Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[296]

 

 

 

 

Takdir [296]

 (Edisi 1.0 20060807-20060807)

 

 

Alkitab menyatakan bahawa kita telah dipilih oleh Allah dan ditakdirkan untuk dipanggil.  Apakah yang dimaksudkan sebenarnya? Bilakah ia berlaku?

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2006 Wade Cox)

 (Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Takdir [296]

 


Mengetahui Masa Depan



Persoalan mengenai Takdir Umat Pilihan adalah berkaitan dengan sifat Allah yang maha tahu.  Allah dikatakan sebagai mahakuasa, yang bermaksud Dia adalah berkuasa dan boleh hadir dimana-mana, bermaksud dia boleh berada dimana-mana pada satu masa.  Dia telah mendapatkan kuasa untuk berada dimana-mana melalui manifestasi Roh suci. Begitulah kerohanian seperti kuasa elektrik yang boleh dihantar ke lokasi-lokasi dalam masa yang sama dari sumber jana kuasa fizikal yang sama.

 

Sifat maha tahu boleh didefinisikan sebagai mengetahui semua rencana benar.  Ia adalah kenyataan bahawa manusia boleh meramalkan masa depan dalam sepanjang sejarah yang direkodkan.  Alkitab merekodkan bahawa Iblis juga boleh meramalkan dan boleh memberitahu kejadian-kejadian dimasa depan (Kisah 16:16).

 

Allah melarang sistem tersebut kepada orang-orang Israel.  Allah mengatakan melalui Malaikat Kehadiran Musa:

 

Imamat 18:10     Mengenai aurat anak perempuan dari anakmu laki-laki atau anakmu perempuan, janganlah kausingkapkan auratnya, karena dengan begitu engkau menodai keturunanmu.

 

Tetapi Allah menggunakan Roh Nubuat di Israel melalui nabi-nabi, dan mereka akan memberi nasihat pada Bulan-bulan Baru sebagai panduan untuk memimpin dan meramal kepada Israel.

 

Adakah ini satu standar yang tidak seimbang?  Tidak,  ia adalah satu kawalan upacara keilahian berperaturan yang hanya datang dari nabi-nabi Israel yang diiktiraf sebagai hamba-hamba Allah yang Benar.  Iblis-iblis juga menggunakan nubuatan untuk mempengaruhi pemikiran bangsa-bangsa yang bergantung kepada mereka.  Kebolehan mereka bukan yang dibuat-buat.  Mereka mempunyai kebolehan untuk melihat kejadian-kejadian yang akan berlaku pada depan.  Walau bagaimanapun,  kebolehan mereka adalah terhad dalam banyak segi.

 

Pemerhati masa dipanggil sebagai astrologer.  Semua orang yang dirujukkan dalam ayat dalam Imamat 18:10 adalah berkaitan dengan sistem-sistem yang tidak ditapis oleh Allah, dan Roh Suci tidak disediakan kepada penduduk umum.

 

Walau bagaimanapun, Allah akan menapiskan peramalan melalui Urim dan Thummin.  Dengan cara ini Roh Suci boleh berhubung dengan orang-orang Israel melalui cara yang diiktiraf sementara Roh Suci tidak disediakan kepada penduduk umum.

 

Adalah diterima bahawa Allah merancang Penciptaan dan boleh melihat penghujung dari permulaan, dan menyatakan penghujung dari permulaan.  Ia adalah kedudukan Alkitab yang dinyatakan, yang Dia adalah Alfa dan Omega (lihat karya paper Lengkungna Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]).  Dia memberikan kuasa tersebut kepada Kristus pada hari kebangkitannya dari kematian.

 

Iblis-iblis bukanlah yang mahatahu tetapi mereka memiliki kebolehan untuk melihat masa perubahan zaman.  Mereka hanya melihatnya dalam kegelapan tetapi mereka boleh dan akan membuat ramalan.  Mereka mengambil masa untuk memerhati kita, dan apa yang terjadi kepada jemaat, dan mereka, Malaikat Alam Semesta ingin melihat perkara-perkara yang telah dinyatakan kepada kita.

 

Kita haruslah berjalan dengan iman dan itulah sebabnya ramalan, kecuali melalui nabi Allah dengan cara-cara yang diterima dalam Alkitab, adalah dilarang kepada kita.

 

Allah menggunakan umat pilihan untuk mencapaikan tujuanNya.

 

Allah menyediakan hamba-hambaNya sebagai “dahi geretan” kepada musuh-musuh Israel, dan juga seringkali kepada jemaah Israel sendiri.

 

Dalam zaman sebelum Jemaat, Alah menyediakan hamba-hamba, iaitu nabi-nabi untuk melakukan kehendakNya.  Nabi-nabi ini, dan kerja-kerja mereka, telah diketahui sebelum mereka dilahirkan.  Kita ketahui bahawa nubuatan-nubuatan dalam Perjanjian Lama adalah untuk dipenuhi biasanya beribu-ribu tahun kemudian sepertimana yang kita lihat dalam ayat-ayat dalam buku Kejadian.  Yesaya meramalkan Kristus dengan butir-butir yan tepat, sebagaimana Daud juga lakukan dalam Mazmur.  Wahyu menyatakan tentang  Domba yang disembelih dan merujukkan kepada istilah, “Sebelum pondasi dunia”.

 

Nubuatan-nubuatan ini bukan saja mengenai Mesiah.  Allah mentakdirkan Yeremia.

 

Yeremia 1:1-19 Inilah perkataan-perkataan Yeremia bin Hilkia, dari keturunan imam yang ada di Anatot di tanah Benyamin.      2 Dalam zaman Yosia bin Amon, raja Yehuda, dalam tahun yang ketiga belas dari pemerintahannya datanglah firman TUHAN kepada Yeremia.  3 Firman itu datang juga dalam zaman Yoyakim bin Yosia, raja Yehuda, sampai akhir tahun yang kesebelas zaman Zedekia bin Yosia, raja Yehuda, hingga penduduk Yerusalem diangkut ke dalam pembuangan dalam bulan yang kelima.  4 Firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya:  5 "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa."  6 Maka aku menjawab: "Ah, Tuhan ALLAH! Sesungguhnya aku tidak pandai berbicara, sebab aku ini masih muda."  7 Tetapi TUHAN berfirman kepadaku: "Janganlah katakan: Aku ini masih muda, tetapi kepada siapapun engkau Kuutus, haruslah engkau pergi, dan apapun yang Kuperintahkan kepadamu, haruslah kausampaikan.  8 Janganlah takut kepada mereka, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN."  9 Lalu TUHAN mengulurkan tangan-Nya dan menjamah mulutku; TUHAN berfirman kepadaku: "Sesungguhnya, Aku menaruh perkataan-perkataan-Ku ke dalam mulutmu.  10 Ketahuilah, pada hari ini Aku mengangkat engkau atas bangsa-bangsa dan atas kerajaan-kerajaan untuk mencabut dan merobohkan, untuk membinasakan dan meruntuhkan, untuk membangun dan menanam."  11 Sesudah itu firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya: "Apakah yang kaulihat, hai Yeremia?" Jawabku: "Aku melihat sebatang dahan pohon badam."  12 Lalu firman TUHAN kepadaku: "Baik penglihatanmu, sebab Aku siap sedia untuk melaksanakan firman-Ku."  13 Firman TUHAN datang kepadaku untuk kedua kalinya, bunyinya: "Apakah yang kaulihat?" Jawabku: "Aku melihat sebuah periuk yang mendidih; datangnya dari sebelah utara."  14 Lalu firman TUHAN kepadaku: "Dari utara akan mengamuk malapetaka menimpa segala penduduk negeri ini.  15 Sebab sesungguhnya, Aku memanggil segala kaum kerajaan sebelah utara, demikianlah firman TUHAN, dan mereka akan datang dan mendirikan takhtanya masing-masing di mulut pintu-pintu gerbang Yerusalem, dekat segala tembok di sekelilingnya dan dekat segala kota Yehuda.  16 Maka Aku akan menjatuhkan hukuman-Ku atas mereka, karena segala kejahatan mereka, sebab mereka telah meninggalkan Aku, dengan membakar korban kepada allah lain dan sujud menyembah kepada buatan tangannya sendiri. 17 Tetapi engkau ini, baiklah engkau bersiap, bangkitlah dan sampaikanlah kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadamu. Janganlah gentar terhadap mereka, supaya jangan Aku menggentarkan engkau di depan mereka! 18 Mengenai Aku, sesungguhnya pada hari ini Aku membuat engkau menjadi kota yang berkubu, menjadi tiang besi dan menjadi tembok tembaga melawan seluruh negeri ini, menentang raja-raja Yehuda dan pemuka-pemukanya, menentang para imamnya dan rakyat negeri ini.  19 Mereka akan memerangi engkau, tetapi tidak akan mengalahkan engkau, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN."

 

Allah menjadikan Yeremia seorang nabi dan mentakdirkannya sebelum ia dibentuk didalam rahim.  Yeremia bukan sahaja untuk melihat raja-raja dari utara dibawa untuk berkemah pada tembok-tembok Yerusalem dan mendirikan takhta disana, tetapi dia juga menyediakan bangsa-bangsa untuk jatuh dan berpecah.  Allah meletakkan firman-firmanNya didalam mulut Yeremia, mempertahan dan membebaskannya.  Dia juga membuat nubuatan kepada raja-raja dan kota-kota Yudah.  Yeremia akan membuat pengadilan kepada bangsa-bangsa dari utara dan kepada Israel.  Sebagai nabi Allah, Yeremia akan membangunkan kota, tiang gangsa, dan tembok-tembok gangsa kepada seluruh tanah dan raja-raja orang-orang Yudah.

 

Allah mengetahui dia dan Allah mentahbiskan pekerjaannya dan menjadikan dia seorang nabi untuk orang-orangnya, dan juga untuk bangsa-bangsa bukan Yahudi.  Dia telah diberi kuasa untuk menjatuhkan dan memecahkan.  Jemaat juga diberi kuasa seperti ini pada Zaman Akhir.

 

Bilakah sebenarnya seseorang yang ditakdirkan Allah, ditentukan oleh Allah dalam fikiranNya?

 

Paulus memberitahu kita dan begitu juga Yohanes.

 

Efesus 1:1-23  Dari Paulus, rasul Kristus Yesus oleh kehendak Allah, kepada orang-orang kudus di Efesus, orang-orang percaya dalam Kristus Yesus.  2 Kasih karunia dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Yesus Kristus menyertai kamu.  3 Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang dalam Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam sorga.  4 Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya.  5 Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya, 6 supaya terpujilah kasih karunia-Nya yang mulia, yang dikaruniakan-Nya kepada kita di dalam Dia, yang dikasihi-Nya.

 

Allah yang Benar adalah Allah dan Bapa Tuhan Yesus Kristus kita.  Dia memilih kita didalam dia sebelum pondasi dunia.  Itu adalah katabole (SGD 2602) atau menyediakan dunia.  Dalam perkataan lain, Alkitab mengatakan bahawa kemahatahuan Allah diperluaskan kepada pengetahuan mutlak mengenai kewujudan bukan sahaja Yesus Kristus tetapi kepada seluruh keturunan Adam, dari permulaan ke akhir, melalui semua perkahwinan, susunan reproduksi manusia, dengan semua kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan mereka.  Itulah kuasa Allah.  Iblis-iblis mempunyai pengetahuan ini, dan disebabkan zaman bukanlah usul mereka, mereka biasanya melihat ukuran masa sedikit tersalah.  Mereka cuba mencampuradukkan dengan susunan ini untuk menghalang kita daripada dilahirkan, dan terus menghalang kita daripada dibaptiskan.  Mereka cuba memberi kita beban yang berlainan jika mereka tidak boleh membunuh kita atau menghalang kelahiran kita.

 

Paulus terus mengatakan tentang penyelamatan yang diberikan kepada kita didalam pengorbanan Kristus.

 

7 Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya,  8 yang dilimpahkan-Nya kepada kita dalam segala hikmat dan pengertian.  9 Sebab Ia telah menyatakan rahasia kehendak-Nya kepada kita, sesuai dengan rencana kerelaan-Nya, yaitu rencana kerelaan yang dari semula telah ditetapkan-Nya di dalam Kristus 10 sebagai persiapan kegenapan waktu untuk mempersatukan di dalam Kristus sebagai Kepala segala sesuatu, baik yang di sorga maupun yang di bumi.  11 Aku katakan "di dalam Kristus", karena di dalam Dialah kami mendapat bagian yang dijanjikan--kami yang dari semula ditentukan untuk menerima bagian itu sesuai dengan maksud Allah, yang di dalam segala sesuatu bekerja menurut keputusan kehendak-Nya--  12 supaya kami, yang sebelumnya telah menaruh harapan pada Kristus, boleh menjadi puji-pujian bagi kemuliaan-Nya.

 

Rencana Allah telah diberitahu kepada kita sebab ia berkenaan dengan kesempurnaan masa.  Dalam perkataan lain, Dia memberikan kita Misteri-misteri Kerajaan Allah, sepertimana yang akan terjadi dalam rencanaNya.  Rencana dan tujuan tersebut telah disediakan didalam Kristus, dan bahawa rencana tersebut telah dinyatakan kepada kita sebab kita akan melayan rencana tersebut.  Perkara-perkara ini adalah menurut kehendak Allah dan kita telah ditakdirkan dan dilantik untuk hidup untuk kepujian kemuliaanNya.

 

Oleh itu, kita telah ditakdirkan untuk dipanggil dan diberi Misteri-misteri Allah dan untuk melayan misteri-misteri tersebut mengikut nasihat Kehendak Allah, sepertimana yang telah dinyatakan kepada kita didalam Roh Suci untuk kepujian kemuliaanNya.  Paulus bercakap kepada kita apabila mendengar kebenaran, yang telah dimeteraikan oleh Roh Suci.

 

13 Di dalam Dia kamu juga--karena kamu telah mendengar firman kebenaran, yaitu Injil keselamatanmu--di dalam Dia kamu juga, ketika kamu percaya, dimeteraikan dengan Roh Kudus, yang dijanjikan-Nya itu.  14 Dan Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita sampai kita memperoleh seluruhnya, yaitu penebusan yang menjadikan kita milik Allah, untuk memuji kemuliaan-Nya.  15 Karena itu, setelah aku mendengar tentang imanmu dalam Tuhan Yesus dan tentang kasihmu terhadap semua orang kudus,  16 akupun tidak berhenti mengucap syukur karena kamu. Dan aku selalu mengingat kamu dalam doaku,

 

Oleh itu, Roh Suci adalah jaminan kepada warisan kia.  Ia adalah kesaksian kasih kita terhadap saudara-saudara.  Ia adalah untuk sebab ini:

 

17 dan meminta kepada Allah Tuhan kita Yesus Kristus, yaitu Bapa yang mulia itu, supaya Ia memberikan kepadamu Roh hikmat dan wahyu untuk mengenal Dia dengan benar.  18 Dan supaya Ia menjadikan mata hatimu terang, agar kamu mengerti pengharapan apakah yang terkandung dalam panggilan-Nya: betapa kayanya kemuliaan bagian yang ditentukan-Nya bagi orang-orang kudus, 19 dan betapa hebat kuasa-Nya bagi kita yang percaya, sesuai dengan kekuatan kuasa-Nya, 20 yang dikerjakan-Nya di dalam Kristus dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati dan mendudukkan Dia di sebelah kanan-Nya di sorga,  21 jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiap-tiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang.  22 Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada.  23 Jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu.

 

Jemaat adalah tubuh Kristus, dan Allah,  melalui Roh Suci, memenuhi segalanya.  Setakat ini, Allah menjadi segala-galanya.  Kita telah diberikan roh kebijaksanaan dan kenyataan didalam pengetahuan Allah supaya kita memahami pengharapan dimana kita dipanggil, dan supaya kita boleh menjelaskan pengharapan tersebut dikalangan kenyataan Allah.  Allah mendapat kuasa tersebut daripada kita yang dipanggil untuk mempercayai mengikut kuasa and perkerjaan Allah.  Kuasa tersebut telah dilengkapkan dalam Kristus, yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian dan membuatkanNya duduk di sebelah kananNya.  Allah menempatkan Kristus di atas segala peraturan dan autoriti, dan di atas segala nama, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.  Allah menempatkan semua perkara-perkara dibawa kaki Kristus dan membuatkanNya ketua kepada semua perkara untuk Jemaat, iaitu badan atau Kaabah Allah.  Allah mengetahui kita sebelum kita dilahirkan dan mentakdirkan kita untuk dipanggil.

 

Bagaimanakah mereka yang gagal?  Paulus menangani dengan proses dalam Roma pasal 8, dimana kita bercakap tentang Hukum dan roh belas kasihan yang disediakan kepada mereka yang dipanggil.

 

Roma 8:1-39 Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus.  2 Roh, yang memberi hidup telah memerdekakan kamu dalam Kristus dari hukum dosa dan hukum maut.

 

Ia tidak mengenepikan Hukum tersebut, tetapi membebaskan kita daripada masalah-masalah yang kita tempuhi apabila kita menghadapi kelemahan-kelemahan daging dalam menangani dosa, iaitu pelanggaran Hulum (1Yoh. 3:4).

 

3 Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah. Dengan jalan mengutus Anak-Nya sendiri dalam daging, yang serupa dengan daging yang dikuasai dosa karena dosa, Ia telah menjatuhkan hukuman atas dosa di dalam daging, 4 supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam kita, yang tidak hidup menurut daging, tetapi menurut Roh.

 

Tuntutan-tuntutan Hukum adalah adil dan dipenuhi didalam kita.  Kita berjalan mengikut roh dan bukan mengikut daging, dimana merupakan perbezaan yang dibuat oleh Paulus dalam menangani dengan hukum dan iman didalam roh.

 

5 Sebab mereka yang hidup menurut daging, memikirkan hal-hal yang dari daging; mereka yang hidup menurut Roh, memikirkan hal-hal yang dari Roh.  6 Karena keinginan daging adalah maut, tetapi keinginan Roh adalah hidup dan damai sejahtera.  7 Sebab keinginan daging adalah perseteruan terhadap Allah, karena ia tidak takluk kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin baginya.

 

Paulus membuat komen disini bahawa minda yang bersama dengan daging adalah bertentangan dengan Allah, sebab ia tidak menyerah kepada Hukum Allah, dan tidak boleh menyerah kepada Hukum Allah.  Itulah akar utama masalah mengenai mereka yang mengajar yang mengenepikan hukum Allah, atau terpaku pada pancang dimana Kristus telah disalibkan (Kol. 2:14).  “Tulisan ordonansi” adalah bill hutang atau chierographon kita untuk dosa-dosa dalam pelanggaran hukum.

 

8 Mereka yang hidup dalam daging, tidak mungkin berkenan kepada Allah.  9 Tetapi kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah diam di dalam kamu. Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus.  10 Tetapi jika Kristus ada di dalam kamu, maka tubuh memang mati karena dosa, tetapi roh adalah kehidupan oleh karena kebenaran.

 

Jadi, sesiapa yang hidup didalam Jemaat  adalah sudah mati disebabkan dosa dalam pelanggaran hukum, tetapi hidup disebabkan roh melalui kurnia.

 

Allah membangkitkan Yesus dari kematian.  RohNyalah yang tinggal didalam kita sebagai Roh Suci Allah.  Itulah Roh yang memberikan kita kehidupan kepada tubuh kita yang tidak kekal.

 

11 Dan jika Roh Dia, yang telah membangkitkan Yesus dari antara orang mati, diam di dalam kamu, maka Ia, yang telah membangkitkan Kristus Yesus dari antara orang mati, akan menghidupkan juga tubuhmu yang fana itu oleh Roh-Nya, yang diam di dalam kamu.  12 Jadi, saudara-saudara, kita adalah orang berhutang, tetapi bukan kepada daging, supaya hidup menurut daging.  13 Sebab, jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup.

 

Jadi, perbuatan-perbuatan badan menyebabkan kematian.  Kita hidup mengikut Roh dan mendapatkan kehidupan.  Umat pilihan yang dipimpin oleh Roh adalah anak-anak Allah.  Mereka telah menerima roh  sebagai anak.

 

14 Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah.  15 Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!"  16 Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah.  17 Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus, yaitu jika kita menderita bersama-sama dengan Dia, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia.

 

Kita adalah anak-anak Allah atau waris bersama dengan Yesus Kristus.  Kita akan menjadi elohim sebagaimana dia telah dijadikan sebagai elohim, dengan syarat kita sengsara dengan dia supaya kita akan dimuliakan dengan dia.  Paulus kemudiannya menjelaskan proses pemujaan.

 

18 Sebab aku yakin, bahwa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita.  19Sebab dengan sangat rindu seluruh makhluk menantikan saat anak-anak Allah dinyatakan.  20Karena seluruh makhluk telah ditaklukkan kepada kesia-siaan, bukan oleh kehendaknya sendiri, tetapi oleh kehendak Dia, yang telah menaklukkannya,  21 tetapi dalam pengharapan, karena makhluk itu sendiri juga akan dimerdekakan dari perbudakan kebinasaan dan masuk ke dalam kemerdekaan kemuliaan anak-anak Allah.

 

Kesengsaraan-kesengseraan dunia yang kita hadapi tidak layak untuk diambil kira apabila kita terus melihat kepada kemuliaan Allah didalam janji-janjiNya kepada kita sebagai umat pilihan dan anak-anak Allah.  Penciptaan juga akan membahagikan didalam janji-janji yang diberikan kepada kita.

 

Penciptaan merintih dibawah tindasan dosa.  Kita yang mempunyai buah-buah pertama Roh akan merintih semasa kita menunggu adopsi sebagai anak-anak Allah, yang mana dia telah berikan kepada kita pada kebangkitan tubuh kita dari kematian pada Kebangkitan Pertama.

 

22 Sebab kita tahu, bahwa sampai sekarang segala makhluk sama-sama mengeluh dan sama-sama merasa sakit bersalin.  23Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga mengeluh dalam hati kita sambil menantikan pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh kita.

 

Dalam pengharapan kebangkitanlah yang tidak boleh dilihat bahawa kita telah diselamatkan melalui karunia.

 

24        Sebab kita diselamatkan dalam pengharapan. Tetapi pengharapan yang dilihat, bukan pengharapan lagi; sebab bagaimana orang masih mengharapkan apa yang dilihatnya?  25 Tetapi jika kita mengharapkan apa yang tidak kita lihat, kita menantikannya dengan tekun.

 

Kita menunggunya dengan penuh sabar.  Semasa penungguan Roh akan membantu kita didalam kelemahan-kelemahan kita.  Kita tidak tahu apa yang kita kehendaki tetapi ia memberikan permohonan untuk kita.  Allah mencari hati kita dengan Roh.

 

26 Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan.  27 Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.

 

Kehendak Allah adalah petunjuk Roh Suci dalam pencarian minda dan hati kita.  Oleh itu, semua perkara akan bekerja sama untuk kebaikan mereka yang mengasihi Allah dan yang dipanggil mengikut kepada tujuanNya.  Inilah kunci kepada takdir.

 

28 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.  29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.  30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

 

Disini kita akan melihat urutan kepada takdir.

 

Allah menyediakan rencanaNya untuk Penciptaan.

 

Anak-anak Rohani Allah dicipta.

 

Warga Spiritual Semesta telah diberikan kehendak bebas sebahagian daripada rencana didedakan.

 

Penciptaan Fizikal telah dibuat.

 

Satu pertiga daripada Malaikat Alam Semesta memberontak

 

Kristus telah ditakdirkan untuk menjadi Domba yand disembelih dari pondasi dunia.

 

Warga Semesta yang terjatuh mencampuri penciptaan.  Ia menjadi Tohu dan Bohu.

 

Kristus bercampurtangan melalui pimpinan Allah.

 

Adam berdosa.

 

Lucifer telah ditegur dan telah diberi masa yang terhad selama enam ribu tahun sebagai Syaitan atau penuduh saudara-saudara.

 

Kristus diberi kepada Israel sebagai sebahagian daripada rencana.  Ia menjadi warisannya sebagai sebahagian daripada janji-janji kepada Nuh dan kepada Ibrahim.

 

Setiap orang yang pernah hidup adalah sebahagian daripada rencana Allah yang terdapat didalam minda Allah.  Umat pilihan adalah ditakdirkan.

 

Apabila masa berjalan, setiap orang yang ditakdirkan untuk dipanggil akan dipanggil mengikut rencana Allah pada masa apabila mereka mendapat keselamatan.

 

Dalam proses pemanggilan mereka akan diajar dan disediakan dalam pembenaran melalui Roh Suci yang bertindak dikalangan Jemaat dibawah Kristus yang dipimpin dan dibenarkan oleh Allah.

 

Apabila dibenarkan melalui Kristus dan Roh Suci yang bertindak mengikut rencana Allah, mereka kemudiannya dibenarkan sebagai anak-anak Allah melalui Kebangkitan dari Kematian.

 

31 Sebab itu apakah yang akan kita katakan tentang semuanya itu? Jika Allah di pihak kita, siapakah yang akan melawan kita?  32 Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia?

 

Umat pilihan yang ditakdirkan untuk dipilih dan dipanggil tidak akan gagal.  Oleh itu komen “ramai yang dipanggil tetapi sedikit saja yang dipilih”.  Allah tidak memanggil orang untuk gagal.  Ada yang dipanggil tetapi tidak dipilih.  Perkara itu tidak berlaku dalam catatan mereka.  Mereka akan dibangkitkan dalam Kebangkitan Kedua, iaitu masa yang ditentukan oleh Allah untuk mereka dipanggil.

 

33 Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Allah? Allah, yang membenarkan mereka? Siapakah yang akan menghukum mereka?

 

Oleh itu, siapakah yang mengadili kita apabila Allah yang membenarkan kita?

 

Sekali lagi, siapakah yang mengutuk kita apabila Kristus telah menyelamatkan kita melalui kenaikan dan perantaraan?  Tiada pengantara lain yang mungkin selain daripada melalui Kristus.

 

34 Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang malah menjadi Pembela bagi kita?

 

Tiada yang boleh memisahkan kita dari Kristus dan kasih Allah, kecuali diri kita sendiri dalam dosa, dan kemudiannya memisahkan kita kepada masa dimana Allah melihat sebagai masa yang disediakan untuk membawa kita kembali kepada Dia.

 

35 Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang?  36 Seperti ada tertulis: "Oleh karena Engkau kami ada dalam bahaya maut sepanjang hari, kami telah dianggap sebagai domba-domba sembelihan."  37 Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.  38 Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang,  39 atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.

 

Wahyu 5:1-14  1Maka aku melihat di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu, sebuah gulungan kitab, yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah luarnya dan dimeterai dengan tujuh meterai.  2 Dan aku melihat seorang malaikat yang gagah, yang berseru dengan suara nyaring, katanya: "Siapakah yang layak membuka gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya?"  3 Tetapi tidak ada seorangpun yang di sorga atau yang di bumi atau yang di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan kitab itu atau yang dapat melihat sebelah dalamnya.  4 Maka menangislah aku dengan amat sedihnya, karena tidak ada seorangpun yang dianggap layak untuk membuka gulungan kitab itu ataupun melihat sebelah dalamnya.  5Lalu berkatalah seorang dari tua-tua itu kepadaku: "Jangan engkau menangis! Sesungguhnya, singa dari suku Yehuda, yaitu tunas Daud, telah menang, sehingga Ia dapat membuka gulungan kitab itu dan membuka ketujuh meterainya."  6 Maka aku melihat di tengah-tengah takhta dan keempat makhluk itu dan di tengah-tengah tua-tua itu berdiri seekor Anak Domba seperti telah disembelih, bertanduk tujuh dan bermata tujuh: itulah ketujuh Roh Allah yang diutus ke seluruh bumi.  7 Lalu datanglah Anak Domba itu dan menerima gulungan kitab itu dari tangan Dia yang duduk di atas takhta itu.  8 Ketika Ia mengambil gulungan kitab itu, tersungkurlah keempat makhluk dan kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Anak Domba itu, masing-masing memegang satu kecapi dan satu cawan emas, penuh dengan kemenyan: itulah doa orang-orang kudus.  9 Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: "Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa.  10 Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi."  11 Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa,  12 katanya dengan suara nyaring: "Anak Domba yang disembelih itu layak untuk menerima kuasa, dan kekayaan, dan hikmat, dan kekuatan, dan hormat, dan kemuliaan, dan puji-pujian!"  13 Dan aku mendengar semua makhluk yang di sorga dan yang di bumi dan yang di bawah bumi dan yang di laut dan semua yang ada di dalamnya, berkata: "Bagi Dia yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba, adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya!"  14 Dan keempat makhluk itu berkata: "Amin". Dan tua-tua itu jatuh tersungkur dan menyembah.

 

Umat pilihan akan menjadi kerajaan dan imam dan akan memerintah di bumi.  Ini adalah daripada pemerintahan seribu tahun Yesus Kristus, dan ia adalah dari Yerusalem;  dan ia tidak lama lagi sampai kepada kita.  Inilah pengharapan yang tinggal dikalangan kita.

 

Wahyu 13:1-8 Dan ia tinggal berdiri di pantai laut. (13-1) Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan pada kepalanya tertulis nama-nama hujat.  2 Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar.  3 Maka tampaklah kepadaku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh dunia heran, lalu mengikut binatang itu.  4Dan mereka menyembah naga itu, karena ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil berkata: "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?"  5 Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat; kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya.  6Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat nama-Nya dan kemah kediaman-Nya dan semua mereka yang diam di sorga.  7 Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka; dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa.  8 Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih.

 

Perhatikan bahawa nama-nama mereka yang terpilih telah ditulis, sebelum fondasi dunia, didalam Buku Kehidupan Domba yang disembelih.  Tiada seorangpun boleh mengikuti Allah.  Tiada seorangpun boleh masuk melalui pintu belakang.  Umat pilihan telah ditakdirkan untuk dipilih dan dipanggil dan oleh itu dibenar dan dimuliakan.  Itulah sebabnya mereka dipanggil umat pilihan dan atau dipilih.

 

Umat pilihan seringkali dilihat sebagai yang paling lemah dan dipandang paling rendah di mata dunia.

 

1Korintus 1:26-31 Ingat saja, saudara-saudara, bagaimana keadaan kamu, ketika kamu dipanggil: menurut ukuran manusia tidak banyak orang yang bijak, tidak banyak orang yang berpengaruh, tidak banyak orang yang terpandang.  27 Tetapi apa yang bodoh bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan orang-orang yang berhikmat, dan apa yang lemah bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan apa yang kuat, 28 dan apa yang tidak terpandang dan yang hina bagi dunia, dipilih Allah, bahkan apa yang tidak berarti, dipilih Allah untuk meniadakan apa yang berarti,  29 supaya jangan ada seorang manusiapun yang memegahkan diri di hadapan Allah.  30 Tetapi oleh Dia kamu berada dalam Kristus Yesus, yang oleh Allah telah menjadi hikmat bagi kita. Ia membenarkan dan menguduskan dan menebus kita.  31 Karena itu seperti ada tertulis: "Barangsiapa yang bermegah, hendaklah ia bermegah di dalam Tuhan."

 

Allah memanggil yang lemah di dunia ini untuk dua sebab utama:  pertama, supaya mereka (atau kecil kemungkinan) tidak bersifat sombong dan mengaku bahawa ia adalah talenta-talenta mereka sendiri, atau kebijaksanaan semula jadi atau kelebihan mereka sendiri yang diberikan kepada umat pilihan.  Kedua, supaya yang pintar, berkuasa dan menindas didalam dunia kemudiannya akan merasa malu dan bertobat.  Jika kita berbangga, biarlah itu untuk kemuliaan (Gk. Kauchaomai) dan bahawa kita adalah kepunyaan Allah (Yer. 23-24; Maz. 44:8).  Jika ada sesuatu yang baik didalam kita, ia adalah kerjaNya, bukan kepunyaan kita, dan ia adalah Roh Allah yang memberi kuasa kepada umat pilihan.

 

Zakharia 4:6  Maka berbicaralah ia, katanya: "Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel bunyinya: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam.

 

Umat pilihan atau yang dipilih akan dipanggil dan diberikan kepada Kristus apabila masa yang sesuai, dan mereka akan dibenarkan untuk menjalani apa sahaja yang mesti dijalani untuk iman dan kemuliaan Allah.  Jika mereka harus menjadi tawanan, maka mereka haru menjalani melaluinya.  Umat pilihan akan diadili berdasarkan apa yang mereka lakukan dan yang mencederakan mereka akan diterima.

 

Sesiapa yang ingin membunuh mereka akan dibunuh sepertimana mereka membunuh.  Sesiapa yang ingin memusnah mereka akan dimusnah sepertimana mereka memusnah, sementara sesiapa yang ingin memfitnah mereka akan menanggung kemaluan untuk selamanya.

 

Wahyu 13:9-18 Barangsiapa bertelinga, hendaklah ia mendengar!  10 Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan; barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan dan iman orang-orang kudus.  11 Dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari dalam bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga.  12 Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh.  13Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang.  14 Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu.  15 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.  16 Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, 17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya.  18 Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.

 

(cf. perhatikan dalam Peraturan Raja-raja Bahagian III:  Solomon dan Kunci Daud untuk 666).

 

Allah telah melihat semua yang akan berlalu and semua yang akan berlaku kepada kita.  Dia membenarkan beberapa perkara sebagai saksi untuk iman dan menguji umat pilihan walaupun sampai kepada kematian. 

 

Teguhkan iman dan kamu boleh bertahan kepada takhta kamu keakhirat.

 

q