis atau Rhoas, Rhoas mungkin sempena sebuah kampung Phrygia di dalam kawasan ini. Sebagai sebuah kota, Laodikia telah diasaskan oleh orang Seleucid, mungkin sekitar 250 BCE oleh Antiochus II, yang menamakannya sempena isterinya Laodice. Oleh sebab kedudukannya yang strategik ia dijadikan kubu Seleucid. Pada 190 BCE Laodikia diperintah oleh Pergamus, dan ini bererti sedikit kemerosotan untuk kota itu. Bagaimanapun kemakmuran mereka bertambah di bawah orang Rom selepas 133 BCE apabila kota ini diizin memajukan potensi ekonomi dan perniagaannya.

 

Kekayaan Laodikia berpunca daripada tanah subur dan tanah penggembalaan yang baik untuk domba, industri tekstil dan sekolah perubatan. Kekayaan dari wilayah makmur ini membawa kepada kemajuan operasi kewangan dan perbankan di Laodikia. Kota ini membuat wang logamnya sendiri bermula dari abad kedua BCE, dengan rujukan-rujukan ikonograf kepada kultus-kultus dan dewa-dewa sungai tempatan. Penduduk kota ini termasuk orang Syria, Rom, dan orang pribumi warga Rom yang berbahasa Yunani serta rombongan Yahudi yang kaya dan terkemuka. Pada 62 BCE, mengikut perintah gabenor Flaccus, sumbangan-sumbangan tahunan yang biasa dikirim oleh orang Yahudi ke Yerusalem, telah dirampas dan dikirim ke Rom. Hak-hak istimewa orang Yahudi telah dihapuskan pada 70 CE. Ini kesan daripada pemberontakan Yahudi di Yerusalem dan pembinasaan Bait di situ yang menyusuli. Umat Kristian awal di Laodikia mempunyai hubungan dengan mereka yang berada di Colossae dan Hierapolis. Kota ini menderita dalam perang-perang Seljuk dan Turki, dan ditinggalkan tidak lama selepas abad ketiga belas. (Interpreter’s Dictionary ibid., ms 70-71).

 

Kelemahan utamanya ialah ketiadaan bekalan air yang cukup.

 

Justeru kita dapati bahawa konsep bahawa kota ini hidup pada kedatangan Mesias adalah tidak benar.

 

Runtuhan kota ini tidakpun betul-betul kelihatan sehinggalah penggaliannnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Oleh itu, nubuatan itu juga seharusnya bercakap tentang era-era dan bukan tempat-tempat khusus yang disebut dalam ayat-ayat itu.

 

Menyelaraskan Pemahaman

Ayat-ayat itu merujuk kepada tujuh jemaat. Tiga jemaat pertama tidak menyebut tentang berpegang teguh sehingga Kristus datang.

 

Kristus menyatakan dirinya di sini sebagai kepala Jemaat dan mempunyai tujuh bintang tujuh jemaat dalam tangan kanannya dan berjalan di tengah-tengah tujuh kaki dian emas. Maka Kristus bertanggungjawab atas sistem itu serta malaikat-malaikat tujuh jemaat.

 

Efesus setia dan tidak disesatkan oleh rasul-rasul palsu namun diberitahu bahawa mereka telah meninggalkan kasih mereka yang semula. Mereka perlu bertaubat atau jika tidak Kristus akan datang dan mengambil kaki dian mereka daripada mereka.

 

Janji kepada mereka adalah sesiapa yang menang akan memakan daripada pohon kehidupan dalam Taman Firdaus Tuhan. Inilah dasar komen-komen Quran tentang Taman-taman Firdaus.

 

Hakikatnya adalah kota dan jemaat itu sudah tidak wujud berabad-abad lalu dan sebab itu kita berhadapan kenyataan bahawa mereka tidak lagi wujud dan Kristus tidak akan memulihkan mereka pada kedatangannya. Kita tahu dengan pasti bahawa Smirna mengambil alih daripada Efesus sebagai pusat pekerjaan Tuhan pada abad-abad kedua dan ketiga dan keempat.

 

Smirna telah menentang perubahan-perubahan dalam Jemaat yang berpunca dari Rom dan Smirna telah membangunkan dan melatih para jurubicara untuk Jemaat di bawah Polycarp murid Yohanes, dan di bawah penggantinya Polycrates, dan kedua-dua mereka terbabit dalam Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277).

 

Kristus berbicara kepada Malaikat Jemaat di Smirna dan menyatakan dirinya sebagai yang awal dan yang akhir yang mati dan hidup kembali. Untuk mengerti teks ini dengan lebih baik lihat karya Arche Penciptaan Tuhan sebagai Alfa dan Omega (No. 229).

 

Dalam urutan ini jemaat-jemaat diberitahu bahawa mereka tidak dapat dilukai oleh kematian kedua. Mereka yang mati syahid akan diberikan mahkota kehidupan. Seperti yang kita lihat kesusahan sepuluh hari merujuk kepada penganiayaan Diocletian yang berlaku lama selepas abad pertama dan berabad-abad selepas Nero dan senario pengkritik moden.

 

Jemaat ini tidak dikatakan masih hidup pada kedatangan Kristus.

 

Jemaat Pergamus dianggap suka berperang dan dijangkiti doktrin palsu berkaitan Bileam dan pengikut-pengikut Nikolaus (lihat karya-karya Doktrin Bileam dan Nubuatan Bileam (No. 204) dan Pengikut-pengikut Nikolaus (No. 202).

 

Mereka berdiam di mana takhta Iblis berada.

 

Daniel 8:23-25 merujuk kepada raja yang kuat perawakannya (mighty presence) diterjemahkan sebagai “raja dengan muka yang garang.” Ini ialah suatu gelaran Antikristus. Pada zaman akhir Daniel memberitahu kita dia akan mengalahkan Umat Kudus atau Bangsa Orang-orang Kudus (lihat juga Daniel 7:8,22).

 

Kita tahu daripada Wahyu 13:2 bahawa takhta Iblis diberikan kepada makhluk dari jurang dalam iaitu “orang lain” dalam Yohanes 5:43 (lihat Lukas 4:6).

 

Takhta Iblis pastinya tidak berada di Izmir selama berabad-abad dan bukan pada zaman akhir.

 

Takhta inilah yang menerima cawan Malaikat Kelima dalam kemurkaan Tuhan (Wahyu 16:10). Ini tidak mungkin terbatas kepada Izmir pada zaman akhir dan adalah lebih umum lagi.

 

Takhta ini berada di Iraq dan Efrat kering untuk menyediakan jalan bagi raja-raja dari Timur (Wahyu 16:10-12). Kawasan ini lebih besar daripada tempat Smirna namun meluas tepat memenuhi kawasan ini di bawah orang Paulicia era Pergamus. Ia pastinya bukan kota Pergamum atau Pergamus.

 

Jemaat ini disuruh bertaubat atau Kristus akan datang kepada mereka dengan cepat. Oleh sebab orang Paulicia suka berperang dia berkata dia akan datang dengan pedang mulutnya, iaitu Firman Tuhan yang berkuasa.

 

Janji kepada Pergamus adalah bahawa mereka yang menang akan diberi makan manna tersembunyi (lihat juga Yohanes 6:58 serta Keluaran 16:14, 32-34; Mazmur 78:24-25). Manna tersembunyi ini ialah makanan para malaikat iaitu kuasa Roh Kudus dan batu kewargaan Kota Tuhan.

 

Orang Tiatira diberikan dua waktu tindakan dan yang akhir lebih besar daripada yang mula-mula. Mereka berkembang luas di Eropah dan dianiaya berabad-abad lamanya. Orang Tiatira menyaksikan kedatangan Reformasi dan dianiaya oleh orang Protestan seperti mana mereka dianiaya oleh orang Katolik sebelumnya.

 

Izebel ialah jemaat yang melakukan percabulan dengan raja-raja bumi. Dialah pelacur besar Wahyu, Rahsia, Babel Besar, dan Ibu Wanita-wanita Pelacur. Dialah jemaat aliran utama Barat yang mempunyai suatu siri anak-anak Protestan dan anak-anak ini juga mewakili sistem Tuhan Triune. Mereka sesungguhnya akan mati namun mereka akan kembali kepada sistem Trinitarian akhir pada Zaman Akhir di mana ia akan dibinasakan.

 

Masalahnya hanya dapat dihindari dengan menuntut bahawa teks ini merujuk kepada waktu di Rom pada zaman Nero dan bukan kepada Jemaat sepanjang zaman, namun teks-teks Wahyu jelas menunjukkan bahawa sebuah jemaat dimaksudkan. Ia hanya mungkin merujuk kepada sistem jemaat Rom dan anak-anak Protestannya. Kita hanya mungkin bercakap tentang waktu Reformasi dan kita seharusnya merujuk kepada era-era Jemaat yang tiap satunya memiliki wibawa berturutan yang berasingan. Hanya mungkin ada satu pembawa terang pada sesuatu masa dan satu kaki dian.

 

Jemaat ini dihakimi menurut pekerjaannya dan amaran diberikan kepada semua bahawa mereka dihakimi menurut pekerjaan mereka.

 

Mereka yang tidak menyelidiki selok-belok Iblis (lihat 2 Korintus 2:11) tidak akan diberikan beban lain. Inilah jemaat pertama yang disuruh berpegang teguh sehingga Kristus datang (Wahyu 2:25).

 

Mereka yang berasal daripada sistem ini yang menang dan memelihara pekerjaan Kristus sehingga akhir akan diberikan kuasa atas semua bangsa (atau bangsa lain) dan mereka akan memerintah dengan tongkat besi. Bangsa-bangsa akan diremukkan sama seperti Kristus menerima kepimpinan itu dari Bapa. Jadi jemaat ini yang cuba dihancurkan oleh jemaat-jemaat bangsa lain yang merosakkan doktrin-doktrinnya dengan kultus-kultus Misteri, akan diberikan kuasa kepimpinan atas mereka dengan tongkat besi.

 

Kristus meneruskan dengan berkata: “Dan kepadanya akan kukaruniakan bintang timur.” Karunia ini ialah kepimpinan planet ini sebagai pembawa-pembawa terang planet. Dengan kata lain mereka akan menjadi pendidik utama planet ini di bawah Yesus Kristus yang merupakan Bintang Timur (Fajar) baru bermula dari waktu itu.

 

Sardis disuruh untuk menguatkan apa yang masih tinggal yang hampir mati. Sardis menyangka ia hidup dan mengatakan ia hidup sedangkan ia mati. Ia mengambil alih daripada Tiatira apabila Tiatira dianiaya hingga lenyap di beberapa tempat. Masalah-masalah ini diliputi dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Jemaat ini bermula selepas Reformasi dalam sistem Baptist Hari Ketujuh (Seventh Day Baptist) dan Jemaat-jemaat Tuhan kemudian. Banyak yang korup dan bersifat diteis. Jemaat ini tiada pengetahuan nubuatan atau kedudukan mereka dalam sejarah dan rencana Tuhan, seperti Kristus katakan mereka tidak mengetahui bila waktunya dia datang pada mereka. Mereka masih ada pada kedatangannya.

 

Itulah sebabnya mereka mengucapkan begitu banyak nubuatan palsu (lihat karya-karya Nubuatan Palsu (No. 269) dan Empat Puluh Tahun untuk Pertaubatan (No. 290)).

 

Mereka yang bersama jemaat ini yang tidak mencemarkan pakaian mereka akan berjalan dengan Kristus dalam pakaian putih. Dasar berjalan dalam pakaian putih merujuk kepada nubuatan dalam Yehezkiel daripada Perang Hamon-Gog (Khalayak Ramai Gog) dan Pemulihan Israel serta keimamatan dalaman yang memakai pakaian lenan putih dan melayani Kristus (lihat karya Perang Hamon-Gog (No. 294)).

 

Janji kepada Filadelfia

Jemaat orang Filadelfia berpisah dengan baik daripada Sardis. Mereka tidak mempunyai doktrin dan pekerjaannya yang mati.

 

Kristus menyatakan kepada jemaat ini bahawa dia kudus dan benar dan bahawa dia mempunyai Kunci Daud. Dia membuka dan tiada yang menutup, dan dia menutup dan tiada yang membuka. Ini merujuk kepada pernyataan dirinya sebagai Bintang Fajar, Al Tarikh. Kuasa ini ialah pintu terbuka yang diberikannya kepada mereka. Jemaat ini mempunyai pekerjaannya walaupun kekuatannya tidak seberapa. Ia menuruti firman Kristus dan ia tidak menyangkal namanya.

 

Jemaat in membetulkan Judaisme, dan pengikut-pengikut baru daripada bangsa lain yang memanggil diri mereka Yahudi namun bukan kerana doktrin-doktrin palsu yang diterima pakai daripada adat manusia. Ia membetulkan mereka atas kesesatan dan doktrin palsu mereka, dan Kristus akan membuat mereka datang dan menyembah atau sujud di hadapan jemaat ini. Justeru jemaat ini mengambil bahagian dalam doktrin-doktrin Zaman Akhir dan penginsafan Yehuda.

 

Oleh sebab jemaat ini menuruti firman kesabaran Kristus, Kristus memelihara mereka daripada waktu pengujian yang melanda seluruh dunia. Sistem-sistem Sardis dan Laodikia tidak diselamatkan begitu. Mereka menempuhi kesusahan itu kerana hanya individu-individu daripada mereka yang terselamat.

 

Waktu kedatangan Kristus sangat hampir dengan pembentukan sistem terakhir ini.

 

Jemaat ini memiliki mahkota dan individu-individu di dalamnya dari segi itu diberikati. Kristus berjanji untuk menjadikan orang Filadelfia sokoguru (tiang) dalam Bait Tuhan. Ini pada mulanya kedengaran tidak sama dramatik seperti janji kepada orang Tiatira namun ia sama kuat dan lebih daripada itu.

 

Umat Filadelfia diuji dalam doktrin dan mereka bertanggungjawab untuk penyebaran Injil Kerajaan Tuhan pada Zaman Akhir dan membetulkan kesalahan-kesalahan sistem Sardis.

 

Jemaat inilah yang menjadi suara yang mengumumkan kesusahan atau amaran zaman akhir seperti yang dinubuatkan oleh nabi Yeremia (Yeremia 4:15-16 RSV); lihat karya Amaran Zaman Akhir (No. 44).

 

Orang-orang ini juga diberikan nama Tuhan dan nama Kota Tuhan. Dengan kata lain mereka akan dipanggil Yahovah seperti mana Kristus dipanggil ketika dia berbicara dengan Kaum Bapa. Mereka akan menjadi elohim peringkat tertinggi dengan kemasukan ke Kota Tuhan, iaitu Yerusalem Baru, yang turun dari syurga. Kristus memberikan kepada kumpulan ini namanya yang baru dan dengan itu wewenangnya.

 

Kristus kemudian berkata: “Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat.” Ini kerana Sardis dan Laodikia tidak mendengar. Sardis mati dan Laodikia begitu suam-suam kuku hingga ia dimuntah dari mulut Tuhan.

 

Dalam bicaranya dengan orang Laodikia Kristus memanggil dirinya “Amin, saksi yang setia dan benar.” Pada zaman jemaat-jemaat inilah Kristus akan datang. Dia berkata kepada jemaat ini bahawa dia ialah “Permulaan dari ciptaan Allah” (Wahyu 3:14)  kerana sistem ini mula mengajar bahawa dia bukan itu, tetapi sebaliknya menyatakan keabadian dan kesetaraan bersamanya dengan Tuhan.

 

Kesesatan ini meresap ke dalam Sardis pada waktu jemaat-jemaat kemudian ini, namun Sardis bebas daripadanya selama berabad-abad.

 

Pekerjaan sistem ini tidak sejuk mahupun panas tetapi suam-suam kuku, dan sebab itu mereka dimuntah dari mulut Tuhan. Sistem ini membandingkan dirinya dengan sistem lain dan menganggap dirinya kaya dan tidak memerlukan apa-apa, dan tidak menyedari keadaan rohaninya sendiri. Ia melarat, malang, miskin, buta dan telanjang.

 

Satu-satunya cara jemaat ini boleh dipulihkan adalah jika seluruh sistemnya membeli emas yang dimurnikan dalam api melalui kuasa Roh Kudus agar ia menjadi kaya dan pakaian putih supaya ia berpakaian agar tiada yang melihat ketelanjangannya.

 

Ia disuruh melumaskan matanya dengan minyak supaya ia dapat melihat. Ia buta kepada kebenaran firman Tuhan dan kepada nubuatan dan kepada sistem serta rencana Tuhan dan sistem kalendarNya.

 

Dia memarahi dan menghukum jemaat ini pada zaman akhir untuk mendorongnya bertaubat. Dia berdiri di pintu dan mengetuk dan berbicara kepada individu-individu. Jemaat ini juga harus berdepan dengan konsep-konsep Al Tarikh atau Bintang Fajar. Kristus ialah dia yang datang seperti pencuri pada waktu malam sebagai Pengunjung Malam tetapi dia jugalah yang berdiri di pintu dan mengetuk untuk menyeru kepada mereka yang dipanggil dan diselamatkan. Urutan ini berlaku pada bahagian akhir sekali sebelum jamuan perkahwinan Anak Domba (lihat karya Sangkakala-sangkakala (No. 136)).

 

Dia kemudiannya meluaskan pertaubatan kepada orang Laodikia dan sesiapa yang menang akan duduk dengannya di atas takhtanya sebagaimana dia telah menang dan duduk dengan Bapa, AllahNya, di atas TakhtaNya.

 

Konsep Tiang-tiang (Sokoguru) Filadelfia adalah bahawa tiang-tiang ini adalah yang kedua terpenting selepas batu-batu dasar Bait, iaitu rasul-rasul Kristus. Mereka diperbuat daripada blok-blok yang dipotong sempurna yang digerudi dan dibentuk dan dimasukkan dengan batang-batang besi umat Tiatira, dan ditempatkan agar mereka menyokong struktur umum Bait sebagai bangunan yang teguh. Mereka bersandar pada dasar Kristus dan para rasul, serta merupakan sokongan utama Bait Tuhan. Mereka ialah tubuh Kristus yang disusun bersama dalam kasih persaudaraan.

 

Sistem ini bertahan hingga akhir dan diberi ganjaran oleh Kristus pada kedatangannya. Tidak kira apa era atau sistem kamu berada, kamu harus menang dan bekerja demi pemulihan iman yang disampaikan kepada orang-orang kudus dari semula.

 

Terdapat elemen-elemen setiap era dalam setiap era, namun ciri utama era itulah yang menandakannya dan era itu mempunyai sifat ini atau dikenali olehnya. Setiap orang harus mendengar amaran itu dan mengatasi masalah mereka serta masalah era itu.