Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[ 290B]
Penyelidikan di Britain:
Empat Puluh Dekad Untuk Pertobatan
(Edisi 1.0 20060728-20060728)
Peristiwa “membakar pada kayu pancang” yang terakhir di Britain terjadi pada 1612 dan telah dilakukan oleh Jemaat England. Ianya bukan penganiayaan yang terakhir kerana ianya berterusan disepanjang kurun tetapi ianya adalah pembakaran terakhir keatas martir yang dipanggil “bidaah”terhadap Jemaat Trinitarian di Britain.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2006 Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Penyelidikan
di Britain:
Empat Puluh
Dekad Untuk Pertobatan
Mimpi Buruk Bermula
Empayar Kudus Roma telah diumumkan pada 590 oleh Gregory I. Kumpulan orang Kristian yang lebih ramai, dengan sokongan negeri, mula menekankan doktrin Constantinople yang dibuat-buat (381) dan Chalcedon (451). Ia dirujuk oleh mereka sebagai credo (fahaman) dari Persidangan Nicaea tetapi peraturan-peraturan ini hilang dan ia sebenarnya adalah dari Constantinople pada 381.
Bebanan kesilapan Katolik telah dipengaruhi oleh kuasa orang Angle yang telah mualaf kepada fahaman Katolisisme dari 597 CE bersama dengan lawatan Augustine dari Canterbury. Dibawah kuasa ketenteraan, Jemaat Celtik di Britain telah dipaksa untuk mengadopsikan doktrin-doktrin Katolik dari Synod di Whitby pada 664 di Biara Hilda. Aspek yang awal ini diliputi dalam karya tulis Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Hukum Keempat dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang Memelihra Sabat (No. 170) dan Keasalan Jemaat Kristian di Britain (No. 266). Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Sabat secara perlahan-lahan bersembunyi di Britain dari masa ini. Menjelang 1054 mereka juga bersembunyi di Wales dan juga di Scotland pada masa itu dibawah Ratu Margaret.
Jemaat Katolik tidak berpuas dengan hanya membawa Jemaat ini dalam keadaan bersembunyi: ia mahu membasmi Jemaat sepenuhnya kerana api kebenaran Alkitab telah dipelihara oleh penganutnya.
Penyelidikan Bermula
Penyelidikan ini dimulakan oleh Jemaat Katolik Roma dengan sungguh-sungguh dari Persidangan Lateran 1179. Pada 1177 dari tahun Yobel ke-102, Iblis bertindak menentang Jemaat Allah. Rahib, Raymond dari Daventry telah diutus untuk mengawasi golongan Waldensia dalam perjalanannya ke Persidangan Kedua Lateran pada tahun Kedua dalam Yobel yang ke-103. Dari persidangan ini Jemaat ini diumumkan seabgai haram dan akan dianiaya. Seperti biasa para ketua telah difitnah dan doktrinnya telah dikeluarkan sementara ia terus-menerus dipalsukan salah di sepanjang kurun.
Pada 1190, persidangan Genoa mengumumkan bahawa semua orang yang memelihara Sabat atau “bidaah” – bererti mereka yang tidak bersetujuh dengan Jemaat Katolik Roma – akan diikat dengan rantau dan dibakar di kayu pancang.
Ini dilaksanakan dengan agak cepat dan pada 1191, yang merupakan Tahun Sabat yang Kedua dalam Yobel yang ke-103, pembakaran utama terjadi yang bertempat di Oxford, England bersama dengan pembakaran golongan Paulicia (Pauliani juga dipanggil Publicani).
Ini memulakan fasa yang paling buruk dalam penganiayaan iman golongan Trinitarian orang Inggeris. Iman kepercayaan ini menjadi rahasia sepenuhnya tetapi pengaruhnya adalah menghidupkan minat dalam Alkitab. Ini dikembangkan dalam publikasi kurun yang Kelima belas dari Alkitab Geneva. Jemaat Katolik di England cuba untuk mengajukan ketidakpentingan Alkitab. Para golongan pendeta tidak mahu orang-orang untuk membaca Alkitab dalam bahasanya sendiri, kerana mereka akan terdedah kepada ajaran doktrin yang salah. Mereka tidak boleh menahan penyebaran Alkitab dan Reformasi di England sedang berlangsung. Richard Cox, biskop di Ely, menggalakkan Pembelajaran Alkitab dan pada kurun yang Keenam belas, Henry VIII terhenti dengan Roma kerana pemahaman Alkitab yang meluap dalam masyarakat. Di mengharamkan Krismas kerana ia adalah perayaan kafir.
Bagaimana pun, perkembangan golongan Trinitarian dapat dikendali menerusi penganiayaan dan gambaran yang salah.
Orang-orang terus dibakar di kayu pancang di England sehingga tahun 1612 yang merupakan Tahun Sabat yang Kelima dalam Yobel yang ke-111.
Orang terakhir yang dibakar di kayu pancang ialah Edward Wightman. Berikut adalah artikel dari Wikipedia mengenai dia.
Edward Wightman (Disember 20. 1566 – April 11, 1612), seorang Baptist, adalah orang terakhir yang dibunuh kerana bidaah di England dengan membakarnya di kayu pancang.
Edward Wightman dilahirkan di Burton Upon Trent, Staffordshire. Dia berkahwin dengan Frances Darbye dari Hinkley pada September 2, 1593. Edward dan Frances tinggal di Burton-Upon-Trent, dan mereka mempunyai tujuh anak – 2 lelaki dan 5 perempuan. Wightman menjalankan perniagaan yang berjaya untuk beberapa tahun di Burton. Dia mengecam pembaptisan bayi dan menjadi pendeta dalam Jemaat Baptist.
Pada 1611, Wightman menyerahkan cadangan kepada Raja James, memperincikan kepercayaannya. Untuk kepercayaannya, dia telah diadili, didapati bersalah kerana bidaah dan dihukum mati. Hukuman diumumkan pada December 14, 1611. Dakwaan yang dijatuhkan keatas dia adalah termasuk sebelas jenis bidaah yang berlainan. Sebahagian daripada dakwaan itu adalah dia percaya “bahawa pembaptis bayi adalah satu tradisi yang sangat menyeleweng’ bahawa perjamuan kudus dan pembaptisan tidak harus dilakukan seperti ianya dilakukan sekarang dalam Jemaat England; dan bahawa Kekristianan tidak sepenuhnya dianuti dan diajar dalam Jemaat England, tetapi hanya sebahagiannya sahaja.” Dakwaan yang lain termasuk beberapa pendapat yang tidak diketahui. Orang-orang yang sezaman dengannya mengatakan bahawa sekiranya Edward betul-betul memegang pendapatnya itu, dimana ianya dituduh, dia seharusnya seorang yang bodoh atau orang gila, dan sekiranya demikian, dia seharusnya telah berdoa kepada orang yang menganiayanya dan bukannya membiarkan mereka menghukum dia dengan kejam.
Pihak berkuasa mula-mula cuba membatalkan penghukuman itu. Apabila apai mula membakar Wightman, dia berseru sesuatu yang menandakan bahawa dia sudah berubah dan sedia untuk menerima iman Jemaat di England. Pegawai polis melepaskan dia dari kayu pancang. Wightman enggan untuk membuat penarikannya yang resmi dan terus mengajar “bidaahnya”; dia sekali lagi diikat di kayu pancung selepas beberapa minggu dan tubuhnya dibakar pada April 11, 1612 di Lichfield. Pada tahun yang sama seorang lagi penganut Baptist, Thomas Helwys, telah menulis A Short Declaration of the Mistery of Iniquity, satu rayuan bagi kebebasan beragama di England.
Terlalu sedikit yang diketahui tentang takdir yang dihadapi oleh isteri dan anak-anaknya, walaupun ianya diketahui bahawa dua anak lelakinya telah berpindah ke Rhode Island selepas itu.
Penganiayaan seperti ini mungkin mempunyai pengaruh untuk mengubah orang Inggeris untuk menentang terhadap penghukuman untuk kepercayaan agama. Walaupun ada beberapa lagi orang yang dihukum selepas Wightman, dia adalah orang terakhir yang dibakar pada kayu pancang di England.
Rujukan
A History of the Baptists, oleh John T. Christian
A History of the English Baptists, oleh Joseph Ivimey
The Baptist Heritage: Four Centuries of Baptist Witness, oleh H. Leon McBeth
Diambil dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Wightman
Sebab mengapa kedua anaknya berpindah ke Rohode Island adalah kerana orang-orang yang memelihara Sabat telah pergi ke sana dengan Mayflower dan mendiami Amerika. Mereka telah dipaksa untuk menempatkan semula Rhode Island melalui penganiayaan dari para fanatik yang tidak berperasaan yang telah mengikuti mereka ke Amerika (lihat karya tulis Pertalian Orang Belanda Kaum Bapa Pilgrim (No. 264)).
Orang masih dianiaya tetapi sekurang-kurangnya pembakaran telah dihentikan di England. Ia merupakan satu pelanggaran yang besar untuk menyangkal Triniti walaupun pada pertengahan 1600-an di England. Orang terakhir yang dianiaya kerana bidaah di Britain, pada 1697 adalah seorang penuntut berbangsa Scotis di Edinburgh University, Thomas Aikenhead, yang dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh teman sekelasnya kerana menyangkal Triniti. Dia sebenarnya diadili kerana penghujatan dan bukan kerana kepercayaan Unitarian Wightman diatas. Kebanyakan kita sesungguhnya akan mempertimbangkan apa yang dia katakan sebagai penghujatan.
Satu mercu batu penting dalam sejarah penghujatan berkenaan dengan seorang penuntut muda perubatan di University of Edinburgh pada tahun 1690-an yang bernama Thomas Aikenhead. Aikenhead terbabit dengan perbualan tentang agama dengan kawan-kawannya. Pernyataan sekurang-kurang lima daripada kawannya membentuk satu dasar dakwaan terhadapnya sebelum Scottish Privy Council yang mendakwa bahawa Aikenhead, terketar kerana takut akan Tuhan dan berkenaan dengan keagungan pandangannya, sekarang lebih dari duabelas bulan berlalu...[terbongkar] penghujatan jahat kamu terhadap Juruselamat kita Yesus Kristus, dan terhadap Kitab kudus, dan semua agama yang didedahkan...kamu telah mengatakan dan mengesahkan, bahawa keilahian atau doktrin teologi adalah hanya keghairahan yang dibuat-buat dan tidak bermakna, bersama dengan sebahagian daripada doktrin falsafah moral, dan sebahagiannya adalah syair rekaan dan khayalan yang dibesar-besarkan,...
Menurut bukti dari kawan-kawannya, Aikenhead memanggil Perjanjian Lama ‘Rekaan Ezra’, dam Perjanjian Baru ‘Sejarah Penyamar Kristus’. Aikenhead telah mengesahkan bahawa Yesus ‘belajar ilmu majik di Mesir, dan bahawa dengan datang dari Mesir ke Yudea, dia mengambil beberapa orang nelayan yang bodoh, yang dia kenali melalui kepakarannya dan firasahnya, mempunyai imaginasi yang kuat, dan bahawa dengan bantuan imaginasi yang kuat dia melakukan penipuannya’, yang mana adalah mukjizat.
Dakwaan dan bukti yang sedia ada bagi sebanyakan daripada pernyataan dari apa yang dikatakan oleh Aikenhead, dan Aikenhead dan kaunselnya seolah-olah tidak bercanggah dengan laporan yang disediakan sebagai bukti. Ringkasan dari dakwaan ini mencatatkan bahawa Aikenhead menuntut bahawa dia ‘lebih suka Mahomet sebagai Yesus yang diberkati’, dan meneruskan dengan dakwaan resitalnya:
Dan bahawa kamu telah mengatakan bahawa kamu berharap untuk melihat Kekristianan menjadi lemah, dan bahawa kamu yakin bahawa dalam masa singkat ianya akan musnah, dan kamu begitu tegas dalam penghujatan kamu, bahawa apabila diri kamu menjadi kesejukan, kamu berhadap berada di tempat yang disebut oleh Ezra Neraka, untuk memanaskan diri kamu disana’.
Catatan yang seterusnya ini dibuat di luar Tron Kirk, pada bulan Ogos.
(petikan Helen pringle Bhgn Bab 3 Adakah kita boleh menyakiti Allah? Menganggap penghujatan dengan serius Bahagian 1 Agma, pencabulan dan Penghujatan di Australia di
http://epress.anu.edu.au/nts/mobile_devices/ch03.html
Komentar Pringle tentang pandangan mengenai Islam dan impak dari fahaman pelbagai budaya telah bangkit pada masa itu.
Penyebutan tentang Nabi itu tentu saja satu aspek Aikenhead yang menarik bagi kita pada masa sekarang. Saya fikir bahawa kita terlalu kerap menganggap bahawa fahaman pelbagai budaya dan masalah yang ditimbulkannya adalah sesuatu yang baru kepada kemodenan, dan bahawa masyarakat yang lebih tua adalah lebih seragam dalam tindakan dan kepercayaan daripada yang sebenarnya. Aikenhead telah diadili pada akhir kurun konflik perang dan sivil di England, satu konflik yang berkenaan dengan tempat Allah dalam sivil dan politik yang mana berkisar dalam bahagian siapa yang memakai apa di kepalanya. Aikenhead didakwa lebih setia kepada Nabi itu daripada apa juga pembawaan Krsitian. Patrick Midletoune, seorang teman pelajar, menyatakan bahawa Aikenhead telah memberitahu dia bahawa ‘Mahomet adalah artis dan ahli politik yang lebih baik daripada Yesus’. Walaupun beberapa daripada sumber idea-idea Aikenhead adalah jelas, ianya tidak mustahil bahawa Aikenhead mengetahui tentang karya luar biasa oleh henry Stubbe, An Account of the Rise and Progress of Mahometanism. Seperti yang dinyatakan oleh Hakm-Murad, sifat keghairahan golongan polemik dari sekitar kurun ketujuh belas terhadap Islam juga mencadangkan bahawa terdapat simpati yang lebih besar terhadap Islam didalam kitaran orang Inggeris yang ingkar pada masa itu daripada yang biasa diketahui. Pendeta Robert Wylie telah membuat kritik-kritik senyap dari tindakan terhadap Aikenhead dengan mendebatkan bahawa ‘tidak ada manusia harus berada di depan orang yang mencerca dengan jahat & menghina objek adorasi mereka,’ ditambah pula, sesungguhnya, ‘seorang Kristian tidak mungkin bersalah yang harus mencerca atau menyumpah Mahomet di Constantinople’.
Pringle terus menjelaskan bahawa:
Aikenhead didakwa dibawah dua akta Penghujatan Scotland. Akta 1661 diserahkan oleh parlimen Scot pertama dibawah Charles II yang bermandatkan hukuman mati bagi seseorang yang ‘tidak tergugat dari pendiriannya harus dicerca atau mengutuk Allah, atau terhadap peribadi Triniti yang diberkati. Akta 1695 yang memelihara Akta 1661 dan mengemukakan skala-skala hukuman yang berdasarkan ketegaran kepada pelanggaran oleh ‘sesiapa sahaja dalam karya tulis mereka, atau penyangkalan, persoalan, atau perdebatan, atau sebab terhadap sifat Ketuhanan, atau terhadap peribadi-peribadi dalam Triniti, atau wewenang tulisan Kitab kudus, dalam Perjanjian Lama dan Baru, atau hemat Allah dalam kerajaan dunia ini (ibid).
Masalahnya adalah bahawa dakwaan ini selalunya dibuat terhadap orang yang melakukan satu inkonsistensi di antara sistem agama Trinitarian dan teks sebenar dalam Alkitab. Ramai penganut yang benar yang telah dibunuh hanya kerana menyatakan doktrin yang tidak berdasarkan Alkiab dan tidak lojik mengenai Triniti, yang mana dibuat dan diserahkan di Persidangan Constantinople pada 381 CE dan dikuatkuasakan kepada penganut yang sebenar dan pelajar Alkitab oleh perkembangan agama sejak itu.
Ini adalah catatan penganiayaan yang terakhir bagi penghujatan di Britain. Tidak lama kemudian Scottish Privy Council memulakan apa yang dikatakan pemburuan-tukang sihir besar-besaran di Scotland, hal ehwal tukang sihir Rentfrewshire. Sejarah Macaulay kemudiannya mempertalikan penganiayaan Aikenhead dan Rentfrewshire sebagai tindakan ‘berbaloi dalam kurun yang kesepuluh’, yang dijalankan oleh orang yang ‘mempunyai pemahaman yang sama jahat dan mempunyai hati yang sama keras seperti mereka yang biasa dengan Penyelidikan di Lisbon’. Orang-orang ini, Macaulay mengatakan, ‘melakukan jenayah yag tidak pernah dilakukan sejak pencemaran Island itu’, menganiayah Aikenhead tanpa sebab tetapi hanya atas sebab ‘seorang budak lurus yang mengoceh’. Kekejaman penganiayaan dan hukuman ini tentu saja tidak akan lenyap begitu saja atau tanpa diprotes pada masa itu. (Pringle Op Cit.).
Statut Penghujatan 1698 kekal sehingga masa baru-baru ini. Klausa tentang Triniti telah dibatalkan pada 1813, dan Akta yang lain telah dirayu semula pada 1967.
Ramai orang Kristian yang mendukung pandangan yang sebelum ini dianggap menghujat dan sebab mereka telah dibakar. Ramai daripada Trinitarian yang menuduh orang lain sebagai bidaah atau menghujat akan dibakar dibawah hukum mereka sendiri sekiranya mereka melafazkan pandangan mereka yang sudah mereka pakari sekarang mengenai sifat teks Alkitab yang salah dan terjemahan kepada banyak doktrin selain Triniti. Sesungguhnya, Triniti kesilapan yang tidak lojik yang memegang banyak penghujatan serta antinomian bersama dalam kekalutan tidak keruan ini. Michael Servitus telah dibakar pada kayu pancang pada 27 Oktober 1553 di Geneva pada zaman Calvin kerana menyangkal Triniti dan pembaptisan bayi. Namun banyak daripada Trinitarian pada hari ini menyangkal pembaptisan bayi tetapi memelihara Triniti apabila mereka sendiri sepatutnya dibakar seperti Wightman.
Jadi kita lihat disini bahawa kebebasan agama dipersetujui oelh ramai orang, walaupun mereka yang kita anggap sebagai penyambah berhala. Penyangkalan majoriti agama di negeri tidak lagi dilihat sebagai satu jenayah dalam negeri. Ianya dalam keadaan ini Jemaat-jemaat Allah mampu untuk bertahan dan mengajar injil. Tuan Isaac Newton melihat keperluan lojik untuk injil ini diajar pada ZamanAkhir dan Triniti ini mendedahkan perkara karut yang tidak berdasarkan kitab. Dia tidak mampu untuk melakukan ini dalam keadaan dimana dia menulis seperti William Whiston dan Joseph Priestly dan orang-orang bijak yang lain pada zaman mereka. Pandangan ini juga mendorong para ahli falsafah pada masa itu.
Kedua-dua golongan Ateis dan Sabatarian dilarang dari banyank perkara kerana kedua-duanya dibenarkan untuk membuat pengesahan dan sesungguhnya Ateis dilarang dari mengambil tempat di Perlimen kerana pembicara tidak akan membenarkan mereka dan mengeluarkan mereka daro Parlimen walaupun mereka ingin mengambil sumpah. Masalah ini telah diselesaikan oleh Akta Sumpah Parlimen 1885. Larangan yang sama di Scotland juga telah dikeluarkan oleh satu lagi Akta Sumpah pada 1888. Perkembangan dalam pengadilan percaya bahawa ianya tidak perlu untuk menghormati kontrak dengan orang seperti ini.
Undang-undang US telah dibawah dariBritish Common Law. Rex v Taylor pada 1676 menyatakan bahawa penghujatan adalah pelanggaran Hukum yang biasa, dan kebiasaan ini berlaku bukan hanya di England tetapi juga di Amerika sejak Hukum Umum English dibawa ke Hukum Umum di USA. Mahkamah di New York, Pennsylvania dan Delaware semuan setujuh bahawa penghujatan adalah satu jenaha pelanggaran dibawah Hukum Umum. Itu bererti, pada efeknya bahawa golongan Trinitarian boleh penganiaya yang lain.
Seperti England, Amerika Kolonial mempunyai statut penghujatan dan juga Hukum Umum. Mereka menganiaya golongan Ateis dan para penghujat dengan cara yang sama seperti Negara Induk. Para pesalah kadang-kadang dihukum, kadang-kadang akan disebat. Kadang-kadang mereka akan dikunci dengan kayu. Lidah mereka akan dilubang dengan besi panas, atau jarum susup. Telinga akan dipotong, hidung akan diotong, dan muka akan diselar.
(http://www.heretication.info/_atheists.html)
Menjelang pertengahan kurun ke-Sembilan belas golongan yang dipanggil “Nonconformists” tidak lagi dianiaya tetapi mereka masih ditindas, dan malah pada hari ini mereka didiskriminasikan dalam semua bidang dan pekerjaan. Pada 1834/5 jenayah pencabulan bersama dengan “pencurian surat” dan “kembali dari transportasi” telah disingkirkan sebagai pelanggaran utama. Dengan itu, jenayah agama dalam pencabulan tidak akan menyebabkan hukuman mati tetapi dakwaan masih lagi menyebabkan hukuman pengabdian.
Permulaan kepada pengakhiran
Pada 1809 Napoleon Bonaparte membubarkan Empayar Roma Kudus dan kurungan bawah tanah untuk Penyelidikan di Sepanyol telah dikosongkan.
Pada 1812 Peperangan orang Anglo-Amerika telah berlaku dan US mengekalkan kemerdekaannya melalui tekanan keatas Britain dan Perancis di Eropah dan mampu membeli wilayah tanah yang luas dari Perancis yang mana sekarang dikenali sebagai USA.
Empaya Kudus Roma telah didirikan semula pada 1815 dengan kekalahan Napoleon di Waterloo. Ianya berkekalan sehingga akhir Penyelidikan dalam negeri Paus dan revolusi di Eropah sekitar 1850 (lihat Peranan Hukum Keempat dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Sabat (No. 170)). Ia berakhir dengan sepenuhnya pada 1872, dalam Tahun Pertama dalam kitaran Sabat Terakhir pada Yobel ke-117.
Jemaat Katolik Roma telah membunuh lebih ramai orang kerana pembelajaran Alkitab yang sungguh-sungguh dan mengadopsi rukun Alkitab daripada sistem-sistem yang lain atau bentuk penganiayaan dalam sejarah planet ini. Ini termasuklah semua kutuk yang diketahui dan kemusnahan dalam apa juga bentuk. Golongan Lutheran mengambil alih dari mereka dalam Reformasi dalam Negeri Protestan Eropah. Mereka hanya disaingi oleh Pencahar Komunis dalam kurun yang Kedua belas.
Golongan Lutheran dan Pencahar Komunis
mencapai klimaks dibawah Adolf Hitler
dalam Pembunuhan Beramai-ramai Nazi, dan kemah konsentrasi perta,a yang
didirikan oleh Jemaat Lutheran dekat dengan Hamburg. Untuk perincian., lihat
website: www.holocaustrevealed.org
Pembunuhan beramai-ramai ini adalah dari 1941 sehingga 1944. Sekali lagi Pembunuhan beramai-ramai ini bermula dalam Tahun Sabat dan berakhir sehingga kitaran tahun Ketiga, dalam hal ini dari Tahun Sabat Ketiga sehingga Tahun Ketiga dalam Kitaran Keempat dalam Yobel ke-119.
Ianya jelas bahawa Iblis menggunakan Jemaat yang menyeleweng, yang adalah Misteri Inikuiti, untuk menganiaya Jemaat Allah. Mereka dibenarkan untuk memenjarakan dan menganiaya orang beriman pada masa-masa ini dalam deklarasi iman yang terbuka.
Simbol-simbol Jangka-Masa
Jadi apa yang kita dapat dari jangka masa yang kebetulan ini dan Yobel serta Sabat dan jangka- masa yang lain? Jawapannya adalah bahawa Allah telah membiarkan kita ditangani demi untuk membuat planet ini berada dalam penghakiman.
Mari kita kaji beberapa daripada urutan ini.
Ianya 433 tahun dari Persidangan Lateran yang Kedua sehingga pembakaran terakhir pada kayu pancang di England. Pembakaran para martir di Oxford adalah pada Tahun Sabat Kedua dalam Yobel yang ke-103, bertepatan dengan 14 tahun kedalam Yobel yang baru. Ini adalah efek yang sama dimana Iblis menuntut bahawa kita juga dikorbankan sebagai persembahan kepada Allah kita. Ianya sama dengan mengeje diri kita dan Allah yang kita sembah.
Pada 1612 jangka masa penganiayaan dengan membakar berakhir pada Tahun Sabat dalam Kitaran Kelima dalam Yobel yang-111, yang merupakan nombor rahmat. Ianya juga adalah tindakan Korban Sabat dan Iblis mengolok kita dan Allah sekali lagi.
1612 adalah 421 tahun dari Sabat 1191 dan pembakaran yang pertama. Justru itu, ianyaadalah kitaran lapan Yobel dan tiga Sabat dari mula sehingga akhir dan berakhir oada Tahun Sabar sementara pembakaran bermula.
Lapan Yobel adalah empat puluh dekad. Empat puluh adalah nombor pertobatan. Sepuluh adalah nombor lampu dalam Kaabah Allah. Sepuluh menggambarkan kelengkapan ordinal dan satu permulaan baru sebagai 1 dalam siri yang baru. Sepuluh lampu itu mewakili saksi Jemaat dan nabi serta Mesiah kepada planet ini.
Justru itu, orang yang berbahasa Inggeris telah diberikan empat puluh urutan dari sepuluh tahun untuk bertobat dari kerja-kerja mereka dan penganiayaan Jemaat-jemaat Allah.
Pada 2012, kitaran Tahun Sabat Kelima dalam Yobel yang ke-120, jangka masa Empat puluh dekad berakhir. Ianya sama dengan pengudusan terhadap Kesalahan yang Tidak disengaja dan tidak Disedari dalam tempoh tahun dari 21 tahun terakhir sebelum Milenium (lihat karya tulis Pengudusan Bangsa-bangsa (No. 77)).
Penganiayaan golongan Anglo-Saxon, Cymry, Picts, dan Scot dari Jemaat Allah oleh golongan Trinitarian telah berakhir dan Saksi Jemaat akan memberi keterangan terhadapnya.
Tahun 2012 membawa urutan orang yang berbahasa Inggeris dan sistem-sistem pusaka dan berkat mereka dan inikuiti penuh mereka, dan mereka akan ditangani dengan sepenuhnya.
Dari 2012 sehingga 2015, mereka bersama dengan bangsa-bangsa jahiliah, akan ditangani dan sistem di Eropah juga akan ditangani sepanjang 1260 hari. Israel dan sekutunya akan menerima perhitungan dan dibawa kepada pertobatan.
Orang Eropah akan menerima perhitungan kerana penganiayaan mereka yang berterusan terhadap Iman sehingga akhir Pembunuhan Beramai-ramai. Yudah kemudiannya akan dibawa kepada pertobatan.
Menjelang 2015 penganiayaan akan ditinjau semula. Bangsa-bangsa akan menerima perhitungan dan akan dibawa kedalam penghakiman.
Dari 2019 dunia ini akan dibawa kedalam penawanan Yesus Kristus.
Allah tidak melakukan apa-apa kecuali Dia memberi amaran kepada orang-orang yang akan ditangani melalui hambaNya para nabi. Allah bekerja melalui nombor dan urutan menurut kepada rencana yang Dia sediakan dari mulanya menurut kepada sistem kalendarNya.
Allah itu maha belas kasihan dan akan menyelamatkan mereka yang memanggil nama Dia dan berpaling kepadaNya dalam pertobatan.
q