Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[295]

 

 

 

 

Lea dan Rahel [295]

(Edisi 1.0 20060611-20060611)

 

Lea dan Rahel memberikan gambaran Kristus dalam perhubungannya dengan Israel fizikal dan spiritual sebagai satu bangsa dan Jemaat Allah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2006 Wade Cox)

 (Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Lea dan Rahel [295]



Kisah tentang Lea dan Rahel adalah berkenaan dengan wanita yang ingin menjadi isteri kepada Yakub yang adalah anak kepada Isyak, anak Abraham. Kisah ini sebenarnya berkenaan dengan empat wanita, Lea dan Rahel serta dua pembantu rumah mereka., Bilbah dan Zilpah, yang juga menjadi ibu kepada anak-anak Yakub.

 

Nama Yakub telah ditukar menjadi Israel yang bermaksud: “dia yang memerintah sebagai El”, atau sebagai Allah. Cerita mengenai wanita-wanita dan anak-anak yang mereka lahirkan adalah rencan kepada keselamatan umat manusia melalui Mesiah. Cerita ini bermula dalam Kejadian 29 apabila Yakub pergi ke wilayah lain, ke wilayah orang-orang Timur, supaya dia boleh mendapatkan seorang isteri.

 

Setiap perkara dalam cerita ini adalah simbolik. Tiga kumpulan domba ini menunjukkan keluarga Nuh yang lebih besar didalam anaknya, Sem, Ham da Yapet. Konsep domba dan lembu, dan terminologi kepada kedua-duanya, menangani konsep bangsa-bangsa dan anak-anak Israel.

 

Simbolisme kepada batu di perigi menandakan bahwa air dari firman Allah belum lagi ditutup, dan hanya dibuka pada masa-masa tertentu dan disediakan oleh para nabi, yang bertanggung jawab bagi sabda Allah (lihat karya tulis Firman Allah (No. 184)). Yakub memanggil mereka sebagai saudara dan mereka memberitahu bahawa mereka adalah keturunan Haran. Ini adalah SHD 2771 charan yang bererti yang dikeringkan, oleh itu satu tanah yang kering dikontangkan oleh kemarahan dan keghairahan. Nama Haran, yang bertalian dengan Haran anak Terah, adalah SHD 2039, yang bererti orang yang berasal dari pergunungan (terdapat cetakan salah dalam karya Strong berkenaan dengan nombor ini).

 

Yakub kemudiannya bertanya kepada mereka sama da mereka mengenali Laban, anak Nahor saudara maranya. Nahor adalah nama kepada bapa Terah dan datuk kepada Abraham dan juga nama kepada anak Terah. Nahor (SHD 5152) bererti: pendengkur dari ayat akar dengkur. Laban juga adalah saudara kepada imbu Yakub (Kej 28:2). Laban (SHD 3837) bererti: yang menjadi putih (SHD 3837 dari SHD 3825 dan SHD 2826). Haran, anak kepada Terah, dan saudara kepada Abraham dan Nahor, adalah bapa kepada Lot. Dengan ini Yakub telah diutus ke tanah gersang di tempat dimana dia mendapat mempelainya. Mempelainya datang dari dia yang menjadi putih, sebagai anak kepada dia yang berdengkur. Konsepnya adalah bahawa mempelai ini diambil dari  dia yang menjadi putih, yang dilahirkan dari mereka yang tertidur. Dengan ini keselamatan adalah dari orang bukan Yahudi.

 

Kejadian 29

 

1 Kemudian berangkatlah Yakub dari situ dan pergi ke negeri Bani Timur.  2 Ketika ia memandang sekelilingnya, dilihatnya ada sebuah sumur di padang, dan ada tiga kumpulan kambing domba berbaring di dekatnya, sebab dari sumur itulah orang memberi minum kumpulan-kumpulan kambing domba itu. Adapun batu penutup sumur itu besar;  3 dan apabila segala kumpulan kambing domba itu digiring berkumpul ke sana, maka gembala-gembala menggulingkan batu itu dari mulut sumur, lalu kambing domba itu diberi minum; kemudian dikembalikanlah batu itu lagi ke mulut sumur itu.  4 Bertanyalah Yakub kepada mereka: "Saudara-saudara, dari manakah kamu ini?" Jawab mereka: "Kami ini dari Haran."  5 Lagi katanya kepada mereka: "Kenalkah kamu Laban, cucu Nahor?" Jawab mereka: "Kami kenal."  6 Selanjutnya katanya kepada mereka: "Selamatkah ia?" Jawab mereka: "Selamat! Tetapi lihat, itu datang anaknya perempuan, Rahel, dengan kambing dombanya."  7 Lalu kata Yakub: "Hari masih siang, belum waktunya untuk mengumpulkan ternak; berilah minum kambing dombamu itu, kemudian pergilah menggembalakannya lagi."  8 Tetapi jawab mereka: "Kami tidak dapat melakukan itu selama segala kumpulan binatang itu belum berkumpul; barulah batu itu digulingkan dari mulut sumur dan kami memberi minum kambing domba kami."

 

Yakub telah kembali kepada Haran kepada kaumnya untuk mendapatkan seorang isteri. Dengan cara yang sama Kristus telah diutus kepada umatnya untuk mendapatkan isteri. Yakub pergi kepada Laban, saudara maranya. Rahel, anak perempuan Laban, datang dengan kumpulan domba. Rahel (SHD 7354) dari 7353) bererti: berjalan sebagai bebiri betina yang merupakan musafir yang baik. Bebiri betina adalah anggota yang utama dalam kumpulan domba dan berjalan untuk mencari makan. Justru itu mempelai Yakub yang dipilih (SHD 3290; penangkap-tumit atau pengganti) yang telah menjadi Israel ( dia akan memerintah seperti Allah) adalah domba betina dari kumpulan domba yang berjalan untuk memakan firman Allah, dan keluarga yang mereka bina akan memerintah seperti Allah. Israel diwakili Kristus yang akan menggantikan Iblis sebagai Bintang Fajar.

 

Masa sudah ditetapkan sebelum batu itu dibuka dari mulut perigi itu. Tidaj ada keraguan mereka boleh melakukannya tetapi ia merujuk secara kiasan kepada pembukaan batu dari kuburan pada waktu kebangkitan Kristus.

 

Teks ini menangani konsep tentang umat pilihan sebagai domba Allah yang dikekang dan tidak boleh disiram sehingga mereka berkumpul bersama, dan batu itu akan dibuka dari mulut perigi itu. Dalam tindakan itu, Allah, melalui Kristus, membuat air dari Roh Kudus bagi umat pilihan.

 

9 Selagi ia berkata-kata dengan mereka, datanglah Rahel dengan kambing domba ayahnya, sebab dialah yang menggembalakannya.  10 Ketika Yakub melihat Rahel, anak Laban saudara ibunya, serta kambing domba Laban, ia datang mendekat, lalu menggulingkan batu itu dari mulut sumur, dan memberi minum kambing domba itu.  11 Kemudian Yakub mencium Rahel serta menangis dengan suara keras.  12 Lalu Yakub menceritakan kepada Rahel, bahwa ia sanak saudara ayah Rahel, dan anak Ribka. Maka berlarilah Rahel menceritakannya kepada ayahnya.  13 Segera sesudah Laban mendengar kabar tentang Yakub, anak saudaranya itu, berlarilah ia menyongsong dia, lalu mendekap dan mencium dia, kemudian membawanya ke rumahnya. Maka Yakub menceritakan segala hal ihwalnya kepada Laban.  14  Kata Laban kepadanya: "Sesungguhnya engkau sedarah sedaging dengan aku." Maka tinggallah Yakub padanya genap sebulan lamanya.

 

Teks ini mempunyai kiasan mengenai dengan fakta bahawa Mesiah akan memulakan pelayanannya apabila dia berumur tiga puluhan (bulan), dan bagi pelayanan itu dia mewarisi Israel fizikal dan spiritual sebagai mempelainya.

 

Dia menampakkan kehadirannya kepad Jemaat di padang belantara. Dia memberi makan sebilangan kecil sebelum dia memberi makan semua domba dari bangsa-bangsa.

 

15 Kemudian berkatalah Laban kepada Yakub: "Masakan karena engkau adalah sanak saudaraku, engkau bekerja padaku dengan cuma-cuma? Katakanlah kepadaku apa yang patut menjadi upahmu."  16 Laban mempunyai dua anak perempuan; yang lebih tua namanya Lea dan yang lebih muda namanya Rahel.  17 Lea tidak berseri matanya, tetapi Rahel itu elok sikapnya dan cantik parasnya.  18 Yakub cinta kepada Rahel, sebab itu ia berkata: "Aku mau bekerja padamu tujuh tahun lamanya untuk mendapat Rahel, anakmu yang lebih muda itu."  19 Sahut Laban: "Lebih baiklah ia kuberikan kepadamu dari pada kepada orang lain; maka tinggallah padaku."

 

Teks ini kemudiannya diteruskan dengan merujuk secara kiasan kepada pelayanan Kristus selama tujuh ribu tahun yang dia lakukan bagi Jemaat Allah, dan keselamatan bagi umat manusia. Ini diwakili oleh tujuh tahun. Objektifnya adalah spiritual akhir Jemaat Allah yang sama dengan Kota Allah dan yang merupakan objektif sebenar penciptaan. Jangka masa tujuh tahun ini kemudiannya diaplikasikan kepada Lea. Dia mahukan Rahel tetapi harus berkahwin dengan Lea terlebih dahulu yang merupakan Israel fizikal. Rahel adalah spiritual Israel  dan Penciptaan spiritual ini juga merangkumi tujuh ribu tahun dari penciptaan fizikal.

 

20 Jadi bekerjalah Yakub tujuh tahun lamanya untuk mendapat Rahel itu, tetapi yang tujuh tahun itu dianggapnya seperti beberapa hari saja, karena cintanya kepada Rahel.  21 Sesudah itu berkatalah Yakub kepada Laban: "Berikanlah kepadaku bakal isteriku itu, sebab jangka waktuku telah genap, supaya aku akan kawin dengan dia."

 

Ini merujuk kepada teks dalam Ulangan 32:8 dimana Israel adalah warisan bagi Yahovah (lihat teks versi RSV).

 

22 Lalu Laban mengundang semua orang di tempat itu, dan mengadakan perjamuan.  23 Tetapi pada waktu malam diambilnyalah Lea, anaknya, lalu dibawanya kepada Yakub. Maka Yakubpun menghampiri dia.  24 Lagipula Laban memberikan Zilpa, budaknya perempuan, kepada Lea, anaknya itu, menjadi budaknya.

 

Bahagian disini adalah berkenaan dengan penipuan Yakub. Faktanya adalah bahawa Kristus harus bekerja bagi Israel sepanjang masa, dan hanya akan mengambil mempelainya (Jemaat) selepas dia menebus Israel fizikal, dan menyediakan jalan bagi penebusan terhadap bangsa bukan Yahudi. Kumpulan ini diwakili oleh Zilpa dan Bilba. Mereka mewakili orang ramai yang majmuk yang dipanggil dan beserta dengan fizikal serta spiritual Israel, yang adalah Jemaat.

 

25 Tetapi pada waktu pagi tampaklah bahwa itu Lea! Lalu berkatalah Yakub kepada Laban: "Apakah yang kauperbuat terhadap aku ini? Bukankah untuk mendapat Rahel aku bekerja padamu? Mengapa engkau menipu aku?"  26 Jawab Laban: "Tidak biasa orang berbuat demikian di tempat kami ini, mengawinkan adiknya lebih dahulu dari pada kakaknya.  27 Genapilah dahulu tujuh hari perkawinanmu dengan anakku ini; kemudian anakku yang lainpun akan diberikan kepadamu sebagai upah, asal engkau bekerja pula padaku tujuh tahun lagi."  28 Maka Yakub berbuat demikian; ia menggenapi ketujuh hari perkawinannya dengan Lea, kemudian Laban memberikan kepadanya Rahel, anaknya itu, menjadi isterinya.  29 Lagipula Laban memberikan Bilha, budaknya perempuan, kepada Rahel, anaknya itu, menjadi budaknya.  30 Yakub menghampiri Rahel juga, malah ia lebih cinta kepada Rahel dari pada kepada Lea. Demikianlah ia bekerja pula pada Laban tujuh tahun lagi.

 

Dalam teks ini kita melihat konsep bahawa Lea mempunyai penglihatan yang lembut, boleh juga memberi efek bahawa dia mempunyai penglihatan yang lemah. Dalam konteks ini ia memberi maksud dia tidak boleh melihat seperti Rahel. Dalam perkataan lain Rahel boleh melihat dan cantik dan lebih digemari, bererti dia juga boleh melihat, mendengar dan memahami. Dia dipanggil oleh Allah, menurut kehendakNya. Dalam konteks itu, mempelai Kristus yang pertama adalah bangsa Israel yang diwakili oleh Lea. Dia tidak boleh melihat dan mendengar dan memahami firman Allah seperti yang difirmankan melalui para nabi. Israel sebagai bangsa adalah mempelai, tetapi dia dipisahkan kerana perzinaan dalam beberapa keadaan.

 

Israel spiritual, yakni Jemaat, telah dibawa kepada Kristus oleh Allah melalui Roh Kudus, dan telah diberikan kepadanya sebagai isteri yang kedia, tetapi sebenarnya yang telah ditetapkan kepada Kristus sebagai Israel spiritual dari sebelum menciptaan dunia ini.

 

Dia, sebagai Jemaat, adalah tujuan yang sebenar penciptaan pada asalnya. Jemaat telah ditetapkan dari sebelum penciptaan dunia ini.

 

Secara asalnya, Jemaat tidak berbuah dan telah dihadkan kepada para nabi seperti yang ditahbiskan oleh Allah. Dalam erti kata itu, ianya tandus.

 

Justru itu, Lea (yang juga merupakan ibu kepada Yudah) ditetapkan untuk melahirkan anak-anak. Dalam erti kata ini, Israel adalah fizikal, hasil dari bangsa dan bukan dari Jemaat Allah.

 

31 Ketika TUHAN melihat, bahwa Lea tidak dicintai, dibuka-Nyalah kandungannya, tetapi Rahel mandul.  32 Lea mengandung, lalu melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ruben, sebab katanya: "Sesungguhnya TUHAN telah memperhatikan kesengsaraanku; sekarang tentulah aku akan dicintai oleh suamiku."

 

Ruben bererti: melihat kepada anak. Ia merujuk kepada permulaan Rencana Allah. Anak ini telah kehilangan hak kelahirannya melalui dosa. Dia telah melihat tetapi tidak boleh melihat. Rentetan tentang rencana Allah adalah yang pertama dilihat.

 

33 Mengandung pulalah ia, lalu melahirkan seorang anak laki-laki, maka ia berkata: "Sesungguhnya, TUHAN telah mendengar, bahwa aku tidak dicintai, lalu diberikan-Nya pula anak ini kepadaku." Maka ia menamai anak itu Simeon.

 

Simeon (SHD 8095) bererti: mendengar. Ia berasal dari SHD 8085 Shama’ yang bererti, mendengar dengan bijak dan penurut. Dia ganas dan tersebar diluruh Israel. Justru itu, anak-anak Israel yang pertama melihat tetapi tidak boleh melihat dan telah mendengar tetapi tidak boleh mendengar. Fasa kedua Rencana Allah adalah mendenar dan menurut.

 

34 Mengandung pulalah ia, lalu melahirkan seorang anak laki-laki, maka ia berkata: "Sekali ini suamiku akan lebih erat kepadaku, karena aku telah melahirkan tiga anak laki-laki baginya." Itulah sebabnya ia menamai anak itu Lewi.

 

Lewi (SHD 3878) bererti: bergabung atau beserta. Dengan melihat dan mendengar, kita kemudiannya akan bergabung dengan Tuhan.

 

35 Mengandung pulalah ia, lalu melahirkan seorang anak laki-laki, maka ia berkata: "Sekali ini aku akan bersyukur kepada TUHAN." Itulah sebabnya ia menamai anak itu Yehuda. Sesudah itu ia tidak melahirkan lagi.

 

Justru itu, kita melihat bahawa anak sulung iaitu Ruben adalah bijak, tetapi tidak stabil seperti air.

 

Anak kedua, Simeon, adalah ganas. Lewi juga ganas tetapi diamanahkan dengan keimamatan dan pembunuhan korban Israel.

 

Bersama dengan Yudah, anak yang keempat, dia kemudiannya berhenti melahirkan anak buat seketika waktu.

 

Yudah bererti: memuji. Justru itu, rentetan ini adalah untuk mendengar dan menurut, dan kemudian bergabung engan Tuhan dan memberikan pujian kepada Allah. Kita lakukan ini sebagai sebahagian daripada tubuh Israel, yang merupakan bangsa, dan kemudian Jemaat Allah.

 

Rahel kemudiannya tertekan kerana dia tandus dan akan mati sekiranya dia tidak mempunyai anak. Tetapi Allah telah menetapkan masa untuk Rahel melahirkan dan menghasilkan buah, kerana Allah yang menetapkan hari bila Jemaat akan bermula dari pembaptisan pertama dan kurnia Roh Kudus, hasil daripada penurutan dan layanan Kristus.

 

Kejadian 30

 

1 Ketika dilihat Rahel, bahwa ia tidak melahirkan anak bagi Yakub, cemburulah ia kepada kakaknya itu, lalu berkata kepada Yakub: "Berikanlah kepadaku anak; kalau tidak, aku akan mati."  2 Maka bangkitlah amarah Yakub terhadap Rahel dan ia berkata: "Akukah pengganti Allah, yang telah menghalangi engkau mengandung?"  3 Kata Rahel: "Ini Bilha, budakku perempuan, hampirilah dia, supaya ia melahirkan anak di pangkuanku, dan supaya oleh dia akupun mempunyai keturunan."  4 Maka diberikannyalah Bilha, budaknya itu, kepada Yakub menjadi isterinya dan Yakub menghampiri budak itu.  5 Bilha mengandung, lalu melahirkan seorang anak laki-laki bagi Yakub.  6 Berkatalah Rahel: "Allah telah memberikan keadilan kepadaku, juga telah didengarkan-Nya permohonanku dan diberikan-Nya kepadaku seorang anak laki-laki." Itulah sebabnya ia menamai anak itu Dan.

 

Anak pertama Rahel yang dilahirkan oleh pembantunya Bilha adalah Dan, yang bererti hakim, yang lahir untuk menjadi hakim di Israel melalui hak kelahiran. Jemaat juga akan diungkap di kalangan orang bukan Yahudi. Dan mewakili penghakiman fizikal bangsa sebagai sebahagian daripada hak kelahirannya. Kemudian ia kan berterusan sehingga penghakiman yang diberikan kepada Jemaat seperti yang kita lihat dibawah.

 

Anak kedua yang lahir melalui Bilha adalah Neftali (SHD 5321) dan bererti: pergelutanku. Dia telah mengatasinya melalui kelahiran ini.

 

7 Mengandung pulalah Bilha, budak perempuan Rahel, lalu melahirkan anak laki-laki yang kedua bagi Yakub.  8 Berkatalah Rahel: "Aku telah sangat hebat bergulat dengan kakakku, dan akupun menang." Maka ia menamai anak itu Naftali.

 

Konsepnya adalah dari penghakiman dan pergelutan iman untuk mendirikan Jemaat Allah.

 

Lea kemudian memberikan Zilpa kepada Yakub kerana dia berhenti melahirkan anak.

 

9 Ketika dilihat Lea, bahwa ia tidak melahirkan lagi, diambilnyalah Zilpa, budaknya perempuan, dan diberikannya kepada Yakub menjadi isterinya.  10 Dan Zilpa, budak perempuan Lea, melahirkan seorang anak laki-laki bagi Yakub.  11 Berkatalah Lea: "Mujur telah datang." Maka ia menamai anak itu Gad.

 

Nama Gad (SHD 1410) bererti: angkatan. Ia berasal dari 1464 goode yang bererti untuk menceroboh atau mengatasi.

 

Zilpa kemudiannya melahirkan untuk Yakub seorang anak dan menamainya Asyer. Setiap anak-anak ini diberikan hak sebagai anak-anak tanpa perbezaan. Konsepnya adalah bahawa dengan Allah tidak ada yang memandang buluh (lihat karya tulis Memandang Buluh (No. 221)).

 

Asyer (SHD 836) bererti: yang diberkati, dari 833 yang diluruskan, atau diratakan, yang jujur dan maju dalam kemewahan.

 

12 Dan Zilpa, budak perempuan Lea, melahirkan anak laki-laki yang kedua bagi Yakub.  13 Berkatalah Lea: "Aku ini berbahagia! Tentulah perempuan-perempuan akan menyebutkan aku berbahagia." Maka ia menamai anak itu Asyer.

 

Maksud disini adalah untuk mengatasi dan menjadi makmur. Ia merujuk kepada mualaf Israel fizikal dan kesinambungan serta perkembangan sehingga akhir rencana pada Zaman Akhir.

 

14 Ketika Ruben pada musim menuai gandum pergi berjalan-jalan, didapatinyalah di padang buah dudaim, lalu dibawanya kepada Lea, ibunya. Kata Rahel kepada Lea: "Berilah aku beberapa buah dudaim yang didapat oleh anakmu itu."  15 Jawab Lea kepadanya: "Apakah belum cukup bagimu mengambil suamiku? Sekarang pula mau mengambil lagi buah dudaim anakku?" Kata Rahel: "Kalau begitu biarlah ia tidur dengan engkau pada malam ini sebagai ganti buah dudaim anakmu itu."  16 Ketika Yakub pada waktu petang datang dari padang, pergilah Lea mendapatkannya, sambil berkata: "Engkau harus singgah kepadaku malam ini, sebab memang engkau telah kusewa dengan buah dudaim anakku." Sebab itu tidurlah Yakub dengan Lea pada malam itu.

 

Ini adalah aspek yang penting dimana kita melihat konsep buah dudaim yang digunakan sebagai perkara yang dipertawarkan. Tanggapan berkenaan dengan buah dudaim adalah bahawa ia menghasilkan kesuburan dan perhubungan intim. Jemaat berusahan untuk mengambil penyimpangan fizikal dari perkara yang kurang diminati untuk menghasilkan buah dan bertambah, sedangkan Allah yang mengaruniakan pertambahan.

 

17 Lalu Allah mendengarkan permohonan Lea. Lea mengandung dan melahirkan anak laki-laki yang kelima bagi Yakub.  18 Lalu kata Lea: "Allah telah memberi upahku, karena aku telah memberi budakku perempuan kepada suamiku." Maka ia menamai anak itu Isakhar.

 

Isakhar (SHD 3485) bererti: Dia akan akan membawa upah.

 

Rentetan ini akan menerusi dari melihat serta mendengar untuk menurut dan bergabung dengan Tuhan dan dalam pujian. Melalui penghakiman dan perjuangan kita akan bertambah dan kemudian mengatasi melalui pergelutan dalam kesengsaraan. Kita mengatasi kemudian diberkati, menjadi jujur atau ikhlas dalam sikap dan pendirian kita. Kemudian kita akan diberi upah.

 

19 Kemudian Lea mengandung pula dan melahirkan anak laki-laki yang keenam bagi Yakub.  20 Berkatalah Lea: "Allah telah memberikan hadiah yang indah kepadaku; sekali ini suamiku akan tinggal bersama-sama dengan aku, karena aku telah melahirkan enam orang anak laki-laki baginya." Maka ia menamai anak itu Zebulon.

 

Zebulon (SHD 2074) bererti: tempat kediaman. Upahnya adalah diberikan satu tempat kediaman dalam Kaabah Allah sebagai penduduk. Dari sana Jemaat akan melalui proses penghakiman sebagai satu kuasa spiritual. Dina (SHD 1783) adalah bentuk perempuan Diyn atau Doon (SHD 1779) sebagai penghakiman, atau tribunal, dan mewakili penghakiman yang disalurkan kepada Jemaat sebagai tubuh Kristus, yakni Israel.

 

21 Sesudah itu ia melahirkan seorang anak perempuan dan menamai anak itu Dina.

 

Titik ini menandakan terjemahan dan menyucikan Jemaat.

 

Jadi dia mempunyai enam anak lelaki dan dua anak dari pembantu perempuannya. Justru itu, dia mempunyai lapan anak lelaki semuanya dan ini adalah dua pertiga dari bangsa.

 

Ini juga adalah  bahagian dalam jumlah warag sorga. Dua pertiga yang tetap setia bersama dengan Allah dan satu pertiga yang jatuh harus ditebus.

 

22 Lalu ingatlah Allah akan Rahel; Allah mendengarkan permohonannya serta membuka kandungannya.  23 Maka mengandunglah Rahel dan melahirkan seorang anak laki-laki. Berkatalah ia: "Allah telah menghapuskan aibku."  24 Maka ia menamai anak itu Yusuf, sambil berkata: "Mudah-mudahan TUHAN menambah seorang anak laki-laki lagi bagiku."

 

Kemudian Rahel melahirkan Yusuf (SHD 3130), yang bererti: Biarkan dia bertambah atau mungkin bererti bertambah. Titik ini menandakan pemergian bagi Yakub dan dia mahu tinggalkan Laban dan kembali ke wilayahnya sendiri. Ini menandakan akhir jangka masa bagi bangsa-bangsa dan titik dimana kerajaan ditetapkan di tanah Kudus.

 

Rahel telah melahirkan anak sulungnya yang suatu hari nanti akan memimpim Israel. Anak lelakinya yang kedua adalah Benjamin (SHD 1144), yang bererti: Anak kepada tangan kanan, dan menantikan Jemaat sepertimana ia dibentuk dibawah Kristus dalam kemuliaan dan memerintah dari Yerusalem. Suku kaum yang terbit dari dia akan dihuni oleh wanita-wanita dari suku kaum yang lain, dan ditujukan kepada umat pilihan di bangsa Israel. Mereka selalunya kidal dan fakta ini juga ditujukan kepada mualaf Israel dari fizikal, dan transformasi sebagai anak-anak Allah.

 

Di tahap kisah ini, ia memperlihatkan kepada perkembangan  sistem milenial dan mereka yang dipanggil dibawa sistem itu juga.

 

25 Setelah Rahel melahirkan Yusuf, berkatalah Yakub kepada Laban: "Izinkanlah aku pergi, supaya aku pulang ke tempat kelahiranku dan ke negeriku.  26 Berikanlah isteri-isteriku dan anak-anakku, yang menjadi upahku selama aku bekerja padamu, supaya aku pulang, sebab engkau tahu, betapa keras aku bekerja padamu."  27 Tetapi Laban berkata kepadanya: "Sekiranya aku mendapat kasihmu! Telah nyata kepadaku, bahwa TUHAN memberkati aku karena engkau."

 

Allah memberkati bangsa-bangsa kerana kita, dan mereka yang memberkati Jemaat adalah mereka yang diberkati seperti yang kita lihat dari perumpamaan domba dan kambing. Pertambahan dalam Jemaat dipengaruhi oleh Allah pada Zaman Akhir oleh beberapa mukjizat, seperti yang kita lihat.

 

Teks yang seterusnya adalah berkenaan dengan umat pilihan Allah. Allah  menggunakan orang yang lemah dan yang asas untuk membaurkan yang kuat. Iblis adalah penuduh kepada para saudara. Dia menuduh kita siang dan malam. Aalh menangani mereka yang dituduh dan membuat mereka putih dalam tubuh Kristus.

 

Disini, Kristus memberikan kepada mereka yang dianggap tidak diminati dan yang dituduh.

 

Dengan cara ini umat pilihan ditambahkan sebagai warisan Kristus, yang mana merupakan tubuh Jemaat.

 

28 Lagi katanya: "Tentukanlah upahmu yang harus kubayar, maka aku akan memberikannya."  29 Sahut Yakub kepadanya: "Engkau sendiri tahu, bagaimana aku bekerja padamu, dan bagaimana keadaan ternakmu dalam penjagaanku,  30 sebab harta milikmu tidak begitu banyak sebelum aku datang, tetapi sekarang telah berkembang dengan sangat, dan TUHAN telah memberkati engkau sejak aku berada di sini; jadi, bilakah dapat aku bekerja untuk rumah tanggaku sendiri?"

 

Dalam erti kata ini kita menangani Rumah Allah dan ketentuan kepada mereka yang malayaninya. Kristus dan Jemaat adalah layak bagi gelaran ini dan buah pertama bangsa-bangsa. Dengan cara ini mereka diberkati dalam cara mereka memberkati kita.

 

31 Kata Laban: "Apakah yang harus kuberikan kepadamu?" Jawab Yakub: "Tidak usah kauberikan apa-apa kepadaku; aku mau lagi menggembalakan kambing dombamu dan menjaganya, asal engkau mengizinkan hal ini kepadaku:  32 Hari ini aku akan lewat dari tengah-tengah segala kambing dombamu dan akan mengasingkan dari situ setiap binatang yang berbintik-bintik dan berbelang-belang; segala domba yang hitam dan segala kambing yang berbelang-belang dan berbintik-bintik, itulah upahku.  33 Dan kejujuranku akan terbukti di kemudian hari, apabila engkau datang memeriksa upahku: Segala yang tidak berbintik-bintik atau berbelang-belang di antara kambing-kambing dan yang tidak hitam di antara domba-domba, anggaplah itu tercuri olehku."  34 Kemudian kata Laban: "Baik, jadilah seperti perkataanmu itu."  35 Lalu diasingkannyalah pada hari itu kambing-kambing jantan yang bercoreng-coreng dan berbelang-belang dan segala kambing yang berbintik-bintik dan berbelang-belang, segala yang ada warna putih pada badannya, serta segala yang hitam di antara domba-domba, dan diserahkannyalah semuanya itu kepada anak-anaknya untuk dijaga.  36 Kemudian Laban menentukan jarak tiga hari perjalanan jauhnya antara dia dan Yakub, maka tetaplah Yakub menggembalakan kambing domba yang tinggal itu.  37 Lalu Yakub mengambil dahan hijau dari pohon hawar, pohon badam dan pohon berangan, dikupasnyalah dahan-dahan itu sehingga berbelang-belang, sampai yang putihnya kelihatan.  38 Ia meletakkan dahan-dahan yang dikupasnya itu dalam palungan, dalam tempat minum, ke mana kambing domba itu datang minum, sehingga tepat di depan kambing domba itu. Adapun kambing domba itu suka berkelamin pada waktu datang minum.  39 Jika kambing domba itu berkelamin dekat dahan-dahan itu, maka anaknya bercoreng-coreng, berbintik-bintik dan berbelang-belang.  40 Kemudian Yakub memisahkan domba-domba itu, dihadapkannya kepala-kepala kambing domba itu kepada yang bercoreng-coreng dan kepada segala yang hitam di antara kambing domba Laban. Demikianlah ia beroleh kumpulan-kumpulan hewan baginya sendiri, dan tidak ditempatkannya pada kambing domba Laban.  41 Dan setiap kali, apabila berkelamin kambing domba yang kuat, maka Yakub meletakkan dahan-dahan itu ke dalam palungan di depan mata kambing domba itu, supaya berkelamin dekat dahan-dahan itu.  42 Tetapi apabila datang kambing domba yang lemah, ia tidak meletakkan dahan-dahan itu ke dalamnya. Jadi hewan yang lemah untuk Laban dan yang kuat untuk Yakub.  43 Maka sangatlah bertambah-tambah harta Yakub, dan ia mempunyai banyak kambing domba, budak perempuan dan laki-laki, unta dan keledai.

 

Justru itu, umat pilihan telah diambil keluar dari bangsa-bangsa dan dijadikan kuat dalam tubuh Israel, yakni adalah tubuh Kristus.

 

Kejadian 31

 

1 Kedengaranlah kepada Yakub anak-anak Laban berkata demikian: "Yakub telah mengambil segala harta milik ayah kita dan dari harta itulah ia membangun segala kekayaannya."  2 Lagi kelihatan kepada Yakub dari muka Laban, bahwa Laban tidak lagi seperti yang sudah-sudah kepadanya.  3 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Yakub: "Pulanglah ke negeri nenek moyangmu dan kepada kaummu, dan Aku akan menyertai engkau."  4 Sesudah itu Yakub menyuruh memanggil Rahel dan Lea untuk datang ke padang, ke tempat kambing dombanya,  5 lalu ia berkata kepada mereka: "Telah kulihat dari muka ayahmu, bahwa ia tidak lagi seperti yang sudah-sudah kepadaku, tetapi Allah ayahku menyertai aku.  6 Juga kamu sendiri tahu, bahwa aku telah bekerja sekuat-kuatku pada ayahmu.  7 Tetapi ayahmu telah berlaku curang kepadaku dan telah sepuluh kali mengubah upahku, tetapi Allah tidak membiarkan dia berbuat jahat kepadaku.  8 Apabila ia berkata: yang berbintik-bintiklah akan menjadi upahmu, maka segala kambing domba itu beroleh anak yang berbintik-bintik; dan apabila ia berkata: yang bercoreng-corenglah akan menjadi upahmu, maka segala kambing domba itu beroleh anak yang bercoreng-coreng.  9 Demikianlah Allah mengambil ternak ayahmu dan memberikannya kepadaku.

 

Allah campur tangan untuk mendirikan rencana Keselamatannya. Dia memberikan kepada Kristus semua yang telah Dia takdirkan, dipilih dan dipanggil. Semua ini telah diberikan kepada Kristus dan kemudian dijustifikasikan serta dimuliakan. Aalh mendedahkan umat pilihan kepada Kristus.

 

10 ada suatu kali pada masa kambing domba itu suka berkelamin, maka aku bermimpi dan melihat, bahwa jantan-jantan yang menjantani kambing domba itu bercoreng-coreng, berbintik-bintik dan berbelang-belang.  11 Dan Malaikat Allah berfirman kepadaku dalam mimpi itu: Yakub! Jawabku: Ya Tuhan!  12 Lalu Ia berfirman: Angkatlah mukamu dan lihatlah, bahwa segala jantan yang menjantani kambing domba itu bercoreng-coreng, berbintik-bintik dan berbelang-belang, sebab telah Kulihat semua yang dilakukan oleh Laban itu kepadamu.  13 Akulah Allah yang di Betel itu, di mana engkau mengurapi tugu, dan di mana engkau bernazar kepada-Ku; maka sekarang, bersiaplah engkau, pergilah dari negeri ini dan pulanglah ke negeri sanak saudaramu."  14 Lalu Rahel dan Lea menjawab Yakub, katanya: "Bukankah tidak ada lagi bagian atau warisan kami dalam rumah ayah kami?  15 Bukankah kami ini dianggapnya sebagai orang asing, karena ia telah menjual kami? Juga bagian kami telah dihabiskannya sama sekali.  16          Tetapi segala kekayaan, yang telah diambil Allah dari ayah kami, adalah milik kami dan anak-anak kami; maka sekarang, perbuatlah segala yang difirmankan Allah kepadamu."

 

Justru itu, warisan Jemaat tidak dikira dalam bangsa-bangsa tetapi dikira dalam Jemaat Allah sebagai warisan Israel. Jemaat akan mengikuti Kristus. Dan juga Israel akan dipulihkan pada Zaman Akhir, dalam keluaran besar yang kedua dalam Yesaya 66:18-20.

 

17 Lalu bersiaplah Yakub, dinaikkannya anak-anaknya dan isteri-isterinya ke atas unta,  18 digiringnya seluruh ternaknya dan segala apa yang telah diperolehnya, yakni ternak kepunyaannya, yang telah diperolehnya di Padan-Aram, dengan maksud pergi kepada Ishak, ayahnya, ke tanah Kanaan.  19 Adapun Laban telah pergi menggunting bulu domba-dombanya. Ketika itulah Rahel mencuri terafim ayahnya.  20 Dan Yakub mengakali Laban, orang Aram itu, dengan tidak memberitahukan kepadanya, bahwa ia mau lari.  21 Demikianlah ia lari dengan segala harta miliknya. Ia berangkat, menyeberangi sungai Efrat dan berjalan menuju pegunungan Gilead.  22 Ketika pada hari ketiga dikabarkan kepada Laban, bahwa Yakub telah lari,  23 dibawanyalah sanak saudaranya bersama-sama, dikejarnya Yakub tujuh hari perjalanan jauhnya, lalu ia dapat menyusulnya di pegunungan Gilead.

 

Allah menetapkan apa yang akan berlaku kepada umta pilihan dan menentukan takdir kita. Semua perkara akan bekerja bersama untuk kebaikan bagi mereka yang Mengasihi Allah dan yang dipanggil mengikut tujuannya (Rom 8:20).

 

24 Pada waktu malam datanglah Allah dalam suatu mimpi kepada Laban, orang Aram itu, serta berfirman kepadanya: "Jagalah baik-baik, supaya engkau jangan mengatai Yakub dengan sepatah katapun."  25 Ketika Laban sampai kepada Yakub, --Yakub telah memasang kemahnya di pegunungan, juga Laban dengan sanak saudaranya telah memasang kemahnya di pegunungan Gilead 26 berkatalah Laban kepada Yakub: "Apakah yang kauperbuat ini, maka engkau mengakali aku dan mengangkut anak-anakku perempuan sebagai orang tawanan?  27 Mengapa engkau lari diam-diam dan mengakali aku? Mengapa engkau tidak memberitahu kepadaku, supaya aku menghantarkan engkau dengan sukacita dan nyanyian dengan rebana dan kecapi?  28 Lagipula engkau tidak memberikan aku kesempatan untuk mencium cucu-cucuku laki-laki dan anak-anakku perempuan. Memang bodoh perbuatanmu itu.  29 Aku ini berkuasa untuk berbuat jahat kepadamu, tetapi Allah ayahmu telah berfirman kepadaku tadi malam: Jagalah baik-baik, jangan engkau mengatai Yakub dengan sepatah katapun.  30 Maka sekarang, kalau memang engkau harus pergi, semata-mata karena sangat rindu ke rumah ayahmu, mengapa engkau mencuri dewa-dewaku?"  31 Lalu Yakub menjawab Laban: "Aku takut, karena pikirku, jangan-jangan engkau merampas anak-anakmu itu dari padaku.  32 Tetapi pada siapa engkau menemui dewa-dewamu itu, janganlah ia hidup lagi. Periksalah di depan saudara-saudara kita segala barang yang ada padaku dan ambillah barangmu." Sebab Yakub tidak tahu, bahwa Rahel yang mencuri terafim itu.   33 Lalu masuklah Laban ke dalam kemah Yakub dan ke dalam kemah Lea dan ke dalam kemah kedua budak perempuan itu, tetapi terafim itu tidak ditemuinya. Setelah keluar dari kemah Lea, ia masuk ke dalam kemah Rahel.  34 Tetapi Rahel telah mengambil terafim itu dan memasukkannya ke dalam pelana untanya, dan duduk di atasnya. Laban menggeledah seluruh kemah itu, tetapi terafim itu tidak ditemuinya.

 

Rahel, sebagai Jemaat, telah mengambil kekayaan tetapi dia tidak ada kena mengena dengan gambaran Laban. Perzinaan Jemaat adalah disebabkan oleh perasaan iri hati ini.

 

35 Lalu kata Rahel kepada ayahnya: "Janganlah bapa marah, karena aku tidak dapat bangun berdiri di depanmu, sebab aku sedang haid." Dan Laban mencari dengan teliti, tetapi ia tidak menemui terafim itu.  36 Lalu hati Yakub panas dan ia bertengkar dengan Laban. Ia berkata kepada Laban: "Apakah kesalahanku, apakah dosaku, maka engkau memburu aku sehebat itu?  37  Engkau telah menggeledah segala barangku, sekarang apakah yang kautemui dari segala barang rumahmu? Letakkanlah di sini di depan saudara-saudaraku dan saudara-saudaramu, supaya mereka mengadili antara kita berdua.  38  Selama dua puluh tahun ini aku bersama-sama dengan engkau; domba dan kambing betinamu tidak pernah keguguran dan jantan dari kambing dombamu tidak pernah kumakan.  39 Yang diterkam oleh binatang buas tidak pernah kubawa kepadamu, aku sendiri yang menggantinya; yang dicuri orang, baik waktu siang, baik waktu malam, selalu engkau tuntut dari padaku.  40 Aku dimakan panas hari waktu siang dan kedinginan waktu malam, dan mataku jauh dari pada tertidur.  41 Selama dua puluh tahun ini aku di rumahmu; aku telah bekerja padamu empat belas tahun lamanya untuk mendapat kedua anakmu dan enam tahun untuk mendapat ternakmu, dan engkau telah sepuluh kali mengubah upahku.

 

Bangsa-bangsa ini dengan tetap tidak mempunyai iman dalam perkataan mereka, dan Jemaat telah diselewengkan dan firman Allah telah diubah tanpa henti.

 

42 Seandainya Allah ayahku, Allah Abraham dan Yang Disegani oleh Ishak tidak menyertai aku, tentulah engkau sekarang membiarkan aku pergi dengan tangan hampa; tetapi kesengsaraanku dan jerih payahku telah diperhatikan Allah dan Ia telah menjatuhkan putusan tadi malam."  43 Lalu Laban menjawab Yakub: "Perempuan-perempuan ini anakku dan anak-anak lelaki ini cucuku dan ternak ini ternakku, bahkan segala yang kaulihat di sini adalah milikku; jadi apakah yang dapat kuperbuat sekarang kepada anak-anakku ini atau kepada anak-anak yang dilahirkan mereka?  44 Maka sekarang, marilah kita mengikat perjanjian, aku dan engkau, supaya itu menjadi kesaksian antara aku dan engkau."  45 Kemudian Yakub mengambil sebuah batu dan didirikannya menjadi tugu.  46 Selanjutnya berkatalah Yakub kepada sanak saudaranya: "Kumpulkanlah batu." Maka mereka mengambil batu dan membuat timbunan, lalu makanlah mereka di sana di dekat timbunan itu.  47 Laban menamai timbunan batu itu Yegar-Sahaduta, tetapi Yakub menamainya Galed.

 

Maksudnya adalah sama dan ia bererti saksi.

 

48 Lalu kata Laban: "Timbunan batu inilah pada hari ini menjadi kesaksian antara aku dan engkau." Itulah sebabnya timbunan itu dinamainya Galed,  49 dan juga Mizpa, sebab katanya: "TUHAN kiranya berjaga-jaga antara aku dan engkau, apabila kita berjauhan.  50 Jika engkau mengaibkan anak-anakku, dan jika engkau mengambil isteri lain di samping anak-anakku itu, ingatlah, walaupun tidak ada orang dekat kita, Allah juga yang menjadi saksi antara aku dan engkau."  51 Selanjutnya kata Laban kepada Yakub: "Inilah timbunan batu, dan inilah tugu yang kudirikan antara aku dan engkau 52 timbunan batu dan tugu inilah menjadi kesaksian, bahwa aku tidak akan melewati timbunan batu ini mendapatkan engkau, dan bahwa engkaupun tidak akan melewati timbunan batu dan tugu ini mendapatkan aku, dengan berniat jahat.  53 Allah Abraham dan Allah Nahor, Allah ayah mereka, kiranya menjadi hakim antara kita." Lalu Yakub bersumpah demi Yang Disegani oleh Ishak, ayahnya.

 

Satu Allah yang Benar dikenali dan dipersetujui.

 

54 Dan Yakub mempersembahkan korban sembelihan di gunung itu. Ia mengundang makan sanak saudaranya, lalu mereka makan serta bermalam di gunung itu.

 

Korban ini bertalian dengan perayaan Paskah dan Perayaan Roti yang Tidak Beragi yang diambil oleh bangsa-bangsa dan menjadi selamat.

 

55  Keesokan harinya pagi-pagi Laban mencium cucu-cucunya dan anak-anaknya serta memberkati mereka, kemudian pulanglah Laban kembali ke tempat tinggalnya.

 

Pembahagian bangsa-bangsa dan umat pilihan di Tanah Perjanjian akn didirikan. Yerusalem akan menjadi pusat pernyembahan dan kuasa dunia pada zaman akhir nanti. Semua bangsa-bangsa akan menjadi damai. Israel akan diberkati dan bangsa ini akan memberkati Israel dalam damai.

 

q